Upload
mieyshelle94941803
View
258
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
1/24
Tajuk
Guna Tenaga Yang tinggi akan mengurangkan kadar
pengangguran di Malaysia. Bincangkan pernyataan inidalam tempoh tahun 2000 hingga 2012.
Objektif
1. mengenalpasti arah aliran guna tenaga mengikut
sektor
2. mengkaji perubahan pengangguran di Malaysia
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
2/24
ABSTRAK
- 1 muka surat sahaja
- single spacing
Mesti ada:i. Objektif kajian
ii. Kaedah kajianiii. Hasil kajian
iv. cadangan
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
3/24
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji arah aliran
pengangguran di Malaysia antara tahun 2000 hingga
tahun 2012 dan juga mengenalpasti punca-punca
berlakunya pengangguran di Malaysia. (Objektif kajian)
Semasa menjalankan kajian ini, saya mengumpul
maklumat daripada data sekunder iaitu kajian
kepustakaan yang menggunakan cara mendapatkandata dari laman web, buku rujukan, buku teks, laporan
ekonomi dan sebagainya.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
4/24
Setelah mendapatkan semua data yang berkaitan, saya
menggunakan teknik penganalisisan data iaitu data yangdikumpulkan akan dianalisis menjadi graf garis dan jadual
dengan menggunakan formula-formula pengiraan. Selain
itu data-data juga dianalisis dalam bentuk peratusan dan
perbandingan. (Kaedah kajian)
Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar pengangguran
adalah dalam lingkungan 3% hingga 3.7%. Didapati
kadar pengangguran tertinggi adalah pada tahun 2009
iaitu 3.7% dengan jumlah penganggur sebanyak 442500
orang dan 3.1% adalah terendah pada tahun 2000
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
5/24
Didapati juga punca punca utama yang mendorong
kepada berlakunya pengangguran di Malaysia dalamtempoh tersebut ialah kemelesetan ekonomi. Ekonomi
Malaysia mengalami kemelesetan teruk ekoran
kemerosotan ekonomi global berikutan penguncupan
teknologi yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Faktorlain yang mendorong kepada berlakunya pengangguran
adalah seperti kenaikan upah lantaran dari tuntuan
Kesatuan Sekerja untuk melaksanakan Upah minimum,
Kebanjiran pekerja asing dan kurang kemahiran yangfundamenta dalam alam pekerjaan. (Hasil Kajian)
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
6/24
Adalah dicadangkan bahawa semua pihak perlu
bekerjasama untuk mengatasi masalah pengangguran di
Malaysia sebelum berada di paras yang serius. Antara
langkah yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan danswasta ialah dengan meningkatkan lagi bantuan
kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada
ekonomi untuk berkembang dengan pesat . Ini akan
menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan
seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
7/24
Latar belakang kajian
*Gambaran umum tentang tajuk kajian
-cth gambaran umum tentang keadaan
guna tenaga di Malaysia- Gambaran umum tentang keadaan
pengangguran di Malaysia
*Konsep dan takrifan terhadap kata
kunci
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
8/24
Latar belakang kajian
Cth: mengenalpasti kadar pengangguran diMalaysia
Perubahan struktur ekonomi dan keadaan
ekonomi dunia banyak mempengaruhipermintaan tenaga buruh serta
pengangguran di negara kita. Dalam krisis
ekonomi dunia yang tidak stabil ini secaratidak langsung mulai mengecil dan
menyebabkan kejatuhan eksport negara.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
9/24
Banyak syarikat besar menghadapi masalah
kekurangan modal dan pelaburan akanmemaksa beberapa syarikat untuk
mengurangkan operasi atau muflis.
Walau bagaimanapun, kadar penganggurandi Malaysia masih rendah berbanding
negara maju. Secara umumnya, kadar
pengangguran dalam tempoh tahun 2000hingga 2012 masih di bawah aras yang
rendah iaitu kurang daripada 4%.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
10/24
Kajian menunjukkan kadar pengangguranpada tahun 2007 adalah tertinggi iaitu 3.7%
Maka boleh dikatakan bahawa Malaysia
tidak mengalami masalah pengangguran
dan telah mencapai guna tenaga penuh.
(gambaran umum hasil kajian)
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
11/24
Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga
buruh tetapi tidak menyumbang kepada
keluaran negara. Pengangguran boleh
didefinasikan sebagai tenaga buruh yang
tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi
tetapi giat mencari pekerjaan
(definasi konsep / kata kunci)
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
12/24
Objektif Kajian
* menyatakan 2 objektif
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan
memahami perubahan guna tenaga dan
pengangguran di Malaysia dalam tempoh tahun2000 hingga 2012. Selain itu kajian ini juga adalah
untuk:
a. Mengetahui pola perubahan guna tenaga
mengikut sektor ekonomi
b. Mengenalpasti perubahan kadar
pengangguran
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
13/24
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian saya, saya ingin mengkaji
perubahan kadar pengangguran di Malaysia
dari tahun 2000 hingga 2012. Seterusnya,saya turut mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan pengangguran berlaku di
Malaysia (menyatakan apa yang dikaji)
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
14/24
Dengan menjalankan kajian ini, saya dapat
memahami ilmu ekonomi tentang konsep tenagaburuh, guna tenaga dan pengangguran secara
lebih mendalam lagi. Saya juga dapat
meningkatkan keberkesanan pembelajaran sayadengan menggunakan hasil kajian yang diperoleh
untuk menambahkan pengetahuan saya terhadap
tajuk pengangguran. Selain itu, kajian saya bolehdijadikan rujukan kepada pihak kerajaan dan
swasta untuk mengubal dasar-dasar berkaitan
bagi mengatasi masalah pengangguran.
(Kepentingan Kajian)
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
15/24
Kaedah Kajian
Secara umumnya, kajian saya menggunakan data-
data sekunder yang diperoleh daripada mediamassa seperti internet, laporan ekonomi Malaysia
dan buku-buku rujukan. Antara lain,kaedah yang
digunakan termasuk:
i. Kaedah kepustakaan
- merujuk kepada maklumat yang diperoleh daribuku rujukan, buku teks dan laporan ekonomi dari
perpustakaan berkaitan dengan tajuk kajian saya.
Maklumat ini penting untuk menyokong hasil
kajian saya.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
16/24
ii. Teknik penganalisian data- data yang telah saya peroleh akan
dianalisis sama ada dalam bentuk angka,
peratus, jumlah, perbandingan dansebagainya. Data-data yang diperoleh akan
diproses dan direkod dalam bentuk jadual
dan carta bar. Formula-formulajugadigunakan dalam pengiraan peratusan,
jumlah dan perbezaan.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
17/24
Kadar guna tenaga = guna tenagatenaga buruh x 100
kadar pertumbuhan guna tenaga= guna tenaga t guna tenaga t-1
guna tenaga t-1 x 100
Guna tenaga = tenaga buruh penganggur
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
18/24
Hasil Kajian Dan Perbincangan
Pengangguran geseran:Pengangguran geseran sentiasa berlaku di sesebuah
negara termasuk Malaysia. Pengangguran geseran sentiasa
wujud dan berbentuk jangka pendek. Pengangguran ini tidak
begitu membimbangkan. Pengangguran ini berlaku apabilapekerja secara sukarela berhenti bekerja untuk mencari kerja
yang lebih baik. Ini termasuk juga pelajar yang baru lepasan
universiti yang belum mendapat pekerjaan. Masalah ini wujud
kerana pekerja-pekerja kurang mobiliti dalam kerja dan tempat.Kekurangan maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan di
Malaysia kerana tidak ada satu sistem yang lengkap tentang
peluang-peluang pekerjaan yang ada juga menyumbang berlaku
pengangguran geseran.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
19/24
Pekerja
pekerja yang kurang berkemahiran mencari pekerjaan jugamenyebabkan pengangguran geseran. Keadaan ini dibuktikan dengan
kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal JobStreet Malaysia ke atas
1,994 responden, 77.14 peratus menyatakan mereka perlu mentor atau
pembimbing dalam mencari mencari kerja. Dalam bancian yang sama,
42.59 peratus bersetuju, menyatakan sepatutnya lepasan universiti tidak
menghadapi masalah dalam mencari kerja, berbanding 57.41 peratus
yang mengakui bermasalah untuk mencari kerja. Ini jelas menunjukkan
tiada kemahiran untuk mendapat maklumat dan membuat carian
pekerjaan menyumbang kepada kegagalan lepasan universiti untuk
mendapat pekerjaan.
Menurut Sinar Harian pada 8 Mei 2012, Timbalan Menteri Sumber
Manusia Datuk Maznah Mazlan menyatakan kira-kira 76 200 siswazah
masih menganggur kerana tidak ada kemahiran mencari pekerjaan
sehingga tarikh tersebut.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
20/24
Cadangan
Dalam menyempurnakan kajian ini, saya mendapati ekonomi
masih berada dalam keadaan yang tidak stabil terutamanyamasalah pengangguran .
Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa:
i. Menambahbaik lagi taraf pendidikan negaraPihak kerajaan haruslah meningkatkan lagi kapasiti
institusi latihan awam, penambahan kursus di peringkat tinggi
selaras dengan keperluan pasaran kerja. Penekanan haruslah
diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus universitimenjadi lebih praktikal. Ini akan melahirkan tenaga kerja yang
berkemahiran dan mendapat pekerjaan selepas lulus dari
universiti.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
21/24
ii. Meningkatkan promosi industri pelancongan untuk
menambahkan peluang pekerjaan
Peranan kerajaan dan pihak swasta adalah penting dalam
memajukan sektor pelancongan negara. Contohnya,
Kementerian Pelancongan boleh mengadakan pelbagai
pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan di Malaysiake lebih banyak negara asing sebagai usaha mempromosikan
Malaysia. Pada masa yang sama, pihak swasta dan kerajaan
juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik
lebih banyak pelancong seperti Pesta Makanan TradisionalMalaysia, Pesta Flora dan sebagainya. Semua aktiviti ini secara
tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan dan seterusnya pengangguran
dapat diatasi.
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
22/24
Rumusan
- menyimpulkan apa yang dihuraikan dalam objektif 1
dan 2.
Senarai rujukan
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
23/24
Senarai rujukan
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong & Suraini Basir. 2008.
Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 2. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Hamzaid Bin Yahya. 2012. Ekonomi (Bahagian
Makroekonomi) Edisi Ke -3. Melaka: Rakan Bimbingan
Bestari.
Laporan ekonomi 2000-2004. Diperoleh pada 15 Jun 2013
daripada
http:/www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0405/jp6-1.pdf
7/30/2019 Cth Huraian PBS Ekonomi
24/24
Pembentangan
Slide 1 - tajuk kajian
slide 2 - objektif kajian
slide 3
kaedah kajianslide 4/5/6 hasil kajian
slide 7 cadangan
slide 8- Rumusan