33
CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF DARI SEGI ASPEK DAN STRUKTUR, DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERKEMBANGAN TATABAHASA BAHASA MELAYU. PENGASAS: AVRAM NOAH CHOMKSY Avram Noah Chomsky (1928- ), ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania di mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor, di universiti tersebut. Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun menjadi ‘junior fellow’ di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001). Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini walaupun merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris, namun terdapat perbezaan pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris. Ternyata sistem tatabahasa berdasarkan Chomsky ini telah menarik perhatian ramai dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Chomsky seterusnya menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

  • Upload
    lenhi

  • View
    301

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF DARI SEGI ASPEK DAN STRUKTUR, DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERKEMBANGAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.

PENGASAS: AVRAM NOAH CHOMKSY

Avram Noah Chomsky (1928- ), ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik

dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di

Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti

Pennsylvania di mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun

1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang

ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor, di universiti tersebut. Dari tahun 1951

sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun

menjadi ‘junior fellow’ di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah

bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT)

dalam tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing

dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001).

Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu

yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan

sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa

transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures

(1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF

Sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini walaupun

merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris, namun

terdapat perbezaan pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris.

Ternyata sistem tatabahasa berdasarkan Chomsky ini telah menarik perhatian ramai

dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Chomsky

seterusnya menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal

Page 2: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

dalam mengkaji semua bahasa manusia. Menurut beliau semua bahasa yang

digunakan oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama.

Teori transformasi generatif menyatakan bahawa ayat-ayat dalam sesuatu

bahasa tidak terhad bilangannya. Walaupun tidak terhad, ayat-ayat ini terbina atas

peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat

daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses

transformasi. Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak diwarnai oleh

sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya.

Dalam tatabahasa transformasi generatif penentuan sama ada sesuatu ayat

itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur

terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya amat

dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang

lebih kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penutur

mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat

yang lain, atau dengan kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang

berparafrasa.

Oleh yang demikian, tatabahasa transformasi generatif melihat ayat sebagai

mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang

biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk

membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat.

Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah

mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat

yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk

ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi.

Chomsky berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua

komponen, iaitu komponen competence dan performance. Competence merupakan

keupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang

terkandung di dalam kepala penutur. Performance pula merupakan pewujudan

bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Konsep

Page 3: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

competence yang dikemukakan oleh Chomsky ini lebih memberikan penekanan

kepada penutur sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi “Competence to mean

knowledge about cognitive and performative” bermakna sejak lahir lagi manusia

telah disediakan dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya

(Ishak Ramly 1996).

Seperti yang dikatakan dalam Syntactic Structures (1957), terdapat tiga

bahagian atau komponen dalam pembentukan ayat, iaitu komponen struktur frasa,

komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Setiap daripada komponen-

komponen ini mengandungi satu set peraturan yang beroperasi terhadap beberapa

‘input’ untuk menghasilkan beberapa ‘output’. Gambaran mengenai struktur frasa

boleh dikaitkan secara sendirinya dengan organisasi dalam sistem yang lebih besar.

RUMUS STRUKTUR FRASA

Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman. Dalam

sistem peraturan yang berikut, S untuk Sentence, NP untuk Noun Phrase, VP untuk

Verb Phrase, Det untuk Determiner, Aux untuk Auxiliary (verb), N untuk Noun dan V

untuk Verb stem.

1) S NP + VP

2) VP Verb + NP

3) NP Det + N

4) Verb Aux + V

5) Det the, a, ...

6) N man, ball, ...

7) Aux will, can, ...

8) V hit, see, ...

Page 4: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Tatabahasa struktur frasa yang ringkas ini menghasilkan ayat tatabahasa yang

berbunyi “The man will hit the ball” , dan ayat ini juga membawa kepada keterangan

berstruktur. Jenis keterangan berstruktur yang diberi oleh tatabahasa struktur frasa,

adalah konstituen analisis struktur ayat itu.

Dalam peraturan-peraturan ini, anak panah boleh diinterpretasikan sebagai

arahan untuk menulis semula apa sahaja simbol yang muncul pada sebelah kiri

anak panah sebagai simbol atau rangkaian simbol yang muncul pada sebelah kanan

anak panah. Sebagai contoh, peraturan (no. 2) menulis semula simbol VP sebagai

rangkaian simbol Verb + NP dan bermaksud Verb + NP. Selain itu, ia bererti binaan

tersebut mungkin mempunyai binaan yang bertindak sebagai binaan konstituen jenis

Verb dan NP (dicantumkan sekali). Peraturan (no.2) boleh dianggap sebagai

mencipta atau dikaitkan dengan rajah pohon dalam Rajah 1.

VP

Verb NP

Rajah 1

Peraturan (1) – (8) tidak berfungsi secara berasingan kerana ia membina satu

sistem yang diintergrasikan. Simbol S (mewakili ayat) adalah direka sebagai simbol

permulaan. Maklumat ini tidak diberi dalam peraturan-peraturan (1)-(8), tetapi ia

boleh dianggap sama ada ia diberi dalam bentuk ayat protokol mengikuti peraturan

berdasarkan tatabahasa ataupun terdapat satu konvensyen universal berdasarkan di

mana S selalu menjadi simbol permulaan. Adalah penting untuk memulakan satu

peraturan yang mempunyai simbol permulaan di sebelah kiri. Oleh itu sebarang

peraturan boleh digunakan dalam sebarang bentuk susunan sehinggalah tiada

peraturan lain boleh digunakan; dalam berbuat begitu, satu susulan boleh dibuat

terhadap satu daripada ayat-ayat yang dihasilkan oleh tatabahasa. Jika peraturan-

Page 5: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

peraturan digunakan dalam susunan yang berikut : (1), (2), (3), (3), (4), (5), (5), (6),

(6), (7), (8), kemudian menganggap bahawa ‘the’ dipilih terhadap kedua-dua aplikasi

no. (5), “man” pada satu aplikasi no. (6) dan ‘ball’ dapa aplikasi selain daripada itu,

‘will’ pada aplikasi no. (7) dan ‘hit’ pada aplikasi no. (8), susulan ayat berikut : “The

man will hit the ball” telah pun terbina.

i) S

ii) NP + VP daripada peraturan (1)

iii) NP + Verb + NP daripada peraturan (2)

iv) Det + N + Verb + NP daripada peraturan (3)

v) Det + N + Verb + Det + N daripada peraturan (3)

vi) Det + N + Aux + V + Det + N daripada peraturan (4)

vii) the + N + Aux + V + Det + N daripada peraturan (5)

viii) the + man + Aux + V + Det + N daripada peraturan (5)

ix) the + man + Aux + V + the + N daripada peraturan (6)

x) the + man + Aux + V + the + ball daripada peraturan (6)

xi) the + man + will + V + the + ball daripada peraturan (7)

xii) the + man + will + hit + the + ball daripada peraturan (8)

Kebanyakan derivasi frasa yang terbentuk dalam ayat ini adalah bergantung

pada aras di mana peraturan-peraturan itu digunakan. Satu fakta yang penting

adalah semua derivasi ini mempunyai nilai yang sama dan boleh digambarkan

dalam rajah pohon yang sama; seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Page 6: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

S

NP VP

Det N Verb N

the man Aux V Det N

will hit the ball

Rajah 2

Jika dibandingkan dengan sistem peraturan, penggunaan tiap-tiap satu peraturan

menghasilkan atau dikaitkan dengan satu bahagian rajah pohon tersebut. Rajah

pohon atau penanda frasa boleh dianggap sebagai satu keterangan berstruktur ayat

“The man hit the ball”, yang merupakan keterangan struktur konstituen atau struktur

frasa ayat tersebut yang ditentukan oleh peraturan yang menghasilkan ayat tersebut.

Menurut Chomsky adalah penting untuk menginterpretasikan penjanaan

istilah dalam bentuk statik berbanding bentuk dinamik. Pernyataan bahawa

tatabahasa menghasilkan satu ayat yang khusus, bermaksud ayat itu adalah satu

daripada keseluruhan ayat-ayat yang diberi maksud oleh tatabahasa untuk dibentuk

dengan baik daripada segi tatabahasa. Tanggapan generasi pembolehubah. Situasi

tersebut adalah sama dengan tatabahasa generatif. Walaupun sesuatu ayat boleh

dihasilkan daripada beberapa cara dengan membuat satu pilihan pada kedudukan

tatabahasa yang khusus, tatabahasa mestilah dianggap sebagai penggerak ayat

secara statistik atau tidak akan berubah oleh perubahan masa.

Page 7: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

RUMUS TRANSFORMASI

Rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga

membawa kepada struktur permukaan. Telah dinyatakan yang tatabahasa struktur

frasa mengandungi keseluruhan peraturan-peraturan struktur frasa, tatabahasa

transformasi pula memasukkan kedua-dua frasa dan peraturan-peraturan

transformasi dan juga peraturan-peraturan morfofonemik. Peraturan-peraturan

transformasi bergantung kepada penggunaan peraturan-peraturan struktur frasa

yang terdahulu dan mempunyai penanda frasa kepada yang lain. Apa yang

dimaksudkan oleh pernyataan ini boleh dijelaskan terlebih dahulu dengan merujuk

kepada satu tatabahasa transformasi yang sangat ringkas, yang mana huruf-huruf

mewakili konstituen-konstituen sesuatu ayat (dan S adalah merujuk kepada

‘sentence’).

PS rules

(1) S A + B

(2) B C + D

(3) A a + b

(4) C c + e + f

(5) D d + g + h

T rules

(6) A + C + D D + A

Lima peraturan pertama adalah peraturan struktur frasa (peraturan PS) ; peraturan

(6) ialah peraturan transfromasi (peraturan T). ‘Output’ peraturan (1) – (5) adalah

rangkaian terminal a + b + c + e + f + d + g + h, yang telah dikaitkan deskripsi

berbentuk struktur yang ditunjukkan oleh penanda frasa dalam Rajah 3 (kiri).

Peraturan (6) diaplikasikan kepada rangkaian terminal peraturan PS dan penanda

frasa berkaitan. Perkara tersebut memberi kesan kepada pengguguran C (dan

konstituen C) dan turut menyusun A dan D (bersama-sama konstituen A dan D).

Page 8: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Hasilnya ialah rangkaian simbol d + g + h + a + b, bersama dengan penanda frasa

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (kanan).

Penanda frasa yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (kiri) boleh digambarkan

sebagai asas yang mendasarinya, dan penanda frasa yang ditunjukkan dalam Rajah

3 (kanan) adalah hasil daripada peraturan (6). Satu daripada prinsip asas peraturan

tatabahasa transformasi adalah transformasi yang menjadi asas penting di sebalik

penukaran penanda penunjuk yang dihasilkan. Berbanding dengan peraturan

struktur frasa, peraturan lebih bersifat heterogeneous dan mungkin boleh

mempunyai lebih daripada satu simbol pada kedudukan sebelah kiri anak panah.

Kepentingan linguistik terhadap pertimbangan-pertimbangan abstrak ini boleh

diterangkan dengan merujuk kepada hubungan antara ayat-ayat aktif dan pasif

dalam bahasa Inggeris.

S S

A D D A

a b C D d g h a b

c e f d g h

(Left) A phrase marker associated with the terminal string of a set of phrase-structure

rules. (Right) The phrase marker resulting from the application to the phrase marker

shown at left of the transformational rule A + C + D D + A (see text).

Rajah 3

Page 9: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

TRANSFORMASI PASIF

Peraturan yang dikemukakan oleh Chomsky dalam mengaitkan ayat-ayat aktif dan

pasif (seperti yang diberikan dalam ‘Syntactic Structures’) adalah serupa dengan

peraturan yang dikemukakan oleh Harris. Peraturan yang dikemukakan oleh

Chomsky ialah :

NP₁ - Aux – V - NP₂ NP₂ - Aux + be + en – by + NP₁

Peraturan yang dipanggil transformasi pasif ini, memerlukan dan bergantung kepada

penggunaan satu set peraturan struktur frasa terdahulu. Untuk meringkaskan,

transformasi pasif mungkin boleh dipertimbangkan dalam hubungan dengan set

rangkaian terminal yang dihasilkan oleh peraturan struktur frasa (1) – (8) seperti

yang telah dipaparkan terdahulu. Rangkaian “the + man + will + hit + the + ball

(dengan penanda frasa yang berkaitan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 )

boleh dianggap bukan sebagai ayat sebenar tetapi sebagai struktur yang mendasari

kedua-dua ayat aktif “The man will hit the ball” dan ayat pasif “The ball will be hit by

the man”. Transformasi pasif boleh digunakan dalam keadaan yang mendasari, atau

“input”, rangkaian dapat dianalisis dalam bentuk struktur frasa sebagai NP – Aux – V

– NP (penggunaan tanda yang mewakili nombor subskrip untuk membezakan dua

NPs dalam formulasi peraturan adalah satu bahan tidak formal untuk menunjukkan

operasi penyusunan semula dalam susunan yang lain). Dalam penunjuk frasa pada

Rajah 2 “the” + “man” adalah konstituen NP, “will” adalah konstituen Aux, “hit” adalah

konstituen V dan “the” + “ball” adalah konstituen NP. Keseluruhan rangkaian boleh

dianalisis dalam makna yang lebih tepat, dan transformasi pasif menukarkannya

kepada rangkaian “the + ball + will + be + en + hit + by + the + man”. Peraturan

transformasi yang selanjutnya akan menyusun semula “en + hit” dalam susunan

yang lain untuk menghasilkan “hit + en”, dan satu daripada peraturan morfofonemik

kemudiannya akan menukar “hit + en” kepada “hit” (seperti “ride + en akan

ditukarkan kepada “ridden”, “open + ed” kepada “opened”, dan sebagainya.

Setiap peraturan transformasi mempunyai kesan dalam mengubah bentuk

penanda frasa yang asas kepada penanda frasa yang lain. Keadaan di mana

Page 10: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

peraturan-peraturan transformasi hasil daripada struktur konstituen kepada

rangkaian ‘inputnya’ adalah salah satu daripada masalah berbentuk teori yang

utama dalam penggunaan tatabahasa transformasi.

Walaupun contoh yang dipaparkan di atas merupakan contoh yang mudah,

dan hanya satu peraturan transformasi yang dipertimbangkan daripada peraturan-

peraturan transformasi yang lain dalam sistem yang sama, walau bagaimanapun,

transformasi pasif mesti beroperasi bukan sahaja kepada frasa kata nama yang

mudah seperti “the man” atau “the ball” tetapi juga terhadap frasa kata nama yang

mempunyai kata adjektif (“the old man”), frasa pelengkap (“the man in the corner”),

ayat sokongan (“the man who checked in last night”) dan seterusnya. Peraturan-

peraturan struktur frasa memerlukan lanjutan untuk membolehkan pelbagai bentuk

kata kerja (“is hitting”, “hit”, “was hitting”, “has hit”, “has been hitting”, etc.) dan juga

untuk perbezaan antara bentuk tunggal dan jamak (‘singular’ dan ‘plural’).

Satu perkara penting yang harus disedari bahawa tidak seperti sistem Harris,

sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini tidak mengubah

sesuatu ayat kepada bentuk yang lain. Peraturan-peraturan transformasi beroperasi

terhadap struktur yang menjadi asas kepada ayat dan bukannya terhadap ayat yang

sebenar. Ayat yang paling mudah juga memerlukan penggunaan sekurang-

kurangnya beberapa peraturan transformasi. Ayat-ayat aktif dan pasif, ayat-ayat

positif dan negatif, ayat-ayat berbentuk soalan dan jawapan dan sebagainya adalah

dikaitkan secara formal dengan menghasilkan ayat-ayat tersebut daripada rangkaian

terminal yang sama dalam komponen struktur frasa.

PENGUBAHSUAIAN TERHADAP SISTEM TATABAHASA CHOMSKY

Sistem tatabahasa transformasi Chomsky telah diubahsuai sedikit dalam tahun

1965. Kemungkinan pengubahsuaian yang paling penting adalah kemasukan

komponen semantik ke dalam sistem tatabahasa tersebut sebagai tambahan

kepada komponen sintaksis dan komponen fonologi.

Peraturan komponen sintaksis menggerakkan ayat-ayat sesuatu bahasa dan

mengarahkan kepada bukan satu tetapi dua analisis berstruktur; satu analisis

Page 11: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

struktur dalaman dan satu analisis permukaan. Makna ayat dibawa daripada struktur

permukaannya oleh peraturan-peraturan bagi mengaitkan bunyi sebutan sesuatu

ayat kepada maksudnya. Sintaksis adalah dikedudukan “jantung” sistem itu.

Asas mempunyai dua bahagian; satu set peraturan berkategori dan satu

senarai perkataan dengan maknanya sekali. Dirangkumkan sekali, unsur tersebut

memenuhi satu fungsi yang sama yang dipenuhi oleh peraturan-peraturan struktur

frasa dalam sistem yang terdahulu. Tetapi terdapat banyak perbezaan. Semua

perkataan-perkataan baru dalam bahasa dan berkaitan dengan setiap sintaksis,

semantik dan maklumat berbentuk fonologi diperlukan untuk operasi pembetulan

peraturan-peraturan. Maklumat ini diwakili dalam istilah yang dipanggil ‘features’

(ciri).

Peranan komponen berbentuk fonologi tatabahasa generatif seperti yang

dinyatakan oleh Chomsky adalah untuk memberi satu “interpretasi” fonetik kepada

rangkaian-rangkaian perkataan yang digerakkan oleh komponen sintaksis.

Rangkaian-rangkaian perkataan ini diwakili dalam kenyataan berbentuk fonologi dan

telah disediakan dengan satu analisis struktur permukaan oleh peraturan-peraturan

transformasi. Elemen fonologi yang mana pembentukan perkataan dicipta adalah

segmen-segmen yang mengandungi apa yang dirujuk secara teknikal dikenali

sebagaia ciri-ciri perbezaan.

Satu lagi aspek fonologi generatif ialah memerlukan sokongan sintaksis. Prinsip

analisis bunyi menggunakan suara seharusnya dijalankan tanpa mengambil kira

struktur tatabahasanya. Walau bagaimanapun, prinsip ini menimbulkan kontrovesi di

kalangan ahli lingustik Amerika dan tidak diterima di luar Amerika.

Page 12: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

PERKEMBANGAN TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF BAHASA MELAYU

Bahagian ini akan cuba memperlihatkan hubungan kemunculan tatabahasa

transformasi generatif terhadap perkembangan tatabahasa bahasa Melayu dengan

merujuk kepada sejumlah kandungan yang terdapat dalam buku-buku yang berikut:

1) Bahasa Melayu Syntax Some Aspects Of Its Standardization (1978), oleh Nik

Safiah Karim.

2) Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa

Transformasi-Generatif (1980), oleh Arbak Othman.

3) Tatabahasa Dewan (1993), oleh Nik Safiah Karim et al.,dan

4) Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Satu Huraian Dari

Sudut Tatabahasa Generatif (1993), oleh Hashim Haji Musa.

Bahasa Malaysia Syntax Some Aspects Of Its Standardization

Buku ini merupakan antara tulisan yang membicarakan tatabahasa bahasa Melayu

menggunakan model transformasi di Malaysia. Mengandungi lapan bab yang

dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama membicarakan latar belakang

kajian sementara bahagian kedua buku tersebut membuat analisis terhadap

beberapa struktur sintaksis utama bahasa Melayu. Oleh kerana buku ini ditulis

dalam bahasa Inggeris, kertas kerja ini hanya akan menyentuh tentang tajuk-tajuk

yang dibicarakan secara ringkas sahaja. Binaan utama yang dikaji dalam buku ini

adalah:

a) The verb phrase, in particular the auxiliary construction.

b) The passive construction.

c) The relative construction.

d) The adjective construction.

e) Complementation.

f) The interrogative construction.

Setiap struktur di atas dibicarakan secara berasingan dengan mengaplikasikan

analisis transformasi standard. Menurut Nik Safiah Karim (1978) “In this study the

model used is the transformational approach initiated by Noam Chomsky, (1957 &

1965) and its subsequent development by R.A Jacobs and P.S.Rosebaun, as well as

Page 13: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

other linguists such as C.J.Fillmore, R. Jackendoff, G. Lakoff, J.Mc Cawley and J.R.

Ross... Two major reasons for the selection of the transformational model are its

explicitness and simplicity, and its universal applicability .... According to Paul Postal,

generatif grammar combined the significant goals of traditional grammar with the

explicitness of modern grammar “to provide a description of language which can

provide the basis of an explanation of the production and understanding of

sentence.”

Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa buku ini merupakan tulisan terawal

dalam bahasa Melayu yang membicarakan tentang konsep tatabahasa transformasi

generatif dengan begitu komprehensif. Buku tersebut mengandungi enam bab yang

membicarakan perkara-perkara berikut:

Bab 1 Tatabahasa Struktur Frasa

Bab 2 Struktur Dasar Ayat-Ayat

Bab 3 Struktur Batin Dan Struktur Lahir

Bab 4 Kenapa Perlunya Transformasi

Bab 5 Tatabahasa Transformasi-Generatif

Bab 6 Peranan Semantik Dalam Tatabahasa

Kertas kerja ini akan cuba memaparkan salah satu topik yang dibicarakan dalam

bab empat buku tersebut, iaitu transformasi ayat-ayat gabungan.

Menurut Arbak Othman (1980) ayat-ayat boleh diperluaskan dengan cara dua

atau lebih ayat digabungkan dengan menggunakan satu atau lebih kata

penghubung. Dalam analisa konstituen, penggabungan ayat-ayat boleh dilakukan

sama ada melalui (a) gabungan setara atau (b) gabungan tak setara.

Gabungan Setara

Gabungan setara adalah gejala hubungan antara ayat-ayat lengkap yang setara.

Dengan perkataan lain, dua atau lebih ayat dasar selapis boleh dicantumkan untuk

menghasilkan satu ayat majmuk. Gabungan ini memerlukan kata penghubung

setara seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Gabungan beberapa ayat yang

Page 14: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

setara oleh penggunaan kata penghubung setara ini dipanggil gabungan kordinasi

dalam tatabahasa ayat-ayat.

Suatu ayat akan mempunyai struktur majmuk jika struktur-struktur batinnya itu

mengandungi dua atau lebih ayat-ayat setara. Dengan perkataan lain, ayat-ayat

majmuk mempunyai struktur batin beberapa ayat yang sama jumlah konstituen yang

dihubungkan dalam struktur lahirnya. Ayat majmuk yang terbentuk dengan

menggunakan kata penghubung setara itu boleh serupa struktur yang berikut:

Ay

Ay tetapi Ay

ibu pergi ke bandar ayah bekerja di ladang

Bagi ayat majmuk yang dibentuk dengan dua frasa yang digabungkan untuk

menghasilkan satu frasa nama majmuk dapat diterangkan struktur lahirnya, bagi

ayat Ibu makan bubur dan roti , sebagai:

FN

FN FN

N N

Bubur dan roti

Bagi ayat Ibu makan nasi lalu minum air pula, struktur majmuk berupa satu frasa

kerja yang telah disatukan adalah seperti berikut:

Page 15: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

FK

FK FK

K N K N

Makan nasi lalu minum air

Proses yang telah diterangkan itu dipanggil Pengurangan gabungan, iaitu proses

yang boleh juga digunakan untuk menerangkan gejala penggabungan ayat-ayat

yang tidak semestinya memperlihatkan pengkongsian makna.

Pada umumnya, satu transformasi pengurangan gabungan diperlukan bagi

mengurangi dua ayat yang disambungkan; dan satu transformasi yang lain

diperlukan bagi mengurangi tiap-tiap ayat lain yang hendak dikurangi itu. Proses

pengurangan gabungan ini melibatkan :

a) Penggabungan konstituen ayat-ayat yang setara, seperti dua frasa nama,

iaitu hanya apabila konstituen-konstituen itu mempunyai fungsi yang sama

dalam ayat. Kedua-dua frasa nama ini tidak boleh digabungkan jika satu

daripadanya berupa satu subjek, dengan yang lainnya berupa satu objek.

b) Penerbitan konstituen yang digabungkan sebagai FN majmuk adalah :

FN

FN dan FN

Page 16: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Daripada FN dan FK dengan erti kata kedua-dua FN itu akan tertakluk kepada satu

FN baru yang diterbitkan.

c) Salah satu daripada frasa-frasa (frasa nama mahupun frasa kerja) yang

sefungsi yang bertindih itu digugurkan (transformasi delesi) dalam proses

penggabungan ayat-ayat setara menjadi ayat majmuk. Contohnya :

Ali dan Ahmad makan roti

AY

FN FK

Ali dan Ahmad K FN

N

Makan roti

Page 17: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Sebagai kesimpulan, keseluruhan transformasi gabungan dapat diterangkan

sebagai satu proses yang menerangkan bagaimana ayat-ayat daripada jenis yang

sama boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk. Ayat majmuk yang terbentuk

boleh dikurangi sebagai frasa-frasa nama, frasa-frasa kerja, kata kerja, klausa relatif

mahu pun nama sahaja dalam struktur lahir. Proses ini dikenali sebagai

pengurangan gabungan, iaitu yang menerangkan gejala penerbitan konstituen

majmuk daripada ayat-ayat yang digabungkan itu.

Dalam struktur batin, konstituen yang hampir-hampir sefungsi mempunyai

semata-mata makna yang sama. Akan tetapi konstituen yang benar-benar sama

pula mempunyai kedua-duanya sekali, iaitu makna dan rujukan yang sama.

Gabungan Tak Setara

Salah satu jenis ayat berkait yang digabungkan oleh gabungan tak setara ini

ialah klausa-klausa relatif. Ayat yang berikut mengandungi binaan jenis ini sebagai

frasa nama subjek:

Buku yang mereka baca itu mengandungi pengajaran

Ikatan “buku yang mereka baca itu” merupakan satu frasa nama. Klausa relatif yang

sebenarnya “yang mereka baca itu” mengandungi satu kata kerja transitif baca yang

memerlukan frasa nama objek dalam struktur batin. Walaupun tidak ternyata dalam

struktur lahir, kefahaman kita tentu sekali mempunyai anggapan bahawa apa yang

mereka baca adalah buku yang sudah tentunya telah merupakan frasa nama objek

dalam struktur batin. Dengan perkataan lain, klausa relatif :

yang mereka baca itu

mempunyai ikatan yang berikut ini sebagai struktur batinya:

mereka baca buku itu

Page 18: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Semua klausa batin bagi keseluruhan ayat berkait di atas adalah:

Frasa nama subjek + Ayat

FN + Ay

yang seluruh struktur frasa nama subjeknya sahaja adalah sebagai yang berikut:

FN

FN Ay

N FN FK

N K FN

N

buku mereka baca buku

Frasa nama subjek ini sahaja mengandungi satu frasa nama dan satu ayat.

Untuk menerbitkan struktur lahir klausa-klausa relatif pula, beberapa

transformasi perlu dilaksanakan. Malahan, transformasi yang terpenting ialah

transformasi klausa relatif. Transformasi inilah yang telah melaksanakan satu

struktur klausa yang kepalanya adalah frasa nama (iaitu yang hadir di sebelah kiri

ayat berkait itu), yang adalah pula sama dengan satu frasa nama dalam ayat berkait

itu. Frasa-frasa nama yang terdapat dalam struktur di atas merupakan frasa nama

struktur batin untuk buku.

Bagi menghasilkan ayat terbitan berkait, maka transformasi menyambungkan

klausa mereka baca buku itu dengan frasa nama buku melalui penyertaan (+ HUB)

dan (+ ganti nama) kepada segmen nama buku itu dalam frasa nama yang sama

bagi ayat berkait yang disambungkan, supaya kedudukan segmen nama buku itu

dipindahkan pada awal ayat supaya terlahirlah struktur :

Page 19: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

FN

FN Ay

N FN FN FK

N N K

buku itu mereka buku

Penyertaan unsur-unsur ( + HUB ) dan ( + ganti nama ) telah menyebabkan

penggantian segmen nama dengan ganti nama hubungan yang. Dengan perkataan

lain, transformasi relatif bertanggungjawab menubuhkan kedudukan yang di depan

frasa nama dalam susunan yang diketahui oleh yang sebagai sebahagian daripada

klausa relatif dalam ayat berkait yang berkenaan itu. Akhirnya dua pelaksanaan

transformasi penentu pula menerbitkan struktur yang berikut:

Page 20: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

FN

FN Ay

N Pen FN FN FK

buku itu N Pen N Kj

buku itu mereka baca

Segmen penentu yang kedua kemudiannya digantikan oleh item leksis itu, manakala

penentu yang pertama yang mengandungi ( + HUB ) digantikan pula dengan

perkataan HUB yang. Ikatan yang terakhir adalah:

• buku yang buku itu mereka baca

Supaya ayat yang di atas ini gramatis, maka buku yang kedua itu digugurkan oleh

transformasi delesi relatif dengan diikuti pula oleh transformasi pergerakan penentu

yang menggerakkan itu daripada kedudukan sebelum klausa kepada kedudukan

selepas daripadanya supaya struktur terakhir yang diterbitkan adalah :

Page 21: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

FN

FN Ay

N FK FK FK FN

N Kj

buku yang mereka baca itu

Inilah pada dasarnya cara klausa relatif itu dihasilkan daripada struktur-

struktur batin. Dengan cara yang mudah, proses transformasi klausa relatif bagi

ayat di atas dapat diterangkan sebagai berikut:

Page 22: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Struktur Batin:

Ayat

FN Ay

buku itu Ay FK

mereka baca buku itu mengandungi pengajaran

FN FK Kj FN

baca buku itu mengandungi pengajaran

K FN

baca buku itu

N Pen

mereka baca itu

Struktur Lahir :

Buku itu buku itu mereka baca mengandungi pengajaran

N N N N

Buku yang ∅ mereka baca mengandungi pengajaran

Buku yang mereka baca itu mengandungi pengajaran

Page 23: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Tatabahasa Dewan

Buku yang mengandungi 19 bab ini telah membicarakan proses penerbitan ayat

bahasa Melayu dengan menggunakan konsep tatabahasa transformasi generatif.

Aspek yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:

1) Konsep Transformasi Generatif

2) Konsep Ayat Terbitan

3) Konsep Pengguguran

4) Proses Penyusunan Semula

5) Proses Peluasan

Kertas kerja ini seterusnya akan memaparkan rumus struktur frasa bahasa Melayu

sebagaimana yang termuat di dalam buku tersebut.

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1993) teori tatabahasa transformasi mengandaikan

adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat

struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis

hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang

menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman, dan jenis yang kedua

dikenali sebagai rumus transformasi, yang berfungsi menukarkan pola atau struktur

ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini

mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi

sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Peringkat-

peringkat struktur ini dapat dilihat lebih jelas dalam Rajah Tatabahasa Model

Generatif di bawah ini.

Page 24: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

(Struktur Dalaman)

(Struktur Permukaan)

Rajah Tatabahasa Model Generatif

Daripada Rajah Tatabahasa Model Generatif tersebut, didapati bahawa pelaksanaan

rumus transformasi terhadap sesuatu struktur dalaman akan menghasilkan ayat-ayat

berbentuk struktur permukaan. Setiap ayat ini terdiri daripada rentetan bunyi bahasa.

Oleh sebab itu setiap bahasa memerlukan satu set rumus yang akan menentukan

Representasi

Semantik

Komponen Semantik

Rumus

Struktur Frasa Leksikon

Rumus Transformasi

Komponen Fonologi

Representasi

Fonetik

Page 25: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

cara penyebutan sesuatu ayat, dan ini terjadi pada bahagian atau komponen

fonologi yang melahirkan representasi fonetik. Dalam tatabahasa generatif

diandaikan juga bahawa kesemua bentuk kata, iaitu bentuk kata, iaitu bentuk

sintaksis yang disebut morfem ada tersimpan sebagai leksikon (data kamus) pada

setiap penutur.

Walau bagaimanapun, dengan hanya mengetahui bentuk-bentuk kata

sesuatu bahasa seseorang itu tidak mungkin dapat membentuk bahasa tersebut.

Yang diperlukan ialah satu set rumus tatabahasa tersebut, yang disebut rumus

sintaksis, yang akan menentukan aturan penyusunan bentuk-bentuk perkataan

hingga menjadi ayat. Rumus tatabahasa ini, sebagaimana yang telah dinyatakan,

terbahagi kepada dua jenis, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Rajah

yang dipaparkan menunjukkan kedudukan serta hubungan kedua-dua jenis rumus

tersebut. Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan

D.S. , iaitu deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau

ayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah

pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan

sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat

dasar.

Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi

unsur-unsur berikut:

1) A S + P

2) S FN

FN

3) P FK

FA

FS

Page 26: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

4) FN (Bil) + (Penj Bil) + (Gel) + KNlnt + <KNlnt> + (Pen) + (Pent)

Obj

5) FK (KB) + KKtr + AKomp + (Ket)

KKttr + Pel

AKomp

6) FA (KB) + (Kpeng) + Adj + (Ket) + (Akomp)

AKomp

7) FS (KB) + SN + (KNArah) + FN + (Ket)

Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon, seperti

yang berikut:

1. A

S P

FN FN

2. A

S P

FN₁ FK

(Pent) KN (KB) KK

KKtr FN₂

KN (Pent)

Page 27: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut

penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut:

A

S P

FN₁ FK

(Pent) KN KK

Si Ali KKtr FN₂

membaca KN (Pent)

buku itu

Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur

dalaman. Bentuk itu dianggap struktur “dalaman” oleh sebab tidak serupa dengan

bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis.

Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di

atas kemudian akan menjadi ‘input’ kepada komponen yang menjadi rumus

transformasi. Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur

kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur

kata.

Page 28: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Suatu Huraian Dari Sudut Tatabahasa Generatif

Buku ini membincangkan bidang morfosintaksis di sekitar perkataan dalam bahasa

Melayu dengan menggunakan pendekatan tatabahasa generatif. Perkataan bukan

sahaja dibincangkan dari aspek morfologinya, iaitu unsur proses dan pelbagai

bentuknya, bahkan juga dibincangkan fungsinya sebagai unit tatabahasa/sintaksis

yang terkecil. Fungsi perkataan dalam binaan sintaksis ialah kedudukan ciri dan

tugas nahunya dalam binaan frasa, klausa dan ayat. Dengan melihat fungsi

perkataan tersebut, maka pelbagai kategori (kelas) , ciri dan tugas perkataan dalam

bahasa Melayu dapat dibina. Dalam buku ini telah dibentuk beberapa rumus penting

dalam bidang morfosintaksis bahasa Melayu, iaitu:

1) Rumus Struktur Frasa

2) Rumus Binaan Perkataan

3) Rumus Dasar Perkataan

4) Rumus Morfofonemik

Menurut Hashim Haji Musa (1993) tidak seperti kajian yang dilakukan Farid M. Onn

yang menumpukan perhatian kepada dialek Johor, sebaliknya kajian beliau tertumpu

kepada bahasa Melayu variasi standard. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini

hanya akan memperlihatkan bagaimana penulis buku ini memberikan penakrifan

atau penerangan berdasarkan aliran transformasi generatif kepada komponen nahu

yang digunakan dalam kajian beliau.

Komponen Nahu

Andaian dasar kajian beliau tentang komponen nahu ialah dengan menurut aliran

transformasi generatif, iaitu mengandungi lima komponen:

a) komponen leksikon

b) komponen kategori atau struktur frasa

c) komponen transformasi

d) komponen fonologi dan

e) komponen semantik.

Page 29: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen

dasar dan komponen dasar bergabung dengan komponen transformasi untuk

membentuk komponen sintaksis.

a) Komponen Leksikon

Leksikon merupakan repositori atau satu macam senarai yang mengandungi

maklumat tentang setiap formatif atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Setiap

formatif itu diberikan sifat entri leksikonnya yang menyatakan ciri fonologi, sintaksis

dan semantinya. Leksikon juga mengandungi satu set rumus yang dinamakan rumus

binaan perkatan dan rumus morfofonemik yang menyatakan antara lain rumus

morfologi, hubungan melintang-kategori antara item leksikon, ciri sintaksis leksikon,

respresentasi fonologi dan sifat semantik leksikon.

b) Komponen Kategori Atau Struktur Frasa

Komponen ini mengandungi sejumlah rumus struktur frasa yang bebas-konteks,

yang menghuraikan kategori sintaksis yang berierarki bagi sesuatu bahasa, dan

sekaligus menentukan urutan dari kiri ke kanan bagi konstituen terdekat setiap

kategori itu. Rumus struktur frasa juga menerbitkan satu set penanda struktur frasa

yang mengandungi simbol pertama atau simbol puncanya A (:ayat) simbol

terminusnya kategori leksikon bagi bahasa itu.

Komponen dasar, iaitu hasil gabungan komponen leksikon dengan struktur frasa,

mengandungi juga rumus penyisipan leksikon yang menggantikan simbol terminus

dengan formatif leksikon tertentu. Penanda frasa dan formatif leksikon, diterbitkan

oleh komponen dasar, dan sekaligus membentuk “struktur dalaman” bagi ayat dalam

sesuatu bahasa. Struktur dalaman dianggap sebagai ‘input’ kepada komponen

transformasi yang menghubungkannya dengan struktur permukaan, dan kemudian

melalui komponen fonologi, dilahirkan dalam bentuk representasi fonetik.

Page 30: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

c) Komponen Transformasi

Komponen ini mengandungi satu set transformasi yang memetakan struktur

dalaman kepada satu set lagi penanda frasa yang dinamakan struktur permukaan.

Transformasi diberi urutan kehadiran berdasarkan kedudukannya antara satu sama

lain dan operasinya dikawal oleh prinsip pusingan transformasi Transformasi juga

dianggap, hanya mengandungi rumus pergerakan, penyisipan dan pengguguran.

Seterusnya transformasi tidak melakukan morfologi derivasi, kerana derivasi

perkataan adalah fungsi komponen leksikon. Oleh itu, apabila penyisipan leksikon

berlaku bukannya morfem akar yang disisipkan ke dalam struktur dasar tetapi

bentuk derivasi perkataan yang disisipkan. Dengan demikian rumus transformasi

segmen yang memasukkan fungsi sintaksis, ciri konteks, kategori dan subkategori

dianggap tidak berlaku dalam rangka teori leksikalis ini. Sifat, ciri dan fungsi leksikon

demikian dimasukkan ke dalam leksikon melalui rumus redudansi leksikon yang

merupakan sebahagian daripada komponen leksikon dan bukannya komponen

transformasi.

d) Komponen Semantik

Komponen semantik menurut Chomsky, dianggap sebagai komponen interpretif

yang menyatakan bahawa pelbagai aspek interpretif pemaknaan ayat, diperoleh

bukan sahaja daripada struktur dalamannya, tetapi juga daripada struktur

permukaannya dan mungkin juga daripada struktur terbitan hasil terakhir daripada

pusingan transformasi.

e) Komponen Fonologi

Andaian kajian ini tentang komponen fonologi dengan mengikut Chomsky, adalah

komponen yang mengandungi satu sistem rumus yang menghubungkan struktur

permukaan dengan representasi fonetik. Dalam struktur permukaan, setiap formatif

(yang boleh terdiri daripada formatik leksikon dan juga formatif nahu) , diberikan

representasi-leksikon, iaitu bagi yang muncul melalui entri leksikon. Ada juga

formatif nahu yang muncul secara langsung daripada rumus sintaksis sendiri. Oleh

Page 31: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

itu rumus sintaksis dan leksikon yang diterapkan dengan satu cara tertentu,

membekalkan kepada setiap ujaran satu representasi dalam bentuk deretan formatif

pada struktur permukaan. Struktur permukaan ini harus pula memenuhi dua syarat

yang bebas iaitu pertama ia harus sesuai dengan rumus interpretasi fonologi dan

kedua ia harus merupakan hasil daripada proses penerapan rumus sintaksis. Oleh

yang demikian Chomsky menegaskan bahawa ada dua konsep struktur permukaan

iaitu pertama sebagai ‘input’ kepada komponen fonologi, dan kedua sebagai ‘output’

daripada komponen sintaksis.

Demikianlah pemaparan sebilangan kecil kandungan beberapa buah buku

tatabahasa Melayu yang boleh dihubungkan dengan model tatabahasa transformasi

generatif.

PENUTUP

Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan aliran tatabahasa transformasi generatif

yang diasaskan oleh Chomsky telah memberi impak kepada arus perkembangan

tatabahasa sejagat. Walaupun aliran transformasi generatif ini mempunyai merit dan

demeritnya namun aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam

kewacanaan tatabahasa dunia. Kemunculan teori ini dilihat dapat mengisi ruang

kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Mungkin tidak

keterlaluan jika ada pendapat yang mengatakan bahawa bidang lingustik dewasa ini

telah didominasi oleh generativisme.

Walau bagaimanapun, kaitan antara konsep tatabahasa pedagogi dengan

tatabahasa transformasi generatif jelas menunjukkan bahawa tatabahasa

transformasi generatif tidak direka bentuk untuk dipraktiskan dalam tatabahasa

pedagogi. Namun di Malaysia sendiri, telah memperlihatkan yang pendekatan

tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa

Melayu. Penerapan ini dilakukan dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian

dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Mashudi Kader, Nik Safiah Karim,

Arbak Othman, Hashim Haji Musa dan Asmah Hj. Omar telah menggunakan

pendekatan tatabahasa transformasi generatif dalam penulisan buku teks dan

pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Daripada segi penerapan

Page 32: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

tatabahasa untuk diajarkan di sekolah-sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka

telah menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 dan Jilid 2. Memang tidak dapat

dinafikan bahawa kemunculan tatabahasa transformasi generatif telah

mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan

tatabahasa Melayu di Malaysia.

Page 33: CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF … Word - CHOMSKY... · Teori transformasi generatif menyatakan ... daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti ... (penggunaan

Bibliografi

Arbak Othman 1980. Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

Ishak Ramly 1996. “Teori Linguistik Dan Penerapannya Dalam Pendidikan Bahasa” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40:2 Februari hlm. 139-145.

Hashim Haji Musa 1993. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Suatu Huraian Dari Sudut Transformasi Generatif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gale Encyclopedia of Psychology 2001. http:www.findarticles.com

http://www.ifi.unizh.ch/CL/volk/syntaxVorl/Chomsky.html

Nik Safiah Karim 1978. Bahasa Malaysia Syntax Some Aspects Of Its Standardization. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.