Contoh Kajian Kes Kualitatif

  • Upload
    sifu-k

  • View
    321

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    1/7

    Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 5(2): 65-7\ (1997) ISSN: 0128-7702 Universiti Putra Malaysia Press

    Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di SekolahMenengah: Satu Penilaian Kualitatif

    MAROHAI I YUSOFF dan ZULKlFLI A. MANAFJabatan Pendidikan Bahasa

    Fakulti PendidikanUniversiti Malaya

    50603 Kuala Lumpur, Malaysia

    Kata kunci: penilaian kualitatif, pengajaran kemahiran karangan Bahasa Melayu, pendidikanguru Bahasa Melayu

    ABSTRAKArtikel ini akan membincangkan dapatan satu kajian kes ten tang bentl lk pengajaran kemahiran menul iskarangan Bahasa Melayu kepada peJajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Selangor.Pencerapan ini dilakukan dalam dua semester pengajian di sekolah t ersebut . Dalam kajian ini, bentukpengajaran dua guru di Tingkatan Empat telah dil ihat . Dapatan pencerapan ini menunjukkan bahawapenllmpuan guru lebih diberikan terhadap 'hasil karangan' daripada proses mengarang ilU sendiri. Hal iniditunjukkan oleh bentuk pengajaran guru yang linear dan pendekatan pengajaran yang menekankan aspekinput isi daripada strategi mengarang. Bentuk pengajaran ini lebih berorientasi untuk menyediakan pelajarmenghadapi peperi ksaan dan bukan kepada latihan mempertingkat kemah iran mengarang di kalanganpelajar. BenlUk pengajaran ini membawa implikasi terhadap perancangan dan penyediaan bakal guru dimaktab perguruan dan universiti.

    ABSTRACTThis article discusses the findings of a case s tudy regarding the teaching of Malay language writing skills toForm Four s tudents in a secondary school in Selangor. The observations were made over a period of twoschool semesters. In this study, the delivery method of two Form Four teachers was observed. Results of thestudy indicate tha t the teacher s stressed the product of writing rather than the writing process itself. Thelinear form of instruction activities as well as the instructional approach evidenced this orientation.Furthermore, in these a c t i \ ~ t i e s the teachers pu t greater emphasis on the input instead of the writingstrategies. The findings of this study suggest that the writing instruction observed is examination oriented i.e.ta prepare students for the examination rather than providing them with relevant exercises to upgrade thestudents' writing skills. This style of instruction has implications towards the planning of teacher educationprogrammes for pre-service teachers in the teacher t raining colleges and universities.

    PENGENALANSejak kebelakangan ini, aliran penggunaankaedah penyelid ik an dalam pendidikanmemperlihatkan perubahan daripadapenyelidikan yang berbentuk kuantitatif kepadabentuk kualitatif. Seiring dengan perubahantersebut, perubahan kaedah penyelidikan dalambidang kemahiran mengarangjuga berlaku (Yap1991; Narayanan 1991). Dalam kebanyakanpenyelidikan terhadap kemahiran mengarang,kaedah kajian kes secara kua li ta ti f banyakdijalankan (Lee 1989; Koh 1993; Jasbir 1994).Hal in i demikian kerana sifat proses mengarang

    yqng kompleks yang didapati sukar untukditangani dengan prosedur statistik semata-mata.Selain itu, penyelidikan kualitatif juga, mampumemberi pemahaman yang holistik danmendalam ten tang sesuatu masalah yang dikaj idari perspektif ernie (Lincoln and Cuba 1985).Justeru, dapatan yang diperoleh lebih realistikdan bermakna untuk kegunaan pihak yangberkenaan, khususnya para guru (Craves 1981).

    Artikel ini akan membentangkan kajian kesten tang bentuk pengajaran dua guru di sebuahsekolah menengah di Selangor yang dijalankansecara kualitatif. Penelitian terhadap bentuk

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    2/7

    Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf

    pengajaran kemahiran mengarang mungkin akandapat membek alk an cara-cara untukmempertingkat muru penga ja ran guru disekolah. Kemungkinan untuk memperbaiki danmempertingkat mutu pengajaran karangan hanyaboleh dicadangkan dengan m e n g k ~ i bentukpengajaran yang diamalkan oleh guru-guru yangmengajar mata pelajaran ter sebu t. Seterusnya,latar belakang kajian akan dibentangkan bagimemberi gambaran ringkas tentang masalahkajian ini.LataT Belakang KajianKepentingan kemahiran mengarang bukansahaja untuk t l ~ u a n akademik sepeni menjawabsoalan peperiksaan, menulis laporan, dan tugasantetapi juga untuk memenuhi keperluan dalamkehidupan seharian dan profesional di tempatkelja. Dalam usaha Malaysia untuk menjadisebuah negara industri, guna tenaga mahir am atdiperlukan. Penggunaan tenaga mahir ini bukansahaja dalam konteks sains dan teknologi tetapijuga kemahiran bahasa khususnya kemahiranmenulis .. Dengan hal yang demikian, pelajarsekolah masa kini. harus d iberi latihan yangmembolehkan mereka mempelajari danmenggunakan kemahiran tersebut sejak awallagi.Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perludiamalkan oleh guru agar kemahiran mengarangdapat diajar dengan lebih berkcsan kepadapelajar di sekolah.

    Di Amerika Syarikat, teori dan amalanpenga ja ran kemahi ran mengarang telahmengalami perubahan dalam tempoh 25 tahunyang lalu. Ekoran daripada dapatan kajianten tang proses mengarang pelajar yangberbentuk rekursif (Emig 1971; Mischel 1974;Stallard] 974) dan bukan l inear (Rohman andWlecke 1964), pendekatan pengajaran juga turutberubah. Peralihan pendekatan pengajarankemah iran mengarang berlaku iaitu dari yangberfokuskan hasil karangan kepada prosesmengarang. Sejak kaj ian Emig (1971) , prosesmengarang tidak dilihat sebagai satu proses yangstatik dan bergerak dalam bentuk berurutan;langkah demi langkah. Sebal iknya, prosesmengaranKmerupakan satu proses yang dinamikyang memperlihatkan pergerakan berulangandan bertindanan antara satu proses dengan satuproses yang lain (Flower and Hayes 1980, ]981).Ekoran dari dapatan ilU juga, pengajarankemah iran mengarang disyorkan supaya

    memberi tumpuan yang lebih kepada prosesyang perlu dilalui semasa mengarang dan bukankepada hasil ka rangan semata-mata. Dalampengajaran kemahiran menga ra ng, prose smengarang yang melibatkan penggunaan strategidan teknik mengarang menjadi tumpuan guru.Ini menunjukkan kepentingan penyelarasanbentuk pengajaran guru dengan bentuk prosesmengarang di kalangan pelajar.

    Dalam kajian ini, penelitian dibuat terhadapbentuk pengajaran dua guru di Tingkatan Empatuntuk memastikan benmk pengajaran guruselaras dengan bentuk proses mengarang penulis.Bagi tluuan pengutipan dan pengumpulan, danpenganalisisan data, kaedah penyelidikan yangberikut dijalankan.

    METODOLOGIPeserta KajianPeserta kaj ian terdiri daripada dua guru yangmengajar di sebuah sekolah menengah diSelangor. Kedua-dua guru tersebut merupakanguru yang berpengalaman dalam pengajarankemah iran Bahasa Melayu. Kedua-dua gurumerupakan graduan ijazah saljana muda danmemiliki diploma ikhtisas dalam pendidikan dariuniversiti dan maktab perguruan tempatan. Padamasa kajian dijalankan, kedua-dua guru tersebu tmengajar mata pelajaran Bahasa Melayl.l.Kaedah dan Teknik KajianKajian ini menggunakan kaedah kajian kes secarakualitatif un tuk mengumpul dan menganalisisdata. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utamadigunakan, iait.u pemerhatian kelas, temu bual,dan bukti dokumen (Spradley 1980; Bogdanand Biklen 1982; Merriam ]988). Penggunaanpelbagai teknik pengutipan data tersebut dapatmemberi triangulasi atau pengukuhan antarateknik-teknik yang digunakan (Van Maanen ]983;Norrizan ] 992; Razali 1994) pacla sepanjangtempoh pelaksanaan kajian. Sebagaimana yangdinyatakan oleh Van Maanen (1983: 136) tigateknik t er sebut dapat d igunakan sebagai "...avehicle for cross validation ... ".

    Bagi menclapatkan gambaran kegiatanpengajaran guru di dalam kelas, pemerhatiankelas dilakukan sebanyak 46 kali dalam tempohsatu tahun masa persekolahan. Pemerhatian kelastersebut dilakukan terhadap empat buah kelasdi Tingkatan Empat yang memakan masa selama60-75 minit bagi setiap pemerhatian.

    66 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    3/7

    Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Saw Penilaian Kualilatif

    Dalam pemerhatian kelas tersebut, penyelidikbertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatandiri clalam pengajaran guru. Pemerhatian dibuatberdasarkan peringkat penulisan karangan, iaitu:(a) sebe lum menu lis ka rangan, (b) semasamenulis karangan, dan (c) selepas menuliskarangan. Dalam masa pemerhatian kelas, temayang berikut menjadi garis panduanpemerhatian: (a) kegiatan yang dijalankan didalam kelas, (b) tempoh masa, dan (c) orang-orang yang terlibat dalam kegiatan yang berlaku.

    Bagi membantu penyelidik membuatpemerhatian kelas, rakaman video dan catatanlapangan dibuat. Selain itu, teknik temu bualdigunakan bagi memperkukuh danmemperlengkap data yang diperoleh daripadapemerhatian kelas. Dalam usaha memperkukuhdan memperlengkap data, temu bual bukan sahajadijalankan dengan peserta kajian tetapi jugameliputi beberapa pelajar yang ter libat dalampengajaran dua guru yang merupakan dua pesertakajian utama dalam kajian ini. Bentuk temu bualyang dijalankan ialah bentuk tidak formal(Spradley 1980) clan lebih menyerupai"conversation interview" (Patton 1980) atau"conversa tion with a purpose" ( Marshall andRossman 1989). Temu bual yang dijalankan jugaadalah tidak disrrukturkan. Penyusunan soalandan cara soalan dikemukakan tidak diatur terlebihdahulu. Walau bagaimanapun, tajuk soalan temubual berki sar di sek ita r aspek umum seper ti (a)latar belakang guru, pendidikan, penga laman,dan keluarga, dan (b) persepsi guru terhadappelajar, pengajaran, pendekatan, dan falsafahpengajaran kemahiran mengarang.

    Teknik pengutipan dan pengumpulan dataketiga merupakan bukri dokumen. Buktidokumen diperlukan untuk membuat penilaiandan memberi bukti dengan memperlengkapbukti daripada sumber lain. Dalam kajian inidokumen bertulis seperti maklumat latar rentangsekolah, majalah rahunan, rekod guru, dan muridditelitikan. Selain itu, rangka dan draf karanganpelajar juga dikutip untuk membandingkan danmemperkukuh data yang diperoleh daripadateknik lain. Dalam kajian ini, analisis datadijalankan pada dua peringkat, iaitu semasapengutipan data dan selepas pengutipan data.Untuk tujuan menganalisis data, teknik yangdisyorkan oleh Miles dan Huberman (1984)digunakan.

    Yang berikutnya, perbincangan dapatankajian tentang bentuk pengajaran guru akan

    dibentangkan. Perbincangan ini akan dijalankanmengikut dua dapatan mama tentang bentukpenga ja ran guru, iairu (a) bentuk linearpengajaran guru dan (b ) pendekatanpengajaran guru.

    PERBINCANGAN DAPATAN KAJIANBentuk Linear Pengajaran GuruPada keseluruhannya, bentuk pengajaran guruadalah linear. Dalam pengajaran guru, penyataandan catatan t ajuk karangan disusuli clenganpenerangan tentang kehendak karangan, bentukkarangan, dan seterusnya diakhir i denganperbincangan tentang isi karangan. Keseluruhankegiatan pengajaran tersebut dilakukan dalambentuk yang berurman; langkah demi langkah.Setelah kesemua penerangan dan perbincanganten tang isi diber i, para pelajar diarahkan supayamel11ulakan penulisan karangan. Penulisankarangan tersebut kemudiannya dikutip dandisemak untuk diberi penilaian.

    Pelaksanaan pengajaran yang dijalankanmenunjukkan bahawa bentuk pengajaran gurutidak selaras dengan sifar proses mengarangpelajar sebagaimana yang ditunjukkan olehkebanyakan kajian. Pengajaran guru dalambenruk l angkah demi langkah menunjukkan,proses penulisan karangan yang lurus. Flowerdan Hayes (1977, 1980, 1981) dalam pemerhatianmereka terhadap proses mengarang mendapatibahawa kebanyakan penulis sama ada yangberpengalaman atau yang kurang berpengalamantidak menulis karangan dalam bentuk langkahdemi langkah t etap i seca ra berulangan danbertindanan. Ketidakselarasan ini meWluudkankonflik antara proses pengajaran guru denganproses mengarang pelajar. Percanggahan tersebutsudah t entu akan menyulitkan pelajar dalamproses mengarang.

    Bentuk pengajaran guru yang linear jugamemperlihatkan pemahaman guru yang tidakmenepati sifat proses mengarang. Pemahamansedemikian, sudah tentu tidak mel11ungkinkanguru merancang kegiatan pengajaran yang dapatl11embimbing dan membantu pelajar melaluiproses mengarang. Mengikut Hairston (1982),unruk membolehkan guru mengajar denganbaik, guru terlebih dahulu perlu memahamiproses menulis karangan di kalangan pelajar.Ben tuk penga ja ra n guru tersebut ticlakmenunjukkan pemahaman guru ten tang sifatrekursif sesebuah proses mengarang . Ha l inimungkin disebabkan oleh titik nuukan mereka

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 67

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    4/7

    Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf

    berkisar pada hasil karangan sebagaimana yangdapat dilihat pada pendekatan pengajaran.Pendekatan Pengajaran GuruDapatan kajian ini juga menunjukkan bahawabentuk pengajaran guru lebih memperlihatkanciri bentuk pengajaran yang berfokus pada hasilmengarang dan tidak pada proses menghasilkankarangan. Penumpuan ini dapat dilihat padakandungan penerangan guru, bentukpenyemakan, dan penilaian karangan. Dalampenerangan guru, tumpuan diberi kepada aspekluaran seperti maklumat atau perkataan utamayang terkandung dalam tajuk karangan, bentukkarangan yang asas (iaitu sebuah karangan perluada pengenalan, isi, dan penutup), danmenyenarai , memi lih, dan menyusun isikarangan. Malahan, boleh dikatakan bahawasebahagian besar masa pramenulis karangandiberi untuk perbincangan isi karangan.Penerangan ten tang kehendak dan bentukkarangan adalah ringkas. Begitu juga denganarahan yang diberikan kepada pelajar sebelummereka memulakan karangan. Arahan guru,lazimnya berbentuk peringatan kepada pelajarten tang jumlah perkataan , penul isan tajukkarangan, dan tempoh masa yang diberikan.

    Aspek dalaman yang melibatkan proseskognitif tentang kerangka yang dapat memberikesatuan dalam penulisan keseluruhan karangantidak diberikan oleh guru. Contohnya,penerangan dan latihan ten tang strategimendapatkan isi karangan, strategi mengenalpasti tujuan penul isan dan jenis khalayakpembaca, strategi memulakan karangan, strategimenyemak dan membentuk perenggan sangatkurang disentuh. Malahan, strategi membentukdan menyelesaikan masalah retorik (Flower andHayes 1988) yang merupakan strategi pentingyang dapat memberi fokus dan haluan penulisankarangan tidak l angsung d isebut . Bolehdikatakan, strategi tersebut merupakan satuperkara yang asing bagi kebanyakan pelajar.

    Penelitian terhadap kandungan pengajaranyang diberikan kepada pelajar dalam bentukpenerangan menunjukkan bahawa guru hanyamembekalkan penulis dengan input isi,sedangkan input prosedural tidak diberi. Dalamperkataan lain, penumpuan pengajaran adalahpada "apa" atau hasil karangan dan bukan pada"bagaimana" atau proses mengarang. Hal yangdemikian sekali lagi membawa bentuk pengajaranguru ke belakang berbanding dengan aliran

    perkem bangan pengajaran kem ahiranmengarang kini yang lebih memberi fokus padaproses yang dilalui oleh pelajar apabila menuliskarangan.

    Ben tuk pengajaran guru yang berfokuskanisi semata-mata kurang memberikan kesanterhadap pengajaran kemahiran mengarang.Tujuan utama dalam pengajaran kemahiranmengarang ialah untuk membolehkan parapelajar menulis pelbagai jenis karangan tentangilmu pengetahuan dan kegiatan harian denganberkesan dalam er ti kata dapat menyampaikanmesej penulisan kepada pembaca yang dittuu(Kernen terian Pendidikan Malaysia 1987).Sekiranya, penerangan dan latihan tentangstrategi atau prosedur menulis karangan t idakdiberikan oleh guru, bagaimanakah pelajar akandapat menulis karangan dengan berkesan?Bentuk pengajaran guru yang berfokuskan isimenunjukkan seolah-olah pengajaran kemahiranmengarang adalah sama dengan pengajaran matapelajaran lain seperti Sejarah dan Geografi(Chandrasegaran 1991).

    Bentuk penyemakan dan penilaian gurujuga, menunjukkan fokus yang sama. Padakeseluruhannya, terdapat dua bentuk penilaianutama yang diberikan oleh guru, iaitu memberikomentar bertulis dan memberi markah ataugred. Penel it ian t erhadap komenta r bertulismenunjukkan bahawa penumpuan perhatianguru leb ih ter tumpu pada jumlah isi karangan,nahu, dan ejaan serta penggunaan tanda baca.Komentar yang berkait dengan prosesmengarang yang melibatkan aspek "bagaimana"dapat membaiki mutu penulisan karangan tidakd icata tkan untuk kegunaan pelajar. Hal inimenunjukkan bahawa penyemakan dan penilaianyang dijalankan lebih bersifat luaran atau padapermukaan, dan tidak bersifat dalaman yangmelibatkan perubahan makna (Faigley and Witte1981). Penilaian dan penyemakan yangdijalankan aclalah lebih untuk menyunting, danbukan untuk menentukan keberkesanan maksudyang ingin disampaikan kepada pembaca. Bentukpenyemakan dan penilaian karangan te rs ebu tboleh disamakan dengan bentuk penilaian yangdibuat untuk peperiksaan.

    Pada keseluruhannya, dapat disimpulkanbahawa fokus pengajaran guru dari segipenerangan dan penyemakan serta penilaianyang dilakukan tidak mempertimbang sama adapenulisan karangan clapat menyampaikanmaksucl atau t tuuan kepada pembaca atau tidak.

    68 PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    5/7

    Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah lenengah: SalU Penilaian Kualitatif

    Sebaliknya, penumpuan pengajaran adalah untukmembolehkan pelajar menghasilkan karanganyang dimuatkan dengan bilangan isi yang cukupdan dipe rsembahk an dalam ayat yangmempunyai struktur yang baik dari segi nahu,ejaan, dan penggunaan tanda baca yang betulserta mencukupi jumlah patah perkataan, iaitusebanyak 350 patah perkataan. Dalam perkataanlain, pengajaran kemah i ran menul is karanganadalah lebih untuk menyediakan pelajar menuliskarangan mengikut kriteria peperiksaan yangtelah ditetapkan.Satu lagi dapatan kajian yang berkait denganpendekatan pengajaran guru adalah tentangpenglibatan guru dalam pengajaran kemahiranmengarang di dalam kelas. Pengajaran gurudalam konteks ini menunjukkan bahawa guruhanya memberi tumpuan kepada pengajaranpada peringkat pramenulis karangan.

    Pada peringkat pramenulis karangan, gurumemberi masa untuk membuat penerangan danperbincangan dengan pelajar sebelum merekamula mengarang.

    Pada peringkat semasa dan selepas menuliskarangan, guru kurang memberi bimbingankepada pelajar untuk menulis dan menyiapkantugasan karangan. Malahan, pada peringkatsemasa dan selepas menulis karangan, guru tidakmembenarkan para pelajar berkongsi pendapatdan diarahkan supaya menulis secara individu.Hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa tugasguru selesai dengan penerangan danperbincangan yang dilakukan pada peringkatpramcnulis karangan. Tugas menulis karangan,iaitu menterjemahkan isi ke dalam bentuk ayatdan perenggan merupakan tugas pelajar secaraindividu. Bentuk pengajaran ini mewujudkanjurang antara pengajaran pramenulis karangandengan semasa menulis karangan dan selepasmenulis karangan.

    Jurang tersebut tidak sepatutnya wujuddalam penga ja ran kemah iran menga rangmemandangkan kompleksiti proses mengarangyang perlu dilalui oleh pelajar untukmenghasilkan sesebuah karangan. Dengan itu,dalam proses penulisan karangan, bimbingandan sokongan guru perlu berterusan. Padaperingkat menulis dan selepas menulis karangan,penglibatan guru juga perlu ada untukmembimbing dan membantu pelajar dalampenulisan karangan di dalam kelas. Florio-Ruanedan Lensmire (1989: 89) mengatakan bahawapenglibatan guru dan pelajar yang tinggi adalah

    penting dalam proses pengajaran danpembela ja ran kemahiran mengarang kerana,menurut mereka,"...this means that students will not only havethe opportunities to help identify the purposes,topics and audiences for writing, but that theconcerns, intentions and meanings can be voicedand help shape the nature of instruction theyreceived."

    Kesimpulannya , dalam konteks kajian ini ,guru masih mengamalkan bentuk pengajarankemah iran mengarang yang tradisional. Dalambentuk penga ja ran guru yang linear ini, gurubanyak memberi perhatian kepada menghasilkanisi karangan dan membiarkan pelajarmenjalankan proses utama mengarang(menterjemahkan isi ke dalam bentuk karangan)secara bersendirian. Ini menggambarkan seolaholah kemahiran mengarang merupakan suatukemahiran yang dapat diperoleh secara semulajadi o leh pel aj ar (Marohaini 1989). Bentukpengajaran tersebut menghendaki para .pelajarmelalui proses mengarang tanpa panduan dantunjuk ajar daripada guru. Oleh itu, tidakmenghairankan sekiranya kebanyakan pelajarberanggapan bahawa pembelajaran kemahiranmengarang di sekolah merupakan suatupengalaman yang membebankan danmembosankan. Seterusnya, beberapa implikasiterhadap latihan guru akan dibincangkan.Implikasi Kajian terhadap Program LatihanPerg;uruanBerdasarkan perbincangan dapatan kajian,beberapa implikasi terhadap latihan guru akandibincangkan. Perbincangan ini akan bertumpupada tiga tajuk utama seperti yang ber ikut : (a)kesedaran ten tang sifat proses mengarang ; (b)pendekatan pengajaran, dan (c) peranan guru.Kesedamn tentang Sifat Proses MengarungPemahaman guru tentang sifat proses mengarangpelajar adalah sangat penting untukmemungkinkan perubahan dalam bentukpengaja ran guru. Dengan itu, langkah yangpertama yang dapat dilaksanakan ialah memberipengetahuan dan kesedaran kepada bakal gurutentang sifat proses mengarang. Pemahamanguru yang kukuh tentang konsep prosesmengarang akan dapat membantu gurumembentuk rasional dan pengkonsepan rangkakerja pengajaran yang bersandarkan sifat proses

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 69

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    6/7

    Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf

    mengarang. Pemahaman ini boleh diberikankepada bakal guru melalui kursus yang meliputitajuk dan isu-isu yang berka itan dengan cirikognitif proses mengarang. Kursus ini perluuntuk memperdekat para bakal guru dengantcori dan dapatan kajian tentang prosesmengarang pelbagai jenis penulis; penulisberpengalaman dan kurang pengalaman,penulis mahir dan separuh mah ir , p enuli sk an ak -k anak d an dewasa serta penulisprofesional.

    Selain itu, guru juga bole h men jalanibengkel penulisan karangan untuk membantumereka mengena l pasti bentuk perlakuan danproses mengarang yang dialami semasa menuliskarangan. Melalui bengkel penulisan ini, paraguru akan dapat menyedari apa-apa yang berlakuapabila mereka ll1enulis karangan. Dengankesedaran ter sebu t, guru akan lebih sensitifterhadap keperluan pelajar dalall1 pengajarandan pembelajaran kell1ahiran mengarang. Perl(1979) berpendapat , dengan pengetahuan dankesedaran guru terhadap sifat proses mengarang,mereka akan lebih berupaya untuk merancangkegiatan dan mel ibatkan d ir i mereka bagimempert ingkat mutu k emah i ran menu liskarangan di kalangan pelajar.Pendekatan PengajaranPendekatan pengajaran kemahiran mengajarkarangan dalam program pendid ik an gu rukhususnya, pengajaran kemahiran mengarangdalam Bahasa Melayu harus diteliti untukmembolehkan bakal guru dilatih untukmenukarkan fokus pengajaran mereka daripadapenumpuan kepada hasil karangan kepadaproses mengarang it u sendiri. Perubahanpenumpuan pengajaran kemahiran mengarangtersebut dapat dilakukan dengan membekalkanpara bakal guru dengan pelbagai pendekatan(seperti pendekatan proses) dan strategipenulisan karangan (seperti strategipembentukan dan penyelesaian masalahretorik). Dalam latihan penggunaan pendekatandan strategi penul isan karangan, para bakalgu ru buk an sahaja perlu diberi syarahan dannota t etap i lat ihan untuk menjalankannya didalam kelas. Pelaksanaan latihan tersebutmemerlukan para pendidik membantu bakalguru menterjemahkan teori, pendekatan, danst ra tegi te rs ebut ke dalam bentuk amalanpengajaran yang dapat digunakan dalam situasikelas.

    Peranan GuruDalam pengajaran dan pembelajaran kemahiranmengarang, guru dan pelajar perlu berkeljasamadan memainkan peranan yang sama penting(White and Arndt 1991). Dalam situasipengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajartetapi juga sebagai pembimbing dan fasilitatorbagi mewujudkan persekitaran kelas mengarangyang kondusif. Justeru, dalam pengajarankemahiran mengarang, guru bukan sahaja perlumemberi penerangan tentang sesuatu aspekkemahiran mengarang tetapi ju ga memberit un juk a ja r dalam konteks penulisan karanganpada bila-bila masa sahaja diperlukan oIehpelajar. Selain itu, guru sebagai fasilitator perludapat memudahkan proses penulisan karanganyang dilalui pelajar di dalam kelas denganmemberi bantuan yang di perlukan semasamenulis. Dengan itu, program pendidikan guru,khususnya dalam penyediaan baka! guru perlumengambil kira ketiga-tiga peranan t er sebu tdalam proses penga ja ran dan pembelajarankemahiran mengarang.

    RUJUKANBoeD"-:'1, R.c. and S.K. BIKl.E:-i. 1982. Qualitative

    Research in Education: An In/mduction to 77!e0l)and Methods. Boston: Allyn & Bacon.

    CHfu'1DRASEGARA1\, A. 1991. The composing processesof university student writers. Doctoraldissertation, ational University of Singapore.

    EMIG, J. 1971. The composing process of twelfthgraders (Research report no. 13). Urbana,Ilinois: NCTE.

    FAIGLEY, L. and S. WITrE. 1981. Analyzing revision.College Composition and Communication 32: 400413.

    FLORIO-RLANCE, S. and T. LENSMIRE. 1989. The roleof instruction in learning to write. In Advancesin Research in Teaching, ed. J.E. Brophy, Vol. I,p. 73-104 Greenwich, CT: JAl Press.

    FLOWER, L.S. andJ.R. HAYES. 1980. The dynamics ofcomposing: making plans and j uggl ingconstraints. In Cognitive Processes in Writing, ed.L.W. Gregg and E.R. Steinberg, 'p. 31-50.Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.

    FLOWER, L.S. andJ.R. HAYES. 1981. The pregnantpause: An inquil), into the nature of planning.Research in the Teaching of English 19: 233-240.

    70 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997

  • 8/6/2019 Contoh Kajian Kes Kualitatif

    7/7

    Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu eli Sekolah Menengah: Sam Penilaian Kualitatif

    FLOWER, L.S. and J.R. HAYES. 1988. A cognitiveprocess theory of writing. In The Wri tingTeacher's Sourcebook, ed . G. Tate and E.PJ.Corbett, 2nd edn . p.92-102. New York: OxfordUniversity Press.

    GRAVES, D.H. 1981. A case study observing thedevelopment of primary children's composing,spelling and motor behavior during the writingprocess. (Report no. G-78-0174).

    HAIRSTON, M. 1982. The winds of change: ThomasKuhn and the revolution in the teach ing ofwriting. College Composilion and Communication33: 76-88.

    JASBIR KA.UR D/O MOHAr'''; SINGH. 1994. A case s tudyof moderation meeting to evaluate writing atITM Cawangan Johor. Laporan penyelidikansal jana pendidikan yang tidak diterbitkan,Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    KDIENT[RlA,'i P[NDIDIKA:-; MALA.'SIA. 1987. Sukatanpelajaran sekolah rendah dan menengah:Bahasa Melayu (KBSR dan KBSM) BahasaMalaysia/Bahasa Melayu, Pusat PerkembanganKurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    KOII Soo LING. 1993. A case study of prewriting inan ESL composition class at Mara Institute ofTechnology. Laporan penyelid ikan sal janapendidikan yang tidak diterbitkan, UniversitiMalaya.

    LEE MAY ENG. 1989. An exploratory investigation ofthe composing processes of selected skilledand unskilled ESL graduates. Disertasi sarjanapendidikan yang tidak diterbitkan, UniversitiMalaya.

    LI'iCOLN, Y.S. and E.G. GLBA. 1985. NaturalisticInquilY. Newbury Park, CA: Sage Publication.

    MAROHAINI YUSOFF. 1989. Aspek-aspek dalampengajaran kemahiran menulis di peringkatmenengah. Dalam Perspektifperspektif dalamPengajaran Bahasa Malaysia ed. Koh Boh Boon.p.179-192. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    MARSHALL, C. and G.B. ROSSMAN. 1989. DesigningQualitative Research. Newbury Park, CA: Sage.

    M E R R I A ~ l , S.B. 1988. Case Study ReseaTch in Education:A Qualitative AppToach. CA: Josey-Bass Inc.

    MILES, M.B. and A.M. HUBERMAN. 1984. QualitativeData Analysis. Beverly Hills, CA: Sage.

    MISCHEL, T. 1974. A case study of a twelth graderwri ter. ReseaTch in the Teaching ofEnglish 8: 303314.

    NAR.W\.i"A.'i KUNCI R A . ~ [ r \ . " . 1991. Pengajaran penulisankarangan berasaskan pendekatan proses disebuah sekolah menengah. Disertasi sarjanapenclidikan yang tidak diterbitkan. UniversitiMalaya.

    NORRIZAN RAULl. 1992. Learning ESL in Malaysia: Astudy of reinforcing and suppressing factors intwo communities. Unpublished dOClOlaldissertation, University of Pennsylvalia, U.S.A.

    PATroN, M.Q. 1980. Qualitative Evaluation Methods.Beverly Hills: Sage.

    PERL, S. 1979. The composing process of unskilledcollege writers. Research in the Teaching ofEnglish13: 317-336.

    R