Upload
others
View
31
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 1
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 1
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PRAKATA 2
2.0 POLISI PERKHIDMATAN 5
3.0 PERMOHONAN UJIAN 10
4.0 UJIAN AM DITAWARKAN 19
5.0 UJIAN DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM 24
6.0 UJIAN DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR 24
7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR) 25
Lampiran 1:Borang Permohonan Ujian Am 26
Lampiran 2: Borang Permohonan Ujian Kecemasan 27
Lampiran 3: Borang Permohonan Ujian Metabolik HUSM 28
Lampiran 4: Borang Permohonan Spesimen Patologi IMR 29
Lampiran 5: Borang Permohonan Ujian IEM (IMR) 30
Lampiran 6: Borang Permohonan Ujian Multiple Myeloma (IMR) 32
Lampiran 7: Borang Permohonan KKM 33
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 2
PRAKATA
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana buku panduan ini dapat disediakan untuk
meningkatkan kualiti makmal kepada pelanggan. Objektif utama buku panduan ini adalah untuk
memberi maklumat serta polisi-polisi jabatan mengenai ujian-ujian yang dijalankan di Makmal
Patologi Kimia. Diharap dengan adanya buku panduan ini, mutu perkhidmatan makmal dapat
dipertingkatkan ke mercu dunia selari dengan misi pencapaian bertaraf APEX.
Bagi pihak jabatan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih terutama kepada semua
kakitangan Patologi Kimia yang bertungkus lumus dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga
buku panduan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua.
Sekian terima kasih
PROFESSOR MADYA DR. JULIA OMAR
Ketua Jabatan Jabatan Patologi Kimia 1 Januari 2019
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 3
1.0 PENGENALAN
Makmal Patologi Kimia merupakan sebuah makmal yang dilengkapi dengan peralatan diagnostik
dan mempunyai sistem komputeran sepenuhnya yang menawarkan pelbagai ujian biokimia
samada kuantitatif mahupun kualitatif. Keputusan ujian yang dilaporkan telah melalui kawalan
mutu dalaman dan skim kawalan mutu luaran. Peranan ini dimainkan oleh satu pasukan yang
terdiri dari Pakar Patologi Kimia, Pensyarah, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan,
Pembantu Makmal dan staf sokongan yang berupaya menghasilkan satu perkhimatan diagnostik
makmal yang mantap dan berkualiti. Makmal ini telah mendapat akreditasi MS ISO 15189:2007
mulai tahun 2010
1.1 PENUNJUK KUALITI
1. Menerima dan menganalisa setiap permintaan ujian SEGERA 24 jam sehari termasuk
hari cuti serta mengeluarkan keputusannya kepada wad/unit yang memesan dalam
tempoh masa 1 jam daripada waktu makmal menerima spesimen.
Nota: Pemantauan Objektif Kualiti mestilah mencapai 80% dan keatas.
2. Tahap kejituan kawalan mutu analit glukosa (CV analitikal) tidak melebihi 2.3 %
Nota: Pemantauan CV secara bulanan
3. Peratus penolakan tidak melebihi 0.5%
Nota: Pemantauan peratus penolakan secara bulanan
1.2 PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk:
1. Memproses dan menganalisakan semua spesimen yang diterima dengan baik untuk
mengeluarkan keputusan yang tepat, jitu dan boleh dipercayai dalam jangkamasa yang
ditetapkan.
2. Mengamalkan carakerja yang selamat yang tidak membahayakan kakitangan, pesakit,
orang awam serta persekitaran.
3. Mengamalkan satu sistem pentadbiran berkomputer yang berkesan untuk mengwujudkan
perkhidmatan diagnostik makmal yang cekap, cepat, tepat dan mesra.
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 4
1.3 LOKASI
Makmal Patologi Kimia terletak di aras bawah blok 218 bangunan Hospital USM
1.4 PERHUBUNGAN
Lokasi Nombor telefon
Ketua Jabatan 09-767 6500
Pejabat Pentadbiran Jabatan 09-767 6504
Kaunter Penerimaan Spesimen 09-767 4014
Seksyen Diagnostik Am & Penanda Tumor 09-767 4014
Seksyen Urin & Stool 09-767 6492
Unit Metabolik 09-767 6472
Bilik Pegawai Sains 09-767 4012
Bilik JTMP Kanan 09-767 6508
Makmal Pesakit Luar (OPD) 09-767 4025
Faks 09-765 3370
Website : www.medic.usm.my/chempath/
Nota: Sebarang maklumbalas/aduan pelanggan sila berhubung dengan nombor tertera diatas
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 5
2.0 POLISI PERKHIDMATAN
2.1 WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu pejabat: Ahad – Rabu dari 8:10 pagi – 4:55 petang Khamis dari 8:10 pagi – 4:40 petang Selepas waktu pejabat : Ahad – Rabu dari 4.55 petang – 8.10 pagi Khamis dari 4.40 petang – 8.10 pagi Hari minggu & cuti umum dari 8.00 pagi – 8.00 pagi (24 Jam)
2.2 PENGURUSAN SPESIMEN
Spesimen adalah darah/urin/cecair tubuh lain yang dihantar ke makmal oleh wad/klinik Hospital
USM, hospital kerajaan atau swasta untuk penganalisaan. Kriteria penerimaan dan penolakan
spesimen dalam keadaan berikut:
Spesimen sumber haiwan
Makmal tidak akan menerima spesimen dari sumber haiwan.
Projek penyelidikan dan clinical trials
Spesimen projek penyelidikan akan diterima setelah mendapat kelulusan jabatan dan
tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian mengikut kadar yang telah ditetapkan. Sila
rujuk makmal untuk kadar kos ujian.
Permohonan terus oleh staf
Kakitangan USM yang ingin menjalani ujian makmal mesti melalui Klinik Rawatan
Keluarga (KRK).
Permohonan dari luar dan USAINS
Permohonan dari pihak luar USM dan sayap korporat USM (USAINS) boleh diterima dan
tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian selepas laporan dikeluarkan.
Ujian dihantar ke Makmal Luar
Kami sedia menerima spesimen bagi ujian biokimia yang tidak dijalankan dimakmal.
Spesimen tersebut akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada Makmal Luar.
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 6
2.3 JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Ujian Diagnostik Am : Ujian diagnostik am yang ditawarkan 24jam dan disiapkan di dalam tempoh 6 jam selepas penerimaan spesimen.
Ujian Makmal Pesakit Luar : Ujian diagnostik am yang ditawarkan semasa hari bekerja dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ujian Diagnostik Khas : Ujian diagnostik bukan harian yang dilakukan pada tempoh masa 5 hari bekerja.
Ujian Segera/STAT : Ujian diagnostik yang ditawarkan 24 jam sehari dan perlu disiapkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh objektif kualiti Polisi Perkhidmatan Diagnostik Makmal Patologi Kimia.
2.4 TEMPOH MELAPOR KEPUTUSAN UJIAN (TURN AROUND TIME - TAT)
Penerimaan, penganalisaan dan pengeluaran keputusan ujian adalah dalam tempoh masa dari
waktu makmal menerima spesimen. Berikut adalah TAT:
Ujian segera/STAT/OPD 1 jam
Ujian diagnostic am 5 jam
Ujian urin/stool 6 jam (waktu pejabat : 8 pagi – 4 petang) 24 jam (selepas waktu pejabat/hari minggu)
Ujian IEM 7 hari bekerja
Ujian diagnostic khas 5 hari bekerja
Ujian Protein Electrophoresis 1 bulan
Ujian Makmal Luar Tertakluk kepada TAT Makmal Luar berkenaan
Nota:
Surat makluman penangguhan ujian akan dikeluarkan kepada pelanggan sekiranya berlaku
masalah seperti kerosakan alat, kehabisan reagen dan sistem LIS
2.5 PINDAAN PESANAN
• Pembatalan ujian boleh dilakukan dengan menghubungi kakitangan makmal
(sambungan 4014/ 6498) dengan menyertakan nama dan jawatan pemaklum.
• Penambahan ujian yang dipohon TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 7
2.6 PENGURUSAN KEPUTUSAN UJIAN
2.6.1 Nilai panik
Nilai panik atau kritikal adalah keputusan ujian yang tersasar dari julat rujukan dan
membahayakan pesakit perhatian serta memerlukan tindakan segera oleh perawat. Semua
keputusan ujian yang tergolong dalam nilai ini akan dimaklumkan dengan kadar segera kepada
pemohon ujian melalui telefon. Maklumat penerima (Nama dan No.staf) perlu dicatatkan oleh
pihak makmal.
Nota : Nilai panik akan diberitahu berdasarkan LOKASI permohonan pesakit di dalam sistem LIS
2.6.2 Pindaan Keputusan Ujian
Sebarang pindaan (pembetulan atau perubahan) ke atas keputusan yang telah dilaporkan, akan
dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon.
2.6.3 Jaminan Kerahsiaan
Semua keputusan makmal dikategorikan sebagai maklumat SULIT. Sebarang pemakluman
melalui telefon hanya boleh disampaikan kepada jururawat/doktor yang merawat pesakit
tersebut sahaja.
2.7 PENOLAKAN PESANAN
Bagi menjamin keputusan ujian yang dikeluarkan tanpa sebarang keraguan, kami akan menolak
pesanan jika:
- Terdapat kesilapan dalam proses pendaftaran pesanan
Tidak mendaftar pesanan melalui sistem LIS
Tidak menyertakan borang permohonan seperti ditetapkan
Tidak mengisi maklumat pada LIS/ borang pesanan dengan lengkap.
* Setiap borang wajib mempunyai nama dan RN pesakit
- Tidak menepati prosedur
Menggunakan borang yang salah bagi ujian yang memerlukan borang
Memohon ujian yang tidak ditawarkan
Memohon serentak ujian yang sama pada suatu masa
Tidak menyertakan spesimen
Menyertakan spesimen tetapi tidak mencukupi
Ujian troponin T tidak dipohon melalui konsultan
Ujian Ca125 dipohon untuk pesakit lelaki
Ujian PSA dipohon untuk pesakit wanita
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 8
- Integriti spesimen diragui
Menggunakan jenis spesimen yang salah
Menggunakan bekas spesimen yang salah
Penghantaran spesimen tertentu tidak menepati kaedah seperti spesimen gas
darah(ABG), ammonia dan lactate tidak didinginkan
Sampel beku (clotted)
Sampel ‘hemolyzed’
- Maklumat pesakit dan pelabelan diragui
Maklumat pada LIS/ borang dan label bekas spesimen tidak sepadan
Tiada dicatat nama/RN
- Memudaratkan keselamatan
Tidak menggunakan bekas plastik khas yang mengasingkan spesimen /borang
Bekas yang digunakan bocor atau tiris
Borang atau bekas tercemar oleh specimen
- Lain-lain
Salah destinasi makmal
Ujian tidak ditawarkan
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 9
2.8 LAPORAN MAKMAL
Bil Seksyen Kumpulan Ujian Cara pelaporan
1. Diagnostik Am • RFT • LFT • Lipid Profile • Cardiac Enzyme • Glucose • Blood Gas • Billirubin • Magnesium • CKMB • Ammonia & Lactate • Troponin- T
LIS
2. Diagnostik Khas • CEA • PSA • CA125 • Iron /TIBC
LIS
• Serum Protein Electrophoresis Laporan bertulis/LIS
3. Urin & Stool • Serum & Urin Osmolarity • Urine Spot Test (Qualitative & Quantitative) • Urine 24 Hours • Stool Qualitative Test
LIS
4. Inborn Error of Metabolism (IEM)
Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan Seksyen IEM.
Laporan bertulis/LIS
5. Ujian Makmal Luar/ Rujukan
Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan makmal luar.
Laporan Bertulis/LIS /e-mail* ( [email protected] )
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 10
3.0 PERMOHONAN UJIAN
Kualiti keputusan ujian biokimia sangat bergantung kepada mutu spesimen yang diterima oleh
pihak makmal. Persediaan sebelum pungutan spesimen (penyediaan pesakit), semasa pungutan
dan penghantaran spesimen menjadi faktor penentu mutu spesimen bagi menghasilkan
keputusan ujian yang tepat.
3.1 PROSEDUR PERMOHONAN UJIAN
Semua permohonan ujian menggunakan sistem HIS-LIS Makmal Patologi Kimia Hospital USM
dan hanya ujian-ujian di bawah masih memerlukan borang:
• Gas darah
• Semua ujian yang melibatkan spesimen urine & stool & body fluid
• Serum dan urine osmolality
• Ujian Khas (Protein Electrophoresis) Ujian Inborn Error of Metabolism (Unit Metabolik)
• Agensi luar; IMR, HKL dsb.
Terdapat 3 jenis borang permohonan ujian Patologi Kimia (dalaman) iaitu:
• Borang permohonan ujian am (Lampiran 1)
• Borang permohonan ujian kecemasan (Lampiran 2)
• Borang permohonan ujian metabolik HUSM (Lampiran 3)
Disamping itu terdapat 4 jenis borang Makmal Luar bagi ujian yang tidak ditawarkan di Makmal
Patologi Kimia iaitu:
• Borang permohonan ujian biokimia (IMR) (Lampiran 4)
• Borang permohonan ujian metabolik (IEM) (IMR) (Lampiran 5)
• Borang permohonan ujian Multiple Myeloma (IMR) (Lampiran 6)
• Borang permohonan ujian biokimia (HKL) (Lampiran 7)
Untuk kegunaan borang & LIS, maklumat seperti di bawah perlu dilengkapi
• Nama pesakit
• Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan
• Jantina
• Umur
• Ringkasan klinikal
• Tarikh dan masa pungutan spesimen
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 11
• Wad/Klinik/Hospital/Pusat Kesihatan
• Tandatangan doktor (borang sahaja)
• Ujian yang dipesan *
* Ujian yang dipesan boleh secara profil (panel) seperti renal profile, liver function tests, blood
sugar, cardiac enzymes dan lipid profile serta juga secara ujian individu seperti dalam senarai
ujian yang ditawarkan (muka surat 19 – 23). Pesanan akan ditolak jika maklumat pada borang
dan/atau bekas spesimen tidak lengkap atau salah.
Semua permohonan ujian melalui LIS WAJIB didaftarkan di lokasi pesakit berada.
3.2 TATACARA PERMOHONAN UJIAN SEGERA
Keutamaan akan diberi kepada pesanan dan spesimen yang digolongkan sebagai SEGERA Sila
rujuk 4.1 senarai ujian SEGERA. Semua ujian SEGERA harus dimaklumkan kepada makmal
melalui telefon. Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:
Telefon sambungan 4014 maklumkan nama pesakit, RN, wad/klinik dan ujian yang
dipesan.
Pungut dan hantar spesimen dengan SEGERA.
Ujian segera yang tidak dimaklumkan melalui telefon dianggap sebagai RUTIN
Nota : Untuk ujian Troponin T,dan ujian yang tidak disenaraikan, pemohon hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Konsultan Makmal sebelum penghantaran spesimen
3.3 PERSEDIAAN SEBELUM PENGAMBILAN SPESIMEN
Terdapat beberapa faktor variasi yang mempengaruhi keputusan ujian semasa pengambilan
spesimen. Variasi-variasi ini terbahagi kepada pelbagai termasuk pengambilan makanan, postur
badan, ketegangan (stress) dan lain-lain lagi. Prosedur pengambilan spesimen harus mengambil
kira variasi-variasi ini. Contonnya, ujian Glucose dan Lipid pesakit harus berpuasa selama 8 -12
jam. Pengambilan ubat dibenarkan dengan segelas air kosong.
Langkah berikut adalah perlu sebelum pungutan dilakukan
Pastikan pesakit yang betul dengan bertanya nama atau periksa identiti (nama/RN)
yang terdapat pada pesakit.
Rehatkan pesakit secukupnya sebelum pengambilan darah dilakukan terutama ujian
bagi analit yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti lasak dan senaman seperti Creatine
kinase (CK).
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 12
Amalkan teknik aseptik semasa pungutan bagi mengelak sebarang jangkitan kepada
pesakit dan spesimen dicemari oleh mikroorganisma.
Untuk ujian urin, berikan arahan yang jelas kepada pesakit berkenaan langkah-
langkah pungutan spesimen urin yang betul.
3.4 PERLABELAN DAN TAG
Labelkan bekas specimen sebelum pungutan dilakukan di sebelah pesakit. Label mestilah
dibuat dengan jelas dan lengkap dengan maklumat berikut:
i. Nama pesakit
ii. Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan
iii. Tarikh dan masa pungutan
iv. Wad/Klinik/Hospital
v. Ujian yang dipesan
3.5 PUNGUTAN SPESIMEN
Jenis spesimen dan bekas yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ujian yang dipohon.
Isipadu yang dipungut juga harus mencukupi dengan keperluan setiap ujian.
3.5.1 Pungutan Darah
Kebanyakan ujian biokimia dilakukan pada plasma (ada antikoagulan), serum atau darah utuh
berantikoagulan (ujian ABG).
Tatacara
a. Pilih salur darah yang sesuai dengan ujian yang dipohon. Kebanyakan ujian biokimia
menggunakan darah vena. Darah arteri cuma diambil untuk ujian Arterial Blood Gases
(ABG).
b. Elakkan kesilapan memilih kedudukan venapuntur kerana ia boleh mempengaruhi
keputusan ujian. Oleh itu cuba jauhi daripada:
i. menggunakan lengan sebelah mastectomy
ii. kawasan terdapat edema dan atau haematoma
iii. lengan yang sedang ditransfusi darah atau cairan IV
iv. lengan berfistula atau graf vaskular
v. bahagian atas kanula IV
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 13
c. Sapukan alkohol (70%) pada kulit di kawasan venapuntur dan pastikan ia kering sebelum
jarum ditusuk bagi mengelakkan kemungkinan lisis sel darah yang boleh mempengaruhi
keputusan.
d. Elakkan stasis vena yang berpanjangan dengan membebaskan tourniquet sebaik sahaja
jarum menusuk vena. Stasis vena yang berpanjangan mengakibatkan peningkatan
kepada aras beberapa analyte/keputusan ujian seperti Protein, Cholesterol, Calcium dan
hormon.
e. Lakukan dengan cermat bagi mengelak hemolisis dan trauma kepada tisu sekeliling yang
boleh meningkatkan aras Potassium, LDH, CK dan AST.
f. Pindahkan darah ke dalam tiub yang bersesuaian (Gambar 1) memenuhi bekas sehingga
tanda pada tiub. Ini adalah untuk memastikan nisbah darah : antikoagulan yang betul
dicapai.
Tiub gel separator
Tiub lithium heparin Tiub NAF Oxalate
Gambar 1: Jenis tiub darah
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 14
g. Jika lebih daripada satu jenis spesimen darah diperlukan, pindahkan darah ke dalam
bekas seperti aturan di bawah mengikut “Order Of Draw”. Ini bertujuan bagi
meminimakan kemungkinan kesalahan pra-analitikal akibat kontiminasi silang untuk
additives.
h. Sebatikan dengan cermat bekas spesimen berantikoagulan 6 – 10 kali sebaik sahaja
selepas spesimen dimasukkan. Biarkan darah dalam tiub plain membeku pada suhu bilik.
i. Untuk ujian ABG pungut darah arteri ke dalam picagari berheparin dan pastikan tiada
sebarang gelembung udara terperangkap di dalam picagari. Tutup kemas picagari pada
bahagian terbuka bagi mengelakkan darah terdedah kepada udara. Label dengan jelas
dan rendamkan picagari dalam air berais
j. Buang bahan dari pengutipan spesimen kedalam Sharp Bin/ Biohazard bin
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 15
3.5.2 Pungutan urin
Kebanyakan penaksiran biokimia urin, pungutan spesimen bertempoh seperti 24 jam sering
digunakan. Maklumat masa pungutan hendaklah dicatatkan dalam borang permohonan ujian.
Pungutan urin ini harus dilakukan dengan pemantauan yang tinggi. Berikan arahan cukup jelas
kepada pesakit berkenaan masa pengosongan pundi kencing (urin perlu dibuang) dan masa
pungutan terakhir (urin mesti pungut). Arahkan pesakit memungut semua urin (termasuk semasa
buang air kecil mahupun buang air besar) sepanjang tempoh pungutan. Arahan ini amat penting
terutama bagi pungutan urin bertempoh singkat kerana ia memberi kesan yang besar jika
terdapat urin tidak dipungut.
Pastikan terdapat pengawet di dalam bekas pada permulaan pungutan bagi penaksiran analyte
yang memerlukan bahan tersebut. Pengawet ini mungkin bersifat racun atau mengkakis. Pesan
pesakit agar jangan membuang pengawet tersebut dan perlu mengendalikan bekas urin secara
berhati-hati.
Beri perhatian kepada pemakanan dan ubat-ubatan sebelum dan semasa pungutan spesimen
bagi ujian tertentu. Elakkan makanan yang mengandungi pisang, kopi, kaffein, nenas, kacang
walnut, garam, aspirin dan drug antihipertensif bila memungut urin untuk ujian Cotecholamines
dan VMA. Elakkan ketegangan (stress), latihan fizikal yang melampau, merokok dan kesakitan
sebelum dan semasa urin dikumpulkan.
Langkah-langkah pungutan urin 24 jam
a. Pilih bekas pungutan yang sesuai (Gambar 2)
Gambar 2: Bekas spesimen urin
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 16
b. Buang urin di awal pagi dan mulakan pungutan selepas itu. Rekodkan tarikh dan
masa di label yang terdapat pada bekas, contoh: 15/8/2009, 8:00 am.
c. Pungut urin untuk tempoh 24 jam berikutnya. Jika pesakit ingin buang air besar,
pundi kencing harus dikosongkan dulu untuk mengelakkan kehilangan urin dan
tinja mencemari urin yang dipungut.
d. Hentikan pungutan dan kumpul urin pada pagi berikutnya, tepat 24 jam.
e. Spesimen urin ini disyorkan disimpan dalam peti ais sepanjang tempoh pungutan.
f. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu
pungutan dan ujian yang dipesan.
Langkah-langkah pungutan urin random
a. Pungut urin dalam bekas universal (Gambar 3)
Gambar 3: Bekas universal
b. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu
pungutan dan ujian yang dipesan.
3.5.3 Pungutan Stool, CSF dan lain-lain cairan badan
a. Pungut stool, CSF dan lain-lain cairan badan dalam bekas universal (Gambar 3).
b. Labelkan bekas dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad dan tarikh.
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 17
3.6 PROSEDUR PENGHANTARAN
Bagi menjaga keselamatan kakitangan yang mengendalikan spesimen serta menjamin
keputusan ujian yang bermutu dapat dikeluarkan, dalam proses penghantaran langkah- langkah
berikut haruslah dipatuhi:
a. Dinginkan spesimen (2°C – 8°C) untuk ujian Arterial Blood Gases (ABG), Ammonia,
Lactate dan Metabolic Diseases/Inborn Error of Metabolism (IEM). Ini boleh membantu
merencatkan metabolisme sel darah seterusnya menstabilkan konstituen yang mudah
dirosak oleh haba. Pendinginan boleh menggunakan ketulan ais atau campuran air/ais.
Pastikan spesimen dilitupi pendingin yang digunakan dan dihantar kemakmal dengan
segera selepas diambil.
b. Semua spesimen kecuali urin 24 jam mesti dihantar di dalam beg plastik spesimen
biohazard (Gambar 4). Spesimen dan borang pesanan perlu diasingkan di poket yang
berbeza bagi mengelakkan borang dicemari jika berlaku sebarang ketirisan.
Gambar 4: Beg plastik spesimen (biohazard)
c. Hantar semua spesimen ke makmal secepat mungkin (dalam masa 2 jam selepas
pungutan). Ini dapat membantu mengelakkan perubahan morfologi/kerosakan
(deterioration) pada sel/komponen darah dan seterusnya boleh mengakibatkan
keputusan yang salah (erroneous results).
d. Jika beberapa spesimen dimasukkan ke dalam satu beg plastik, dan berlaku kebocoran
spesimen, semua spesimen akan DITOLAK.
*Satu beg plastik adalah untuk spesimen pesakit yang sama.
e. Spesimen bersama borang diserahkan di kaunter penerimaan Makmal Patologi Kimia.
Sahkan waktu penghantaran spesimen pada borang pesanan dengan menggunakan
perakam masa yang disediakan di kaunter.
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 18
3.7 GANGGUAN KUALITI SPESIMEN
Kualiti spesimen boleh terganggu jika yang berlaku kesalahan pada sebelum/ semasa pungutan,
dalam tempoh penghantaran dan juga sewaktu pemprosesan. Beberapa masalah dan penyebab
yang dikenal pasti adalah seperti berikut :
Masalah Penyebab Akibat
Salah tiub atau antikoagulan Tiada perencat enzim Rendah glukos
Tiub EDTA untuk ujian biokimia rutin
Tinggi K, rendah Ca
Lipaemia Spesimen dipungut selepas pengambilan makanan berlemak atau pesakit hipertrigliceridaemia
Gangguan optikal bagi kebanyakan ujian Rendah Na (palsu)
Darah dicemari oleh cairan infusi
Dextrans berberat molekul tinggi
Aras protein total meningkat
Dextrose Tinggi glucose
Larutan crystalloid Keputusan palsu Na, K, Cl
Phosphate Rendah ionized Ca
Citrate Tinggi Na (jika garam Na)
Gelembung udara untuk ABG Picagari bocor/Tidak cukup penyumbat
Peningkatan pCO2
Hemolisis Sampel darah dipaksa keluar melalui jarum semasa diisi dalam bekas -Sebati spesimen dengan kasar -Penghantaran terlalu lewat
Tinggi K, Phosphate, ALP, AST,LDH,ALT,CK, Mg, Ca, Alb,TP, Fe Rendah troponin, bilirubin, amylase, bikarbonat, Na.
Nisbah antikoagulan:darah tidak betul (<90% daripada isipadu darah sepatutnya)
Cairan heparin berlebihan ABG tidak normal dan kepekatan analytes tercair
Darah membeku dalam bekas berantikoagulan
Spesimen tidak disebati dengan baik
Keputusan ABG palsu
Spesimen tidak didinginkan atau lewat dihantar
Tiada bahan pendingin dan penghantaran terlalu lewat
Keputusan palsu NH3, Lactate dan ABG
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 19
4.0 UJIAN AM DITAWARKAN
Kami menawarkanujian biokimia dalam darah utuh, plasma serum, urin random, urin 24 jam,
stool, dan lain-lain cairan tubuh seperti berikut:
Petunjuk: L = Lelaki B = Bayi P = Perempuan R = Random D = Dewasa F = Berpuasa K = Kanak-kanak *** = pesanan mesti dibuat melalui temujanji
Bagi pungutan spesimen darah bayi dan kanak-kanak:
i) Tiub bullet (1-1.5 mL) boleh menggantikan tiub Plain
ii) Tiub lithium heparin (0.5 mL)
Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Alanine transaminase (ALT, GPT)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain
atau lithium heparin L <45 U/L P : <34 U/L K : 13 - 45 U/L
Albumin Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
D : 38 - 44 g/L K : 38 - 42 g/L
Albumin : Globulin ratio
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain
atau lithium heparin
Alkaline phosphatase (ALP)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain
atau lithium heparin
L : 53 - 128 U/L P : 42 - 98 U/L K : < 406 U/L
Ammonia (NH3) Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin, direndam dalam air ais dan hantar SEGERA ke makmal
18 - 72 µmol/L
Amylase Serum 2.5 mL dalam tiub plain 28 - 100 U/L
Amylase (Diastase) Urin random 20 mL dalam bekas universal
490 U/L
Aspartate transaminase (AST,GOT)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
D : 5 – 34U/L Newborn : 25 – 75 U/L Infant : 15 -60 U/L
Bence Jones Protein (BJP), Ujian Saringan
Urin random 20 mL dalam bekas universal Negatif
Bilirubin, Direct Serum 2.5 mL dalam tiub plain D : < 4.3 µmol/L K : <3.4 µmol/L
Bilirubin, Total Serum 2.5 mL dalam tiub plain D : < 17 µmol/L Kanak-kanak: 0 -1 hari: 24 – 149 µmol/L 1 -2 hari : 58 – 197 µmol/L 3-5 hari : 26 – 205 µmol/L
Blood Gases, Arterial Darah utuh 0.3 mL dalam picagari berheparin direndam dalam air ais dan hantar SEGERA ke makmal
pH : 7.35 – 7.45 pCO2 : 35 – 45 mmHg pO2 : 75 – 100 mmHg HCO3 : 24 – 32 mmol/L (Arterial ; Calculated ) BE : -2 to 2 mmol/L
Body fluid biochem 1. Protein 2. Glucose 3. pH 4. LDH 5. SAAG (Peritoneal)
Abdominal fluid Peritoneal fluid Pleural fluid
2.5 mL dalam bekas universal
Sila berhubung dengan makmal
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 20
CSF biochem 1. Protein 2. Globulin 3. Glucose 4. Lactate 5. Chloride
CSF 1.5 – 2.5 mL dalam bekas universal
Sila berhubung dengan makmal
CA 125 (Tumour marker)
Serum 2.5 mL dalam tiub plain ≤ 35 U/mL
Calcium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
2.15 – 2.55 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 2.50 – 6.0 mmol/24 jam
Carcinoembryonic antigen (CEA)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
≤ 5.2 U/mL
Chloride Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
98 – 107 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 110 – 250 mmol/24 jam
Cholesterol Total
Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain
Range (mmol/L)
Child Desirable <4.40 Borderline 4.40 to 5.15 High ≥ 5.18 Adult Desirable <5.18 Borderline 5.18 to 6.19 High ≥ 6.22
(ATP III/ Abbott Architect)
Creatine Kinase (CK)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : 30 – 200 U/L P : 29 – 168 U/L
CKMB (activity) Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
<25 U/L
Creatinine Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : 64-111µmol/L P : 50 – 98 µmol/L
Spot urine 20 mL dalam bekas universal
L : 3450 – 22 900 µmol/L P : 2470 – 19 200 µmol/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam L : 9000 – 21 000 µmol/24 jam P : 7000 - 14 000 µmol/24 jam
Creatinine clearance Serum 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
75 – 135 mL/min
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam Gamma glutamyl transferase (GGT
Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 12 – 64 U/L P : 9–36 U/L
Glucose Plasma Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate
Puasa: < 6.1 mmol/L Random: <11.1 mmol/L
Glucose tolerance test Plasma 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate
0 min : < 6.1 mmol/L 120 min : < 7.8 mmol/L Gestational DM 0 min : > 5.1 mmol/L 120 min : > 7.8 mmol/L Malaysian CPG : Management of Diabetes in Pregnancy 2017
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 21
Haemosiderin Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Haemoglobin Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
High density lipoprotein cholesterol (HDL)
Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain
Range (mmol/L)
Major risk factor for heart disease < 1.04 Negative risk factor for heart disease
≥ 1.55
( ATP III )
Iron Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 10.6 – 28.3 µmol/L P : 6.6 – 26.0 µmol/L
Lactate Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin dan dihantar SEGERA dalam air ais
0.50 – 2.20 mmol/L
Lactate Dehydrogenase (LDH)
Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium <480 U/L
Lithium Serum 2.5 mL dalam tiub plain 1.1 – 1.2 mmol/L
Low density lipoprotein cholesterol (LDL)
Pengiraan Range (mmol/L)
Optimal < 2.6
Near optimal 2.6 to 3.3
Borderline high 3.4 to 4.1
High 4.2 to 4.9
Very high ≥ 4.9 ( ATP III )
Magnesium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
0.73 – 1.06 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 3 - 5 mmol/24 jam
Occult Blood Stool Dalam bekas universal berpenutup
Negatif
Osmolality Serum 2.5 mL dalam tiub plain 275 -295 mOsmol/kg H2O
Urin random 20 mL dalam bekas universal
300 – 900 mOsm /kg H2O
Phosphate (PO4)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
D: 0.84 - 1.45 mmol/L K: 1.25 – 2.50 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 12.9 – 42.0 mmol/24jam
Porphrin / porphobilinogen
Urin random
20 mL dalam bekas universal
Negatif
Potassium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
3.5 – 5.0mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 25 – 125 mmol/24 jam
Prostate Specific Antigen (PSA)
Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 4 ng/mL
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 22
Protein Serum 2.5 mL dalam tiub plain 64 – 83 g/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
0 – 140 mg/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam < 300 mg/day
Malaysia CPG on Diabetic Nephropathy July 2004
Protein : Creatinine Index (PCI)
Urin random Bekas universal 2 – 3 (Abbott Architect)
Protein electrophoresis
Serum 2.5 mL dalam tiub plain Sila hubungi makmal
Reducing Sugars Screening
Urin random 20 mL dalam bekas universal Negatif
Stool Dalam bekas universal berpenutup
Negatif
Sodium
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain 135 – 145 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Dalam bekas universal berpenutup
40 – 220 mmol/24 jam
Triglycerides Serum 2.5 mL dalam tiub plain Berpuasa 8 – 12 jam
Range (mmol/L)
Normal < 1.7 Borderline high 1.7 to 2.25 High 2.26 to 5.64 Very high ≥ 5.64
ATP III
hs Troponin T Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 14 ng/L
Urea Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
1.7 – 8.3 mmol/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 430 – 715 mmol/24 jam
Uric acid Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
L: 210-420 µmol/L P : 150-350 µmol/L K : 120- 320 µmol/L
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 23
Source :
- Manufacturer reagent kits Risalah reagen (HUSM/MPK/73) .
- Malaysia CPG
- Tietz Textbook Of Clinical Chemistry And Molecular Diagnostics
- National Cholesterol Education Programme Adult Treatment Panel III (NCEP ATP III)
- Hospital Kuala Lumpur (HKL)
4.1 UJIAN SEGERA
Bilangan Ujian
1. Sodium
2. Potassium
3. Urea
4. Calcium
5. Glucose
6. Creatinine
7. Amylase
8. Magnesium
9. Total Bilirubin
10. Uric Acid
11. Total Creatine Kinase (CK)
12. CKMB
13. Arterial Blood Gas (ABG)
14. Cerebral Spinal Fluid Biochemistry (CSF)
15. Ammonia
16. Lactate
17. Troponin T
18. Alanine Transaminase (ALT)
19. Aspartate Amino Transferase (AST)
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 24
5.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM
Kami juga menawarkan ujian biokimia khas bagi kes Inborn Error Metabolism seperti berikut:
Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Amino acid Plasma 2.5 mL dalam tiub lihium heparin
Sila hubungi makmal
Organic acid Urin random 20 – 30 mL dalam bekas universal
NBS Dried blood spot Kertas turas S&S no 903
Mucopolysaccharides (GAG)
Urin random 20 ml dalam bekas universal
Kami juga boleh menerima ujian IEM selain daripada senarai di atas. Sila hubungi Makmal Metabolik
sambungan telefon 6472 atau 6490.
6.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR
Kami menawarkan pemeriksaan gula darah (glukometer), ujian kandungan (pregnancy test) dan ujian urin
random.
Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Urinalysis Urin random 20 mL dalam bekas universal
Leucocytes : Negatif Nitrite : Negatif Urobilinogen : Normal Protein : Negatif pH : 4.7 – 7.8 Blood : Negatif SG : 1.005 –1.030 Ketone : Negatif Bilirubin : Negatif Glucose : Negatif
Mikralbumin Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Kristal/cast Urin random 20 mL dalam bekas universal
Sila hubungi makmal
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 25
7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR)
Kami menerima pesanan ujian biokimia yang pengujiannya tidak dijalankan di Makmal Patologi Kimia.
Spesimen akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada makmal luar yang menawarkan
perkhidmatan ujian tersebut. Senarai ujian yang dihantar ke makmal luar adalah seperti di bawah:
Nama ujian Bekas Isipadu Penghantaran Julat rujukan Amino acid, plasma Tiub
Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais
Amino acid, urin Urin spot 20 ml Dalam air ais α1 –Antitrypsin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.30 – 2.90 g/L
BJP, urin 24 jam dan Protein electrophoresis for multiple myeloma,serum
Urin 24 jam dan tiub plain
2.5 ml
Caeruloplasmin, serum Tiub plain 2.5 ml 0.15 – 0.60 g/L
Carnitine, plasma Tiub Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais Total : 32 – 84 µmol/L Free : 26 – 60 µmol/L
Catecholamines, urin 24 jam Urin 24 jam + 10 ml HCL pekat
Epineprine : 1.7 – 22.4 µg/24 jam Norepineprine : 12.1 – 85.5 µg/24 jam Dopamine : < 498.1 µg/24 jam
Copper, serum Tiub plain 2.5 ml 11 – 20 µmol/L
Copper, urin 24 jam Urin 24 jam + HNO3
< 0.9 µmol/L
Free light chain, serum Tiub plain 5 ml Haptoglobin, serum Tiub plain 2.5 ml 36.0 – 195.0 mg/dl
Homocystine, plasma Tiub Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais 5.5 – 17.0 µmol/L
Lead (Plumbum), serum Tiub EDTA / Lithium heparin
2.5 ml < 10 µg/dl
β2 – Microglobulin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.2 – 2.5 mg/L
Organic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais
Orotic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais < 2 minggu : 1.3 – 5.3 mmol/mol Creat 2 minggu – 1 tahun : 1.0 – 3.2 mmol/mol Creat 1 – 10 tahun : 0.5 – 3.3 mmol/mol Creat > 10 tahun : 0.4 – 1.2 mmol/mol Creat
Zinc, serum Tiub plain 2.5 ml
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 26
Lampiran 1 : BORANG PERMOHONAN UJIAN AM
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 27
Lampiran 2 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KECEMASAN
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 28
Lampiran 3 : BORANG PERMOHONAN UJIAN METABOLIK HUSM
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 29
Lampiran 4 : BORANG PERMOHONAN SPESIMEN PATOLOGI IMR
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 30
Lampiran 5 : BORANG PERMOHONAN UJIAN IEM (IMR)
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 31
Lampiran 5
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 32
Lampiran 6 : BORANG PERMOHONAN UJIAN MULTIPLE MYELOMA (IMR)
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6 | 33
Lampiran 7 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KKM