12
123 BAB 9 TEKNOLOGI KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep umum teknologi komunikasi. 2. Mengenal pasti peranan teknologi komunikasi. 3. Membincangkan kepentingan teknologi komunikasi. 9.1 PENGENALAN Sebagaimana anda semua sedia maklum masyarakat hari ini didedahkan dengan pelbagai bentuk alat teknologi untuk berkomunikasi. Saya rasa anda sendiri mempunyai sekurang-kurangnya satu alat teknologi komunikasi. Contoh alat yang dikategorikan sebagai alat teknologi komunikasi adalah seperti televisyen, satelit, radio, telefon bimbit, komputer, CD/DVD dan sebagainya. Kebanyakan alat ini bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, menyalurkan maklumat malah menjadi medium hiburan yang berkembang pantas dengan inovasi yang canggih. Kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan teknologi komunikasi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar dan kompleks. Dunia sekarang adalah dunia perlumbaan dan pemilikan maklumat. Sehubungan itu, kemahiran dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejak sedekad lalu telah mendapat perhatian serius pembuat dasar sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Inovasi teknologi komunikasi membentuk hubungan antara manusia yang tiada batasan malah merentasi sempadan dunia dan budaya masyarakat. 9.2 SEJARAH PEMBANGUNAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI Falsafah penciptaan teknologi dari dahulu sehinggalah sekarang adalah dengan tujuan untuk membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa. Pernahkah anda terfikir bilakah teknologi komunikasi yang pertama dicipta? Berdasarkan catatan sejarah, teknologi komunikasi bermula dengan terciptanya mesin cetak oleh Johanes Guttenberg pada tahun 1456. Kejayaannya telah membawa kepada perubahan dalam

BAB 9

  • Upload
    aapit09

  • View
    150

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota uum

Citation preview

Page 1: BAB 9

123

BAB 9

TEKNOLOGI KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep umum teknologi komunikasi. 2. Mengenal pasti peranan teknologi komunikasi. 3. Membincangkan kepentingan teknologi komunikasi.

9.1 PENGENALAN Sebagaimana anda semua sedia maklum masyarakat hari ini didedahkan dengan pelbagai bentuk alat teknologi untuk berkomunikasi. Saya rasa anda sendiri mempunyai sekurang-kurangnya satu alat teknologi komunikasi. Contoh alat yang dikategorikan sebagai alat teknologi komunikasi adalah seperti televisyen, satelit, radio, telefon bimbit, komputer, CD/DVD dan sebagainya. Kebanyakan alat ini bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, menyalurkan maklumat malah menjadi medium hiburan yang berkembang pantas dengan inovasi yang canggih. Kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan teknologi komunikasi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar dan kompleks. Dunia sekarang adalah dunia perlumbaan dan pemilikan maklumat. Sehubungan itu, kemahiran dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejak sedekad lalu telah mendapat perhatian serius pembuat dasar sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Inovasi teknologi komunikasi membentuk hubungan antara manusia yang tiada batasan malah merentasi sempadan dunia dan budaya masyarakat. 9.2 SEJARAH PEMBANGUNAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI Falsafah penciptaan teknologi dari dahulu sehinggalah sekarang adalah dengan tujuan untuk membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa. Pernahkah anda terfikir bilakah teknologi komunikasi yang pertama dicipta? Berdasarkan catatan sejarah, teknologi komunikasi bermula dengan terciptanya mesin cetak oleh Johanes Guttenberg pada tahun 1456. Kejayaannya telah membawa kepada perubahan dalam

Page 2: BAB 9

124

bidang penerbitan buku dan surat khabar. Kemudian, revolusi elektronik bermula pada tahun 1700-an sehingga akhir 1800-an. Telegraf yang pertama dicipta oleh Charles Wheatstones dan Samuel Morse pada tahun 1840. Teknologi telegraf telah berjaya menghubungkan manusia dalam jarak jauh. Teknologi komunikasi berkembang lagi dengan terciptanya telefon oleh Alexander Graham Bell pada 10 Mac 1876. Kemudian dengan penemuan gelombang Hertz (Hz) pada tahun 1887 oleh Heinrich Hertz telah menyumbang kepada perkembangan teknologi radio, iaitu mesej dapat disampaikan melalui gelombang. Seterusnya teknologi komunikasi berkembang lagi dengan teknologi wayang atau filem pada tahun 1894 oleh gabungan beberapa orang iaitu Eteinne Jules Marey (ahli sains), Eadweard Muybridge (jurufoto), Thomas Edision (ahli sains), William K.L Dickson (pembantu Edison), Auguste Luimere dan Louis Luimere (juruteknik kamera dan projektor filem). Filem hitam putih tanpa suara mula diperkenalkan pada tahun 1920-an. Teknologi televisyen mula diuji pada tahun 1930-an dan telah berkembang sebagai alat hiburan pada tahun 1940-an. Manakala teknologi komputer pula dicipta sekitar tahun 1950-an. Apabila transistor diperkenalkan, saiz komputer telah diperkecilkan. Ini juga telah menyebabkan lebih banyak ciptaan teknologi diperkenalkan bagi memudahkan kehidupan manusia. Teknologi komunikasi terus berkembang dengan kejayaan pelancaran sistem satelit antarabangsa INTELSAT pada tahun 1971. Teknologi satelit ini juga telah menyebabkan komunikasi dapat dilakukan dalam masa yang lebih singkat kerana perhubungan antara benua dapat dilakukan dengan lebih cepat. Kini inovasi teknologi komunikasi berkembang begitu pantas dan penuh dengan idea-idea kreatif. 9.3 TAKRIFAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI Perkataan teknologi berasal daripada perkataan Latin ‘texere’ yang bermaksud ‘membentuk atau menubuhkan’ yang juga bermaksud sebagai ‘cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu’. Rogers (1986) mentakrifkan teknologi komunikasi sebagai alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individu yang lain. Menurut Musa (2002) pula teknologi maklumat sebenarnya adalah kaedah, peralatan dan perisian yang digunakan dalam kegiatan menjana, mengumpul, memproses, mengurus, menyebar dan menyimpan maklumat. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa teknologi bukan sahaja dianggap sebagai sistem perkakasan yang mempunyai fungsi tersendiri malah ia adalah

Page 3: BAB 9

125

sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini. Justeru itu, gabungan perkakasan dan nilai-nilai sosial semasa, kegiatan menjana, mengumpul, memproses, mengurus, menyebar dan menyimpan maklumat dengan individu yang lain dikatakan teknologi komunikasi. 9.4 CIRI-CIRI TEKNOLOGI KOMUNIKASI Berdasarkan takrifan ringkas di atas, bolehkah anda mengenal pasti beberapa ciri-ciri teknologi komunikasi? Kaye dan Medoff (2001) (dlm. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad, 2004) telah mengenal pasti lima ciri teknologi komunikasi iaitu khalayak, masa, paparan dan penyebaran, jarak dan penyimpanan. 9.4.1 Khalayak Setiap media teknologi komunikasi berbeza dari segi keupayaannya menemui sasaran pengguna. Contohnya, radio dan televisyen berupaya untuk sampai kepada jumlah audien yang ramai secara serentak, manakala telefon boleh menghubungi seorang penerima sahaja pada satu-satu masa (kecuali telesidang yang boleh menghubungkan beberapa orang secara serentak). Internet pula boleh dicapai oleh pengguna di serata dunia. 9.4.2 Masa Media teknologi komunikasi boleh dibezakan dengan keupayaannya untuk menghantar mesej dalam bentuk selari dan tidak selari. Mesej selari tidak melibatkan kelewatan masa, seperti radio, televisyen dan telefon. Mesej tidak selari seperti CD-ROM, buku, majalah, pita video dan filem telah diterbitkan terlebih dahulu. Dalam konteks internet, terdapat beberapa perkhidmatan yang dikategorikan sebagai selari dan tidak selari. World Wide Web (WWW), mel elektronik, mailing list dan Usenet adalah contoh tidak selari kerana mesejnya disimpan dahulu sebelum dicapai oleh penerima. Forum ‘chat’ dan persidangan maya pula adalah contoh selari kerana mesejnya ditaip oleh penghantar dan terus diterima oleh pihak penerima. Dari media yang berbentuk selari ini, maka wujudlah proses interaktiviti. Interaktiviti melibatkan komunikasi dua hala yang saling berpengaruh antara sumber dan penerima. Dengan kata lain, maklum balas mempengaruhi komunikasi tersebut. 9.4.3 Paparan dan Penyebaran Media juga berbeza dari segi kaedah ia memaparkan dan menyebarkan maklumat. Ini melibatkan unsur-unsur teknologi seperti video, audio dan

Page 4: BAB 9

126

teks yang dihantar melalui kabel sepaksi (coaxial cable), penyiaran melalui udara dan kuasa elektrik. Sebagai contoh, televisyen melibatkan penglibatan audio dan imej visual yang disiarkan melalui udara, kabel gentian optik ataupun satelit. Radio pula merupakan medium berasaskan audio sahaja yang disiarkan melalui gelombang udara. WWW memaparkan teks, grafik, audio dan video yang diagihkan antara satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan teknologi rangkaian dan kaedah elektronik. 9.4.4 Jarak Teknologi komunikasi berupaya menghantar mesej mengikut jarak tertentu. Sesetengahnya berjarak dekat dan yang lain pula berjarak jauh. Peralatan elektronik biasanya dapat menghantar mesej menggunakan gelombang udara, wayar kabel dan telefon, satelit dan gentian optik yang dapat menjimatkan masa dan kos untuk penghantaran maklumat jarak jauh. Telefon misalnya, berupaya menghubungkan dua individu yang berjarak beratus kilometer. Radio pula disiarkan melalui frekuensi yang tertentu di kawasan yang berlainan. Teknologi internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira jarak dan sempadan. 9.4.5 Penyimpanan Teknologi komunikasi terkini berupaya menyimpan maklumat dalam kapasiti yang banyak. Contohnya, teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data sehingga 650 Mbytes, manakala Digital Video Disc (DVD) mempunyai kapasiti data antara 4.7 hingga 17.0 Gbytes. Ini berbeza dengan media cetak seperti buku dan surat khabar yang terhad kandungannya. Internet menggunakan sepenuhnya proses digitasi yang membolehkan ianya hampir berkeupayaan menyimpan maklumat tanpa had. Menyentuh tentang keupayaan internet ini, pernah suatu ketika dahulu, Vannevar Bush, seorang jurutera Amerika mengutarakan ideanya yang dipanggil memex. Semua maklumat di dalam dunia ini boleh disimpan di dalam satu peranti atau mesin dan boleh dicapai oleh semua individu (Winston, 1998). Malangnya memex tidak berjaya dilaksanakan kerana skopnya terlalu besar. Namun begitu, fungsi dan konsep internet juga seakan-akan memex. Sebagai kesimpulannya, komunikasi yang terbentuk melalui jaringan teknologi komunikasi bukan sahaja mampu mempercepatkan proses komunikasi tetapi penyebaran mesej dan maklumat yang lebih mudah dan berkesan malah melangkaui jarak yang jauh.

Page 5: BAB 9

127

Cuba anda kenal pasti ciri-ciri teknologi komunikasi pada peralatan yang selalu anda gunakan.

Sila akses laman web http://www.industryspecific.co.uk/what_is_communication_technology.html untuk mendapatkan maklumat terperinci sejarah pembangunan teknologi komunikasi dan inovasi teknologi komunikasi terkini.

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan TIGA (3) ciri-ciri teknologi komunikasi

menurut Kaye dan Medoff.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI

KOMUNIKASI Apakah peranan teknologi komunikasi? Cuba anda fikirkan satu peranan teknologi komunikasi dalam bidang pekerjaan anda? Bagaimanakah ia berperanan dalam membantu urusan di sesebuah organisasi? Terdapat beberapa peranan besar yang dimainkan oleh teknologi komunikasi terhadap masyarakat hari ini. Berikut kita akan bincnagkan beberapa peranan teknologi komunikasi berdasarkan bidang seperti pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan perhubungan sosial. 9.5.1 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Bidang Pendidikan Internet adalah salah satu contoh teknologi komunikasi yang digunakan secara intensif di kebanyakan organisasi. Di institusi pengajian tinggi, para pelajar dan pensyarah menggunakan internet mencari bahan

Page 6: BAB 9

128

pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bentuk digital seperti artikel, buku, majalah gambar dan audio visual. Selain internet, usenet juga adalah satu lagi kemudahan yang digunakan pelajar dan golongan pendidik. Usenet adalah sistem diskusi teragih yang mempunyai set newsgroup tertentu dan dapat digunakan sebagai satu medium komunikasi antara pensyarah dan pelajar. Teknologi komunikasi berpotensi memberikan sumbangan besar dalam proses Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Haslinda, Hajar dan Wan (2000), menyatakan kemudahan seperti desktop video conferencing, bulletin board, internet dan mel elektronik amat sesuai sekali digunakan dalam pendidikan khususnya dalam program pendidikan jarak jauh. Justeru itu dengan adanya inovasi teknologi komunikasi dalam pendidikan maka usaha-usaha pendemokrasian dan promosi pendidikan sepanjang hayat dapat direalisasikan tanpa mengira batasan waktu dan sempadan geografi pelajar. 9.5.2 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Bidang Ekonomi Teknologi komunikasi telah mengubah corak kita menjalankan kegiatan ekonomi. Kebanyakan syarikat masa kini dilihat telah menggunakan teknologi komunikasi dalam urusan perniagaan mereka seperti menjalankan urusan jual beli produk mereka di internet selain daripada mempromosikan syarikat mereka untuk pengetahuan orang luar. Selain itu, teknologi komunikasi juga dikenal pasti dapat membantu negara-negara membangun dalam menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan mengurangkan kemiskinan. Contohnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengatur pelbagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dunia melalui program United Nations Development Programme (UNDP). PBB telah merangka untuk membantu 131 buah negara membangun dengan latihan, dan kemudahan asas teknologi komunikasi dan maklumat. 9.5.3 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Merapatkan Jurang

Digital Jurang digital merujuk kepada jurang antara mereka yang mempunyai capaian kepada rangkaian serta aplikasi komunikasi dan multimedia yang mana jurang ini dilihat apabila terdapat golongan yang kaya maklumat dan miskin maklumat (Nuraizah, 2002). Jurang digital ini wujud disebabkan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pantas sehinggakan penerimaan dan pemilikan teknologi di kalangan masyarakat agak tidak seimbang. Ini menyebabkan sesetengah pihak dapat mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknologi komunikasi manakala sebahagian yang lain masih lagi dalam keadaan buta ICT. Di

Page 7: BAB 9

129

Malaysia, usaha-usaha merapatkan jurang digital banyak diprogram oleh kerajaan melalui agensinya seperti MIMOS. Di samping latihan asas, agensi kerajaan dengan kerjasama syarikat IT juga turut mempromosi pakej celik IT di kalangan masyarakat luar bandar.

MIMOS merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan pembangunan khusus dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat, dan mikro elektronik. Lawat laman web www.mimos.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MIMOS dan program agenda ICT negara.

9.5.4 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Perhubungan Sosial Lazimnya perhubungan sosial berlangsung secara bersemuka tetapi dengan inovasi teknologi komunikasi masa kini kita dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan kita yang berada jauh di perantauan. Malah perkenalan seseorang yang tidak dikenali dan tidak pernah ditemui boleh terjalin secara atas talian. Komunikasi yang berasaskan komputer dan internet ini dapat menyatukan penerima dan sumber mesej walaupun berada pada tempat yang berbeza. Antara aplikasi teknologi komunikasi yang dapat merealisasikan perhubungan maya ini ialah e-mel, newsgroup, internet messager, chat rooms. 9.5.5 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Bidang Ketenteraan Penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang ketenteraan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Teknologi komunikasi dapat memantau tahap keselamatan dan pertahanan negara secara siap siaga. Konsep tanpa wayar dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada pihak tentera dalam mengawal pertahanan negara. Contohnya, sistem komunikasi satelit yang boleh digunakan untuk penghantaran suara dan video. Di Malaysia kita masih lagi bergantung harap kepada inovasi teknologi komunikasi yang berkaitan dengan persenjataan dan sistem pengawasan keselamatan dari negara maju seperti Perancis, German, Itali dan Britain. Sehubungan itu, kemajuan teknologi komunikasi dalam bidang ketenteraan telah mewujudkan persaingan agak kurang sihat apabila negara-negara utama pengeluar senjata memasarkan teknologi

Page 8: BAB 9

130

ciptaan mereka kepada negara lain tanpa kawalan untuk kegunaan perang. Lihat apa yang berlaku di Iraq—teknologi komunikasi digunakan secara intensif oleh pihak bersekutu Amerika Syarikat.

SOALAN DALAM TEKS

2. Jelaskan peranan teknologi komunikasi dalam

perhubungan sosial.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5.6 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Bidang Penyiaran Bidang penyiaran merangkumi penyiaran radio, televisyen, rakaman suara dan filem. Perkembangan teknologi digital menyebabkan penghasilan visual dan audio yang lebih berkualiti, jelas dan dapat memuaskan penonton. Kelebihan teknologi digital dilihat daripada kemampuannya memindahkan data menerusi teknologi penyiaran kepada khalayak yang luas. Selain itu, teknologi digital telah mempelbagaikan bentuk rakaman audio yang terdapat di pasaran. Di samping itu, teknologi digital juga dapat mewujudkan kesan khas dalam penghasilan filem. 9.5.7 Peranan Teknologi Komunikasi dalam Bidang Percetakan

dan Penerbitan Bidang percetakan yang merangkumi akhbar, majalah dan buku mengalami perubahan yang besar dengan perkembangan teknologi komunikasi ini. Dengan adanya teknologi satelit penghantaran akhbar berserta reka letak gambar dari agensi editorial yang berada jauh di cawangan yang merata tempat dapat dilaksanakan dengan cepat. Selain itu, internet membolehkan penyebaran berita dilakukan dengan lebih meluas. Penggunaan teknologi komunikasi dalam aktiviti percetakan dan penerbitan dapat mengurangkan kos operasi. Di samping itu, laman web yang mempunyai elemen interaktiviti dapat memudahkan penerbit menerima maklum balas dengan cepat daripada pengguna.

Page 9: BAB 9

131

SOALAN DALAM TEKS

3. Huraikan peranan teknologi komunikasi dalam

bidang penerbitan dan pencetakan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.6 RUMUSAN Teknologi komunikasi dilihat telah mengubah pengalaman berkomunikasi masyarakat masa kini. Keperluan komunikasi masa kini dilihat tidak lagi bergantung kepada media tradisional seperti televisyen, radio, muzik, filem dan media cetak. Sebaliknya komunikasi masa kini menuntut interaksi antara individu yang kini berlaku di ruang siber dan ianya terjalin secara online. Kewujudan satu demi satu inovasi teknologi komunikasi telah menjadikan hidup kita lebih mudah, kondusif dan efisien. Masalah-masalah yang timbul akibat daripada inovasi teknologi komunikasi tidak membantutkan usaha untuk mencipta teknologi komunikasi yang lebih canggih untuk memberikan kemudahan, keselesaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan peralatan teknologi komunikasi yang sering digunakan

oleh rakyat Malaysia?

2. Berikan contoh hubungan peribadi yang melibatkan peranan teknologi komunikasi dalam menjayakan hubungan peribadi anda?

3. Bagaimana teknologi komunikasi mempengaruhi bidang

penyiaran radio?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Page 10: BAB 9

132

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Ciri-ciri teknologi komunikasi menurut Kaye & Medoff:

(i) Khalayak

- Keupayaan untuk sampai kepada khalayak berbeza. - Contoh, radio dan televisyen berupaya untuk sampai

kepada jumlah audien yang ramai secara serentak, manakala telefon boleh menghubungi seorang penerima sahaja pada satu-satu masa dan internet pula boleh dicapai oleh pengguna di serata dunia.

(ii) Masa

- Keupayaannya untuk menghantar mesej dalam bentuk selari dan tidak selari.

- Contoh mesej selari tidak melibatkan kelewatan masa, seperti radio, televisyen dan telefon.

- Contoh mesej tidak selari seperti CD-ROM, buku, majalah, pita video dan filem telah diterbitkan terlebih dahulu.

- Internet mempunyai perkhidmatan yang dikategorikan sebagai selari dan tidak selari. Contohnya World Wide Web (WWW), mel elektronik, mailing list dan usenet adalah contoh tidak selari kerana mesejnya disimpan dahulu sebelum dicapai oleh penerima dan forum ‘chat’ dan persidangan maya pula adalah contoh selari kerana mesejnya ditaip oleh penghantar dan terus diterima oleh pihak penerima.

- Dari media yang berbentuk selari ini, maka wujudlah proses interaktiviti.

(iii) Paparan dan Penyebaran

- Keupayaan memaparkan dan menyebarkan maklumat yang berbeza.

- Melibatkan unsur-unsur teknologi seperti video, audio dan teks yang dihantar melalui kabel sepaksi (coaxial cable), penyiaran melalui udara dan kuasa elektrik.

- Contoh, televisyen melibatkan penglibatan audio dan imej visual yang disiarkan melalui udara, kabel gentian optik ataupun satelit. Radio pula merupakan medium berasaskan audio sahaja yang disiarkan melalui gelombang udara. WWW memaparkan teks, grafik, audio dan video yang diagihkan antara satu komputer

Page 11: BAB 9

133

dengan komputer yang lain menggunakan teknologi rangkaian dan kaedah elektronik.

(iv) Jarak

- Keupayaan menghantar mesej mengikut jarak tertentu. - Peralatan elektronik biasanya dapat menghantar mesej

menggunakan gelombang udara, wayar kabel dan telefon, satelit dan gentian optik yang dapat menjimatkan masa dan kos untuk penghantaran maklumat jarak jauh.

- Contoh, telefon berupaya menghubungkan dua individu yang berjarak beratus kilometer manakala radio pula disiarkan melalui frekuensi yang tertentu di kawasan yang berlainan dan teknologi internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jarak dan sempadan.

(v) Penyimpanan

- Keupayaan menyimpan maklumat dalam kapisiti yang banyak.

- Contoh, teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data sehingga 650 Mbytes, manakala Digital Video Disc (DVD) mempunyai kapasiti data antara 4.7 hingga 17.0 Gbytes berbeza dengan media cetak seperti buku dan surat khabar yang terhad kandungannya.

- Internet pula menggunakan sepenuhnya proses digitasi yang membolehkan ianya hampir berkeupayaan menyimpan maklumat tanpa had.

2. Peranan teknologi komunikasi dalam perhubungan sosial ialah

(i) Boleh menjalinkan perhubungan sosial walaupun

berada pada jarak yang berjauhan. (ii) Boleh menjalinkan perhubungan sosial walaupun

saling tidak mengenali secara bersemuka. (iii) Terdapatnya aplikasi seperti e-mel, newsgroup, intenet

messager, chat rooms dan seumpamanya telah membentuk hubungan sosial dan juga hubungan berbentuk peribadi.

3. Peranan teknologi komunikasi dalam bidang penerbitan dan

percetakan ialah

(i) Dengan adanya teknologi satelit penghantaran akhbar berserta reka letak gambar dari agensi editorial yang berjauhan dapat dilaksanakan.

Page 12: BAB 9

134

(ii) Selain itu, internet membolehkan penyebaran berita dapat dilakukan dengan lebih meluas dengan wujudnya laman web rasmi syarikat akhbar-akhbar yang popular.

(iii) Teknologi komunikasi dapat mengurangkan kos percetakan, dan pengagihan akhbar dan majalah.

(iv) Persembahan kandungan yang lebih bersifat interaktif dan kreativiti.

(v) Laman web mempunyai elemen interaktiviti yang memudahkan penerbit mendapatkan maklum balas yang lebih cepat daripada pengguna.