8
Faktor-Faktor Vandalisme Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan materialistik masyarakat. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan. Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam kategori, iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas dendam; suka-suka; dan bersifat merosak. Faktor-faktor berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja, pertama; pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan sekaligus merosakkannya. Mengikut Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan golongan yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut. Kedua, ibu bapa adalah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan dari kereta tanpa menghiraukan sebarang kemungkinan akan berlaku. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala

Faktor

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor

Faktor-Faktor Vandalisme

Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan materialistik masyarakat. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan. Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam kategori, iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas dendam; suka-suka; dan bersifat merosak.

Faktor-faktor berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja, pertama; pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan sekaligus merosakkannya. Mengikut Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan golongan yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

Kedua, ibu bapa adalah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan dari kereta tanpa menghiraukan sebarang kemungkinan akan berlaku. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup yang negatif. Menurut kajian yang pernah dijalankan menunjukkan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama yang mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Kajian Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta tidak memperolehi apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya menunjukkan bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga, masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan memperkenalkan dirinya secara negatif.

Page 2: Faktor

Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs (1991) yang menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku bermasalah, khasnya vandalisme. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku dalam kalangan pelajar terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.

Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme dalam kalangan remaja meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar. Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme di kalangan 1.2 juta pelajar menengah jumlahnya mungkin kecil, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan memerlukan tindakan serius dari pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme dalam kalangan pelajar di negara kita.

Pengaruh media massa merupakan pengaruh yang ketiga yang tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi gejala vandalisme dalam kalangan remaja kita. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedikit sebanyak menyebabkan peranan media massa kian terserlah. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan gejala ini. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya daripada pihak terbabit.

Sikap ganas dan keterlaluan para remaja sedikit sebanyak di pengaruhi apa yang mereka baca, dengar dan tonton daripada media massa. Lantas, kesemua ini diterjemahkan melalui perlakuan devian mereka sehingga memudaratkan harta benda dan nyawa orang lain. Sebagai contoh, Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Akhbar Metro 19 Jun 1996 melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi bertindak menconteng nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air sekolah berkenaan dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah pelajar terbabit bertindak keterlaluan menconteng kata-kata memalukan iaitu guru itu mempunyai hubungan sulit dan merogol seorang guru wanita.

Kes lain yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 19 Jun 2000, sebuah bilik darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian

Page 3: Faktor

tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus buku rujukan, buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah musnah. Pihak polis telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan penemuan puntung-puntung mancis di kawasan berkenaan. Pihak polis tidak menolak kemungkinan besar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala vandalisme dan salah laku pelajar semakin hari semakin meruncing sehingga membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan ganas tanpa rasa perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku negatif pelajar-pelajar sekolah.

Berhubung dengan faktor sikap apati, perlakuan sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak peduli terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliing mereka turut merumitkan masalah vandalisme ini. Menurut kajian, kes vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar. Sikap individualistik masyarakat turut mengeruhkan keadaan di mana tidak peduli apa yang berlaku. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar yang sukar dikawal. Di kawasan bandar kebanyakkan penduduknya tidak ambil kisah. Oleh sebab itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggunjawab terhadap harta benda awam. Kajian Anidah Ithnin (1991) yang mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Maka, golongan pelajar nakal banyak melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.

Faktor-faktor berlakunya vandalisme

a) Pengaruh rakan sebaya

Terdapat berbagai faktor yang mampu mendorong kepada permasalahan ini dan pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang terbesar. Seperti yang diketahui umum,rakan sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Secara kebiasaannya,remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam.

b) Pengaruh ibu bapa

Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif kepada anak-anak meraka.Tanpa kita sedari,ibu bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalanganremaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak

Page 4: Faktor

mereka.Sebagai ntoh, tindakan ibubapa membuang sampah di merata-rata  tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengangejala vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlibat dengan masalahpenceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkanremaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskantekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme.

c) Pengaruh media massa

Pengaruh media massa turut mendorong kepada masalah tingkah laku musnahini. Pengaruh yang merujuk kepada paparan adegan negatif yang dipaparkan di dalam unsur mediamassa khususnya televisyen. Adegan-adegan ganas dan ekstrem khususnya yang diunjurkan dariBarat seringkali merosakkan minda remaja.Tidak kurang daripada itu"filem-filem daripada tempatan turut berani memaparkan adegan negatif yang mencorak ke arah kegiatan vandalisme untuk tontonan masyarakat.Remaja yang masih tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk sudah pasti mudah terikut dangan adegan yang dipaparkan seterusnya mempraktikkan perkara tersebut di dalam kehidupannya.Hasil daripada keadaan tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja.

d) Sikap tidak peduli masyarakat

Sikap tidak peduli masyarakat turut mnyebabkan masalah vandalisme semakin

meningkat.Masyarakat secara umunmya memainkan peranan penting dalam sesebuah

komuniti.Setiap individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai peranan penting dalam

membentuk komuniti yang sihat.Malangnya perkara yang berlaku dewasa ini amat

mendukacitakan. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan material semata-mata

menyebabkan perkara yang berlaku di sekeliling sudah tidak diambil peduli. Kerosakan harta

Page 5: Faktor

benda awam yang berlaku di persekitaran mereka sudah tidak lagi menjadi masalah mereka danini menyebabkan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merasakan bahawa diri merekabebas untuk melakukan perkara tersebut.

Langkah-langkah untuk menangani masalah vandalisme

a) Cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah vandalisme. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anakagar tidak terjerumus dalan penderaan sosial seperti gejala vandalisme ini. "Melentur buluh biarlahdari rebungnya" merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalammengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yangberkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untukmengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak bersikap lepas tangan dalammendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungiawab kepadapembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anaksupaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

b) Penguatkuasaan undang-undang

Langkah penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting.Dendamaksimum harus dikenakan kepada pelaku yang merosakkan harta benda awam.Tindakan ini wajar dilakukan kepada pesalah bagi memberi pengajaran kepada rakan-rakan mereka yanglain.Pelaksanaan hukuman seperti kerja-keja khidmat masyarakat juga boleh dilakukan.Melalui kegiatan inipesalah akan dikerah untuk menjalankan kerja sosial seperti mengutip sampah danmembersihkan kawasan-kawasan yang kotor.Ini secara tidak langsung mendidik pesalah dalammenjaga kepentingan awam dengan baik.

c) Kempen-kempen pencegahan jenayah

Page 6: Faktor

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap institusi pendidikan. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan marnpu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutanya peringkat sekolah rendah.Hal ini demikian kerana pelajar pada tahun ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah .Antara kempen pencegahan jenayahyang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran  remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.Melalui langkah ini, kegiatan vandalisme dapat dikuarangkan.

Penutup

Kesimpulannya, perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita.Banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membanteras masalah ini.Pendidikan merupakan tunjang utama dalam menangani permasalahan ini.Pendidikan  di semua peringkat diharap mampu menambahkan kesedaran tentang kecintaan kepada harta benda awam selain beberapa langkah lain yaag boleh digerakkan. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini agar gejala vandlisme ini tidak terus menular dalam organisasi remajai itu sendiri seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan etika yang baik dalam kehidupan.