23
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERASASKAN WEB BAGI TAJUK SEL: STRUKTUR DAN FUNGSI STRUKTUR SEL TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya : HAIRULZIN BIN MD. AMIN ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan () SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 44, KAMPUNG PARIT BENGKOK PM. DR. HJH . ZALEHA BINTI ISMAIL MUKIM 2 BAGAN, 83000 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM. Tarikh : 7 OKTOBER 2003 Tarikh: 7 OKTOBER 2003 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERASASKAN WEB BAGI TAJUK SEL: STRUKTUR DAN FUNGSI STRUKTUR SEL TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : HAIRULZIN BIN MD. AMIN

( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.

5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

6. ** Sila tandakan (√ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 44, KAMPUNG PARIT BENGKOK PM. DR. HJH . ZALEHA BINTI ISMAIL MUKIM 2 BAGAN,

83000 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM.

Tarikh : 7 OKTOBER 2003 Tarikh: 7 OKTOBER 2003 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)”.

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia I : PROF. MADYA DR. HJH. ZALEHA BINTI ISMAIL

Tarikh : …………………………………..

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERASASKAN

WEB BAGI TAJUK SEL: STRUKTUR DAN FUNGSI STRUKTUR SEL

TINGKATAN EMPAT

HAIRULZIN BIN MD. AMIN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Biologi)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2003

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : HAIRULZIN BIN MD. AMIN

Tarikh : ............................................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

iii

Sekalung Ucapan:

Teristimewa buat insan-insan

yang memberikan kehidupan kepadaku,

ayah dan bondaku Hj. Md Amin dan Puan Sugini,

yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buatku,

Buat semua saudara-saudara kandungku yang dikasihi,

Istimewanya buat kekandaku Khairul Liza dan adindaku Hairuszaman,

Pengorbanan kalian akan kukenang sehingga ke akhir hayat.

Buat sahabat-sahabat semua yang sama-sama berjuang di sini,

Kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan.

Istimewa sekali buat insan yang menyuburkan semangat buatku,

Fazidah Bte Abd. Rahman sekeluarga,

Terima kasih atas kebaikan dan kesetiaan serta doa yang berpanjangan,

Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.

Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan kepadaku,

Golongkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur.

Amin.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

iv

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke

atas junjungan Rasulullah (SAW) serta keluarga dan sahabat baginda.

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat juga Projek Sarjana

Muda ini disempurnakan berkat kekuatan dan kemudahan yang dikurniakan

olehNya.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Hjh. Zaleha Binti Ismail selaku pensyarah pembimbing yang sudi memberi ilmu

yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek

ini sempurna disiapkan.

Kepada rakan-rakan sekalian, diucapkan terima kasih di atas kebaikan,

bantuan dan dorongan yang dihulurkan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

v

ABSTRAK

Pendekatan yang berpusat murid merupakan salah satu teknik pengajaran

yang berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran. Penekanan diberi kepada

penglibatan pelajar secara aktif, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan

kritis dan perbezaan individu menjadi satu faktor yang perlu diambil kira. Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina secara sistematik adalah satu alternatif dalam

memenuhi keperluan tersebut. Ditambah lagi dengan penggunaan komputer, maka

proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik, interaktif, tersusun dan bermakna.

Projek ini bertujuan membangunkan satu MPK dalam bentuk halaman web, bagi

mata pelajaran Biologi tingkatan empat yang bertajuk Sel: Struktur dan Fungsi

Struktur Sel. MPK yang dibina adalah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom.

Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah

elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang

berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran

penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta

susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat

pelajar terhadap topik yang disediakan. Dengan terhasilnya MPK dalam bentuk

halaman web ini, diharapkan mutu serta gaya proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) masa akan datang bakal berubah seiring dengan kemajuan teknologinya.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

vi

ABSTRACT

Student centered approach is an effective teaching technique to present

learning materials. This technique considers individual differences and emphasis on

active involvement of students, encouraging students to think creatively and

critically. The Self Instructional Module (SIM) that is developed systematically is an

alternative to fulfill this need. Moreover with computers, the learning process will be

more interesting, interactive, systematic and meaningful. The aim of the project is to

develop a web-based SIM, for Form Four Biology subject on Cell: Structure and

Function of Cell Structure. The SIM is based on Shaharom “Teras Cabang Model”.

The major factor that has been highlighted on developing the website is the element

of interactivity that has been combined with effective learning properties which

include student centered learning, multiple activities, exploratory learning and

continuous evaluation. This project set the graphic, animation and interface layout as

the advantages which can be manipulated to attract student’s interest on the topic

given. With the availability of SIM, it is hoped that the quality and the way of

learning in the future will be changed in line with technology development.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii

Senarai Singkatan xiv

Senarai Lampiran xv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Tahap Keupayaan Pelajar 3

1.2.2 Tekanan Guru 3

1.2.3 Bahan Pengajaran 4

1.2.4 Masalah Pelajar Dalam Mempelajari Tajuk

Sel 5

1.3 Objektif Projek 6

1.4 Skop Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.5.1 Pelajar 7

1.5.2 Guru 8

1.6 Definisi Istilah 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

viii

1.7 Penutup 9

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Matlamat Pengajaran Biologi 12

2.3 Permasalahan Berkaitan Pembelajaran Mata

pelajaran Biologi 12

2.3.1 Kemampuan Pelajar Menghubungkaitkan

Konsep 13

2.3.2 Kekurangan Penggunaan Rajah dan Gambar

Dalam Pengajaran 14

2.3.3 Pengajaran Secara Pendekatan Eksperimen 14

2.3.4 Penerapan Nilai Murni 15

2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBSM 16

2.4.1 Pendekatan dan Strategi Penyampaian Isi 16

2.4.2 Pendekatan dan Strategi Penyerapan Nilai

Murni 17

2.4.3 Perkembangan dan Peningkatan Intelek

Pelajar 17

2.4.4 Perkembangan dan Peningkatan Kemahiran

Berfikir 18

2.4.5 Strategi Penglibatan Murid Dalam Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran 18

2.5 Pengenalan Pengajaran Bermodul 18

2.5.1 Konsep Pengajaran Bermodul 19

2.5.2 Objektif Modul 20

2.5.3 Ciri-ciri Modul Pengajaran dan

Pembelajaran 21

2.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 22

2.7 Model-Model Pembinaan MPK 23

2.7.1 Model Meyer 23

2.7.2 Model Shaharom 25

2.8 Rasional Menggunakan Model Teras-Cabang 27

2.9 Ciri-Ciri MPK yang Berkesan Dalam Proses

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

ix

Pengajaran dan Pembelajaran 28

2.9.1 Penerangan Secara Langsung 29

2.9.2 Penerangan Objektif yang Jelas 29

2.9.3 Kaedah Penyampaian yang Berstruktur 30

2.9.4 Kawalan Sepenuhnya Oleh Pelajar 30

2.9.5 Memupuk Sikap Bekerjasama 30

2.9.6 Pelajar Menilai Prestasi Sendiri 31

2.9.7 Mewujudkan Motivasi 31

2.9.8 Memudahkan Ulangkaji 32

2.9.9 Rujukan Tambahan 32

2.10 Kelebihan Pembelajaran Berbantu Komputer 32

2.11 Pengenalan Kepada Internet 33

2.12 Penutup 34

III PEMBANGUNAN LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 36

3.2 Dokumen Perancangan 37

3.2.1 Pengenalan 37

3.2.2 Sumber Bahan 38

3.2.3 Analisis 39

3.2.3.1 Objektif Pembelajaran 39

3.2.3.2 Kumpulan Sasaran 39

3.2.3.3 Isi Kandungan 40

3.2.3.4 Jadual Spesifikasi Isi Pelajaran 41

3.2.3.5 Soalan yang Mengukur Objektif 42

3.2.3.6 Perisian yang Digunakan 42

3.2.3.7 Spesifikasi Perkakasan 43

3.3 Pembinaan Carta Alir 43

3.4 Penyediaan Papan Cerita 46

3.4.1 Reka Bentuk Papan Cerita Menu Utama 48

3.4.2 Reka Bentuk Papan Cerita Isi Kandungan

Untuk Subtopik Membran Plasma 49

3.4.3 Reka Bentuk Papan Cerita Isi Kandungan

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

x

Untuk Subtopik Mitokondrion 50

3.5 Penutup 51

IV HASIL LAMAN WEB MPK

4.1 Pengenalan 53

4.2 Kandungan Menu Utama 53

4.3 Kandungan Laman Web 54

4.3.1 Penerangan Objektif yang Jelas 56

4.3.2 Penerangan Secara Langsung 56

4.3.3 Kaedah Penyampaian yang Berstruktur 57

4.3.4 Memupuk Semangat Bekerjasama 58

4.3.5 Kawalan Sepenuhnya Oleh Pelajar 60

4.3.6 Pelajar Menilai Prestasi Sendiri 62

4.3.7 Paparan Aktiviti Pemulihan 63

4.3.8 Paparan Pengayaan 64

4.4 Pendekatan Dalam Menyampaikan Isi 65

4.4.1 Paparan Secara Linear 65

4.4.2 Paparan Animasi 66

4.4.3 Paparan Tunjuk Cara Membina Model 67

4.5 Penutup 68

V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 70

5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Membangunkan

Projek 71

5.4 Cadangan Mempertingkatan Kekuatan dan

Memperbaiki Kelemahan 72

5.5 Kesimpulan 74

5.6 Penutup 75

SENARAI RUJUKAN 76

LAMPIRAN 81

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual spesifikasi isi pelajaran 42

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Tajuk dan subtajuk dalam mempelajari

tajuk sel 40

3.2 Carta alir laman web Modul Pengajaran

Kendiri yang Dibina 44

3.3 Carta alir bahagian isi kandungan dalam web 45

3.4 Carta alir bahagian pengukuhan dalam web 45

3.5 Carta alir bahagian pengayaan dalam web 46

3.6 Reka bentuk paparan menu utama 48

3.7 Reka bentuk paparan subtopik membran plasma 49

3.8 Reka bentuk paparan subtopik mitokondrion 51

4.1 Paparan menu utama 54

4.2 Paparan laman web yang mengandungi elemen

interaktif 55

4.3 Paparan objektif pembelajaran 56

4.4 Paparan penerangan isi secara langsung 57

4.5 Susunan topik utama dalam laman web 58

4.6 Paparan tugasan berbentuk kajian lapangan 59

4.7 Paparan tugasan berbentuk kerja tangan 60

4.8 Paparan yang memberikan kawalan kepada pelajar 61

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

xiii

4.9 Paparan ujian diagnostik 62

4.10 Paparan respon ujian diagnostik 63

4.11 Paparan ulangkaji konsep 64

4.12 Paparan pengayaan 65

4.13 Paparan secara linear 66

4.14 Paparan animasi 67

4.15 Paparan tunjuk cara membina model 68

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

xiv

SENARAI SINGKATAN MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P - Pelajar

G - Guru

PB - Pengajaran Bermodul

PBK - Pengajaran Berbantu Komputer

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Falsafah Pendidikan Kebangsaan 81

Lampiran B Ujian diagnostik 82

Lampiran C Simbol-simbol piawai pembinaan carta

alir perisian 85

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Keperluan serta kehendak masyarakat pada waktu ini telah berubah

berdasarkan perubahan sosioekonomi negara. Negara masa kini lebih memerlukan

individu yang tidak sahaja berorientasikan ilmu semata-mata bahkan berorientasikan

kemahiran saintifik serta kemahiran teknologi. Perubahan ini memberikan impak

kepada sistem pendidikan negara. Pendidikan negara masa kini mengalami proses

perubahan yang pesat seiring dengan corak pemikiran dan perkembangan semasa

teknologi moden yang terdapat dalam masyarakat.

Perubahan dalam pendidikan negara perlulah sentiasa selaras dengan

matlamat yang ingin dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk

mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekolah dilihat sebagai institusi

masyarakat yang mampu membentuk serta mengubah tingkahlaku pelajar seterusnya

memenuhi keperluan perubahan semasa. Pengajaran sains yang direka untuk

memenuhi keperluan masyarakat pada tahun 60an tidak lagi sesuai untuk memenuhi

keperluan dalam tahun 80an (Hoftein dan Robert, 1982). Justeru peranan sekolah ini

perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.

Perubahan yang inovatif dalam pendidikan adalah perlu dan untuk itu gaya

pengajaran juga harus turut sama berubah. Pendidikan masa kini perlulah

merangsang minda pelajar dan melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran. Gaya ini

amat bertentangan dengan teknik pengajaran tradisional seperti bersyarah dan

berbincang (Theall, 1999). Kaedah pengajaran tradisional yang berasaskan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

2

permerolehan fakta, ingatan, berpusat murid, konteks setempat dan buku teks perlu

bertukar kepada budaya kaya ilmu, budaya berfikiran kritis dan kreatif, berpusat

pelajar, akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri selaras dengan

perkembangan teknologi pada masa kini (Radiah, 2002).

Sebagai alternatif bagi memenuhi kriteria pembelajaran gaya baru ini, maka

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan salah satu jalan penyelesaian.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh beberapa penyelidik, pengajaran bermodul

(PB) yang menggunakan MPK telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran (P&P) (Shaharom dan Yap, 1993). Ditambah lagi dengan penggunaan

komputer dalam menyampaikan isi pelajaran maka proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Penggunaan multimedia dengan

memasukkan unsur hiburan dalam pendidikan merupakan dimensi baru bagi proses

pembelajaran dan pengajaran (Menteri Pendidikan, 1995).

Semua orang boleh menerima pelajaran walaupun mereka dalam kategori

lemah (Atan, 1984). Berdasarkan kepada kepercayaan ini maka pembelajaran secara

individu yang mana perbezaan latar belakang, motivasi dan ruang masa belajar

diambil kira, dilihat sebagai kaedah pengajaran yang paling berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Keberkesanan proses P&P merupakan kunci terpenting untuk mencapai

matlamat yang terkandung dalam FPK. Guru boleh mencorakkan sendiri gaya

pengajarannya dan pelajar pula dengan inisiatif sendiri boleh mempelajari satu-satu

topik. Persoalan yang timbul ialah, sejauh manakah objektif pembelajaran itu dapat

dipenuhi oleh guru dan dicapai oleh pelajar? Terdapat beberapa kekangan bagi guru

dan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran yang dirancang bersama.

Kekangan yang paling utama ialah tahap keupayaan pelajar, tekanan guru dan bahan

pengajaran. Selain itu, dalam mempelajari tajuk sel itu sendiri merupakan satu

masalah kepada para pelajar.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

3

1.2.1 Tahap Keupayaan Pelajar Tahap penerimaan serta kebolehan pelajar yang berbeza-beza merupakan satu

kekangan bagi guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancangnya.

Guru perlu memenuhi keperluan seluruh kelas iaitu kira-kira 20 hingga 40 orang

pelajar, bukan sahaja keperluan seorang pelajar (Brophy, 1982). Tahap kognitif yang

berbeza antara pelajar menyebabkan proses P&P keseluruhannya akan terganggu di

mana pelajar yang lemah berisiko untuk tercicir dan pelajar yang pintar berisiko

untuk hilang minat.

Pelajar yang lemah memerlukan lebih banyak bimbingan, penerangan dan

penegasan dari guru. Jika guru menganggap semua pelajar di dalam kelasnya boleh

mengikuti apa yang disampaikannya maka guru tersebut pasti tidak menyedari ada

pelajarnya yang tercicir. Walaubagaimanapun jika penumpuan lebih diberikan

kepada pelajar yang lemah di mana isi kandungan yang sama diajar berulang-ulang

maka kelompok pelajar yang pintar akan berasa bosan seterusnya minatnya akan

hilang.

1.2.2 Tekanan guru

Perubahan arus kemodenan serta pertambahan bilangan penduduk masa kini

menyebabkan bertambahnya bilangan pelajar di sekolah. Pertambahan jumlah ini

mempengaruhi gaya pengajaran guru. Malah keadaan ini sebenarnya memberikan

tekanan kepada guru. Guru mempunyai masa yang terhad untuk memberikan

penerangan secara individu kerana mereka terpaksa memenuhi keperluan kira-kira

150 orang pelajar setiap hari (Brophy, 1982).

Untuk memenuhi semua keperluan pelajar yang datang dari pelbagai kelas,

guru terpaksa mempelbagaikan kaedah mengajarnya, mempelbagaikan sumber

rujukannya, mempelbagaikan alat bantuan mengajarnya malahan terpaksa pula

mengadakan kelas tambahan. Bagi satu-satu kelas, corak pengajarannya adalah

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

4

berbeza. Guru mungkin boleh mengajar secara bersyarah untuk kelas yang baik

tetapi untuk kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang lemah kaedah tersebut

tidak lagi sesuai digunakan.

Kesemua ini mempengaruhi psikologi seseorang guru, dan jika mereka tidak

mampu menangani tekanan yang dihadapi maka proses P&P yang dilakukannya pasti

tidak memberikan hasil yang baik.

1.2.3 Bahan pengajaran

Bahan atau sumber pengajaran merupakan satu unsur penting dalam proses

P&P (Yusof, 2000). Adalah menjadi tanggungjawab guru memastikan bahan

pengajaran yang diguna pakai itu bermutu. Pelajar boleh hilang minat terhadap

pembelajaran disebabkan beberapa faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati

objektif pembelajaran (Okey, 1985).

Pada masa kini bahan rujukan di pasaran amat mudah didapati, namun

persoalan yang timbul ialah, adakah bahan rujukan tersebut memenuhi kriteria atau

cukup berkualiti dalam memindahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar?

Terdapat bahan yang berada di pasaran yang hanya menekankan penulisan bahan

pembelajaran yang hanya menghuraikan isi dan fakta tanpa menguji dan mencabar

daya fikir pelajar (Abd Rahim, 1999).

Brown dan Thornton (1963) telah menyenaraikan beberapa kriteria dalam

pemilihan bahan atau buku teks iaitu:

i. Adakah buku tersebut mengandungi isi kandungan dan penekanan tentang

topik utama yang dibincangkan?

ii. Adakah isi dan penekanan tersebut cukup canggih untuk kumpulan yang

menggunakannya?

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

5

iii. Adakah buku ditulis oleh pakar yang telah diketahui kepakarannya dalam

bidang tersebut?

iv. Adakah isinya menepati keadaan semasa untuk memenuhi keperluan

bidang tersebut?

v. Adakah isi dan penekanannya selari dengan apa yang disampaikan oleh

guru?

vi. Adakah buku tersebut dirancang dan ditulis untuk membantu

pembelajaran?

vii. Adakah buku tersebut mempunyai harga yang berpatutan?

Ketiga-tiga permasalahan di atas, iaitu tahap keupayaan pelajar, tekanan guru

dan mutu bahan pengajaran sebenarnya mengganggu proses P&P. Justeru gaya

pembelajaran masa kini perlu bertukar dari peranan guru sebagai penyampai isi

kepada penunjuk arah sebagaimana yang terkandung dalam Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM). Guru tidak lagi menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar

dalam satu-satu masa, sebaliknya pelajar berusaha sendiri mengikut keupayaan

masing-masing mencari sendiri maklumat. Guru akan memberikan bantuan kepada

pelajar-pelajar yang bermasalah sahaja.

Penggunanan MPK merupakan salah satu cara bagi mengatasi ketiga-tiga

masalah di atas. Adalah dijangkakan penggunaan MPK mampu meningkatkan lagi

kualiti proses P&P. Pembelajaran bermodul (PB) yang menggunakan MPK telah

berjaya meningkatkan kualiti P&P (Shaharom dan Yap, 1993). Oleh itu, penghasilan

dan penggunaan MPK yang berkualiti adalah perlu bagi menjadikan proses P&P

lebih berkesan.

1.2.4 Masalah Pelajar Dalam Mempelajari Tajuk Sel

Tajuk sel merupakan satu tajuk yang abstrak. Struktur yang terdapat di dalam

sel tidak boleh hanya digambarkan semata-mata. Sebagai contoh keadaan lapisan

membran dalam mitokondrion yang berlipat-lipat. Pelajar mempunyai penafsiran

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna disiapkan. Kepada rakan-rakan sekalian,

6

yang berbeza-beza. Menjadi tugas guru untuk memastikan semua pelajarnya

mendapat idea yang sama yang mana idea tersebut adalah yang paling tepat. Di sini,

penggunaan rajah, gambar serta ilustrasi adalah perlu.

Pelajar sepatutnya mampu membuat perbandingan antara sel haiwan dan

tumbuhan. Untuk itu, mereka terlebih dahulu perlu menganalisis keadaan kedua-dua

jenis sel tersebut. Pelajar perlu mengenal pasti bentuk sel, saiz sel dan kehadiran

organel di dalam sel. Bagi membantu pelajar membuat analisa, maka penggunaan

jadual dan gambar yang bersesuaian adalah baik.

Pembelajaran tajuk sel perlu dilakukan dengan sistematik dan tersusun. Guru

perlu menerangkan satu-satu isi mengikut urutan yang sesuai. Keadaan ini amat

penting jika dilihat dari aspek pedagogi yang menekankan unsur pembelajaran dari

yang konkrit kepada yang abstrak. Dalam mempelajari tajuk sel, pembelajaran

sepatutnya bermula dengan sejarah awalnya, pengenalan kepada struktur sel, fungsi

bagi struktur sel tersebut dan perbandingan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Selanjutnya fakta-fakta tambahan diberikan bagi mengukuhkan dan sebagai

pengayaan kepada pelajar-pelajar.