Cara menjawab Sains bahagian B.ppt

  • View
    25

  • Download
    11

Embed Size (px)

Text of Cara menjawab Sains bahagian B.ppt

  • BAHAGIAN B(40 markah)

  • Bahagian A

    ( 30 markah )30 soalan ANEKA PILIHAN

    Jawab semua soalan

    Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

  • Bahagian B

    ( 20 markah )4 atau 5 soalan SUBJEKTIF

    Jawab semua soalan

    Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawabsesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

  • 1. MEMBUAT INFERENS2. MENGAWAL PEMBOLEHUBAH3. MEMBUAT HIPOTESIS4. MERAMAL5. MENTAFSIR DATA

  • Bahagian BJenis-jenis Soalan

    Pembolehubah Inferens (sebab/alasan)HipotesisHubunganMaklumatRamalan/AnggarkanTujuanCorak Perubahan/Pola PerubahanPemerhatian/Pemerhatian LainKesimpulan

  • Jawapan Yang Baik

    Jawapan yang baik ialah jawapan yang ringkas, tepat, teratur dan lengkap serta memenuhi kehendak soalan dan peraturan pemarkahan.

  • Memberi satu penerangan (sebab) yang munasabah tentang pemerhatian.Biasanya pengalaman atau pengetahuan lalu (pemerhatian) dijadikan asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut.

  • 1. Soalan Inferens

    Maksud inferens - Nyatakan sebab yang munasabah/logik berdasarkan pemerhatian.

    Contoh jawapanSuhu bertambahKerana suhu bertambahDisebabkan oleh pertambahan suhu yang sangat banyak.

  • 3. Membuat HipotesisPernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak. Hipotesis dibina berdasarkan inferens yang dibuat. Hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.!Elakkan membuat pernyataan hipotesis yang terlalu umum melalui penggunaan perkataan seperti bergantung / mempengaruhi / berkadar terus

  • 2. Soalan Hipotesis

    Maksud hipotesis - Perbandingan di antara dua pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.

    Contoh jawapan

    Eksperimen penyejukan air

    Semakin bertambah masa semakin berkurang suhu. corak perubahan pm corak perubahan pb

    2.Jika bertambah masa maka berkurang suhu corak perubahan pm corak perubahan pb

  • Ringkasan jawapan

    Ada dua cara :

    Semakin........... semakinJika ............... maka

    1.Semakin _____________ ____________ semakin ___________ ____________. corak/pola pm corak/pola pb

    2.Jika _____________ ____________ maka ___________ ____________. corak/pola pm corak/pola pb

  • 3. Soalan Hubungan

    - sama seperti jawapan hipotesis -

  • 4. Soalan Pembolehubah

    i) Pembolehubah yang dimanipulasikan sengaja dikawal oleh orang yang melakukan eksperimen/ujikaji - berbeza

    ii) Pembolehubah bergerakbalas - hasil eksperimen

    iii) Pembolehubah yang dimalarkan - tidak mengganggu keputusan eksperimen - sama

    Syarat Objek tidak boleh berdiri sebagai pembolehubah.Mesti ada parameter/sifat objek saiz batu, berat batu, jenis batu, bilangan batu

    Contoh Jawapan

    1. air jenis air, berat air, isipadu air, warna air, jumlah air

    2. masa dan suhu - tidak memerlukan parameter

  • 5. Soalan Maklumat

    Sama seperti jawapan pembolehubah

    Jawapanpm dan pb sahaja- Jangan jawab pembolehubah malar

    Contoh Jawapan :

    Isipadu air (parameter) (objek)

    2. Ketinggian pokok (parameter) (objek)

  • 6. Ramalan

    Jawapan:Angka / nomborAyat

    Contoh Jawapan :

    1. Angka / nombor20 cm, 50 m, 2 jam

    Ayat- Haiwan S akan bertambah

  • 7. Tujuan

    Jawapan:Untuk mengkaji hubungan antara____________ dengan ________________. pm pb

    Untuk menyiasat hubungan antara _____________ dengan _______________ . pm pb

    Contoh Jawapan :

    Untuk mengkaji hubungan antara masa dengan suhu air pm pb

    Untuk mengkaji hubungan antara kuantiti baja dengan kesuburan pokok. parameter objek parameter objek pm pb (Calon tidak boleh tertinggal satu patah perkataanpun semasa menjawab soalan ini )

  • Corak / Pola Perubahan

    Jawapan :

    Bertambah, menaik, meningkatBerkurang, menurunMendatar, seragam, sama, tidak berubah

  • 9. Pemerhatian/Pemerhatian lain

    Jawapan:

    Nyatakan mengikut kehendak soalan.Jawapan hendaklah berdasarkan apa yang terdapat dalam soalan.

    (Jangan sekali-kali kamu menjawab apa yang kamu tahu)

  • Contoh

    Pemerhatian

    Pokok dalam pasu A lebih subur.Pokok dalam pasu A lebih subur berbanding dalam pasu B.

    Pemerhatian Lain (ciri-ciri) SUBURDaun lebih besarBilangan daun lebih banyakSaiz batang lebih besarPokok lebih tinggi

    TIDAK SUBURDaun lebih kecilBilangan daun lebih sedikitSaiz batang lebih kecilPokok lebih rendah

  • 10. Kesimpulan

    Jawapan :Buat rumusan tentang pemerhatian/keputusan eksperimen yang betul.

    Ada ketika jawapannya sama dengan jawapan hipotesis. Sekiranya hipotesis yang dibuat dapat dibuktikan benar pada akhir eksperimen maka jawapan hipotesis boleh digunakan seb agai kesimpulan bagi eksperimen tersebut.

    3.Jangan guna istilah yang umum seperti mempengaruhi atau bergantung.

    4.Gunakan istilah seperti paling atau paling sesuai.

  • Jawapan Kesimpulan( Rumusan tentang pemerhatian yang betul )

    1.Bentuk fasa Bulan paling besar / penuh pada 15 haribulan / pertengahan bulan .

    2.Saiz fasa Bulan paling kecil pada awal bulan / 5 haribulan dan akhir bulan / 25 haribulan.

    Bentuk fasa Bulan semakin besar sehingga 15 haribulan / pertengahan bulan dan semakin kecil selepas 15 haribulan.

    Pada15 haribulan / pertengahan bulan, Bulan berbentuk sfera/bulat/purnama dan pada awal bulan/5 haribulan dan akhir bulan/25 haribulan (Bulan) berbentuk sabit.

    Tolak jika menerangkan pemerhatian

  • SARANAN KEPADA CALON UPSR SAINS 018Perlu menguasai kemahiran membuat pemerhatian dan inferens serta dapat membezakan antara pemerhatian dengan inferens.

    Perlu memahirkan diri mencari pemerhatian lain.

    Perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti pembolehubah dalam setiap penyiasatan supaya boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan, menyatakan hubungan antara pembolehubah, membuat hipotesis dan membuat kesimpulan.

    Melatih diri menulis parameter bagi setiap pembolehubah yang dikenal pasti.

    Memperbanyakkan latih tubi menggunakan frasa/pernyataan bagi menulis ayat tujuan, hipotesis dan kesimpulan.

    Baca dan fahami kehendak soalan serta kenal pasti kata kunci dan maklumat penting yang terdapat dalam setiap soalan.

    Banyakkan latihan menganalisa data daripada jadual dan rajah.

  • SARANAN KEPADA GURUMelatih pelajar membuat eksperimen serta menggalakkan pelajar-pelajar menulis laporan sendiri dengan menulis tujuan, hipotesis, mengenalpasti pembolehubah yang terlibat, membuat jadual dan kesimpulan.

    Menunjukkan kepada pelajar perbezaan antara pemerhatian dan inferens.

    Memeperbanyakkan latihan mencari pemerhatian lain.

    Memahirkan pelajar mengenalpasti pembolehubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan.

    Menunjukkan kepada pelajar penggunaan pembolehubah yang sama dalam ayat tujuan, hipotesis dan kesimpulan.

    Memeperbanyakkan latihan menganalisa jadual dan rajah.

    Memberi penekanan kepada penggunaan istilah sains yang betul.

    Menggiatkan kerja amali dan aktiviti hands-on. Kerja lapangan/Buku skrap/Kuiz sentiasa dimasukkan dalam kaedah P&P bagi meningkatkan keupayaan minda pelajar-pelajar.

    Memeperbanyakkan latihan-latihan pengukuhan dan pengayaan berdasarkan soalan UPSR yang lepas.

    Penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) hendaklah diterapkan kepada pelajar bermula dari Tahun Empat lagi.

  • Sesungguhnya Tidak Ada Pelajar Merancang Untuk Gagal.Yang Ada Hanyalah Pelajar Yang Gagal Untuk Merancang.HENDAK SERIBU DAYA MAHU SERIBU UPAYA

  • 1. PASTIKAN A SAINS2. PASTIKAN 5A DALAM GENGGAMANWAHAIIIIIIII CALON-CALON UPSR SEKELIAN!!!!!!!

    KAMU MESTI BERJANJI..