Upload
azri-zakaria
View
292
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/30/2019 laporan ejaan
1/18
1.0 LAPORAN
1.1 JENIS JENIS LAPORAN
1
7/30/2019 laporan ejaan
2/18
1.2 CIRI CIRI LAPORAN
1.3 FUNGSI LAPORAN
2
7/30/2019 laporan ejaan
3/18
3
7/30/2019 laporan ejaan
4/18
1.4 CIRI CIRI PENULISAN LAPORAN
1.5 KAEDAH PENULISAN LAPORAN
4
Penulis dan
pembaca
7/30/2019 laporan ejaan
5/18
2.0 LAPORAN KESALAHAN EJAAN/BAHASA
5
memberikan gambaran
tentang sesuatu hal, objek
atau seseorang agar
pembaca dapat
menafsirkan sesuatu yang
digambarkan itu dengan
jelas.
memerlukan fakta-fakta
yang tepat, fotografik,
perngolahan bahasa yang
mudah dan perlulah
berdasarkan pemerhatian
yang rapi oleh penulisnya
terhadap sesuatu laporan
Hendaklah disampaikan
dengan tepat dan mudah
difahami.
Dalam membuat
karangan berbentuk
laporan, hendaklah
menggunakan butir-butir
yang munasabah atau
lojik.
perlu memastikan jenis
laporan, sama adalaporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan,
perasmian, atau lawatan
ke sesuatu tempat.
Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa,sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapormesti berjawatan setiausaha.
Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialamiserta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahuludidahulukan.
Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
7/30/2019 laporan ejaan
6/18
Penggunaan tatabahasa yang betul dalam kehidupan seharian semakin
dipandang enteng dan dipinggirkan. Terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa
antaranya dari segi ejaan, penggunaan kata dan istilah, imbuhan, pencampuran kod
Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, dan stuktur ayat. Oleh itu,kami,Muhammad Azri b.
Zakaria dan Mohd Asyraf b. Alias terpanggil untuk menulis satu laporan
disampingkan menyiapkan tugasan sunjek Bahasa Melayu Komunikasi Bertulis dan
Ejaan.
Senario penggunaan bahasa Melayu pada masa kini amat menyedihkan.
Bagaimana mahu memartabatkan bahasa Melayu jika orang Melayu sendiri malu
untuk bertutur dalam bahasa Melayu? Apatah lagi orang bukan Melayu. Malahan
ada penduduk Malaysia sendiri yang tidak tahu langsung untuk bertutur dalam
bahasa Melayu. Buktinya, lihat sahaja orang-orang kita kini, terlalu asyik dengan
bahasa asing, bahasa bangsa yang pernah menjajah kita dahulu. Tidak kira di pasar
ikan sekalipun, mesti ada individu yang bertutur dalam bahasa Inggeris terutamanya.
Penggunaan bahasa rojak seperti sudah sebati dalam diri setiap individu di
Malaysia. Jika ada yang tidak tahu atau lebih tepat fasih berbahasa Inggeris, paling
kurang pun, individu itu akan mengucapkan maaf atau terima kasih dalam bahasa
Inggeris. Misalnya, sorryataupun thank you. Di mana kurangnya bahasa kita?
Adakah seseorang itu dianggap ketinggalan zaman jika tidak tahu berbahasa
Inggeris. Kita boleh mengambil contoh negara yang maju dengan menggunakan
bahasa ibunda mereka. Misalnya Jepun dan Korea. Negara-negara Asia Barat
seperti Arab Saudi juga menggunakan bahasa Arab yang begitu indah didengar
apabila dituturkan dengan penuh rasa bangga terhadap bahasa sendiri.
Sementara itu, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) juga mendorong kepada kurangnya penggunaan bahasa
Melayu pada masa kini. Bahasa Inggeris juga dijadikan bahasa penghantar dalam
sesetengah sekolah dan pentadbiran. Begitu menyedihkan sekali kerana ada antara
pelajar kita yang langsung tidak dapat menulis karangan Bahasa Melayu dengan
baik jika dibandingkan dengan karangan Bahasa Inggeris. Walaupun subjek BahasaMelayu diajar dalam semua peringkat sekolah, namun masih ada pelajar yang tidak
6
7/30/2019 laporan ejaan
7/18
dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Pelajar-pelajar sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan tidak mempunyai masalah untuk berbahasa Melayu
tetapi mereka menghadapi masalah untuk menulis dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan istilah, imbuhan dan stuktur ayat yang betul. Ada juga yang masih
tersalah ejaan walaupun sudah berada di tahap menengah. Penggunaan kod
Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris juga sebati bagi pelajar yang bersekolah di
kawasan bandar terutamanya golongan elit kerana jarangnya menggunakan bahasa
Melayu dan mereka tidak tahu menggunakan istilah yang betul bagi sesuatu
perkara dalam bahasa Melayu. Ada juga guru yang menggunakan bahasa lain selain
bahasa Melayu di sekolah. Misalnya, guru India menggunakan bahasa Tamil, guru
Cina menggunakan bahasa Mandarin dan sebagainya. Malahan, ada guru yang
mengajar subjek bahasa Melayu itu sendiri yang menggunakan bahasa Inggeris di
dalam kelas.
Di sini,cukup jelas peranan yang sangat penting yang perlu dimainkan para
guru pelatih institut perguruan Malaysia mendidik anak bangsa Malaysia bagi
memartabatkan bahasa ibunda kesayangan kita, Bahasa Melayu agar tidak
tenggelam seterusnya hilang ditelan arus kemajuan yang semakin ke hadapan.
7
7/30/2019 laporan ejaan
8/18
2.1 KESALAHAN TATABAHASA
Menurut buku Bahasa Melayu; Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran oleh
Sulaiman Masri, tatabahasa atau nahu merupakan peraturan bagi menggunakan
golongan atau komponen kata bahasa Melayu dengan betul yang meliputi kata
nama, kata kerja, kata sifat, adverba (kata keterangan), kata ganti nama, kata
hadapan, kata hubung, kata seru, kata bantu, kata nafi, kata darjat (perbandingan)
dan partikel. Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tatabahasa
berrmaksud peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu
digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan di sini bahawa kesalahan tatabahasa berlaku apabila golongan atau
komponen kata bahasa Melayu tidak digunakan dengan betul sama ada dalam
bentuk tulisan atau pun lisan.
2.2 PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Istilah Bahasa Rojak (Bahasa Melayu untuk "Bahasa campuran")
mendefinisikan kod amalan Malaysia-pertukaran antara dua atau lebih bahasa
tentang dasar Bahasa Melayu. Bahasa Rojak malaysia boleh anda kesan dari
Melaka awal dari Parameswara di tahun 1402, pelabuhan antarabangsa di manalebih daripada 80 bahasa dari pelbagai budaya diucapkan. Pedagang, pelayar dan
penduduk asli berbicara beberapa bahasa dalam perbualan itu begitu umum.
Menurut Encyclopedia of Malaysia (Bahasa dan Sastera), ini adalah sebahagian
daripada kenalan bahasa, sebuah pidgin, yang dikenali di Malaysia moden sebagai
Bahasa Rojak.
2.3 DIALEK
Perkataan dialek berasal dari Bahasa Yunani yang bermaksud variasi-
variasi sebuah bahasa yang sama. Variasi-variasi ini berbeza satu sama lain, tetapi
masih banyak menunjukkan persamaan satu sama lain sehingga belum dapat
disebut sebagai bahasa-bahasa yang berlainan. Biasanya sebutan dialek adalah
berdasarkan geografi, namun boleh berdasarkan faktor lain, contohnya faktor sosial.
Sesuatu dialek dibezakan berdasarkan kosa kata, tata bahasa, dan pengucapan
iaitu fonologi. Jika pembezaannya hanya berdasarkan pengucapan, maka istilah
yang tepat ialah tindakan dan bukan dialek.
8
http://id.wikipedia.org/wiki/Kosa_katahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tata_bahasahttp://id.wikipedia.org/wiki/Fonologihttp://id.wikipedia.org/wiki/Kosa_katahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tata_bahasahttp://id.wikipedia.org/wiki/Fonologi7/30/2019 laporan ejaan
9/18
2.4 KESALAHAN EJAAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ejaan bermaksud kaedah atau cara
menulis perkataan dengan huruf. Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa penulisan
ejaan yang betul adalah satu perkara yang amat penting bagi memastikan tidak
terdapat kesalahan ejaan berlaku. Untuk memastikan tidak terdapat kesalahan
ejaan dalam penulisan bahasa Melayu, kita perlu memahami dan menguasai sistem
ejaan dengan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang betul.
Jadual-jadual di bawah menunjukkan kesalahan ejaan yang terdapat pada
gambar-gambar yang boleh dilihat di bahagian lampiran :
Gambar 1
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Kueh Kuih
Pada gambar 1 kesalahan dapat dikesan apabila ejaan perkataan kuih yang
betul dieja kueh. Penggunaan huruf e pada ejaan yang salah berlaku kerana
pengaruh sebutan untuk menyebut perkataan kuih yang dibunyikan dengan
sebutan huruf e pepet.
Gambar 2
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Otomatik Automatik
Kesalahan ejaan yang yang terdapat pada gambar 2 ialah ejaan yang salah
iaitu otomatik yang sepatutnya dieeja automatik. Perkataan automatik
merupakan pinjaman perkataan daripada Bahasa Inggeris. Ejaan yang salah ini
berlaku kerana pengaruh sistem ejaan lama.
9
7/30/2019 laporan ejaan
10/18
Gambar 3
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Eksesori Aksesori
Kesalahan ejaan yang terdapat pada gambar 3 iaitu ejaan yang salah,
eksesori menggunakan huruf e di hadapannya. Ejaan yang betul ialah aksesori
yang menggunakan huruf a dihadapannya. Perkataan ini juga merupakan pinjaman
perkataan daripada Bahasa Inggeris. Kesalahan ejaan ini berlaku juga kerana
pengaruh sebutan perkataan aksesori .
Gambar 4
Penggunaan singkatan
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Dgn Dengan
Gambar 4 menunjukkan kesalahan ejaan perkataan dengan apabila dieja
dgn . Pada masa kini banyak perkataan yang dieja dengan singkatan-singkatan
tertentu,contohnya seperti perkataan dengan. Ini berlaku kerana sudah terbiasa
atau terpengaruh dengan penggunaan singkatan-singkatan perkataan ketika
bermesej atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) walaupun hakikatnya
penulisan penulis bertujuan untuk bacaan orang awam sebagai iklan seperti gambar
4 ini.
Gambar 5
Kesalahan yaang ditunjukkan dalam gambar 5 di bahagian lampiran ialah :-
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Telor Telur
10
7/30/2019 laporan ejaan
11/18
Kesalahan yang dapat kami kesan pada ejaan gambar tersebut ialah
penggunaan o yang mana pada ejaan betul menggunakan u. Kesalahan ini
mungkin berpunca dari ketidak prihatian syarikat yang mengeluarkan iklan tersebut.
Kesalahan yang kecil sebegini mampu untuk merosakkan peggunaan ejaan bagi
kanak kanak yang mungkin terpengaruh dengan iklan tersebut.
Gambar 6
Kesalahan yang di kesan dalam paparan tanda iklan premis perniagaan ini ialah :-
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Kelinik Klinik
Pengaruh ejaan lama menyebabkan sebahagian premis perniagaan masih
menggunakan ejaan yang lama. Sepatutnya bagi premis yang sememangnya
menjadi tumpuan masyarakat seharusnya menukarkan papan tanda itu dengan
penggunaan ejaan yang betul supaya tidak mengelirukan orang ramai.
Gambar 7
Kesalahan yang di kesan dalam paparan tanda iklan premis perniagaan ini ialah :-
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Ayam kampong Ayam kampung
Kesalahan ejaan yang terlibat di dalam penggunaan perkataan di atas ialahejaan kampong. Seharusnya ejaan tersebut perlu ditulis sebagai kampung dengan
penggunaan u bagi menggantikan o . kesalahan ejaan ini mungkin berpunca
daripada kesedaran yang masih kurang tentang penggunaan ejaan yang betul pada
zaman itu. Kesalahan juga mungkin berlaku akibat kurang kepekaan oleh syarikat
yang mengeluarkan papan tanda tersebut.
Gambar 8
11
7/30/2019 laporan ejaan
12/18
Kesalahan yang di kesan dalam paparan tanda iklan premis perniagaan ini ialah :-
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
Udang tepong Udang tepung
Kesalahan ejaan yang sama juga ditunjukkan pada papan tanda ini. Masalah
penggunaan vokal o yang salah dengan tempat yang sepatutnya menggunakan
huruf vokal u mengikut ejaan semasa yang betul sekarang.
Gambar 9
Penggunaan bahasa rojak
Pendedahan penggunaan bahasa campuran yang melampau telah
menyebabkan generasi zaman sekarang telah tidak tahu untuk menggunakan nahu
atau tatabahasa dan ejaan yang betul mengikut apa yang telah ditetapkan.
Penggunaan singkatan ejaan juga turut menular ke dalam penulisan karangan di
sekolah sekolah. Pendedahan meluas dan juga tumpuan yang lebih kepada
bahasa Inggeris menyebabkan masyarakat kadang-kadang keliru untuk
membezakan antara perkataan Melayu dan perkataan Inggeris. Tambahan pula,
subjek Sains dan Matematik kini diajar dalam bahasa Inggeris di semua sekolah
rendah dan sekolah menengah. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seharusnya tahu
membezakan perkataan Melayu atau Inggeris.
Kesalahan yang di kesan dalam paparan tanda iklan premis perniagaan ini ialah :-
Kesalahan Pembetulan
Fresh Segar
Kesalahan penggunaan perkataan di atas ialah mencampur adukkan bahasa
melayu dengan bahasa inggeris. Akibat sikap ambil lewa sesetengah pihak telah
merosakkan ejaan dan tatabahasa yang sepatutnya. Penggunaan bahasa rojak
yang terlampau mungkin akan menyebabkan negara kita akan hilang identiti suatu
hari nanti.
12
7/30/2019 laporan ejaan
13/18
Gambar 10
Kesalahan yang di kesan dalam paparan tanda iklan premis perniagaan ini ialah :-
Kesalahan Pembetulan
Beralatan Peralatan
Kesalahan yang dikesan oleh kami semasa memerhatikan papan tanda
tersebut ialah penggunaan imbuhan yang salah. Pada papan tanda itu memaparkan
penggunaan imbuhan ber pada beralatan. Penggunaan yang betul ialah perlatan
yang menggunakan imbuhan per di hadapannya.
Gambar 11
Penggunaan Dialek
Kesalahan Pembetulan
Pi Pergi
Kesalahan yang terdapat pada Gambar 4 ialah ejaan bagi perkataan pergi
telah dieja dengan salah menjadi pi. Kesalahan ejaan ini berlaku kerana pengaruh
dialek bahasa sesebuah tempat. Bagi gambar 4,pengaruh dialek bahasa masyarakat
Utara menyebabkan kesalahan ejaan perkataan pergi menjadi pi .
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KESALAHAN BAHASA
DI PREMIS-PREMIS AWAM
13
7/30/2019 laporan ejaan
14/18
Berdasarkan kesalahan-kesalahan bahasa yang telah ditunjukkan di
atas,langkah-langkah harus diambil bagi mengatasi masalah ini menjadi lebih parah.
Masalah ini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia kerana masalah
ini melibatkan maruah dan arah tuju bahasa ibunda kita,Bahasa Melayu di masa
akan datang.Bahasa Melayu telah membentuk identiti Malaysia yang tersendiri dan
beberapa negara lain yang sememangnya harus kita pelihara.
Penguatkuasaan perlu lebih diperketatkan dari banyak segi. Dari segi
pengiklanan,Sebelum sesebuah iklan itu disiarkan,seharusnya pihak berkuasa
melihat dam memeriksa dahulu iklan yang dibuat tidak mempunyai kesalahan
bahasa dari segi tatabahasa dan ejaan. Ini bagi mengelakkan mesej tersurat dan
tersirat sesebuah iklan itu dapat difahami oleh orang awam dan tiada sebarang
kekeliruan berlaku. Dari segi penerbitan pula,sememangnya perlu diteliti dengan
baik oleh pihak yang terlibat dalam memberi kelulusan untuk sesebuah karya atau
penerbitan itu sebelum dipasarkan kepada orang awam. Antara penerbitan yang
yang tidak asing lagi dengan masyarakat kita ialah seperti surat
akhbar,majalah,novel, dan komik. Penerbitan seumpama ini menjadi bahan bacaan
kepada setiap lapisan masyarakat dan sekiranya terdapat kesalahan bahasa dalam
pembacaan, ini akan mempengaruhi pengetahuan bahasa mereka.
Kempen-kempen bahasa juga patut diadakan oleh badan-badan yang
bertanggungjawab. Kempen bahasa yang dianjurkan perlulah menekankan tentang
penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Kempen yang diadakan perlu dirancang
dengan teliti bagi memastikan kempen yang diadakan meninggalkan kesan kepada
orang awam dan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa
pentingnya memelihara bahasa ibunda kita. Kempen-kempen bahasa ini boleh
diadakan di perpustakaan,media massa mahupun di pusat membeli belah.
Syarikat-syarikat penerbitan boleh bekerjasama dengan pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) . Setiap penerbitan yang ingin diterbitkan perlulah menghantar
kertas kerja awalan untuk dianalisa dan diperiksa oleh pihak DBP. Selepas
itu,pemantauan dan perkembangan akan terus dilakukan oleh pakar bahasa yang
dilantik oleh pihak DBP yang akan memastikan tiada kesalahan bahasa dilakukan.
Selain itu,para pendidik atau guru Bahasa melayu perlu menanam rasa cintadan kesedaran kepada para pelajar mereka terhadap Bahasa Melayu. Guru-guru
14
7/30/2019 laporan ejaan
15/18
juga mestilah menunjukkan contoh teladaan yang baik kepada para pelajar sebagai
insan yang cintakan dan memelihara bahasa ibunda. Ini termasuklah ketika
penyampaian ilmu kepada para pelajar,guru hendaklah menggunakan sepenuhnya
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan komunikasi seterusnya langsung
tidak atau sentiasa mengelakkan daripada menggunakan bahasa rojak.
Para pendidik juga perlu membiasakan para pelajar dengan penggunaan
kamus tatabahasa. Kamus tatabahasa seperti Kamus Dewan boleh menjadi bahan
rujukan kepada mereka untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci dan
lebih memahami tentang sesuatu perkataan atau ayat.
Media massa sama ada media cetak atau media elektronik memainkan
peranan yang sangat penting bagi memastikan martabat Bahasa Melayu sentiasa
terpelihara. Masyarakat kini boleh menimba ilmu dengan lebih mudah dan santai
melalui pembelajaran dengan internet atau dipanggil e-pendidikan. Sebagai
tambahan,media massa patut mengambil langkah dengan mengadakan ruangan
atau slot khas untuk bahasa. Ruangan atau slot khas ini akan bertindak sebagai
medan bagi membincangkan tentang perkembangan,masalah-masalah atau isu-isu,
dan langkah-langkah yang sepatutnya berkaitan dengan Bahasa Melayu.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
15
7/30/2019 laporan ejaan
16/18
...........................
(Mohd Azri b. Zakaria)
..........................
(Mohd Asyraf b. Alias)
RUJUKAN
Hassan, A. (2008). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2 (Siri Pendidikan Guru).
Selangor: Oxford Fajar Bakti Sdn.Bhd.
16
7/30/2019 laporan ejaan
17/18
Siti Hajar Abdul Aziz (2008), Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), Oxford Fajar
Bakti Sdn.Bhd. Selangor.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood (2008) ,
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Normal Mohamad Yusof, Bahasa Iklan Perlu Dipertingkatkan, Dilayari pada 25 Ogos
2009 di URL http : ///www.beritaharianonline.com
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0704&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_01.htm&arc=hive
&arc=hive
17
7/30/2019 laporan ejaan
18/18
LAMPIRAN
18