All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Documents.tips Teks Pengacara Majlis Mtq 2014

by auliya-addini

on

Report

Category:

Documents

Download: 1

Comment: 0

32

views

Comments

Description

j
Download Documents.tips Teks Pengacara Majlis Mtq 2014

Transcript

Teks Pengacara Majlis Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ________________________________________ ___________________________________________________________________________ Ke Dewan Wawasan, Kampung Medan, Telok Panglima Garang, sempena Majlis Perasmian Penutup, Majlis Tadarus Al-Quran, Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku. Hadirin hadirat dipersilakan berdiri. · Negaraku - Hadirin dipersilakan duduk… Terima Kasih. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين, وعلى أله وصحبه أجمعين. رب اشرح لي صدري, ويسر لي امري, وحلل عقدة من لساني, يفقهوا قولي. Yang Berbahagia, ____________________________________________________________ ___________________________________________________________________________, Yang Berusaha, Ustaz Ismail Hashim bin __________________________________________ ___________________________________________________________________________ Yang Berusaha, Ustaz Azman bin ________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Yang Berusaha, Ustaz Abdul Najah bin Said, Pegawai j-QAF , Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha, Tn. Hj. Kamalul 'Azam bin. Hj. Mohamad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, merangkap Pengerusi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Yang Berusaha, Guru Besar, Sekolah-sekolah Zon Utara, Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha, Barisan Guru Penolong Kanan, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, Yang dihormati, Barisan Jemaah Hakim, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Yang Dihormati, Barisan Jawatankuasa Pelaksana, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Guru-guru pengiring, murid-murid, peserta Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014, serta hadirin dan hadirat sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata. بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah, Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Perasmian Penutup, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum… Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, ______________________________________________________________ serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis Perasmian Penutup, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. ___________________________________________________________________________ Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah, semoga majlis ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan menjadi panduan utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bermula sejak pagi tadi, sehinggalah sebentar tadi, 7 acara iaitu, Tilawah Al-Quran (Lelaki), Tilawah Al-Quran (Perempuan), Hafazan (Lelaki), Hafazan (Perempuan), Bercerita Daripada Kisah Al-Quran (Lelaki), Bercerita Daripada Kisah Al-Quran (Perempuan) dan Festival Nasyid Berkumpulan telah dipertandingkan. Kesemua acara tadi telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu. Manakala festival Nasyid berkumpulan pula telah dilaksanakan di Dewan Wawasan ini. ___________________________________________________________________________ Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh, Membacanya dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa Jari nan sepuluh, Doa diminta agar selamat. Bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan majlis, dijemput dan dipersilakan al-Fadhil, ___________________________________________________________________________ bagi memimpin bacaan doa. فنتفضل مشكورا.... · Bacaan Doa - Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________________________ _____________________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Hj. Kamalul 'Azam bin. Hj. Mohamad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, merangkap Pengerusi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. · Ucapan Aluan - Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tn. Hj. Kamalul 'Azam bin. Hj. Mohamad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, merangkap Pengerusi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014, atas ucapan aluan itu tadi. ___________________________________________________________________________ Agenda majlis pada tengahhari ini diteruskan dengan ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan penuh hormat dan takzim, menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, ___________________________________________________________________________ Menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian penutup, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara, Daerah Kuala Langat 2014. Dipersilakan. · Ucapan Perasmian Penutup - Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, __________________________________ ___________________________________________________________________________ atas ucapan perasmian penutup itu tadi. Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian, Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kita semua, iaitu keputusan rasmi bagi acara-acara yang telah dipertandingkan pada majlis ini. Tetapi sebelum itu, mari kita sama-sama mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang telah dijalankan. Untuk itu, majlis mempersilakan_______________________________________________________, Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan. Dipersilakan… · Ulasan Ketua Jemaah Hakim - Terima kepada ______________________________________________________________ Atas ulasan pertandingan yang telah disampaikan itu tadi. Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah… keputusan rasmi pertandingan telah selamat berada di tangan kami. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________ ___________________________________________________________________________ Mengiringi dan mempersilakan _________________________________________________ ___________________________________________________________________________ naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan… 1. Tilawah Al-Quran lelaki 2. Tilawah Al-Quran perempuan 3. Hafazan lelaki 4. Hafazan perempuan 5. Bercerita daripada kisah al-Quran lelaki 6. Bercerita daripada kisah al-Quran perempuan 7. Nasyid 8. Keseluruhan Terima Kasih kepada __________________________________________________________ ________________________________________ atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis ini. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan _________________________________ ___________________________________________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada _________________________ ___________________________________________________________________________ Terima kasih diucapkan. Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Alhamdulillah.. Dengan sempurnanya acara penyampaian hadiah itu tadi, maka Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon utara daerah kuala Langat 2014 telah sampai ke penghujungnya. Sekalung budi penghargaan, terima kasih pihak majlis kalungkan kepada ________________ ___________________________________________________________________________ kerana dapat meluangkan masa hadir ke majlis ini. Terima kasih juga kepada semua para jemputan, Pegawai-Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Guru Besar Sekolah-sekolah zon utara, Para Jemaah Hakim, Jawatankuasa Pelaksana, Guru-guru Pengiring, para peserta yang mengambil bahagian, dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara Daerah Kuala Langat 2014 ini. Mewakili pihak tuan rumah, kami memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami mengendali majlis pada hari ini, banyak kesalahan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan berlaku. Sebelum kami mengakhiri kalam majlis, dijemput kepada yang berbahgia________________ ________________________________ serta dif-dif jemputan ke khemah vip yang terletak di sebelah tepi dewan ini, bagi menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan. Kalau ada kepuk di lading, Boleh juga tumpang mandi, Diberi Allah umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sebagai akhir kalam majlis, marilah sama-sama kita akhiri dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr. Wabillahi Taufiq wal-hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Fly UP