12
1 BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 5) LABEL BOTOL AIR MINERAL YANG SALAH YANG BETUL CATATAN Isipadu minima Isi padu minimum Ejaan yang tepat minimum di tanam ditanam t-a-n- a-m kata kerja, jadi dieja rapat. Fungsi di sebagai awalan. di kenang dikenang k-e-n-a-n-g kata kerja, jadi dieja rapat. Fungsi di sebagai awalan. PERSEMBAHAN POWER POINT YANG SALAH YANG BETUL CATATAN menambahbaikan menambahbaikkan Akhiran ‘kan’ untuk menghasilkan kata kerja. krusi kerusi Silap mengeja. merasa takut berasa takut Merasa: mengecap untuk mengetahui rasa sesuatu makan atau minuman dengan lidah. Berasa: mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian-bahagian badan), mengalami rasa di dalam hati. kebanyakkannya kebanyakannya Akhiran ‘an’ untuk menghasilkan kata nama.

ejaan betul

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ejaan betul

Citation preview

Page 1: ejaan betul

1  

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 5)

LABEL BOTOL AIR MINERAL

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Isipadu minima

Isi padu minimum

Ejaan yang tepat minimum

di tanam

ditanam

t-a-n- a-m kata kerja, jadi dieja rapat. Fungsi di sebagai awalan.

di kenang

dikenang

k-e-n-a-n-g kata kerja, jadi dieja rapat. Fungsi di sebagai awalan.

PERSEMBAHAN POWER POINT

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

menambahbaikan

menambahbaikkan

Akhiran ‘kan’ untuk menghasilkan kata kerja.

krusi

kerusi

Silap mengeja.

merasa takut

berasa takut

Merasa: mengecap untuk mengetahui rasa sesuatu makan atau minuman dengan lidah. Berasa: mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian-bahagian badan), mengalami rasa di dalam hati.

kebanyakkannya

kebanyakannya

Akhiran ‘an’ untuk menghasilkan kata nama.

Page 2: ejaan betul

2  

Diseluruh negara

Di seluruh negara

Dieja terpisah kerana menunjukkan arah atau tempat. Fungsi di sebagai kata sendi.

…kenyataan yang mana boleh mencetuskan ketegangan.

…kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan

Yang mana tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

menganggu

mengganggu

Kata dasar g-a-n-g-g-u, menerima awalan meng.

Agen telemarketing

Ejen telemarketing

Makna agen: Sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb) Makna ejen: Orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual Orang yang diupah digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dll)

Surat Ax.Xxxxxx Xx. Xxxxxxx yang bertarikh 16 Sept. 2009

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

Page 3: ejaan betul

3  

Perlantikan

Pelantikan

Pelantikan daripada proses melantik.

di alamatkan

dialamatkan

Di berfungsi sebagai awalan. Dialamatkan , kata kerja.

Surat Nxxxx Axxxx bt. Xxx Xxx yang bertarikh 1 Okt. 2009

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu tanda noktah.

faksimili

faksimile

Ejaan yang tepat facsimile.

tesebut

tersebut

Kesilapan mengeja.

Kerjasama Y.Bhg. XXX adalah dipohon untuk …

Kerjasama YBhg XXX dipohon untuk…

Kata pemeri /penegas adalah tidak perlu ada.

urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

Surat Cxx Fxxxxx Xxx Xxx yang bertarikh 17 Sept. 2009

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

…ialah pada

…adalah pada

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 6.

Dokumen Pertandingan Bahagian Terbaik

…persaingan yang sihat di antara inidividu…

…persaingan yang sihat antara individu…

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 1.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

Page 4: ejaan betul

4  

Bebas dari kesalahan

Bebas daripada kesalahan

Rujuk Edaran Bil. 1, muka surat 10 – 13.

Blog adalah dilarang mengandungi…

Blog dilarang mengandungi…

Kata penegas/pemeri adalah tidak perlu ada.

komersil

komersial

Ejaan yang tepat ialah komersial.

Semua fail-fail

Semua fail

Semua, kata yang melambangkan jamak, tak perlu diulang kata fail.

Lain-lain kreativiti

Kreativiti-kreativiti lain

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 21

Tarikh tutup permohanan ialah pada 16 Oktober 2009.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2009.

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 6.

Panel penilai adalah terdiri daripada…

Panel penilai terdiri daripada…

Kata pemeri /penegas adalah tidak perlu ada.

Cop rasmi

Cap rasmi

Yang tepat cap.

Dokumen Pertandingan Inovasi ICT terbaik

ialah untuk

adalah untuk

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 6.

Outsource

Sumber luar Penyumberan luar Khidmat luar Pakar luar

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

Page 5: ejaan betul

5  

dikemaskini

dikemas kini

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Oktober 2009.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2009.

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 6.

Lain-lain penerangan

Penerangan-penerangan lain

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 21

Cop rasmi

Cap rasmi

Yang tepat cap.

Surat Oxxx Mxxxxxx yang bertarikh 6 Oktober 2009

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

b.p

b.p.

Mesti ada tanda noktah selepas konsonan p.

Minit mesyuarat MBJ, KPKK yang bertarikh 29 September 2009

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

Aidil Fitri

Aidilfitri

Dieja sebagai satu perkataan.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

Disamping itu,

Di samping itu,

Fungsi di sebagai kata sendi.

Selain dari itu,

Selain itu,

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

Page 6: ejaan betul

6  

Bertugas dikaunter

Bertugas di kaunter

Fungsi di sebagai kata sendi.

Dari masa kesemasa

Dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa

Ayat asal tidak gramatis.

Diambilkira

Diambil kira

Ambil kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

Berkuatkuasa mulai 16 Julai

Berkuat kuasa mulai 16 Julai

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

Diperingkat Jabatan

Di peringkat Jabatan

Fungsi di sebagai kata sendi.

ianya

ia

Tidak ada kata ganti diri ‘ianya’ dalam BM.

Di edarkan

diedarkan

e-d-a-r kata kerja, jadi dieja rapat. Fungsi di sebagai awalan.

diperingkat

di peringkat

Fungsi di sebagai kata sendi, dengan demikian dieja terpisah.

dibawah

di bawah

Fungsi di sebagai kata sendi, dengan demikian dieja terpisah.

Hubungan antara pegawai dan anggota di Kementerian

Hubungan antara pegawai dengan anggota di Kementerian

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat

Oleh yang demikian, adalah memadai dengan menarik balik stiker bagi menggelakkan…

Oleh yang demikian, memadai dengan menarik balik pelekat bagi mengelakkan…

‘adalah’ kata pemeri yang tidak perlu ada. Pelekat, istilah dalam BM. Kata akar e-l-a-k bukan g-e-l-a-k- jadi menerima awalan ‘meng’.

Page 7: ejaan betul

7  

lanskap

landskap

Ejaan yang tepat ialah landskap.

walaubagaimanapun

Walau bagaimanapun

Ejaan yang tepat walau bagaimanpun.

Berpandukan kepada survey

Berpandukan kajian

Jika ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

Wakil pekerja memaklumkan mengenai lekukkan tanah di bahagian kanan.

Wakil pekerja memaklumkan mengenai lekukan tanah di bahagian kanan.

l-e-k-u-k, menerima akhiran ‘an’ untuk menghasilkan kata nama LEKUKAN.

Surat Mxxxxxxx Fxxx Zxxxxxx yang bertarikh 5 Oktober 2009

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu ada tanda noktah selepas Y.

Di lampirkan

dilampirkan

Lampir kata kerja, jadi dieja rapat. Di berfungsi sebagai awalan.

Tujuan pengumpulan biodata ini bertujuan untuk mengkaji…

Tujuan pengumpulan biodata ini adalah untuk mengkaji…

Ayat asal tidak gramatis.

Di masa-masa

Pada masa-masa

Kata sendi di untuk tempat manakala kata sendi pada untuk masa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Nik di talian..

Tuan boleh menghubungi Cik Nik di talian xxxx xxxx sekiranya ada sebarang pertanyaan. atau

Ayat dalam ruangan Yang Salah tidak lengkap, ayat tergantung.

Page 8: ejaan betul

8  

Sekiranya tuan ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nik di talian xxxx xxxx.

b.p

b.p.

Mesti ada tanda noktah selepas konsonan p.

Surat M.Jxxxxxxxxxx yang bertarikh 6 Oktober 2009

didalam

di dalam

Di berfungsi sebagai kata sendi, dengan demikian dieja terpisah.

Di atas sebab-sebab

Atas sebab-sebab

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 2.

Ribuan kemaafan diatas segala kesulitan.

Ribuan kemaafan atas segala kesulitan

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 2.

b.p

b.p.

Mesti ada tanda noktah selepas konsonan p.

S.K:

s.k.

Dieja dengan huruf kecil.

Surat Cxx Rxxxxx Mxxxxxx yang bertarikh 5 Oktober 2009

diatas

di atas

Di berfungsi sebagai kata sendi, dan dieja terpisah.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah

S.k

s.k.

Ada tanda noktah selepas konsonan k, dan dieja terpisah.

Page 9: ejaan betul

9  

Y Bhg

YBhg.

Konsonan Y dan B dieja rapat.

Surat Oxxx Mxxxxxx yang bertarikh 6 Oktober 2009

mengambilkira

mengambil kira

ambil kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

Surat Axxxx Mxxx Ixxxx yang bertarikh 14 Oktober 2009

sesallinan

Sesalinan

Kesilapan menaip.

perlantikan

pelantikan

Pelantikan daripada proses melantik.

Y.Bhg.

YBhg.

Dieja tanpa tanda noktah selepas Y.

Surat BSLN

Yang Di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong

Konsonan d dieja dengan huruf kecil.

faksimili

faksimile

Ejaan yang tepat faksimile

Jasa baik dari YBhg Datuk/Dato’

Jasa baik YBhg Datuk/Dato’

Ayat asal tidak gramatis

Persembahan Power Point

Y.B.

YB

Tidak perlu ada tanda noktah.

Page 10: ejaan betul

10  

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

Y.A.B.

YAB

Tidak perlu ada tanda noktah.

Rukunegara

Rukun Negara

Rukun Negara, kata majmuk yang dieja terpisah.

aturcara

atur cara

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

P.A. System

Sistem siar raya

Jika ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

YB.

YB

Tidak ada tanda noktah.

Surat Axxxx Mxxxx Ixxx yang bertarikh 8 Oktober 2009

Adalah dimaklumkan…

Sukacita dimaklumkan atau Dengan ini dimaklumkan

Ayat asal tidak gramatis

…mengenai kes rayuan sivil diatas.

…mengenai kes rayuan sivil di atas.

Di berfungsi sebagai kata sendi, dengan demikian dieja terpisah.

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak ada tanda noktah selepas Y.

Dari pihak

Daripada pihak

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 10 – 13.

berkuatkuasa

Berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

Page 11: ejaan betul

11  

Surat Rxxxxxx Ixxx yang bertarikh 28 Oktober 2009

Yg Bhg

YBhg.

Yang tepat ialah YBhg.

Musim ke 2

Musim ke-2

Mesti ada tanda sempang.

sehubungn

sehubungan

Kesilapan menaip

di hargai

dihargai

Fungsi di sebagai awalan dan menghasilkan kata kerja, dieja rapat.

b/p:

b.p.

Yang tepat b.p.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh: DATO’ ADILAH SHEK OMAR Pengarah IPPTAR Tarikh: 29 Oktober 2009 Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011

Page 12: ejaan betul

12