Upload
mohd-noh-bin-md-yunus
View
1.421
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
Tajuk Soalan: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan
kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mengapa peruntukan khas ini diberi kepada negeri
berkenaan.
1.0 Pengenalan
Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) yang
dipinda melalui Akta Malaysia (1963). Perkara ini dilakukan atas cadangan Inter Governmental
Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan
Malaysia. Alasan mendapat hak keistimewaan inilah yang perlu dikaji. Pertama, ada beberapa
kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution of the Malaysia Solidarity
Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council of North Borneo (1962),
Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto of the Sabah Alliance
(1962). Di samping itu, ada Report of the Inter-Governmental Committee/Landsdowne
Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act 1963. Semuanya mengiktiraf
keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan negeri-negeri Borneo.
Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi kepada
Sabah dan Sarawak. Oleh sebab wujudnya syarat-syarat khas ini, kedudukan kedua-dua negeri
ini berlainan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Perbezaan syarat secara amnya berkaitan
dengan kuasa yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini mempunyai kuasa
yang lebih luas daripada negerinegeri Tanah Melayu lain. Sebagai contoh, ada kuasa yang
dipunyai oleh kerajaan Persekutuan tidak boleh dijalankan di negeri-negeri itu, kecuali
dipersetujui oleh undang-undang negeri atau oleh Yang Dipertua Negeri yang berkenaan. Dalam
banyak aspek, gabungan baru itu merupakan penyatuan lima entiti yang tidak seimbang kerajaan
persekutuan yang berkuasa, 11 negeri-negeri semenanjung yang mempunyai kuasa autonomi
terhad dan negeri-negeri yang mendapat keistimewaan iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura
dengan mendapat hak keistimewaan atau ‘kelonggaran’ dalam beberapa aspek daripada kerajaan
persekutuan..
2.0 Hak Keistemewaan Bumiputera Sarawak dan Sabah
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara (Sarawak dan Sabah) hendalah
menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak
semestinya boleh digunakan untuk Sarawak dan Sabah. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini
disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan
Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak
keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.
Kedudukan istimewa kaum bumipetera Malaysia ini sangat penting untuk dihayati kerana
perkara ini mudah disalah tafsir dan jika ini berlaku, perbalahan akan berlaku serta hubungan
antara kaum atau etnik akan menjadi keruh. Ia telah disentuh di dalam Bahagian 12, Bab 1,
Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan
demi menghormati hak kaum bukan bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan
Persekutuan telah memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi
hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.
Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan
bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa
atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya. Orang
Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir
sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan
ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka
berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atauialah zuriat seseorang yang sedemikian.
Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:
1. Di Sarawak mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut,
Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum,
Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran daripada kaum tersebut.
2. Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah.
Setelah kita melihat pentafsiran melayu dalam perlembagaan, sekarang kita akan melihat
pula apakah peruntukan-peruntukan yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan megenai
orang melayu, pertama yang perlu kita amati ialah Perkara 153 yang menjamin kedudukan
istimewa orang melayu dan bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) perkara 153. Perkara
ini juga menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet
berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidamatan awam, agihan
biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan
termasuk permit dan lesen perniagaan. Antara sebahagian Peruntukan Perkara 153 adalah seperti
berikut:
(1) Adalah menjadi tanggugjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa
oaring Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sarawk dan Sabah dan kepentingan-
kepentigan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di
bawah perlembagaan dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
mna-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan
bumiputera mna-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh
Yang di Pertuan Agong mengenai biasiswa, bantuan atau lain-lain kemudahan khas yang diberi
atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di
Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan,
dan perezapan permit dan lesen adalh tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan
Perkara ini.
Walaubagaimanapun perkara-perkara yang dinyatakan tadi tidak boleh dilaksanakan jika
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa pun atau
penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati olehnya, atau perlucutan atau
penamatan permit dan lesen yang dipegang olehnya. Sebenarnya terdapat beberapa klausa yang
dinyatakan dalam perkara ini, Cuma yang dapat kita rumuskan disini terdapat tiga perkara utama
yang disebut dalam Perkara 153 mengenai hak keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan
kepada Orang Melayu iaitu kedudukanya dalam perkhidmatan awam, perniagaan(ekonomi) dan
pelajaran yang man ketiga-tiga keistimewaan ini dijamin oleh perlembagaan serta dilindungi
oleh Yang di Pertuan Agong.
2.1 Kuasa Parlimen
Anggota-anggota Dewan Rakyat disusun mengikut cantuman (component ) dalam Malaysia dan
terdapat tiga cantuman utama: Cantuman pertama 153 orang kesemuanya bagi negeri-negeri di
Tanah Melayu atau Semenanjung dan ini tidak termasuk 11 bagi Wilayah Persekutuan, satu bagi
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu bagi Wilayah Persekutuan Labuan;
Cantuman kedua 25 orang bagi Sabah; dan
Cantuman ketiga 25 orang bagi Sarawak.
Perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa negeri-negeri Borneo sebenarnya
lebih banyak daripada perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Tanah
Melayu. Negeri-negeri Borneo mempunyai senarai tambahan kepada senarai negeri dan senarai
bersama untuknya. Antara perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri Borneo adalah
mengikut Perkara 968(3) Dewan Undangan Negeri-negeri Borneo boleh membuat undang-
undang mengenakan cukai jualan. Kuasa ini tidak dipunyai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu,
kerana kuasa ini ada pada Parlimen.
Dalam Perkara 76(1) (b) pula, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai
perkara-perkara dalam bidang kuasa negeri bagi maksud menyeragamkan undangundang
beberapa buah negeri atau bagi menyeragamkan undang-undang dan dasar tentang tanah, kadar
dan nilaian tanah dan kerajaan tempatan antara negeri. Namun bagi negeri-negeri Borneo,
Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang ini. Mengikut Perkara 76A, Parlimen
berkuasa mewakilkan mana-mana negeri supaya membuat undang-undang bagi perkara dalam
bidang kuasanya. Perwakilan kuasa ini boleh dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong
sahaja. Perwakilan kuasa bagi membuat undang-undang telah diberi kepada negerinegeri Borneo
yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia. Antara kuasa yang diberi adalah yang berkaitan dengan
pengangkutan jalan raya, lalu lintas, kuasa elektrik, pembahagian gas, getah dan Badan
Persuratan Borneo. Kuasa membuat undang-undang tentang pengangkutan jalan raya dan lalu
lintas diberi hingga akhir tahun 1973.
2.2 Imigresen
Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan, negeri-negeri
Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu dalam perkara ini. Hal ini dijelaskan melalui Perkara
9 (3) Perlembagaan Malaysia. Bagi melaksanakan Perkara 9(3) ini, Parlimen telah meluluskan
undang-undang yang disebut Akta Imigresen 1963 pada 16 September 1963. Akta ini telah
memperluas kuat kuasa Ordinan Imigresen 1969 ke negeri-negeri Borneo dan juga telah
memberi beberapa kuasa yang penting kepada kerajaan kedua-dua negeri itu. Kuasa ini tidak
boleh dipinda oleh Parlimen, melainkan dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri-negeri yang
berkenaan. Pindaan ini dibuat dengan sokongan suara dua pertiga.
Sepatutnya, seseorang warganegara berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah
negeri dalam Malaysia ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri. Walau bagaimanapun
disebabkan negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh pembentuk-
pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada Parlimen supaya dapat
mengenakan sekatan-sekatan ke atas kebebasan warganegara dalam hal itu. Oleh itu, kerajaan
negeri-negeri ini berhak menyekat kemasukan rakyat Malaysia dari negeri-negeri Tanah Melayu.
kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah
kuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Sarawak dan Sabah perlu mendapat kelulusan kerajaan
Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Sarawak dan Sabah
untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Sarawak dan Sabah hendaklah
mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan
kawasan lain di Malaysia ke dalam Sarawak dan Sabah , selain daripada yang bekerja dengan
kerajaan Persekutuan di Sarawak dan Sabah.
Imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah
digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti
permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.
Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -
negeri tersebut. Sarawak dan Sabah juga hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi
mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Sarawak
dan Sabah, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Sarawak dan Sabah. Perkara ini
dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang
yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan
kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn
sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja
dengan kerajaan Persekutuan.
2.3 Hal Ehwal Tanah
Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan tanah dalam sebuah
negeri untuk maksud Persekutuan. Ini tertakluk kepada syarat, jika tanah itu tanah kerajaan,
maka rundingan hendaklah diadakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Jika
tanah itu tanah yang telah diberi milik, maka tidak perlu hal ini dibincangkan dengan kerajaan
negeri. Namun dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo, kerajaan Pusat hendaklah berunding
terlebih dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini, sama ada tanah yang dikehendaki oleh
kerajaan Persekutuan itu tanah yang telah diberi milik atau tanah kerajaan.
Mengenai tanah simpanan Bumiputera, mengikut Perkara 89, Parlimen berhak membuat
undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar dalam hal ehwal tanah. Namun
bagi negeri-negeri Borneo, kuasa Parlimen dalam hal ini dikecualikan. Seperkara lagi, negeri-
negeri di Tanah Melayu tidak mempunyai kuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan
untuk orang Melayu. Walaupun begitu, negeri-negeri Borneo berkuasa penuh dalam hal
mewujudkan tanah simpanan untuk bumiputeranya.
Di bawah perkara 91, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara hendaklah
dipatuhi oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, bagi negeri-negeri Borneo, keputusan itu tidak
semestinya dipatuhi oleh kerajaan negeri. Perbezaan hanya akan terhapus jika Parlimen, dengan
persetujuan Yang di-Pertua Negeri itu, membuat undang-undang supaya keputusan Majlis Tanah
Negara mesti dipatuhi oleh kerajaan-kerajaan negeri itu.
2.4 Kewangan
Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan Sabah dan Sarawak turut
mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian kewangan. Antara kuasa-kuasa yang diberi
adalah;
(a) Kuasa Meminjam Wang
Di dalam Perlembagaan Perkara 112B, Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak, fasal
(2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri Sabah atau Sarawak untuk meminjam di
bawah kuasa undang-undang Negeri di dalam Negeri itu, jika peminjam itu telah mendapat
kelulusan Bank Negara yang ada pada masa itu bagi Persekutuan. Pada umumnya, kerajaan-
kerajaan negeri di Tanah Melayu diberi kuasa yang terbatas bagi peminjaman kewangan, iaitu
hanya boleh meminjam daripada kerajaan Pusat dan mana-mana badan yang dibenarkan sahaja.
Sebaliknya, bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini boleh meminjam daripada mana-
mana pihak dalam negara, dengan syarat mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
(b) Penerimaan Geran Kewangan
Perlembagaaan Malaysia memberi hak kepada negeri-negeri Borneo bagi
mendapat jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat.
Selain daripada tiga punca utama iaitu pemberian wang per kapita; peruntukan
jalan-jalan raya dan punca-punca hasil yang diberi kepada semua kerajaan
negeri, Sabah dan Sarawak berhak mendapat pemberian wang tambahan.
(c) Sumber-sumber Tambahan Hasil
Selain daripada sumber hasil yang diserahkan kepada negeri-negeri seperti
Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Malaysia, negeri-negeri Sabah dan
Sarawak turut menerima sumber tambahan hasil seperti ;
1. Cukai import dan eksais serta hasil petroleum;
2. Cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan;
3. Cukai eksport bahan galian selain bijih timah dengan royalti tidak
lebih 10%;
4. Bayaran lesen pengangkutan jalan raya, lalu lintas dan pendaftaran
kereta, iaitu selagi kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat
undang-undang berkenaan;
5. Cukai-cukai jualan negeri; dan
6. Bayaran-bayaran daripada pelabuhan negeri.
3.0 Mengapakah hak keistimewaan diberi kepada Sabah dan Sarawak di dalam
Perlembagaan Malaysia ?
Dalam banyak aspek, gabungan baru itu merupakan penyatuan lima entiti yang tidak
seimbang kerajaan persekutuan yang berkuasa, 11 negeri-negeri semenanjung yang mempunyai
kuasa autonomi terhad dan negeri-negeri yang mendapat keistimewaan iaitu Sabah, Sarawak dan
Singapura dengan mendapat hak keistimewaan atau ‘kelonggaran’ dalam beberapa aspek
daripada kerajaan persekutuan.
Pertama, ada beberapa kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution
of the Malaysia Solidarity Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council
of North Borneo (1962), Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto
of the Sabah Alliance (1962). Di samping itu, ada Report of the Inter-Governmental
Committee/Landsdowne Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act
1963. Semuanya mengikhtiraf keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan
negeri-negeri Borneo.
Keduanya, dari segi budaya, agama dan bahasa tersendiri penduduk Borneo yang
memberi peruntukan istimewa sebagai langkah memelihara tradisi yang unik dan ulung.
Ketiganya, negeri-negeri Borneo merangkumi wilayah yang besar dan merupakan sumber yang
tidak terbatas kepada persekutuan. Seluruh keluasan adalah 198,069 km persegi, melebihi
keluasan semenanjung Malaysia 131,681 km persegi. Pantai Sabah dan Sarawak sepanjang 2,607
km jika dibandingkan dengan semenanjung, 2,068 km. Keempat, walau pun mempunyai sumber
yang banyak, mereka masih mempunyai masalah kemiskinan dan banyak kawasan di Sabah dan
Sarawak yang mundur dan tidak dimajukan. Kelima, pakatan 1963 di antara Persekutuan
Malaya, United Kingdom, Utara Borneo, Sarawak dan Singapura bukanlah semata-mata
persetujuan domestik. Ia adalah Treaty Antarabangsa.
Disebabkan alasan-alasan yang disebutkan tadi, Constitution Persekutuan Malaya telah
ditulis semula untuk merangkumi kedudukan istimewa negeri-negeri baru tersebut. Ketiga-
tiganya diberikan pendapatan tambahan yang tidak diberikan kepada negeri-negeri Barat
Malaysia. Ini menekankan kuasa legislatif persekutuan dan negeri-negeri; mengandungi tiga
senarai legislatif – Federal List dengan 27 topik; State List dengan 13 topik; dan Concurrent List
dengan 14 topik. Untuk menguatkan kuasa legislatif negeri-negeri Borneo, diadakan
Supplementary State List dengan 6 topik dan Supplementary Concurrent List dengan 9 topik,
ditambah kepada Federal Constitution.
Negeri-negeri Borneo diberikan kuasa ke atas aspek imigrasi ke dalam Negeri-negeri.
Sabah dan Sarawak mempunyai Mahkamah Tinggi, Hakim Besar dan mahkamah kaum.
Perlantikan Hakim untuk Borneo High Court memerlukan persetujuan dengan Ketua Menteri
negeri terbabit. Oleh kerana ramai penduduk bukan Islam di Sabah dan Sarawak, Perlembagaan
kedua-dua negeri, pada 1963 tidak mengandungi peruntukan untuk Islam. Kebanyakan undang-
undang persekutuan yang berkaitan dengan Islam sebagai agama persekutuan tidak termaktub di
Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai hak eksklusif ke atas tanah dan kerajaan
tempatan. Sungguh pun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, penggunaan English dan
bahasa kaum lain adalah dibenarkan di Negeri-negeri Borneo. Serupa dengan kedudukan
istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153, kaum di negeri-negeri tersebut juga diberikan
perlindungan istimewa di bawah Artikel 153.
Sebarang perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh keistimewaan
Sabah dan Sarawak memerlukan persetujuan Gabenor kedua-dua negeri. Pakatan memberikan
Sabah, Sarawak dan Singapura perwakilan di Dewan Rakyat yang merangkumi lebih sepertiga
kerusi yang diperuntukkan. Mungkin ini membolehkan negeri-negeri itu mempunyai kuasa
menentang sebarang perubahan perlembagaan. Artikel 150(6A) emergency chapter melindungi
undang-undang dan budaya kaum di negeri-negeri Borneo even against emergency legislation.
Peguam di Barat Malaysia tidak mempunyai hak untuk berkhidmat di mahkamah di Borneo
tanpa permit kerja. Sungguhpun diberikan pelbagai keistimewaan, perhubungan Kuala Lumpur
dengan ketiga-tiga negeri tidak berjalan lancar.
Penyatuan dengan Singapura bertahan selama dua tahun. Ketegangan dengan negeri-
negeri Borneo juga banyak. Pada 1966, darurat terpaksa diisytiharkan di Sarawak untuk melantik
Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan. Ketika diketuai oleh Tun Mustapha, Sabah
menyaksikan satu keadaan di mana mereka menggunakan kuasa meyakinkan. PBS memegang
tampuk pemerintahan beberapa kali dengan cara menaikkan semangat nasionalisme Sabah.
Kebanyakan penduduk Sabah mempunyai persepsi dan persepsi sangat penting bahawa
kepentingan istimewa yang termaktub di dalam persetujuan 20-poin tidak dihormati dengan
sepenuhnya. Apa yang memberangkan mereka adalah kegagalan kerajaan persekutuan untuk
mengawal kemasukan beramai-ramai pendatang haram ke Sabah. Malah ada dakwaan bahawa
beribu-ribu “pendatang haram” telah diberikan taraf residen tetap atau menjadi warganegara dan
dengan itu mengakibatkan hilangnya kuasa Sabah dari aspek imigrasi. Sudah tentu pertambahan
penduduk Sabah sangat ketara. Kerajaan persekutuan menolak dakwaan ini dengan menyatakan
bahawa mereka mendapat tekanan antarabangsa untuk melayan pendatang dengan rasa
perikemanusiaan.
Satu lagi aspek adalah perubahan Perlembagaan untuk mengikhtiraf Labuan sebagai
wilayah persekutuan. Isu ketiga yang menggemparkan berkaitan dengan perubahan
perlembagaan ke atas Artikel 3(3) dan 38(7), polisi Islam telah menular ke Sabah dan Sarawak
walau pun larangan telah dikeluarkan pada 1963 tentang hal-ehwal keagamaan. Negeri-negeri
Borneo telah mengungkit bahawa jumlah wakil mereka di Dewan Rakyat telah menurun
walaupun wujud Artikel 161E(2)(e).
Pihak berkuasa menolak perubahan ini dengan menyatakan bahawa kebanyakan daripada
perubahan telah dibuat dengan persetujuan ketua-ketua negeri-negeri Borneo dan mematuhi
prosedur perlembagaan Artikel 161E. Dalam setiap sistem federal, pertelingkatan di antara
kerajaan pusat dan majlis tempatan tidak dapat dielakkan dan mungkin dianggap sebagai
persaingan sihat.
Menyentuh tentang demokrasi yang berfungsi, tiada persetujuan tentulah akan timbul.
Jika negeri bersekutu tidak mempamerkan ketidakpuasan, itu bermakna tanda-tanda untuk
penyakit yang lama. Kadangkala ketiadaan masalah adalah menjadi masalah tersendiri. Malaysia
berjaya dalam mengelakkan tekanan negeri-negeri bersekutu daripada meletus menjadi konflik
terbuka. Semangat moderasi dan penyesuaian yang menjadi ikutan ketika kelahiran di tahun
1963 mesti diteruskan sebagai persediaan untuk menerima dugaan seterusnya. Warga Sabah dan
Sarawak mempunyai banyak kesedihan yang wajar didengari.
4.0 Kesimpulan
Buat masa ini masih belum ada apa-apa petanda pencapaian untuk dari kaum “prebumi” Sabah
dan Sarawak dalam bidang politik, pembangunan ekonomi, pembangunan manusia, kesihatan
dan pendidikan serta penyelididkan yang boleh dijadikan ukuran tertentu yang mana boleh
dijadikan penanda aras pencapaian mereka. Pada pendapat saya jika berlakunya ketidak
kestabilan politik ataupun kemerosotan ekonomi, kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak tidak
boleh dipersalahkan sama sekali kerana ketidak adanya keseimbangan dari segi: pembahagian
ekuiti; pengagihan pembangunan; dan peruntukkan dana serta modal insan/korporat kepada
kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak semenjak dan dari mulainya penubuhan Malaysia Kita
haruslah sama-sama telus, ikhlas dan perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh generasi terdahulu (termasuklah Dayak Trackers/ Sarawak Ranger) dalam
menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Tiada satu etnik dapat
menegakkan kerajaan sendiri kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik agar tiada
kelompok dianiayai kerana percaturan kuasa dan politik sempit.
Malaysia perlu memperjuangkan politik demokrasi yang telus, transperansi dan
mampan; dari, kepada dan untuk rakyat serta negara secara umumnya. ataupun orang Melayu
dan pribumi Sabah dan Sarawak menikmati keistimewaan di Malaysia ia tidak bermakna orang
bukan Melayu dan bukan pribumi Sabah dan Sarawak dipinggirkan. Mereka juga mempunyai
hak yang sah di negara ini sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka tidak harus
bimbang mengenai hak mereka itu. Selagi ia tidak menghakis ciri istimewa Perlembagaan
Persekutuan ini, orang bukan Melayu berhak mengecapi nikmat sama sebagai warga negara
Malaysia. Mulakanlah paradigma baru selaras dengar nasihat itu. Jangan sesekali
mempertikaikannya lagi pada masa depan. Keunikan negara kita ini perlulah dipertahankan dan
jatidiri negara kita ini hendaklah sentiasa dipelihara.
5.0 Rujukan
Abd. Ghani Hj. Awing. (1983). Apakah Undang-Undang? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Sufian. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalamPersekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaik Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain. (1988). Federalisme di Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Abbas.(1985). Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Perlembagaan Persekutuan beserta Index:Semua Pindaan sehingga Julai 2009.
Cetakan 14. 2009. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Rujukan Asas
http//wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia