4
Surah al- Ahzab : 3 3. dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada Yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu. Surah Nisa’ : 81 81. dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan Yang lain daripada (pengakuan taat) Yang mereka katakan (kepadamu). sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa Yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (Wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa Yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka). Surah al- Talaq : 3 3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah al- A’raf : 32

Ayat Kesan Iman (Profesion)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akidah

Citation preview

Page 1: Ayat Kesan Iman (Profesion)

Surah al- Ahzab : 3

3. dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada

Yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

Surah Nisa’ : 81

81. dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka

keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu

rancangan Yang lain daripada (pengakuan taat) Yang mereka katakan (kepadamu).

sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa Yang mereka rancangkan itu; maka

berpalinglah (Wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa Yang

mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi

Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka).

Surah al- Talaq : 3

3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah),

sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk

menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala

perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi

berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah al- A’raf : 32

Page 2: Ayat Kesan Iman (Profesion)

32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan

perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian

juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?"

katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman

(dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula)

hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat".

Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-

orang Yang (mahu) mengetahui.

Surah al- Kahfi : 30

30. sebenarnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami

tidak akan menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha memperbaiki

amalnya.

Surah al- Zumar :74

74. serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah menepati

janjinya kepada kami, dan Yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan

sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja

Kami sukai; maka pemberian Yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-

orang Yang beramal".

Surah al- Zalzalah : 7- 8

7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam

surat amalnya)!

8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam

surat amalnya)!

Surah al- Baqarah: 111- 112

Page 3: Ayat Kesan Iman (Profesion)

111. dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk

syurga melainkan orang-orang Yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang

demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai

Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan Yang (membuktikan

kebenaran) apa Yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang Yang benar".

112. (Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang

menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha

supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan

tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap

mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah al-Nisa’ : 123- 124

123. (balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya

Dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula Dengan angan-angan ahli

Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas

Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang

pun Yang akan melindunginya, dan tidak ada juga Yang dapat menolongnya.

Page 4: Ayat Kesan Iman (Profesion)

124. dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang

ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan

dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.