6
B. Mereka bentuk bahan P & P Sains Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5 Tema : Menyiasat Fizikal Tajuk : Cahaya Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk 16 Rajah 1: KBSR Tahun 5

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains.doc

Citation preview

Page 1: Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

B. Mereka bentuk bahan P & P Sains

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5

Tema : Menyiasat Fizikal

Tajuk : Cahaya

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya

yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan.

Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi

makanan kepada haiwan lain pula.

Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah

kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah

16

Rajah 1: KBSR Tahun 5

Page 2: Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang

bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan.

Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.Kebanyakan objek seperti buku, gambar

dan landskap adalah objek yang tidak berkilau serta tidak dapat memancarkan

cahayanya sendiri untuk dilihat secara langsung. Ianya hanya dapat dilihat apabila ia

memantulkan cahaya daripada matahari atau sumber-sumber cahaya yang lain seperti

lampu.

Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan. Pantulan cahaya lebih

baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada

permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta

tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah

dan badan kita di dalam cermin.

Konsep Periskop.

Periskop ialah alat optik untuk melihat dari kedudukan yang tersembunyi.

Periskop sederhana dapat dibina dengan menggunakan tabung yang diletakkan cermin

selari yang saling berhadapan dengan sudut 45 darjah pada setiap sisinya.

17

Rajah 2: Pantulan cahaya di permukaan

Page 3: Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Periskop sederhana selalunya digunakan sebagai alat untuk melihat ketika

terhalang oleh orang ramai. Periskop yang canggih biasanya terdapat pada kereta

kebal dan kapal selam.

Sejarah

Thomas Grubb (1800-1878) mengasaskan sebuah teleskop di Dublin. Bapa Sir

Howard Grubb telah mencipta dan membina jentera untuk mencetak. Di awal tahun

1830, dia membuat sebuah balai cerap yang lengkap untuk kegunaan sendiri satu

teleskop 9 inci. Putera bongsu Thomas Grubb Howard menyertai firma pada 1865,

ditandatangani sendiri syarikat memperoleh satu reputasi untuk teleskop-teleskop

Grubb kelas pertama. Semasa Perang Dunia Pertama, permintaan di kilang Grubb

membuat periscopes untuk usaha peperangan dan ia semasa tahun-tahun itu yang

Grubb menyempurnakan reka bentuk periskop.

Kegunaan

Periskop biasanya digunakan pada kapal selam untuk melihat ke permukaan

laut. Periskop dapat digunakan untuk melihat objek yang berada di atas batasan

pandangan kita.

Periskop ialah satu alat saintifik yang digunakan untuk memerhatikan imej dari

satu kedudukan yang kabur. Ia mengandungi satu tiub dengan cermin di kedua-dua

hujung yang selari antara satu sama lain pada 45 darjah. Ia digunakan untuk tujuan

pengawasan di alur semasa Perang Dunia I.

Selain itu, periskop digunakan untuk melihat perkara yang mana melebihi satu

garis penglihatan orang. Digunakan dengan meluas di kapal selam, di tentera, tetapi

juga dalam bidang lain, seperti pemburuan dan ubat. Orang boleh menggunakan

sebuah periskop melihat di atas atau di bawah lokasi sekarang mereka, membenarkan

mereka tinggal tersembunyi dan dilindungi di belakang satu dinding.

18

Page 4: Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Periskop “Kapten Barbossa”

Periskop “Kapten Barbossa”

Cara Penggunaan

1. Paraskan kedudukan mata anda selari dengan tetingkap periskop.

2. Laraskan periskop mengikut mengikut ketinggian yang sesuai.

3. Cuba lihat imej yang terhasil.

4. Ceritakan imej yang anda lihat di dalam periskop tersebut.

5. Laraskan semula periskop di kedudukan asal semula.

19

Bahagian Atas Peroskop

Pemegang

Cermin

Page 5: Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Penyediaan dan pemilihan Sumber

Bahan Tujuan

Kotak dan kadbod Bahan yang ringan dan kukuh digunakan

sebagai badan periskop. Bahan ini mudah

dibawa dan tahan lasak apabila periskop

ini dilaraskan berdasarkan ketinggian yang

diinginkan.

Cermin Dua buah cermin digunakan sebagai alat

pemantul cahaya dan di letakkan di sudut

45 darjah.

Kertas Warna Kertas Warna digunakan sebagai hiasan

dan dapat melindungi permukaan periskop

daripada kotor.

Gam Gam yang berkualiti tinggi digunakan

untuk menggabungkan bahagian badan

periskop supaya tahan lebih lama dan

kukuh.

20