MIGRASI penduduk

Embed Size (px)

Citation preview

KONSEP MOBILITI DAN MIGRASI Mobiliti penduduk/pergerakan penduduk mempunyai pengertian yang lebih luas dan umum berbanding dengan konsep migrasi.istilah mobiliti boleh difahami dari dua pengertian:

a. Mobiliti reruang-merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan sama ada bersifat jangka pendek atau bersifat jangka panjang.misalnya pergerakan ulangalik penduduk dari rumah ke tempat kerja.konsep mobiliti reruang ini juga mempunyai persamaan dengan konsep migrasi.

b. Mobiliti sosial-perubahan status sosial ekonomi para migran yang berhijrah dari kawasan mundur ke kawasan maju.

Oleh kerana ruang merupakan identiti geografi maka istilah mobiliti reruang lebih penting berbanding dengan mobiliti sosial.mobiliti reruang boleh dikenal pasti menerusi dua ciri berikut: a. Ciri sempadan-pergerakan penduduk yang melintasi sempadan atau tidak melintasi sempadan.Misalnya migrasi antarabangsa yang melibatkan sempadan antara negara dan migrasi dalaman yang hanya melibatkan pergerakan penduduk dalam sesebuah negara sahaja. b. Ciri masa-pergerakan penduduk yang melibatkan perubahan masa sama ada bersifat jangka panjang atau jangka pendek.Jangka panjang melibatkan migrasi kekal manakala jangka pendek melibatkan migrasi musiman ataupun mobiliti harian.

Migrasi-penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain yang melibatkan perubahan ruang dan masa.Terdapat tiga jenis istilah penting yang berkaitan dengan migrasi iaitu:

a.Imigrasi-penhijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan. b.Emigrasi-penghijrahan keluar penduduk daari sesebuah kawasan.

c.Migrasi bersih-perbeaan nilai yang wujud antara imigrasi denganemigrasi.

Berdasarkan kerangka ruang dan masa maka istilah migrasi mesti memenuhi dua ciri yang berikut: a. Pergerakan penduduk mestilah melintasi sempadan antara kawasan seperti sempadan pentadbiran.Misalnya sempadan antara mukim,antara daerah,antara luar bandar dengan bandar,antara negeri,antara negara,antara benua,dan sebagainya.Ini akan melibatkan perubahan kediaman yang kekal ataupun separa kekal. b. Istilah imigrasi hanya dirujuk kepada migrin yang berpindah melebihi daripada enam bulan di sesuatu tempat sebelum kembali ke tempat asalnya.

Hukum migrasi-semakin jauh antara tempat maka aliran migrasi semakin berkurangan dan apabila jarak menjadi lebih dekat maka tarikan aliran migrasi semakin bertambah. Proses migrasi berlaku mesti adanya daya tolakan di tempat asal dan daya tarikan maka isipadu aliran migrasi akan bertambah pesat.

Jenis dan pola aliran migrasi penduduk Migrasi terbahagi kepada dua: a. Migrasi antarabangsa(migrasi luaran)-perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa misalnya sempadan antara negara dan sempadan antara benua. b. Migrasi dalaman-perpindahan penduduk yang melintasi sempadan di dalam sebuah negara sahaja. Migrasi antarabangsa terbahagi kepada dua: a. Migrasi antara negara. b. Migrasi antara benua Migrasi dalaman terbahagi kepada lima: a. Transmigrasi b. Migrasi antara bandar ke luar bandar. c. Migrasi antara luar bandar ke bandar. d. Migrasi antara bandar ke baandar. e. Migrasi antara luar bandar ke luar bandar.

5.2-MIGRASI ANTARABANGSA

KONSEP DAN POLA ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA Migrasi antarabangsa ialah perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa.Pada amnya,pergarakan penduduk yang melintasi sempadan antarabangsa ini bleh dibahagikan kepada dua iaitu: a. Pergerakan yang melintasi sempadan antara negara misalnya migrasi masuk buruh asing dari negara Indonesia,Thailand,vietnam,filipina,bangladesh, dan India ke negara Malaysia pada masa kini. b. Pergerakan penduduk yang melintasi sempadan antara benua migrasi hamba abdi dari benua Afrika kebenua Eropah pada abad ke-19,migrasi penjajah dari benua Eropah ke benua Asia,benua Afrika,benua Amerika,dan benua Australia yang juga belaku pada abad ke-19,dan migrasi golongan cerdik pandai dan profesional dari benua Asia ke benua Eropah,benua Amerika,dan benua Australia.

PERKEMBANGAN POLA ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA Mi r i ri r ri - .Di r rj t -j t i l r i r it i i it ri S ri t K . t ri

rl ri r j Ut r

l t li

Mi r i ri r fri , i , O i . r i r ii i l iri ti l r j l j rti l l Mar l .K ian fakt r nj lajahan bert kar ada penjajahan.Di atas semangat kolonialisme bagi memperl askan empayar masing-masing maka bangsa Eropah seperti Inggeris, elanda, ort gis, erancis telah menakl ki negara-negara di benua Asia,Afrika dan Oceania.

Migrasi dari benua Afrika ke benua Eropah,Amerika tara dan Caribbean.Aliran migrasi ini sebenarnya bersifat paksaan yang melibatkan perdagangan hamba abdi dari benua Afrika yang ditangkap oleh penjajah Eropah untuk dijual sebagai buruh abdi ke benua Eropah dan Amerika tersebut. Migrasi dari India dan China ke Asia Tenggara dan Afrika Timur.Migrasi ini disebabkan oleh faktor dasar dan polisi penjajah pada waktu itu yang membawa masuk buruh asing ke negara yang dijajah untuk meneroka dan berkerja sebagai buruh. Migrasi pekerja asing atau buruh asing dari negara jiran.Pada masa kini aliran migrasi antarabangsa yang utama adalah melibatkan penduduk dari jiran-jiran terdekat.Misalnya pekerja asing dari Malaysia,Thailan,Vietnam,Filipina ke Malaysia dan ingapura.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES MIGRASI ANTARABANGSA:KAJIAN KES MALAYSIA Antara faktor Malaysia dibanjiri oleh migran luar khususnya pekerja-pekerja asing dari negara-negara jiran seperti dari Indonesia dan Thailand ialah: a. Tarikan ekonomi. b. Geofizikal dan geopolitik. c. ejarah masa lalu.

d. Penolakan di tempat asal. e. Peperangan dan ketidakstabilan politik. f. Budaya dan tali persaudaraan.

TARIKAN EKONOMI Tarikan ekonomi iaitu peluang pekerjaan yang luas dengan gaji atau upah yang lumayan dalam pelbagai sektor seperti perladangan,pembinaan,perindustrian,perkhidmatan dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. eluang pekerjaan dalam sektor ini amat banyak dan pada masa yang sama sekktor-sektor tertentu mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan yang kritikal seperti sektor perladangan dan pembinaan.

Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih maju dan stabil berbanding dengan negara asal migran turut menjadi tarikan untuk berhijrah ke Malaysia. Nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding dengan nilai mata wang migran turut menjadi punca mengapa mereka berhijrah ke negara ini.

GEOGFIZIKAL DAN GEOGPOLITIK

Letakan Malaysia yang bersempadan dengan negarajiran seperti Thailand,Indonesia dan Filipina memudahkan para migran untuk datang ke negara ini di samping kos pengankutan yang murah. Jarak yang dekat dan sistem pengangkutan yang pelbagai seperti feri,kapal laut,kapal terbang,kereta api,bas dan kereta menyebabkan darjah ketersampaian ke Malaysia menjadi tinggi.. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan sistem kawalan perairan dan sempadan Malaysia yang agak longgar telah memudahkan migran untuk memasuki negara ini secara haram.

BUDAYA DAN TALI PERSAUDARAANCorak kebudayaan,agama, dan adat yang hampirsama antara Malaysia dengan Indonesia menyebabkan proses asimilasi dan penyesuaian lebih mudah berlaku di dalam pekerja asing dengan penduduk tempatan.Para migran muah diterima oleh masyarakat tempatan tanpa konflik yang kompleks.Faktor ini akan mendorong kkemasukan rakan-rakan migran yang lain. ebanyakan penduduk di negara ini mempunyai talian persaudaraan yang telah lama wujud.

PENOLAK DI TEMPAT ASAL

Keadaan politik yang tidak stabil,penduduk berlebihan yang menyebabkan tekanan ekonomi,kemiskinan,kadar pengagguran yang tinggi,kemelut sosial,dan sebagainya yang berlaku di negara migran yang mendorong mereka untuk keluar dari masalah tersebut.

SEJARAH MASA LALU Faktor penjajahan- asar imprealisme yang dilakukan oleh bangsa asing telah menyebabkan Malaysia dijajah oleh Portugis,Belanda,British, dan Jepun.Imprealisme adalah bertujuan untuk perluasan empayar,menguasai perdagangan rempah,membolot hasil bumi negara seperti bijih timah dan getah di samping menyebabkan agama Kristian. Polisi penjajah-penjajah British misalnya telah bertanggungjawab membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu pada waktu itu untuk dijadikan buruh lombong dan buruh ladang getah di negara ini. istem migrasi yang digunakan dikenali sebagai sistem Kangchu dan sisitem Kangani. Faktor tarikan-Tanah Melayu pada masa itu khususnya peluang pekerjaan yang luas wujud dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.Migran telah berhijrah keluar beramai-ramai dari negara asal dengan hasrat untuk mencari kekayaan baru. Faktor tolakan-misalnya di negara China telah berlaku peperangan dan kekacauan politik,wabak penyakit,kemerosotan hasil pertanian akibat banjir,masalah kemiskinan dan kebuluran telah mendorong mereka untuk berhijrah keluar.

PEPERANGAN DAN KETIDAKSTABILAN POLITIK Status migran dikenali sebagai orang pelarian.Sebagai contoh peperangan di Vietnam pada tahun 1974 telah menyebabkan ramai rakyatnya mencari pelindungan di negara-negara dunia ketiga. Perangan unia Pertama pula telah menyebabkan ramai orang Yahudi terutama sekali yang tinggal di Jerman dan Rusia telah melarikan diri ke negara baru mereka iaitu Israel.Peperangan di ganda pada tahun 1983 pula telah menyebabkan ramai penduduknya melarikan diri ke Kenya.

FAKTOR-FAKTOR LAIN

Melanjutkan pelajaran dan meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi terutamanya di kalangan golongan yang mahir dan profesional. Terdapat juga para migran yang datang ke Malaysia dengan tujuan untuk melanjutkan pengajian di pusatpusat pengajian tinggi yang terdapat di negara ini untuk jangka waktu tertentu.

KESAN POSITIF MIGRASI ANTARABANGSA

Masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor kritikal khususnya sektor perladangan dan pembinaan dapat diatasi dan dikurangkan. Sektor pembinaan di Malaysia yang berkembang pesat pada masa kini kerana adanya sumbangan buruh asing khususnya dari negara Indonesia dan Vietnam.Tanpa migran kadar pembangunan sektor pembinaan mungkin menjadi pelahan.

Kemasukan golongan profesional dan pakar asing telah menguntungkan negara dari beberapa aspek: a. Mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dalam satu-satu bidang tertentu misalnya bidang kedoktoran dan pensyarah perubatan. b. Membuka peluang untuk penduduk tempatan meningkatkan kemahiran mereka melalui perkongsian kepakaran,pemindahan,pengalaman,latihan lanjutan dan penyeliaan oleh pakar asing. c. Menjimatkan kos menghantar pelajar ke luar negara untuk memperolehi kemahiran dan kepakaran. Migrasi antarabangsa telah mengurangkan tekanan kependudukan yang dialami oleh negara-negara tersebut. egara-negara para migran juga akan dapat mengurangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk dalam negara dan penghantaran balik wang yang diperolehi dari negara luar menguntungkan negara.

KESAN NEGATIF MIGRASI ANTARABANGSA

KESA

EKONOMI

Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang menyebabkan penduduk tempatan hilang peluang pekerjaan.Hal ini demikian kerana buruh asing sedia menerima kadar upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan yang menuntut upah yang tinggi. Oleh itu,sesetengah majikan lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding dengan penduduk tempatan.Sekiranya fenomena ini tidak dikawal oleh kerajaan maka akan timbul krisis pekerjaan dan pengangguran di kalangan penduduk tempatan.

Selain itu,di bandar-bandar besar berlaku persaingan perniagaan antara peniaga asing dengan peniaga tempatan khususnya dalam sektor informal sehingga menggugat peniaga tempatan. alam hal ini kerajinan dan kreativiti perniagaan kecilkecilan pekerja asing menyebabkan mereka mendominasikan kawasan perniagaan tersebut. Selain itu, penghantaran balik wang oleh migran ke negara asal telah menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang dalam negara.Keadaan ini amat merugikan negara destinasi khususnya Malaysia.

KESAN SOSIAL

Peningkatan kadar jenayah,pergaduhan antara pekerja asing dan masyarakat setempat, dan premis-premis perniagaan haram. Berlakunya gejala yang tidak sihat yang didiami ramai buruh-buruh asing.

PENCEMARAN

Peningkatan kadar pencemaran air dan bau disebabkan keadaan sistem kemudahan yang tidak terurus. Wujudnya pelbagai jenis penyakit berpunca daripada pencemaran itu.

Air bertakung di kawasan yang berlopak akan mempercepatkan perbiakan nyamuk Aedes.

PETEMPATAN SETINGGAN

Mencacatkan pemandangan persekitaran fizikal bandar. Pertambahan buruh memperluaskan lagi kawasan setinggan di kawasan sedia ada dan kawasan rezab.

KESAN KE ATAS DEMOGRAFI DANPEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

Wujudnya masyarakat yang majmuk. Struktur jantina-kaun lelaki lebih ramai daripada perempuan Struktur umur-golongan dewasa lebih ramai berbanding golongan muda dan tua.

CADANGAN ENGURANGKAN ALIRAN IGRASI ANTARABANGSA KHUSUSNYA KE ASUKAN PENDATANG TANPA IZIN KE ALAYSIA

MEMPERKETATKAN KAWALAN DI SEMPADAN Sempadan Malaysia yang mudah dicerobohi-kawalan dan rondaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan.

MEMPERKETATKAN UNDANGUNDANG Penggunaan permit yang terhad,kuota pengambilan,ujian kesihatan dan sebagainya. Mengenakan kompaun yang tinggi terhadap tekong/majikan yang menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah. Mengadakan serbuan yang kerap.

MENINGKATKAN BAYARAN LEVI Bayaran ini bukan sahaja dibayar oleh majikan tetapi pekerja asing itu juga sebagai ganti cukai pendapatan mereka. Caj perkhidmatan dinaikkan terhadap pekerja asing agar tidak sama dengan penduduk tempatan. Pihak swasta perlu mengambil pekerja tempatan berbanding pekerja asing kecuali dalam sektor yang kritikal.

PERUBAHAN SIKAP warga tempatan perlulah tidak terlalu memilih kerja.

MIGRASI DALAMAN

KONSEP,JENIS,DAN POLA ALIRAN Maksud-perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat yang lain yang hanya melintasi sempadan dalaman dalam negara itu sahaja Migrasi dalaman: } Migrasi luar bandar ke bandar-tujuan utama untuk mencari pekerjaan dan melanjutkan pelajaran } Migrasi bandar ke luar bandartujuan utama untuk menikmati hidup yang lebih nyaman dan kos sara hidup yang lebih rendah. } Migrasi luar bandar ke luar bandar-tujuan utama untuk mencari kawasan yang lebih terancang dan yang lebih tersusun. } Migrasi bandar ke bandar-tujuan utama bersifat ekonomi dan pendidikan. } Transmigrasi-tujuan utama mengurangkan masalah kependudukkan dan membangunkan semula sumber alam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEM ENGARUHI ROSES MIGRASI DALAMAN

DARI SEGI MAKRO

Demografi Jarak antara tempat Institusi dan polisi governan Perbezaan kadar pembangunan dam pembandaran Sosioekonomi sesuatu tempat berbanding dengan tempat lain

DARI SEGI MIKRO

Budaya dan adat Melanjutkan pelajaran Pertukaran tempat kerja Persaraan dan keinginan individu untuk hidup dengan tenteram Mengikut keluarga(faktor perkahwinan dan ikatan kekeluargaan)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEM ENGARUHI MIGRASI DALAMAN:KAJIAN KES MALAYSIA

FAKTOR EKONOMI

Peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Kemudahan dan penawaran gaji yang baik. Suasana di tempat kerja yang baik berbanding bekerja di kawasan luar bandar.

FAKTOR SOSIAL

Peluang melanjutkan pelajaran atau pendidikan ke institusi pengajian tinggi yang lebih banyak berada di bandar.

FAKTOR KEMUDAHAN PEMBANDARAN YANG BAIK DAN MENARIK Bagi golongan profesional ,mempunyai peluang yang luas untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandarbandar besar. Sistem pengankutan yang cekap dan jarak yang dekat menyebabkan darjah ketersampaian lebih tinggi.

FAKTOR POLISI GOVERNAN

Polisi pembandaran.Berikutan pembangunan yang pesat dan tepu bandar raya Kuala Lumpur telah menyebabkan nilai hartanah dan kos kediaman bergitu tinggi.

FAKTOR-FAKTOR MIKRO

Lebih bersifat keputusan peribadi individu untuk melakukan migrasi atau tidak.

KESAN NEGATIF MIGRASI DALAMAN

TEKANAN TERHADAP SUMBER ALAM

Berlaku persaingan guna tanah yang ketara. Sai tanah yang tidak bertambah berbanding kepadatan dan intensiti guna tanah. Kawasan petempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. embukaan kawasan petempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada.

PENCEMARAN DAN KEROSAKAN SUMBER ALAM.

Meningkatkan kadar pencemaran udara dan air. Keadaan ini akan meningkatkan indeks pencemaran udara(IP ) Sumber air akan tercemar menerusi pembuangan sisa demostik. Kerosakkan terhadap sumber alam dirujuk kepada pelbagai hakisan dan tanah runtuh yang terjadi di bandar-bandar besar.

KEPUPUSAN SUMBER ALAM

sesuatu kawasan yang mempunyai sumber yang berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti.

PEMBAZIRAN TERHADAP SUMBER

Masalah tanah terbiar dak krisis tenaga dalam sektor pertanian dan perikanan. Fenomena migrasi tenaga kerja dari sektor pertanian dan perikanan dari luar bandar ke sektor indusri dan perkhidmatan di bandar menyebabkan kawasankawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur.

KAWASAN TERHADAP EKONOMI Taraf hidup rendah Pendapatan penduduk akan menurun Mereka yang tidak berkelulusan tinggi akan tercicir. Penduduk tetap dibelenggu dengan kemiskinan Produktiviti pertanian di luar bandar akan merosot Krisis tenaga kerja apabila sebahagian besar tenaga mudanya berhijrah ke bandar. Persaingan untuk memperolehi pekerjaan akan meningkatkan yang menyebabkan golongan yang tidak berpendidikan tercicir. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan bandar kerana kelulusan dan kemahiran yang dimiliki oleh migran tidak sempadan dan keperluan jawatan dan kerja yang ada

KESAN SOSIAL

Petempatan setinggan Jenayah Penyalahgunaan dadah Samun Ragut Penyakit denggi dan taun

KESAN OSITIF MIGRASI DALAMAN

PENINGKATAN PEMBANGUNAN SUMBER ALAM

Migrasi masuk penduduk ke sesebuah kawasan itu mmempunyai tenaga buruh yang mencukupi Keadaan ini juga dapat memajukan perladangan getah dan kelapa sawit.

TEKANAN KEPENDUDUKAN DAN SUMBER ALAM

Di kawasan desa yang padat penduduk dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Penduduk yang tinggal boleh mengerjakan sumber alam yang ada tanpa mendapat saingan yang sengit.peluang pekerjaan yang ada boleh diisi dan sepadan dengan penawaran buruh biasa.

CADANGAN ENGURANGKAN ALIRAN IGRASI LUAR BANDAR KE BANDAR: KES DI ALAYSIA

INDUSTRI BERINTENSIF BURUH PERLU DISELERAKKAN Di kawasan-kawasan luar bandar yang berpontensi dan mempunyai kelebihan relatif contohnya rangkaian dan cawangan kilang-kilang elektronik boleh ditempatkan di kawasan FELDA kerana kos tanah yang lebih murah serta penawaran tenaga buruh yang ramai dan murah. Dengan ini,mereka tidak perlu lagi berhijrah ke bandar semata-mata bagi mendapat pekerjaan. Rancangan pembangunan desa-Projek pertanian berkelompok dapat diwujudkan semula. Kemudahan asas yang lengkap di luar bandar

PEMBANGUNAN BANDAR DI KAWASAN LUAR BANDAR

Pekan-pekan yang berpotensi dibangunkan dan dimodenkan serta dinaik taraf menjadi bandar-bandar baru. Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) di kawasan luar bandar agar tidak tertumpu di bandar-bandar utama sahaja. Kerajaan juga perlu meningkatkan dan memodenkan kemudahan asas penduduk.