23
960930-01-6999 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini telah menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas respoden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini . Di samping itu,bahagian ini juga telah mengenal pasti tentang jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan kaedah rujukan. 5.1 Demografi respoden 5.1.1 Jantina Jadual 1 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan Jantina JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS(%) Lelaki 13 43.33 Perempuan 17 56.67 Jumlah 30 100.00 Sumber : Kerja Lapangan 2015

5.0 Dapatan Kajian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

,

Citation preview

960930-01-6999

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini telah menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas respoden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini . Di samping itu,bahagian ini juga telah mengenal pasti tentang jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan kaedah rujukan.5.1 Demografi respoden5.1.1 JantinaJadual 1 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan JantinaJANTINA KEKERAPAN (ORANG)PERATUS(%)

Lelaki 1343.33

Perempuan 1756.67

Jumlah 30100.00

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Rajah 1: Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan JantinaSumber : Kerja Lapangan 2015 Respoden pengkaji terdiri daripada penduduk yang tinggal di Taman Melati,iaitu 30 orang penduduk. Merujuk Jadual 1, jumlah respoden adalah seramai 13 orang respoden yang terdiri daripada jantina lelaki, bersamaan dengan 43.33% dan 17 orang perempuan bersamaan dengan 56.67% .5.1.2 Umur Jadual 2 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan UmurUmur

Kekerapan (Orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah LelakiPerempuan Jumlah

20 tahun dan ke bawah 53816.671026.67

21-30 35816.671026.67

31-40044013.3313.33

41-5052716.676.6723.33

51 tahun dan ke atas03301010

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Rajah 2 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan UmurSumber : Kerja Lapangan 2015 Jadual 2 menunjukkan majoriti respoden adalah berumur 20 tahun dan ke bawah serta berumur 21 hingga 30 tahun,dengan kadar peratusan yang sama ,iaitu 26.67%. Di samping itu,terdapat 4 orang respoden yang berumur 31 hingga 40 tahun,bersamaan dengan 13.33%. Bagi umur 41 hingga 50 tahun, hanya terdapat 7 orang respoden,iaitu 23.33% . Selain itu, terdapat 3 orang respoden yang berumur 51 tahun dan ke atas,iaitu 10%.5.1.3 PekerjaanJadual 3 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan PekerjaanPekerjaan Kekerapan(orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah

Swasta 000000

Kerajaan 03301010

Bekerja sendiri 43713.311023.33

Pelajar 6612202040

Bersara 325106.6716.67

Lain-lain 03301010

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Rajah 3 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan PekerjaanSumber : Kerja Lapangan 2015 Majoriti respoden saya adalah pelajar iaitu 12 orang,bersamaan dengan 40.00 % . dengan merujuk jadual .Seterusnya,terdapat 7 orang respoden bekerja sendiri, iaitu bersamaan dengan 23.33 %. Terdapat 5 orang respoden yang bersara ,bersamaan dengan 16.67% manakala kerajaan dan lain-lain pekerjaan mempunyai jumlah respoden yang sama,iaitu 3 orang,bersamaan dengan 10.00%. 5.1.4 Status PendidikanJadual 4 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan Status PendidikanStatus pendidikan Kekerapan(orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah

UPSR1233.336.6710

SRP/PMR 02206.676.67

SPM 42613.336.6720

STPM000000

Sijil/Diploma561116.672036.67

Ijazah2576.6716.6723.33

Lain-lain 1013.3303.33

Sumber: Kerja Lapangan 2015Rajah 4 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan Status PendidikanSumber: Kerja Lapngan 2015 Majoriti status pendidikan respoden ialah sijil atau diploma,iaitu 11 orang. 7 orang respoden yang mempunyai ijazah,bersamaan dengan 23.33% manakala terdapat 6 orang yang bertahap SPM iaitu 20%. Bagi tahap pendidikan UPSR pula terdapat 3 orang respoden,bersamaan dengan 10%. Selain itu ,terdapat 2 orang respoden yang bertahap SRP atau PMR ,iaitu 6.67%. Seterusnya,minoritinya hanya 1 orang yang bertahap lain-lain status pendidikan.

5.2 Jenis-Jenis Adat Resam Yang Diamalkan Oleh Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri Di Taman Melati Pada Masa Kini. Menurut Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah ,karya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,,adat resam merupakan amalan yang diwarisi secara turun-temurun. Setiap bangsa dan masyarakat mempunyai adat resam yang tersendiri.5.2.1 Amalan rumah terbuka

Gambar 1:Rumah terbuka di kediaman Perdana MenteriSumber:Google Image Berdasarkan petikan Utusan Online, rumah-rumah terbukaakan diadakan pada Hari Raya Aidilifitri ataupun sepanjang bulan syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan,. Setiap kali menjelang hari raya terutamanya Hari Raya Aidilfitri, ramailah perantau akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga, Hal ini kerana anak-anak akan balik kampung untuk menemani ibu bapa mereka sempena Hari Raya Aidiliftri.

5.2.2 Memakai pakaian tradisional kaum Melayu

Gambar 2: Pakaian tradisional kaum MelayuSumber : Google Image Selepas itu,lelaki yang berbangsa Melayu akan memakai baju Melayu dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang .Menurut penulis blog,Loo Yi Yiing,baju Melayu merupakan baju tradisional bagi orang Melayu. Bagi perempuan Melayu pula akan memakai baju kurung ataupun baju kebaya bersama dengan tudung. Menurut D. Arul Rajoo, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Datin SeriEndon Mahmood telah mempromosikan batik dan baju kurung menerusi inisiatif yang diusahakannya, Malaysia Batik Crafted for the World dan melancarkan Piala Seri Endon sebagai wadah untuk mencungkil bakat mereka cipta batik Malaysia.

5.2.3 Amalan Pemberian dan Penerimaan Duit Raya

Gambar 3 : Sampul duit Hari Raya yang berwarna hijauSumber: Google Image

Di samping itu,berdasarkan petikan Bicara Ozzy, sudah menjadi tradisi apabila tibanya hari raya maka antara peruntukan yang perlu disediakan adalah duit raya untuk diberi pada kanak-kanak.Sesuai dengan perubahan zaman jika dahulu pemberian duit raya berbentuk kepingan duit syiling tapi sekarang paling kurang pun duit kertas satu ringgit. Bagi mengelakkan serta nampak lebih menarik ,maka duit ini dimasukkan ke dalam sampul yang biasanya berwarna hijau sebelum diberi pada kanak-kanak. Amalan memberi duit raya ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk anak-anak mengamalkan tabiat menabung.

5.2.4 Amalan berziarah Gambar 4 : Amalan berziarahSumber : Google Image Selepas itu, orang Melayu akan melawati perkuburan orang yang disayangi selepas mereka bersembahyang. Hal ini dapat generasi muda untuk mengingati ahli keluarga yang terdekat. Orang Melayu juga mengamalkan amalan berziarah pada Hari Raya Aidilifitri.Berdasarkan petikan Perayaan Melayu, pada pagi Hari Raya Aidilfitri, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah anak saudara mereka ataupun ahli keluarga yang terdekat.Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Justeru, Hari Raya merupakan hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

5.2.5 Makanan Tradisional

Gambar 5: Makanan tradisional kaum melayu,ketupatSumber : Google Image Hidangan Hari Raya Aidilfitri merupakan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka pada hari raya. Tetamu yang berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan tradisional melayu. Hidangan yang disediakan pada hari raya ini sukar untuk ditemui pada hari-hari biasa. Oleh itu ,para tetamu akan makan dengan sepuas hati pada hari tersebut.Hidangan hari raya tidak akan lengkap tanpa adanya ketupat, rendang, lemang, lodeh, serta banyak lagi hidangan lain. Namun hidangan-hidangan ini berbeza mengikut sesebuah negeri. Kuih-kuih raya pula akan dihidangkan antara tujuh hingga sepuluh jenis kuih yang berbeza. Kuih-kuih ini biasanya akan dibuat sendiri oleh tuan rumah dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan rasa. Di samping itu,suasana meriah akan diwujudkan kerana tetamu akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga ataupun dengan sahabat sambil bergurau senda dan bergelak ketawa.Berdasarkan petikan Utusan Online,sesetengah makanan tradisional Melayu hampir tidak diketahui kewujudannya. Justeru,ibu bapa haruslah berusaha mewarisi dan mengajar anak-anak tentang makanan tradisional kaum Melayu.

5.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlaku Kelunturan Adat Resam Dalam Kalangan Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri Di Taman Melati Pada Masa KiniJadual 5 menunjukkan punca-punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati.Jadual 5 : Punca-punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati.BilPerkaraSangat setujuSetuju Tidak setujuSangattidak setujuTidak pastiMin

f%f%f%f%f%

1. Sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri.2066.7930.013.300.000.04.6

2. Banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar.1756.7930.013.300.000.04.3

3. Tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena Hari Raya Aidilfitri.1136.71653.313.326.700.04.2

4. Tidak memahami dengan adat resam ini secara teliti dan mendalam.1550.01240.013.313.313.34.3

5. Generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini.1653.31343.313.300.000.04.5

6. Ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untukmengajar anak mereka tentang adat resam ini.1136.71136.741331013.33.9

7. Tidak mengetahui kepentingan adat resam ini dengan jelas.1033.31963.300.013.3004.3

8. Budaya barat yang moden telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resamyang traditional ini.1343.31653.313.300.000.04.4

9. Generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini.826.71653.331000.0310.03.9

10. Pengaruh laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional ini.930.01653.300.000.0516.73.8

11. Kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda.1136.71343.313.313.3413.33.8

Sumber : Kerja Lapangan 2015 Berdasarkan Jadual 5, terdapat 20 orang respoden memilih sangat setuju manakala 9 orang memilih setuju tentang sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu 66.7% dan 30.0% masing-masing. Menurut ketua menteri Sarawak ,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan perlu bersikap serius dalam perkara pemuliharaan adat resam dan kebudayaan kerana ia mencerminkan keperibadian sesebuah masyarakat serta sejarah asal-usul sesuatu kaum. Hal ini telah menunjukkan betapa pentingnya adat resam dan patut diwarisi secara turun temurun. Min dalam pernyataan ini ialah 4.6 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini. Seterusnya, bagi banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar, terdapat 17 orang memilih kategori sangat setuju dengan kadar peratusan 56.7% manakala 9 orang memilih kategori setuju dengan sebanyak 30 %. Bagi kategori tidak setuju dan kategori sangat tidak setuju pula,hanya 1 orang memilih kedua-dua kategori ini dengan bersamaan 3.3 %. Terdapat 2 orang respoden memilih kategori tidak pasti iaitu 6.7 % dalam punca ini.Berdasarkan petikan Berita Kampus, pada zaman sekarang, ahli keluarga tidak lagi bergaul rapat antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk dengan menggunakan telefon pintar mereka. Hal ini bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, tetapi remaja dan kanak-kanak juga mengamalkan kelakuan yang sama. Justeru min untuk pernyataan ini ialah 4.3 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Selain itu,seramai 11 orang memilih kategori sangat setuju,36.7% manakala 16 orang memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3% bagi pernyataan tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena Hari Raya Aidilfitri.Walau bagaimanapun, terdapat 1 orang respoden memilih tidak setuju dan 2 orang respoden memilih kategori sangat tidak setuju dengan kadar peratusan 3.3% dan 6.7% masing-masing. Min untuk pernyataan ini ialah 4.2 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini. Di samping itu,bagi pernyatan tidak memahami dengan adat resam ini secara teliti dan mendalam, dapatan kajian ini telah menunjukkan separuh daripada 30 orang respoden memilih kategori sangat setuju dengan persamaan 50.0% manakala 12 orang memilih kategori setuju,iaitu 40 %. Bagi kategori tidak setuju,sangat setuju dan tidak pasti,hanya terdapat 1 orang respoden memilih ketiga-tiga kategori ini,iaitu 3.3 % masing-masing. Min bagi pernyataan ini ialah 4.3 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Menurut petikan Malaysia Online,kita haruslah cuba memahami dan mengetahui serba sedikit tentang adat resam yang diamalkan oleh kaum lain.Hal ini dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara kaum.Justeru,kepentingan rakyat memahami dan mengetahui tentang adat resam kaum lain tidak harus kita abaikan. Bagi pernyataan generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini,hampir separuh daripada keseluruhan bilangan respoden memilih kategori sangat setuju,iaitu 16 orang dengan persamaan 53.3%.Terdapat 13 orang respoden memilih kategori setuju dan hanya 1 orang respoden memilih kategori tidak setuju dengan bersamaan 43.3% dan 3.3% masing-masing. Hal ini telah menunjukkan kebanyakan respoden berpendapat generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini merupakan salah satu punca kelunturan adat resam. Justeru,min untuk pernyataan ini ialah 4.5 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Menurut Cikgu Razak, adat resamlah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa adat resam, kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Selepas itu,bagi kategori sangat setuju dan kategori setuju,terdapat 11 orang memilih kedua-dua kategori ini dengan kadar peratusan 36.7% dalam pernyataan ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak mereka tentang adat resam ini. Namun begitu,terdapat 4 orang respoden memilih kategori tidak setuju manakala 3 orang memilih sangat tidak setuju dengan kadar peratusan 10% masing-masing.Hanya 1 orang memilih kategoti tidak pasti tentang faktor tersebut,3.3%.Min bagi pernyataan ini ialah 3.9 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Bagi punca ketujuh yang menyebabkan berlakunya kelunturan adat resam,seramai 10 orang memilih kategori sangat setuju,33.3% manakala 19 orang memilih kategori setuju dengan bersamaan 63.3%. Hanya 1 orang respoden memilih sangat tidak setuju dengan kadar peratusan,3.3%. Hal ini telah menunjukkan kebanyakan respoden berpendapat punca ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan adat resam semakin dilupai oleh generasi muda pada zaman kini. Justeru,min bagi pernyataan ini ialah 4.3 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Selain itu,terdapat 13 orang respoden dengan bersamaan 43.3% memilih kategori sangat setuju bagi pernyataan budaya barat yang moden telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resam yang traditional ini. Seramai 16 orang memilih kategori setuju manakala hanya 1 orang memilih tidak setuju bagi pernyataan ini dengan bersamaan 53.3% dan 3.3% masing-masing. Oleh itu,min bagi pernyataan ini ialah 4.4% dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Di samping itu,bagi pernyataan generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini, hanya 8 orang respoden yang memilih kategori sangat setuju dengan bersamaan 26.7% manakala 16 orang respoden yang memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3%.Hanya 3 orang respoden yang memilih kategori tidak setuju dan kategori tidak pasti dengan kadar peratusan 10.0% masing-masing. Min bagi pernyataan ini ialah 3.9 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini.Selanjutnya,bagi pernyataan pengaruh laman sosial seperti facebook dan twitter yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional ini,terdapat 9 orang yang memilih kategori sangat setuju dengan bersamaan 30.0%manakala 16 orang respoden memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3%. Namun begitu,terdapat 5 orang yang memilih kategori tidak pasti dengan bersamaan 16.77% .Justeru, min bagi pernyataan ini ialah 3.8 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini.Akhirnya,bagi pernyataan kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda,terdapat 11 orang respoden memilih kategori sangat setuju,36.7% manakala 13 orang memilih kategori setuju,43.3%. Walau bagaimanapun,hanya1orang yang memilih kategori tidak setuju dan kategori sangat setuju dengan kadar peratusan 3.3% bagi kedua-dua pernyataan ini. Seramai 4 orang respoden yang memilih kategori tidak setuju dengan kadar peratusan 13.3%.Min bagi pernyataan ini ialah 3.8 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini.