8
1 BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH JABATAN PERDANA MENTERI GARIS PANDU PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1. LATAR BELAKANGAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1.1 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan merasmikan pembukaan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) pada 12 Safar 1441 bersamaan 12 Oktober 2019 semasa Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2019 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73 Tahun. 1.2 BKISHHB merupakan sebuah balai yang menyimpan khazanah warisan Islam koleksi milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Pembukaan Rasmi BKISHHB, pihak pengurusan BKISHHB telah diamanahkan bagi pembentukan Perancangan Strategik dengan mengenalpas serta melaksanakan inisiaf-inisiaf berkeutamaan ke arah merealisasikan peranan utama BKISHHB sebagai Pusat Warisan Ilmu Islam yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu melalui pemberigaan dan pengendalian akvi-akvi keilmuan. 1.3 BKISHHB adalah dihasratkan untuk menjadi sebuah Instusi Khazanah yang mengumpul, menyimpan, memelihara, memulihara serta mempamerkan khazanah warisan Islam secara ilmiah. Balai ini juga akan turut mempelopori potensi bagi pelaksanakan akvi kajian dan penyelidikan termasuk menyebarkan ilmu penyelidikan melalui jalsah ilmiah, pengajaran, pembelajaran dan penulisan.

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

1

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

JABATAN PERDANA MENTERI

GARIS PANDU PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

1. LATAR BELAKANGAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1.1 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan

merasmikan pembukaan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB)

pada 12 Safar 1441 bersamaan 12 Oktober 2019 semasa Majlis Perasmian Majlis Ilmu

2019 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73

Tahun.

1.2 BKISHHB merupakan sebuah balai yang menyimpan khazanah warisan Islam koleksi

milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

semasa Majlis Pembukaan Rasmi BKISHHB, pihak pengurusan BKISHHB telah

diamanahkan bagi pembentukan Perancangan Strategik dengan mengenalpasti serta

melaksanakan inisiatif-inisiatif berkeutamaan ke arah merealisasikan peranan utama

BKISHHB sebagai Pusat Warisan Ilmu Islam yang mampu untuk menghidupkan budaya

ilmu melalui pemberigaan dan pengendalian aktiviti-aktiviti keilmuan.

1.3 BKISHHB adalah dihasratkan untuk menjadi sebuah Institusi Khazanah yang

mengumpul, menyimpan, memelihara, memulihara serta mempamerkan khazanah

warisan Islam secara ilmiah. Balai ini juga akan turut mempelopori potensi bagi

pelaksanakan aktiviti kajian dan penyelidikan termasuk menyebarkan ilmu penyelidikan

melalui jalsah ilmiah, pengajaran, pembelajaran dan penulisan.

Page 2: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

2

2. OBJEKTIF Objektif utama pertandingan mencipta logo BKISHHB adalah seperti berikut: 1.1 Memberikan peluang kepada orang awam khasnya secara 'whole of nation

approach' dalam penciptaan logo rasmi BKISHHB, yang dapat melambangkan identiti dan keunikannya sebagai sebuah Pusat Penyelidikan Khazanah Islam yang unggul di negara ini, termasuklah di peringkat serantau dan antarabangsa.

1.2 Sandaran pemberigaan bagi pengetahuan umum tentang kemajuan dan komitmen pihak pengurusan BKISHHB ke arah merealisasikan matlamat-matlamatnya sebagai Pusat Sehenti Pelancongan Islam atau 'One Stop Islamic Tourism Destination' menerusi pengenalan identitinya yang tersendiri.

1.3 Keperluan mewujudkan logo rasmi sebagai pra-syarat kepada memenuhi

aspek pengoperasian serta objektif-objektif strategik BKISHHB termasuklah dalam hal-ehwal kewangan.

3. HADIAH

3.1 Pemenang mereka cipta logo akan menerima wang tunai sebanyak B$3,000.00 (Tiga

Ribu Ringgit Brunei sahaja) beserta Sijil Penghargaan. 3.2 Peserta yang mendapat tempat kedua (2) hingga ke lima (5) akan menerima wang tunai

saguhati sebanyak B$500.00 (Lima Ratus Ringgit Brunei sahaja) beserta Sijil Penghargaan.

4. SYARAT-SYARAT AM 4.1 Peraduan dibukakan kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei

Darussalam.

4.2 Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menggunakan satu (1) borang penyertaan yang lengkap.

4.3 Semua rekaan logo hendaklah rekaan asli peserta, tiada mempunyai persamaan

dengan mana-mana logo yang sudah ada dan belum pernah digunakan atau menyertai sebarang peraduan sama ada dalam atau luar negara.

Page 3: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

3

4.4 Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Ahli Jawatankuasa Penilai Logo

tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta logo tersebut. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan adalah tidak asli.

4.5 Logo tidak boleh mengandungi elemen-elemen yang boleh dianggap sensitif dan

menyinggung mana-mana pihak. Ahli Jawatankuasa Penilai tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati reka bentuk yang dikemukakan adalah tidak asli.

4.6 Rekaan logo yang dihantar hendaklah dilengkapi dengan penerangan dan penjelasan

(rasional) ke atas setiap reka bentuk termasuk simbol dan warna dalam kertas secara berasingan.

4.7 Ahli Jawatankuasa Pertandingan dan warga BKISHHB tidak dibenarkan menyertai

pertandingan ini. 4.8 Semua reka cipta hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk seperti berikut:

Borang penyertaan dan Hardcopy reka cipta hendaklah dicetak pada kertas bersaiz A4. Peserta dikehendaki menyertakan maklumat peserta di belakang kertas seperti berikut:

Digital Softcopy logo hendaklah dihadapkan dalam format “unflattened/layered” dalam bentuk CD/DVD dalam format AI, TIFF dan PNG. Logo hendaklah disediakan dengan ukuran reka bentuk fail digital dengan saiz minima 1000 pixel x 1000 pixel (300dpi) yang sedia untuk digunakan.

5. SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO 5.1 Bentuk adalah bebas.

5.2 Pengunaan warna bagi setiap rekaan tidak melebihi lima (5) warna termasuk kuning,

hitam dan putih.

Nama Penuh: _____________________________ No. Kad Pengenalan: ______________________ No. Telefon: _______________________________ Emel:_____________________________________

Page 4: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

4

5.3 Setiap logo hendaklah mengandungi:

Panji-panji Kerajaan Brunei;

Perkataan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri dalam tulisan jawi dan tulisan rumi; dan

Ukuran tulisan jawi hendaklah dua (2) kali lebih besar dan ditempatkan di atas tulisan rumi. Peserta hendaklah mendapatkan kelulusan bagi ejaan jawi dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

6. CIRI-CIRI KHUSUS LOGO 6.1 Mempromosikan pengetahuan dan warisan Islam sebagai sebuah pusat penyelidikan

khazanah ilmu untuk kemajuan Islam di peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa.

6.2 Berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB).

7. HAKCIPTA 7.1 Semua logo penyertaan dan pemenang adalah sepenuhnya hak milik BKISHHB.

7.2 Pemenang dikehendaki untuk menyerahkan digital softcopy logo berkenaan dalam bentuk

“unflattened/layered”. 7.3 BKISHHB boleh mengubahsuai dan menambah logo serta huraian logo yang mendapat

tempat pertama tanpa memerlukan persetujuan peserta.

8. TEMPOH PERTANDINGAN 8.1 Pertandingan dibukakan bermula dari hari Sabtu, 16 Oktober 2021 sehingga 15

November 2021. 8.2 Peserta boleh mendapatkan borang penyertaan pertandingan, peraturan dan syarat

penyertaan dengan memuat turun garis pandu pertandingan melalui laman sesawang rasmi Jabatan Perdana Menteri di www.jpm.gov.bn atau melalui kod QR yang dipaparkan dalam poster pertandingan.

Page 5: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

5

9. TARIKH TUTUP

9.1 Borang penyertaan yang lengkap bersama logo ciptaan hendaklah dihadapkan tidak lewat dari hari Isnin, 15 November 2021, jam 1.30 petang ke:

Drop Box

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja

Bandar Seri Begawan BA2112 Negara Brunei Darussalam

9.2 Borang penyertaan yang dihantar lewat daripada tarikh yang dinyatakan, tidak akan

diterima.

10. PENILAIAN DAN KEPUTUSAN 10.1 Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD. 10.2 Setiap penyertaan akan dinilai oleh Ahli Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Balai

Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 10.3 Ahli Jawatankuasa Penilai berhak menolak mana-mana reka cipta logo yang kurang atau

tidak menepati peraturan dan syarat penyertaan yang dinyatakan. 10.4 Hanya satu reka cipta logo akan dipilih untuk memenangi pertandingan. Pemenang

akan menerima hadiah sepertimana yang dinyatakan di atas.

Page 6: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

6

10.5 Pemenang dan penerima saguhati pertandingan akan dihubungi melalui telefon atau

emel setelah keutusan penghakiman diperolehi. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

Urusetia Peraduan Mencipta Logo BKISHHB

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja,

Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam

+673 2220701/702/703 www.jpm.gov.bn [email protected]

Page 7: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

1

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

JABATAN PERDANA MENTERI

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

BORANG PENYERTAAN

Nama Penuh

No. Kad Pengenalan Pintar Warna

Tarikh Lahir

Alamat Persuratan No. Telefon

Alamat E-mel

Pekerjaan

Alamat Tempat Pengajian

(bagi Penuntut)

Tandatangan Tarikh

Page 8: BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH …

2

UNTUK KEGUNAAN BKISHHB SAHAJA

Nama Penerima

Tandatangan

Tarikh

Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan:

+673 2220701/702/703 www.jpm.gov.bn [email protected]