3
CABARAN MELAHIRKAN PEMIMPIN GENERASI BARU Faktor paling utama ialah faktor keluarga atau lebih tepat lagi jika penulis katakan faktor ibu bapa, kerana ibu-bapa adalah role model bagi anak-anak. Bagi ibu-bapa yang beragama Islam kadang-kadang kurang menitik beratkan hal ehwal Islam terutamanya Solat, ada ibu bapa yang hanya mementingkan kerjaya daripada Solat. Solat itu tiang agama, namun ada ibu-bapa yang memperlekehkan tiang agama ini, demi kerjaya dan rezeki sedangkan rezeki itu datangnya daripada Allah tuhan seru sekian alam. Ini menyebabkan rezeki yang diperoleh tidak diberkati Allah dan secara automatisnya ia telah menyebabkan anak-anak mereka terpesong, ditambah pula mereka mengabaikan anak-anak mereka demi kerjaya. Paling sedih sekali ada ibu-bapa yang beragama Islam tidak pernah pun sembahyang daripada anaknya kecil hinggalah anaknya meningkat remaja. Tidak hairanlah ramai pelajar di sekolah tempat penulis bertugas tidak tahu cara untuk sembahyang, malah seumur hidup mereka tak pernah sembahyang. Cabarang Baru dalam melahirkan Modal Insan Bermoral juga semakin mencabar apabila ada unsur-unsur baru yang timbul dalam hidup manusia contohnya teknologi. Sebelum penulis pergi lebih jauh, izinkan penulis jelaskan bahawa penulis bukan seorang anti teknologi tetapi penulis berpendapat dengan timbulnya teknologi cabaran untuk melahirkan modal insan bermoral juga menjadi semakin susah, namun kita boleh mengatasinya dengan kita perlu lebih tahu daripada anak-anak kita, jangan jadi ibu-bapa yang hanya tahu tekan suis on/off komputer sahaja dan tidak tahu apa-apa selain itu. Ini memudahkan anak kita menipu kita, maklumlah anak bangsa kita pada zaman sekarang ini lebih cerdik daripada kita, malah mereka lebih tahu daripada kita, pastikan kita tidak ketinggalan dengan mereka ini adalah satu cara untuk melahirkan modal insan yang bermoral dan berakhlak tinggi. Pengaruh luar Peringkat paling sukar sekali ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak mula menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu syahwat serta gaya berpakaian.Inilah peringkat yang penuh pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya membawa pengaruh tidak baik, melekakan, mengkhayalkan, menyeleweng akidah dan akhirnya merosakkan akhlak hingga menyebabkan jenayah remaja. Pembangunan sosioekonomi yang berlaku begitu pesat, minda, ketahanan iman dan jati diri mudah tergugat akibat pengaruh pemikiran yang diimport, budaya serta nilai luaran mencemari seterusnya menghakis nilai Islam. Kemewahan cemar budaya Kemewahan dan kebendaan daripada kekayaan yang dinikmati hasil usaha pembangunan ekonomi sedikit demi sedikit mula menghakis dan mencemari budaya kita. Akhirnya ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti jenayah, lepak, pengangguran dan maksiat. Wajarkah kita menyalahkan ibu bapa jika anak tersalah pilih kawan yang mempengaruhi dirinya bertindak di luar batasan. Sukar untuk menangani isu ini kerana tidak tahu ke mana jari hendak dituding. Bagaimanapun, sedikit sebanyak, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab jika anak terjebak dalam perkara menyalahi undang-undang serta ajaran agama. Sikap tidak mahu bertegas atau memberi perhatian terhadap perkembangan anak boleh menyebabkan mereka tersalah langkah. Bina keluarga berpandu ajaran agama Islam memberi penekanan kepada kepentingan membina keluarga yang sejahtera berpandukan ajaran agama kerana jika ibu bapa mampu menanam keimanan jitu, anak akan dapat membezakan yang baik dengan buruk. Justeru, ibu bapa tidak boleh beranggapan apabila anak sudah dewasa, mereka boleh dibiarkan menentukan cara hidup. Ibu bapa masih perlu memberi pandangan serta panduan terutama apabila melihat anak mula tersasar daripada jalan yang benar. LANGKAH MELAHIRKAN

Cabaran Melahirkan Pemimpin Generasi Baru

  • Upload
    may-win

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah Paper 3

Citation preview

Page 1: Cabaran Melahirkan Pemimpin Generasi Baru

CABARAN MELAHIRKAN PEMIMPIN GENERASI BARU

Faktor paling utama ialah faktor keluarga atau lebih tepat lagi jika penulis katakan faktor ibu bapa, kerana

ibu-bapa adalah role model bagi anak-anak. Bagi ibu-bapa yang beragama Islam kadang-kadang kurang

menitik beratkan hal ehwal Islam terutamanya Solat, ada ibu bapa yang hanya mementingkan kerjaya

daripada Solat.

Solat itu tiang agama, namun ada ibu-bapa yang memperlekehkan tiang agama ini, demi kerjaya dan rezeki

sedangkan rezeki itu datangnya daripada Allah tuhan seru sekian alam. Ini menyebabkan rezeki yang

diperoleh tidak diberkati Allah dan secara automatisnya ia telah menyebabkan anak-anak mereka terpesong,

ditambah pula mereka mengabaikan anak-anak mereka demi kerjaya.

Paling sedih sekali ada ibu-bapa yang beragama Islam tidak pernah pun sembahyang daripada anaknya kecil

hinggalah anaknya meningkat remaja. Tidak hairanlah ramai pelajar di sekolah tempat penulis bertugas tidak

tahu cara untuk sembahyang, malah seumur hidup mereka tak pernah sembahyang.

Cabarang Baru dalam melahirkan Modal Insan Bermoral juga semakin mencabar apabila ada unsur-unsur

baru yang timbul dalam hidup manusia contohnya teknologi. Sebelum penulis pergi lebih jauh, izinkan

penulis jelaskan bahawa penulis bukan seorang anti teknologi tetapi penulis berpendapat dengan timbulnya

teknologi cabaran untuk melahirkan modal insan bermoral juga menjadi semakin susah, namun kita boleh

mengatasinya dengan kita perlu lebih tahu daripada anak-anak kita, jangan jadi ibu-bapa yang hanya tahu

tekan suis on/off komputer sahaja dan tidak tahu apa-apa selain itu.

Ini memudahkan anak kita menipu kita, maklumlah anak bangsa kita pada zaman sekarang ini lebih cerdik

daripada kita, malah mereka lebih tahu daripada kita, pastikan kita tidak ketinggalan dengan mereka ini

adalah satu cara untuk melahirkan modal insan yang bermoral dan berakhlak tinggi.

Pengaruh luar

Peringkat paling sukar sekali ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila

anak mula menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu

syahwat serta gaya berpakaian.Inilah peringkat yang penuh pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang

kebanyakannya membawa pengaruh tidak baik, melekakan, mengkhayalkan, menyeleweng akidah dan

akhirnya merosakkan akhlak hingga menyebabkan jenayah remaja. Pembangunan sosioekonomi yang

berlaku begitu pesat, minda, ketahanan iman dan jati diri mudah tergugat akibat pengaruh pemikiran yang

diimport, budaya serta nilai luaran mencemari seterusnya menghakis nilai Islam.

Kemewahan cemar budaya

Kemewahan dan kebendaan daripada kekayaan yang dinikmati hasil usaha pembangunan ekonomi sedikit

demi sedikit mula menghakis dan mencemari budaya kita.

Akhirnya ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak

dalam penagihan dadah, aktiviti jenayah, lepak, pengangguran dan maksiat.

Wajarkah kita menyalahkan ibu bapa jika anak tersalah pilih kawan yang mempengaruhi dirinya bertindak

di luar batasan. Sukar untuk menangani isu ini kerana tidak tahu ke mana jari hendak dituding.

Bagaimanapun, sedikit sebanyak, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab jika anak terjebak dalam perkara

menyalahi undang-undang serta ajaran agama.

Sikap tidak mahu bertegas atau memberi perhatian terhadap perkembangan anak boleh menyebabkan

mereka tersalah langkah.

Bina keluarga berpandu ajaran agama

Islam memberi penekanan kepada kepentingan membina keluarga yang sejahtera berpandukan ajaran agama

kerana jika ibu bapa mampu menanam keimanan jitu, anak akan dapat membezakan yang baik dengan

buruk.

Justeru, ibu bapa tidak boleh beranggapan apabila anak sudah dewasa, mereka boleh dibiarkan menentukan

cara hidup. Ibu bapa masih perlu memberi pandangan serta panduan terutama apabila melihat anak mula

tersasar daripada jalan yang benar.

LANGKAH MELAHIRKAN

Page 2: Cabaran Melahirkan Pemimpin Generasi Baru

Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut

Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang

bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih

dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka

mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak

mereka dalam amalan membaca keranake mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca

perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebung”. Banyak membaca

luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada anak atas sesuatu

kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan

onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur,

“Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.” Tegasnya ibu bapa perlu berusaha

membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.

Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika

tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri

dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat

bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima

ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat

sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk

menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati

diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak

membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang

wawasan 2020.

Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang

signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan

pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan

statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara

kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa

ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang

berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka.

Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak

langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu

bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.

Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki badan

yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjaga

kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perlu

dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini

merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjaga

kebersihan dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan

dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan

penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat kental dan

waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak

sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.

Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin

yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin

yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan

bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak

sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan

mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan

kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, “Anda memerlukan sebanyak mungkin

pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda.” Justeru, guru sebagai penasihat harus

membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, “bumi

mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri

Page 3: Cabaran Melahirkan Pemimpin Generasi Baru

mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah

dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk

membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.

Kecemerlangan dari aspek akademik merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja

yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untukmenjanakan kecemerlangan tamadun bangsa.

Sehubungan dengan itu, remaja kita perluproaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga

menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti

membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif

merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik Rakyat sihat, negara maju dan akan menjauhi

gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja

sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu, remaja

tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan

hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak

memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental

untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki

kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi,

duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita

patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan,

beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis

dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Remaja kita harus

sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-

galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan. Remaja yang sihat dan

mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Selain itu, remaja yang berkualiti juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita

harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya.

Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi

modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan

pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial,

misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma

untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal

imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus

bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkanmasyarakat sakinah dan

madani pada suatu hari nanti.

Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu kegemilangan negara.

Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru

dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang

gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu,

remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.

Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan

impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong

dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,

kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-

awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.