16
DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep migrasi penduduk Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara. Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat lain.Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.Migrasi antarabangsa adalah penghijrahan penduduk dari satu negara ke negera lain.Misalnya,Maria berpindah dari Malaysia ke Austra lia.Migrasi dalaman pula ialah perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah negara.Contohnya,Amir berpindah dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur kerana mengikut keluarga. MIGRASI

Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nah ambik kau haha

Citation preview

Page 1: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep migrasi penduduk

Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan

tujuan menetap secara kekal atau sementara. Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau

penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat lain.Terdapat dua jenis migrasi iaitu

migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.Migrasi antarabangsa adalah penghijrahan penduduk

dari satu negara ke negera lain.Misalnya,Maria berpindah dari Malaysia ke Austra lia.Migrasi

dalaman pula ialah perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah

negara.Contohnya,Amir berpindah dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur kerana mengikut

keluarga.

MIGRASI

Migrasi dalaman

Migrasi antarabangsa

Page 2: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

8.2 Pola migrasi penduduk di Bandar Baru Salak Tinggi

Dalam kajian ini.saya akan mengkaji migrasi penduduk di antara kawasan-kawasan dalam

sesebuah negara.Pergerakkan ini dikenal sebagai migrasi dalaman.Di Bandar Baru Salak

Tinggi terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi luar bandar ke bandar dan bandar ke

bandar.Bandar Baru Salak Tinggi ini merupakan bandar yang sedang berkembang.

Migrasi luar bandar ke bandar bermaksud pergerakkan lazimnya bagi mencari peluang

pekerjaan,menjawat jawatan di sector awam dan melanjutkan pelajaran.Contoh migrasi luar

bandar ke bandar ialah penduduk dari Kampung Salak ke Bandar Baru Salak

Tinggi.Daripada temubual yang dijalankan kebanyakkan penduduk di sini berasal dari luar

bandar seperti Kampung Salak,Kampung Keringcing,Kampung Labu Lanjut dan lain-lain

lagi.

Selain itu,migrasi bandar ke bandar pula bermaksud pergerakkan penduduk yang berlaku

antara bandar dengan bandar.Misalnya, dari Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi atau

dari Kuala Lumpur ke Bandar Baru Salak Tinggi.

Page 3: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Peluang pekerjaan

Daripada soal selidik yang telah dijalankan.Penduduk Bandar Baru Salak Tinggi berhijrah ke

sini kerana mereka mendapat peluang pekerjaan.Kegiatan ekonomi yang dijalankan di sini

agaak terhad jadi wujudlah peluang pekerjaan.Contohnya,dalam sektor

perkilangan,perguruan,perniagaan dan sebagainya.Di kawasan ini juga mempunyai

kilang,sekolah,kedai dan sebagainya.Keadaan ini menggalakkan penduduk berhijrah ke

bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.

Kemudahan asas

Selain itu, Bandar Baru Salak Tinggi juga terdapat banyak kemudahan asas seperti sekolah

menengah,sekolah rendah,tadika,hotel,kedai,kemudahan bank,kedai makan,perkhidmatan

dobi dan sebagainya.Keadaan ini menyebabkan penduduk berhijrah ke sini kerana faktor

tersebut.

Petempatan baru

Ada juga penduduk berhijrah ke sini kerana mereka membeli rumah baru di Bandar Baru

Salak Tinggi.Selain itu,ada di kalangan penduduk berpindah ke sini secara terpaksa kerana

untuk membeli rumah sahaja.Ini di sebabkan kawasan perumahan di Bandar Baru Salak

Tinggi harganya agak berkualiti dan berpatutan berbanding dengan kawasan perumahan di

bandar lain seperti Putrajaya.Di Bandar Baru Salak Tinggi terdapat banyak kawasan

perumah. Contohnya, Taman Ixora,Taman Anggerik,Taman Dahlia dan lain-lain lagi.

Page 4: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Meningkatkan taraf hidup

Daripada temubual dijalankan,kebanyakkan mereka berhijrah ke sini kerana ingin

meningkatkan taraf hidup.Di sini,mereka berpeluang menambahkan pendapatan melalui

pelbagai aktiviti seperti berniaga,membuka kedai,dan membawa van.Daripada pelbagai

pekerjaan yang mereka lakukan untuk meningkatkan taraf hidup iaitu dengan membeli

rumah sendiri dengan itu meraka akan menyambung dan menikmati taraf hidup yang selesa

jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan saya mempunyai penduduk yang hidup dalam

keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan

oleh faktor migrasi dalaman ini.

Page 5: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di Bandar Baru Salak Tinggi

8.4.1 Kesan positif

Penduduk bertambah

Bandar Baru Salak Tinggi merupakan kawasan perumahan yang agak padat

penduduknya.Penduduk di sini berbilang kaum iaitu Melayu,Cina dan India.Antara 20 orang

penduduk yang saya temu bual ,9 adalah Melayu,8 kaum Cina dan 3 kaum India.Secara

pemerhatian,saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum adalah sekata di seluruh

kawasan perumahan.Kesan penduduk bertambah ini kebanyakkan berpunca daripada migrasi

dalaman penduduk ke Bandar Baru Salak Tinggi.Pertambahan penduduk di kawasan ini

menggalakkan kerajaan menambah dan meningkatkan kemudahan infrastruktur.Antaranya

termasuklah kemudahan pengakutan,pendidikan,kesihatan,bekalan elektrik dan air.Jalan raya

diperlebar.Keadaan ini memberikan keselesaan hidup di bandar.Walaupun penduduk di sini

bertambah tetapi banyak kawasan perumahan yang belum dihuni lagi.

Taraf hidup meningkat

Dari segi taraf hidup,kebanyakkan penduduk bandar menikmati hidup yang lebih

selesa.Dengan pendapatan gaji yang lumayan dan tetap,mereka dapat berbelanja dengan

membeli rumah sendiri,dengan itu meraka akan menyambung dan menikmati taraf hidup

yang selesa jika dibandingkan dengan sebelumnya.Selain itu,ada juga penduduk yang

membeli rumah kedai sendiri bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan membuka

sebuah kedai untuk berniaga seperti kedai makan,alat tulis,pakaian,lampu dan

sebagainya.Dengan adanya kemudahan pendidikan,taraf hidup penduduk di kawasan ini

semakin meningkat dengan wujudnya sekolah rendah dan sekolah menengah.

Page 6: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Masyarakat majmuk

Penduduk di sini berbilang kaum iaitu Melayu,Cina dan India.Migrasi penduduk yang

banyak mengakibatkan kemasukkan penduduk yang berbilang kaum.Kebanyakkan,penduduk

bagi setiap kaum tidak tinggal dalam satu kelompok sahaja malah mereka tinggal berjiran

dengan kaum yang lain.Contohnya,kaum Cina berjiran dengan kaum Melayu.Terbuktilah

bahawa penduduk di Bandar Baru Salak Tinggi ini sentiasa bertimbang rasa,hormat-

menghormati,bekerjasama dan sebagainya.Selain itu,setiap kaum itu mempunyai perniagaan

mereka sendiri.Misalnya,kaum Melayu membuka kedai makan dan alat tulis,kaum India pula

kebanyakkan mereka membuka kedai runcit dan kedai makan.Manakala,kaum Cina pula

membuka kedai dobi,kedai perabot dan kedai runcit.

Page 7: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

8.4.2 Kesan negatif

Masalah sosial

Kebanyakkan penduduk yang di soal selidik ini mengatakan bahawa masalah sosial yang

sering berlaku di kawasan mereka iaitu Bandar Baru Salak Tinggi ialah

membuli,merokok,melepak,bergaduh dan sebagainya.Semasa saya membuat

pemerhatian,saya terlihat sekumpulan pelajar sekolah sedang melepak di kawasan taman

permainan.Ini menandakan bahawa jawapan soal selidik yang saya jalankan terhadap

penduduk adalah benar.Masalah sosial ini berlaku daripada remaja-remaja sekolah.Selain

itu,kegiatan vendalisme juga berlaku iaitu merosakkan benda awam dengan mencongteng di

pondok,taman permainan dan lain-lain lagi.

Pengangguran

Terdapat penduduk yang berpindah ke bandar tetapi tidak memperoleh pekerjaan.Ini

kemungkinan disebabkan penduduk yang ramai dan kurang peluang pekerjaan terutama

apabila kegiatan ekonomi semakin berkembang.Penduduk yang tiada pekerjaan,kebanyakkan

duduk di rumah dan menonton televisyen dan tidak berbuat apa-apa.Kadar pengangguran dan

kemiskinan yang tinggi menyebabkan kes jenayah meningkat seperti kes pecah rumah.

Selain itu,kemasukan terlalu ramai penduduk dan warga asing telah menyebabkan

berlakunya persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.Apabila berlakunya persaingan ini akan

menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

Page 8: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap penduduk Bandar Baru Salak Tinggi berusaha untuk meningkatkan taraf

hidup.Kemakmuran di kawasan ini  juga perlu dipelihara.Penduduk Bandar Baru Salak

Tinggi perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat

untuk dihuni.Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada

sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana

kawasan saya ini masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

Masalah sosialPengangguran

Taraf hidup meningkat

Masyarakat majmuk

Kesan migrasi dalaman penduduk

Penduduk bertambah

Page 9: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

8.5 Candangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk

Bagi memastikan keadaan Bandar Baru Salak Tinggi ini selamat daripada sebarang masalah

beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

Kuat kuasa undang-undang

Menguatkuasakan undang-undang ini perlu diwujudkan oleh pihak kerajaan untuk

memastikan kawasan ini sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah.Pihak

polis perlulah mengadakan rodaan pada setiap hari terutama pada waktu malam seperti

rodaan polis yang telah diadakan di Putrajaya. Selain itu,pihak kerajaan perlulah mengenakan

denda yang tinggi kepada penduduk yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan

oleh kerajaan.Ini memastikan kawasan Bandar Baru Salak Tinggi sentiasa dalam keadaan

terkawal.

Wujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan ini,pihak kerajaan perlulah menyediakan

lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Keadaan ini penting bagi mengatasi

masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Page 10: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Meningkatkan kemudahan kesihatan

Pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan kesihatan di

Bandar Baru Salak Tinggi bagi memudahkan penduduk.Penduduk di kawasan ini terpaksa

melalui perjalanan yang agak jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke

Klinik.Kawasan ini tidak mempunyai kemudahan kesihatan seperti hospital dan

klinik.Walaupun Daerah Sepang mempunyai klinik iaitu di Kampung Salak tetapi

perjalanannya agak jauh dari Bandar Baru Salak Tinggi.Oleh itu,pihak kerajaan perlu

membina sebuah hospital atau klinik di kawasan ini.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan

bagi mengurangkan masalah dan kesan negatif.Kita perlu sedar bahawa Bandar Baru Salak

Tinggi ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang

terakhir.Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang

tinggi untuk menjaga kawasan ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat

kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk Bandar Baru Salak

Tinggi.

Sebab Berhijrah Bilangan

Page 11: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)

Peluang pekerjaan 3

Kemudahan asas 5

Petempatan baru 10

Meningkatkan taraf hidup 4

Jadual 1 Sebab-sebab berhijrah

23%

14%

45%

18%

Sebab-sebab berhijrah

Kemudahan asasPeluang pekerjaanPetempatan baruMeningkatkan taraf hidup

Page 12: Dapatan kajian (Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Salak Tinggi)