23
Bab 1: Profesion Perguruan Bab 1: Bab 1: PROFESION PERGURUAN PROFESION PERGURUAN Dalam Bab ini dibincangkan konsep perguruan serta ciri-ciri sesuatu profesion. Tujuh ciri-ciri atau atribut sesuatu profesión dikenal pasti. Tumpuan ialah kepada soalan sama ada perguruan dianggap sebagai suatu profesión atau guru ialah seorang profesional. Persepsi masyarakat terhadap profesión perguruan disentuh dengan membanding kajian dibeberapa negara. Berdasarkan tujuh atribut yang cadangkan, secara umum perguruan menepati kriteria sesuatu RINGKASAN BAB 1.1 Pengenalan 1.2 Konsep profesion 1.3 Ciri-ciri profesion 1.4 Profesion perguruan 1.5 Persepsi terhadap profesion perguruan 1.6 Puisi ‘Guru O Guru’ 1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Ringkasan Kata Kunci Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Menerangkan maksud profesion Membincang cirri-ciri sesuatu profesion Memberi justifikasi perguruan ialah suatu profesion Menganalsis persepsi guru terhadap profesion perguruan Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3 Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan Bab 6: Permuafakatan

Profesion guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Bab 1: Bab 1:

PROFESION PERGURUAN PROFESION PERGURUAN

1.1 Pengenalan

1

Dalam Bab ini dibincangkan konsep perguruan serta ciri-ciri sesuatu profesion. Tujuh ciri-ciri atau atribut sesuatu profesión dikenal pasti. Tumpuan ialah kepada soalan sama ada perguruan dianggap sebagai suatu profesión atau guru ialah seorang profesional. Persepsi masyarakat terhadap profesión perguruan disentuh dengan membanding kajian dibeberapa negara. Berdasarkan tujuh atribut yang cadangkan, secara umum perguruan menepati kriteria sesuatu profesión kecuali daripada beberapa sudut. Sajak Usman Awang yang menyentuh tentang peranan dan tugas guru dibentangkan. Diakhir bab ini, peranan kesatuan perguruan yang terbesar dibincangkan.

RINGKASAN BAB

1.1 Pengenalan 1.2 Konsep profesion1.3 Ciri-ciri profesion1.4 Profesion perguruan1.5 Persepsi terhadap profesion

perguruan1.6 Puisi ‘Guru O Guru’1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

Kebangsaan Ringkasan Kata Kunci Rujukan

Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Menerangkan maksud profesion Membincang cirri-ciri sesuatu profesion Memberi justifikasi perguruan ialah suatu profesion Menganalsis persepsi guru terhadap profesion perguruan Menilai peranan kesatuan perguruan

Bab 1: Profesion PerguruanBab 2: Tugas & Peranan GuruBab 3 Etika PerguruanBab 4: Standard Guru MalaysiaBab 5: Pembangunan Profesion Perguruan Bab 6: Permuafakatan Sekolah-KomunitiBab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Page 2: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Kini terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai profesional yang banyak menyumbang kepada kesejahtereen sesuatu masyarakat. Antaranya ialah doktor, jurutera, akauntan, jurubina, guru, akitek, jururawat, peguam dan sebagainya. Apakah ciri-ciri yang dimiliki jenis pekerjaan ini yang masyarakat terima sebagai ‘profesion’?

Doktor Jurutera Guru

Doktor Gigi Peguam

Sanggupkah anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak bertauliah? Sanggupkah anda melantik seorang jurutera yang tidak pernah belajar ilmu

kejuruteraan membina sebuah jambatan? Adakah anda bersetuju anak anda diajar oleh seorang guru yang tidak

mempunyai kelayakan perguruan? Beranikah anda mendapat rawatan daripada seorang doctor gigi yang tidak

bertauliah?

2

Page 3: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Sanggupkah anda dibela oleh seorang peguam yang tidak mempunyai ijazah undang-undang?

Sudah tentu jawapan anda kepada semua soalan di atas ialah “TIDAK”. Mengapa?

1.2 Konsep Profesion

Profesion berasal daripada perkataan Latin ‘profiteor’ yang terbahagi kepada “pro” yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”. Pada abad ke19, istilah profesion dikhususkan untuk individu yang terlibat dalam bidang agama, undang-undang dan perubtan sahaja (Lihat Rajah 1.1).

Adalah sukar untuk memberi definisi yang tepat berkenaan konsep ‘profesion’. Walau pun banyak telah ditulis tentang definisi profesion, masih tidak terdapat satu definisi yang diterima umum. Takrifan yang diberikan dalam kamus telah diterima oleh sesetengah individu manakala yang lain berpendapat definisi yang dikemukakan terlalu umum. Ahli falasfah, pakar perundangan dan badan-badan profesional telah memberi definisi masing-masing. Berikut ini ialah contoh beberapa takrifan konsep profesion.

The Oxford English Dictionary mendefinisikan profesion sebagai pekerjaan yang dibayar dan melibatkan latihan yang berpanjangan dan penanugerahan kelayakan formal.

The Australian Council of Professions mentakrif profesion sebagai: sekumpulan individu berdisiplin yang mematuhi piawaian etika yang tinggi dan diterima orang ramai sebagai mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus, yang diiktiraf oleh sebuah badan, telah memperolehi pendidikan dan latihan di peringkat yang tinggi, dan bersedia untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki ini demi kepentingan orang lain.

Gilley dan Eggland (1989) mendefinisikan profesion sebagai penguasaan sesautu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dimana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki masyarakat. Secara ringkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan tertentu dan mengaplikasi kecekepan untuk kepentingan umum

3

Rajah 1.1 Doktor merawat pesakit pada abad ke 19

Page 4: Profesion guru

1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada definisi profesion yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama dan hampir sama dalam setiap penyataan.

1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada definisi profesion yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama dan hampir sama dalam setiap penyataan.

Bab 1: Profesion Perguruan

Business.Dictionaru.com melihat profesion sebagai pekerjaan atau kerjaya yang memerlukan penguasaan satu set pengetahuan dan kemahiran yang komplek melalui sistem pendidikan formal.

Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.

Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004), mentakrif profesion sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat

Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi, mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.

1.3 Ciri-Ciri Profesion

Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion bolehlah diertikan sebagai seorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah danyang pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya. Apakah ciri-ciri umum sesuatu profession? Ini dijawab dengan merumuskan ciri-ciri atau atribut yang terdapat pada sesuatu profesion yang diutarakan oleh Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lubell (1978) dan Bayles (1988). Lihat Rajah 1.2.

1. PERKHIDMATAN UNIKSesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang diperlukan oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan umum. Contohnya, hanya doktor perubatan memberi khidmat perubatan, hanya jurutera memberi khidmat kejuruteraan.

4

Page 5: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Rajah 1.2 Tujuh Ciri Sesuatu Profesion

2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANAhli sesuatu profesion mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam pekerjaan masing-masing. Contohnya, seorang peguam perlu mengetahui segala undang-undang, akta, peraturan yang berkaitan. Seorang profesional telah melibatkan diri secara peribadi dengan kerjayanya, dan kepuasan tidak setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelaran dan anugerah. Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan “Dr” dan bagi engineer pula singkatan yang digunakan ialah “Ir”.

3. LATIHAN KHUSUSSeorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan latihan yang berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Bagaimana pun, seseorang itu tidak semestinya memasuki kolej atau universiti untuk mempelajari sesuatu bidang ilmu kerana dia boleh mendapat pensijilan dengan belajar secara jarak jauh. Contohnya, seorang boleh menjadi akuantan dengan mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti dan menjadi profesional. Seorang profesional harus menunjukkan keupayaannya dengan melulus ujian atau peperiskaan. Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli

5

PROFESION

Pengetahuan & Kemahiran

Latihan Khusus

Tanggungjawab

Kod EtikaBadan Kawalan

Autonomi

Perhidmatan Unik

Page 6: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

mereka mempunyai lesen atau sijil. Bagaimana pun, tidak semua pekerjaan yang memerlukan lesen atau pensijilan memenuhi kriteria profesion. Ahli sesuatu profesion diberikan lesen atau sijil yang menggariskan peringkat bidang kuasa pekerjaan selaras dengan kriteria di mana mereka mempunyai pengaruh yang agak besar. Contohnya, sesuatu projek pembinaan tidak akan dilulus oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh jurutera perunding yang bertauliah.

4. AUTONOMISeorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang pekhidmatan yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang diterima. Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar menerima. Oleh kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya, anda tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan yang diberikan.

5. TANGGUNGJAWABWalau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan autonomi, dia terpaksa juga memikul tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang profesional itu melibatkan kebajikan manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat. Contohnya, doktor bertanggungjawab apabila pesakitnya mati selepas sesuatu pembedahan. Saudara-mara boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka dapati doktor berkenaan cuai.

6. KOD ETIKAProfesional mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan perkhidmatan yang jelas, sistematik dan mengikat (binding); menetapkan hubungan rakan sekerja yang membantu dan menyokong sama sendiri, dan dikuatkuasakan oleh persatuan-persatuan mereka. Integriti sesuatu profesion dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod etika mengawal selia tingkahlaku individu dariapda sesuatu profesion dan mekanisme diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika (dibincangkan dengan mendalam dalan Bab 3).

7. BADAN KAWALANKebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organasasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion. Contohnya, Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medica Council), memantau tingkah laku doktor perubatan; Majlis Bar Malaysia (Malaysian Bar Council) memantau kelakuan perguam, dan Persatuan Akitek Malaysia memantau tindak-tanduk akitek. Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika yang teah persetujui [Rujuk kepada Bab 3 h: 17 yang menunjukkan tindakan yang diambil oleh Majlis Perubatan Malaysia terhadap ahli mereka yang melanggar kod etika].

6

Page 7: Profesion guru

1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN (a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan TUJUH ciri-ciri atau atau atribut sesuatu profesion? (b) Adakah ciri-ciri atau kriteria lain anda ingin cadangkan untuk sesuatu profesion?

Bab 1: Profesion Perguruan

[sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia]

7

Page 8: Profesion guru

1.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan Timbalan Menteri tentang mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan? Jelaskan.

Bab 1: Profesion Perguruan

1.4 Profesion Perguruan

8

Syarat Mengajar bagi Pelihara Integriti Profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Timbalan Menterinya, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.

“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan”.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya semalam.

Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu. Timbalan Menteri berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. “Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.

[sumber: adaptasi Berita Harian Online. 22 Mei, 2010]

Page 9: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Satu soaln yang kerap ditumbulkan ialah; “Adakah guru seorang profesional?” atau “Adakah pergurusan suatu profesion?”. Persoalan ini telah lama dibangkitkan. Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan [rujuk kepada Bab 3 yang membincangkan pelbagai peranan seorang guru]. Kembali kepada persoalan asal tadi, sama ada perguruan itu ialah suatu profesion, kita membincang dengan berpandukan TUJUH ciri-ciri atau atribut sesuatu profesion yang dibincangkan tadi.

SEJAUH MANAKAH PERGURUAN IALAH SUATU PROFESION?

Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), ‘ibu bapa’, pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh

9

Adakah guru seorang professional seperti doktor atau peguam?

Page 10: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran.

Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru termasuk:

Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan

Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge)

Pengetahuan kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)

Pengetahuan mengenai kurikulum (iaitu, sukatan pelajaran, bahan pembelajaran, alat bantuan mengajar dan sebagainya)

Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah

Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah

Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang di tawarkan university-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya. Juga ditwarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) pernah menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun.

Walau pun terdapat, berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki latihan perguruan. Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah-sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan.

Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau akuantan boleh menolak dan memilih pelanggannya (walau pun amalan ini tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. “Bilik darjah seseorang guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara

10

Page 11: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223).

Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat, kecuali atas alasan-alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah.

Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan-kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh ‘Ikrar Guru’ dan ‘Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia’. Oleh kerana guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui Perintiah-Perintah Am Kerajaan yang memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tidakn yang boleh diakukan dengan izin. Perintiah-Perintah Am juga memperincikan hukuman yang boleh dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan.

Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion. Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa perguruan ialah suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai kelayakan perguruan dibenarkan mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion undang-undang atau profesion kejuruteraan.

1.5 Persepsi Terhadap Profesion PerguruanJadual 3.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih

kurang 5.4 juta pelajar. Adalah dianggar terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang mengajar di tadika tajaan kerajaan dan swasta.

11

Jenis Lelaki Perempuan

Sekolah Rendah 70,600 159,849 230,449Sekolah Menengah 55,571 119,696 175,267Jumlah 126,171 279,545 405,716

Page 12: Profesion guru

1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Pada pendapat anda, adakah masyarakat Malaysiamemandang tinggi profesion perguruan? Jelaskan. b) Apakah yang mendorong begitu ramai individu memilih untuk menjadi guru?

Bab 1: Profesion Perguruan

Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (2010)

Abdul Rahin Hamdan, Ahmad Johari Hj Sihes, Jamaluddin Ramli dan Rosliza Hamzah (2006) dalam kajian bertajuk Perpsepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini dapati bahawa 100% guru yang dikaji “menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia”. Bagaimana pun, hanya 38% “mengakui bahawa masyarakat sekarang memandang tinggi akan profesion perguruan”. Perlu ditegaskan bahawa kajian ini adalah pandangan 100 guru sekolah menengah di Kelantan.

Kajian yang dijalankan di Nigeria oleh Lawal (2012) dapati profesion perguruan dipandang rendah berbanding profesion lain seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan. Masyarakat tidak ingin anak mereka memilih perguruan sebagai kerjaya. Sebaliknya, Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang (2002) dapati guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka. Ini berkait rapat dengan budaya, sejarah dan dasar kerajaan Taiwan yang telah memberi penghormatan tinggi kepada profesion perguruan sejak turun-temurun.

Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas sekolah di Malaysia. Contohnya pada tahun 2010, 90,000 pelajar telah memohon untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih kurang 6,000 sahaja. Jelaslah bahawa perguruan kini menjadi minat ramai pelajar. Ramai yang memohon terdiri daripada pelajar cemerlang. Bertambah pula ada golongan profesional seperti jurutera, akauntan, pengamal undang- undang yang belajar dari dalam dan luar negara yang memohon untuk mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk menjadi guru. Sesetengah dintara mereka sudah bekerja dan gaji mereka lebih daripada gaji guru. Kenapa pula hendak menjadi guru, kalau gaji lebih rendah?

1.6 Puisi ‘Guru O Guru’

12

Page 13: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Sajak Usman Awang menggambarkan pengorbanan seorang guru. Peranan guru amat penting kepada masyarakat kerana ia membimbing masyarakat menjadi manusia yang berguna. Guru digambarkan sebagai penyuluh kepada anak bangsa untuk mereka memperolehi ilmu. Guru mendidik anak bangsanya dengan ilmu agar anak bangsanya menjadi masyarakat berguna. Guru digambarkan sebagai ibu, bapa

13

GURU O GURU

BERBURU ke padang datarDapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Page 14: Profesion guru

1.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca puisi Usman Awang, ‘Guru O Guru’.Apakah mesej utama puisi beliau? Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandanganeliau tentang peranan dan tugas guru?

Bab 1: Profesion Perguruan

dan sahabat kepada para pelajar. Tanpa jemu dan bosan, guru sentiasa memberi nasihat dan bimbingan.

Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah serta hasil pulangan yang terjamin. Mungkin ini agaknya permohonan untuk menjadi guru berlipat kali ganda setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan yang agak lumayan.

14

Page 15: Profesion guru

2.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan contoh-contoh spesifik.

Bab 1: Profesion Perguruan

1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaa n

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 27 Jun, 1974. Nama dalam Bahasa Inggeris ialah National Union of the Teaching Profession (NUTP). Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK).

KeahlianKeahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru daripada semua jenis dan peringkat sekolah. PPK merupakan kesatuan perguruan yang terbesar di Malaysia dengan 160,000 orang ahli pada 2010 dan salah satu terbesar in Asia Tenggara. KPPK terdiri daripada 12 cawangan di seluruh negara. Setiap cawangan mempunyai pejabat, ahli jawatan kuasa dan bangunan sendiri yang mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan.

VisiMempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan

MisiMerancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan guru

inovatif, dinamik dan progresif sejajar dengan visi mempertingkatkan standard dan martabat profesion perguruan.

ObjektifMemperjuangkan hak asasi guru dan menyediakan perkhidmatan berkualiti

dan cemerlang kepada para ahli.

15

Page 16: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Sebagai sebuah kesatuan, KPPK membela kaum guru dan profesion perguruan, dan sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru. KPPK juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara. KPPK juga komited untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru dan perkara-perkara yang berkaitan dengan skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya dan lain-lain.

[sumber: laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, http://www.nutp.org]

RINGKASAN

Profesion berasal daripada perkataan Latin ‘profiteor’ yang terbahagi kepada “pro” yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja.

Profesion ditakrifkan sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.

Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang diperlukan oleh masyarakat.

Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan.

Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.

Guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka.

Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas sekolah di Malaysia.

16

Page 17: Profesion guru

KATA KUNCI

Profesion Badan Kawalan Memartabatkan profesionPengetahuan Latihan Khusua Panggilan keramatAutonomi Prestij Lesen perguruanKod etika Taraf sosial Kesatuan PerkhidmatanTanggungjawab Perkhidmatan unik Perguruan Kebangsaan

Bab 1: Profesion Perguruan

Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion.

Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman.

Visi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) ialah mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan

REFERENCES: Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang. (2004). The Social Status of Taiwanese

Teachers. Comparative Education. 38(2). 211-224.

Bayles, Michael. "The Professions." Ethical Issues in Professional Life. Joan C. Callahan, Ed. New York, NY: Oxford University Press, 1988.

Cruess S, Johnston S, Cruess, R. (2004). Profession: A Working Definitio for Medical Educators. Teach Learn Med. Winter, 16(1): 74-76.

Gilley, Jerry W. dan Steven A. Eggland, 1989. Principles of Human ResourchesDevelopment. New York: Addison Wesley Pub. Company. Inc.

17

Page 18: Profesion guru

Bab 1: Profesion Perguruan

Greenwood, Ernest. "Attributes of a Profession." Social Work, Vol. 2, July 1957, pp. 45-55.

Hamdan, Abd Rahim and Sihes, Johari (2006) Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah.. (Unpublished)

Lubell, Myron Samuel. The Significance of Organizational Conflict on the Legislative Evolution of the Accounting Profession in the United States. Doctoral Dissertation, University of Maryland, 1978.

Wilensky, Harold L. "The Professionalization of Everyone?" The American Journal of Sociology, Vol. 70, No. 2, September 1964, pp. 137-158.

18