Upload
fauzan-hj
View
51
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
EKONOMI
Oleh,
FAUZAN BIN AHMADPENGAJIAN AM 900
www.themegallery.com
Isi Kandungan Kuliah
PERTUMBUHAN EKONOMI1
KEMELESETAN EKONOMI2
INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)3
INDUSTRI MAKANAN5
INDUSTRI KRAFTANGAN4
INDUSTRI SEKTOR TANI6
PERTUMBUHAN EKONOMI
LATAR BELAKANG
Pemulihan ekonomi global yang berterusan pada tahun 2010 telah bermula separuh kedua tahun 2009. Sungguhpun begitu, persekitaran antarabangsa masih begitu tidak menentu disebabkan oleh kelemahan struktural yang berterusan dalam ekonomi negara maju dan perubahan besar dalam pasaran kewangan global.
Walau bagaimanapun, ekonomi negara sedang pesat membangun dan kembali mencatat pertumbuhan ekonomi pada kadar yang cepat, tetapi menghadapi cabaran yang semakin sukar ekoran aliran modal turun naik dan tekanan inflasi yang semakin meningkat.
Faktor Pertumbuhan
Permintaan Dalam Negeri Yang Teguh1.Perbelanjaan pengguna yang teguh dan
meningkat telah merancakkan ekonomi domestik. Hal ini ditambah dengan peningkatan yang kukuh dalam aktiviti sektor swasta.
2.Sektor awam terus memberikan sokongan padu kepada pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan program penambahbaikan infrastruktur
3.Permintaan luar negeri meningkat dengan kukuh semula pada separuh tahun pertama, disokong oleh permintaan serantau yang kukuh
KEMELESETAN EKONOMI
PENDAHULUAN
Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi yang bermula daripada krisis kewangan subprime di Amerika Syarikat yang turut menjejaskan ekonomi Negara maju yang lain seperti negara-negara Eropah, Jepun, China, Singapura, dan tidak ketinggalan Asia Tenggara mula menerima kemelesetan ekonomi. Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka turut menerima tempias akibat daripada krisis ekonomi global tersebut.
Penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham turut menjejaskan ekonomi Malaysia.
Kadar pemberhentian pekerja telah meningkat berikutan kemerosotan permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak industri.
Langkah-langkah Mengatasi Majikan Memberhentikan Pekerja
Cara terbaik untuk mengurangkan kos dan Meminimumkan Kerugian.
Perancangan Dan Pengurusan Yang Proaktif. Majikan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mencari peluang di sebalik krisis kewangan yang berlaku.
Skim Pemotongan Gaji Kakitangan
Pemotongan antara 0 hingga 20% ketika krisis kewangan.
Kerajaan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Positif Meningkatkan kedudukan ekonomi pada paras yang stabil
Latihan Kemahiran Dan Peluang Pekerjaan RM2 bilion diperuntukkan bagi mengatasi masalah pembuangan pekerja, pengangguran, upah yang rendah.
Kementerian Sumber Manusia (KSM)melaksanakan Program Penempatan Pekerjaan, ‘Train and Place Program’, ‘Community Employment Support Program', ‘Jobs Placement Program’, ‘National Dual Training System’, Skill Development Fund’, dan ‘Self Employment Program’ utk mengatasi pengangguran
Kerajaan
Penubuhan ‘JobsMalaysia’ Menjadi hub pekerjaan kebangsaan sektor awam dan swasta.
Liberalisasi Dalam Sektor Perkhidmatan 27 subsektor seperti bidang kesihatan, peiancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer, dan bidang-bidang lain membolehkan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dengan pemindahan teknologi, kepakaran, pengetahuan, dan kaedah pengurusan dengan syarikat luar.
Liberalisasi Sektor Kewangan.Untuk melahirkan sektor kewangan yang berdaya tahan. pelbagai, dan cekap. seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup rakyat kerana suntikan dana bank asing bakal menjana pelbagai peluang pekerjaan
Kerajaan
Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.
Sejumlah RM60 bilion bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.Mengurangkan Pengangguran dan Menambah Peluang Pekerjaan mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Meringankan Beban Rakyat, Terutama Golongan Mudah Terjejas mendapat peruntukan sebanyak RM10 bilion.
Membantu Sektor Swasta Menghadapi Krisis mendapat peruntukan sebanyak RM29 bilion.
Membina Keupayaan Masa Depan mendapat peruntukan sebanyak RM19 bilion.
INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Pengenalan
Mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia 1(RM1),selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
IKS
IKS terbahagi kepada 3:
Industri berskala kecil segala tugas dilakukan pemilik dan dibantu oleh anggota keluarga.
Industri sederhana pekerja di antara 50-199 orang
Industri berskala besarpekerja 200 orang ke atas
Peranan dan Sumbangan IKS
1. Penggenap Kepada Industri Besar.
Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton.
Mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri; jimatkan pertukaran wang asing; kurangkan pergantungan kepada negara maju.
Kos pengeluaran industri berat diminimumkan. Keuntungan terjamin. Industri berat berkembang
Peranan dan Sumbangan IKS
2. Menyediakan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan
Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain
Membasmi kemiskinan
Peranan dan Sumbangan IKS
3. Mempercepatkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara
Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu purata 8.5% setahun sejak 1989 tidak tercapai tanpa sumbangan dan sokongan IKS
Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada jumlah pertumbuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia dan 48.9% daripada jumlah nilai keluaran sektor perkilangan
Peranan dan Sumbangan IKS
4 Mewujudkan Kepakaran Tradisional
Menggalakkan perkembangan perusahaan hasil kesenian
Perkembangan industri ini akan menjadi daya penarik kepada perkembangan sektor perlancongan
contoh: industri pertukangan atau ukiran kayu, kraf tangan.
Pusat latihan kemahiran dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha
Peranan dan Sumbangan IKS
5. IKS Memberikan Pendedahan Pengetahuan Tentang Pengurusan,
Pengendalian Peralatan, Kira-kira, Pemasaran Dan Sebagainya
Dapat melahirkan golongan usahawan baru
Dapat mengasah kewibawaan mereka sebelum menceburkan diri dalam industri yang bermodal lebih besar
Peranan dan Sumbangan IKS
6. Pemindahan Teknologi
Kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS
Sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir
Peranan dan Sumbangan IKS
7. Membantu Mengurangkan Kadar Inflasi
Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai modal yang tinggi
Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran dan megelakkan pergantungan kepada sesuatu produk yang boleh mendorong kenaikan inflasi sekiranya berlaku kekurangan
Peranan dan Sumbangan IKS
8. Meningkatkan Jumlah Tabungan Dalam Ekonomi Negara
Sumber kewangan dan modal IKS disumbangkan oleh pemilik sendiri, saudara-mara atau kawan di samping rakan niaga
Hal ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar tabungan penduduk dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
1. Kekurangan Modal
Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecilSukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan tidak memuaskanBank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak berbayar
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
2. Persaingan Tenaga Kerja
Sukar untuk mempertahankan tenaga buruh yang mahir kerana mereka cenderung untuk bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar yang menawarkan gaji yang besar, faedah dan suasana kerja yang selesa
Di samping itu juga, persaingan mendapatkan buruh berlaku di antara sesama IKS
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
3. Persaingan PasaranBarangan keluaran menghadapi persaingan
dengan barangan industri tempatan dan luar negeriAnggapan bahawa sesetengah barangan IKS kurang bermutu
Persaingan dalam pengeluaran barangan yang semakin meningkat disebabkan industri-industri yang lebih maju dengan penggunaan teknologi terkini dapat menghasilkan lebih banyak barangan dan menawarkan harga yang lebih murah sedangkan IKS tidak mampu berbuat demikian
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
4. Kekurangan Penggunaan TeknologiKurang pendedahan kepada teknologi dan
kurang pengetahuan tentang teknologiHasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat memenuhi kehendak pasaran kerana teknologi tidak cekap dan ketinggalan zaman serta penyelenggaraan tidak sempurna
Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung untuk memenuhi keperluan tempatan, sangat kurang terdedah dengan pasaran luar
Justeru, peluang mereka di peringkat antarabangsa amat terbatas
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
5. Hubungan Intra-industri
Hubungan IKS dengan industri besar adalah tidak menggalakkan kerana kurang kepercayaan firma-firma besar kepada IKS khususnya dalam aspek 'standard’ dan mutu produk yang rendah
Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi
6. Kehadiran IKS Dari Negara AsingKemasukan mendadak IKS dari Singapura,
Taiwan dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk menjadi pembekal kepada industri besar atau industri berat
Kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih mempercayai firma asing daripada firma tempatan.
Syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan kerana beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang dikehendaki
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
1. Mewujudkan Konsep Rantaian
Menggalakkan kerjasama lebih erat antara industri besar dan IKS.
Industri besar membekalkan bahan mentah dan kepakaran kepada IKS untuk menghasilkan komponen-komponen mereka.
Ini akan memindahkan kepakaran malah memastikan pemasaran produk IKS lebih terjamin
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
2. Membuka Pasaran Baru Untuk Pasaran
Membantu pengusaha mencari pasaran baru untuk barang IKS sama ada dalam dan luar negeri
Mengadakan kempen promosi untuk menarik minat orang ramai terhadap barangan keluaran IKS
Mencari tempat yang strategik atau menempatkan IKS di lokasi dengan kelengkapan infrastruktur yang baik bagi memudahkan pemasaran
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
3. Menyediakan Tenaga Buruh Yang Mencukupi
Penyediaan pelbagai latihan khusus
Penubuhan sekolah-sekolah vokasional dapat membantu melahirkan lebih banyak pekerja mahir untuk menampung keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang IKS
Tenaga kerja mahir yang mencukupi dapat meningkatkan kualiti barang dan produktiviti IKSDapat menghasilkan dan mereka cipta barangan baru
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
4. Penggunaan Teknologi
Dapat dilakukan melalui sebahagian saham-saham syarikat asing yang menghadapi masalah bagi memastikan pemindahan teknologi berlaku
Memudahkan pengurusan pekerjaan dan pemasaran dengan cepat dan cekap
Data disimpan dalam bentuk sistematik akan memastikan perubahan dan pengubahsuaian dapat dilakukan dengan cekap
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
5. Penawaran Insentif
Pinjaman, bantuan/subsidi
Naikkan cukai barangan import
Pengecualian cukai barangan keluaran IKS
Langkah di atas penting untuk meningkatkan daya saing barangan di pasaran juga dapat menarik minat pelabur asing supaya melabur dalam bidang IKS
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
6. Memberi Tumpuan Sampingan
Meningkatkan nilai tambahan dalam penghasilan barangan IKS. Sebagai contoh, pengusaha IKS bukan sahaja mengeluarkan kain sutera tetapi turut menghasilkan baju siap.
Langkah ini membolehkan pengusaha mendapatkan harga yang lebih tinggi
INDUSTRI KRAFTANGAN
Masalah
1. Perusahaan Yang Berbentuk Keluarga Sahaja.
Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan.
Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Sebagai contoh, perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.
Masalah2. Perusahaan Ini Tinggal Dalam Keadaan Yang Mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga. Mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden.
Maka golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Hal ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut.
Keadaan ini semakin mengugat kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport.
Contoh : dalam perusahaan batik.
Masalah
3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).
Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi.
Kebanyakan hasil kraf tangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Hal ini menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraf tangan terutama pelancong.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Mengadakan berbagai-bagai kemudahan
Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha.
Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi perkhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan.
Hasil kraf tangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, kedai- kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dsb
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
2. Pasaran Diperluaskan Dan Program Latihan.
Mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan program latihan yang lebih intensif dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu.
Menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada dalam kalangan mereka. Pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan.
Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan pemasaran.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
3. Penyelidikan dan Pembangunan
PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran, kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraf tangan.
PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil kraf tangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
4. Bantuan Kewangan / Modal
Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat.
Pengusaha-pengusaha kraf tangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha- pengusaha luar.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
5. Perubahan Sikap/Transformasi Pengusaha
Para pengusaha mestilah bersikap positif, dinamik dan terbuka untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraf tangan.
Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraf tangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraf tangan.
INDUSTRI MAKANAN HALAL
PENDAHULUAN
Industri halal merangkumi makanan; produk bukan makanan seperti farmaseutikal dan kosmetik; serta perkhidmatan, termasuk logistik, pelancongan dan pemasaran.
Nilai pasaran global bagi produk halal kategori makanan dan bukan makanan dianggarkan AS$2.1 trilion setahun.
11 TERAS STRATEGIK MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL
1. Meningkatkan Kesedaran Mengenai Malaysia Sebagai Pusat Produk Dan Perkhidmatan Halal
2. Pusat Produk Dan Perkhidmatan Halal, 3. Menguruskan Persaingan, 4. Menggunakan Kelebihan Dalam Pelaburan
Keluar Untuk 5. Mendapat Akses Kepada Bahan Mentah.6. Meningkatkan R&d Dan Membangunkan
Perkhidmatan Halal.
TERAS STRATEGIK7. Mengguna Dan Memanfaatkan Standard
Halal Malaysia, 8. Memastikan Kualiti Produk Dan
Keselamatan Makanan, 9. Membangunkan Taman Halal Bersepadu,10.Mengharmonikan Proses Persijilan Halal,11.Meningkatkan Penyelarasan Dan
Mengukuhkan Keupayaan Institusi Organisasi Terlibat.
11 TERAS STRATEGIK MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL
INDUSTRI SEKTOR TANI
INDUSTRI TANI
sektor pertanian tidak terbatas kepada pengeluaran makanan, penyediaan pekerjaan dan pendapatan, tetapi merangkumi kepentingan persekitaran serta penggunaan sumber lestari di samping mengekalkan nilai muminya kepada masyarakat.
INDUSTRI TANI
Peningkatan permintaan makanan yang sudah diproses dan penggunaan sumber yang tidak cekap, boleh menyebabkan sumber untuk generasi yang akan datang terhakis. Dalam kata lain, peranan sektor pertanian adalah pelbagai dimensi iaitu merangkumi ekonomi, sosiai, persekitaran dan kelestarian sumber.
INDUSTRI TANI - Nanas
STPM 100% 2013
Sekolah Tinggi Kluang