20
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 1.0. PENGENALAN New Public Management adalah suatu falsafah pengurusan yang digunakan oleh kerajaan sejak tahun 1990-an untuk melaksanakan reformasi dan pembaharuan di dalam sektor awam. Dasar Pengurusan Awam Baru adalah meliputi suatu pelaksanaan yang amat luas dan sangat kompleks dan New Public Management adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia. Hipotesis utama reformasi sektor awam dengan New Public Management adalah bahawa lebih banyak pelaksanaan dasar dan output di sektor awam akan lebih mengarah kepada kecekapan kos yang lebih besar bagi Kerajaan, tanpa kesan sampingan negatif pada tujuan dan pertimbangan-pertimbangan lain. Huges (1998) berpendapat bahawa konsep New Public Management (NPM) ini merupakan suatu fenomena global di mana konsep tersebut bermula di suatu negara dan seterusnya sangat cepat berkembang ke negara lain dan menjadi gerakan pembaharuan sektor awam di seluruh dunia. Dasar Pengurusan Awam Baru (New Public Management) ini digubal dan diadaptasi dari sistem pengurusan sektor swasta dan pelaksanaannya dilihat merupakan suatu perkara yang diberi perhatian utama oleh pihak pengurusan tertinggi sesebuah negara di seluruh dunia. Dasar ini merupakan reformasi dan transformasi dari dasar pentadbiran awam yang bersifat tradisional dan dipenuhi dengan kerenah birokrasi kepada suatu teknik pengurusan sektor awam yang lebih cekap, berkesan serta moden. Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yang lebih meluas kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa autonomi mana-mana agensi awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa untuk mengawal bajet serta pengurusan kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam perkhidmatan awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan peningkatan tahap kualiti kerja serta daya pengeluaran dan juga mengutamakan perkhidmatan pelanggan. Sejak pengenalan New Public Management, inovasi sektor awam dan dasar pemindahan (policy transfer) telah menjadi semakin popular dalam aspek pengurusan awam di seluruh dunia, sebagai satu strategi untuk memperbaiki peraturan dan meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam. Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan m/s: 1

Bincangkan Konsep New Public Management

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Citation preview

Page 1: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

1.0. PENGENALAN

New Public Management adalah suatu falsafah pengurusan yang digunakan oleh

kerajaan sejak tahun 1990-an untuk melaksanakan reformasi dan pembaharuan di dalam

sektor awam. Dasar Pengurusan Awam Baru adalah meliputi suatu pelaksanaan yang

amat luas dan sangat kompleks dan New Public Management adalah istilah yang

digunakan untuk mengambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia.

Hipotesis utama reformasi sektor awam dengan New Public Management adalah bahawa

lebih banyak pelaksanaan dasar dan output di sektor awam akan lebih mengarah kepada

kecekapan kos yang lebih besar bagi Kerajaan, tanpa kesan sampingan negatif pada

tujuan dan pertimbangan-pertimbangan lain. Huges (1998) berpendapat bahawa konsep

New Public Management (NPM) ini merupakan suatu fenomena global di mana konsep

tersebut bermula di suatu negara dan seterusnya sangat cepat berkembang ke negara lain

dan menjadi gerakan pembaharuan sektor awam di seluruh dunia.

Dasar Pengurusan Awam Baru (New Public Management) ini digubal dan

diadaptasi dari sistem pengurusan sektor swasta dan pelaksanaannya dilihat merupakan

suatu perkara yang diberi perhatian utama oleh pihak pengurusan tertinggi sesebuah

negara di seluruh dunia. Dasar ini merupakan reformasi dan transformasi dari dasar

pentadbiran awam yang bersifat tradisional dan dipenuhi dengan kerenah birokrasi

kepada suatu teknik pengurusan sektor awam yang lebih cekap, berkesan serta moden.

Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yang lebih meluas

kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa autonomi mana-mana agensi

awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa untuk mengawal bajet serta pengurusan

kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam

perkhidmatan awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan

peningkatan tahap kualiti kerja serta daya pengeluaran dan juga mengutamakan

perkhidmatan pelanggan.

Sejak pengenalan New Public Management, inovasi sektor awam dan dasar

pemindahan (policy transfer) telah menjadi semakin popular dalam aspek pengurusan

awam di seluruh dunia, sebagai satu strategi untuk memperbaiki peraturan dan

meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam. Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan

m/s: 1

Page 2: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

dalam perkara ini dengan melipatgandakan usaha-usaha pembaharuan ke arah

membudayakan kecemerlangan dalam pemberian perkhidmatan di sektor awam sejak

tahun 1995. Jentera Pentadbiran Awam telah digerakkan untuk melakukan perubahan

bagi meletakkannya di tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Usaha

pembaharuan oleh Kerajaan Malaysia tersebut merupakan suatu usaha berterusan yang

dirancang dan dilaksakan seiring dan selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku

dalam persekitaran. Kejayaan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam mengadakan

perubahan-perubahan sehingga kini adalah hasil daripada kepekaannya terhadap setiap

cabaran, sikap responsif dan komitmen untuk melakukan penambahbaikan secara

berterusan.

Seterusnya Perkhidmatan Awam Malaysia boleh berbangga kerana telah dapat

bersama dengan sektor-sektor lain menggembeling idea dan tenaga untuk melepasi

cabaran krisis kewangan yang melanda negara dalam masa yang singkat dan dalam masa

yang sama meletakkan semula negara ke atas landasan yang lebih kukuh bagi

menjayakan wawasan negara. Hasil usaha bersama tersebut, prestasi ekonomi negara

bagi tempoh 1999 – 2000 telah dapat ditingkatkan kepada kadar pertumbuhan purata 7.2

peratus berbanding dengan kadar pertumbuhan negatif 7.4 peratus dalam tahun 1998. Tan

Sri Samsudin Osman (2000 : xiii).

2.0. KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT

Paradigma baru yang sedang kita bincangkan ini dikenali sebagai New Public

Management (NPM) telah muncul sebagai suatu fenomena dan perkembangan penting

dalam teori Pengurusan Awam. Konsep pengurusan tersebut merupakan juga suatu

perspektif baru yang muncul dan berkembang pada awal tahun 1990-an yang berusaha

untuk menggabungkan nilai-nilai utama sektor perniagaan dan korporat ke dalam

pengurusan Pentadbiran Awam. Istilah New Public Management (NPM) tersebut

m/s: 2

Page 3: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

digunapakai buat pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 19911 dalam

tulisannya yang berjudul ’New Public Management for All Seasons’ yang diterbitkan

dalam jurnal bertajuk ’Public Administration’. Dalam tulisannya tersebut, beliau

menjelaskan tentang penggunaan prinsip-prinsip utama sektor perniagaan ke dalam

pengurusan awam. Namun, penjelasan yang lebih sistematik mengenai New Public

Management tersebut diberikan oleh David Osborne dan Ted Gaebler (1992) di dalam

buku mereka yang bertajuk ”Reinventing Goverment: How the Entrepreneurial Spirit Is

Transforming the Public Sector”.

New Public Management merujuk kepada pelbagai pembaharuan dalam sektor

awam yang bertujuan untuk menjadikannya lebih efisyen, ekonomik, berdaya saing dan

lebih berkesan. New Public Management telah menawarkan suatu kaedah penyelesaian

yang sangat berkesan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dalam sektor

awam yang sejak sekian lama dibelenggu dengan kerenah birokrasi. Model

pembaharuan ini menjadi sangat popular dan telah menjadikan perubahan yang radikal di

dalam pengurusan sektor awam. New Public Management juga dikenali sebagai

’Entrepreneurial Goverment’ yang mengutamakan kecekapan, keberkesanan dan prestasi

ekonomi di dalam sektor awam dengan menggunakan kaedah pengurusan moden seperti

pengukuran prestasi, pengurangan kos, kuasa autonomi, insentif kewangan, peningkatan

daya pengeluaran, inovasi, orientasi pasaran, responsif dan akauntabilities. Idea asas di

sebalik pengenalan New Public Management ialah untuk mencipta kaedah baru, teknik

dan prosedur untuk menambah baik pengurusan Pentadbiran Awam supaya lebih

berkesan untuk mencapai matlamat dalam persekitaran seiring dengan perubahan

globalisasi, privatisasi dan liberalisasi. Untuk tujuan tersebut, New Public Management

meminjam prosedur dan kaedah pengurusan sektor korporat dan perniagaan untuk

diterapkan ke dalam sektor awam.

Oleh kerana itu L.A. Gunn menyatakan New Public Management sebagai cara

ketiga di antara kaedah pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor korporat atau

perniagaan. Menurut James L. Perry dan Kenneth E. Kraemer, ”New Public Management

adalah merupakan penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam tradisional dan 1 Profesor Christopher Hood lahir pada tahun 1947 adalah Profesor di Universiti Oxford. Beliau juga merupakan fellow All Souls College, Oxford. Beliau merupakan pengarah Program Penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam: Kualiti, Prestasi dan Penyampaian. Buku-bukunya termasuk The Limits of Administration (1976), The Tool of Goverments (1983) diterbitkan semula sebagai The Tool of Goverments in The Digital Age (2007) dengan Helen Margetts dan The Art of the State (1998 dan 2000).

m/s: 3

Page 4: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

orientasi instrumental pengurusan umum.” Prinsip utama New Public Management yang

telah dikemaskini termasuklah memberi tumpuan kepada aspek pengurusan, memberi

penekanan kepada kecekapan dan penilaian prestasi, transformasi birokrasi di dalam

sektor awam, peningkatan penggunaan kuasa pasaran, penswastaan dan pensyarikatan

agensi awam untuk meningkatkan persaingan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan.

Dalam perkembangan awal New Public Management, Pollitt menyatakan pentadbiran

awam memberi fokus dan tumpuan kepada perkara berikut:

i. berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kecekapan;

ii. berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pengunaan teknologi;

iii. meningkatkan disiplin pegawai untuk meningkatkan produktiviti; dan

iv. implementasi yang jelas terhadap peranan pengurusan profesional.

Perkembangan peringkat pertama New Public Management tersebut banyak

berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan oleh Taylor. Sementara

itu, tokoh-tokoh New Public Management yang lain ialah Sterart dan Walsh (1994) dan

Kooiman. Kooiman menyatakan bahawa pola hubungan masyarakat, pemerintah dan

swasta merupakan hubungan yang kompleks, dinamis dan beragam (diverse).

Perkembangan peringkat ke dua pula, kita melihat kemunculan sistem pengurusan yang

lebih mengutamakan perkhidmatan pelanggan (New Public Services) yang diperkenalkan

oleh David Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka bertajuk

Reinventing Goverment (1992). Kejayaan pembaharuan New Public Management adalah

turut didorong oleh kombinasi ekonomi, sosial, politik dan faktor pengenalan teknologi

baru yang semakin berkembang di negara maju.

m/s: 4

Page 5: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

3.0. KEPERLUAN NEW PUBLIC MANAGEMENT

Perkhidmatan Awam berhadapan dengan pergolakan antarabangsa yang semakin

ketara terutamanya selepas berlakunya proses globalisasi dan perkembangan teknologi

maklumat yang pesat. Kesan dari perubahan-perubahan ini menjadikan dunia sebagai

satu pasar besar yang tidak bersempadan dan dicirikan oleh persaingan yang semakin

sengit. Dengan demikian, setiap negara kini menyedari bahawa kunci kejayaan kepada

kepesatan pertumbuhan ekonomi bergantung kepada keupayaan meningkatkan daya saing

di arena antarabangsa. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti kestabilan

politik dan sosial, kekayaan sumber semula jadi, tenaga manusia, sektor swasta yang

dinamik dan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, Perkhidmatan Awam telah

berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan

ekonomi negara. Bagi menyempurnakan peranan ini Perkhidmatan Awam telah

mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program pembaharuan yang menjurus

kepada meningkatkan mutu perkhidmatan sokongan bagi membolehkan sektor-sektor

penggerak ekonomi mencapai wawasan negara. Matlamat kepada usaha-usaha

pembaharuan ini ialah mewujudkan sebuah sektor awam yang cemerlang yang

berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, integriti,

akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji (1995:xiv) menyatakan, “Usaha-usaha

pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia semakin mendapat perhatian

daripada negara-negara luar termasuk badan-badan antarabangsa. Laporan oleh World

Economic Forum dan The International Institute for Management tahun 1995 meletakkan

Malaysia di antara negara-negara di dunia yang mempunyai pencapaian yang baik dalam

sektor Kerajaan. Daripada 48 buah negara yang diliputi dalam penilaian oleh badan ini,

Malaysia adalah ditangga ke empat. Di kalangan negara-negara bukan OECD, negara kita

ditangga ketiga selepas Singapura dan Hong Kong. Ini memberi makna bahawa

Perkhidmatan Awam adalah responsif dan telah mewujudkan suasana yang mengalakkan

perkembangan perniagaan dan perdagangan.

m/s: 5

Page 6: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Perhatian masyarakat antarabangsa juga terbukti dengan penghormatan yang

diberi oleh Urusetia Komenwel kepada Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjadi

tuan rumah kepada Mesyuarat Kedua Lembaga Pengarah Persatuan Komenwel Mengenai

Pentadbiran Awam dan Pengurusan atau Commonwelth Association for Public

Administration and Management (CAPAM) pada 1 September 1995 di Kuala Lumpur.

Sempena dengan Mesyuarat ini satu seminar yang bertemakan “The Public Services –

New Strategic Dimensions for the 21st Century” telah diadakan. Melalui forum tersebut,

Perkhidmatan Awam Malaysia bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman mengenai

usaha-usaha pembaharuan, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan negara-

negara anggota CAPAM. Hubungan ini amat penting bagi memperkukuhkan jaringan

yang akan menyumbang kepada peningkatan usaha-usaha reformasi dalam Perkhidmatan

Awam di masa-masa akan datang.”

4.0. CIRI-CIRI NEW PUBLIC MANAGEMENT Usaha ke arah kecemerlangan terus menjadi falsafah utama program

pembaharuan dalam sektor awam. Justeru itu, Perkhidmatan Awam telah berusaha

dengan penuh ketekunan untuk mencapai objektif ke arah mewujudkan pentadbiran yang

cekap dan berkesan dalam menyediakan perkhidmatannya di samping memberi tumpuan

kepada peningkatan akauntabiliti dan penerapan nilai-nilai positif.

Wawasan negara (Wawasan 2020) yang bermatlmat untuk mewujudkan negara

yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 merupakan pendorong kepada proses

pembaharuan di dalam sektor awam. Kemantapan daya saing negara adalah berkait rapat

dengan keupayaan sektor awam memberi sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan

kelebihan daya saing negara. Perkhidmatan Awam yang moden dan fleksibel merupakan

pemangkin kepada proses perubahan terutama semasa negara sedang berusaha untuk

meletakkan diri setanding dengan negara-negara maju. Syarat utama ke arah ini adalah

peralihan atau anjakan paradigma daripada cara birokrasi yang dikongkong oleh

m/s: 6

Page 7: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

peraturan dan prosedur yang ketat, kuasa membuat keputusan yang berpusat dan struktur

pentadbiran yang berbentuk hirerki.

Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani

isu-isu globalisasi, perkhidmatan awam terus mempertingkatkan usaha-usaha untuk

memperkenalkan beberapa pembaharuan penting berasaskan ciri-ciri utama yang

diperkenalkan melalui falsafah New Public Management seperti berikut:

4.1 Menyediakan Perkhidmatan Yang Berorientasikan Pelanggan

Matlamat asas sektor awam yang berorientasikan pelanggan ialah untuk

menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti seperti cekap, cepat dan mesra serta

yang boleh dipercayai. Bagi mencapai matlamat tersebut tumpuan telah diberikan

kepada pelaksanaan program-program seperti berikut:

a) memperkukuhkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM);

b) menggalakkan inovasi;

c) memperkemaskan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sekarang

dikenali sebagai Kumpulan Inovasi dan Kualiti (KIK);

d) mempertingkatkan pelaksanaan Piagam Pelanggan;

e) menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih berkualiti; dan

f) mengadakan kempen pembersihan tunggakan kerja.

4.2 Memperbaiki Sistem dan Prosedur Kerja

Sistem dan prosedur kerja mempunyai impak terhadap prestasi organisasi. Sistem

adalah langkah-langkah yang direka dalam menghasilkan sesuatu yang diingini,

manakala prosedur pula adalah perincian tentang langkah-langkah tersebut. Sistem

dan prosedur akan menentukan bagaimana proses-proses kerja perlu diikuti untuk

menghasilkan output yang dikehendaki. Output yang tidak dapat memenuhi

kehendak pelanggan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh

disebabkan oleh sistem dan prosedur yang tidak cekap. Oleh itu, sistem dan

m/s: 7

Page 8: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

prosedur perlulah bersifat dinamik dan fleksibel supaya mudah diubahsuai atau

dirombak agar dapat dijuruskan ke arah pencapaian misi organisasi. Malah, usaha-

usaha untuk memperbaiki sistem dan prosedur perlu dibuat secara berterusan sejajar

dengan tuntutan persekitaran bagi mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang

efisyen dan berkesan.

Program-program untuk memperbaiki sistem dan prosedur terus dipertingkatkan

dengan tumpuan kepada:

a) memperkemaskan sistem pengurusan;

b) penggunaan borang dan ketelusan dalam membuat keputusan;

c) memperkemaskan sistem pengurusan rekod;

d) meningkatkan automasi pejabat;

e) memperkemaskan sistem pengurusan projek pembangunan; dan

f) usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil Services.

4.3 Mempertingkatkan Penggunaan Teknologi Maklumat

Kejayaan yang dicapai dalam gerakan pembaharuan dalam sektor awam

memperlihatkan sumbangan penting teknologi maklumat dalam membantu pihak

pengurusan membuat perancangan, pengesanan, pengawalan dan membuat

keputusan secara berkesan. Teknologi maklumat merupakan media penting dalam

usaha penambahbaikan kepada sistem dan prosedur ke arah menerapkan budaya

kerja yang berteraskan kecemerlangan. Penggunaan teknologi maklumat telah

berjaya memantapkan usaha penyediaan perkhidmatan berkualiti yang dapat

memenuhi kehendak pelanggan. Teknologi maklumat juga adalah pemangkin ke

arah peningkatan kecekapan dan akauntabiliti agensi-agensi sektor awam.

Bagi meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran, Kerajaan Malaysia tidak

ketinggalan dengan usaha menerapkan sistem teknologi maklumat ke dalam sektor

awam. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus dijadikan asas dalam usaha

m/s: 8

Page 9: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya

melalui pelaksaan projek aplikasi perdana Kerajaan Elektronik (EG). Kesemua

lima projek perintis aplikasi perdana Kerajaan Elektronik iaitu Perkhidmatan

Elektronik (Electronic Services – eServices), Perolehan Elektronik (Electronic

Procurement-eP), Persekitaran Pejabat Generik (Generic Office Envoirement-

GOE), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource

Management Information System-HRMIS) dan Sistem Pemantauan Projek (Project

Monitoring System–PMS) sedang dalam pelbagai peringkat kemajuan dan

pelaksanaan. Kebanyakan sistem ICT tersebut telah dilaksanakan dan digunapakai

di dalam perkhidmatan sektor awam.

Dari segi pembangunan ICT sektor awam, secara keseluruhannya lebih RM500 juta

telah diluluskan dalam tahun 2000 bagi projek-projek ICT di pelbagai agensi awam

di mana 67 peratus adalah untuk sektor pentadbiran dan kewangan. Bagi

menentukan pembangunan dan penggunaan ICT yang lebih terancang, semua

agensi Kerajaan telah diminta melantik Ketua Pegawai Maklumat yang

bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyelarasan dan pemantauan

program ICT di agensi masing-masing. Untuk maksud tersebut, setiap agensi juga

telah diminta menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) masing-

masing.

4.4 Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan

Penswastaan Malaysia

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat sejak beberapa tahun yang lepas adalah

hasil daripada usaha-usaha gigih sektor awam melaksanakan Dasar Pensyarikatan

dan Penswastaan Malaysia. Dasar ini adalah merupakan salah satu ciri New Public

Management yang memberi penekanan kepada kerjasama erat antara sektor awam

dan sektor swasta dalam menghadapi persaingan ekonomi global. Asas utama

pendekatan dasar ini ialah kejayaan pembangunan negara memerlukan kedua-dua

sektor mengamati persepsi negara sebagai sebuah badan korporat yang dimiliki

m/s: 9

Page 10: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

bersama oleh kedua-dua sektor demi kepentingan negara. Faedah yang boleh

dicapai daripada kerjasama dan pakatan kedua-dua sektor ini ialah keuntungan yang

lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada limpahan (spin-

offs) dalam pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan

ekonomi yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan

ini akan menyumbang kepada pertambahan hasil Kerajaan yang amat diperlukan

bagi menbiayaai program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perbelanjaan

pengurusan Kerajaan. Ia adalah merupakan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang

bertujuan untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan

sektor swasta yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang

lebih kukuh dan mantap. Okposin (2003).

Strategi persepakatan ini amat penting dalam usaha Kerajaan memulih,

mengembang dan memantapkan ekonomi negara berikutan krisis kewangan dan

ekonomi yang dialami negara dan juga negara-negara serantau. Perkongsian pintar

sektor awam dan swasta ini terbukti sangat berfaedah dalam meningkatkan daya

tahan negara untuk bersaing secara agresif di pasaran perdagangan dunia.

Menyedari pentingnya sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan negara, sektor awam terus memberi tumpuan kepada penyediaan

persekitaran yang dapat menyokong dan membantu sektor swasta memainkan

peranannya dengan lebih berkesan sebagai jentera pertumbuhan ekonomi.

Perhatian utama diberikan kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan dan

menyediakan berbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan dan ekspektasi sektor

swasta.

Dasar penswastaan telah dapat mengurangkas kos pengurusan sektor awam yang

terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus berjaya meningkatkan prestasi

syarikat awam yang berkaitan kerajaan (Goverment Link Company – GLC) dalam

memberi kepuasan perkhidmatan kepada rakyat. Dasar penswastaan diperkenalkan

untuk membawa perubahan positif kepada organisasi, pengurusan dan prestasi

agensi awam yang sebelum ini menjadi tanggungjawab Kerajaan. Dasar ini

m/s: 10

Page 11: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

menggambarkan iltizam Kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung

Kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan

awam serta membenarkan kuasa pasaran menguasai ekonomi. Antara contoh

penswastaan agensi awam yang berjaya ialah seperti Jabatan Telekom Malaysia

(JTM) kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM), Lembaga Letrik Negara

(LLN) kepada Tenaga Nasional (TNB), Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Pos

Malaysia Berhad. Berikut adalah merupakan pecahan projek yang diswastakan

mengikut sektor yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0: Projek Yang Disawstakan Melalui Sektor,

Malaysia, 1991 – 1995

Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan

perluasan keupayaan dan rangkaian khidmat serta penerapan teknologi baru.

Pekerja digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran mengikut

prestasi melalui bonus pada akhir tahun. Insentif lain supaya pekerja lebih

produktif ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen

Saham Ketaatan Pekerja dan ganjaran tunai. Berikut ialah Rajah 1.2 yang

menunjukkan kecekapan dan produktiviti tiga entiti yang telah diswastakan.

m/s: 11

Page 12: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Rajah 1.1: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih Yang

Diswastakan di Malaysia

m/s: 12

Page 13: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

4.5 Memperkukuhkan Struktur Organisasi dan Pengurusan Sumber

Manusia

Pengukuhan struktur organisasi dan kecekapan pengurusan sumber manusia

merupakan komponen penting dalam menyediakan jentera pentadbiran yang efisyen

dan berkesan. Susunan struktur organisasi yang kemas dengan saiz anggota yang

sesuai membolehkan sesebuah organisasi mengoptimumkan penggunaan sumber

dan mengendalikan pengurusan dan pentadbirannya dengan lebih cekap. Bagi

memperkukuhkan struktur organisasi sektor awam, tumpuan telah diberi kepada

usaha penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi sektor awam dan

meneruskan program penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia pula,

usaha-usaha terus dilaksanakan bagi mengadakan berbagai program latihan kepada

anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat dan menyediakan

peluang bagi kemajuan kerjaya. Penekanan juga diberi bagi memperkemaskan

sistem penilaian prestasi. Di peringkat agensi, usaha-usaha juga telah diambil oleh

beberapa agensi dalam memantapkan lagi pengurusan sumber manusia masing-

masing.

4.6 Meningkatkan Akauntabiliti dan Disiplin

Kecemerlangan dalam pengurusan kualiti dan produktiviti tidak bermakna

sekiranya tidak disokong dengan tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi.

Anggota Perkhidmatan Awam yang diamanahkan dengan pelbagai sumber awam

perlu melaksanakan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab. Mereka

berkewajipan melaksanakan setiap tugasan secara sempurna dan cekap

berpandukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mereka

juga bertanggungjawab memberi keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan

prestasi mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.

m/s: 13

Page 14: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi dan ketelusan dalam pentadbiran akan

menjamin integriti dan kredibiliti Perkhidmatan Awam sebagai pemegang amanah

yang menjaga kepentingan awam dan negara. Menyedari hakikat ini, Perkhidmatan

Awam telah mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk meningkatkan

akauntabiliti dan disiplin. Program-program tersebut ialah:

a) memperkemaskan pengurusan kewangan;

b) mempertingkatkan pengurusan prestasi;

c) memperkukuhkan pengendalian pengaduan awam; dan

d) memperketatkan pengendalian tatatertib dan disiplin.

4.7 Membudayakan Nilai-Nilai Kecemerlangan

Kejayaan pelaksanaan usaha-usaha pembaharuan adalah bergantung kepada sejauh

mana anggota-anggota Perkhidmatan Awam menerima dan menghayati perubahan-

perubahan yang diperkenalkan. Ini memerlukan proses pembudayaan yang

berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan, tumpuan telah

diberi kepada pelaksanaan beberapa langkah strategik bagi mengukuhkan usaha-

usaha penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran. Langkah-langkah tersebut

ialah:

a) penerapan nilai-nilai murni;

b) memperluaskan Sistem Inspektorat; dan

c) memantapkan sistem pengiktirafan.

m/s: 14

Page 15: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

5.0. PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN AWAM TERDAHULU

Setelah memahami konsep dan ciri-ciri New Public Management maka kita sudah

tentu dapat membezakan sistem pengurusan tradisional dengan teori klasik birokrasi yang

diperkenalkan oleh Max Weber, berbanding dengan sistem pengurusan sektor awam yang

telah melalui anjakan dan pembaharuan dengan konsep New Public Management yang

diperkenalkan oleh Christopher Hood pada tahun 1991. Teori birokrasi oleh Weber

membantu organisasi dari segi merangka corak aliran autoriti yang jelas dan bersistem

dalam organisasi. Walaupun ada pendapat yang mengatakan ia akan mewujudkan

kerenah birokrasi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mewujudkan prosedur yang harus

diikuti oleh semua orang.

Penekanan juga harus diberi kepada usaha membentuk sebuah organisasi yang

berkesan dan cekap. Untuk tujuan tersebut, Weber menyarankan agar perhatian harus

diberikan kepada soal pengambilan calon pekerja yang berkualiti, mempunyai kelayakan

yang sesuai dan penempatan yang betul. Personel dalam organisasi birokrasi juga akan

terkawal kerana mereka terikat dengan undang-undang. Sistem yang diperkenalkan

tersebut mungkin sesuai dilaksanakan didalam pengurusan sektor awam dan korporat

pada abad ke-20, tetapi dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas pada

masa kini dan saiz Pentadbiran Awam yang sangat besar maka ianya adalah dianggap

terlalu rumit untuk dilaksanakan. Ahmad Martadha Mohamed et al. ( 1998:19).

Sementelahan itulah konsep pembaharuan yang diperkenalkan melalui New

Public Management pula berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti,

inovasi, integriti, akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme telah mendapat perhatian di

peringkat global. New Public Management diperkemaskan lagi dengan pengenalan

’reinventing goverment’ yang diperjelaskan oleh David Osborne dan Ted Gaebler.

Perubahan dan anjakan paradigma di dalam sektor awam perlu dilakukan seiring dengan

penggunaan teknologi maklumat secara meluas di peringkat global. Pembaharuan secara

progresif perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti pengeluaran serta

Perkhidmatan Awam.

m/s: 15

Page 16: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Hasil dari pembaharuan pengurusan sektor awam di negara ini, ramai kalangan

masyarakat mengakui ada perubahan besar dalam mutu perkhidmatan awam di negara ini

jika dibandingkan pada 1970-an. Dalam satu soal selidik ringkas yang dijalankan sebuah

syarikat televisyen tempatan, rata-rata rakyat Malaysia memberikan markah yang baik

antara angka 7 dan 8 dalam skala 1 hingga 10 dalam menilai mutu perkhidmatan awam

masa kini. Banyak perkhidmatan kerajaan yang dahulunya mengambil masa berminggu-

minggu untuk menyelesaikan sesuatu urusan kini mampu menyelesaikannya dalam

tempoh beberapa hari. Pelbagai borang tebal dan panjang berjela yang perlu diisi

pelanggan sebelum ini, kini diganti dengan borang yang cukup ringkas dan mudah hasil

inovasi berterusan kakitangan di jabatan terbabit. Pelbagai kerenah birokrasi juga cuba

diminimumkan sebaik mungkin oleh pengurusan tertinggi jabatan selagi tidak

menjejaskan objektif prosedur dan tahap ketelusan yang sudah ditetapkan. Ketua agensi

kerajaan, khususnya yang berada di barisan hadapan, terus berusaha memastikan petugas

kaunter sentiasa responsif dan berinisiatif memudahkan urusan pelanggan. Sikap

sebahagian besar kakitangan kerajaan masa dulu yang menganggap diri mereka ‘tuan’

dan cukup berkuasa kini berubah dengan sikap mementingkan pelanggan dan bekerja

untuk rakyat Malaysia.

6.0. CABARAN-CABARAN PEMBAHARUAN PENGURUSAN AWAM

Ekspektasi yang tinggi oleh pihak pengurusan tertinggi negara dan rakyat serta

sektor swasta terhadap perkhidmatan sektor awam adalah merupakan tekanan dan

cabaran yang telah menggerakkan Perkhidmatan Awam untuk memikir dan

mendifinasikan semula peranannya dalam pembangunan negara. Sehubungan itu

Perkhidmatan Awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran

yang bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran

yang dinamik. Peralihan peranan dan fungsi, struktur dan proses, nilai dan corak minda

merupakan langkah permulaan untuk meletakkan asas ke arah Perkhidmatan Awam yang

lebih dinamik, berdaya tahan dan kreatif. Peranan Pentadbiran Awam telah berubah dari

fungsi tradisinya yang menumpukan kepada menjamin keselamatan dan pelaksanaan

m/s: 16

Page 17: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

undang-undang, penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan pelaksanaan projek-projek

pembangunan sosio ekonomi kepada peranan sebagai fasilitator kepada sektor swasta

yang telah dikenalpasti sebagai jentera pertumbuhan ekonomi.

Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam sikap dan corak kerja kakitangan

awam, masih ramai lagi rakyat menganggap sesetengah kakitangan kerajaan adalah

pekerja yang malas, suka curi tulang, rasuah dan pelbagai lagi konotasi negatif. Sedikit

kesilapan atau kecacatan dalam urusan perkhidmatan kerajaan dalam kes bersifat

terpencil dicanang di dada media sebagai mewakili sikap sejuta kakitangan kerajaan

seluruhnya. Faktor kelewatan dalam menerima perkhidmatan kerajaan, perlu beratur

panjang dan tidak mendapat maklum balas segera terhadap masalah, aduan dan kesulitan

yang dibangkitkan adalah antara perkara biasa yang sinonim dengan perkhidmatan sektor

awam. Sehubungan itu, Kerajaan menyediakan pelbagai mekanisme bagi membolehkan

sebarang rasa tidak puas hati rakyat terhadap mutu perkhidmatan awam disalurkan

kepada pihak berwajib bagi ditangani segera. Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah

antara agensi utama yang bertanggungjawab melayan sebarang aduan pengguna dengan

segera. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima BPA, menunjukkan penurunan

berterusan jumlah aduan yang diterima sejak 2002 sehingga kini. Kerajaan

sememangnya berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan sumber manusia, prasarana

dan teknologi terkini bagi membolehkan perkhidmatan sektor awam mencapai tahap

terbaik dan bertaraf dunia. Bagaimanapun, usaha ini tidak mampu disediakan secara

serentak dan sukar untuk dipenuhi semuanya. Oleh itu, rakyat Malaysia masih mengalami

keadaan perlu menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan atau ubat di hospital dan

klinik kerajaan.

Selain itu, kita mengalami kekurangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik

kerajaan juga mengalami kekurangan peralatan dan ubat-ubatan walaupun bukanlah pada

tahap serius. Kekurangan sumber manusia di samping peningkatan jumlah pelanggan

yang makin bertambah saban tahun menyebabkan wujudnya tekanan yang berat terhadap

kakitangan awam. Kini kita boleh melihat ramai kakitangan awam yang terpaksa bekerja

lebih masa bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat diselesaikan

dalam tempoh ditetapkan. Pengorbanan kakitangan sektor awam walaupun mendapat

perhatian kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan dan penghargaan yang sepatutnya

m/s: 17

Page 18: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

daripada rakyat. Sebaliknya, anggapan negatif terhadap sektor awam semacam terus

bersemayam di minda rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai program pembaharuan yang telah diperkenalkan adalah

sebagai respon kepada pelbagai cabaran global dan juga dalaman yang telah

mempengaruhi struktur organisasi, proses dan anggota Perkhidmatan Awam. Cabaran-

cabaran ini bukan sahaja telah memberi tekanan untuk melakukan pembaharuan malahan

merupakan merupakan pandan kepada pembentukan strategi-strategi yang diperkenalkan

oleh Perkhidmatan Awam.

7.0. PENUTUP

Secara umumnya pengenalan New Public Management telah memberi impak

yang sangat besar terhadap sistem pengurusan pentadbiran awam di seluruh dunia dan

juga Malaysia. Sistem pengurusan Pentadbiran Awam menjadi lebih moden dan semakin

cekap dan sekaligus dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana yang

diharapkan. Kerenah birokrasi dan kelewatan membuat keputusan tidak lagi menjadi

bualan masyarakat. Kesilapan dalam membuat keputusan juga dapat diminimumkan

sekecil mungkin. Sistem penyampaian juga semakin mudah dengan pengenalan

teknologi maklumat di dalam sistem pengurusan sektor awam.

Perubahan tersebut telah membawa perubahan dan anjakan birokrasi sektor awam

di Malaysia dan pengurusan dalamannya. Semakin banyak nilai-nilai korporat yang

diamalkan di dalam sektor awam seperti peningkatan kualiti dan produktiviti, kecekapan

pengurusan, output, inovasi, integriti dan akauntabiliti yang kesemuanya adalah memberi

keutamaan kepada perkhidmatan pelanggan. Kekuatan pasaran telah dianggap sebagai

alat bagi pertumbuhan dan perkembangan yang komprehensif kerana pembaharuan yang

dilaksanakan tidak hanya untuk mentakrifkan semula peranan sektor awam tetapi lebih

begitu reposisi dalam konteks untuk mencapai tujuan pembangunan nasional. Dengan

semua ini, pembaharuan kontemporari tidak kurang daripada fenomena dan mereka dapat

melihat jenis pembaharuan yang berlaku di tempat lain di bawah paradigma New Public

Management. Siddiquee (2006).

m/s: 18

Page 19: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Justeru itu, saya percaya harapan YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib

bin Tun Razak dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Alor Setar Pada 13hb Julai 2009 (Isnin), Di Dataran

Promenade, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah Alor

Setar, Kedah yang mahukan sebuah perkhidmatan awam yang berkesan, responsif, luwes

dan berani berubah akan dapat dipenuhi dengan pelbagai pembaharuan yang telah dan

sedang dilaksanakan di dalam sektor awam. Kerjasama semua pihak terutama daripada

rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia. Idea dan cadangan

penambahbaikan mutu perkhidmatan awam amat dialu-alukan dan bukan sekadar

memberikan ulasan negatif dan sembang kedai kopi yang tidak memberi sebarang

manfaat untuk semua.

m/s: 19

Page 20: Bincangkan Konsep New Public Management

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Rujukan:

• Buku

Ahmad Martadha Mohamed et al. 1998. Asas Pentadbiran Organisasi. Introduction to Organization and Management, Modul Pembelajaran Kendiri BPM, A Module Text for Distance Learning, Sintok. Penerbit: Universiti Utara Malaysia

Christopher Pollit, Geert Bouckaert. 2000. Public Management Reform. A Comparative Analysis. Penerbit: Oxford University Press US. Christopher Hood, Oliver James, B. Guy Peters, Colin Scoot. 2005. Controlling Modern Government: Variety, Commonality and Change. Penerbit : Edward Elgar Publishing. David Osborne, Ted Gaebler. 1992. Reinventing Government: How The Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public Sector. Penerbit: Addison-Wesly Pub. Co. Perkhidmatan Awam Malaysia. 2004. Memperkukuh Agenda Pembaharuan (Laporan Pembaharuan dan Kemajuan Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2000). Penerbit: Kerajaan Malaysia. Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul Hamid, Ong Hway Boon ; penterjemah Onn Mohd. Jadi, Zaleha Abu Bakar. 2003. Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. Penerbit: Utusan Publication.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. 1995. Perkhidmatan Awam Malaysia: Ke Arah Kecekapan dan Keberkesanan. Penerbit: Kerajaan Malaysia.

• Jurnal

Hood, Christopher;Guy Peters. 2004. The Middle Aging of New Public Management: Into the Age of Paradox? Ournal of Public Administration Research and Theory; 14: 267-282. http://jpart.oxfordjournals.org/cgi/reprint/14/3/267

• Internet

Noore Alam Siddique. Public Services Innovations, Policy Transfer and Governance In The Asia Pasific Region: The Malaysian Experiant. http://www.joaag.com/uploads/Siddiquee.pdf

m/s: 20