3
Anjing Dengan Bayang-bayang Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu. Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang. Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.

Cerita Pendek T2K.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerita Pendek

Citation preview

Page 1: Cerita Pendek T2K.docx

Anjing Dengan Bayang-bayang

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.

Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang. 

Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. 

Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.

Page 2: Cerita Pendek T2K.docx

Sang Gagak Dengan Kendi

Tibalah pada suatu musim yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar untuk mendapatkan air sebagai minuman. Seekor burung gagak terjumpa sebuah kendi yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut kecil dan tinggi. Burung gagak tidak dapat mencapai air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi itu tetapi burung gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah. Burung gagak tetap berusaha dan berfikir.

Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk ke dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik. Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi, dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendi pun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat diminum oleh sang gagak.

Page 3: Cerita Pendek T2K.docx

Semut Dengan Burung Merpati

Pada suatu hari, seekor semut berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. Ѕeperti biasa dia berjalan dengan riang. Tiba-tiba ia terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati.

Semut itu timbul tenggelam dihanyutkan oleh arus sungai. Dia berusaha untuk berenang ke tepi tetapi tidak berhasil sehingga kepenatan.

Kejadian itu disedari oleh seekor burung merpati. Burung merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya.

Lalu burung merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat.

Tidak lama kemudian, sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap berusaha mendekati burung merpati yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari bahaya yang bakal menimpa burung merpati yang baik tersebut. Semut segera berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki sang pemburu.

Pemburu itu kesakitan dan terkejut, lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk menangkap burung. Burung merpati menyadari kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya burung merpati itu pun terbang menyelamatkan dirinya.