Upload
tranquynh
View
280
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
EPPD1023: Makroekonomi
Kuliah 3: Pengukuran Keluaran Negara - sambungan
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran
Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara
Pengukuran KDNK Benar Dan KDNK Nominal
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
Model Ekonomi Tertutup
- Model Dua Sektor
2
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
- Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor dalam ekonomi
- Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
- Alat pengukur taraf hidup
- Petunjuk perubahan struktur ekonomi
- Asas untuk membuat ramalan dan perancangan ekonomi
- Petunjuk saiz pasaran
Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup
Antara Masa Dan Antara Negara
- Kelemahan membandingkan pendapatan negara per kapita antara masa
o Perbezaan tingkat harga
o Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan
o Perubahan corak agihan pendapatan
o Perubahan lain yang mempengaruhi tingkat kebajikan rakyat tetapi tidak
digambarkan oleh perubahan nilai pendapatan negara perkapita
Perubahan jenis keluaran
Perubahan masa rehat pekerja
Perubahan kesan luaran negatif
- Kelemahan membandingkan pendapatan negara perkapita antara Negara
o Perbezaan komposisi keluaran Negara
o Perbezaan penaksiran komponen pendapatan Negara
o Perbezaan tingkat harga umum
o Perbezaan jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
o Perbezaan corak agihan pendapatan
o Perbezaan nilai mata wang
o Perbezaan iklim dan perbelanjaan di antara Negara
o Faktor lain
Perbezaan masa rehat yang dinikmati
Perbezaan kesan luaran yang negatif
Perbezaan kestabilan politik dan sosial
3
Pengukuran KDNK Benar Dan KDNK Nominal
- Kes jumlah KDNK secara keseluruhan
o KDNK benar
Ia merupakan keluaran dalam negeri kasar yang dihitung pada harga
tetap.
yang mana, - IH0 = Indeks harga pada tahun asas - IHt = Indeks harga pada tahun semasa - KDNKn(t) = Keluaran dalam negara nominal pada tahun semasa - KDNKr(t) = Keluaran dalam negara benar pada tahun semasa
o KDNK Nominal
keluaran dalam negeri kasar mengikut harga semasa.
- Kes beberapa barang (Ekonomi tiga barang)
o Jadual menunjukkan kuantiti barang A dan C telah meningkat, manakala
kuantiti barang B telah menurun. Harga pula telah meningkat bagi barang B
dan C, manakala harga barang A telah menurun. Persoalan sekarang adalah
apakah kesannya terhadap nilai KDNK benar pada Tahun 2.
o Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengetahui dan memilih
tahun asas dan menggunakan harga pada tahun asas sebagai wajaran untuk
4
mengira KDNK benar. Cara ini, yang mana suatu wajaran dipilih, dipanggil
prosedur wajaran tetap. Dalam prosedur ini, harga sesuatu tahun telah dipilih
sebagai harga tahun asas, dan harga ini akan digunakan untuk mengira KDNK
benar.
o Sebagai contoh, katakan T1 dipilih sebagai tahun asas. Ini bererti semua
harga barang pada Tahun 1 akan menjadi wajaran. Daripada Jadual, didapati
KDNK benar Tahun 1 ialah RM242 (kolum 5). Nilai ini adalah sama dengan
nilai KDNK nominal. Nilai KDNK nominal diperoleh apabila semua harga
barang sesuatu tahun didarabkan dengan semua kuantiti barang pada tahun
itu. Oleh kerana nilai KDNK benar sama dengan nilai KDNK nominal, maka
indeks harga (pendeflasi KDNK) ialah 100. Pengiraannya adalah seperti
berikut:
o Berdasarkan Tahun 1 sebagai tahun asas, kita boleh menghitung KDNK benar
Tahun 2, iaitu mendarabkan semua kuantiti barang pada Tahun 2 dengan
semua harga barang Tahun 1. Berdasarkan contoh dalam Jadual 2.7, KDNK
benar ialah RM302 (kolum 6). Ini bererti KDNK benar telah meningkat
sebanyak 24.8%. Peningkatan ini berbeza dengan peningkatan KDNK nominal.
KDNK nominal pada tahun 2 ialah RM384 (kolum 8), iaitu apabila semua
kuantiti barang pada tahun 2 didarabkan dengan semua harga barang pada
tahun 2.
- Masalah menggunakan wajaran tetap
o Prosedur ini tidak mengambil kira kesan penggantian apabila harga berubah.
Kesan penggantian menyebabkan pengguna menggantikan barang yang lebih
mahal kepada barang yang lebih murah.
o Prosedur ini tidak mengambil kira peningkatan kualiti yang membawa kepada
peningkatan harga.
5
o Prosedur ini tidak mengambil kira kesan perubahan struktur ekonomi yang
akan menyebabkan perubahan harga barang dan seterusnya perubahan
tingkat pengeluaran.
o Prosedur ini juga tidak mengambil kira peranjakan/peralihan penawaran
agregat dalam ekonomi akibat kejutan perubahan cuaca yang buruk atau
kejutan peningkatan teknologi.
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
Model Ekonomi Tertutup
- Ekonomi tertutup bermaksud sebuah ekonomi yang tidak melibatkan kegiatan
ekonomi luaran seperti perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
- Model Dua Sektor
o Model ini mengandaikan peranan kerajaan adalah tidak relevan dalam
pembangunan ekonomi negara.
6
Fungsi Penggunaan
Secara umum, isi rumah akan melakukan penggunaan
berasaskan kepada pelbagai faktor termasuk pendapatan
semasa, kekayaan, bunga dan jangkaan pendapatan masa
hadapan.
Dalam ekonomi dua sector Yd = Y kerana tiada peranan
kerajaan
Fungsi Penggunaan
Fungsi Tabungan
Sebahagian daripada pendapatan akan diperuntukkan untuk
penggunaan dan sebahagian lagi akan disimpan dan
membentuk tabungan.
7
Fungsi Tabungan
Fungsi Pelaburan
Istilah pelaburan dalam ekonomi merujuk kepada pembelian
stok modal baru seperti rumah, jentera, kilang, peralatan dan
perubahan dalam inventori. Jangka hayat barangan yang dibeli
oleh firma yang digunakan untuk pengeluaran yang melebihi
setahun pada kebiasaan yang dikategorikan sebagai
pelaburan. Manakala, jangka hayat barang yang kurang
daripada setahun dianggap sebagai barang perantara dan
8
tidak dikira sebagai pelaburan. Istilah pelaburan ini berbeza
dengan penggunaan harian yang mana konsep pelaburan
umumnya merujuk kepada pembelian saham, bon dan dana
amanah.
Analisis Perbelanjaan Agregat (AE-AS) Dua Sektor
9
Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Model Dua Sektor
10
Analisis Suntikan-Bocoran Dua Sektor
Analisis Perubahan Perbelanjaan, Tabungan dan Pelaburan dalam
Pendapatan Negara
Perubahan Dalam Penggunaan
11
Perubahan Dalam MPC
Perubahan Dalam Pelaburan
12
Perubahan Dalam Pelaburan
Perubahan Dalam Tabungan
13
Pengganda pendapatan negara