8
REFLEKSI Nama: Noraini binti Anur NO K/P: 920225-11-5522 “Sejauhmanakah anda menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam ‘Fizik dalam konteks kehidupan’ melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah” Untuk tugasan projek kursus Fizik dalam konteks kehidupan (SCE3105), saya telah dikehendaki untuk membincangkan konsep dan aplikasi fizik dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak perkara yang telah saya timba sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sebenarnya, teori, pengetahuan dan amali dalam fizik digunakan secara meluas dalam kehidupan kita dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita yang banyak membantu menjadikan kehidupan kita menjadi lebih mudah dan selesa. Misalnya, terdapat banyak alatan di dapur yang dapat meringankan tugas ibu kita antaranya ialah pisau untuk memotong ikan, daging dan sayur, pembuka tudung botol dan pemegang ais. Sebelum ini, saya pernah melihat ayah saya mencabut paku dengan menggunakan tukul dan ibu saya membuka tudung tin menggunakan sudu. Selepas mempelajari subjek Fizik, barulah saya sedar bahawa kedua-dua aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa saya sebenarnya menggunakan prinsip Fizik yang sama iaitu prinsip tuas. Terdapat banyak lagi terdapat banyak la Dalam banyak kes, saya mendapati mesin dapat melakukan tugas atau kerja yang mungkin sangat susah atau mustahil dilakukan secara manual atau menggunakan tenaga mansuia. Sebagai contoh, jika dahulu petani menggunakan kaedah tradisional untuk membajak sawah iaitu menggunakan tenaga haiwan seperti

fizik dalam konteks kehidupan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sce3105

Citation preview

Page 1: fizik dalam konteks kehidupan

REFLEKSI

Nama: Noraini binti Anur

NO K/P: 920225-11-5522

“Sejauhmanakah anda menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam ‘Fizik

dalam konteks kehidupan’ melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam

Kurikulum Sains Sekolah Rendah”

Untuk tugasan projek kursus Fizik dalam konteks kehidupan (SCE3105), saya telah

dikehendaki untuk membincangkan konsep dan aplikasi fizik dalam kehidupan seharian.

Terdapat banyak perkara yang telah saya timba sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Sebenarnya, teori, pengetahuan dan amali dalam fizik digunakan secara meluas

dalam kehidupan kita dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan. Terdapat pelbagai jenis

mesin ringkas di sekeliling kita yang banyak membantu menjadikan kehidupan kita menjadi

lebih mudah dan selesa. Misalnya, terdapat banyak alatan di dapur yang dapat meringankan

tugas ibu kita antaranya ialah pisau untuk memotong ikan, daging dan sayur, pembuka

tudung botol dan pemegang ais. Sebelum ini, saya pernah melihat ayah saya mencabut

paku dengan menggunakan tukul dan ibu saya membuka tudung tin menggunakan sudu.

Selepas mempelajari subjek Fizik, barulah saya sedar bahawa kedua-dua aktiviti yang

dilakukan oleh ibu bapa saya sebenarnya menggunakan prinsip Fizik yang sama iaitu prinsip

tuas. Terdapat banyak lagi terdapat banyak la

Dalam banyak kes, saya mendapati mesin dapat melakukan tugas atau kerja yang mungkin

sangat susah atau mustahil dilakukan secara manual atau menggunakan tenaga mansuia.

Sebagai contoh, jika dahulu petani menggunakan kaedah tradisional untuk membajak sawah

iaitu menggunakan tenaga haiwan seperti kerbau. Namun, melalui perkembangan dalam

Page 2: fizik dalam konteks kehidupan

pengetahuan Fizik, kerja-kerja membajak menjadi lebih cepat dan efisyen melalui

penggunaan traktor bahkan hasilnya jauh lebih menguntungkan berbanding kaedah

tradisional.

Pengetahuan dalam bidang Fizik juga dapat membantu saya dalam membuat

rancangan dan membuat keputusan. Semasa di sekolah menengah, saya telah didedahkan

dengan beberapa amali eksperimen berkaitan dengan tajuk Elektrik. Antara eksperimen

yang telah saya jalankan semasa di tingkatan 5 ialah mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi rintangan sesuatu konduktor. Dalam eksperimen tersebut, saya mendapati

terdapat tiga faktor yang perlu dititikberatkan dalam mengawal rintangan sesuatu konduktor

misalnya wayar iaitu panjang konduktor, luas keratan konduktor dan jenis bahan konduktor.

Ayah saya telah merancang untuk membina sebuah bilik baru untuk saya memandangkan

sebelum ini saya berkongsi bilik dengan adik saya. Melalui pendedahan dalam eskperimen

tersebut, saya sudah mampu untuk menyuarakan pendapat dan cadangan tentang

pendawaian elektrik untuk bilik baru saya itu.

Manusia dikurnialan otak, badan dan organ deria untuk membolehkan kita melakukan

pelbagai perkara. Otak membolehkan manusia berfikir, menghitung dan mengingat. Badan

membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti berjalan, berlari, melompat dan

berenang. Manakala lima organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit yang

mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, keupayaan manusia masih lagi

amat terbatas. Hal ini disokong oleh Sidek (2000) melalui pernyataan beliau bahawa alam

ini terlalu luas untuk dikaji, keupayaan manusia menerobosi alam amat terbatas. Justeru

melalui pengetahuan dalam lapangan Fizik, kita telah dapat mencipta pelbagai alat yang

dapat mengatasi had dan batas keupayaan kita. Contohnya, kita tidak dapat terbang dari

satu tempat ke tempat lain. Justeru kapal terbang dicipta dengan mengaplikasikan pelbagai

konsep dan prinsip Fizik seperti daya dan prinsip Bernoulli. Melalui penciptaan kapal terbang

kita boleh pergi ke tempat yang sangat jauh melalui udara dengan lebih cepat dan selesa.

Semasa membuat tugasan ini, saya telah mempelajari beberapa aplikasi penggunaan

cermin cembung dan cermin cekung dalam beberapa alatan yang dapat memudahkan

tugasan harian kita. Justeru itu melalui penciptaan alat-alat yang mengaplikasikan

pengetahuan fizik seperti cahaya khususnya dapat membantu kita untuk mengatasi batas

keupayaan kita dan dapat memudahkan urusan harian. Jika dahulu, kita pergerakan kita

pada waktu malam amatlah terhad kerana keadaan yang gelap dan penglihatan yang

terbatas. Namun hari ini, melalui penciptaan lampu suluh dan lampu jalan bahkan lampu

depan kenderaan yang mengaplikasikan cermin parabola, kita sudah bebas bergerak ke

mana-mana tanpa batasan dan dalam keadaan yang selamat. Justeru tidak dinafikan lagi,

Page 3: fizik dalam konteks kehidupan

bahawa pengetahuan dalam cahaya sebenarnya amat berguna dan saya sepatutnya

menghargai kemudahan yang ada dan menggunakannya untuk tujuan yang positif.

Melalui tugasan ini, saya telah dapat menyelesaikan persoalan mengenai perkataan

AMBULANS yang terbalik pada ambulans. Dalam tajuk ini, saya didedahkan dengan

subtajuk pantulan cahaya. Dalam tajuk ini, saya dapat mengetahui ciri-ciri imej yang terhasil

daripada pantulan cermin satah yang satu daripadanya ialah songsang sisi. Semasa dalam

perjalanan pulang ke kampung beberapa tahun yang lalu, anak saudara saya telah melihat

sebuah ambulans berhenti di lampu isyarat dan daripada pemerhatiannya didapati bahawa

tulisan AMBULANS pada ambulans tersebut ialah terbalik. Setelah sampai di kampung, dia

menanyakan sebab tulisan ambulan itu dalam keadaan terbalik. Malangnya pada ketika itu,

saya tidak dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya. Selepas membuat

tugasan ini barulah saya jelas dengan situasi sebenar. Daripada pengetahuan yang telah

saya peroleh, saya cuba mengaplikasikannya dengan pengalaman seharian saya iaitu

apabila saya menyikat rambut di hadapan cermin, saya mendapati bahawa imej yang

terhasil di hadapan cermin ialah songsang sisi iaitu arah kanan dan kiri ialah terbalik. Dari

situlah, saya dapat mengaplikasi konsep yang sama kepada persoalan anak saudara saya.

Dengan itu, saya dapat menjelaskan kepadanya bahawa tulisan AMBULANS pada ambulans

ditulis secara terbalik supaya pemandu di hadapan ambulan tersebut dapat melihat

perkataan AMBULANS dengan betul dan memberi laluan kepada ambulans tersebut yang

dalam kecemasan.

Secara tidak langsung, saya mendapati bahawa sebenarnya pembelajaran melalui

pengalaman sebenar merupakan satu kaedah pembelajaran yang amat berkesan. Ishak

(2005) menyatakan kesesuaian tajuk pelajaran dapat digambarkan dengan lebih berkesan

melalui teknik-teknik yang memberi peluang kepada pelajar melalui pengalaman-

pengalamannya. Dengan ini pelajar dapat mengaitkan maklumat yang diperoleh dengan

aplikasi serta amalannya. Melalui kaedah ini, murid bukan sahaja dapat memhami sesuatu

tajuk tertentu sahaja bahkan dapat melalui proses ilmu pengetahuan selanjutnya, memahami

secara mendalam, menguasai kemahiran seterusnya dan menggunakan maklumat dalam

Page 4: fizik dalam konteks kehidupan

situasi baru. Justeru itu, saya dapat mengaplikasi kaedah ini semasa mengajar kelak dengan

meminta murid untuk mencari dan memberi contoh- contoh pengalaman dalam kehidupan

yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

Saya telah didedahkan dengan satu subtajuk iaitu pantulan dalam penuh semasa

menjalankan tugasan ini. Saya mendapati terdapat dua syarat untuk pantulan dalam penuh

berlaku iaitu sinar cahaya mesti bergerak dari suatu medium yang lebih tumpat ke medium

yang kurang tumpat dan sudut tuju dalam medium yang lebih tumpat mestilah melbihi nilai

sudut genting medium tersebut. Justeru itu melalui pengetahuan ini saya dapat membetulkan

miskonsepsi saya terhadap beberapa fenomena semulajadi alam ciptaan Tuhan yang serba

indah ini. Sebelum ini, saya sering dibelenggu persoalan apabila pada hari yang sangat

panas, semasa memandu kereta saya sering ternampak imej seperti lopak air di atas

permukaan jalan raya atau fenomena logamaya. Sehinggakan saya pernah menafikan apa

yang dilihat saya dan menganggapnya sebagai halusinasi semata-mata. Setelah

melaksanakan tugasan ini, barulah saya sedar bahawa ianya bukan halusinasi akan tetapi

merupakan satu fenomena optik semula jadi yang mana terhasil daripada pantulan dalam

penuh cahaya.

Satu lagi miskonsepsi saya ialah tentang fenomena pembentukan pelangi ialah hasil

daripada pembiasan cahaya. Akan tetapi sebenarnya ialah pelangi dibentuk oleh pembiasan,

penyebaran dan pantulan dalam penuh cahaya matahari. Menurut Driver et. al. (1985) dalam

Zurida et. al. (2006), kanak-kanak yang datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-

idea intuitif. Idea-idea intuitif ini sangat kukuh dan boleh membawa hingga ke peringkat

dewasa (Danial, 1992) dan biasanya sukar ditukar (Preece, 1994) dalam Zurida et. al.

(2006). Idea-idea intuitif ini mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan atau pengertian

saintifik yang dibina hasil daripada pengamatan mereka dan interaksi dengan alam sekitar.

Satu daripada tugas seorang guru ialah membetulkan miskonsepsi atau salah tanggapan

murid. Oleh itu, adalah penting untuk saya terlebih dahulu membentuk satu konsep yang

betul mengenai pengetahuan sains saya sebelum mengajar. Justeru itu tidak timbullah isu

seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Page 5: fizik dalam konteks kehidupan

Selain itu aplikasi ilmu Fizik dalam bidang teknologi juga menjadi penyumbang

penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin

berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan teknologi. Misalnya, televisyen

litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank,

lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah

penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang

dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini

digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping

itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah

yang terbabit. Beberapa tahun lepas kita, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan

penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin. Dengan bantuan rakaman CCTV,

akhirnya lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut dapat dijumpai meskipun

dalam keadaan menyayatkan hati.

Bukan sahaja membantu dalam menangani jenayah berat, pengetahuan dalam

bidang fizik juga sebenarnya dapat membantu kita dalam menangani jenayah ringan seperti

kecurian dan kemalangan kecil di jalan raya. Saya telah mempelajari bahawa suatu cermin

cembung mempunyai sudut penglihatan yang lebih besar daripada cermin satah. Maka tidak

hairanlah ianya sesuai digunakan sebagai cermin keselamatan untuk ditempatkan di dalam

kedai supaya dapat segala situasi dalam kedai dapat dilihat dengan jelas dan sekali gus

dapat mengelakkan kejadian jenayah curi atau rompakan. Konsep yang sama juga

diaplikasikan untuk tujuan keselamatan trafik. Sebagai contoh, cermin cembung yang besar

ditempatkan di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat untuk tujuan

mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Dengan ini, saya mula menyedari di sebalik

kehidupan saya yang selamat dan aman ini, adalah satu daripadanya adalah hasil daripada

sumbangan dalam pengetahuan fizik. Justeru saya perlulah menghargai segala

pengetahuan yang diperoleh dan tidak menyalahgunakan ilmu yang ada untuk tujuan yang

tidak bermanfaat dan negatif.

Page 6: fizik dalam konteks kehidupan

Sering kita dengar kemalangan yang melibatkan para pengguna jalan raya

khususnya pemandu kereta dan penunggang motorsikal menghiasi dada akhbar dan kaca

telvisyen saban hari. Meskipun penguatkuasaan undang-undang dan pelbagai kempen

dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan NGO untuk menggalakkan para

pengguna jalan raya mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti memakai topi

keledar dan memasang tali pinggang keselamatan, masih lagi terdapat pengguna jalan raya

yang tidak mengambil berat dan prihatin tentang isu ini. Malah, saya sendiri sebagai salah

seorang pengguna jalan raya tidak terlalu mengambil berat tentang pemasangan tali

pinggang keselamatan semasa di dalam kereta. Saya hanya akan memakai tali pinggang ini

sekiranya diminta oleh ibu bapa saya dan sering menganggap perkara ini agak leceh.

Setelah didedahkan kepada bidang Fizik, barulah saya sedar peri pentingnya untuk saya

mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti yang disarankan. Melalui pengetahuan

Fizik, pemasangan tali pinggang keselamatan dan pemakaian topi keledar dapat

mengurangkan daya impuls sekali gus mengelakkan kecedaraan yang serius semasa

berlakunya kemalangan. Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, saya

hendaklah sentiasa beretika di jalan raya, mematuhi undang-undang jalan raya dan

mengamalkan langkah-langkah keselamatan bukan sahaja demi keselamatan diri sendiri

tetapi turut mengutamakan keselamatan rakan-rakan pengguna yang lain.

Pelaksanaan tugas ini dapat dikira sebagai satu daripada persediaan saya sebelum

bergelar seorang guru. Sebagai bakal guru Sains sekolah rendah, teori, pengetahuan dan

amali dalam tajuk penggunaan sinar cahaya amat penting kerana merupakan sebahagian

dari pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum Sains sekolah rendah. Dahulu

saya sering tertanya-tanya mengapa saya perlu mengambil kursus Fizik dalam Konteks

Kehidupan Seharian (SCE3105), sedangkan saya ialah bakal guru Sains sekolah rendah

bukan sekolah menengah. Menurut pandangan saya, isi kandungan kursus tersebut

terlampau tinggi untuk diajar di peringkat rendah dan langsung tidak mempunyai kaitan

dengan karier saya kelak. Setelah melakukan tugasan ini, barulah saya menyedari peri

pentingnya pengetahuan tentang isi kandungan kursus ini serta kaitannya isi kandungan

dalam kurikulum Sains sekolah rendah pada hari ini. Sebagai contoh, dalam tugasan ini,

saya telah menghasilkan esei pendek mengenai penggunaan sinar cahaya yang

merangkumi subtopik-subtopik seperti pantulan cahaya dan pembiasan cahaya. Antara

bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Sains Tahun 5 ialah Cahaya. Dari situ saya

sedar pengetahuan dalam bidang fizik yang saya perolehi semasa berada IPG bukan sahaja

sekadar penentu gred semata-mata akan tetapi dapat membantu saya mengajar subjek

Sains di sekolah dengan baik satu hari nanti.

Page 7: fizik dalam konteks kehidupan

Satu daripada tugas guru ialah sebagai penyebar ilmu. Guru bertanggungjawab

dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Di samping itu, guru

juga perlu memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi

serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Mengimbau

kembali kenangan zaman persekolahan saya dahulu, saya tidak minat dan menganggap

subjek Fizik sebagai satu subjek yang susah kerana guru yang mengajar saya bukan

daripada bidang tersebut. Semasa sesi P&P, beliau hanya menggunakan buku teks semata-

mata dan kadang-kadang tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saya. Ini

adalah kerana ketika itu, sekolah saya mengalami masalah kekurangan. Justeru untuk

mengatasi masalah tersebut, pihak pengurusan telah mengarahkan guru bukan

pengkhususan dalam Sains untuk mengajar subjek tersebut. Walaubagaimanapun,

tanggapan negatif saya terhadap subjek Fizik semakin hari semakin terhakis. Sedikit-demi

sedikit, saya sudah mula meminati subjek ini. Hal ini adalah kerana, keadaan di IPG sangat

berbeza semasa di sekolah saya dahulu. Di sini, terdapat ramai pensyarah yang mempunyai

kepakaran dalam bidang Fizik bahkan pendekatan yang diambil mereka semasa kuliah

amatlah berkesan. Pengajaran yang telah saya peroleh ialah untuk sebagai seorang guru

yang baik, saya hendaklah melengkapkan diri saya dengan pengetahuan yang luas dan

sentiasa mencari inisiatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri

supaya menjadi lebih baik.

Selain membantu dalam memudahkan urusan, pengetahuan ini juga sebenarnya

amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari ini. Melalui

pemerhatian saya, terdapat banyak peralatan teknologi yang mengaplikasi penggunaan

sinar cahaya yang digunakan untuk membantu proses P&P pada hari ini seperti overhead

projektor dan LCD projektor. Pendidikan berkembang dari semasa ke semasa dalam semua

aspek termasuk kurikulum, pedagogi, pengurusan mahupun peralatan untuk proses P&P.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang seba canggih masa kini, bidang pendidikan

juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ini. Nik Azis dan Noraini (2008), dalam

bidang pendidikan, teknologi pendidikan dilihat sebagai satu cara atau alat yang bermanfaat

untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam

pendidikan dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang , mengelakkan rasa bosan pelajar

seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta

mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria

melihat, mendengar atau menyentuh. Hal ini disokong oleh, Ager (1998) dan Broadie (2003)

dalam Nik Azis dan Noraini (2008) , iaitu penggunaan teknologi dalam pendidikan didapati

berupaya menjadikan pembelajaran lebih seronok, menarik, cepat dan mudah oleh pelajar.

Sebagai contoh penggunaan alat pandang sebut seperti overhead projektor (OHP) dan alat

Page 8: fizik dalam konteks kehidupan

pandang dengar seperti LCD projektor dalam P&P kelas digunakan secara meluas pada hari

ini sebagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi.

Jika diimbau kenangan ketika di sekolah rendah, guru saya lebih cenderung

menggunakan kaedah tradisional seperti kaedah chalk and talk semata-mata. Ini

menyebabkan saya berasa tidak bersemangat untuk belajar dan sukar untuk memhami isi

kandungan pelajaran yang diajar. Akan tetapi melalui penerapan teknologi dalam proses

P&P menjadikannya lebih seronok dan dapat meningkatkan kefahaman saya lagi. Melalui

penggunaan OHP dan LCD projektor,murid dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau

salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu

konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria

pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan

dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan

pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat

membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan

masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media

bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka

lihat atau alami akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya. Sekali gus

dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang satu-satu tajuk yang diajar oleh guru.

Oleh hal yang demikian jika, apabila saya menjadi guru kelak, saya akan mengaplikasikan

penggunaan teknologi dalam proses pengajaran saya supaya murid saya lebih seronok dan

dapat mengingati sesuatu konsep sains dengan mudah.

Secara keseluruhannya, saya mendapati pengetahuan dalam bidang Fizik amatlah

luas dan meliputi pelbagai segenap aspek kehidupan. Justeru, saya hendaklah berusaha

untuk mencari inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang ini dan

menghargai setiap perkembangan hasil daripada pengaplikasi lapangan Fizik dalam hidup.