14

Elemen 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Elemen 2
Page 2: Elemen 2

Dengan melaksanakan kerja kursus ini, telah memperkaya pengalaman hidup saya. Melalui kajian

Page 3: Elemen 2

ini, saya mendapat lebih banyak pengetahuan tentang perayaan.

Selain itu, kerja kursus ini telah membolehkan saya menguasai pelbagai kemahiran seperti mengumpul, mengelas & merekod fakta sejarah mengikur format yang betul. Di samping itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berkomunikasi. Sebagai contoh, saya berpeluang menemu ramah beberapa orang sumber untuk mendapat maklumat mengenai perayaan yang dikaji.

Page 4: Elemen 2

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi ImlekCina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun

Page 5: Elemen 2

Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China darisegi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China,bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai.

Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun barudalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang China, TahunBaru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang China dengan pelbagai carayang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun.

Page 6: Elemen 2

Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian” adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa “Nian”pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir “Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan memuja dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil “Yuanri”, “Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina.

Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama seribu tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk memuja dewa langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Perkataan“bahagia”, mengukus kuih tahun baru, memasak “Jiao zi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian pekan dan bandar yang kecil.

Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Amalan orang Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu mengedarkan sampul duitraya kepada kanak-kanak sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi daripada amalan orang Cina.

Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah

Page 7: Elemen 2

disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai bajuyang paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-bila masa.

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum terdapat di Negara yang tercinta ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah

Page 8: Elemen 2

membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Buku IlmiahMasariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:DBP.Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utasan Publication and Distributors Sdn. Bhd.Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

AkhbarUtusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

InternetMalayanUnion, http://geocities.com/kamashara/unionsm.htmKemerdekaan, http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

Page 9: Elemen 2

Tunku Abdul Rahman, http://wwwgeocities.com/tokoh agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm

MajalahDewan Budaya, Februari 2000, halaman 52

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh danmengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasapeka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap

Page 10: Elemen 2

sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran suku kaum lain.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbagai perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

Penerapan Unsur

Page 11: Elemen 2

Patriotisme