15
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN SEMESTER 1 2014/2015 SET 7 LAPORAN AKHIR PROGRAM: EKSPLORASI KEUSAHAWANAN SITI KHADIJAH BERSAMA KELAB KEUSAHAWANAN PENSYARAH: ZAINI EMBONG DISEDIAKAN OLEH: NUR AMALINA BINTI ABD HALIM A143154

ifolio.ukm.my · Web viewMisi program ini ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berketerampilan, berwawasan tinggi dan mampu mendukung aspirasi wawasan negara yang mahu

  • Upload
    vucong

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

SEMESTER 1 2014/2015

SET 7

LAPORAN AKHIR

PROGRAM:

EKSPLORASI KEUSAHAWANAN SITI KHADIJAH BERSAMA KELAB

KEUSAHAWANAN

PENSYARAH: ZAINI EMBONG

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AMALINA BINTI ABD HALIM A143154

REFLEKSI PROJEK

Eksplorasi Keusahawanan Siti Khadijah ini diambil bersempena nama Pasar Siti Khadijah yang merupakan sebuah pasar yang sangat ikonik dan unik untuk diterokai oleh Kelab keusahawanan Kolej Ibrahim Yaakub.Kira-kira 80 peratus majoriti peniaga di pasar berkenaan terdiri daripada golongan wanita.Maka, dari situasi sedemikian, ahli kelab keusahawanan telah mempelajari dan mengambil pengalaman atas dasar apakah yang mampu mendorong mereka, terutamanya kaum hawa mampu maju dan bergerak seiringan dengan kaum adam dalam suasana ekonomi negara yang penuh dengan cabaran.

Misi program ini ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berketerampilan, berwawasan tinggi dan mampu mendukung aspirasi wawasan negara yang mahu menuju kearah negara yang berpendapatan kapita tinggi menjelang 2020.Seiring dengan arus permodenan yang serba maju, program ini secara relatifnya mahu mempraktikkan elemen sahsiah diri setiap pelajar dalam bersosial agar kemajuan negara dituruti dengan kemajuan dalam sahsiah pelajar itu sendiri.Program Eksplorasi ini merupakan anjuran Majlis Eksekutif Keusahawanan (MEP) Kolej Ibrahim Yaakub bersama ahli-ahli kelab keusahawanan yang lain.Maka, program ini menjadi platform bagi para pelajar khususnya warga kolej dalam mengasah bakat kerja individu dan berkumpulan serta kemahiran komunikasi dengan pihak luar.

Aktiviti yang ingin ditonjolkan di dalam program ini sebenarnya adalah melalui aktiviti dokumentasi, iaitu salah satu aktiviti yang diyakini mampu mengasah bakat mahasiswa atau mahasisiwi UKM untuk berkomunikasi dengan masyarakat dengan lebih baik dan diselitkan asas-asas keharmonian disamping mempertajamkan kemahiran teknologi.Kemahiran teknologi amat dititikberatkan pada era kini kerana kita sudah tidak lagi menggunakan sistem manual, tetapi kita menggunakan teknologi yang semakin berubah setiap masa.Selain itu, aktiviti ini secara relatifnya mendekatkan tali hubungan silaturahim antara mahasiswa/i dengan masyarakat.Ini selari dengan “Red Umbrella” yang dicanangkan oleh Naib Canselor UKM yang mahu kita menjadi mahasiswa yang berinovatif yang berdaya saing di peringkat Kebangsaan mahupun global.3

Melalui pengalaman yang diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, ahli kelab mendapat manfaat yang menjadi bonus apabila menceburi alam pekerjaan kelak selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.Ini kerana kemahiran ini amat diperlukan pada saat ini memandangkan proses globalisasi yang berkembang dengan pantas.Program yang bertemakan “Keusahawanan Tunggak Pencapaian Wawasan 2020” ini telah diadakan pada 27 November 2014 – 30 November 2014 di Pantai Cahaya Bulan Resort (PCB) dan Pasar Siti Khadijah.Program ini telah dipenuhi dengan slot yang menarik dan telah memberikan pengalaman yang berharga kepada semua ahli kelab Keusahawanan dimana ianya mempunyai unsur keterampilan diri, keusahawanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

REFLEKSI DIRI

Sepanjang program Eksplorasi Keusahawanan Siti Khadijah ini dijalankan, saya diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Eksekutif Protokol.Pada hari Sabtu 29 November 2014, telah berlangsungnya majlis penutupan program dengan pemberian ucapan oleh ketua program, felo pengiring dan pengetua KIY.Oleh itu, sebelum program dilaksanakan, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan teks ucapan mereka bagi majlis penutupan tersebut.Semasa proses menyediakan teks ucapan tersebut, secara tidak langsung saya telah mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.Pengalaman dalam menyediakan teks ucapan rasmi tidak pernah saya lalui sebelum ini.Justeru, saya mengalami sedikit kesukaran untuk menyediakan teks tersebut.

Namun, saya telah bertindak menyelesaikan masalah ini dengan meminta bantuan daripada ahli kelab lain yang lebih berpengalaman dalam penulisan teks ucapan menggunakan format yang betul dan bahasa yang menarik.Hasil bantuan rakan yang lain, saya mampu menyiapkan teks ucapan tersebut.Begitu juga sebaliknya apabila ahli kelab yang lain mengalami kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka, kami akan turut menghulurkan bantuan tanpa mengambil kira perbezaan bangsa ataupun agama.Maka, melalui pengalaman itu saya mempelajari bahawa kerjasama dalam sebuah organisasi itu amatlah penting.Kami saling bantu-membantu dan melengkapi antara satu sama lain sebagai sebuah pasukan.

Pada amnya, kepimpinan adalah seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian sasaran organisasi.Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan membelakanginya sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai sasaran organisasi.Manakala, secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Program ini tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya nilai kepimpinan dan sikap mahu bekerja sebagai satu kumpulan itu tidak wujud dalam diri setiap ahli kelab.Justeru, apa yang saya pelajari adalah kepimpinan itu tidak bererti kita wajib memimpin sesebuah organisasi terlebih dahulu untuk menganggap diri kita pemimpin.Namun, kepimpinan yang sebenarnya adalah apabila kita berjaya memimpin diri kita sendiri.Didalam program ini,elemen kepimpinan itu dapat ditonjolkan iaitu ketika proses pelaksanaan dokumentasi di pasar Siti Khadijah dimana setiap kumpulan kecil yang dianggotai oleh 7-8 orang ahli dibentuk dengan dipimpin oleh

seorang ketua bagi memudahkan urusan pendokumentasian.Saya juga merupakan salah seorang daripada fasilitator yang dilantik.Selain itu, menerusi LDK sampingan seperti mini eksplorace, pertandingan bina kapal terbang kertas, tarik tali paling panjang tanpa putus serta persembahan kebudayaan telah menerapkan sikap kerja berpasukan dalam diri kami.Misalnya, LDK tarik tali rafia paling panjang tanpa putus telah menerapkan unsur kerjasama di antara ahli pasukan dimana mereka perlu berkomunikasi dan membantu antara satu sama lain.Selain itu, nilai kerja secara berpasukan itu dapat dilihat menerusi sesi pengeditan video dokumentari.Dimana, ketika sesi pengeditan dijalankan kerjasama, bantu-membantu dan tolak ansur dalam kalangan ahli kumpulan sangat tinggi. Kami berkongsi kepakaran masing-masing dalam menghasilkan sebuah video dimana ada ahli yang mahir menggunakan software mengedit video, ada yang menyumbangkan idea dan ada yang membantu mengumpulkan maklumat.Tanpa sikap kerjasama yang baik di dalam satu kumpulan pasti sukar untuk kami menyiapkan video dokumentari tersebut.

Oleh itu, sepanjang program Eksplorasi Keusahawanan Pasar Siti Khadijah ini dijalankan, saya telah mempelajari banyak perkara yang positif antaranya semakin pandai bergaul dalam masyarakat sosial dan mampu berkomunikasi dengan lebih baik.Perkara yang paling penting adalah kini saya semakin yakin bahawa jika diberikan tanggungjawab untuk memimpin sesebuah organisasi, saya mampu untuk melaksanakannya dengan baik.Saya juga turut bersikap lebih terbuka dalam memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi di dalam sesebuah pasukan atau kumpulan.Saya menyedari bahawa kerja secara berpasukan dan kerja dalam kumpulan itu adalah sesuatu perkara yang berbeza.Justeru, saya akan terus mempelajari nilai-nilai kepimpinan dan kerja berpasukan supaya saya dapat mengaplikasikannya ketika menceburkan diri di alam pekerjaan pada masa akan datang.

LAMPIRAN

Surat kelulusan

Foto diambil sebelum bertolak ke Kelantan, peserta diberi taklimat ringkas

Perbincangan didalam kumpulan ketika LDK dijalankan

Suasana ketika LDK (membina kapal terbang kertas) dilakukan

Suasana ketika LDK (menarik tali paling panjang tanpa putus)

Suasana di dalam Pasar Siti Khadijah tempat dimana aktiviti dokumentasi dilakukan

Foto ketika sesi menebual peniaga di Pasar Siti Khadijah

Penyerahan cenderamata kepada peniaga yang sudi ditemubual

Persembahan lakonan pada malam kebudayaan

Persembahan acapella

Proses pengeditan video

Persembahan video dokumentasi

Majlis penutupan program, ucapan oleh Felo pengiring KIY

Ahli Kelab Keusahawanan KIY bergambar kenangan di PCB’S Resort sebelum bertolak pulang ke UKM.