351
Vampiro Awang Oleh Nizam Zakaria

Awang vampiro

Embed Size (px)

DESCRIPTION

novel ni, macam mengisahkan superhero, like superman!

Citation preview

Vampiro Awang

Oleh Nizam Zakaria

Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005.

Pada hari esok, Aliya akan menyambut hari jadinya yang ke-18. Tak ada orang yangmenyambut hari jadinya ini. Mereka semua lupa. Pada hari-hari seperti inilah Aliyamerasa begitu sepi.

Pada sepanjang malam itu dia menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedangbekerja di kedai 7Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. Aliya sebenarnya tidakmempunyai semangat untuk bekerja. Kepalanya berserabut memikirkan tentangkehidupannya yang penuh membosankan.

Aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua orang tua dan adikberadiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakaknya yang palingtua sekali yang telah mengikut suaminya menetap di Singapura.

Aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu dan kini dia menumpang dirumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar.Di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur sebilik dengan empat orang anak saudaranyayang semuanya masih bersekolah – bersesak-sesak di dalam bilik tidur yang sama.Walaupun dia telah lama menetap di rumah kak longnya itu, dia masih merasa tidakselesa di sana. Dia masih merasakan dia orang luar yang datang menumpang, tidak lebihdari itu.

Sejurus selepas dia selesai melakukan shif kerjanya di 7Eleven, dia terus keluar lalumelintasi jalan untuk tempat tinggalnya di blok 116, yang letaknya betul-betul di hadapanblok 111. Ketika berjalan, Aliya mendapati malam itu bulan mengambang cerah. Anginpula bertiup kencang. Aliya kesejukan. Dia memeluk tubuhnya sendiri ketika berjalan.

Aliya memikirkan kembali mimpinya semalam. Mimpinya yang telah berulang-ulangsejak beberapa minggu yang lepas. Mimpi yang sama tentang seorang lelaki yangdilihatnya sedang terjun dari bumbung bangunan tempat tinggalnya. Di dalam mimpinyaitu, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Dia dapat melihat lelaki itumemandang kepadanya lalu dia terjun tanpa berkata-kata di dalam malam bulanmengambang seperti malam ini. Mimpinya itu membuatnya merasa resah tak sudah...

Aliya merenung ke arah muka pintu lif di blok 116, sehinggalah pintu lif terbuka untukmembawanya ke tingkat atas. Entah mengapa, untuk melayani rasa bosan, dia menekanbutang untuk ke tingkat 20 dan bukan ke tingkat 14. Di dalam lif, dia termenungmemandang ke arah siling lif. Kemudian dia memandang ke arah jam tangannya.Beberapa minit lagi dia akan menyambut hari jadinya.

Apabila pintu lif terbuka, Aliya keluar dari perut lif, lalu menarik nafasnya dalam-dalam.Suasana di blok 116 agak sunyi pada malam itu – yang kedengaran cuma bunyi sayup-sayup rancangan TV berbahasa Cina yang sedang ditonton oleh seorang penduduktingkat 20 yang belum masuk tidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 2

Aliya berjalan menaiki tangga yang menuju ke arah bumbung flat. Dia memandang keatas. Aliya dapat melihat terdapat sebuah tangga besi di sana. Tangga besi itu mengarahkepada sebuah pintu kecil yang nampaknya tidak terkunci seperti kebiasaannya. Diamemberanikan dirinya untuk meniti tangga besi untuk naik ke bumbung flat.

Setibanya Aliya di bahagian teratas tangga besi itu, dia membuka pintu kecil tersebut laludia memanjat sehingga dia dapat naik sehingga ke bumbung.

Aliya tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk meneroka kawasan bumbungflatnya pada malam-malam buta seperti ini. Di dalam masa yang sama, juga dapatmerasakan seolah-olah suara hatinya terpanggil agar dia pergi ke sini. Pada malam ini.Pada saat ini.

Aliya berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung yang berangin itu. Tangannyamemegang dinding batu yang menutupi tangki air agar dia tidak terjatuh. Kawasanbumbung itu dilimpahi dengan cahaya bulan yang menerangi bumi pada malam itu.Keadaan hening di atas bumbung ditambah lagi dengan panorama kota Singapuramembuatkan perasaan Aliya tenang ketika dia sedang berada di situ.

Aliya menarik nafasnya panjang-panjang. Dia duduk di situ. Dia memandang ke arahlangit yang tidak berawan pada malam itu. Dia mengeluarkan coklat Sneakers yangdicurinya dari tempat kerjanya tadi. Dia mengeluarkan coklat Sneakers dari bungkusanlalu mula mengunyah.

Ketika itu Aliya memandang ke arah hujung bumbung. Dia terkejut dapat melihat seoranglelaki dengan pakaian serba hitam sedang berdiri di situ. Lelaki tersebut memandang kearahnya tanpa berkata apa-apa. Aliya yakin dia pernah melihat kelibat lelaki itu sebelumini. Ya, Aliya pasti dia telah mengenali lelaki itu dari mimpinya sebelum ini!

Aliya memberanikan dirinya untuk mendekati lelaki tersebut. Apa yang sedang lelakimisteri itu lakukan di situ pada malam hari seperti ini, tanya Aliya kepada dirinya sendiri.Tetapi, dia juga sedang berada di situ. Mungkin mereka mempunyai tujuan yang sama –mencari ketenangan.

“Excuse me...” Aliya memulakan bicara. “You buat apa di sini?”

Lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Dia tersenyum nakal. Kemudian katanyaperlahan:

“Aku tunggu kau.”

“Apa?”

“Bukan kau ke sini kerana kau terpanggil untuk ke sini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 3

“Sorrylah... Wrong number. I nak balik. Dah lewat sangat ni.” Kata Aliya cepat-cepat. Dia mahu pergi. Dia tak ada masa nak melayan perkara yang bukan-bukan dimalam hari seperti ini di atas bumbung blok 116 yang sepi itu.

“Aliya...”

“Huh?” Aliya terkejut lelaki tersebut memanggil namanya.

“Nama aku Awang... Kita pernah bertemu.”

“Apa?”

“Kau pernah melihat aku di dalam mimpi kau... Di sini.”

“Mana kau tahu tentang ini semua?” tanya Aliya kehairanan. Tetapi dia tidaktakut. Dia dapat merasakan dia tidak perlu takut kepada Awang.

“Aliya... Segala-galanya tentang diri kau aku tahu.” Awang berjalan semakinhampir ke bahagian tebing bumbung. “Aku tahu tentang diri kau lebih dari kau mengenalisiapa diri kau itu sendiri—”

“Siapa kau sebenarnya?” cahaya bulan menyimbah ke wajah Awang yang pucat.Wajah Awang menampakkan ketenangan. Dia mempunyai raut wajah yang tampan tetapijelas kelihatan seperti dia pernah menanggung musibah yang tidak terkira beratnya.

“Sudah aku jelaskan... Nama aku Awang.” Jawabnya lalu berjalan meniti tebing ditepi bumbung. Jika dia tidak berhati-hati dia akan jatuh ke bawah. Aliya kelihatan cemasapabila Awang berjalan seperti itu, langsung tidak mengendahkan keselamatannya.

“Apa yang kau mahu dari aku?” tanya Aliya. Kemudian dia mahu memekikapabila dia melihat Awang memusingkan tubuhnya ke hadapan lalu terjun dari bangunanflatnya itu di hadapan mata kepalanya sendiri.

Aliya mahu memekik tetapi lidahnya kelu. Dia terlalu terkejut. Awang telah terjunmembunuh diri. Kini dia menjadi saksi kepada kes bunuh diri!

“Aku mahu kau sedar bahawa kau adalah seorang manusia istimewa, Aliya.” UjarAwang di belakang Aliya. Mulut Aliya ternganga apabila dia mendapati Awang sedangterapung beberapa meter dari permukaan bumbung sebelum dia turun menghadapnya.

“Aku sedang bermimpi!” tingkah Aliya di dalam hati sambil menepuk pipinyasendiri. Dia mahu bangun dari mimpinya.

“Kau bukan bermimpi, Aliya!” ujar Awang yang telah membaca isi hatinya.Perbuatan Awang telah membuatkan Aliya mahu panik. Degupan jantungnya semakinkencang. Lebih-lebih lagi apabila Awang semakin mendekatinya. Awang memegang

http://nizamzakaria.blogspot.com 4

rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia memerhatikan rambut Aliya dengan penuhminat. Aliya menepis tangan Awang. Dia mendapati tangan Awang sejuk. Terlalu sejuk.

“Kau tentu selalu tertanya-tanya... Mengapa kau perlu hidup, sedangkan hidup inimembosankan. Orang-orang yang kau kenali tak faham dengan perangai kau yang sukamenyendiri dan lebih-lebih lagi keistimewaan semula jadi yang kau ada. Mereka takfaham kau mampu melihat benda-benda yang kau sendiri tidak fahami... Jika kaudilahirkan di masa yang lampau, kau akan dianggap sebagai seorang orakel...” Awangmasih terapung di hadapannya dengan kakinya masih tidak menjejak lantai.

Buat sedetik Aliya memikirkan tentang kata-kata Awang tadi. Sememangnyabetul kata-katanya. Sejak kecil lagi dia dapat melihat imej yang bukan-bukan di dalamkepalanya. Imej-imej tempat dan wajah yang tidak dikenalinya yang tiba-tiba sahajadatang meresap ke dalam fikirannya. Sehingga kini dia tidak mampu untuk memahamisebahagian besar dari apa yang dilihatnya. Tatkala dia masih kecil dia seringmenceritakan kepada anggota keluarganya yang lebih tua tentang apa yang dapatdilihatnya - seperti berita kematian orang kampungnya serta musibah yang bakalmenimpa mereka. Ahli keluarganya akhirnya memaksa dia jangan memberitahu kepadaorang lain tentang apa yang dapat dilihatnya. Mereka tidak mahu orang kampungmemikirkan yang dia menjadi pembawa kecelakaan kepada penduduk kampungnya.

Apa yang membuat Aliya lebih gusar adalah dia dapat merasakan seperti adasesuatu yang tidak kena di dalam hidupnya. Aliya juga dapat merasakan seolah-olah diahanya menunggu masa untuk diseru untuk melakukan sesuatu yang bermakna buatdirinya.

Selama ini Aliya hidup dalam keadaan penuh keliru. Dia keliru dengan dirinyadan dengan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak mampu memahami dirinya dan kuasa luarbiasa yang dipunyainya.

“Jadi apa kau mahu dari aku?” tanya Aliya dengan gugup setelah lamadilumangkan sepi.

“Aku mahu kau ikut aku pergi dari sini... Ke tempat di mana keistimewaan kau inidapat digunakan untuk menyelamatkan umat manusia.”

“Okay... Benda ni dah tak masuk akal lagi. Aku nak balik!” Aliya menggelengkankepalanya lalu berjalan kembali ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkatbawah.

“Adakah itu yang kau mahu?” tanya Awang dengan suara yang lantang. Aliyaberhenti melangkah. Kalimah-kalimah Awang berdengung di dalam kepalanya. “Kaumahu terus menerus hidup begini tanpa mengetahui siapa diri kau ini sebenarnya?”

Aliya menoleh lalu memandang kepada Awang. Dia tidak tahu siapa Awang inisebenarnya dan dia masih tidak dapat mempercayai dia sedang mendengar kata-kataseorang lelaki yang mampu terapung di udara. Mungkin dia sedang bermimpi, gamaknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 5

“Siapa sebenarnya aku?”

“Kau manusia istimewa dengan salasilah yang cukup istimewa. Keturunan kausejak turun temurun telah banyak membantu manusia dengan kebolehan luar biasa yangtelah diturunkan kepada kamu semua--”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Kau anak angkat...”

“Aku tahu, jadi kenapa?” jerkah Aliya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tahudia adalah anak angkat keluarganya. Dia jelas mempunyai wajah kacukan Melayu-Eropah. Wajahnya juga manis dan terserlah cantik jika dibandingkan dengan wajahkeluarga angkatnya.

Tidak banyak yang Aliya tahu tentang latar belakangnya sendiri. Apa yang diatahu, ketika dia masih bayi, dia telah ditinggalkan di hadapan rumah keluarga angkatnya.Sejak dia kecil dia telah menganggap keluarga angkatnya itu sebagai keluarganya sendiri.

“Kau tidak kenal siapa keluarga kau sebenarnya kerana kau perlu dilindungi... Jikakau tidak disembunyikan, pihak musuh akan cuba mencari kau dan membunuh kau.”Awang memulakan cerita.

“Ada orang mahu mencari aku dan membunuh aku?”

“Ya... Tidak lama lagi kau akan tahu sendiri tentang mereka ini.” jelas Awangsebelum dia menambah lagi. “Ibu dan bapa kau tahu bahawa kau manusia yang istimewa.Sebab mereka terpaksa telah menyembunyikan kau dari musuh-musuh mereka. Keduaorang tua kau tahu kami akan datang untuk mendapatkan kau ketika usia kau tepat 18tahun. Dan masanya kini telah tiba—“

“Apa yang telah terjadi kepada keluarga kandung aku?”

“Mereka telah lama dibunuh... Bila kita ada masa nanti, akan aku ceritakantentang mereka kepada kau—“

“Benda kau cakap ni semua tak masuk akal lah!”

“Kau sendiri tahu bahawa kehidupan kau akan akhirnya menuju ke arah ini. Jauhdi dalam hati kau... Kau tahu kau istimewa dan keistimewaan kau ini akan kau gunakandengan sebaiknya.” Kata-kata Awang bergema di dalam kepalanya tanpa Awang perlumembuka mulutnya. Awang menggunakan kuasanya untuk masuk ke dalam kepala Aliyalagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 6

Awang kini berjalan menghampirinya. Awang merenung ke dalam mata Aliya.Buat sepintas lalu Aliya dapat melihat apa yang mahu diperlihatkan oleh Awangkepadanya.

Wajah Aliya pucat. Kini dia lebih memahami. Di dalam sekelip mata, Awangtelah membuatkan Aliya melihat apa yang perlu dilihatnya. Aliya telah diperlihatkansuasana apokalips yang menakutkan apabila umat manusia diperhambai oleh satu kuasajahat yang mahu menguasai bumi. Pada waktu itu ramai manusia yang terkorban. Yanghidup pula, hidup dalam keadaan kegelapan yang penuh terseksa keadaannya. Bumi inigelap, kontang, gersang!

Aliya mula merasakan perlu melakukan sesuatu dan nalurinya memberitahu diamemang boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat manusia.

“Tapi mengapa aku?”

"Kerana tanpa kau, kami tak mungkin dapat mengalahkan mereka." Jelas Awangwalaupun dia tidak memberitahu kepada Aliya identiti 'kami' yang telah disebutkan dalamkalimah-kalimahnya.

“Aku tak faham...”

“Kuasa istimewa kau diperlukan oleh kami untuk cuba menghalang mereka daricuba memusnahkan manusia dengan menukar perjalanan sejarah.”

“Apa?”

“Dunia kau ini... Adalah dunia yang telah mereka ubah perjalanan sejarahnya...Jika kita tidak melakukan sesuatu, dunia kau ini akan berubah di luar jangkauanpemahaman kau!”

“Maksud kau?”

“Dengan menukar perjalanan sejarah... Mereka dapat memastikan penguasaanmutlak mereka terhadap manusia.”

“Kau dari mana sebenarnya ni?” tanya Aliya kebingungan.

“Kau akan tahu kelak.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan lagi. “Kau perluaku bawa ke dunia aku.”

“Tidak. Maafkan aku. This is too weird!”

“Kau tak ada pilihan lain, Aliya.” Awang mengeluarkan sebilah pisau tajam daridalam kotnya. Dia menoreh telapak tangannya. Dia memastikan darah pekatnya melekatpada pisau itu sebelum dia menghunus pisau tersebut ke dalam perut Aliya. Perkara ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 7

dilakukan Awang dengan cekap dan cepat sehingga tidak sempat Aliya dapat mengelak.Bajunya terus dibasahi dengan darahnya yang mengalir deras dari perutnya.

Aliya dapat merasakan kesakitan yang amat sangat. Bisa tusukan pisau Awangterasa sehingga ke tulang sum-sum. Dalam sepantas kilat, Awang menolaknya ke tebingbumbung sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan 20 tingkat itu. Dengan sertamerta Aliya mula sedar dia sedang berhadapan dengan kematiannya sendiri.

Aliya dapat melihat dirinya terjatuh bersama Awang di hadapannya. Semuanyaberlaku seperti sebuah filem yang telah dilambatkan. Aliya dapat melihat wajah Awangyang kelihatan puas ketika tubuhnya berhenti dari terus terjatuh lalu terapung di tingkat 6.

Tatkala itu, Awang menarik kembali pisau yang tertusuk di perut Aliya. DarahAliya yang membasahi bajunya kini hilang seperti diserap masuk kembali ke dalamtubuhnya.

Sedetik kemudian, tubuh Aliya rebah ke atas lantai simen di hadapan sebuahkedai foto di blok 116 . Awang yang sedang terapung di tingkat 6 itu pula denganselamba masuk ke dalam koridor lalu berjalan ke arah lif terdekat.

Tubuh Aliya terkulai kaku di atas lantai simen yang dingin dengan kepalanyaterpusing ke belakang.

Seminit kemudian, seorang wanita menjerit apabila dia terserempak dengan tubuhAliya yang terkulai di hadapannya. Awang berjalan menghampiri tubuh Aliya. Diatersenyum puas. Walaupun begitu dia tahu kerjanya belum selesai lagi...

*

Aliya bermimpi. Di dalam mimpinya ngerinya itu dia dapat melihat kembali kemusnahankepada umat manusia yang telah ditunjukkan oleh Awang kepadanya sebelum ini. Mimpingerinya itu berulang-ulang - dia langsung tidak dapat melarikan dirinya dari terusdigamit mimpi ngeri itu. Dia merasa dirinya terperangkap di dalam mimpi ngerinyasendiri...

Apabila Aliya membuka matanya, dia mendapati Awang sedang berdiri di hadapannya.Bayu dingin malam menyapu wajahnya ketika dia sedang berada di dalam keadaanterbaring di sebelah kubur yang baru sahaja digali. Aliya cuba menggeliat, tetapi diamendapati tubuhnya telah dikapankan. Dua orang gadis kembar berbangsa Eropahberambut perang membuka kain kapan yang melitupi tubuhnya.

Tubuh Aliya diselimuti dengan sehelai kain berwarna hitam sebaik sahaja kainkapannya selesai dibuka. Pasangan kembar itu kemudian memandang ke arah Awanguntuk menunggu arahan seterusnya dari Awang.

Tatkala itu Aliya menghirup udara malam dalam-dalam. Dia merasa begitu segarsekali. Dirinya merasa begitu bertenaga. Dia tidak perlu lagi mengenakan cermin mata

http://nizamzakaria.blogspot.com 8

atau kanta pelekapnya untuk melihat dengan jelas. Dia merasa pelik seolah dia sedangberada di dalam tubuh yang lain.

“Di mana aku sekarang?” tanya Aliya dengan wajah penuh kerisauan. Bingung.Lapar. Dahaga...

“Kau di tanah perkuburan Bidadari.” Jawab Awang dengan selamba.

“Apa?” Aliya memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Sememangnya dia sedangberada di kawasan perkuburan.

“Mereka telah tanam kau petang tadi.” Awang menjelaskan. Dia memegang bahuAliya. Dielusnya bahu Aliya perlahan-lahan seolah dia telah lama mesra dengannya.

“Apa ni? Is this a joke?” Aliya menepis tangan Awang.

“Aku telah uruskan agar kematian kau kelihatan seperti kejadian bunuh diri.”Awang memandang kepada skrin kecil di lengannya yang mula berkelip-kelip. “Sekarangdengan rasminya kau dianggap telah mati. Jadi tidak ada sesiapapun yang akan mencarikau lagi. Kau boleh bergerak bebas untuk ke mana-mana yang kau suka.”

“Kematian aku? Apa pulak ni? Aku masih hidup!” Aliya menyerigai dalamkekeliruannya. Walaupun begitu, dia masih dapat mengingati perbuatan Awangmembunuhnya dengan menusukkan pisau ke dalam tubuhnya lalu menolaknya jatuh dariflat tempat tinggalnya. Aliya memandang ke perutnya. Dia mendapati tidak terdapat apa-apa kesan tusukan di situ.

“Kau pastinya haus.” Awang menukar corak perbualan dengan mencampakkansebiji botol logam berwarna merah kepada Aliya. Dengan pantas Aliya dapat menangkapbotol tersebut. Dia sendiri tidak mempercayai ketangkasan tangannya.

Aliya membuka penutup botol tersebut. Dia meneguk isi botol tersebut. Dia tidakpernah merasakan air sesedap itu di dalam hidupnya. Setiap tegukan cecair di dalam botolyang masuk ke dalam perutnya terasa seperti membuatkan dirinya semakin segar danbertenaga. Rasa lapar dan dahaga yang amat sangat yang telah dirasakannya tadi hilangdengan serta-merta.

"Air apa ini?" tanya Aliya kepada Awang. Tubuhnya yang tadi terasa dingin kinidihangati haba tenaga luar biasa.

“Darah...” jawab Awang tenang. “Bukan dari jenis sintetik. Aku fikir kau layakmerasai darah asli manusia buat kali pertama kau menghilangkan rasa lapar di dalam dirikau...

“Mulai sekarang, tubuh kau hanya boleh menerima darah untuk kau minum agarkau dapat terus hidup. Kau tidak boleh makan seperti manusia biasa. Tubuh kau tidakakan menerima apa yang kau makan. Kau perlu ingat, kau bukan bergelar manusia lagi...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 9

Wajah Aliya berubah pucat. Botol yang dipegangnya tadi terjatuh ke atas tanah.Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Awang tadi hatta nalurinya memberitahu Awangberkata benar kepadanya.

Di dalam pada itu, Aliya mula sedar kini pandangan matanya menjadi semakinterang dan pendengarannya juga bertambah jelas. Aliya memandang ke arah beberapalembaga aneh yang muncul di hadapannya berjalan mundar-mandir di kawasanperkuburan.

“Siapa mereka?” tanya Aliya ketakutan. Bulu romanya naik menegak melihatkelibat lembaga-lembaga ini yang kelihatan begitu menyeramkan baginya.

“Tak usah pedulikan siapa mereka... Mereka tak akan ganggu kau selagi kau takmengganggu mereka.” Ujar Awang. Aliya ketakutan. Sukar untuk dia mencernapenjelasan dari Awang tadi inikan pula menerima apa yang sedang berlaku kepadanyasekarang. Dia masih bingung. Dia masih yakin dia sedang bermimpi.

“Jadi apa yang telah kau lakukan kepada aku?” Sekonyong-konyongnya Aliyabertanyakan soalan ini kepada Awang apabila dia semakin sedar perubahan yang berlakuterhadap dirinya. Fikirannya masih bingung. Otaknya masih cacamarba.

“Kau telah dilahirkan semula sebagai makhluk seperti aku.”

“Apa maksud kau?”

“Kau sekarang seorang vampiro, Aliya... Seorang orakel yang telah dijadikanseorang vampiro.... Kau bakal menjadi antara vampiro yang paling berkuasa yang pernahwujud di dunia ini.” Awang menekan skin lebar di lengannya. Sarung tangan hitamnyamengeluarkan cahaya terang pada bahagian hujung jari telunjuknya. Kemudian diamenuding jari telunjuknya itu ke hadapan seolah ingin menyentuh sesuatu. Ruang kosongdi hadapannya kelihatan seperti air yang terpercik kemudian bergelombang. Perlahan-lahan gelombang itu semakin membesar sebelum berubah menjadi sebuah pusarandengan diameter 2 meter lebar.

Awang memegang tangan Aliya. Serta merta Aliya dapat merasakan dia perlumemberikan sepenuh kepercayaan kepada Awang. Dia berjalan mengikut Awang masukke dalam pusaran misteri itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 10

Buku I. Bab 1

Selama hidupku, aku pasti bahawa aku telah dilahirkan pada tahun 1493 - itulah yang akufikirkan, kerana tatkala itu aku berumur 17 tahun atau mungkin 18, ketika Portugis datangmenyerang Melaka.

Sememangnya aku telah menyaksikan segala-galanya. Jika aku dimintamenceritakan kembali peristiwa berdarah serangan Portugis ke atas Melaka, mungkinmereka yang mendengarnya tidak akan mempercayainya. Mereka mungkin tidak akanmempercayai bahawa pada satu ketika dahulu bumi Melaka yang bertuah pernahbermandikan darah...

Sayugia dicatatkan di sini aku sendiri telah melihat bagaimana sungai Melakapernah bertukar merah. Aku sendiri melihat bagaimana ramainya anak-anak MelayuMelaka yang telah dibunuh, disembelih dan diseksa di hadapanku. Aku dapat melihatsegala-galanya.

Ketika itu aku bersama anak-anak muda Melayu Melaka yang lain, kami telahberhempas pulas cuba mempertahankan kota Melaka, tetapi tidak banyak yang dapatkami lakukan untuk melawan bala tentera Portugis yang lengkap bersenjata dan cukupterlatih. Masakan anak-anak muda Melaka sepertiku yang hanya bersenjatakan pedang,keris dan tombak dapat melawan bala tentera Portugis yang bersenjatakan meriam,senapang dan panah?

Tatkala aku tidak mampu melawan kemaraan bala tentera Portugis lagi, yang terusmenyerang, merompak dan memusnahkan kota Melaka, aku terus pulang ke rumahkuyang terletak di pinggir kota Melaka untuk mempertahankan nasib keluargaku di sana.

Tengah malam. Aku pulang kepenatan dengan bajuku yang dikotori lumpur dandarah. Hanyir. Aku dapat melihat wajah bimbang ibu dan bapaku. Ibuku menangis sambilmemelukku. Dia fikir aku sudah mati, kerana ramai anak jiran-jiranku yang diberitakantelah mati. Aku memberitahu kepadanya bahawa nyawaku masih liat. Aku belum mahumati lagi.

Tidak sampai sejam aku berada di rumah, seorang anggota tentera Portugismerempuh masuk ke dalam rumahku. Sebelum api pelita di rumahku padam, aku dapatmelihat wajahnya yang pucat dengan rambutnya yang perang keemasan. Tidak sepertitentera-tentera Portugis yang lain, aku dapati wajahnya licin tidak berjambang. Matanyabiru. Wajahnya berseri. Usianya mungkin di sekitar pertengahan 20-an. Dia masih mudalagi.

Aku pasti aku boleh melawannya. Jadi aku mengambil kerisku dan bapaku pulamengeluarkan tombak untuk cuma menewaskannya. Kami cuba sedaya upaya kami untukmenyekat kemaraannya, tetapi dengan cepat aku sedar bahawa apa yang cuba kamitentang pada ketika itu adalah sesuatu yang berada jauh di luar jangkauan kami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 11

Seteruku itu terlalu kuat. Terlalu hebat. Sebaik sahaja pelita dipadamkan olehnya,aku langsung tidak dapat melihat kelibatnya dengan jelas. Aku hanya dapat melihat satubayangan hitam yang bergerak pantas di dalam gelap. Kemudian tanpa amaran, dengansekali libas, dia membuatku terpelanting ke udara lalu rebah melanggar dinding kayurumahku sehingga pecah. Aku tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku selepas itu.Aku jatuh pengsan buat seketika.

Tatkala aku membuka mataku, aku dapat melihat bahagian dapur rumahku mulaterbakar. Di dalam cahaya samar-samar aku dapat melihat tubuh adik-adikku yang masihkecil bergelimpangan dalam keadaan mengerikan di hadapanku. Aku dapat mendengarsuara ibuku menjerit-jerit sambil memeluk tubuh adik bongsuku yang berlumuran darah.Lehernya telah dikelar. Apabila aku memandang ke arah pintu yang mengarah kepadaanjung rumahku, aku dapat melihat bapaku pula - di hadapan mata kepalaku sendiri,dibunuh dengan cara yang kejam. Lehernya ditoreh dengan sebilah pisau besi yang tajamyang akhirnya aku kenali sebagai pisau secespita – sebilah pisau yang telah digunakanuntuk membunuh keluargaku yang kini menjadi milikku.

Darah memancut keluar dengan deras dari leher bapaku, lantas darahnya itudiratah oleh tentera Portugis yang kejam itu, yang kemudian aku kenali dengan namaCassius, orang paling kanan Fernao de Magalhaes; seorang nakhoda salah sebuah kapalperang dalam satu armada yang telah diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque.

Ibuku, kerana terlalu ketakutan melihat adik-adikku serta bapaku dibunuh dengankejam oleh Cassius terus pengsan di hadapanku, hanya untuk dibunuh oleh Cassiusdengan cara yang sama beberapa detik kemudian. Darahnya dihisap dengan lahapsehinggalah ke saat nadinya terhenti. Terkulai. Mati.

Tatkala aku melihat keluargaku dibunuh dengan kejam oleh Cassius, akulangsung tidak mampu melawan, tubuhku pada waktu itu terlalu lemah rasanya. Kaki dantanganku seperti telah dilumpuhkan Cassius. Sememangnya aku lebih rela mati padamalam itu dari melihat Cassius membunuh mereka yang aku sayangi. Tetapi hakikatnya,kematian yang aku minta tidak akan dapat dikecap sehinggalah aku berusia 28 tahun.Hanya pada waktu itulah aku diberikan peluang untuk mati.

Setelah selesai Cassius membunuh seluruh anggota keluargaku di hadapan mataku, diatelah menangkapku, lantas dia membawaku ke atas kapal yang dikendalikan Fernao. Disana, aku telah dipasung bersama beberapa lagi tawanan lain. Cassius telah dibenarkanuntuk melakukan apa sahaja ke atas tawanan-tawanan perangnya. Dia diberikan kuasa inisebagai ganjaran oleh Fernao kerana telah membantu pihak Portugis menawan Melaka.

Maka pada ketika itulah aku terus diperlihatkan kepada kekejaman Cassius yangtidak mengenali batas. Dia cuba mengorek rahsia dari diriku untuk mengetahui tempatpersembunyian saki-baki tentera Melaka yang masih cuba berjuang menentangpenjajahan Portugis sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Aku sememangnyalangsung tidak tahu menahu tentang hal ini. Aku cuba memberitahunya melalui seorangpedagang India bahawa aku anak seorang pedagang yang berasal dari Sumatra. Akulangsung tidak tahu menahu tentang rahsia ketenteraan Melaka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 12

“Dia kata kau berbohong,” ujar Pedagang dari India itu kepadaku dengansuara terketar-ketar di dalam bahasa Portugis yang telah dipelajarinya di Goa. Cassiusmemandang ke dalam wajahku dalam-dalam sebelum dia keluar dari bilik penyeksaan itu.

Beberapa minit kemudian, dia muncul semula ke dalam bilik dengan membawakawan sekampungku yang bernama Kasturi yang telah bersama-sama berjuang melawankemaraan Portugis ke Melaka beberapa hari yang lalu. Hubunganku dengan Kasturimemang rapat, malah aku telah menganggapnya sebagai abang kandungku sendiri. Jikabukan kerananya, aku tidak mungkin akan berhempas pulas cuba mempertahankanMelaka dari ditawan Portugis...

Kasturi yang berusia tiga lebih tua dariku itu telah diiringi oleh dua orang tenteraPortugis. Aku dapat melihat Kasturi berada di dalam keadaan bogel dengan tubuhnyadipenuhi dengan tanda-tanda sebatan. Aku mahu memalingkan kepalaku ke arah lain,tetapi Cassius telah memegang kepalaku dengan kuat agar aku dapat menyaksikankekejaman yang bakal dilakukannya kepada Kasturi.

“Beritahu kepadanya di mana hulubalang-hulubalang bersembunyi!” pedagangIndia itu memberitahu kepadaku kemahuan Cassius. Kasturi merintih meminta agardiriku dibebaskan. Kasturi mencium kaki Cassius lalu memberitahu kepadanya bahawadia sanggup mati asalkan nyawaku dapat diselamatkan. Cassius hanya mentertawakannyalalu menyuruh kedua orang pembantunya agar mencangkuk kaki dan tangan Kasturidengan cangkuk besi yang tajam. Kasturi menjerit sekuat hati menahan sakit.

“Aku tak tahu!” getusku cuba melawan. Kataku lagi: “Dia boleh bunuh aku kalaudia mahu, tapi aku tak boleh beritahu kepadanya apa yang aku sendiri tak tahu!”

Cassius kemudian menggelengkan kepalanya, seolah-olah dia bosan mendengarpenjelasanku.

"Kalau kau tak beritahu, dia akan siat kulit kawan kau!" ucap pedagang Indiadengan suaranya diberatkan ketakutan.

“Aku cakap aku tak tahu!” kataku kini dengan suara lesu. Salah seorang tenteraPortugis telah diminta Cassius agar memegang kepalaku dan mataku dibuka secara paksa.

Aku akhirnya menangis walaupun pada ketika itu tidak ada air mata lagi yangmampu mengalir dari mataku – apabila aku melihat kulit Kasturi disiat-siat oleh Cassius.Jeritan Kasturi begitu menyayat hati sehingga hari ini jeritannya itu masih terngiang-ngiang di dalam kepalaku.

Kulit Kasturi telah disiat dengan begitu teliti oleh Cassius. Sememangnya Cassiusmempunyai ketelitian yang tinggi di dalam bidang ini. Dia telah melakukan kerjanyadengan begitu teliti dengan pisau secespita yang tajam sehingga kulit Kasturi dapatditanggalkan seperti baju. Darah merah pekat Kasturi membuak-buak jatuh ketikaCassius melakukan pekerjaannya ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 13

Aku tidak dapat membayangkan keperitan penyeksaan yang terpaksa dilalui olehKasturi pada ketika itu. Aku tak sanggup melihat keadaannya. Pedagang India yang adabersama pada ketika itu jatuh pengsan melihatkan kekejaman yang telah dilakukankepada Kasturi.

Beberapa kali Kasturi telah meminta agar Cassius membunuhnya sahaja dari diaterpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat sebegini - lebih-lebih lagi apabilaCassius menyiat kulit kepalanya dan mukanya sehingga hanya kelihatan biji mata dandaging merah yang masih melekat di tengkorak mukanya. Arakian selepas itu, aku dapatmendengar jeritan Kasturi terhenti. Yang tertinggal pada waktu itu hanyalah sekujurtubuh merah yang tidak berkulit dengan darah menitik ke atas lantai papan. Ketika itu,aku dapati Kasturi masih bernafas lagi. Dia masih hidup lagi di dalam keadaan tubuhnyayang mengerikan itu. Cassius menjilat darah Kasturi yang menitik dari tubuhnya itudengan lidahnya sehingga ke titisan yang terakhir apabila nyawa Kasturi akhirnyaberpisah dari tubuhnya.

Genggaman di kepalaku dilepaskan sebaik sahaja Cassius selesai melakukantugasnya. Aku memandang ke bawah lantas melihat darah Kasturi yang tergenang dipapan lantai dengan bau hanyir darahnya itu menusuk ke hidung. Menjijikkan! Aku mahumuntah, tetapi perutku tidak terkandung lagi ini untuk aku muntahkan setelah tiga hariaku tidak menjamah makanan.

“Aku tahu kau tidak tahu menahu tentang tempat persembunyian tenteraMelaka...” Kata Cassius menggenggam rambutku tanpa mulutnya bergerak-gerak. Diatelah menujukan kalimah-kalimah yang aku fahami ini terus ke dalam hatiku.

“Jadi kenapa kau perlu seksanya begini?” aku memberanikan diriku untukbertanyakan soalan ini kepadanya.

“Kerana aku mahu mengujimu.” Itulah jawapan yang diberikan kepadaku sebelumdia keluar mengheret tubuhku yang lemah dari bilik penyeksaan itu. “Dan kerana akutahu jika dia mati, maka tak ada lagilah manusia yang kau sayangi lagi dalam dunia ini...”katanya sebelum aku dihumbankan kembali ke dalam bilik tawanan yang gelap sertabusuk dengan bau mayat-mayat yang masih tidak dikeluarkan lagi.

Fernao telah memilih untuk membiarkanku terus hidup dari aku dijadikan bahan hiburanoleh Cassius - dengan diriku diseksa setengah mati sebelum aku dibahamnya sepertitawanan-tawanan lain.

Cassius pernah memberitahuku, tatkala Fernao pergi melawat tawanan-tawanannya, dia terus terpegun melihat keindahan wajahku di dalam ramai-ramaitawanan yang ada. Kata Cassius:

“Keindahan wajahmu tatkala disinari sinaran cahaya bulan merupakan satukeindahan yang berjaya membuat dirinya terpesona. Kau mempunyai satu wajah yangmampu melembutkan jiwanya.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 14

Di atas permintaan Fernao, dia telah mengarahkan Cassius agar aku dibebaskanlantas dihadiahkan kepadanya sebagai hamba tebusannya. Cassius bersetuju, walaupunkatanya, sebelum ini dia telah bercadang untuk menoreh dadaku dan mengeluarkanjantungku ketika ia masih lagi kencang berdegup.

Maka, Fernao telah menjadikanku sebagai hamba suruhannya. Lagipun sudahmenjadi satu tradisi untuk anggota angkatan laut Portugis diberikan seorang hambatebusan perang. Cuma kebanyakan dari mereka mengambil hamba tebusan wanita yangmana keturunan mereka terus berada di Melaka sehingga kini....

Tetapi pada mulanya bukan satu perkara yang mudah untuk membuat menerimahakikat bahawa aku dijadikan seorang hamba. Memang sejak kecil lagi aku telahmenunjukkan bahawa aku mempunyai sifat yang degil dan keras kepala. Akan tetapi,Cassius mempunyai caranya yang tersendiri untuk melentur malah memecahkansemangat kentalku. Selama hampir dua minggu aku tidak diberi makan dan dikurungbersama berpuluh-puluh tawanannya yang lain. Dan dalam masa itulah bermacam-macamjenis kekejaman dan keganasan yang dapat aku lihat terus dilakukan Cassius kepadatawanan-tawanan perang Portugis. Tatkala itulah aku mula sedar bahawa Cassius bukanseorang manusia mahupun haiwan. Dia adalah sesuatu makhluk yang hanya mampumuncul di malam hari untuk menyeksa kemudian meratah darah tawanan-tawanannya.

Mereka yang telah mati, mayat mereka telah dibiarkan busuk di dalam biliktawanan. Entah berapa puluh mayat yang busuk di simpan di dalam bilik kurungannyasebelum mayat-mayat itu dibuang ke dalam laut. Satu demi satu tawanan yang telahdipasung, dibunuh dengan cara yang kejam. Aku hanya menunggu masanya sahaja untukmati, dan mati dengan cara yang perlahan dan menjijikkan. Tetapi aku tidak diberikanpilihan oleh Cassius untuk memilih jalan yang berakhir dengan kematian... dia mahu akuterus hidup. Setelah aku memikirkan tentang nasibku kini hidup sebagai seorang vampiro,mungkin ada baiknya jika aku mati sahaja pada waktu itu. Tetapi ini tidak, dia terusmenyeksaku dengan menjadikan aku seorang vampiro...

Perlahan-lahan aku akhirnya akur bahawa aku tidak mungkin mampu melawanseteruku Cassius. Cassius yang aku benci setengah mati itu tidak mungkin dapat akulawan. Jika dia manusia, mungkin aku boleh melakukan sesuatu untuk sekurang-kurangnya membuka pencak silat, seperti yang pernah diajarkan oleh bapaku, seorangpedagang dari Sumatra yang terkenal, yang juga seorang guru silat yang tersohor, lantasmencederakannya. Tetapi masakan dia mampu melakukan ini semua kerana dia bukanmanusia biasa. Aku akhirnya akur bahawa aku tidak mungkin boleh mencederakan,malah membunuh sesuatu yang sudah lama mati, yang tidak mungkin lagi dapat diterimabumi - yang mana kejadiannya dilaknati dan tidak lagi dapat difahami oleh manusia biasaseperti Cassius...

Pada waktu itu, entah mengapa semangatku untuk terus hidup tiba-tiba muncul didalam diriku. Di dalam hatiku, aku menyimpan cita-cita untuk membunuh Cassius satuhari nanti. Dan untuk membunuh Cassius, dia perlu terus hidup...

http://nizamzakaria.blogspot.com 15

Aku perlu tahu kelemahannya kerana aku pasti setiap makhluk tuhan pasti adakelemahannya. Aku terpaksa menerima hakikat bahawa untuk terus hidup, aku perlumenjadi seorang hamba. Aku bersungguh-sungguh mahu terus hidup setelah melihatkematian demi kematian yang kejam berlaku di hadapanku, lebih-lebih lagi kematiankeluargaku sendiri. Aku akhirnya bertekad untuk tidak mahu mati dibunuh oleh Cassiusyang sememangnya sudah lama hilang sifat-sifat peri kemanusiaannya.

Maka, aku telah dijagalah oleh Fernao seperti dia menjaga anaknya sendiri, dan pastinyalebih dari itu. Aku terus disayang dan dibelainya, malah lebih dari apa yang mampudiberikannya kepada isterinya sendiri, Biatriz yang selalu sahaja ditinggal-tinggalkannya.

Seterusnya Fernao mengurniakanku dengan nama baru, Enrique. Satu nama yangdiberikan kepadaku secara paksa, tanpa pengetahuanku sendiri pada mulanya. Satu namayang akan membuatkan diriku dicapkan oleh sejarah sebagai tali barut Portugis buatselama-lamanya. Satu nama yang telah diberikan kepadaku setelah aku dibaptis tatkalasedang berada dalam keadaan separuh sedar setelah dikeluarkan dari dalam kurungan diatas kapal yang dikendalikan Fernao di selat Melaka dahulu. Tetapi apa yang pastibagiku, perkara ini hanya wujud pada nama dan secara paksa. Aku bertekad untuk terusmentaati agama yang dianutiku semenjak aku dilahirkan. Cukuplah dengan yang Satu itu,tidak perlu aku dipaksa untuk menyembah yang lain.

Setelah aku dibaptis, aku terus dididik dan dibelai oleh Fernao. Diberinya akusegala pendidikan yang seharusnya layak diberikan kepada anak-anak bangsawanPortugis. Melalui pendidikan yang aku terima dari Fernao, dengan segera aku dapatmempelajari bahasa Portugis dan beberapa bahasa lain Eropah. Fernao akhirnya akurbahawa anak Melayu seperti aku cerdik dan bukannya bodoh seperti mana yang difikirkanoleh bangsanya yang angkuh itu. Maka setelah dia mengenaliku dan kemampuan yangaku ada, langsung ditolaknya ke tepi segala prasangka buruk tentang kelemahan umatmanusia Nusantara yang pernah ada di dalam jiwanya.

Walaupun hubunganku dengan Fernao baik, sejak dari mula lagi aku dapatihubunganku dengan pelaut-pelaut yang lain agak renggang. Mungkin kerana aku sendiritidak mahu mengadakan hubungan rapat dengan mereka, kerana aku tidak mungkin dapatmelupakan bahawa mereka adalah bangsa yang telah menjajah bangsaku.

Selain dari menerima nama jolokan ‘hitam’ kerana kulitku yang jelas lebih gelapdari pelaut-pelaut Portugis yang putih dan pucat itu, aku telah diberikan nama jolokon‘muy ladino’, kerana kebolehanku bertutur dalam pelbagai bahasa. Dengan kebolehankubertutur dalam beberapa bahasa Eropah, aku telah menolong dan mengajar FrancescoAntonio Pigafetta mempelajari bahasa Melayu. Dengan bantuanku, Francesco akhirnyadapat mengumpul sebanyak 426 perkataan Melayu, lantas diabadikan di dalam kamusMelayu-Itali pertama oleh Alessandrio Bausini.

Berbekalkan ilmu pelayaran yang pernah dipelajarinya dari bapaku, serta apa yangdiajarkan sendiri oleh Fernao, aku akhirnya menjadi seorang yang ahli dalam senipelayaran.

http://nizamzakaria.blogspot.com 16

Kesetiaan aku pada ketika itu hanya kepada Fernao yang selama ini telah banyakberbudi kepadaku. Walaupun begitu, pada waktu itu aku tidak pernah lupa bahawaFernao dan Cassius adalah seteruku dan mereka berdua adalah sebab mengapa aku perluterus hidup. Kedua-duanya harus mati di tanganku nanti!

Arakiannya, aku telah mempelajari tentang kejadian Cassius tatkala dia bersamabala tentera Portugis pergi memerangi pihak Moor di Maghribi setahun selepas merekaberjaya menakluki Melaka. Tatkala berperang di tanah Afrika di dalam peperanganAzamor itulah aku telah menyelamatkan nyawa Fernao, walaupun aku kadangkalamerasakan Fernao seharusnya dibiarkan mati di sana.

Dalam keadaan tempang, di atas kapal perangnya, Fernao telah memberikan akuapa sahaja permintaan darinya sebagai ganjaran kerana telah menyelamatkan nyawanya.Aku tidak meminta ganjaran dari segi wang dan harta, memandangkan aku tidak pernahberminat kepada kekayaan, mahupun kebebasannya sendiri, kerana fikirku, aku sudahcukup puas dapat berlayar ke segala pelosok Nusantara sehingga ke Eropah bersamanya.Apa yang aku mahu darinya adalah cerita mengenai latar belakang Cassius...

Maka ditunaikan Fernao permintaanku itu. Lagipun Fernao sudah merasakanbahawa telah sampai masanya untukku mengetahui kisah sebenar tentang kejadianCassius. Dengan panjang lebar Fernao telah menceritakan kepadaku mengapa Cassiushauskan darah dan hanya dapat hidup dengan darah. Fernao memberitahuku bahawamakhluk seperti Cassius dikenali di Lisbon dan di beberapa tempat di Eropah dengannama Vampiro. Dia mungkin telah hidup sejak beratus-ratus tahun yang lalu, ataumungkin lebih dari itu.

Menurut Fernao, Cassius telah berjaya ditangkap hidup-hidup di India ketikabeliau cuba lari ke Venice - satu perkara yang jarang dapat dilakukan kepada makhlukvampiro. Fikir Fernao, Mungkin juga Cassius mahu dirinya ditangkap. Apa yang pasti,Fernao sedar bahawa dia harus menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diriCassius untuk mengalahkan lawannya tatkala berperang. Jika bukan kerana bantuanCassius dengan menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam dirinya, masakan balatentera Portugis seramai 1200 orang tentera dengan 14 buah kapal masih boleh menaklukiMelaka, sedangnya Melaka mempunyai bala tentera seramai 20,000 orang yangdilengkapkan dengan 2000 patah senapang...

Maka terburailah segala rahsia kekuatan bala tentera Portugis dan juga siapaCassius sebenarnya. Jika selama ini kisah mengenai Cassius hanya menjadi desas-desusanak-anak kapal, kini desas-desus itu telah disahkan sendiri oleh Fernao. Maka dengankepastian ini, dapatlah aku mengetahui serta mempelajari segala kelemahan yangmungkin ada pada diri Cassius dan cara untuk memusnahkannya jika perlu.

Peluang untuk aku bersemuka kembali dengan Cassius timbul apabila malang mulamenimpa diri Fernao selepas melakukan tugas-tugas ketenteraan di Afrika dan di India.Beliau telah dituduh melakukan salah laku mengadakan hubungan perdagangan haramdengan pihak Moor sehingga Raja Portugis, Manuel I tidak lagi mahu Fernao

http://nizamzakaria.blogspot.com 17

menghadapnya, dan dalam kekecewaan ini, Fernao telah menawarkan khidmatnya kepadaSepanyol.

Untuk meyakinkan Raja Carlos I untuk memberikannya tugas untuk menerokalautan yang tidak pernah diterokai oleh kuasa-kuasa Eropah, Fernao telah membawa akumenghadap Raja Carlos I di istananya di. Aku telah dipersembahkan kepada Raja Carlos Idan kepada Majlis Dirajanya sebagai seorang juru bahasa dan pelaut yang dapatberkhidmat untuk pihaknya sebaik sahaja pihak Sepanyol tiba di kepulauan rempah nanti.

Maka pada waktu aku dibawa untuk menghadap Raja Carlos I yang pada ketika itu masihlagi berusia 18 tahun. Aku akhirnya dapat melihat sendiri kedaulatan dan keagunganseorang raja Eropah yang amat-amat berkuasa pada waktu itu - termasuk segala kekayaanyang telah dirampasnya dari Andalusia. Di istananya yang gah itu aku telah diuji samaada benar aku mampu berbahasa Melayu - seorang gadis yang berasal dari Sumatra yangtelah dijadikan hamba di bawa untuk berhadapan denganku.

Aku agak terkejut melihat seorang gadis Melayu yang berpakaian Eropahdihadapkan di hadapan Raja Carlos I. Dengan perasaan takut-takut aku bercakapkepadanya.

“Saya mahu pulang. Beritahu kepada mereka saya mahu pulang! Saya lebih relamati dari terus diperhambakan begini!” Itulah kalimah-kalimah pertama yang kudengaridiluahkan kepadaku. Gadis yang tidak sempat ku tanya namanya itu hampir-hampir mahumenangis di hadapanku.

Aku menarik nafasku panjang-panjang. Aku pasti bahawa gadis tersebut yangsenasib denganku itu telah dijadikan hamba seks oleh tuannya. Jika difikirkan, nasib kamisebenarnya serupa dalam banyak hal...

“Saya tidak dapat membantu, kerana saya sendiri seorang hamba.” Sambutkusebelum aku menoleh kepada Raja Carlos I, lantas memberitahu kepadanya dalam bahasaPerancis tentang apa yang telah dikatakan oleh gadis tersebut.

Raja Carlos I sekadar ketawa, seolah-olah dia sedang berhadapan dengan dua anakpatung automata yang mampu berkata-kata dan bukan dua orang manusia yangmempunyai hati dan perasaan. Aku rasa pada waktu itu, baginda cukup terpesona tatkalamelihat sendiri kebolehanku bertutur dalam beberapa bahasa utama Eropah dengan fasih.

Raja Carlos I yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan Sepanyol sebuah kuasabesar akhirnya bersetuju untuk meneroka jalan barat untuk ke Nusantara dan khususnyake Maluku. Fernao menerima berita baik ini dengan gembira, walaupun dia telah terlebihdahulu diberitahu oleh Rui Faleiro, ahli nujum, ahli astronomi dan ahli matematik yangmenjadi rakan kongsinya di dalam ekspedisi ini bahawa dalam tilikannya, sememangnyaFernao telah ditakdirkan untuk mengelilingi dunia.

Raja Carlos I telah memberikan Fernao dan Rui 5 buah kapal, San Antonio,Conception, Victoria, Santiago serta kapal utama Trinidad untuk dikendalikannya bagi

http://nizamzakaria.blogspot.com 18

mencari jalan dari arah barat untuk ke Maluku kerana pihak Portugis telah mendominasijalan dari arah timur. Sekali lagi, untuk melakukan tugas yang berat ini, Fernao telahmendapatkan khidmat Cassius...

Rui tidak bersetuju dengan keputusan Fernao mendapatkan khidmat Cassius.Dalam tilikannya, dia dapat melihat kejadian yang tidak baik bakal menimpa dirinya jikadia mengikut ekspedisi ini. Dia akhirnya memberitahu kepada Fernao dia mahu menarikdirinya dari ekspedisi ini. Fernao kecewa dengan keputusan yang telah diambil Rui.Sebelum mereka berpisah, Rui telah membisikkan sesuatu ke dalam telingaku. Katanya,dalam ramalannya, dia dapat melihat Fernao akan menemui ajalnya di dalam ekspidisinyamencari jalan baru ke Kepulauan Rempah Maluku.

“Aku pula bagaimana? Apa yang kau boleh lihat dari hasil tilikanmu?” akumemberanikan diriku untuk bertanyakan soalan ini kepada Rui.

“Kau perlu berhati-hati dengan Cassius. Hidup dan matimu ada di tangannya.”Itulah katanya tanpa mahu menambah lagi. Itulah kali terkhir aku bertemu dengannya.

Maka Aku, Fernao, Cassius serta anak-anak kapal seramai lebih 270 berlepas daripelabuhan Sepanyol di Sanlucar de Barrameda pada tanggal 20 September 1519. Satuperjalanan penuh bersejarah dan akan terus diingati oleh manusia sejagat.

**

“Persediaan selama 18 bulan telah diambil sebelum kita boleh belayar dariSeville... Dan sekarang, kita terdampar di sini!” ujar Cassius yang tiba-tiba muncul dibelakangku. Wajahnya nampak pucat di bawah sinaran bulan yang sedang mengambangpada malam itu.

Aku terkejut melihat kemunculannya yang datang secara tiba-tiba. Tatkala itu akusedang termenung kosong di atas kapal Trinidad di teluk San Julián yang terletak diAmerika Selatan.

“Pelayaran ini mengambil masa yang lama untuk disediakan kerana para perisikRaja Manuel telah mengetahui tentang pelayaran ini. Mereka telah melakukan segala-galanya untuk memastikan agar pihak Sepanyol gagal menguasai jalan untuk ke Maluku.”Jelas Cassius, memberitahu kepadaku sesuatu yang telah lama aku ketahui dari mulut Ruisendiri.

“Tapi pelayaran ini telah dirahsiakan. Tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tahutentang perjalanan kita ini.” Mataku terus memandang ke hadapan. Kalau boleh aku tidakmahu menatap matanya yang biru itu.

“Raja Manuel beranggapan segala kekayaan di timur adalah miliknya dan

miliknya sahaja—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 19

Dahi Aku terkerut mendengar penjelasan Cassius tadi. Aku tidak faham mengapadia perlu membuka lembaran bicaranya ini kepadaku. Sambungnya lagi:

“Malah aku sendiri telah dibayar para perisik Portugis untuk memastikan bahawapelayaran ini gagal.”

Aku kurang pasti jika Cassius berkata benar kepadaku ataupun dia sengaja mahuberjenaka. Lantas untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku memberanikan diriku untukmerenung ke dalam matanya. Tidak ada apa-apa yang dapat aku baca dari merenungnyabegitu. Seolah-olah jiwanya kosong.

“Aku tidak sejahat yang kau fikirkan...” Cassius tersengih sambil memandangku.Kalimah-kalimahnya ini langsung membuatkan tekakku terasa loya tatkalamendengarnya.

Aku terus mendiamkan diriku sambil terus memandangnya. Aku dapat melihatwajahnya tidak pernah dimakan usia sejak kali pertama aku bertentang mata dengannya diMelaka dahulu. Malah kini, wajahku pula nampak lebih tua darinya. Katanya kemudiankepadaku:

“Yang lebih keterlaluan bagi aku adalah rancangan Don Juan de Fonseca, BishopBurgos merangkap perunding kanan Raja Carlos dan para peminjam wang dari Jermanyang telah membiayai pelayaran ini. Mereka sebenarnya kurang senang dengan ganjaranyang besar yang bakal diterima Fernao jika dia berjaya mencari jalan yang baru keMaluku. Mereka cukup takut pelayaran ini terlalu ‘Portugis’, jadi Bishop Fonseca telahmendapatkan anak luar nikahnya, Juan de Cartagena untuk menjadi nakhoda. Beberapakelasi Sepanyol juga telah diambil menjadi anak kapal. Semua orang saling mencurigai disini—“

“Aku tahu mereka saling mencurigai, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kapalberbangsa Portugis. Kesetiaan anak-anak kapal Portugis kepada Sepanyol selaludipersoalkan mereka, termasuk juga kesetiaanku, kerana hubunganku dengan Fernao...”

“Aku tahu,” Cassius memandang ke arahku dengan satu pandangan yang tajam.Dia seolah-olah bersimpati denganku. “Mengikut Perjanjian Tordesillas tahun 1494,mana-mana jajahan timur Rom adalah milik Portugis dan di baratnya pula milikSepanyol. Fernao fikirkan dengan berlayar ke arah barat, dia akan dapat mencari jalan keMaluku lalu membuktikan Kepulauan Rempah-rempah adalah milik Sepanyol, dan bukanPortugis... Tetapi.”

“Tetapi apa?”

“Aku rasa kau pasti pernah melihat salinan peta-peta Ptolemy ketika berutusandengan Rui Faleiro... Peta-petanya telah dilakarkan dengan merujuk kepada bentuk bumiyang bulat. Aku pernah berdebat dengannya tentang jarak ‘Semenanjung Emas’, namayang telah diberikannya kepada tanah semenanjung di mana letaknya Melaka sekarang ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 20

dengan negara China ketika dia masih hidup dahulu di Iskandariah... Tetapi sayang,banyak dari peta-petanya hilang... Walau bagaimanapun, aku ada menyimpan peta-petanya yang jelas menunjukkan ukur lilit bumi yang telah dikiranya dengan lebih tepat.”Cassius menjelaskan. Dia telah menyatakan dia mengenali Ptolemy, seorang ahlimatematik, astronomi dan pemetaan yang tersohor dari Iskandariah yang hidup kira-kira100 tahun Sesudah Masehi. Kini timbul pula perasaan di dalam diriku yang ingin tahuberapakah usia Cassius ini sebenarnya...

“Kau masih menyimpan peta-peta lamanya?” tanyaku ingin tahu. Aku pernahmelihat Rui menelaah peta-peta lama Ptolemy dari buku ‘Geographica’ untuk membuatpersediaan pelayaran Sepanyol yang diketuai Fernao. Rui aku rasa telah merujuk kepadapeta-peta Ptolemy yang telah dialih bahasa ke bahasa Latin untuk mencari jalan dari baratSepanyol untuk ke Maluku.

“Lukisan peta dunia di dalam koleksi ‘Geographica’ Ptolemy seperti mana yangtelah diterjemahkan oleh Jacopo d'Angelo da Scarperia bukan satu-satunya hasilkerjanya... Melalui penelitian aku kepada peta-peta Ptolemy yang ada di tanganku, Fernaoakan melakukan kesilapan yang besar nanti. Satu kesilapan yang akan melebihi kesilapanColumbus yang memikirkan perjalanan ke Asia dari arah barat lebih dekat dari yangsepatutnya—“

“Jadi kalau kau tahu tentang hal ini, mengapa kau tidak beritahu sahaja kepada

Rui Faleiro?”

“Ahli nujum gila itu terlalu angkuh... Dia tidak suka aku bersekongkol denganFernao, kerana dia tahu aku seorang vampiro. Sebab itulah peta-peta lama Ptolemykepunyaanku tidak pernah aku tunjukkan kepadanya. Lagipun aku membencinya keranakatanya, aku akan membawa kepada kemusnahan Fernao satu hari nanti... Mungkin benarjuga kata-katanya itu.” Cassius ketawa seorang diri.

“Apa yang telah kau lakukan untuk menggagalkan pelayaran ini?” tanyaku denganserius. Aku mahukan penjelasan yang jujur darinya. Tidak ada apa lagi yang dilakukanCassius yang mungkin akan mengejutkanku.

“Sebenarnya aku tidak perlu melakukan apa-apa. Pelayaran ini sejak dari mulalagi seperti telah disumpah agar ia berakhir dengan musibah.” Suara Cassius penuhbersahaja. “Kenapa kau selalu sahaja fikir yang bukan-bukan tentang diriku?”

Aku kelihatan sedikit terganggu. Banyak kali rasanya Fernao memberitahukepadaku bahawa Cassius mempunyai kebolehan luar biasa untuk menilik fikiran orang-orang di sekelilingnya. Aku mula merasakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Fernaomungkin ada kebenarannya...

“Kau fikirkan aku tidak tahu apa yang kau mahukan dariku?” kata Cassius tiba-tiba. Dia tersengih-sengih sendiri. “Kau mahu aku mati... Bukannya aku tak tahu kaumembenciku setengah mati. Kalau boleh kau sendiri mahu membunuhku...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 21

“Aku tak faham maksud kata-kata kau tu!” sambutku lantas memberanikan dirikuuntuk terus memandang wajahnya yang nampak bengis itu. Anak-anak kapal lainmungkin tidak seberaniku untuk berhadapan dengannya begini. Sejak mereka berlabuh diteluk San Julián, bermacam-macam cerita yang aku dengar tentang kejadian-kejadianyang tidak diingini berlaku di sini. Terdapat beberapa orang anak-anak kapal yang hilangataupun mayat mereka dijumpai dalam keadaan yang mengerikan, begitu juga denganpenduduk-penduduk tempatan Tehuelche, yang telah ditangkap dan diperhambakan, danramai di antara mereka yang terkulai mati pada pagi harinya. Ada beberapa orang anak-anak kapal seolah tahu semua ini telah dilakukan oleh Cassius sendiri.

Perkara ini telah membuatkan beberapa anak kapal takut dan ada di antara merekayang mahu memberontak. Walaupun begitu, pemberontakan tersebut dapat dipatahkanoleh Fernao dengan membunuh ketua pemberontak yang bernama Quesada dan anak-anak buahnya. Dan kini, aku pasti darah Quesada dan pemberontak-pemberontak laintelah dihisap sampai kering oleh Cassius.

“Kau tentu sudah tahu siapa aku sebenarnya.” Cassius mendekatkan dirinyakepadaku, seolah mahu menghiduku. Aku rasa dia dapat mencium bauku yangdidapatinya kurang mengeluarkan bau ketakutan. Aku tidak takut kepadanya. Cassiustersenyum sendiri. Biar dia tahu sendiri bahawa anak muda dari Melaka yang pernahdiheretnya ke dalam kapal Portugis untuk dijadikan makanannya ini rupa-rupanya seorangyang berani menghadapinya. Membunuhnya satu hari nanti!

Aku mengangguk perlahan. Di dalam pada itu, aku dapat memerhatikan keadaantubuh Cassius yang segar bugar, sedangkan aku dan anak-anak kapal yang lain semakinkurus dan tidak terurus. Sentiasa sahaja berlapar siang dan malam.

"Mungkin masanya akan tiba kelak apabila aku akan jadikan kau sebahagian daridiriku." Ujar Cassius. Dia ternyata dapat menilik apa yang akan berlaku di masa hadapan.Satu tilikan yang terlalu menggusarkan buat diriku, kerana aku tidak mungkin relamenjadi sebahagian dari apa yang aku benci setengah mati!

“Tidak mungkin!” ujarku dengan mataku memandang ke arah tanah besarPatagonia. Aku tidak mengerti mengapa aku harus menjadi makhluk terkutuk sepertiCassius. Aku tidak mungkin mahu jadi sepertinya.

Dengan tiba-tiba, Cassius menggenggam tanganku. Aku cuba menarik tangankukembali tapi tidak berjaya. Tak mungkin aku dapat melawannya. Aku tahu betapakuatnya si Cassius ini. Kekuatannya yang luar biasa itu melebihi kekuatan 10 orang lelakirasanya.

Cassius memandang ke atas telapak tanganku. Dia meneliti garisan-garisan halusyang terdapat di situ. Dia tersenyum. Dia cukup puas dengan apa yang dapat dibacanya.

“Kau memang sudah ditakdirkan untuk menjadi makhluk sepertiku. Memang akusudah rasa dari mula, tetapi kini, semakin aku yakin bahawa kaulah orangnya.” JelasCassius. Tetapi penjelasannya itu membuatku merasa kurang selesa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 22

“Tak mungkin!” getusku dengan kuat.

“Kau tidak perlu bimbang... Lambat laun kau akan menerimanya juga.” UjarCassius. Dia berjalan semakin dekat kepadaku lantas dia berdiri di sebelahku sambilmemandang ke arah teluk San Julián. Kemudian dengan suara yang perlahan, diamenceritakan kepadaku tentang sejarah kehidupannya...

Cassius telah dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan ‘patricians’ di kota Rompada tahun 70 Masihi. Bapanya adalah seorang ahli politik tersohor di kota Rom. Didalam usia muda, dia telah diajar ahli falsafah Rom yang terkenal, Epictetus di kotaNicopolis dengan pelbagai ilmu untuk menjadikannya seorang ahli politik yang berjaya,dan dalam masa yang sama, seorang gladiator yang telah dibebaskan, Quartus telahdiambil untuk melatihnya untuk menjadi seorang pejuang yang hebat. Tatkala berusia 26tahun, Cassius mula menempah nama sebagai seorang panglima tentera Rom yangterkenal. Namanya mula disebut-sebut sebagai pengganti tempat bapanya. Dan mungkinlebih dari itu...

Cassius sentiasa hauskan saingan yang baik yang dapat menguji kebolehannyauntuk berlawan dan berperang. Tidak cukup rasanya dengan tugasan-tugasannya di kotajajahan Rom di Philadelphia. Beliau sendiri banyak kali berlawan dengan para gladiatorsemata-mata untuk menguji kekuatannya.

Pada satu hari, Cassius telah mendengar cerita tentang kewujudan seorangbangsawan buta dari Jerash yang bernama Tiresias yang mungkin boleh menjadisaingannya. Beliau sendiri telah ke Jerash untuk bertemu dengannya. Cassius mahumenguji kebolehannya untuk bertarung dengannya dan permintaan tersebut telahdimakbulkan oleh Tiresias. Dalam pertarungan mereka, yang telah dilakukan pada waktutengah malam di kawasan Forum di Jerash yang indah dengan kolum-kolum hebatdiperbuat daripada batu-batu marmar itu, buat pertama kalinya Cassius dapat dikalahkan,malah pertarungan itu berakhir dalam masa yang begitu singkat. Sememangnya, Cassiustidak boleh menerima hakikat beliau telah dikalahkan oleh seorang lelaki yang buta...

Cassius tidak puas hati atas kekalahannya. Dia naik berang. Dia seolah mahumelawan Tiresias kembali, maka dia pun masuk ke istananya, walaupun perkara inidibantah sekeras-kerasnya oleh pengawal-pengawal peribadi Cassius dari Praetoria. Danpada malam itulah perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Tiresias telah menggigitleher Cassius dengan gigi taringnya yang tajam lantas menghisap darahnya. Tiresias telahmemberitahunya dalam bahasa Yunani bahawa inilah pemberiannya kepadanya. Satupemberian yang dicari-carinya selama ini...

Sejak dari hari itu, Cassius terus menjadi makhluk kejam penghisap darah.Walaupun begitu, dia tidak pernah menyesal akan nasib yang telah menimpanya, malahdirasakan, seolah-olah inilah takdir yang dinanti-nantikannya.

“Tapi aku bukan binatang seperti kau!” bantahku setelah Cassius habis bercerita.

http://nizamzakaria.blogspot.com 23

"Aku tahu kau membenciku, Enrique," sambut Cassius, memanggilku dengannama yang telah diberikan oleh Fernao kepadaku, mungkin dia sengaja memanggilkudengan nama 'Enrique' kerana dia tahu aku benci dipanggil dengan nama ini. "Aku tahukau mahu membalas dendam ke atas kematian keluarga kau di Melaka."

Aku cuba menahan sabarku. Nafasnya turun naik dengan cepat.

“Aku tahu apa yang kau mahukan dalam hidup ini selain dari melihat aku mati...”Cassius bergerak beberapa tapak ke belakang, terus tubuhnya digelapkan bayang-bayangyang hitam. “Aku tahu kau mahukan kebebasan. Aku tahu kau tidak mahu menjadihamba tebusan seumur hidup kau. Kau mahu jadi manusia bebas seperti guruku Epictetusyang telah dilahirkan sebagai hamba di Hierapolis yang akhirnya menjadi seorang rakyatRom yang bebas.”

Maka pada saat itu aku susah mendapatkan kepastian bahawa sememangnyaCassius mampu membaca isi hatiku. Aku tidak mungkin dapat berahsia dengannya.

“Perkara yang paling kau takut adalah apabila Fernao mati nanti, kau terus akanmenjadi seorang hamba tebusan, walaupun kau tahu dalam wasiatnya, dia mahu kaudibebaskan selepas dia mati kelak. Itu janjinya kepada kau.”

“Ya... Aku mahu menjadi manusia bebas. Bukan seorang hamba seperti sekarangini.” Aku mengakui dengan perlahan. Walaupun kadangkala aku cukup benci denganFernao kerana telah menjadikanku hamba tebusannya, aku tetap setia kepadanya setelahlama kami bersama.

Untuk terus hidup, aku memerlukan Fernao. Aku merasakan aku perlu terus hidupagar segala dendamku kepada Cassius dapat dibalas satu hari nanti!

“Kau sebenarnya tidak banyak beza dengan aku, Enrique.” Cassius tiba-tibasahaja muncul di belakangku, begitu dekat kepada diriku.

“Bukan, aku bukan seperti kau! Aku bukan seorang vampiro!”

Cassius tersenyum lebar. Dia mengusap-usap rambut perangnya yang tebal yangtumbuh subur di atas kepala. Kemudian dia menepuk bahuku dengan satu tepukan yangpadu. Katanya kemudian:

“Satu perkara yang pernah Epictetus beritahu kepadaku sebelum dia dibuang dariRom oleh Maharaja Domitian adalah, kita semua harus menerima segala takdir yang telahditentukan kepada kita kerana segala-galanya ini datang dariNya, yang telah menjadikandunia ini sebaik mungkin untuk kita semua... Kita perlu hidup mengikut ketentuan alam,Enrique.”

Cassius nampaknya cukup pasti bahawa masanya akan tiba apabila aku akanmenjadi makhluk vampiro sepertinya. Cassius hanya perlu menunggu sedikit masa sahaja

http://nizamzakaria.blogspot.com 24

untuk perkara ini berlaku, kerana tanda-tanda yang nyata sudah mula ada dalam dirikuuntuk mengesahkan bahawa aku akan menjadi vampiro tidak lama lagi

**

Setelah enam bulan terdampar di San Julián, Fernao akhirnya belayar ke arah selatan, danseterusnya ke bahagian paling selatan benua Amerika dan menamakan selat tersebutsempena namanya. Kemudian, beliau mengarahkan kapal-kapalnya bergerak ke arahutara, ke sebuah lautan luas yang dinamakannya Pasifik, atau membawa maksud ‘tenang’.Kerana didapatinya lautan yang luas ini lebih tenang dari lautan Atlantik...

Pada masa ini, hanya tiga sahaja kapal yang tinggal. Kapal Santiago telahdikatakan tenggelam sebelum mereka sempat menyeberangi selat yang memisahkan duabuah lautan yang maha luas itu dan San Antonio pula tanpa diketahui Fernao, belayarkembali ke Sepanyol.

Pada 6 Mac, 1521 setelah menempuh segala keperitan dahaga, lapar dankepenatan merentasi lautan Pasifik, seterusnya kami tiba kepulauan Landrones, sebelumkami terus bergerak ke arah selatan untuk menuju ke arah Maluku.

Akhirnya pada 16 Mac, Fernao 18 bulan selepas mereka meninggalkan Sepanyol,kami tiba di Samar, salah sebuah dari 700 pulau di Filipina.

Pada waktu itu, kami telah menemui beberapa penduduk asli yang menetap dipulau itu dan aku telah diminta untuk bercakap dengan mereka - akan tetapi tidak adaseorang pun orang-orang pulau yang dapat memahami bahasa Melayu yang aku gunakan,sehinggakan aku terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk meminta agar diberikankepadaku dan anak-anak kapal yang kebuluran sedikit makanan untuk dimakan.

Pada tanggal malam 28 Mac, Fernao telah membawa kapal-kapalnya berlayarmenuju ke pulau Limasawa. Ketika berlabuh di Limasawa, Fernao dapat melihat duabuah sampan panjang yang dikenali dengan nama ballanghai menuju ke arah kapalmereka. Ballanghai itu dipenuhi dengan beberapa orang lelaki yang sedang mendayungdan seorang raja yang duduk di bahagian ballanghai yang beratapkan daun mengkuang.

Aku terus diutus Fernao agar cuba untuk berbicara kepada raja tersebut yangmemperkenalkan diri beliau dengan nama Raja Kolambu. Apabila aku mengeluarkankalimah-kalimah Melayu untuk berurusan dengannya, aku dapati baginda memahamikata-kataku. Sememangnya pada waktu itu, Bahasa Melayu merupakan lingua franca disegala pelosok Nusantara. Bukan namanya seorang pemimpin jika tidak memahamibahasa rasmi Nusantara ini.

Fernao menghadiahkan sedikit saki baki makanan dan minuman yang dapatdicarinya di dalam kapal kepada Raja Kolambu ketika mereka bertemu. Dan RajaKolambu pula membalas dengan memberikannya makanan yang sedap-sedap yang pedasdan berempah yang telah dihidangkan di atas pinggan dan mangkuk yang diperbuatdaripada negara China.

http://nizamzakaria.blogspot.com 25

Kini timbullah satu kesedaran dalam diri Fernao dan kami semua bahawa inilahdia detik paling penting dalam sejarah manusia. Kami akhirnya telah pun tiba ke kawasanNusantara. Fernao merasa begitu gembira sehingga dia menitikkan air matanya tatkala diamenjerit mengatakan bahawa kami akhirnya berjaya untuk mencari jalan ke Nusantara.

Maka betullah kata-kata Cassius sebelum ini. Jarak ke arah Nusantara dari arah baratlebih jauh dari yang disangka Fernao. Pengiraan jarak untuk ke Nusantara seperti manayang digunakan Fernao berdasarkan penyelidikan Rui Faleiro ke atas peta Ptolemy didalam ‘Geografica’ ternyata banyak silapnya. Walaupun begitu, Fernao akhirnya dapatmembuktikan bahawa dunia ini bulat, dan bukannya pipih – satu perkara yang telah lamadiketahui oleh Cassius. Kata Cassius, dunia barat telah lama mengetahui bahawa duniaini bulat, cuma mereka terlupa akan kebenarannya. Cerdik pandai Yunani sepertiPythagoras dan Aristotle telah lama membuktikan hal ini melalui pengiraan matematikyang mereka lakukan, akan tetapi, pengetahuan ini hilang seketika di dalam zaman‘kegelapan’ di Eropah. Perkara-perkara yang berlaku seperti ini terus mengingatkankukepada satu kenyataan mengenai manusia yang telah aku pelajari setelah sebegitu lamaaku hidup di dalam dunia ini – bahawa manusia mudah lupa dan sejarah yang pernahberlaku tidak semestinya diingati oleh mereka. Malah sering kali peristiwa sejarah akandiubah-ubah sehingga kebenarannya terus hilang, seperti kisah hidupku ini...

Walaupun namaku dan Fernao sepatutnya diingati sebagai manusia pertama yangmengelilingi dunia, buat beberapa ratus tahun selepas peristiwa bersejarah ini berlaku,nama kami dilupakan dan nama nakhoda kapal Victoria, Juan Sebastian Carlos del Canopula disebut-sebut.

Sayugia sejarah mencatatkan dengan secara rasminya bahawa Juan Sebastian Carlos delCano sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia. Nakhoda kapal yang pernahmemberontak dan menderhaka kepada Fernao di dalam detik-detik awal pelayaran iniakhirnya dapat pulang ke Sepanyol dengan kapal Victoria bersama 18 orang anak kapal,dari 290 yang ada sebelumnya. Kapal Victoria membawa pulang muatan penuh denganrempah. Dan sudah semestinya, untuk diiktiraf sebagai wira pelayaran Sepanyol, JuanSebastian langsung mengetepikan nama Fernao di dalam cerita pelayarannya yang penuhdengan onak dan duri itu. Juan Sebastian terus mendapat nama sebagai manusia pertamayang mengelilingi dunia dan terus menerima habuan demi habuan di dalam masahidupnya.

Nama Fernao dan namaku hanya diingati kembali apabila jurnal pelayaran yang ditulisoleh rakan karibku, Francesco Antonio Pigafetta yang tiba-tiba sahaja muncul untukdibaca oleh khalayak ramai di Eropah beberapa ratus tahun kemudian. Jika bukankerananya, kemungkinan besar namaku dan nama Fernao akan dilupakan sejarah sampaibila-bila.

Jika aku fikir-fikirkan, kemungkinan besar sejarahan Sepanyol pada abad ke-16 dahulusengaja mahu melupuskan Fernao di dalam catatan sejarah mereka. Masakan merekaboleh menerima seorang bangsa Portugis dengan bantuan seorang anak Melayumembawa sebuah armada Sepanyol mengelilingi dunia? Lagipun, ada di antara mereka

http://nizamzakaria.blogspot.com 26

yang mengatakan bahawa Fernao telah bersekutu dengan syaitan, kerana hubungannyadengan Cassius.

Apa yang pasti, nama Cassius tidak pernah muncul di mana-mana kitab sejarah. Akuyakin, tidak mungkin ada penulis yang berani untuk mengiktiraf akan kewujudannya,seorang vampiro dari Rom, termasuklah Pigafetta...

**

Francesco Pigafetta, penulis jurnal rasmi penerokaan Fernao merangkap sahabat baikkuitu termenung seketika sebelum dia mahu terus menulis di atas jurnalnya. Dia berpeluktubuh dengan sesekali memandang ke arahku sebelum dia menyambung untuk menulissemula.

Pada malam itu, seperti biasa aku akan duduk berehat di dalam bilik Francescosambil mendeklamasikan semula puisi-puisi Itali yang cuba ku hafal. Usia kami hampirsama, jadi hubungan kami berdua amat rapat. Dari Francesco, aku belajar untuk bertuturbahasa Itali, Sepanyol dan Perancis - dan sebagai balasan, aku telah mengajar Francescobeberapa ayat dalam bahasa Melayu. Apa yang diajarku, kesemuanya di tulis olehFrancesco, dengan harapan apa yang dikumpulkan akan dapat digunakannya pada satuhari nanti.

Ada kalanya Francesco cukup-cukup cemburu dengan kebolehanku mempelajariapa yang diajarnya dengan pantas. Dia tidak faham bagaimana aku memperolehkecerdikan untuk dapat bertutur dalam bahasa Itali, Perancis dan Sepanyol dalam masayang begitu cepat. Dia juga sedia memaklumkan bahawa penguasaanku dalam bahasaPortugis sememangnya fasih, memandangkan hubungannya yang begitu akrab denganFernao.

Francesco minat menulis. Setiap perkara yang berlaku di dalam pelayaran iniditulisnya ke dalam jurnalnya. Di dalam jurnalnya dia ada menulis tentang bagaimanaterkejutnya diriku apabila aku mendapati bahawa aku boleh menggunakan BahasaMelayu untuk berbicara dengan Raja Kolambu dan pembesar-pembesarnya. Francescodapat melihat diriku yang begitu tersentuh sehingga menitis air mataku, setelah aku mulasedar bahawa aku telah pun tiba ke Nusantara, satu kawasan yang telah lamakutinggalkan, semenjak aku dijadikan hamba tebusan oleh Fernao.

Francesco sedar bahawa Fernao cukup-cukup menyayangiku. Masakan tidak,seorang penulis sepertinya hanya diberi gaji 1000 maravedis. Seorang nakhoda pulagajinya 2000 maravedis, sedangkan aku menerima 1500 maravedis sebulan. Malah, wangpendahuluan sebanyak 6000 maravedis juga telah diberikan kepadaku sebelum akudibawa Fernao berlayar!

Ternyata, aku ini telah dianggap istimewa di mata Fernao. Pernah Fernaomemberitahuku dia telah memberi namaku ‘Enrique’ sempena nama ‘Enrique Pelayar’yang diagung-agungkannya. ‘Henry Pelayar’ merupakan nama jolokan bagi PuteraEnrique dari Portugal yang meminati dunia pelayaran sehingga beliau membina sekolah

http://nizamzakaria.blogspot.com 27

pelayaran untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungankapal. Dan kerana usaha bagindalah, Portugis kini maju dalam bidang pelayaran. Akantetapi, aku cukup benci dengan nama ini, kerana aku cukup sedar, Dom Afonso Enriquemerupakan seorang raja Katolik yang telah merampas Kota Lisbon dari tangan orang-orang Islam Moor dengan cara yang kejam...

Seharusnya aku dapat memerhatikan bahawa rasa sayang Fernao terhadapkusemakin mendalam lebih-lebih lagi setelah kami berjaya sampai ke pulau Limasawa danakhirnya bertemu dengan Raja Kolambu. Pada malam kami meraikan kejayaan kami tibake Nusantara, Fernao telah mengesahkan niatnya untuk membebaskanku, apabila diamemberitahuku bahawa dia sudah lama melakarkan surat wasiat untuk dibebaskanku dariterus menjadi seorang hamba - malah akan dihadiahkan kepadaku wang sebanyak sepuluhribu maravedis apabila dia mati kelak. Sejumlah maravedis yang bakal diwariskan olehFernao bukan satu jumlah yang banyak, tetapi kebebasan yang bakal kukecapi itu rasa-rasanya tidak ternilai harganya

Pada malam itu, dalam keadaan samar-samar bilik kabinnya, Francesco menulistentang pengalaman kami menemui Raja Kolambu dan isterinya Ratu Triana bersamaanak gadis mereka yang jelita, Dayang Maanyag. Francesco sempat memberitahukubahawa Dayang Maanyag cukup berkenan denganku, kerana mata anak gadis itu hanyaterlekat memandangku sewaktu kami bersama. Francesco tersenyum sendiri ketika diasakan mengusikku sedangkan aku hanya diam tanpa kata.

Francesco kulihat tekun menulis dan menceritakan kembali peristiwa sebatangsalib kayu yang telah ditanam di atas sebuah bukit di pulau Limasawa - setelah massapertama di atas bumi Filipina dilaksanakan oleh paderi Pedro de Valderama. Katanya, diasempat memerhatikan mataku berubah sayu apabila penduduk Limasawa yang dinamakanoleh anak-anak kapal Fernao dengan panggilan ‘pintados’ - kerana tubuh mereka yangdipenuhi dengan tatoo, menukar agama mereka kepada agama Katolik yang dibawa olehFernao. Aku dapat dilihatnya tertunduk dengan wajah penuh bersalah ketikamenterjemahkan kata-kata paderi serta Fernao kepada Raja Kolumbo dan pendudukLimasawa.

Pada hari itu jugalah Francesco telah memintaku duduk di sebelahnya ketika kamidijemput untuk meminum air arak dengan berkongsi cawan bersama Raja Kolambu.Tatkala minum, banyak yang ingin diceritakan oleh Raja Kolambu kepadaku dan kepadaFernao. Aku mabuk apabila dipaksa minum oleh baginda, jadi tidak banyak yang dapatkufahami dari Raja Kolambu yang cuba berbicara denganku, memandangkan penguasaanbahasa Melayu baginda tidaklah begitu baik. Tetapi Raja Kolambu dalam keadaanmabuknya ada menceritakan tentang pulau-pulau lain yang berdekatan, seperti pulauButuan, Calangan dan Cebu. Baginda ada menyebutkan kekayaan yang terdapat di Cebu,dan hanya itulah yang difahami oleh Francesco, tanpa bantuanku dan perkara ini terusdiberitakan kepada Fernao.

Francesco telah menulis segala-gala yang dilihat dan alaminya ke dalamjurnalnya, kecuali tentang Cassius. Mungkin tidak ada apa langsung wang telah ditulistentang Cassius di dalam jurnalnya itu, kerana tidak banyak tentang diri Cassius yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 28

difahami Francesco - walaupun tatkala Francesco terjatuh dari kapal pada malam 25 Mac1521, Cassius lah yang telah menyelamatkan nyawanya. Francesco langsung tidak tahuberenang - walaupun sudah separuh lautan dunia telah jelajahinya.

“Kau perlu terus hidup dan aku akan pastikan kau akan hidup sehingga pelayaranini tamat kelak. Tulisan kau amat penting kerana ia akan diingati sampai bila-bila.” UjarCassius kepada Francesco setelah dia menyelamatkannya. Francesco tidak faham apayang cuba dimaksudkan oleh Cassius. Dia juga tidak faham bagaimana cara Cassiusmenyelamatkannya dan mengapa tubuhnya langsung tidak dibasahi dengan air lautsepertinya. Dia cuba bertanyakan kepadaku tentang hal ini, tetapi aku hanya mampumenggelengkan kepalaku berpura-pura tidak tahu. Aku tidak mungkin dapatmemberitahunya bahawa aku dapat melihat Cassius terbang ketika cubamenyelamatkannya dari mati lemas...

Francesco memandang ke arahku yang sedang membaringkan tubuhku di sebelahnya,tidak lagi mendeklamasi puisi Itali dalam keadaan separuh mabuk kepadanya seperti tadi.Francesco tersenyum. Dia menyuruhku keluar dari kamarnya dengan alasan dia mahumasuk tidur, lantas memintaku pergi ke kamar Fernao. Francesco pasti Fernao mahu akumenemaninya di atas ranjangnya pada malam itu, seperti malam-malam sebelumnya...

**

Pada tanggal 4 April 1521, Fernao telah mengambil keputusan untuk berlayar dariLimasawa ke Cebu dengan melalui lautan sempit di antara Mactan dan Cebu. Setibanyakami ke Cebu, aku telah ditugaskan untuk memberitahu penduduk-penduduk tempatanbahawa rombongan dari Sepanyol telah datang ke sana dengan tujuan untuk menemui rajayang menguasai Cebu, membeli bekalan makanan dan mencari jalan untuk ke Maluku.

Pada tengah hari itu, Francesco yang berjalan di sekitar kota Cebu bersamaku,Fernao dan beberapa orang pegawainya dapat melihat sendiri kesibukan kota ini.Walaupun aku menganggap kota Cebu tidaklah sesibuk kota Melaka, aku tetap dapatmelihat penduduk-penduduknya giat melakukan aktiviti-aktiviti perdagangan. Parapenduduk dan pedagang nampaknya langsung tidak mengendahkan kehadiran kami dikota perdagangan ini, kecuali mungkin beberapa orang pedagang dari China yangbertanyakan kepada rombongan kami jika kami mempunyai sebarang benda yang bolehdiperdagangkan dengan mereka.

Aku dapat merumuskan bahawa fabrik pakaian yang digunakan oleh mereka diCebu pasti datangnya dari negeri China. Menurut Francesco, jika di Florence atau di kotaVenice, hanya keluarga bangsawan seperti Bardi, Perruzi dan Medici sahaja yang mampumemakai fabrik seperti dipakai oleh penduduk-penduduk serta para pedagang di Cebu.Aku lihat Francesco berkali-kali hanya mampu menggelengkan kepalanya melihatkekayaan yang dinikmati oleh penduduk di Cebu jika dibandingkan dengan Eropah.

Bahasa Melayu merupakan lingua franca di sini, maka agak senang untukkuberinteraksi dengan penduduk-penduduk tempatan dan juga para pedagang yang datangberniaga. Fernao cukup teruja apabila beliau dapat melihat kepelbagaian jenis rempah

http://nizamzakaria.blogspot.com 29

ratus yang diperdagangkan di sini. Kini dia cukup pasti bahawa impiannya untuk tiba keMaluku akan dapat dicapainya tidak lama lagi.

Dan pada ketika itulah aku tiba-tiba diseru oleh sekumpulan lelaki yangbertombak supaya rombongan kami menghadap ke istana. Aku telah diberitahu merekabahawa aku bersama kumpulan orang putih yang ada bersamaku dibenarkan untukmenghadap Raja Seripalda Humabon di istananya.

Tanpa berlengah lagi, rombongan dari Sepanyol yang diketuai oleh Fernao teruske istana Raja Humabon. Istananya itu dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal istana.Ketika masuk ke dalam istana, aku dapat melihat beberapa perhiasan yang mungkindatangnya dari tanah Arab dan China yang mungkin telah dihadiahkan kepada baginda.Sememangnya istana ini walaupun kecil, ia dilimpahi dengan pelbagai jenis kekayaanyang datangnya dari seluruh ceruk dunia.

Di dalam singgahsana, tatkala dibenarkan bercakap, aku telah memperkenalkandiriku sebagai penterjemah merangkap juragan kepada kumpulan pedagang Sepanyolyang datang berlabuh di kawasan jajahan Raja Humabon. Kemudian aku terusmemberitahu kepada baginda tujuan utama kami ke Cebu adalah untuk berdagang,membeli barang bekalan untuk berlayar dan mencari jalan ke Maluku.

Aku merenung tepat ke dalam mata Raja Humabon. Ketua kepada jajahan Cebuini pendek dan gemuk orangnya. Baginda sedang memakai serban berwarna kuning danbersarung. Di atas tubuhnya penuh dengan tatoo dengan rekaan khas yang menunjukkankedudukannya yang tinggi di mata masyarakatnya. Baginda sedang memakai barangkemas berbagai bentuk yang diperbuat daripada emas, permata dan mutiara. Di sampingbaginda, beberapa orang pembesarnya yang duduk di sebelahnya. Masing-masingberpakaian hampir serupa dengannya.

Raja Humabon langsung tidak mahu mendengar apa yang ingin dinyatakankepadanya. Dengan penuh bersahaja Raja Humabon memberitahu kepadaku bahawatujuan utama baginda memanggil perwakilan Sepanyol menghadapnya adalah untukmemintaku memberitahu kepada ketua perwakilan Sepanyol yang tempang itu - Fernaobahawa setiap kapal yang berlabuh di Cebu perlu membayar ufti kepadanya.

Aku merasakan agak sukar untuk melakukan kerjaku kali ini. Persoalan demipersoalan timbul di dalam diriku. Mahu sahaja aku memberi amaran kepada RajaHumabon tentang kemahuan sebenar rombongan dari Sepanyol yang ikut sertabersamaku. Pihak Sepanyol mempunyai kuasa dan wang untuk menjajah pulaunya inisesuka hati mereka!

Aku cukup memahami bahawa Raja Humabon berhak untuk melakukan apasahaja di atas tanah jajahannya termasuk meminta pihak Sepanyol membayar ufti, tetapidalam masa yang sama, baginda juga perlu diingatkan bahawa jika tersalah langkah, pastipadah akan menimpa kerajaannya nanti. Aku ternyata rasa serba salah. Mahu sahaja akumemutar belitkan kata-kata Raja Humabon agar baginda kelihatan bersifat lebihdiplomatik kepada Fernao. Aku telah melakukan perkara ini tatkala di berada Limasawa,

http://nizamzakaria.blogspot.com 30

tetapi rasa-rasanya buat kali ini aku perlu menterjemahkan segala permintaan RajaHumabon dengan tepat. Jika tidak, lebih padah jadinya nanti.

Fernao telah ketawa dengan angkuh setelah aku memberitahu kepadanya tentangapa yang dinyatakan oleh Raja Humabon tadi. Lantas dengan angkuh dia memintaku agarmemberitahu kepada Raja Humabon bahawa dia tidak akan membayar apa-apa ufti ataucukai kepadanya kerana dia mewakili seorang raja yang agung yang tidak membayar uftikepada sesiapapun. Kata Fernao lagi:

“Dan beritahu kepadanya bahawa padah akan menimpa dirinya dan kepadapenduduk-penduduk Cebu jika dia mahu terus meminta ufti dari kami.”

“Tapi tuan... Ini kawasan mereka. Kita tidak sepatutnya—“

“Jangan banyak soal, Enrique!” Fernao menaikkan suaranya. Beberapa orangpegawai Sepanyol tidak percaya bahawa aku berani menyuarakan bantahanku kepadaFernao. Mereka agaknya tidak kisah jika aku sekali sekala akan berkasar kepada DuarteBarbosa, seorang pelaut dari Portugal yang tidak begitu menyukaiku, malah kepadaCassius sekalipun yang ditakuti oleh semua orang kerana kekejamannya, tetapi bukankepada Fernao yang bersikap bengis dan garang kepala pelaut-pelaut di bawah jagaannya.

Aku merasa agak terganggu pada waktu itu. Tiba-tiba aku teringatkan kepadaperistiwa penaklukan Melaka oleh pihak Portugis. Helah yang sama telah digunakanmereka untuk menakluki Melaka. Mula-mula mereka akan mengatakan mereka hanyamahu datang berdagang, kemudian setelah mereka dapat mengumpul kekuatan balatentera, mereka akan menakluk dan menjajah. Perkara yang sama ingin dilakukan olehpihak Sepanyol pula kepada kerajaan Cebu.

Pada malam sebelumnya, Cassius telah berkali-kali mengingatkanku supayaberhati-hati ketika berurusan mereka yang berada di Cebu, kerana dia sudah dapat melihattanda-tanda sudah agak jelas yang menunjukkan bahawa ajalku akan menyapaku tidaklama lagi. Apabila ditanya bagaimana aku akan menemui ajalku, Cassius telahmemandang tepat ke arahku sebelum dia berkata:

“Orang-orang pulau akan membunuh kau dan Fernao. Dan kau tidak bolehmelakukan apa-apa pun untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.”

Aku mengeluh. Aku cuba melenyapkan kata-kata amaran dari Cassius dari benakfikiranku. Jika sebelum ini sukar untukku mempercayai kata-kata Cassius, lebih sukarlagi kini untukku menerima kata-kata Cassius yang mengatakan bahawa aku akan mati ditangan orang-orang pulau yang akan kutemui nanti...

“Kanapa kau diam sahaja, Enrique?” bentak Fernao kepadaku. Aku telahmengambil masa yang agak lama termenung sambil berfikir panjang sebelum aku dapatmenterjemahkan kata-kata Fernao kepada Raja Humabon.

http://nizamzakaria.blogspot.com 31

Seorang pedagang dari Arab yang sedang berada di sebelah kanan balaimenghadap tiba-tiba meminta kebenaran untuk memulakan bicara. Tatkala itu, beliau adabersama seorang pedagang dari Arab yang lain dan seorang lagi pedagang dari Siam.Pedagang dari Arab itu jelas tidak berpuas hati kerana urusannya bersama Raja Humabontelah diganggu dengan kemunculan Fernao dan para perwakilannya. Pedagang dari Arabitu sejak tadi telah membisikkan sesuatu ke dalam telinga rakan yang sebangsadengannya, sebelum beliau memandang ke arah Fernao sambil menyepetkan matanya.

Raja Humabon membenarkan pedagang Arab itu menyuarakan pendapatnya.Lantas, pedagang Arab itu memberi amaran kepada baginda bahawa kumpulan orangputih yang sedang menghadap beliau sekarang merupakan wakil kepada seorang raja yangtelah menjajah India dan Melaka.

“Apa yang dia katakan? Kamu faham bahasa Arab, bukan?” tanya Fernaomeminta penjelasan. Aku mengangguk. Bahasa Arab merupakan bahasa asing pertamayang telah kupelajari sejak kecil lagi di Melaka. Malah, ketikaku khatam membaca Al-Quran dalam usia semuda 7 tahun, aku sudah mampu memahami segala apa yang kubaca.

Aku cuba mendengar kata-kata pedagang Arab itu sehingga dia selesai berucapkepada Raja Humabon, sebelum aku cepat-cepat memberitahu kepada Fernao tentang apayang telah diperkatakan oleh pedagang Arab itu kepada baginda.

“Pedagang Arab itu kenal dengan tuan ketika tuan berkhidmat dengan Portugisdahulu. Perlukah saya memberitahu kepada mereka bahawa sekarang tuan berkhidmatdengan Tuanku Raja Carlos dari Sepanyol dan bukan Tuanku Raja Manuel dariPortugal?” tanyaku kepada Fernao.

Fernao menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku tertunduk buat beberapa ketika.Aku teringatkan kata-kata seorang pedagang Arab yang pernah kutemui di tanah Afrikadahulu bahawa orang putih akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yangmereka mahu, termasuklah menipu dan mencuri.

Aku dapat melihat perubahan pada wajah Raja Hamubon. Lebih-lebih lagi apabilaseorang menteri yang memberitahunya bahawa Raja Guban dari kerajaan Takarungapernah menolong untuk mempertahankan Melaka tatkala Melaka diserang Portugisdahulu. Sememangnya Raja Hamubon sudah lama memusuhi Raja Guban dan sekutu-sekutunya terutamanya Datu Bancao dan Datu Lapu-lapu. Baginya, sesiapa yangdimusuhi oleh lawannya Raja Guban dan terutamanya Datu Lapu-lapu adalah sahabatgerombolannya.

Aku dapat merasakan bahawa Raja Hamubon sedang memikirkan tentang sesuatudengan mendalam. Kadangkala dia akan memerhatikan senjata yang dibawa olehperwakilan Sepanyol. Dari raut wajahnya, dia jelas nampak kagum melihat kelengkapansenjata yang ada kami bawa bersama. Baginda tersenyum seketika sebelum bertitahkepadaku:

http://nizamzakaria.blogspot.com 32

“Berikan kami sedikit masa untuk berfikir dengan menteri-menteri kami...Sebelum menerima jawapan dari kami, kami menjemput perwakilan kamu ke satujamuan untuk meraikan kedatangan kamu semua ke tanah jajahan kami.”

Aku menterjemah apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Raja Humabon.Fernao nampak puas, begitu juga dengan pegawai-pegawai yang ada bersama-samamereka.

Pada malam itu, pelaut-pelaut orang putih itu telah dijamu dengan makananberbagai jenis dan cita rasa. Kesemua lauk-pauk berdaging itu dihidangkan di ataspinggan mangkuk yang berasal dari negara China. Banyak juga minuman arak yangdisediakan...

Pada malam itu, Raja Humabon telah memanggilku supaya membawa Fernao agardatang menghadapnya.

Buat sekali lagi, aku telah diminta Fernao untuk memberitahu Raja Humabonbahawa kedatangan perwakilan Sepanyol adalah untuk berdagang dengan mereka, dantidak lebih dari itu. Buat sekali lagi aku terpaksa berbohong bagi pihaknya.

Raja Humabon nampak puas. Sesekali aku akan menoleh ke arah Cassius yangsedang berdiri di belakang Fernao seperti pengawal peribadinya. Aku dapat melihatFernao seolah dapat membaca fikiran Raja Humabon, lantas dia tersenyum sinis.

“Beta berpuas hati dengan penjelasan yang telah kamu berikan. Dengan itu, betaharapkan nanti, persahabatan kita akan berkekalan adanya.” Ucap Raja Humabonsebelum seorang menterinya mempersembahkan kepadanya sebilah badik yang telah diletak di atas sebuah dulang emas. “Kita harus mengadakan upacara kasi-kasi untukmengingati persahabatan kita ini.”

Aku tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan upacara kasi-kasi ini. Dalammasa yang sama, seorang menteri kanan Raja Humabon mengesyorkan agar akuditunjukkan dahulu upacara ini. Dan katanya lagi, memandangkan Raja Humabon tidakpernah merasai darah orang putih yang difikirkan mungkin beracun, ada baiknya aku cubadahulu.

Aku memberitahu kepada Fernao tentang permintaan Raja Humabon. Tanpateragak-agak, Fernao menjawab dengan tegas:

“Kau perlu lakukan semua ini demi Sepanyol. Kita telah belayar terlalu jauh untukmerosakkan rancangan kita untuk menakluki wilayah ini.”

Aku mengeluh seraya mengangguk lesu. Aku melihat Raja Humabon tersenyumpuas. Aku mendongak ke langit. Aku dapati bintang-bintang berkelipan cantik. Anginmalam menyapu lembut ke wajahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 33

Beberapa detik kemudian, seorang dayang istana yang mempunyai wajah yangamat jelita membawa secawan air arak. Dayang tersebut mengambil badik tersebut daridulang lantas memandang ke arahku dan kemudian kepada beberapa orang putih yang adabersamanya.

Dayang tersebut telah mendekati Cassius. Mungkin dia telah memilih Cassiuskerana dia terpesona melihatkan ketampanan wajah Cassius dengan rambutnya yangberwarna keemasan, matanya yang berwarna biru, dan wajahnya yang kemas tanpajambang yang tidak dijaga seperti anak-anak kapal Sepanyol yang lain. Setelah puasmenatap wajah Cassius, dia lantas memegang tangan Cassius lalu menggunakan badik ditangannya untuk menoreh telapak tangan Cassius.

Cassius tidak membantah sama sekali ketika tangannya ditoreh sehingga berdarah.Malah ku lihat, wajahnya sedikit pun tidak berubah.

Darah Cassius dibiarkan menitik ke dalam cawan yang berisi air arak itu.Kemudian, perkara yang sama dilakukan kepadaku. Dengan pisau yang masih dilekatidengan darah Cassius, digunakan untuk menoreh telapak tanganku.

Entah mengapa, rasa sakit di tanganku ketika ditoreh dengan dalam hilang, lebih-lebih lagi apabila aku dapat melihat darah Cassius seolah-olah meresap masuk ke dalamlukaku.

Setelah Darah Aku dicampur ke dalam cawan berisi arak itu, cawan tersebutdipersembahkan kepadaku.

“Dipersilakan minum, Panglima Awang.” Titah Raja Humabon.

Aku nampak gusar lalu berpaling ke arah Fernao. Aku dapati Fernao nampakrisau, tetapi dia hanya kaku mendiamkan dirinya. Cassius pula kulihat tersengihmemandangku.

Aku menelan air liurku sebelum aku memberanikan diriku untuk meneguk airarak bercampur darah yang diberikan kepadaku. Aku minum dengan rasa dengan penuhragu.

Keadaan menjadi senyap sunyi. Ada di antara orang-orang tempatan memikirkanaku akan jatuh mati setelah meneguk air yang telah diberikan kepadaku, kerana aku telahdiberitahu bahawa mereka pernah mendengar cerita bahawa darah orang putih dipenuhidengan racun, sebab itu orang putih boleh menang dengan senang ketika berperang.

Cawan yang sama kini diberikan kepada Cassius. Dan Cassius meneguk air didalam cawan sehingga habis. Dia nampak puas. Mungkin terlalu puas lagaknya.

Aku dapati Raja Humabon kelihatan lega. Dia kemudian mengarahkan seoranglagi dayang membuat persediaan yang sama kepada dirinya dan kepada Fernao.

http://nizamzakaria.blogspot.com 34

Dayang itu datang membawa sebilah badik yang kelihatan lebih panjang denganukiran yang cantik di hulunya. Badik yang sama dibersihkan dahulu dengan air limau,dikeringkan dengan sehelai kain kuning – di dalam satu upacara yang halus kelihatannya,sebelum digunakan untuk menoreh tangan Raja Humabon dan Fernao.

Maka upacara kasi-kasi di antara Fernao dan Raja Humabon berjalan denganlancar dan berjaya. Setelah upacara dijalankan, Raja Humabon nampak lebih senangdengan kehadiran kami di Cebu.

Selama Fernao berada di Cebu, beliau telah mendapati bahawa agama Islam masih belumdapat bertapak dengan kuat di sini, dibandingkan dengan di Melaka, Sumatera dan dipulau Jawa. Maka peluang ini telah diambil olehnya untuk memperkenalkan fahamanKatolik kepada penduduk-penduduk di sini. Fernao menggunakan persahabatannyadengan Raja Humabon untuk melakukan kerja-kerja mubaligh dengan menerangkantentang agama katolik yang dianutinya kepada baginda. Itulah yang telah dilakukannya,sehinggalah paderi de Valderama berjaya mencacak salib kayu di tengah-tengah kotaCebu, dan Raja Humabon bersama 800 pengikut-pengikutnya ikut menganut fahamanagama Kristian.

Fernao gembira akan keputusan Raja Humabon untuk menganuti agama yang dibawanya.Malah telah menjadi salah satu tujuan utama rombongan Sepanyol untuk datang kebahagian Timur ini – untuk menyebarkan agama mereka di sudut dunia ini...

Belum cukup dengan kerja-kerja Fernao untuk menjadi seorang ‘conquistador’merangkap mubaligh, beliau mengambil keputusan untuk campur tangan dengan hal-halpolitik dalaman di sini. Perkara ini telah menggusarkanku. Dia mula rasa serba salahuntuk melakukan segala tugasan yang perlu dilakukannya sekarang.

Fernao telah menamakan Raja Humabon sebagai raja kepada sekalian raja serta ketua-ketua kawasan di sekitar Cebu. Dia telah memerintahkan agar mereka semua tundukkepada Raja Humabon yang kini dikenali dengan nama ‘Don Carlos’ sempena nama rajaSepanyol.

Raja Humabon telah melaporkan kepada Fernao bahawa bukan semua raja-raja yang adadi Cebu dan pulau-pulau di sekitarnya mahu tunduk kepada pemerintahannya. Fernaodengan angkuh memberi amaran bahawa jika mereka tidak menurut kehendaknya, paraconquistador akan membunuh mereka dan kesemua harta benda mereka akan diserahkankepada Don Carlos.

Pada 26 April, Raja Zula salah seorang raja dari sebuah wilayah di Mactan, sebuah pulauyang letaknya berdekatan dengan Cebu, menghadiahkan dua ekor kambing kepadaFernao.

“Kami meminta maaf kerana tidak banyak yang boleh kami beri,” sebut Raja Zulakepada Fernao. Beliau faham bahawa beliau sekarang berhadapan dengan raja sebenarCebu, dan bukan Raja Humabon yang hanya menjadi boneka kepada pihak Sepanyol.

http://nizamzakaria.blogspot.com 35

“Mana rempah ratus dan emas yang telah kami minta?” tanyaku dengan suarayang lembut ketika menterjemahkan permintaan Fernao. Suara Fernao jelas angkuh danmarah-marah tatkala mendapati Raja Zula tidak membawa kepadanya emas dan rempahratus seperti mana yang diharapkannya.

Raja Zula mengeluh. Sudahlah baginda dipaksa untuk membayar ufti, kini adajuga ura-ura untuk memaksa penduduk-penduduk di bawah naungannya untuk memelukagama Kristian. Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat diterimanya sama sekali.Lagipun dia bukan seperti Raja Humabon yang sanggup melakukan apa sahaja asalkanapa yang dihajati tercapai olehnya.

Aku termenung. Aku cukup-cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa RajaZula dan penduduk-penduduk di sekitar Cebu.

Pada malam sebelumnya, aku telah diberitahu Cassius bahawa penduduk-penduduk tempatan di sekitar Cebu bernasib baik kerana tidak terdapat terlalu ramaiorang-orang Sepanyol dalam pelayaran ini. Jika tidak para conquistador ini pasti akanmemberi pilihan kepada penduduk tempatan sama ada untuk memilih dihukum bunuhataupun memeluk fahaman Katolik yang dibawa mereka. Sekurang-kurangnya, seorangbangsa Portugis seperti Fernao lebih mementingkan soal perdagangan dan meletakkansoal kerja-kerja mubaligh ke tempat kedua. Tapi bagiku, apa yang dilakukan Fernao tetapsalah. Dia sendiri telah melihat dengan mata kepalanya sendiri tentang kekejaman bangsaPortugis di Melaka. Di mata Aku, sama ada mereka orang Portugis ataupun Sepanyol,mereka semua sama sahaja tamak haloba dan kejam!

“Kau perlu sedar, anak-anak kapal serta nakhoda Sepanyol sudah tidak tahan lagidengan kelembutannya.” Cassius memberitahuku dengan penuh bersahaja. Aku tahu diaberkata benar. Dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan pihak Sepanyolmahupun Portugis. Dia tidak akan tertunduk kepada sesiapapun...

“Kenapa?”

“Kerana dia cuba berbaik dan bertolak ansur dengan penduduk-penduduktempatan di sini. Jika diikutkan kehendak nakhoda Sepanyol yang lain, mereka akanmerogol, menyeksa dan selepas itu menjual orang-orang tempatan ini sebagai hambauntuk mendapatkan keuntungan.”

“Jadi apa bezanya kau dengan mereka?” tanyaku dengan sinis.

“Bezanya... Aku lakukan apa yang perlu aku lakukan untuk terus hidup. Merekalakukan kekejaman ini semua kerana mahu mencari nama dan kekayaan dunia, yangmereka tidak sedar bahawa kekayaan dunia tidak akan berkekalan... Kecuali jika merekamampu hidup buat selama-lamanya seperti aku.”

“Apa yang kau dengar lagi dari anak-anak kapal Sepanyol?”

“Mereka mula mengesyaki Fernao seorang perisik Portugis...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 36

“Apa?”

“Ya... Jadi kau perlu berhati-hati mulai sekarang, Enrique.”

Kata-kata Cassius itu terus terngiang-ngiang di dalam telingaku. Aku bimbangkankepada keselamatan Fernao yang terikat kepada diriku. Jika Fernao ditimpa musibah didaerah ini, aku pasti keselamatan diriku akan tergugat sama.

“Kami tidak boleh memberi lebih apa yang diminta oleh tuan mu, PanglimaAwang.” Raja Zula memberi penjelasan. Raja Zula memberi penjelasan. Suara bagindadisulami dengan perasaan sedih bercampur aib.

“Tapi kenapa?” tanyaku dengan suara yang lembut. Peluhku mencurah-curahturun. Aku merasa kurang selesa berdiri di tengah-tengah cahaya matahari terik dihadapan pantai Cebu pada tengah hari itu. Inilah kali pertama aku merasa begitu kurangselesa ketika terpaksa melaksanakan tugasku di luar kapal, walaupun keadaan pantainampak cantik dengan pasirnya yang halus dan laut yang membiru di hadapanku.

“Kami terpaksa mengikut perintah Raja Lapu-lapu yang memerintah Mactan.Pengaruhnya kuat di sana. Pengikut-pengikutnya ramai!" jelas Raja Zula. Bagindalangsung tidak memandang ke arah Raja Humabon. Sememangnya baginda telah lamabenci dengan Raja Humabon yang tamak kuasa itu. Walau bagaimanapun, bagindasendiri kurang senang dengan sikap Lapu-Lapu yang tiada noktah, yakni sukamengganggu prinsip pemerintahan di jajahan baginda.”

“Jahanam!” tempelak Raja Humabon dengan marah.

“Apa yang sedang berlaku, Enrique?” tanya Fernao terpinga-pinga melihat RajaHumabon yang meledak marah dengan tiba-tiba.

Aku menceritakan kepada Fernao tentang rasa kurang senang Raja Humabondengan Raja Lapu-lapu. Diceritakan kepada Fernao tentang perebutan kuasa dan hak keatas pulau Mactan di antara Raja Humabon dengan Raja Lapu-lapu.

“Panglima Awang, beritahu kepada Fernao bahawa untuk membuktikanpakatannya dengan beta, dia mesti pergi menyerang Mactan! Mereka perlu diajar. Lapu-lapu mesti ditumpaskan!” Raja Humabon menjerit dengan marah.

Aku terpaksa memberitahu kepada Fernao apa yang diminta oleh Raja Humabonkepadanya. Fernao mendongak, lantas terus memberitahu kepada Raja Humabon bahawadia akan memenuhi hasratnya. Dengan yakin Fernao berkata:

“Tentera Kristian dapat menumpaskan musuhnya bila-bila masa sahaja!”

“Beritahu kepada tuan mu, Panglima Awang, bahawa tentera Kristiannya bolehmengalahkan Raja Lapu-lapu jika dia pergi mendapatkan bantuan tambahan dari pihak

http://nizamzakaria.blogspot.com 37

Portugis di Melaka.” Ujar Raja Zula. “Jika tidak... Mungkin padah jadinya. Raja Lapu-lapu mempunyai bala tentera yang kuat dan terlatih.”

Aku terkejut dengan jawapan yang diterima dari Fernao apabila aku memberitahukepadanya kata-kata nasihat dari Raja Zula tadi. Dalam keangkuhan Fernao, dia terusmengatakan bahawa dia akan menyerang Lapu-lapu pada esok hari tanpa perlu dibantuoleh sesiapapun. Lebih-lebih lagi pihak Portugis yang telah menidakkannya sebelum ini.

Sukar untuk Aku menerima keangkuhan yang ada dalam diri Fernao. Mungkinsegala tekanan yang diterimanya semenjak mereka berlayar dari Seville yangmembuatkannya bersikap begini. Lebih-lebih lagi bahawa terdapat desas-desus yangmengatakan bahawa terdapat ramai anak-anak kapal yang semakin membencinya malahmahu memberontak lagi...

Pada keesokan paginya, pada pukul 3 pagi Fernao bersama 60 orang pengikut-pengikutnya mendarat di pantai Mactan. Cassius dengan segala kelengkapannyaberperang berdiri rapat di sebelahku. Telah berkali-kali Fernao memintaku supaya dudukdi atas kapal bersama anak-anak kapal yang telah disuruh berjaga di sana, tetapi akuberdegil juga mahu ikut bersama. Aku begitu yakin bahawa masalah di antara Fernao,Raja Humabon dan Raja Lapu-lapu dapat diselesaikan olehnya dengan perbincangandiplomatik.

Setibanya dia di atas pantai jajahan Raja Lapu-lapu, Fernao tidak terusmenyerang. Dia telah meminta tentera-tenteranya supaya berehat di atas pantai, walaupunCassius berkali-kali memintanya supaya menyerang musuhnya selagi fajar masih belummahu menyingsing. Tetapi Fernao tetap berdegil...

“Fernao seharusnya menerima tawaran Raja Himabon yang mahu dia membawabersamanya 600 orang panglima-panglimanya. Tetapi dia terlalu angkuh!” Cassius cukupbenci melihat keangkuhan Fernao. Tatkala panglima-panglima Raja Himabon mendayungdengan 30 buah sampan mereka ke arah Mactan, Fernao telah menyuruh mereka jangancampur tangan dan melihat sahaja bagaimana caranya orang putih bertarung dalampeperangan dan menang.

Cassius berjalan beberapa tapak ke hadapan kemudian ke belakang. Dia nampakresah. Matanya terus ke ufuk timur. Tidak berapa lama lagi, matahari akan terbit.

“Mungkin dia fikirkan apa yang ada sudah cukup untuk melawan Raja Lapu-lapu.” Aku bersuara perlahan. Mataku redup memandang ke arah pasir yang begitu halusbertaburan di atas pantai.

“Mungkin semua ini sudah ditakdirkan.” Kata Cassius. Dia termenung jauh keufuk timur. Buat pertama kali aku dapat melihat kesayuan di wajahnya itu.

“Kau masih percaya kepada takdir?” tanyaku, sengaja aku mahu menyindirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 38

Cassius membuahkan senyuman yang lekang. Kemudian dia menggenggamleherku. Kukunya kurasakan menggores leher. Tajam. “Guruku Epictetus pernahmenegaskan kepadaku bahawa takdir yang tidak dapat kita kawal tidak harus kita takutiatau ingini.”

Selepas dia melepaskan genggamannya ke leherku, dia terus merapatkan dirinyakepadaku. Dia memandang ke arahku dengan satu pandangan yang kurang dapat akufahami maksudnya.

“Kau tidak perlu takut walaupun aku terpaksa pergi jika Fernao masih mahu terusmenunggu sehingga matahari terbit untuk menyerang Raja Lapu-lapu dan pengikutnya.”Jelas Cassius, dia membetulkan kemasan baju perisai yang dipakaiku. “Kau tak perlutakut jika aku tidak dapat melindungimu dan Fernao... Kalau aku ada sekalipun untukmembantu, aku rasa aku tidak mungkin dapat melawan takdir yang telah ditentukanterhadap dirimu, kerana aku rasa, masanya susah tiba untuk kau mati...”

Kata-katanya itu membuatkan keningku berkerut. Aku cuba melangkah beberapatapak ke belakang. Tetapi kakiku terasa kaku. Tubuhku keras seolah telah dipukauolehnya. Cassius mengusap rambutku dengan lembut. Aku cuba menepis tangannya tetapiaku tak mampu. Bisiknya kemudian ke dalam telingaku:

“Apa yang kau lalui nanti, perlu kau lalui dengan tabah. Buat sementara waktu ini,aku dapat melihat bahawa hidup kau nanti akan dipenuhi dengan kekeliruan dan akanbertambah sukar. Tapi aku sentiasa ada untuk membantumu. Ingat!”

Aku buat-buat tidak mendengar apa yang telah diperkatakan oleh Cassiuskepadaku, walaupun kata-kata Cassius terus menganggu fikiranku.

“Ambil sedikit masa untuk melihat sendiri keindahan terbitnya matahari di ufuktimur. Kau akan mengingatinya sampai bila-bila, kerana inilah di antara kali terakhiruntuk kau melihatnya.” Bisik Cassius ke dalam telingaku. Tatkala Aku mahu menoleh kearah Cassius, aku mendapati kelibat Cassius hilang entah ke mana. Yang hanya tinggaladalah seekor burung helang yang terbang ke arah kapal Sepanyol yang sedang berlabuhdi hadapan pantai Mactan.

Fernao terus menunggu di atas pantai Mactan sehingga ke pagi. Malah dia telahmembenarkan Raja Lapu-lapu untuk mengumpulkan kekuatan tenteranya. Perbuatannyaini telah membuatku risau, tetapi aku tidak mampu untuk menegurnya sama sekali.

Fernao memulakan serangan dengan meminta agar kapalnya menembak kekawasan penempatan penduduk. Walau bagaimanapun, meriam hanya mampumemusnahkan beberapa pondok buruk yang ada di atas pantai. Kerana meriam tidakbanyak membantu, dalam keadaan marah, Fernao telah mengarahkan agar orang-orangnya membakar pondok-pondok penduduk Mactan. Perkara ini hanya membuatkanpenduduk-penduduk tempatan menjadi semakin marah. Dalam keadaan mereka yangmarah, tentera Fernao dihujani dengan serangan bertubi-tubi panah beracun, yang terbuktilebih berkesan dari senjata-senjata yang digunakan oleh pihak Sepanyol.

http://nizamzakaria.blogspot.com 39

Raja Lapu-lapu dengan pengikut-pengikutnya terus menyerang Fernao danpengikut-pengikutnya. Mereka bersenjatakan tombak ‘kampilan’, pedang ‘kalis’ danpisau ‘daga’. Jika diikutkan, memang mereka bukan lawan kepada tentera Fernao yanglengkap bersenjata, tetapi dengan pengikut-pengikutnya, Raja Lapu-lapu terus menyerangFernao dengan membawa 1500 pahlawan-pahlawannya.

Aku, Francesco dan Fernao berhempas pulas dan bermati-matian melawan musuhmereka walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Walaupun berperisai, pahlawan-pahlawan Raja Lapu-lapu telah menggunakan senjata mereka untuk mencederakanbahagian kaki dan leher kami yang tidak dilindungi.

Tentera Sepanyol yang tinggal semakin sedikit jumlahnya ini kini menjadisemakin panik. Dalam keadaan penuh keliru seperti ini, beberapa orang penduduk Cebuyang cuba menolong telah dilawan dan dibunuh mereka.

Pada waktu itu, berkali-kali Fernao menyeru agar meriam di atas kapal di arahkankepada pihak musuh. Walau bagaimanapun, arahannya itu langsung tidak diendahkan.Malah, bantuan tentera tambahan juga tidak kunjung tiba.

Aku mula merasa gusar. Satu demi satu tentera Sepanyol gugur di sekelilingku.Terdapat juga beberapa orang tentera Sepanyol yang berlari ke arah sampan untukberdayung ke kapal. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu mengalahkan pahlawan-pahlawan Lapu-lapu yang terlalu ramai untuk dilawan mereka.

“Aku mahu kau balik ke kapal!” tempelakku kepada Francesco, tatkala akumenghunuskan pedangku ke dalam dada seorang lelaki Mactan yang hampir-hampirmahu menetak Francesco. “Aku mahu kau bantu Fernao untuk berundur!” kataku lalumenarik balik pedangku. Darah dari pahlawan muda yang telah kubunuh memercikmembasahi wajahku.

Francesco mengangguk. Dia bergerak ke arah Fernao yang tempang itu semakinteruk keadaannya apabila dia cedera parah dengan sebatang panah tertusuk ke dalampehanya.

Keadaan di sekelilingku kucar kacir. Aku merasa tertekan, lebih-lebih lagi apabilaaku dapat melihat keadaan diriku yang cedera parah. Bahuku berdarah akibat terkenatusukan tombak yang telah dilakukan oleh seorang pahlawan Mactan yang bertempurdenganku tadi. Darah yang keluar membuak-buak banyaknya, mungkin kerana telahtusukan buluh yang tajam itu telah tertusuk tepat kepada saluran urat di bahuku.

Francesco akhirnya berjaya merapati Fernao. Pada saat itu, Fernao berjayamenikam dada seorang pahlawan Mactan dengan tombaknya. Tusukannya begitu dalamsehingga sukar untuk Fernao mengambil kembali tombaknya itu.

Fernao bergerak beberapa langkah. Dia ingin menggunakan pedangnya pula untukbertarung. Fernao cuba mengeluarkan pedangnya, tetapi belum sempat pedang itu dapat

http://nizamzakaria.blogspot.com 40

dikeluarkan dari sarungnya, sekumpulan pahlawan menyerang Fernao dengan segala jenissenjata yang mereka ada. Dalam keadaan penuh kelam-kabut itu, sebilah tombak yangdiperbuat daripada sebatang buluh tajam menusuk ke dalam mukanya.

Fernao mengeluarkan tusukan tombak ke mukanya itu lantas menggunakantombak yang sama untuk membunuh penikamnya tadi. Fernao rebah di atas gigi pantai.Darahnya masih mengalir keluar dengan deras dari wajahnya itu.

Fernao tidak dapat di selamatkan. Francesco tidak dapat melakukan apa-apakecuali terus berundur. Matanya kini mencari kelibatku.

Francesco menjerit sekuat hatinya apabila beliau melihatku gugur ke atas pasirhalus di atas pantai apabila sebilah pedang berjaya menetak ke bahagian leherku. Darahmerah keluar mencurah-curah dari bahagian leherku lalu mengubah warna keemasanpasir pantai kepada warna merah.

Aku merasakan kesakitan yang amat sangat. Aku cuba menggenggam leherkuuntuk mengelakkan darahku dari terpancut keluar. Aku mengerang kesakitan di atas pasir.Tubuhku menggeletar menahan keperitan yang tidak pernah kukenali wujud untuk terusmenyeksaku sebelum ini. Mataku berpinar-pinar dan penglihatanku semakin gelap.Beberapa detik kemudian, aku dapat merasakan sebilah tombak yang tajam telahmenikam ke arah peha dan kakiku berkali-kali. Dua orang pahlawan Mactan yang masihmuda terus menikamku untuk memastikan agar aku terus dapat dibunuh sehingga mati.

Tatkala menahan rasa perit yang amat sangat, aku tersedak beberapa kali apabiladarahku sendiri kini mula memenuhi rongga tekakku lalu naik dengan cepat sehinggamemenuhi ruang mulutku. Aku tidak mampu memuntahkan kembali darahku sendirilantas membuatkan ruang pernafasanku langsung tersekat. Aku tidak dapat bernafas.

Kemudian, aku terus disapa kegelapan. Aku kini tidak dapat merasa sakit ataupunperit. Aku merasa tenang. Buat pertama kali dalam masa lebih sedekad sejak seluruhanggota keluargaku dan Kasturi dibunuh di hadapanku, aku dapat menikmati rasaketenangan yang sungguh mengasyikkan...

http://nizamzakaria.blogspot.com 41

Buku I. Bab 2

Aku membuka mataku dengan perlahan. Malam. Aku mendapati Cassius sedang berdiridi hadapanku. Aku menggosok-gosok mataku untuk memastikan aku tidak bermimpi.Aku merasa begitu segar sekali, seolah-olah dia baru sahaja tidur yang begitu lenyakgamaknya. Beberapa saat kemudian rasa khayalku hilang, lantas aku terus teringatkankembali kepada leherku yang telah ditetak. Cepat-cepat aku memegang leherku.

Aku dapati di leherku sekadar terdapat kesan luka kecil. Aku tidak merasasebarang kesakitan pada bahagian leherku, walaupun perisaiku nampak berkerak dipenuhidengan darah yang telah beku. Bau hamis darahku dapat kucium, namun ia langsungtidak membuatnya rasa loya, tetapi rasa lapar pula yang kurasakan. Entah mengapa, akuterasa begitu lapar dan dahaga pada malam itu.

“Aku hanya boleh ke sini sebaik sahaja matahari terbenam.” Cassiusmenghulurkan tangannya ke arahku. Aku tidak menyambut tangannya. Aku cuba berdiridengan sendiri tanpa bantuan Cassius. “Aku tahu kau lapar... Kau perlu makan. Tetapimasanya belum sampai lagi untuk kau makan... Kita perlu tunggu sehingga malam esokapabila kau betul-betul lapar nanti.” Katanya kemudian tanpa kupedulikan kata-katanyaitu.

“Di mana Fernao?” mataku memandang ke arah sekelilingku. Aku dapati terdapatbeberapa mayat yang masih bergelimpangan di sekitarku. Keadaan di atas pantai agakgelap, tetapi pandangan mataku begitu terang sekali. Aku dapat melihat suasana pantaidengan jelas pada malam itu. Malah pendengaranku juga semakin bertambah baik rasanyasehingga aku mampu mendengar suara anak-anak kapal Concepcion yang sedang berbual-bual di atas kapal yang sedang berlabuh jauh dari pantai.

“Dia tiada lagi di sini.” Cassius berterus terang.

“Dia di atas kapal?”

“Dia sudah mati... Dibunuh pahlawan Lapu-lapu.”

Aku tidak mahu mempercayai kata-kata Cassius. Duniaku tiba-tiba sahaja rebah dihadapanku. Aku dapat merasakan seolah-olah sebahagian dari diriku hilang begitu sahaja.Aku meluahkan kalimah-kalimah ini dengan suara sedih:

“Satu ketika dahulu, setiap hari aku mendoakan supaya dirinya mati. Tapisekarang—”

“Mungkin satu hari nanti kau akan merasa kesedihan yang sama bila aku mati.Bukannya aku tidak tahu dengan perangai kau, Enrique... Kau akan setia kepada sesiapasahaja yang sanggup memberi sedikit kasih sayangnya kepada kau—” Cassius cubamengusik. Tetapi jenaka Cassius langsung membuatku marah, walaupun aku tahu kata-katanya itu ada kebenarannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 42

Aku tidak pernah rasa begitu marah seperti sekarang. Selama ini, ketika kepalakudipijak-pijak atau dihina oleh kelasi-kelasi kapal dengan kata-kata pedas semata-matakerana aku bukan berdarah Eropah, aku masih boleh bersabar. Tetapi bukan untuk kaliini.

Aku tidak tahu dari mana datangnya tenaga amarahnya ini ketika aku menumbukmuka Cassius sehingga dia terpelanting jauh ke hadapan. Aku terkejut melihat kekuatanyang ada pada diriku.

Aku bergerak mendekati Cassius. Aku mendapati kepalanya terpusing kebelakang. Leher Cassius jelas patah.

“Belum lagi sampai masanya untuk kau bersuka ria... Aku belum mati lagi.” UjarCassius dengan nada berjenaka ketika aku melihat tubuhnya terlantar begitu di ataspantai. Dengan sendirinya dia terapung lalu berdiri di hadapanku. Kepalanya perlahan-lahan dipusingkan ke hadapan sehingga terdengar bunyi tulang-tulangnya yang patah.Cassius membetulkan kedudukan kepalanya kepada keadaan sedia kala. Kemudian diatersenyum kepadaku.

“Apa yang telah berlaku kepadaku?” aku memandang kepada telapak tanganku.Keliru. “Apa yang telah kau lakukan kepadaku?” tanyaku kemudian kepada Cassius.

“Aku tidak lakukan apa-apa kepada kau... Tapi sebahagian dari diriku ada dalamdirimu sekarang.” Cassius menjelaskan. Aku kemudian teringatkan kepada upacara kasi-kasi yang disertainya beberapa hari yang lalu. Darah Cassius kini telah menjadisebahagian dari darahku!

“Tak mungkin!”

“Kau perlu menerima hakikat bahawa pada hari inilah kau akan mengenali ertikehidupan yang sebenar...”

Aku meletakkan tangannya ke dadaku. Aku mendapati dia tidak dapat merasakandegupan jantungku sendiri. Aku merasa seram sejuk. Bulu romaku berdiri tegak.

“Sebenarnya, sejak kali pertama aku bertentang masa dengan kau dahulu, akusudah dapat merasakan bahawa kau pasti akan menjadi sebahagian dari diri ku. Sukaruntuk aku jelaskan, tapi aku sudah dapat merasakannya sejak dari mula lagi. Sebab itulahaku tidak membunuh kau, tetapi membawa kau ke atas kapal untuk dipersembahkankepada Fernao. Aku tahu hanya melalui jagaan Fernao aku akan dapat memastikan kausentiasa dekat denganku.”

“Kau memang jahanam!” kali ini aku betul-betul marah. Aku mulamempersoalkan segala-galanya. Kewujudanku di dunia ini. Mengapa aku telah dilahirkan.Dan sekarang aku mati. Itu pun bukan betul-betul mati. Jadi mana keadilan bagi diriku?

http://nizamzakaria.blogspot.com 43

“Nasib kita serupa... Apa kau ingat aku diminta untuk dijadikan begini?” dengusCassius.

“Aku lebih rela mati dari—”

“Kau sudah mati, Enrique... Tak perlu kau minta sesuatu yang sudah pun berlakukepada dirimu.”

“Aku tak mahu jadi seperti kau!” Secepat kilat aku bergerak mengambil sebatangtombak buluh yang terpacak di sebelahnya. Aku hampir-hampir mahu menjunamkantombak tersebut ke bahagian dada kiri Cassius, tetapi aku berhenti. Aku tidak mampuuntuk membunuhnya.

“Aku tahu kau tidak akan mampu untuk melakukannya.” Cassius tersengih laludia ketawa sendiri. “Kau perlukan aku... Masakan kau boleh membunuh aku selagi kaumemerlukan aku.”

Aku mendengus kuat. Memang aku akui, inilah kelemahanku. Aku taat kepadaFernao juga di atas alasan yang sama. Aku memerlukan Fernao agar diriku di lindungisupaya aku dapat terus hidup sambil berlayar melihat dunia. Kini tanpa kehadiran Fernao,aku hanya ada Cassius untuk dijadikan sebagai tempatku untuk bergantung.

“Kau kini seorang Vampiro, dan percayalah kau akan mahu terus hidup beginisebagai seorang vampiro setelah kau ketahui apa yang mampu kau lakukan nanti.”

Nafasku turun naik. Aku masih tidak boleh menerima penjelasan Cassiusmahupun kejadianku sekarang.

“Enrique, dengar apa yang hendak aku beritahu kepada kau sekarang...” Cassiusbersuara memulakan lembaran bicara sewaktu suasana semakin tegang.

“Apa lagi!” aku berdiri bertentangan dengan Cassius. Mataku merah, jelas marah.

“Kau sekarang bukan lagi seorang manusia. Kau seorang vampiro. Kaumempunyai kuasa-kuasa luar biasa di luar jangkauan manusia. Kau juga mempunyaikelemahan-kelemahan kau sendiri. Apa yang penting, kau perlu sedar bahawa dunia kausebagai seorang manusia akan perlahan-lahan kau tinggalkan.” Cassius berpaling ke arahkanan. Dia sedang memerhatikan dua mayat tentera Sepanyol yang belum lagi diuruskan.aku menoleh sama.

Aku terkejut besar apabila melihat dua lembaga lelaki di hadapan mayat mayattersebut. Seorang sedang berdiri dan seorang lagi sedang terduduk sambil meratapimayatnya sendiri. Lembaga yang sedang berdiri mendongak lantas merenung tajam kearahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 44

Mataku terbeliak apabila aku mendapati lelaki yang kini sedang memandang tepatke arahku adalah Fernao. Aku terkejut sehingga aku melangkah beberapa tapak kebelakang.

“Aku pasti Fernao akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tempat kausekarang ini...”

Aku terus tidak bersuara kerana terlalu gerun melihatkan apa yang dapatku lihatpada malam itu. Lidahku kelu.

“Duarte sepatutnya membantu ketika Fernao diserang, tetapi dia tidak melakukanapa-apa. Dia langsung tidak membenarkan meriam digunakan untuk menyerang pahlawanLapu-lapu mahupun menghantar bantuan tambahan. Dia telah melakukan ini semuakerana dia mahu membalas dendam terhadap Fernao, kerana Fernao pernahmenumpaskan percubaannya cuba memberontak dahulu...”

Wajahku jelas pasrah, walaupun aku cukup marah dengan Duarte. Perlahan-lahanaku cuba mencerna hakikat tentang kematianku. Kematian Fernao dan pengkhianatanDuarte.

Sejak dari saat pertama aku bertentang mata dengan Duarte aku telahmembencinya. Duarte pernah mahu memberontak melawan Fernao, tetapi kesalahannyaini telah dimaafkan oleh Fernao yang tempang yang jarang-jarang memaafkan kesalahansesiapapun yang menentangnya. Fernao tahu bahawa Duarte adalah seorang pelaut yangcekap, walaupun beliau sering bersikap kurang ajar kepada Fernao dan terutamanyakepadaku yang sering sahaja diherdik dan dihinanya – mungkin sebab itulah agaknyaFernao tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Fernao memerlukan seberapabanyak pelaut yang berpengalaman di dalam pelayarannya ini. Lagipun, mana mungkindia boleh menghukum Duarte, kerana Duarte adalah adik iparnya sendiri.

Di sepanjang pelayaran ini, aku terpaksa berhadapan dengan ramai anak-anakkapal yang mempunyai sikap perkauman yang menebal selain Duarte. Tetapi duarte lahyang kuanggap paling buruk di antara ramai yang ada. Sememangnya aku lebih senangmelihat Duarte dihukum mati tatkala dia telah ditangkap cuba mengkhianati Fernaodahulu...

“Duarte sekarang mengetuai pelayaran ini menggantikan tempat Fernao.” Cassiusmemberitakan hal ini kepadaku.

Aku menutup mataku seketika. Menahan rasa geram seperti ditusuk baran yangmembakar jiwaku pada waktu itu. Tatkala itu, tanpa diundang, aku dapat melihat keadaanDuarte yang sedang bersuka-suka di dalam bilik Fernao, bersama seorang gadis Cebuyang sedang diperkosanya di dalam kepalaku. Apa yang aku lihat jelas, seolah-olahDuarte sedang berada betul-betul di hadapanku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 45

“Jadi kau boleh melihatnya sekarang, bukan?” tingkah Cassius. “Inilah di antarakebolehan yang kau ada sebagai seorang vampiro. Kau mempunyai kebolehan untuk‘melihat’.”

Aku mengangkat muka. Aku membenci akan kebolehan Cassius yang dapatmembaca fikiranku. Dalam masa yang sama, naluriku memberitahu bahawa sekarang akumampu menyekat Cassius dari terus membaca isi hatiku.

“Aku mahu pulang ke kapal.” Kataku sambil melangkah ke arah pantai. Tetapi takada sebarang sampan pun di atas gigi pantai. Kini kudapati Cassius tidak datang keMactan dengan bersampan.

Cassius mendekatiku. Dia merenung ke dalam mataku. Seperti dipukau, aku terusmerenung ke dalam mata Cassius yang semakin lama semakin dekat kepadaku.

Tanpa di duga, tiba-tiba aku mendapati diriku sedang berada di atas kapalTrinidad. Aku memandang ke arah sekelilingku.

“Kau masih penat. Kau perlu berehat.” Ujar Cassius. Aku sememangnya rasaterlalu lemah sekarang ini, seolah-olah terlalu banyak tenaga telah digunakan ku sejaksedar tadi.

Aku terkulai lesu, lantas pengsan di atas tubuh Cassius...

**

Aku membuka mataku. Aku mendapati aku sedang terbaring di dalam kabinsempit Francesco. Hari sudah siang. Keadaan yang agak terang ketika pintu Francescomembuatkan mataku silau.

“Enrique, Tuan Barbosa mahu berjumpa dengan kau sekarang!” ujar Francesco.Dia duduk di sebelahku ketika aku sedang terbaring di atas katilnya.

Aku menjeling ke arah pintu kabin. Aku merasa terlalu malas untuk keluar laluberhadapan dengan Duerte.

“Aku belum bersedia.” aku menjawab ringkas.

“Mungkin kau masih bersedih memikirkan tentang kematian Fernao...” SuaraFrancesco ketara sedih. Dia sendiri menghormati Fernao, malah menganggapnya sebagaiseorang tokoh pelaut yang amat-amat dihormatinya.

“Ya.” aku mengiakan sahaja, walaupun aku lebih memikirkan tentang nasibkukini apabila Duarte dilantik menjadi ketua dalam pelayaran ini.

“Tuan Barbosa mahu meneruskan perjanjian perdagangan dengan Raja Humabon—”

http://nizamzakaria.blogspot.com 46

“Mengapa kau tidak buat sahaja?” tanyaku dengan nada sedikit siniskedengarannya. “Bukankah aku sudah mengajar kau untuk memahami Bahasa Melayu?”

“Loghat yang kau ajar aku tidak sama dengan yang digunakan di daerah ini.Lagipun, aku tidak secerdik kau untuk memahami pelbagai bahasa dengan pantas.”

“Semuanya alasan semata-mata!” aku menyelubungi diriku dengan lain selimut.

Francesco diam buat seketika sebelum dia menyambung:

“Aku fikirkan kau telah mati... Mungkin aku tersalah nampak. Walau apa-apapun, aku tidak sepatutnya meninggalkan kau di Mactan.”

Sukar bagi aku untuk menceritakan kepada Francesco hal sebenar yang telahberlaku ke atas diriku. Mungkin lebih baik jika Francesco tidak tahu. Lagipun dia tidakperlu tahu.

“Kau tidak bersalah. Kita memang sepatutnya berundur.” Sambutku. Di dalamhatiku, aku menyumpah Duarte si pengkhianat itu. Dendam kesumatku kepada Duartesemakin meluap-luap. Jika bukan kerana Duarte, aku dan Fernao pasti masih hidup lagisekarang!

“Duarte akan mengamuk jika kau tidak keluar menemuinya, Enrique.” KataFrancesco dengan lembut.

Aku memberanikan dirinya untuk keluar dari kabin. Sebaik sahaja aku keluar dariperut kabin, aku terus merasa tidak selesa. Keadaan pada petang itu mendung, malahhujan gerimis, tetapi kulitku terasa seperti terbakar tatkala aku menjejakkan kakiku diluar. Aku terus menyelubungi diriku dengan kain selimut yang tebal.

“Apa si hitam itu buat di situ?” suara Duarte kuat mengherdik. Francescomemegang bahuku lantas membawaku menghadap Duarte yang garang itu.

“Aku mahu si hitam ini pergi berjumpa dengan Raja Humabon dan memberitahukepadanya bahawa pihak Sepanyol mahukan hak-hak perdagangan istimewa di dalamkerajaan naungannya!” getus Duarte kepada Francesco, seolah dia tidak bolehmemberitahu sendiri kepadaku, yang terlalu hina dalam pandangan matanya.

Aku membelakangi Duarte, seolah tidah mahu mendengar perintahnya. Aku mahukembali ke bilik Francesco. “Tuan aku hanya satu, Tuan Fernao Magalhaes!”

Duarte naik darah. Dia tidak dapat menerima bagaimana seorang hamba yang hinasepertiku berani bersifat kurang ajar kepadanya.

“Anak haram jadah!” Jerit Duarte dengan lantang tatkala dia menendang tubuhkusehingga aku jatuh tersungkur lalu terus ditendangnya tubuhku yang lemah itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 47

Francesco serba salah. Dia berjalan untuk mendapatkanku tetapi berhenti ditengah jalan. Dia tidak berani meminta agar Duarte berhenti dari terus menyiksaku.

Aku tidak merasa sebarang kesakitan. Mungkin kerana aku merasa terlalu lemahuntuk melawan. Tubuhku tidak bermaya. Perutku terasa terlalu lapar dan dahaga.

“Walaupun tuanmu sudah mati, kau tetap seorang hamba!” Duarte terlanjur cakap.Aku meneliti isi hatinya lalu aku mendapat tahu Duarte sedar tentang wasiat Fernao untukmembebaskanku pada saat Fernao meninggal dunia. Aku terus mendalami hati Duartelantas mengesahkan tentang rancangannya untuk sengaja tidak mahu menolong Fernaolalu membiarkan Fernao mati di Mactan. Dendam Duarte kepada Fernao memang terlalumendalam. “Apabila kau aku bawa pulang ke Sepanyol nanti, aku akan pastikan kau akanterus menjadi hamba kepada Biatriz!”

Aku mahu membalas dendam bagi pihak Fernao. Aku mahu menerkam Duartelantas membunuhnya di situ juga, tetapi terdengar suara halus di dalam kepala memintakumenunggu. Masaku untuk membunuh Duarte Barbosa bedebah adakan tiba juga nanti.

“Kau hanya perlu menunggu sedikit masa sahaja lagi. Kau masih lemah.” UjarCassius. Suaranya yang hanya boleh didengar di dalam fikiranku.

Tatkala itu, Di dalam fikiranku, timbul pula satu rancangan yang dapatdilakukanku untuk membalas dendam terhadap Fernao dan konco-konconya.

“Baik tuan... Saya akan pergi menemui Raja Humabon... Sekarang juga!” katakuakhirnya kepada Duarte dengan suara yang rendah. Aku berdiri, lantas melangkah untukmenyiapkan diriku untuk ke Cebu.

Duarte puas mendengar kata-kataku yang difikirkannya berjaya ditundukkan,sebagai mana seorang vaqueros dapat menundukkan dan menjinakkan seekor kuda yangliar.

**

Aku pergi menghadap Raja Humabon dengan memakai jubah yang menutup hampirkesemua bahagian tubuhku yang telah kupinjam dari Paderi Valderamma.

“Utusan dari Sepanyol semakin lemah Tuanku. Tuanku harus mengambil peluangini untuk merampas segala harta benda yang telah mereka kumpul selama ini.” akumemberitahu tanpa merasa sebarang penyesalan kepada baginda yang sememangnya akutahu gilakan harta dan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih kayadan berkuasa dari raja-raja yang memerintah di sekitar tanah jajahannya.

Suasana di balai menghadap menjadi riuh dengan tiba-tiba. Para pembesarberbincang sesama mereka. Raja Humabon jelas mencurigai kata-kataku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 48

“Adakah semua ini benar, Panglima awang? Ataupun ini hanya permainan kata-kata orang putih terhadap beta?” tanya baginda meminta kepastian.

“Ampun Tuanku... Tetapi adanya patik hanya mampu berkata yang benar.Lagipun... Tuan baru patik, tuan Barbosa akan mengambil segala barang-barangan yangtelah mereka kumpul di gudang dan akan berlayar dari sini pada hari esok. Mungkindengan beberapa orang penduduk tempatan yang akan mereka culik dan akan dijadikanhamba. Kerana itulah yang sering mereka lakukan. Ampun Tuanku.”

Raja Humabon memikirkan kembali tentang kekalahan yang memalukan pihakSepanyol kepada musuh ketatnya Lapu-lapu. Beliau menyesal kerana tidakmengendahkana amaran yang pernah diterimanya dari pedagang-pedagang Arab yangmengatakan tentang sikap pedagang orang putih yang kuat menipu dan merompak.

Raja Humabon ternyata tidak mahu kerajaannya menerima nasib seperti Melaka. Beliaumerasakan beliau perlu melakukan sesuatu untuk memastikan agar pihak Sepanyol tidakdibenarkan dari memperkotak-katikkan kerajaan pimpinannya. Dia perlu melakukansesuatu. Lalu titahnya kemudian:

“Jika begitu, malam ini beta akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakanjamuan makan untuk pegawai-pegawai tertinggi rombongan Sepanyol.”

Aku mengangguk puas. Aku faham akan maksud sebenar Raja Humabon. Laluaku meminta diriku, lantas melangkah keluar dari istana...

Aku pulang ke kapal Trinidad. Cepat-cepat aku pergi menemui Duarte, lantasmemberitahunya bahawa Raja Humabon mahu menjamunya pada malam ini dan mahumemberikan sejumlah emas, permata dan lebih penting, rempah ratus sebagai hadiah sertapampasan kepada pihak Sepanyol kerana telah membantu mereka melawan pihak Lapu-lapu walaupun kalah.

Duarte dengan sifatnya yang tamak haloba itu ketawa bangga. Tidak sabar lagirasanya dia menunggu waktu malam untuk meraikan hari pertamanya menjadi nakhodapelayaran yang penuh bersejarah ini.

Dan begitu juga aku. Aku juga tidak sabar nampaknya menunggu malam...

**

Dua puluh lapan pegawai-pegawai Sepanyol tersenyum-senyum apabila merekamelangkah berjalan di atas pantai Cebu. Dari jauh lagi mereka dapat melihat pestajamuan makan malam yang telah diadakan khas untuk mereka.

“Francesco... baik kau pulang sahaja ke Trinidad. Bawa paderi Valderammabersamamu.” Ujarku kepada kawan baikku itu sewaktu mereka berada di atas gigi air.

“Tapi mengapa?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 49

“Kau tidak perlu banyak soal.” Suaraku semakin tegas. Aku memandang ke arahCassius. “Kau seharusnya tinggal di atas kapal untuk membantu Don Antonio merawatmereka yang tercedera parah.”

“Mungkin kita seharusnya pergi!” ujar Valderamma yang sememangnya kurangsenang dengan kehadiran Cassius sejak kali pertama dia mengenali akan kewujudannya.

Francesco hairan melihatkan perangaiku yang ganjil. Tetapi dia membiarkansahaja, fikirnya aku masih bersifat ganjil kerana sedih dan kecewa di atas kematianFernao. Bersama Valderamma, dia pulang menaiki sampan ke kapalnya.

Pegawai-pegawai Sepanyol tampak kacak lengkap dengan pakaian malam merekapada malam itu. Mereka gembira melihat pelbagai jenis makanan dan arak yang telahdihidangkan untuk mereka. Ini belum termasuk gadis-gadis yang telah disediakan khasuntuk mereka ratah.

Sewaktu pegawai-pegawai Sepanyol sedang bersuka-suka, aku dan Cassius pergimenghadap Raja Humabon. Cassius meminta Raja Humabon dan orang-orangnyaberundur apabila dia bersedia kelak. Entah mengapa, Raja Humabon terus mendengarkata-katanya tanpa banyak bersoal, seolah dia telah dipukau.

“Aku tahu kau lapar Enrique.” Ucap Cassius sambil berpura-pura bersuka riamenikmati juadah yang dihidangkan Raja Humabon. Sepertiku, dia langsung tidakmenjamah makanan-makanan yang telah disediakan.

“Aku cuma rasa lemah.” Sambutku, cuba berbohong. Pada kebenarannya, akutidak pernah terasa begitu lapar dan dahaga di dalam hidupku. Walaupun perutku terasakosong, seleraku langsung tidak terbuka untuk menjamah bermacam-macam jenishidangan disediakan di hadapanku. Aku tidak lalu makan. Malah aku langsung tidakmenyentuh makanan yang ada. “Bagaimana kau melakukannya?” Tanyaku Kemudian.

“Maksud kau, hidup di dalam dunia mereka dengan sebegitu lama tanpa merekasedari kecuali sesetengah orang seperti kau dahulu?” tanya Cassius kembali.

“Ya. Bagaimana kau mampu lakukannya.”

“Kerana manusia hanya mampu dan mahu melihat apa yang mahu mereka lihat.”Maka itulah penjelasan ringkas yang diberikannya.

Aku akur akan kebenaran kata-katanya. Sejak aku dilahirkan semula sebagaimakhluk terkutuk ini, bermacam-macam-macam keganjilan yang dapat aku perhatikandengan mataku ini. Ketika aku memandang ke depan, kadang-kala aku akan dapatmelihat lembaga aneh dari pelbagai jenis dan rupa merayau-rayau di waktu malam tanpadiketahui manusia. Mereka kelihatan seperti cahaya yang malap, ada pula kelihatanseperti bayang-bayang yang gelap. Aku dapat merasakan kebencian dan rasa dendam didalam makhluk-makhluk yang gelap ini. Ada kalanya, makhluk-makhluk ini sedar aku

http://nizamzakaria.blogspot.com 50

sedang memerhatikan mereka. Apa yang pasti, mereka takut kepadaku dan terutamanyakepada Cassius. Ada sesuatu tentang diriku sebagai seorang vampiro yang begitu merekatakuti.

“Mereka tahu kau istimewa...” jelas Cassius. “Mungkin mereka juga tahu kauadalah sebahagian dari diriku dan aku pula sebahagian dari diri Tiresias anak kepadaEveres dan Chariclo, bidadari kesayangan Athena. Tiresias orakel buta berbangsa Yunaniyang kutemui di Jerash ini merupakan salah seorang dari 7 ahli pengasas Majlis Vampiroyang juga dikenali dengan nama Amesha Spentas yang boleh dijejak salasilah kejadianmereka di Babylon.

“Menurut satu mitos, Tiresias pernah terlihat Athena berbogel di hadapannya.Athena menutup matanya, lalu Tiresias menjadi buta. Ibu Tiresias, Chariclo telahmeminta Athena mencelikkan kembali penglihatan anaknya itu tetapi Athena tidak dapatmengembalikan penglihatan Tiresias. Akan tetapi, Athena telah menghadiahkan Tiresiasdengan kemampuan seorang orakel... Dengan kemampuan orakelnya, dia merupakanvampiro yang paling berkuasa di kalangan pengasas Majlis Vampiro.

“Apabila aku menjadi vampiro, aku telah mewarisi sedikit dari kebolehannya ini.Dan kini kau akan mewarisi kebolehan ini, tetapi sebagai salinanku, kebolehan menilikini mungkin tidak sebaik yang aku ada. Tapi aku pasti kau akan memperoleh kebolehan-kebolehan yang lain semakin lama kau hidup di dalam dunia ini untuk mempelajarikemampuanmu sendiri...”

“Jadi kenapa hanya aku dan Fernao tahu akan kewujudanmu? Mengapa yang lain

hanya boleh mengagak, tetapi tidak boleh memastikan?” aku menanyainya tatkalabersamanya di dalam suasana pesta pada malam itu yang langsung tidak ku endahkan.

“Semata-mata kerana aku telah membenarkan. Dan bila-bila sahaja ingatantentang kewujudan aku boleh dihilangkan dari ingatan mereka... Satu hari nanti kau akanbelajar tentang kebolehan ini, dan akan kau gunakan untuk mengawal mereka.”

“Aku tak perlu itu semua.” Kataku sambil termenung jauh memandang ke arahunggun api.

“Aku sendiri bersependapat dengan kau pada mulanya...” Ujar Cassius dengantersenyum meleret. “Tapi aku terus mengetepikannya setelah aku memperoleh kuasa-kuasa luar biasa ini yang sememangnya mengesyikkan!” Cassius kemudian menggunakantangan kanannya seolah memberitahu kepada Raja Humabon agar meninggalkan kawasanjamuan. Dan seperti dipukau, Raja Humabon dan pengikut-pengikutnya akur.

Pengawai-pegawai Sepanyol nampaknya terus bersuka ria walaupun penduduk-penduduk pulau sudah lama menghilang...

Cassius kini berjalan menghampiri Duarte sambil memimpinku. Dia memegangkepala Duarte dan Duarte mengikut sahaja tanpa membantah mahupun sedar diadiperlakukan begitu oleh Cassius.

http://nizamzakaria.blogspot.com 51

“Aku pasti kau mahu membunuhnya sendiri,” ujar Cassius sambil memandangtepat ke arah urat tebal di leher Duarte yang kulitnya kelihatan kemerahan akibat sekianlama dimamah matahari. Uratnya itu berdegup mengikut degupan nadinya. Aku sendiridapat mendengar degupan tersebut yang semakin lama semakin kuat.

Wajah Cassius kini berubah. Dia kelihatan menakutkan dengan matanya yangberubah merah dan wajahnya menjadi semakin bengis selayaknya seperti seekor binatangyang buas. Mulutnya terbuka lebar lalu menampakkan gigi-giginya yang tajam. Akumemerhatikan wajah Cassius yang menakutkan yang pernah kulihat di Melaka dahulu -tatkala dia membunuh kesemua anggota keluargaku dengan kejam. Satu wajah yangamat-amat kutakuti dan benci.

Wajah Cassius kini berubah menjadi satu wajah yang ganas yang menggerunkan!

Cassius menjunamkan kepalanya ke dalam leher Duarte, dan Duarte langsungtidak dapat melawan walaupun dari anak matanya, aku dapat membaca bahawa Duartecukup sedar dengan apa yang telah diperlakukan kepadanya, tetapi dia tidak dapatmembuat apa-apa.

Aku dapat menghidu bau darah Duarte apabila darahnya itu mengalir keluar darilehernya.

“Bukankah ini yang kau mahukan?” tanya Cassius, dia menyerahkan tubuh lemahDuarte kepadaku. Wajahnya kembali kepada bentuk manusia.

Aku memalingkan kepalaku ke tempat lain. Aku tidak mampu menerima hakikattentang kejadianku, ataupun apa yang perlu kulakukan untuk menghilangkan rasa lapardan dahaga yang ada di dalam diriku.

Tiba-tiba sahaja, Cassius muncul di hadapanku. Secepat kilat, Cassius mengucupbibirku. Darah Duarte yang memenuhi mulut Cassius kini dipindahkan ke dalammulutku.

Aku menjilat sisa-sisa darah Duarte di bibir Cassius. Tidak pernah aku merasakansesuatu yang begitu lazat, yang mampu membuatku bertenaga kembali. Serta-merta akumerasa tubuhku segar.

Pada saat itu, aku tidak lagi dapat menahan diriku lagi. Aku berhenti dari terusmengucup Cassius, lantas aku memandang ke arah leher Duarte. Dengan lahap, akumengambil leher Duarte lantas terus kuhisap darahnya, sehingga tubuh Duarte kejang dankaku.

Aku menjilat-jilat lehernya tatkala tiada lagi darah panas Duarte yang dapatkuhisap lagi. Tatkala itu aku dapat melihat Cassius sedang menggila membunuh setiapanggota perwakilan Sepanyol yang ada. Dia menggunakan pedangnya. Sebilah pedang

http://nizamzakaria.blogspot.com 52

dari jenis ‘Gladius Hispaniensis’ yang sentiasa disisip di pinggangnya dan dibawanya kemana-mana sahaja dia pergi.

Dalam pada itu, seorang pegawai Sepanyol, Jaoa Serrao berlari ke arah pantai.Seperti orang gila lagaknya dia berlari ke arah sampan. Aku berlari ke arahnya.

Dalam pada itu, seorang pegawai Sepanyol, Jaoa Serrao membaling sebilahlembing ke arahku. Aku dapat melihat lembing itu terbang dengan begitu perlahan lantasdengan senang aku dapat mengelak diriku dari terkena lembing yang telah di arahkansupaya kena tepat kepadaku.

Jaoa terkejut melihat aku dapat bergerak sepantas kilat lalu mengelak dari terkenatusukan lembingnya. Dia ketakutan lantas berlari ke arah pantai. Seperti orang gilalagaknya dia berlari ke arah sampan. Aku berlari ke arahnya.

Jaoa kelihatan begitu takut berhadapan denganku. Ditunjukkan kepadaku rantaisalib yang dipakainya. Diharapkan rantai tersebut akan dapat menakutkanku, tetapi akubergerak semakin hampir kepadanya. Aku mencantas rantai salibnya yang tidakmembawa apa-apa makna buatku lalu kucampak ke laut. Aku mentertawakannya.

Jaoa dapati apa sahaja yang dicubanya, tidak mampu untuk membuatkanku pergi.Dia menyembah ke bumi, meminta agar aku membiarkannya kembali ke kapal.

Dalam kegilaan malam itu, aku tidak mahu mendengar sedu sedannya memintaagar dirinya tidak kubunuh. Wajahku bertukar bengis seperti wajah menakutkan Cassiusyang telah kulihat tadi. Aku mahu membalas dendam terhadap segala pengkhianatan yangdilakukan oleh Jaoa yang telah menjadi konco Duarte. Aku terus menerkam kepala Jaoa,kemudian aku merobek leher Jaoa sehingga hanya tinggal separuh sahaja lehernya yangmasih bersambung ke tubuhnya. Darah memercik keluar dengan deras dari lehernya yangtelah kurobek itu. Lantas kujilat darah Jaoa yang kini banyak terpercik ke baju danwajahku. Bajuku kini basah lenjun dengan darah-darah mangsaku. Aku puas.

Di atas kapal, anak-anak kapal dapat melihat sesuatu pandangan yang berbeza. Merekadapat melihat bagaimana pegawai-pegawai Sepanyol diserang oleh penduduk-penduduktempatan. Mereka beramai-ramai ketakutan dan mereka sedar bahawa kini mereka tidakmempunyai sebarang pegawai yang berpengalaman untuk mengetuai pelayaran Sepanyolke Maluku.

Dalam keadaan sedar tak sedar, mereka semua mengorak langkah untuk bergegasmeninggalkan Cebu. Dalam fikiran mereka yang dipukau Cassius, dapat dilihat kapalConcepcion yang ditinggalkan itu dibakar penduduk-penduduk Cebu. Dalam keadaantergesa-gesa mereka terus berlayar, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa buah sampandipenuhi pahlawan-pahlawan Cebu bergerak ke arah kapal-kapal mereka untukmenyerang dan merampas apa yang ada. Juan Sebastian del Cano dengan pantasmengambil alih tugas Duarte sebagai nakhoda pelayaran ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 53

“Mereka nampaknya telah pergi tanpa kita.” Kataku sambil memerhatikan wajahCassius yang kembali seperti sedia kala, tidak lagi berwajah ganas.

“Biarkan mereka pergi.” Ujar Cassius sambil mengelap kesan darah padawajahnya. Dia tersenyum sendiri. “Kita masih ada Concepcion.”

“Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan Concepcion?”

“Kita boleh isi dengan beberapa orang penduduk tempatan dan orang-orangSepanyol yang tidak sempat kita kerjakan. Kita perlu pulang ke Eropah.”

Aku termenung jauh. Aku diam sahaja. Mataku melihat keadaan pantai yangsenyap sunyi. Beberapa mayat bangsa Sepanyol bergelimpangan di hadapanku.

“Apa, kau mahu pulang ke Melaka?” tanya Cassius meminta kepastian.

“Tak ada apa lagi yang boleh aku cari di Melaka.” Kataku berterus terang dengansuara perlahan.

“Concepcion sarat dengan emas dan rempah ratus... Kita akan berlayar sehinggake Venice. Aku ada kenal pedagang dari sana yang akan memberikan harga yang baikuntuk barangan yang akan kita bawa pulang.” Suara Cassius tajam dengan harapan yangmenyala.

“Mengapa kau lakukan ini semua?” Tanyaku tiba-tiba. Aku bercangkung di ataspantai. Aku langsung tidak mahu memerhatikan keadaan penduduk tempatan yang sepertidirasuk di kawasan pekan di belakangku. Ada di antara mereka yang sedang sibukmembakar kayu salib yang telah ditanam di tengah-tengah pekan.

“Setelah begitu lama kau hidup, kau akan mula sedar kau akan sanggup membuatapa sahaja untuk memastikan agar tidak membuat hidup kau bosan.” Jelas Cassiusdengan matanya meleret memandangku. “Aku suka berperang, sebab itulah aku mahu diriaku ditangkap Fernao dahulu dan membuat perjanjian untuk berjuang bersama tenteraPortugis. Dan seperti kau, aku juga berminat untuk berlayar dan melihat dunia.”

“Kau sanggup melakukan ini semua semata-mata kerana ingin menghilangkanrasa bosan?”

“Ya... Aku dan beberapa lagi vampiro sepertiku ketika Portugis menyerangMelaka dahulu. Sebab itulah Melaka senang ditawan Portugis.”

Cassius tersenyum. Mungkin jelas baginya sekarang aku seorang yang sukabertanya.

“Apa maksud kau, ‘vampiro sepertiku? Siapa yang kau maksudkan?” akumenagih jawapan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 54

“Yang wujud seperti kita. Pasti kau tidak terfikir hanya kita berdua sahaja yangbegini?”

“Kau tidak perlu takut. Kau tak akan pernah kesunyian lagi.” Ucap Cassiusmenenangkan perasaan aku yang gusar pada waktu itu.

Maka pada malam itu, diceritakan Cassius kepadaku dengan panjang lebar alkisahbagaimana dia mula-mula mengenali Fernao dahulu – satu kisah yang pernah diceritakanoleh Fernao kepadaku dengan ringkas. Cassius telah bercerita kepadaku ceritanya inidengan harapan aku akan dapat mengenali dengan lebih dekat, atau mungkin dia mahumendapatkan kepercayaan dariku...

Menurut Cassius, pada awal abad ke-16, Fernao telah diarahkan untuk bertugas di bawahnaungan Francesco de Almeida, wizurai Portugis pertama di India. Kerajaan Mesirkurang senang dengan penguasaan Portugis di India, lantas dengan bantuan Venice,Sultan Mesir cuba menyerang jajahan Portugis di India sehingga menyebabkan anaklelaki Almeida terkorban. Walau bagaimanapun, Mesir akhirnya berjaya ditumpaskanPortugis, apabila Mesir menyerang sekali lagi pada tahun 1509 - dan pada waktu itulahCassius telah berjaya ditangkap Fernao di India apabila dia berjuang di bawah panji-panjitentera Venice untuk membantu Mesir melawan Portugis...

Sejak peristiwa penangkapan itulah, Fernao mula mengenali Cassius, seorangtentera upahan yang pernah bekerja untuk Duke of Milan, Ludovico Sforza. SetelahLudovico Sforza dihalau dari Milan oleh raja Perancis, Louis XII, Cassius berhijrah pulake Venice untuk tujuan berlayar melihat dunia dan seterusnya terjebak denganpertelingkahan Mesir dan Portugal di India...

**

Aku memikirkan kembali apa yang telah dilakukan oleh pelaut-pelaut Sepanyol sejakmereka berlayar meninggalkan Seville. Mereka merogol, membunuh dan menculikpenduduk-penduduk tempatan untuk dijadikan hamba. Tidak ada yang baik tentangmereka. Hatiku pasti akan meluap-luap marah setiap kali aku memikirkan tentang perkaraini. Lebih-lebih lagi kerana aku tidak dapat membuat penafian tentang penglibatanku didengan mereka. Dan sekarang, aku terpaksa melakukan perkara yang sama agar aku danCassius dapat kembali ke benua Eropah. Kapal Concepcion yang kami gunakan dipenuhidengan pedagang-pedagang asing dan orang-orang tempatan yang telah diculik kami dandipaksa bekerja mengendalikan kapal ini di dalam keadaan terpukau sepanjang masa.

Pelayaran Sepanyol akhirnya hanya tinggal Juan Sebastián del Cano, nakhoda kapalVictoria yang meneruskan perjalanan pulang ke Seville. Walaupun Fernao tidak dapatmeneruskan perjalanannya, setelah beberapa lama namanya dibayangi nama JuanSebastian del Cano, kesudahannya pada hari ini, dia terus akan diingati sejarah sebagaiFerdinand Magellan, manusia pertama yang telah mengelilingi dunia, melaluiperjalanannya yang terdahulu.

Namaku pula terus ditelan masa... Mungkin perkara ini ada juga hikmahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 55

Sememangnya aku sendiri tidak mahu namaku disebut-sebut. Aku tidak mahu dirikudiingati. Aku malu menjadi sebahagian dari mereka yang akhirnya telah menyebabkanFilipina dijajah Sepanyol buat beratus-ratus tahun. Lagipun, banyak dari kisahku telahdilupuskan, juga kisah Cassius makhluk penghisap darah yang dilaknati itu dari lembaransejarah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 56

Buku I. Bab 3

Alkisahnya, sebuah kapal pedagang Arab yang kami serang dibiarkan hanyut setelahsubuh mula menyingsing. Dua orang pedagang terselamat kerana mereka bersembunyi didalam sebuah kotak simpanan makanan. Apabila diselamatkan, mereka bercerita tentangsebuah kapal lanun berhantu yang telah menyerang. Anak-anak kapal berbilang bangsa itudiketuai oleh dua makhluk ganas penghisap darah. Buat beberapa puluh tahun selepas itu,legenda mengenai sebuah kapal Sepanyol yang berpuaka terus menghantui pelayar-pelayar yang berlayar ke Nusantara...

Pelayaran Concepcion untuk ke Venice lancar, walaupun anak-anak kapal Concepcionterpaksa kami jadikan lanun. Kapal-kapal yang tidak bernasib baik yang telah bertembungdengan Concepcion akan menerima padah. Habis barang-barang berharga dipunggah dankapal mereka dimusnahkan. Kami melakukan kerja di waktu malam, kerana aku danCassius tidak mungkin boleh hidup lama di bawah cahaya matahari. Ketika kapal kamimemasuki lautan Mediterranean, ia bukan sahaja sarat dengan muatan rempah ratus,tetapi emas permata yang dirampas juga.

Setibanya di Venice, kami dapati anak-anak kapal Concencio hanya tinggal seramai 12orang. Yang lain telah dijadikan habuan untuk meneruskan hidup kami ketika belaya.Sisa-sisa anak kapal ini kami tinggalkan di dalam sebuah sampan kecil disertakan dengandua peti besar emas dan permata. Kami berharap mereka dapat membahagikan hartasesama mereka apabila tersedar daripada pukau Cassius selama ini. Seterusnya, kamiberdua melabuhkan Concepcion di sebuah kawasan berpaya di ceruk-ceruk LagunaVeneta yang agak terpencil, tetapi tidak begitu jauh dengan kota Venice. Dari sana, kamipergi menemui beberapa orang pedagang dari Venice yang pernah dikenali Cassius untukmenjual segala jenis harta benda yang berjaya kami kaup dan bawa pulang ke sini.

Pulangan yang dihasilkan melimpah-ruah banyaknya. Cukup untuk kami hidup mewah diEropah untuk berkurun lamanya. Wang yang terkumpul kami simpan di dalam simpananbank yang dikendalikan oleh keluarga Medici dari Florence dan Fugger dari Augsburg.Kedua-dua bank ini tidak pernah bertanya dari mana datangnya hasil kutipan wang yangbegitu banyak yang telah dapat dikumpulkan Cassius—kerana yang penting, wang yangterkumpul boleh mereka jadikan modal untuk dipinjamkan pula oleh para bangsawanEropah untuk berperang sesama mereka untuk menakluki negara-negara yang lebihlemah.

Aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku tidak mungkin dapat berdiri sama tinggidengan Cassius kerana warna kulitku. Cassius sendiri telah memberitahuku dari awal lagiwalaupun kini aku seorang yang bebas, bukan lagi seorang hamba, tetapi jika aku mahuterus duduk di Eropah, aku mesti menganggap diriku sebagai hamba kepunyaan Cassius.Aku menerima perkara ini dengan akur. Lagipun dia tidak kisahkan sangat tentangkedudukanku ini di mata orang lain, asalkan aku sendiri tahu aku bebas. Yang pentingbuat aku sekarang, Cassius menganggapku sebagai sebahagian dari dirinya yang jugadianggapnya mempunyai kedudukan lebih tinggi dari manusia biasa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 57

Kami menetap di sebuah istana kecil yang telah diberi nama Pallazo Minuo yang terletakdi kawasan San Polo di Venice. Nama untuk istana kecil ini telah dipilih sendiri olehCassius. Minuo dalam bahasa Latin - bahasa yang telah dituturkan tatkala dia bergelarmanusia dahulu membawa maksud perbuatan untuk mengeluarkan darah.

Seperkara yang disedariku tatkala aku pertama kali dibawa ke istana Cassius adalahtulisan yang terpampang di hadapan bangunan istana gothic ini:

Nascentes Morimur

“Mengapa ‘nascentes morimur’?” tanyaku setelah aku di bawa masuk ke dalamistana yang telah lama tidak dihuninya itu.

“Kita dilahirkan untuk mati.” Jelas Cassius, walaupun dia tahu benar akumemahami asas bahasa Latin. “Tulisan ini telah diletakkan oleh penghuni awalnya.Sebenarnya... Sebenarnya aku rasa lebih sesuai agaknya jika aku tukarkan tulisan yangkau lihat itu kepada ‘mors ultima linea rerum’ yang membawa maksud kematian adalahtanda untuk garisan terakhir.”

“Tapi kenapa?”

“Untuk mengingatkan aku, bahawa aku telah dilahirkan sebagai seorang manusia,tetapi kini aku bukan lagi manusia, kerana aku telah mati dan kini pula tidak mati-mati.”Cassius tertawa sambil berjalan di atas lantai marmar carraranya yang penuh berhabuk.“Pulvis et Umbra Sumus... kita hanya sekadar habuk dan bayang-bayang. Inilah kejadiankita. Tidak lebih dari itu.”

“Pallazo ini perlu dibersihkan.” Ujarku sambil melihat kepada suasana malapPallazo Minuo. Palazzo ini cantik jika ia dijaga betul-betul, itulah yang aku fikirkan.Kerja-kerja membersihkan Palazzo ini pasti memerlukan masa dan tenaga yang banyakmemandangkan saiznya ini yang besar dengan entah berapa puluh bilik di dalamnya.

“Esok akan disegerakan hal ini.” Sambut Cassius dengan penuh pasti. Seoranganak bangsawan sepertinya memang tidak mampu hidup dalam suasana yang kotor dantidak terjaga, terutamanya tatkala dia sedang berada di kota-kota besar. Satu masa dahuludi Rom, beliau telah dilahirkan di bukit Palatine, di dalam sebuah rumah besar denganberpuluh-puluh hamba yang digunakan hanya untuk menjaga kebersihan rumahnyasahaja.

“Dari siapa kau dapatkan palazzo ini?” tanyaku ingin tahu.

“Dari musuh Ludovico Sforza, Duke of Milan, yang telah menyuruh akumembunuh musuhnya, tuan punya palazzo ini.” Jelas Cassius dengan selamba. Katanyalagi: “Ludovico tahu aku mahu berpindah ke Venice setelah aku bosan dengan keadaan diMilan, jadi dia menghadiahkan Palazzo ini kepadaku.”

“Apa yang sudah terjadi kepada Ludovico sekarang ini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 58

“Dia sudah lama mati di dalam penjara di istana Loches, di Perancis.” KataCassius bersahaja.

Aku termenung seketika mendengarkan penjelasannya. Aku mahu tahu tentangkisah lampaunya bergaul dengan bangsawan-bangsawan Eropah. Tapi aku pasti masanyaakan tiba nanti apabila dia akan bercerita kepadaku tentang kisah hidupnya merayau keseluruh Eropah. Lagipun, dia mempunyai banyak masa untuk bercerita kepadaku.

“Tidak ada apa tentang dirinya yang perlu kau kisahkan sangat, kecuali tentangpersahabatanku dengan Leonardo da Vinci...” Cassius bersuara untuk memecahkankebuntuan yang terwujud di antara kami.

“Siapa Leonardo?” tanyaku yang tidak pernah mendengar namanya sebelum ini.

“Seorang lelaki yang telah aku kenali di bengkel Verrocchio di Florence.Verrocchio sendiri yang telah memperkenalkan aku kepadanya sebagai salah seorangmuridnya yang paling berbakat. Aku pula telah memperkenalkan Leonardo kepadaLudovico, lantas terus diambil Leonardo sebagai pelukis dan juruteranya—”

“Kau pengumpul seni...” Pintasku yang mula sedar Cassius banyak mengumpularca-arca pelbagai bentuk dan lukisan-lukisan yang menghiasi palazzo ini. Di dalamPalazzo Minuo, sememangnya terdapat beberapa lukisan-lukisan terbaru, yang telah dapatdikumpulkan Cassius, terutamanya yang telah dilukis oleh pelukis-pelukis Venice sepertiCima da Coneglianon dan Giovanni Bellini selain dari hasil-hasil seni beratus tahunlamanya.

“Ya... itu sahaja tentang manusia yang menarik perhatian aku. Seni yang merekamampu lahirkan dari bakat yang mereka ada. Aku cukup-cukup minat melihat bagaimanagaya persembahan seni mereka berubah mengikut peredaran waktu... Cuba lihat lukisan-lukisan dari era Byzantine oleh Paolo Veneziano dan Michele Giambono, dan cubabandingkan dengan lukisan-lukisan Bellini pula. Ada sedikit Kelainan bukan?” tanyaCassius, kemudian dia menjemputku agar masuk ke dalam bilik perpustakaannya. Bilikyang paling disukainya di dalam palazzonya ini.

Aku memerhatikan segala-gala hasil seni yang telah dikumpul oleh Cassius didalam bilik perpustakaannya – di dalam bilik di mana dia banyak mempamerkan lukisan-lukisan dari koleksi simpanannya sehingga tidak ada tempat lagi untuk dipamirkannya.Ada di antara lukisan-lukisannya yang tidak ternilai harganya ini disandarkan sahaja ditepi-tepi rak buku.

“Apakah hasil seni yang paling kau hargai di sini?” tanyaku seolah mengujisewaktu Mataku mencerap lukisan-lukisan yang tergantung di dindingnya.

“Bab-bab yang hilang dari buku De Architectura oleh Vitrivius. Satu-satunya yangmasih wujud sekarang ini.” Ujar Cassius dengan bangga. Dia bergerak ke arah sebuahpeti simpanan di belakang sebuah lukisan Vittore Carpaccio yang menunjukkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 59

keindahan suasana pesta di Rialto. Setelah membuka peti tersebut, Cassius mengeluarkansebuah manuskrip yang kelihatan sedikit usang. Di dalam peti besi itu juga aku dapatmelihat beberapa lebaran peta yang telah dihadiahkan oleh Ptolemy kepadanya yangmasih disimpannya sehingga kini, juga sebuah peta usang Piri Reis, laksamana Osmaniahyang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kartografi dan beberapa kepingpeta yang lain dari Albertin Di Virga dan Zuane Pizzigano.

“Kenapa kau begitu menghargainya?” tanyaku, mataku terus kepada manuskripVitruvius yang telah dipegang oleh Cassius dengan teliti.

“Kerana isinya yang terlalu jauh ke hadapan masa. Vitruvius hidup sezamandengan bapaku... Tetapi apa yang ditulisnya sehingga kini sukar untuk aku fahami. Iabegitu sukar untuk difahami sehingga ia telah dikeluarkan dari terbitan asalnya dan iaterus dilupakan tentang kewujudannya.”

“Jadi kenapa kau simpan?”

“Aku pasti satu hari nanti di masa hadapan pasti ia akan difahami.” Jelas Cassiusbersungguh-sungguh. “Aku fikirkan Leonardo akan memahami kandungan bab-bab yanghilang oleh Vitruvius, tetapi dia sendiri tidak faham. Juga Rui Faleiro. Ya, aku pernahmenujukkan bab-bab yang hilang ini kepadanya, tetapi Rui juga tidak faham apa yangditulis dan dilakarkan oleh Vitruvius. Leonardo dan Rui mungkin cerdik, tetapi sepertiyang aku katakan... Apa yang ditulis Vitruvius terlalu jauh ke hadapan.”

Cassius kemudian meletakkan manuskrip yang dihargainya itu kembali ke dalampeti simpanan. Kemudian dia bergerak ke meja utama di dalam perpustakaannya itu untukmengambil beberapa keping kertas yang terdapat di atas meja.

Dia menyerahkan kertas-kertas yang telah dilukis itu kepadaku danmemberitahuku bahawa itulah lukisan-lukisan rekaan-rekaan Leonardo yang telahdikumpulnya. Cassius yakin bahawa satu hari nanti, Leonardo akan menjadi seorangmanusia yang terkenal. Mungkin lebih dikenali dari Vitruvius sendiri.

“Apa yang kau lihat adalah senjata-senjata yang direkanya yang hanya wujud diatas kertas. Dia juga seperti Vitruvius... Banyak mereka benda-benda yang direkanyaterlalu jauh ke hadapan.”

“Apa yang terjadi kepada Leonardo sekarang?”

“Dia meninggal dunia kira-kira empat bulan sebelum kita berlepas dari Seville...Tahun 1519.” Ujar Cassius yang mungkin sudah dapat meneka tarikh kematian Leornardolama sebelum dia menemui ajalnya di Cloux, Perancis.

“Kira-kira tiga tahun yang lepas...” kataku termenung jauh sambil memikirkankeadaan diriku pada waktu itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 60

“Banyak yang telah berlaku selama tiga tahun ini... Di antaranya, Venice tidak lagisemewah dahulu. Lebih-lebih lagi apabila Portugis sudah mula menguasai jalan untuk ketimur dan bukan lagi pedagang-pedagang Arab yang telah berurusan dengan Venice sejakberkurun lagi.”

“Tidak lama lagi... giliran Sepanyol pula.”

“Ya... tidak lama lagi giliran Sepanyol pula untuk menguasai dunia.” SambutCassius dengan perlahan, seolah dia faham benar dengan rentak dunia yang sentiasasahaja berubah tarian dan senandung manusia yang mendiaminya.

**

Hampir setiap malam, aku cuba untuk membiasakan dirinya hidup sebagai Vampiro didalam kota Venice yang begitu indah di dalam pandangan mataku. Dalam pada itu, akumula sedar tentang kelebihan luar biasaku sebagai seorang vampiro.

Aku mendapati bahawa aku mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dari hari ke sehari,kebolehan deria penglihatanku semakin tajam. Daya pemikiranku pula semakin utuh,lantas membolehkanku menyerap lebih banyak maklumat dari apa yang termampu olehkusebelum ini. Kebolehanku ini telah menyebabkan aku sentiasa haus dengan ilmupengetahuan yang mahu kupelajari. Semakin banyak yang aku belajar, semakin kecilrasanya dunia ini dan semakin aku dapat merasakan dunia ini penuh dengan keajaibandan keindahannya yang tersendiri. Dan seperti Cassius, aku juga mula jatuh cinta kepadakeindahan seni yang dihasilkan manusia...

Aku mula sedar bahawa kelebihanku kini telah membolehkanku menikmatikeadaan sekelilingku dengan lebih baik lagi. Aku kini mampu melihat pergerakan kupu-kupu malam seolah ia terbang dengan perlahan. Di dalam masa yang sama, aku sendiridapat bergerak dengan begitu pantas sehingga pergerakanku hanya dapat dilihat sebagaisatu bayangan kelam dalam pandangan manusia. Satu perkara yang sering aku lakukanagar kehadiranku tidak disedari oleh manusia yang menghuni kota Venice yang indah ini.

Kebolehkanku ini juga menyebabkanku dapat melihat lembaga-lembaga gelapyang tidak mahu kulihat. Tatkala angin Sirocco yang dikatakan dapat membuat orangmenjadi gila bertiup menyapa Venice, aku akan dapat mendengar suara-suara jeritan yangdatangnya entah dari mana. Deria bauku yang semakin kuat menyebabkanku dapatmembau ketakutan, kegembiraan dan keraguan manusia yang aku temui. Di Venice ini,dengan bermacam-macam-macam jenis barang-barang yang diperdagangkan ke seluruhEropah yang datangnya dari segala pelosok ceruk di dunia ini – bau-bauannya yangeksotik suka kucium untuk kufahami asal-usulnya.

Kadangkala, ketika berjalan malam, aku akan terserempak dengan vampiro-vampiro yang lain. Ya, seperti aku, mereka kelihatan seperti manusia biasa. Tidak adaperbezaan langsung, kecuali, para vampiro sepertiku itu tidak mengeluarkan sebarang bauyang boleh kucium. Tidak seperti manusia, para vampiro langsung tidak mengeluarkansebarang bau yang mungkin dapat membocorkan rahsia perasaan yang cuba

http://nizamzakaria.blogspot.com 61

disembunyikan mereka yang dapat kubaca dengan deria bauku. Mereka juga tahu bahawaaku ini makhluk yang segerombolan dengan mereka melalui cara ini. Mereka juga tahubahawa sebahagian dari darahku merupakan darah Cassius dan Tiresias. Sehingga kini,hanya aku dan Cassius sahaja yang mempunyai jalinan darah dengan Tiresias, Vampiroyang paling disegani di kalangan vampiro-vampiro yang ada.

Pernah ditanya kepada Cassius berapa ramai makhluk vampiro yang adasepertinya di dalam dunia ini. Kata Cassius tidak ramai. Malah dirinya sendiri, selama diamenjadi vampiro, aku sahaja vampiro yang datangnya dari dirinya. Itu pun dengan caratidak sengaja, yang difikirkan Cassius sebagai satu kejadian yang tidak dapatdielakkannya, tetapi telah diramalkan oleh Tiresias beberapa ratus tahun sebelum ini –bahawa pada satu hari nanti Cassius akan menjadikan seorang teman untuk memburu dikalangan seorang lelaki yang ditemuinya di kawasan ‘Semenanjung Emas’.

“Tapi mengapa tidak?” tanyaku kehairanan. Kami tatkala itu sedang berdiri di atassebuah gondola sambil memerhatikan suasana malam yang masih segar di Canal Grande.

“Apa maksudmu?” tanya Cassius kembali.

“Mengapa sebelum kau menemui aku, kau tidak mencari manusia lain untukdijadikan vampiro sebagai temanmu?”

“Kejadian kita bak haiwan pemangsa. Kita tidak perlu mempunyai jumlah yangterlalu ramai, jika tidak... Pasti sukar untuk kita mencari mangsa untuk membolehkan kitaterus hidup.” Jelas Cassius. Gondola yang bergerak perlahan itu kemudian berhenti dihadapan Palazzo Dario, sebuah pallazo yang bahagian hadapannya kelihatan lain dariyang lain kerana penggunaan batu marmar pelbagai warna. “Lagipun, aku tidak mahu jadiseperti vampiro-vampiro lain yang hidup berkumpulan... Aku lebih suka hidupmenyendiri.”

Pendayung gondola menerima upahan sekeping ducat perak dariku. Satu jumlahyang lebih banyak dari yang patut diterimanya.

“Dua lagi ducat perak jika kamu tunggu di sini sehingga menjelang subuh nanti.”Beritahuku kepada si pendayung.

Pendayung gondola itu mengangguk perlahan sambil mengucapkan terima kasihtanpa memandang ke arahku mahupun Cassius. Aku dapat mencium bau gementarnya.Dari dalam kotak fikiran si pendayung yang dapat dibacaku, dapatlah ku ketahui bahawaPalazzo Dario yang dibina oleh Giovanni Dario ini berhantu. Atau itulah yang difikirkanoleh si pendayung gondola...

“Pallazo ini baru sahaja dibina, tetapi terus dianggap berpuaka...” Cassiusmenjelaskan. Aku melihat beberapa lembaga yang sedang berdiri di dalam Pallazo sambilmemakai topeng. Mereka menunduk hormat kepada kami berdua.

http://nizamzakaria.blogspot.com 62

“Kenapa?” tanyaku ingin tahu mengapa Palazzo ini dianggap berpuaka olehpenduduk-penduduk Venice. Setahun aku, Giovanni Dario adalah seorang ahli diplomatVenice yang telah mengadakan perundingan damai dengan Turki pada tahun 1479.Kerana tugasnya di luar negara, Giovanni jarang mendiami Pallazo mewahnya ini.

“Kerana mereka.” Ujar Cassius sambil membawaku masuk ke dalam dewan tarianyang dipenuhi dengan beberapa lembaga bertopeng. Dengan sekali pandang, walaupunbertopeng, aku sudah dapat membezakan sama ada mereka terdiri dari golongan vampiroataupun manusia. “Seperti kota-kota pelabuhan besar yang lain, kota ini menjadi tempattinggal dan persinggahan kepada ramai vampiro. Dari masa ke semasa mereka akanmengadakan pesta di sini...“

Aku dapat mendengar berpuluh-puluh suara yang menyelinap masuk ke dalamfikiranku. Walaupun bertopeng, aku dapat mengesan bahawa vampiro-vampiro ini datangdari segala pelosok sudut dunia. Ada yang berumur berkurun lamanya seperti Cassius danada pula yang masih baru sepertiku.

Ketika berjalan merentasi dewan tempat berkumpulnya para vampiro yang sedangberpesta dan menari sambil menikmati lagu berentak madrigal hasil karya komposerAdrian Willaert yang namanya disanjung di Venice pada ketika itu, aku dapat merasakanbahawa diriku dapat diterima dengan baik di sini. Para vampiro di sini nampaknyalangsung tidak dihiraukan warna kulit mahupun latar belakangku. Aku terus dianggap dansebagai saudara baru mereka di sini, malah mereka cukup hormat denganku.

Tatkala aku dan Cassius berehat di sebuah sudut yang gelap, kami didekati olehseorang budak lelaki yang comel. Budak lelaki yang mempunyai rambut berwarna perangdan kerinting itu telah menyerahkan dua pasang topeng untuk dipakai oleh kami berdua.Aku tersenyum. Apabila aku mengambil topeng tersebut dari budak lelaki yang mungkinmasih berumur 12 tahun itu, aku dapat melihat bekas gigitan pada bahagian tangan danlengannya.

Kini aku pasti bahawa budak lelaki itu dan juga manusia-manusia yang ada di situadalah hamba darah kepada vampiro-vampiro yang ada. Tugas mereka sama sepertilembu-lembu yang diperah susunya. Manusia-manusia ini dihisap darah mereka, tetapitidak dihisap sehingga akan menyebabkan mereka mati. Mereka tidak dipukau. Merekamemberikan darah mereka dengan sukarela. Mereka lebih rela dijaga dan diberi makanserta gaji oleh para vampiro dari hidup tidak tentu arah sebagai kutu jalanan di kotaVenice ini.

“Kau akhirnya berteman.” Ujar seorang vampiro yang sedang memakai topengyang kelihatan seperti burung lengkap berparuh. “Aku fikirkan aku hanya dengar beritaangin... Rupa-rupanya betul.”

“Ini pun secara tidak sengaja, Garcia!” sambut Cassius. Dia terus memakaitopengnya yang berwarna putih itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 63

“Ya, aku pasti.” Garcia menyambut sinis sebelum dia memandang ke arahku. Diamembuka topengku. Dia mahu memandang wajahku dengan lebih jelas lagi. Diamerenung ke dalam mataku. Kemudian dia mengusap pipiku sebelum dia menambah lagi:“Kacak orangnya... Dengan senyuman yang menawan. Jadi dengan secara tidak sengajapun kau masih mengambil seorang teman memburu yang cantik kejadiannya.”

“Bukankah kita semua begini?” Cassius sengaja tanya kembali dengan suara yangcukup sinis.

“Jadi di mana kau mula-mula bertemu dengan Cassius dahulu?” tanya Garciakepadaku.

“Melaka.”

“Oh, Melaka... Nama Melaka pernah satu ketika dahulu begitu dikenali di Veniceini.” Beritahu Garcia. “Andainya di sana Cassius boleh menemui seorang lelakisekacakmu, jika aku ke sana, pasti aku dapat menemui gadis-gadis yang cantik-cantikbelaka!”

“Melaka tidak mungkin akan jatuh ke tangan Sepanyol, Garcia... Melaka kinimilik Portugis.” Kata Cassius sambil menjeling. Garcia ketawa mendengar kalimah-kalimahnya tadi.

“Kau dijadikan vampiro oleh Cassius... Antara vampiro yang paling disegani disini. Dan antara yang tertua. Jika dia tidak ada nanti, kau akan menggantikan tempatnya,tapi aku pasti, perjalanan hidup Cassius masih panjang lagi.” Ujar Garcia di dalam bahasaSepanyol yang begitu pekat loghatnya kepadaku.

Aku pasti Garcia sedang tersenyum dan menyeringai sehingga ternampaktaringnya di sebalik topeng yang dipakainya. Garcia kemudian terus diam. Dia tundukhormat kepada Cassius sebelum dia berjalan ke sebuah sudut yang lebih gelap untukmemerhatikan seorang hamba dari Afrika yang sedang dihisap darahnya oleh seoranggadis vampiro.

“Bagaimana pesta darah seperti ini boleh dilakukan di sini? Di tengah-tengah kotaVenice? Tidakkah pihak Doge ataupun Majlis Sepuluh menerima sebarang aduan di Abocca di leone?” Tanyaku yang pernah sekali mendapatkan seorang mangsaku di sana -ketika aku mendapat tahu tentang seorang peniaga yang ingin menganiaya rakan niaganyasendiri dengan menulis sebuah surat penuh fitnah dan ingin dimasukkan ke dalam petisurat di A bocca di leone. Aku tahu jika surat itu di baca, pasti pihak yang telahdifitnahkannya itu akan menerima padah. Aku membunuh mangsaku itu sebelum diasempat memfitnahkan rakan niaganya sendiri.

“Pastinya mereka tahu... Cuma di sini, wang menguasai segala-galanya.” Cassiusmemerhatikan suasana palazzo yang telah dihias indah dengan lukisan-lukisan dan hasil-hasil seni. Makanan-makanan yang dihidangkan untuk para hamba darah juga berbagai

http://nizamzakaria.blogspot.com 64

jenis dan sedap-sedap belaka untuk mereka nikmati yang langsung tidak disentuh olehpara vampiro.

“Kau tidak bosan hidup sendiri?” tanyaku mengubah arus perbualan. Aku merasakurang selesa memakai topeng. Sukar untuk menikmati bau-bauan yang indah yang dapatkucium dan nikmati di sini.

“Kau tidak faham dengan kehidupanku.” Jawab Cassius sedikit terganggu dengansoalan dariku tadi kepadanya.

“Tapi bagaimana kau mampu hidup hampir 14 abad lamanya seperti ini?”

“Ada kalanya aku tidak mampu. Aku rasa ramai vampiro yang tidak tahan hidupbegini, seperti beberapa vampiro aku kenali yang hampir menjadi gila. Ada pula yangmembunuh diri dengan sengaja membuatkan diri mereka dapat ditangkap manusia—“

“Tapi kau terlalu cintakan kehidupan ini. Kau mahu melihat sejauh manakemajuan manusia akan membawa mereka satu hari nanti.” Pintasku yang semakinmengenali dirinya.

Cassius berjalan ke arah tingkap pallazo yang besar itu untuk melihat keadaan airlaut Adriatic yang sedang mengalir lesu melalui terusan besar Venice. Aku pergimendapatkannya lalu termenung dengan agak lama di situ.

Aku dapat mencium bau hanyir air di terusan dan bau darah manusia yang masihpanas di belakangku. Setelah lama termenung kosong begitu, aku menoleh ke belakang.Terus aku dapat melihat Cassius menghisap lengan seorang wanita yang bertopeng yangmengipas-ngipas dirinya. Wanita tersebut kelihatan teruja. Dia menghulurkan lengannyakepadaku, tetapi aku sekadar menggeleng...

**

Setelah meneroka hampir setiap sudut dan ceruk Venice di dalam jangka masa 50 tahun,aku akhirnya merasa cukup resah dengan kota ini. Barangkali betul kata Cassius -vampiro seperti kami perlu sentiasa melakukan sesuatu yang menarik agar hidup kamitidak membosankan. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, ada kalanya kami akanbergerak dari satu kota ke kota yang lain di Eropah. Melancung. Mengembara...

Pada malam itu, malam St Bartholomew's Ogos 24, 1572 kami berada di Paris.Para Vampiro dari Paris nampaknya telah keluar beramai-ramai untuk menyaksikan satuperkara yang sudah kami jangkakan akan berlaku. Satu malam di mana ramai manusiadibunuh di atas nama agama yang mereka anuti. Dalam masa seminggu selepas itu, lebihdari 100,000 penganut Protestan di Perancis yang dikenali dengan panggilan Huguenotmati dibunuh oleh para penganut agama Katolik. Sungai-sungai di Perancis dipenuhidengan mayat sehinggakan orang-orang di Perancis takut untuk memakan ikan yangditangkap di sungai sampai berbulan-bulan lamanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 65

Pada malam berdarah itu jugalah aku mula mengenali nama Daevas. Satu namayang ditakuti oleh golongan vampiro, terutamanya Cassius. Dia tidak pasti dari mana asalusul mereka dan sejak bila mereka wujud. Tapi apa yang pasti, golongan Daevas yangdiketuai oleh ketua mereka yang termaklum dengan nama Ahriman ini di kenali denganpelbagai nama dan manifestasi di dalam pelbagai tamadun di dunia ini. Mereka telahlama wujud di kalangan manusia dan wujud lama sebelum kemunculan tujuh vampiroterawal - Amesha Spentas di Babylon.

Cassius kurang pasti jika mereka terdiri dari golongan manusia, walaupunkadangkala golongan Daevas ini akan memperlihatkan diri mereka menyerupai manusia.Seperti golongan vampiro, mereka juga mampu hidup dalam jangka hayat yang lama dansukar untuk dibunuh. Mereka mempunyai kuasa luar biasa yang tidak mungkin ada dikalangan manusia. Mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada golongan vampiro;mereka boleh hidup di kalangan manusia pada siang hari.

Setahu Cassius, Ahriman lah yang telah menyebabkan Tiresias hampir mati dibunuh apabila dia cuba memerangkap Ahriman ketika ia cuba memusnahkan kota yangagung itu. Setelah bertungkus-lumus berjuang, akhirnya Tirisias berjaya untukmenewaskan Ahriman lalu memenjarakannya di dalam sebuah kotak khas yang telah ditanam di sebuah tempat rahsia yang hanya Tiresias sahaja yang tahu. Pengikut-pengikutAhriman, golongan Daevas ini mahu membalas dendam ke atas Tiresias ke atasperbuatannya ini. Jadi diri Tiresias sentiasa diburu mereka. Tiresias terpaksa berpindahrandah dari satu tempat ke tempat yang lain di kawasan Timur Tengah semata-mata untukmelarikan dirinya dari para Daevas pergi memburunya untuk mendapatkan maklumatuntuk membebaskan tuan mereka.

“Tiresias dapat melihat bahawa Ahriman perlu memusnahkannya... Tetapi diatidak dapat melakukannya. Tetapi dia yakin Ahriman akan dapat dimusnahkan jua. Adasesuatu perkara yang dapat Tiresias lihat yang akan berlaku di masa hadapan yangmelibatkan kau—“ Ujar Cassius kepadaku sewaktu kami sedang berjalan di sebuahlorong gelap di Paris. Keadaan Paris pada malam itu terlalu cacamarba.

“Apa dia?”

“Buat masa ini kau tak perlu tahu...” Cassius mengeluh melihat mayat-mayat yangbergelimpangan di tengah jalan. Dia berhenti di hadapan mayat seorang pemuda yangkacak wajahnya. Cassius menggelengkan kepalanya kerana dia terkilan tidak dapatmenghisap darah pemuda ini sebelum dia dibunuh begitu sahaja semata-mata kerana diamengikut fahaman Protestan di dalam sebuah negara Katolik seperti Perancis. “Kau jugaperlu berhati-hati dengan Ahriman dan pengikut-pengikut Daevasnya... Mereka berada dimana-mana. Malah mereka juga ramai tali barut di kalangan manusia!”

Aku mengangguk tatkala mendengarkan kata-kata Cassius mengenai makhlukyang dikenalinya dengan nama Ahriman ini. Aku berjalan melangkah beberapa mayatyang bergelimpangan di atas jalan. Darah mereka mengalir membasahi bumi. Paris padamalam itu dipenuhi dengan bau hanyir darah yang masih segar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 66

“Tiresias dapat melihat saat kematiannya. Dia tahu satu hari nanti, dia pasti akandibunuh oleh seorang tali barut golongan Daevas.” Kata Cassius lagi. “Seorang yang kaukenali...”

“Apa?”

“Ya... Kau mengenalinya, tetapi aku tidak pasti siapa. Satu hari nanti kau akanbertarung dengannya untuk membalas dendam ke atas kematian Tiresias.”

“Tapi aku tidak mengenali Tiresias dan dia belum mati lagi!”

“Satu hari nanti kau akan mencarinya... Kau sendiri tahu bukan?”

“Ya.” Jawabku perlahan. Di dalam mimpiku, aku sudah dapat melihat dirikumerentas padang pasir saujana mata memandang semata-mata untuk mencari Tiresias -untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang masih belum ku dapat pastikan isikandungannya. Dalam mimpiku itu, aku dapat melihat diriku cuba untuk menyelamatkannyawanya, tetapi aku gagal. Kecuaianku akan menyebabkan kematian Tiresias...

“Jadi jika dia tahu dia akan mati dibunuh, kenapa dia tidak cuba untukmenghalang mereka?” tanyaku dengan mataku jelas mencerminkan kebimbangan.

“Mungkin dia tahu dia tidak mungkin dapat melawan takdirnya...”

Aku melihat dahi Cassius kini terukir dengan garis-garis halus yang penuh denganperhitungan.

“Adakah kita juga perlu bimbang golongan Daevas ini buat masa ini?”

“Ya... Tapi mereka hanya akan muncul jika masa untuk kita sudah tiba untukdimusnahkan. Buat masa ini mereka hanya beranggapan golongan vampiro bukan satuancaman buat mereka. Mereka hanya tunggu masa sehingga Ahriman akan bebas semuladari kotak emas yang digunakan Tiresias untuk memenjarakannya. Masanya akan tiba juaakhirnya. Tapi bukan sekarang...”

Penjelasan dari Cassius ini membuatku mahu mengetahui dengan lebih mendalamtentang Ahriman dan makhluk halus bergelar Daevas ini. Aku perlu tahu tentangkewujudan mereka. Aku perlu mengetahui mengapa mereka mahu menguasai dunia. Akukemudian bertanyakan Cassius soalan ini:

“Jadi Ahriman ini bersungguh-sungguh mahu memusnahkan golongan vampiropada satu hari nanti?”

“Dia bukan sahaja mahu memusnahkan golongan vampiro, tetapi golonganmanusia sejagat... Maka begitulah menurut Tiresias.” Jelas Cassius dengan perlahan, diaberhenti seketika untuk memerhatikan seorang lelaki Katolik menyembelih leher seoranggadis Huguenot sehingga gadis itu terkulai mati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 67

Aku memandang kepada darah yang keluar mengalir dari leher gadis tersebut.Aku tidak dapat melakukan apa-apa pada ketika itu selain dari menjadi seorangpemerhati. Seorang pemerhati yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali mengintaikeganasan dan kekejaman yang dilakukan manusia dari jauh.

Aku melihat keadaan sekelilingku apabila kami mula melangkah ke kawasanPlace Maubert yang terletak di tengah-tengah kota Paris. Aku mendapati terdapat lebihbanyak mayat-mayat yang bergelimpangan di kawasan ini. Aku dan Cassius pernah kesini satu masa dahulu, pada tahun 1546 apabila ahli falsafah Etienne Dolet dibakar hidup-hidup di sini kerana dikatakan bersalah kerana telah mencetak karya-karya penulishumanisme terutamanya karya Erasmus.

“Dan manusia katakan kita lebih kejam dari mereka...” Cassius memegangtubuhnya sendiri memikirkan tentang segala peristiwa yang pernah berlaku di sini dahuludan apa yang sedang disaksikannya sekarang. Dia hanya menggeleng-gelengkankepalanya.

*

Aku dan Cassius kurang pasti jika mereka harus berpindah ke Paris dari Venice setelahmenyaksikan peristiwa berdarah yang sedang berlaku ke sini. Rasa-rasanya seperti Parisakan kekurangan manusia setelah melihat begitu ramai penduduk Huguenot Protestannyayang telah dibunuh dengan kejam oleh pengikut-pengikut fahaman Katolik. Semuanya iniberlaku enam hari setelah Permasuri Margot dikahwinkan dengan Henri dari Navarre,ketua bagi golongan Hugeunot. Satu perkahwinan yang telah dirancangkan oleh CatherineMedici yang berakhir dengan tragedi...

Setelah suasana di Paris semakin reda, Aku dan Cassius pun berpindah ke Paris. Lebih-lebih lagi apabila Venice telah diserang dengan hawar penyakit pada tahun 1575. Kamiberpindah ke Paris setahun seterusnya setelah pelukis yang disayangi oleh Cassius, Titianmeninggal dunia akibat wabak tersebut di samping 100,000 penduduk Venice yang lain.Ternyata, pada waktu itu bukan satu masa yang baik untuk kami berada di Venice keranakurangnya jumlah mangsa yang dapat kami cari untuk meneruskan hidup kami.

Aku juga mula sedar bahawa untuk terus hidup tanpa diganggu, kami perluberpindah dari satu kota ke satu kota. Agak sukar untuk kami hidup terlalu lama di satu-satu tempat, memandangkan wajah kami tidak pernah berubah akibat dimakan usia.

Aku mendapati Cassius cukup senang dengan kota Paris, sebuah kota yang ramaipenduduknya. Jadi kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Paris agarsenang untuk kami mencari mangsa kami di sini.

Setelah lebih 200 tahun aku menjadikan Paris sebagai tempat untuk memburu mangsa-mangsaku, buat pertama kalinya aku akhirnya bertemu dengan seorang pengikutAhriman. Seorang wanita bernama Kira dari golongan Daevas yang dikatakan telahwujud sejak zaman Raja Kala Jengking yang telah memerintah Mesir pada tahun 3200Sebelum Masehi dahulu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 68

Buku I. Bab 4

Di kota Paris inilah aku mula mengenali dunia sastera. Banyak dari masaku yang telahkuhabiskan dengan membaca. Jika diikutkan, ada baiknya jika di Venice dahulu akumenghabiskan masaku belajar di Universiti Padua. Di Paris pula, mahu sahaja akumenjadi pelajar di Universiti Paris. Tetapi aku tahu perkara ini tidak mungkin akanmenjadi kenyatan, kerana aku seorang vampiro. Walaupun begitu, Cassius banyak kalimengatakan bahawa satu hari nanti, pasti anak-anak Melayu sepertiku akan belajar diuniversiti-universiti besar di dunia, malah di universiti Oxford di England. Buat masa ini,aku sudah cukup puas membaca dan belajar di dalam ruang masaku sendiri.

Di dalam bilik perpustakaan di rumahku di Marais, terdapat beribu-ribu judulbuku yang telah dikumpulkan oleh Cassius dan diriku selama ini. Dalam masa lebih 200tahun aku menetap di Paris, entah berapa banyak buku yang telah aku telaah. Masa-masasantaiku telah kuhabiskan dengan menelaah hasil-hasil karya Plato, Plutarch, Livy danVirgil. Itu sahajalah yang mampu kulakukan untuk menghabiskan detik hidupku yangdirasakan terlalu lama ini.

Pada waktu itu, aku banyak menghabiskan masaku membaca karya-karya Molièredan Racine. Karya-karya dari era yang kemudian di kenali sebagai ‘Le Grand Siècle’ olehpara sejarahwan. Satu era yang menandakan kekuasaan serta pengaruh Kerajaan Perancisyang tiada tandingannya di Eropah. Istana Versailles, yang telah dibina dengan senibinabaroque menjadi kebanggaan penduduk Perancis dan terutamanya Raja Louis XIV.Segala kemewahan ini walau bagaimanapun telah mendatangkan banyak musibah kepadaPerancis, di mana ia dibayangi perang dan kemiskinan yang teruk semakin menular dikalangan rakyatnya.

Walaupun dunia di luarku sentiasa bergolak suasana politik yang tidak menentu,aku tidak pernah mahu ambil tahu , lebih-lebih lagi tatkala Raja Louis XV mula menaikitahta kerajaan Perancis pada tahun 1715. Malah sejak kebelakangan ini, aku begituberminat untuk mengkaji tentang kewujudan golongan Daevas yang diselubungi misteri.Aku terlalu ingin tahu tentang latar belakang golongan Daevas ini, selain dari menelaahkarya-karya terbaru dari Voltaire, Denis Diderot dan Turgot yang ada di antara karya-karya mereka yang belum sempat lagi kusentuh.

Banyak dari masa-masaku, telah kuambil untuk meneliti skrol-skrol kepunyaanCassius yang telah ditulis dalam tulisan purba Yunani, Mesir, Latin dan ada kalanya,dalam bahasa Aramaic. Dalam salah satu skrol purba yang terdapat dalam koleksi Cassiusada menceritakan dengan secara ringkas tentang hubungan Ahriman dan vampiro. Skrolpurba ini dipercayai dicuri oleh seorang vampiro yang berasal daripada kota Petra dariperpustakaan Iskandariah - sebelum perpustakaan ini musnah dalam satu kebakaran besarlantas memusnahkan segala-gala pengetahuan dunia yang tersimpan di dalamnya.

Skrol ini adalah di antara beberapa skrol purba yang dijaga dengan rapi olehCassius. Aku hanya diberikan kebenaran untuk menyelidiki isi kandungan skrol-skrol inisetelah Cassius betul-betul boleh mempercayaiku. Itu pun perkara ini hanya berlakusetelah lebih 200 tahun aku mengenalinya...

http://nizamzakaria.blogspot.com 69

Dalam kajianku, aku akhirnya dapat mengetahui bahawa golongan vampiromempunyai talian darah dengan golongan Daevas, atau begitulah yang dijelaskan olehpengarang skrol kuno yang tidak kukenali ini. Menurutnya, seorang kerabat RajaNabopolassar bernama Kasra dari Babylon bercita-cita untuk hidup buat selama-lamanya.

Apabila Kasra pergi menemui seorang dukun istana dari Babylon dan menyatakanhasrat ini kepadanya, Kasra telah diberitahu tentang wujudnya Haoma, sejenis minumanyang wujud dalam mitos Parsi yang dikatakan dapat menjadikan sesiapa yangmeminumnya hidup buat selama-lamanya. Menurut dukun tersebut, minuman inidisediakan dengan memasak daun-daun beracun yang kemudiannya dicampur dengansatu lagi bahan yang dikatakan hanya boleh dicari di Mesir pada ketika itu...

Ketika mengikut rombongan Raja Nabopolassar menyerang Mesir pada tahun 610Sebelum Masehi, Kasra telah pergi mencari bahan yang disebutkan oleh dukun daribabylon itu: darah sejenis makhluk yang berkuasa yang telah hadir lama sebelumtamadun Mesir kuno diasaskan lagi. Di Mesir, mahkluk ini dikenali dengan namaAldinach dan apabila diseru, ia hanya akan muncul di hadapan manusia di dalam bentukseorang wanita yang cantik.

Tatkala berada di Mesir, rombongan perang yang diketuai Kasra telah menyerulalu menangkap salah seorang dari makhluk menyerupai manusia ini yang telah bersekutudengan Firaun Nekau II. Makhluk Aldinach yang mempunyai wajah jelita dengan tubuhyang menggiurkan ini lantas ditoreh lengannya oleh Kasra untuk dikeluarkan semangkukdarahnya, lalu diberikan kepada si dukun untuk menyediakan minuman Haoma.

Kasra lantas meminum air Haoma yang telah disediakan untuknya. Seperti yangtelah dijangkakan oleh si dukun Babylon, Kasra mati sebaik sahaja meminum Haoma,tetapi bangkit kembali pada malam hari sebagai seorang mahkluk yang mempunyaikemampuan untuk hidup buat selama-lamanya dengan kuasa luar biasa melebihi kuasayang mampu difahami manusia biasa.

Maka timbullah kesedaran di dalam diri Kasra bahawa darah dari mahklukAldinach ini jika diminum akan meracuni jiwa serta tubuhnya. Darah Aldinach, sepertisatu wabak penyakit, mengubah dirinya menjadi makhluk yang luar biasa, tetapi dia jugamempunyai kelemahan yang luar biasa, iaitu untuk terus hidup, dia perlu menghisapdarah dan dia tidak boleh terkena cahaya matahari, jika tidak musnahlah dirinya nanti.

Walau bagaimanapun, Kasra ternyata tidak dapat menikmati kehidupannyadengan agak lama. Hanya beberapa ratus tahun selepas Kasra dihidupkan kembali - Seth,tuan kepada makhluk Aldinach ini dikejutkan dari tidurnya untuk menyelamatkan hambasuruhannya yang telah dipenjarakan di Babylon oleh Kasra selama ini. Maka Seth datangsendiri ke Babylon untuk mencari Kasra, lalu memusnahkannya. Seth yang pada mulanyabermukim di Mesir lalu disembah sebagai dewa di sana, berpindah pula ke Babylon, kotayang paling tersohor di dunia pada waktu itu.

Di Babylon, Seth telah dikenali dengan nama Ahriman, dan hamba-hambasuruhannya pula dikenali dengan nama Daevas. Di Babylon, Ahriman merupakan dewa

http://nizamzakaria.blogspot.com 70

kepada kegelapan, pemusnah kepada kebaikan, penjelmaan kejahatan. Di dalam bahasakuno Parsi, Ahriman yang membawa maksud ‘semangat jahat’, kerana Ahriman lahpembawa kepada segala-galanya yang jahat dan jelek di dalam dunia ini.

Kemunculan Ahriman ke Babylon telah dikatakan membawa banyak musibahkepada kota yang agung itu sehingga ia telah berjaya ditawan oleh Iskandar Zulkarnainpada tahun 331 Sebelum Masehi. Kira-kira seratus tahun selepas itu, pendeta-pendeta dariBabylon telah menyeru seorang orakel buta dari Yunani bernama Tiresias untukmemerangkap Ahriman lalu memenjarakannya buat selama-lamanya. SememangnyaTiresias berjaya melakukan apa yang patut dilakukannya, tetapi di dalam masa yangsama, dia dapat menilik bahawa satu hari nanti, Ahriman akan kembali berkuasa lalumembawa kebinasaan kepada dunia ini, dan apabila masa itu tiba nanti, kuasa Ahrimanakan bertambah. Dan kebinasaan yang akan dibawanya adalah satu kebinasaan yangmutlak.

Tiresias lalu mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu untuk memastikan agarperkara ini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya, Ahriman dapat dikalahkan apabila diamuncul kembali di muka bumi untuk memusnahkan umat manusia...

*

“Adakah aku yang kau seru?” Ujar satu suara yang tiba-tiba dapat kudengari didalam kotak fikiranku tatkala aku sedang sibuk membaca skrol mengenai Ahriman dibawah cahaya lilin yang gelap di dalam bilik perpustaanku.

Aku memerhatikan ke seluruh bahagian bilik perpustakaan yang malap. Aku pastitidak ada sesiapapun yang sedang berada bersamaku pada waktu itu. Aku tidak dapatmencium sebarang bau manusia, mahupun melihat roh-roh yang kadang-kala akantersesat jalan, lantas bertembung denganku di sini.

“Namaku Kira.” Beritahu suara tersebut dengan suara yang lembut. Selama ini,setahuku, hanya Cassius sahaja yang selalu menyeruku dengan cara ini.

Aku dapat merasakan bahawa Kira sedang berada di luar bangunan tempattinggalku. Aku mahu melihatnya, tetapi aku tidak mungkin akan dapat menyelak langsirlantas membuka tingkap yang dilitupi papan dan lansir baldu yang tebal untukmengelakkan cahaya matahari dari memasuki rumah.

Di luar, suasana di Marais hingar bingar dengan aktiviti penduduk Paris di waktusiang. Ada yang baru sahaja pulang dari pergi membeli-belah dan ada pula sedang sibukmengerjakan pekerjaan masing-masing. Suara mereka dapat kudengari dengan jelas. Danjika aku dapat betul-betul menumpukan fikiranku, aku akan dapat melihat keadaan di luarsana di dalam kotak fikiranku. Dan aku melakukan perkara ini sekarang untuk cubamelihat Kira.

Maka pada waktu itu aku dapat melihat Kira yang berpakaian seperti seoranggadis bangsawan Perancis yang pastinya yang terbaru dan paling cantik seperti mana yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 71

tersebut dalam jurnal fesyen Mercure de France - sambil duduk sopan di dalam keretakudanya. Dia sedang memegang kipas. Berkipas untuk mendinginkan tubuhnya yangmula merasa bahang pertengahan musim panas di Paris.

Wajah Kira bukan satu wajah Eropah yang berkulit putih pucat dan berwarnaperang. Rambut Kira berwarna hitam. Matanya besar dan bulat. Kulitnya sedikit gelap.Dia mungkin berumur di sekitar awal 20-an.

“Aku tidak menyeru sesiapa!” Aku akhirnya bersuara di dalam hati. Aku tahuKira akan mendengar suara hatiku ini.

“Aku tahu kau ingin mengetahui tentang kewujudan kami... Jadi aku datang agarkau akan dapat mengenali kami dengan lebih rapat lagi.” Ujar Kira sambil mengipas-ngipas dirinya. “Nampaknya kau mewarisi kebolehan Tiresias dari Cassius. Si vampirobuta itu mampu melihat lebih baik dari mana-mana manusia hanya dengan menggunakanmata hatinya.” Jelas Kira dengan nada sedikit bongkak apabila dia mendapati aku mampumelihat dirinya yang sedang berada di luar rumahku.

“Kau pernah cuba membunuh Tiresias ketika dia bertarung dengan Ahrimandahulu!” kataku setelah aku dapat membaca fikiran Kira dan melihat sendiri bagaimanaKira pernah cuba membunuh Tiresias tetapi gagal. Kira kemudian ditangkap Tiresias dansehingga kini Kira mendendami Tiresias dan akan membuat apa sahaja agar dia mati.

“Cepat kau dapat menangkap tentang sejarah lamaku. Bukan semua vampirodapat melakukan ini semua. Nampaknya Cassius telah mendapatkan seorang vampiroyang cerdik. Mungkin lebih cerdik dari dirinya sendiri.” Kini Kira memerli pula.

“Apa yang kau mahu?”

“Aku cuma mahu berkawan.”

“Sejak bila pula konco-konco Ahriman berkawan dengan golongan vampiro?”

“Nampaknya banyak juga yang masih belum kau ketahui tentang hubungangolongan Vampiro dan Daevas!”

“Ada banyak perkara yang ingin aku tanya... mengenai kejadian aku ini—“

“Tetapi bukan sekarang. Mungkin malam ini. Kita berjumpa di hadapan Place desVosges... Tengah malam ini. Nanti aku akan jelaskan segala-galanya.” Kereta kuda yangdinaiki Kira bergerak meninggalkan bagunan yang dihuniku dan Cassius.

“Kenapa kau termenung?” tanya Cassius yang tiba-tiba sahaja muncul dalam bilikperpustakaan. Aku sedikit tersentak melihat dia muncul secara tiba-tiba begitu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 72

“Tak ada apa-apa.” Ujarku sambil menggeleng. Aku termenung seketika sebelummencapai sehelai skrol papyrus dari Mesir mengenai jampi serapah yang telah digunakanTerisias untuk memerangkap Ahriman di dalam sebuah kotak emas - dengan separuh hati.

*

Tepat pada tengah malam, aku telah menunggu ketibaan Kira di tempat yang telahdijanjikan. Kawasan di sekitar dataran Place des Vosges agak sunyi pada malam itu.Mungkin kerana pada malam itu cuaca terlalu sejuk.

Kemudian muncul kereta kuda Kira dan kulihat Kira keluar dari kereta kudatersebut dengan tersenyum memandang ke arahku. Wajahnya ternyata jelita, walaupunaku dapat merasakan dia sudah menghabiskan masa lebih 4000 tahun di bumi ini.

Aku memerhatikan ke dalam mata Kira. Aku langsung tidak dapat membacaperasaannya seperti mana yang dapat dilakukannya terhadap manusia. Bagiku, fikiranmanusia seperti sebuah buku yang terbuka, begitu senang untuk dibaca dan difahami.Tapi bukan Kira...

Kira ini lain lagaknya. Aku dapat merasakan seperti memandang sesuatu yangkosong dan tidak bernyawa. Aku pasti Kira mempunyai perasaan, tetapi pandai diamenyembunyikannya. Mungkin semua Daevas sepertinya mempunyai keistimewaan ini.

“Kami tidak selemah manusia, jika itu jawapan yang kau cari!” ucap Kira sambiltersenyum sinis. Dia berjalan ke arah tengah-tengah dataran. Aku terus mengekorinya daribelakang.

“Apa yang kau mahukan dariku?” tanyaku terus tanpa mahu berlengah lagi.

“Aku cuma mahu mengenali kau dengan lebih dekat lagi. Lagipun, sudah lamaaku perhatikan kau.”

“Perhatikan aku?”

“Sejak di Venice lagi...”

“Jadi mengapa kau tidak menghubungi aku sejak dahulu lagi?”

“Mungkin kau belum bersedia—”

“Bersedia untuk apa?”

Kira memandang aku dari atas ke bawah. Kemudian dia berkata:

“Kau tidak pernah membawa pedang... Tidak seperti Cassius.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 73

“Perlukah aku membawa pedang ke mana-mana?” tanyaku. “Aku menganggapdiriku sebagai seorang ahli sarjana, bukan seorang pejuang seperti Cassius.”

“Manusia sentiasa membawa pedang mereka ke mana sahaja mereka pergi. Lebihkepada perhiasan dari senjata untuk mempertahankan diri, tidak kira jika mereka seorangahli sarjana atau seorang pahlawan.”

“Seperti apa yang aku katakan tadi. Aku tidak perlukan itu semua. Aku bukanseperti manusia yang perlu membawa senjata ke mana sahaja mereka pergi untukmempertahankan diri mereka. Aku dapat menumpaskan mereka tanpa menggunakansenjata.”

“Sudah tentu...” Kira memandang ke arah langit. Ke arah bintang-bintang yangbergemerlapan pada malam itu.

“Apa kena mengena pedang dengan diriku?” tanyaku kehairanan.

“Bukan aku tidak tahu kau mempunyai pengalaman bertempur ketika kau bergelarmanusia dahulu. Tetapi kau selalu lupa kau mewarisi kebolehan dan kepandaian Tiresiasmenggunakan pedang.” Getus Kira sambil menjeling ke arahku. Wajahnya tidakkunafikan cantik. Mungkin terlalu cantik.

“Tapi untuk apa?”

“Satu hari nanti kau mungkin akan memerlukannya.”

“Untuk apa?” aku mengulangi soalanku itu. Kali ini aku seolah mendesak untukmendapatkan jawapan dari Kira.

“Mungkin untuk mempertahankan diri kau dari Cassius satu hari nanti...”

“Cassius tidak mungkin akan mencederakanku.”

“Kau fikirkan dia sudah terlalu baik?”

“Bukan itu maksud aku”

“Apa kau sudah lupa, dia yang membunuh keluarga kau dahulu?”

Aku terdiam. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan Kira tadi. Setelah lebih duaratus tahun aku bersama Cassius, aku rasa aku sudah mampu untuk memaafkannya.Walaupun aku telah memaafkannya, aku tidak mungkin akan dapat melupakan apa yangtelah dilakukan Cassius kepada keluargaku dahulu.

“Apa sebenarnya tujuan kau untuk menemuiku?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 74

“Aku cuma ingin memberitahumu bahawa mungkin susah sampai masanya untukkamu berdua berpindah dari Paris.”

“Kenapa?

“Beberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun 1787. Berapa lama agaknyakau menjadi vampiro? 265 tahun?” tanya Kira tanpa mahu menjawab soalan dari aku tadi.

“Begitulah agaknya. Aku tidak pernah mahu ingatkan sangat. Aku tidak pernahmahu mengira.” Bohongku, walaupun setiap hari aku mengingati jumlah hari yang telahkuhabiskan sehingga kini sebagai seorang vampiro.

“Dalam masa yang begitu lama, sudah tentunya kau tahu bahawa kami mampumenentukan perjalanan sejarah manusia. Kami mampu merancang, memilih siapa yangharus menjadi raja, menentukan jatuh naik sesebuah kerajaan...”

Aku hanya memandang tepat kepada Kira. Aku tidak mengiakan mahupunmenidakkan, walaupun aku tahu bahawa golongan Daevas mampu melakukan perkara inisemua dan mungkin telah pun mereka lakukan selama ini, seperti yang pernah dinyatakanCassius.

“Cassius telah membuat kesilapan besar dengan menjadikan seorang anak haramKerabat Di raja Bourbon sebagai mangsanya. Cassius dalam keangkuhannya, seringmencari mangsa yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat di raja Eropah... Darikerabat Nassau, Oldenburg, Savoy, sehinggalah kepada Saxony. Semuanya telahdirasainya. Tetapi dia tidak sepatutnya menyentuh anak-anak berdarah Bourbon. Itukesilapannya. Kerana lambat-laun mereka tahu akan kewujudannya dan mereka akanmelakukan apa sahaja untuk memusnahkannya. Malah aku pasti mereka telah pun tahutentang tempat persembunyian Cassius di Marais dan mereka hanya menunggu masauntuk membalas dendam.”

“Mereka mahu membalas dendam ke atas kematian seorang anak haramBourbon?”

“Anak haram yang kau maksudkan itu adalah seorang pegawai tinggi pasukanDragoon.” Jelas Kira mengenai pasukan khas tentera Perancis yang terkenal dengankebolehan mereka bertarung dengan pedang itu.

“Jadi apa yang kau rasa patut aku lakukan sekarang?”

“Aku memberikan kau maklumat ini agar kau tidak akan terheret dalam kancahdendam kerabat Bourbon terhadap vampiro Cassius.”

“Jadi sememangnya kau mahu dirinya diburu?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 75

“Tidak... Cassius bukan musuhku. Kau tentunya sudah tahu, golongan Daevassudah lama tidak bermusuhan dengan kaum vampiro. Para vampiro telah menepati janjimereka selama ini untuk tidak menganggu kami.”

“Mereka tak akan mencariku...” kataku dengan pasti, kerana aku tahu aku tidakbersalah di dalam hal ini.

“Itu apa yang mahu kau fikirkan. Bagi mereka, kau juga ada bersubahat sama!”Kira menjelaskan seolah dia sedang mengherdik seorang anak remaja yang degilperangainya. “Dengar sini, Awang... Kami sendiri merasakan bahawa sudah sampaimasanya untuk kerajaan pimpinan kerabat Bourbon ditumbangkan dan digantikan dengansebuah republik... Dengan falsafah dan sistem politik yang baru. Kami sedang berusahake arah ini. Tidak lama lagi, Bourbon dan kerabat-kerabatnya yang lain akan kehilangankuasa mutlak mereka memerintah Perancis.

“Tetapi buat masa ini, mereka masih lagi berkuasa di Perancis. Dan selagi merekaberkuasa, nyawamu dan Cassius berada di tangan mereka!” Kira memberi amaran denganbersuara keras.

“Dan mengapa golongan Daevas perlu melakukan ini semua? Mengapa kamuperlu mengawal perjalanan sejarah manusia?”

“Manusia... Dalam banyak hal tidak ubah seperti haiwan ternakan. Sekali sekalamereka perlu bantuan kami untuk memastikan agar mereka dapat terus maju ke hadapan.”

“Kau telah menyebabkan kematian dan kemudaratan kepada manusia sehinggakami sendiri takut untuk memikirkannya. Apa kau ingat aku tak tahu kau dalang disebalik wabak hawar yang menyerang Eropah dan Asia dahulu? Siapa dalang di sebalikPerang Salib, Spanish Inquisition, dan kebakaran besar di London pada tahun 1666, jikabukan Daevas?”

“Kami lakukan ini semua di atas nama kemajuan manusia sejagat. Kamu pastitidak akan memahaminya sampai bila-bila pun, hatta aku mengambil masa selama seratustahun untuk menjelaskannya.”

Aku mendengus. Aku terasa diriku dihina dek kata-kata Kira yang keras tadi.

“Kami mahukan sesuatu dari Cassius. Sesuatu yang dipunyainya yang sepatutnyamenjadi hak kami.”

“Aku... Aku setia kepadanya.” Ujar aku tersekat-sekat. “Aku tak akan melakukanapa-apa kepadanya untuk mengkhianatinya.”

“Kau perlu fikirkan tentang keselamatan kau dan Cassius yang terancamsekarang.” Kira akhirnya memberitahu. “Aku tahu benar tentang diri kau, vampiro! Lebihlama kau hidup, lebih lama kau mahu melihat dunia ini. Kau tidak mahu mati kerana kauterlalu cintakan dunia ini. Kau mahu melihat saat-saat kemajuan manusia apabila satu

http://nizamzakaria.blogspot.com 76

hari nanti mampu menjelajah sehingga ke bulan atau lebih dari itu. Kau sendiri mahumelihatnya. Kerana walaupun kau bukan lagi manusia, kau masih mencintai kehidupanmereka... Dan itulah membezakan aku dengan kau.”

“Kau bencikan kehidupan ini bersama manusia. Kalau boleh kau mahu kembali kedunia kau.”

Kira mengangguk. Dia menjeling benci, tetapi bukan ditujukan kepadaku.Mungkin kepada segala-gala yang ada di sekelilingnya.

“Kalau kau mahu... Aku boleh menjadikan kau seperti aku. Hidup di siang hari.”

Aku terkejut diberi tawaran seperti itu.

Aku memikirkan tentang waktu siang yang sudah lama tidak aku alami. Hampir-hampir aku terlupa akan keindahan musim bunga di Eropah. Ataupun keindahan langityang membiru. Aku merindukan semua itu.

“Aku tahu kau mahukan itu semua. Kau mahukan ketenangan. Kau tidak mahumembunuh lagi. Kau mahu hidup seperti manusia biasa...” Kira pasti telah membaca isihatiku.

“Aku sudah mencapai ke satu tahap aku tidak menyesal dengan kejadianku ini!”bantahku dengan suara yang semakin meninggi.

“Awang... Kau hanya perlu ikut beberapa permintaanku ini. Kemudian, kau takakan perlu jalani hidup sebagai seorang vampiro lagi. Darah kau akan bersih dan kau takakan ketagihan darah lagi.” Kira meyakinkan. Angin musim dingin bertiup menguraikanrambutnya yang panjang.

Aku pernah membaca sekeping skrol yang ada juga menceritakan tentang sumbertenaga Ahriman dan juga golongan Devas ini - untuk terus hidup, mereka mengambiltenaga dari manusia. Dengan hanya meletakkan tangan mereka ke mangsa mereka, tenagadari manusia dapat mereka sedut. Mangsa mereka akan merasa begitu penat, dan ada yangakan jatuh sakit dan dalam beberapa keadaan, akan menyebabkan kematian.

Jika aku menerima tawaran Kira, mungkin aku tidak perlu membunuh lagi...

“Dan aku hanya perlu mengkhianati Cassius?” tanyaku meminta kepastian.

“Apa yang kau takutkan?”

“Aku tak takutkan sesiapa!”

“Mungkin kau sayangkan Cassius.” Kira ketawa kecil sambil menyentuh bibirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 77

Aku terdiam. Mungkin ada betul kata-kata Kira tadi. Mungkin aku sayangkanCassius setelah begitu lama kami bersama. Cassius yang penah aku benci setengah matiini kini menjadi teman yang paling rapat di dalam hidupku.

“Fikirkanlah betul-betul tawaranku ini...” Ujar Kira. Dia kemudian memegangtangan aku yang pucat dan dingin itu.

Pada saat itu aku tiba-tiba merasakan dunia di sekelilingku berubah. Tidak lagigelap seperti tadi, tetapi menjadi siang. Aku menutup mukaku kerana ketakutan. Pernahbeberapa kali secara tidak sengaja kulitku terkena sinaran matahari. Jika perkara iniberlaku, kulitku akan terbakar seperti disimbah minyak panas. Menurut Cassius, kulitseorang vampiro akan terbakar dan menjadi hitam dan kering jika terkena pancaranmatahari dalam jangka masa tidak sampai seminit. Jika seorang vampiro didedahkankepada matahari lebih dari lima minit, tubuhnya akan menjadi abu. Satu perkara yangtidak pernah aku lihat berlaku dan pastinya tidak mahu aku lihat berlaku ke atas diriku.

“Kau tidak perlu takut.” Kira bersuara lembut. Dia membelai rambutku yangpanjangnya sehingga ke bahu itu.

Aku tidak merasa sebarang kesakitan sewaktu cahaya matahari memamah kulitku.Kulitku tidak terasa terbakar. Dengan teragak-agak aku membuka mataku. Akumendapati, bebola mataku tidak melecur.

“Apa yang telah berlaku?” tanyaku ingin tahu, walaupun telah lama kuketahui daripembacaanku tentang golongan Daevas bahawa mereka mampu mengawal dan mengubahrealiti.

Aku merasa kagum. Aku cuba memikirkan tentang makenisme kejadian yangsedang berlaku kepadaku sekarang. Aku merasa keliru. Aku kurang pasti jika Kira telahmengawal fikiranku ataupun Kira telah mengawal keadaan di sekitarku sekarang.

Aku melihat dan memerhatikan keadaan di sekelilingku dengan perasaan kagum -di dataran Place des Vosges di waktu tengahari, tatkala terdapat beberapa penduduk Parisberjalan mundar-mandir di sekelilingnya tanpa memandang ke arahku dan Kira.

Aku menarik nafasku untuk mencium udara segar di siang hari sedalam yangmungkin. Aku dapat mencium bau bunga dan dedaun yang kering pada siang hari. Akumelihat ke arah langit yang membiru dan awan yang memutih bak kapas.

Sudah beratus tahun aku tidak melihat awan sebegitu biru, kecuali dalam lukisan-lukisan yang dikumpulkan Cassius. Jiwaku terasa sayu. Aku mahu menangis dibuatnya.

Kini mengertilah aku mengapa Cassius begitu berminat kepada seni lukisan danpara pelukis yang dihormatinya - semata-mata kerana dia mahu mereka melukis suasanaseperti ini yang tidak mungkin dapat dialaminya sendiri.

http://nizamzakaria.blogspot.com 78

Dan kini aku dapat mengalaminya sendiri apa yang mungkin tidak dapat dialamiCassius selama berabad-abad lamanya. Aku tidak dapat mempercayai betapa cantiknyasuasana pada siang hari. Aku hampir sudah lupakan itu semua. Tentang bau-bauannya.Warnanya. Kehangatannya. Bunyi tiupan angin di siang hari dan juga kehadiranmergastua pelbagai bentuk dan warna. Semua keindahan ciptaan Tuhan ini ku nikmatidengan perasaan penuh dengan rasa kesyukuran.

“Aku boleh memberi ini semua kepada kau jika kau sanggup bekerjasama dengankami, Awang.” Kira menjelaskan. Wajahnya nampak lebih cantik di bawah sinaranmatahari.

“Apa yang kau mahu dari Cassius. Kau mahu dia mati?”

“Awang, oh Awang... Kau masih tak faham-faham lagi, bukan?”

“Apa yang kau mahu aku lakukan?” tanyaku lagi yang ingin pastikan apakahharga yang perlu aku bayar kepada kebebasan yang ingin diberikan kepadaku.

“Tidak banyak yang aku mahu kau lakukan. Seperti apa yang aku katakan tadi...Cassius mempunyai sesuatu yang kami mahukan darinya. Sekarang keselamatan kau dandia terancam kerana diri kau dan dia mula diburu tentera Dragoon. Jika kau sanggupmenolong kami, Aku boleh usahakan agar kau dan Cassius di bawa ke England.”

“England? Mengapa England?” tanyaku. Selama ini aku hanya mengenaliEngland melalui pembacaanku. Aku tahu benar bahawa England kini semakinberpengaruh sebagai sebuah kuasa besar di Eropah. Mungkin juga satu hari nanti ia akanlebih kaya berkuasa dari Belanda, itulah telahanku.

“Pihak kami telah mula menumpukan perhatian kami kepada England... Jadi adabaiknya jika kamu berdua ke sana agar senang nanti untuk kami memantau danmelindungi kamu berdua apabila kamu berada di sana nanti.”

“Kami tidak memerlukan perlindungan dari Daevas!”

“Itu yang mahu kau fikirkan...” Kira menjeling. Matanya kini tepat kepada seekorrama-rama yang sedang terbang di hadapanku. Aku begitu khayal melihat rama-rama ituterbang indah di hadapanku. “Kami sebenarnya telah melindungi kamu berdua sejak kaukau dan Cassius mula-mula tiba ke Venice lagi.”

Aku dapat merasakan kesegaran angin musim panas di Paris dan sinaran matahariyang menggigit wajahku. Aku menutup mataku sambil menarik nafasku panjang-panjang.

“Kau hanya perlu mendapatkan manuskrip Vitruvius untuk kami—”

“Maksud kau mencuri?” aku cepat-cepat memintas pertanyaan Kira tadikepadaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 79

“Kau boleh panggil apa sahaja yang kau suka.”

“Dan balasannya... Ini semua?”

“Ya, dan mungkin lebih dari itu.”

“Apa yang lebihnya?”

“Kau boleh menjadi sebahagian dari pengikut-pengikut kami dengan segalakelebihan yang datang bersamanya.”

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. Aku merasa serba salah.Tanyaku kemudian kepada Kira:

“Ada apa dengan manuskrip Vitruvius sehingga kau beria-ia memerlukannya?”

“Ia perlu disimpan dengan baik. Jika ia jatuh di tangan yang salah, padah jadinya.”

“Mengapa? Ada apa dengan manuskrip itu sehingga ia begitu istimewa?”

“Dari masa ke semasa, kami akan menghubungi manusia-manusia yangmempunyai kebolehan yang luar biasa. Maka kami akan turunkan kepadanya segalapengetahuan yang ada di dalam diri kami agar pengetahuan itu dapat digunakan olehmanusia sejagat. Kami telah melakukan perkara ini di Mesir, di benua Amerika, di pulauJawa, di Atlantis...

“Kesilapan besar yang telah kami lakukan kepada Virtruvius ialah, kami telahmemberitahu kepadanya tentang rahsia ruang dan waktu. Yang lebih mengejutkan, diatelah memahaminya lantas menulis tentangnya, walaupun tidak mungkin ada sebarangalat pada masa ini yang dapat dibina untuk mengawal ruang dan waktu. Tetapi, beberaparatus tahun dari sekarang, mungkin manusia akan dapat membinanya juga. Kami tidakmahu perkara ini dari berlaku. Manusia belum bersedia dengan semua ini. Selama inikami sering memandang rendah terhadap manusia... Tetapi manusia ternyata lebih cerdik,dan lebih kejam dari yang kami sangkakan. Mereka mampu memusnahkan dunia ini jikakami lalai.”

“Jadi kau mahu lakukan ini semua demi kesejahteraan manusia?” tanyaku penuhcuriga. “Bukankah tugas kau untuk membantu Ahriman memusnahkan manusia?”

“Mengapa kau mahu percaya kepada setiap pembohongan yang kau baca tentangdiri kami?”

Kata-kata Kira membuatku keliru. Aku sedar bahawa kisah sejarah dikawal olehmereka yang berkuasa. Mungkin Daevas sememangnya mahu membantu manusia, danselama ini kisah tentang mereka telah diburuk-burukkan oleh seteru-seteru mereka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 80

“Ya. Kau mungkin tak mahu mempercayainya. Tapi ini semua tugas kami. Kamibukan sahaja melakukan ini semua di atas kesejahteraan manusia, tetapi kamu jugamelakukannya demi kesejahteraan kami sendiri.”

“Sudah tentu... Kau perlukan tenaga manusia untuk terus hidup. Tanpa mereka,masakan kau semua boleh terus hidup?” aku memerli dan Kira pula mengangguk akur.

“Jadi fikirkanlah baik-baik, Awang. Ambil manuskrip Vitruvius yang berada didalam simpanan Cassius itu keluar dari rumahnya, dan kami akan menguruskan segala-galanya untuk kamu berdua selepas itu.” Ujar Kira. Suaranya berdengung di dalamkepalaku. Kemudian sepantas kilat juga, aku mendapati Kira hilang dari pandangankudan suasana di sekelilingku menjadi seperti sedia kala. Malam. Dan bukan itu sahaja. Akudapati kini aku sedang berada di hadapan rumahku di Marais. Di sisip kiriku tersematsebilah pedang Rapier yang nampak halus rekaannya, yang selayaknya dipakai olehgolongan bangsawan di Perancis ini.

Aku cepat-cepat masuk ke dalam rumahku. Suria pagi akan menerangi angkasatidak lama lagi. Aku tidak tahu bagaimana masa boleh bergerak dengan begitu pantas ataubagaimana dia boleh sampai ke hadapan rumahku sendiri.

Aku kebingungan. Aku masuk ke dalam rumah. Kulihat Cassius sedang memerhatikansebuah lukisan yang baru sahaja dicurinya dari mangsanya yang terbaru. Wajahnyanampak puas menikmati lukisan yang telah dilukis oleh pelukis Jacques-Louis David –sebuah lukisan tentang watak mitos Yunani purba, Telemachus.

“Ke mana kau pergi tadi?” tanya Cassius tanpa memandangku.

“Memburu seperti biasa... Di Versailles.”

“Dan pedang Rapier itu pula?”

“Kepunyaan seorang anak bangsawan yang menjadi mangsaku di sana.”

Cassius terus memandang ke arah lukisan di hadapannya. Dia langsung tidakmenoleh ke arahku. Aku bergegas masuk ke dalam kamar tidurku.

Aku cuba untuk tidak memikirkan apa yang telah dijanjikan oleh Kira kepadaku tadi,walaupun sememangnya, aku mahu hidup seperti manusia biasa. Apa yang ditawarkanoleh Kira sukar untuk kutolak.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Aku merasa serba salah...

http://nizamzakaria.blogspot.com 81

Buku I. Bab 5

Aku terpaksa membuat pilihan - sama ada cuba menyelamatkan Cassius ataupun pergimenyelamatkan Tiresias yang sedang diburu di Saqqara, Mesir. Aku perlu membuatkeputusan ini dengan cepat. Aku perlu memilih sama ada mahu ke utara, ke Callais untukmenyelamatkan Cassius, atau ke selatan ke Marseilles untuk mendapatkan sebuah kapalyang telah disediakan khas untuk ke Mesir.

Cassius memberitahuku agar meneruskan perjalananku ke arah selatan. Aku serba salah.Aku merasa terperangkap sekarang ini.

Mungkin lebih baik jika aku memulakan hikayatku dengan menceritakan kembali apayang telah berlaku sehingga aku berada di dalam keadaan yang begitu terdesak ini.

*

Kini sudah hampir dua minggu sejak pertama kali aku menemui Kira. Hampir setiapmalam dan siangku akan kuhabiskan memikirkan tentang tawarannya itu. KadangkalaKira akan bersuara ke dalam kota fikiranku lalu memintaku melakukan apa yangdisuruhnya. Aku memintanya supaya tunggu sehingga masanya sesuai kelak untuk akumelakukannya.

Di dalam pada itu juga, aku perlu tahu dari Cassius tentang Tiresias. Sejak kebelakanganini, aku sering bermimpi tentang Tiresias hampir setiap hari.

Di dalam mimpiku itu, tatkala aku hampir-hampir dapat bertemu dengan Tiresias,aku telah menemui satu makhluk berkepak seperti malaikat - seperti mana yang telahdilukis oleh pelukis Itali seperti Michelangelo, Carravagio dan Botticelli. Aku tidak dapatmelihat wajah makhluk ini dengan jelas kerana ia telah membelakangiku, dan apabilamakhluk ini menyedari akan kehadiranku, ia terus mengeluarkan cahaya indah yangterang sehingga mataku hampir-hampir buta akibat merenungnya terlalu lama.

Kemudian aku terbangun dari lenaku. Dan hampir setiap kali aku tidur, aku akanbermimpi perkara yang sama. Berulang-ulang.

Pada petang itu aku bangun dari tidurku. Aku keluar dari kamarku lalu masuk kedalam kamar Cassius. Aku mengejutkannya dari tidurnya.

“Kau perlu ceritakan kepadaku kembali tentang Majlis Vampiro...” Pintakukepada Cassius sebaik sahaja dia membuka matanya.

Cassius memandang kepadaku dengan satu pandangan penuh kehairanan.Katanya:

“Bukan aku sudah banyak kali ceritakan kepadamu tentang tujuh ahli pengasasMajlis Vampiro, Amesha Spentas?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 82

“Aku tahu... Tapi ceritakan kepadaku sekali lagi. Terutamanya tentang Tiresias!”pintaku lagi dengan penuh harapan. Cassius bangkit dari keadaan baringnya lalumenghadapku.

“Kau bermimpi tentangnya lagi?”

“Ya.”

“Mungkin ini satu alamat...” Cassius termenung seketika. Dia sedang memikirkansesuatu dengan dalam.

“Apa yang telah Tiresias lakukan setelah dia berjaya memenjarakan Ahriman danmenangkap seorang pengikut Daevanya?” tanyaku. Aku cukup sedar pada ketika itubahawa anggota Daeva yang telah ditangkap oleh Tiresias tidak lain dan tidak bukanadalah Kira. Cassius melepaskan nafasnya sebelum dia bercerita kepadaku:

“Ketika itu Tiresias dapat melihat apa yang akan berlaku di dunia ini beberaparibu tahun di masa hadapan. Lalu dia memberitahu apa yang dapat dilihatnya ini kepadabeberapa orang pendeta Babylon. Pendeta-pendeta Babylon ini kemudian berkumpul, lalumemberitahu kepada Tiresias bahawa mereka perlu melakukan sesuatu. Merekamemberitahu kepada Tiresias bahawa dia dan beberapa orang pahlawan perlu terus hidupuntuk memastikan agar Ahriman dapat dikalahkan sama sekali apabila Ahriman dapatmembebaskan dirinya nanti di masa hadapan...

“Pendeta-pendeta Babylon ini tahu tentang rahsia Kasra. Mereka tahu tentangrahsia minuman Haoma yang boleh mereka sediakan untuk diminum oleh Tiresias agardia dapat hidup buat jangka masa yang lama seperti Kasra. Pada mulanya Tiresiasberkeras tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat ini, tetapi akhirnya, setelah diamemikirkan kembali tentang kemusnahan yang bakal dilakukan oleh Ahriman, diaakhirnya bersetuju.

“Selain dari Tiresias, pendeta-pendeta dari Babylon ini telah memilih enam orangpahlawan... Tiga wanita dan tiga lelaki. Pahlawan-pahlawan berbilang bangsa ini berasaldari seluruh kawasan tanah jajahan yang pernah ditakluki oleh Iskandar Zulkarnain.Walaupun pahlawan-pahlawan ini telah dijanjikan dengan kekayaan yang melimpah ruahdan keupayaan untuk hidup buat selama-lamanya, ini bukan menjadi sebab utama merekabersetuju untuk menjadi makhluk seperti Kasra. Mereka sesungguhnya mahu memastikanagar umat manusia dapat dibantu dan diselamatkan apabila masanya tiba kelak. Merekatelah bersumpah untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan agar Ahriman dapatdimusnahkan sama sekali apabila dia kembali untuk cuba memusnahkan manusia.

“Maka akhirnya, setelah setiap satu dari mereka meminum air Haoma, Mereka berubahmenjadi makhluk malam yang kita kenali sekarang sebagai vampiro dan seterusnyamenjadi tujuh pengasas Amesha Spentas atau Majlis Vampiro.”

“Di mana disembunyikan kotak yang telah memenjarakan Ahriman?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 83

“Tidak ada sesiapapun yang tahu kecuali Tiresias.” Jelas Cassius. “Tetapi apayang aku ketahui, ia telah ditanam di sebuah tempat di tengah-tengah padang pasir...Berdekatan dengan Persepolis.”

“Bagaimana dengan anggota Amesha Spentas yang lain, mereka juga tidak tahu?”

Cassius menggelengkan kepalanya.

“Kau pernah bertemu dengan ahli-ahli Amesha Spentas yang lain?” tanyakukepadanya.

“Tidak... Kita tidak mungkin akan dapat menemui mereka semua di satu tempatyang sama...”

“Di mana mereka sekarang?”

“Di seluruh pelosok dunia. Mereka akan bersatu hanya apabila diseru nanti.”

“Jadi apa yang akan berlaku jika salah seorang dari mereka mati dibunuh?”

“Tempatnya perlu diganti. Itu sahaja yang aku tahu, tapi jangan tanya akumengapa dan kenapa.” Cassius berdiri di tepi katilnya lalu meninggalkanku di kamarnya.Aku tidak tahu ke mana dia menghilang selepas itu.

*

Aku membuka peti simpanan Cassius lalu mengeluarkan manuskrip Virtruvius. Akumeletakkan manuskrip itu ke atas meja. Aku meneliti manuskrip itu. Sememangnya apayang ditulis dan dilukis oleh Vitruvius terlalu aneh dan sukar untuk aku fahami.

Vitruvius menjelaskan tentang konsep ruang dan masa. Dia menulis beberapakaedah terperinci membina sebuah alat yang difikirkannya boleh merentasi masa. Ada diantara apa yang ditulis Vitruvius dapat kufahami, ada pula tidak. Dia ada menulis tentangsebuah alat yang dapat melakukan berbillion-billion pengiraan matematik di dalam masatak sampai sesaat yang perlu dicipta sebelum alat ini dapat digunakan. Sebuah alat yanglain pula diperlukan untuk membuka sebuah ruang agar masa dapat direntas.

Aku menggulung manuskrip ini. Aku kurang pasti jika aku harus keluar darirumahku ini lalu memberi manuskrip ini kepada Kira ataupun menyimpan kembalimanuskrip ini dan beranggapan bahawa pertemuan aku dengan Kira tidak pernah berlaku.

“Bawa kepadaku manuskrip Vitruvius ini, Awang!” suara Kira bergegar di dalamkepalaku.

Aku berkira-kira di dalam kepalaku. Aku perlu melakukan sesuatu. Akumemikirkan tentang Cassius dan kepercayaan yang telah diberikan kepadaku selama ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 84

Kemudian aku memikirkan tentang dirinya yang pernah membunuh seluruh anggotakeluargaku dan kawanku Kasturi di hadapan mataku.

Mungkin inilah peluangku untuk membalas dendam kepada Cassius. Tetapi entahmengapa, aku tidak mampu untuk melakukannya. Aku perlu mendengar suara hatikusendiri yang memberitahu agar aku harus meletakkan manuskrip ini kembali ke tempatasalnya.

“Tidak. Maafkan aku.” Jawabku. Aku meletakkan manuskrip Vitruvius kembalike dalam peti besi. Aku menutupnya rapat-rapat.

“Kau akan menyesal, Awang.” Ujar Kira dengan suara marah yang ditahan-tahannya.

“Kau pasti tahu, aku tak pernah menyesali apa-apa yang telah aku lakukan.”Kataku dengan penuh yakin.

Kira menjerit dengan kuat di dalam fikiranku. Begitu kuat sehingga kepalakuterasa seperti mahu pecah. Kepalaku terasa begitu sakit sehingga aku tidak mampu untukmenanggungnya lagi. Aku terjatuh ke lantai lalu duniaku berubah gelap.

Apabila aku sedar, aku dapati Cassius sedang menepuk-nepuk pipiku. Diamenyerahkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku dapati hidungku dan telingaku berdarah.Aku mengelap darahku yang mula membeku itu.

“Kau cuba melawannya.” Kata Cassius sambil tersenyum.

“Apa?” tanyaku keliru. Mataku berpinar-pinar. Cassius mengkulurkan tangannyauntuk membantuku berdiri. Aku menyambut tangannya itu.

“Aku tahu dia cuba untuk menggodamu dengan tawaran-tawaran hebatnya. Tapikau memilih untuk setia kepadaku.”

“Jadi selama ini kau tahu tentang hal ini?”

“Sudah tentu...”

“Jadi kenapa kau tak cuba menghalangku? Bagaimana kalau aku berpaling tadahkepada Kira?”

“Aku pasti kau tak akan melakukannya!” kata Cassius dengan suara yang jelas.Dia tersenyum kepadaku sebelum dia menambah lagi: “Ada seorang manusia yang perluaku kenalkan kepada kau.”

“Apa?” aku kehairanan. Cassius jarang membawa mangsanya ke rumah kami.Kenapa dia perlu melakukannya kini?

http://nizamzakaria.blogspot.com 85

Seorang lelaki dengan pakaiannya yang kelihatan seperti pakaian bangsa Inggerismasuk dengan malu-malu ke dalam perpustakaan. Dari pengamatanku dan apabila akumengimbas fikirannya, aku mendapat tahu bahawa dia seorang pelukis. Dan Cassius tidakmungkin akan menjadikan seorang pelukis sebagai mangsanya.

“Blake... Ini Awang.” Ucap Cassius dengan perlahan kepadaku.

“Blake... William Blake. Panggil sahaja aku William.” Ujarnya sambilmengetapkan bibirnya.

“Kau bawa seorang pelukis Inggeris pula ke sini?” tangan kiriku mengurutkepalaku yang berdenyut-denyut, tangan kananku pula bersalaman dengannya.

“Ya.” Jawab Cassius pendek. Dia memerhatikanku. Dia nampak risau melihatkeadaanku sekarang.

“Cassius selalu sahaja membawa pelukis-pelukis sepertimu ke sini. Aku tak tahupula sekarang dia berminat dengan penyajak sepertimu.” Kataku sewaktu menariktanganku kembali selepas bersalaman dengannya.

“Bagaimana kau tahu aku menulis sajak?” tanya William. Dia menerbitkan sendirikumpulan sajaknya. Tetapi pada waktu itu tidak ramai yang membaca karya-karyanyaataupun mengenalinya sebagai seorang penyajak inikan pula seorang pelukis. “Kaupernah membaca ‘Poetical Sketches’?”

“Ya,” Jawabku pendek. Buku ini ada di dalam perpustakaanku. “Kau akan jadiseorang ahli penyajak yang terkenal satu hari nanti, dan kau akan disanjung sebagai diantara pelukis Inggeris yang paling agung. Tapi buat masa ini, mereka masih tidakmemahami karya-karyamu dan kau tak mungkin akan dihargai ketika kau masih hidup.Malah kau akan hidup dalam kemiskinan. Tapi aku pasti kau sudah tahu tentang hal inidari mula lagi. Kau melukis dan menulis sajak bukan semata-mata kerana mahu mencarinama dan harta... Sukar benar untuk aku cari manusia seperti kau sekarang!”

“Awang... Kau tak sihat. Sebab itu kau membebel begini.” Tegur Cassius.Sememangnya aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam fikiranku.Kepalaku pusing. Tetapi apa yang pasti, aku sudah dapat merasakan bahawa aku sedangberhadapan dengan seorang manusia yang bakal diingati sebagai seorang pelukis danpenyajak yang agung. Aku amat-amat menghormati manusia-manusia sepertinya.

“Pandai kau membaca fikiranku, Awang.” Kata William ambil tersenyum.

“If the doors of perception were cleansed everything would appear to man as it is,infinite.” Sebutku di dalam bahasa Inggeris. Satu bahasa yang kuanggap tidak selembutbahasa Perancis, Itali dan Sepanyol. “Kau boleh gunakan kata-kataku ini dalam salah satusajakmu itu nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 86

"Bahasa Inggerismu agak fasih." William memuji. Aku terus memandang kearahnya. Aku mula dapat merasakan Cassius tidak membawanya ke sini sekadar mahuberbincang mengenai hal-hal seni seperti mana yang sering dilakukannya dengan pelukis-pelukis lain. William ini lain dari yang lain, kerana sejak awal lagi dia tahu Cassius danaku adalah makhluk vampiro.

“William adalah anggota kumpulan Alumbrados.” Beritahu Cassius menggunakannama lama kumpulan ini. Aku tidak pernah berjumpa dengan anggota kumpulan ini yangbersekongkol dengan golongan vampiro sejak Majlis Vampiro diasaskan di Babylon lagi.Nama mereka berubah mengikut zaman. Kini Alumbrados lebih dikenali dengan namaIlluminati.

Illuminati berasal dari pengikut-pengikut Osiris yang dikatakan menjadi musuhkepada Seth, yang kini lebih dikenali sebagai Ahriman. Kumpulan mereka inimenggunakan lambang mata Osiris yang juga dikatakan sebagai ‘mata yang melihatsegala-galanya’. Sejak dari dahulu lagi kumpulan ini telah ditubuhkan untuk memastikanAhriman dapat dilupuskan terus dari muka bumi ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Illuminati berjaya menembusikumpulan Frère Maçon, sebuah kumpulan yang dianggotai manusia yang bersubahatdengan Daevas, yang akan melakukan kerja-kerja jahat buat mereka.

“William sebenarnya berkawan baik dengan Lilith...” beritahu Cassius sambilmemegang bahu William.

“Lilith?”

“Lilith nama kepada lembaga yang datang menemuinya. Ia datang dalam bentuksebenar Daevas.” Jelas Cassius. Perkara ini sudah aku ketahui dari penyelidikankusendiri. Daevas dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk serangga yangmempunyai ciri-ciri seperti serangga yang hidup berkelompok yang diketuai oleh seorangketua seperti Ahriman. Dan kini apabila Ahriman dipenjarakan, tindak tanduk merekayang kehilangan arah umpama lebah-lebah yang kehilangan permaisurinya...

“Dan?” aku ingin Cassius menambahkan penjelasannya lagi.

“Lilith menjadi sahabatnya setelah dia telah berpaling tadah kepada Illuminati.”Beritahu Cassius. Aku meneroka ke dalam minda William. Aku dapat melihat lembagayang telah dilihatnya. Satu lembaga yang menakutkan dengan tulang belakang yangberbonggol dan berdenyut-denyut. Kepalanya bersisik dengan matanya yang membonjoldengan lidah yang panjang; Otot-otot di tubuhnya berwarna merah seolah dia tidakberkulit lantas digantikan dengan darah yang mengering. Wajahnya kelihatan menakutkanseperti seekor kutu.

“Tapi kenapa golongan Daevas membuangnya?” aku bertanya meminta kepastian.

http://nizamzakaria.blogspot.com 87

“Kerana Lilith telah melakukan kesilapan bercinta dengan seorang manusia...Pasangan manusianya dibunuh dan kuasa Lilith untuk menyerupai manusia ditarik balik.”

“Apa yang Lilith beritahu kepada kau, William?” tanyaku berpaling kepadanya.Seperti aku katakan, golongan Daevas ini mempunyai ciri-ciri serangga. Mereka berfikirsecara kolektif. Aku percaya Lilith masih dapat mempergunakan kebolehannyamenembusi pemikiran Daevas dan mengetahui gerak-geri mereka. Jadi aku pasti Williammengetahui sesuatu yang begitu penting sehingga aku dapat merasakan kerisauan didalam diri Cassius.

“Buat masa ini kau tidak perlu tahu.” Cassius menghalangku dari membacafikiran William. Wajahnya mencerminkan kebimbangan.

“Ish!” dahiku berkerut seribu apabila imbasanku dihalang Cassius.

“Enrique... Kau perlu menyerahkan sepenuh kepercayaan kau kepadaku sekarang.Apa yang akan aku suruh kau lakukan adalah untuk kebaikan kita semua. Percayalah!”mata Cassius nampak redup. Aku dapat merasakan kejujurannya tatkala mengeluarkankalimah-kalimahnya ini.

“Jadi apa yang patut kita lakukan sekarang?” tanyaku dengan suara perlahan.

“Kau perlu ke selatan Perancis. Di dalam perjalanan kau nanti aku akan beritahukau ke mana tempat yang perlu kau tuju selepas itu.” Cassius mengarahkan. Diakemudian membuka peti besinya. Dia mengeluarkan manuskrip Vitruvius. Manuskripyang lain dibiarkan terus di dalam peti besi. Cassius menggulung manuskrip itu, lalumemasukkannya ke dalam sebuah bekas yang diperbuat dari gading gajah dan emas.Bekas itu juga yang dihiasi dengan ukiran di dalam bahasa Latin: ‘Fere libenter hominesid quod volunt credunt’ yang membawa maksud; manusia rela mempercayai apa yangmereka hajatkan.

Kata Cassius kemudian kepadaku yang langsung membuatku tergamam:

“Kau perlu pergi malam ini juga. Ambil pisau secespita ini. Hanya pisau ini yangdapat kau gunakan untuk membunuhnya nanti dengan satu tusukan. Bukan dua. Ingat!Dua tusukan hanya akan membuatkannya lebih berkuasa.” Kata Cassius denganbersungguh-sungguh. Kata-katanya mengelirukanku. “Kita akan bertemu lagi. Kau tidakperlu risaukan tentang diriku. Jawapannya ada di dalam manuskrip Virtruvius. Jadi jagamanuskrip ini seperti kau menjaga nyawamu sendiri. Pulangkan pisau ini kepadaku bilakita bertemu lagi.”

“Apa maksudmu 'bila kita bertemu lagi'. Kau mahu ke mana? Mengapa kita tidakke selatan Perancis bersama?”

“Aku perlu mengelirukan mereka agar mereka tidak mengekorimu nanti.” Cassiusmemberi alasan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 88

“Dan pisau secespita ini pula?”

“Bila masanya tiba kelak, kau akan tahu untuk menggunakannya.” Kata Cassiusdengan suara yang tegas. Dia merapatkan tubuhnya kepadaku. Aku memandang kepadawajah mudanya. Aku memegang pipinya yang sejuk itu. Cassius menutup matanyadengan rapat. Dia cuba menahan dirinya dari menangis. Aku semakin bingung melihatkeadaannya begitu. “Buat masa ini kau perlu meninggalkan Paris. Anggota-anggotaIlluminati akan membantumu pada sepanjang masa sehingga kau selesai melakukantugasmu ini dan lama selepas itu. Mulai malam ini mereka akan menganggapmu sebagaipenggantiku.” Kata Cassius dengan tergesa-gesa.

“Tugas apa? Aku masih tidak faham!” tanyaku tergesa-gesa.

“Buat masa ini, kau perlu pergi. Mereka sedang menunggumu di luar.” Cassiusmenolak tubuhku agar aku berjalan keluar dari perpustakaan.

Cassius membuka pintu. Aku dapati di luar sebuah kereta kuda dengan tingkapyang berlapikkan kain baldu hitam yang tebal sedang menungguku di sana.

“Tunggu arahan seterusnya dariku nanti!” perintah Cassius mengingatkan. Akubersalaman dengannya. Aku memandang wajahnya yang diulit rasa risau. Aku tidakpernah melihatnya begini. Rasa risau yang menyelubungi diriku semakin membebankanjiwaku.

Aku terpaksa mengangguk setuju. Aku masuk ke dalam kereta kuda. Aku dapatibahagian dalam kereta kuda ini seperti sebuah keranda yang besar. Langsung tidak adacahaya yang dibenarkan masuk. Perjalanan yang aku ambil ini mungkin akan makan masaberhari-hari lamanya.

Kereta kuda terus bergerak meninggalkan Marais. Di dalam kereta kuda yanggelap itu dapat aku rasakan adanya makhluk lain selain dari diriku.

“Siapa kau sebenarnya?” tanyaku dengan suara perlahan. Di dalam keadaan gelaptanpa cahaya dengan mataku yang mampu melihat dalam gelap itu, aku dapat melihatlembaga yang sedang duduk di hadapanku bertubuh besar. Dia sedang memakai jubahyang selalunya dipakai oleh rahib-rahib Franciscan.

“Namaku Lilith... Aku di bawa ke sini oleh Tuan Blake.” Jawabnya dengan suarayang keras.

“Buat apa kamu di sini?” tanyaku memandang ke arah wajahnya yangmenggerutu.

“Untuk melindungimu.” Katanya lalu membuka tudung jubahnya. Aku dapatmelihat wajahnya yang mengerikan itu. Tapi aku pasti, dia tidak akan mengapakanku. Diabukan seperti anggota Daevas yang lain... “Mulai sekarang aku akan menjadi hambamu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 89

“Kau bukan hamba kepada sesiapapun, Lilith.” Kataku dengan pasti. “Kau bolehpergi jika itu yang kau mahu.”

Lilith langsung tidak menjawab kata-kataku tadi. Dia sekadar menutupi kembalikepalanya dengan jubah yang dipakai. Lilith kemudian membuka tingkap kereta kudayang diperbuat daripada logam lalu menyelak langsir baldu yang tebal itu. Dia menghirupudara malam. Dia memerhatikan suasana malam di Paris dengan satu pandangan penuhketakjuban. Lilith terus berkeadaan begitu sehinggalah sang suria mula menampakkandirinya ke ufuk timur. Tingkap dan langsir ditutup rapat. Kami berdua langsungketandusan bicara. Kereta kuda terus membawa kami ke arah Selatan.

Ketika tiba di Lyon, aku dapat tersentak dari keadaan tidurku. Aku bermimpikantentang Cassius yang sedang berada di dalam keadaan kesusahan.

“Kita perlu berhenti.” Kataku kepada Lilith. Aku menjerit dan mengetukbumbung kereta kuda yang kunaiki. “Berhenti!” perintahku dengan suara yang keras.

Kereta kuda terus bergerak laju. Anggota Illuminati yang membawa kereta kudaini langsung tidak mengendahkanku.

“Mereka telah diperintahkan supaya terus ke Marseille.” Kata Lilith denganbersahaja.

“Tapi Cassius sedang berada di dalam keadaan bahaya!” kataku dengan berang.

“Aku tahu. Chevaliere d’Eon sendiri yang pergi menangkapnya di Callais sebelumdia sempat berlayar ke England bersama Tuan Blake.” Jelas Lilith yang dapat melihatperkara ini berlaku di dalam fikirannya. “Kapten Dragoon yang berpakaian wanita itumerupakan anggota Frère Maçon. Kau pastinya tahu tentang hal ini, bukan?”

“Cassius perlukan bantuan kita!” getusku tanpa menjawab soalannya tadi.

“Kita tidak boleh melakukan apa-apa sekarang ini untuk membantunya keranakita perlu ke Marseilles, lalu berlayar ke Mesir dari sana!”

“Cassius!” aku menumpukan seluruh perhatianku untuk menghubunginya.

“Kau perlu mendapatkan Tiresias. Dia sedang berada di dalam keadaan bahayasekarang. Tempat persembunyiannya sekarang sudah diketahui Daevas. Mereka sedangmenghantar seorang pembunuh mereka untuk membunuhnya. Lilith akan membawamuke sana... Ke Saqqara.”

“Tapi bagaimana dengan kau?”

“Kau tidak perlu risau tentang diriku. Jawapannya ada di dalam manuskripViruvius. Apabila kau dapat memahami kandungannya nanti, kau akan datang untukmenyelamatkanku.” Kata Cassius dengan penuh yakin. Aku dapat merasakan dia sedang

http://nizamzakaria.blogspot.com 90

dikurung dalam sebuah keranda besi dan keranda itu dirantai, diikat dan dikunci. Diasedang berada di dalam sebuah kapal yang sedang berada di Selat Inggeris.

Aku terus mengetuk bumbung kereta kuda yang kunaiki. Permintaanku agarkereta kuda ini berhenti, lalu bergerak ke arah utara untuk ke Calais tidak diendahkansama sekali. Aku pasrah. Tanganku menggeletar.

Beberapa minit kemudian aku dapat merasakan keranda yang memerangkap tubuhCassius dibuang ke dalam laut. Keranda ini tenggelam ke dasar laut yang sedangbergelora. Beberapa detik kemudian, hubungan psikikku dengan Cassius terus terputus.Aku tidak tahu ke mana hilangnya selepas itu. Seolah-olah Cassius terus lenyap darimuka bumi ini.

Aku menjadi marah. Wajahku berubah bengis. Di dalam keadaan marahku ituLilith menyentuh tanganku untuk menenangkanku.

“Cuba selami jiwa kau itu... Kau tahu kita akan menyelamatkannya. Cumasekarang bukan masanya lagi untuk kita melakukannya...” Lilith cuba memujukku.Tangannya yang menggerutu itu memegang tanganku dengan erat. “Kita perlu melakukandan melaksanakan satu tugas yang lebih penting. Satu tugas yang telahdipertanggungjawabkan oleh Cassius kepada kau. Aku pasti dia akan kecewa jika kautidak dapat melakukannya dengan betul.”

Aku mengangguk perlahan sambil mengeluh. Mengiakan sahaja kata-kata Lilithapabila kereta kuda yang kami naiki terus bergerak ke Marseille dengan laju.

Jikaku terasa kosong. Aku kini kehilangan pasanganku. Vampiro selalunya hidupberkumpulan, setidak-tidaknya berpasangan. Kini aku keseorangan. Aku tidak tahusampai bila aku akan mampu hidup keseorangan begini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 91

Buku I. Bab 6

Dari Marseille, kami menaiki sebuah kapal untuk ke Iskandariah. Dari Iskandariah pulakami menaiki sebuah sampan yang besar untuk menyusuri sungai Nil untuk ke KotaPerkuburan para Firaun di Saqqara. Di sepanjang perjalanan dari Paris ke Marseille danketika merentasi lautan Mediterranean, aku mendapati Lilith tidak banyak bercakap. Diahanya duduk di hadapanku seperti sebuah arca bernyawa.

Sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya pada hari itu, aku terus keluar darikabin sampan yang kunaiku. Aku menghirup udara senja sambil memandang bangunanpiramid di Giza yang gah menyapaku. Aku tidak pernah menyangka bangunan purba inirupa-rupanya lebih besar dari yang kusangkakan.

“Akhirnya sampai juga aku ke Mesir...” bisikku perlahan. Selama ini aku hanyamembaca mengenai negara para firaun yang terkenal dengan bangunan piramidnya. Kiniaku dapat melihat dengan mata dan kepalaku sendiri.

“Kau kagum melihat bangunan piramid di hadapanmu ini?” tanya Lilith yang tiba-tiba sahaja bersuara kepadaku.

“Ya... Sudah pasti.” Jawabku bersungguh-sungguh.

“Kau fikir siapa yang telah memberitahu Imhotep, arkitek pertama yang telahmembina Piramid di Mesir sehingga terbinanya bangunan piramid di Giza yang sedangkau lihat sekarang di hadapanmu?” getus Lilith kepadaku.

“Daevas?”

“Ya...” ujar Lilith sambil memandang ke arah seorang anak kapal yang sedangmelakukan sesuatu kepada layar sampan. Dari pengamatanku, aku dapat melihat tatookecil dengan simbol mata di atas tangannya. “Apabila kita tiba ke Saqqara nanti, kitaakan masuk ke dalam makam raja Netjerikhet yang telah direka olehnya sebelum kita kekuil Osiris yang letaknya di dalamnya—“

“Kau bukan seperti kami.” Aku cuba memintas kata-katanya sambil cuma untukmengamati wajahnya yang tersorok di sebalik tudung jubahnya.

“Maksud kau?”

“Kau makhluk seperti serangga—“

“Kau pula makhluk seperti monyet... Kau pernah terfikir seperti itu?”

“Tidak,” aku tergelak mendengar kata-katanya. “Jadi kau dari mana sebenarnya?”

“Maksud kau?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 92

“Aku ada membaca sebuah legenda Sumeria yang mengatakan Daevas ini berasaldari langit—“

“Ya... Jadi kenapa?”

“Dari kayangan?”

“Kami berasal dari sebuah tempat yang lebih jauh dari awan-awan yang kaulihat... Jika itu yang kau maksudkan. Begitu jauh sehingga sukar untuk kau fahami.”Lilith menjelaskan. “Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan kepada kau tentangtempat asalku. Tapi bukan sekarang. Kau belum bersedia lagi untuk mengetahuinya.”

“Tapi mengapa?” bantahku bersungguh-sungguh. Angin senja yang bertiupmelebarkan lagi layar di atas sampan yang kami naiki, lantas mempercepatkan lagiperjalanan kami ke Saqqara.

“Buat masa ini mungkin sukar untuk kau memahaminya. Tamadun manusia masihjauh beratus ribu tahun ke belakang jika dibandingkan dengan tamadun kami. Kami telahmula wujud di sini lama sebelum epik Gilgamesh ditulis lagi...” Lilith menjelaskandengan penuh bersahaja.

“Bagaimana kamu ke sini?”

“Dengan sebuah kapal yang kalau aku jelaskan berjela-jela pun, kau mungkin takakan faham.” Kata-katanya membuatkan aku terkesima buat seketika.

“Jadi kenapa kau perlu ke sini?” Naluriku berganjak meminta penjelasan.

“Kau pernah melihat bagaimana serangga-serangga seperti lebah, semut dan anai-anai hidup dan membiak?”

“Tidak, tapi aku pernah membaca mengenainya.” Jelasku meniti kata-katakudengan berhati-hati.

“Mereka mempunyai golongan pekerja... Raja dan permaisuri. Kami juga begitu.Itu sahaja cara kami untuk membiak. Semua makhluk mempunyai tujuan yang serupa,Awang. Iaitu untuk mengembangkan keturunannya.” Aku memandang kepada tanganLilith yang kelihatan keras menggerutu dengan warna merah gelap.

“Dan sekarang kau melakukannya di sini?”

“Mengapa tidak?” nada Lilith disulami keangkuhan. “Ini bukan kali pertama kamimelakukan perkara ini. Aku pasti, apabila manusia semakin maju nanti, mereka akanmelakukan perkara yang sama.”

Kini satu kesedaran mula timbul di dalam diriku. Mereka sedang menunggu masauntuk membiak di bumi. Dan manusia pula akan dijadikan sumber makanan mereka

http://nizamzakaria.blogspot.com 93

nanti. Kerana Daevas ini di dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk penghisapdarah.

“Ahriman sedang menunggu ketibaan permaisurinya!” aku cuba meneka. Lilithmenoleh ke arahku sambil berkata dengan ujaran separuh terkejut:

“Kau memang bijak.”

Lilith kemudian memalingkan tubuhnya ke arahku. Katanya lagi: “SeorangDaevas yang terpilih akan diasuh dan disediakan untuk dijadikan permaisuri, sepertimana seekor larva lebah diberikan makanan yang khas sehingga ia berubah menjadiseekor lebah permaisuri. Tetapi buat kami, proses ini mengambil masa beribu tahunlamanya...”

“Di mana permaisurinya sekarang?”

“Kau sedang bercakap dengannya.” Jelas Lilith. “Aku adalah di antara Daevasyang telah diasuh untuk menjadi permaisuri Ahriman...”

“Apa?”

“Tapi aku membelot. Aku terlalu cintakan kepada dunia ini dan makhluknyauntuk melihatnya dimusnahkan oleh kaumku nanti.”

Kata-kata Lilith telah membuatku termangu-mangu. Aku kurang pasti jika akuakan melakukan perkara yang sama jika aku berada di tempatnya.

“Jadi siapa pengganti tempatmu untuk menjadi permaisuri Ahriman kelak?”

“Kira... Kau sepatutnya membunuhnya ketika kau bertemu dengannya dahulu.”Lilith bersuara sinis. “Kami lebih senang dibunuh dan ditangkap ketika kami munculdalam bentuk manusia.”

Aku dapat merasakan Lilith membenci Kira. Ada sesuatu tentang diri Kira yangcukup-cukup dibencinya.

“Kira telah membelot kepadaku dengan memberitahu kepada Daevas yang lainbahawa aku telah jatuh cinta dengan seorang manusia lelaki. Aku fikir aku bolehmempercayainya, tapi...”

“Aku tahu kau mendendaminya. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat bersama-sama memburunya lalu membunuhnya.” Kataku cuba memujuknya.

Lilith tidak menjawab. Dia kembali menoleh ke arah sungai Nil. Ada sesuatutentang dirinya yang memberitahuku mungkin pasangannya dahulu berasal dari daerahini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 94

*

Kami tiba di Saqqara pada subuh hari yang sama. Ketika berlabuh, aku dapat melihatsebuah sampan yang sedang dijaga oleh seorang budak lelaki berusia awal belasan tahun.Dia memandang ke arahku dan ke arah Lilith. Aku dapat merasakan dia merasa risau keatas keselamatan bapanya yang sedang berada di salah sebuah makan firaun di Saqqara.

Aku dibawa Lilith berjalan menuju ke arah makam raja Netjerikhet - sebuahpiramid usang yang kelihatan seperti ia telah lama dimakan usia. Di sana, aku dibawanyake sebuah bangunan empat persegi yang letaknya berdekatan dengan piramid tersebut.

“Tiresias sedang berada di dalam sana,” ujar Lilith, jarinya menuding ke arahbangunan di hadapanku. “Tapi kita mungkin sudah terlambat. Mereka telah sampai di sinilebih awal dari yang ku sangka.”

Di bangunan empat persegi itu terdapat sebuah pintu yang menuju entah ke mana.Dari jauh lagi aku dapat melihat beberapa orang manusia sedang berkawal di sana. Sebaiksahaja mereka nampak akan ketibaanku, mereka terus mengeluarkan pedang untukmenyerangku. Aku sekadar berdiri tatkala mereka berlari meluru ke arahku.

“Adakah kau akan berdiri tercegat di situ aku kau akan menolongku?” tanyakukepada Lilith.

“Aku tak akan membunuh.” Katanya perlahan. “Aku telah bersumpah kepadapasangan manusiaku dahulu untuk tidak membunuh lagi.”

Aku hanya menjeling. Itu pilihannya. Aku tidak boleh memaksa.

Aku mencium bau lelaki-lelaki yang sedang berlari ke arahku. Aku dapatmerasakan mereka bukan dari Mesir. Mereka dari wilayah Kerajaan Osmaniah, pastinnyadari Istanbul.

Aku mengeluarkan pedang Rapier yang telah diberikan Kira kepadaku. Sebaiksahaja mereka dekat kepadaku, pedang itu terus aku gunakan untuk bertempur denganmereka. Aku akui, lelaki-lelaki yang bertubuh agam yang datang menyerangku padaketika itu mempunyai kebolehan yang hebat bermain dengan pedang. Tetapi mereka tidakmungkin boleh melawan kepantasan seorang vampiro sepertiku yang dapat bergerakpantas sehingga aku kelihatan seperti satu kekaburan buat mereka.

Selang beberapa saat kemudian, aku dapat memenggal kepala dua orangpenyerangku. Tiga orang lagi sedang menggelupur di atas tanah memegang isi perutmereka yang terburai. Dalam pada itu, aku dapat melihat Lilith membuka tudungkepalanya lalu meratah darah yang meleleh keluar dari tubuh mangsaku yang telahkupenggal. Lidahnya terjelir menjilat darah yang terkeluar deras untuk menghilangkanrasa laparnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 95

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah masuk ke dalam bangunan di dalamkompleks makam raja Netjerikhet ini. Lilith mengekoriku dari belakang. Kami berjalansemakin jauh ke dalam makam dengan menuruni tangga yang menghala ke bawah tanah.

Makam ini lebih besar dari yang aku sangkakan. Obor di bakar di tepi dindinguntuk menyinari bahagian dalam makam ini yang nampaknya kelihatan seperti tidakterusik di makan zaman. Di atas dinding terdapat tulisan-tulisan hieroglifik yangmenceritakan tentang peperangan antara kuasa baik dan jahat di antara Seth dan Horus...

Seterusnya di bahagian hujung bangunan makam yang berbumbung tinggi dengantiang-tiang yang besar ini aku dapat melihat dua orang pengawal yang sedang berjaga dihadapan sebuah pintu palsu yang terukir di atas sebuah dinding batu.

Mereka nampak terkejut melihat kehadiranku di situ. Mereka terus mengeluarkanpedang mereka untuk memastikan agar pintu palsu itu tidak dapat dibolosiku.

Aku tidak ada masa untuk melayani kerenah mereka. Aku menggunakan kuasakuyang aku selalu gunakan untuk menghidupkan unggun api di rumahku kepada mereka.Buat sekelip mata, tubuh mereka diselimuti api yang panas seolah mereka telah disimbahdengan minyak panas yang sedang membakar. Mereka menjerit menahan kesakitansambil berlari keluar melepasi Lilith yang sedang berjalan di belakangku.

“Kau tidak perlu sekejam ini, Awang.” Lilith seperti memerli. Aku tidakmenjawab kata-katanya. Aku tahu anak kepada lelaki yang baru kubakar hidup-hidup tadisedang menunggu di atas sampan di dalam keadaan penuh risau. Mungkin selepas ini, diapula akan menjadi mangsaku apabila aku menghisap darahnya...

“Dia tahu kau sudah sampai ke sini.” Bisik Lilith kepadaku, memintaku agarlebih berhati-hati.

“Aku tidak dapat membaca kehadirannya.” Aku mengakui kelemahanku.

“Kau tidak perlu takut kepadanya.” Sambut Lilith. Dia memandang kepada pintupalsu yang menghadap ke arah barat di hadapannya – sebuah pintu yang tidak mungkindapat dibuka dengan cara biasa. Pintu ini merupakan sebuah gerbang perantaraan di atasdunia mereka yang masih hidup dan yang telah mati.

“Kita perlu memasukinya.” Jelas Lilith.

“Tapi bagaimana?”

“Kau akan dapat menembusinya, percayalah!” Kata Lilith. Dia mengeluarkansebiji kristal dari dalam jubahnya, lalu dia menyentuh kristal itu ke permukaan pintupalsu ini yang telah diukir di atas sebuah tembok yang tebal. Sebaik sahaja kristal tersebutmenyentuh ke permukaan tembok, terus pintu palsu ini kelihatan seperti sebuah tirai yangbergelombang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 96

Aku mendongak, lalu melangkah berjalan menembusi pintu palsu ini.Sememangnya pintu palsu ini dapat kutembusi, lalu aku masuk ke dalam sebuah dewanyang besar.

Setibanya ku di situ, aku dapat melihat sesuatu yang telah muncul di dalammimpiku selama ini - satu lembaga berkepak yang sedang membelakangiku.

Aku kaget. Lembaga itu kemudian mengeluarkan cahaya yang terang dan indah,seperti mana yang pernah aku saksikan di dalam mimpiku. Langsung seperti yang telahberlaku di dalam mimpiku, aku tidak pasti apa yang perlu aku lakukan pada ketika itu.

“Gunakan pisau pemberian Cassius!” jerit Lilith kepadaku. “Kau masihmempunyai masa untuk membunuhnya.”

Lembaga itu seolah tergesa-gesa ingin melakukan sesuatu. Aku pula seolah terlalugugup untuk melakukan apa-apa. Keindahan yang aku lihat pada ketika itu mampu buataku terkedu lalu melupakan segala-galanya yang perlu aku lakukan pada ketika itu.

Lilith menepuk bahuku. Aku terkejut, lalu dengan spontan aku mengeluarkanpisau secespita dari sisip pinggangku. Lembaga itu menoleh memandangku, lalu iakelihatan seperti ketakutan tatkala melihat pisau yang kupegang.

Aku tidak dapat melihat wajah lembaga itu yang telah disimbah dengan cahayaterang yang dikeluarkan dari seluruh bahagian tubuhnya. Tetapi aku yakin aku mengenalilembaga itu dari kehidupanku sebelum ini.

“Awang!” sergah lembaga itu kepadaku. Ia jelas mengenaliku.

Aku bergerak semakin hampir kepadanya, di dalam masa yang sama aku sedayaupaya cuba untuk mengelakkan cahaya yang muncul dari tubuhnya dari menyilaukanmataku.

Lembaga menggerakkan sayapnya lalu terbang ke belakang sambil merenung kewajahku. Pada ketika itulah aku dapat melihat tubuh seorang lelaki terkulai di atas lantai.Lembaga itu terbang menembusi dinding di belakangnya lalu menghilang entah ke mana.

Serta-merta aku dapat meneka bahawa lelaki yang sedang terkulai lemah dihadapanku adalah Tiresias, mungkin kerana sebahagian dari dirinya ada di dalam diriku.

Aku dapat melihat bahawa Tiresias yang buta itu mempunyai rambut yang perangseperti Cassius. Tubuhnya sederhana tinggi, tetapi dia tetap kelihatan seperti seorangpahlawan gagah. Pedangnya kulihat masih digenggamnya dengan erat.

“Maafkanku, aku lalai. Aku sepatutnya dapat membunuhnya tadi.” Ucapkukepada Tiresias dengan penuh sesal.

http://nizamzakaria.blogspot.com 97

“Kau tidak perlu risau... Ini merupakan takdirku.” Sebut Terisias dengan nadayang pasrah. Wajahnya kelihatan jernih walaupun tubuhnya nampak terlalu lemah.“Masamu untuk mengalahkannya juga belum tiba lagi.”

“Apa yang telah dia lakukan kepadamu?” tanyaku kepada Tiresias. Akumemangku kepalanya ke pehaku.

“Dia telah menyedut tenaga hidupku.” Jawab Tiresias dengan lemah. Wajahnyakelihatan muda. Aku pasti dia telah berubah menjadi seorang vampiro ketika dia berumurdi sekitar pertengahan 30-an.

“Apa yang dapat aku lakukan untuk menolongmu?”

Tiresias menggelengkan kepalanya. Aku dapat merasakan dia hanya tinggalnyawa-nyawa ikan sahaja.

“Kau perlu mencari penggantiku... Seorang orakel dari keturunan pengikut Osirisyang akan muncul di Semenanjung Emas.” Tiresias merenung ke dalam mataku. Akudapat melihat wajah orakel yang akan menggantikan tempatnya. Seorang gadis yanghanya akan dilahirkan lebih tiga abad dari sekarang.

Tiresias menoleh ke arah Lilith. Matanya terus kaku di situ. Aku dapat merasakandia sudah tiada lagi di dunia ini. Dia sudah betul-betul mati.

“Apa yang harus aku lakukan sekarang, Lilith?” tanyaku dengan suara sedih.

“Buat apa sahaja yang patut, Awang.” Ujar Lilith sambil memegang bahuku.“Aku akan sentiasa setia bersamamu.”

Aku meletakkan tubuh Tiresias yang aku rasakan semakin ringan itu ke ataslantai. Beberapa detik kemudian aku mendapati tubuhnya bercahaya lalu berubah menjadiabu. Yang hanya tinggal kini cuma pedang Macedonia kepunyaan Tiresias. Akumengambil pedangnya itu lalu mencampakkan pedang Rapier aku ke tepi. Biarlah nantiapabila sejarawan di masa akan datang keliru apabila mereka menjumpai pedang dariPerancis ini di sini...

Fajar akan menyingsing di ufuk timur tidak lama lagi. Aku dan Lilith terpaksapulang ke sampan kami. Tidak ada apa lagi yang boleh kami lakukan di sini. Kecuaiankutelah menyebabkan kematian Tiresias. Satu perkara yang mungkin akan menghantuikusampai bila-bila...

http://nizamzakaria.blogspot.com 98

Buku II. Bab 1

Singapura, September 1939

Petang itu Damak tiba ke stesen Kereta api Tanjong Pagar. Keadaan stesen yang telahdirasmikan oleh Gabenor Cecil Clamenti Smith pada tahun pada tahun 1932 itu hingar-bingar. Ramai yang ada sedang menunggu ketibaan kereta api untuk menuju ke destinasimasing-masing. Terdapat ramai wajah-wajah berketurunan Eropah di sini. Ada yangberpakaian tentera. Ada pula dengan pakaian biasa yang rasanya tidak sesuai dengancuaca panas tropika di Singapura. Mereka dengan dunia mereka sendiri. Seolah-olahmahu sahaja mereka membawa secebis dari negara mereka lalu diletakkan di sini agarhidup mereka akan lebih selesa.

Damak memerhatikan bahagian dalam stesen yang telah dibina mengikut senibinaArt Deco. Dia kemudian jalan dengan perlahan ke arah Habib’s Railway Bookstore. Diamemerhatikan beberapa buah buku yang ada dijual di sana. Kemudian matanya teruskepada surat khabar The Straits Times. Di bahagian muka hadapan diberitakan tentangserangan tentera Jerman terhadap Poland. Damak menggeleng-gelengkan kepalanya. Diadapat merasakan perang dunia akan meletus tidak lama lagi...

Damak membetulkan songkoknya. Terlalu banyak masanya dihabiskan denganmelihat-lihat apa yang ada di dalam kedai buku tanpa membeli apa-apa. Beberapa orangpengunjung berbangsa Eropah mula memandang-mandang ke arahnya seolah-olahkehadirannya di dalam kedai buku itu terlalu menganggu bagi mereka.

Damak membetulkan kot hitam yang dipakainya sambil berjalan keluar dariHabib’s Railway Bookstore. Dia sememangnya kelihatan segak. Dia berjalan ke hadapantanpa memandang ke kiri atau ke kanan dengan langkah penuh yakin.

“Nama tuan, Damak?” tanya seorang lelaki dengan tangannya memegangsekeping kertas yang ada tertulis namanya di dalam bahasa Jawi. Lelaki tersebut bercakapdengan bahasa Melayu yang fasih tetapi menggunakan loghat Baba Peranakan.

“Ya, aku Damak.” Jawab Damak sambil menghulurkan tangannya untukbersalaman.

“Saya terlambat ke?” tanya lelaki tersebut dengan wajah yang risau.

“Tak aku baru sahaja tiba.” Jawab Damak. Begnya diambil oleh lelaki tersebut.

“Oh ya, nama saya James Gwee. Panggil saja Jimmy.” Dia tersengih. Usianyamasih muda. Mungkin baru melepasi usia 20 tahun. Rambutnya dipotong pendek.Kulitnya agak gelap bagi seorang anak Cina Selat.

“Kita hendak ke mana selepas ini?” Damak bertanya sambil menghidupkan rokokkreteknya dengan sebatang mancis yang disimpan di dalam kocek kotnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 99

“Tuan hendak ke mana?” tanya Jimmy.

“Terus ke New World.” Damak menyuak juntaian rambutnya yang jatuh kedahinya.

“Tuan tak mahu berehat dulu? Tuan mungkin penat?”

“Tak apa.”

“Baiklah...” Jimmy menyilakan supaya Damak mengikutnya berjalan ke luarstesen kereta api. Di sana, sebuah kereta Bentley sedang menunggu. Jimmy membukapintu. Jimmy menyuruh Damak masuk, sementara itu, pemandu Melayu yang sedangberdiri di tepi kereta Bentley tersebut sempat menghulurkan tangannya untuk bersalamansambil mengucapkan salam kepada Damak.

“Dah lama kita tak ketemu.” Ucap Lim Hong Bee, atau dikenali dengan namaStanley oleh Damak. Mereka terus bersalaman sebaik sahaja mereka bertemu.Genggaman Damak cukup padat ketika menggenggam tangan Stanley.

“Cukup lama.” Jawab Damak. Dia terus duduk di sebelah Stanley. Jimmy puladengan tergesa-gesa duduk di bahagian hadapan, lalu meminta pemandu supayameninggalkan stesen kereta api.

“Memang betul kata Hanim. Wajah kau tetap nampak muda macam dulu juga.”Kata Stanley memuji. Mata tuanya terus teracap kepada wajah Damak. “Cuma aku sahajasemakin tua.”

“Bagaimana keadaan Hanim sekarang?” Pandangan mata Damak ke luar tingkapkereta. Dia memerhatikan keadaan kota Singapura yang semakin hari semakin pesatmembangun. Kini nampaknya, semakin banyak bangunan-bangunan tinggi yang di binadi kota Singa ini sejak kali terakhir dia ke Singapura beberapa tahun yang lalu.

“Oh, kau tak dengar ke?”

“Dengar apa?”

“Nama Hanim terkenal sekarang. Macam nama Khairuddin pelakon bangsawankita tu. Namanya di sebut-sebut sehingga di Pulau Pinang.” Stanley memberitahu denganwajah yang bangga.

“Entahlah, aku dah lama tak ikuti ini semua.” Jelas Damak, walaupun dia pernahmendengar nama pelakon bangsawan Khairuddin, yang lebih dikenali dengan nama‘Thairu’ atau ‘Din’ ini. Nama Khairuddin pelakon bangsawan ini memang terkenal dansering disebut-sebut. Di sesetengah tempat, dia lebih terkenal dari para pelakonHollywood seperti Charlie Chaplin dan Clark Gable. Sebenarnya Damak meminati duniabangsawan ini. Pada satu ketika dahulu, dia pernah ke Singapura untuk ke Theatre Royaldi North Bridge Road semata-mata untuk melihat persembahan bangsawan seperti ‘Ali

http://nizamzakaria.blogspot.com 100

Baba dan 40 penyamun’ di sana. Tapi buat masa ini, Damak jelas tidak menunjukkansebarang minat tentang ini semua. Dia hanya mahu tahu tentang keadaan Hanim. “JadiHanim sekarang bahagia dengan hidupnya?” tanya Damak kemudian.

“Ya, sudah tentu. Dia ada banyak peminat.” Stanley mengeluarkan bekasmenyimpan rokoknya yang diperbuat dari perak. Dia mengeluarkan sebatang puntungrokok berjenama Players.

“Paul pula bagaimana?” tanya Damak. Kereta yang dinaikinya melalui jambatanCavenagh dengan perlahan. Sempat Damak melihat beberapa tongkang Cina yang sedangberlabuh di Sungai Singapura. Beberapa orang kuli sedang sibuk memunggah barangankeluar dari tongkang untuk di bawa ke tepi sungai.

“Dia baik, tiga tahun lepas dia baru sahaja pulang dari England. Dia bekerjadengan sebuah firma guaman British di Raffles Place.” Sambut Stanley dengan tangannyamenuding ke arah Raffles Place yang letaknya agak dekat dengan jalan yang dilaluinyasekarang.

“Dah besar budak tu sekarang... Tak tahu pula aku kalau dia masih ingat aku lagiatau tidak.” Damak menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Diam tak diam, Damakmendapati terdapat sebuah bangunan baru tersergam gah dekat dengan Kelab KriketSingapura. Damak memandang ke arah luar untuk melihat dengan lebih jelas bangunanMahkamah Tinggi Singapura yang baru sahaja dirasmikan oleh Sir Shenton Thomas,Gabenor Negeri-negeri Selat beberapa bulan yang lalu. Bangunan berwarna putih itunampak gah, dengan kubahnya yang besar menghadap ke kawasan Padang dan Esplanade.

“Dia masih mengingati kau lagi. Masakan kami boleh melupakan kau. Kaubanyak berjasa dengan keluarga kami.” Stanley menyalakan putung rokoknya. “Dialahsatu-satunya anak lelaki yang aku ada. Sampai sekarang aku tak tahu bagaimana untukmembalas jasa-jasa kau dahulu.”

“Kau telah membalas dengan menjaga Hanim dengan baik. Percayalah!” Damakcuba meyakinkan. Dia tersenyum. Sinar cahaya matahari yang jatuh ke wajahnyamenampakkan rautnya yang ceria.

Stanley tersenyum. Dia kagum dengan sikap Damak. Walaupun Damak bolehmemilih untuk hidup mewah dengan ilmu yang dia ada, tetap dia memilih untuk hidupdengan cara sederhana – kecuali pakaian yang dipakainya. Damak tetap mahu kelihatansegak memakai pakaian dengan fesyen yang terbaru dan yang paling tinggi mutunya.

“Oh, ya. Bibik kirim salam. Dia mahu kau datang makan malam di rumah kamimalam ni. Aku dah jemput Hanim sekali!” cadang Stanley bersungguh-sungguh.

“Jadi ke Katong lah aku malam ini...” Damak menjeling mesra. Dia memandangke luar kereta. Dia membiarkan angin luar agar menyapa wajahnya sambil dia menariknafasnya dalam-dalam.

http://nizamzakaria.blogspot.com 101

Stanley mengangguk sambil tersenyum. Dia melihat gelagat Damak yang sedangmelihat beberapa bangunan baru yang baru sahaja dibina di Singapura, termasuklahbangunan Cathay, bangunan yang paling tertinggi di Singapura. Di hadapan bangunantersebut terpampang poster filem arahan Zoltán Korda , ‘The Four Feathers’.

“Kau mahu terus ke The New World? Tak mahu singgah minum-minum kopidulu?” Ujar Stanley. Mahu sahaja dia mengajak Damak minum-minum di sebuah kedaikopi kegemarannya di Orchard Road.

“Tak apa... aku baru sahaja minum tadi.”

“Mungkin kau sudah makan di Hassan’s Railway Station Canteen. Makannyamemang sedap. Aku suka beriani ayam dan sayur lodehnya. Teh tariknya juga... Kalausudah rasa masakannya, pasti mahu lagi!” Stanley menjilat bibirnya, mengingati teh tarikHassan yang terkenal di kalangan peladang-peladang Inggeris di Singapura dan diPersekutuan Tanah Melayu.

“Ya... Aku singgah di sana tadi.” jawab Damak. Dia memandang terus ke mataStanley sebelum dia menambah lagi dengan suara yang jujur kedengarannya: “Aku mahujumpa Hanim dulu.”

“Kau tentu rindukan dia.” Stanley cuba meneka sesuatu yang sudah diketahuijawapannya.

“Aku pernah jaga dia macam abang kandung dia sendiri. Tentu aku rindukan dia.”

Stanley mengangguk perlahan. Abu rokoknya dibuang ke luar. Stanley mendapatiDamak sudah lama menghabiskan rokok kreteknya, lalu Stanley menawarkan rokokPlayers kepadanya. Damak menggeleng. Dia mengeluarkan rokoknya sendiri.

“Aku pasti Hanim memanggilku ke sini dengan bersebab...”

“Aku suruh Hanim panggil kau ke sini sebab kawan baik aku, Ong Boon Tatmemerlukan bantuan kau.” Stanley berterus terang kepada Damak.

“Bukankah dia majikan Hanim?” tanya Damak. Tubuhnya tersandar ke kanankerana kereta yang mereka naiki sedang memotong sebuah bas trolley yang sedangmenuju ke arah Pasar Teluk Ayer.

“Ya, dia pemilik The New World. Tempatnya itu bermasalah sekarang.”

Damak mengeluh. Dia tahu benar ‘masalah’ yang dimaksudkan oleh Stanley tanpaperlu diberitahu kepadanya.

Kereta yang mereka naiki berhenti di hadapan taman rekreasi The New Worldyang terletak di Jalan Besar. Walaupun jam masih menunjukkan pukul 6 petang, kawasandi hadapan pintu masuk The New World sudah mula hingar-bingar. Ada ramai orang

http://nizamzakaria.blogspot.com 102

yang berkumpul mengelilingi seorang tabib Cina yang senang menunjukkan kekuatankungfunya. Dia menetak-netak tubuhnya yang kebal itu dengan sebilah parang. Tidakcukup dengan itu, dia telah meminta seorang penonton supaya menetakkan tubuhnya yangnampak pejal itu. Dia satu sudut yang lain pula, terdapat seorang lelaki India yang sedangmeniup serulingnya. Di hadapannya, seekor ular tedung sedang menari-nari mengikutlentok lagu yang dimainkannya. Alunan bunyi seruling mewarnai suasana taman rekreasiThe New World.

“Tuan-tuan mahu beli tali kasut? Pengilat kasut pun saya ada!” ucap seorangYahudi Peranakan di tepi tingkap kereta. Damak cepat menggeleng. Matanya hanyatertumpu ke pintu gerbang New World.

“Tempat ini memang berpuaka.” Getus Damak dengan selamba. Wajahnyanampak bosan. Puaka merupakan satu kalimah yang mampu digunakannya untukmembuatkan Stanley faham. “Malam ni selepas makan di rumah kau, aku akan cubaselesaikan masalah di sini.”

“Baguslah... Lagipun kau perlu berehat.” Stanley menyarankan. “Hanim pun adamenunggu kau di rumahnya.”

“Baiklah.” Sambut Damak dengan pendek. Suaranya rendah. Dia menghirupudara petang dengan rasa penuh puas. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Hanim.Tidak sabar rasanya untuk dia bertemu dengan wanita bernama Hanim itu.

Kereta yang mereka naiki terus bergerak dari Jalan Besar ke arah SerangoonRoad. Setibanya mereka di Serangoon Road, mereka berhenti di hadapan sebuah rumahbatu bersaiz kecil. Taman kecil di hadapan rumah itu nampak terjaga dengan pokok-pokok bunga yang ditanam di dalam pasu.

“Pukul sembilan nanti Ali akan jemput kau di sini. Aku faham kau tentu mahusembahyang dahulu sebelum makan malam.” Kata Stanley dengan suara yang perlahan.Dia keluar dari keretanya. Ali pemandunya serta Jimmy terus duduk di dalam keretasambil memerhatikan tuan mereka berjalan sambil menjengah ke dalam rumah yangdidiami Hanim di luar pintu pagar. “Hanim pastinya ada di dalam.”

“Ya, dia ada di dalam. Dah lama dia menunggu aku.” Damak berkata denganpenuh yakin. Dia senyum sendiri ketika menutup pintu kereta.

“Kalau begitu, kita jumpa lagi malam ini.” Stanley membalas senyuman nakalDamak. Stanley bersalaman dengan Damak sebelum dia kembali masuk ke dalam kereta.Stanley melambaikan tangannya selepas dia meminta Ali supaya membawanya pulang kebanglonya di Katong.

Damak menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memberi salam di luar pintu pagar.Seorang makcik tua keluar mendapatkannya. Makcik tersebut tersenyum meleret.

http://nizamzakaria.blogspot.com 103

“Muka Cik Kiah makin cantik pula saya lihat.” Damak sengaja mengusik. Diamemang suka mengusik Kiah sejak dia mula-mula mengenalinya dahulu.

“Alah kau ni Damak! Suka sangat nak perli makcik!” balas Kiah sambil membukapintu pagar.

“Keluarga Cik Kiah di Kampung Siglap macam mana?” tanya Damak membukabicara.

“Macam biasa, Damak. Si Halim yang kau ubatkan dulu sekarang dah bolehberlari-lari dah. Ye lah, dulu kakinya lumpuh dek kena kacau orang halus.”

“Yang ganggu dia setan, Cik Kiah. Saya sekadar menolong mana termampu.”Sambut Damak dengan selamba. Matanya kemudian memandang terus ke dalam rumah.Dia dapat melihat bayang Hanim di sebalik langsir di jendela.

“Dia dah lama tunggu kau.” Beritahu Kiah dengan nada berbisik. Kiah terusmenjemput Damak masuk ke dalam rumah. “Kejap nanti si Halim tu datang. Dia akanteman kau tidur di sini.”

Damak mengangguk faham. “Dia buat apa sekarang?”

“Dia nak habiskan belajar di madrasah. Nak jadi ustaz katanya.” Suara Kiah jelasbangga.

“Baguslah tu, Cik Kiah.” Besar hati Damak mendengar perkembangan terbarutentang Halim dari Kiah. Damak mencongak-congak. Mungkin usia Halim kini sudahmeningkat 15 tahun.

Di dalam rumah, Damak terus disambut oleh Hanim. Wajah Hanim jelas berseri-seri. Tubuhnya montok dan sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih. Matanya besar tetapinampak sedikit kuyu. Hidungnya mancung dan runcing. Memang tidak syak lagi bahawaHanim adalah seorang wanita yang rupawan.

“Abang Damak!” Sebut Hanim dengan manja.

“Aku dengar, sekarang kau dah jadi anak bangsawan yang terkenal.” Damakmeletakkan begnya ke tepi.

“Entahlah bang. Dah rezeki saya.”

“Kau cantik. Sebab itu mereka suka tengok kau jadi Seri Panggung.”

Hanim tersipu malu. Dia menjemput Damak duduk di ruang tamu rumahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 104

“Stanley kata dia menyuruh kau seru aku ke mari kerana Baba Ong perlumendapatkan pertolongan dari aku?” sebut Damak, kali ini dengan nada yang lebihserius.

“Baba Ong memang ada masalah dengan The New World.” Beritahu Hanimdengan suara perlahan.

“Aku dah tengok tempat kau cari makan tu tadi. Memang tempat tu tak elok...Tempat orang buat maksiat.”

“Bukan itu yang saya maksudkan.”

“Aku faham.” Damak tersenyum nakal.

“Ada lembaga kecil yang mengganggu setiap kali bangsawan dimainkan. Ramaibudak-budak kabaret diganggunya.”

“Itu sahaja?”

“Sebenarnya... Dah dua orang menjadi mangsa.” Hanim memberitahu. “Tapi sayarasa bukan sebab lembaga kecil tu... Tapi sebab lain.”

Cik Kiah keluar dengan membawa dua cawan teh dan sepiring goreng pisangpanas. Perbualan mereka berdua terhenti di situ sahaja. Hanim termenung seketikasebelum dia menjemput Damak supaya minum petang bersamanya.

*

Pada malam itu, seperti yang dijanjikan, Damak telah ke rumah Stanley bersama Hanimuntuk makan malam di sana. Setibanya mereka di banglo besar Stanley di Katong,mereka berdua terus dilayan oleh Stanley dan isterinya dengan baik. Ong, kawan baikStanley juga ada dijemput bersama.

Tukang masak Stanley, Cik Aminah berasal dari Melaka. Masakan Cik Aminahmemang terkenal di Melaka satu ketika dahulu. Begitu tersohor kesedapan masakannyasehingga Stanley telah meminta Aminah menjadi tukang masak keluarganya. Ali, suamikepada Aminah telah diambil oleh Stanley sebagai pemandunya. Ali dan Aminahsekeluarga kini tinggal di sebuah rumah kecil di belakang banglo Stanley. Jika bukanmelalui Ali, mungkin Stanley tidak akan dapat mengenali Damak.

Stanley memerlukan bantuan Damak satu ketika dahulu kerana anak lelakinyaPaul dikatakan telah disampuk penunggu Pulau Tekong. Perkara ini telah berlaku setelahPaul berkhemah di sana dengan pasukan pengakapnya dari Sekolah Anglo Chinese.Keadaan Paul agak teruk. Kedua belah kakinya lumpuh.

Paul meracau siang dan malam selama hampir sebulan, jenuh Stanley berubat,tetapi sakit Paul tidak hilang-hilang, sehinggalah Damak datang menolong. Stanley

http://nizamzakaria.blogspot.com 105

terhutang budi dengan Damak. Dia telah bertekad untuk menunaikan apa sahajapermintaan Damak setelah Damak menyelamatkan nyawa satu-satunya anak lelakinya.Damak tidak meminta apa-apa balasan, kecuali membantu mencari pekerjaan untukseorang gadis yang cantik rupa parasnya yang bernama Hanim. Stanley bersetuju, laludijaganya Hanim seperti anaknya sendiri. Rumah sewanya di Seranggon Road itu jugatelah dipinjamkan kepada Hanim dengan percuma.

“Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada encik Damak kerana sudidatang ke Singapura untuk menolong saya.” Ucap Ong kepada Damak sebaik sahajaDamak dibawa Stanley duduk berehat di ruang tamu rumahnya setelah mereka selesaimakan malam. Ruang tamunya itu menghadap ke arah Selat Singapura. Bunyi ombakyang menghempas pantai menenangkan lagi keadaan malam yang diterangi dengancahaya bulan purnama.

“Aku mahu membantu dengan iklas. Lagipun kau dah banyak tolong Hanim.”Mata Damak tertancap kepada seekor cicak yang baru sahaja mengeluarkan bunyiberkali-kali. “Aku telah diberitahu tentang masalah yang kau hadapi di New World. Akudah tengok tempat kau tadi. Hanim ada beritahu ada orang terkorban—”

“Betul, encik Damak. Dua orang penari kabaret kami mati dengan cara yangmengerikan. Mereka masih muda lagi. Kedua-duanya gadis kami bawa dari Shanghai.Seorang lagi, baru sahaja mati minggu lepas... Seorang pemain trompet dari Filipina.Kesemua mereka yang mati kelihatan seperti darah mereka telah dihisap sampai kering.”Beritahu Ong. Dahinya berpeluh-peluh. Dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangannyauntuk mengelap dahinya yang basah itu.

“Dah buat laporan dengan mata-mata?” tanya Damak meminta kepastian. Diamengambil cerut dari Cuba yang telah diberikan Ong kepadanya.

“Sudah... Mereka tak boleh buat apa-apa. Siang-siang mereka beritahu ini kerjaorang yang mahu dengki dengan saya. Kerja orang halus kata mereka.”

“Kau ada musuh?” Damak membakar bahagian hujung cerutnya. Kemudian diamenghisap cerutnya dalam-dalam.

“Saya peniaga... Memang aku tak boleh nafikan, ramai yang dengki.” Ongmemegang pipinya sambil termenung seketika. “Perniagaan saya teruk terjejas. Ramaipenari kabaret, pemain muzik dan beberapa pelakon bangsawan mahu berhenti. Ini tidakdikira lagi dengan para pelanggan saya yang takut untuk ke New World sekarang.”

“Memang susah kalau manusia ada sifat hasad dengki ni.” Keluh Damak. Diatermenung jauh. Udara segar dari laut masuk ke dalam ruang tamu lalu menyapawajahnya. “Aku tak boleh janji... Tapi aku akan cuba selesaikan masalah ini sebaikmungkin.”

“Terima kasih.” Ucap Ong sambil tertunduk sekali. Perasaannya sedikit tenang.Tidak lagi seresah sebelumnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 106

Ong merenung ke dalam wajah Damak. Dia masih sukar untuk mempercayaibahawa lelaki Melayu di hadapannya adalah sehebat yang diceritakan Stanley. Tetapi Ongmenghormati Stanley dan dia tahu bahawa rakannya itu boleh dipercayai. Lagipun diatidak mempunyai banyak pilihan. Pelbagai cara telah diusahakannya untuk menghalaupuaka yang datang mengganggu taman rekreasinya. Semuanya menemui jalan buntu. Diabenar-benar mengharap bahawa kali ini, Damak dapat menyelesaikan masalah besar yangterpaksa ditanggungnya sekarang....

**

Damak telah dibawa Ali ke New World pada malam itu. Ali nampak takut-takut.Tapi sejak dari awal lagi dia tidak menyuarakan sebarang pendapatnya.

“Kalau kau nak balik, kau boleh balik.” Ucap Damak akhirnya kepada Alisetibanya dia di hadapan pintu gerbang New World.

“Tak apa tuan, lagipun isteri saya si Minah tu dah tahu saya akan balik lambat.”Jelas Ali. Damak tersenyum tawar. Entah sudah berapa kali dia meminta Ali supayajangan memanggilnya tuan, tetapi Ali seperti tidak reti bahasa gamaknya.

Ali meletakkan keretanya ke tempat meletak kereta. Di sana ada beberapa buahkereta yang sedang dijaga oleh si pemandu yang sedang menunggu tuan mereka yangbaru sahaja mahu pulang. Malam semakin larut menyusup ke pagi.

Damak masuk ke dalam New World. Terus dia berjalan masuk ke arah dewankabaret. Dari luar dia sudah boleh mendengar bunyi muzik kabaret dimainkan. Dia kenaldengan lagu yang dimainkan. Lagu tersebut merupakan lagu Melayu popular yangberjudul Terang Bulan – satu lagu yang sering juga dimainkan melalui alat pemain rekoddi FMS Bar & Restaurant di Ipoh yang pernah dilawatinya lebih setahun yang lalu.

Damak mengemaskan sedikit kot yang sedang dipakainya. Dia sememangnyanampak segak pada malam itu. Beberapa penari yang ada memandang ke arahnya.Mereka tersenyum manis. Mereka tidak pernah nampak kelibatnya sebelum ini.

“Saudara kawan kepada Tengku Hassan?” tegur seorang gadis Melayu yangnampak manis berkebaya ketat.

“Bukan.” Jawab Damak sambil tersenyum.

“Saya fikirkan saudara kawan kepadanya. Dia kata dia mahu datang kemarimalam ini bersama kawan-kawannya—“

“Mungkin dia sibuk malam ini.” Jawab Damak sambil tersenyum nakal apabilamelihat gadis cuba bermanja kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 107

“Mungkin juga.” Wajah gadis itu mula pudar. Dia cuba menyembunyikan rasakecewanya setelah mendengar penjelasan dari Damak.

“Saya perlu berjumpa dengan Alfred Tan. Dia ada di sini?” tanya Damak denganmeredupkan matanya seolah memujuk gadis tersebut agar jangan bersedih. Dia telahdiberitahu oleh Ong bahawa dia perlu menemui Alfred yang mungkin dapatmembantunya melakukan pekerjaannya pada malam ini.

“Oh, dia di sana.” Gadis tersebut menjuihkan bibirnya ke arah bar. Di sana berdiriseorang lelaki Cina yang sedang menghisap sebatang rokok cerut.

“Terima kasih.” Ucap Damak. Dia ingin bergerak ke arah Alfred, tetapi lengannyatelah dipegang oleh gadis tersebut.

“Saudara ini... Kawan Hanim bukan?”

“Ya.” Jawab Damak pendek.

“Jadi betullah cakap Hanim... Saudara ini memang kacak orangnya.” Gadistersebut menggigit bibirnya.

“Saudari kenal dengan Hanim?”

“Siapa yang tidak kenal dengan dia?” Wajah gadis tersebut terkerut kehairanan,seolah-olah tidak percaya dia telah disoal perkara tersebut oleh Damak.

“Maksud saya, saudari berkawan dengan Hanim?”

“Ya. Saya selalu ke bilik persalinannya kalau saya ada masa. Saya mahu menjadipelakon bangsawan, tapi entahlah...” Gadis tersebut mengeluh sambil termenung ke ataslantai.

“Siapa nama saudari?”

“Latifah.”

“Saudari berasal dari mana?”

“Kelantan...” Jawabnya serba salah.

“Latifah, saya terpaksa bertemu dengan encik Alfred. Jika kita ada masa nanti,kita boleh berbual panjang.” Ucap Damak dengan sopan. Dia melangkah beberapa tapakke hadapan sebelum dia berhenti sebentar lalu mendapatkan Latifah kembali. “Jangandibuang anak di dalam perut saudari itu walaupun Tengku Hassan tak akan mengaku ituanaknya. Jaga dia baik-baik. Bila dah besar nanti budak itu akan jadi orang besar diMalaya nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 108

Latifah mengangguk tercengang mendengar kata-kata Damak tadi. MasakanDamak tahu tentang dirinya yang hamil sedangkan dia sendiri baru sahaja disahkantentang hal ini tengah hari tadi dan tidak ada orang lain yang mengetahuinya kecualidirinya sendiri.

Damak meninggalkan Latifah lalu pergi mendapatkan Alfred. Seorang tauke Cinakemudian datang menghampiri Latifah lalu memberinya sekeping tiket berwarna merahjambu. Latifah membenarkan tauke tersebut memegang tangannya serta pinggangnyayang ramping, lantas mereka terus menari mengikut lagu yang sedang dimainkan olehpancaragam kabaret. Wajah Latifah dihiasi senyuman walaupun jiwanya terganggumendengar kata-kata Damak tadi.

“Alfred... Nama saya Damak.” Damak menghulurkan tangannya untukbersalaman dengan Alfred.

“Tuan Ong ada beritahu encik akan datang... Tapi saya fikirkan esok malam.”Alfred menggenggam tangan Damak dengan kuat.

Alfred nampak terkejut, mungkin sedikit terpegun. Dia merenung ke dalam wajahDamak. Dia menyangka dukun yang akan menemui malam ini tua orangnya. Tapisangkaannya ternyata meleset.

“Jadi... boleh beritahu saya apa yang sebenarnya berlaku di sini?” tanya Damak.Alfred mengangguk. Dia memegang bahu Damak, lantas membawa Damak keluar daridewan dari arah pintu belakang.

“Tempat ini... banyak susah untuk saya cerita encik Damak.” Alfredmenggelengkan kepalanya dengan lesu.

“Apa yang susahnya?”

“Begini... Dahulu tempat ini tidak pernah ada masalah. Tapi sekarang, entahlah.”Alfred menggeleng lesu. “Cuba lihat di dalam sana. Dulu tempat ini penuh denganpelanggan. Sekarang makin lama makin kosong.”

“Jadi apa yang buat kacau di sini?”

Alfred memandang ke kiri dan ke kanan. Dia jelas nampak takut-takut untuk terusbercerita. Dia menelan air liurnya sebelum menyambung:

“Benda itu keluar malam-malam buat kacau... suka kacau orang-orang di sini... Ialaparkan darah!” mata Alfred memandang ke kiri dan ke kanan ketika dia mengeluarkankalimah-kalimah ini.

Damak tersenyum sendiri, walaupun wajah Alfred jelas bimbang. Peluh jantanmula menitik di atas dahi Alfred. Wajahnya yang lesu itu jelas nampak pucat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 109

“Jadi kau percaya dengan benda karut ni semua?” tanya Damak kepadanya.Suaranya keras walaupun dia cuba berjenaka.

“Benda tu memang ada! Saya pernah nampak!” Getus Alfred bersungguh-sungguh.

“Benda kau sebutkan macam mana?”

“Tubuhnya kecil, tapi wajahnya menakutkan.” ucap Alfred bersungguh-sungguh.“Meremang bulu roma tengkuk saya bila fikirkan balik.”

“Saya faham...”

“Jadi encik boleh tolong kami?”

“Boleh... Tetapi semuanya dengan izin Allah.” Ujar Damak dengan penuh redhaakan kebesaranNya. Alfred mengangguk mengerti.

“Encik ikut saya. Selalunya ia akan muncul di bawah.” Alfred mengajak agarDamak berjalan mengekorinya ke arah sebuah pintu yang berdekatan.

Tangan Alfred terketar-ketar mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya apabila diatiba di hadapan bilik yang dikatakan berpuaka itu. Beritahunya kepada Damak:

“Ini bilik stor kami.”

Damak turun untuk ke bilik stor yang terletak di bawah tanah. Alfred terburu-burumembuka suis lampu apabila dia melihat Damak menuruni anak tangga di dalam gelap.

“Tempat simpan botol arak...” getus Damak sambil memandang ke arahsekelilingnya. Keadaan di dalam stor agak dingin jika dibandingkan di luar.

“Kami banyakkan simpanan kami, lebih-lebih lagi apabila Perang Dunia sudahbermula di Eropah.” Alfred menjelaskan keadaan bilik stor yang kelihatannya penuh diisidengan stok minuman dan makanan.

“Banyak persediaan kau lakukan.”

“Kami takut nanti apabila Eropah sibuk berperang, stok barang-barangan yangkita selalu beli dari mereka akan terhenti... Tapi tak apalah. Saya rasa perang ini akanberakhir tidak lama lagi. Kita di sini tidak perlu takut. Tak ada sesiapa yang akanmenyerang Singapura selagi British ada memerintah di sini.” Kata Alfred dengan penuhyakin. Dia mengelap peluhnya yang menitik di kepalanya.

Damak memerhatikan berkotak-kotak botol arak serta barangan makanan keringyang tersimpan di dalam bilik stor. Bunyi lagu yang dibawa oleh orkestra di tingkat atasdapat didengarinya di dalam bilik stor yang bersaiz besar itu walaupun sayup-sayup.

http://nizamzakaria.blogspot.com 110

Lampu mentol tiba-tiba berkelip-kelip. Kemudian terdengar bunyi seperti orangberjalan di belakang mereka. Alfred cepat-cepat menoleh, tetapi dia tidak dapat melihatapa-apa kecuali kerawang labah-labah yang ada di sudut-sudut tembok.

“Encik dengar tu?” Tanya Alfred dengan dahinya terkerut seribu. Dia nampakgelisah.

“Dengar.” Jawab Damak dengan selamba. Dia langsung tidak nampak takut.

“Kalau kau takut, kau boleh naik ke atas. Kau tunggu sahaja di atas. Kalau dengarapa-apa yang pelik, jangan cuba turun ke bawah.”

Alfred mengangguk dengan cepat. Dia menarik nafas lega. Lantas dengan cepatjuga dia melangkah ke untuk naik ke atas.

Damak berjalan ke arah hujung bilik stor ke tempat dia dapat mendengar bunyiseorang anak kecil ketawa sendiri.

Damak tidak dapat mencari anak kecil yang mungkin sedang bermain-main didalam bilik stor ini. Dia kini berhadapan dengan sebuah tembok batu. Dia merenung kearah tembok di hadapannya. Dia memegang permukaan tembok tersebut. Terasa sejukseperti air baru. Damak menarik nafasnya panjang-panjang. Buat pertama kali padamalam itu dia mula menunjukkan wajah risau.

Damak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia dapat merasakan bahawabukan dia seorang yang ada di dalam bilik stor bawah tanah itu.

Damak sekali lagi dapat mendengar suara seorang anak kecil sedang ketawa dibelakangnya. Damak menoleh. Dia dapat melihat kelibat seorang anak kecil berlari-lari ditepi matanya. Apabila dia cuba mendekatinya, kelibat anak kecil itu hilang begitu sahaja.

“Buat apa kau di sini? Siapa tuan kau?” tanya Damak dengan suara yang tenang.

Seorang anak kecil yang botak yang berbogel merangkak-rangkak di hadapannya.Kemudian anak kecil itu berdiri. Wajah anak kecil itu jelas nampak menakutkan.Kulitnya pucat kehijauan. Matanya putih tanpa biji mata.

Lembaga di hadapannya itu, di sesetengah tempat dikenali dengan nama toyol.

Semakin galak anak kecil itu ketawa, tetapi mulutnya tidak sedikit pun bergerak.

“Aku cuma mahu tahu siapa tuan kau.” Damak bersuara lembut.

Tiba-tiba bahagian dinding yang sejuk tadi kini kelihatan berombak. Beberapadetik kemudian, ia mengeluarkan cahaya yang kelam dan bahagian dinding itu mulaberpusar. Kelibat seorang lelaki dan dua orang kembar wanita yang berpakaian serba

http://nizamzakaria.blogspot.com 111

hitam tiba-tiba muncul di hadapannya. Mereka seolah-olah kelihatan tergesa-gesa untukmasuk ke dalam pusaran di permukaan dinding tersebut.

Damak tercengang. Dia kenal benar dengan salah seorang lelaki tersebut. Dengancepat dia bergerak beberapa tapak ke belakang sambil membuka langkah untukmenyerang.

“Di sini bukan tempatnya, Damak!” jelas lelaki tersebut dengan pantas.

Salah seorang kembar wanita yang sedang memakai pakaian serba hitam yangsedang berdiri di sebelah lelaki tersebut sedang membaca sesuatu yang tertulis di atasskrin di lengannya. “Vorteks akan tertutup dalam masa kurang dari seminit, Awang!”ucapnya dengan suara tegas. “Kita perlu keluar cepat dari dunia ini sebelum merekamenyedari kehadiran kita di sini.”

Awang memandang terus kepada Damak yang sedang berdiri kaku, seolah-olahdia sedang menantikan Awang melakukan sesuatu kepada dirinya.

“Kenapa kau berada di sini? Bukan sudah aku pinta kau jangan sekali-kali lagidatang ke sini!” Damak melenting marah. “Kau sudah berjanji tak akan buat kacau lagi!”

“Kau tak faham Damak. Sampai bila-bila pun kau tak akan faham.”

“Apa yang perlu aku fahamkan?”

“Kami telah ke sini kerana telah diamanahkan dengan tugas. Kami telah berjayamelalukan tugas kami, dan sekarang kami perlu pulang ke tempat asal kami!”

“Siapa mereka?” Ujar Damak memandang kepada kembar bersamanya. Damaknampak keliru. Dia cuba meneliti pakaian yang dipakai oleh mereka, tetapi tidak pernahmelihat jenis fabrik mahupun beberapa peralatan yang dibawa bersama mereka.

“Kau tidak perlu tahu!”

“Jangan kau cuba mencabar kesabaran aku, Awang. Kau tahu apa yang aku bolehlakukan kepada kau!”

Awang Menggaru-garu tengkuknya. Dia memandang ke arah toyol di hadapannya.Dia bercangkung, lalu memandang tepat ke arah toyol tersebut, sebelum memandangkembali ke arah Damak.

“Aku terjumpa dengan toyol ini di Kampung Tanjung Irau. Tuannya sudah aku…Bunuh. Dia tidak bertuan, jadi aku simpan dia di sini.” Awang cuba mengusik toyol itudengan memegang pipinya, tetapi toyol itu membalas dengan cuba menggigit jarinya itudengan giginya yang tajam. Tangan Awang pantas menarik balik jarinya. Dia tersenyumsendiri.

http://nizamzakaria.blogspot.com 112

“Jangan berdolak dalih lagi, Awang! Beritahu kepadaku apa yang kau buat disini!”

“Aku ke sini untuk melakukan satu tugas yang kau tak perlu tahu. Setelah beradadi sini selama lebih dua minggu, kini kami mahu pulang.” Kata Awang. Dia bergegasberdiri kemudian dia memandang ke arah skrin di lengannya. Skrin tersebutmengeluarkan amaran dengan memancarkan warna merah berkelip-kelip. Awangmenekan skin tersebut berkali-kali. Dia nampak risau apabila pusaran yang bercahaya dihadapannya menjadi semakin kecil.

Awang telah mengarahkan dua orang yang bersamanya tadi supaya masuk kedalam pusaran. Mereka akur dengan perintah Awang, lantas terus hilang masuk ke dalamdinding. Awang kemudian melangkah masuk ke dalam pusaran tersebut, tetapi tangannyatelah digenggam kuat oleh Damak.

“Sudah aku katakan, aku bukan musuh mu Damak!” tempelak Awang dengankuat. Tatkala itu juga mata Awang berubah merah. Dia menyeringai sehinggamenampakkan giginya yang tajam. Wajahnya agak menakutkan. Awang mengaum kuat,lantas mengeluarkan suara yang menggerunkan.

Dengan pantas Damak memegang tangan Awang. Dia tidak mungkin akanmembenarkan Awang melepaskan dirinya begitu sahaja. Digenggam lengan kiri Awangdengan kuat sehingga timbul tali-tali urat di lengannya sendiri.

“Lepaskan aku Damak!” suara Awang keras dan garau. Damak masih tidak mahumelepaskannya pergi. Kini Awang mula menyesal kerana telah memilih tempat inisebagai lokasi tempat keluar dan masuknya ke dalam dunia ini semata-mata kerana diamahu melihat Hanim yang sudah lama tidak ditemuinya dari jauh.

Awang kemudian mengeluarkan sebiji kiub kecil yang telah disimpan di salahsatu kocek di bajunya. Kiub kecil itu dilontarkan ke atas lantai kemudian kiub tersebutterbuka dengan sendirinya pada bahagian tengah dengan satu pergerakan mekanikal.

Damak memandang ke arah Awang. Dia mendapati bahawa Awang sedang memakaisepasang cermin mata hitam dengan tangan kanannya.

"Ini hadiah untuk kau!" tempelak Awang sambil tersenyum memandangnya.

Damak memandang kembali ke arah kiub tersebut. Didapatinya kiub itu seolah-olah sedang menyerap segala sumber tenaga di sekelilingnya. Lampu mentol sekali lagiberkelipan sebelum ia terus mati.

Di tingkat atas, di dalam dewan kabaret serta kesemua bahagian New World gelapgelita. Suara beberapa orang wanita menjerit dapat didengar Damak, walaupun kelam danperlahan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 113

Kiub tersebut kini mengeluarkan cahaya yang begitu kuat sehingga menerangiseluruh pelosok bilik stor. Cahaya tersebut begitu kuat sehingga Alfred sendiri dapatmelihatnya dari luar bilik stor. Dia kurang faham apa yang telah berlaku.

Mata Damak berpinar-pinar menahan sinaran cahaya yang telah membuatmatanya buta buat seketika. Damak melepaskan genggamannya terhadap lengan Awanglantas cepat-cepat dia menggunakan tangannya untuk menutup matanya sendiri.

Damak terpinga-pinga buat seketika. Keadaan kembali tenang. Dia menggosok-gosok matanya yang masih kabur itu. Dia melihat Awang sudah hilang dari pandangan.Yang ada cuma toyol yang kelihatan kaku di hadapannya. Ia terbaring kejang sepertisebuah anak patung. Ia tidak lagi kelihatan menakutkan seperti sebelumnya.

Damak mengeluarkan pisau belit yang ada disimpan di dalam kocek seluarnya.Dia pergi ke arah sebuah karung beras. Dia menggunakan pisaunya untuk membukakarung tersebut lantas mengeluarkan isi beras yang ada. Dia kemudian menggunakankarung tersebut untuk menutup tubuh toyol yang telah kaku itu. Tubuh toyol itu kemudiantelah dibawanya keluar dari bilik stor.

“Apa yang telah terjadi?” tanya Alfred. Dia mengesat peluh di atas dahinya yangluas itu. Alfred cepat-cepat menutup pintu bilik stor sebaik sahaja Damak berjalanmelangkah keluar.

Damak termenung jauh. Dia nampak keliru. Sukar benar untuk dia menjawabsoalan dari Alfred tadi. Sepanjang hayatnya, telah banyak kali dia menghadapi kejadiandemi kejadian yang ganjil, tetapi apa yang telah dilihatnya tadi lain dari yang lain.

"Apa yang encik bawa keluar?" tanya Alfred sambil memandang ke arahbungkusan yang kini kelihatan basah dan berlendir.

"Kau tak mahu tahu." Tegas Damak memegang dengan erat bungkusan karungguni yang mula bergerak-gerak dengan sendirinya.

Alfred mengangguk faham. Anak tekaknya bergerak-gerak.

"Tempat ini tidak akan diganggu lagi. Sekurang-kurangnya itu yang mahu akufikirkan." Jelas Damak ragu-ragu. .

Alfred mengangguk mengerti. Penjelasan dari Damak tidak begitu pentingbaginya. Apa yang penting sekarang adalah dewan kabaretnya tidak diganggu lagi dengansegala bencana yang telah datang mengganggu sejak sebulan yang lalu.

*

Damak pulang ke rumah Hanim. Didapatinya Hanim masih belum tidur lagi. Halim anakbujang si Ali pemandu itu pula sedang berjaga di luar. Matanya kuyu tatkala dia sedangmembuka pintu pagar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 114

Ali membisikkan sesuatu kepada Halim. Ali meminta anaknya supaya menjagadirinya dengan baik. Ali terpaksa pergi untuk pulang ke Katong. Halim faham dengannasihat yang telah diberikan oleh ayahnya itu.

Hanim tidak banyak bercakap. Dia hanya memandang ke arah bungkusan yangsedang dipegang oleh Damak. Wajahnya jelas risau.

"Halim... Kau berjaga di luar ya." Pinta Damak dengan suara kepenatan. Hanimpula masuk ke dalam biliknya sebelum dia keluar dengan sebuah bantal dan sehelaiselimut untuk diberikan kepada Halim. Hanim terus menyarankan supaya Halim tidur diatas bangku panjang di luar rumahnya itu.

Halim berkeras untuk tidak mahu tidur, tetapi entah mengapa, matanya terlaluberat untuk dibuka. Dia berjalan ke arah bangku panjang seperti telah dipukau. Terus diamembaringkan dirinya di sana dengan memeluk bantal yang telah diberikan kepadanyadan menyelimuti tubuhnya, lantas dia terus terlelap.

"Apa yang telah berlaku tadi? " tanya Hanim ingin tahu. Dilihatnya Damakmeletakkan bungkusan yang bergerak-gerak itu di atas meja. Dia terasa lemah, seolah-olah tenaganya telah diserap.

"Tadi aku bertemu dengan Awang." Beritahu Damak perlahan.

Mata Hanim terbeliak kerana terlalu terkejut. Kali terakhir dia bersemuka denganAwang adalah 10 tahun yang lalu di Province Wellesley, apabila Damak memintanyasupaya pergi ke tanah kelahirannya di Aceh dan jangan sekali-kali menjejakkan kakinyake tanah semenanjung Tanah Melayu lagi.

"Bagaimana dengan keadaan dia sekarang?" Tanya Hanim dengan bersungguh-sungguh, seolah menagih jawapan dari Damak.

Damak tidak mahu terus menjawab soalan dari Hanim tadi. Dia tahu bahawahubungannya dengan Awang agak erat satu ketika dahulu. Malah dalam satu ketika yanglain pula, jika bukan kerana Awang, dia mungkin tidak akan berpeluang mengenaliHanim.

Damak membenci Awang. Agaknya, tidak ada lagi makhluk dalam dunia ini yanglebih dibencinya. Damak membenci Awang sejak kali pertama dia mengetahui tentangkejadian Awang sebagai seorang vampiro. Dan sememangnya Damak menganggap semuavampiro sebagai petualangnya yang harus dimusnahkannya sama sekali.

“Aku sepatutnya membiarkan dia mati dahulu.” Tegas Damak. Suaranya jelasmarah.

“Sabar bang. Yang lepas tu biarkan lepas.” Pujuk Hanim. Dia duduk bersimpuh dihadapan Damak. Sesekali dia akan memandang ke arah bungkusan di hadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 115

“Kau juga yang mahu dia terus hidup.” Damak menyalahkan Hanim. Suaranyajelas berbaur cemburu. Damak kadangkala akan merasa kurang senang dengan hubunganHanim yang terlalu rapat dengan Awang...

“Apa yang dah abang bawa balik?” Tanya Hanim, sengaja dia menukar arusperbualan.

Damak membuka karung yang menyelubungi toyol yang telah dibawa baliknya.Dalam bahagian karung tersebut penuh dengan lendir berwarna hijau.

Dengan penuh berhati-hati, Damak membersihkan lendir tersebut. Di dapatinyatoyol tersebut kini kelihatan seperti seorang anak kecil yang normal.

“Dia sudah berubah!” ujar Damak langsung tidak percaya dengan apa yangdilihatnya.

“Apa yang telah berubah?” tanya Hanim kehairanan. Dia membetulkan sanggul dikepalanya.

“Dia sekarang sudah menjadi seperti kau. Dia sudah berubah.” Ujar Damak. Kata-katanya terus difahami oleh Hanim.

“Macam mana pula dia boleh berubah?” tanya Hanim sambil memegang belakangtengkuknya.

“Sebelum Awang hilang, dia ada menggunakan sejenis alat yang mengeluarkancahaya yang kuat. Alat yang digunakan Awang tadi mungkin telah menyerap tenaga aku,dan kemudian tenaga itu dilepaskan dan budak ini menyerapnya.” Damak menggaru-garukepalanya. Jika difikirkannya dengan teliti, bentuk senjata yang digunakan Awang tadipernah dilihatnya pada satu ketika yang begitu lama dahulu, tetapi di dalam bentuk yanglain.

“Jadi apa kita nak buat dengan budak ni bang?” Tanya Hanim yang mulamemberanikan dirinya menghampiri anak kecil yang diletakkan di atas meja di ruangtamunya. Kepala anak kecil itu botak, dia mengusap-usap kepala anak kecil itu denganmanja.

“Awang sudah membunuh tuannya... Kalau tidak kita boleh hantar dia balikkepada tuannya.”

“Apa kata abang benarkan saya jaga budak ini?”

“Eh, kau ni mengarut saja!”

“Alah abang, apa salahnya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 116

“Nanti apa pula orang kata?”

“Saya kata ini anak kakak saya dari Melaka... Saya terpaksa menjaganya kerana...Kakak saya tu sudah meninggal. Saya pasti orang akan faham.” Kata Hanim denganmengaturkan kalimah-kalimahnya satu persatu.

Damak termenung jauh untuk memikirkan kata-kata Hanim tadi. Dia tahu bahawaHanim keseorangan. Hanim tidak berteman. Jika satu ketika dahulu, Awang seringmenemaninya, kini Awang sudah entah ke mana.

“Bagaimana pula dengan kerja kau?” tanya Damak dengan dahinya terkerut.

“Saya boleh dapatkan pengasuh untuk menjaganya bila saya keluar bekerja.Lagipun saya selalu kena kerja malam.” Jelas Hanim dengan bersungguh-sungguh. Diaharap Damak akan dapat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon bangsawan.“Lagipun tentu abang tahu... Saya sudah lama mahukan seorang anak.”

Hanim memandang kosong ke hadapan. Dia mengeluh. Dia sedang memikirkansesuatu yang telah lama mahu dilupakannya.

Hanim bergerak mengangkat anak kecil di hadapannya lantas terusmengendongnya seperti anaknya sendiri.

“Kita namakan dia Osman, ya bang!” saran Hanim, yang hanya dia sahaja tahumengapa dia ingin menamakan anak kecil itu dengan nama Osman...

“Ikut suka hati kau Hanim.” Keluh Damak. Dia mendapati Osman mula membukamatanya. Dia nampak tenang tatkala dia melihat Hanim sedang mendukungnya. Dianampak manja, seolah telah lama dia menunggu saat untuk menerima kasih seorang ibuseperti Hanim.

Damak termenung jauh. Dia memikirkan kembali tentang kejadian yang telahdialaminya. Dia masih kurang mengerti apa yang dilihatnya mahupun apa yangdimaksudkan oleh Awang kepadanya tadi.

Damak memikirkan kembali tentang Awang. Damak membenci Awang,walaupun dia telah mengenali Awang dan berkawan dengannya sejak mereka berduamasih kecil lagi, di Melaka lebih 400 tahun yang lampau. Ketika mana namanya dikenalioleh mereka yang masih hidup pada ketika itu dengan nama Kasturi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 117

Buku II. Bab 2

Ketika Kasturi dilahirkan, Sultan Mahmud Shah adalah Sultan yang memerintah Melaka.Tun Perak masih hidup tetapi beliau sedang menghabiskan sisa-sisa hari tuanya melihatkegemilangan Melaka dari hari ke sehari semakin pudar dek pimpinan Sultan-sultan yanglemah serta gila kuasa. Melaka yang satu masanya gemilang, kini seperti menanti hari-hari kejatuhannya. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis mula mencari jalan ke Timur danmula lapar untuk menjajah sebuah pelabuhan yang kaya dan tersohor seperti Melakauntuk memperkuatkan lagi kedudukan ekonomi negara mereka...

Bapa Kasturi merupakan bomoh yang terkenal di kampungnya dan ibunya pulaseorang bidan. Sejak kecil lagi, Kasturi telah diturunkan oleh bapanya ilmu-ilmukebatinan yang diharapkan pada satu hari nanti Kasturi akan dapat menjadi seorangbomoh sepertinya.

Apabila Kasturi berumur sembilan tahun, dia mempunyai minat yang mendalamdalam seni persilatan. Berbekalkan kecekalan diri, dia telah meminta bapanya supayamembenarkannya berguru dengan seorang guru silat dari Pasai. Seorang pedagang Pasaiyang menetap di hujung kampungnya, di Kampung Gajah Berang bernama Budiman.

Sewaktu Kasturi berguru dengan Budimanlah dia mula mengenali Awang. Awangyang berusia tiga tahun lebih muda darinya itu mula rapat dengannya sejak hari pertamaKasturi berguru dengan Budiman. Ke mana sahaja Kasturi pergi. Awang mahu ikut sama.Dari awal lagi Awang, anak sulung Budiman itu menganggap Kasturi sebagai abangnyasendiri.

Kasturi dan Awang mempunyai sifat yang amat berbeza. Jika Kasturi suka kepadadunia persilatan dan dunia mistik, Awang pula lebih suka menghabiskan masanyamembaca kitab-kitab agama yang telah dikumpul bapanya. Jika Kasturi sukamenghabiskan masa lapangnya dengan mengembara, Awang pula lebih suka mengukirdan bertukang di rumah. Mungkin perbezaan yang ada di antara mereka inilah yangmembuatkan hubungan mereka rapat. Awang suka mengikut apa sahaja dilakukan olehKasturi. Jika Kasturi mahu pergi mengail di sungai, dia akan ikut sama dan belajar untukmengail. Jika Kasturi mahu belajar seni persilatan dan berlatih sehingga ke larut malam,Awang akan melakukan perkara yang sama – menemaninya dengan setia. Hubunganmereka memang rapat dan Awang langsung tidak menyembunyikan perasaan sayangnyakepada Kasturi dengan memberitahunya bahawa dia menyayanginya seperti seorang adikyang menyayangi abangnya.

Apabila Kasturi meningkat dewasa, semangatnya untuk belajar dunia kebatinandari bapanya semakin mendalam. Jika tidak cukup berguru dengan bapanya, dia akanmasuk ke dalam hutan dan bertapa di sana. Awang yang rapat dengannya, akan mengikutsama, walaupun dia langsung tidak tahu apa yang dilakukannya bersama Kasturi danyakin dia tidak mendapat apa-apa faedah dari pertapaannya. Jadi lama-kelamaan, Awangtidak ikut serta, lalu belajar dari bapanya ilmu pelayaran. Melalui ilmu pelayaran yangdipelajarinya ini, sejak dia berumur 16 tahun dia telah berjaya berlayar sehingga ke Pasai

http://nizamzakaria.blogspot.com 118

dan pulang semula dengan membawa barang-barang perdagangan yang bolehdiperdagangkan oleh bapanya di Kota Melaka.

Ketika berusia 16 tahun itu jugalah, pada tahun 1509, Awang telah dapat melihat

sendiri seangkatan kapal dari Portugis yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequiera tiba diMelaka. Walaupun Melaka pada masa itu sering dilawati oleh pelbagai bangsa dari segalapelosok Asia, itulah kali pertama Melaka dilawati oleh orang dari benua Eropah.

*

Kasturi memandang kepada sekumpulan pedagang Portugis yang berjalan di KotaMelaka. Matanya tertumpu pada mereka. Dia ada mendengar beberapa pedagang Melakayang telah memanggil mereka dengan nama ‘Benggali Putih’ dan ada pula dengan namaFeringgi. Kumpulan mereka dikerumuni oleh anak-anak Melaka yang mahu memegangjanggut mereka serta menyentuh pakaian yang mereka pakai.

Kasturi mendapati Awang lebih berminat untuk mendekati mereka, mendengarapa yang terkeluar dari mulut mereka. Mata Awang terus kepada mereka denganpandangan penuh kagum. Dia tidak menyangka dia akan akhirnya bertemu dengan orang-orang Eropah yang selama ini hanya diketahuinya melalui pembacaannya mengenaikisah-kisah perang salib dari kitab-kitab kepunyaan bapanya.

Pada ketika itu, Kasturi lebih berminat melihat pertunjukan ahli sihir dari Mesiryang sedang mengadakan pertunjukan di tengah-tengah kesibukan Kota Melaka.Beberapa orang pemuda Melaka sibuk memperkatakan tentang pertunjukan tersebut yangdikatakan penuh dengan keajaiban yang tidak pernah mereka saksikan sebelum ini.

“Cepatlah sikit!” Kasturi menarik tangan Awang yang sedang tercengangmendengar perbualan pedagang Portugis yang sedang melihat rempah ratus yangdiperdagangkan di kedai kepunyaan keluarganya.

“Tapi saya nak tahu apa yang mereka bualkan sesama mereka!” tegas Awangapabila rombongan dari Portugis itu datang ke gerai keluarganya untuk melihat lada hitamyang diperdagangkan di sana. Seorang lelaki Portugis sedang mengambil segenggam ladahitam lalu menciumnya. Wajahnya jelas takjub.

“Kau nak pergi ke tak nak? Kalau kau tak nak aku boleh pergi sendiri!” ujarKasturi dengan nada mengugut. Awang mengeluh lesu.

Awang memberi isyarat kepada ibunya bahawa dia mahu mengikut Kasturi kebahagian hujung pasar besar di Kota Melaka ini. Ibunya sekadar mengangguk perlahan,walaupun kalau boleh, dia mahu anaknya dapat membantunya melayan kerenah BenggaliPutih yang sedang bertanyakan itu dan ini kepadanya dengan menggunakan bahasa yanglangsung tidak difahaminya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 119

Kasturi sudah berjalan pantas ke hadapan meninggalkannya, Awang dengan cepatmengekorinya di kalangan ramai pengunjung yang datang ke pasar besar Melaka itu.

Nampaknya, pertunjukan sihir sudah lama diadakan. Ramai pengunjung-pengunjung pasar besar Melaka yang datang mengerumuni ahli sihir itu ketika dia sedangmengadakan pertunjukannya. Kasturi menolak beberapa orang pengunjung ke tepi agardia dapat berdiri di bahagian paling hadapan dan melihat pertunjukan ahli sihir ini denganlebih jelas. Awang berdecit, tetapi dia terus melakukan perkara yang sama agar dia dapatberdiri di samping Kasturi.

Kasturi memerhatikan si ahli sihir yang memperkenalkan dirinya sebagai Musadari Kaherah dengan wajah penuh ketakjuban. Musa melakukan pertunjukan silap matadengan menjadikan dirinya terapung, mengeluarkan air dari cawan yang sebelumnyakosong dan yang paling menakjubkan, dia dapat menukarkan wang pitis buaya yangdiperbuat daripada timah kepada emas.

“Hebat kebolehan dia!” bisik kasturi ke telinga Awang.

Awang pula sekadar menjeling, kerana dia tahu semua ini hanya usaha ahli sihirmelalaikan penonton-penonton yang datang menyaksikan pertunjukannya. Katanya:

“Semua ni sihir semata-mata. Dia dah pukau semua orang untuk melihat pitisbuaya tu bertukar jadi emas!”

Kini mata Awang berpindah pula kepada dua orang anak gadis yang sedangmemandang ke arah Kasturi. Mereka tersenyum-senyum melihat Kasturi. Mungkinmereka tertarik dengan Kasturi yang bertubuh yang tinggi dan jelas kelihatan gagahdengan badan yang tegap itu. Lagipun wajah Kasturi memang kacak. Pernah tok penghuludi kampungnya yang sudah agak berumur itu mengatakan wajah Kasturi sekacak HangJebat ketika dia muda dahulu. Agaknya sebab itulah Kasturi digilai gadis-gadis ke manasahaja dia pergi.

“Mana pulak! Kau tak tengok ke, kehebatan dia tadi? Dia ni hebat kau tahu tak!”bantah Kasturi. Dia memeluk tubuhnya. Dia mula sedar dua orang gadis di hadapannyasedang memandang ke arahnya. Dia tersenyum lalu mengenyitkan matanya kepadamereka. Kedua-dua orang anak gadis itu ketawa tersipu-sipu dengan wajah merekamerona merah.

“Bang... Kalau dia boleh memang boleh ubah timah kepada emas... Dia tak payahjadi tukang sihir tepi jalan macam ni. Dia dah boleh jadi saudagar besar di Melaka ni.”Awang menjelaskan. Kasturi sekadar menjeling.

Apabila Musa selesai melakukan persembahan silap matanya dan mengutip wangyang telah dicampakkan oleh penonton-penonton kepadanya, Kasturi terus mendekatinya.Dia cuba berbual dengannya tetapi mendapati Musa tidak fasih berbahasa Melayu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 120

“Tanya kepadanya aku nak jadi anak muridnya.” Ujar Kasturi kepada Awang yangdiketahuinya fasih berbahasa Arab.

“Eh, abang dah gila ke?” tukas Awang dengan membeliakkan matanya. Diamenjeling ke arah ahli sihir tua itu dengan pandangan yang mencurigakan.

“Gila apa pulak?”

“Tak kan lah dia senang-senang nak ambil abang jadi muridnya?”

“Kalau kau tak tanya, mana dia tahu!” Kasturi menaikkan suaranya. Dia memangangkuh, kerana selama hidupnya, dia akan selalu sahaja mendapatkan apa yangdimahukannya.

“Kawan saya ingin bertanya kepada tuan jika tuan tidak keberatan untukmenjadikannya anak muridnya.” Ujar Awang takut-takut di dalam bahasa Arab. Dia tidakberani memandang ke arah mata Musa yang galak serta bercelak itu.

Musa memandang ke arah Awang seolah dia dapat membaca sesuatu tentangdirinya. Musa menelan air liurnya seolah takut kepada Awang. Kemudian dia memandangke arah Kasturi. Dia ingin memastikan sesuatu lalu dia memegang tangan Kasturi untukmembaca garisan-garisan halus di telapak tangannya. Dia menarik Nafasnya dalam-dalamsebelum berkata:

“Suruh dia datang ke rumahku nanti malam ini. Di kampung Arab. Di sebelahrumah Sheikh Razali... Suruh dia datang seorang diri.”

Awang memberitahu kepada Kasturi apa yang telah dikatakan oleh Musa. Kasturitersenyum lalu bersalaman dengannya. Kasturi berjalan ke arah pelabuhan dengan wajahgirang.

“Saya macam rasa tak senang hatilah bang...” Awang akhirnya memberanikandirinya untuk bersuara. Matanya tertumpu pada kapal-kapal Portugis yang sedangberlabuh di pelabuhan.

“Kenapa?” tanya Kasturi kehairanan. Dia membiarkan deruan angin laut menyapuwajahnya.

“Macam ada sesuatu yang tak kena.”

“Kau ni macam-macam lah Awang!” getus Kasturi sambil menjeling. Diamemang degil orangnya. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan mendapatkannya tanpamemikirkan hal dan pendapat yang lain.

Jadi pada malam itu, Kasturi telah mengambil keputusan untuk berjumpa denganMusa di rumah sewanya di pinggir kota Melaka, walaupun ditegah Awang. Rumah Musa

http://nizamzakaria.blogspot.com 121

senang dicarinya. Apabila dia memberi salam dan mengetuk pintu, Musa terus membukapintunya lalu membenarkannya masuk.

“Kau hanya datang seorang diri ke sini?” tanya Musa berbahasa Melayu.

“Ya,” jawab Kasturi kehairanan, kerana sebelum dia setahunya Musa tidak pandaiberbahasa Melayu.

“Aku tidak mahu pedagang Arab yang lain tahu aku pandai berbahasa Melayu...Lagipun aku baru sahaja tiba ke sini.” Musa menjelaskan.

“Dari mana kau belajar bahasa Melayu?”

“Aku hanya perlu minum rendaman air batu permata ini yang aku beli diBaghdad.” Ujar Musa menunjukkan kepadanya sebutir permata merah yang telahterbenam di dalam sebiji cawan yang diletakkan di atas meja. Dahi Kasturi terkerut. Diatidak tahu sama ada mahu mempercayai kata-kata Musa tadi kepadanya.

Di dalam rumah sewa Musa yang kecil ini, dia dapat melihat beberapa barang-barangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Terdapat beberapa buah kotak yangmasih belum dibuka Musa.

Pada malam itu, Musa memperkenalkan dirinya kepada Kasturi danmemberitahunya bahawa dia seorang ‘Ul-Khemi’ atau ‘al-kimia’. Musa berpindah keMelaka kerana di sini terdapat banyak rempah ratus diperdagangkan dan dia mahumenghabiskan masanya mengkaji inti pati rempah ratus ini yang diharapkannya bolehdijadikan ubat.

Seyogia, sejak pada malam itu, banyak dari masa Kasturi dihabiskan bersamaMusa. Sememangnya Kasturi mahu mempelajari sendiri ilmu untuk membuat ubat dariMusa, jadi dia tidak kisah jika dia terpaksa bekerja dengannya sebagai pembantunya.

Beberapa bulan selepas Kasturi berkawan dengan Musa, ‘al-kimia’ dari Mesir itutelah membuka sebuah kedai ubat di Kota Melaka.

Setelah mengenali Musa dengan rapat lagi, akhirnya Kasturi sedar bahawa Musasememangnya menggunakan kebolehan sihirnya untuk membuat orang lain melihatbahawa dia mampu menukarkan apa sahaja kepada emas. Musa mengakui dia masih tidakmampu untuk mengubahkan logam seperti timah kepada emas, tetapi menurutnya,perkara ini boleh dilakukannya mengikut ilmu yang telah dipelajarinya di Istanbul, dimana pada satu ketika dahulu, menurut satu lagenda, Raja Midas dari Phrygia denganbantuan dewa Silenus berjaya menukarkan apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

Ilmu Raja Midas ini telah diturunkan dari zaman ke zaman walaupun ramai tidakmengetahui tentangnya. Dan kini Musa mengetahui tentang ilmu ini dan semahu-mahunya menggunakan ilmu yang diketahuinya itu untuk menjadikan dirinya kaya,sekaya Raja Midas yang tamak haloba itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 122

Ketika ini, Musa cukup sedar bahawa dia memerlukan Kasturi untuk menzahirkankemahuannya ini. Hanya Kasturi sahaja yang dapat melakukannya, fikir Musa. Danapabila Kasturi diberitahu tentang hal ini oleh Musa, cukup teruja dia jadinya. Apatidaknya, siapa yang tidak mahu memperoleh kebolehan untuk menukarkan apa sahajakepada emas?

“Jadi apa yang perlu saya lakukan, tuan?” tanya Kasturi kepada Musa. Wajahnyabersinar-sinar dengan harapan agar ilmu ini akan diturunkan oleh Musa kepadanya.

“Kau tidak perlu membuat apa-apa kecuali membaca sepotong ayat yang akan akuberitahu kepadamu apabila nyawamu terancam nanti.” Kata Musa sambil mengacaucecair berwarna biru yang sedang disulingkan di bahagian belakang kedai ubatnya itu.

Kasturi mengangguk. Dia bersetuju untuk melakukan apa sahaja yang dimintaoleh Musa, asalkan ilmu yang luar biasa ini dapat dipelajarinya dan akhirnyadigunakannya untuk menjadikannya kaya dan berkuasa. Mungkin lebih kaya lagi dariSultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka pada ketika itu...

*

Pada tanggal 25 Julai 1511, tentera Portugis datang menyerang Melaka. Apabila perkaraini berlaku, pemuda-pemuda di Melaka telah dikumpulkan untuk mempertahankanMelaka. Kasturi adalah di antara anak-anak muda Melaka yang paling awal menawarkandirinya untuk mempertahankan kedaulatan Melaka. Apabila Awang menyedari tentanghal ini, dia juga mahu turut serta, walaupun ibu dan bapanya jelas menentang akankehendaknya ini.

“Kita boleh berlayar ke Pasai malam ini juga. Kita tidak perlu masuk campur.”Ujar Budiman kepada Awang. Kapal dagangnya sememangnya perlu berlayar ke Pasaidalam masa sehari dua ini.

“Pasai sudah diserang Portugis pak... Itulah yang saya dengar dari pedagang Arabyang saya jumpa semalam. Dah tak ada lagi yang boleh kita lakukan di situ. Sekurang-kurangnya di Melaka ni, kita masih boleh melakukan sesuatu untuk mempertahankannyadari dilanggar Feringgi!” ujar Awang dengan penuh semangat. Baru sahaja semalamkeadaan Melaka aman rasanya dengan majlis persandingan puteri Sultan Mahmud Shahdengan Sultan Pahang yang telah diadakan secara besar-besaran, tapi hari ini lain pulajadinya. Pada awal pagi tadi dia dapat melihat kemusnahan yang telah dilakukan olehpihak Portugis. Kapal-kapal yang berlabuh di Melaka habis mereka musnahkan kecualikapal-kapal kepunyaan pedagang Hindu dan China.

“Dah lah tu Awang... Dengar saja cakap bapak kau tu.” Ujar ibunya sambilmengesat air matanya yang sudah mula berlinangan. Dia sebenarnya ketakutan. Selepasmenunaikan solat subuh, dia dapat mendengar bunyi meriam dilancarkan bertubi-tubi darikapal perang Portugis ke arah Kota Melaka. Bunyinya menakutkan seperti dunia ini akankiamat, atau sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh ibu Awang - lebih-lebih lagi

http://nizamzakaria.blogspot.com 123

apabila dia dapat melihat banyak dari rumah-rumah dan kedai-kedai yang terbakar dekletupan meriam dari Portugis itu.

“Maafkan saya, pak... Mak. Tapi saya perlu pergi sekarang. Abang Kasturi dahlama menunggu di luar.” Itu sahaja yang dijawab oleh Awang pada pagi itu. Ibunyamenangis teresak-esak melihat anak sulungnya yang masih berusia 18 tahun itu berjalankeluar dari rumahnya sambil memeluk dua orang anak perempuannya yang masih kecil.

Awang sudah bertekad dengan keputusannya. Dia tidak boleh berpatah balik lagi.Walaupun dia tahu dia bukan anak Melaka dan sekadar seorang anak pedagang dari Pasai,kesetiaannya tetap kepada Melaka. Dia telah menetap di Melaka sejak dia berusia enamtahun dan hanya ke Pasai satu atau dua tahun sekali. Masakan dia boleh akui Pasai itusebagai tanah tumpah darahnya sendiri, lalu meninggalkan Melaka begitu sahaja tatkalaMelaka memerlukan tenaga mudanya sekarang untuk mempertahankannya?

“Jadi apa yang tukang ubat dari Mesir itu beritahu kepada abang?” tanya Awangketika dia diberikan parang dan perisai yang sedang diedarkan oleh anak kepada penghulukampungnya. Suara Awang jelas sinis kedengarannya ketika bertanyakan soalan inikepada Kasturi. Sejak Kasturi bekerja dengan Musa, Kasturi langsung tidak ada banyakmasa untuk bersuka-suka dengannya seperti dahulu.

“Namanya Musa... Ish, kenapa lah kau selalu suka buat-buat lupa nama dia?”Kasturi menjeling marah.

“Saya bukan tak ingat... Cuma saya tak suka dengannya. Entahlah... Saya rasa diadah ajar benda yang bukan-bukan kepada abang...”

“Bukan-bukan apa ni?”

Awang mengeluh lesu. Dia tidak mungkin dapat memberitahu kepada Kasturitentang bisikan nalurinya tentang Musa. Dia yakin Musa mempunyai niat jahat untukmempergunakan Kasturi demi kepentingan dirinya sendiri.

“Katanya, pertahanan Melaka lemah kerana rahsia pertahanan Melaka telahdiketahui sejak awal lagi oleh pihak Portugis.” Kasturi akhirnya menjawab soalan Awangtadi. Tubuhnya yang tinggi itu jelas menampakkan dirinya lebih gagah dari pemuda-pemuda yang lain yang telah dikumpulkan untuk mempertahankan kota Melaka.

“Apa?” tanya Awang. Matanya terkebil-kebil.

“Portugis telah yang menggunakan khidmat Nina Chattu dan Uthimutha yangbekerja di Istana Sultan Melaka. Mereka pengkhianat Melaka!”

“Dia dah tahu sejak awal-awal lagi?”

“Ya... Hasil dari tilikannya.” Jawab Kasturi sambil meraba-raba jambangnya yangbaru sahaja tumbuh yang tidak sempat dicukurnya ketika bergegas keluar dari rumahnya

http://nizamzakaria.blogspot.com 124

tadi. “Kalau kau tidak percaya nanti lihatlah. Mereka yang bersubahat dengan Portugisakan diberi bendera untuk diletakkan di hadapan rumah mereka agar tidak disamuntentera Portugis nanti.”

“Jadi kalau si Musa tu dah tahu... Mengapa dia tidak beritahu sahaja kepadaLaksamana ataupun kepada Temenggung bahawa Melaka akan diserang Portugis—“

“Nak beritahu kepada Laksamana dan Temenggung? Kau ingat mereka akanpercaya kata-kata seorang tukang ubat sepertinya?” tanya Kasturi kembali sambilmendongakkan kepalanya beberapa kali kepada Awang. Tilikan Musa tentang seranganPortugis yang kini menjadi kenyataan ini membuatkan Kasturi semakin percaya kepadakuasa ghaib yang ada di dalam diri Musa. Satu kuasa yang dia sendiri mahu peroleh satuhari nanti.

Awang mengeluh. Kemudian dia termenung sendiri. Mahu sahaja diamemberitahu kepada Kasturi bahawa dia merasa takut untuk pergi berperang melawanPortugis. Tetapi disimpannya perasaan takutnya ini ke dalam hati. Dia tidak mahu Kasturimelihat garis-garis kerisauan terlukis di wajahnya. Dia perlu nampak berani dan tabahseperti Kasturi.

“Awang... Apa-apa pun berlaku, aku ada untuk menjaga kau. Kau tak perlu risau,ya?” kata Kasturi dengan lembut kepada Awang sambil mengusap-usap rambutnya yangtebal itu. Awang mengangguk perlahan. Pada pagi itu dia merasa selamat selagi Kasturiada di sampingnya...

*

Awang tidak tahan lagi menyaksikan Melaka bermandi darah. Kota pelabuhan tersohorini tidak dapat dipertahankan walaupun terdapat ramai tentera upahan dari Jawa, Parsidan negara Kerajaan Osmaniah yang dibayar untuk mempertahankannya. Kehadiranmereka langsung tidak dapat mengalahkan kegagahan tentera Portugis yang bersungguh-sungguh mahu menakluki Melaka agar Portugis dapat menguasainya lalu melupuskanpenguasaan Iskandariah, Kaherah dan Venice sebagai pusat perdagangan lada hitam.

Portugis tidak mungkin dapat bertahan lama di Melaka jika bukan kerana bantuanpedagang-pedagang yang membelot. Pedagang dari China contohnya telah membelotdengan mengerahkan anak-anak kapal mereka membantu tentera Portugis menyerangMelaka. Dengan lima buah kapal layar China yang digunakan untuk mengepung KotaMelaka, sukar untuk tentera-tentera Sultan Mahmud Shah mempertahankan Melaka danmendapatkan bantuan dari luar.

Sejak dari hari pertama Melaka diserang, pihak Portugis dengan saranan RuyD'Araujo kepada Alfonso d'Albuquerque, akur bahawa perkara yang pertama yang perlumereka lakukan apabila mendarat ke Melaka nanti adalah untuk menawan jambatan besaryang merentangi Sungai Melaka. Jambatan ini menghubungkan dua bahagian KotaMelaka. Dengan tertawannya jambatan ini, maka kota Melaka serta bala tenteranya akan

http://nizamzakaria.blogspot.com 125

terbahagi dua. Maka tujuan utama mereka adalah untuk memecahbelahkan kota ini sertatenaga-tenaga yang mempertahankannya.

Pada tengah hari itu, Awang dan Kasturi telah ditugaskan untuk menentangtentera Portugis yang telah pun mendarat ke Kota Melaka sejak pagi tadi dan kiniberkawal dan menyerang di sekitar kawasan jambatan Melaka.

Awang dan Kasturi mula sedar bahawa walau apa pun yang cuba dilakukan olehketumbukan pertahanan Melaka, tentera Portugis terus dapat bertahan menawan jambatanyang menjadi nadi kepada Kota Melaka.

“Semakin lama kita tunggu di sini, semakin banyak tentera Feringgi yang datang!”bisik Awang kepada Kasturi. Mereka bersama-sama ketumbukan pemuda-pemudaMelayu yang lain sedang berdiri menunggu arahan dari seorang hulubalang untukmenyerang tentera Portugis yang sedang berkubu di jambatan Melaka.

“Dah... Jangan merungut. Tumpukan sahaja perhatian kau kepada arahanhulubalang! Nanti lain pula jadinya” tegur Kasturi dengan suara garang. Kasturi sudahsedia maklum bahawa sejak pagi lagi bahawa tentera Portugis telah mendarat pada kedua-dua bahagian tebing sungai Melaka. Malah Masjid besar Melaka yang terletak di sebelahtebing Selatan juga telah mereka berjaya cerobohi lalu dengan biadab membunuh setiaplelaki, perempuan dan kanak-kanak yang bersembunyi di dalam masjid tersebut.

Beberapa detik kemudian, Awang dapat merasakan gegaran di atas tanah - bunyigemuruh, semakin lama semakin jelas derunya. Kemudian bunyi jeritan gajah yangmeluruhkan jantungnya . Apabila Awang menoleh ke belakang, dia dapat melihat balatentera bergajah yang diketuai Sultan Mahmud Shah dan anaknya Tengku Ahmad. Duapuluh ekor gajah berlari laju betul-betul di sebelahnya lalu menyerang tembok pertahanantentera Portugis . Walau bagaimanapun, tentera bertombak Portugis terus mengukuhkankedudukan mereka. Tentera bergajah Sultan Melaka itu mengundur beberapa tapak kebelakang.

Pada ketika itu, dari jauh Kasturi dapat melihat ketumbukan tentera Jawa seramailebih 700 orang menyerang tentera Portugis dari arah utara Kota Melaka. Tetapi belumsempat mereka dapat sampai ke jambatan, ramai di antara mereka yang lari bertempiaranapabila tentera Portugis melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Ada di antaramereka yang mencari perlindungan dengan terjun ke dalam sungai hanya untuk ditikamoleh tentera-tentera Portugis yang sedang menunggu di atas sampan yang mereka naiki.

Tentera bergajah Sultan Mahmud sekali lagi menyerang ke arah jambatan Melaka.Tetapi kali ini tentera bertombak Portugis terus mara untuk menikam gajah-gajah yangdatang menyerang. Tombak yang digunakan oleh panglima Portugis, de Lima berjayamenusuk ke mata gajah utama yang menyerang ketumbukannya. Keadaan terus menjadicacamarba apabila gajah itu naik berang lantas berundur ke belakang lalu berlari ke depanmemijak mati beberapa orang tentera Melaka yang sedang berjaga di belakang tenterabergajah Melaka. Ramai di antara mereka bertempiaran lari.

http://nizamzakaria.blogspot.com 126

Tentera bertombak Portugis semakin berani maju ke hadapan, walaupun ada diantara mereka yang cedera parah dan ada pula mati dipijak gajah. Mereka terusmenggunakan tombak mereka yang tajam untuk menikam gajah-gajah yang merekatentang sehingga ada beberapa ekor gajah yang menjerit kesakitan akibat ditikamsehingga berdarah. Gajah yang dinaiki oleh Tengku Ahmad tersungkur ke atas tanah lalutercungap-cungap sebelum ia mati di situ juga. Tangan Tengku Ahmad berdarah. Seorangpengawal istana yang rapat kepadanya terus membantunya lalu membawanya pergi entahke mana.

Kini hulubalang yang mengetuai ketumbukan yang dianggotai oleh Awang danKasturi memberi arahan supaya mereka maju ke hadapan. Awang menoleh ke arahKasturi. Dia mendapati wajah Kasturi disulami dengan semangat berkobar-kobar mahumempertahankan kedaulatan bangsa dan agamanya. Rasa takutnya hilang apabila diamelihat wajah Kasturi yang cukup yakin dengan dirinya.

Mereka bergerak maju ke hadapan. Apabila Awang berpaling ke arah SungaiMelaka, dia dapat melihat banyak mayat-mayat yang bergelimpangan di sana. Anak-anakMelayu Melaka dan tentera-tentera upahan Melaka gugur satu persatu dikalahkan tenterabertombak Portugis yang terus merempuh ke arah mereka yang hanya bersenjatakanparang dan keris. Warna sungai Melaka kini berubah merah.

Apabila kedudukan mereka semakin dekat ke Jambatan Melaka, hulubalang terusmengeluarkan arahan untuk menyerang tentera Portugis. Ketumbukan yang disertai olehAwang dan Kasturi terus menyerang sambil melaungkan kalimah “Allahuakbar!” FikirAwang, jika dia mati pada hari itu, biarlah dia mati dalam keadaan mati syahid.

Awang seperti mahu menangis apabila dia melihat jambatan Melaka terusdikuasai pihak Portugis walaupun hampir sejam dia bertungkus-lumus untuk melawantentera-tentera Portugis dengan segala tenaganya yang dia ada. Rumah-rumah yang telahdibina di tepi sungai kini dibakar oleh tentera Portugis. Angin yang bertiup kencang padapetang itu menyemarakkan lagi api kemusnahan yang semakin menggila membakarsebahagian besar dari bangunan-bangunan yang ada di kota Melaka.

Fikiran Awang pada ketika itu terlalu keliru. Dia memandang ke arah Kasturi.Wajah Kasturi berlumuran darah. Dia baru sahaja membunuh seorang tentera Portugisdengan menetak mukanya dengan parangnya sampai hancur.

Tiba-tiba sebatang tombak yang tajam menghunus ke arah Kasturi. Awang dengancepat memegang batang tombak tersebut untuk mengelakkan muncung tombak darimenikam ke tubuh Kasturi. Dia memandang ke hadapan. Seorang tentera Portugis denganwajah dan tubuhnya berlumuran darah dengan bersungguh-sungguh mahu menikamKasturi. Dengan menggunakan sepenuh tenaganya seraya menjerit sekuat hati, Awangmenyentap tombak itu dari tangan tentera Portugis yang nampak lemah itu lalumenggunakan tombak yang sama untuk menikam ke arah lehernya. Darah merah derastersembur apabila Awang menarik kembali tombak dari leher tentera Portugis yang telahdibunuhnya itu. Nafas Awang turun naik dengan cepat. Inilah kali pertama dia mengambilnyawa seorang manusia.

http://nizamzakaria.blogspot.com 127

“Kita perlu pergi dari sini,” perintah Kasturi sambil memegang bahu Awang.“Hulubalang suruh kita berundur dan mengawal Kota Melaka dari terus dibakarPortugis!”

Awang langsung tidak menjawab. Tubuhnya menggeletar. Dia akan mengikut kemana sahaja Kasturi pergi. Kalau boleh dia tidak mahu membunuh lagi. Kalau boleh, diamahu pulang pada saat itu juga untuk mendapatkan keluarganya.

Api yang membakar semakin menggila memusnahkan rumah-rumah serta gudangyang terdapat di kota Melaka pada petang itu. Bahang panas dari kebakaran dapatdirasakan Awang walaupun dia dan Kasturi berlari semakin jauh dari kawasanpertempuran.

Awang mula merasakan dunianya musnah begitu sahaja. Kedai rempah ratuskeluarganya hangus dijilat api. Sekarang ini dia cukup risau akan keselamatankeluarganya. Dia berdoa agar kampungnya di Gajah Berang tidak diapa-apakan tenteraPortugis yang sedang menggila pada ketika itu.

Awang dan Kasturi kini berjaga-jaga di belakang sebuah lorong sempit bahagianutara kota Melaka dengan tujuan menyerang hendap tentera-tentera Portugis dan konco-konco mereka yang datang untuk merompak serta membakar rumah-rumah pendudukMelaka yang kini sedang bersembunyi di dalam rumah mereka. Ketakutan.

Apabila malam tiba, tugas mereka menjadi semakin sukar gamaknya. Keadaanyang gelap menyukarkan lagi tugas mereka untuk menyerang pihak musuh. Ada kalanya,mereka akan bertembung dengan penduduk Melaka yang cuba keluar dari rumah merekauntuk melarikan diri mereka ke kawasan pendalaman Melaka.

“Abang, saya nak balik!” kata Awang dalam gelap. Badannya berbau hanyirdengan bau darah musuh yang berjaya ditumpaskannya - yang kini mulai kering.

“Balik? Dalam masa-masa begini kau kata kau nak balik?” tegah Kasturi sambilberpaling kepada Awang yang sedang duduk di sebelahnya di dalam keadaan penat danlapar.

“Tolonglah bang, sekejap pun jadilah. Saya nak pesan kepada mak bapak sayauntuk tinggalkan rumah kami di Gajah Berang dan pergi berlindung ke Bukit Beruang.Sekurang-kurangnya mereka akan selamat di sana.” Pinta Awang sambil memeganglengan Kasturi dengan erat. “Lepas tu, kita cepat-cepat kembali ke Kota Melaka.”

Kasturi hanya mendiamkan dirinya buat beberapa ketika. Beberapa minitkemudian dia berdiri lalu meramas rambut Awang yang kelihatan kusut itu dengan manja.Katanya dengan perlahan:

http://nizamzakaria.blogspot.com 128

“Baiklah... Kita pulang ke kampung kita buat seketika. Kita suruh orang-orangkampung supaya bersembunyi ke kawasan pendalaman sehingga keadaan semakin reda.Lagipun aku sendiri risau memikirkan keselamatan keluarga aku di rumah.”

“Terima kasih bang,” ucap Awang dengan suara penuh kesyukuran. Dia dapatmelihat Kasturi kini berdiri lalu berjalan dengan berhati-hati sambil mengintai kehadapan dan ke belakang di dalam lorong gelap itu. Awang mengekori Kasturi daribelakang - berjalan ke arah kampung yang telah ditinggalkan mereka sejak awal pagi tadi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 129

Buku II. Bab 3

Awang dan Kasturi mendapati suasana di kampung mereka senyap sunyi seperti telahdilanggar garuda, gamaknya. Mungkin semua penduduk kampung sedang berada didalam rumah menunggu di dalam ketakutan ataupun ramai di antara mereka yang telahlari bersembunyi jauh ke pendalaman Melaka.

Kasturi mengambil keputusan untuk menghantar Awang sehingga ke depanrumahnya. Awang nampak lega apabila dia selamat sampai ke rumahnya. Diamemandang ke arah rumahnya, senyap sunyi. Semua pintu dan tingkat tertutup rapat.

“Awang, jangan lama-lama sangat... Sejam dua dari sekarang aku akan tunggukau di sini. Kita kena kembali ke Kota Melaka secepat mungkin!” Kasturi mengingatkan.Awang mengangguk lemah.

Kasturi mengorak langkah untuk pulang ke rumahnya sebelum Awang bersuarauntuk mengeluarkan kalimah-kalimat berikut:

“Bang... Terima kasih.”

“Untuk apa?” tanya Kasturi kehairanan.

“Untuk segala-galanya, dan untuk ini.” ujar Awang. Kasturi sekadar mengangguksebelum kelibatnya hilang dimakan kegelapan malam.

Awang mengetuk pintunya sambil memberi salam. Pintu rumah cepat-cepatdibuka. Bapanya terus menyambutnya dengan mendakap tubuhnya. Ibunya pulamenangis-nangis sambil mencium pipinya. Mereka fikirkan, Awang sudah mati sepertibeberapa orang pemuda kampung yang telah disahkan mati ketika berjuang melawanPortugis.

“Pak, ada baiknya bapak bawak keluarga kita ke bahagian pendalaman.” Awangmenasihatkan. Dia dapat melihat kedua orang adik perempuannya kelihatan gelisahmelihat keadaan dirinya yang tidak terurus pada ketika itu.

“Kau pula bagaimana?” tanya Budiman dengan wajah penuh risau.

“Saya perlu kembali ke Kota Melaka, Pak!” kata Awang dengan matanyamemandang ke bawah.

“Awang... Jangan Awang. Ikut kami lari ke pendalaman!” pinta ibunyamengambil kain yang dibasahkan lalu mengelap tubuh Awang yang dikotori lumpur dandarah itu. “Temankan si Melati dan Melur ni nanti. Mereka risau sangat bila kau pergitadi. Sehari suntuk mereka menangis.”

“Tak boleh mak! Lagipun sekejap lagi abang Kasturi akan ambil saya di sini!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 130

“Ikut hati mati, ikut rasa binasa, Awang!” ucap Budiman sambil menggelengkankepalanya.

“Kalau Kasturi tu nak mati, biarkan dia. Jangan kau ikut cara dia!” suara ibuAwang tersekat-sekat. Marah bercampur sedih. Kecewa dengan sikap anak bujangnya itu.

“Mak... Maafkan saya kalau saya tak boleh dengar cakap mak dan bapak. Sayadah dewasa. Lagipun saya lelaki. Saya perlu mempertahankan Melaka. Saya tak boleh laribegitu sahaja masuk ke dalam hutan bila orang lain bertungkus-lumus mempertahankanMelaka.” Awang tertunduk sedih. Anak tekaknya terasa perit menelan kata-katanya ini.

Budiman mengeluh. Apabila isterinya Teja cuba bersuara, dia meminta supayaisterinya itu diam. Katanya kemudian dengan perlahan kepada Awang:

“Kau buatlah apa yang patut, Awang. Apa-apa pun, bapak tetap berbangga dengankau.”

Ibu Awang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia terus mengesat tubuhawang dengan kain basahnya. Air matanya berlinangan lagi.

Lebih kurang sejam lamanya Awang duduk berehat di dalam rumahnya tatkala ibudan bapanya mengemaskan beberapa barang keperluan yang boleh mereka bawa bersamauntuk mencari perlindungan ke kawasan pendalaman. Awang cuba makan, tetapiseleranya langsung tertutup. Dia terlalu kepenatan. Mahu sahaja dia melelapkan matanyabuat sementara, itu pun sukar untuk dia lakukan. Yang hanya mampu dia lakukansekarang adalah melayan si Melur dan si Melati yang masing-masing berumur 6 dan 8tahun itu berbual. Mereka petah bertanyakan kepada Awang tentang apa yang telahdilaluinya tadi.

Ketika dia sedang sibuk melayan kerenah adiknya, pintu di hadapan rumahnya itutiba-tiba pecah. Seorang lelaki berbangsa Eropah berambut perang merempuh masuk kedalam rumahnya.

Maka ketika itulah kali pertama Awang bertembung dengan Cassius...

Kasturi mengucapkan selamat jalan kepada keluarganya yang dilihatnya berjalan denganbarang-barang yang boleh mereka bawa bersama ke arah utara. Kasturi berjanji kepadaorang tuanya dan kepada adik serta kakak-kakaknya bahawa dia akan pulang bila keadaanMelaka reda nanti. Mereka menangis ketika mereka melihat Kasturi membuka langkahmeninggalkan mereka lalu berjalan ke arah rumah Awang.

Sebaik sahaja Kasturi sampai ke rumah Awang, dia mendapati terdapat sebuahkereta lembu diletakkan di hadapan rumahnya itu. Di atas kereta lembu, dia dapat melihattubuh tiga pemuda Melayu terkulai. Mereka masih hidup lagi tetapi berada di dalamkeadaan tidak sedarkan diri. Kasturi pasti mereka adalah hulubalang-hulubalang Melakayang telah berjaya ditawan tentera Portugis apabila dia memerhatikan pakaian yangmereka pakai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 131

Apabila Kasturi memandang ke hadapan, dia dapat melihat tubuh layu Awangdiangkat oleh Cassius di atas bahunya. Tanpa berfikir panjang, Kasturi terusmengeluarkan parangnya lalu terus menyerang Cassius. Dengan pantas, Cassius bergerak,lalu menghilang entah ke mana, sesudah itu dia tiba-tiba muncul di belakang Kasturi.

Cassius menghentak kepala Kasturi dengan sikunya sehingga Kasturi terjatuhpengsan. Cassius mengangkat tubuh Kasturi lalu dia mencampakkan tubuhnya itu ke ataskereta lembu. Tubuh Awang pula diasingkannya lalu dibaringkan di bahagian tempatduduk kereta lembu...

Apabila Kasturi membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di dalam sebuahbilik kecil di dalam sebuah kapal Portugis. Di dalam bilik itu terdapat ramai pemuda-pemuda sepertinya. Ada di antara mereka telah dipasung. Ada pula didapatinya telah matidengan tubuh mereka dihurung lalat.

Kepala Kasturi terasa sakit. Dia memegang kepalanya. Dia mendapati rambutnyakeras. Bekas darah beku. Dia mengeluh. Dia teringatkan kepada Awang. Dia mencariAwang. Dia memanggil nama Awang. Tetapi Awang tidak ada di dalam bilik itu.Mungkin Awang ada di tempat lain, fikirnya. Kerana dia dapat merasakan kehadiranAwang dekat kepadanya.

Pada petang itu dia diseksa. Dia di ikat di tiang kapal lalu bahagian belakangnyadisebat. Dia ditanya pelbagai soalan tentang kekuatan hulubalang Melaka dan di manalokasi markas rahsia mereka. Kasturi tidak tahu. Masakan dia tahu kerana dia bukanseorang hulubalang Melaka. Tentera Portugis yang menyeksanya tetap dengan pendirianmereka bahawa Kasturi sebenarnya tahu akan kesemua soalan-soalan yang ditujukankepadanya.

Setelah diseksa bertubi-tubi selama beberapa hari lamanya, tubuhnya akhirnya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, di dalam keadaan bogel.

Di dalam bilik itulah dia diketemukan dengan Awang. Dia dapat melihat keadaanAwang yang lemah. Dia tidak sampai hati melihat Awang begitu. Jiwanya meruntun lalumeminta agar dirinya dibunuh sahaja oleh Cassius. Dia mahu Awang dibebaskan. Taksampai hati rasanya untuk Kasturi melihat diri Awang diseksa begitu.

Pada malam itulah Kasturi telah diseksa dengan kejam sehingga mati. Kulitnya telahdisiat dengan begitu teliti - dia masih hidup lagi ketika seluruh bahagian kulit yangpernah menyeliputi tubuhnya itu berjaya dilapah Cassius. Sebelum dia menghembuskannafasnya yang terakhir, dia telah berdoa agar Awang tidak diapa-apakan lagi. Biarlah diamati asalkan Awang tidak perlu melalui segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

Kasturi mati dalam keadaan terseksa...Tubuh Kasturi yang merah dengan darahnya masih menitik itu diusung keluar dari

bilik penyeksaan. Kemudian tubuhnya ia dilitupi dengan sehelai kain lusuh sebelum iadicampakkan ke atas sebuah sampan kecil yang sedang menunggu di bawah kapal. Dua

http://nizamzakaria.blogspot.com 132

orang pendayung membawa sampan itu bergerak ke arah pantai Melaka. Sesekalipendayung-pendayung itu akan memerhatikan Cassius yang sedang berdiri di atas sampandan ke arah mayat Kasturi yang kelihatan mengerikan itu. Mereka ketakutan. Ada sesuatutentang diri Cassius yang menakutkan mereka.

Sebaik sahaja sampan mendarat di pantai Melaka, mayat Kasturi diletakkan diatas sebuah kereta lembu. Kemudian Cassius menyuruh penunggang kereta lembu itumembawa mayat Kasturi ke Kampung Arab.

Kereta lembu itu membawa mayat Kasturi melintasi kawasan Melaka yang hampirmusnah akibat kebakaran yang dimulakan oleh pihak Portugis. Di beberapa simpang dijalan yang dilalui Cassius, dia dapat melihat ceracak-ceracak kayu yang diletakkan kepalawanita dan kanak-kanak yang telah dipenggal. Di beberapa tempat lain pula kelihatantubuh-tubuh layu pemuda-pemuda Melayu yang telah disula dengan sebatang kayu tajamyang telah diselaputi lemak binatang. Ada yang masih hidup dan mengerang menahankesakitan yang tidak terperi rasanya. Bau hanyir darah tebal menyelinap di udara, amatmeloyakan siapa sahaja, kecuali Cassius.

Di satu simpang berdekatan dengan Kampung Arab, seorang anak muda yangmungkin seusia dengan Awang diangkat tinggi-tinggi oleh tali barut Portugis, sebelumdia didudukkan di atas penyula sehingga bahagian kayu yang tajam menusuk ke bahagianduburnya. Tubuh anak muda itu dilepaskan lalu dia menjerit sekuat hati. Batang kayu itumenembusi sehingga ke dalam bahagian perutnya melalui lubang duburnya. Batang kayuitu semakin merah dengan darah. Muka anak muda itu menyala menahan kesakitan.Suaranya tidak kedengaran, cuma mulutnya ternganga luas serta mata tertutup rapat danurat lehernya timbul menahan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.

Cassius tahu bahawa anak muda itu tidak akan mati sehingga sekurang-kurangnyatengah hari esok. Jika dia bernasib baik, ceracak kayu yang menyulanya akan menusuk kebahagian jantungnya atau ke bahagian paru-parunya untuk mempercepatkan kematiannya.Jika tidak, kayu ini akan terus menikam tubuhnya sehingga ia terkeluar di bahagianmulutnya atau di tengkuknya.

“Berhenti di sini!” Perintah Cassius sewaktu kereta lembu itu berada betul-betuldi hadapan satu-satunya rumah yang ada mengibarkan sehelai bendera Portugis diKampung Arab.

Cassius mengangkat mayat Kasturi di atas bahunya, lalu berjalan ke muka pintuuntuk mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu rumah dibuka dengan tergesa-gesa.

“Ini mayatnya seperti yang dijanjikan.” Kata Cassius kepada Musa. Diamencampakkan mayat Kasturi di atas lantai. Mayat Kasturi tergolek lalu meninggalkankesan darah di lantai Musa.

“Kau sendiri yang menyiat kulitnya?” tanya Musa dengan kagum melihat hasilkerja Cassius. Dia sememangnya tidak sangka Cassius dapat memburu Kasturi hanyadengan memberinya cebisan baju terpakai kepunyaan Kasturi yang diciumnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 133

“Ya.” Jawab Cassius pendek dengan suara yang menjelaskan kebosanannya.

Musa berpuas hati dengan ganjaran yang diberikan kepadanya, setelah lebih duatahun dia menjadi perisik bagi pihak Portugis. Ini sahaja yang dimahukannya. Tubuh anakmuda yang telah diisinya dengan ilmu kebatinan yang disiat kulitnya dan yang akandihidupkan kembali untuk menjadi hambanya - yang diharapkan Musa akan mempunyaikuasa untuk mengubah apa-apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

“Mengikut perjanjian kita—“

“Ya, aku tahu apa yang kau nak!” sergah Cassius. Dia mengeluarkan pisausecespita dari sisip pinggangnya lalu menoreh lengan kirinya dengan satu torehan yangdalam sehingga terpotong uratnya. Darah bercucuran turun dari lengannya itu. Musacepat-cepat mengambil mangkuk perak dari atas mejanya lalu menadah darah Cassius.

Setelah darah Cassius cukup semangkuk ditadah Musa, Cassius menutup lukanyadengan tangan kanannya. Lukanya dengan cepat tertutup dengan sendiri. Darah di dalammangkuk Musa pula berombak-ombak seolah ia hidup dan bernyawa. Dan sememangnyainilah rahsia yang diketahui Musa. Dia tahu bahawa darah para vampiro sememangnyamempunyai fikirannya sendiri – satu perkara yang difahaminya tetapi tidak dapatdihuraikannya secara mendalam.

“Terima kasih wahai vampiro.” Ucap Musa dalam bahasa Latin yang difahamiCassius. Inilah bahan yang paling penting yang diperlukan Musa untuk membangkitkanmayat yang terkujur di atas lantainya nanti.

Cassius menyeringai. Musa nampak takut jika dirinya nanti akan diapa-apakanoleh Cassius nanti.

“Jadi mana bahagian aku yang kau janjikan?” tanya Cassius. Matanya nampakliar. Seperti seekor haiwan buas yang senang memerhatikan mangsanya yang bakaldibahamnya.

Musa cepat-cepat mengangguk, lalu mengeluarkan sebuah manuskrip lama darisebuah peti berkunci yang telah diletakkan di tepi dinding rumahnya. ManuskripVitruvius yang pernah disimpan di Perpustakaan Iskandariah, hilang buat beberapa ratustahun, berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain dan kini ia akan berpindah pula ketangan Cassius.

“Mengapa manuskrip ini begitu penting bagi kau?” tanya Musa ingin tahusebelum dia menyerahkan manuskrip ini yang telah dibayar dengan harga darah Cassius.

“Jika aku beritahu kau sebabnya, aku terpaksa membunuh kau selepas itu.” KataCassius sambil tersengih.

http://nizamzakaria.blogspot.com 134

Musa terus menyerahkan manuskrip itu ke tangan Cassius. Kemudian Cassiusmembuka langkah untuk beredar dari rumah Musa.

“Kau tahu bukan, dia akan membunuh vampiro Tiresias satu hari nanti?” tanyaMusa dengan tangannya menuding ke arah mayat Kasturi.

“Ya aku tahu... Ini adalah satu takdir yang terpaksa dia hadapi sendiri.” KataCassius dengan suara yang tenang. “Kau juga aku rasa tahu, teman budak yang aku lapahini akan menjadi vampiro satu hari nanti...” Katanya kemudian dengan suara yang lebihperlahan.

“Ya, aku tahu... Awang namanya. Aku telah dapat melihat perkara ini sejak kalipertama aku bertemu dengannya... Dia akan menjadi seorang vampiro yang hebat.Mungkin dia tidak akan menjadi seorang vampiro sekejammu, tetapi dia tetap hebat.”Musa memberitahu apa yang dapat ditiliknya.

Cassius menguap lesu tatkala mendengar penjelasan dari Musa tadi. Matanyasengaja diredupkan sebelum dia bersuara:

“Kau fikir aku tak tahu yang kau suruh dia baca mantera yang kau berikankepadanya agar aku tidak dapat membaca fikirannya dan menilik masa depannya ketikaaku menyeksanya tadi?” mata Cassius kini tepat kepada Musa. “Kau tahu apabila diamembaca mantera itu, kau sendiri tidak akan menilik apa yang akan dilakukannya selepasini?”

“Ya. Aku tahu.” Jawab Musa teragak-agak. “Tapi kegunaan mantera itusebenarnya adalah untuk membekukan ilmu batinnya ke dalam tubuhnya di saat-saatterakhir kematiannya.”

Cassius menjeling. Dia perlu pergi, subuh semakin menjelang. Dia perlu pulangke kapalnya secepat mungkin. Katanya kemudian kepada Musa:

“Kelemahan kau, Musa... Kau dapat menilik masa depan orang lain kecuali dirikau sendiri!”

Musa mengangguk perlahan. Muka tuanya berkerut seribu.

“Kalau begitu... Kau tidak mungkin mahu tahu apa yang akan berlaku kepada kaunanti!” kata Cassius dengan sinis lalu meninggalkan kata-katanya tergantung di situsahaja. Dia meninggalkan Musa di rumahnya dengan senyuman puas terukir di wajahnyatatkala memikirkan tentang kematian yang kejam yang bakal menunggu Musa nanti...

http://nizamzakaria.blogspot.com 135

Buku II. Bab 4

Sebaik sahaja Cassius keluar dari rumahnya, Musa mengheret mayat Kasturi sehingga kebahagian belakang rumahnya. Darah Cassius yang disimpannya di dalam mangkuk perakyang kelihatan berombak-ombak dan menggelegak itu dituangkan ke dalam mulut Kasturikesemuanya, kemudian mulut Kasturi dijahit dengan benang yang tebal supaya mulutnyaitu tertutup rapat...

*

Kasturi mendapati matanya begitu sukar untuk dibuka walaupun dia sedang berada didalam keadaan sedar. Dia cuba menggerakkan tangannya. Dia mendapati dirinya beradadi dalam keadaan di mana dirinya mungkin tertanam di dalam tanah.

Kasturi menggunakan tenaganya untuk cuba bangun di dalam keadaan baringnyadi dalam tanah. Tanah yang menimbusnya merekah. Di dalam keadaan teragak-agak diacuba membuka matanya.

Tanah-tanah yang telah kering pecah di mukanya ketika Kasturi cuba membukamatanya. Apabila dia cuba membuka mulutnya, dia mendapati mulutnya tertutup rapat.Dia meraba-raba bahagian mulutnya. Dia mendapati bahawa mulutnya telah dijahit rapat.

Kasturi mendapati dirinya sedang berada di belakang rumah Musa dan Musa pulasedang duduk di hadapannya sambil membaca mantera seraya menaburkan asapkemenyan yang dibakar ke arahnya.

Dengan teragak-agak Musa mendekatkan dirinya kepada Kasturi. Dia mengambilsepasang gunting yang tajam lalu dia memotong tali yang menjahit rapat mulut Kasturi.Tali-tali jahitan ditariknya lalu bekas jahitan di mulut Kasturi terus tertutup dengansendirinya tanpa meninggalkan sebarang kesan di mulutnya itu.

“Apa yang telah berlaku?” tanya Kasturi kehairanan. Dia terlalu keliru. Diahampir-hampir terlupa tentang peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya sebagaitawanan perang pihak Portugis sehingga menyebabkan dirinya diseksa sehingga mati.

Kasturi memandang ke arah Musa. Dia mendapati Musa kelihatan sedikit teragak-agak untuk memandang ke arahnya. Kasturi dapat mencium bau ketakutan yangdikeluarkan Musa. Satu perkara yang dirasakannya tidak mampu dilakukannya sebelumini.

Kasturi melihat ke arah tangannya. Dia mendapati kulitnya kini berwarna hitam,lembap dan berminyak. Dia memegang tubuhnya. Dia cuba membersihkan tanah yangmenimbus tubuhnya tadi. Dia mendapati kulitnya kini diganti dengan selaput berminyakberwarna hitam.

“Apa yang telah berlaku kepada aku?” tanya Kasturi sementara dia cuba berdiriuntuk memeriksa keadaan dirinya yang jelas telah berubah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 136

“Vampiro itu telah melapah kulitmu hidup-hidup sehingga akhirnya kau mati.”Musa memberitahu dengan dia cuba untuk memberanikan dirinya memandang ke arahKasturi. “Apabila aku menjumpai mayatmu... Keadaan dirimu memang tidak berkulit.”

“Mayat?” kata-kata Musa terus berdengung di dalam kepalanya. Adakah dia sudahmati? Masakan dia sudah mati sedangkan sekarang dia merasakan dirinya masih hiduplagi!

Perasaan Kasturi cukup-cukup terganggu apabila dia teringat kembali kepadaperistiwa kulitnya disiat sehingga dia mati di dalam keadaan penuh terseksa. Diamendendami Cassius. Kini, satu-satunya perkara yang mahu dilakukannya adalah untukmemburu Cassius lalu membunuhnya. Kemudian Kasturi terfikir pula tentang Awang.Dia betul-betul risau tentang keselamatan Awang. Adakah Awang masih hidup lagi atausebaliknya?

“Awang... Adakah dia masih ada di atas kapal Portugis?“ tanya Kasturi kerisauan.

“Dia tidak mungkin hidup lagi... Mungkin seperti kau, dia sudah lama mati.”Musa menjelaskan dengan suara yang cuba dibuat-buatnya sedih.

“Mati? Apa yang kau cakapkan ni? Berapa lama aku tidak sedarkan diri?” ucapKasturi dengan suara cemas.

“Empat puluh hari empat puluh malam.” Musa meletakkan bekas kemenyan ketepi. Dia cuba memeriksa tubuh Kasturi dengan lebih dekat lagi.

“Apa?” Kasturi sukar untuk mempercayai kata-kata Musa, kerana dia merasakanseolah-olah baru sahaja tersedar dari tidurnya yang nyenyak.

Syahadan, Kejadian Kasturi amat berlainan dengan kejadian seorang vampiroseperti Cassius. Darah ‘bernyawa’ seorang vampiro seperti Tiresias diperkenalkan kedalam tubuh Cassius ketika Cassius masih hidup lagi, sedangkan darah vampirodiperkenalkan kepada tubuh Kasturi setelah dia mati.

Darah Cassius yang diperkenalkan ke dalam tubuh Kasturi dengan perlahan-lahanmembina kembali sel-sel tubuhnya yang telah mati. Termasuklah kulitnya yang telahdigantikan dengan bahan-bahan yang telah disediakan Musa, seperti lumpur berminyakdari tanah kubur tujuh orang yang telah mati dibunuh. Tanah lumpur berminyak inidicampurkan lalu diselaputi ke tubuh Kasturi sebelum dia ditanam selama empat puluhhari, empat puluh malam. Bahan-bahan ini lantas digunakan oleh darah-darah ‘hidup’yang berada di dalam tubuh Kasturi untuk membina kulitnya yang dapat melindungibahagian dalaman tubuhnya dari alahan kepada cahaya matahari – satu perkara yangmenjadi kelemahan bagi golongan vampiro.

Kini tubuh Kasturi kelihatan seperti separuh siap gamaknya. Di dalam masa yangsama, dia dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia dapat merasakan

http://nizamzakaria.blogspot.com 137

deria penglihatan dan pendengarannya bertambah baik. Tubuhnya juga dirasakan semakinkuat, walaupun kekuatannya ini belum sempat diujinya.

“Apa yang telah berlaku kepada Melaka selama aku tidur?” tanya Kasturi ingintahu. Diharapkannya Portugis dapat dikalahkan tentera Melaka. Sekurang-kurangnya apayang berlaku kepadanya sekarang tidak sia-sia belaka.

“Melaka akhirnya berjaya ditawan Portugis setelah 40 hari kota Melaka ditawan.”Musa menjelaskan. Sebaik sahaja dia menghabiskan kalimah-kalimahnya dia dapatmelihat tubuh Kasturi perlahan-lahan berubah bentuknya – menggerutu dan mengerasseperti dia sedang memakai perisai.

“Banyak yang perlu kau belajar untuk mengawal tubuh barumu ini.” Musamengingatkan ketika melihat perubahan kepada tubuh Kasturi.

“Kawal?Aku mahu tubuhku kelihatan seperti sedia kala. Seperti manusia biasa...Bukan seperti ini!” Kasturi meraba tubuhnya yang kembali berubah kepada sedia kala -hitam dan berminyak apabila keadaan marahnya mula reda.

“Semuanya ini adalah sementara.” Musa cuba menenangkan perasaannya yangkacau itu.

“Sementara?” tanya Kasturi seperti tidak percaya kepada apa yang diberitahuMusa. Buat masa ini, dia merasakan dia sanggup melakukan apa sahaja dari kelihatanseperti lembaga serba hitam yang menggantikan tubuh manusianya. “Aku tidak bolehhidup dalam keadaan hodoh seperti ini!”

“Kau perlu mengumpul tenaga... Agar darah vampiro di tubuhmu itu akan dapatmembina kulit yang menyerupai manusia untukmu... Dan, supaya kamu akhirnya dapatmenukarkan logam seperti timah kepada emas. Bukankah itu yang kau mahu, dahulu?”

“Tapi bukan dengan cara ini!”

“Setiap apa yang kita mahukan ada harganya yang perlu kita bayar, Kasturi!”

Kata-kata Musa merimaskan lagi fikirannya. Kasturi serba salah. Dia tidak tahuapa yang perlu dilakukannya sekarang, kecuali membalas dendam kepada pembunuhnya.Setelah Kasturi mendiamkan dirinya buat beberapa lama, dia membuka mulutnya kembalikepada Musa untuk bertanya:

“Kau ada menyebut tentang darah vampiro... Aku tak faham.”

“Cassius, lelaki yang telah membunuh kau adalah seorang vampiro.”

“Vampiro?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 138

“Vampiro adalah sejenis makhluk malam yang kejam. Vampiro Cassius lah yangtelah membunuh kau... Dan Awang sekeluarga.” Musa sengaja mahu mengapi-apikankeadaan. Memburuk-burukkan lagi Cassius, agar Kasturi tidak akan tahu tentangrancangan jahatnya sehingga menyebabkan diri Kasturi berubah seperti sekarang.

Mata Kasturi bertukar merah. Musa dapat melihat wajah Kasturi berubah menjadimakhluk yang menakutkan. Kulitnya menggerutu, kepalanya bertanduk tajam, Jari-jemaritangannya panjang dengan kuku yang tajam.

“Kau perlu belajar mengawal kuasa yang ada di dalam dirimu, Kasturi!” perintahMusa. Dia mula dapat melihat Kasturi dapat merubah zarah-zarah di dalam tubuhnya lalumenyerupai apa sahaja yang dimahukannya. Satu kebolehan yang perlu dipelajari agar diadapat mengawal serta menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

“Aku perlu mencarinya! Aku mahu membunuhnya dengan tangan aku sendiri!”Giginya yang tajam menyeringai seperti harimau yang sedang lapar. Dia cukup marahdengan Cassius.

“Kau tidak mungkin boleh melawannya sekarang. Dia terlalu kuat untuk kau..Lagipun dia masih menyimpan senjata yang digunakan untuk membunuh kau.” Musamenasihatkan. “Kau perlu kumpulkan tenaga kau sehingga kau betul-betul mempunyaikuasa untuk memusnahkannya... Lagipun aku rasa, dia sudah berangkat ke India. Jadi kautidak perlu terlalu memikirkan tentang dirinya sekarang, Kasturi.”

“Kasturi sudah mati,” katanya dengan nada kesal. Wajahnya perlahan-lahanberubah kepada bentuk sedia kala – hitam dan berkilat. Dia melihat kepada keadaandirinya yang mampu berubah itu. Keadaan ini membuatkan dirinya semakin keliru.

“Ya, Kasturi sudah mati.” Musa menganggukkan kepalanya. “Jadi aku rasa, mulaisekarang, kau harus dikenali dengan nama lain.”

Musa kemudian menjelaskan kepada Kasturi bahawa dia mempunyai kuasa yangberada di luar jangkauan manusia biasa. Dia juga memberitahu kepada Kasturi bahawamulai sekarang, nama sebenarnya tidak perlu diketahui oleh sesiapapun, kerana itulahsatu-satunya cara untuk sihir dapat digunakan bagi menumpaskannya. Selain dari itu,kelemahannya adalah kepada senjata yang digunakan untuk membunuhnya.

“Panggil sahaja aku Damak.” Akhirnya dia berkata apabila dia berfikir denganlama.

“Mengapa Damak?” tanya Musa ingin tahu.

“Damak adalah nama datukku...” Jawabnya perlahan. Dia tahu dia perlumelupakan keluarganya dan segala-galanya yang bersangkut paut dengan kehidupannyasebelum ini. “Tidak ada sesiapapun yang tahu tentang hal ini sekarang kecuali kau,anggota keluargaku... Dan Awang.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 139

*

Damak telah diajar Musa untuk mengawal setiap zarah di dalam tubuhnya. Satukebolehannya yang sehingga kini terus menerus membuatnya kaget setiap kali diamencuba kemampuan ini.

Perkara yang paling awal ya diajar Musa kepada Kasturi adalah cara untuk diabergerak menembusi tembok. Satu perkara yang dapat dilakukan Kasturi dengan mudah,seperti mana yang dilakukannya sekarang. Kasturi cuba masuk ke dalam sebuah rumah diKampung Jawa. Apabila dia menembusi dinding papan di dalam rumah tersebut, segalazarah di tubuhnya bergetar, berpisah, lalu bergerak ke dalam tembok kayu itu sebelumzarahnya bercantum semula di bahagian yang berjaya ditembusinya.

Damak masuk ke dalam bilik seorang anak gadis yang sedang tidur. Diameletakkan tangannya ke atas lengan gadis itu yang terdedah lalu menyedut tenagakehidupan gadis tersebut. Damak telah memastikan agar tenaga hidup gadis tersebut tidakdisedutnya sehingga mampu menyebabkan kematian. Apa yang pasti, di lengan gadis iniakan terdapat tanda lebam berwarna hitam setelah dia selesai dengan tugasnya. Gadis iniakan bangun di dalam keadaan kepenatan dan pasti akan jatuh sakit selama berhari-harilamanya. Si gadis kemudian akan menyalahkan perbuatan ‘pelesit’ kepada apa yangberlaku kepadanya.

Walau bagaimanapun, ada kalanya, kehadiran Damak akan disedari oleh mangsa-mangsanya yang tersedar sewaktu dia melakukan kerjanya ini. Apabila mereka menjerit,Damak akan terus lari menembusi dinding rumah mereka lalu hilang entah ke mana. Apayang akan dilaporkan oleh mereka adalah kehadiran satu lembaga serba hitam bertubuhyang kelihatan berkilat dan berminyak. Lama-kelamaan, lembaga yang hanya muncul diwaktu malam ini dikenali dengan nama Orang Minyak oleh penduduk-penduduktempatan...

Damak telah diberitahu Musa bahawa dia perlu mengumpul tenaga hidup 40orang anak gadis yang masih belum terusik daranya sebelum dia memperoleh kuasa untukmenyerupai seorang manusia biasa dan akhirnya dapat merubah jisim objek yangdisentuhnya kepada emas.

Seyogia, Sewaktu Damak keluar pada waktu malam untuk mencari mangsanyainilah dia dapat melihat bagaimana Kota Melaka akhirnya benar-benar dapat dijajahPortugis. Dia dapat melihat bagaimana pagar-pagar kayu telah dibina di sekeliling KotaMelaka. Dilihatnya juga bagaimana beberapa buah masjid di Melaka diruntuhkan danbatunya digunakan untuk membina sebuah kubu pertahanan di atas tapak bekas IstanaSultan Melaka yang telah hangus dibakar Portugis. Kubu ini akhirnya dinamakan AFamosa.

Damak serba salah melakukan kegiatannya sekarang. Dia serba salah, sebenarnya.Dia tahu apa yang dilakukannya ini melampaui batas, tetapi dia perlu melakukan sesuatuagar dia mampu kelihatan seperti manusia biasa. Dia tidak sanggup melihat keadaannya

http://nizamzakaria.blogspot.com 140

seperti sekarang. Dia tidak boleh keluar pada waktu siang kerana takut dirinya yanghodoh itu akan diketahui orang ramai. Dia perlu kelihatan seperti manusia biasa!

Semakin ramai anak dara yang dijadikan mangsa Damak, semakin bertambah-tambah lagi kuasa yang ada di dalam dirinya. Kini, Damak dapat mengumpul zarah-zarahyang ada di kawasan sekelilingnya lalu mencipta bahan-bahan yang kecil sepertisegenggam beras ataupun secawan air. Air panas boleh dibekukan serta-merta hanyadengan menyentuhnya dan mengawal getaran zarah air. Ini tidak dikira lagi bentuk-bentuk luar biasa yang dapat dilakukan kepada dirinya sendiri, seperti mengubah bentukwajahnya dan tubuhnya kepada apa sahaja yang dimahukannya.

Pada masanya apabila cukup 40 orang anak gadis yang berjaya diserap tenagahidup mereka oleh Damak, dia merasakan dia akan dapat melakukan perkara-perkarayang lebih hebat lagi... Mungkin, mengubah logam biasa kepada emas hanya sebahagiansahaja dari perkara-perkara yang lebih hebat yang dapat dilakukannya nanti!

http://nizamzakaria.blogspot.com 141

Buku II. Bab 5

Syahadan, cerita mengenai ‘orang minyak’ yang semakin mengganas kini sudah menularhingga ke Muar. Sepencapai tujuh keturunan gamaknya ceritera mengenai orang minyakini akan diturunkan agar anak-anak gadis dijaga dengan baik supaya mereka tidakmenjadi mangsanya. Apabila cakapan tentang orang minyak ini menular ke luar Melaka,maka timbullah hikayat orang minyak yang merogol anak-anak gadis agar ia akan dapathidup dengan lama dan kebal. Maka begitulah alkisahnya.

*

Sememangnya Damak merasakan dirinya tak ubah seperti seorang pencuri masuk kedalam rumah orang-orang yang tidak di kenalinya di Melaka hanya untuk menyeduttenaga hidup anak dara yang tidak berdosa sehingga mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.Damak tahu ada di antara mereka yang jatuh sakit sehingga berminggu-minggu lamanya,meracau seperti orang yang telah disampuk.

Pada hari itu, Damak mendapat tahu seorang gadis yang telah menjadi mangsanyayang ke-32 mati setelah seminggu tidak sedarkan diri. Gadis yang telah menjadimangsanya ke-33nya semalam, kini berada di dalam keadaan tenat.

Damak keliru. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang. Dia dapatmerasakan dirinya semakin bertenaga, tetapi di dalam masa yang sama, gadis-gadis yangmenjadi mangsanya yang ke 29, 30 dan 31 mengalami sakit-sakit teruk, seolah-olahperbuatannya boleh mendatangkan musibah kepada mereka.

Buat masa ini, dengan kuasanya yang semakin hari semakin bertambah, Damakdapat menggunakan kuasanya mendengar cetusan hati orang-orang yang berada disekelilingnya. Suara-suara beberapa orang penduduk di Kampung Arab dapatdidengarnya. Dia mendapati ada di antara mereka mencetuskan kata-kata benci terhadapMusa setiap kali mereka melintasi rumahnya.

Pada satu hari, dia dapat mendengar cemuhan seorang pedagang Arab yangcukup-cukup benci kepada Musa. Dia telah mendakwa kepada seorang kenalannyabahawa Musa adalah seorang tali barut Portugis. Kata-kata pedagang Arab itu telahmembuatkan Damak terkejut. Sukar untuk dia mempercayai perkara ini, walaupun jauh didalam hatinya, dia tahu apa yang disebutkan oleh pedagang Arab itu benar.

“Apa yang telah berlaku kepada diriku?” tanya Damak kepada Musa sebaik sahajaMusa pulang ke rumahnya. Seperti biasa, sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya setelahsehari suntuk bekerja di kedai ubatnya, dia akan memberi Damak alamat rumah yangharus dicerobohinya pada waktu malam.

“Apa maksud kau?”

“Mereka yang menjadi mangsa aku tenat keadaannya.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 142

“Kau tak perlu risaukan tentang itu semua!” Musa berdecit dan menjeling denganwajah kurang sabar.

“Bapaku bomoh... Sejak kecil lagi aku telah didik untuk menjadi bomoh agar akudapat ubat mereka yang sakit, bukan menyebabkan kematian!” sambut Damak marah-marah.

“Telah ku katakan, kau tidak perlu risau akan ini semua!” Musa menyusunbeberapa biji botol berubat di dalam bilik di belakang rumahnya. Sesekali dia akanmemandang ke arah bayangan wajah marah Damak yang dapat dilihatnya terpancarmelalui botol-botolnya. Damak sedang berdiri di belakangnya dengan wajah yangbengkeng.

“Tapi seorang gadis telah mati!”

“Semangatnya lemah...” Musa memberi alasan seolah tak ada apa yang berlaku.

“Tapi sejak kebelakangan ini, gadis-gadis yang menjadi mangsaku sering beradadi dalam keadaan tenat!”

“Perkara ini tak dapat kau elakkan.”

“Maksud kau?”

“Apabila tenaga kau semakin kuat, kau akan menyebabkan mangsa-mangsa kaujatuh sakit atau mati apabila kau menyedut tenaga hidup mereka.”

“Tapi mengapa? Aku telah cuba sedaya-upaya untuk memastikan agar aku hanyamenyedut sebahagian sahaja dari tenaga hidup mereka! Aku telah melakukan kerja akudengan berhati-hati!”

“Entahlah, jangan kau tanya benda-benda ini kepadaku.” Ujar Musa, walaupun diatahu bahawa keadaan Damak yang semakin kuat itu umpama dirinya menyedut tenagamangsanya dengan lebih rakus dan cepat lalu menyebabkan ‘kecederaan’ dalaman didalam mangsa-mangsanya sehingga sukar untuk mereka menggantikan tenaga dalamanmereka kembali. Perkara ini langsung tidak disebutkan Musa, kerana dia tidak mahuDamak tahu. Yang penting baginya sekarang, Damak perlu mendapatkan tenaga hidup 40orang gadis agar dia sendiri dapat mengecap segala kekayaan yang bakal dapat disalurkankepadanya melalui Damak nanti.

Musa berpaling ke belakang untuk menghadap Damak. Dia tahu Damakkerisauan. Dia perlu menenangkan Damak agar apa yang diimpikannya dapatdikecapkannya tidak lama lagi. Katanya dengan suara memujuk kepada Damak.

“Sudah lah tu... Kau tak payah risaukan sangat. Malam ini kau ke rumah penghuluKampung Bugis. Dia mempunyai seorang anak dara yang boleh kau ambil tenagahidupnya. Aku pasti dia tidak akan diapa-apakan kau nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 143

Damak mengeluh lesu. Dia langsung terlupa untuk bertanyakan kepada Musatentang suara-suara sumbang yang didengari mengenai dirinya yang disebut-sebutkanoleh jiran-jirannya. Lebih-lebih lagi apabila dia mendengar bunyi dentuman meriam yangdiletupkan dari arah kota A Famosa yang menandakan waktu berkurung untuk pendudukKota Melaka sudah pun bermula sebaik sahaja matahari tenggelam di ufuk barat.

*

Dengan pantas Damak menyusup masuk ke Kampung Bugis. Tubuhnya yanggelap itu tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar, lebih-lebih lagi apabila diamerubah zarah di tubuhnya agar kelihatan seperti asap hitam yang bergerak menyelinapmasuk ke kawasan kampung.

Malam itu gelap gelita keadaannya. Awan berkepul-kepul di langit. Suasanakampung terlalu sunyi.

Damak terus ke rumah penghulu Kampung Bugis. Didapatinya rumah penghululebih besar dari rumah-rumah pedagang Bugis di kampung tersebut. Rumah itu, sepertirumah-rumah lain di Kota Melaka pada waktu itu, kelihatan seperti tidak dihuni – senyapsunyi akibat perintah berkurung yang telah diarahkan oleh pemerintah Portugis ditambahlagi penduduk-penduduk kampung terlalu takut untuk keluar malam kerana merekabimbang akan bertemu ‘orang minyak’ yang dikatakan sedang mengganas dan membunuhsesiapa sahaja yang bertembung dengannya.

“Jangan ganggu penghuni rumah ini!” pinta makhluk aneh yang ditemui Damak dibawah rumah penghulu Kampung Bugis. Damak terkejut melihat dirinya ditegur begini.Sememangnya sebelum ini dia ada bertembung dengan makhluk-makhluk halus berbagairupa melalui penglihatan matanya yang baru ini, tetapi dia tidak pernah ditegur ataudiganggu. Hari ini lain pula keadaannya.

“Siapa kau? Berani kau menegur aku!” tanya Damak dengan tegas, dia merubahbentuk kejadiannya dari susunan kepulan asap hitam kepada bentuk manusia yang hitamdan berkilat.

Damak dapat melihat makhluk di hadapannya ini bertubuh lebih tinggi darimanusia biasa dengan wajah yang menakutkan. Matanya besar terbeliak dengan mulutyang dipenuhi dengan gigi yang tajam. Seluruh bahagian tubuhnya berbulu lebat.

“Kau tidak perlu tahu siapa kami!” jawabnya dengan suara yang berlapis-lapisseolah ada beberapa orang yang sedang bercakap di dalam masa yang sama.

“Kau makhluk genderuwo... Bukan aku tak tahu!” jerkah Damak. “Kenapa kaumahu menghalang aku dari melakukan pekerjaan aku ini? Apa kena mengena kau dengantuan rumah ini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 144

“Ini tugas kami. Biar kami lakukan tugas kami!” tegasnya dengan angkuh. Diaterus berdiri teguh di hadapan rumah penghulu seolah menjadi pengawal di sana.

“Apa tugas kau yang sebenarnya wahai genderuwo!”

“Menjaga manusia di dalam rumah ini agar tidak diganggu kau!” si genderuwomenyeringai untuk menakutkan Damak. “Nyah kau dari sini! Kalau tidak padah jadinya!”

Damak tidak tahu jika dia harus merasa takut atau bimbang pada waktu itu. Diasendiri mampu menjadi makhluk yang lebih menakutkan jika dia mahu. Pada masa itu,perasaannya cukup marah. Damak cukup pantang jika dirinya diugut begitu. Diamendekatkan dirinya kepada genderuwo yang berbulu dan berwajah bengis itu.

“Siapa tuan kau?” tanya Damak dengan membeliakkan matanya.

“Kau tidak perlu tahu!” genderuwo cuba menolak tubuh Damak yang berminyakitu dengan kuat. Tetapi tubuh Damak terlalu kebal dan kuat. Dia langsung tidak dapatdigerakkan gederuwo dari kedudukan berdirinya.

“Aku perlu tahu!” bentak Damak. Dia dapat merasakan dia dapat melakukansesuatu untuk sekurang-kurangnya melemahkan makhluk di hadapannya. Damakmendekatkan tangannya kepada makhluk itu lalu menyerap seberapa banyak tenagakehidupan yang ada di dalam tubuh genderuwo sehingga ia merintih lalu meminta Damakagar berhenti serta-merta dari menyeksanya begitu.

“Apa yang telah kau lakukan kepada kami?” genderuwo terbongkok menahansakit.

“Siapa tuan kau! Beritahu kepadaku atau aku akan musnahkan kau sekarangjuga!” pekik Damak. Suaranya jitu. Dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang tidakmungkin akan disedari oleh manusia dengan deria mereka yang terhad.

Mahkluk itu tiba-tiba kaku. Ia seperti sedang mendengar arahan yang hanya dapatdidengar oleh dirinya.

“Tuan kami meminta kami agar membawa kau pergi berjumpa dengannyasekarang juga!”

“Mengapa?”

“Kerana dia mempunyai sesuatu yang mahu diwartakan kepada kau, wahai orangminyak!”

Damak tidak tahu jika dia harus mendengar kata-kata genderuwo gergasi berbuluitu atau terus memusnahkannya. Tapi entah mengapa, dirasakannya dia harus mendengarsuara nalurinya. Dia dapat merasakan dia harus bertemu dengan tuan makhluk ini untukmendengar apa yang mahu diberitahu kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 145

Damak memberi isyarat setuju dengan menganggukkan kepalanya. Makhlukgederuwo kemudian membelakanginya lalu memintanya supaya mengikutnya daribelakang. Damak berubah kepada kepulan asap hitam lalu mengikut ke mana sahaja sigenderuwo pergi. Si genderuwo bergerak dengan pantas merentas kawasan kampungsehingga ke bahagian hujung kampung berdekatan. Di situ, si genderuwo menjemputDamak masuk ke dalam sebuah rumah kecil di tepi laut. Dia memberitahu kepada Damakbahawa tuannya sedang menunggu di dalam rumah.

Damak mendapati dia sedang berhadapan dengan seorang dukun hindu dari Jawa.Apabila dukun itu mendongak lalu memandang Damak, dia nampak sedikit kagummelihat kejadian Damak yang bermula dari kepulan asap hitam berubah kepada bentuklembaga manusia hitam di hadapannya. Dia mula sedar bahawa dia sedang berhadapandengan satu makhluk yang mempunyai kuasa di luar jangkauan ilmunya.

“Kenapa aku diseru untuk menemuimu, wahai tuan dukun?” tanya Damakmenagih jawapan. Suaranya tenang ketika dia sedang duduk bersila menghadap dukunhindu yang sedang memakai pakaian serba putih dan berusia agak tua itu.

“Kau bukan makhluk seperti genderuwoku ini... Jadi apakah engkau sebenarnya?”si dukun bertanya pula, tanpa menjawab soalan Damak tadi.

“Sebelum aku menjawab... Boleh aku tanya siapa nama kau yang sebenarnyawahai dukun?”

“Miharja...” jawabnya dengan membiarkan bekas kemenyan yang diletakkan dihadapannya terus terbakar mengeluarkan bau wangi yang memenuhi rumahnya.

“Sebenarnya aku sendiri tidak tahu tentang kejadianku yang sebenar, Miharja.”Damak berterus terang. Suaranya jelas hampa kerana dia tidak mungkin tahu menjelaskankeadaan dirinya itu kepada Miharja.

“Apa-apa pun... Aku tahu kau mempunyai hati yang baik. Jadi aku minta supayakau berhenti melakukan apa yang lakukan sekarang kepada penduduk-penduduk Melaka.Mereka sebenarnya takutkan kepadamu.” Ujar Miharja dengan loghat Jawa yang pekat.

“Jadi kau telah ditugaskan untuk menumpaskan ku?” Damak cuba meneka,walaupun dia sememangnya tahu Miharja berniat baik.

“Tidak... Tugasku sekadar untuk melindungi isi rumah penghulu Kampung Bugisyang cuba kau jadikan mangsa kau tadi... Terutamanya anak gadisnya.” Miharja berterusterang tentang tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Damak termenung buat seketika. Dia merasa serba salah. Dia memandang kepadakeadaan rumah dukun samar-samar diterangi cahaya pelita. Di dalam rumah dukun tua inididapatinya banyak tersimpan daun-daun lontar yang tertulis dengan mantera pelbagaijenis yang ditulis dalam bahawa Jawa yang digunakan Miharja untuk mengerjakan

http://nizamzakaria.blogspot.com 146

tugasnya. Di hadapan si dukun itu dia dapat melihat sebiji mangkuk porselin yang diisidengan air dan ditaburi kelopak dari tujuh jenis bunga.

“Kau mahu aku berhenti?”

“Ya, berhentilah sebelum kau menyesal nanti... Aku tahu kau tidak mahumelakukan ini semua. Kau tidak mahu membunuh mereka yang tidak bersalah.” UjarMiharja bersungguh-sungguh. Suaranya perlahan, tetapi jelas didengar Damak. “Makhluksepertimu... Walaupun tidak pernah aku temui sebelum ini, aku pasti bukan makhlukyang jahat.”

“Tapi bagaimana dengan diriku? Aku tidak mahu terus menerus begini! Akuperlukan mereka untuk berubah menjadi seperti sedia kala.”

“Kau tidak mungkin boleh menjadi manusia biasa... Kau bukan manusia lagi.”

Damak mengeluh lesu.

“Aku tahu kau telah dianiaya...” Ujar si dukun sewaktu menilik air di dalammangkuk dengan suara simpati.

“Ya... Aku telah dianiaya oleh makhluk vampiro dari negara atas angin—“

“Tetapi bukan itu yang dapat aku lihat sekarang...” pintas Miharja mengusikkandungan air di dalam mangkuk dengan menggunakan kerisnya.

“Apa yang dapat kau lihat?”

“Aku dapat melihat kau sebenarnya dianiaya oleh seorang ahli sihir Arab...” Sidukun tekun memandang ke dalam mangkuknya sambil menghiris sepotong buah limaunipis dengan kerisnya itu lalu hirisan itu jatuh ke dalam mangkuk.

“Apa? Kau pasti?” tanya Damak sambil membetulkan kedudukan silanya.

“Kau sendiri sudah tahu tentang hal ini, bukan? Cuma kau sukar untukmempercayainya sendiri...”

Damak mendengus marah. Dia cuba memikirkan jika Miharja cuba menipunyadengan mengelirukannya, tetapi dia dapat merasakan bahawa Miharja bukan jenis dukunyang mengamalkan ilmu hitam untuk bertujuan jahat. Miharja seperti bapanya juga,seorang dukun yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya untuk membantu orang yangberada dalam keadaan kesusahan.

“Kau pasti ahli Sihir Arab itu yang telah mengkhianatiku?” tanya Damak cubamemastikan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 147

“Ya... Dialah yang telah merancang agar kau ditangkap makhluk vampiro yangkau sebutkan itu dan akhirnya dibunuh mengikut cara yang dimahukannya.” Mata sidukun berkelip-kelip memandang ke arah dalam mangkuk sebelum dia berpaling ke arahlain. Dia tidak sanggup melihat apa yang dapat dilihatnya pada ketika itu – penyeksaankepada diri Damak di saat-saat terakhir kehidupannya.

“Aku perlu pergi!” Damak membelakangkan dirinya. Dia mahu menemui ahlisihir Arab bedebah itu lalu membunuhnya dengan tangannya sendiri.

“Kau terlalu marah... Kau tidak sepatutnya begitu marah begini.” Miharjamenasihati. Dia seolah dapat merasakan beban amarah yang dibawa di dalam diri Damakselama ini. Miharja tahu bahawa di dalam keadaan marah, makhluk yang berkuasa sepertiDamak memang bahaya.

“Jadi fikirmu apa yang patut aku lakukan?”

“Berjumpa dengan Gusti Puteri Gunung Ledang.” Miharja menyarankan.

“Mengapa?” sukar buat Damak menerima saranan Miharja, kerana dia tahu betapasukarnya untuk orang sembarangan berjumpa dengan Puteri lagenda itu. Tapi dia bukanorang sembarangan lagi, fikirnya.

“Aku rasa, mungkin dia dapat membantumu.” Kata Miharja dengan ikhlas. Diabetul-betul mahu membantu Damak.

Damak tidak menjawab. Matanya tertunduk ke bawah sebelum dia memandang kearah wajah jernih Miharja. “Biar aku fikirkan dahulu.”

Damak keluar dari rumah kecil Miharja. Di luar dia dapat melihat lembagaberbulu genderuwo sekadar memandang kepada sebelum menunduk hormat.

“Maafkan aku kepada segala apa yang telah aku lakukan kepada kau tadi.” KataDamak dengan perlahan. Dia terus memandang ke arah genderuwo sebelum diamenukarkan dirinya kepada kepulan asap hitam lalu bergerak ke arah Kampung Arabdengan perasaan marah penuh dendam...

http://nizamzakaria.blogspot.com 148

Buku II. Bab 6

Pada subuh itu, Damak masuk ke rumah Musa dengan terus merempuh pintunya sehinggapecah. Musa bangun dari tidurnya untuk melihat apa yang berlaku. Fikirnya tenteraPortugis telah membuat kesilapan dengan menceroboh masuk ke dalam rumahnya sepertimana yang sering mereka lakukan kepada beberapa pedagang Arab di sini. Dia cepat-cepat mengeluarkan bendera Portugis yang ada disimpannya di sebuah kotak di tepikatilnya lalu berjalan keluar dari kamar tidurnya. Dia dapati tidak ada sesiapapun di situ.Keadaan di rumahnya senyap sepi.

Tubuh Damak perlahan-lahan muncul di hadapannya. Musa terkejut. Dia cubamenyembunyikan bendera Portugis ke belakang, tetapi Damak cepat-cepat menggenggamtangannya. Damak mengambil bendera itu lalu mencampaknya ke tepi. Bendera itu sudahcukup untuk menjadi bukti pengkhianatan Musa terhadap dirinya.

Musa kini sedar bahawa Damak telah mengetahui tentang apa yang telahdilakukan kepadanya. Musa dapat melihat wajah Damak yang menakutkan. Matanyamerah menyala. Dia menyeringai sehingga menampakkan taringnya yang tajam.

Musa menjerit sekuat hati meminta tolong. Dia memberitahu kepada jiran-jirannya bahawa dia telah diserang orang minyak. Tidak seorang pun mahu membantu.Mereka semua tahu dia adalah tali barut Portugis. Ada di antara mereka yang terusmenutup tingkap rumah masing-masing kerana tidak mahu mendengar jeritan Musa. Didalam kepala Damak pula, dia dapat mendengar bahawa terdapat beberapa orang jirannyayang mengatakan dia layak sahaja mati. Mereka sesungguhnya tidak senang dengankehadiran seorang petualang yang hidup di kawasan perumahan mereka...

Damak menggenggam leher Musa dengan kuat. Dia menyerap segala tenaga hidupMusa sebelum sempat Musa dapat melawan dengan membaca mantera-manteranya yangdifikirkan dapat digunakannya untuk melawan Damak.

Damak mengangkat tubuh Musa sehingga kakinya tidak mencecah tanah. Musamemegang tangan Damak supaya dia dilepaskan. Di tangan Damak itu kini tumbuh duri-duri tajam sehingga Musa terpaksa melepaskan genggamannya.

Tidak cukup dengan itu, Damak telah mengubah zarah-zarah kulit Musa. Tidaksampai beberapa saat, bahagian kulit Musa terkupas dari tubuhnya hatta telah disimbahdengan logam panas. Musa menggelupur menahan sakit yang amat sangat.

Musa cuba menjerit sekuat hati, tetapi dia tidak dapat melakukannya apabilasaluran pernafasannya dicengkam tangan Damak dengan kuat. Musa tidak pernah merasasebegitu terseksa sebelum ini. Kulitnya tertanggal dari tubuhnya seperti lilin yang cair.

Damak melepaskan genggamannya. Musa tidak bernafas lagi. Mayatnya dibiarkanterjatuh di atas lantai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 149

Damak duduk termenung memandang ke arah mayat Musa. Dia tidak tahu apayang akan dilakukannya sekarang. Dia tidak mungkin dapat hidup seperti manusia biasa,kerana Musa telah mati bersama-sama pengetahuannya yang mungkin dapat digunakanuntuk membuat dirinya kelihatan seperti manusia lain.

Tapi mungkin ada cara lain selain dari apa yang dilakukannya sekarang. Mungkindia tidak perlu membunuh lagi.

*

Sebaik sahaja malam menjelang tiba, Damak terus merubah bentuk tubuhnya kepadakepulan asap hitam lalu bergerak ke arah rumah Miharja. Setibanya di rumah Miharja ditepi pantai itu, dia mendapati Miharja seperti sudah lama menunggu ketibaannya. Miharjasedang berdiri menunggu di hadapan rumahnya.

Miharja memandang ke arah kepulan asap hitam di hadapannya lalu membuatisyarat dengan tangannya supaya Damak masuk ke dalam rumahnya. Damakmengumpulkan zarah-zarah tubuhnya lalu membentuk dirinya kepada tubuh manusia laludia melangkah masuk ke dalam rumah Miharja.

Miharja mempersilakan Damak duduk menghadapnya. Tatkala itu, Miharja dudukdi atas alas kulit harimau. Wajahnya kelihatan jernih. Dia beraba-raba janggutnya yangputih itu sambil berkata:

“Aku sudah beritahu kepada orang-orang kampung bahawa kau tidak akanmengganggu mereka lagi.”

“Terima kasih...” ucap Damak dengan suara perlahan.

“Kau mempunyai kuasa yang hebat, kau tahu bukan?”

“Ya, aku tahu. Tapi apa gunanya kuasa ini semua jika aku kelihatan hodohbegini?” Damak mahu kelihatan seperti manusia biasa. Itu sahaja yang dimahukannyasekarang.

“Aku telah memberitahu kepada Gusti Puteri tentang dirimu...” Miharja bersuaraperlahan.

“Jadi apa katanya?”

“Katanya, dia mungkin boleh membantu... Jadi dia mahu kau pergi menemuinyasendiri.”

“Tapi aku tidak tahu bagaimana untuk mencarinya!” Damak memegang dahinya.Fikirannya buntu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 150

“Kau boleh memulakan perjalanannya pada malam ini dengan merentas hutanMelaka dengan menggunakan jalan denai sehingga membawamu ke Sungai Muar. Kauperlu merentas sungai Muar lalu menunggu di hujung kampung Udang. Di sana ada orangakan menunggumu lalu membawamu berjumpa dengan Gusti Puteri di keratonnya.”

“Jadi Gusti Puteri mempunyai jawapan tentang diriku ini... Dia bolehmembantuku nanti?”

“Mungkin... Gusti Puteri memang lebih mengerti tentang hal-hal seperti ini.Percayalah.”

Damak mengangguk lesu. Dia bersalaman dengan Miharja sebelum dia memintadirinya untuk pergi ke ke arah Kampung Udang. Sebaik sahaja dia keluar dari rumahMiharja, dia terus mengubah dirinya kepada bentuk kepulan asap hitam, lalu membiarkanbayu malam membawanya pergi ke arah selatan...

*

Damak merentas Sungai Senduk pada subuh itu. Dia terus bergerak sehingga tiba dipenghujung Kampung Sungai Senduk. Di sana, dia merubah bentuk tubuhnya kepadabentuk manusia lalu berjalan masuk ke dalam hutan.

Damak mendongakkan kepalanya. Dia dapat mencium bau haiwan buas. Bukansatu atau dua ekor. Mungkin enam. Haiwan-haiwan ini sedang berjalan ke arahnya.Langkah mereka langsung tidak kedengaran, tapi Damak tahu mereka sedang beradasemakin hampir kepadanya.

Damak memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihatdua ekor harimau sedang mengekorinya. Apabila dia menoleh ke hadapan, ada pulaempat ekor harimau yang muncul entah dari mana.

Damak memandang ke langit. Dia memusingkan dirinya ke ufuk timur. Diaberdiri dengan satu kaki lalu membaca mantera berikut:

“Om si Kumari! Mahadewi om!Aku anak si rimau ganas!Cucu baginda Ali!Gemuruh akan suarakuHalilintar akan matakuKilat akan senjatakuBergentar bumi, bergentarlah akuBergerak bumi, bergeraklah aku.”

Harimau-harimau di hadapannya berhenti terpaku. Beberapa detik kemudian,harimau-harimau ini berubah kepada bentuk manusia yang kelihatan seperti orang asli.Mereka mendekati Damak yang telah mematikan kuasa mereka – satu perkara yang hanyaboleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai ilmu kebatinan yang benar-benar hebat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 151

“Jadi kamu lah orang benua yang akan membawa aku berjumpa dengan GustiPuteri di Gunung Ledang?” tanya Damak memerhatikan wajah-wajah mereka satupersatu.

Orang-orang benua tidak menjawab. Mereka memandang di antara satu denganyang lain seperti ingin menjawab, tetapi dibiarkan sahaja soalan Damak itu tergantungbegitu sahaja.

“Kita perlu bertolak sekarang... Gusti Puteri pasti sedang menunggu,” salahseorang dari orang orang-orang benua itu berkata, mewakili yang lain.

Damak mengangguk. Lalu dia mengubahkan bentuk tubuhnya kepada seekorharimau kumbang yang mempunyai kulit serba hitam dan berkilat. Keenam-enam orangbenua yang ditemuinya terus mengubah tubuh mereka kepada harimau, lalu terus merekaberjalan berlari dengan pantas ke dalam hutan rimba, menuju ke arah Johor...

*

Mereka hanya tiba ke keraton Gusti Puteri yang dimaksudkan Miharja pada senja hari itu.Sesungguhnya, Damak terkesima melihat keraton Gusti Puteri yang telah dibina ditengah-tengah kawasan hutan tebal di Johor. Apa yang pasti baginya sekarang, dia sedangberada di kawasan jauh dari Gunung Ledang...

Suasana dingin dan berkabus menyelimuti kawasan Keraton. Damak dapatmelihat di sini terdapat beberapa orang dayang yang sedang menunggu ketibaannya.Sebaik sahaja Damak melangkah ke dalam keraton, dia mengubah bentuk tubuhnyakepada bentuk manusia.

Seorang wanita yang cantik rupa parasnya sedang menunggu di atas singgahsana.Damak terus menuju ke situ lantas menundukkan kepalanya sebagai tanda hormatsebelum dia memandang kembali untuk memandang wajah ke wanita cantik dihadapannya. Tubuhnya langsing, tetapi berisi di tempat-tempat yang cukup cantik danelok jika ia kelihatan berisi di situ. Rambutnya hitam dan panjang. Matanya besar danbulat. Dia tidak kelihatan seperti seorang wanita Melayu, tetapi mungkin lebih kepadawanita yang berasal dari kawasan Timur Tengah.

“Tidak sampai hati untuk aku melihat keadaanmu begini, Kasturi... Atau kaumahu aku memanggilmu Damak?” ujar bicaranya tulus, nada suaranya halus dan iramaayatnya bagus kedengarannya.

“Panggil saja saya dengan nama Damak, Gusti Puteri.” Dia menjawab denganperlahan. Matanya terus terpaku kepada kecantikan luar biasa yang ada pada wanita dihadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 152

“Nama penuhku, seperti yang dikenali satu masa dahulu di Sriwijaya; Raden DewiChandra Kirana. Tetapi panggil sahaja aku dengan nama Kira... Selamat datang ke KotaGelanggi, Damak.” Suara Kira selembut sutera.

“Kota Gelanggi? Mengapa saya tidak dibawa ke Gunung Ledang?”

“Gusti Puteri Gunung Ledang itu adalah salah satu dari tujuh kembarku. Dia tidakada lagi di sini.” Kira memberitahu dengan suara yang lebih tegas. “Sejak dia tiada lagi disini, segala urusan-urusannya akan aku selesaikan sahaja di keraton ini.”

Damak termenung seketika. Dia memerhatikan keadaan keraton batu yang indahini. Dia tidak kisah lagi siapa yang akan menolongnya, asalkan masalahnya itu dapatdiselesaikan.

“Jadi Kira pasti tahu mengapa saya telah ke mari dari Melaka...” sebut Damaktanpa berdalih-dalih.

“Ya, Damak... Sudah pasti.”

“Jadi apa yang telah terjadi kepada saya? Mampukah saya berubah kepada sediakala?”

“Sudah pasti,” Kira tersenyum mesra. “Sebenarnya Damak... Aku telah lamamenunggu kemunculanmu.” Kata Kira sambil tersenyum.

“Saya tidak faham—“

“Kau fikir aku bersemayam di hutan tebal seperti ini untuk bersuka-suka?” tanyaKira lantas menjeling. Dia berdiri dari singgahsananya lalu berjalan ke arah Damak. “Kitatelah ditakdirkan agar bertemu... Di sini. Di saat ini.”

“Untuk apa?”

“Buat masa ini kau tidak perlu tahu untuk apa.” Kira menyuruh dayang-dayangnyapergi. Mereka terus meninggalkan kawasan singgahsana tanpa banyak soal. “Apa yangkau perlu tahu, aku mampu untuk mengubah keadaan kau sekarang kepada rupa manusia,seperti mana kau mahu.”

Mata Damak bersinar-sinar dengan penuh harapan. Tapi dia yakin, tentu adasesuatu yang perlu dilakukannya sebagai balasan kepada apa yang dimintanya ini.

“Kau perlu lakukan satu tugas yang penting apabila semua ini selesai nanti. Kauperlu membunuh seteruku, seorang vampiro bernama Tiresias. Selepas itu, kau bolehpergi bebas melakukan apa sahaja yang kau mahu... Termasuk memburu golonganvampiro yang lain seperti vampiro yang bernama Cassius yang telah membunuh jasadmanusiamu dahulu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 153

Damak mengangguk setuju. Malah buat masa ini, dia sanggup melakukan apasahaja yang diminta Kira.

Semasa Kira berhadapan dengan Damak, dia terus memegang wajahnya yanghitam itu dengan kedua belah tangannya. Mata mereka bertembung. Kira mengeluarkancahaya yang terang dari matanya. Damak tidak dapat mengelipkan matanya. Lama-kelamaan dunianya gelap, lalu terus dia terus tidak sedarkan diri.

Apabila Damak membuka matanya. Dia mendapati dirinya sedang berada di dalamsebuah kamar. Damak kurang pasti apa yang telah dilakukan kepadanya. Apabila Damakmemerhatikan dirinya, dia mendapati dia kelihatan seperti manusia biasa. Tubuhnya tidakhitam dan berminyak lagi. Damak terkesima melihatkan keadaan dirinya yang kelihatanseperti dirinya dahulu. Damak menjerit sekuat hatinya dalam kegembiraannya.

Kira tiba-tiba masuk ke dalam kamarnya itu sambil tersenyum. Sebaik sahajaDamak melihat kehadiran Kira, dia merubah zarah-zarah di tubuhnya agar menampakkandia sedang memakai persalinan seorang pendekar Melayu dari keadaannya berbogelsebelum ini.

Damak merasa begitu gembira sehinggakan perkara pertama yang ingin dilakukanpada ketika itu adalah untuk pulang ke Melaka untuk menemui keluarganya. Katanyakepada Kira:

“Saya perlu menemui keluarga saya. Mereka pasti rindukan saya. Lagipun merekatidak tahu jika saya mati atau masih hidup—“

“Kau boleh lupakan tentang mereka, Damak.” Pintas Kira berterus terang.

“Tapi mengapa?”

“Kau telah ditidurkan buat satu jangka masa yang lama... Mungkin terlalu lama.”

“Apa?”

“Sejak kau tidur... Melaka telah dirampas Belanda dari tangan Portugis.”

“Belanda?”

“Belanda adalah sebuah negara kecil di barat Eropah...” Kira memberitahu sesuatuyang baru bagi Damak. Dia tersenyum, menampak kepuasan yang sukar dibaca Damak.

“Berapa lama saya berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri?” tanya Damakingin tahu, suaranya berubah sedih. Dia kurang pasti jika sekarang sia-sia sahaja diahidup, walaupun sekarang dia dapat apa yang dimahukannya jika semua orang yangdisayanginya sudah tidak ada lagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 154

“Kau akan tahu juga nanti apabila kita bersama-sama ke Melaka...” Jawab Kira.“Tapi sebelum itu, berehatlah di sini dulu. Banyak yang perlu kau pelajari agar kau dapatmengawal kuasa yang ada di dalam diri kau ini.”

Damak mengangguk setuju walaupun jiwanya tidak tenteram. Dia tidak tahu jikadia harus menyesali kepada apa yang berlaku kepada dirinya sekarang ataupunmensyukurinya. Kepalanya terlalu berserabut untuk menelan segala apa yang baru sahajadiketahuinya sekarang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 155

Buku II. Bab 7

Damak memandang ke arah Kota Melaka yang telah berubah setelah 275 tahun berlalutanpa pengetahuannya. Sukar untuk dia mempercayai apa yang dilihatnya sekarang. Lancayang dinaikinya bersama Kira sedang melalui Kota Melaka di sebuah kawasan yang kinidikenali dengan nama Dataran Stadthuys. Di sana dia dapat melihat rumah rasmi GabenorPieter Gerardus De Bruijn yang telah dibina dengan batu bata yang telah diimport dariZecland, Belanda. Kota Melaka dikelilingi dengan sebuah kubu batu yang nampak gahmelindungi penempatan Belanda dari serangan dari luar. Terutamanya serangan dariBugis yang mahu merampas Melaka dari tangan Belanda.

Damak mendapati Melaka seperti telah kehilangan serinya. Melaka bukan lagipusat perdagangan di mana terdapatnya segala kekayaan dunia yang membuat kota inikaya raya dan penduduknya makmur dan sejahtera. Kota yang pernah melihat empat ribukapal dagang asing yang berlabuh di pelabuhan Melaka dan lapan puluh empat bahasaboleh di dengari di pasarnya. Kedatangan Portugis ke Melaka telah merubah segala-galanya dan kini, Belanda telah meletakkan Melaka sebagai sebuah penempatan sebelahbarat kepada tanah jajahan mereka di Indonesia yang jauh lebih besar dan penting. Halehwal perdagangan kini semuanya ditumpukan ke Betawi. Pihak Belanda masih tidakmahu melepaskan Melaka semata-mata kerana mereka tidak mahu kuasa Eropah yanglain bertapak di daerah ini yang dikawal mereka. Jadi, hari demi hari, kegemilanganMelaka sebagai pusat perdagangan semakin dilupakan.

Kegemilangan yang pernah dikecap Melaka kini dilupakan oleh semua orang,kecuali mungkin oleh Damak yang telah melihat dengan mata kepalanya sendiri kekayaandan kemakmuran yang pernah dikecap oleh kota ini.

Damak mengesat air matanya ketika dia melihat keadaan Kota Melaka yangterlalu banyak berubah sehingga dia sendiri tidak mengenalinya. Kini akhirnya dia pastibahawa tidak seorang pun yang dikenalinya masih hidup lagi pada tahun 1786 ini. Buatpertama kalinya dia merasa begitu sepi.

"Kita akan tinggal di sini sementara kapal pedagang dari Mesir bawa kita berlayarpada minggu hadapan." Beritahu Kira kepada Damak sewaktu lanca mereka membelokke arah Heerenstraat, atau Jalan Heeren, tempat tinggal para jutawan Belanda pada waktuitu.

Damak sekadar mengangguk. Dia sedar bahawa dia perlu melakukan tugas yangtelah dijanjikannya kepada Kira untuk membunuh seorang vampiro yang dikatakansedang bersembunyi di Mesir.

"Kapal yang kita naiki nanti akan berlabuh sebentar di Marseille. Aku akan turundi sana untuk ke Paris. Kau pula perlu teruskan perjalananmu lalu berlabuh diIskandariah. Pengikut-pengikutku akan menunggu kau di sana." Kira menjelaskan tanpamemandang ke arah Damak. Matanya terus kepada rumah-rumah mewah yang telahdibina di sepanjang Heerenstraat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 156

"Saya ingin tahu mengapa Kira perlu ke Paris?" tanya Damak. Nama kota ituterasa begitu asing untuk disebutnya. "Ada apa yang perlu Kira cari di sana?"

"Aku perlu mendapatkan sebuah manuskrip... Yang sepatutnya sudah boleh akudapatkan di sini." Wajah Kira terlukis penyesalan.

"Manuskrip?"

"Ya, sebuah manuskrip yang penting yang perlu dimusnahkan."

"Kira kata manuskrip yang Kira cari itu pernah berada di sini?"

"Ya... Sebelum sempat aku dapat mengambilnya dari Musa, si ahli sihir bedebahitu telah menyerahkan manuskrip itu kepada vampiro Cassius." Jelas Kira yang telahmengekori perjalanan Cassius yang pada ketika itu sengaja membuat dirinya ditangkapPortugis di India agar dia dapat pergi ke Melaka untuk mendapatkan manuskrip berhargaitu dari Musa. "Jika bukan kerana aku terpaksa menguruskan hal si Lilith pada masa itu,tak payah lagi aku bersusah-susah seperti sekarang!"

"Lilith?"

"Dia lebih dikenali di daerah ini dengan nama Puteri Gunung Ledang."

"Dan semuanya disebabkan oleh Gusti Puteri Gunung Ledang?"

"Ya, semuanya disebabkan olehnya!" Kata Kira dengan penuh dendam.

Lilith, salah seorang dari tujuh Daevas yang telah diasuh untuk jadi permaisuriuntuk Ahriman ini pernah menurunkan ilmu pengetahuannya kepada manusia di rantauini sehingga terbinanya candi di Prambanan, Borobudor dan Angkor Wat. Alkisahnya,Lilith seorang Daevas telah jatuh cinta dengan Nakhoda Ragam, seorang nakhoda yangtersohor. Percintaan mereka yang terlarang itu telah berakhir dengan tragedi. NakhodaRagam dibunuh oleh para Daevas dan Lilith pula telah melarikan dirinya ke GunungLedang bersama pengikut-pengikutnya, setelah kuasa yang ada di dalam dirinya ditarikbalik. Apabila Kira tiba di Melaka, Lilith cuba menghalang niatnya untuk cuba campurtangan di dalam hal masa depan manusia, tetapi Lilith kurang berjaya, lalu terpaksamembawa dirinya ke tempat lain. Sesungguhnya Lilith berdendam dengan kaumnyasendiri kerana telah membunuh Nakhoda Ragam yang telah dicintainya dengan kejam.

"Di Mesir nanti aku pasti kau akan berjumpa dengan Lilith... Jika kau berpeluang,kau harus membunuhnya... Kerana aku tidak mungkin dapat membunuh kembarkusendiri." Kata Kira mengusap-usap rambutnya.

"Saya perlu membunuh Gusti Puteri Gunung Ledang?" tanya Damak seperti diatersalah dengar tadi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 157

"Dia telah berubah menjadi makhluk yang menghisap darah... Kau fikirkanmengapa dia minta Sultan Mahmud agar mendapatkan semangkuk darah dari anaknyajika bukan kerana laparnya kepada darah manusia?" tanya Kira dengan sinis. Matanyaterus kepada Selat Melaka yang terbentang di hadapannya. "Dia musuh kau, Damak...Begitu juga setiap vampiro yang ada di dunia ini. Mereka membunuh manusia untuk terushidup. Kau pasti tidak mahu makhluk seperti ini terus wujud di muka bumi ini, bukan?"

Damak mengangguk pasti. Matanya kini terus kepada sebuah lanca yang sedangditarik laju oleh seorang lelaki Cina di hadapannya. Seorang lelaki Belanda dengan tubuhyang besar sedang duduk bersama seorang gadis Melayu bertubuh kecil. Damak pastigadis tersebut telah dijadikan bahan pemuas nafsu lelaki Belanda itu.

Lanca yang mereka naiki kini berhenti di sebuah banglo besar di tepi pantai.Damak menarik nafasnya. Dia kenal benar dengan tempat ini, kerana baginya, inilahtempat yang terakhir yang telah ditinggalkannya sebelum dia bertemu dengan Kira.

Miharja pernah tinggal di sini. Damak sedikit terkilan kerana tidak sempatberterima kasih dengannya.

Kira turun dari lanca yang dinaikinya. Dia terus melangkah masuk ke dalambanglo.

Damak melepaskan lelah yang terbuku di dadanya. Dia memandang ke langit.Bayu laut menyapa wajahnya. Pembawa lanca berbangsa Cina itu memandang kearahnya, dengan penuh sabar menunggu habuan darinya. Damak tersenyum, lalumengambil seberapa biji batu kerikil di atas jalan. Damak menggenggam batu kerikilyang dipungutnya tadi dengan kuat.

"Ini bayaran untuk kau." Damak membuka genggaman tangannya lalumenyerahkan kepada pembawa lanca itu beberapa biji permata nilam. Pembawa lanca itumengucapkan terima kasih berkali-kali kepada Damak. "Malam ini ambil aku di sini.Nanti akan aku berikan bayaran yang lumayan seperti yang aku berikan sekarang."

Si pembawa lanca mengangguk cepat. Dia mengelap keringatnya di dahinyaketika dia melihat Damak melangkah masuk ke dalam rumah besar yang tersergam dihadapannya.

*

Pada malam itu Damak telah mengarahkan tukang pembawa lanca supayamembawanya ke kota Melaka. Keadaan malam agak hening. Walaupun malam barumelabuhkan tirainya, jalan besar di Melaka ini senyap sunyi keadaannya. Jauh berbezarasanya dengan keadaan kota Melaka sebelum ia diserang Portugis dahulu.

Apabila mereka tiba berdekatan dengan gereja St. Paul, Damak terus memintapembawa lancar berhenti. Dia menyerahkan pembawa lanca itu beberapa butir permatasebelum dia berjalan ke arah bukit di hadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 158

Ketika dia masih hidup, kawasan ini merupakan sebuah kawasan larangan. Hanyakerabat di raja Melaka yang dibenarkan masuk ke kawasan ini. Sememangnya inilah satu-satunya kawasan di Melaka yang tidak pernah dilawati Damak dan entah mengapa, padamalam itu dia terpanggil untuk melawati kawasan ini.

Damak memandang ke arah gereja St. Paul yang telah dibina oleh pihak Portugisdan kini dibiarkan kosong oleh pihak Belanda. Beberapa ekor kelawar terbang keluar darigereja tua ini.

Tatkala itu kedengaran jeritan sayup-sayup seorang lelaki dari sebuah bangunanbatu di bawah bukit ini. Damak menoleh ke arah bangunan yang pada asalnya telah dibinaoleh pihak Portugis dan diberi nama Misericordia dan kini apabila pihak Belandamengambil alih, ia dinamakan Slavenburg pula.

Damak dapat merasakan bahawa bangunan yang kelihatan seperti tugu ini agakkeras. Dia dapat mengagak bahawa banyak nyawa telah mati di dalamnya.

Damak mengubahkan dirinya menjadi kepulan asap hitam lalu masuk ke dalambangunan Slavenburg. Dia mendapati keadaan dalam bangunan ini agak gelap. Terdapatbeberapa buah bilik yang dikenali dengan nama terongko gelap di mana beberapa oranglelaki yang didapati bersalah oleh pihak Belanda di kurung di sana. Bilik itu terlalu gelapsehingga mereka, yang dipenjarakan di dalam bilik itu tidak tahu perbezaan waktu siangdan malam.

Di sebuah bilik di hadapan terongko gelap itu dia dapat melihat sebuah bilik yangtelah digunakan khas untuk menyeksa mereka yang bersalah. Damak dapat melihat suarayang telah didengarinya tadi datangnya dari seorang pemuda Bugis yang berusia di awal20-an.

Pemuda Bugis ini nampaknya sedang diseksa oleh seorang lelaki berbangsaPerancis yang telah bekerja dengan pihak Belanda, manakala seorang pegawai tenteraBelanda pula sedang memerhatikan dengan wajah yang tenang.

Ketika bersembunyi di sebalik bayang-bayang gelap di dalam bilik itu, Damakdapat melihat beberapa alat yang digunakan untuk menyeksa tahanan di sini. Alat-alat inikelihatan kejam dan menakutkan. Mata Damak kini memandang kepada sebuah tongkayu bersaiz besar dengan paku-paku tajam terpacak di dalamnya. Dia mendapati tong itumasih basah berdarah.

Damak merubah dirinya kepada bentuk manusia. Dia menyentuh tong itu. Didalam kepalanya dia dapat melihat seorang pemuda berbangsa Bugis di bawa ke atasbukit yang dilawatinya tadi, lalu dimasukkan ke dalam tong ini lalu dibiarkan tong iniberguling sehingga ke bawah bukit. Tubuhnya berkecai. Sepertinya dahulu, pemuda itudilihatnya mati di dalam keadaan terseksa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 159

Sebatang besi yang merah menyala dicucuh di atas bahagian belakang pemudaBugis di hadapan Damak sehingga dia dapat melihat kepulan asap tebal berwarna kuningkeluar dari bahagian tubuhnya yang terbakar itu. Pemuda itu menjerit kesakitan.

Damak memegang tangan lelaki Perancis yang telah menyeksa pemuda Bugis itu.Segala tenaga kehidupnya diserap Damak dengan begitu cepat sehingga dia mati terkulaidi dalam masa tidak sampai lima saat. Pegawai tentera Belanda yang sedang berada didalam bilik tersebut terkejut melihat apa yang telah berlaku di hadapannya. Dia inginmenjerit meminta tolong, tetapi belum sempat dia dapat melakukan apa-apa, Damak telahmenggerakkan paku-paku tajam di dalam tong kayu yang telah disentuhnya tadi sehinggapaku-paku itu tercabut dengan sendirinya. Paku-paku yang tajam ini terapung di udarabuat beberapa saat sebelum ia terbang dengan laju menikam tubuh dan kepala pegawaitentera Belanda - sebelum sempat dia dapat melarikan dirinya.

Pegawai Belanda itu rebah di hadapan pemuda Bugis dengan darah bercucurankeluar dari setiap bahagian di tubuhnya yang telah dipaku sehingga darahnya itumembasahi lantai.

Dengan sekali pandang, Damak dapat membuka gari yang memasung tangan dankaki pemuda Bugis di hadapannya.

"Terima kasih,' ujar pemuda itu lalu tersungkur di atas lantai. Damak mengangkattubuh pemuda itu. Dia cuma memastikan agar pemuda itu berada di dalam keadaan sedar.

"Siapa kamu sebenarnya?" tanya Damak ingin tahu.

"Daeng Ralaka... Pengikut Raja Haji." Beritahu pemuda tersebut sebelum diatidak sedarkan diri.

"Raja Haji?" tanya Damak kehairanan, langsung dia tidak mengenali nama rajaberketurunan Bugis ini yang telah cuba menyerang Kota Melaka buat beberapa kalisehingga dia mati dibunuh Belanda di Tanjung Palas.

Damak terus-terusan tidak tahu bahawa ketika Raja Haji pergi menyerang Melakadengan bantuan seribu pahlawan Melayu Johor, Minangkabau dan Bugis termasukketumbukan yang diketuai oleh Sultan Ibrahim dari Selangor di Teluk Ketapang,penduduk-penduduk Melaka berbangsa Melayu, Cina, India dan Serani bersatumembantu Belanda untuk mempertahankan kota mereka. Jika Damak mengetahui denganlebih lanjut tentang hal ini, pasti dia akan keliru melihatkan keadaan ini malah kecewa taksudah. Pasti dia tidak boleh menerima hakikat bahawa pada waktu itu kedudukan orangMelayu agak lemah kerana mereka tidak mahu bersatu menentang penjajah. Malah,kerajaan-kerajaan Melayu yang berpecah-belah ini mula mencari perlindungan darikuasa-kuasa Eropah untuk mempertahankan kerajaan mereka. Di sebelah utara, Sultan

Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah tidak mempunyai jalan yang lain kecualimencari perlindungan dari pihak Inggeris agar kerajaannya tidak diserang Siam. Beliautakut apa yang telah dilakukan Siam kepada Patani akan berlaku kepada Kedah - Siamtelah menyerang Kerajaan Patani yang sebelum ini berkeras tidak mahu membantu

http://nizamzakaria.blogspot.com 160

kerajaan Chakri dari Siam melawan serangan Burma. Sultan Muhammad dari Patanimangkat tatkala mempertahankan Patani dari serangan Siam dan seterusnya kekalahanPatani ini telah menyebabkan lebih 4,000 orang Melayu Patani diikat dengan rantai dandibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba tebusan...

Damak membawa Daeng Ralaka keluar dari bilik penyeksaan itu. Beberapa orangpengawal Belanda yang telah melihat kelibat Damak terus menyerangnya, tetapi belumsempat mereka dapat berbuat apa-apa, keadaan menjadi kelam-kabut apabila pintu-pintubesi yang menutup terongko gelap, terbuka dengan sendirinya. Beberapa orang pemudayang telah di tahan di dalam bilik penjara itu keluar untuk membebaskan diri mereka.Salah seorang dari mereka memandang ke arah Damak sebelum mengambil DaengRalaka dari dakapannya. Damak terus berjalan lalu mendapatkan pengawal-pengawalBelanda yang mula mengeluarkan senjata. Damak memandang penuh ke arah merekasambil membaca mantera berikut:

“AssalamualaikumJankia nama bapamuRabbana nama ibumuSang Mabok nama ubatmuNaga umbang nama pelurumuJala patah nama suaramuAkulah anakmu Raden Aria Misan Sekar dari dunia ini!”

Tanpa berfikir panjang, beberapa das tembakan dilepaskan oleh pengawal-pengawal Belanda ke arah Damak yang sedang berdiri teguh dengan mulutnya terkumat-kamit itu. Damak sekadar mengangkat tangannya seolah menggunakan tangannya untukmenahan peluru-peluru yang ditujukan tepat ke arahnya.

Peluru-peluru yang keluar dari senapang Belanda itu berhenti di tengah jalan,terapung-apung di udara buat seketika sebelum peluru-puluru itu kemudian berpatah balikmengena ke arah pengawal-pengawal Belanda di bahagian kepala mereka.

Damak berjalan keluar dari bangunan Slavenburg dengan langkah yang perlahan.Di belakangnya pemuda-pemuda Bugis yang telah ditangkap oleh Belanda yang telahdibebaskannya berlari menyelamatkan diri mereka.

Damak mengeluh lesu. Dia akhirnya akur bahawa Melaka yang dilihatnya kinilain dari Melaka yang pernah dikenalinya dahulu. Dia tunduk ke bumi. Sepasang kepakyang lebar berwarna hitam muncul di belakangnya. Damak mendongak lalu terbang kelangit malam membawa dirinya yang pasrah itu jauh dari kawasan Bukit St. Paul...

http://nizamzakaria.blogspot.com 161

Buku II. Bab 8

Hampir setahun rasanya Damak pergi memburu Tiresias, tetapi sukar rasanya untuk diamencari tempat persembunyian vampiro buta itu. Setiap kali dia membuatpenyiasatannya, dia akan tiba ke jalan yang buntu. Sering kali juga dia akan menemuivampiro yang kebetulan berada di daerah Timur Tengah seperti di Istanbul, Baghdad danAleppo. Vampiro-vampiro yang ditemuinya di kota-kota ini terus dibunuhnya walaupundia akur, makhluk vampiro sukar untuk dibunuh.

Damak terus melakukan penyiasatannya di kota Kaherah yang pada waktu itu,pada tahun 1787, ia diperintah oleh Kerajaan Osmaniah. Sememangnya, pada waktu itusuasana di Mesir agak tegang. Penduduk di Mesir rata-ratanya tidak senang denganpenjajahan Kerajaan Osmaniah ke atas negara mereka. Cukai yang tinggi ditambahdengan pendapatan yang rendah membuatkan ramai penduduk di Mesir hidup di dalamkemiskinan. Segala kekayaan yang dikaut dari Mesir disalurkan terus ke Istanbul...

Pada satu hari, Damak telah diberitahu tentang legenda seorang pahlawan butayang menetap di Kota Saqqara. Selama lebih 400 tahun, penduduk yang tinggalberdekatan dengan Saqqara dikatakan mendapat perlindungan dari pahlawan tersebut darianasir-anasir jahat yang datang mengganggu. Lantas sebagai balasan, setiap bulan ketikabulan sedang mengambang penuh, seekor lembu akan diikat di hadapan sebuah makamfiraun. Terdapat desas-desus yang mengatakan pada keesokan harinya, lembu itu akanmati dengan darahnya dihisap sehingga kering. Ada kalanya, mereka yang didapatibersalah dan mahu dihukum mati akan diperlakukan dengan cara yang sama. Dan pesalahitu juga akan mati dengan darahnya dihisap.

Setelah selesai mendengar legenda ini dari seorang tua yang ditemuinya ketikasedang berehat sambil minum teh di bazar Khan el Khalily, Damak akhirnya yakin inilahdia Tiresias yang diburunya selama ini. Pada keesokkan harinya, Damak terusmengumpulkan beberapa orang pembunuh upahan dari Istanbul yang telah menjadipengikutnya sejak hari pertama dia mendarat di Iskandariah untuk pergi ke Saqqarabersamanya.

Jadi pada tengah itu, Damak dan pengikut-pengikutnya telah bertolak dariKaherah untuk ke kota Saqqara. Damak cukup pasti bahawa dia akhirnya akan dapatmenunaikan janjinya kepada Kira - dan setelah dia membunuh Tiresias nanti, dapatlah diapulang ke Melaka dengan perasaan lebih tenang setelah janjinya ini akhirnya dapatdikotakan...

*

Khalil, ketua kumpulan Frère Maçon yang berpusat di Istanbul itu memberitahu kepadaanaknya Hamza supaya menunggu di atas sampan sehingga mereka pulang. Hamza yangmasih berusia di lingkungan umur awal remaja itu hanya mampu mengangguk walaupundia sebenarnya mahu mengikut bapanya meneroka masuk ke dalam Kota Saqqara. Dalamkeadaan kesejukan, Hamza memeluk tubuhnya apabila angin bertiup kencang padamalam itu. Air di sungai Nil berkocak-kocak. Hamza ketakutan apabila dibiarkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 162

berseorangan menjaga sampan, lebih-lebih lagi dia selalu sahaja mendengar cerita-ceritaseram tentang penunggu-penunggu yang menjaga kota berhantu ini. Di dalam rasatakutnya, dia membaca surah Yassin yang telah dihafalnya kuat-kuat agar dirinya dijauhipenunggu-penunggu malam yang mungkin datang untuk mengganggunya.

Damak berjalan mengetuai kumpulannya. Dia memandang ke arah kota Saqqarayang dijadikan kota tanah perkuburan para firaun ini dengan rasa kagum. Kota iniwalaupun sudah beribu tahun lamanya, masih kelihatan megah. Kota ini tidakberpenghuni. Sunyi. Yang hanya kedengaran pada malam itu adalah bunyi desiran pasiryang dibawa angin yang agak kencang. Memang tidak dinafikan, bunyi ini mampumenakutkan sesiapa sahaja yang lemah semangat. Dan Damak yakin, jika pengikut-pengikutnya dapat melihat apa yang dapat dilihatnya dari pandangan matanya, mungkinmereka sudah lama lari lintang pukang. Kota ini keras. Di kiri kanannya sahaja dia dapatmelihat dua tiga kelibat lembaga-lembaga menakutkan yang sedang memerhatikan gerak-geri mereka, tetapi Damak yakin, lembaga-lembaga ini tidak akan mengganggu. Merekasekadar mahu menjadi pemerhati kepada sesuatu yang bakal berlaku di sini.

“Dia ada di dalam sana.” Kata Damak dengan pasti, setelah lebih tiga jam diaberjalan di sekitar kota mati ini untuk mencari petanda tempat persembunyian Tiresias.Damak cukup pasti inilah tempatnya apabila dia dapat melihat makhluk halus bernamaAnubis yang bertubuh manusia berkepala anjing menudingkan jarinya ke arah tempatyang hendak ditujunya sekarang...

Kini Damak dan pengikut-pengikutnya sedang berada di hadapan sebuahbangunan berkotak-kotak yang bersambung ke kompleks makam raja Netjerikhet. Ditengah-tengah kompleks ini terdapat sebuah piramid yang agak sederhana besarnya. MataDamak kini terus kepada pintu besar di bangunan yang berkotak-kotak ini.

“Kau berdua ikut aku ke dalam. Yang lain berjaga di luar.” Damak mengeluarkanperintah dengan suara yang tegas. Pengikut-pengikutnya yang setia itu terus menganggukmenurut arahan Damak tanpa banyak soal.

Damak masuk ke dalam bangunan yang gah ini. Tatkala berada di dalam, Damakdapat melihat tulisan-tulisan hieroglif yang aneh sebaik sahaja Khalil menghidupkanobor-obor yang ada terpasang di tepi-tepi dinding untuk menerangi jalan yang merekalalui. Jika di lain masa dan keadaan, pasti Damak mahu melihat tulisan-tulisan hieroglifyang aneh-aneh ini. Tapi dia tidak mempunyai banyak masa. Damak kini pasti Tiresiassudah pun tahu tentang hadirnya dia di sini untuk membunuhnya.

Mereka bertiga terus berjalan ke dalam kompleks makam ini sehinggalah merekamenemui sebuah jalan mati. Di sini, Damak dapat melihat sebuah pintu palsu yang telahdiukir di atas sebuah dinding batu. Damak meletakkan tangannya ke atas permukaandinding tersebut. Dia dapat merasakan bahawa di sebalik dinding ini terdapat sebuah bilikrahsia. Dia yakin seterunya, Tiresias ada bersembunyi di dalam bilik rahsia yang tersorokdi dalam kompleks makam raja Netjerikhet itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 163

“Mungkin dinding ini perlu dipecahkan.” Ucap Khalil kepada Damak, apabila diasedang memandang ke arah pintu palsu di hadapannya.

“Tak perlu...” sambut dapat dengan perlahan. “Kau perlu berjaga di sini. Bunuhsesiapa sahaja yang kau temui.” Sebut Damak kemudian. Dia termenung seketika. Diamula dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena akan berlaku di sini sebentar lagi.

“Ada orang yang akan datang ke sini?” tanya Khalil dengan nada hairan. Keranasetahunya, tidak ada sesiapapun yang mengekori mereka sejak tadi.

“Ya.” Damak menjeling ke arahnya sebelum dia menggetarkan zarah di dalamtubuhnya lalu menembusi ke dalam pintu palsu yang telah diukir ke dalam dinding tebaldi hadapannya.

Kini Damak mendapati dia sedang berada di dalam sebuah bilik rahsia yang luasdengan bumbung yang tinggi. Bilik ini juga dipenuhi dengan tulisan-tulisan hieroglifyang tidak mungkin dapat dibacanya.

Tiresias nampaknya sedang menunggu kedatangan Damak. Wajahnya nampaktenang. Walaupun dia buta, apa yang dapat dilihat di dalam mata hatinya lebih jelas daripandangan mata manusia biasa.

“Kau datang lebih awal dari yang aku jangkakan,” ujar Tiresias di dalam bahasaArab yang lancar.

“Aku datang di sini bukan untuk berbicara...” Damak memerhatikan mata Tiresiasyang putih tanpa anak mata itu. Dia mendapati wajah Tiresias jernih. Tiresias langsungtidak nampak jahat atau menakutkan seperti yang difikirkan Damak selama ini.

“Aku tahu... Kira telah menghantarmu untuk membunuhku.” Ujar Tiresias dengannada bersahaja. “Jadi lakukan sahajalah apa yang kau rasa patut.”

Damak tidak menjawab. Dia dapat melihat Tiresias mula mengeluarkanpedangnya.

“Kau berasal dari diriku... Kau tahu bukan?” tanya Tiresias sambil mengayunkanpedangnya ke kiri dan ke kanan.

Damak terus mendiamkan dirinya. Dia mahu memerhatikan setiap gerak langkahTiresias dengan teliti. Dia perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan Terisias hanyadengan pemerhatiannya tatkala itu.

“Kini setiap zarah dalam tubuhmu telah diganti dengan apa yang ada di dalamdarah Cassius. Dan apa yang ada di dalam Cassius berasal dari diriku juga.” Tiresiasmengingatkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 164

Sebatang obor yang diletakkan di tepi dinding, terbang ke arah Damak. Diamencapai obor yang diperbuat daripada batang besi itu. Dia mengubah zarah dan bentukobor itu agar berubah menjadi sebuah pedang perak yang tajam. Dia cukup bencimendengarkan kalimah-kalimah yang keluar dari mulut dari Tiresias. Dia sememangnyatidak perlu diingatkan tentang kejadian dirinya.

Tiresias tersenyum. Dia terus menyerang Damak. Pedangnya diayun ke arahDamak. Damak menggunakan pedangnya untuk mengelakkan dirinya dari terkena pedangTiresias.

Damak mendapati sukar untuk dia melawan Tiresias. Pergerakannya terlalupantas. Tiresias dapat membaca setiap langkah yang diambilnya sebelum dia dapatmelakukannya. Damak mula akur bahawa Tiresias bukan calang-calang vampiro. Diabukanlah seperti vampiro-vampiro yang telah dibunuhnya sebelum ini.

Setelah lebih setengah jam mereka berlawan pedang, Tiresias membuka langkahdengan terbang lalu memusingkan tubuhnya di udara. Buat beberapa saat Damak tidakdapat melihatnya, kemudian tanpa disedarinya, pedang Tiresias menetak kepalanyasehingga tubuhnya terbelah dua.

Apabila kedua-dua belah tubuh Damak jatuh ke atas lantai, tubuhnya itu berubahmenjadi beribu-ribu ekor lalat yang terbang lalu bersatu semula di belakang Tiresias.

“Masamu belum tiba lagi...” Ujar Tiresias sambil tersenyum tatkala menolehuntuk menghadap Damak.

“Untuk apa?”

“Untuk mati...” Ujar Tiresias. Dia mendongakkan kepalanya. Dia seperti dapatmerasakan sesuatu yang sedang berlaku di luar bangunan makan di raja ini.

“Kau juga sukar untuk kubunuh!” jerkah Damak dengan marah. Fikirannya buntu.Setelah hampir setahun dia memburu Tiresias, kini didapatinya musuhnya itu terlalusukar untuk dibunuh.

“Tapi aku akan membenarkan kau membunuhku.” Tiresias berjalan ke arahDamak seperti seorang yang pasrah. Pedangnya diarahkan ke bawah.

“Tapi mengapa?” tanya Damak kehairanan. Dia tidak faham dengan tindak tandukTiresias sekarang.

“Agar satu hari nanti kau akan lebih memahami.” Kata vampiro buta itu denganperlahan. Apabila dia mendekati Damak dia dapat melihat bagaimana kejadiannya itubermula di dalam mata hatinya. Dia dapat melihat bagaimana Damak akan menggilamembunuh seberapa ramai vampiro yang ditemuinya dan seterusnya, Damak akhirnyaakan memahami dengan sebenar-benarnya tentang kewujudan Daevas dan Ahriman didunia ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 165

Tiresias semakin mendekati Damak. Dalam pada itu, dia dapat merasakan adasesuatu yang sedang berlaku di sebalik dinding di belakangnya.

“Kau perlu mengambil nyawaku sekarang!” perintah Tiresias sambil memandangpenuh ke dalam mata Damak. Damak keliru, tetapi dia terus memegang bahu Tiresiasuntuk mengambil tenaga kehidupannya sambil mengucapkan mantera berikut:

“Hai makhluk malam aku tahukan asalmuKeluar mu daripada darah sambangTiresias namamuJikalau mu lenggok ke langit muntah darahTunduk ke bumi muntahkan nanahDemi Allah demi Rasulullah Berkat lailahaillallahlah, Muhammad Rasulullah!”

Sebaik sahaja manteranya di baca, Damak dapat merasakan ada orang yangsedang menembusi pintu palsu di belakangnya. Damak mengeluarkan sayap dari bahagianbelakangnya agar mereka tidak dapat melihat dirinya cuba mengambil tenaga kehidupanTiresias.

Damak dapat melihat tubuhnya bercahaya. Wajah Tiresias pula diperhatikannyaberkerut cuba menahan rasa sakit yang amat sangat. Di dalam masa yang sama, Damakdapat merasakan Tiresias telah membiarkan agar sedikit dari kemampuannya menilik kemasa dapat disalurkan ke dalam dirinya.

Setelah Tiresias hampir mati, Damak menoleh ke belakang. Dia dapat melihatseorang lelaki Melayu yang wajahnya dikenali - walaupun terdapat perubahan usia padawajah lelaki tersebut. Di sebelah lelaki itu kelihatan satu lembaga menakutkan yangkelihatan seperti seekor serangga.

“Awang!” sebutnya di dalam hati. Dia pasti lelaki yang dilihatnya pada ketika ituadalah Awang. Tapi bagaimana pula Awang boleh muncul di dalam hidupnya di sebuahtempat yang begitu asing baginya? Dan bagaimana pula Awang mampu hidup sebegitulama? Kemudian semua soalannya ini terjawab apabila Damak memikirkan kembalitentang Cassius. Dia pasti kini Awang adalah seorang vampiro seperti seterunya itu!

Awang kemudian mengeluarkan pisau secespita yang seharusnya ditakutiDamak. Awang bergerak dengan teragak-agak ke arah Damak. Tubuh Damak terasalemah apabila Awang datang semakin hampir kepadanya dengan pisau itu digenggamseperti mahu dihunuskan ke arahnya.

Damak mengambil keputusan untuk terbang melarikan dirinya. Terbang keluardari kompleks makam firaun itu lalu menghilang ke dalam kegelapan padang pasir Afrikaitu...

*

http://nizamzakaria.blogspot.com 166

Perasaan Awang cukup terganggu sepanjang masa dia berada di kota Iskandariah. Diayakin dia telah bertembung dengan Kasturi beberapa hari yang lalu, tetapi dia sedayamungkin cuba memberitahu kepada dirinya bahawa apa yang dilihatnya pada ketika ituhanyalah permainan perasaannya.

“Kini dia dikenali dengan nama Damak,” ujar Lilith dengan perlahan ke telingaAwang.

“Apa?”

“Sahabat lamamu itu... Kini dia dikenali dengan nama Damak; PemburuVampiro.”

“Tidak mungkin!” getus Awang. Dia keluar ke arah veranda rumah tumpangannyauntuk memandang ke arah pelabuhan Iskandariah yang tersergam indah di hadapannya.

“Tapi itulah kenyataannya.” Ujar Lilith di sebalik langsir baldu yang tebal yangmembahagikan bahagian veranda dan bahagian ruang tamu rumah tersebut.

“Aku perlu pergi mencarinya!” kata Awang dalam keadaan resahnya itu. Tiba-tibarasa rindunya yang amat mendalam kepada Damak mencengkam jiwanya.

“Dia sedang mencarimu juga, Awang... Tetapi dia mahu mencarimu untukmembunuhmu. Kini dia tahu kau seorang vampiro.” Beritahu Lilith tanpa memberitahukepada Awang bahawa Damak juga mahu membunuhnya.

“Biar dia cari aku sampai dapat... Aku mahu bersemuka dengannya!” sambutAwang dengan degil.

“Masanya belum tiba lagi untuk kau bertembung dengannya lagi sepertikelmarin.”

“Maksud kau?”

“Bila masanya tiba nanti kau tahu...”

“Jadi apa kau fikir aku perlu buat sekarang?” tanya Awang. Sememangnya diatidak tahu apa yang harus dilakukannya apabila Cassius tidak ada bersamanya, keranaselalunya, Cassius lah yang akan membuat segala keputusan bagi

“Kau buat sahajalah apa yang kau rasa patut. Seperti yang aku katakan sebelumini, aku akan sentiasa bersamamu.” Ujar Lilith dengan menundukkan kepalanya.

“Jikalau begitu... Aku mahu pulang ke Melaka. Sudah lama aku tidak ke sana.”Kata Awang tanpa bersembunyi lagi. Dia mengetapkan bibirnya. Dia menoleh ke arahLilith. Dia mendapati Lilith menunduk setuju tanpa berkata apa-apa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 167

Awang termenung. Hatinya gundah gulana. Dia dapat merasakan Damak ada ditanah Mesir pada waktu itu, tetapi dia tidak tahu di mana. Matanya terus kepada kapal-kapal besar yang sedang berlabuh di Iskandariah. Mata vampironya dapat melihat secaraterperinci setiap perkara yang berlaku di atas kapal-kapal yang sedang ditelitinya.

Awang sedang mencari kelibat Damak di atas kapal-kapal yang sedang berlabuh,lantas mengharapkan agar sekurang-kurangnya dia dapat melihat kelibat Damak dari jauh.Dia mahu bersemuka dengan Damak, kerana Damak adalah satu-satunya jalinannyakepada kehidupan yang telah lama ditinggalkannya...

http://nizamzakaria.blogspot.com 168

Buku II. Bab 9

Itulah kali pertama Awang bertemu dengan Hanim, pada tahun 1835 tatkala bulan sedangmengambang penuh dan angin monsun timur laut mula bertiup ke selat Melaka lantasmembawa angin dingin yang kadangkala akan membawa hujan. Dan kadangkala juga,musibah...

Buat beberapa musim, Awang telah mengambil keputusan untuk menetap diMelaka. Lagipun dia sudah bosan dengan keadaan di Singapura mahupun Pulau Pinang.Di Singapura, memang banyak perkara yang boleh dilakukannya, seperti menikmatikehidupan malam di sana yang sudah tentunya lebih meriah dari di Kota Melaka, tetapidia tahu dia tidak boleh terlalu lama di sana.

Awang tidak boleh duduk terlalu lama di sana atau di mana sahaja. Dia tidakmahu jejaknya diketahui, terutamanya oleh Damak yang diketahui sedang memburunya.

Damak tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Damak terlalu membencinya –seorang vampiro yang telah berpaling tadah kepada seterunya nombor satu: Cassius!

Pada malam itu, Awang telah meninggalkan rumah sewanya yang terletak didaerah Jalan Jonker - sejak saat matahari terbenam, lantas terus dia mengambil becasehingga ke Kampung Hulu.

Awang mahu ke sana kerana dia dahagakan darah. Dia mahu mencari mangsaterbarunya. Seorang pemuda yang pernah sekali ditemuinya di Bandar Hilir. Seorangpemuda Melayu berusia awal 20-an yang mempunyai wajah yang kacak, berkumis tebal,bertubuh agak sasa yang bekerja dengan seorang pedagang India sebagai seorang buruhkasar.

Lelaki tersebut bernama Osman. Awang telah berkenalan dengannya sejak diamenemui Osman berjalan dalam berkeadaan mabuk di sebuah jalan berdekatan denganbangunan Stadthuys. Tatkala itu, Awang sememangnya boleh menjadikan Osmansantapannya, tetapi dia sanggup menunggu. Sejak akhir-akhir ini, Awang begitu berminatuntuk mengenali dengan lebih dekat mangsa-mangsanya terlebih dahulu. Dan ternyata,Osman telah berjaya menarik perhatiannya. Untuk mengenali diri Osman dengan lebihdekat lagi, Awang telah membelanjainya makan malam pada setiap hujung minggu sejakdua bulan yang lepas. Awang mahu Osman bercerita tentang dirinya dan keluarganya.Maka diketahui olehnya di mana kampungnya dan bahawa pada hari minggu ini, Osmanakan berada di kampungnya untuk melayan isterinya yang baru sahaja dinikahinyasemalam...

Kini Awang tiba di sebuah jalan di sebuah kawasan terpencil yang letaknyaberdekatan dengan Kampung Hulu. Kawasan itu nampak terbiar. Tidak ada orang yanglalu lalang, walaupun malam masih muda.

Awang lalu di hadapan sebuah pohon ketapang yang rendang. Di sana dia dapatmencium bau-bauan yang mengasyikkan. Sedap dan mampu membuatkan sesiapa sahaja

http://nizamzakaria.blogspot.com 169

khayal. Pada malam itulah, ketika bulan sedang mengambang penuh, dia dapatmendengar suara seorang wanita menggilai. Memanjang deraian ketawanya.

Awang mendongak ke atas. Dia dapat melihat seorang wanita serba putih yangsedang duduk di atas sebuah dahan. Wanita tersebut mempunyai wajah yang hodoh sertamenakutkan. Kulitnya menggerutu. Rambutnya mengurai panjang, berterbanganwalaupun angin tidak bertiup kencang.

Awang memandang ke arah pontianak itu dengan penuh minat. Dia pernahmelihat pelbagai makhluk halus yang pelik-pelik, tetapi inilah kali pertama diabertembung dengan makhluk yang bergelar pontianak ini.

Awang terapung dengan perlahan ke arah atas pokok, lalu dia duduk di atas dahanyang sama dengan pontianak yang telah berjaya menarik perhatiannya tadi. Pontianak tadiberhenti dari terus menggilai. Dia terkejut melihat kehadiran Awang di sisinya.

Dengan penuh perasaan minat, Awang memandang ke dalam anak mata pontianakitu yang nampak kelam dan kelabu. Dia ingin tahu jika hantu ini mempunyai perasaan.Dia yakin bahawa ia berperasaan, dan bukan gila atau bebal seperti beberapa hantu yangpernah ditemuinya sebelum ini – hantu-hantu yang pada asalnya pernah hidup sebagaimanusia. Ada kalanya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa keadaan diri merekatelah berubah. Bahawa mereka tidak lagi boleh hidup di samping manusia, ataupunmereka telah pun mati tetapi tidak sedar bahawa mereka telah pun mati. Ada di antarahantu dan jembalang ini menjadi gila kerana mereka tidak boleh menerima hakikat akanperubahan yang telah berlaku kepada diri mereka sendiri...

“Kau bukan manusia!” ujar pontianak tersebut dengan bingung. Dia tidak lagimenyeringai seperti sebelumnya. Taringnya yang tajam itu tidak lagi kelihatan berbahaya.

“Aku fikirkan kau tidak tahu bercakap.” Suara Awang jelas sinis. Dia duduksemakin dekat dengan pontianak tersebut. Sememangnya terdapat beberapa makhlukhalus yang pernah ditemuinya yang langsung tidak mampu bertutur dalam mana-manabahasa manusia.

“Kau boleh terbang, Mana ada manusia boleh terbang!” kata pontianak tersebutpenuh kehairanan, dia terus memandang ke arah Awang yang dilihatnya sedang memakaipakaian yang sering dipakai oleh pedagang-pedagang dari Eropah.

“Mungkin ada manusia yang boleh terbang... Tapi aku belum menemuinya.”Awang sengaja mengusik. Dia tersengih sendiri.

“Siapa kau sebenarnya?” tanya si pontianak ingin tahu. Rambutnya terus menguraiseolah ia bernyawa.

“Namaku Awang... Awang Budiman.” Sambut Awang dengan penuh sopan. Diamahu bersalaman dengan pontianak tersebut, tetapi pontianak itu terus duduk kaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 170

“Kau memang bukan manusia, bukan?” pontianak itu bertanya sekali lagi untukmemastikan, seolah tidak percaya. Selama ini, dia hanya bertemankan makhluk-makhlukhalus yang mendiami kawasan berpuaka ini. Mereka semua tidak mempunyai tubuhpersis manusia seperti Awang.

“Bukan... Aku seorang vampiro.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan denganpanjang lebar tentang kejadian dirinya.

“Aku tidak pernah berjumpa dengan makhluk seperti kau di sini.”

“Tidak banyak makhluk-makhluk seperti aku di daerah ini. Jika ada pun, kamipasti akan dimusnahkan.” Ujar Awang, lantas dia terus memikirkan tentang Damak. Diamengeluh marah seorang diri. Awang termenung memandang ke arah bulan yangmengambang cantik pada malam itu sebelum dia menambah lagi. “Siapa nama kau?”

“Aku tidak bernama... Tapi dahulu aku pernah dikenali dengan nama Hanim.”Ujarnya dengan suaranya jelas sedih. Wajahnya kini muram.

“Sudah berapa lama kau berkeadaan seperti ini?” tanya Awang, mendekatkandirinya kepada Hanim agar dia dapat melihat rambut Hanim yang mengurai itu denganlebih dekat lagi.

“Aku sendiri kurang pasti... Mungkin sudah lama, kerana suami aku sendiri sudahlama mati kerana sakit tua.” Ujar Hanim dengan matanya terpaku ke hadapan.

Awang mengangguk faham. Dia cukup sedar bahawa konsep ruang dan waktumakhluk-makhluk seperti Hanim lain dari manusia biasa. Mereka kadangkala wujudtanpa menyedari bahawa zaman serta keadaan telah pun berubah di sekeliling mereka.

“Menurut cerita... Makhluk pontianak ini berasal dari wanita yang mati ketikacuba melahirkan anak sulung mereka?” tanya Awang ingin tahu. “Betul ke ni?”

Hanim tidak menjawab. Dia terus termenung ke hadapan memikirkan tentangsuaminya yang telah lama meninggalkannya.

“Kau hendak ke mana malam ini?” tanya Hanim kepada Awang akhirnya, setelahlama dia mendiamkan diri. Suaranya perlahan tatkala bertanya.

“Aku ingin mencari mangsaku di sini.” Ujar Awang dengan jujur.

“Siapa? Aku mengenali hampir semua manusia di sini... Sejak mereka kecilsehinggalah mereka besar. Semuanya aku dapat perhatikan dari sini.”

“Namanya Osman... Kau kenal dengan dia?”

“Ya, aku kenal benar dengan si Osman tu. Dia baru sahaja berkahwin semalam.Kacak orangnya... Isterinya juga cantik. Suka benar si Latifah anak Pak Ali dapat

http://nizamzakaria.blogspot.com 171

berkahwin dengan si Osman tu...” Kata Hanim dengan lesu. Buat seketika Hanim terfikirsaat-saat bahagia yang pernah dinikmatinya bersama suaminya dahulu tatkala dia masihbergelar manusia dahulu.

“Kalau macam itu... Semoga kita ketemu lagi,” ucap Awang sewaktu dia terapungdi hadapan Hanim. Dengan perlahan-lahan dia turun ke tanah. Kemudian dia mendongak.Dia dapat melihat wajah Hanim yang muram. Hanim tidak lagi ketawa seperti tadi.

Awang mengambil keputusan untuk mendapatkan Hanim kembali. Dia terbang kearahnya. Awang memandang ke dalam wajah Hanim sambil mengusap-usap rambutnyayang panjang itu.

“Kau tidak mahu aku pergi... Kau kesepian.” Ucap Awang setelah dia membacaperasaan Hanim.

Hanim mengangguk. Awang terus berdiri terapung di hadapan Hanim sambiltersenyum. Dia kasihankan kepada Hanim. Mungkin lebih baik jika dia menghabiskanmasanya pada malam itu menghiburkan hati Hanim yang gundah gulana itu. Dia bolehmenunggu sehingga ke lain masa sebelum dia meratah darah panas yang mengalir didalam tubuh Osman yang agam itu. Maka berkatalah Awang kepada Hanim:

“Aku akan teman kan kau malam ini. Mungkin ada banyak cerita yang boleh akuadukan kepada kau. Mungkin aku boleh mulakan pada masa Portugis mula menyerangMelaka dahulu. Lama sebelum kau dilahirkan dahulu...”

*

Maka Awang pun mula berkawan dengan Hanim.

Sejak lima tahun dia berkawan dengan Hanim, penduduk Kampung Hulu menjadiagak kecoh dengan kejadian-kejadian di mana satu demi satu penduduknya dikatakandiserang pelesit. Ada yang dihisap darah mereka sehingga timbul kesan bengkak danlebam pada bahagian tubuh mereka yang telah dihisap. Ada pula darahnya yang telahdihisap sehingga membawa kematian. Yang paling menyedihkan adalah kisah si Latifah,janda muda beranak satu yang kematian suami walaupun dia baru sahaja mengenalikehebatan suaminya di atas ranjang - belum sampai setahun mereka bersama. Latifahseparuh gila dibuatnya, lebih-lebih lagi kerana dia betul-betul mencintai Osman yangdiperkemas lagi senjata kejantanan yang benar-benar dapat memuaskan kemahuannyasebagai seorang wanita.

Alkisahnya, penghulu dari Kampung Hulu cuba mencari jalan untuk menghalaupelesit di kampungnya itu. Dia telah mencari bantuan seorang pawang besar dari Muar.Tetapi pawang tersebut tidak berjaya melakukannya. Malah, di perjalanan pulang keMuar, pawang tersebut dikatakan telah mati dalam keadaan yang mengerikan. Ramaiyang mengatakan bahawa si pawang hebat dari Muar itu telah mati dibaham harimaujadian...

http://nizamzakaria.blogspot.com 172

Cerita tentang Kampung Hulu dan tragedi yang menimpa penduduk di sekitarKota Melaka itu akhirnya diketahui juga oleh Damak...

*

Selain Hanim, Awang telah berkawan baik dengan seorang lelaki berketurunan PeranakanIndia-Arab bernama Abdullah bin Abdul-Kadir. Hubungan Awang memang rapat denganAbdullah. Awang telah lama memerhatikan Abdullah, malah sejak dia kecil lagi,gamaknya. Awang suka berkawan dengan Abdullah kerana minatnya untuk belajarbahasa asing. Di dalam banyak hal, Abdullah sering mengingatkan diri Awang kepadadirinya sendiri ketika dia masih bergelar manusia dahulu.

Pada awal tahun 1938 ini, Abdullah telah berlayar dari Singapura ke Kelantan,satu perkara yang telah digalakkan oleh Awang sendiri. Apabila memikirkan tentang apayang pernah dilakukan oleh rakan lamanya Pigafetta, Awang telah menyarankan kepadaAbdullah supaya menulis tentang pengalamannya ini. Abdullah bersetuju, malah tertarikdengan saranan dari Awang ini.

“Tapi sukar untuk aku tulis tentang apa yang aku lihat...” Ujar Abdullah kepadaAwang dengan nada merungut. Dia memicit kepalanya. Pening.

“Kenapa?” tanya Awang penuh minat. Anak kesayangan Abdullah, Siti Lelamasuk ke dalam bilik pejabat bapanya sambil membawa dua cawan kopi. Api pelita yangdipasang samar-samar menerangi wajah Siti Lela yang comel itu.

“Aku dapat melihat sendiri kenapa Melayu kita ni mundur... Kau tengok sahajalahraja-raja kita. Mereka langsung tak berperikemanusiaan dan zalim kepada rakyat sendiri.Mereka hidup kaya raya, tapi rakyat mereka ada yang mati kelaparan! Raja-raja kitatugasnya bukan berbini sepuluh dua-puluh, atau mencari harta, dan membunuh orangdengan aniayanya, melainkan sebab disuruh Allah memelihara manusia di bawahnaungannya, supaya tidak dianiaya. Itulah gunanya seorang raja!” Abdullah berkatadengan bersungguh-sungguh sambil memandang kepada Awang. “Kau tentu tahu tentanghal ini... Bukankah kau pedagang emas tersohor yang selalu belayar ke sana ke mari.”

Awang hanya tersenyum apabila Abdullah masih menganggap dirinya sebagaiseorang pedagang emas, walaupun itu bukanlah pekerjaannya. Selama mereka berkawan,Awang tidak pernah memberitahu kepada Abdullah tentang kejadian dirinya, ataumengapa dia hanya mahu menemuinya pada malam hari.

“Ya, aku tahu.” Awang memandang ke arah Siti Lela. Dia memegang pipinyayang lembut itu. Dia mengeluh. Dia dapat melihat bahawa anak kesayangan Abdullah ituakan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi. Katanya Awang kemudian apabila Siti Lelaberjalan meninggalkan bilik pejabat bapanya itu: “Orang Melayu seperti kita tak perlukanbangsat-bangsat yang hanya tahu memerah dan menyusahkan rakyat seperti mereka.Kerana ketamakan mereka jugalah bangsa kita dijajah! Kau cuba fikir, mereka bukannyanak berdagang atau menyediakan sekolah untuk anak-anak Melayu kita, tetapi merekalebih senang bersengketa sesama mereka!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 173

“Tapi aku pasti bukan semua sultan-sultan Melayu seperti ini...” kata Abdullahperlahan. Dia termenung panjang, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia telah dilahirkan diMelaka yang telah dijajah orang putih dan bukan di negeri-negeri Melayu yang diketuaiorang raja-raja Melayu yang tidak kenal diuntung itu.

“Entahlah.” Awang menaikkan kedua belah bahunya. “Kau sendiri tahu raja-rajakita menganggap rakyat jelata mereka tidak ubah seperti binatang. Hamba-hamba tebusanpula mereka perlakukan lebih teruk dari binatang!”

“Tuan Raffles sendiri tidak setuju melihat segelintir orang-orang Melayu terusdiperhambakan orang-orang kaya dan raja-raja Melayu—“

“Perhambaan dalam bentuk apa sekalipun perlu dihentikan sama sekali!” getusAwang dengan tegas. Dia termenung seketika memikirkan tentang dirinya yang pernahmenjadi seorang hamba tebusan satu ketika dahulu.

“Sampai bila agaknya orang Melayu kita ni nak berubah?” keluh Abdullah dengannada kesal.

“Kau tahu bukan, ketika kawasan Nusantara kita ini mempunyai tamadun yangmaju seperti Sriwijaya, Langkasuka dan Mataram... Di England, penduduk-penduduknyarata-rata masih tinggal di dalam pondok yang diperbuat daripada lumpur, memakai bajudiperbuat daripada kulit binatang... Tapi apa jadi kepada kita sekarang? Kini mereka pulamenjajah kita. Kenapa? Apa yang telah berlaku kenapa kita sehingga kita membenarkandiri kita mundur seperti sekarang?” tanya Awang bertubi-tubi. Dia terus duduk di ataskerusi di hadapan meja tulis Abdullah. Secangkir air kopi yang telah disediakan isteriAbdullah langsung tidak disentuhnya seperti biasa.

Pertanyaan Awang ini membuat Abdullah berhenti sebentar untuk berfikir lalumenulis beberapa nota kecil ke atas sekeping kertas. Katanya selepas menulis nota:

"Mereka di England mahu berubah. Mereka mahu lihat bangsa mereka maju. Akusendiri melihat bagaimana Tuan Raffles bersungguh-sungguh mahu mengumpul koleksihaiwan dan tumbuhan di Jawa dan di Tanah Melayu. Semuanya mahu dipelajarinya agaranak cucu kita semua dapat belajar dari apa yang telah dilakukannya." Jelas Abdullah,tetapi hatinya meruntun sedih memikirkan kembali tentang koleksi-koleksi manuskripMelayu yang terbakar di dalam kapal Fame dalam tahun 1824 - ketika Raffles di dalamperjalanan berlayar ke England. Banyak koleksi-koleksi binatang, tumbuhan, kertas dannota yang telah dikumpulkan Raffles musnah sama sekali. Abdullah mengeluh panjangmemikirkan tentang musibah ini sebelum dia menambah lagi: "Tuan Raffles telahmembina Singapore Institution agar anak-anak Singapura boleh belajar tentang dunia disekeliling mereka... Kita orang Melayu pula, terus menerus percaya kepada tahyul danberkeras tidak mahu menghantar anak-anak kita ke sekolah! Berapa kerat sahaja lah anak-anak Melayu kita yang dihantar bersekolah di sana?"

http://nizamzakaria.blogspot.com 174

“Tak ramai...” jawab Awang perlahan. Kemudian dia bertanyakan soalan inikenapa Abdullah: “Apa agaknya yang akan mereka jawab sekiranya kita tanya kepadaorang-orang Melayu kita mengapa mereka mahu terus hidup dalam kejahilan danmengapa mereka tidak mahu belajar agar mereka lebih bijaksana dan menggunakan akalpemikiran mereka?”

“Agaknya mereka akan mengatakan mereka tak mampu melakukan apa-apakerana kehidupan mereka serba daif. Tetapi mereka tidak sedar bahawa kejahilan merekaini disebabkan kerana mereka tidak mahu belajar. Ada banyak perkara yang menyebabkanorang Melayu kita ni pemalas dan tidak mahu belajar. Aku rasa mereka bersikap beginikerana orang tua mereka berperangai demikian dan mereka pula tidak mahu berubah...Orang Melayu memang takutkan kepada perubahan!”

Jawapan yang diterimanya dari Abdullah telah membuatkan Awang tersenyumsendiri.

“Aku mahu kau tulis segala pendapat kau ini semua ke dalam catatan kau nanti.”Awang menyarankan dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi aku takutlah Awang...” ujar Abdullah dengan ragu-ragu. Terlukis garis-garis kebimbangan di wajahnya.

“Apa yang kau takutkan?”

“Entahlah, aku takut tulisan aku tidak diterima oleh orang-orang Melayu sendiri.”

“Kau tulislah seikhlas, ikhlasnya Abdullah... Bukan semua orang Melayu ni jahil.Bukan semua mahu hidup di dalam tempurung lalu hanya menerima apa sahaja yangmereka fikirkan betul. Aku yakin ada juga orang Melayu yang boleh menerimapendapatmu itu, walaupun mungkin sukar untuk mereka menerima pada mulanya.”Awang memegang bahu Abdullah dengan erat. Matanya bersinar-sinar dengan harapan.Dia melihat Abdullah terus menulis di atas mejanya sambil membiarkan Awangmemerhatikannya apa yang mahu ditulisnya.

Pada penghujung tahun 1938, Siti Lela meninggal dunia. Kejadian inimenyebabkan Abdullah murung. Dia sering menghabiskan masanya di tanah perkuburansambil bersedekah ayat Al-Fatihah dan Yasin untuk anak perempuan kesayangannya itu.Awang sering menemaninya sekali.

Entah mengapa, pada satu hari, Awang fikirkan mungkin ada baiknya jikaAbdullah dapat melihat lembaga Siti Lela buat sekali lagi agar dia dapat mengubati rasarindunya. Jadi Awang mengawal minda Abdullah sehingga membuat dia dapat melihatkelibat Siti Lela seolah-olah sedang berjalan di hadapannya.

Walau bagaimanapun, Abdullah berfikir bahawa lembaga yang telah dilihatnyapada ketika itu hanyalah permainan syaitan yang ingin melalaikannya, malah perkara initelah diberitahunya sendiri kepada Awang. Mahu sahaja Awang memberitahu kepadanya

http://nizamzakaria.blogspot.com 175

bahawa perkara ini telah dilakukan olehnya, tetapi dia diam sahaja. Awang terus diamwalaupun hari demi hari dia melihat keadaan Abdullah yang semakin murung.

“Aku mahu berpindah dari Melaka... Aku tidak boleh hidup di sini lagi, Awang!”Getus Abdullah dengan suara yang sedih. Matanya berkaca-kaca tatkala mewartakan halini kepada Awang. “Ke mana sahaja aku toleh aku akan teringatkan orang-orang yang dahlama tinggalkan aku!”

“Kau mahu berpindah ke mana?” tanya Awang kerisauan. Dia tidak mahukehilangan seorang kawan baik seperti Abdullah. Dia tahu keadaan Abdullah yangsemakin muram durja, lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa menghadapi kematianisterinya dua tahun selepas kematian Siti Lela.

“Ke Singapura.” Jawab Abdullah sambil mengesat air matanya.

“Oh...” Mata Awang meleret ke tempat lain.

“Bukankah kau sering belayar ke sana?” tanya Abdullah. Kali pertama Abdullahbersemuka dengan Awang adalah ketika dia menjadi guru di sebuah sekolah yang telahdibina oleh Reverend Claudius Henry Thomsen di Bras Basah Road di Singapura, padatahun 1822 dahulu. Tatkala itu, Awang mahu berjumpa dengan Abdullah, kononnyadengan alasan dia mahu belajar Bahasa Inggeris darinya, walaupun tujuan utamanyaadalah untuk dia menjadikan Abdullah mangsanya. Tetapi setelah dia mengenaliAbdullah dengan lebih mendalam, terus niatnya ini dibatalkan sahaja. Dia lebih senangmenjadikan Abdullah sebagai rakan berbualnya dari bahan makanannya...

“Ya...” kata Awang perlahan.

“Kalau begitu, mungkin kita boleh bertemu di sana sahaja.” Ujar Abdullah denganperlahan. Awang mengangguk lesu.

Awang memberitahu kepada Hanim dengan panjang lebar tentang kisah kawanbaiknya bernama Abdullah ketika mereka bersama-sama duduk di atas pokok ketapangyang rendang itu. Hanim menggilai ketawa, tetapi didapatinya Awang masih bermurungmemikirkan tentang Abdullah yang kini sudah pun berpindah ke Singapura. Hanimberhenti menggilai, lalu dia memegang tangan Awang. Dia mendapati Awang sedangbersedih. Dia kasihankan Awang, lalu dia cuba berjenaka sehingga dia dapat membuatAwang ketawa.

“Apa kata abang pergi melawatnya di Singapura?” saran Hanim bersungguh-sungguh.

“Abang tak sanggup nak tinggalkan adik abang yang seorang ni di sini...” kataAwang sambil cuba mengukir senyuman. Sememangnya Awang telah menganggapHanim seperti adiknya sendiri. Seorang adik yang dia sayang seperti adik-adikkandungnya sendiri yang kini sudah lama meninggalkan dunia ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 176

Hanim membaringkan kepalanya ke peha Awang. Dia terus membiarkan Awangmengusap-usap rambutnya yang kusut masai itu. Hanim merasa cukup bahagia semenjakAwang ada bersamanya untuk menemaninya pada malam-malam yang gelap yangterpaksa dihadapinya keseorangan sebelum ini. Hanim cukup senang dengan kehadiranAwang yang bukan dianggapnya sebagai seorang abang, tetapi lebih istimewa dari itu.

Kadangkala Hanim tidak memahami mengapa Awang mahu merapatinya. Hanimcukup sedar akan keadaan dirinya yang hodoh. Awang pula indah kejadiannya - diakelihatan seperti manusia biasa, mungkin lebih indah dari kebanyakan manusia yangHanim kenali selama ini.

Mungkin Awang juga kesepian. Itulah yang difikirkan Hanim. Dan sebab itulahHanim merasakan Awang sentiasa mahu berada di sampingnya. Untuk menemaninya.

Tatkala Hanim bermanja-manja dengan Awang pada malam itu itu, tiba-tiba angindari barat laut bertiup kencang. Hanim memandang ke wajah Awang yang dilihatnyaberubah serta-merta. Hanim nampak risau. Hanim memerhatikan keadaan disekelilingnya untuk memikirkan apa yang telah membuat Awang risau dengan tidaksemena-mena.

“Kenapa bang... Ada apa-apa yang tidak kena?” tanya Hanim ingin tahu. Dia tidakpernah melihat wajah Awang berkerut risau seperti itu. Awang mencium udara disekelilingnya.

“Malam ini ada orang yang akan datang untuk melawat kita!” ujar Awang sambilmemandang tepat ke dalam mata Hanim.

“Siapa bang?” tanya Hanim dengan penuh minat. Pohon ketapang yang telahmenjadi rumahnya selama ini bergoyang ditiup angin,

“Seorang pawang besar akan datang ke mari untuk tujuan memburu pontianakyang menunggu pohon ketapang ini.” Jelas Awang serba salah. Dia termenung buatbeberapa ketika.

“Abang kenal dengan dia?” tanya Hanim. Tangannya yang menggerutu itumemegang tangan Awang dengan erat.

“Ya... Namanya Damak. Kami datang dari darah yang sama... Tetapi dia mampuhidup di siang hari.” Kata Awang dengan wajah yang risau.

“Pawang itu bukan manusia?” Tanya Hanim penuh hairan.

“Bukan.... Dan dia juga bukan seorang vampiro seperti abang.”

“Sudah lama abang mengenalinya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 177

“Abang telah mengenalinya sejak abang kecil lagi, Hanim.” Awang memberitahudengan fikirannya khayal buat seketika memikirkan kembali ke masa hidupnya ketikaDamak masih dikenali dengan nama Kasturi.

Hanim termenung jauh. Dia memandang ke arah Awang yang mula nampak tidaktentu arah itu. “Saya rasa dia sebenarnya datang untuk memburu abang. Selama ini abangmelarikan diri abang darinya, bukan?”

Awang tertunduk perlahan. Hanim tidak bodoh. Dia cerdik, mungkin terlalucerdik untuk kebaikan dirinya sendiri. Sambung Hanim kemudian:

“Dia datang untuk memburu saya... Jadi biarlah saya menghadapinya sendiri!”

“Abang tidak sepatutnya melibatkan Hanim sekali dalam hal ini. Biar abangsahaja pergi menghadapinya nanti.” Awang risau memikirkan tentang keselamatanHanim.

“Tidak!” tegah Hanim. Suaranya ditinggikan. Pada waktu itu Awang sedangmemandang ke arah barat. Dari jauh lagi dia sudah dapat mendengar gerak langkahDamak. Suasana malam tiba-tiba menjadi senyap. Tidak ada lagi bunyi cengkerik ataupunlain-lain bunyi rimba malam. Tidak syak lagi, Damak sudah semakin dekat untukmenghadapinya. “Orang-orang kampung mungkin telah memberitahunya bahawa merekatelah lama diganggu oleh pontianak Jadi abang pergilah dahulu... Dia mungkin tak tahuabang berada di sini. Biar saya sahaja yang menghadapinya!”

“Hanim perlu bersembunyi!” pujuk Awang dengan berbisik. Tetapi Hanimmenggelengkan kepalanya. “Dia bukan lawan Hanim.”

“Tidak. Biar abang sahaja pergi dari sini.” Kata Hanim berdegil.

“Abang tidak sepatutnya mencari mangsa abang di sini. Sekarang dia telah di seruke sini.” Kata Awang penuh sesal. Sememangnya dia seharusnya berpindah dari satutempat ke satu tempat yang agar perbuatannya ini tidak diketahui. Tetapi sejak diabertemu dengan Hanim, dia terus tinggal di Melaka tanpa mahu berpindah ke tempat lainwalaupun dia telah banyak kali didesak oleh Lilith agar berpindah.

“Abang tidak bersalah. Mungkin ini semua salah saya kerana saya yang mahuabang menemani saya di sini.” Kata Hanim yang lebih rela dimusnahkan dari melihat diriAwang diapa-apakan oleh Damak. Lagipun, Hanim tidak rela terus hidup keseorangandan kesepian lagi tanpa Awang berada di sisinya.

Mata Hanim yang pudar kini menjadi semakin hitam. Awang tidak dapatmengelakkan dirinya dari memandang ke dalam anak mata Hanim. Di dalam pada itu, diamerasakan dirinya kaku. Dia tidak dapat bergerak. Hanim telah menggunakan kuasanyayang sebelum ini tidak ditunjukkan kepada Awang untuk membuat tubuhnya keras sepertibatu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 178

Beberapa detik kemudian, Awang dapat melihat di dalam mata hatinya bahawaHanim telah terbang ke bumi untuk berhadapan dengan Damak. Awang cuba menjerituntuk memanggil Damak, tetapi suaranya langsung tidak dapat dikeluarkannya.

Damak memandang terus ke arah wajah Hanim yang hodoh itu. Ini bukan kalipertama Damak terpaksa berhadapan dengan makhluk pontianak seperti Hanim. Entahsudah berapa banyak pontianak yang telah diburu dan dimusnahkannya. Tetapi merekaselalunya duduk dalam satu kumpulan, tetapi Hanim hanya ada seorang.

Damak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia dapat merasakan seolahseterunya bukan Hanim. Masakan Hanim yang sudah lama menghantui pokok ketapangitu dapat melakukan bencana kepada ramai penduduk Kampung Hulu dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya. Tidak banyak yang diketahuinya tentang makhlukPontianak ini, tetapi apa yang diketahuinya, mereka hanya mengganggu pendudukkampung. Jarang sekali mereka mengganggu sehingga membawa kepada kematian.

“Siapa tuan kamu?” tanya Damak dengan angkuh kepada Hanim.

“Saya tidak bertuan, bang.” Jawab Hanim dengan penuh hormat. Rambutnyaterbang mengurai. Wajahnya semakin menakutkan.

“Kau bohong!” tempelak Damak. Wajahnya bengis. Damak memandang ke arahpohon ketapang yang tumbuh merimbun di hadapannya. Dia tidak dapat melihat apa-apadi situ dan itulah masalahnya. Selalunya dia akan dapat melihat berbagai bentuk makhlukhalus menunggu di tempat-tempat yang tua dan berpuaka seperti itu, tetapi entahmengapa, pokok itu kosong tidak berpenghuni dan berpenunggu.

“Apa yang sedang kau sembunyikan?” sergah Damak dengan garang.

“Tidak ada apa-apa bang.” Bohong Hanim. Dia telah menggunakan kuasanyauntuk mengelirukan pandangan mata Damak.

Damak menaikkan tangannya. Dia menggenggam tangannya separuh jalan. Didalam masa yang sama, leher Hanim terasa seperti dicekik. Bukan itu sahaja, leher Hanimterasa seperti dibakar dengan besi panas.

Awang dapat menyaksikan semua ini tetapi dia tidak dapat melakukan apa-apauntuk menyelamatkan keadaan. Kuasa yang ada di dalam diri Hanim semakin lamasemakin lemah apabila dirinya semakin diseksa oleh Damak.

Awang dapat membebaskan dirinya dari keadaan kakunya itu apabila tenagaHanim semakin lemah.

“Cukup!” jerit Awang lantas terbang ke arah Damak.

Damak tersenyum sinis. Dia mendengus sebaik sahaja Awang menjejakkankakinya ke bumi. Walaupun Damak cukup-cukup membenci Awang, dia tetap

http://nizamzakaria.blogspot.com 179

mengagumi kebolehan Awang untuk terbang seperti itu tanpa perlu mengeluarkan sayapsepertinya.

“Sudah aku agak... Ini semua mesti kerja kau.” Kata Damak dengan angkuh. Diaterus membuka langkah untuk menyerah Awang.

“Kau sudah tentu tahu mengapa aku tidak mahu melawan kau, Damak.” UjarAwang dengan suara yang tegas. Pakaian dari Eropah yang sedang dipakainya berkibar-kibar ditiup angin kencang yang sedang bertiup pada malam itu.

“Kerana kau bacul!” jawab Damak walaupun dia sendiri sudah tahu akanjawapannya.

“Bukan...” Ujar Awang. Awang memegang tubuh Hanim yang lemah longlai. Dianampak bersalah kerana telah melibatkan diri Hanim dalam pertelingkahan ini. “Keranaaku mampu untuk memusnahkan kau. Tetapi kau tahu aku tak akan melakukannya.”

Hati Damak terlalu keras. Dia meludah ke arah Awang dengan perasaan penuhbenci. “Kau makhluk jahanam!”

Awang tidak mahu mendengar kata-kata cemuhan dari Damak. Dia hanyamenumpukan perhatiannya kepada keadaan Hanim yang semakin lama semakin lemahkeadaannya. Tubuh Hanim semakin reput akibat daripada perbuatan Damak menyeduttenaga kehidupannya tadi.

“Apa yang telah kau lakukan kepadanya?” tanya Awang dengan marah.

“Sesuatu yang sepatutnya aku lakukan kepada kau, Awang.” Ujar Damak,walaupun dia tahu bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk memusnahkan Awangdengan sewenang-wenangnya.

“Sial!” Awang menjadi cukup marah kali ini. Dia tidak dapat membendungperasaannya. Dia tidak mahu melihat Hanim hilang dari hidupnya begitu sahaja.Walaupun baru sahaja beberapa tahun dia mengenali Hanim, dia rasa begitu dekatkepadanya. Kehadiran Hanim dalam hidupnya dapat membuatkan dirinya melupakan diriCassius yang dirindunya itu setengah mati buat beberapa ketika.

Awang menggerakkan tangannya ke arah Damak. Dengan serta-merta Damakterpelanting jauh sehingga tubuhnya terkena kepada sebatang pokok sena yang rendang.Pokok sena itu tumbang. Walaupun begitu, Damak terus bangun seolah-olah dirinya tidakdapat diapa-apakan oleh Awang.

Awang meluruskan tangannya di hadapannya seolah dia sedang menahan sesuatu.Matanya ditutup rapat-rapat. Beberapa detik kemudian, sebatang paku yang terbangdengan laju dari arah sebuah rumah kampung berdekatan berhenti di hadapan telapaktangannya itu. Dengan sepantas kilat Awang mengambil paku itu, lantas ditekankan pakuitu ke belakang tengkuk Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 180

Hanim menjerit dengan kuat. Dalam masa yang sama angin bertiup semakinkencang. Damak keliru buat beberapa detik. Dia tidak tahu apa yang telah dilakukan olehAwang kepada Hanim.

Dengan secara tiba-tiba Hanim bertukar wajah. Dia tidak lagi kelihatan hodoh.Malah wajahnya nampak jelita.

“Dan ini adalah hadiah aku untuk kau.” Ujar Awang dengan suara yang perlahankepada Damak. “Kau akan menjaganya dan aku akan berjanji tak akan mengganggukawasan kota Melaka ini lagi.”

Hanim membuka matanya. Hanim melihat Awang sedang memegang tubuhnyadengan erat. Hanim memeluk tubuh Awang dalam keadaan ketakutan. Dia tidak mahudirinya diapa-apakan lagi oleh Damak.

Awang memegang kepala Hanim dengan tangannya. Kemudian dia berbisikkepada Hanim kalimah-kalimah berikut:

“Dan ini pula adalah hadiah abang kepada Hanim...”

Awang telah menggunakan kuasanya untuk menghilangkan segala memori Hanimtentang suaminya. Tentang rasa cinta serta rasa sedih yang amat sangat yang terpaksadibendungnya selama ini apabila melihat suaminya itu hidup dan akhirnya mati tanpadirinya menjadi sebahagian dari hidup suaminya yang dicintainya itu.

Awang mencium dahi Hanim. Dia dapat melihat mata Hanim terkebil-kebil,langsung dia tidak tahu apa yang telah diperlakukan oleh Awang kepadanya tadi.

“Abang terpaksa pergi dari sini.” Bisik Awang dengan suara yang sedih. “Damakakan menjaga adik abang ini dengan baik... Bukan begitu Damak?”

Damak terpegun apabila ditanya begitu oleh Awang. Dia tidak dapat menjawabkata-kata Awang tadi. Dia terlalu kagum melihat kejelitaan Hanim yang berjayamemukau dirinya.

Awang mengangkat tubuh Hanim sehingga dia dapat berdiri dengan sendirinya.Awang mendekatkan Hanim kepada Damak yang masih berdiri kaget. Apabila Awangmenyerahkan Hanim kepada Damak, tangan Damak tersentuh tubuh Awang. Dan padaketika itulah dia dapat melihat bagaimana pada satu ketika di masa hadapan Awang akanmenikamnya dengan pisau secespita sehingga mati...

Damak akhirnya dapat melihat dengan menggunakan kuasa orakel yang telahditurunkan oleh Tiresias bagaimana akhirnya dirinya dibunuh Awang. Damak pastiAwang telah mengetahui tentang hal ini sejak dahulu lagi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 181

Kemudian Awang hilang begitu sahaja. Hanim masih tidak dapat memahami apayang telah berlaku kepada dirinya. Dia pengsan begitu sahaja di hadapan Damak.

Damak mengangkat tubuh Hanim yang lemah itu. Dia perlu membawa tubuhHanim yang hangat itu jauh dari tempat berpuaka ini. Mungkin Damak akan membawaHanim jauh dari Kampung Hulu. Damak tidak mahu sesiapapun tahu tentang diri Hanimatau bagaimana dia boleh berubah dari pontianak kepada seorang wanita yangmempunyai kecantikan yang sukar hendak dijelaskan dengan kalimah semata-mata...

http://nizamzakaria.blogspot.com 182

Buku II. Bab 10

Damak tekun membaca halaman utama akhbar Singapore Free Press ketika sedangminum kopi di sebuah kedai kopi yang terletak di Bencoolen Street. Dia membelek-beleksurat khabar tersebut sambil sesekali memandang ke arah luar kedai kopi. Cahaya terikpagi menerangi kedai kopi yang dipenuhi dengan pengunjung dari pelbagai bangsa yangrata-ratanya telah datang bersarapan di sana. Sukar untuk Damak membaca di dalamkeadaan silau begitu, lantas dia meminta pelayan yang melayannya tadi agar menurunkantirai kayu. Permintaannya itu cepat-cepat dilakukan oleh si pelayan.

Apabila tirai diturunkan, Damak terus membaca berita yang telah menyebabkandia datang ke Singapura - berita mengenai kematian seorang lelaki di sebuah kawasanterpencil yang letaknya satu batu dari Sepoy line. Lelaki tersebut dikatakan telah matidalam keadaan mengerikan dengan bahagian lehernya dirobek. Kematiannya dikatakantelah disebabkan oleh serangan harimau.

Sememangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kejadianyang melibatkan kematian yang disebabkan oleh serangan harimau di Singapura ini.

Sebelum Damak ke Singapura, dia telah mendapat tahu bahawa pada beberapaminggu yang lepas, seorang pekerja berbangsa Cina telah dijumpai mati dengan darahnyadihisap ketika dia sedang membina sebuah perangkap harimau di belakang ladang tebuseorang peladang dari Amerika Syarikat bernama Joseph Balestier.

Damak cukup pasti bahawa perkara ini bukan dilakukan oleh kaum Korinci dariSumatera yang pernah ditemuinya yang mampu menjadi harimau jadian yang dikatakanmenghisap darah mangsa-mangsa mereka. Dia pasti bahawa perkara ini telah dilakukanoleh seorang vampiro.

Pada tahun 1847 ini, sudah masuk 7 tahun sejak kali terakhir Damak bertentangmata dengan Awang di Melaka. Kini Damak yakin bahawa dia akan akhirnya menemuiAwang di Singapura setelah jenuh dia mencarinya.

“Ganjaran sebanyak $150 akan diberikan kepada sesiapapun yang berjayamenangkap harimau yang memakan manusia ini!” Damak dapat mendengar kata-kataseorang lelaki Cina Peranakan kepada seorang lelaki Serani yang menjadi rakannya didalam kedai kopi tersebut.

“Banyak tu!” sambut lelaki Serani dengan matanya bersinar-sinar sambiltersenyum lebar. Dia mengunyah roti bakar yang telah disapu dengan kaya denganbersungguh-sungguh.

“Selalunya harimau ini akan menyerang kuli-kuli Cina yang bekerja di ladang-ladang gambir dan lada hitam di sini.” Jelas lelaki Cina Peranakan kepada rakannyadengan suara separuh berbisik. Sejak Singapura diasaskan Raffles pada tahun 1819,banyak ladang-ladang rempah telah dibuka oleh peladang-peladang Eropah di pulau ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 183

Ramai juga pekerja-pekerja dari Cina telah dibawa masuk untuk membantu merekamengerjakan ladang-ladang mereka ini.

“Itulah! Ramai yang dah jadi mangsa...” keluh lelaki serani itu sambilmenggelengkan kepalanya.

“Kau nak tahu apa?” tanya si Cina Peranakan dengan berbisik.

“Apa dia?”

“Aku ada simpan senapang Lee-Enfield di rumah aku...”

“Jadi kenapa?”

“Apa kata kau temankan aku pergi memburu hujung minggu ini. Jika kita dapattembak harimau tu sampai mati, kita kongsi bersama wang ganjaran yang kita terima!”Saran si lelaki Cina Peranakan itu dengan wajah yang jelas teruja.

“Itulah... Kalau kita dapat seekor harimau dah $150. Kalau dua ekor dah $300!”sambut rakannya dengan mengangguk cepat. “Kaya kita nanti!”

Damak menarik nafasnya. Dia melipat akhbar yang baru dibacanya itu laludiletakkan di atas meja. Dia mengeluarkan beberapa keping wang siling laludiletakkannya di atas meja. Dia terus berjalan keluar dari kedai kopi.

Damak terus berjalan sambil memeluk tubuhnya. Dia sedang memikirkan carabagaimana dia akan dapat menemui dan menjejaki Awang. Di dalam masa yang sama, didalam kepalanya dia sibuk memikirkan tentang Hanim yang sedang menunggu di sebuahrumah banglo yang baru sahaja disewanya di Bras Basah Road.

Pada pagi itu Damak yakin bahawa Awang sedang berada di Singapura. Tidaksabar lagi Damak untuk sampai ke rumah sewanya lalu memberitahu tentangpenemuannya itu kepada Hanim. Damak pasti berita ini akan menggembirakan Hanim.Lagipun, kerana Hanimlah dia bersungguh-sungguh mencari Awang sehingga keSingapura...

*

Awang masuk ke dalam bilik pejabat Abdullah yang terletak di dalam rumahnya diKampung Melaka. Dengan bersungguh-sungguh Abdullah menunjukkan kepada Awangkarya tulisan terbarunya. Awang hanya tersenyum tatkala melihat karya terbaru Abdullahitu tanpa membaca, lalu meletakannya ke tepi. Abdullah tersenyum. Dia sebenarnya tahutujuan utama Awang datang menemuinya pada malam itu.

“Ini manuskrip yang kau suruh aku siapkan itu...” Abdullah menyerahkan salinanmanuskrip Vitruvius yang telah diusahakannya itu kepada Awang, juga manuskripasalnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 184

Awang memerhatikan kedua-dua salinan manuskrip di tangannya itu denganwajah yang puas. Dia mendapati sukar untuk membezakan kedua-dua manuskrip yangsedang diamatinya pada ketika itu.

“Seminggu sahaja dari sekarang, Insyaallah manuskrip ini akan dapat akusiapkan.” Abdullah memberitahu dengan yakin.

Awang terus memeriksa hasil kerja Abdullah yang halus itu. Awang sedar sejaktahun 1811, tatkala Raffles menetap di Melaka dan ketika Abdullah masih berusia 15tahun, Abdullah telah diambil bekerja sebagai penyalin dan penulis oleh Raffles keranaRaffles cukup kagum dengan hasil kerjanya. Awang sendiri pernah memerhatikanbeberapa manuskrip kepunyaan Raffles yang telah disalin Abdullah yang tersimpan didalam pejabat Leftenan Gabenor pulau Jawa itu di Stadthuys. Perkara inilah yangmenyebabkan Awang begitu terpesona melihatkan bakat yang ada di dalam diri Abdullah- sehingga menyebabkan Awang akhirnya mengambil keputusan untuk bersemuka denganAbdullah di Singapura pada tahun 1822.

“Aku tidak begitu faham apa yang kau suruh salin ini, Awang. Aku tak tahu jikaapa yang aku salin ini buku cerita ataupun kitab agama... ” Abdullah menggaru kepalanyayang beruban.

“Manuskrip ini telah ditulis di dalam bahasa Latin, Munshi.” Beritahu Awangdengan menjeling ke arah Abdullah.

“Aku tahu... Aku tahu juga bahasa Latin ini walaupun sedikit.” Abdullahmengakui sambil membuka manuskrip yang telah disalinnya.

“Jadi apa yang kau tahu?” Awang sengaja bertanya. Kini matanya memandang kearah buku Hikayat Binatang, sebuah buku teks yang telah diterjemahkan dari BahasaInggeris ke Bahasa Melayu oleh Abdullah. Buku ini baru sahaja diterbitkan pada tahunsebelumnya.

“Manuskrip ini ada menjelaskan tentang sebuah mesin yang menggunakan darah—“ Abdullah menunjukkan bahagian yang dapat difahaminya kepada Awang.

“Kau tak perlu tahu apa yang kau perlu salin, Munsyi. Dan percayalah... Takramai yang faham apa yang tertulis di dalam manuskrip ini.” Kata Awang sambiltersenyum. Dia mengeluarkan 50 keping wang perak dollar Mexico yang telahdisimpannya di dalam sebuah uncang hitam dari dalam kocek seluarnya. “Ini bahagianyang telah aku janjikan dahulu.”

“Tapi manuskrip ini tak siap lagi!”

“Tak apa... Aku pasti kau akan menyiapkannya tak lama lagi.” Kata Awangdengan penuh yakin.

http://nizamzakaria.blogspot.com 185

Awang kini berpaling memerhatikan beberapa keping manuskrip tulisan Abdullahyang tersimpan di dalam rumahnya – beberapa keping manuskrip yang telah diselesaikantetapi belum diterbitkan lagi. Juga beberapa keping manuskrip-manuskrip lama dalambahasa Melayu yang telah disalinnya kembali yang amat-amat dihargainya. Awangmengambil masa yang agak lama memeriksa judul-judul buku dan kitab yangdikumpulkan Abdullah.

“Kau tidak pernah sentuh air teh atau kopi yang aku sediakan untuk kau, Awang.”Tegur Abdullah sambil menjeling kepada Awang yang sedang mengeluarkan sebuahkitab agama yang ada di dalam koleksinya.

“Tidak... Tidak pernah,” Awang tersenyum mengakui. “Kau tahu aku tidak pernahminum apa yang kau hidangkan, tapi kau tetap hidangkan minuman untuk aku setiap kaliaku datang melawat kau.”

“Dah adat orang Melayu kita bila melayan tetamu...” kata Abdullah lalu diatermenung seketika untuk memikirkan sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Kenapa kau diam, Munsyi? Ada apa-apa yang tidak kena?”

“Aku perlu tahu siapa kau sebenarnya...”

“Apa maksud kau, Munsyi?”

“Berapa lama agaknya kita telah berkenalan?”

“Kau fikir berapa lama?”

“Ada 25 tahun?”

Awang menarik nafasnya dalam-dalam. Dia bergerak ke arah tingkap. Diatermenung memandang ke luar melihat suasana tenang Kampung Melaka di waktumalam. Kampung ini dihuni oleh orang-orang Melayu yang berasal dari Melaka yang kinimenetap di Singapura.

“Jadi kenapa?” Awang akhirnya menjawab.

“Wajah kau aku lihat dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah—“

“Maksud kau?”

“Kau tidak pernah tua!”

“Aku awet muda...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 186

“Aku bukan main-main, Awang!” Abdullah berdecit apabila melihat Awangseperti tidak serius menjawab soalan-soalannya tadi. “Aku pernah ternampak kau berbualdengan Tuan Dutronquoy di Hotel London dalam bahasa Perancis yang lancar—“

“Jadi kenapa? Kau sendiri fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Arab—“

“Dari mana kau belajar Bahasa Perancis?”

“Aku pedagang, Munsyi... Kadangkala aku terpaksa berdagang dengan pedagang-pedagang Perancis yang datang berdagang di sini...”

Abdullah terus merenung ke dalam mata Awang. Sukar untuk dia mempercayaialasan-alasan yang diberikan Awang tadi. Abdullah mula memikirkan kembali tentangpersahabatannya dengan Awang. Dia mula sedar mereka tidak pernah bertemu di sianghari. Walaupun Awang memberitahunya bahawa dia adalah seorang pedagang emas,sehingga kini Abdullah tidak pernah melihat Awang melakukan sebarang pekerjaannyaseperti berdagang...

“Kenapa baru sekarang kau tanyakan aku hal ini semua?” tanya Awang penuhkerisauan.

“Petang semalam aku dilawati seorang lelaki. Dia kata dia kawan kau...”

“Kawan aku?” tanya Awang terus dia mendekati Abdullah.

“Damak namanya.”

Wajah Awang terus berubah. Sekali lagi dia pergi ke tepi tingkap. Diamemandang ke kiri dan ke kanan. Kini Damak tahu di mana dia berada...

“Apa yang dia beritahu kepada kau, Munsyi?” tanya Awang dengan suaraperlahan.

“Dia mahu tahu perihal persahabatan kita...”

“Dia ada bertanyakan kau tentang salinan manuskrip Vitruvius ini?”

“Tidak!” jawab Abdullah bersungguh-sungguh.

“Kau ada meletakkan manuskrip Virtuvius ini di atas meja ketika dia datang kesini?”

“Aku tak pasti, Awang. Meja aku berselerak semalam.” Dijawabnya soalanAwang ini dengan jujur.

Awang bergerak ke arah Abdullah. Dia memandang penuh ke dalam mataAbdullah sambil berkata:

http://nizamzakaria.blogspot.com 187

“Mulai saat ini, kau akan berfikir kita baru sahaja saling mengenali. Segalaingatan kau tentang persahabatan kita selama ini akan kau lupakan.”

Tubuh Abdullah kaku buat seketika sebelum dia tersenyum kepada Awang sepertitidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya.

“Aku terpaksa pergi sekarang, Munsyi.” Ucap Awang dengan wajah sedih. Segalamemori yang ada di dalam kepala Abdullah tentang persahabatan mereka selama ini telahdilenyapkannya demi kebaikan Abdullah sendiri.

“Insyaallah, manuskrip yang encik Awang suruh saya siapkan itu akan siap dalammasa seminggu.” Ujar Abdullah sambil tersenyum. Dia bersalaman dengan Awang dimuka pintu.

Awang keluar dari rumah Abdullah yang terletak di Kampung Melaka itu. Diamahu berjalan pulang ke rumahnya. Tatkala sedang berjalan, dia dapat merasakan dirinyadiekori. Dia pasti bahawa Damak sedang memerhatikan setiap langkahnya sekarang.

“Apa khabar, Awang.” Ucap Damak yang tiba-tiba muncul di hadapannya ketikadia sedang berjalan di tepi Sungai Singapura. Awang menoleh ke belakang. Matanyadijeling ke atas.

“Baik, abang Kasturi.” Sambut Awang sengaja mahu menyakiti hatinya.

“Jangan panggil aku dengan nama itu, Awang.” Damak mendekati Awang sepertimereka mahu bergaduh.

“Jadi apa yang kau mahu dari aku?” Awang melangkah beberapa tapak kebelakang. Lalu dia terus berjalan ke arah bertentangan sambil memandang ke hadapan.

“Aku mahu kau ikut aku balik,” pinta Damak dengan suara yang lebih perlahan.Tidak lagi sekeras tadi.

“Kenapa?” tanya Awang kehairanan.

“Hanim...”

“Jadi kenapa dengan Hanim?”

“Dia mahu berjumpa dengan kau... Dia rindu dengan kau. Aku cari kau sampaidapat di Singapura ini juga kerana dia.” Damak memberitahu dengan ikhlas tanpaberselindung lagi.

“Dan bukan sebab lain?” Awang sengaja bertanya, keningnya dinaikkan. “Ye lah,kalau tidak, buat apa kau pergi bertemu dengan Munsyi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 188

Damak menyepetkan matanya. Mahu sahaja dia membunuh Awang di situ juga.Tetapi dia tahu, dia tidak mungkin akan dapat melakukannya. Sekurang-kurangnya bukansekarang.

Di tebing Sungai Singapura, Awang masih dapat melihat beberapa kuli Cina yangsedang memunggah guni-guni beras dari sebuah tongkang Kiangsu yang perlu dibawamasuk ke dalam sebuah gudang kecil yang telah dibina di tepi sungai. Dia menariknafasnya, sebelum dia menoleh ke arah Damak sambil bertanyakan soalan ini kepadanya:

“Di mana Hanim sekarang?”

“Di rumah sewa kami di Bras Basah.” Jawab Damak sambil menahan sebuahlanca yang sedang bergerak ke arah mereka. Lanca yang ditarik oleh seorang lelaki Cinayang masih muda dan bertubuh tegap itu berhenti. Damak menjemput Awang naik.Awang menurut sahaja tanpa banyak soal walaupun hatinya keberatan.

“Aku sayang kepada Hanim, Awang...” ucap Damak sewaktu lanca yang dinaikimereka bergerak ke arah Bras Basah Road melalui Jambatan Johnson yangmenghubungkan North Bridge Road dengan South Bridge Road.

“Jadi kenapa? Apa kena mengenanya dengan aku?”

“Hatinya bukan kepada aku.” Keluh Damak dengan matanya redup ke bawah.

“Itu aku tak tahu... Bukan masalah aku!”

“Dia sayangkan kau, Awang!”

“Nauzubillah, simpang segala bencana!” Awang sengaja berseloroh. Diatersenyum nakal. “Aku anggap si Hanim tu macam adik aku sendiri, Damak. Bukannyakau tak tahu!”

“Itulah yang aku harapkan.” Ujar Damak perlahan lalu dia terus mendiamkandirinya. Damak membiarkan angin malam yang bertiup dari arah laut menyapa dirinyayang jiwanya kelesuan itu.

*

“Abang Awang!” getus Hanim dengan wajah berseri-seri sebaik sahaja Awangdibawa masuk oleh Damak ke dalam rumah sewa mereka yang besar itu. Hanim kelihatancukup gembira. Dia memegang tangan Awang dan tangan Damak lalu membawa merekaberdua masuk ke dalam bilik tamu. Selama-lama Hanim dan Damak bersama, Hanimtelah meminta Damak agar jangan bermusuh dengan Awang. Itu sahaja syarat yangdimintanya dari Damak, dan Damak pula bersetuju asalkan dia dapat terus bersamaHanim yang disayanginya itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 189

“Lama abang tak bertemu dengan adik abang ini!” Awang terus memandangpenuh ke wajah Hanim, lalu ke wajah Damak yang jelas diselubungi rasa cemburu yangsemakin menebal itu.

“Selama abang di Singapura... Abang tinggal di mana?” tanya Hanim, diamenjemput Awang duduk di sebelahnya di bilik tamu.

“Abang duduk di Telok Ayer.” Jawab Awang perlahan.

“Dengan Lilith?”

“Ya.”

“Dah lama Hanim tak berjumpa dengannya... Dia sihat?”

“Ya, dia sihat.” Jawab Awang dengan kata-katanya terhenti di situ sahaja. Diamemandang penuh ke wajah Hanim yang cantik berseri-seri itu. Dia yakin, setelahberatus-ratus tahun dia hidup, jarang sekali dia bertemu dengan wajah wanita Melayusecantik Hanim. Patutlah agaknya Damak sanggup melakukan apa sahaja untuk Hanim,fikir Awang.

“Hanim rindu sangat dengan abang... Hanim mahu kita bersama macam dulubang... Berbual kosong dari malam sehingga ke subuh!” kata Hanim dengan suara yangcukup manja. Dia memandang kepada wajah Awang, kemudian kepada Damak. Diamendapati Awang mempunyai wajah persis seorang pemuda berusia lewat 20-an danDamak pula awal 20-an. Awang difikirkannya layak dipanggil abang oleh Damak,walaupun ketika mereka hidup dahulu, Damak tua tiga tahun dari Awang.

“Itu dulu, Hanim...” Keluh Awang perlahan lalu menjeling ke arah Damak.“Sekarang Hanim ada Damak... Dia kan ada untuk temankan Hanim?”

Wajah Hanim berubah resah. Sukar agaknya untuk dia meluarkan rasa cintanyadan rindunya kepada Awang ketika Damak ada bersamanya pada waktu itu. Walaupunhubungannya cukup rapat dengan Damak, hatinya tetap kepada Awang. Hanim sayangkepada Awang kerana Awang telah menerimanya seadanya walaupun wajahnya pada satuketika dahulu hodoh menggerutu. Damak pula sebaliknya. Apabila kali pertama Hanimbertemu dengan Damak dahulu, Damak datang dengan tujuan mahu membunuhnya.Masakan dia boleh mencintai seorang lelaki yang mahu membunuhnya, seperti Damak.Hanim yakin, dengan wajah Damak yang kacak ditambah dengan bentuk badan yangsasa, Damak mampu menarik perhatian mana-mana gadis yang diminatinya. Damakadalah seorang lelaki yang berharta dan gagah, jadi mengapa dia tetap mahumenjadikannya teman istimewanya?

Tapi hati Damak tetap kepada Hanim. Seolah-olah sebahagian dari diri Damaksudah dicuri Hanim. Damak merasakan dia tidak sanggup hidup jika Hanim hilang begitusahaja dari hidupnya. Dia mahu memiliki Hanim walau apa pun pengorbanan yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 190

terpaksa dilakukannya. Dia sanggup tunggu hatta seribu tahun lagi asalkan Hanimakhirnya menjadi miliknya jua.

Pada malam itu, Awang terus duduk berbual dengan Hanim seolah mereka tidak pernahberpisah. Hanim cukup seronok mendengarkan pengalaman hidup yang dilalui Awangselama mereka berpisah. Damak hanya mampu duduk sambil mendengar cerita-ceritaAwang tanpa dapat berkata apa-apa. Kadangkala Damak akan tersenyum mendengarcerita Hanim yang keseronokan bercerita kepada Awang tentang pengalamannya membelibelah di rangkaian kedai Little, Cursetjee & Co di Commercial Square. Damak tersenyumpuas kerana sekurang-kurangnya perkara seperti ini yang tidak mampu dilakukan Awangdi siang hari, dapat dilakukannya untuk membahagiakan hati Hanim.

“Abang perlu pergi... Sejam lagi matahari akan naik.” Ujar Awang sambilmemegang lengan Hanim.

Hanim mengangguk perlahan sambil menggigit bibirnya. Awang berdiri, lalumengucup dahi Hanim yang masih duduk itu. Damak pula menyuruhnya duduk di dalamrumah, sementara dia menemani Awang pulang.

“Kau tak perlu menemani aku pulang,” tegur Awang tanpa berpaling ke arahDamak di luar rumah sewanya.

“Sebenarnya aku perlu bertanyakan kau tentang sesuatu,” ujar Damak ketikaberjalan di Bras Basah Road yang sunyi sepi pada lewat malam itu. Dia cuba berjalandengan cepat mendapatkan Awang yang meluru laju berjalan ke arah selatan.

“Tentang apa?”

“Tentang aku...”

“Apa dia?”

“Jadi kau tahu satu hari nanti kau akan membunuhku?” tanya Damak dengansuara yang serius menagih jawapan.

Awang hanya tersenyum. Dia terus berjalan. Dia menggelengkan kepalanyakerana tidak percaya dia akan ditanya soalan ini oleh Damak.

“Aku tidak boleh membaca fikiranmu, Damak. Inikan pula menilik masadepanmu.” Jawab Awang sambil berdecit kerana Damak sengaja melambatkanperjalanannya.

“Jadi apa yang telah aku lihat ketika aku menyentuhmu dahulu?”

“Kau sekadar melihat apa yang akan aku lakukan kepada kau... Itu sahaja.” JawabAwang bersahaja.

http://nizamzakaria.blogspot.com 191

“Jadi jika kau tahu aku akan kau bunuh satu hari nanti, kenapa kau tak bunuhsahaja aku sekarang?” bentak Damak seolah mencabar.

“Masanya belum tiba lagi Damak... Semuanya di dunia ini sudah ditentukantempat dan masanya untuk mati. Termasuk kau!”

“Aku sepatutnya ambil peluang ini untuk memusnahkan kau sekarang!” Damakmemegang erat bahu Awang. Suaranya yang meninggi itu memecah kesunyian malam.Awang cepat-cepat menepis tangan Damak.

“Tak payah kau nak takut-takutkan aku dengan kata-kata kosong kau itu. Kausendiri tahu perkara ini tidak mungkin berlaku!” tengking Awang dengan berani.Kemudian dia menolak tubuh Damak dengan kuat sebelum sepantas kilat dia menghilangdari pandangan Damak entah ke mana.

Damak telah ditolak Awang sehingga terjatuh di atas jalan. Damak membersihkanbajunya. Dia sengaja membiarkan Awang pergi, kerana perasaannya masih terganggusetelah mendengarkan apa yang keluar dari mulut Awang tadi mengenai dirinya yangpasti akan mati di tangannya nanti...

*

Pada awal tengah hari itu, dengan penuh berhati-hati Komeng membawa sebotol minyaktanah yang dibungkusnya dengan kain perca ke kawasan Kampung Gelam. Diamemastikan agar tidak ada sesiapapun yang meragui gerak-gerinya pada waktu itu. Diaberhenti di sebuah pondok buruk yang terletak di daerah Beach Road berdekatan dengansebuah balai polis. Pondok buruk itu kosong kerana ia telah ditinggalkan penghuninyayang keluar bekerja. Setelah memandang ke kiri dan ke kanan dan memastikan bahawatidak ada sesiapapun yang sedang memerhatikannya pada waktu itu, Komengmencurahkan isi minyak tanah yang tersimpan di dalam botol kaca yang dibawanya tadike bahagian belakang pondok. Dia membakar pondok tersebut dengan menggunakanmancis yang dibawanya bersama.

Komeng memastikan api yang dimulakannya itu membakar pondok buruk dihadapannya itu. Belum sampai seminit, apa bersemarak menjilat dinding pondok buruktersebut. Apabila angin bertiup kencang, api terus merebak membakar pondok-pondokberdekatan.

Rumah-rumah yang dibina di Kampung Bali dan kawasan di sekitarnya telahdibina rapat-rapat dan dalam keadaan tidak teratur. Jadi apabila kebakaran seperti iniberlaku, dalam sekejap masanya sahaja api terus merebak, sehinggalah ke kawasanpenempatan Eropah yang terletak di Beach Road. Meriam terus diledakkan dari BukitLarangan yang pada ketika itu dikenali dengan nama Government Hill untuk memberiisyarat bahawa kebakaran besar kini sedang berlaku di Singapura.

http://nizamzakaria.blogspot.com 192

Keadaan menjadi kelam-kabut. Ramai yang berlari-lari cuba menyelamatkan diri.Ada yang terus menaiki perahu lalu pergi ke tengah laut semata-mata kerana inginmelarikan diri dari bahang lidah api yang menjulang tinggi membakar Kampung Gelam.

Pada pukul 2 petang, api terus merebak ke Kampung Melaka.

Pada waktu itulah Abdullah kelihatan tidak tentu arah melihat api terus merebakdengan cepat ke arah rumahnya. Dia mahu masuk ke dalam rumahnya untuk mengambilmanuskrip-manuskrip berharga yang ada disimpannya, tetapi dia terpaksa membatalkanniatnya itu apabila seorang jiran meminta tolong darinya supaya membantumenyelamatkan seorang anak kecil yang terperangkap di dalam sebuah rumah berdekatan.

Komeng masuk ke dalam rumah Abdullah dari tingkap belakang. Dia terusmencari manuskrip Vitruvius yang dikatakan ada di dalam simpanan Abdullah. Dengancepat dia dapat mengesan manuskrip tersebut serta salinannya yang telah diletakkan diatas meja Abdullah. Komeng mengambil manuskrip yang asli, lalu cepat-cepat dia keluardari rumah Abdullah yang mula terbakar dijilat api itu. Manuskrip Vitruvius yang telahdisalin Abdullah serta kesemua koleksi-koleksi manuskrip serta kitab-kitabkepunyaannya kini musnah buat selama-lamanya.

Komeng tersenyum puas. Dia terus berlari untuk menyelamatkan dirinya. Angindari timur bertiup kencang lalu menyemarakkan lagi kebakaran yang membakarsebahagian besar dari bangunan dan rumah-rumah yang terletak di sekitar KampungGelam.

Dalam keadaan kucar-kacir, Komeng terus berlari ke arah Bukit Larangan. Diamenyusup masuk ke Bukit Larangan dengan memanjat kubu yang telah dibina disekeliling bukit tersebut.

Dengan tercungap-cungap Komeng menaiki bukit tersebut sehinggalah dia sampaike puncak. Dari situ dia dapat melihat api dan asap berkepul-kepul memenuhi ruangangkasa Singapura yang kelihatan gelap gelita seperti suasana di malam hari. Komengtersenyum puas melihat hasil kerjanya.

“Ini kitab yang tuan mahu,” Sebutnya kepada lelaki yang tiba-tiba muncul disebelahnya.

Damak mengambil manuskrip tersebut dari tangan Komeng, kemudian diamenyerahkan sendiri manuskrip tersebut kepada Kira yang sedang berjalan denganperlahan dari arah belakang.

Komeng beberapa kali tertunduk hormat kepada Kira. Nenek moyang Komengyang berketurunan orang benua itu pernah memperhambakan diri mereka kepada Kira,malah menganggap diri Kira sebagai seorang dewi yang turun dari langit.

Kira mengipas-ngipas tubuhnya dengan sebuah kipas yang diperbuat daripadakayu cendana lalu tersenyum kepada Komeng. Komeng menunggu habuannya dari Kira.

http://nizamzakaria.blogspot.com 193

Kira mengeluarkan sebuah peta yang menunjukkan di mana dia menyimpan hartakarunnya di Kota Gelanggi. Komeng tersenyum puas lalu cepat-cepat mengucapkanselamat tinggal kepada Damak dan kepada Kira.

Kira mengoyak manuskrip Virtruvius yang kini berada di tangannya. Diakemudian memastikan agar manuskrip ini terus dimusnahkan dengan meminta Damakmembakarnya. Damak mengangguk sekali. Dia menumpukan perhatiannya kepadamanuskrip tersebut lalu manuskrip itu terbakar dengan sendirinya.

Damak memandang ke arah manuskrip Vitruvius yang dibakarnya itu. Damakseterusnya dapat melihat dengan selamba Kira meninggalkannya lalu membiarkannyaterus berdiri di hadapan manuskrip yang terbakar hangus itu. Damak kemudiantermenung lesu melihat keadaan rumah-rumah serta bangunan yang masih terbakar dikawasan Kampung Gelam. Dia tidak menyangka Kira telah mengarahkan Komeng untukmelakukan semua ini semata-mata untuk mendapatkan manuskrip Virtuvius - hanyauntuk dimusnahkan seperti mana yang telah dilakukannya sekarang...

*

Pada malam itu, perkara pertama yang telah Awang lakukan adalah untuk mencariAbdullah. Apabila dia menemui Abdullah, Awang dapat melihatnya berdiri di hadapanrumahnya yang telah terbakar hangus.

“Jangan bersedih, Munsyi!” Awang memegang bahu Abdullah dengan erat.

“Semua hasil kerja saya musnah!” Abdullah tidak dapat menahan sebak. Diamengesat air matanya. Sukar untuk dia memikirkan tentang beberapa buah manuskriplama Melayu yang telah disalinnya kini musnah begitu sahaja di depan matanya.

“Bukan kau sahaja yang menjadi mangsa kebakaran ini... Kedai Said Umar punhabis terbakar. Begitu juga dengan rumah-rumah sewa Hajah Fatimah. Nasib baiklah apitidak merebak sehingga ke masjid yang baru dibinanya, jika tidak, itu pun akan habismusnah!” Awang cuba memujuk dengan suara penuh prihatin.

“Maafkan saya... Manuskrip encik Awang yang hampir-hampir dapat saya siapkanmusnah dalam kebakaran ini!” Wajah Abdullah diselimuti rasa kesal. Dia membukasongkoknya lalu meramas-ramas rambutnya yang mula nampak beruban itu.

“Kau tidak perlu risau tentang hal ini, Munsyi.” Kelihatan senyuman manis terukirdi wajah Awang.

“Tapi encik Awang kata manuskrip ini penting!”

“Ya, memang manuskrip ini penting.” Awang mengangguk setuju.

Awang sememangnya tahu bahawa manuskrip ini penting, lalu sejak awal-awallagi dia telah membuat salinan kepada manuskrip ini - lantas menyuruh Abdullah agar

http://nizamzakaria.blogspot.com 194

menyalin salinan yang telah dibuatnya itu. Abdullah nampaknya telah membuat salinankepada sebuah salinan yang telah diubah Awang isi kandungannya.

Terlebih dahulu, Awang sudah sedia maklum bahawa Kira akan melakukan apasahaja untuk mendapatkan manuskrip ini darinya lalu memusnahkan manuskrip ini.

Sejak lima tahun yang lalu, Awang dapat menilik bahawa Kira akan menjadikanAbdullah sebagai tebusan untuk mendapatkan manuskrip ini darinya. Dari apa yangdilihatnya, Abdullah akhirnya akan terkorban di tangan seorang lelaki bernama Komeng.Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, Awang sengaja menguruskan agar salinanmanuskrip ini senang dicuri oleh Komeng, agar Abdullah tidak akan diapa-apakan.Percubaan Awang ini ternyata berjaya, maka terbuktilah kepadanya bahawa apa yangdapat dilihatnya yang berkemungkinan akan berlaku di masa hadapan dapat diubahnyajika dia melakukan sesuatu untuk mengubahnya.

Awang kini yakin bahawa Kira telah pun memusnahkan salinan manuskripVirtuvius yang difikirkannya adalah manuskrip Vitruvius yang asli. Selepas ini, Awangyakin dirinya tidak akan diburu dan diganggu oleh Kira dan konco-konconya lagi.Sekurang-kurangnya kini, dia dapat hidup dengan aman sehinggalah sampai masanyauntuk dia mampu membina sebuah mesin merentas masa seperti masa yang telah ditulisdengan terperinci cara-cara untuk membinanya di dalam manuskrip Vitruvius ini.

Awang terus memandang ke arah Abdullah yang telah menjadi rakan karibnya ituselama hampir suku abad lamanya. Dia cukup puas kerana dia dapat melakukan sesuatuuntuk menyelamatkan nyawanya dari dibunuh dengan kejam oleh Komeng.

Awang mengeluarkan uncang wang dari dalam kocek seluarnya lalu dimasukkanke dalam kocek baju Abdullah. Dia memberitahu kepada Abdullah dia terpaksa pergi.Belum sempat Abdullah ingin mengeluarkan sebarang kata-kata, Awang terusmenghilang entah ke mana.

Awang melangkah ke arah pelabuhan. Di sana dia mencari kapal Perancis L’Aigle yangbaru sahaja berlabuh di pelabuhan Singapura pada waktu itu. Dia perlu berjumpa dengankapten kapal tersebut yang bernama Kapten Curet agar dia dapat menaiki kapal tersebutuntuk ke Paris. Masanya telah tiba untuk dia kembali ke Eropah, fikirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 195

Buku II. Bab 11

Ia telah berlaku. Ia tidak dirancang.Ia datang seperti angin.Ia pergi tanpa mahu diratapi. Ia telah berlaku seperti ini:

Malam itu sama seperti malam-malam yang sebelumnya. Tidak ada perbezaan. Malam itutetap dingin. Cengkerik tetap menyanyikan lagu sepi. Apa yang tidak sama cuma bunyijeritan neneknya.

Rashid yang akan mencecah usia 18 tahun pada tengah malam ini - tanggal bulan Julaitahun 1948. Dia menggaru-ragu rambutnya yang kusut. Dia dapat melihat keadaanneneknya tercungap-cungap menarik nafas. Mata neneknya terbeliak. Neneknya bernamaRohani itu memandang ke satu arah. Ke arah jendela. Matanya tidak berkelip. Seolah-olah dia sedang memerhatikan sesuatu di sana.

“Sudah berapa lama nenek kau berkeadaan begini?” Tok Penghulu yang bernamaHamdan itu bertanya. Wajahnya jelas risau. Dia baru saja tiba ke rumah Rashid.

“Dah tiga hari tok!”jawab Rashid dengan suara yang jelas. Sambil-sambil itu diamemerhatikan perubahan yang jelas pada wajah Hamdan yang berubah risau itu.

“Kenapa kau tak beritahu awal-awal?” Hamdan meraba-raba janggutnya yangsedikit beruban itu.

Rashid tidak mahu mendiamkan diri, kerana dia tahu dia tidak bersalah. Jika diamenjawab cepat-cepat, pasti Tok Penghulu akan menganggapnya kurang ajar. Jadi Rashidsengaja memperlahankan suaranya dan hanya menjawab ketika wajah Hamdan kelihatansedikit tenang:

“Saya tak tahu pada mulanya tok.”

“Macam mana pula kau tak tahu?” tempelak Hamdan. Suaranya keras. Diamenggeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya cuma tahu semalam. Itu pun selepas—“

“Selepas apa?”

“Selepas Nenek saya beritahu saya dalam mimpi... Dia yang beritahu sendiri.”Jawab Rashid. Dia hanya berhenti setelah dia sendiri sedar bahawa kata-katanya itulangsung tak masuk akal.

“Ish! Meremang bulu tengkuk aku mendengarnya!” suara Hamdan perlahan. Diamemastikan supaya hanya Rashid mendengar keluhannya tadi. Dia memandang ke arah

http://nizamzakaria.blogspot.com 196

beberapa pelawat yang datang melawat Rohani yang kelihatan nazak menantikan saat-saatterakhir kehidupannya itu. Tanya Hamdan kemudian:

“Apa yang dia cakap?”

“Katanya, dia telah pun tinggalkan kita.” Mata Rashid redup kelihatannya.Suaranya berat berkata-kata. “Jadi sekarang, dia mahu jasadnya disempurnakan. Itusahaja permintaannya.”

“Entahlah Shed. Dah lama aku kenal nenek kau. Tapi aku tak sangka pula akanjadi begini.” Mata Hamdan berpindah kepada beberapa orang kampung yang telahmemenuhi anjung. Ada di antara mereka sedang tertunduk sambil membaca Yasin.

Cahaya samar-samar dari pelita menerangi wajah tua Hamdan. Dengus nafasRohani semakin kuat didengar, walaupun tubuhnya mula reput. Bau busuk dari tubuhRohani dapat dicium oleh mereka yang berada dekat dengannya.

Suasana pada malam itu agak asing bagi Rashid, lebih-lebih lagi apabila diamendapati bunyi cengkerik kini tiba-tiba sahaja terhenti. Yang kedengaran kini hanyalahdesiran angin dan keluhan neneknya yang kedengarannya seperti menahan sakit.Kadangkala neneknya itu akan menggilai ketawa sendiri sehingga membuat beberapaorang pengunjung terpinga-pinga.

Hamdan kembali memandang ke arah Rashid. Hamdan meluahkan rasasimpatinya kepada Rashid. Mahu sahaja Rashid menegaskan bahawa dia tidakmemerlukan simpatinya. Tetapi kalimah-kalimah ini tidak dapat dia keluarkan.

Hamdan sedar bahawa dia tidak akan dapat melupakan jasa-jasa Rashid danRohani kepada keluarganya. Ketika pihak Jepun datang melewati kampung ini, Rashiddan Rohanilah yang telah banyak menolong keluarganya.

Rashid dan Rohani telah menolong keluarga Hamdan dengan ikhlas. Merekaberdua banyak menolong Hamdan kerana pihak Jepun sering mengganggu keluarganyakerana hubungan rapatnya dengan pihak Pentadbiran British sebelum Jepun datangmenyerang Malaya.

Rashid telah mengingati zaman Jepun sebagai zaman penuh kesusahan, walaupunkampungnya yang terpencil itu tidak begitu terjejas dek penangan tentera Jepun. Padawaktu itu, ada juga dia mendengar berita beberapa orang pemuda dari kampung seberangyang telah dipaksa bekerja mendirikan landasan kereta api di Burma. Ramai di antarapemuda-pemuda ini tidak pulang...

Sebaik sahaja Jepun datang menyerang Malaya, cucu Hamdan, Salmah yangberusia tiga tahun lebih muda dari Rashid itu telah di suruh berlindung di rumah Rohaniyang terletak jauh di pinggir hutan. Pihak Jepun tidak tahu akan lokasi terpencil ini.Malah, tidak ramai orang luar tahu menggunakan jalan denai untuk ke rumah Rohani.

http://nizamzakaria.blogspot.com 197

Apabila Salmah duduk di rumah Rohani, Rashid pula dengan penuh sukarelamengusahakan tanah sawah Hamdan dengan beberapa orang rakannya yang lain,membanting tulang mengerjakan bendang. Mengharapkan hasil tuai di hujung musimuntuk dijadikan bekalan makanan seisi kampung. Jika bukan kerana bantuan Rashid danrakan-rakannya, mungkin ramai penduduk kampung pada waktu itu akan kebuluran.

Ketika mengenangkan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rashid danRohani, Hamdan sering memikirkan bahawa ada baiknya jika cucunya Salmah yang kiniberusia 15 tahun dinikahkan dengan Rashid. Lagipun Hamdan tahu bahawa cucukesayangannya itu amat-amat menyukai Rashid.

Pernah juga sekali Rashid mendengar perbualan neneknya dengan Halimah, isteriTok Penghulu mengenai dirinya. Kata Halimah kepada Rohani:

“Rashid seorang pemuda yang boleh diharapkan. Dia seorang yangbertanggungjawab. Budi pekertinya tinggi. Bersopan dan berhemah. Rashid sendiri sukadengan Salmah. Kalau si Rashid itu kita kahwinkan dengan si Salmah tu nanti, pastimereka akan dapat anak yang comel-comel. Kerana Rashid tu datang dari baka yang baik.Orangnya gagah, tidak kekok melakukan kerja-kerja kampung yang berat-berat, walaupundi dalam usianya yang masih muda. Wajahnya kacak. Berdarah Siam di sebelah bapanya.Bukan begitu, Rohani?”

Rohani hanya mengiakan sambil tersenyum. Dia sendiri tahu bahawa Rashidmemang sudah lama menggilai Salmah, walaupun Rashid tidak pernah mendedahkantentang perkara ini kepada dia atau kepada sesiapapun!

“Petang tadi aku dengar, Pawang Ali dari Kampung Memali datang ke sini.” KataHamdan dengan perlahan. Rashid tersentak dari lamunan kosongnya. Rashid sedangberfikir tentang perkara-perkara yang telah berlaku sejak beberapa hari yang lalu.

Mata Rashid meleret ke wajah Hamdan yang sedang menunggu jawapan darinya.

“Betul tok.” Jawab Rashid akhirnya dengan suara yang lirih.

“Apa yang dia beritahu kau? Dan kenapa dia tak ada di sini sekarang?”

“Dia kata tak banyak dia boleh tolong. Penunggu yang ada dalam badan tokterlalu kuat. Dia tak boleh lawan.” Rashid melemparkan kata-katanya satu persatu denganperlahan agar hanya Hamdan sahaja yang mendengar bicara antara mereka. Rashid takmahu penduduk-penduduk kampung memandang serong terhadap diri neneknya. SetahuRashid, neneknya itu dihormati oleh penduduk kampung setelah lama beliau berkhidmatsebagai bidan kampung. Rashid tidak mahu perkara yang menimpa diri neneknya itu akanmembuatkan penduduk kampung melupakan jasanya lantas hanya memikirkan yangburuk-buruk sahaja tentang dirinya.

Pada malam itu, kadangkala mata Rashid melilau memandang kepada beberapaorang penduduk kampung yang datang menziarahi neneknya setelah dia memberitahu

http://nizamzakaria.blogspot.com 198

kepada imam masjid ketika bersembahyang Jumaat di surau tadi tentang keadaanneneknya yang nazak. Penduduk kampung mungkin telah tahu tentang keadaan sebenarneneknya sekarang. Mungkin tidak. Rashid sendiri kurang pasti. Apa yang pasti, ada diantara mereka yang jelas kelihatan takut-takut, seolah menjauhkan diri mereka darisebarang badi yang mungkin akan menimpa.

“Jadi kalau Pawang Ali tak boleh tolong, apa lagi yang kita boleh buat?” Hamdanmengeluh sambil memegang bahu Rashid. Dahinya terkerut seribu. Seperti Rashid,Hamdan tak mungkin akan dapat melupakan keadaan Rohani yang telah dilihatnya tadi.Tubuh Rohani sudah mula kembung dan busuk, tetapi dia masih boleh meracau-racauseolah-olah masih hidup. “Tak kan kita nak biarkan nenek kau macam ni? Sampai bila?”

“Pawang Ali dah berjanji akan datang pada malam ini. Dia kata dia nak bawakbomoh besar yang dikenalinya. Jadi, petang tadi dia balik ke rumah untuk memanggilnya.Malam ni, kalau tak ada aral melintang, dia akan datang. Insyaallah.” Rashid bersuarayakin, wajahnya ditegur bayang kelam Hamdan.

Hamdan kenal benar dengan Pawang Ali. Dia tahu bahawa Pawang Alimempunyai ilmu kebatinan yang tinggi. Ramai yang terkena sakit-sakit yang datangberubat dengannya akan dapat diubatinya. Pawang Ali juga terkenal dengan kebolehannyamengubat orang yang kena sampuk dek jembalang dan hantu. Tapi kali ini dia tidakmampu menolong Rohani. Pawang Ali beralah kepada keadaan. Dan perkara inisemestinya telah mengundang rasa gentar di dalam jiwa Hamdan.

“Bagaimana kalau kawannya tidak boleh mengubati Rohani” tanya Hamdan didalam hati dengan penuh bimbang. Dia adalah penghulu kampungnya ini, dia perlumencari jalan untuk mengatasi masalah yang menimpa kampungnya ini.

Keadaan menjadi bening buat seketika. Bunyi derap langkah boleh di dengar didalam gelap. Rashid merenung ke luar. Rashid dapat melihat dua batang obor sedangdibawa oleh dua lembaga yang bergerak semakin hampir ke rumahnya. Keadaan yangberkabus agak sukar untuknya meneka siapa yang datang.

“Assalamualaikum!” kedengaran suara Pawang Ali dan temannya memberi salam.Semua yang ada di dalam rumah menjawab salam dengan suara yang sugul.

Hamdan dan Rashid cepat-cepat keluar untuk mendapatkan Pawang Ali.

“Waalaikumsalam!” Hamdan menyambut ketibaan Pawang Ali denganbersalaman dengannya. Hamdan kemudian menoleh ke arah lelaki yang sedang berdiri disebelah Pawang Ali. Hamdan mendapati lelaki tersebut bertubuh tinggi dan sasa.Wajahnya garang bak pendekar. Kulitnya cerah. Mungkin terlalu cerah sehingga tampaksedikit pucat. Orangnya masih muda. Mungkin di dalam lingkungan awal 20-an – tidakjauh bezanya dengan umur Rashid. Hamdan mengeluh kecewa. Mungkin rakan PawangAli tidak dapat datang untuk membantunya kali ini, fikirnya di dalam hati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 199

“Ini dia tuan Damak yang pakcik panggil membantu kita menyelesaikan masalahkita ni.” Suara Pawang Ali tebal dengan kesungguhan apabila Rashid datang bersalamdengannya.

“Panggil sahaja aku Damak. Tak payah bertuan-tuan denganku.” Katanya kepadaRashid tanpa memandang kepadanya. Mata Damak lebih tertumpu ke arah bilik Rohani.

Wajah Hamdan ketika itu berubah cepat. Hamdan mendapati, lelaki yang dibawapawang Ali bukan seperti yang dijangkakannya. Kerana sebelum ini, Hamdanterbayangkan kelibat seorang bomoh yang sudah agak berusia orangnya. Pada waktu itu,perasaan kurang yakin dengan lelaki yang dibawa oleh Pawang Ali mula berputik di jiwaHamdan. Apa tidaknya, Damak nampak agak bergaya juga, seperti seorang Melayu kotalagaknya. Pakaiannya nampak cantik. Rambutnya tersikat rapi. Dia nampak seperti orangkerajaan yang berduit. Tidak seperti kebanyakan orang kampung...

Rashid teragak-agak bersalaman dengan Damak. Pada saat itu, Rashidmengalihkan pandangan matanya terus kepada Damak. Rashid mendapati mata Damaktajam merenung ke dalam dirinya, seolah-olah dia dapat membaca isi hatinya. Rashidberpaling ke arah lain. Rashid takut melihat renungan tajam mata Damak.

Pawang Ali dan Damak masuk ke dalam rumah ditemani oleh Hamdan. Hamdanmemperkenalkan Damak kepada orang-orang kampung. Mereka memerhatikan Damakdengan penuh minat. Mereka tidak mengenali Damak, tetapi dari apa yang dinyatakanoleh Pawang Ali, timbul pula rasa hormat mereka kepada Damak.

“Damak mungkin muda, tapi ilmu kebatinannya tinggi!” itulah yang telah disebutoleh Pawang Ali. Tetapi Damak cepat-cepat memintas dengan mengatakan bahawa diahanya manusia biasa. Dia dapat membantu pun dengan izin Allah juga.

“Saya sekadar berusaha melakukan apa yang patut, yang lain semuanya terletak ditangan tuhan.” Kata Damak dengan perlahan kepada Hamdan.

Rashid lihat Pawang Ali terus membawa Damak masuk ke dalam bilik neneknya.Pawang Ali ternyata mahu cepat-cepat menyelesaikan pekerjaan yangdipertanggungjawabkan kepadanya sekarang. Sebaik sahaja Damak melangkah masuk kedalam bilik, dia terus meminta dengan sopan agar kawan-kawan perempuan Rohani yangsedang membaca surah Yasin supaya keluar dari biliknya itu. Sebaik sahaja merekasemua keluar, Damak terus menutup pintu bilik dengan rapat.

Sebaik sahaja Damak dibawa masuk ke dalam bilik tadi, erangan Rohani terusterhenti. Entah apa sahaja yang telah Pawang Ali dan Damak lakukan sehingga merekadapat memberhentikan erangan Rohani yang tidak henti-henti sejak tadi. Orang-orangkampung yang sedang berkumpul di luar hanya mampu diam. Kalau boleh, mereka mahumelihat apa yang dilakukan oleh mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidakmembenarkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 200

Hamdan kemudian menggaru-garu kepalanya apabila dia dapat mendengar Rohanikini merintih pula. Dia risau. Kepalanya buntu. Kalau boleh, dia tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku di kampungnya. Dia tahu, sampai bila-bila pun orang akanbercerita tentang perkara ini. Dan seperti cerita-cerita yang menjadi buah mulut orang, isiceritanya akan berubah setelah ia ditokok tambah. Dia tak mahu pula nanti, orang akanmengatakan bahawa Rohani ada menyimpan hantu.

Rintihan Rohani tiba-tiba sahaja terhenti. Hamdan menarik nafas lega. PawangAli pula membuka pintu. Wajahnya nampak risau.

“Panggil cucunya!” getus Pawang Ali kepada Hamdan yang sedang menunggu diluar bilik Rohani.

Hamdan berjalan keluar ke arah anjung rumah untuk mendapatkan Rashid.Tatkala itu, Rashid sedang menghisap rokok daun yang telah diberikan kepadanya olehPak Hadi mudin yang datang melawat pada malam itu.

“Shed, kau diperlukan di dalam.” Hamdan menyergah Rashid dengan menepukbahunya. Rashid menoleh. Dibuangnya putung rokok yang dihisapnya jauh-jauh. Rashidmasuk ke dalam rumah sambil berjalan tertunduk, kerana ramai penduduk kampung yangberkumpul di dalam rumah ketika itu.

Rashid masuk ke dalam bilik neneknya. Beberapa orang penduduk kampung cubamelihat apa yang sedang berlaku di dalam bilik dengan menjeling dan menjengah.Pawang Ali cepat-cepat menutup pintu.

Di dalam bilik, Rashid dapat melihat neneknya sedang terbaring kaku. Wajahneneknya itu tenang. Rashid mengalihkan pandangan kepada Damak yang sedang dudukdi hujung kaki neneknya. Damak sedang memicit ibu jari kaki neneknya dengan ladahitam. Mulutnya pula terkumat-kamit membaca sesuatu.

“Apa yang telah berlaku pakcik?” tanya Rashid tiba-tiba kepada Pawang Ali,memecahkan kesunyian yang ada. Matanya kemudian terpaku kepada beberapa perkakasyang dibawa oleh Pawang Ali yang telah diletakkan di atas lantai di sebelah Rohani. Bauasap kemenyan menusuk ke dalam hidungnya.

“Kami perlukan pertolongan kau!” jawab Pawang Ali. Dia duduk bersila. Diamengambil memotong sebiji limau nipis, lalu isinya diperah ke dalam sebiji mangkukberisi air.

“Pertolongan apa pakcik?” tanya Rashid dengan dahinya terkerut.

“Kau kena beritahu kepadanya bahawa kerjanya dah selesai dengan nenek kau!”

“Dia tu, siapa pakcik?”

“Jadi kau tak tahu lagi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 201

“Tahu apa pakcik?” buat seketika, pandangan Rashid bertukar ke Damak, yangdilihatnya sedang duduk dengan matanya tertutup dan mulutnya terkumat-kamit.

“Tentang penunggu nenek kau—“

“Tidak.” Jawab Rashid pendek, walaupun dia tahu apa yang cuba diperkatakanoleh Pawang Ali kepadanya.

Rashid sebenarnya pernah terlihat akan penunggu yang dijaga oleh neneknya itu.Perkara ini hanya berlaku ketika Rashid kecil dahulu. Rashid dapat melihat jelmaanlembaga tersebut ketika dia memandang ke dalam cermin. Ia akan berjalan sepintas laludi belakangnya, ia seolah-olah tidak mahu kewujudan dirinya diketahui. Ia bergerakseperti bayangan putih di hujung mata. Rashid tidak pernah dapat melihat wajah lembagatersebut walau sudah berkali-kali lembaga tersebut melintas di belakangnya.

Rashid pernah bertanyakan kepada arwah ibunya tentang kewujudan lembaga ini.Kata ibunya, ia merupakan sahabat kepada nenek. Ibunya juga telah memberitahu bahawadia sendiri pernah melihat apa yang dapat dilihatnya, tetapi lama kelamaan jelmaan ituhilang setelah dia meningkat dewasa.

Perkara yang sama berlaku kepada Rashid. Tetapi setelah Rashid meningkatdewasa, Rashid tidak lagi dapat melihat lembaga tersebut. Malah, Rashid telah pun lupaakan kewujudan ‘sahabat’ kepada nenek itu.

“Dia perlu kau bebaskan...” Pawang Ali melepaskan nafasnya dengan perlahan.

“Siapa pakcik?”

“Penunggu nenek kau tu.”

Rashid menelan air liur, walaupun tekaknya terasa kering. Banyak perkara yangsedang difikirkannya pada waktu itu. Antaranya adalah kemahuannya untuk mengakhirimimpi ngeri ini. Seboleh-boleh Rashid mahu melihat jasad neneknya disemadikansecepat mungkin.

“Apa yang patut saya lakukan?” Tanya Rashid bersungguh-sungguh.

“Tutup mata kau. Jangan fikirkan apa-apa. Jika apa-apa berlaku, Damak ada untukmenjaga kau. Jadi kau tak perlu takut. Dia ada.” Pawang Ali berpaling perlahan ke arahDamak.

“Saya tak takut—“

“Kau akan takut... Percayalah.” Pawang Ali cepat-cepat memintas. Tangannyayang kasar itu dilekapkan ke mata Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 202

Mata Rashid terus tertutup. Dia rasa mengantuk. Sebenarnya Rashid kepenatan.Sudah tiga hari berturut-turut Rashid tidak tidur. Dia merasa terlalu lesu. Inilah kalipertama Rashid berpeluang untuk menutup matanya. Sebaik sahaja matanya ditutup,Rashid terus rasa khayal. Tubuhnya terasa ringan. Kepalanya pula terasa kosong dantenang.

“Bangun!” suara keras itu mengejutkan Rashid dari lamunannya. Rashidmembuka mata. Rashid mendapati Damak menghulurkan tangan kepadanya.

Rashid memegang tangan Damak. Rashid cepat-cepat bangun dari keadaan duduk.Rashid berdiri bertentangan dengan Damak.

“Mana Pawang Ali?” Rashid bertanya kepada Damak. Di dalam pada itu, Rashidmula sedar bahawa keadaan di sekelilingnya lain dari sebelumnya. Rashid tidak lagi dapatmendengar suara orang-orang kampung membaca surah Yasin di ruang tamu rumahnya.

“Dia tak ada bersama kita.” Jawab Damak. Dia menggaru-garu dagunya yangberjanggut lebat tetapi telah dipotong pendek itu.

“Tapi tadi dia ada di sebelah saya—“

“Siapa nama kau?”

“Nama saya Rashid, bang.”

“Dia mahu bertemu dengan kau, Rashid.”

“Siapa?”

“Buat masa ini, namanya tidak perlu kau tahu.” Beritahu Damak dengan suarayang tegas. “Apa yang perlu kau tahu adalah dia tidak bertuan. Dia mahu kau menjadituannya... Tapi sesuatu telah berlaku sehingga dia tidak dapat menjadikan kau sebagaituan barunya. Jadi walau dengan cara apa sekalipun dia cuba, dia masih tak bolehberhubungan dengan kau. Dia harus melakukan perkara ini malam ini juga.” Damakmemerhatikan sekujur tubuh Rohani yang terbaring di atas lantai bilik tidurnya. Damakmenggeleng perlahan. “Nenek kau banyak tolong orang kampung... Keturunan kausendiri dah banyak berjasa dengan orang-orang di sini. Tapi mereka lakukan ini semuadengan pertolongan sahabatnya ini—“

“Saya tak tahu bagaimana untuk menolong.” Kata Rashid dengan suara gugup.Nafasnya turun naik dengan cepat. Penjelasan Damak membuat bulu romanya meremangnaik.

Rashid mula sedar beberapa minit lagi ini usianya tepat 18 tahun. Adakah semuaini berkaitan dengan apa yang berlaku kepadanya sekarang?

“Kau perlu beritahu kepadaku jika kau ada menemui sesiapa sebelum nenekmu inijatuh sakit.” tanya Damak satu persatu agar kata-katanya dapat difahami oleh Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 203

“Rasanya ada... Sebelum nenek jatuh sakit ada seorang lelaki yang memakaipakaian serba hitam yang datang menemui saya. Saya bertemu dengannya di tengah jalanselepas saya berlatih belajar silat di rumah Pak Hamid. Pada waktu itu, bulan tak penuhdan suasana malam pula gelap, jadi saya tak dapat pastikan rupanya macam mana—“

“Ada dia berikan kepada kau apa-apa barang?”

“Err...”

“Apa yang diberikan kepada kau?” Damak menyoal sambil mendekati Rashid.Dia memerhatikan seutas rantai yang sedang dipakai Rashid. Dia mengeluarkan rantai ituagar dia dapat melihatnya dengan jelas. “Ini apa? Siapa yang berikan kau rantaibertangkal ini?”

“Dia yang hadiahkan kepada saya. Dia kata tangkal ini dapat membantu saya jadikebal!” Rashid memegang tangkal tersebut yang sedang dipakai di lehernya.

“Beri aku tangkal yang kau pakai ini sekarang!” wajah Damak nampak bengisketika mengeluarkan perintah. Rashid tidak boleh buat apa-apa lagi, kecuali mengikutkemahuannya itu. Tangkal yang dipakai Rashid di keluarkan lalu diberikan kepadaDamak.

Damak mengambil loket yang diperbuat daripada logam itu dari Rashid. Diamemulas loket tersebut sehingga terkeluar isinya. Di dalam loket itu tersimpan sebijikapsul berkelip-kelip dengan denyutan cahaya merah.

“Awang!” getus Damak kepada dirinya. Dia yakin lelaki yang telah berjumpadengan Rashid beberapa hari yang lepas adalah Awang.

“Kau sepatutnya menjadi tuan kepada sahabat nenekmu ini mulai malam ini.Tetapi sejak beberapa hari yang lepas, tangkal ini telah memerangkapnya. Selepas tengahmalam ini, jika kau tidak mengambilnya sebagai sahabat kau, dia tidak akan bertuanlagi.”

“Jadi apa yang akan jadi kepadanya jika saya tidak mengambilnya menjadisahabat saya?”

“Aku rasa ada orang lain yang mahu mengambilnya jauh dari sini.”

“Jadi apa yang perlu saya lakukannya sekarang?”

“Buat masa ini, kau ambil dia menjadi sahabatmu.” Damak menasihati. Dia harusmenyiasat hal ini dengan lebih mendalam lagi. Dia yakin jika benarlah ini kerja Awang,dia pasti akan dapat bersemuka dengan Awang sekali lagi.

“Tapi saya takut!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 204

“Apa yang kau takutkan? Kau sepatutnya hanya takut kepada Tuhan!”

“Saya tidak biasa dengan benda ini semua!”

“Dengar Rashid...Sahabat nenek mu ini tidak berniat jahat. Ia telah ditugaskanuntuk menjadi sahabatmu.” Ujar Damak sambil memegang kedua belah bahu Rashiddengan erat. Rashid mengangguk faham. Lega sikit rasanya apabila dia diberi penjelasansebegini oleh Damak.

“Jadi di mana dia sekarang?”

“Dia ada di belakang sana.” Damak menjawab perlahan.

Dengan ragu-ragu Rashid menoleh. Apabila Rashid menoleh, dia mendapatisecara tiba-tiba dirinya kini berada di dalam sebuah bilik kosong serba putih. Rashidterkejut apabila dia dapat melihat lembaga neneknya sedang menghadap ke arah dinding.

“Tok...” Rashid memanggil Rohani dengan perlahan. Rashid merindukannya.Sejak Rashid menjadi anak yatim, hanya Rohani sahajalah tempat Rashid mengadunasibnya dan tempat untuk Rashid bermanja.

Tetapi Rohani tidak menjawab panggilannya tadi.

“Itu bukan nenek kau. Itu lah sahabatnya.” Beritahu Damak dengan bersahaja.“Dia tidak boleh mendekati kau selagi tangkal ini tidak aku musnahkan.”

“Jadi apa saya kena buat sekarang?” Rashid berjalan beberapa tapak ke belakanguntuk mendekatkan dirinya kepada Damak. Rasa takutnya itu semakin menjadi-jadi.

“Beritahu kepadanya kau adalah tuan barunya. Beritahunya dengan baik. Kitaakhiri benda ni dengan cara baik...” Damak menepuk bahu Rashid seolah mahu memberisemangat kepadanya. Dalam pada itu, Damak memecahkan kapsul yang tersimpan didalam loket dipakai Rashid tadi.

Wajah Rashid jelas nampak gementar. Rashid menggigil ketakutan. Dia rasaterperangkap. Di dalam seumur hidupnya, tidak pernah dia merasa takut seperti yangdialaminya pada waktu itu.

“Kau tak perlu takut. Dia tak akan apa-apakan kau. Tugasnya hanya untukmelindungi kau!” kalimah-kalimah Damak langsung tidak dapat meredakan rasatakutnya.

Rashid memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan sahabat neneknya. KataRashid kepadanya:

“Aku bersedia menerima kau sebagai sahabat baruku.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 205

Lembaga itu mengangguk mengerti.

“Kau dengar apa dia cakap tadi?” Damak bersuara lantang. “Tuan barumu telahbersuara! Kau akan menjadi sahabatnya mulai hari ini!”

Lembaga itu mengangguk lagi. Mengerti.

“Kita akan tinggalkan tempat ini.” Jelas Damak kepada Rashid. Damakmemandang jauh ke dalam matanya. “Kerja kau dah selesai. Kita akan tinggalkan tempatini.”

Rashid melepaskan nafas lega.

“Walau apa pun berlaku selepas ini, jangan toleh ke belakang!” Damak memberiamaran kepada Rashid.

Rashid tidak menjawab. Dia melihat bilik serba putih itu kini menjadi gelap.Dinding di hadapannya pula bergerak menjadi sebuah lorong yang panjang. Damakmelangkah berjalan ke hadapan, melalui lorong yang tiada penghujung ini. Rashidberjalan mengekorinya. Rashid tidak mahu berada terlalu jauh darinya.

Keadaan pada waktu itu terlalu senyap rasanya. Rashid menarik nafasnya dalam-dalam. Rashid memberhentikan langkahnya. Perasaannya sedikit terganggu. Entahmengapa, Rashid tidak dapat mengawal dirinya dari perasaan ingin tahu, lalu dia menolehke belakang.

Rashid menoleh. Apa yang dapat dilihatnya adalah sesuatu yang menakutkan.Lembaga tersebut yang dilihatnya kini bukan lagi mempunyai rupa seperti neneknya,tetapi apa yang mengambil tempatnya adalah satu lembaga bertubuh besar dengan tubuhyang bersisik dan mempunyai kepala seperti serangga.

Lembaga itu terus memandang ke arah Rahsid. Ia mengeluarkan lidah yangpanjang. Menjelir.

“Rashid, aku laparrrr!” sebutnya dengan suaranya yang kasar dan bernada rendah.Ia bergerak cuba mendapatkan Rashid.

Rashid terlalu takut sehingga dia terasa sukar untuk bergerak. Tubuhnya tiba-tibasahaja terasa kaku. Kakinya seakan tertanam ke lantai.

Lembaga tersebut kini sedang berdiri betul-betul di hadapan Rashid. Wajahnyacukup-cukup menakutkan. Kepalanya itu kini berada terlalu dekat kepada Rashid Iaseolah-olah mahu membaham taringnya yang tajam itu ke tengkuk Rashid, atau sekurang-kurangnya itulah yang difikirkannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 206

Rashid dapat melihat keadaannya yang menakutkan itu dengan jelas. Kulitwajahnya menggerutu. Lidahnya yang terjelir dan berlendir itu menjilat ke lehernya.Lidahnya terasa kesat seperti kertas pasir.

Rashid mahu menjerit sekuat hati meminta tolong, tetapi suaranya tidak dapatdikeluarkannya. Rashid memandang kembali ke hadapan. Rashid dapati Damak hilangdari pandangan.

Tatkala itu Rashid rasa terlalu takut sehingga dunianya berubah gelap secara tiba-tiba...

*

Rashid dapat merasakan namanya dipanggil berkali-kali. Kemudian pipinya ditepuk-tepuk. Sukar benar Rashid membuka mata. Terasa terlalu berat rasanya. Rashidmerasakan seperti dia sedang berada di antara dua alam. Rashid tak tahu sama ada diabermimpi atau sebaliknya.

“Bangun Rashid, nenek kau akan disembahyangkan ni!” ucap suara yang sedangmenepuk pipinya. Rashid merasa keliru. Dia kurang mengenali suara yang didengarinyatadi.

Rashid menggosok matanya. Damak mengambil air dari sebiji mangkuk penuhdiisi bunga lalu direnjiskan air ke muka Rashid sehingga dia merasa segar dengan tiba-tiba.

“Apa yang telah berlaku, bang?” tanya Rashid kekeliruan.

“Kau tertidur. Kau tak cukup tidur.” Jawab Damak bersahaja.

“Bukan itu maksud saya... Maksud saya tadi.”

Damak tidak menjawab dengan serta-merta. Dia menyilangkan tangannya.

“Silap kau juga. Dah aku katakan jangan toleh ke belakang. Tapi kau degil!”

“Maafkan saya bang. Tapi saya tak boleh kawal diri saya.”

“Kau tak boleh kawal nafsu kau tu. Bukannya apa.”

“Jadi apa yang berlaku selepas itu?” tanya Rashid lagi ingin tahu.

“Tak ada apa-apa yang berlaku. Kau tak sedarkan diri.”

Rashid memerhatikan keadaan dirinya yang sedang terbaring di dalam biliknya.Dia tak tahu berapa lama dia telah tertidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 207

“Bagaimana dengan keadaan nenek saya?” Rashid duduk dari keadaan baringnya.Apabila dia memasang telinganya, dia dapat mendengar suara sekumpulan wanitamembaca surah Yasin yang datang dari bilik neneknya.

“Mayat nenek kau telah pun dikapankan. Sekejap nanti mayatnya akandisembahyangkan. Sebab itulah aku kejutkan kau.”

Rashid mengeluh. Lega jiwanya sekarang.

“Pergi ambil wuduk. Mereka sedang menunggu kau sedar sebenarnya. Ya lah,tinggal kau sahaja warisnya yang terdekat.” Damak menyarankan.

Rashid mengangguk perlahan. Rashid bangun lalu terus ke belakang rumah untukmengambil wuduk.

Rashid mendapati, ramai juga orang yang datang menziarahi pengebumianneneknya. Nasib baiklah rumah yang telah dibina oleh arwah datuk ini luas. Kalau tidak,mungkin ramai yang datang terpaksa duduk di luar.

Rashid termenung memandang ke arah mereka yang datang memenuhi ruangtamu. Mereka yang datang duduk bersesak-sesak-sesak sementara menunggukan saatuntuk mayat Rohani disembahyangkan.

Satu ketika dahulu, suami Rohani adalah seorang bomoh terkenal di mukim ini.Ramai orang yang sanggup meredah denai semata-mata untuk berjumpa dengannya.Mereka yang datang pula, bukan calang-calang orang. Orang-orang besar dari Malaya,termasuklah tauke-tauke besar sejauh Ipoh ada yang dapat menemuinya untuk berubat.Rezeki datuk datang mencurah-curah. Daripada rezeki yang diterimanya itulah dia telahmembina sebuah rumah yang agak besar untuk diri dan keluarganya.

Rashid mengeluh sendiri. Dia dapat merasakan kekosongan rumah yangdidiaminya ini. Rasa kekosongan ini bermula semenjak kematian bapanya di Singapuraketika Jepun menyerang Malaya. Bapa Rashid adalah seorang pegawai tentera dari KorAskar Melayu. Pada ketika itu bapanya telah ditugaskan dalam Kompeni C BatalionPertama Askar Melayu yang berpangkalan di Jurong yang ditugaskan untukmempertahankan Singapura. Ibunya pula telah meninggal dunia beberapa bulan selepaskematian bapanya tatkala melahirkan adiknya. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga,lagaknya. Rashid menjadi anak yatim piatu. Rashid dijaga oleh nenek sehinggalahkeadaan nenek sering sakit-sakit. Rashid pula menjaganya selepas itu...

Kini neneknya tiada lagi. Rashid sudah tidak ada lagi tempat untuk bergantung.

Rashid memandang ke arah langit yang kelihatan gelap. Tak lama lagi hujan akanturun. Guruh sudah mula berdentum. Tanah di atas kubur nenek mula ditimbus perlahan-lahan. Tok imam pun sudah membaca doa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 208

Wajah Rashid sugul. Beberapa orang kampung yang datang kepadanya lalumenghulurkan sedikit wang kepadanya sebagai sedekah. Rashid menerima wangpemberian mereka lalu dimasukkan ke dalam kocek baju Melayunya.

Mata Rashid terpandang kepada Salmah, anak bongsu Tok Penghulu. Salmahsedang berdiri di sebelah ibunya sambil tertunduk malu, lebih-lebih lagi apabila Rashidmemandang ke arahnya. Rashid tahu bahawa Salmah telah memerhatikannya dari jauhsejak tadi. Rashid tahu bahawa Salmah amat menyukainya Berpuluh-puluh keping surattelah Salmah berikan kepada Rashid melalui neneknya. Tetapi jarang Rashidmembalasnya.

Rashid sebenarnya suka menulis. Dia pernah ke sekolah Melayu sehingga kedarjah enam. Tetapi Rashid jarang mempunyai masa untuk membalas surat dari Salmahkerana dia terlalu sibuk mengusahakan sawah kecil di belakang rumah neneknya. Kinitanah bendang itu telah terbiar kerana Rashid terpaksa menjaga nenek yang sering sahajasakit. Rashid juga lebih banyak menghabiskan masanya meredah hutan mencari akar kayuyang diminta oleh neneknya itu untuk dijadikan ubat.

Rashid mengeluh lesu. Sekali lagi Rashid dapat melihat Salmah menjeling kearahnya. Salmah pernah memberitahu kepada Rashid bahawa hatinya itu hanyakepadanya. Dia sayang kepada Rashid. Tidak ada lelaki lain di dalam dunia ini yangdifikirkan Salah lebih sesuai untuk dijadikan suami selain dari Rashid. Itulah yang seringdiberitahunya kepada Rashid.

“Bersabarlah Shed.” Hamdan bersuara, membuka lembaran bicara. Rintik-rintikhujan mula turun membasahi bumi.

Rashid mengangguk lesu. Fikirannya sebenarnya buntu. Rashid tidak mahuberfikir jauh-jauh tentang masa depannya hidup sebatang kara.

“Hari dah nak hujan Shed... Baik kau balik dulu.” Hamdan menyarankan. Rashidtidak menjawab.

“Abang, ini ikhlas dari saya.” Rashid mengeluarkan wang sebanyak lima ringgitdari kocek baju Melayunya, lalu diserahkan kepada Damak yang sedari tadi berdiri dibelakangnya.

“Tak apa, kau simpanlah duit tu. aku tolong kau dengan ikhlas.” Damak tunduk,mengambil sekepal tanah lalu dicampakkan ke atas kubur Rosnah. “Lagipun kau lebihmemerlukan wang tu dari aku.”

“Abang hendak ke mana selepas ini?” Rashid menyapu mukanya yang sedikitbasah terkena percikan hujan renyai-renyai.

“Aku ingat nak keluar dari mukim ini.”

“Bila bang?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 209

“Sebentar lagi.”

“Nampak macam nak berlaku ribut.” Rashid memandang ke langit yang gelapdengan awan hitam berkepul-kepul.

Damak menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dilepaskannya perlahan. Diatermenung sebentar seolah sedang memikirkan sesuatu.

“Sekejap nanti hujan akan lebat... Mungkin sampai ke malam nanti,” kata Damakkemudian dari penelitiannya sendiri.

“Kalau macam tu, abang duduk sahaja rumah saya,” kata Rashid sambilmemegang lengan Damak yang padu itu. Damak mengangguk tanda setuju.

Mereka berdua berjalan bersama menggunakan jalan denai untuk kembali kerumah. Rashid tidak banyak bercakap. Begitu juga Damak. Rashid hanya bersuara ketikamereka berdua sampai ke rumah.

“Rumah ni sunyi rasanya bila tok dah tak ada.” Ucap Rashid memecahkankebuntuan di dalam fikirannya. Rashid mempersilakan Damak duduk di ruang tamu. BajuDamak basah terkena hujan. Damak membuka bajunya dengan penuh bersahaja, lantasmenampakkan tubuhnya yang kekar itu.

Rashid masuk ke dalam bilik. Rashid mengeluarkan kain tuala, dan sehelai kainpelekat lalu diserahkan kepada Damak.

Rashid mengambil baju basah dari tangan Damak. Rashid terus ke dapur,menyediakan air teh dan menggantung baju Damak yang basah itu di dapur.

“Kau patut salin pakaian kau yang basah tu. Kalau tidak demam kau nanti.”Damak memberi nasihat. Dia menghirup teh panas yang telah disediakan Rashid.

“Tak apa bang, saya dah biasa. Lagipun kalau kita kena buat kerja-kerja kampungni, biasalah kalau terpaksa bermandi hujan macam ni.” Rashid menggosok-gosokrambutnya yang ikal serta tebal itu. Rashid dapati rambutnya basah. Rashid masuk kedalam bilik buat seketika sebelum dia keluar memakai persalinan yang baru.

Apabila Rashid keluar, dia mendapati Damak sedang bersandar di atas kerusi.Damak terlelap tidur. Rashid duduk di hadapan Damak, memerhatikan mukanya dalam-dalam ketika dia sedang tidur. Rashid tahu bahawa Damak kepenatan.

Rashid memandang jauh ke dalam wajah tenang Damak tatkala dia sedangnyenyak tidur. Ada sesuatu yang ingin Rashid nyatakan kepada Damak. Tetapiperasaannya masih ragu-ragu dan takut...

*

http://nizamzakaria.blogspot.com 210

Pada malam itu Rashid dan Damak bersembahyang bersama-sama di surau. Upacaratahlil untuk neneknya juga diadakan di sana. Kemudian, apabila upacara tahlil selesai,mereka berdua pulang ke rumah.

Di dalam perjalanan, Damak bertanya kepada Rashid tentang cita-citanya. Rashidmenjawab soalannya itu dengan penuh bersungguh-sungguh:

“Saya mahu jadi askar macam bapa saya!”

“Tetapi kenapa kau tak jadi askar saja. Kau dah cukup umur... Kalau tak salahaku, kau baru sahaja berumur 18 tahun, bukan?” tanya Damak. Jamung yang dibawanyaterbakar dengan terang.

“Ya... Saya lahir pada tahun 1930. Semasa saya dilahirkan, umur arwah bapa sayabaru sahaja masuk 17 tahun—“

“Masa itu umur-umur macam kau ni ada orang dah ada anak sampai dua tigaorang... Sekarang dah lain keadaannya.” Pintas Damak.

“Itulah... Sekarang saya ni boleh dikira sebagai bujang terlajak!” seloroh Rashidsambil ketawa sendiri. Itulah kali pertama Damak melihat Rashid ketawa, setelah sekianlama dia berkeadaan murung. Mungkin kerana hatinya masih sedih mengenangkanpemergian neneknya yang amat-amat dikasihinya.

Memang pada mulanya Damak menganggap Rashid ini pemalu serta pendiamorangnya. Itu dari pandangan awalnya. Tetapi lama kelamaan, dia mula sedar bahawaRashid hanya bersifat demikian dengan orang-orang yang kurang Rashid kenali. Jadidengan cepat, Damak terus merasa selesa dengannya.

“Kenapa kau tak terus jadi askar sahaja?” Damak kembali mengulangi soalannyayang tadinya terbantut tidak terjawab oleh Rashid.

“Saya kena jaga nenek saya bang. Dia dah tua. Saya sahaja waris yang dia ada.”Itulah sebab yang diberikan oleh Rashid. Kemudian dia kembali diam. Lantasmembiarkan bunyi cengkerik menyanyikan lagu malam.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai ke rumah dengan selamat, Rashid terusmenghidupkan lampu pelita. Rashid duduk di atas anjung bersama Damak. Rashidmembawa perkakas untuk menggulung putung rokok daun.

Rashid menggulung rokok daun dari daun jagung yang telah diletakkan tembakaudi tengah-tengahnya. Daun rokok itu digulungnya dengan cermat sebelum Rashidmenyerahkan rokok daun yang telah digulungnya itu kepada Damak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 211

“Terima kasih,” kata Damak sambil tersenyum. Rashid kemudian mengambilkotak mancis cap kuda terbang yang ada di atas lantai anjung, lalu dia menyalakansebatang mancis untuk membakar rokok daun yang mahu dihisap Damak.

Damak menyedut putung rokok yang telah dinyalakan dengan bantuan Rashid itudalam-dalam. Kemudian dia menghembuskan asap yang berkepul-kepul ke tepi.

“Apa yang kau nak buat selepas ini?” tanya Damak. Matanya terus kepada Rashid.

“Maksud abang?”

“Apa yang kau mahu lakukan selepas ini... Nenek kau dah tiada lagi. Kau puladuduk bujang.”

“Saya ingat—“

“Kau nak masuk askar?”

“Itu yang saya fikir-fikirkan bang... Memang dah lama saya bercita-cita nakmasuk askar. Memang dah jadi kemahuan saya sejak kecik lagi bang.”

“Baguslah macam tu. Darah pahlawan mengalir pekat dalam diri kau.”

“Tapi saya dah janji dengan nenek saya,” suara Rashid terus menjadi perlahan.Tidak lagi seghairah tadi.

“Janji apa?” Damak membetulkan silanya.

“Dia tak mahu saya masuk askar.”

“Tentu dia mempunyai sebab.”

“Dia tak mahu saya terkorban macam bapa saya.” Jelas Rashid. Matanyamemandang ke arah luar rumahnya yang sunyi sepi, kemudian kembali beralih pandanganke arah Damak.

“Oh...” Kata-kata Damak terhenti di situ sahaja. Dia menunggu dengan sabar agarRashid menyambung kata-katanya.

“Kata kawan baik arwah bapa saya... Bapa saya mati dibunuh Jepun.” Rashidmemulakan ceritanya dengan suara yang perlahan.

“Siapa nama kawan arwah bapak kau tu?”

“Encik Isa dari Alor Setar... Abang kenal dengan dia?” tanya Rashid denganmatanya dibesarkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 212

“Tidak.” Jawab Damak pendek.

“Sebenarnya, selepas British menyerah kalah kepada Jepun di Singapura, bapasaya masih hidup lagi. Dia dan encik Isa telah bersembunyi di sebuah rumah kosong diperkampungan Melayu di Bukit Timah sebelum mereka berdua ambil keputusan untukpulang ke Tanah Melayu. Mereka mahu pulang kerana makan minum mereka tak terjaga.Bila mereka berdua sampai ke Stesen Kereta api Tanjong Pagar, ayah saya kena tangkap.Encik Isa pula, berjaya melepaskan dirinya. Dia beruntung kerana dia telah berhentisekejap untuk menolong seorang Nyonya mengeluarkan barang-barangnya dari beca yangdinaikinya...

“Menurut Encik Isa, bapa saya bersama lebih sembilan puluh orang pemudaMelayu - yang ada di antaranya askar Melayu yang cuba pulang ke semenanjung telahdikumpulkan di dalam sebuah gudang kereta api. Esoknya Encik Isa mendapat tahusemua pemuda-pemuda Melayu yang telah di kumpul Jepun telah mati ditembak.”

Rashid sering termenung memikirkan kembali keadaan Isa, yang telah menangisteresak-esak tatkala menceritakan hal ini kepada ibu dan neneknya. Isa masih muda lagi.Usianya mungkin baru sahaja meningkat 21 tahun ketika dia datang melawat ke rumahRashid dahulu untuk memberitakan hal ini kepada keluarganya. Isa rasa bersalah keranatelah mendesak bapa Rashid yang bernama Zain untuk pulang ke Tanah Melayu secepatmungkin.

Selepas Zain dibunuh dengan kejam, barulah Isa mendapat tahu bahawa dia bolehpulang ke Tanah Melayu dengan mendapatkan pas keselamatan dan cap Jepun dariPejabat Persatuan Melayu. Itu pun setelah dia merata-rata bertanya tentang hal ini kepadapenduduk-penduduk tempatan. Dengan adanya pas dan cap ini, barulah dia dibenarkanmenumpang kereta api lalu seterusnya pulang ke Alor Setar. Isa cukup-cukup terkilankerana tidak dapat pulang bersama Zain, rakan baiknya itu pulang ke kampungnya diKedah...

“Mayat bapa saya tidak dapat dicari. Mungkin Jepun telah menanam mayat bapasaya bersama entah berapa ratus lagi mayat-mayat orang-orang yang telah mereka bunuhpada waktu itu.” Kata Rashid dengan kepalanya tertunduk ke bawah.

Damak tekun mendengar cerita dari Rashid. Dia dapat melihat Rashid kinimenghidupkan puntung rokok daunnya pula. Rashid dengan galak menyedut putungrokoknya. Anak mata Rashid kering dan kelam.

“Jadi kenapa kau masih nak jadi askar? Jepun dah lama keluar dari Malaya—“Damak sengaja bertanya.

“Saya minat dengan dunia ketenteraan ni. Saya pun tak tahu kenapa. Dah minat.Nak buat macam mana pula kan?” Kata Rashid sambil melemparkan senyuman kepadaDamak.

“Kau tak takut akan terkorban macam bapa kau?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 213

“Kalau ditakdirkan saya mati syahid, saya lagi suka bang.” Kata Rashid denganpenuh bersungguh-sungguh.

“Sekarang nenek kau dah tak ada lagi... Adakah kau ingin meneruskan cita-citakau untuk menjadi askar?”

“Itulah yang saya nak bincangkan dengan abang.” Kata Rashid perlahan.Kadangkala akan terdengar bunyi siulan angin yang masuk ke dalam kawasan anjung laluterus menyejukkan suasana malam itu.

“Kau nak bincang fasal apa?” Tanya Damak. Dia menggaru keningnya yang tebalitu walaupun keningnya tak gatal.

“Pawang Ali beritahu kepada saya yang ilmu yang abang ada tinggi.”

“Entahlah. Itu pendapat dia.” Damak meraba dadanya. “Aku rasa ilmu yang akuada biasa aja...”

“Saya nak menuntut dengan abang.” Kata Rashid dengan bersemangat. Matanyalangsung tidak berkerlip. “Saya nak ikut abang!”

“Isy, kau ni. Nak ikut aku ke mana?”

“Ikut abang mengubat orang. Lagipun ilmu yang nenek saya turunkan, sikit-sikitdapat saya gunakan nanti untuk mengubati orang.”

“Kau kata tadi kau nak jadi askar!”

“Saya kena hormati permintaan nenek saya.”“Apa permintaan nenek kau tu sebenarnya?”

“Sebenarnya dia nak saya jadi cikgu. Tapi saya tak sambung sekolah selepasperang. Jadi macam mana saya boleh jadi cikgu kalau macam ni lah jadinya?”

“Kau boleh buat kerja kampung—“

“Saya dah bosan buat kerja kampung!” pintas Rashid cepat-cepat. Matanyamenjeling pantas kepada Damak.

“Kau tak faham dengan kerja aku, Rashid...”

“Saya boleh faham kan. Dan saya mahu belajar bang!” berat nada suaranya.Rashid membuang putung rokoknya ke atas tanah. Asap dari rokok yang dihisapnya tadiditelannya. Kemudian perlahan-lahan asap yang sama keluar dari lubang hidungnya.

“Maafkan aku Rashid, tapi aku—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 214

“Panggil saya Shed. Abang boleh panggil saya dengan nama tu.”

“Shed... Aku tak pernah bawa sesiapapun bersama aku ke mana-mana.” UjarDamak, kemudian dengan suara yang lebih perlahan yang tidak didengari Rashid:“kecuali Hanim...”

“Masa pendudukan Jepun dulu abang di mana?” tanya Rashid tiba-tiba dengansatu soalan yang langsung tidak ada kena-mengena dengan perbualan mereka tadi.

“Aku berada di Singapura sebenarnya.” Damak memberitahu cepat.

“Untuk berapa lama?”

“Aku ke sana beberapa bulan selepas perang meletus... Aku kembali ke TanahMelayu setahun sebelum Jepun menyerah kalah.”

“Apa abang buat di sana?”

“Kau ni banyak soal lah!” katanya dengan nada sederhana. Dia tidak marahmahupun berseloroh.

“Tak adalah bang... Saya cuma nak tahu.” Itulah alasan yang diberikan olehnya.“Jadi apa yang abang buat di sana?”

“Aku habiskan masa aku menjaga seorang Seri Panggung yang terkenal diSingapura...” Damak menjelaskan.

Wajah Rashid mula nampak berseri-seri. Dia tiba-tiba menjadi seronok. Rashidpernah mendengar cerita tentang orang-orang bangsawan. Rashid pernah menyaksikanpertunjukan boria ketika Rashid di bawa ke Georgetown oleh ibu dan bapanya satu ketikadahulu. Tetapi pertunjukan bangsawan terlalu asing baginya, walaupun mahu Rashidalaminya sendiri.

“Abang pernah berlakon?”

“Tak pernah. Aku tak pernah ada minat nak berlakon.”

“Jadi apa yang abang buat?”

“Aku jaga makan minum Seri Panggung tu...”

“Dia mata air abang ke?” tanya Rashid dengan nakal.

“Bukan, eh kau ni. Mengarut aja lah!” jawab Damak tersenyum menafikansesuatu yang mahu dianggapnya benar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 215

“Seri Panggung tu pandai berlakon? Siapa namanya?”

“Namanya Hanim. Bukan sahaja dia pandai berlakon. Dia pandai menyanyi juga.”Jawab Damak, fikirannya melayang sebentar mengingatkan kembali masa-masabahagiannya bersama Hanim ketika itu.

“Dia cantik tak?”

“Hanim memang cantik orangnya. Menjadi pujaan ramai di Singapura.”

“Jadi kerja abang hanya menjaganya?”

“Ya... Itu sahaja yang aku lakukan pada waktu itu.”

“Kenapa abang tak jadi bomoh semasa di Singapura dulu?”

Damak memandang ke arah lain. Seolah-olah ada yang mahu disembunyikannya.Dia mengeluh. Ada sesuatu yang telah berlaku kepada Hanim yang telah menyebabkandirinya bersedih begitu. Kalau boleh dia tidak mahu memikirkan tentang hal ini lagi.

“Aku bukan bomoh, Shed... Ingat tu. Aku tak mahu kau anggap sebagai bomohlagi.” Katanya dengan nada yang rendah. “Dan jangan ditanya lagi tentang hubungan akudengan Hanim. Itu sahaja yang aku minta.”

Rashid dapat melihat keadaan Damak yang sedikit terganggu itu. Rashidmengambil keputusan untuk tidak menanyai Damak tentang kisah silamnya denganprimadona bangsawan yang bernama Hanim itu. Rashid juga cuba mengingatkan dirinyasupaya jangan menganggap Damak sebagai seorang bomoh lagi.

“Dah berapa lama abang... Menolong orang?” tanya Rashid sambil menggaru-garudagunya yang penuh berserabut dengan janggut yang baru hendak tumbuh itu.

“Maksud kau?”

“Ye lah, mengubat orang”

“Lama.” Pendek jawapan yang Rashid terima.

“Kenapa abang pilih cara hidup begini?”

“Aku sekadar nak tolong orang. Tapi ingat, aku bukan bomoh!” Damakmengingatkan sekali lagi.

“Ya saya tahu.” Rashid mengangguk cepat. Kemudian katanya, “saya nak jadibomoh macam datuk saya sebab saya nak tolong orang.”

“Baguslah kalau niat kau ikhlas mahu menolong orang.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 216

“Jadi boleh saya berguru dengan abang?” Sekali lagi Rashid menyoal.

“Dah, pergi masuk tidur, Shed. Aku tahu kau penat.” Kata Damak sedikit keras.

Rashid menarik nafasnya. Soalan yang ditujukan kepada Damak tentangkemahuannya untuk berguru dengannya masih tidak dijawabnya. Mungkin esok Rashidboleh mencuba lagi.

Rashid masuk ke dalam rumah. Rashid menoleh ke arah Damak yang sedangtermenung jauh ke arah kegelapan hutan. Entah apa sahaja yang sedang diperhatikannya.Wajahnya nampak sedikit risau...Seperti ada sesuatu yang berat dalam fikirannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 217

Buku II. Bab 12

Rashid terkebil-kebil apabila dia melihat Damak bersiap-sedia untuk bertolak. Perasaannya serba salah. Rashid termangu-mangu di hadapannya. Rashid benar-benar mahumengikutnya pergi. Banyak yang Rashid boleh belajar darinya. Rashid benar-benar mahubelajar darinya.

“Bila abang akan ke sini lagi?” tanya Rashid kepadanya sambil menggaru-garukepalanya yang tidak gatal itu. Dia melihat Damak sudah berada di muka pintu. Pagi itu,berkabus. Rashid baru sahaja bangun tidur. Dia menggosok-gosok matanya yang masihkuyu itu.

“Mungkin aku tak ke sini lagi. Entahlah. Mungkin di lain masa dan keadaan akuakan ke sini lagi. Tapi aku tak boleh janji!” jawab Damak tanpa memandang ke arahnya.

“Bang... Saya tak mahu hidup di sini lagi. Saya harap abang faham. Bukan sebabsaya bosan dengan tempat ini. Tetapi saya rasa, hidup saya lebih bermakna dari ini semua.Saya tak mahu jadi petani seumur hidup saya.” Rashid meluahkan hati dan perasaannya.Wajahnya jelas sedih memikirkan tentang nasib hidupnya.

“Semua orang ada tugas masing-masing dalam hidup ni, Shed.” Damak berdiri,lalu dia berjalan perlahan keluar sehingga ke anjung. Suasana pagi segar. Dingin.

“Saya mahu jadi macam abang. Saya mahu tolong orang.” Kata Rashid dengantegas. Dia berdiri berhadapan dengan Damak.

“Dah aku katakan, aku tidak suka berteman!”

Rashid mengeluh panjang. Damak masih berdegil tidak mahu berganjak darikeputusannya.

“Kalau macam tu, tak apalah bang. Ini keputusan abang. Saya tak boleh buat apa-apa.” Katanya perlahan sambil matanya memandang ke lantai rumah yang dilitupi tikarmengkuang. Sebenarnya Rashid amat-amat mengharapkan simpati daripada Damak.Rashid berdoa di dalam hati agar Damak bersetuju untuk membenarkan Rashidmengikutnya.

Damak tidak menjawab. Dia melangkah turun dari rumah Rashid. Saat itu Rashidsanggup menjadi orang suruhannya asalkan Damak menjadikannya anak muridnya.

“Bang Damak, terima kasih sekali lagi kerana telah bersusah payah datang ke siniuntuk bantu saya.” Nada nya cukup ikhlas berterima kasih, walaupun sayu sahajakedengarannya.

Damak mengangguk sekali. Dia berjalan beberapa tapak ke hadapan sebelum diaberhenti lalu berkata:

http://nizamzakaria.blogspot.com 218

“Kau tak sepatutnya cepat mengalah, Rashid.”

Rashid terkejut mendengar kata-katanya itu. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

“Apa maksud abang?”

“Kau betul-betul mahu ikut aku?”

“Betul bang!” katanya dengan bersungguh-sungguh.

“Kalau begitu, bawa apa yang patut. Tak payah bawak banyak-banyak. Bawaksekadar mana yang kau boleh bawa bersama.”

“Baik bang!” wajahnya terus berubah ceria. Rashid menyuruhnya menunggusementara dia mengambil barang-barang yang boleh dibawanya. Damak berjalan kembalike anjung lalu membuka capalnya untuk duduk di atas anjung.

Rashid masuk ke dalam bilik. Sesekali Rashid akan menjenguk ke luar jendela.Dia ingin memastikan agar Damak tidak lari atau tiba-tiba sahaja hilang entah ke mana.Rashid mengeluarkan beg keras empat segi yang selalu digunakannya untuk berjalan jauhdari bawah katil neneknya. Di dalamnya Rashid masukkan baju-bajunya dan beberapakeperluan yang lain.

Selesai Rashid bersiap, dia terus mengunci pintu dan tingkap dan keluar darirumah. Damak masih menunggu di luar. Rashid melepaskan nafas dengan rasa lega.

“Saya nak berjumpa dengan Tok Penghulu. Nak bagi dia kunci rumah saya ni.Saya nak suruh dia tengok-tengokkan rumah ini bila saya tak ada.” Ucapnya kepadaDamak yang sedang tersenyum melihat beg tua nya.

“Baguslah kalau begitu. Suruh si Salmah tu jaga rumah kau ni.” Kata Damakdengan nada mengusik.

Keningnya terkerut seribu. Rashid tak pasti dari mana dia mendapat tahu bahawadia suka kepada Salmah. Setahu Rashid, tidak pernah pula dia memberitahu kepadanyatentang hal ini.

Takut pula Rashid jika Damak mampu membaca isi hatinya. Datuknya pernahmemberitahu bahawa ada beberapa pawang besar yang mampu melakukan perkara ini.Rashid perlu berhati-hati selepas ini supaya tidak menyangka buruk terhadap Damak atauberfikir yang bukan-bukan di dalam kepalanya. Dia juga perlu berhenti memikirkan yangbukan-bukan tentang Salmah. Di dalam sehari entah berapa kali Rashid memikirkanperkara-perkara memberahikan yang melibatkan dirinya dengan Salmah!

“Aku tak akan usik isi kepala kau tu!” kata Damak sambil tersenyum nakal.Kemudian dia turun ke bawah. Berjalan meninggalkan Rashid tercengang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 219

Di dalam perjalanan ke rumah Tok Penghulu mereka tak banyak bercakap.Suasana di kampung tidak ada bezanya, kecuali keadaan semakin mendung pada pagi itu.Hari nak hujan.

Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Damak memandang ke kiri dan ke kanan denganwajah gusar. Dia dapat merasakan sesuatu yang tak kena.

Seorang lelaki dengan pakaian aneh serba hitam berjalan ke arah mereka. Rashidpernah menemui lelaki ini. Damak nampak terkejut apabila melihat kelibat lelaki iniberjalan semakin hampir kepadanya.

“Apa yang kau buat di sini, Awang?” tanya Damak dengan gusar, walaupun diapasti Awang akan menemuinya juga dalam masa yang terdekat ini. Damak memandangke langit. Walaupun suasana mendung, di dalam keadaan seperti ini kulit Awangsepatutnya terbakar.

“Kau tak sepatutnya memusnahkan tangkal yang aku berikan kepada budak ni!”tengking Awang marah-marah. Dia sedang memakai kaca mata hitam yang begitu gelapsehingga sukar untuk Damak melihat matanya.

“Aku sengaja musnahkan tangkal itu kerana aku tahu kau akan datang menemuiaku seperti sekarang... Aku tahu ini semua mesti kerja kau!”

Awang membuka kaca mata hitamnya. Kemudian dia menaikkan keningnya danmemuncungkan mulutnya untuk bersiul, sebelum dia mendengar apa yang perludinyatakan Damak kepadanya:

“Cuma aku tak faham, macam mana kau boleh hidup di siang hari begini—“

“Aku tak ada masa untuk menghuraikan semua ini kepada kau sekarang!” kataAwang, dia menoleh ke arah Rashid yang kelihatan bingung melihat Awang dan Damakbertengkar di hadapannya. “Kau tahu apa yang sebenarnya berlaku sekarang, Damak?”

“Apa?” bentak Damak mencabarnya agar memberitahu.

Awang ketawa sendiri. Dia tersenyum ke arah Rashid. Dia mengangkat kepalanyasekali seolah memberi isyarat kepada Rashid.

Rashid menjatuhkan begnya ke tanah. Dia tersenyum memandang ke arah Awangketika dia berjalan ke arahnya. Kemudian Rashid membenarkan Awang mengusaprambutnya dengan manja.

“Hasil kerjanya hebat, bukan?” tanya Awang kepada Damak. Awang terusmemandang ke arah Rashid sambil memegang bahunya. Kedua mereka berdua berdirimenghadap Damak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 220

Rashid memetik jarinya. Kemudian suasana di sekeliling mereka kini berubahmenjadi malam.

“Siapa kau sebenarnya Rashid?” tanya Damak dengan suara perlahan dalamkeadaan marah yang tertahan-tahan. Dia tahu dirinya telah ditipu hidup-hidup.

“Kebolehannya yang paling hebat adalah dia dapat mengubah realiti...Kebolehannya yang satu lagi adalah dia pandai berlakon dan membuat orang-orangseperti kau mempercayai lakonannya yang cemerlang.” Awang memandang ke wajahRashid dengan penuh bangga.

Damak kebingungan. Dia cuba memikirkan apa yang telah berlaku kepadanyapada waktu itu. Dia cuba memikirkan tentang ‘sahabat’ Rohani. Tangkal yang telahdipakai Rashid. Hamdan dan penduduk-penduduk kampung. Adakah semua ini hasilkebolehan yang mampu dilakukan Rashid? Mana satu yang betul dan mana satu yangpalsu?

Adakah Rashid yang dilihatnya sekarang adalah seperti yang difikirkannya? Ataukelibat yang dilihatnya sekarang adalah hasil tipu dayanya yang mampu dilakukannya.

“Kau telah melakukan ini semua untuk memerangkapku!” Damak cukupmengamuk dirinya dipermainkan begitu. Kini dia cukup sedar bahawa dia telah masuk kedalam perangkap Awang. Dia dapat merasakan Rashid telah menggunakan kuasanya yangluar biasa itu untuk memukau seluruh penduduk kampung dan akhirnya dirinya juga. Apayang telah dilakukan Rashid begitu kompleks sehingga dia sendiri mempercayai bulat-bulat dunia yang dicipta Rashid tanpa mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

“Kau perlu mengikut kami...” kata Awang kini dengan nada yang lebih serius.

“Apa kau dah gila?” tanya Damak yang menganggap permintaan Awang itusebagai permintaan yang angkuh.

Awang mengeluh. Dia tidak faham mengapa Aliya telah meminta agar diamencari Damak lalu memintanya membawanya ke satu titik di ruang dan waktu di masahadapan. Aliya bersungguh-sungguh memberitahunya bahawa dia dapat melihat Damakakan dapat membantu mereka mengalahkan Ahriman.

Tanpa bantuan Damak, umat manusia akan terus lenyap di dalam muka bumi ini,maka itulah yang telah ditilik oleh Aliya.

Panel yang dipakai di lengan Awang berkelip-kelip mengeluarkan amaran. Awangmembaca amarah yang ditulis. Wajahnya berubah pucat.

“Kau tidak sepatutnya memusnahkan kapsul medan kuantum yang telah aku suruhsi Rashid ini pakai. Sekarang mereka tahu kita sedang berada di sini!” ujar Awang denganwajahnya terkerut risau.

http://nizamzakaria.blogspot.com 221

“Apa maksud kau?”

“Mereka sekarang tahu kami mahu merubah perjalanan sejarah.” Rashidmenjelaskan. Suaranya kini seperti seorang anak remaja yang berkeyakinan, tidak lagitergagap-gagap seperti sebelumnya.

“Mereka akan muncul di sini dalam masa dua minit lagi,” ujar Lilith yangmenjelma dari dalam gelap. Dia memerhatikan skrin lebar di lengannya.

“Kita perlu pergi dari sini, Damak!” pinta Awang kini dengan nada lebih serius.

“Ke mana?”

“Ke tahun 2004.” Beritahu Awang. Dia termenung buat seketika sebelum diamenyambung dengan suara perlahan, “kami betul-betul memerlukan bantuanmu,Damak.”

Damak memandang ke dalam mata Awang. Damak dapat melihat bahawa Awangbetul-betul serius mahu meminta bantuan darinya. Jika tidak, masakan Awang sanggupmerancang sesuatu yang begitu rumit seperti ini semata-mata untuk mencarinya?

“Beritahu aku sebab mengapa aku perlu dengar cakap kau.” Kata Damak,membenarkan Awang memberikan dalil mengapa permintaannya itu harus dituruti.

“Lebih seratus tahun dari sekarang, aku akhirnya dapat menyiapkan sebuah mesinmerentas masa. Dalam masa yang sama, kaum Daevas telah membina mesin yang serupayang digunakan mereka untuk mengubah perjalanan sejarah sehingga akhirnya Ahrimandapat dibebaskan...” Awang menerangkan, walaupun dia tahu, sukar untuk Damakmempercayai kata-katanya ini. Awang menoleh pula kepada Rashid untuk memintanyamenjelaskan keadaan yang sebenar.

“Di masa hadapan nanti, dunia kita ini sebenarnya telah musnah. Kini kamimenjelajah masa untuk memastikan agar perkara ini dapat dielakkan.” Kata Rashiddengan nada suara yang sedih. Dia sendiri tahu jika Awang tidak menyelamatkannya,pasti dia akan menjadi mangsa Daevas. Awang telah menyelamatkannya, menjadikannyaseorang vampiro dan kini dia menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam dirinyauntuk cuba menyelamatkan umat manusia.

Rashid telah dilahirkan di dalam sebuah dunia di mana manusia akhirnya berjayadiperhambai Daevas. Mereka yang selamat, menyorok jauh ke bawah tanah – melarikandiri mereka dari keadaan dunia yang dikuasai oleh Daevas yang semakin hari semakinramai dibiakkan untuk memenuhi muka bumi ini.

Rashid menggunakan kuasanya untuk mengubah keadaan realiti di sekelilingnya.Dia menunjukkan kepada Damak keadaan bumi pada tahun 2111. Sememangnya suasanadi bumi pada waktu itu telah pun berubah. Bumi diselaputi dengan awan tebal yang gelap.Kota-kotanya dipenuhi dengan bangunan-bangunan hitam berbentuk geometri. Apa yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 222

menakutkan, bumi pada waktu itu kelihatan seperti padang jarak padang tekukur, tanpaadanya tumbuhan dan haiwan. Kota-kotanya yang besar pula dipenuhi dengan makhluk-makhluk serangga yang telah pun mengambil alih bumi dari manusia.

Damak juga ditunjukkan Rashid bahawa pada waktu itu, manusia diternaksemata-mata untuk dijadikan sebagai makanan untuk makhluk-makhluk ini. Keadaankehidupan mereka cukup terseksa di mana tubuh mereka hanya digunakan untukmenghasilkan darah dan tidak lebih dari itu.

Keadaan berubah menjadi seperti sedia kala. Damak menutup mulutnya dengantangannya. Kalau boleh dia tidak mahu mempercayai apa yang telah dilihatnya padawaktu itu, tetapi jauh di dalam hatinya dia tahu Rashid telah berkata benar.

Damak kemudian melihat Lilith menekan sesuatu kepada skrin di lengannya laludengan jari telunjuknya, dia menyentuh ke hadapan. Percikan terbentuk di ruang kosongdi hadapannya sebelum percikan itu berubah menjadi pusaran. Damak pernah melihatpusaran yang sama tatkala kali terakhir dia terserempak dengan Awang di Singapurapadan tahun 1939 dahulu.

“Kau berdua perlu pergi, biar aku dan Lilith selesaikan perkara ini dahulu!”Awang menjerit kuat tatkala mengeluarkan perintah. Seramai enam orang konco-koncoDaevas yang berpakaian serba putih tiba-tiba muncul di hadapan mereka. “Cari Hanimsampai dapat. Apabila kau dapat mencari Hanim, kau akan dapat mencari Aliya dan—“

Awang tidak sempat menyambung kata-katanya. Dia terus mengeluarkanbeberapa biji bola besi dari dalam salah sebuah koceknya. Bebola ini dicampakkannya keudara, kemudian dengan menggunakan kuasa fikirannya, dia mengarahkan bebola inibergerak dengan laju bak peluru ke arah kepala petualang-petualangnya.

Hanya dua sahaja dari mereka jatuh, yang lainnya berjaya menangkis seranganAwang.

Damak tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang. Dia tidak tahu jika diaperlu membantu Awang ataupun sebaliknya.

“Bang, kita mesti pergi dari sini sekarang juga. Tugas kita baru sahaja bermula!”beritahu Rashid. Dia memegang bahu Damak, memintanya supaya menyerahkan denganpenuh keyakinan kepada dirinya.

Damak mengangguk walaupun perasaannya masih ragu-ragu. Pada waktu itu diahanya memikirkan tentang Hanim.

Rashid terus memegang bahu Damak lalu mengarahkannya supaya masuk kedalam pusaran di hadapan mereka. Damak menurut sahaja. Dia masuk ke dalam pusaranitu diikuti oleh Rashid di belakangnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 223

Tubuh Damak terasa sejuk. Matanya berpinar-pinar apabila dia mendapati dirinyadisinari dengan cahaya terang di dalam pusaran tersebut. Apabila cahaya yang kuatberansur-ansur kelam, dia mendapati dirinya sedang berada di dalam sebuah tempat yangbegitu asing baginya – dia sedang berada di hadapan sebuah bangunan yang besar dantinggi. Waktu lewat malam. Tidak ada orang di sekeliling mereka. Cahaya yang terangdiarahkan kepada bangunan di hadapannya.

“Di mana kita sekarang?” tanya Damak kepada Rashid. Dia mendapati Rashidsedang memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Kemudian dia mendongak ke atas.

“Kuala Lumpur, Malaysia... Tahun 2004.” Jawab Rashid dalam satu nafas yangpanjang tanpa menoleh ke arah Damak.

“Malaysia?” itulah kali pertama Damak mendengar nama tersebut dikaitkandengan Kuala Lumpur. Matanya ikut mendongak melihat bangunan berkembar KLCCyang sedang tersergam gah di hadapannya. Fikirannya semakin bingung. Dia kurang pastijika dia dapat mencari Hanim di dalam kota Kuala Lumpur yang dilihatnya begitu asingdan menakutkan itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 224

Buku III. Bab 1

Pada malam ini, pada pertengahan musim panas tahun 2061, buat sekian kalinya aku cubamengingatkan diriku bahawa pada esok pagi, misiku untuk menjelajah masa akanbermula – dengan menggunakan mesin merentas masa yang telah dibina dengan mengikutspesifikasi yang tertulis di dalam manuskrip Vitruvius. Para saintis yang menjadi anggotaIlluminati telah mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina mesin yang kompleksini.

Aku memandang ke arah skrin besar di dalam bilik makmal yang dikelilingidengan tembok kaca ini. Skrin tersebut menayangkan tulisan dalam manuskrip Vitruviusserta penterjemahannya di dalam bahasa Inggeris. Beberapa orang saintis nampaknyasedang sibuk memeriksa setiap perkara yang perlu mereka periksa dengan teliti. Merekasemua perlu memastikan agar mesin ini akan dapat berjalan lancar apabila ia digunakanbuat pertama kali beberapa jam sahaja dari sekarang.

“Tayangkan pelan nombor 1526-1b!” ucapku ke arah skrin lebar di hadapanku.Skrin kini berubah menunjukkan struktur mikroskopik darah hidup Lilith yang selama inidikaji oleh Dr. Hayden.

Dr. Hayden, seorang pakar nanoteknologi telah aku temui ketika dia menjadicalon Ph.D di University Cambridge. Darah Lilith telah aku berikan kepadanya agar diadapat mengkajinya – yang aku fikirkan lebih baik dari dia menghabiskan masanyamengkaji sintesis enjin-nano berasaskan hemoglobin yang menjadi topik tesis Ph.Dnyapada waktu itu.

Dr. Hayden telah mengambil masa lebih 17 tahun mengkaji darah Lilith yangterkandung mesin-mesin mikroskopik yang diberikan dengan nama Sel Darah Nanobot(SDN). Jika dalam darah manusia terkandung berbilion-bilion sel darah merah atauerythrocytes, dalam darah Daevas pula terkandung berbilion-bilion SDN ini.

Dari hasil kajian Dr. Hayden, dia mendapati bahawa setiap satu dari mesin bersaizmikroskopik ini mempunyai fungsi lebih canggih dari mana-mana komputer ataupunrobot yang mampu dibina oleh manusia sehingga kini. SDN yang jumlahnya berjuta-jutaini berfungsi secara kolektif di dalam tubuh seorang Daevas seperti Lilith, menggantikansetiap sel-sel tubuh mereka yang mati dan menggantikan dengan yang baru. Dan sebabitulah sesiapa yang diasimilasikan dengan SDN akan dapat hidup buat satu jangka masayang lama...

“Ini merupakan satu teori, tetapi aku pasti mesin-mesin mikroskopik inilah yangmengawal kaum Daevas ini.” Ujar Dr. Hayden dengan bersungguh-sungguh kepadakukira-kira sepuluh tahun yang lalu apabila dia membuat kajian tentang hal ini di dalammakmalnya.

“Maksud kau?” tanyaku, memerhatikan struktur canggih SDN yang setiap satunyakelihatan seperti sebuah robot kecil berbentuk seperti piring terbang di dalam mesinmikroskop elektronnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 225

“SDN ini tidak boleh hidup dengan sendirinya, jadi ia perlukan hos.” Jawab Dr.Hayden. Matanya nampak lesu. Aku pasti berhari-hari lamanya dia tidak keluar darikompleks makmal yang telah dibina di bawah tanah ini.

“Jadi Daevas menjadi hosnya?” tanyaku satu soalan yang sudah aku ketahuijawapannya sendiri.

“Ya... Itulah yang aku fikirkan...” Dr. Hayden menggaru-garu rambutnya. “Cubakau fikirkan... SDN inilah yang mengawal Daevas, bulan sebaliknya!”

Jadi kerana ingin tahu tentang hal ini, aku terus bertanyakan Lilith tentang teoriDr. Hayden. Lilith memberitahuku bahawa teori Dr. Hayden itu sememangnya tepat.Malah, Lilith akhirnya memberitahuku dengan lebih lanjut tentang asal usul kaumnya.

“Mereka telah dicipta di sebuah planet koloni Daevas yang dikenali dengan namaKanodoo-3.”

“Bagaimana semuanya ini boleh berlaku?”

“Penduduk Kanadoo-3 telah melakukan kesilapan yang besar mencipta nanobotini. Mereka ingin mencipta sejenis mesin mikroskopik yang dapat membuatkan tubuhmereka bertahan buat jangka masa yang lama. Mereka mahu hidup buat selama-lamanya...

“Teknologi mereka begitu maju sehinggakan nanobot yang mereka cipta inimempunyai keupayaan untuk berfikir sendiri. Dan kau tentu tahu apakah satu-satunyaperkara yang mahu dilakukan oleh makhluk yang berfikir bahawa dirinya hidup,mempunyai perasaan yang bernyawa?”

“Ia mahu membiak...”

“Ya. Itulah yang telah ia lakukan kepada kami. Apabila kesemua penduduk dikoloni Kanadoo-3 berjaya diasimilasikan, mereka telah menculik penduduk-pendudukplanet kami lalu menggunakan tubuh kami sebagai hos mereka. Tubuh Daevas darispesies humanoid serangga seperti kami sesuai untuk diasimilasikan mereka kerana kamiberfikiran secara kolektif. Tidak sampai setahun, setiap makhluk di planet kami berjayamereka asimilasikan, tanpa kami sendiri sedari pada mulanya...”

“Jadi kenapa kau tidak dapat dikawal mereka?”

“Kerana aku lain dari yang lain... Aku adalah satu anomali. Jika dibandingkandengan Daevas yang lain, aku mampu berfikir secara individu... Seperti kamu.” Lilithmenjelaskan.

“Mereka tidak boleh mengawal manusia, kerana manusia bukan makhluk yangberfikir secara kolektif...” Kataku mengatur hipotesisku sendiri. Pada waktu itu aku mula

http://nizamzakaria.blogspot.com 226

sedar bahawa jika manusia diasimilasikan dengan SDN, mereka akan menjadi vampiro.SDN yang akan menggantikan sel darah manusia dan akhirnya hidup dalam tubuhvampiro.

Walau bagaimanapun, SDN ini tidak dapat mengawal manusia seperti yang dapatmereka lakukan kepada kaum Daevas. Struktur biologi manusia yang berlainan denganDaevas juga menyebabkan SDN yang telah didedahkan ke dalam tubuh manusia sensitifkepada gelombang ultra-lembayung. Dan sebab itulah mereka menjadi vampiro yang alahkepada sinar matahari...

“Betul Awang...” jawab Lilith sambil mengangguk perlahan. “Jadi kau fahambukan, apa maknanya ini semua?”

“Apa maksud kau?”

“Mesin-mesin mikroskopik yang ada di dalam tubuhmu itulah yang menyebabkankau terus hidup sehingga ke hari ini. Jasadmu sebenarnya telah lama mati—“

Diriku ini tidak ubah seperti sebuah robot yang mampu berfikir dengansendirinya. Aku berfikir kerana otakku masih berfungsi. Tapi mana datangnya perasaanyang wujud di dalam jiwaku ini? Mana datang semuanya ini? Aku rasa aku tidakmungkin akan dapat menjawab soalan ini sampai bila-bila.

SDN yang berfikir ia bernyawa malah berperasaan ini kini terus hidup di dalamtubuhku. Ia membiarkan aku hidup kerana seperti makhluk-makhluk yang lain, SDN iniakan melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Untuk aku terus hidup, aku terpaksamenghisap darah manusia, kerana itu sahajalah punca tenaga SDN dalam tubuhvampiroku ini.

Jadi musuhku kini sebenarnya bukan kaum Daevas, tetapi kepada mesin-mesin‘Artificial Intelligence’ atau AI bersaiz mikroskopik yang hidup di dalam diri merekayang mahu membiak dan berkembang di muka bumi ini.

Setelah aku puas memeriksa struktur SDN yang terpampang di layar skin dihadapanku, Dr. Wildstein, penyelidik Fizik Kuantum yang sedang bertugas di dalammakmal Illuminati menunjukkan kepadaku mesin yang akan digunakan oleh vampiroorakel yang bakal menggantikan tempat Tiresias. Mesin ini baru sahaja disiapkan olehkumpulannya pada minggu lepas.

“Mesin ini akan membaca garisan-garisan sejarah dan orakel kita akan dapatmelihat bahagian mana yang cuba diubah oleh golongan Daevas dan Frère Maçon.” JelasDr. Wildstein tanpa memberitahuku bagaimana nanti cara-cara untuk si vampiro orakelini akan menggunakan mesin yang aneh ini kelak.

Aku seterusnya diberitahu bahawa mesin ini mempunyai bentuk yang aneh.Sebuah kerusi diletakkan di tengah-tengah gelang-gelang logam yang akan ligat berputarsehingga membentuk sebuah sfera. Si orakel akan mengenakan sebuah alat yang perlu

http://nizamzakaria.blogspot.com 227

dipakainya di kepala yang mempunyai bentuk organik. Alat tersebut kelihatan sepertiseekor lintah yang hidup dan berdenyut-denyut. Segala informasi yang terkumpul tentanggarisan-garisan sejarah yang berubah atau cuba diubah akan disalurkan kepada kepala siorakel melalui alat ini.

Sebenarnya, mesin menjelajah masa ini merangkumi seluruh bahagian makmalyang dikelilingi dengan dinding berbentuk sfera. Dinding sfera dengan diameterberukuran 75 meter ini akan melindungi makmal serta mereka yang berada di dalamnyadengan medan kuantum. Makmal ini pula dibina di atas sebuah tiang kukuh yangterkandung penjana anti-matter di dalamnya. Makmal berkaca berbentuk kubah inidiletakkan di tengah-tengah sfera.

Fungsi sfera yang mengeluarkan medan kuantum yang dibina mengelilingimakmal ini penting untuk melindungi maklumat serta mereka yang berada di dalammakmal - apabila segala apa yang berlaku di dunia luar makmal ini diubah. Jadi denganadanya sfera ini, walaupun perjalanan sejarah dunia di luar mereka berubah, mereka tetapmenyimpan informasi asal tentang perjalanan sejarah dunia mereka sendiri.

Tatkala memandang ke arah dinding sfera yang yang kelihatan seperti sebuahtembok besar di hadapanku, aku cukup sedar bahawa konco-konco Daevas kini sedang didalam proses membina sebuah mesin menjelajah masa seperti ini. Aku kurang pasti jikamesin ini telah pun berjaya mereka siapkan. Selagi orakel vampiro tidak kubawa kembalike sini, aku tidak mungkin akan tahu jika dunia aku ini sendiri telah pun mereka ubah.

Dr. Wildstein kemudian menunjukkan kepadaku mesin utama penjelajah masayang akhirnya dapat dibina. Komponen yang paling penting sekali yang akan digunakandi dalam mesin ini adalah SDN. Berjuta-juta SDN akan digunakan untuk membuatpengiraan kompleks untuk mencari sebuah wormhole yang sesuai dapat dibuka lantasmembawa kami ke titik ruang dan waktu yang mahu kami jelajahi.

“Wormhole, atau dikenali sebagai Jambatan Einstein-Rosen dianggap sebagaisatu-satunya cara yang boleh kita gunakan untuk merentas masa. Vitruvius nampaknyatelah memahami tentang hal ini lama sebelum kita dapat memahaminya denganpengetahuan sains yang kita ada sekarang!” Ujar Dr. Wildstein yang pernah mengajar diPrinceton itu dengan nada terujah ketika dia mula-mula menelaah salinan manuskripVitruvius yang aku berikan kepadanya.

Aku memandang kepada mesin yang berjaya dibina oleh para saintis Illuminatidengan menggunakan spesifikasi yang mereka pelajari dari manuskrip Vitruvius. Mesinini berbentuk aneh. Sumber tenaga yang banyak yang dikeluarkan dari reaktor anti-matteryang dibina betul-betul di bawah makmal ini akan disalurkan terus kepada mesin ini.Mesin bio-organik yang akan melakukan pengiraan yang kompleks ini kelihatan seperti iatelah dicipta oleh H. R. Geiger sendiri. Ia dibentuk seperti sebuah mesin hidup lengkapdengan urat saraf dan bahagian yang berdenyut seperti jantung. Mesin ini nampak seolahia bernyawa! Jadi sejak kali aku dibawa melihat bahagian mesin ini yang separuh siap,aku telah menamakannya mesin Geiger.

http://nizamzakaria.blogspot.com 228

Untuk menggunakan wormhole ini pula, mereka yang menjelajah masa harusmenggunakan sepasang sarung tangan yang disambungkan kepada sehelai pakaian khasyang perlu dipakai oleh penjelajah masa. Pakaian serba hitam ini dilengkapkan denganpelbagai peralatan canggih yang menggunakan teknologi SDN, juga sebuah jana kuasakecil yang melindungi tubuh mereka dengan medan kuantum. Hanya mereka yangmemakai pakaian ini boleh membuka dan mengawal gerbang wormhole. Tanpa pakaianini, atau apabila pakaian ini rosak, kedudukan mereka tidak mungkin dapat dikesan olehmesin Geiger yang mengawal segala-galanya. Jika perkara ini berlaku, si penjelajah masaboleh tersesat di dalam satu titik ruang dan waktu yang tidak mungkin dapat dikesansampai bila-bila.

“Jadi apa perkara pertama yang akan kau lakukan apabila mesin ini dapatdigunakan nanti?” tanya Lilith kepadaku sambil melihat darahnya diambil lalu disalurkanke dalam sebuah silinder kaca yang besar. Darahnya yang terkandung berjuta-juta mesinmikroskopik yang canggih ini akan disalurkan ke dalam pakaianku nanti agar ia dapatberfungsi sebagai sebuah pakaian yang mempunyai kuasa sebuah superkomputer yangluar biasa.

“Aku perlu ke Selat Inggeris... Tahun 1787. Aku perlu menyelamatkan Cassius.”Jawabku tanpa perlu berdolak-dalik lagi apabila soalan ini ditanyakan oleh Lilith lebihsetahun yang lalu.

“Ada banyak lagi perkara penting yang perlu kau fikirkan dan lakukan dahulusebelum kau pergi menyelamatkannya.” Ucap Lilith cuba menasihatiku. Aku tidak tahumengapa aku harus mendengar kata-katanya ini, sedangkan tujuan aku membina mesinini adalah untuk menyelamatkannya.

“Perkara apa lagi?” aku memandang ke arah pakaianku yang sedang diperiksaoleh beberapa orang saintis muda Illuminati. Mereka sedang memastikan bahawapakaianku ini dapat berfungsi dengan sepatutnya apabila SDN disalurkan ke dalampakaianku nanti.

“Kau tentu tahu... Perkara pertama yang dia mahu kau lakukan adalah cubamenyelamatkan umat manusia. Nyawanya adalah soal kedua dalam hal ini!” Lilithmengingatkan dengan nada menasihati. “Lagipun, kau perlu mendapatkan vampiro orakelitu dahulu yang akan dapat membantu kau mencarinya nanti. Aku rasa hanya dia sahajayang akan mampu membawa kau ke titik terakhir ruang dan waktu di mana Cassius dibuang ke Selat Inggeris dahulu.”

Aku terpaksa mengangguk akur. Sememangnya perkara pertama yang harus akulakukan sekarang adalah untuk membawa vampiro orakel pulang ke duniaku ini.

“Aku perlu pergi... Esok beritahu kepada saintis-saintis kita supaya bersiap sediaawal-awal pagi agar kita dapat memulakan penjelajahan pertama kita.” Kataku denganlesu kepada Dr. Wildstein. Dia mengangguk patuh. Mataku menjeling ke arah Lilith yangsedang membantu seorang saintis vampiro membuat pemeriksaan terakhir kepada mesinGeiger.

http://nizamzakaria.blogspot.com 229

Aku keluar dari makmal yang telah dibina lebih 200 meter di bawah tanah ini.Apabila pintu di buka, aku berjalan di atas sebuah jambatan tarik yang memisahkanmakmal ini dengan bangunan induk. Jambatan tarik ini tidak berpagar. Sememangnyamemang ada para saintis Illuminati yang masih gayat berjalan di atas jambatan iniwalaupun ada di antara mereka yang menggunakan jambatan ini hampir setiap hari.

Apabila medan kuantum dihidupkan nanti, Jambatan ini akan ditarik ke dalambangunan utama dengan makmal kubah berkaca ini berada tengah-tengah sfera besar yangmengelilinginya ini.

Setibanya aku tiba di bangunan induk, aku mencari lif yang terdekat untukkugunakan ke tingkat atas. Beberapa orang vampiro dan anggota Illuminati yang akutemui ketika di dalam perjalanan ke lif bersalaman denganku sambil mengucapkantahniah kerana mesin menjelajah masa yang ingin kubina selama ini akhirnya akan dapatkumanfaatkan kegunaannya tidak lama lagi.

Aku keluar dari bangunan kecil yang dipunyai oleh kumpulan Illuminati yangterletak di Boulevard Macdonald. Di luar, aku dapat melihat struktur muzium sains danindustri yang tersohor di Paris, - La Cité des Sciences et de l'Industrie yang terletak dikawasan Parc de la Villette itu. Dari tempat di mana aku sedang berdiri sekarang, akudapat melihat sfera bercermin yang besar yang dikenali sebagai La Géode. Teater gergasidengan layar 360° ini merupakan antara tarikan paling menarik yang terdapat di muziumsains yang telah dibuka pada tahun 1986 ini. Agak ironis juga apabila aku memikirkanlebih 200 meter di bawah tanah, sebuah sfera yang mempunyai bentuk yang hampir-hampir serupa dibina tanpa pengetahuan sesiapapun kecuali anggota Illuminati dan paravampiro.

Aku terus berjalan untuk menghirup udara segar. Beberapa pelancong dari Taiwansedang mengambil gambar di hadapan muzium. Salah seorang dari mereka memintakuagar mengambil gambar mereka berkumpulan dengan menggunakan kamera-telefonholografik dari model terbaru jenama Lestari. Lestari merupakan jenama telefon bimbitnombor satu di dunia. Sebuah jenama yang telah diasaskan pada tahun 1964 di Malayadan kini menjadi salah satu jenama yang paling terkenal...

Pelancong-pelancong Taiwan itu mengucapkan terima kasih kepadaku. Merekamemberitahu kepadaku bahawa pancaran gambaran holografik merekaberlatarbelakangkan sfera besar di La Cité des Sciences et de l'Industrie itu terusdipancarkan dan edarkan kepada kenalan-kenalan mereka di Taiwan. Aku hanyamengangguk, mengiakan sahaja. Aku berjalan ke arah Terusan Saint Denis. Aku berjalantanpa memikirkan apa-apa. Fikiranku sebenarnya kosong.

Aku melabuhkan punggungku di atas sebuah bangku yang telah di sediakanmenghadap terusan yang telah di buka pada tahun 1821 ini. Aku duduk berseorangan disana sambil memerhatikan beberapa penduduk Paris dan para pelancong yang sedangberjalan di Quai de la Charente. Buat beberapa ketika, aku termenung memikirkankembali keadaan kawasan ini ketika aku dan Cassius masih bersama. Ketika itu terusan

http://nizamzakaria.blogspot.com 230

yang melingkari kawasan ini tidak ada lagi. Malah, kawasan ini merupakan sebuahkampung kecil jauh dari kesibukan Kota Paris.

Pada awal pagi esok aku akan memulakan tugasku untuk menjelajah masa.Selama beberapa puluh tahun ini aku telah menyediakan diriku untuk melakukan tugasini, tapi kini hatiku mula ragu-ragu.

Setelah lebih dua jam aku duduk termenung, kembar Eva dan Ivana datang kearahku. Kedua-dua mereka duduk di sebelah kira dan kananku. Mereka mengapitkududuk sambil kami sama-sama memandang ke arah air terusan Saint Denis yang mengalirlesu itu.

“Terima kasih sekali lagi kerana telah memilih kami berdua.” Ujar Ivanakepadaku. Pemilihan terakhir ini telah aku lakukan pada petang tadi. Aku nampak merekacukup teruja apabila dipilih dari 12 calon-calon vampiro yang terpaksa kupilih untukmengikuti misi ini bersamaku.

“Sememangnya aku rasa kamu berdua adalah calon yang terbaik untuk misipenting ini.” Kataku dengan jujur.

“Kami masih tidak percaya kami akan dipilih kerana calon-calon yang lain hebat-hebat belaka!” kata Ivana dengan bersungguh-sungguh. Eva pula memegang tangankiriku dengan erat. Di dalam hal-hal seperti ini selalunya Ivana yang akan mengeluarkansuaranya, Eva pula akan diam, sedangkan di dalam masa-masa biasa, Evalah yang becokbercakap.

Eva dan Ivana pernah dijadikan tahanan dan bahan eksperimen kejam Dr. JosefMengele di Auschwitz. Dr. Mengele yang terkenal dengan nama “Malaikat Maut” inimerupakan seorang anggota Nazi yang telah mengadakan eksperimen yang kejamterhadap kembar-kembar berbangsa Yahudi yang telah dibawa kepadanya.

Pada musim dingin tahun 1943, Eva dan Ivana yang berasal dari Hungary itu tibadi kem tawanan Auschwitz, lalu mereka di bawa terus ke makmal Dr. Mengele. Tidakseperti tawanan-tawanan perang yang lain yang telah dibawa dengan kereta api, Eva danIvana telah dibawa oleh pegawai tentera Nazi dengan sebuah kereta perisai khas. Sejakawal lagi, pegawai tentera Nazi telah melihat sendiri kuasa luar biasa yang ada di dalamdiri kedua kembar ini. Di dalam percubaan menangkap Eva dan Ivana di rumah merekadi Kota Budapest, lima orang pegawai tentera Nazi hampir terbunuh dibuatnya apabilaEva dan Evana menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam diri mereka. Merekahanya berjaya ditangkap tiga hari kemudian apabila pihak Nazi berjanji akanmembenarkan ahli keluarga mereka yang lain melepaskan diri mereka untukmendapatkan perlindungan di Switzerland.

Apabila Eva dan Ivana dibawa ke makmalnya, Dr. Mengele dapat melihat sendiriakan kecantikan luar biasa kedua-dua kembar yang berusia 19 tahun ini. Kulit merekayang cerah dengan rambut mereka yang perang langsung tidak menampakkan bahawamereka berdua ini sebenarnya berketurunan Yahudi. Walau bagaimanapun, apa yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 231

menarik perhatian Dr. Mengele tentang kembar yang dipersembahkan kepadanya padaketika itu adalah kebolehan Eva dan Ivana yang masing-masing dapat mengawal elemenapi dan air.

Maka eksperimen demi eksperimen telah dilakukan kepada kedua-dua kembar ini.Walau bagaimanapun, pada tanggal bulan Ogos, tahun 1944, Dr. Mengele mendapatarahan dari pentadbir Nazi bahawa kedua-dua kembar ini harus dibunuh seperti kembar-kembar lain yang telah dikajinya. Mengikut alasan yang diberikan pegawai-pegawaitertinggi Nazi, jika Eva dan Ivana dibiarkan hidup, kembar ini akan membawa musibahkepada mereka. Pegawai-pegawai Nazi ini dapat melihat dengan sendirinya bahawa darike sehari, kuasa yang ada di dalam diri Eva dan Ivana bertambah hebat. Eva sebagaicontoh dapat mengawal api lalu membuat api merebak atau padam dengan sendirinya.Ivana pula dapat mengawal dan mengubah bentuk air sesuka hatinya.

Sehari sebelum Eva dan Ivana diarahkan untuk dibunuh, vampiro Möllemanntelah datang untuk menemui mereka berdua. Pada malam itu, Vampiro Möllemannmemberitahu kepada kembar seiras ini tentang apa yang akan dilakukan kepada merekapada esok hari oleh Dr. Mengele, serta tipu helah tentera Nazi yang telah mengorbankanseluruh anggota keluarga mereka sejurus selepas mereka berdua dibawa ke sini. Eva danIvana kemudian telah diberikan pilihan oleh vampiro Möllemann untuk menjadi vampiroataupun menerima kematian mereka begitu sahaja.

Eva dan Ivana memilih untuk menjadi vampiro. Pada hari esoknya, mereka telahdibunuh dengan disuntik dengan cecair beracun. Apabila tiba malam hari, mereka hidupkembali sebagai pasangan kembar vampiro, lalu mengikut vampiro Möllemann lari daripusat tawanan Auschwitz.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Eva dan Ivana menghabiskan masa merekamemburu setiap pegawai perubatan Nazi yang terlibat di dalam eksperimen kejam yangtelah dilakukan kepada kembar seperti mereka - juga pegawai-pegawai Nazi yang telahmembunuh keluarga mereka. Eva dan Ivana telah memburu lalu membunuh pegawai-pegawai Nazi ini dengan cara yang paling kejam yang mampu difikirkan mereka...

“Seperti yang aku katakan tadi... Aku telah memilih kamu berdua kerana akumenganggap kamu berdua yang terbaik untuk misi ini.” ujarku dengan jujur. Merekasendiri tahu hampir 300 vampiro dari seluruh dunia yang telah menyahut seruankuapabila aku mencari calon yang terbaik untuk membantuku di dalam misi penting ini.

Eva dan Ivana masih muda jika dibandingkan dengan vampiro-vampiro lain yangada di antaranya hidup beribu tahun lamanya. Tetapi mereka tetap menjadi pilihanku,kerana dari ramai-ramai vampiro yang ada – Eva dan Ivana lah yang mempunyaikebolehan yang paling luar biasa. Jika kuasa mereka disatukan – dengan menggunakankudrat api dan air, mereka dapat memusnahkan apa sahaja halangan yang mereka hadapibersama.

“Kita harus kembali ke makmal... Aku rasa mereka sedang menunggu kita disana.” Ujarku kepada Eva dan Ivana. Mereka mengangguk dengan cepat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 232

Sambil memegang tangan Eva dan Ivana, aku berjalan ke bangunan Illuminatiyang berpura-pura berfungsi sebagai sebuah bangunan pejabat syarikat guaman itu. Akuberjalan masuk ke dalam lif bersama kembar Eva dan Ivana. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku tersenyum ke arah mereka berdua lantas menunjukkan raut wajah yang yakinkepada mereka, walaupun jauh di hatiku, aku cukup gusar jika mesin ini langsung tidakberfungsi seperti mana yang aku mahukan...

*

Eva dan Ivana kelihatan cukup segak memakai pakaian yang perlu mereka pakai untukmenjelajah masa. Seorang saintis Illuminati berbangsa Jepun nampaknya sedang sibukmengepam darah sintetik ke dalam pakaian mereka di saat-saat terakhir sebelum misikami ini bermula.

“Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, kamu bertiga perlu kembali keMalaya pada tahun 2005.” Ujar ahli sejarawan Illuminati, Dr. Adrian Cuomo. Katanyalagi. “Jika mengikut tafsiran manuskrip Nostradamus yang telah kita curi pada tahun1555, seorang orakel akan muncul di daerah ini.”

Nama Nostradamus adalah satu nama yang tidak begitu dikenali di duniaku.Jarang sekali tilikannya menjadi nyata, jadi dirinya terus dilupakan - lebih-lebih apabilalagi tulisan-tulisannya yang terpenting telah dicuri oleh kumpulan Illuminati ketika diamasih hidup dahulu.

Seperti Vitruvius, dia adalah seorang konco Frère Maçon. Nostradamus telahdiberikan kuasa untuk melihat ruang dan waktu di masa hadapan seperti mana yang mahudiubah oleh Daevas. Maka sebab itulah sejak dari dahulu lagi ahli sejarawan Illuminatiberanggapan bahawa tulisan Nostradamus penting agar mereka dapat gunakan untukmelihat perjalanan sejarah yang mungkin akan diubah oleh Daevas sehinggakan kesemuatilikan Nostrodamus akan menjadi kenyataan...

“Apabila aku tiba di sana nanti, aku pasti akan dapat mencari orakel ini.” katakudengan perlahan. Lilith memeriksa setiap sudut pakaian yang kupakai, untuk memastikansemuanya akan berjalan dengan lancar nanti.

“Selamat jalan.” Dr. Cuomo bersalaman denganku. Aku dapat merasakantangannya sejuk. Dia berjalan beberapa langkah ke belakang, menyertai para saintis danvampiro yang sedang duduk di hadapan skrin komputer masing-masing.

Dr. Wildstein menggunakan isyarat tangan untuk menandakan bahawa kamisemua telah bersedia untuk memulakan misi ini. Makmal ini tiba-tiba menjadi senyapsunyi. Jambatan yang menghubungkan bangunan induk kepada makmal di tengah-tengahsfera kosong ini ditarik.

http://nizamzakaria.blogspot.com 233

Komputer membuat pengiraannya. Mesin Geiger kulihat berdenyut-denyutmembuat pengiraan yang kompleks yang telah disambungkan terus tanpa talian kepakaian kami.

Aku menuding jariku ke hadapan. Ruang kosong di hadapanku kelihatan sepertiterpercik, kemudian bergelombang sebelum bertukar menjadi sebuah pusaran yang besar.

“Lasciate ogni speranza voi ch'entrate,” kataku kepada para saintis dan vampiro dihadapanku. Mereka tersenyum walaupun jelas terlukis di wajah mereka garis-gariskerisauan. Aku sekadar meluahkan kalimah yang ditulis oleh Dante Alighieri dalambukunya ‘Inferno’ yang membawa maksud: ‘tinggalkan semua harapan, kamu yangmemasuki di sini...’

Kini tugasku bersama Eva dan Ivana hanya satu... Membawa pulang seorangvampiro orakel yang akan aku cari hanya berpandukan kajian Dr. Cuomo daripenyelidikannya terhadap manuskrip Nostradamus yang telah dicuri lebih 500 tahun yanglalu itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 234

Buku III. Bab 2

Aku dapat melihat kawasan di sekelilingku perlahan-lahan menjadi kelam. Tidak lagiseterang tadi. Aku melangkah keluar dari keluar dari wormhole lalu berada di satu tempatyang begitu asing bagiku.

“Kita sedang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malaya. Tahun2005.” Eva memberitahu apabila dia membaca apa yang tertulis di atas skrin dilengannya. Aku menganggukkan kepalaku sekali. Maka kami telah tiba tepat ke titikruang dan waktu yang menjadi destinasi misi pertama kami.

“Tempat meletak kereta Pusat Kesenian Malaya. Pukul 11.30 malam, waktutempatan.” Ivana memberitahu pula.

“Kita tidak boleh kelihatan seperti ini. Canggung rasanya. Jadi kita haruskelihatan seperti mereka.” Aku mengingatkan, lalu memerhatikan skrin komputer dilenganku. Aku mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan medan hologram supayamenampakkan keadaanku memakai sepasang seluar jeans dan baju T. Perkara yang samadilakukan oleh Eva dan Ivana.

Kini dalam sekelip mata, mereka berdua kelihatan anggun memakai pakaianjenama Prada dari koleksi musim panas yahun 2005 yang telah mereka ambil daripangkalan data komputer mereka.

“Kita perlu beredar dari sini...” Ujarku, lalu memulakan perjalananku denganmelangkah ke arah lif berdekatan untuk ke tingkat atas.

Aku cukup kenal dengan tempat ini. Lebih kurang seratus tahun yang lalu, iamerupakan Kelab Lumba Kuda Selangor, yang telah diasaskan oleh Sir FrankSwettenham. Kini, bekas tapak Kelab Lumba Kuda Selangor telah digantikan dengansebuah pusat seni yang telah rasmikan oleh Perdana Menteri Malaya, Puan Zeti Jalil padatahun 1999.

Apabila pintu lif dibuka, kami dapat melihat beberapa orang lelaki dan wanitayang sedang menunggu untuk menggunakan lif. Mereka memakai pakaian yang telahmereka pakai untuk ke konsert simfoni yang baru sahaja selesai mereka saksikan di dalamkompleks seni ini.

“Kamu berdua pernah ke sini di sekitar tahun 2005?” Tanyaku sebaik sahaja kamikeluar dari pintu lif lalu berjalan ke arah ruang legar dewan simfoni yang besar itu. Disana masih terdapat ramai orang yang sedang berkumpul sambil berbual kosong setelahmereka selesai menyaksikan persembahan simfoni di sana. Pengunjung lelaki rata-ratanyamemakai kot hitam dan wanita pula berpakaian gaun malam yang menampakkankeanggunan mereka. Ada juga di antara mereka yang pergi dengan memakai baju batikdan pakaian tradisi masing-masing.

http://nizamzakaria.blogspot.com 235

“Tidak... Tapi kami tahu Pusat Kesenian Malaya ini merupakan antara pusat senitersohor di dunia. Di sini terdapat sebuah dewan filharmonik, beberapa buah panggungteater pelbagai saiz dan fungsi. Sebuah galleri seni moden yang tersohor dengan koleksilukisan abad ke-20 dari serata dunia. Tidak lupa juga sebuah pusat membeli-belah yangtelah dibina di dalam kompleks seni ini.” Jawab Eva. Dia memandang ke arah Ivana yangingin menambah berkata-kata pula:

“Pusat Kesenian Malaya telah direka oleh arkitek terkenal Tan Teck Boon yangpernah memenangi anugerah Pritzker. Selain dari mereka pusat kesenian ini di KualaLumpur, satu lagi rekaannya yang terkenal adalah Muzium Guggenheim di Bilbao,Sepanyol, di mana rekaan bangunan itu nyaris-nyaris diberikan kepada Frank Gehry...”

“Tan adalah seorang arkitek yang jauh lebih berbakat dari Gehry... Lihat sahajalahbangunan ini.” beritahuku sebaik sahaja kami keluar dari ruang legar Dewan FilharmonikKuala Lumpur. Bangunan ini kelihatan seperti sebuah mangkuk kaca yang telahditelangkupkan. Di dalamnya terdapat beberapa pohon yang telah dibiarkan tumbuhmerendang. Bangunan-bangunan lain pula kelihatan unik dengan reka bentuk pasca-moden yang membuatkan Pusat Kesenian Malaya diiktiraf sebagai di antara karyasenibina yang terpenting dari abad ke-20.

Keadaan menjadi sedikit gempar apabila rombongan Puan Zeti yang telahmenyerikan persembahan simfoni oleh Academy of St. Martin in the Fields pada malamitu keluar berjalan keluar ke ruang legar dewan filharmonik .

Diriku ditolak ke tepi oleh seorang pegawai polis supaya berdiri ke tepi untukmemberi ruang rombongan Perdana Menteri ke kenderaan masing-masing yang sedangmenunggu di luar. Aku sedang berdiri bersama beberapa warga Kuala Lumpur yang lainyang mahu memerhatikan wajah Perdana Menteri Malaya secara dekat. Aku dapatmerasakan bagaimana mereka yang sedang berada di sampingku pada waktu itu cukup-cukup menyayangi serta menghormati Perdana Menteri mereka.

“Kita hanya ada tiga hari sahaja untuk mencari orakel kita ini sebelum diamenyambut ulang tahunnya yang ke-18.” Bisikku ke telinga Eva. “Tapi kau mahu tahuapa?”

“Apa dia?” tanya Eva tanpa memandang ke arahku. Dia tertarik melihat pakaianbaju kebaya ketat yang sedang dipakai oleh anak bongsu Puan Zeti yang baru sahajamelangkah masuk ke dalam sebuah kereta Rolls Royce berwarna hitam yang akan dinaikioleh kedua ibu dan bapanya sebentar lagi.

“Ada sesuatu yang tak kena di sini... Aku dapat merasakannya.” Mataku penuh kearah Puan Zeti yang sedang berhenti untuk berbual sebentar dengan seorang tokohkorporat terkenal di ruang legar Dewan Filharmonik Kuala Lumpur.

“Jadi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 236

“Perdana Menteri Malaya akan dibunuh pada malam ini.” Beritahuku sambilmemandang mereka yang sedang berada di tempat aku berdiri.

Wajah Eva berubah semendung malam setelah mendengar kata-kataku. Diamembisikkan sesuatu ke telinga Ivana. Mereka memandang ke atas dan ke hadapan.Mereka ingin mencari wajah-wajah yang mencurigakan di sekeliling mereka.

“Dia tidak sepatutnya mati... Bukan Puan Zeti ini merupakan Perdana MenteriMalaya yang paling lama berkhidmat di negara ini?” tanya Ivana kepadaku.

“Ya,” jawabku pendek. Puan Zeti mula berkhidmat sebagai Perdana MenteriMalaya apabila beliau menggantikan tempat Encik Lee Ka Fai pada tahun 1997. Beliaumenjadi Perdana Menteri Malaya sehingga ke tahun 2010. Beliau sememangnya tidaksepatutnya mati pada malam ini.”

“Jadi siapa yang akan membunuhnya?” tanya Eva bersungguh-sungguh.

“Kita akan mengetahui sebentar lagi.” Kataku yang langsung tidak dapat menilikapa yang akan dilakukan sebentar lagi. Perkara ini amat-amat menggusarkan. Aku tidakfaham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Tentu ada sebabnya mengapa Dr. Cuomo menghantar kami ke titik ruang danmasa ini mengikut apa yang ditafsirkannya melalui buku Nostradamus yang hilang itu.Jika sememangnya terdapat percubaan untuk membunuh Puan Zeti, maka tepatlah tilikanNostradamus.

Kini aku pasti seorang agen Frère Maçon yang bekerja untuk kaum Daevas sedangberada di sini. Kemungkinan besar, mesin menjelajah masa yang ingin mereka bina telahberjaya mereka siapkan untuk mengubah realiti masa hadapan. Jika benarlah perkara iniberlaku, ini bermakna mereka telah pun menjelajah ke tahun 1555, lalu mendapatkanmanuskrip rahsia Nostradamus yang telah dikatakan hilang kerana telah dicuri olehkumpulan Illuminati itu. Jika tidak, mereka tidak mungkin akan cuba mengubah realitisejarah pada waktu ini.

Aku tidak mungkin dapat membenarkan perkara ini dari berlaku. Jika akumembenarkan perkara ini berlaku, sejarah Malaya dan seterusnya sejarah dunia pasti akanberubah di masa hadapan.

Malaya adalah sebuah kuasa ekonomi yang terkuat di Asia selepas Jepun. SelepasPerang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah mengebom kepentingan Jepun di Singapura.Pihak tentera Amerika Syarikat hampir-hampir dapat memusnahkan Kota Singapura,sehingga menyebabkan Jepun menyerah kalah kerana mereka takut jikalau kemusnahanyang sama akan dilakukan oleh pihak tentera Amerika Syarikat terhadap kota-kota diJepun nanti.

http://nizamzakaria.blogspot.com 237

Jadi, selang dua minggu selepas pihak Tentera Bersekutu berjaya merampaskembali Malaya dari tentera Jepun, Maharaja Jepun, Hirohito mengisytiharkan kekalahanmutlak Jepun kepada pihak Tentera Bersekutu.

Selepas perang, pemerintah Amerika membina semula Malaya denganmenggunakan dana "Program Pemulihan Ekonomi" yang lebih terkenal dengan namaMarshall Plan, dengan Kongres Amerika Syarikat memperuntukkan berjuta dolar untukpembinaan semula Malaya. Melalui dana tersebut, infrastruktur perindustrian danekonomi Malaya dibina secara komprehensif. Sejak diberikan kemerdekaan pada tahun1953 oleh kerajaan Amerika dan British, rakyat Malaya diberikan mandat untuk memilihsendiri kerajaan pimpinan mereka secara demokratik, lantas sejak lewat tahun 1960-an,Malaya terus menjadi sebuah kuasa ekonomi yang utuh di mata dunia.

Maka segala kemakmuran yang dapat dilihat di Malaya pada ketika ini datangnyadari segala kemusnahan yang telah berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Malaya terkenalsebagai sebuah negara perindustrian yang mengeluarkan produk-produk bermutu untukpasaran dunia. Kereta jenama Sepang sebagai contoh, adalah di antara jenama kenderaanyang paling laris jualannya di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Jenama baranganelektronik Pertama pula terkenal dengan kecanggihan teknologi serta rekaannya yangmenarik. Pendek kata, ekonomi Malaya telah dijanakan oleh syarikat-syarikat gergasiseperti ini.

Aku dapat merasakan Frère Maçon mahu melakukan sesuatu untuk mengubahperjalanan sejarah lalu melenyapkan realiti ini sama sekali.

Aku dapat melihat perubahan di wajah Eva. Dia menepuk bahuku lalu memintaaku memandang ke bangunan di hadapan Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Di dalammasa yang sama, dengan sepantas kilat dia bergerak ke arah hadapan seolah mahumenghalang sesuatu...

Segala-galanya bergerak dengan begitu pantas sehingga ku sendiri perlu bergerakdengan laju untuk melawan arus masa. Dengan kuasa vampiroku, aku dapat melihatbeberapa butir peluru sedang bergerak dengan perlahan ke arah Puan Zeti. Manusia-manusia yang sedang berdiri di sekelilingku, kelihatan kaku seperti patung. Aku dengancepat terbang ke arah lelaki yang cuba membunuh Perdana Menteri Malaya ini. Eva danIvana cuba menggunakan kuasa masing-masing untuk menumpaskan serangan pembunuhupahan ini.

Eva dan Ivana dengan cepat dapat melihat bahawa peluru yang digunakandiperbuat daripada partikel air yang telah dikeraskan. Bukan teknologi tahun 2005, tetapiteknologi masa hadapan.

Ivana menggunakan kuasanya untuk mengawal partikel air lalu memecahkansetiap peluru yang datang sehingga berderai. Eva pula cuba menangkis beberapa butirpeluru yang datang dengan mencair kan peluru-peluru tersebut sehingga menjadi air danseterusnya wap. Mereka dapat bergerak begitu pantas sehinggakan pergerakan merekatidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 238

Aku dapat melihat lelaki yang cuba membunuh Puan Zeti yang sedang duduk diatas bumbung sebuah bangunan kepunyaan syarikat permainan elektronik terkemuka,C0ngkak. Dia sedang duduk di bawah struktur lampu neon C0ngkak yang besar itu -memikirkan tidak ada siapa pun yang akan melihatnya bersembunyi di sana.

Aku cepat-cepat mengambil senapangnya yang ditujukan ke arah Puan Zeti dibangunan hadapan. Kemudian aku memecahkan sebuah alat medan kuantum yang sedangdipakainya sebelum aku mengangkat tubuhnya tinggi-tinggi dengan menggenggam kuatkolar bajunya. Barulah kini aku tahu mengapa aku tidak dapat mengesan dirinya. Diamemakai alat medan kuantum ini agar mesin Geiger tidak akan dapat mengesankedudukannya sekarang yang mahu mengubah perjalanan sejarah!

Seterusnya aku membiarkan diriku bertindak di dalam pergerakan kepantasanmanusia biasa.

Lelaki berketurunan Eropah ini terkejut apabila mendapati dirinya tiba-tiba sahajadijulang di hadapanku. Dia memandang ke bawah, tepat ke mataku. Dengan cepat diadapat menangkap bahawa aku ini bukan manusia biasa, tetapi seorang vampiro.

“Siapa kau, sebenarnya?” tanyaku dengan berlembut. Apabila aku menolehbelakang, aku dapat melihat Puan Zeti sedang berjalan masuk ke dalam keretanya, seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Setiap butir serangan peluru yang telahditujukan kepadanya dapat ditumpaskan oleh Eva dan Ivana.

“Kau tahu kau tidak akan dapat mendapatkan sebarang jawapan dari aku wahaiVampiro.” Katanya. Aku dapat membaca dari fikirannya bahawa manusia di hadapankuini bernama Scott Weisselberg, seorang anggota Frère Maçon dari New York. Akumemandang kepada bahagian tangannya yang bertatu dengan simbol kompas danpembaris bersiku – simbol Frère Maçon. Dia datang dari titik ruang dan waktu ini, bukandari masa akan datang. Ini bermakna, dia hanya diberikan senjata, alat medan kuantumdan arahan dari kaum Daevas yang datangnya dari masa hadapan.

Manusia tidak mungkin dapat menjelajah masa seperti vampiro. Mereka tidakmungkin dapat terus hidup di dalam keadaan sinaran radiasi yang kuat yang dikeluarkandi dalam wormhole. Jadi, aku pasti Daevas hanya dapat menghantar arahan-arahan sertateknologi dari masa hadapan kepada anggota Frère Maçon yang bersekongkol denganmereka, dan tidak lebih dari itu.

“Siapa yang berikan peralatan ini semua?” bentakku. Dalam pada itu aku dapatmelihat pintu di atas bumbung itu terbuka lantas Eva dan Ivana tiba-tiba sahaja muncul disisiku.

“Kau tahu aku tak akan menjawab!” katanya dengan cuba mengukir senyuman diwajahnya yang nampak takut itu.

Eva memegang tangan kanan Scott, Ivana pula pada tangan kiri. Masing-masingmengeluarkan haba yang panas dan sejuk. Scott menjerit kesakitan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 239

Aku memandang ke dalam matanya untuk mengorek rahsianya. Aku mendapattahu bahawa sememangnya pihaknya tidak akan menyangka kami akan datang untukmenumpaskan percubaannya membunuh Perdana Menteri Malaya. Dari apa yang akubaca, percubaannya untuk membunuh itu akan mencetuskan satu efek domino yangseterusnya akan membawa kepada Perang Dunia Ketiga.

Aku melepaskan genggamanku. Dia terjatuh tersungkur di atas lantai bumbungbangunan C0ngkak.

“Pihak kau tidak boleh tahu kami sedang berada di sini.” Kataku perlahan, serayamemberitahu kepadanya nasib yang akan menimpa dirinya nanti. Aku menekan beberapabutang halimunan di tepi lenganku yang tidak dapat dilihatnya untuk mematikan fungsimedan hologram yang mengelilingi tubuhku. Pakaian yang kupakai kini berubah menjadipakaian serba hitam. Aku mengambil sebiji botol logam yang terlekat di belakangtubuhku. Aku membuang darah sintetik yang digunakan sebagai bahan tenaga untukmenjanakan pakaianku ini ke tepi yang tersimpan di dalam botol logam berwarna merahini.

“Kau tak akan menang!” getus Scott dalam saat-saat terakhir kehidupannya.“Ahriman akan dapat kami bebaskan juga akhirnya!”

Aku mengeluarkan pisau secespita yang tersemat di pinggangku. Aku memotonglingkaran urat di lehernya, lalu membiarkan darah yang deras mengalir ke dalam botol.Tubuh Scott menggelupur, tetapi dia tidak mungkin dapat melawan kekuatan seorangvampiro sepertiku lalu membebaskan dirinya dari genggamanku.

Selepas botol logam berjaya aku isi sehingga penuh, aku meratah darahnya.Setelah aku puas, aku berikan kepada Eva dan Ivana pula supaya menghisap darahnyasehingga tubuhnya tidak bernyawa lagi.

Aku meletakkan botol logam kembali ke tempatnya. Darah segar yang tersimpanini terus disejukkan oleh sistem AI yang terdapat di dalam pakaianku ini. Terdapat satulagi botol yang tersemat di belakangku. Sebiji botol dapat menjanakan tenaga pakaian iniselama seminggu lamanya.

Darah yang aku ambil tadi bukan untuk kegunaanku, tapi kelak aku hadiahkankepada orakel yang perlu aku cari sampai dapat itu, lantas dijadikan sebagai seorangvampiro sepertiku...

*

Maka pada hari itu aku pun bermimpi mengenai orakel yang menjadi buruanku. Di dalammimpiku itu, aku mendapat tahu bahawa orakel ini telah bermimpi tentang kemunculankulama sebelum aku tiba di sini semalam. Aku dapat melihat panorama Kota WilayahPersekutuan Singapura di dalam latar belakang mimpinya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 240

Aku bangun dari tidurku. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku masih tidakboleh meneroka ke luar lagi. Langsir bilik hotel yang tebal membuatkan bilikku ini gelapdan langsung senyap-sunyi keadaannya. Aku menekan butang alat kawalan jauh untukmenonton TV.

Di kaca TV aku menonton rancangan berita. Setelah menonton selama sejam, akuakhirnya berpuas hati kerana tidak ada apa-apa di dalam perjalanan sejarah dunia yangberubah. Aku membuat pemeriksaan yang lebih terperinci menggunakan mesinsuperkomputer yang aku pakai yang telah disambungkan kepada mesin Geiger untukmemeriksa jika terdapat apa-apa perubahan ketara di dalam perjalanan sejarah.

Komputer terus menunjukkan graf hologram yang telah menampakkan kekacauandalam garisan sejarah - tetapi tidak cukup ketara untuk membuat apa-apa berbezaan yangbesar kepada duniaku di masa hadapan. Perkara ini sekadar membuktikan bahawa kaumDaevas kini aktif cuba mengubah perjalanan sejarah.

Aku melepaskan nafas lega dalam rasa kerisauanku, kerana kini, PeperanganKuantum telah pun bermula.

Aku menggunakan alat komunikasi untuk berhubung dengan Eva dan Ivana. Akumeminta mereka turun dari bilik hotel Hilton Kuala Lumpur sebaik sahaja mataharitenggelam di ufuk timur. Kami harus bergegas ke Singapura pada malam ini juga!

*

Kami bertiga telah menggunakan sistem kereta api bawah tanah untuk seterusnya kestesen kereta api Kuala Lumpur di Brickfields. Di sana, kami telah membeli tiket ‘BulletTrain’ untuk ke Singapura. Perjalanan mengambil masa kurang dari dua jam.

Setibanya kami di stesen kereta api Tanjong Pagar, aku dapat merasakankehadiran orakel muda yang perlu kami cari di kota ini. Degupan jantungnya hampir-hampir dapat aku rasakan. Tapi siapa orakel ini sebenarnya? Aku masih kurang pastiidentitinya lagi...

“Mengikut kata Dr. Cuomo, orakel ini mempunyai darah keturunan Tiresias, dari

anak lelaki yang telah ditinggalkannya sebelum dia berubah menjadi vampiro.” Ujar Evakepadaku, mengingatkan kembali sesuatu perkara yang sudah lama aku tahu.

Kami bertiga sedang menaiki teksi untuk menuju ke arah Toa Payoh. Melaluikajian topografi 3D bangunan-bangunan pencakar langit di Singapura dengan apa yangdapat aku ingati melalui mimpiku, aku dapat merasakan orakel ini pasti berada dikawasan yang ingin kami tuju pada malam itu.

“Jika begitu... Aku rasa mungkin kita boleh mencarinya. Mungkin malam inijuga!” ujar Ivana pula dengan yakin.

“Bagaimana?” tanyaku ingin tahu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 241

“Salasilah anggota-anggota Illuminati agak komprehensif. Keturunan Tiresiasmerupakan di antara pengasas yang paling awal kumpulan ini. Mereka cukup arif denganlegenda ini... Tentang akan kelahiran seorang lagi orakel di dalam keluarga mereka.” UjarIvana. “Jadi, apa yang perlu aku lakukan adalah untuk menyemak kembali salasilahketurunan Tiresias dan lihat jika ada di antara mereka yang berkahwin dengan wargaMalaya.”

“Ibunya seorang wanita Melayu.” Kataku sambil memegang bibirku. Satukepastian yang aku dapat rasakan apabila aku cuba mengingati kembali wajahnya.

“Aneh...” ujar Ivana yang sedang sibuk berinteraksi dengan sistem komputernya.

“Apa dia?” tanya Eva ingin tahu.

“Aku tidak dapat mengesan mereka langsung.” Kata Ivana kerisauan.

“Illuminati tidak mahu orakel mereka ini dikesan. Lokasi dan namanya pasti telahdirahsiakan.” Jelasku kepada mereka berdua. “Tapi kau berdua tidak perlu risau... Akurasa aku akan dapat menjejakinya nanti.”

Aku telah mengarahkan pemandu teksi supaya mengikut arahanku apabila tiba dikawasan perumahan Toa Payoh. Aku sememangnya dapat merasakan bahawa vampiro inisemakin dekat kepadaku.

“Berhenti di sini!” perintahku kepada pemandu teksi. Aku terus bergegas keluardari dalam perut teksi lalu mencium udara malam di luar. Eva membayar harga teksi lalukami bertiga berdiri di sebuah kawasan perumahan di Lorong 1, Toa Payoh.

“Pencarian ini langsung tidak menggunakan kaedah saintifik!” tegur Ivana yangnampak kerisauan.

“Dia ada di sini... Aku pasti.” Sambutku dengan tenang. Aku memandang kepadakeadaan di sekelilingku. Aku pasti dia sedang berada di sini. Jadi aku terus berjalan, akucuba mengesan bunyi jantungnya yang dapat aku rasakan semakin kuat berdegup didalam hatiku.

Aku masuk ke dalam kedai 7Eleven di blok 111. Aku mendapati terdapat seoranggadis yang sedang bertugas di sana. Aku terus masuk ke dalam kedai lalu memerhatikanwajahnya dari cermin cembung yang terdapat di dalam kedai serbaneka itu. Wajahnyacantik dengan matanya yang redup dan rambutnya yang panjang – yang langsungmengingatkanku kepada rambut Hanim. Dia nampaknya begitu sibuk melayan parapelanggan yang datang sehingga dia tidak sedar diriku keluar dan masukmemerhatikannya dari jauh.

“Itu orakel kita. Namanya Aliya.” Kataku kepada Eva dan Ivana yang sedangmenunggu di luar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 242

Mereka berdua memerhatikan wajah Aliya yang sedang sibuk melayanpelanggannya. Mereka tersenyum puas. Mereka tahu esok adalah harinya apabila akuterpaksa menamatkan riwayat gadis yang sedang mereka perhatikan dari jauh ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 243

Buku III. Bab 3

Pada malam itu malam itu bulan mengambang penuh. Angin pula bertiup kencang.Mataku terus ke arah bangunan-bangunan pencakar langit di Singapura dari atasbumbung blok 116 yang terletak di Lorong 2, Toa Payoh itu.

Aku terus memandang ke hadapan. Bangunan-bangunan yang aku lihat tersergamjauh di bahagian selatan Kota Singapura ini semuanya telah dibina selepas Perang DuniaKedua.

Pada saat-saat akhir Peperangan Dunia Kedua, Amerika telah menjatuhkan bomatom ke kota Singapura. Hampir tiga perempat penduduk di Singapura mati dalamsekelip mata. Dan di dalam sekelip mata juga, kubu serta penempatan tentera Jepun yangterbesar di luar Jepun juga telah berjaya mereka dimusnahkan

Ketika itu, bangunan-bangunan di kota Singapura semuanya lenyap musnah-seperti padang jarak padang tekukur, gamaknya. Bom atom itu telah dijatuhkan danmeledak di daerah Victoria Street pada pukul 4.44 petang, 14 September1944.

Hanim adalah di antara mereka yang terkorban di dalam tragedi ini. Satu perkarayang benar-benar menghantui diriku sehingga ke hari ini. Aku kurang pasti siapa harusaku salahkan di dalam hal ini. Kerana pada waktu itu, aku cukup sedar bahawa Damaktelah meninggalkan Hanim di Singapura apabila dia terpaksa ke Siam untuk melarikandirinya dari terus diburu oleh tentera-tentera Jepun. Aku sepatutnya pergi sendiri mencariHanim di Singapura lalu membawanya pulang bersamaku ke Bali. Tapi perkara initernyata tidak aku lakukan demi menghormati kehendak Damak yang tidak mahu akumendekati Hanim lagi.

Kini Hanim tiada lagi di dunia ini... Aku benar-benar merindukannya.

Aku dapat mencium bau Aliya. Dia nampaknya tidak menyedari tentangkehadiranku. Aku akhirnya membiarkan dirinya melihat kehadiranku yang sedang berdiridi tepi bahagian bumbung flat setinggi 20 tingkat ini.

Kami bersemuka lalu berbual. Aku mendapati Aliya ini cukup-cukup lucuorangnya. Mahu sahaja aku ketawa berdekah-dekah mendengar jawapan-jawapan yangterkeluar dari mulutnya, tetapi aku terus mengawal diriku dari ketawa lalu menampakkanwajah yang serius.

Pada mulanya memang Aliya langsung tidak dapat menerima hakikat bahawa diatelah dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang orakel. Aku akhirnya memberitahukepadanya tentang keadaan dirinya sebagai seorang anak angkat serta bagaimana ibu danbapanya telah melakukan pengorbanan yang besar agar satu hari nanti dia dapat menjadiseorang orakel yang bakal menyelamatkan umat manusia.

Tapi pada malam itu aku tidak sempat menceritakan kepada Aliya apa yangakhirnya dapat dikorek oleh Eva tentang latar belakangnya. Ibu dan bapanya telah

http://nizamzakaria.blogspot.com 244

meninggalkan Aliya kepada sebuah keluarga di Segamat beberapa minggu sebelum dirimereka diburu lalu dibunuh. Aku pasti perkara ini telah dilakukan di atas perintahgolongan Daevas yang cuba mengubah perjalanan sejarah. Aku pasti mereka sanggupmelakukan apa sahaja asalkan mereka dapat menghalang kami dari cuba memangkastindakan mereka mahu mengubah perjalanan sejarah.

Menurut pengujaran kumpulan Illuminati di dalam siasatan yang telah dilakukanoleh Eva dan Ivana, kedua ibu dan bapa Aliya telah mati dengan keadaan misteri. Merekatelah dikatakan mati ditembak dengan peluru yang hilang di dalam tubuh mereka. Evadan Ivana pasti telah dibunuh dengan pistol berpeluru air batu, sejenis teknologi yangdatangnya dari dunia masa depan.

Mereka dapat memburu ibu dan bapa Aliya tetapi sehingga ke hari ini merekamasih lagi tidak dapat menemui orakel muda ini.

Jadi pada malam itu, aku akhirnya menyelesaikan tugasku. Aku mengeluarkanpisau secespita, lalu kutoreh tanganku sebelum pisau itu aku gunakan untuk menikamperut Aliya sebelum kutolak tubuhnya sehingga jatuh dari bumbung flat.

Mayat Aliya terkulai di atas lantai. Mati. Pada saat itu, mesin-mesin mikrosopikSDN di dalam tubuhnya memulakan tugas mereka dengan menggantikan sel-sel yangmati dengan sel-sel hidup yang disintesiskan. Dalam masa kurang 24 jam lagi, Aliyaakan dilahirkan semula sebagai seorang vampiro. Tubuhnya akan terus hidup walaupunmungkin... Ya, mungkin rohnya sudah bercerai dari tubuhnya.

*

Pada malam itu aku membawa Aliya masuk ke dalam wormhole yang aku buka untukkembali ke Paris pada tahun 2061.

Apabila aku keluar dari wormhole, aku mendapati riak wajah para saintisilluminati serta vampiro yang ada di dalam makmal adalah sama seperti ketika aku masukke dalam wormhole untuk menjelajah ke tahun 2005, beberapa hari yang lalu.

Mereka dapat melihat kelibat aku, Eva dan Ivana masuk ke dalam wormhole, lalutak sampai sesaat kemudian, mereka dapat kami keluar dari wormhole yang samamembawa Aliya keluar bersama kami.

Mereka semua nampak terkejut. Terdiam buat seketika. Ada di antara para saintisterus menganalisis maklumat yang dikumpul kami yang terus dimuat turun ke dalammesin Geiger. Beberapa saat kemudian, barulah mereka sedar bahawa kami sebenarnyatelah pun melaksanakan misi pertama kami dengan berjaya. Mereka semua bertepuktangan lalu mengucapkan tahniah kepada kami bertiga.

“Kita tidak boleh terlalu gembira... Mereka telah pun berjaya merentas masa.”Ujarku kepada mereka dengan suara serius. Wajah-wajah mereka yang sedang berada didalam makmal terus berubah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 245

“Sehingga kini, belum ada perubahan ketara di dunia luar.” Ujar seorang vampiroyang sedang menganalisis realiti ruang dan waktu di Paris pada ketika itu.

“Keadaan ini tidak mungkin akan berkekalan.” Kataku, lalu memberi isyaratkepada Dr. Wildstein supaya mematikan fungsi medan kuantum yang melindungimakmal ini dari dunia luar lalu menyambungkan makmal ini ke bangunan induk.

Aliya memegang lenganku dengan erat. Fikirannya masih bingung. Sesekali diaakan menoleh lalu memandang ke arah Eva dan Ivana yang sedang dibantu oleh beberapaorang saintis muda yang cuba mengeluarkan peralatan-peralatan khas yang telahdisambungkan ke pakaian mereka.

“Di mana kita sekarang?” tanya Aliya kepadaku. Matanya memandang kepadasfera besar yang dapat dilihatnya melalui dinding cermin makmal ini.

“Di Paris, lebih 150 meter di bawah tanah. Tahun 2061.” Aku menjelaskan.Beberapa orang vampiro sedang memandang kepadanya dengan wajah penuh hormat.Mereka menundukkan kepala mereka sebaik sahaja Aliya memalingkan wajahnya ke arahmereka.

“Mereka semua vampiro seperti kau, Awang?” tanya Aliya kepadaku. Dia ternyatadengan cepat terus memperoleh kebolehan untuk membaca fikiran makhluk-makhluk disekelilingnya.

“Ya... Kau juga kini seorang vampiro.”

Aliya mengeluh. Aku tahu sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Dia tahu diatelah pun mati. Tetapi aku yakin, dia merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkannasib umat manusia dan bumi yang akan dikuasai mesin-mesin mikroskopik SDN melaluihos mereka, kaum Daevas nanti.

“Mungkin kau perlu berehat.”ujar Lilith yang bertubuh tinggi dan mempunyaiwajah yang menakutkan itu. Mata Aliya terbeliak melihat makhluk aneh yang sedangberdiri di hadapannya itu. Dia hampir-hampir mahu pengsan kerana ketakutan dibuatnya.Genggaman jari-jemarinya kepada lenganku semakin kuat kurasakan.

“Siapa dia ni?” bisik Aliya kepadaku.

“Oh, ini Lilith. Sahabat lamaku. Seorang bangsa Daevas.”

“Hah?”

“Kau pernah membaca buku Chariots of the Gods oleh Erich Von Daniken?”tanyaku kepada Aliya kerana aku tahu dia minat membaca. Itulah sahaja hobi yang diaada dan yang telah dilakukannya sejak kecil. Aku tahu dia suka membaca kerana itulah

http://nizamzakaria.blogspot.com 246

satu-satunya cara untuk dia membawa dirinya jauh dari realiti sempit yang menggamithidupnya.

“Tidak... Tapi aku tahu apa yang ditulisnya. Tentang makhluk dari planet lainyang datang ke bumi untuk membina tamadun-tamadun awal di bumi.”

“Secara kebetulan, teori Erich Von Daniken ternyata ada betulnya.”

“Jadi... Lilith bukan berasal dari bumi?” wajah Aliya kehairanan. Matanya teruskepada Lilith.

“Bukan.” Jawabku sambil tersenyum.

Lilith menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aliya. Dengan ragu-ragu Aliya memegang tangan Lilith yang keras menggerutu itu lalu menyambut salamnya.Dengan cepat dia dapat membaca isi hati Lilith. Dia kini sedar bahawa Lilith mempunyaihati yang baik. Lilith ternyata ikhlas mahu membantu dan menyelamatkan manusia,walaupun dia sedar bahawa apa yang dilakukannya ini seperti mengkhianati kaumnyasendiri.

“Kau tidak mengkhianati mereka... Kerena tubuh mereka telah dipergunakanseperti boneka.” Aliya tiba-tiba bersuara. Dia tertunduk ke lantai. Dia tidak tahu apa yangdisebutkannya.

“Ya, aku tahu. Itulah yang aku cuba terapkan kepada diriku dari masa ke semasa.Sebab itulah aku mahu membantu umat manusia.” Lilith menjawab. Wajah‘exoskeleton’nya nampak kaku. Tanpa kebolehan Aliya membaca fikiran Lilith, dia tidakmungkin dapat membaca perasaan Lilith yang agak sedih itu.

“Kau perlu berehat.” Kataku kepada Aliya apabila matanya memandang kepadakeadaan di dalam makmal, lebih-lebih lagi ke arah mesin yang akan digunakannya kelak.Dia seperti sudah tahu akan tugas yang perlu dilakukannya tanpa aku perlu menjelaskankepadanya dengan lebih lanjut lagi.

“Tidak... Mungkin kita perlu memulakan tugas kita secepat mungkin!” kata Aliyaapabila aku dapat melihat dia memegang kepalanya dengan tangan kirinya.

“Mengapa?”

“Mereka mahu melakukan beberapa perkara yang besar untuk mengubah sejarah.”Kata Aliya seperti mencari sesuatu yang terlintas di dalam fikirannya.

Aliya melepaskan genggamannya ke lenganku. Dia berjalan ke arah mesin khasyang telah dibina di dalam makmal ini. Dia duduk di situ seolah-olah dia telah lama tahubahawa mesin ini sememangnya telah direka khas untuk dirinya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 247

Aku dapat melihat Dr. Wildstein terus bergegas mendapatkanku dari keadaannyayang sibuk menonton rakaman video yang telah dimuat turun dari pakaian yang dipakaiEva ke dalam mesin Geiger.

“Ajar dia bagaimana untuk menggunakan mesin ini.” ucapku kepada Dr.Wildstein. Dia mengangguk cepat. Dia berjalan mendapatkan Aliya. Dengan suara yangperlahan dia mengajar Aliya cara-cara untuk menggunakan mesin ini. Aku dapat melihatAliya mengangguk kepalanya berkali-kali tanda faham.

Dr. Wildstein mengenakan alat yang kelihatan seperti lintah itu ke kepala Aliya.Alat tersebut membuka ‘mulutnya’ lalu mencengkam ke permukaan kepala Aliya. Dr.Wildstein bertanyakan kepada Aliya jika dia selesa berkeadaan seperti ini. Aliya hanyamengangguk tanpa menambah kata-katanya.

“Jadi apa kau mahu buat sekarang?” tanyaku kepada Aliya dengan suara ingintahu. Memang aku anggap budak Aliya ini pelik, satu perkara yang tidak aku jangkakansama sekali sebelum ini. Semangat ingin tahunya terlalu tebal.

“Aku mahu menggunakan alat ini sekarang juga!” ujar Aliya dengan tegas.Kalimah-kalimahnya ini membuatkan aku langsung terkejut.

“Kau masih lemah lagi... Lagipun kau tak tahu apa yang kau lakukan.”

“Aku boleh belajar.” Aliya menegaskan. Aku menggelengkan kepalaku lalumemandang ke arah Dr. Wildstein yang sedang mengesat peluh jantan di kepalanya.Beberapa orang saintis mula berjalan mengelilingi mesin orakel ini.

Aku saling berpandangan dengan Dr. Wildstein. “Jadi apa pendapat kau?”tanyaku kepadanya dengan perlahan.

“Mesin ini memang sudah boleh digunakan.” Jawab Dr. Wildstein dengan pasti.

“Jadi apa kita tunggu lagi?” Kata Lilith sambil berpeluk tubuh di belakangku. Akumengangguk bersetuju.

“Kita tak ada masa untuk uji mesin ini... Jadi kita cuba guna sahaja mesin inisekarang. Setuju?” tanyaku kepada Dr. Wildstein.

Dr. Wildstein mengangguk. Dia memanggil para saintisnya. Dia memberitahu apayang sedang berlaku. Mereka mengangguk dengan wajah teruja.

“Kamu perlu melihat garisan-garisan sejarah sebagai satu talian yang dinamik.Ruang dan masa hanya satu ilusi. Apabila kamu melihat ke belakang atau ke hadapan,cari satu titik yang ingin kamu jelajahi. Lihat dengan menggunakan mata hatimu, bukanbiji matamu.” Beritahu Dr. Cuomo yang akan menganalisis informasi yang akan dapatdilihat oleh Aliya kelak kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 248

Aliya sekadar menggigit bibirnya tanpa menyambut kata-kata Dr. Cuomo tadi.

Aku pasti Aliya tidak faham apa yang dinyatakan oleh Dr. Cuomo. Kata-katanyapenuh dengan kata-kata kabur yang aku sendiri terpaksa mengambil masa untukmencernakannya.

Seorang vampiro berbangsa Cina mengeluarkan arahan bahawa generator medankuantum telah pun dihidupkan. Beberapa detik kemudian, gelang-gelang logam yangmengelilingi kerusi yang diduduki Aliya berpusing dengan laju di setiap arah sehinggamesin ini kelihatan seperti ia telah dikelilingi dengan sebuah sfera.

Dr. Cuomo memberi isyarat dengan ibu jarinya untuk memberitahu kepada Aliyabahawa fungsi mesin ini kini sudah pun dihidupkan dan berjalan dengan lancar.

Angin yang kencang dapat kurasakan dikeluarkan dari mesin ini. Aku dapatmelihat mata Aliya bulat ke hadapan. Aliya menghulurkan tangannya untuk menyentuhpancaran hologram dalam bentuk 3D di hadapannya. Beberapa jalur-jalur halus munculuntuk menunjukkan ruang dan masa yang bersangkut paut di antara satu dengan yanglain. Aliya seperti mencari sesuatu melalui jalinan jalur-jalur ruang dan masa yangbergerak dengan cepat melalui pancaran hologram di hadapannya.

Selang seminit kemudian, aku dapat melihat Aliya sedang memerhatikan satujalur yang mewakili satu titik dalam ruang dan masa yang telah menarik perhatiannya.Dia memastikan agar hologram terus memancarkan titik yang dipilihnya ini, denganmenarik jalur ini ke hadapan. Dia meneliti jalur dengan dekat sebelum dia menarikkembali kedua belah tangannya lalu berpeluk tubuh, memerhatikan hasil kerjanya denganpuas.

Gelang-gelang logam dengan perlahan-lahan berhenti bergerak sehingga akhirnyaia berhenti dengan sendiri. Alat organik yang tersambung di kepala Aliya kini mengecutlalu berundur ke belakang seperti seekor lintah yang telah puas menghisap darahmangsanya.

Aku dapat membaca dari raut wajah Aliya bahawa dia seperti tidak sabar-sabaruntuk memberitahu kepadaku tentang penemuannya.

“Mereka ingin mengubah sejarah agar nanti bom atom tidak akan dijatuhkan diSingapura... Tetapi di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.” Jelas Aliya kepada Dr. Cuomo,tetapi wajahnya tetap kepadaku.

“Apa?” mulut Dr. Cuomo ternganga besar. Dia tidak dapat membayangkan impakkepada jumlah korban manusia jika perkara seperti ini dibenarkan berlaku. Penduduk dikedua-dua kota itu lebih ramai dari di Singapura. Jumlah mereka yang akan mati pastinyalebih ramai lagi.

“Bila dan di mana?” tanya Dr. Cuomo sambil meramas-ramas rambutnya yangberuban itu. Wajahnya jelas risau.

http://nizamzakaria.blogspot.com 249

“Pada tahun 1939. Singapura.” Jelas Aliya. “Aku sudah dapat menentukan titikruang dan waktunya... Tapi—“

“Tapi apa, Aliya?” pintasku dengan pantas. Wajah Aliya kulihat sedikit terusik, didalam keadaannya duduk di atas kerusi mesin orakel seperti seorang ratu di atassinggahsananya.

“Kau lihat di sini...” dia menudingkan jarinya kepada jalur-jalur masa yangmungkin hanya dia sahaja yang dapat memahaminya dengan jelas yang terpancar melaluimontaj hologram di hadapannya. “Ada dua jalur yang bertentangan di sini. Ini bermaknamereka akan berada di titik ruang dan waktu yang berlainan untuk mengubah peristiwayang sama.”

“Apa?” aku kekeliruan jadinya. Aku tidak tahu jika aku sepatutnya bimbang atausebaliknya. Keadaan di dalam makmal terus senyap. Mungkin ada di antara para saintis disini lebih memahami tentang perkara ini lebih dariku.

“Ini bermakna kita hanya mempunyai satu sahaja pilihan dari dua titik ini untukkita ubah.” Jelas Dr. Cuomo. “Mungkin mereka mahu melakukan perkara ini untukmengelirukan kita semua melalui paradoks masa yang mereka cipta.”

“Atau mungkin... Apa sahaja yang bakal kita lakukan tidak mungkin akanmengubah perjalanan sejarah yang mahu mereka ubah... Ataupun telah pun merekaubah!” Aliya menjelaskan. Matanya memandang ke bawah. Dia sedang mencari jalanpenyelesaian. Tetapi jalan tersebut sukar untuk dicarinya.

“Kenapa jalur ini bergerak-gerak?” tanyaku ingin tahu. Jalur ini pada mulanyaberwarna biru, kini berubah merah.

Di dalam masa yang sama, bunyi amaran kedengaran memekakkan telinga.Medan kuantum di dalam sfera dihidupkan secara automatik. Jambatan yang memisahkanmakmal ini dengan bangunan utama ditarik balik.

“Apa yang sedang berlaku?” tanya Aliya kerisauan. Cahaya merah dikelipkan didalam makmal berkali-kali. Kini para saintis dan vampiro kembali bergegas ke stesenmasing-masing di dalam keadaan berjaga-jaga.

“Mesin Geiger dapat mengesan berlakunya gangguan besar kepada pergerakansejarah. Mesin ini sedang melakukan langkah kecemasan untuk memisahkan makmal inidengan dunia luar agar kita tidak akan terlibat dengan perubahan ini.” Dr. Wildsteinmenjelaskan. Wajahnya nampak risau.

“Kalau macam itu, kita harus bertindak dengan cepat.” Kata Eva. Ivanamengangguk cepat, bersetuju dengan pendapat kembarnya itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 250

Aku tidak mempunyai pilihan lain selain dari sekali lagi menjelajah masa untukbertarung di dalam Peperangan Kuantum yang sudah pun meletus ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 251

Buku III. Bab 4

Aku keluar dari stor yang terletak di bahagian bawah kabaret New World. Akumenghidupkan fungsi medan hologram supaya menampakkan diriku berpakaian kot serbaputih.

“Kita perlu ke mana malam ini?” tanya Ivana kepadaku. Dia nampak anggundengan gaun malam yang dipakainya. Begitu juga Eva. Dari dalam stor yang gelap itukami dapat mendengar beberapa anggota muzik yang sedang menguji alat muzik merekasebelum kabaret ini dibuka sebentar lagi.

Kami bertiga berjalan menaiki tangga, lalu membuka pintu stor. Suasana di tamanrekreasi New World agak meriah. Aku dapat mendengar suara-suara gembira merekayang datang ke taman rekreasi untuk bersuka-suka dari bahagian belakang dewan kabaretini.

“Malam masih muda lagi.” Kataku sambil memandang ke ufuk barat. Cahayamatahari kelihatan kelam di sana. Mataku ke kiri dan ke kanan seolah mencari sesuatu.

“Kenapa kita ke sini?” tanya Eva. Dia dapat melihat diriku yang langsung tidakdapat menumpukan perhatianku kepada misi kedua kami ini. Tentu dia mahu tahumengapa aku telah mengarahkan mesin Geiger supaya membuka wormhole lalumembawa kami ke destinasi ini.

“Aku perlu mencari seseorang yang lama tak aku temui...” jawabku perlahan.

“Siapa?” tanya Eva.

“Hanim namanya...”

“Seorang vampiro?”

“Bukan.” Jawabku pendek. Aku tidak mahu menjelaskan lagi kepada mereka. Halini merupakan satu perkara yang agak peribadi bagiku.

Eva tersenyum sinis ke arah Ivana. Kemudian Eva memegang erat lenganku lalumenyandarkan kepalanya ke bahuku. Kami berjalan sehingga kami tiba di kawasan pintugerbang New World. Beberapa orang kanak-kanak dapat kulihat mengunyah gula kapasberwarna merah jambu. Wajah mereka jelas bahagia. Aku menarik nafasku panjang-panjang. Aku pasti jika mereka masih berada lagi di Singapura selang beberapa tahunakan datang, mereka semua akan mati – mereka dan seluruh anggota keluarga merekaakan menjadi mangsa bom atom yang akan dijatuhkan ke Singapura nanti.

Tugasku kali ini adalah untuk memastikan agar perkara ini akan berlaku. Akuperlu memastikan agar sejarah tidak akan ditukar sesuka hati oleh Daevas. Singapuraperlu musnah bersama beratus ribu penduduknya, termasuk Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 252

Sememangnya tugasku kali ini memang sukar. Aku serba salah jadinya.

Di hadapan New World, aku menahan sebuah teksi yang sedang dipandu olehseorang lelaki Cina berwajah ceria. Pemandu teksi ini keluar dari teksinya lalu membukapintu teksi untuk Eva dan Ivana. Aku duduk di bahagian hadapan teksinya.

“Mahu ke mana, tuan?” tanya si pemandu teksi kepadaku sebaik sahaja aku dudukdi dalam teksi.

“Raffles Hotel.” Aku menjawab sambil memandang ke arahnya. Si pemandu teksimengangguk cepat.

Tatkala itulah aku dapat melihat kelibat Hanim keluar dari sebuah teksi yang telahdisewanya. Hanim sedang memakai baju kebaya ketat dengan sehelai selendang yangdiletakkan di bahunya. Dia kelihatan anggun.

Aku dapat melihat wajah Hanim sedikit terganggu. Dia memandang ke kiri dan kekanan, seolah mencari sesuatu. Teksi yang aku naiki terus bergerak dari Jalan Besar kearah Beach Road.

“Cantik orangnya,” ujar Ivana kepadaku. “Itu pasti Hanim, bukan?”

“Ya... Hanim memang cantik orangnya.” Kataku perlahan. Kemudian akumenoleh ke arah kembar Eva dan Ivana. Aku dapat membaca apa yang sedang merekafikirkan pada waktu itu. Mereka sedang memikirkan tentang keadaan diri mereka dankeluarga mereka yang pada saat yang sama sedang berada di Budapest.

“Tentera Nazi akan menyerang Poland tidak lama lagi.” Kataku perlahan kepadaEva, kepada peristiwa penting yang akan berlaku pada titik ruang dan waktu kami jelajahiini.

“Ya... Aku tahu.” Jawabnya. Dia memegang tangan Ivana dengan erat.

Aku termenung jauh. Kemudian aku melepaskan kalimah-kalimah yang aku ambildari sajak bertajuk September 1, 1939 oleh W.H. Auden:

“I and the public know. What all schoolchildren learn. Those to whom evil isdone. Do evil in return.”

“Kau merujuk kepada dirimu atau kami?” tanya Ivana dengan keningnya ternaiktinggi. Mulutnya mencebik ke tepi.

“Kepada kita semua...” Jawabku sambil menjeling. Aku memikirkan tentangAuden yang pernah aku temui melalui sahabatku Christopher Isherwood tatkala akuberada di Berlin. Auden adalah di antara penyajak yang paling aku sayangi dari abad ke-20.

http://nizamzakaria.blogspot.com 253

“Kau berada di Berlin pada masa ini?” tanya Eva yang sememangnya tidakmengetahui tentang hal ini langsung dariku.

“Tidak... Aku berada di Berlin pada awal tahun 1930-an. Kemudian akumengambil keputusan untuk berpindah ke Bali pada tahun 1937 setelah aku jatuh cintakepada lukisan-lukisan Walter Spies yang pernah aku lihat di Berlin.”

“Tapi mengapa?” tanya Ivana.

“Mengapa tidak?” tanyaku kembali sebelum menambah lagi: “Tapi aku masihterus berhubung dengan rakan-rakanku di Berlin. Lagipun, siapa yang kau fikirkan telahmengarahkan Vampiro Möllemann supaya pergi menemuimu dahulu?” tanyaku dengansuara sinis. Sememangnya beberapa kertas kajian tentang Eva dan Ivana yang telahdikumpulkan oleh para saintis Nazi akhirnya pindah ke tangan Illuminati sebelum merekakemudiannya memberitahu kepadaku tentang kewujudan kembar istimewa ini.

Aku lihat Eva dan Ivana saling berpandangan. Kemudian Ivana menyentuhbahuku dari belakang sambil membisikkan ucapan terima kasih mereka kepadaku.

Teksi yang kami naiki berhenti di hadapan Hotel Raffles. Seorang lelakiberbangsa Sikh dengan pakaian uniform yang nampak segak membuka pintu teksi yangkami naiki. Lelaki Sikh itu mengucapkan selamat datang kepada Eva dan Ivana sebelumtertunduk hormat kepadaku.

“Buat apa kita ke sini?” tanya Ivana kepadaku. Matanya kini terus kepadabahagian hadapan bangunan Hotel Raffles yang telah dicat putih ini.

“Kita akan menetap di sini... Sementara itu, kita perlu bertemu dengan seorangrakanku, James Pearson—“

“Seorang Illuminati?” Eva cuba meneka.

“Ya. Juga seorang perisik British.” Aku menjawab sambil berjalan masuk kedalam Hotel Raffles. Apabila kami tiba di sebuah veranda yang kosong, akumemprogramkan sesuatu ke dalam sistem komputerku, lantas medan hologram merubahrupa serta bentuk Eva dan Ivana menjadi dua orang lelaki Inggeris yang berusia di sekitar30-an.

Eva dan Ivana saling berpandangan. Mereka tersenyum, lalu melangkah masuk kedalam sebuah kedai minuman yang terdapat di hotel ini.

“Tak molek jika aku dilihat membawa wanita masuk ke dalam Long Bar ini.” Akumemberitahu. Kemudian aku memandang ke arah seorang lelaki berbangsa Serani yangsedang bertugas sebagai pelayan yang pada ketika itu sedang berhenti berdiri di hadapankami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 254

“Kami ingin menemui encik Pearson. Dia selalunya duduk di sana... Oh itu pundia.” Kataku, sambil menudingkan jariku ke arah Pearson yang sedang duduk di tempatbiasanya di tepi tingkap.

Aku mendapati Pearson sedang duduk bersama seorang rakannya - seorang lelakiberbangsa Scotland yang mempunyai sebuah ladang getah di Batu Pahat.

Wajah Pearson pucat apabila dia melihat kelibatku di sini. Dia terus memberitahurakannya bahawa dia mempunyai hal yang penting yang perlu dibincangkan dengan kami.Rakannya, terus meninggalkannya tanpa memandang ke arah kami bertiga.

Keadaan di dalam Long Bar agak nyaman pada malam itu. Lebih-lebih lagidengan adanya kipas anyaman yang di letakkan di bahagian siling lalu digerakkan ke kiridan ke kanan. Rata-ratanya, pengunjung Long Bar berbangsa Eropah. Ada di antaramereka adalah pegawai-pegawai British seperti Pearson yang bertugas di Singapura danada pula yang terdiri dari pelancong asing yang datang singgah ke koloni British ini.

Pearson memanggil seorang pelayan berbangsa Cina yang dikenalinya dengannama Boon, lalu memintanya membawa tiga gelas Singapore Sling dan segelas Whisky –walaupun dia tahu aku seorang vampiro yang tidak mungkin dapat minum apadipesannya.

“Bukan sekarang kau sepatutnya berada di Bali?” Tanya Pearson. Dia mengupassebiji kacang tanah yang diletakkan di atas sebiji mangkuk di atas mejanya lalu dibuangisinya ke atas lantai. “Kalau tak salah aku, kau duduk di Ubud berdekatan dengan rumahsi pelukis Walter Spies.”

“Ya...” aku mengangguk perlahan. “Tapi aku ada hal di sini... Oh ya, ini rakan-rakanku, John dan Roger.”

Pearson menghulurkan tangannya untuk bersalaman, tetapi Eva dan Ivana terusduduk kaku di atas kerusi rotan sekadar mengangguk. Pearson menarik tangannya lalutersenyum tawar.

“Mereka juga vampiro sepertiku.” Kataku perlahan kepada Pearson. Diamengangguk mengerti. Sebagai seorang Illuminati, kesetiaannya hanya kepada vampiroseperti kami.

“Apa yang kau perlukan dari aku, Awang?” tanya Pearson. Dia terusmenghabiskan air whisky di dalam gelasnya sebelum menunggu minuman whisky yangbaru sahaja dipesannya sampai. Matanya kadangkala akan beralih kepada sekumpulanpegawai kerajaan British yang sedang duduk menghadap ke bar sambil ketawa berdekah-dekah sesama mereka.

“Kau tentunya tahu tentang kepentingan Malaya di mata British—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 255

“Ya, sudah tentu.” Jawab Pearson dengan perlahan. Dia memastikan tidak adasesiapapun yang mendengar kata-katanya. “Malaya mengeluarkan 38 peratus daripengeluaran getah dan 58 peratus pengeluaran timah dunia. Koloni ini penting bagikami.”

“Kau pasti sudah mendengar desas-desus yang mengatakan tentera Nazi akanmenyerang beberapa negara di Eropah timur—“

“Ya...”

“Jika perkara ini berlaku, pasti Perdana Menteri Neville Chamberlain akanmengisytiharkan perang terhadap Jerman.”

“Mungkin juga...” Wajah Pearson nampak risau. Nafasnya turun naik dengancepat. “Jadi apa bantuan yang ingin kau mahukan dari aku?”

“Maklumat... Itu sahaja.”

“Maklumat tentang apa?”

“Tentang seorang jurutera pertanian dari Jepun bernama Asaeda.”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia sedang berada di Singapura... Kami perlu mencarinya sampai dapat.”

“Beri aku masa untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya.”

“Kami tidak mempunyai banyak masa.” Ujar Eva. Suara yang diluarkan diproseslalu kedengarannya keras menyerupai wajah medan hologram yang terpancarmenyembunyikan wajahnya yang sebenar.

“Lusa aku akan kembali ke sini. Dapatkan maklumat tentang dirinya. Anggappermintaan ini satu permintaan paling penting yang kau pernah dapat sebagai seoranganggota Illuminati.” Kataku dengan nada suara yang rendah. Pearson menelan air liurnya.Air yang dipesan kini telah pun sampai. Si pelayan bernama Boon itu terus meletakkangelas-gelas minuman di atas meja.

Aku termenung memandang ke luar tingkap. Kemudian aku bersuara: “Kamiterpaksa pergi dahulu.”

Pearson mengangguk perlahan. Kami bertiga berdiri lalu meninggalkannyakeseorangan di Long Bar sambil mengesat manik-manik penuh yang mula membasahidahinya.

*

http://nizamzakaria.blogspot.com 256

Kami bertiga telah ke Kampung Tanjung Irau. Kami telah ke sana berdasarkan maklumatyang telah diberikan oleh Pearson kepada kami. Katanya, Asaeda menetap di sebuahbanglo di kawasan tersebut. Kononnya dia perlu membuat beberapa kajian tanah dangeologi di sana.

“Aku tidak faham bagaimana seorang manusia biasa sepertinya boleh menentukanperjalanan sejarah dunia.” Eva seperti merungut ketika dia kubawa masuk ke dalamkawasan kampung yang terletak di utara Singapura ini.

“Semua orang telah ditentukan kedudukannya di dunia ini, Eva.” Kataku sambilmembiarkan Eva memaut ke bahuku ketika kami berjalan mendaki sebuah bukit kecil diatas jalan kampung di Tanjung Irau. “Ada pula mempunyai kedudukan yang lebih pentingdalam perjalanan sejarah. Jika diubah perjalanan hidup mereka, maka akan berlakulahefek domino yang akan mengubah segala-galanya. Asaeda adalah di antara mereka ini.Sebab itulah Daevas akan melakukan sesuatu kepadanya untuk mengubah perjalanansejarah masa depan.”

“Jika mengikut perjalanan sejarah, pada masa ini Asaeda sedang melakukan kerja-kerja perisikan. Dia dikatakan sedang mengumpul informasi mengenai pantai di kawasanutara Singapura serta Malaya dan pasang surut laut di sini.” Aku memberitahu apa yangtelah kupelajari dari Asaeda yang telah diberikan terlebih dahulu oleh Dr. Cuomokepadaku.

“Tak kan itu sahaja?” tanya Ivana seperti tidak percaya. Pasti dia memikirkan adaudang di sebalik batu, mungkin itulah yang difikirnya di dalam hati.

“Banyak perkara tentang dirinya yang tidak kita ketahui, kerana dia seorangperisik. Tapi apa yang jelas kita ketahui sekarang adalah penemuannya kepada kerja-kerjaawal membina ‘Johore Battery’” Aku menjelaskan kepada Eva dan Ivana dengan suarayang perlahan. Lalu kataku lagi: “Di dalam prosesnya membuat kerja-kerja perisikan, diaakan mendapat tahu tentang niat British ingin membina sebuah kubu pertahanan rahsiabawah tanah di Changi yang akan dibina beberapa bulan dari sekarang. Terowong-terowong akan dibina untuk menyimpan peluru yang akan digunakan untuk meriam 15-inci yang akan digunakan untuk mempertahankan Singapura dari serangan Jepun.Perlengkapan meriam-meriam gergasi ini merupakan yang terbesar dibina di luar Britain.

“Pihak Jepun akan menggunakan hasil perisikan Asaeda untuk menyekat pihakTentera British dari memusnahkan meriam sepanjang 16.5 meter dan beratnya 373 tanini. Seterusnya, dengan segala kelengkapan tentera yang mereka berjaya rampas daripihak British, pihak tentera Jepun menggunakan kelebihan ini untuk memperkuatkan lagikedudukan mereka bukan sahaja di Asia, tetapi di medan perang Pasifik denganSingapura menjadi pusat ketenteraan Jepun yang paling besar di luar Jepun.”

“Bagaimana agaknya dia dapat mengorek rahsia ini dari pihak British?” tanyaEva. Matanya memandang ke tepi, seolah-olah dia dapat melihat sesuatu yang sedangbergerak di dalam semak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 257

“Ada yang mengatakan dia mendapat tahu hal ini dari pihak pentadbiran kerajaanJohor yang telah memberitahunya bahawa Sultan Johor telah menyumbangkan sebanyak£500,000 untuk menyokong kempen perang British. Itu salah satu teori ahli sejarawanperang, kerana dia banyak menghabiskan masanya di Johor Baru selepas diamenghabiskan masanya di Singapura.” Beritahuku dengan panjang lebar. Aku berhentiapabila aku dapat melihat kelibat seorang anak kecil dengan tubuh pucat kehijauan.Matanya putih tanpa anak mata.

“Apa ni?” tanya Eva kehairanan. Dia mencekak pinggangnya.

“Dia suka kepada kau.” Eva memerli sambil tersenyum.

“Di daerah ini kita mengenali lembaga ini dengan nama toyol.” Aku memberitahumereka berdua. Mata mereka bulat memandang ke arah toyol tidak bernama ini matayang bulat. Mereka mungkin menganggap toyol ini comel.

“Banglo yang didiami oleh Asaeda letaknya di sana.” Ujar Eva memeriksakembali peta 3D yang dipancarkan melalui sebuah konsol kecil yang sedang dipegangnya.“Dia sedang berada di dalam banglo itu seorang diri.” Katanya kemudian setelahmenganalisis hasil penelitian yang dilakukan dengan menggunakan alat khasnya itu.

Aku memandang kepada banglo yang dikatakan dipunyai oleh seorang doktor gigiberbangsa Jepun. Banglo yang terpencil ini telah dibina menghadap ke arah selat Johoritu. Lokasinya agak strategik untuk dijadikan tempat pengintipan untuk mengkajikawasan geografi di kawasan utara Singapura ataupun di selatan Johor. Lagipun, tempatini letaknya agak berdekatan dengan pangkalan tentera laut British yang telah dibina disebuah tapak di Sembawang yang sahaja siap pembikinannya pada tahun 1938.

“Fuck!” getus Eva marah-marah. Wajahnya berubah merah.

“Kenapa?” tanya Ivana kehairanan.

“Konsol aku tiba-tiba sahaja hilang!”

“Kau ni lalai sangat lah!” Ivana mencekak pinggang. Sukar untuk dia menerimabahawa Eva boleh lalai begitu. “Macam mana konsol yang kau pegang boleh hilang ni?”

“Konsol aku dicuri toyol!” Eva menudingkan jarinya kepada lembaga kecil dihadapanku. Sememangnya toyol itu sedang memegang konsol Eva. Kerja memangmencuri. Apabila aku ingin menangkapnya, dia tiba-tiba sahaja hilang lalu muncul dibelakangku pula.

“Kita tak boleh biarkan dia curi konsol kita ni!” Ivana mengejar toyol itu yangsekejap muncul dan sekejap pula hilang. Aku pula hanya mampu menggelengkankepalaku.

“Kita perlu mencari tuannya.” Kataku dengan suara tenang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 258

“Di mana tuannya?” tanya Eva tergesa-gesa.

Aku mencium udara di sekelilingku. Kemudian kataku setelah aku membiarkandiriku terapung beberapa meter di udara:

“Ikut aku.”

Aku terbang ke arah rumah tuan toyol ini. Eva dan Ivana mengejarku denganberlari secepat mungkin.

Kami tiba di sebuah rumah kecil yang terletak jauh dari kelompok rumah-rumahkampung di Tanjung Irau. Aku terus memecahkan pintu rumah ini lalu masuk ke dalamrumah tersebut.

Di dalam rumah aku dapat melihat seorang dukun tua yang sedang memegangkonsol yang telah dicuri oleh toyolnya tadi. Dia nampak terkejut melihat kehadirankubersama Eva dan Ivana menceroboh masuk ke dalam di rumahnya.

“Siapa kau semua?” tanya dukun tua itu dengan angkuh. “Berani kau masuk kerumah aku!”

“Pulangkan semula barang kami yang kau curi itu.” Perintahku dengan suaratenang.

“Apa kau dah gila minta aku pulangkan benda ini kepada kau.”

“Jangan buang masa kami... Kami tak ada masa untuk melayan kerenah kau.”Kataku mendekatinya. Dia mengeluarkan sebilah keris yang aku pasti telah dicurinyajuga. Konon-kononnya keris itu mempunyai kuasa untuk melindunginya dan membuatdirinya kebal.

Apabila aku mendekatinya, dia terus menikamku dengan kerisnya. Kerisnya tidakdapat menembusi medan kuantum yang melindungi tubuhku. Malah, bahagian keris yangmenyentuh tubuhku hilang entah ke mana.

“Siapa kau sebenarnya?” tanya si dukun tua dengan suara terketar-ketar. Dia kinimula sedar bahawa aku bukannya manusia biasa yang berani melawannya pada malamitu.

“Segala ilmu yang kau ada tak mungkin dapat kau gunakan untuk menumpaskanaku, wahai manusia.” Ujarku sambil berjalan mendekatinya. Kemudian dengan sepantaskilat aku mengambil kembali konsol yang dicurinya itu dari tangannya. Aku serahkankonsol tersebut kepada Eva.

“Kau bukan manusia, tapi apakah kau ini? Syaitan?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 259

“Bukan.” Kataku menggeleng malas. Aku mengubahkan keadaan diriku kepadawajah yang sering akan dilihat oleh mangsa-mangsaku dalam saat-saat akhir kehidupanmereka.

“Jangan apa-apakan aku!” getus si dukun tua terketar-ketar. Dia mungkin sudahdapat mencium bau kematiannya sendiri. Atau mungkin dia ketakutan melihat perubahandi wajahku yang berubah bengis menampakkan taringku yang tajam.

Aku tidak tahu jika aku perlu membunuhnya atau sebaliknya. Tetapi belumsempat aku dapat membuat apa-apa, aku lihat si dukun tua ini memegang bahagiandadanya dengan genggaman yang kuat. Tubuhnya kejang. Kemudian dia rebah ke lantai.Dia diserang sakit jantung.

Aku telah membunuhnya dengan sekadar menakutkannya dengan wajahku ini.Bukan satu perkara baru bagiku. Perkara ini sebenarnya pernah beberapa kali berlakusebelum ini...

Aku kemudian dapar memerhatikan bahawa toyol kepunyaan si dukun tua terusmemeluk tuannya. Dia menangis keseorangan. Kini dia tidak bertuan lagi.

Eva memegang tangan si toyol sebelum mendukung toyol tersebut untukmemujuknya supaya jangan menangis.

“Kau bawa dia ke kabaret New World... Simpan sahaja dia di sana.” Akumenyarankan dengan selamba. “Aku tak nak dia buat kacau di sini. Huru-hara jadinyananti. Nanti fasal dia, rosak segala rancangan kita di sini.”

Eva mengangguk sambil tersenyum. Aku menyuruhnya membawa toyol yangdidokongnya itu kembali ke kereta yang telah kami sewa. Aku dan Ivana pula kembalimenyiasat di banglo yang didiami Asaeda.

Setibanya kami di sana, kami mendapati Asaeda sedang berada di dalam biliknya.Dari jauh, kami dapat melihatnya menaipkan sesuatu ke dalam sebuah mesin. Ivanacepat-cepat menggunakan komputernya untuk membaca apa yang cuba ditaip olehAsaeda ke dalam mesin tersebut.

“Dia menggunakan sistem kriptografi JN-25. Sistem kod yang digunakan ketikapihak tentera Jepun menyerang Pearl Harbor.” Ivana memberitahuku, sewaktu membacaapa yang cuba disampaikan oleh Asaeda. “Dia sedang menghantar maklumat tentangjumlah lori yang keluar masuk ke dalam pangkalan tentera laut British di Sembawangyang disyakinya membawa kelengkapan senjata.”

“Kepada siapa?”

“Kepada seorang agen tentera laut Jepun yang menetap di selatan Singapura.”

“Itu sahaja?” tanyaku meminta kepastian.

http://nizamzakaria.blogspot.com 260

“Ya.” Mata Ivana terus kepada skrin komputernya.

“Jadi kau rasa... Apa yang akan dilakukan oleh Daevas untuk mengubahperjalanan sejarah jika Asaeda menjadi tumpuan mereka?” tanyaku kepada Ivana sebaiksahaja dia berhenti menganalisis mesej yang telah dihantar Asaeda.

“Aku sendiri tidak pasti... Mereka juga menggunakan teknologi medan kuantumuntuk melindungi maklumat yang dihantar mereka dari dikesan, jadi sukar untuk akumeneka apa yang akan dilakukan oleh agen-agen Frère Maçon nanti.”

Kami berdua kebingungan. Mungkin kami terpaksa menunggu sehinggaberlakunya peristiwa Poland akhirnya diserang dan ditakluki tentera Nazi, lalu PerdanaMenteri Britain, Neville Chamberlain membuat pengisytiharan bahawa negaranyaberperang dengan Jerman.

Mungkin pada waktu itu, misi kami akan menjadi lebih jelas lagi, lantas tindakanyang betul dapat kami ambil sebelum kami boleh pulang semula ke makmal kami diParis.

http://nizamzakaria.blogspot.com 261

Buku III. Bab 5

Aku tahu, masa untuk kami bertindak telah pun tiba. Perdana Menteri Britain, NevilleChamberlain telah pun mengeluarkan ucapan memberitahu rakyat British tentangtindakan agresif tentera Nazi menyerang Poland.

Mengikut apa yang telah dapat dilihat Aliya, pergerakan sejarah dunia akanberubah perjalanannya mulai malam ini. Bagaimana ia akan dilakukan, inilahpersoalannya sekarang.

Aku mendapati hubungan Eva dan Ivana dengan toyol yang dibawa mereka kestor kabaret New World semakin rapat. Beberapa hari sejak kebelakangan ini, merekatelah menemani toyol itu di sana tanpa pulang semula ke hotel. Dan aku pula, telahmenghabiskan masaku memerhatikan Hanim dari jauh dengan rupa wajah dan tubuh yangtelah aku ubah dengan menggunakan medan hologram.

Pada satu malam sejurus selepas aku menonton bangsawan Megat Panji Alamyang telah dilakonkan Hanim, aku telah dipanggil oleh seorang budak lelaku berusia 9tahun bernama Talib agar ke belakang pentas.

“Cik Hanim mahu berjumpa dengan Baba Tan di belakang.” Ujar Talib kepadaku.Dia menggaru-garu kepalanya yang botak itu.

“Tapi mengapa?” tanyaku kehairanan. Aku memegang tongkat yang kupegangpada waktu itu dengan erat.

“Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Baba Tan.” Kata Talib serba salah.

“Untuk apa?”

“Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Baba Tan untuk hadiah susunanbunga kemboja yang Baba Tan hadiahkan kepada dia hampir setiap malam.”

“Tapi bukan aku sudah minta kepada kau jangan beritahu siapa yanghadiahkannya bunga-bunga ini kepadanya?” tanyaku cuba mengawal nada kemarahanku.

“Tapi dia paksa saya!” sambut Talib dengan wajah yang muram. Dia berkatabenar. Aku tahu jika Hanim mahukan sesuatu, dia mampu membuat siapa sahajamemenuhi permintaannya itu.

“Baiklah... Di mana dia sekarang?” kataku akhirnya, sambil menjeling.

“Baba Tan ikut saya.” Ujar Talib. Dia membawaku ke sebuah bilik yang terletakdi belakang pentas bangsawan yang terletak di dalam taman rekreasi New World ini.

Talib mengetuk pintu berkali-kali sebelum kedengaran suara lembut yangmembenarkannya masuk. Suara Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 262

“Ini dia Baba Tan yang saya sebutkan tu, Cik Hanim.” Ujar Talibmemperkenalkanku kepada Hanim. Aku memandang kepada wajah Hanim di dalamcermin, kemudian kepada diriku yang kelihatan seperti seorang Cina Peranakan yangagak berumur dan mempunyai perut yang buncit.

“Baba Tan apa khabar?” tanya Hanim sambil tersenyum manis. Talib duduk ditepi sambil menggaru-garu telinganya.

“Baik Nona Hanim.” Jawabku perlahan. Mataku terus kepada rambutnya yangdibiarkan mengurai itu.

“Saya selalu dihadiahkan dengan bunga... Tapi tidak pernah pula sesiapapun yangpernah hadiahkan saya dengan bunga kemboja—“

“Cik Hanim tak suka dengan bunga kemboja?” aku berbuat-buat tanya.

“Bukan begitu, Baba Tan...” Hanim tersenyum sambil menggeleng cepat. Diamengeluarkan anting-antingnya lalu diletakkan ke atas meja soleknya. “Saya suka denganbunga kemboja. Bunga kegemaran saya. Tapi tak ramai yang tahu ini bunga kegemaransaya.”

Anak tekakku bergerak-gerak. Tidak mungkin Hanim dapat membaca fikiranku,inikan pula melihat menerusi medan hologram yang aku gunakan sekarang.

“Hari-hari saya lihat Baba menonton lakonan saya... Sejak minggu lepas lagi.”Hanim memberitahu. Dia memandang ke arahku melalui cermin di hadapannya.

“Saya memang minat tengok bangsawan.”

“Baba Tan dari mana?”

“Melaka...”

“Oh ye ke? Saya pun dari Melaka juga.”

“Saya tahu Nona memang berasal dari Melaka...”

“Berapa hari Baba akan berada di Singapura?”

“Saya akan pulang ke Melaka pada malam lusa nanti.” Kataku sambil tersenyum.“Kalau lama-lama di Singapura, bibik saya di Malaka nanti risau pula.”

“Kalau begitu... Semoga Baba selamat pulang ke Melaka nanti.” Ujar Hanimsambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut salamnyalalu meminta diriku untuk pulang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 263

Pada malam itu, air mataku terus keluar bercucuran sebaik sahaja aku tiba ke bilikku diHotel Raffles. Aku tidak mungkin mampu menahan rasa sebakku lagi. Aku tahu selepasini, aku tidak mungkin akan berpeluang untuk menemui Hanim lagi – seorang wanitayang telah kuanggap sebagai adikku yang paling aku sayangi.

*

“Maklumat-maklumat yang dihantarnya... Berbeza dengan apa yang telahdihantarnya sebelum ini.” Eva menganalisis konsolnya dengan lebih teliti lagi.

“Berbeza?” tanyaku ingin tahu lagi penemuannya itu, sewaktu kami sedangmenyorok di dalam semak di hadapan banglo yang didiami Asaeda.

“Lenggok bahasa yang digunakannya berlainan.” Ujar Eva dengan yakin. Sejakseminggu yang lepas Eva telah meneliti setiap utusan maklumat yang dihantar olehAsaeda. “Tak mungkin lenggok bahasanya berubah dalam masa sehari sahaja. Pasti adasesuatu yang tak kena—“

“Jadi apa yang kau rasa kita harus lakukan?” tanya Ivana kepadaku. Memintakumembuat keputusan dengan cepat.

Aku memandang kepada kelibat Asaeda yang dapat kulihat seperti biasa menaipke dalam mesin khasnya di tepi jendela. Sememangnya tidak ada apa-apa berbezaan yangdapat kulihat pada dirinya, tapi aku dapat mencium sesuatu yang tak kena.

“Kau dapat cium bau kematian yang datangnya dari banglo ini?” tanyaku kepadaEva dan Ivana meminta kepastian.

Mereka memandang sesama mereka sebelum aku lihat mereka berduamengangguk sama.

“Kita harus menyiasat...” Aku akhirnya berkata pasti sambil terapung bergeraksemakin dekat ke arah banglo Asaeda.

“Dan membiarkan dia sedar akan kehadiran kita di sini? Bukan nanti perbuatankita akan menganggu perjalanan sejarah di masa hadapan?” tanya Eva berlarimendapatkanku.

“Kita tak ada pilihan lain.” Jawabku lalu terus terbang melintasi pintu pagarbanglo di hadapanku.

Aku muncul di veranda bilik tidur Asaeda. Aku menyeru namanya. Dia menolehlalu kelihatan terkejut. Dia cepat-cepat mengambil sepucuk pistol dari dalam lacinya.

“Siapa kau?” dia bertanya dengan matanya terbeliak sambil mengacukan pistoldari model Hamada Shiki ke arahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 264

Setahu aku, pistol yang ditiru rekaannya dari pistol Browning M-1910 ini hanyadikeluarkan pada tahun 1941 di Jepun untuk kegunaan pegawai-pegawai tentera Jepun.Hanya 5000 pucuk pistol dari model ini telah dikeluarkan dan ia dianggap satu pistolyang dinilai tinggi oleh pengumpul-pengumpul senjata seperti aku.

“Persoalannya sekarang, siapa kau sebenarnya.” Ujarku sambil mencium bauAsaeda. Dia tidak mengeluarkan sebarang bau. Kini aku mempertikaikan jika Asaedayang sedang berada di hadapanku adalah seorang manusia biasa.

Eva dan Ivana muncul di belakang Asaeda. Mereka cepat-cepat merampas pistolyang digenggamnya lalu diserahkan kepadaku. Kemudian, Eva menendang kaki lembagayang menyerupai Asaeda ini sehingga dia terjatuh ke lantai.

“Kami menjumpai mayat seorang lelaki yang menyerupai Asaeda yang di simpandi dalam sebuah almari di bilik bawah.” Beritahu Ivana. Dia sedaya mungkin cubamenekan tubuh lembaga ini ke lantai, tetapi beberapa saat kemudian, ia dapat melepaskandirinya sehingga membuatkan Ivana tercampak ke tepi.

Lembaga di hadapanku ini mempunyai kekuatan dan kepantasan melebihimanusia biasa. Aku pasti ia telah dihantar ke sini melalui mesin merentas masa yang telahdibina oleh Daevas dan konco-konco mereka untuk menggantikan tempat Asaeda.

Aku mengeluarkan pistol sonik yang disisipkan ke pinggangku. Apabila Eva danIvana sibuk cuba menangkap lembaga yang menyerupai Asaeda ini, aku pula mengacukanpistol sonik ini ke kepalanya.

Ledakan sonik menyebabkan kepala lembaga yang menyerupai Asaeda iniberkecai. Tubuh tanpa kepalanya rebah ke lantai. Eva bercekak pinggang kerana aku tidakmemberinya amaran tentang tindakanku ini. Aku tersenyum sampil menaikkan keduabelah bahuku.

Ivana memeriksa tubuh lembaga ini. Fragmen kepala lembaga ini yang telahberkecai juga diperiksanya dengan teliti.

“Ia adalah sebuah cyborg!” getusnya dengan wajah terkejut. “Bukan dari jalurmasa kita.”

“Maksud kau?” tanya Eva kehairanan.

“Teknologi ini terlalu jauh ke hadapan.” Aku menjelaskan kepada Eva. “Inibermakna Daevas telah menjelajah ke masa hadapan lalu membawa pulang teknologi-teknologi seperti ini.” Jelasku lagi. Mungkin Daevas sudah mula sedar mereka tidakboleh mengharapkan lagi perkhidmatan Frère Maçon yang seringkali lalai ketikamelakukan tugas mereka.

“Lembaga yang dihantar Daevas ini digunakan untuk menggantikan tempatAsaeda. Ia akan terus melalukan tugasnya nanti tanpa melaporkan tentang penemuan-

http://nizamzakaria.blogspot.com 265

penemuan penting yang sepatutnya dilaporkan oleh Asaeda nanti kepada pegawaiperisikannya.” Ujar Ivana dengan wajah risau. Kini Asaeda sudah mati. Walaupun apayang berlaku, sejarah tetap akan berubah.

“Jadi apa yang dapat kita lakukan?” tanya Eva pula. Dia membaringkan tubuhlembaga tidak berkepala ini ke tepi katil.

“Bawa mayat Asaeda ke sini.” Perintahku sambil meraba-raba daguku.

Eva dan Ivana mengangkat mayat Asaeda yang telah disimpan di dalam sebuahalmari kosong di tingkat bawah, lalu dibawa ke tingkat atas.

Aku memeriksa mayat Asaeda. Aku mendapati dia mungkin telah dibunuh pagitadi.

“Kita mungkin perlu menggunakan prototaip SDN-z yang telah berjaya kitaprogramkan kepadanya.” Aku sebuah kotak kecil berwarna hitam yang aku simpan didalam salah sebuah beg kecil di talipinggangku. Kotak kecil itu terbuka dengan perlahanapabila aku menekan butang merah di atas kotak tersebut. Sistem penyejukan mikro didalam kotak itu menyebabkan tiub picagari yang aku keluarkan terasa sejuk.

“Tapi prototaip ini belum pernah dicuba!” Eva memandang kepada bahagian dahiAsaeda yang ditembusi peluru itu.

“Tak apa... Kita boleh jadikan dia bahan uji kaji kita.” Jawabku tanpa teragak-agak.

Apabila Asaeda sedar nanti dia tidak akan tahu bahawa dirinya pernah mati buatseketika. Dia akan terus melakukan pekerjaannya ini seperti sedia kala. Prototaip SDN-zini akan sekadar menggantikan sel-selnya yang mati dan digantikan dengan baru. ApabilaAsaeda sedar kelak, dia akan mempunyai kemahuan untuk makan daging mentah yangsegar dan berdarah, tetapi mungkin itu sahaja yang akan diketahuinya.

SDN-z prototaip ini telah diprogramkan agar tidak sensitif terhadap cahayaultralembayung serta ia akan musnah dengan sendirinya dalam masa 2 tahun. Selepas itu,ia akan terus diserap oleh tubuh Asaeda dan diganti dengan sel-sel darah merah biasa.Asaeda mungkin tidak akan sedar bahawa di dalam masa itu dua tahun ini, tubuhnya akandipenuhi oleh mesin-mesin mikroskopik ini atau kenapa dirinya terlalu hauskan darah.

Aku menyuntik tubuh dingin Asaeda dengan tiup picagari yang terkandung SDN-z ini di tanganku. Tidak sampai seminit, SDN-z menjalankan tugasnya dengan menutupluka di kepala Asaeda. Eva dan Ivana aku lihat sibuk cuba mengemaskan bilik tidurAsaeda yang berselerak itu. Aku pula mengangkat cyborg serta cebisan yang telah akumusnahkan tadi lalu membawanya ke tepi pantai di belakang banglo yang didiamiAsaeda. Di sana, aku telah menggunakan sebuah alat khas yang kelihatan seperti sebuahkiub kecil yang akan mengeluarkan berjuta-juta mesin nano yang menyerupai SDN yangakan melenyapkan bukti bahawa cyborg ini pernah wujud di dalam titik ruang dan waktu

http://nizamzakaria.blogspot.com 266

ini. Mesin-mesin mikroskopik ini akan memecahkan dan memusnahkan sel-sel organikdan logam cyborg ini sehingga ia berubah menjadi abu.

Apabila aku kembali ke bilik Asaeda. Aku dapati biliknya itu kelihatan sepertisedia kala. Tubuh Asaeda diletakkan seperti dia sedang tertidur dengan kepalanya diletakkan di atas meja. Aku meletakkan tanganku di atas kepala Asaeda. Akumemadamkan segala memorinya tentang pencerobohan cyborg yang menyerupai dirinyake rumahnya yang telah datang membunuhnya pada pagi tadi.

Pada esok pagi Asaeda akan bangun dari tidurnya tanpa mengesyaki apa-apa.

Kerja kami kini selesai. Kami boleh pulang pada malam ini juga.

*

Apabila kami sampai ke stor di belakang kabaret New World, kami mendapati pintu storterbuka dengan seorang lelaki sedang menunggu diluar. Wajahnya nampak risau.

Aku terus mengarahkan Eva dan Ivana supaya berhati-hati. Dengan sepantas kilatkami masuk ke dalam stor agak kelibat kami tidak dapat dilihat oleh lelaki tersebut.

Aku dapat melihat Eva dan Ivana terus mendapatkan toyol kesayangan mereka.Mereka ingin memastikan ia berada di dalam keadaan selamat. Aku pula pada waktu itucukup terperanjat melihat kelibat Damak di dalam bilik stor.

Tiba-tiba toyol yang sedang didokong Eva lesap di tangannya lalu muncul dihadapan Damak. Ia seolah-olah mahu bermain dengan Damak. Aku mengeluh lesu. Toyolini ternyata telah membuat tugasku semakin sukar.

Aku tidak mempunyai pilihan lain, selain dari menghadapi Damak. Eva pula akutugaskan untuk membuka vorteks wormhole agar kami dapat pulang dengan secepatmungkin pada malam itu.

Damak ingin bersengketa denganku. Tetapi aku sememangnya tidak ada masauntuk melayan kerenahnya, lantas aku mengeluarkan kiub eksotermik untuk kugunakanterhadapnya bagi memastikan agar aku dapat melepaskan diriku dari genggamannya.

Apabila tiub eksothermik itu mengeluarkan cahaya yang terang, kami bertigacepat-cepat masuk ke dalam wormhole untuk pulang ke dunia kami. Akhirnya aku dapatmenarik nafas lega... Atau sekurang-kurangnya itulah yang aku fikirkan pada ketika itu!

*

Apabila kami bertiga keluar dari wormhole, kami mendapati bunyi amaran masih lagikedengaran, diikuti dengan satu gegaran gelombang kuantum yang menyebabkanbeberapa peralatan di dalam makmal bergegar dan ada yang terjatuh di atas lantai. Pecah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 267

“Apa yang telah berlaku?” tanyaku kepada Dr. Wildstein. Tangannya masihberpaut kepada mesin Geiger dengan erat.

“Dunia di luar kita telah pun berubah.” Jelasnya dengan wajah bimbang.

“Tapi kita telah memastikan agar Asaeda terus hidup!” ujar Eva yang cubamenahan rasa sebaknya meninggalkan toyol kesayangannya pada tahun 1939 di Malaya.

“Nampaknya kita silap.” Ujar Dr. Cuomo. Dia membaca analisis sejarah yangdikeluarkan oleh mesin Geiger. “Mereka bukan sahaja membawa cyborg ke tahun 1939,tetapi mereka telah menukar struktur mesin kriptografi JN-25.”

“Apa?” Ivana seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Dia mula mahumenyalahkan dirinya kerana tidak membuat sebarang imbasan terhadap mesin yangdigunakan Asaeda itu.

“Mereka telah memprogramkan mesin itu untuk menghantar informasi yang telahmereka sediakan terlebih dahulu. Jadi apa yang berlaku... Asaeda akan kelihatan seolahselama ini dia hanya menghantar informasi-informasi remeh tentang keadaan pasangsurut di Malaya dan sebagainya. Langsung tidak ada apa-apa maklumat penting tentangkewujudan Johor Battery mahupun maklumat paling mutakhir tentang pangkalan tenteraBritish di Sembawang.” Dr. Cuomo menjelaskan. Dia terus menganalisis informasi-informasi baru yang baru diterimanya dari mesin Geiger.

“Singapura tidak dibom Amerika.” Ujar Aliya dengan perlahan kepadaku.Kemudian katanya. “Ini bermakna, Hanim tidak mati... Kerana peristiwa pengebomanSingapura tidak akan berlaku, Awang.”

Tubuhku kaku mendengarkan kalimah-kalimahnya itu. Makmal ini yang telahdilindungi dengan medan kuantum ini adalah satu-satunya tempat yang aku tahu yangmenyimpan jalinan sejarah kepada satu dunia yang kini langsung berubah perjalananperistiwanya di atas kami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 268

Buku III. Bab 6

Aku termenung jauh memikirkan tentang masalah yang terpaksa kami hadapi bersama.Para saintis Illuminati dan vampiro seramai 57 orang kesemuanya yang kini berada didalam struktur makmal dan sfera yang dilindungi oleh medan kuantum ini bekerja kerastanpa henti. Setiap satu dari mereka sedar bahawa dunia di atas mereka telah berubahdengan ketara. Ada di antara mereka yang aku lihat nampak sedih. Mereka cukup sedarbahawa orang yang mereka sayangi sudah tiada lagi...

“Aku mahu ke atas.” Kataku kepada Dr. Wildstein. Fikiranku memang terlaluterganggu pada waktu itu, seperti ada sesuatu yang membuat aku terpanggil untuk ke atas.

“Kau perlu mengikut jalan bawah tanah yang menghubungkan struktur sfera inidengan bahagian struktur bawah tanah La Gèode.” Ujar Dr. Wildstein. Dia memintakomputer agar menunjukkan peta jalan rahsia ini kepadaku di atas skrin besar dihadapanku.

“Struktur sfera La Gèode telah wujud sejak tahun 1986... Sebelum makmal rahsiaini dibina, kami telah membina sebuah terowong rahsia ini sejak La Gèode ini sedangdibina lagi.” Ujar Dr. Cuomo. Sememangnya Awang telah lama mengetahui tentangpersediaan Illuminati di dalam setiap perkara yang mereka lakukan, tetapi perkara inilangsung tidak dijangkakannya sama sekali.

“Kau pasti kau mahu melihat apa yang telah Daevas lakukan ke dunia ini?” tanyaLilith kepadaku. Dia memegang bahuku dengan tangannya yang kasar dan keras itu.

“Aku perlu tahu.” Kataku dengan suara yang perlahan namun tegar. Aku berpalingmemandang ke arahnya.

“Aku juga mahu melihatnya sendiri!” tiba-tiba Aliya bersuara. Wajahku sedikitberkerut. Dirinya penting di dalam misi ini, aku tidak mungkin akan membenarkandirinya berada di dalam keadaan bahaya.

“Lebih baik jika kau tinggal di sini sahaja.” Saranku sambil meraba-raba bibirkuyang kering.

“Kau sendiri tahu tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadaku!” tingkah Aliyadengan suara yang garang.

Aku menyuak rambutku ke belakang sambil mengangguk. “Lilith, kau akan ikutbersama kami.”

Aku lihat Lilith mengangguk sekali. Dia terus menyediakan dirinya untukmemakai pakaian yang telah direka khas untuknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 269

Lebih kurang dua jam kemudian, kami bertiga akhirnya bersedia untuk keluar darimakmal kaca berbentuk kubah yang telah memenjarakan kami selama 48 jam tanpamengetahui apa yang telah berlaku kepada dunia di atas kami.

Kami memulakan penerokaan kami dengan menuruni lif menara reaktor anti-matter yang terletak di bawah makmal. Apabila kami tiba ke bahagian dasar sfera, kamiterpaksa menaiki tangga di tepi sfera sehingga ke sebuah pintu yang akan membawa kamike sebuah lorong rahsia ke arah struktur bawah tanah La Gèode.

Setelah menaiki tangga di tepi sfera gergasi ini selama 20 minit, kami akhirnyatiba ke pintu yang disebutkan Dr. Cuomo. Pintu tersebut kelihatan seperti jubin-jubinyang digunakan di sfera ini. Apa yang membezakan adalah gambar mata yang menjadisimbol Illuminati di tepinya. Aku menekan bahagian biji mata di atas simbol tersebut,kemudian pintu jubin sebesar 1 meter persegi itu terbuka secara automatik. Apabila pintudibuka, aku dapat mencium bau hapak. Udara dari dalam sfera tersedut ke dalam jalanrahsia ini.

Jalan rahsia ini agak gelap. Aku cuba mengingatkan Aliya supaya jangan takutkerana kami adalah vampiro. Kata-kataku telah membuatkan Lilith tersenyum.

“Mereka sedikit pun tak beritahu kita terpaksa menaiki tangga ini untuk ke atas.”Keluh Aliya. Dia menjeling melihatku terapung di bahagian tengah struktur tangga yangmenuju ke atas ini.

“Kau boleh terapung sepertiku jika kau mahu.” Kataku perlahan, cubamembutirkan satu kenyataan yang harus difahaminya sendiri.

“Bagaimana?”

“Kau adalah seorang vampiro orakel... Kau dikatakan akan menjadi vampiro yangpaling berkuasa yang pernah wujud.”

“Jadi apa rahsianya?”

“Rahsia apa?”

“Untuk terbang...”

“Lilith... tunjukkan kepadanya.” Kataku sambil menguap bosan. Serta-merta Lilithmengangkat tubuh Aliya, lalu mencampakkannya dari struktur anak tangga yang sedangkami naiki ini. Aliya menjerit sekuat hatinya apabila dia terjatuh ke bawah. Kemudianaku dapat mendengar jeritannya terhenti.

Aliya terapung sambil memeluk tubuhnya. Wajahnya kelihatan merah. Marah.“Perlu ke kau suruh Lilith campak aku macam tu?”

“Kau akhirnya tahu untuk terbang, bukan?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 270

“Ya.” Jawab Aliya sambil menjeling. Tubuh Aliya terapung ke tengah dan ke tepi.Dia perlu belajar untuk mengawal dirinya.

Aku memandang ke atas. Aku dapati perjalanan kami ke atas masih jauh lagi. Akumeminta Aliya supaya mendekati Lilith lalu mengangkat tubuh gergasinya. Kami berduamemeluk erat tubuhnya lalu membawanya sehingga ke tingkat teratas.

Di atas, kami terpaksa memecahkan sebuah tembok tebal sebelum kami dapatmemasuki bahagian paling bawah bangunan La Gèode.

Seperti yang kami jangkakan, bangunan ini kelihatan seperti ia telah ditinggalkanbuat satu jangka masa yang lama. Apabila kami tiba di bahagian bangunan pawagamgergasi ini, kami bertembung dengan beberapa tengkorak manusia yang telah lama reput.

Kami berjalan keluar dari La Gèode untuk melihat keadaan di Parc de la Villete.Kami mendapati suasana di luar agak menyedihkan. Aku hampir-hampir mahu rebah keatas lantai. Aku mendapati langit diselaputi oleh awan tebal yang langsung menggelapkansuasana. Bangunan-bangunan yang cantik di sekelilingku, kini hampir kesemuanyakelihatan hampir musnah. Suasana terlalu sepi. Tanpa sebarang tanda kehidupan.

“Mereka telah mengubah bumi agar ia sesuai didiami oleh Daevas.” Ujar Lilith,dia mula mengeluarkan beberapa buah probe yang dibawanya bersama untuk dilepaskanke udara. Probe-probe yang kelihatan seperti belalang itu terbang ke udara untukmembuat uji kaji ke atas kota Paris khususnya Parc de la Villete yang kelihatan sepertipadang jarak padang tekukur itu.

“Mana perginya orang lain?” tanya Aliya dengan wajah risau. Dia menolehmemandang ke belakang, ke arah sfera La Gèode yang pecah seribu itu.

“Mereka dijadikan bahan makanan... Yang masih hidup pula aku rasa hidup dalamburuan.” Ujar Lilith. Matanya keras bersungguh.

“Tamadun manusia kini telah musnah?” tanya Aliya dengan suara teragak-agak.Dia masih cuba mencernakan apa yang sedang dilihatnya sekarang. Apa yang dilihatnyasekarang sama seperti apa yang telah ditunjukkan olehku ke dalam mindanya ketika diamasih hidup dahulu.

“Ya...” jawabku sambil tertunduk. Aku merasa bersalah. Kesilapanku telahmenyebabkan ini semua berlaku – satu perkara yang pernah aku lihat sendiri di dalamkotak fikiranku sebelum ini yang telah menghantui jiwaku berabad-abad lamanya.

“Aku akan hidupkan fungsi halimunan!” Lilith berbisik kepada kami berdua.Sejenak kemudian, tubuh kami hilang begitu sahaja. Namun, aku masih dapat melihattubuh Aliya dan Lilith melalui mata hatiku. Lilith memberi isyarat agar kamibersembunyi di sebalik sebuah tembok batu yang pecah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 271

Sebuah kenderaan terapung-apung di atas bangunan Citè des Sciences. Kenderaanitu kelihatan seperti seekor kumbang dengan cahaya berkelip-kelip di tepinya. Kenderaanitu kemudian mendarat berdekatan dengan lokasi persembunyian kami.

Bahagian belakang kenderaan itu kemudian terbuka. Apa yang keluar darikenderaan itu telah menakutkan Aliya. Dia terus memegang tanganku, lalu cubabersembunyi di belakangku.

“Siapa mereka?” Tanya Aliya terus ke dalam hatiku.

“Aku tak tahu.” Jawabku kembali ke dalam hatinya.

“Jangan bergerak.” Ujar Lilith kepada kami. Aku dan Aliya berdiri tegak sepertipatung.

Tiga lembaga setinggi tujuh kaki dengan tubuh yang menggerunkan berjalanmenuju ke arah kami. Mereka kelihatan seperti makhluk Daevas seperti Lilith, tetapitubuh mereka kelihatan lebih besar dan tegap. Tangan mereka lebih besar dan berotot.Wajah mereka lebih keras dan mengerikan dari wajah Lilith yang sememangnya sudahkelihatan agak menakutkan itu.

“Mereka adalah Daevas yang telah dilahirkan di dalam kasta tentera.” Ujar Lilithdi dalam hatinya yang diketahuinya akan dibaca oleh diriku dan Aliya.

“Apa yang mereka buat di sini?” tanya Aliya dalam ketakutannya.

“Mereka sedang memburunya.” Kataku tatkala melihat ketiga-tiga Daevas darigolongan tentera ini berhenti dari terus bergerak ke arah kami.

Tiba-tiba seorang vampiro terjun entah dari mana lalu muncul di hadapan merekabertiga untuk menyerang mereka seorang diri. Rupa-rupanya Daevas kasta tentera initelah ke sini untuk memburunya, bukan kami.

Aku kenal benar dengan vampiro yang berasal dari Amerika Syarikat itu.Namanya Kevin Williams, seorang bekas anggota polis dari kota New York. Dia telahmenjadi vampiro sejak tahun 1984, dan aku pula telah mengenalinya di dunia aku sejaktahun 2022. Kevin mempunyai tubuh yang agam. Dari jauh lagi dia jelas nampak gagah.Dia adalah antara vampiro yang paling sukar untuk dibunuh, walaupun sehingga kini akutidak tahu apa keistimewaan luar biasa yang ada di dalam dirinya.

Kami bertiga tidak dapat melakukan apa-apa pada ketika itu kecuali memandangdari jauh. Aku masih tidak tahu apa yang berlaku, sehinggalah Aliya memberitahu:

“Dia datang untuk mencari kau di sini.”

“Tapi kenapa?” tanyaku kehairanan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 272

“Dia mempunyai mesej penting untuk kau.”

“Kalau begitu... Kita perlu menyelamatkannya,” kataku dengan tegas, lalumembisikkan sesuatu kepada Aliya.

Aliya berjalan beberapa tapak ke hadapan. Dia mendepakan tangannya ke depan.Ketiga-tiga makhluk Daevas itu kini dapat melihat sebuah medan tenaga berbentuk sferamengepung tubuh vampiro Kevin yang sedang mereka buru itu.

Mereka menggunakan senjata mereka untuk menembak ke arah vampiro Kevin.Medan tenaga yang telah dicipta Aliya terlalu kebal untuk mereka musnahkan.

Kemudian, Aliya telah melakukan sesuatu tanpa menunggu sebarang perintah

dariku. Ketiga-tiga tentera Daevas itu dicampakkannya ke sebuah dinding berdekatansehingga permukaan dinding itu pecah. Kenderaan yang mereka naiki kini terapung untukcabut lari. Belum sempat ia dapat pergi jauh, kenderaan tersebut jatuh lalu terhempas kearah bangunan Teater Zenith. Meletup, lalu terbakar.

“Wow!” jerit Aliya yang masih tidak dapat mempercayai kuasa yang ada di dalamdirinya.

“Bila lagi kau boleh menguji kebolehan kau kalau bukan sekarang?” tanyaku, lalumematikan fungsi halimunan yang telah menyembunyikan diriku sejak tadi daripandangan mata Daevas-Daevas kasta tentera yang telah memburu Kevin. Padapendapatku, dia perlu banyak belajar untuk mengawal kuasanya.

Aliya membawa sfera yang sedang mengepung tubuh vampiro Kevin laludibawanya menghadap kami.

“Aku dah agak, kau pasti akan muncul di sini juga akhirnya.” Kata Kevin dengansuara yang keras dalam keadaan termengah-mengah. Aku dapat melihat baju yangdipakainya koyak rabak dan kotor. Walaupun begitu, dia tetap nampak berkarisma.

“Aku terpanggil untuk ke sini... Jadi kau lah yang menyeruku?” tanyaku ingintahu kepada Kevin.

“Ya, Vampiro Awang.” Katanya kini memandang penuh kepadaku. “Kau yangmenyuruh aku ke mari...”

“Apa?” tanyaku kehairanan, walaupun aku tahu maksud kata-katanya. Diriku yangwujud di dalam dunia ini pasti telah memerintahkannya agar menemuiku di sini.

“Diri kau yang hidup di dalam dunia ini telah mengutusku agar menemuimu.”Katanya tanpa sedikit pun menampakkan rasa ironis kerana dia sedang bercakap dengandiriku sekarang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 273

“Jadi apa mesej penting yang perlu kau berikan kepadaku?” tanyaku, setelahbelalang-belalang probe kepunyaan Lilith kembali kepadanya membawa bersamakeputusan ujian yang telah dilakukan kepada keadaan di sekitar Parc de la Villete.

“Ramai golongan Illuminati dan vampiro telah mati semata-mata untukmembawakan kad ini kepada kau.” Kata Kevin dengan nada rendah. Dia menyerahkansekeping kad kecil yang terkandung data yang tidak ternilai harganya. Aku pasti informasiini telah disediakan oleh diriku sendiri yang wujud di dalam dunia ini.

Aku mengambil kad tersebut dari tangan Kevin. “Bagaimana kau tahu untukmencariku di sini?”

“Awang dapat tahu tentang wujudnya jalan rahsia yang telah dibina olehIlluminati di bawah struktur bangunan ini ketika ia mula-mula di bina dahulu. Dia pastijika Ahriman tidak dibebaskan seperti apa yang telah berlaku sekarang, golonganIlluminati akan membina makmal serta mesin merentas masa di bawah Parc de la Villete.Dia dapat melihat kau akan muncul di sini tepat di tempat dan masa yang ditetapkannya...Dengan kau membawa bersama vampiro orakel yang dikatakan akan menggantikantempat vampiro Tiresias.” Jelas Kevin sambil memandang tepat kepada Aliya.

“Apa yang terjadi kepadanya sekarang?” tanyaku ingin tahu tentang nasib yangmenimpa versi diriku di dalam dunia ini.

“Dia mati tiga tahun lepas dibunuh tentera Daevas di Kota New York ketika cubamenyelamatkan sekumpulan manusia dari diburu mereka.”

“Oh...” kataku tanpa mahu mengetahui cara diriku di bunuh di dalam dunia ini.

“Aku perlu pergi... Banyak lagi kerjaku di sini yang masih belum selesai.” UjarKevin tergesa-gesa. Aku mengangguk perlahan. Dia kulihat berlari dengan pantas masukke dalam bangunan berdekatan lalu menghilang entah ke mana.

*

Aku memasukkan kad kecil bersaiz ibu jari itu ke dalam komputer utama di dalammakmal. Terus aku dapat melihat wajahku terpancar di layar lebar di hadapanku. Apabilakuperhatikan betul-betul, aku mendapati aku sedang berdiri di atas bumbung bangunanBangsa-bangsa Bersatu. Di belakangku, suasana nampak muram. Menara bangunanChrysler hanya tinggal separuh. Bangunan yang telah siap dibina pada tahun 1929 itukelihatan seperti sebatang pensel yang patah. Bangunan-bangunan lain pula musnahseperti yang lain.

“Awang, jika kau dapat menyaksikan rakaman ini, ini bermakna kau telah berjayamencipta mesin menjelajah masa melalui bantuan golongan Illuminati...” Kata diriku didalam rakaman yang telah dilakukan pada tahun 2057 itu. Wajahku jelas nampak kusutdan pakaian yang dipakaiku lusuh. Kataku lagi di dalam rakaman tersebut:

http://nizamzakaria.blogspot.com 274

“Tetapi kau tetap gagal untuk memastikan agar perkara yang kau saksikansekarang dari berlaku...

“Pada 23 Mac 2004, sebuah bom telah dijatuhkan berdekatan dengan sebuahkawasan perkampungan di pinggir kota Hillah oleh tentera Amerika Syarikat. Merekakemudian telah menemui sebuah kotak kecil di dalam lubang yang telah disebabkan olehletupan bom tersebut. Kotak tersebut telah dibawa ke Kota New York untuk dikaji keranamereka fikir mereka telah menemui sebuah artifak dari tamadun Babylon—“

“Kotak yang memenjarakan Ahriman!” Kataku sendiri tatkala sedang menontonrakaman ini. Aku dapat melihat Lilith menggelengkan kepalanya.

“Apa yang perlu kau lakukan sekarang adalah untuk pergi ke tahun 2004 dan cubamengelakkan mimpi ngeri ini dari berlaku,” aku dapat mendengar diriku berkata dengantersekat-sekat. Sedih. “Segala informasi tentang kedudukan kotak Ahriman sebelum iadibuka di New York ada tersimpan di dalam kad ini. Minta bantuan dari Damak... Hanyadia sahaja yang dapat membantu kita dalam hal ini.”

Damak? Mengapa Damak?

Rakaman terhenti di situ. Kemudian apa yang terpancar di skrin lebar dihadapanku adalah peta bangunan Metropolitan Museum of Art yang terletak di FifthAvenue, Kota New York. Beberapa maklumat penting tentang kedudukan kotak tersebutyang dikatakan tiba di muzium tersebut pada 12 November 2004, disertakan denganterperinci.

Aku menarik nafasku dalam-dalam. Dr. Cuomo cepat-cepat membuat nota. Akupasti sejam atau dua lagi dia akan menyediakan serta merumuskan pelan tindakan yangrapi untukku.

*

“Kita telah terjumpa dengan sebuah fail rakaman yang telah dienkripsikan. Fail inihanya dapat kami buka dengan menggunakan sistem enkripsi rahsia Illuminati.” Ujarseorang saintis Illuminati dengan bersungguh-sungguh setelah dia mengambil masaselama lebih lima jam meneliti data yang terkandung di dalam kad yang telah diberikanKevin kepadaku.

“Mainkan fail rakaman tersebut!” perintahku dengan tajam, tatkala aku sedangduduk sendiri dengan fikiranku langsung buntu.

“Awang... Di dalam dunia yang telah musnah ini, manusia masih mahumelakukan sesuatu agar mereka dapat terus hidup bebas...” Kata diriku kini di dalamsebuah terowong di bawah tanah yang tidak dapat aku pastikan lokasinya. “Selamaberatus-ratus tahun, para saintis Illuminati telah mengadakan program eugenik agarterwujudnya orakel untuk menggantikan tempat Tiresias. Pada tahun 2025, beberapatahun selepas dunia ini akhirnya berjaya dimusnahkan oleh Daevas, aku akhirnya berjaya

http://nizamzakaria.blogspot.com 275

menemui orakel ini, tanpa menggunakan interpretasi teks Nostradamus yang dikatakandicuri dan berada di dalam simpanan ahli sejarawan Illuminati.

“Selama ini orakel ini telah berjaya menyelamatkan dirinya dengan menggunakankuasa semula jadinya lalu membawa bersamanya ramai pengikut-pengikutnya yangbersembunyi di dalam sistem terowong bawah tanah di Singapura. Sehingga kini, merekamasih selamat dari buruan Daevas.

“Apabila aku menemuinya, dia telah memberitahuku tentang seorang pemudayang akan wujud di masa hadapan yang mempunyai pertalian darah dengannya - yangakan dijadikanku seorang vampiro olehku. Tetapi... Dia juga dapat melihat bahawa akuakan mati dibunuh tidak lama lagi.

Aku fikir, pasti dia akan ditemui oleh kau nanti... Jadi carilah dia nanti. Itu sahajapermintaanku. Aku pasti apabila kau menemuinya nanti, kau akan tahu mengapa kauperlu menjadikan dirinya sebahagian dari kejadianmu sebagai seorang vampiro.”

Sekali lagi rakaman terhenti dengan tiba-tiba. Aku memandang ke arah Aliya.Mungkin dia sedang memikirkan tentang salinannya pula yang mungkin pernah wujud didalam dunia alternatif ini.

“Kenapa Aliya?” tanyaku, yang sejak tadi telah mendiamkan diriku sambil cubamencerna apa yang aku saksikan tadi di atas layar skrin di hadapanku.

“Kita harus mencarinya di masa hadapan.” Kata Aliya dengan tegar. “Pemudayang disebutkan tu.”

“Tapi bagaimana?” aku bertanya kembali kepada satu soalan yang aku sendiritidak tahu akan kepastiannya.

Aliya seperti mencari-cari sesuatu di dalam fikirannya. Kemudian dia cepat-cepatduduk di atas mesin orakelnya. Dia memakai alat organik di kepalanya, lalumenghidupkan fungsi mesin ini dengan sendiri.

Gelang-gelang logam berpusing laju. Aku berdiri di hadapan mesin orakel dengankehairanan. Aliya kelihatan seperti menarik jalur-jalur masa di hadapannya, memilih jalurmasa yang sesuai untuk dipilihnya - mencari manusia yang mungkin berkongsi DNAdengannya.

Aliya akhirnya menjumpai titik ruang dan masa yang dicarinya. Mesin yangdigunakannya itu berhenti dengan sendirinya. “Kita harus mendapatkannya!” kata Aliyadengan termengah-mengah.

“Siapa?” tanyaku dengan renungan yang berat.

“Aku tidak dapat melihat wajahnya lagi... Tapi dia berada di Singapura, tahun2111.” Aliya menjelaskan kenyataannya itu cepat-cepat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 276

“2111?”

“Ya. Kita perlu mencarinya di sana!”

“Tapi mengapa?”

“Aku dapat merasakan... Kita memerlukan bantuannya nanti untuk mengalahkanAhriman... Selain dari mencari lelaki yang kau kenali dengan nama Damak itu.”

“Kau pasti tentang hal ini, Aliya?” mataku terus kepadanya menagih kepastian.Begitu juga Dr. Cuomo dan Dr. Wildstein yang sedang berdiri di sisiku.

“Ya... Aku pasti!”

“Kalau begitu... Sediakan apa yang patut. Kita akan bertolak ke tahun 2111 sejamdari sekarang!” Aku mengeluarkan perintah. Suasana di dalam makmal yang sebelum inisedikit lembap kini kembali aktif!

http://nizamzakaria.blogspot.com 277

Buku III. Bab 7

Lama Rashid menunggu ketibaan Nani di luar stesen MRT Orchard. Dia tertanya-tanyadirinya jika dia harus menelefon Nani ataupun terus menunggu di pintu masuk tingkatbawah Wisma Atria. Kini jam menunjukkan pukul 5 petang. Nani telah berjanji untuktiba ke tempat yang dijanjikan pada pukul 4.30 petang. Nani memang selalu sahajalambat. Bila dia lambat, dia tidak pernah mahu mengSMSnya untuk memberitahu bahawadia lambat.

“Sorry, lepas tutorial biologi tadi I kena pulangkan buku I di perpustakaan. Iterlambat sebab tu lah.” Itulah alasa yang diberikan Nani sebaik sahaja dia muncul dihadapan Rashid. Nani sedang memakai baju putih dengan skirt hijau – uniform MaktabRendah Raffles.

“Biasalah budak pandai.” Kata Rashid menjeling. Sememangnya Nani seorangpelajar yang bijak. Ketika mengambil peperiksaan peringkat ‘O’ di Raffles Girls dahulu,dia mendapat AI untuk kesemua 10 mata pelajaran yang diambilnya. Ketika mengambilpeperiksaan PSLE dahulu, dia dianggap sebagai antara 5 pelajar paling cemerlang diSingapura.

“You ni tak habis-habis usik I lah. Naik menyampah I tau!” Nani memegang begsekolahnya erat-erat. “You know lah how busy I am right now... ‘A’-levels is just aroundthe corner.”

“I know—“

“So... Kelas mekatronik you macam mana?” tanya Nani. Dia memandang ke arahRashid. Dia dapat melihat Rashid sedang memakai baju berjenama FCUK kegemarannyayang dipadankan dengan sehelai jeans lusuh. Rambut Rashid yang tebal itu dibiarkantidak bersikat, agar nampak seperti penyanyi John Mayer yang digemari Nani, gamaknya.

“Biasa jer.” Jawab Rashid. Nani menjeling ke arah fail plastik yang dibawa olehRashid yang tertulis perkataan Ngee Ann Polytechnic di atasnya.

“You dah makan ke belum? I’m starving!” rengek Nani. Matanya terus kepadaRashid.

“Nak makan kat mana?”

“Entah... You decide lah.” Ujar Nani yang berwajah manis dan bertubuh tinggilangsing itu. “You kan nak belanja I... Remember?”

“Apa kata kita makan kat McD?”

“Balik-balik McD!”

“Dah tu kita nak makan apa?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 278

“Hari ni kan kita sambut our third anniversary. Lupa ke?”

“Takdelah!” Rashid tersipu-sipu malu. Dia memandang ke arah beberapapengguna MRT yang berduyun-duyun keluar dari perut stesen yang sibuk itu. Masing-masing nampaknya leka memikirkan tentang hal mereka sendiri.

“Berapa lama kita dah bercouple agaknya?”

“Tiga tahun.”

“So... Kita makan kat tempat special sikit... Boleh tak sayang?”

“Special?”

“Ye lah... Special sikit!” Nani mencebik manja.

“Okay... Apa kata kita ke The Heeren. Kita makan di Marché?”

Nani mengangguk cepat. Rashid memegang tangan Nani lalu mereka berjalanmasuk ke Wisma Atria. Mereka menggunakan jalan di bawah tanah ini untuk menuju kearah Ngee Ann City. Jalan bawah tanah itu dipenuhi pengunjung, walaupun hari itu hariRabu.

Dari Ngee Ann City, mereka keluar lalu berjalan di sepanjang jalan Orchard Road.Apabila mereka menyeberang jalan di hadapan pusat membeli belah Paragon, Rashidberbisik ke telinga Nani:

“Jom kita sembahyang Asar... Lagipun Masjid Al Falah dah dekat sangat ni.”

“I thought you nak buat bodoh jer tadi.” Nani tersenyum nakal. Mereka terusberjalan ke hadapan, di sepanjang Bideford Road lalu menyeberang ke sebelah kananjalan untuk ke Masjid Al Falah yang terletak di Cairnhill Road itu.

Rashid memberitahu Nani bahawa dia akan menunggunya di luar pintu masukmasjid Al Falah setelah dia selesai usai sembahyang Asar. Nani cepat-cepat mengangguk.Dia memeluk begnya yang terkandung telekungnya erat-erat ketika dia berjalan masuk kedalam perut bangunan masjid yang terletak di bahagian bawah sebuah bangunan yangterletak berdekatan dengan Orchard Road itu.

Setelah Rashid selesai mengambil air sembahyang, dia masuk ke dalam dewansembahyang. Tanpa berlengah, dia terus menunaikan sembahyang Asarnya. Apabila diaselesai menunaikan solat, dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat kelibat seoranglelaki yang baru sahaja selesai menunaikan sembahyangnya.

Rashid menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki yang sedangmemakai pakaian pejabat itu. Rashid tersenyum kelat memandang wajahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 279

Rashid terpaksa menunggu selama lima minit sebelum dia melihat Nani keluarmenemuinya di pintu masuk masjid. Nani mencari kasut Nikenya yang berwarna birusebelum Rashid tersenyum lalu memberikan kasut Nani yang telah disembunyikan dibelakangnya. Nani bercekak pinggang, lalu mencubit bahu Rashid sebelum dia duduk diatas sebuah bangku untuk memakai kasutnya itu.

Setelah Nani memakai kasutnya, Rashid terus memegang tangan Nani denganerat. Mereka kini berjalan ke pusat membeli belah The Heeren yang letaknya tidak jauhdengan Masjid Al Falah.

“Ingatkan I untuk beli album baru Siti Nurhanim, ya?” ujar Nani apabila diaberjalan melintasi toko muzik HMV.

“Dia ada album baru ke? Satu tahun berapa album dia nak bikin?” tanya Rashiddengan keningnya terkerut.

“Alah... Album baru ni gerek lah. Tak macam albumnya yang lepas!” tegas Nani.Rashid hanya menjeling. Dia membawa Nani ke pintu masuk Marché, lalu turun ketingkat bawah.

Ketika di Marché, mereka berdua telah diberikan dengan dua keping kupon.Dengan kupon tersebut, mereka boleh memilih untuk memesan makanan kegemaranmereka dari pelbagai gerai yang ada di sini.

Pada petang itu, Rashid telah memesan seafood Pizza dan Nani pula memesansalad kegemarannya.

“Happy anniversary, sayang.” Ucap Rashid, lalu mengeluarkan sebuah kotak kecildari beg sandangnya.

“Eh... apa ni?”

“Hadiah untuk you.”

“Alah! Kan I dah cakap jangan belikan apa-apa untuk I!” Nani memuncungkanbibirnya. Kemudian wajahnya berubah ceria kerana dia tahu Rashid tidak pernah mahumendengar kata-katanya dan dia sendiri tahu dia sedang menunggu saat untuk Rashidmengingati ulang tahun mereka bersama dengan pemberian hadiah yang istimewa.

“Alah... Apa salahnya? This is our third year, together!” Rashid memberi alasan.

“Kalau macam tu, I pun ada hadiah untuk you.” Ujar Nani. Dia mengeluarkansebuah hadiah yang telah disimpan di dalam begnya.

“Apa ni?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 280

“Just open it!”

Rashid mengoyakkan balutan kepada hadiah yang telah diberikan Nani.

“Album terbaru Butterfingers!” mata Rashid bersinar-sinar. “Mana you dapat?”

“I tahu you minat dengan kumpulan Butterfingers... So, I suruh cousin I kat KLbelikan you CD ni untuk I... You suka tak hadiah ni?” tanya Nani ingin tahu. Rashidmengangguk bersungguh-sungguh.

“Okay, sekarang giliran you pula buka hadiah yang I berikan untuk you.”

Nani mengambil hadiah pemberian Rashid tadi, lalu dia terus mengoyakkanbalutan hadiah tersebut.

“Oh my God!” Nani hampir-hampir mahu menjerit dibuatnya apabila diamembaca tulisan yang terdapat pada kotak kecil pemberian Rashid. Kotak itu dibukanya.Wajah Nani terus berubah pucat. “Anting-anting Cartier! This is expensive!”

“I know.”

“Mana you dapat duit nak beli anting-anting ni?”

“You sendiri kata you suka anting-anting ni... Ingat tak tiga bulan lepas bila kitapergi window shopping kat Takashimaya. You ternampak anting-anting ni di butikCartier. Lepas tu you kata, anting-anting ni cantik... Satu hari nanti you nak pakai anting-anting macam ni.”

“Tapi masa tu... I angan-angan jer. You know I didn’t mean it!”

“You did mean it!” Rashid menegaskan. Dia menongkat dagunya. Suka benar diamelihat wajah Nani yang merona merah pada waktu itu.

“Tapi... Mana you dapat duit untuk beli anting-anting ni?”

“Nani... Pakai anting-anting ini, please?” pinta Rashid tanpa mahu menjawabsoalan Nani tadi.

Nani serba salah. Dia membuka anting-anting murah yang telah dibelinya dari77th Street di Far East Plaza dan menggantikannya dengan anting-anting bertatah berliandari Cartier yang telah dihadiahkan oleh Rashid kepadanya.

“You nampak cantik, Nani.” Rashid memujinya. Dia menyuak rambut Nani yangikal itu ke tepi agar dia dapat melihat anting-anting pemberiannya itu dengan lebih jelaslagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 281

“Eh kenapa ni?” tanya Nani. Dia melihat mata Rashid yang berkaca-kaca. Nanimula nampak risau. Kali terakhir dia melihat Rashid menangis adalah apabila kucingnyamati setelah ia jatuh dari flatnya yang terletak di Bedok itu kira-kira setahun yang lepas.Nani tahu Rashid memang sayangkan kucingnya yang bernama Manja itu. Manja setahuNani, telah menemani Rashid ketika Rashid terpaksa belajar sehingga ke lewat malambeberapa bulan sebelum dia mengambil peperiksaan peringkat ‘O’nya dahulu.

Nani mengeluarkan sehelai kertas tisu. Dia mengelap air mata Rashid. “Are youokay, sayang?”

“I’m okay.” Rashid menarik nafasnya dalam-dalam.

“Are you sure?”

Rashid mengangguk perlahan. Dia menyuruh Nani makan. Nani melentokkankepalanya ke tepi. Masakan dia boleh makan apabila dia melihat Rashid berkelakuanpelik seperti ini.

“You nak tahu kenapa I sayangkan you sangat?” tanya Nani tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Because you still look incredibly handsome even when you are sad!” kata Nanisambil menggigit bibirnya. Sememangnya Rashid adalah antara pemuda yang palingkacak yang pernah dilihatnya. Dia telah mula mengenali Rashid ketika mereka bertemu didalam perjumpaan khas pelajar-pelajar cemerlang Melayu/Islam di Wisma Mendaki yangterletak di Kee Sun Avenue itu. Nani cukup sedar, Rashid yang pada ketika itu seorangpelajar dari Victoria Secondary School diminati oleh ramai gadis-gadis yang berada didalam perjumpaan tersebut, termasuklah dirinya.

“Ye lah tu.” Ujar Rashid sambil menjeling.

“I’m serious!”

“Apa-apa je lah.” Rashid cuba menjamah pizzanya walaupun dia tidak berselerapada ketika itu.

Nani terus merenung memandang kepada Rashid. Dia masih tidak faham melihatkeadaan Rashid yang tidak tentu arah sejak saat pertama dia bertemu dengannya dihadapan stesen MRT Orchard tadi.

“Lepas ini kita ke Esplanade yer?” tanya Rashid dengan suara perlahan kepadaNani sambil mengunyah pizza yang sukar untuk ditelannya itu.

“Boleh jer... Tapi jangan balik lambat sangat. I have to study.”

“I tahu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 282

“Kenapa you nak ke sana? Ada pertunjukan teater ke?”

“Takdelah... Kita duduk sana. Berbual.”

Nani sekadar mengangguk. Dia menjamah saladnya, sambil sesekali memandangke arah Rashid yang masih kelihatan resah tak sudah itu.

*

Sejurus selepas Rashid dan Nani makan di Marché, mereka terus menaiki bas TransIslandnombor 171, lalu berhenti di Marina Square. Dari sana, mereka berjalan sehingga kebangunan The Esplanade dengan menggunakan jalan bawah tanah CitiLink.

Di Esplanade, Rashid terus membawa Nani ke amphitheatre terbuka yangmenghadap ke arah laut. Bangunan pencakar langit Kota Singapura jelas kelihatan darisana.

Rashid membawa Nani duduk di atas anak tangga yang menghadap ke arahamphiteatre. Angin petang bertiup lembut dari arah laut menyegarkan suasana.

“Okay talk!” ujar Nani sambil memegang tangan Rashid dengan erat.

Sukar untuk Rashid mengeluarkan suaranya. Wajahnya jelas nampak serba salah.

“Apa yang kau tunggu lagi, Rashid?” tanyaku dari arah belakang. Aliya yangsedang berdiri di sebelahku, terus menyiku dadaku. Kami sebenarnya telah mengekorimereka berdua sejak di Orchard Road lagi, memerhatikan setiap pergerakannya dari jauh.

“Do you know these people?” tanya Nani sambil memandang ke arahku danAliya.

“Nani... Ini abang Awang dan Aliya.” Rashid memperkenalkan.

Nani menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku dan Aliya. Akumendapati tangan Nani lembut dan halus. Pada waktu itulah aku dapat merasakankecerdikan yang ada di dalam diri Nani. Satu perkara yang sungguh-sungguhmengagumkan apabila aku memikirkannya dalam-dalam, kerana setahuku, Nani tidakwujud di dunia nyata – dia merupakan hasil imaginasi Rashid.

“Rashid... Kita perlu pergi. Kau perlu memberitahu kepada Nani siapa kausebenarnya.” Ujar Aliya dengan suara memujuk.

“What is going on, Rashid?” tanya Nani meminta penjelasan. Dia menjeling kearah Aliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 283

“Nani... Benda ni sebenarnya... Complicated.” Kata Rashid teragak-agak.Wajahnya jelas pucat.

“Okay... Just explain to me.” Nani mengeluh lesu. “Is she your new girlfriend?You nak break dengan I ke?”

“Bukan...” Rashid memegang tangan Nani lalu mengucup tangannya itu. “I nakminta maaf.”

“What are you talking about? What’s going on? Kenapa you nak minta maafdengan I?”

“For all these—“

“I still don’t get you!”

“Nani... Kau adalah ciptaan Rashid. Semua ini adalah ciptaannya.” Akumenjelaskan. Aku lihat Aliya berdecit sambil bercekak pinggang. Mungkin dia lebih sukamelihat Rashid mengambil lebih banyak masa untuk menjelaskan dirinya.

“What is he talking about, Rashid?” tanya Nani kehairanan.

“He’s telling the truth,” kata Rashid sambil memandang ke hadapan. Matanyaterus kepada bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi kota Singapura. Satupemandangan yang telah diciptanya setelah meneliti buku-buku serta rakaman video yangmenunjukkan keadaan kota Singapura sebelum ia dimusnahkan secara total oleh Daevas.

“Apa? Mengarutlah you ni. Is this a joke?”

“Tak...” Rashid menggeleng pasti. Kemudian dia menukar keadaan sekelilingnyakepada suasana indah di tepi pandai dengan pasir yang memutih lengkap dengan air lautyang jernih membiru.

Nani kini mendapati dirinya sedang duduk di atas sebuah bangku kayu di bawahsebuah pohon ru yang tumbuh merendang.

Nani terlalu terkejut. Matanya terbeliak. Kini dia mendapati dirinya semakin sukaruntuk mempercayai kata-kata Rashid tadi. Setahunya, dia mempunyai kehidupan yangcukup lengkap. Dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang disayanginya. Ketika diamemandang ke lututnya, dia dapat melihat bekas luka akibat dirinya jatuh ketika diabelajar membawa basikal ketika dia berumur enam tahun.

Tapi apa maknanya ini semua jika betul kata-kata Rashid tadi tentang dirinya?

“But what about my memory? I can still remember my first day at school!” Nanimenagih penjelasan. Suaranya terketar-ketar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 284

“Semuanya telah ditanam ke dalam kepalamu oleh Rashid...” kataku apabila akumelihat Rashid tidak dapat menjawab soalan dari Nani tadi. “Hebat, bukan?”

“Hebat?”

“Ya... Begitu hebat sehinggakan kau sendiri tidak tahu bahawa kau hanya wujuddi dalam kepalanya sejak empat bulan yang lepas.”

Nani tidak dapat bernafas. Dia kelihatan seperti mahu pitam. Aliya terusmendekatinya lalu memujuknya supaya bersabar.

“Sabar? Nak sabar apa?” Nani menengking Aliya. “Rashid, apa ni? Did youspiked my drink just now?”

Rashid sekali lagi mengubah keadaan di sekelilingnya – dari sebuah pantai tropikakepada pentas di Royal Albert Hall di London yang dipenuhi penonton. Nani memandangke arah penonton-penonton yang ada. Nani mendapati mereka terdiri dari wajah-wajahyang dikenalinya dari maktab rendah, jiran-jiran terdekat dan juga saudara maranya.Mereka semua memandang ke arahnya seolah mereka sedang melihatnya berlakon di ataspentas.

“Oh my God... This can’t be true!” Nani menutup mulutnya. Matanya kini tepatke arah bapanya serta ibunya yang sedang duduk di barisan depan sambil tersenyum kearahnya.

”Maafkan saya, Nani...” Rashid berkata jujur. Wajahnya dihantui dengan rasabersalah yang amat sangat.

“Why did you do this to me?” tanya Nani yang perlahan-lahan mula mempercayaikesahihan kata-kata Rashid ini.

“Saya kesepian... Jadi saya cipta dunia ini. Saya cipta watak awak... Seorang gadisidaman saya.”

“Jadi... Dunia you pula—“

“Saya berasal dari tahun 2111. Awang dan Aliya pula berasal dari masa-masayang lain. Mereka adalah vampiro. Mereka telah menjadikan saya seorang vampiro...Kini, mereka mahu membawa saya pergi.”

“But what about me? Apa yang akan terjadi kepada I?”

“Semua ini perlu dihentikan. Saya tak sepatutnya mencipta kejadian awak denganbegitu kompleks sekali sehingga awak sendiri merasakan awak mempunyai perasaan—“

“This is not fare, Rashid. You mahu musnahkan dunia yang you dah cipta ini,bukan? Termasuk I sekali?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 285

Rashid mengangguk lesu. “Abang Awang kata saya perlu belajar untuk mengawalkuasa yang ada di dalam diri saya ini.”

Nani mula menangis. Dia tahu selepas ini dirinya tidak akan wujud lagi. Mungkinbuat selama-lamanya.

Aku memegang bahu Rashid dengan erat. Perlahan-lahan suasana menjadi gelapsehinggalah tinggal hanya kami bertiga di dalam sebuah bilik kecil jauh di bawah tanah.

Rashid terus termenung memandang ke arah katil kecilnya. Kami membawanyakeluar dari biliknya itu. Di luar, kami dapat melihat beratus-ratus orang sedangberkumpul. Mereka semua memandang kami dengan penuh harapan. Mereka semua tahutujuan kami ke sini. Mereka tahu akan legenda yang telah menjangkakan ketibaan kamike dunia mereka.

Mereka tahu bahawa kami akan membawa Rashid dari dunia mereka untukmemusnahkan Ahriman sebelum dia berpeluang untuk memusnahkan tamadun manusiadi muka bumi ini.

Aku tertunduk hormat kepada mereka. Aku memberi Rashid sedikit masa untukmengucapkan selamat tinggal kepada penduduk-penduduk kota bawah tanah yangbernama Temasik II ini sebelum kami bertiga terpaksa ke dunia di atas kami untukmembolehkan aku membuka vorteks wormhole. Rashid perlu aku bawa kembali ke Parispada tahun 2061.

Tatkala aku melangkah masuk ke dalam wormhole, aku cuba mengingati kembali saat-saat pertama aku tiba ke dunianya ini selang beberapa hari yang lepas...

*

Aku dan Aliya keluar melangkah dari vorteks wormhole. Aku memandang ke arahvorteks yang perlahan-lahan hilang dari pandangan. Aku mendapati Aliya telahmembawaku ke sebuah bangunan usang yang telah lama ditinggalkan. Sebuah pusatmembeli belah.

Kami naik ke sebuah tingkat di mana terletaknya sebuah perpustakaan. Dibahagian hadapannya tertulis perkataan library@orchard. Aku hairan mengapa Aliya telahmemprogramkan mesin Geiger supaya membawa kami ke perpustakaan ini pada saat ini.

Tatkala kami masuk ke dalam perpustakaan ini, aku dapat merasakan ada sesuatuyang tidak kena sedang berlaku. Bukan kami sahaja yang sedang berada di dalamperpustakaan usang yang telah lama ditinggalkan ini!

Suasana menjadi tegang apabila kami mendapati beberapa buah rak buku terjatuhke lantai. Seorang Daevas dari kasta tentera sedang mengacukan senjatanya ke arahseorang pemuda yang kelihatan ketakutan dengan wajah yang menunggu mati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 286

“Hoi!” sergahku kepada Daevas berwajah bengis itu.

Daevas dari kasta tentera itu berpaling ke arahku. Dia nampak terkejut melihatkehadiranku dan Aliya di situ. Tanpa memberi amaran, dia terus mengacukan senjatanyake arahku lalu menembak ke arah kami berdua dengan menggunakan senapanggergasinya. Aku dan Aliya cepat-cepat mengelak. Dinding batu di belakang kami pecahberderai.

“Mereka mempunyai pemikiran kolektif. Ia harus dimusnahkan sebelum iamemberitahu kepada yang lain tentang kehadiran kita di sini.” Ucapku kepada Aliya.

Aliya mengangguk mengerti. Dia menutup matanya. Beberapa detik kemudian,aku dapat melihat makhluk Daevas di hadapanku memegang kepalanya seolah kepalanyaitu mahu pecah. Ia kemudian jatuh ke lantai, menggelupur kesakitan.

Beberapa detik kemudian aku dapat melihat matanya terbeliak. Mulutnya berbuih.Ia masih di dalam keadaan sedar, tetapi kini, mindanya kosong. Aliya telah memusnahkansegala maklumat yang ada di dalam kepalanya. Dirinya kini tak ubah keadaannya sepertiketika ia berada di dalam tahap larva dahulu.

Pemuda di hadapanku memandang ke arah kami dengan wajah ketakutan. Diacepat-cepat mengambil beg besar yang terkandung beberapa buah buku yang telahdiambilnya dari perpustakaan ini. Baju yang dipakainya nampak lusuh. Wajahnya comot.

“Siapa kau?” tanya pemuda tersebut dengan teragak-agak.

“Namaku Awang, ini pula Aliya.” Jawabku sambil berjalan semakin rapat kearahnya.

“Nama saya Rashid.” Katanya lalu menyuluh lampu suluh kecilnya ke arahku danAliya.

“Dia yang kita cari?” tanyaku sambil berpaling ke arah Aliya yang terusmemandang ke arah Rashid.

"Ya." Angguk Aliya dengan pasti. Aliya tersenyum apabila dia dapatmelihat bahawa pemuda itu mempunyai bentuk mata sepertinya, bulat dan sentiasanampak bersinar-sinar.

“Kita perlu turun ke bawah... Kalau kita lama-lama di sini, mereka akan sedar kitaberada di sini dan kita akan diburu merekau” Ujar Rashid sambil memandang ke arahtubuh Daeva tentera yang bergerak-gerak di hadapannya. Dia mengangkat begnya yangberat itu lalu terus berjalan keluar dari perpustakaan usang ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 287

Aku hanya mengangguk, lalu mengikut Rashid dari belakang turun ke tingkatbawah. Aku dapati Rashid bergerak tangkas di dalam gelap seolah dia sudah biasabergerak di dalam keadaan gelap seperti ini.

Bangunan yang kami terokai ini pada satu ketika dahulu pernah dikenali dengannama Ngee Ann City – sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Singapura. Kini iahanya tinggal nama. Beberapa barang jualan yang terdapat di toko-toko berjenama di sinimasih kelihatan tidak terusik. Aku dapat melihat banyak tengkorak usang yang kelihatanterkapar di sana-sini. Aku pasti satu ketika dahulu, kaum Daevas telah menggunakansenjata biologi untuk membunuh seberapa ramai manusia yang mahu dimusnahkanmereka di kota-kota besar di seluruh dunia.

Kami terus dibawa oleh Rashid ke sebuah stesen kereta api bawah tanah. StesenMRT Orchard. Di sana, kami terus turun, lalu berjalan di atas rel kereta api masuk kedalam sebuah terowong yang gelap.

Di dalam terowong, Rashid membawa kami masuk ke dalam sebuah jalan rahsiamelalui sebuah pintu tersembunyi di tepi terowong yang telah dibuka Rashid denganmenggunakan sebatang kunci yang dipakai di lehernya.

Kami terus dibawa jauh ke bawah tanah oleh Rashid melalui jalan rahsia ini.Bahagian ini nampaknya telah dikorek beberapa puluh tahun dahulu oleh mereka yangterselamat dari program genosid Daevas.

Kami dibawa ke sebuah pintu yang maha besar. Rashid membisikkan sesuatu kedalam sebuah speaker di tepi pintu, lalu pintu ini terbuka membenarkan kami bertigamasuk. Aku dan Aliya nampaknya telah dibawa ke sebuah struktur gergasi di bawahtanah. Aku kagum melihat struktur ini yang telah dibina oleh mereka yang terselamat. Iakelihatan seperti sebuah kota yang didiami oleh beribu-ribu manusia yang kini hidup disini bak pelarian.

“Rashid!” tukas seorang lelaki tua berbangsa Cina. Wajahnya nampak marah-marah. Dia memandang ke arahku dan Aliya. “Berapa kali perlu aku katakan? Janganpergi ke atas tanpa kebenaran kami!”

“Maafkan saya.” Jawab Rashid sambil tertunduk. Dia nampak serba salah.

“Siapa mereka?” tanya lelaki tua itu kehairanan.

“Entah.” Rashid menaikkan kedua belah bahunya.

“Siapa kamu berdua?” tanya lelaki tua itu kepada kami.

“Saya Awang... Dan ini pula Aliya.”

“Wajah lelaki tua itu terkerut seribu.” Dia terus mendekatiku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 288

“Kau seorang vampiro!”

“Ya.” Jawabku pendek. “Kau pernah menemui datukku di sini! Dia pernahmemberitahu kepadaku bahawa kau akan datang lagi ke sini!”

Aku memandang ke arah Aliya. Kemudian aku mengangguk.

“Jadi legenda itu betul... Kau datang untuk menyelamatkan kami!” kata lelaki tuaitu dengan nada penuh harapan. Teruja.

“Ya...” Aku sekali lagi mengangguk.

“Namaku Lai.” Dia bersalam denganku kemudian dengan Aliya. “Kau perlumenemui yang lain. Aku perlu perkenalkan kau kepada mereka semua.”

Belum sempat aku dapat berkata apa-apa, Lai telah memegang tanganku lalumembawaku ke lif berdekatan. Aku lihat Rashid lesap entah ke mana.

Pada malam itu Lai telah membawa kami berjumpa dengan ahli-ahli majlispentadbiran kota bawah tanah yang dikenali dengan nama Temasik II ini. Hasilpertemuanku, aku mempelajari tentang kewujudan kota-kota bawah tanah seperti ini diseluruh dunia. Golongan manusia yang masih hidup bebas ini saling berhubungan danmencari jalan untuk terus hidup. Mereka saling membantu, kerana mereka tahu, hanyamereka sahaja manusia bebas yang masih ada di dunia ini. Yang lain terus dibiakkansebagai sumber makanan untuk Daevas.

“Kami mahu membawa Rashid pulang ke dunia kami.” Jelasku akhirnya kepadaahli majlis pentadbiran Temasik II di dalam sebuah dewan yang besar. Suarakuberdengung memecah kesunyian dewan.

“Sejak dari mula lagi kami dapat melihat keistimewaan yang ada di dalamdirinya.” Ucap seorang wanita India yang sudah berumur. “Tetapi dia sukar untukdikawal! Kau pasti dia yang kau cari?”

“Ya, kami pasti.” Jawab Aliya bagi pihak diriku.

Aku masih tidak tahu apakah kuasa yang ada pada Rashid pada ketika itu. Akuberpaling kepada Aliya. Kuasa yang ada di dalam darah Aliya berkembang di dalamsetiap generasi yang lahir di dalam dunia ini sehinggalah lahirnya manusia seperti Rashid.

“Mungkin ada baiknya jika kami menemuinya sendiri.” Kataku akhirnya, yangtidak mahu menghabiskan masaku lagi dengan manusia-manusia tua ini. Merekamengangguk mengerti. Lai kemudian membawa kami pergi ke sebuah bilik perpustakaanyang terletak jauh di bawah tanah.

Tatkala berjalan di kota ini, kami mendapati diri kami menjadi daya tarikanpenduduk-penduduk di sini. Mereka memandang ke arah kami dengan kaget.

http://nizamzakaria.blogspot.com 289

Keadaan kota ini agak bersih. Di tengah-tengah bahagian paling bawah strukturkota yang dibina seperti sebuah silinder ini ditanam pokok-pokok yang rendang. Dibahagian tepi balkoni setiap tingkat ada ditanam pohon-pohon menjalar, lantasmembuatkan struktur kota ini kelihatan seperti taman yang tergantung. Air jatuh berderaiseperti hujan untuk membasahi tanaman ini dari tingkat teratas. Walaupun kami beradaberatus meter di bawah tanah, keadaan di Temasik II kelihatan menghijau jikadibandingkan dengan keadaan gelap dan malap di dunia di atas kami.

Tatkala dibawa ke perpustakaan, aku dapat melihat Rashid sedang duduk di atas sebuahkerusi kayu sambil dikerumuni oleh 30 orang kanak-kanak. Mata mereka terus kepadanyayang sedang menelaah sebuah buku kanak-kanak yang baru sahaja dicurinya diperpustakaan usang library@orchard siang tadi. Aku mula mendapati mata kanak-kanakini kosong, seolah terpukau memandang terus kepada Rashid.

“Mereka sedang berada ke dalam dunianya.” Bisik Lai kepadaku. Aku mendapati,Rashid sedang memegang buku yang bertajuk ‘Lemony Snicket's Series of UnfortunateEvents’.

“Mereda sedang berada di dalam dunianya?” tanyaku kembali. Aku tidak fahamapa yang dimaksudkan oleh Lai.

“Ya... Apa kata kau pergi mendekatinya?” saran Lai. Aku berjalan ke arah Rashid.Kemudian dengan tiba-tiba aku mendapati aku sedang berada di hadapan sebuah keretayang telah diletakkan di tengah-tengah rel kereta api. Di dalamnya terdapat tiga orangkanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta tersebut.

Aku terkejut. Aku mendapati aku sedang dibawa ke sebuah dunia yang begituasing bagiku. Lebih menghairankan, perkara ini berlaku di siang hari dengan dirikudikelilingi oleh 30 orang kanak-kanak. Mereka memandang ke arahku seolah-olahkehadiranku telah menganggu mereka yang telah berada di situ sebelumku.

Aku cuba menyelamatkan ketiga-tiga kanak-kanak yang terperangkap ini dengancuba membuka pintu kereta mereka, tetapi belum sempat aku dapat membuat apa-apa,aku dapat merasakan tubuhku ditarik ke belakang.

Aku dibawa kembali ke perpustakaan. Aku memandang ke belakang. Laitersenyum melihatku.

“Tanpanya... Kehidupan kami di sini mungkin terlalu sukar untuk kami lalui. Ibudan neneknya mempunyai kuasa yang sama, tetapi tidak sehebat dirinya.” Laimenjelaskan.

“Tidak sehebat dirinya?” tanya Aliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 290

“Ya... Kadangkala, terdapat watak-watak yang dicipta di dunianya yang tidaksedar mereka telah diwujudkan dari fragmen imaginasinya.” Balas Lai dengan mata tidakberkelip. Kemudian dia memanggil nama Rashid.

Rashid memandang ke arahnya. Kanak-kanak yang berkumpul mengelilinginyamengeluh. Mereka tersedar dari dunia ciptaan Rashid. Ada di antara mereka yang nampakmarah. Monyok. Aku tersenyum melihat gelagat mereka.

“Kamu semua balik... Kami ingin bercakap dengan Rashid.” Jelas Lai. Kanak-kanak ini merengek. Seorang pembantu perpustakaan membawa mereka pergi. Akumelihat Rashid tersenyum kepadaku, langsung terlupa bahawa beberapa jam sebelum inidia hampir mati semata-mata kerana ingin membawa lebih banyak buku ke perpustakaanini.

“Masanya sudah sampai untuk kamu pergi bersama mereka.” Ujar Lai sambilmemegang bahu Rashid. Aku lihat Rashid mengangguk perlahan. Lai terus meninggalkanRashid bersamaku dan Aliya di situ.

“Kedua orang tua saya mati ketika mereka cuba membawa beberapa bahanrujukan ke perpustakaan ini ketika saya kecil dahulu.” Rashid menjelaskan. Mungkinsebab itulah dia terlalu sayangkan perpustakaan ini. Seluruh hidupnya telahdihabiskannya di sini. Membaca dan terus membaca. Itulah sahaja dunia yangdikenalinya.

Aliya duduk di sebelah Rashid. Dia memandang ke arahku. Dia tahu apa yangakan aku lakukan kepada Rashid nanti.

Aliya memegang tangan Rashid dengan erat. Dia meminta Rashid supaya jangantakut.

“Sebelum saya dibawa pergi... Saya mempunyai satu permintaan.” Kata Rashidtertunduk. Fikirannya merayap merentap satu persatu memori yang disimpannya di dalamkepalanya.

“Apa dia?” tanyaku sambil membelai rambutnya.

“Saya perlu menemui Nani... Saya perlu beritahu kepadanya perkara sebenar.”

“Nani?”

“Saya telah menciptanya... Saya perlu memberitahu siapa dirinya yang sebenar.”

“Tapi mengapa?” tanyaku dengan sebelah keningku ternaik.

“Kerana dialah satu-satunya ciptaan saya yang benar-benar saya sayangi...” KataRashid dengan perlahan. Terguris garis jujur di wajahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 291

Aku mengangguk setuju. Begitu juga Aliya.

Aku mengeluarkan pisau secespita yang kusisipkan ke pinggangku. Aku mengelartanganku lalu memastikan terdapat sedikit darahku yang terpalit di atas pisau. Aku dapatmelihat Rashid seolah tahu apa yang akan aku lakukan kepadanya. Mungkin Aliya telahmemberitahunya melalui sentuhannya tadi.

Rashid menutup matanya dengan perlahan. Pisau ini terus kubenamkan kedadanya. Matanya terbuka menahan sakit. Beberapa detik kemudian, dia terus mati dihadapanku.

Aku mengangkat tubuhnya. Aku berjalan ke luar perpustakaan. Aku mendapatiahli-ahli majlis pentadbiran Temasik II sedang menunggu di luar. Mereka seolah mengertiapa yang akan aku lakukan kepada Rashid. Di dalam suasana muram, merekamengarahkanku supaya membawa tubuh Rashid ke biliknya yang terletak di tingkat 42kota bawah tanah ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 292

Buku IV. Bab 1

Rashid menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memandang ke langit. Mungkin subuh akanmenjelang selang sejam dua lagi. Dia perlu mendapatkan tempat untuk berlindung. Jikatidak, padah jadinya.

Lagipun, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat keadaan dunia yang penuhbercahaya, kecuali di dalam dunia ciptaannya sendiri...

“Bang, kita perlu mencari tempat untuk berehat.” Ujar Rashid tanpa perlumenjelaskan kejadiannya sebagai seorang vampiro kepada Damak.

Damak yang masih memandang ke arah bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya. Kadangkala matanya akan beralih ke sebuah tasik buatan dan landskap dihadapannya. Setelah melihat kawasan ini lama-lama, akhirnya dia mula sedar bahawapada satu ketika dahulu tempat ini merupakan padang lumba kuda Ampang.

“Ke mana?” tanya Damak. Seorang pengawal keselamatan berjalan melepasinya.Dia memandang ke arah pakaian yang diperagakan Damak dan Rashid. Pakaian merekajelas ketinggalan zaman. Pegawai keselamatan itu hanya memandang sekali sebelum diaterus berjalan, langsung tidak mengendahkan mereka. Fikirnya, mereka berdua ini pastibaru sahaja selesai menghadiri pesta pakaian beragam di kelab-kelab malam berdekatan.

Damak berjalan mendekati ke arah pintu masuk Suria KLCC yang telah ditutuprapat. Dia merapatkan mukanya ke pintu kaca untuk melihat keadaan di dalam.

“Kau rasa ada apa di dalam sana?” tanya Damak kepada Rashid.

“Kedai berbagai-bagai jenis.” Jawab Rashid dengan yakin kerana dia pernahmembaca perihal pusat membeli-belah Suria KLCC sebelum ini. Setahunya juga,bangunan berkembar Petronas setinggi 452 meter ini pernah dikenali sebagai bangunantertinggi di dunia. Apabila Daevas menyerang kota ini, bangunan berkembar inilah yangtelah mereka musnahkan dahulu...

“Kalau begitu, tunggu di sini,” perintah Damak, dia berjalan menembusi pintumasuk ke Suria KLCC yang telah tertutup rapat itu. Kebolehan Damak ini telahmembuatkan Rashid kaget.

Rashid duduk di anak tangga yang menghadap ke arah tasik buatan ini. Matanyaterus ke hadapan. Termenung. Rashid merasa agak bimbang apabila dia mendapatiDamak telah menghilangkan dirinya selama lebih 20 minit. Dia mula merasakan mungkinDamak telah meninggalkannya di situ. Di sebuah kota di dalam titik masa yang begituasing baginya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 293

Rashid kemudian mendapati terdapat asap hitam yang terkumpul di hadapannyasebelum perlahan-lahan asap itu membentuk menyerupai lembaga manusia menyerupaiDamak.

Rashid mendapati Damak kelihatan segak dengan pakaian berkemeja dan berkotlengkap dengan jam serta kasut baru. Di tangannya Damak memegang sepasang pakaianyang telah diambilnya untuk Rashid. Dia memegang tubuh Rashid. Di dalam beberapadetik, Rashid mendapati pakaian yang dipakainya berubah kepada pakaian yang dibawaoleh Damak, dan Damak pula memegang pakaian lamanya.

Damak mencampak pakaian lama Rashid ke tepi.

Sekali lagi Rashid kaget melihat kebolehan yang mampu dilakukan Damak. MataRashid kini terus kepadanya.

“Kenapa kau pandang-pandang aku?” tanya Damak kehairanan. “Kau sukadengan baju yang aku pakai ni? Aku dapatkan dari toko Hugo Boss. Aku tak pernahdengar nama ini... Tapi rekaannya cantik. Baju kau pula aku ambil dari toko Gucci. Kausuka dengan pakaian yang aku pilih ini. Kalau tak suka, cakap, aku boleh tukarkan—“

“Abang Awang ada beritahu kepada saya abang ini satu mutasi.” Pintas Rashidsambil memandang ke arah kemeja serta seluar Gucci yang dipakainya. Kemudian Rashidmenyentuh pakaian Damak untuk merasakan sendiri fabrik yang telah dibentuk Damaksetelah dia melihat koleksi pakaian-pakaian dari fesyen terbaru yang ada di dalam tokoHugo Boss tadi.

“Mutasi?” tanya Damak kembali. Kalimah ini terlalu asing baginya.

“Saya kurang setuju dengan hipotesis abang Awang kerana saya rasa abang bukansatu mutasi... Tapi satu evolusi!” ujar Rashid kepada Damak dengan suara teruja,membutirkan satu pendapat yang sebenarnya kabur.

Rashid mula menyedari bahawa tubuh Damak sebenarnya diperbuat daripadaberbilion-bilion SDN yang telah bergabung lalu membentuk tubuh Damak yang dapatdilihatnya sekarang di hadapannya. Rashid cukup kagum melihat kejadian Damak.

“Kau ni memang pelik lah Rashid.” Getus Damak sambil menguap. Diamemandang kepada sepasang capal yang masih dipakai Rashid. Dia cuba mengingatkandirinya untuk mendapatkan sepasang kasut baru untuk Rashid pada esok harinya.

“Kat bangunan sebelah ada hotel... Mandarin Oriental namanya.” Rashidmemberitahu setelah membaca nama hotel tersebut yang terpapar di hotel tersebut.. Diamemandang ke langit. Kerisauan. Tidak berapa lama lagi, matahari akan naik di ufuktimur...

Damak menarik nafasnya. Dia mengikut Rashid berjalan ke arah MandarinOriental. Apabila dia sampai ke pintu hadapan hotel ini, seorang pekerja hotel yang telah

http://nizamzakaria.blogspot.com 294

ditugaskan untuk penjaga pintu membuka pintu lalu mengucapkan selamat pagi kepadaDamak dan Rashid.

Damak memandang kepada suasana dalaman hotel ini yang nampak mewah. Diamasih belum tahu bagaimana untuk membayar harga sewa hotel ini kerana dia belummelihat lagi bentuk wang dari zaman ini. Jika tidak, dia pasti boleh meniru wang yangada lalu menggunakannya.

“Bang... Biar saya uruskan hal untuk mendapatkan bilik hotel ni.” Kata Rashiddengan penuh yakin. Dia terus berjalan ke arah kaunter penyambut tetamu.

Rashid menggunakan kebolehan luar biasanya untuk membuat penyambut-penyambut tetamu yang sedang bertugas berfikir bahawa dia mempunyai kad kredit untukmenyewa sebuah bilik di dalam hotel mewah ini.

“Ini kunci untuk bilik encik.” Ujar penyambut tetamu yang bernama Mohsin itusetelah dia melakukan segala perkara yang perlu dilakukannya untuk mendaftarkanRashid sebagai tetamu hotel ini. “Dan ini kad kredit encik.”

Damak terkerut apabila dia melihat kad kredit platinum yang telah diserahkankepada Rashid berserta kunci bilik hotel yang kelihatan seperti sekeping kad plastik.

“Kunci?” tanya Damak kepada Mohsin.

Rashid tersenyum ke arah Mohsin tatkala dia menarik lengan Damak. Mohsinmembalas senyuman Rashid, kemudian dia tersenyum sekali lagi apabila dia melihattelatah Rashid yang perlu menerangkan kepada Damak bahawa kad yang telah diberikanMohsin tadi adalah kunci bilik hotel mereka.

“Kad ini boleh dijadikan kunci?” Damak menggaru kepalanya.

“Ya.” Jawab Rashid pendek. Dia menekan butang lif. Pintu lif terbuka denganserta-merta. Rashid masuk ke dalam lif lalu menekan butang 11.

Apabila mereka tiba di tingkat 11, Rashid terus mencari bilik 114. Diamenunjukkan kepada Damak bagaimana caranya untuk menggunakan kunci berbentukkad ini.

Sebaik sahaja pintu hotel dibuka, Rashid cepat-cepat pergi ke arah tingkap lalumemandang ke arah panorama Kota Kuala Lumpur. Damak pergi ke arah tingkap lantasberdiri di sebelah Rashid.

Damak kagum melihat kemajuan pesat kota ini. Belum sempat dia dapatmenikmati panorama di hadapannya, Rashid terus menutup langsir dengan rapat. Rashidyakin kain langsir yang tebal ini akan melindungi dirinya dari terkena cahaya matahariyang menjadi alahannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 295

Perkara kedua yang dilakukannya adalah untuk menghidupkan kaca TV. Sebaiksahaja fungsi TV dihidupkan, dia terus menekan butang alat kawalan jauh untukmenonton saluran MTV.

“Apa ni?” tanya Damak dengan matanya kaku memandang terus ke kaca TV.

“Green Day. Band dari Amerika Syarikat. Kumpulan ini adalah sebuah kumpulanalternatif pasca-Nirvana yang terbaik selepas Pearl Jam—“

“Bukan... Kotak ini”

“Oh... Ini televisyen.”

“Teh-visyen?”

“Sebut betul-betul! Te-le-vee-syen.”

“Televisyen.” Damak mengulangi kalimah Rashid tadi. Dia cuba menghafal namaalat yang baru sahaja dipelajarinya ini.

“TV. Tee-vee. Lagi senang nak ingat.”

Damak kagum melihat kaca TV di hadapannya. Dia tidak pernah menyangkarancangan pelbagai bentuk boleh disalurkan ke dalam kotak ajaib ini. Dia menyentuhskrin TV ini dengan jarinya. Kemudian dia membenarkan jarinya menembus kaca TV ini.Tidak cukup dengan itu, dia memasukkan kepalanya pula ke dalam kotak TV ini untukmelihat apa yang menyebabkan mesin ajaib ini berfungsi.

Rashid menarik kolar Damak. Dia mahu menonton video Green Day yang tidakpernah ditontonnya ini.

“Bang... Siang nanti abang perlu cari Kak Hanim.” Rashid mengingatkan tatkalamatanya terus ke kaca TV, menyaksikan muzik video terbaru dari Gwen Stefani.

“Tapi Kuala Lumpur ini besar. Bagaimana aku nak mencarinya nanti?” soalDamak dengan tajam, menempelak pendapat dari Rashid.

Rashid menjeling sambil tersenyum. “Esok, abang pergi ke Suria KLCC... Bacaakhbar-akhbar terbaru, nanti abang akan tahu sendiri.” Rashid berkata lambat-lambat.

Damak mengecilkan matanya. Dia masih tidak faham apa yang cuba dimaksudkanoleh Rashid. Kemudian Damak termenung. Dia tidak pernah menyangka dia akan dapatbertemu dengan Hanim lagi, wanita yang telah disayanginya setengah mati di dalamdunia ini.

Jika Hanim dapat dicarinya nanti, Damak bersungguh mahu memberitahu Hanimbuat sekian kali tentang hasrat cintanya terhadap dirinya itu. Hanim terlalu istimewa buat

http://nizamzakaria.blogspot.com 296

dirinya. Dia mahu kembali hidup di samping Hanim, menyayanginya dan menjaganyaseperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Sebentar lagi aku akan keluar mencari Hanim. Kau tunggu sahaja di sinisehingga matahari terbenam nanti.” Getus Damak kepada Rashid. Dia mendapati Rashidtidak menjawab. Matanya tertutup rapat. Dia sudah lama tertidur.

Damak mengeluh. Dia terus menyelimutkan Rashid. Matanya kini terus terpakuke kaca TV, walaupun fikirannya tak menentu.

*

Pada pagi itu, Damak sekali lagi masuk ke dalam Suria KLCC. Matanya cukup rambangmelihat toko-toko pakaian berjenama yang ada di sini. Jika dia berjaya menemui Hanimnanti, pasti dia akan membelikan Hanim pakaian-pakaian cantik yang dilihatnya padaketika itu – kerana dia tahu Hanim suka membeli-belah. Itu kegemarannya nombor satu!

Seperti dirinya, Hanim suka nampak ranggi. Dan dia pula, cukup suka melihatkanHanim berpakaian cantik-cantik yang secocok dengan wajahnya yang cantik ditambahdengan tubuhnya yang menarik itu.

Damak terus berjalan sehingga dia tiba ke kawasan legar Dewan FilharmonikPetronas. Dia memandang kepada keadaan di sekelilingnya. Kemudian dia melihatbeberapa orang pekerja pejabat yang berjalan simpang siur untuk ke pejabat masing-masing.

Damak mengingatkan dirinya dia perlu mendapatkan wang. Dia tidak bolehberterusan dengan keadaan poket kosong di dalam sebuah dunia yang begitu asingbaginya ini.

Damak mencari bank yang terdekat. Dia dapat melihat bahawa terdapat sebuahbank di bahagian tingkat bawah berdekatan dengan tempat untuk membeli tiket dewanfilharmonik ini. Dia terus ke sana dengan menuruni sebuah tangga bergerak.

Di bawah, dia dapat melihat beberapa orang sedang beratur di hadapan sebuahmesin ATM. Dia ikut beratur. Dia mendapati mereka yang menggunakan mesin inimenggunakan sekeping kad untuk mengeluarkan wang.

Apabila tiba gilirannya, Damak terus memandang ke arah mesin tersebut. Diamemandang ke belakang. Tidak ada pelanggan lain, lantas dia terus memasukkantangannya untuk menembusi mesin tersebut. Dia dapat merasakan wang kertas yangtersimpan di dalam mesin, lalu dikeluarkannya wang itu cepat-cepat.

Damak dapat mengeluarkan jumlah wang yang agak tebal. Dia kemudian berjalanbeberapa tapak ke belakang seraya memasukkan wang tersebut ke dalam kocek kot yangsedang dipakainya. Dia naik semula ke tingkat atas sambil memeriksa sekeping wangRM50 di tangannya agar wang itu mampu ditirunya sesuka hati. Dia tersenyum puas.

http://nizamzakaria.blogspot.com 297

“Di mana kedai buku berdekatan?” tanya Damak kepada seorang gadis Cina yangberjalan ke arahnya di luar toko Prada.

“Ada dua kedai buku di sini... Times dan Kinokuniya.”

“Kino-ku-ni-ya.” Damak mengajuk kembali kata-kata gadis tersebut.

“Tingkat teratas.” Jawabnya lalu terus berjalan meninggalkan Damak.

Damak terus berjalan ke hadapan. Dia dapat lihat beberapa orang pengunjungsedang menunggu di hadapan sebuah lif. Dia menunggu sama. Apabila lif itu terbuka, diamasuk bersama mereka ke dalam lif berkaca itu.

Seorang pemuda menekan butang ke tingkat teratas. Kemudian lif cepat bergerak.Damak terkejut lalu cepat-cepat memegang palang besi di belakangnya. Damak menolehmelihat keadaan pusat membeli-belah di sekelilingnya. Hari ini hari Sabtu. Pagi-pagi lagipusat membeli-belah ini sudah dipenuhi pengunjung.

Apabila lif terbuka di tingkat 4, Damak terus keluar. Dia dapat melihat Petrosains- sebuah pusat sains yang menjadi tumpuan beberapa orang pelajar sekolah yang datangmelawat. Damak memandang ke dalam Petrosains. Jika mempunyai banyak masa nanti,mungkin dia akan ke sini, fikirnya. Banyak perkara yang perlu didalaminya mengenaidunia serba canggih ini. Dia boleh memulakan pencariannya a di sini.

Damak dapat melihat kedai buku Kinokuniya yang dinyatakan oleh gadis Cinatadi. Dia berjalan masuk lalu terus ke bahagian majalah. Dia memandang ke arahmajalah-majalah yang ada di jual di sana. Matanya rambang. Majalah-majalah yang adadi situ semuanya berwarna-warni. Cantik.

“Hanim!” renungannya tajam meratah gambar Hanim di atas majalah Cleo edisitempatan. Walaupun solekan Hanim lain dari apa yang pernah dilihatnya sebelum ini,tidak syak lagi, jelitawan yang ditatapnya pada saat itu adalah Hanim.

“Siapa nama perempuan ini?” tanya Damak kepada seorang gadis remaja yangsedang membelek majalah yang sama di sebelahnya. Gadis itu memandang ke arahnya,lalu ketawa kecil. Jawabnya kemudian:

“Siti lah bang... Siti Nurhanim. Kenapa, minat ke?”.

Damak tidak menjawab. Matanya terkebil-kebil.

“Abang pergilah tackle dia... Dia kan single lagi. Abang kan hensem, mesti bolehdapat, punya!” perli gadis itu, lalu memandang ke wajah Siti Nurhanim yang menjadimodel kulit majalah Cleo itu sejurus

http://nizamzakaria.blogspot.com 298

Gadis tersebut merenung ke dalam mata Damak, kemudian dia kembali membacamajalahnya.

“Kau kenal dengan Siti... Siti Nurhanim ni?”

“Eh... Semua orang kenal lah bang. Dia kan artis No. 1 Malaysia! Abang ni barubalik overseas ke?”

“Ya...” Jawab Damak teragak-agak.

“Tak percayalah. Kalau dari overseas pun tak kan tak kenal dengan Siti.” Ujargadis itu sambil menyepetkan matanya. “Abang sebenarnya nak takle saya ke?”

“Tackle?”

“Nak usha saya lah.”

“Usha?” Damak semakin keliru. Dia mula sedar bahasa Melayu yang digunakanpada masa itu cukup berlainan dengan bahasa Melayu yang terbiasa digunakan olehnya.

“You are using Siti Nurhanim as your pick up line, kan?” tanya gadis itu, yangsememangnya sedar bahawa kedai buku seperti Kinokuniya ini adalah tempat yangterbaik untuk mencari calon kekasih yang gemar membaca sepertinya.

Damak masih kelihatan keliru. Sepi terus berjurang di antara dirinya dengan gadisitu.

“Nama saya Azila.” Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganDamak untuk memecahkan kebuntuan yang terwujud di antara mereka. Damak teragak-agak menyambut salamnya.

“Nama aku Damak.”

“So... Damak. You ni dah kerja ke atau study lagi?” tanya Azila memandangDamak atas bawah. Mengamatinya betul-betul, lantas merumuskan keperibadiannya disitu juga.

“Kerja.”

“You kerja kat area ni ke?” tanya Azila tatkala dia memandang kepada Damakyang kelihatan segak pada waktu itu.

“Tak...” Damak menjeling cepat. “Kerja sendiri.”

“So... Berapa umur you?” tanya Azila sambil memegang beg galasnya. “Wait! Letme guess... 21? No... 22?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 299

“21.”

“Oh... You tua tiga tahun dari I jer.” Azila mengorak senyum.

“Ya... Begitulah agaknya.”

“So... Do you want to go for a cuppa?”

“Apa?”

“Minum kopi.” Azila membuat isyarat tangan seolah menunjukkan dia sedangmemegang secawan kopi lalu meminum secawan kopi yang panas.

Damak menarik nafasnya. Mungkin banyak perkara yang boleh dipelajarinya darigadis ini nanti. Dia akhirnya mengangguk. Setuju.

“Okay... Kalau macam tu, kita ke Coffee Beans kat tingkat bawah.”

“Ya. Kita ke tingkat bawah.” Sahut Damak dengan perlahan, memilih kata-katanya dengan cermat. Dia terus memandang ke arah Azila. Dia tidak menyangka gadis-gadis zaman sekarang berani gamaknya untuk menegur dan berbual dengannya. Inikanpula menjemputnya untuk minum kopi bersamanya!

Azila meletakkan majalahnya ke tepi, lalu melangkah keluar dari Kinokuniya.Damak berjalan mengiringnya, lalu turun ke tingkat 3 untuk ke Coffee Beans. Setibanyadi sana, Azila terus duduk di bahagian tepi tingkap. Sejurus dia melabuhkan pinggangnya,dia terus berkata:

“You nak minum apa? My treat!”

“Minum kopi.” Jawab Damak dengan matanya terus kepada Azila.

“Ye lah... Kopi apa? You ni weird lah!”

“Aku akan minum apa sahaja kau minum.” Itulah jawapan yang Damak berisebelum Azila berdiri lalu pergi ke kaunter untuk memesan minuman mereka. Damakmengeluh panjang. Dia memerhatikan suasana di luar – matanya kini terus ke arahkawasan taman berlandskap KLCC dengan air pancut yang menjulang tinggi. Buatpertama kali di dalam jangka masa beratus-ratus tahun lamanya, dia merasa begitu kelirusekali. Rasa terkapai-kapainya belum mampu sirna di dalam ketakjubannya menghadapidunia yang tidak mampu difahaminya ini!

http://nizamzakaria.blogspot.com 300

Buku IV. Bab 2

Azila meletakkan dua cawan air kopi panas di atas meja untuk dirinya dan Damak. Diadapat melihat Damak memandang ke arah seorang remaja lelaki yang sedang berbualmenggunakan sebuah telefon bimbit yang nipis. Remaja lelaki itu ketawa seorang diri.Kemudian dia mematikan panggilannya sebelum dia melipat telefon bimbitnya itu laludiletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja.

“I know what you are thinking...” ujar Azila sambil mengoyak paket gula untukdimasukkan ke dalam minumannya. Dia menggunakan sudunya untuk mengacau kopinya.

“Apa dia?”

“Diorang ni belum apa-apa dah beli handphone mahal-mahal.” Azila merungutsendiri.

“Hand-phone?” kening Damak terkerut. Setahunya, perkataan itu membawamakna telefon tangan.

“You tak nak nombor handphone I ke?” tanya Azila memegang bahunya sendiri.

Damak tak tahu jika dia harus menjawab ‘nak’ atau ‘tidak’. Dia memilih untukmenjawab ‘nak’.

“Apa nombor handphone you? I buat miss call...”

“Aku tak ada handphone.”

“No! You must be kidding!” ujar Azila langsung tidak mahu mempercayai kata-kata Damak. “Bohonglah!”

“Betul Azila... Saya tak ada handphone.” Damak minum air kopi yang telahdipesan oleh Azila tadi. Kemudian dia mengesat bibirnya dengan kertas tisu yang telahdiletakkan Azila di atas meja. Dia melihat Azila tidak menyentuh minumannya.

“Okay, whatever.” Azila menjeling sekali. “So... You berasal dari mana?”

“Melaka.”

“Oh... Budak Melaka rupa-rupanya.”

“Kau pula dari mana?”

Azila termenung seketika sebelum dia menjawab dengan yakin. “Dari JB.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 301

Damak tidak pernah mendengar nama tempat yang dikenali dengan nama ‘Jay-Bee’ ini. Dia mengingatkan dirinya supaya bertanyakan Rashid di mana letaknya tempatyang dikenali dengan nama ‘Jay-Bee’ ini.

“So... You cari buku apa di Kinokuniya tadi?” tanya Aliya. Dia meletakkan cawankopinya ke tepi.

“Aku tak cari buku.” Damak berterus terang.

“Jadi apa yang you cari?”

“Hanim... Maksud aku Siti Nurhanim.”

“You ni peminat Siti ke?”

“Ya.” Sahut Damak sambil mengangguk perlahan.

Azila mencebikkan bibirnya. Cemburu. “I pun tak tahu kenapa you all minatsangat dengan dia.”

Damak sekadar tersenyum kelat. Matanya kadangkala akan berpindah ke luarcermin tingkap di sisinya.

Azila mengeluarkan sekeping surat khabar Utusan Metro dari dalam beg galasnya.Surat khabar semalam. Dia menyerahkan surat khabar tersebut kepada Damak.

Damak dapat melihat wajah seorang wanita bertubuh gempal tersenyum di mukadepan surat khabar tersebut. Dia kehairanan. Dia tak tahu mengapa dia disuruh membacaberita mengenai wanita gempal ini.

“Kenapa dengan perempuan ini?” tanya Damak ingin tahu.

“Oh my God... You are driving me nuts!” Azila menggigit bibirnya. “Tak kan youtak kenal dengan diva Faridah Aini!”

Damak memandang wajah Faridah Aini yang terpampang di muka akhbar. “Jadikenapa dengan dia?” dia masih tak faham lagi.

“Okay... Ceritanya begini.” Azila membuka lembaran bicara. “Beberapa bulanlepas, kat Malaysia ni heboh fasal e-mail layang mengenai Siti. Ada orang dengki denganSiti dengan mengatakan dia ada ilmu lah. Dia ada simpan hantulah. Apa tidaknya,sebelum mengadakan konsert, Siti mesti makan telur masak dalam tandas.”

“Sudah tu, kenapa?” tanya Damak. Sememangnya dia tahu Hanim suka makantelur masak sebelum mengadakan persembahan bangsawannya dahulu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 302

“Siti buat laporan polis!” matanya kecil meniti titian bicara. “Sekarang jadi kespolis lah.”

“Oh...” Dahinya mengukir garis-garis halus penuh perhitungan.

“But you know what? Sekarang polis sedang investigate Faridah Aini... Merekakata mungkin diva kita tu terlibat dengan kes fitnah e-mail layang tu.” Azila menongkatdagunya sambil memandang penuh ke wajah Damak. “Entahlah, I pun dah tahu ceritasiapa I nak percaya sekarang!”

Damak mendengar penjelasan Azila dengan penuh minat. Dia teringatkan kepadakisah yang hampir sama yang penah terjadi kepada Hanim satu ketika dahulu.

Di awal tahun 40-an, terdapat seorang pelakon yang sudah agak berumur yangpernah menjadi Seri Panggung yang tidak senang melihat kejayaan Hanim sebagaipelakon bangsawan yang popular. Alkisahnya, pelakon bangsawan berumur itu telahmenaburkan pelbagai fitnah mengenai diri Hanim. Hanim dikatakan seorang perempuanjahat yang mengamalkan ilmu hitam dan telah menggunakan kecantikannya untukmembuat tauke-tauke Cina Peranakan jatuh hati kepadanya. Akan tetapi, lama-kelamaan,orang ramai mula sedar bahawa semua ini hanya bohong belaka dan bekas Seri Panggungitulah yang telah menaburkan fitnah kepada Hanim.

Orang ramai mula menghindari dirinya. Pernah sekali pelakon berumur ituberpura-pura menjadi mangsa rompakan, lalu melaporkan perkara ini kepada polis –semata-mata untuk meraih simpati orang ramai - yang akhirnya melupakan dirinya begitusahaja.

Sehingga kini Damak kurang pasti jika Hanim telah melakukan sesuatu untukmenyumpah mereka yang mengkhianatinya....

“Kau tahu di mana aku boleh mencari Siti Nurhanim ini?” tanya Damak sambilmenggaru dagunya.

“Malam ini, Siti Nurhanim akan mengadakan konsert di Stadium Tertutup BukitJalil.” Beritahu Azila sambil berpeluk tubuh.

“Pukul berapa?”

“Konsert akan bermula pukul 8.30 malam.”

“Jadi apa yang perlu aku lakukan untuk menonton persembahannya ini?”

“Beli tiket lah. Duh!” matanya menjunam ke arah Damak.

“Di mana?”

“Tiket dah lama sold-out lah!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 303

Damak mendengus kecewa. Wajahnya sedikit muram.

“But you know what? You are so lucky. Dua orang kawan I tak jadi pergi kekonsert Siti malam ni dengan I... So, apa kata kalau you temankan I ke konsert Siti malamni?” mata Azila bulat dengan harapan.

“Boleh... Tapi aku ada kawan satu lagi. Dia—“

“Dia lelaki?” Azila cuba meneka di dalam kalimah yang terselit selembar harapan.

“Ya.”

“Dia handsome macam you, tak?”

“Ya.” Jawab Damak tanpa teragak-agak. Dia sanggup mengiakan apa sahajaasalkan dia dapat apa yang dikehendakinya.

“Kalau I tanya you satu hal... I harap you jangan marah ya?”

“Tanyalah.”

“You dengan kawan you ni gay ke?”

“Apa?” tanya Damak kembali. Setahunya, perkataan ‘gay’ membawa maksudgembira. Tetapi mengapa pula Azila bertanyakan jika dia dan Rashid sedang beradadalam keadaan ‘gembira’?

“Forget it... Whatever you boys do in your own time is none of my business. I niopen tau!” Kata Azila sambil tersenyum. “I should have known better. Ye lah, you nismart, handsome... Minat Siti pulak tu.”

“My friend and I will have a gay old time if you could spare us with the ticket.”Ujar Damak di dalam loghat Inggeris yang selalu digunakan oleh pegawai-pegawaiBritish yang pernah bertugas di Malaya satu masa dahulu.

“The tickets are yours!” ujar Azila lalu menepuk tangan Damak. Wajahnyanampak ceria.

Damak melepaskan nafasnya. Dia melihat gelagat Azila dari ekor matanya.Sememangnya gadis-gadis zaman sekarang lain benar dengan gadis-gadis zaman dahulu,fikirnya di dalam hati.

*

Pada petang itu Damak pulang ke bilik hotel dengan membawa beberapa buah beg penuhdengan barang-barang yang balu dibeli olehnya. Apabila dia membuka pintu bilik hotel,

http://nizamzakaria.blogspot.com 304

dia dapat melihat Rashid sedang menonton TV. Dia sedang menonton saluran MTVkegemarannya.

Damak menatap kaca TV. Dia dapat melihat video muzik terbaru Siti Nurhanimsedang dimainkan di MTV.

“So... Macam mana? Seronok bershopping?” tanya Rashid dengan nada memerli.Damak tidak menjawab. Dia menyerahkan kepada Rashid sepasang kasut Adidas yangtelah dipilih sendiri oleh Azila. Rashid memandang kasut yang dibelikan oleh Damak.Dia meluahkan rasa terima kasih dengan suara yang perlahan.

Rashid memeriksa apa lagi yang telah dibeli Damak. Rashid mendapati Damaktelah membelikannya sepasang jam berjenama Fossil. Di dalam sebuah beg plastik lagi,terdapat dua buah kotak yang terkandung telefon bimbit berjenama Motorola. Satutelefon untuk Damak dan satu telefon lagi untuk kegunaan Rashid.

“Nak buat apa dengan benda ni?” tanya Rashid kehairanan.

“Benda ini dikenali dengan nama handphone... Sebut betul-betul! Hen-fon!”Damak sengaja mengusik.

“Tahulah.. isy!” Rashid menjeling lalu mengeluarkan telefon bimbit tersebut lalumengambil sebuah lagi kotak yang terkandung kad SIM. Dia memasukkan kad SIMtersebut ke dalam telefon bimbit ini.

“Semua orang di sini ada alat ini... Jadi aku tak mahu kita nampak pelik jika kitatak bawa alat ini macam orang lain.”

“Tahu...”

“So... Abang dah tahu mana nak cari Hanim?” tanya Rashid memerli. Matanyakini beralih ke kaca TV, menyaksikan wajah Hanim menyanyikan sebuah lagu dari albumterbarunya yang dikatakan laris terjual di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Malam ini kita akan ke konsertnya.” Damak memerhatikan muzik video Hanimkini hampir selesai ditayangkan. Dia langsung tidak menyangka Hanim akan menjadibegitu terkenal begini. Dia mendapati nama Hanim sering disebut-sebut di muka-mukaakhbar dan majalah. Baru sebentar tadi dia mendapat tahu Hanim telah dijadikan menjadijurucakap kepada sebuah syarikat alat solek terkenal dari Amerika Syarikat, sebuahsyarikat telekomunikasi tempatan dan sebuah syarikat elektronik dari Korea Selatan...

“Abang dah dapatkan tiketnya?” tanya Rashid tatkala sedang mengenakan kasutbarunya.

“Dah... Kita akan keluar pukul 7 malam nanti.”

“Mana abang dapat tiket konsertnya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 305

“Adalah!” Damak tidak mahu menjawab. Dia membaringkan dirinya ke atas katil.Dia mahu melelapkan matanya sebentar. Dia terlalu kepenatan setelah menghabiskanmasanya di Suria KLCC dari pagi sampailah ke petang. Melihat dan mencernakan segalaperkara baru yang sebelum ini tidak disangkanya wujud yang kini wujud di dalam zamanini.

*

Damak berdiri di hadapan meja solek. Dia memandang kepada majalah GQ yang telahdibelinya tadi. Dia membuka ke muka surat tengah lantas menatap gambar seorangperagawan muda memperagakan pakaian ranggi dari jenama Comme des Garcons.Kemudian, baju yang dipakainya berubah kepada baju yang dilihatnya di dalam majalahtersebut.

Damak memeriksa keadaan dirinya. Dia ingin memastikan agar dirinya nampaksegak. Semuanya ini mahu dilakukannya demi Hanim.

Tatkala sedang sibuk beragam di hadapan muka cermin, tiba-tiba Damak dapatmendengar bunyi pintu bilik hotelnya diketuk berkali-kali.

“Bang... Bukak pintu. Housekeeping agaknya. Tadi saya minta mereka bawakanseterika.” Getus Rashid dari dalam tandas.

Damak membuka pintu. Dia mendapati Azila sedang berada di luar. Katanya:

“I datang awal... So, I naik jer terus ke bilik you ni. Malas lah I nak call you darilobi.”

Damak melangkah ke luar pintu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, cubamemastikan tidak ada sesiapapun yang ada untuk melihat seorang anak gadis sepertiAzila berdiri di hadapan bilik hotelnya.

“Are you going to let me in, atau I kena tunggu you all kat luar?” tanya Azilasambil bercekak pinggang.

Damak menggunakan tangannya untuk memberi isyarat menyuruh Azila masuk.Azila tersenyum lalu masuk ke dalam bilik dengan membawa sebuah beg pakaian yangdiperbuat dari logam berwarna hitam.

Rashid keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia tersenyum ke arahAzila.

Azila meletakkan beg logam berwarna hitam itu di atas katil, lalu membukanya.Dia mengeluarkan sebiji botol logam berwarna merah lalu diserahkan kepada Rashid.Rashid terus mengambil botol itu dari tangan Azila lalu meneguk isi botol tersebut.

http://nizamzakaria.blogspot.com 306

“Kau kenal dengan budak ni?” tanya Damak kepada Rashid dengan matanyabertukar pandangan dari Damak dan kemudian kepada Azila. Damak jelas bingung.

“Ya...” jawab Rashid dengan malas. Mulutnya kini comot dengan darah sintetikyang diteguknya tadi.

“Siapa kau sebenarnya, Azila?” tanya Damak terus menghadap ke arahnya. Diamenagih penjelasan.

“Vampiro Aliya...” Beritahu Rashid. “Keturunan vampiro Tiresias yang pernahabang bunuh satu ketika dahulu.”

Wajah Damak pucat. Tidak mungkin Aliya ini adalah seorang vampiro, kerana diatelah berjalan dengannya di bawah cahaya matahari di luar KLCC tadi!

Aliya menekan beberapa biji butang yang tidak dapat dilihat Damak di ataslengannya. Beberapa saat kemudian, fungsi medan hologram yang mengelilingi tubuhnyadimatikan. Damak kini dapat melihat pakaian serba hitam yang dipakai Aliya yangmenutupi setiap inci tubuhnya, termasuklah bahagian kepalanya yang kelihatan sepertikepala serangga mentadak.

Aliya membuka topeng muka yang melindungi wajahnya. Dia menarik nafasnyadalam-dalam. Dia kemudian menyerahkan pakaian khas berwarna hitam yang disimpan didalam beg logam berwarna hitam yang dibawanya itu kepada Rashid.

“Jadi sejak tadi lagi kau tahu siapa aku?” tanya Damak sambil bercekak pinggang.

“Ya, bang...” jawab Aliya sambil menjeling. Dia cukup sedar bahawa Damaklahyang telah membunuh Tiresias, tetapi perkara ini tidak membawa sebarang maknabaginya sama sekali.

"Kenapa kau main-mainkan aku?" Damak meminta agar Aliya menjelaskantindakannya tadi.

"Ermm..." Aliya menyentuh pipinya dengan jari telunjuknya. Matanyamemandang ke atas permukaan siling seolah dia sedang mencari sesuatu di sana."Because you're cute and undeniably, I like to have a little bit of decent fun with cuteboys like you!"

Rashid tertawa sendiri. Dia mengambil pakaian khasnya lalu mulamengenakannya dengan bantuan Aliya. Tangannya memegang topeng mukanya yangkelihatan seperti kepala serangga tebuan.

“Kau berdua dengan Awang sama sahaja!” Damak mendengus. Langsung diatidak puas hati apabila mendapati dirinya dipermainkan begitu oleh kedua-dua vampironakal ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 307

“Soy un perdedor! I'm a loser baby, so why don't you kill me...” Rashidmenggerakkan bibirnya, menyanyi dengan aksi bersungguh-sungguh lagu Beck yangbertajuk ‘Loser’ yang sedang di mainkan di MTV terus ke muka Damak. Aliya ketawasambil membetulkan bahagian belakang pakaian Rashid. Damak pula hanya mampumenggelangkan kepalanya sambil mengeluh lesu melihat gelagat Rashid itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 308

Buku IV. Bab 3

Rashid selesai mengenakan pakaiannya khasnya. Seluruh sudut bahagian tubuhnya kinitertutup. Dia memakai topeng khasnya yang kelihatan seperti tebuan itu. Damak dapatmelihat Rashid ada menyisipkan sepucuk pistol di pinggangnya. Damak kurang pasti bilaRashid akan menggunakan pistol ini dan jika dia benar-benar tahu menggunakannya. Dibelakangnya terdapat dua buah tangki kecil untuk menjanakan kuasa pakaiannya yangjelas nampak canggih ini. Apabila Rashid selesai memakai pakaian ini, dia kelihatanseperti watak di dalam sebuah komik sains fiksyen.

Rashid memprogramkan sesuatu ke dalam komputernya dan dirinya teruskenampakan seperti memakai sehelai baju-T dan jeans yang ranggi.

Damak memandang ke arah Rashid kemudian pandangannya berpindah ke arahAliya. Mereka kedua-dua kelihatan seusia. Kemudian dia memandang ke arah dirinya dimuka cermin. Jika mereka keluar bersama nanti, mereka akan kelihatan seperti tiga oranganak remaja yang mahu keluar beriadah dan bersuka-suka di hari hujung minggu sepertiini.

Mereka bertiga kini keluar dari bilik hotel. Rashid berjalan di sebelah Aliyasambil berbual kosong. Sesekali mereka berdua akan kelihatan ketawa berdekah-dekah.

Damak memandang ke langit. Matahari belum tenggelam lagi. Dia masih lagimengingati satu ketika dahulu apabila vampiro seperti mereka terpaksa berlindung dariterkena cahaya matahari dan hanya mampu keluar pada waktu malam. Dia jugamengingati masa-masa apabila dia cukup senang memburu lalu membunuh vampiro-vampiro seperti mereka. Mungkin masa ini sudah berlalu, fikirnya di dalam hati.

Mereka menuruni anak tangga untuk ke stesen LRT Putra KLCC. Stesen itudipenuhi dengan pengunjung. Mereka masuk ke dalam stesen, lalu pergi menunggu keretaapi untuk menuju ke Masjid Jamek sebelum menukar kereta api untuk ke Bukit Jalil.

Damak berdiri bersesak-sesak dengan pengguna LRT. Matanya sesekali akanberpindah ke arah Rashid dan Aliya. Tak ada sesiapapun yang mengesyaki bahawa kedua-dua mereka adalah vampiro, atau dirinya sendiri yang telah hidup beratus-ratus tahunlamanya. Mereka semua tenggelam di dalam kehidupan masing-masing.

Kereta api yang dinaikinya terus bergerak ke arah selatan. Damak dapat melihatkepesatan kota Kuala Lumpur melalui cermin tingkap kereta api yang dinaikinya. Wajahkota kosmopolitan yang bergerak laju di hadapannya ini membuatkan dirinya langsungrasa terasing. Ada sesuatu tentang manusia-manusia yang hidup di dalam zaman ini yanglangsung membuat dirinya terasing...

Damak mendekatkan dirinya kepada Rashid. Damak cuba mendengar apa yangdibualkan Rashid dengan Aliya. Rashid nampaknya sedang mendengar cerita Aliyatentang keadaan dan suasana Malaya yang dibandingkan dengan Malaysia. Aliya

http://nizamzakaria.blogspot.com 309

bersungguh-sungguh mengatakan dia lebih senang dengan keadaan di dunianyaberbanding dengan sekarang yang dirasakan satu dunia yang terlalu mengecewakan.

Damak mendekati diri Aliya. Dia ingin melihat dunia yang dimaksudkannya itu,apabila Malaya tetap Malaya dan bukan Malaysia. Apabila dunia Aliya diselaminya,barulah dia tahu apa yang dimaksudkan Aliya. Di dalam dunia Aliya, Malaya dikenalisebagai sebuah negara maju. Tidak ada parti politik yang dibahagikan mengikut kaummahupun agama. Ahli-ahli politiknya tidak menggunakan sentimen perkauman dankeagamaan untuk meraih undi. Brunei, Singapura, Sabah, Sarawak dan negeri-negeri ditanah semenanjung bekerjasama membina sebuah negara yang progresif...

Kemudian Damak membaca fikiran Rashid pula. Dunia apokalips yang didiamiRashid terlalu menakutkan baginya. Manusia di dalam dunia Rashid diburu bagaibinatang oleh kaum Daevas yang menguasai bumi. Muka bumi tandus dan diselubungioleh awan gelap yang bertoksik. Kini barulah dia tahu mengapa Aliya dan Rashidsanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.

“Kita turun di sini,” ujar Aliya kepada Damak yang sedang termenung melihatstruktur stadium Bukit Jalil yang tampak terlalu aneh baginya. Damak mengangguk lesu.Walaupun dia kelihatan sedikit kepenatan, wajahnya jelas terlukis perasaan ghairah inginberjumpa dengan Hanim.

Mereka bertiga keluar dari dalam perut kereta api. Begitu juga dengan merekayang ingin menonton konsert Siti Nurhanim. Rata-ratanya mereka nampak ceria. Ada diantara mereka membawa sepanduk yang ada tertulis kalimah-kalimah menyatakanbagaimana setianya mereka sebagai peminat nombor satu Siti Nurhanim.

Pintu stadium tertutup Bukit Jalil masih belum dibuka. Ramai peminat-peminatSiti Nurhanim yang sedang menunggu di luar stadium. Ada yang termenung. Ada yangsedang berbual tentang perkembangan terbaru Siti Nurhanim. Ada juga yang sedangmenyanyi beramai-ramai lagu Siti Nurhanim yang sedang popular pada waktu itu, “CintaLuar Biasa.”

Apabila pintu stadium di buka, mereka bertiga terus masuk ke dalam stadium.Tatkala itulah Damak mula menyedari Aliya telah mendapatkan tempat duduk yang agakbaik untuk mereka bertiga. Mereka duduk tiga barisan dari hadapan pentas.

Konsert dimulakan. Ternyata Damak langsung tidak pernah mendengar lagu-lagu yangdinyanyikan Hanim. Peminat-peminat yang lain mengikut menyanyikan lagu yangdibawakan Hanim. Mata Damak terus kepada tertumpu Hanim. Langsung tidak berkelip.

Hanim nampak lebih cantik dari apa yang diingatinya dahulu. Perkara ini sahajamampu membuatkan Damak merasa semakin resah. Nafasnya turun naik dengan cepat.Dia merasa cukup cemburu apabila peminat-peminat Hanim menjerit-jerit memanggilnama barunya: “Siti!!!”.

Jiwa Damak tak tenteram jadinya!

http://nizamzakaria.blogspot.com 310

Setelah lebih hampir tiga jam berlalu, Hanim akhirnya masuk ke belakang pentaslantas diisytiharkan konsertnya telah pun berakhir. Damak menarik nafasnya dalam-dalam. Dia menunggu apa yang akan berlaku selepas ini...

“Kita perlu ke belakang pentas.” Sebut Aliya kepada Damak. Aliya mengeluarkantiga keping tag khas yang tertulis perkataan “Backstage Pass”, lalu disuruhnya Damakdan Rashid pakai tag tersebut. Mereka berdua mengikut sahaja tanpa banyak soal.

Aliya membawa Damak dan Rashid ke belakang pentas. Terdapat ramai peminat-peminat Siti Nurhanim yang sedang menunggu di situ. Menjenguk-jenguk, mencaripeluang untuk bertentang mata dengan idola mereka.

Aliya kemudian berdepan dengan seorang pemuda berperwatakan lembut. Aliyadan pemuda tersebut berlaga-laga pipi. Mereka nampak mesra bersama.

“Ini ke abang Damak?” tanya pemuda tersebut malu-malu kepada Aliya.

“Ya,” jawab Aliya perlahan dengan matanya menjeling kepada Damak.

“Abang tentu dah lupa dengan saya... Ye lah, saya dah besar sekarang!” ujarpemuda itu dengan teragak-agak.

“Kau siapa?” tanya Damak dengan dahinya berkerut.

“Osman,” jawabnya sambil memegang tengkuknya malu-malu.

“Osman?” tanya Damak kembali dengan kerutan terus terlukis di dahinya. Kaliterakhir Damak melihatnya adalah ketika dia terpaksa meninggalkan Singapura apabiladia diburu tentera Jepun di situ. Ketika itu Osman masih kecil lagi.

“Ya bang,” jawab Osman yang juga dikenali sebagai Mandy oleh rakan-rakanterdekatnya.

“Kau buat apa sekarang?” tanya Damak ingin tahu. Wajahnya terukir senyuman.Dia teringatkan saat-saat dia pernah bermain dengan Osman dan menjaganya ketikaHanim sibuk dengan pekerjaannya.

“Saya jadi make-up artiste sekarang ni.” Kata Osman dengan nada bangga. Diamemegang tangan Aliya lalu membawanya ke arah bilik Hanim. Damak dan Rashidmengekori mereka berdua dari belakang.

“Berapa lama kau kenal dengan dia?” bisik Damak kepada Aliya apabila diamelihatkan hubungan Aliya yang rapat dengan Osman.

“Tiga minggu... Saya telah sampai ke dunia ini sejak sebulan yang lepas.” Aliyamenjelaskan agar Damak lebih memahami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 311

Bahagian hadapan bilik Hanim dipenuhi dengan beberapa orang wartawan.Osman tersenyum ke arah mereka sebelum dia membuka pintu lalu membawa Damak,Rashid dan Aliya masuk ke dalam bilik persalinan yang telah dikhaskan untuk Hanim.

Wartawan-wartawan yang ada hanya mampu membalas senyuman Osman.Mereka tahu hanya Osman sahaja yang dibenarkan berada bersama Hanim sebelum danselepas konsert diadakan. Selama ini dunia hanya mengenali Osman sebagai adikkandung Hanim...

Damak terpegun melihat Hanim yang kini berada di hadapannya. Hanim terusmendapatkan Damak lalu dia bersalaman dengan Damak. Dia tidak menyangka dapatbertemu semula dengan Damak, kerana selama ini Damak telah menghilang entah kemana...

Ada sesuatu yang telah berlaku di antara Damak dengan Hanim yang membuatkanhubungan mereka renggang. Hanim nampak resah apabila mendapati Damak adabersamanya ketika itu. Hanim merasa cukup tidak senang melihat Damak berada dekatdengannya.

Aliya tahu apa yang telah menyebabkan hubungan renggang di antara Damak danHanim. Semua ini telah diadukan oleh Hanim kepada Aliya tak sampai seminggu yanglepas apabila Aliya akhirnya menjelaskan kepadanya mengapa selama ini Damak tiba-tibahilang dari dunia ini.

Hanim redha mendengar penjelasan dari Aliya. Kemudian, dalam keadaan sedusedannya, Hanim telah mengatakan mengapa perasaannya dingin terhadap Damak. KataHanim kepada Aliya:

“Semasa perang Jepun dulu kakak dah bagitahu... Jangan jadi hero, tapi dia degil!Jenuh kakak cuba menegahnya supaya jangan jadi musuh Jepun, tapi dia tak pernah nakdengar nasihat kakak!”

“Kenapa dengan dia, kak? Apa yang dia buat?” tanya Aliya, dia melihat Hanimmengesat air matanya yang mula berderai membasahi pipinya yang lembut itu.

“Sebelum perang dahulu, dia telah berkawan rapat dengan tuan Lyon—“

“Tuan Lyon?”

“Major Lyon dari Highland Infantry Battalion... Ketika perang meletus dahulu,tuan Lyon sempat melepaskan dirinya ke Australia. Beberapa tahun kemudian, diakembali ke Singapura. Apabila dia kembali ke sini, dia telah kembali dengan sebuahkapal buruk dengan tujuan meletupkan beberapa kapal perang Jepun...

“Abang Damak kau lah yang telah membantunya melakukan ini semua, walaupunkakak dah banyak kali tegah!

http://nizamzakaria.blogspot.com 312

“Dia ni degil, Aliya... Keras kepala! Dia tidak pernah nak dengar cakap kakak.”Hanim meraba-raba lengannya, mengulangi kalimah-kalimah marahnya. Dia terusmengesat air matanya lalu dia memandang jauh ke hadapan.

Aliya menekan-nekan skin di lengannya. Dia ingin mendapatkan beberapainformasi tentang Major Lyon. Kemudian dia terus memberitahu Hanim tentangpenemuannya:

“Pada subuh 27 September, 1943 pada pukul 5 pagi... Beberapa letupan besartelah berlaku di pelabuhan Keppel. Di dalam beberapa minit, tujuh kapal Jepun telahdiletupkan. Operasi ini dikenali dengan nama ‘Operation Jaywick’, yang dikatakan telahdilaksanakan oleh ‘Force Z’ yang dianggotai oleh 14 ahli komando Australia dan British.”

“Ketika perkara ini berlaku... Memang keadaan di Kota Singapura pada masa ituhuru-hara dibuatnya. Kempeitai mengumumkan keadaan darurat. Sejak dari mula lagimereka telah mengesyaki pasti ada orang tempatan yang terlibat dalam serangan hendapini. Jadi, mereka tangkap ramai orang-orang Cina dan Serani untuk disoal siasat.” Hanimmerenung ke lantai dengan seribu ingatan yang pedih.

“Pihak Kempeitai telah menggeledah beberapa buah rumah termasuklah kemtawanan di Sime Road untuk mencari set radio yang disembunyikan. Mereka telahmenjumpai beberapa buah set radio... Akibatnya, ramai yang telah diseksa Kempeitaisehingga ada yang mati di bangunan YMCA in Orchard Road. Sejarah mengingatiperistiwa ini dengan nama ‘Double Tenth Massacre’.” Aliya membaca maklumat yangditerimanya.

“Abang Damak kau akhirnya terpaksa meninggalkan Singapura lalu bersembunyidi Siam apabila pihak Kempeitai akhirnya mendapat tahu tentang penglibatannyamembantu ‘Force-Z’ meletupkan kapal-kapal Jepun.”

“Jadi dia tinggalkan kakak di Singapura?” Aliya bertanyakan soalan ini lambat-lambat.

“Ya... Kakak dengan si Osman ini sahaja yang akhirnya tinggal di Singapura.Sejurus selepas perang, kami berpindah ke Pahang mengikut seorang kawan yang sama-sama berlakon bangsawan. Kemudian, hubungan kakak dengan abang Damak kau terusterputus sehingga sekarang.” Mata Hanim redup dengan perhitungan di masa lampau.

“Kakak marahkan dia ke, kerana dia terpaksa tinggalkan kakak begitu sahaja?”tanya Alia dengan meniti soalannya itu dengan berhati-hati.

“Entahlah Aliya... Kakak kurang pasti.” Hanim terus termenung. Kata-katanyadibiarkan tergantung di situ sahaja.

http://nizamzakaria.blogspot.com 313

Di dalam bilik persalinan, Damak berdiri kaku di hadapan Hanim. Wajahnyaterlukis seribu kekesalan yang tidak dapat diluahkannya. Jiwa Damak terseksa antaraseribu kebimbangan tak bertepi.

“Puas abang cari Hanim di merata Singapura dan Semenanjung, sejurus selepasJepun menyerah kalah...” Suara Damak berat dengan kejujuran. “Abang tak sangka abangboleh jumpa Hanim di sini, akhirnya.”

Aliya memandang ke arah lengannya. Dia seperti menghitung sesuatu.

“Mereka akan muncul di sini dalam masa lima saat sahaja lagi!” getus Aliyasambil menudingkan jarinya ke arah dinding berdekatan.

Awang dan Lilith keluar dari vorteks bertepatan di tempat dan saat di manadisebutkan oleh Aliya. Darah merah yang masih panas terpercik membasahi wajahAwang. Lilith pula terus berjalan keluar dari vorteks, berhenti seketika untuk melihatkeadaan sekelilingnya sebelum dia mendakap tubuh Aliya.

Awang dan Lilith masuk ke dalam wormhole sejurus selepas mereka berjayamenewaskan kesemua anggota Frère Maçon yang telah muncul pada tahun 1948 - apabilaAwang cuba mendapatkan Damak membantunya untuk mengelakkan Daevas darimenguasai dunia. Ketika mereka berdua masuk ke dalam wormhole untuk ke dunia ini,mereka cukup yakin bahawa Damak dan Rashid telah menemui Aliya untukmembolehkan mereka semua berkumpul di dalam koordinasi ruang dan waktu yang telahditetapkan Aliya.

Dan seperti yang dijangkakan Awang, mereka semua akhirnya diketemukan didalam bilik persalinan Hanim. Tepat pada saat yang dijangkakan Aliya.

Sememangnya wajah Hanim terus berubah apabila dia dapat melihat kelibatAwang muncul di hadapannya. Wajahnya yang sebelum ini nampak muram, kini mekarbak bunga hiasan taman Firdausi.

“Abang!” Hanim terus mendekati Awang. Hanim terus mahu melepaskan rasarindu kepada Awang dengan mendakap tubuh Awang tanpa menghiraukan darah merahyang membasahi tubuh Awang pada ketika itu.

Awang membiarkan Hanim mendakapnya buat beberapa detik sebelum diamenolak tubuh Hanim dengan perlahan. Awang kemudian memandang ke arah wajahDamak yang kelat.

Hanim mengesat air matanya. Dia tidak menyangka bahawa dia akhirnya akanbertemu dengan Awang, dan Awang juga memikirkan perkara yang sama tentang diriHanim yang telah dianggapnya sudah lama mati.

Awang menekan sesuatu ke lengannya, dia memandang ke arah Lilith agar diamelakukan perkara yang sama. Lilith mengangguk. Aliya pula membawa sebuah beg

http://nizamzakaria.blogspot.com 314

logam yang telah disimpannya di dalam bilik persalinan Hanim. Aliya membuka beg inicepat-cepat. Aliya mengeluarkan sebuah topeng serba hitam yang mempunyai bentukrupa seperti serangga lebah, lalu diberikan topeng tersebut kepada Awang.

Damak memandang ke arah Lilith. Dia mendapati Lilith mengubahkan rupanyamenjadi seorang wanita Melayu yang cantik, lengkap berpakaian baju kebaya. Wajahmanusia yang terpancar di wajahnya kini adalah wajah yang sama yang pernah adapadanya ketika dia dikenali dengan nama Puteri Gunung Ledang satu ketika dahulu.

“Kau dah buat persediaan untuk kita ke New York?” tanya Awang kepada Aliyasebaik sahaja dia selesai memakai topengnya. Sejurus kemudian, dia mengubah keadaandirinya agar dia kelihatan memakai pakaian baju kemeja putih yang dipadankan denganseluar jeans berwarna hitam.

Awang jelas nampak segak.

“Sudah... Lengkap dengan pasportnya sekali. Kita akan bertolak pada awal pagiesok. KL – Singapura – New York.” Aliya memberitahu dengan wajah yang tenang. Diakemudian memandang ke arah Hanim. Dia tahu Hanim telah banyak kali memintanyaagar dia dapat ikut bersama dalam misi ini, tetapi Aliya tidak membenarkan. Misi initerlalu bahaya.

Hanim tidak sanggup dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Kalau boleh, dia mahupergi mengikut Awang ke mana sahaja dia pergi. Dia mahu dirinya menjadi sebahagiandari hidup Awang.

Pintu bilik Hanim diketuk berkali-kali dari luar. Pengurus Hanim memberitahunyabahawa dia perlu berjumpa dengan beberapa orang wartawan yang sudah lamamenunggunya.

Osman menyuruh Hanim menukar pakaiannya yang kotor terkena kesan darah itusebelum dia keluar menghadapi wartawan-wartawan yang telah lama menunggunya.Hanim mengangguk perlahan sambil memandang ke arah Awang, kemudian kepadaDamak. Osman membetulkan sisipan rambut Hanim. Buat sesaat, Damak dapat melihatpaku yang tertanam di tengkuk Hanim. Damak menarik nafasnya dalam-dalam.

“Kau masih marahkan aku, Hanim?” tanya Damak meminta kepastian. Hanimtidak menjawab. Dia berdiri lalu masuk ke ruang khas untuk menukar pakaiannya.Damak mengeluh lesu dengan matanya terus memandang ke bawah. Keadaan terusmenjadi sepi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 315

Buku IV. Bab 4

Kalau diikutkan, inilah kali pertama Damak menaiki kapal terbang. Beberapa kali diacuba memberitahu dirinya agar tidak menunjukkan sebarang rasa gementar. Aliya dudukdi bahagian paling tepi, di sebelah tingkap. Mata Damak terus di hadapan. Sesekali diaakan memandang ke arah Aliya yang sedang duduk tenang di sebelahnya.

Suasana di dalam kelas pertama penerbangan SIA ke Kota New York agak sepisetelah empat jam ia terbang di udara. Damak memandang ke arah Rashid yang sedangduduk di sebelah Awang. Dia nampaknya sedang sibuk bermain dengan permainan videodi tempat duduknya. Awang pula sedang membaca sebuah buku yang telah dibelinya disebuah kedai buku di Lapangan Terbang Changi. Sebuah buku mengenai sejarah.

Aliya dilihatnya kini sedang berbual kosong dengan Lilith yang sedang duduk dikerusi belakang. Selepas selesai dia berbual, dia duduk diam buat beberapa ketikasebelum dia menoleh ke arah Damak.

“Kenapa kau diam sahaja sejak tadi?” tanya Aliya dengan suara perlahan.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Damak sambil menggaru kepalanya.

“Jiwa kau tak tenteram...” Aliya mengeluarkan kalimahnya seperti seorang orakelyang berpengalaman. Suaranya rendah ketika mengeluarkan kalimah-kalimahnya.

“Aku berfikir tentang Hanim... Aku rasa kau sendiri tahu tentang hal ini.” kataDamak. Dia melepaskan nafasnya dengan perlahan.

“Ya... Kau sayangkan Hanim. Tapi kau kecewa dengan sikapnya.” Kata Aliyasambil membelek majalah Silver Kris.

“Kau tidak mungkin akan dapat memahami perasaan aku.”

“Hanim sayangkan Awang...” Suaranya ketang dan padat dengan satu hakikatyang diketahuinya sendiri.

“Tapi mengapa? Awang tidak menyayangi Hanim seperti yang dimahukannya.Kau sendiri tahu Awang hanya menganggapnya sebagai adiknya sendiri!”

“Kadangkala... Kita perlu menerima hakikat kita tak akan dapatkan apa yang kitamahu dalam hidup ini.”

“Tapi aku menyayanginya.”

“Cinta yang datang di dalam hati wanita tidak boleh dipaksa, Damak.” Matanyamenyinggahi wajah Damak yang muram itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 316

“Mungkin sampai bila-bila dia tidak akan menerimaku sebagai orang yang palingdisayanginya.” Suasana hening menyambut penghujung bicaranya. Damak menutupmatanya. Dia ingin merehatkan fikirannya yang sedang berkecamuk pada ketika itu.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk kau melupakan dia...“ kata Aliya denganperlahan. Damak membiarkan kata-kata Aliya itu dimakan sepi.

Damak terus memikirkan tentang Hanim. Dia merasa cukup-cukup menyesalkerana terlibat dengan 'Force Z' ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Akibat darimaklumat yang disalurkan kepada “Force-Z’, dirinya akhirnya menjadi buruan Kempetai.Dia terpaksa melarikan dirinya ke Siam dan meninggalkan Hanim terkapai-kapai diSingapura. Jika dia dapat melakukan sesuatu untuk mengubah sejarah hidupnya, mungkininilah satu-satunya perkara yang akan dilakukannya.

Atau mungkin tidak...

Mungkin apa sahaja yang dilakukannya tidak akan dapat mengubah perasaanHanim terhadap Awang atau membuat Hanim mencintainya. Hakikat ini sememangnyasukar untuk diterima Damak sampai bila-bila.

*

Mereka akhirnya tiba di Lapangan Terbang Newark pada pukul 5 waktu tempatan.Suasana di dalam lapangan terbang antarabangsa itu sibuk. Mereka yang sedang berada dilapangan terbang antarabangsa yang terletak di New Jersey ini rata-ratanya kelihatansibuk. Di wajah mereka terlukis satu kesibukan – mengejar masa dan janji.

Damak memandang ke arah Awang yang sedang merenung ke dalam mata Aliya.Ada sesuatu yang sedang dibincangkan mereka berdua. Wajah Aliya berubah risausebelum Awang memegang lembut bahunya. Sesekali, Awang akan berpaling kepadaLilith. Damak dapat lihat dengan jelas bahawa hubungan Awang dengan Lilith agakrapat. Damak pasti Awang telah menaruh seluruh kepercayaannya kepada Lilith.

“Kita akan berpisah di sini... Aku mempunyai urusan di tempat lain.” Awangmemberitahu kepada Damak dan Rashid.

Awang melangkah untuk berjalan ke arah luar lapangan terbang untuk mencariteksi, tetapi Damak terus memegang lengannya. Tingkasnya dengan suara yang keras:

“Kau akan tinggalkan kita begitu sahaja?”

“Lilith biasa dengan kota ini... Dia akan menguruskan segala-galanya.” PantasAwang menjawab.

“Kau mahu ke mana?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 317

“Kau tak perlu tahu.” Awang menyambut tanpa penjelasan lanjut. Diamemandang ke arah genggaman tangan Damak di lengannya. Damak melepaskangenggamannya apabila Aliya menyentuh bahunya.

Awang terus berjalan ke hadapan. Sebaik sahaja dia keluar dari dewan legarLapangan Terbang Newark, dia terus mendapatkan sebuah teksi kosong yang sedangmenunggu di situ. Awang masuk ke dalam perut teksi lalu menyuruh pemandu teksiberbangsa Ethiopia itu supaya bergerak ke arah Manhattan.

Aliya, Damak dan Rashid memandang ke arah Lilith. Bagi mereka yang tidakmengenali mereka berempat ini, pasti akan menganggap Lilith ini sebagai kakak kepadatiga orang anak remaja yang sedang bercuti ke Kota New York. Lilith nampak bergayadan anggun dengan pakaian musim luruh dari koleksi terbaru dari jenama Burberry.

“Jadi kita akan ke mana selepas ini?” tanya Rashid kepada Lilith. Wajahnyateruja kerana dapat juga dia melawat kota yang hanya mampu diketahuinya dari bahan-bahan bacaannya sebelum ini.

“Kita akan terus ke Manhattan.” Ujar Lilith lalu berjalan ke arah kaunter Hertzuntuk menyewa sebuah kenderaan. Lilith sememangnya cukup arif dengan kota ini. Lilithmahu menyewa sebuah kenderaan agar senang nanti dia membawa mereka semuabergerak dari Newark ke Manhattan. Aliya pergi mengikutnya lalu meninggalkan Rashidbersama Damak.

“Abang rasa kita patut sewa hotel apa? W Hotel ataupun Waldorf Astoria?” tanyaRashid terus kepada Damak. Di tangannya, dia membelek buku mengenai New Yorkyang baru sahaja dibelinya dari toko buku W.H. Smith yang terdapat di dalam lapanganterbang ini.

“Aku ke sini bukan untuk bersuka-suka.” Jawab Damak tanpa teragak-agak. Diamenjeling ke arah pakaian ala hip-hop yang diperagakan Rashid. Dia tidak fahammengapa pakaian yang dipakai Rashid dianggap yang terbaru dan paling ranggi dikalangan remaja seusianya.

“Eh, rileks lah!” mata Rashid penuh dengan pesan.

“Kenapa kau percaya sangat dengan si Awang tu?” tiba-tiba Damak menyoal.“Bila dia menghilang tadi kau langsung tak bertanya kepadanya ke mana dia pergi—“

“Sebab dia boleh dipercayai?” ujar Rashid dengan nada seolah dia menyoalkembali soalan Damak tadi.

“Kau tak kenal siapa dia sebenarnya...”

“Kami mempunyai misi yang sama!” Rashid menegaskan. Damak mungkin tidakakan memahami mengapa Rashid begitu menghormati Awang. Lagipun, pada waktu itu,

http://nizamzakaria.blogspot.com 318

Rashid langsung tidak mempunyai kemahuan untuk menjelaskan kepada Damak tentangperkara ini.

“Kau tidak pernah berfikir apa yang akan berlaku kepada kita semua jika diamengkhianati kita?”

“Mengapa pula dia perlu mengkhianati kita?” tanya Rashid kembali. “Dia tidakmempunyai sebab untuk melakukan itu semua.”

“Mungkin kau terlupa... Dia seorang vampiro. Kau mungkin tidak sedar sudahberibu manusia yang telah menjadi mangsanya selama ini.” Damak mengingatkan.

“Apa-apa je lah.” Rashid memegang alat pemain cekera padat yang telah dibelinyaketika berhenti sebentar di Singapura, lalu memainkan lagu dari album Franz Ferdinand.Dia meletakkan headphone ke telinganya. Dia tidak mahu mendengar kata-kata Damakkepadanya tentang diri Awang, walaupun dia tahu apa yang dikatakan Damak itu adakebenarannya.

Lilith telah mendapatkan kenderaan Chevrolet Blazer berwarna merah. Rashidnampak kesukaan sebaik sahaja dia melihat kenderaan SUV ini di hadapannya, lalu terusdia duduk di bahagian hadapan di sebelah Lilith yang memandu. Damak duduk dibelakang bersama Aliya. Damak memeluk tubuhnya, kerana cuaca sejuk musim luruh diKota New York terlalu sejuk dirasakannya.

Dari Newark, mereka terus bergerak ke arah Manhattan. Kenderaan SUV yangmereka naiki masuk ke dalam Lincoln Tunnel lalu terus bergerak ke arah 42nd Street.Kota Manhattan tersergam indah di hadapan mereka.

“Sementara kita berada di New York, kita akan menetap di Plaza Hotel.” Aliyamemberitahu kepada Rashid. Rashid tersenyum puas. Matanya terus ke hadapan. Sesekalidia akan memandang ke arah bangunan-bangunan yang tinggi yang dilihatnya.

Damak menggeleng-gelengkan kepalanya. Rashid kelihatan seperti dia sedangbercuti, sedangnya tujuan mereka ke sini untuk menyelesaikan satu misi yang penting.

“Dia berasal dari satu dunia yang kau tak mungkin dapat fahami... Sebab itulahsetiap apa yang dilihatnya sekarang merupakan satu keajaiban baginya.” Ujar Aliya teruske dalam hati Damak. Dia cuba membuat Damak memahami keadaan diri Rashid yangteruja kerana akhirnya sampai ke sebuah kota yang dianggap terhebat di dunia ini.

Damak menoleh ke arah Aliya. Dia mendapati kuasa yang ada di dalam orakelmuda ini memang luar biasa. Bukan calang-calang orang yang boleh menembusi jiwanyabegini.

“Aku rasa, kau pasti tahu nyawaku sudah sampai ke penghujungnya...” Damakmenukar arus perbualannya. “Kau pasti sudah dapat melihat perkara ini akan berlakutidak lama lagi apabila kita akhirnya sampai ke kota ini.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 319

“Ya, aku tahu. Kau akan ditikam Awang...” jawab Aliya dengan matanya terus keluar tingkap, memandang ke arah warga New York yang sedang berjalan pulang daripejabat masing-masing. “Kau tidak boleh melarikan diri kau dari ketentuan ini.”

“Kenapa dia perlu membunuhku?” Damak meminta kepastian.

“Kerana kematianmu nanti akan menyelamatkan umat manusia...” sambut Aliyatanpa teragak-agak. Fikirannya kemudian ditutup rapat, langsung tidak dapat dibacaDamak.

Damak mengeluh. Dia kurang pasti apa yang dimaksudkan Aliya. Dia tidak tahumengapa dia perlu mati di dalam misi ini. Kematian yang menunggunya langsungmembuatkan jiwanya tidak tenteram.

http://nizamzakaria.blogspot.com 320

Buku IV. Bab 5

Damak, Rashid, Aliya dan Lilith kini melangkah masuk ke bahagian ‘Ancient NearEastern Art’ yang terletak di tingkat dua Metropolitan Museum of Art atau lebih dikenalidengan nama panggilan ‘Met’ itu. Bahagian dewan pameran ini menghadap ke arah 5thAvenue.

Rashid berdiri di hadapan jalan masuk ke bahagian tersebut yang dikenali dengannama rasminya: Raymond and Beverly Sackler Gallery for Assyrian Art. Dia memandangtepat ke arah arca singa berkepala manusia yang diletakkan di sini. Arca penunggu yangdikenali dengan nama lamassu ini sememangnya telah berjaya menarik perhatiannya. Diamembaca tulisan yang terdapat di tepi arca yang mengatakan bahawa kedua-dua lamassuini pernah menghiasi bahagian barat laut istana Raja Ashurnasirpal II pada abad ke-9Sebelum Masehi dahulu.

Galeri ini mempamerkan koleksi dari era Neolithic, 8000 tahun Sebelum Masehisehinggalah kepada koleksi zaman kebangkitan Islam yang bermula pada tahun 651. Didalamnya, terdapat koleksi hasil gangsa dari Iran, ukiran gading dari Anatolia, arcaSumeria, hasil kerja seni yang diperbuat daripada perak dan emas dari tamadunAchaemenian dan Sassanian. Bahan-bahan pameran ini semua diperhatikan oleh Rashiddan Aliya dengan penuh minat.

“Jika kau berkesempatan, kau harus ke Vorderasiatisches Museum di Berlin,”bisik Awang ke dalam telinga Rashid. “Di sana nanti kau boleh melihat sendiri pintugerbang Ishtar serta singgahsana Raja Nebuchadnezzar II.”

Rashid menoleh ke arah Awang yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Diatersenyum. Aliya bercekak pinggang kerana lama mereka menunggu ketibaan Awang disini.

“Buat apa ke Berlin bila kita boleh melihat sendiri pintu gerbang Ishtar ketika iamasih lagi berada di Kota Babylon dengan menggunakan mesin waktu?” kata Rashidkemudian sambil memandang kepada Aliya. Rashid dapat melihat wajah Aliya berubahapabila dia menatap wajah Awang lama-lama, seolah dia dapat melihat dan memahamisesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

Damak yang pada ketika itu sedang merenung ke arah sebuah arca purba kepalakambing gurun yang diperbuat daripada batu dari Mesopotamia berjalan mendapatkanAwang.

“Lama kau menghilang...” tegur Damak dengan suara yang cukup sinis. Awangtidak menjawab. Dia terus berpaling ke arah Lilith lalu bertanyakan kepadanya jikamereka semua sudah bersedia untuk memulakan misi mereka pada malam ini.

“Mereka semua telah bersedia,” jawab Lilith dengan pasti. Mata Lilith teruskepada Awang dengan satu pandangan yang penuh bermakna.

http://nizamzakaria.blogspot.com 321

“Kau dah teliti betul-betul peta Met?” tanya Awang kepada Damak.

Damak mengangguk pasti. Segala ceruk muzium ini sudah dihafalnya.

“Dr. Jaime Stuenkel dari New York University akan berada di makmal x-rayuntuk cuba melihat kandungan kotak yang memenjarakan Ahriman. Makmal ini letaknyadi bahagian belakang muzium ini yang menghadap ke arah Central Park.” Awangmemberikan taklimat. “Kita terpaksa menunggu sehingga dia mengeluarkan kotak ini didalam bilik simpanan di tingkat bawah. Dia akan melakukan perkara ini pada pukul 7.42malam ini. Ahriman dikatakan berjaya dibebaskan beberapa minit selepas itu.”

"Kenapa kau tidak suruh aku sahaja curi kotak itu sekarang?" tanya Damakdengan sinis. Memang soalan Damak itu ada betulnya...

“Lalu kau mahu buat apa dengan kotak itu? Semua perkara yang akan berlaku,tetap akan berlaku sama ada kau suka atau tidak. Jika kau dapat mencuri kotak inisekalipun, Ahriman tetap akan dapat dibebaskan pada malam ini, mungkin dalam carayang lain. Sebab ini semua telah ditentukan.” Awang menjawab soalan Damak tadidengan nada yang serius.

Aliya memandang ke arah Awang apabila dia dapat mendengar pengumumanbahawa muzium ini akan ditutup di dalam masa setengah jam, iaitu pada tepat pukul 5.15petang.

“Sebaiknya kita semua berpisah sekarang.” Getus Awang dengan suara yangtegas. “Hidupkan fungsi halimunan masing-masing dan bertemu semula di hadapan bilik3B di tingkat bawah tepat pukul 7.30 malam.”

Rashid tersenyum ke arah Aliya. Mereka berdua berjalan ke depan bersamabeberapa orang pengunjung yang sedang bergerak ke situ. Lilith berjalan ke arahbertentangan.

Awang memandang ke arah Damak. Dia nampaknya tidak mahu bergerak kemana-mana.

“Kenapa?” tanya Awang kepada Damak apabila dia melihat Damak merenung kedalam matanya.

“Beberapa jam lagi aku akan mati... Kau rasa apa yang patut aku fikirkansekarang?” tanya Damak dengan nada yang tertahan-tahan sebalnya.

“Entah... Aku sendiri tak tahu.” Jawab Awang selamba. “Aku pernah mati sekalisahaja, jadi aku masih tak tahu bagaimana untuk aku jawab soalan kau tu.” Awang terusmembawa Damak berjalan turun ke tingkat pertama lalu membawa Damak ke bahagianyang agak popular di muzium ini: Galeri pameran senjata dan perisai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 322

“Aku tak tahu kenapa aku tetap mahu melakukan ini semua apabila aku tahu kauakan membunuhku sebentar lagi.” Ujar Damak, dia berpaling ke arah Awang, tetapididapatinya Awang hilang dari pandangannya. Awang telah menghidupkan fungsihalimunan pada pakaiannya setelah dia memastikan tidak ada pengunjung muzium yangberada di sekeliling mereka pada waktu itu.

Damak mengeluh. Dia sendiri kini membuat tubuhnya hilang dari pandangandengan mengasimilasikan tubuhnya kepada keadaan di sekelilingnya dengan carapenyamaran optik.

Dengan menggunakan penglihatan infra-merahnya, Damak dapat melihat Awangsedang berada di hadapan pameran senjata dari empayar Osmaniah dan Mughal di India.Awang berjalan sambil melihat pameran-pameran senjata di hadapannya.

“Sebab... Kau kenal hati budi aku. Kau tahu siapa aku.” Jawab Awang setelahlama dia mendiamkan dirinya. “Kau tahu setiap perkara yang aku lakukan pasti adasebab-sebabnya.”

Kata-kata Awang itu membuatkan Damak berfikir tentang diri Awang yang telahdikenalinya sejak kecil. Jauh di dalam hatinya, dia tahu Awang amat-amat menyayangidirinya. Awang tidak mungkin akan melalukan sesuatu untuk mengkhianatinya.

Awang terus berjalan. Kini dia terus berjalan ke arah Petrie Court. Keadaan didalam muzium semakin sunyi. Muzium ini kosong. Tidak ada lagi pengunjung-pengunjung yang memenuhi muzium ini seperti sebelumnya. Yang ada cuma beberapaorang pekerja yang sedang memastikan keadaan di dalam muzium bersih dan terjaga.

Damak mendapati Awang berhenti di hadapan arca marmar oleh Antonio Canovayang bertajuk ‘Perseus With The Head Of Medusa’ di tengah-tengah Petrie Court. Arcaitu menunjukkan keadaan Perseus memegang kepala Medusa yang telah dipancungnya.Arca ini merupakan arca kegemaran Awang di dalam muzium ini.

“Jadi sebentar lagi aku akan membunuhmu...” Awang berkata dengan suara yangrendah. Dia mengeluh lesu tatkala berkata, mengingatkan suatu perkara yang telahmenghantui Damak selama ini.

“Aku tidak akan membenarkan!” getus Damak berdiri di hadapan Awang tatkaladia masih di dalam keadaan penyamaran optiknya.

“Kau tidak mungkin akan dapat melawan takdirmu sendiri.” Sahut Awangperlahan.

Damak mengelilingi tubuh Awang. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannyasekarang. Haruskan dia reda menerima hakikat bahawa Awang akan membunuhnyasebentar lagi?

http://nizamzakaria.blogspot.com 323

“Damak... Mengapa agaknya kita diketemukan di Melaka dahulu, sehingga kitaakhirnya berada di sini?” tanya Awang lalu berjalan ke arah tingkap besar yang mengarahke Central Park. Keadaan di luar semakin gelap.

“Aku sendiri tidak tahu, Awang.” Jawab Damak dengan perlahan. Awang terustermenung memandang ke arah keadaan Central Park di musim luruh. Beberapa batangpokok sudah pun mengeluarkan dedaun berwarna kemerahan. Cantik.

*

Dr. Jaime Stuenkel adalah seorang pakar di dalam penyelidikan artifek-artifek purba daritamadun Babylon. Di dalam usia yang begitu muda, dia telah menulis di dalam beberapabuah jurnal terkemuka, termasuklah Journal of Ancient Near Eastern History and BiblicalStudies, Journal of Ancient Civilizations dan The Journal of the Royal Asiatic Society.

Dr. Jaime cukup teruja apabila dirinya diberikan tanggungjawab membuatpenyelidikan terhadap sebuah artifek seni yang telah ditemui di sebuah kawasan di kotaHillah di Iraq. Kota Hillah setahunya telah dibina di atas peninggalan kota purba Babylon.

Dr. Jaime memerhatikan kotak aneh yang mahu dikajinya ini, yang telahdikeluarkan di dalam sebuah bilik peti besi yang jarang-jarang dapat dimasuki olehmereka yang tidak berkenaan. Bilik peti besi yang terdapat di bahagian bawah bangunanMet itu telah digunakan untuk menyimpan beberapa artifak bersejarah tidak ternilaiharganya.

Setelah kotak ini dikeluarkan di dalam bilik simpanannya, Dr. Jaime terus ke bilikx-ray untuk melakukan beberapa kajian lanjut terhadap artifak purba ini. Ketika sedangmembawa artifak ini ke bilik x-ray, Dr. Jaime telah menggoncangkan kotak denganperlahan dan penuh berhati-hati. Tidak terdapat bunyi yang dapat memberikan sebarangtanda yang menunjukkan terdapat objek yang tersimpan di dalam kotak kecil ini yangkelihatan seperti sebuah kotak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang kemas.

Seperkara yang aneh mengenai kotak ini adalah ia tidak mempunyai sebarangmekanisme untuk membolehkan Dr. Jaime membuka kotak ini. Yang menghairankanlagi, kotak ini telah ditanam beberapa meter di bawah tanah – seolah-olah mereka yangtelah menanamnya tidak mahu kotak ini ditemui oleh sesiapapun sampai bila-bila.

Dr. Jaime menghidupkan mesin X-ray. Dia meletakkan kotak ini di hadapannyauntuk melihat kandungan yang terdapat di dalam kotak ini. Kemudian dia tersenyumseorang diri memikirkan segala habuan yang bakal diterimanya apabila dia berjayamengkaji kotak ini dengan lebih mendalam lalu menerbitkan hasil kajiannya ke dalamjurnal sejarah yang berprestij. Di dalam lima tahun lagi, apabila usianya meningkat keusia 40 tahun, dia pasti akan dapat menjadi seorang profesor yang disegani di UniversitiNew York yang menjadi idamannya selama ini.

Ada sesuatu tentang kotak ini yang tiba-tiba sahaja telah menarik perhatian Dr.Jaime. Dia memandang ke bahagian ukiran di tepi bahagian kotak. Dia teringatkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 324

kepada hadiah ‘Chinese Puzzle Box’ yang pernah diterimanya untuk hadiah Krismas daribapanya ketika dia kecil dahulu. Kotak khas yang diberikan oleh bapanya itu hanya bolehdibuka setelah dia berjaya mencari ‘kunci’ yang tersembunyi yang telah dibina dibahagian kotak ini.

Dr. Jaime mencari kanta pembesarnya. Dia melihat ukiran-ukiran halus yangterdapat di tepi bahagian kotak ini. Sememangnya, apa yang dilihatnya cantik. Apabilakotak ini dipamerkan nanti, ia pasti akan dijadikan antara pameran yang paling berhargadi galeri ‘Ancient Near Eastern Art’.

Pintu bilik X-ray dibuka. Tiba-tiba Dr. Jaime dapat melihat beberapa orang yangtidak dikenalinya masuk ke dalam bilik tanpa diundangnya.

“Siapa kamu semua?” tanya Dr. Jaime kehairanan.

“Berikan kotak itu kepada kami!” perintah Awang dengan suara yang tegas.

Dr. Jaime terus mengambil kotak itu yang telah diletaknya di atas meja x-ray. Diamemeluk kotak itu lalu cuba melarikan dirinya ke tingkap berdekatan.

Awang terus bergerak lalu menunggunya di sana. Dr. Jaime terkejut.

“Kotak ini perlu diberikan kepada kami, Dr. Jaime.” Kata Lilith dengan suarayang lembut. “Jika tidak, padah jadinya.”

“Tidak!” Dr. Jaime menggelengkan kepalanya. Matanya kini kepada kotak yangdipeluknya. Dia tidak tahu mengapa mereka mahu mendapatkan kotak ini darinya. Pastimereka semua ini adalah pencuri harta karun, fikirnya di dalam hati.

Ketika Dr. Jaime sedang memeluk kotak ini lantas tangannya tersentuh bahagiantepi kotak ini, dia dapat merasakan satu butang kecil yang diperbuat daripada batupermata berwarna biru. Kini Dr. Jaime pasti butang ini merupakan ‘kunci’ rahsia yangtelah dibina ke dalam kotak ini yang dapat digunakan untuk membuka kotak istimewa ini.Sebelum kotak ini dicuri, Dr. Jaime berfikir mungkin ada baiknya jika dia membukasendiri kotak ini dan mengetahui apa yang tersimpan di dalam kotak yang mahu diambiloleh sekumpulan penceroboh yang mahu mendapatkan kotak ini darinya.

Dengan perlahan, Dr. Jaime menekan butang kecil itu. Beberapa detik kemudiandia dapat merasakan gegaran kecil pada kotak ini. Beberapa mekanisme di dalam kotakpurba ini bergerak.

Awang dan Lilith saling berpandangan. Wajah Awang jelas pucat. Dia terusmerampas kotak itu dari tangan Dr. Jaime, satu perkara yang sepatutnya dilakukannyasejak tadi lagi. Di wajah Awang terlukis seribu penyesalan. Kini dia terpaksa berhadapandengan sesuatu yang telah dijangkakan akan berlaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 325

Awang meletakkan kotak itu di atas sebuah meja berdekatan. Dia berjalanbeberapa tapak ke belakang. Dr. Jaime berjalan ke arah kotak tersebut dengan perasaaningin tahu.

Kotak ini kemudian terbuka dengan sendirinya. Di dalamnya terpancar sinarancahaya yang terang dan indah. Kelipan-kelipan asap bercahaya keluar berkepul laluberubah menyerupai lembaga manusia.

Maka apa yang muncul dari kotak yang telah terbuka dengan sendirinya itu adalahseorang pemuda berwajah kacak dalam keangkuhannya. Pakaian yang dipakainya persisseorang firaun.

Pemuda itu memandang ke arah Dr. Jaime. Belum sempat Dr. Jaime dapat berbuatapa-apa, pemuda itu menggenggam leher Dr. Jaime, lalu terus menyedut tenaga hidupnya,lantas membuat dia menggelupur lalu kaku mati.

“Ahriman!” getus Lilith. Dia bergerak beberapa langkah ke arah makhluk yangsepatutnya mempersenyawakan dirinya.

“Lilith... Sememangnya aku sudah dapat mengagak kaulah ratuku yang pertamayang akan menemuiku nanti.” Kata Ahriman dengan matanya terus memandang ke arahLilith.

“Banyak perkara yang telah berlaku selama kau dipenjarakan, Ahriman!” gerutuLilith yang jelas mencemuhnya.

Ahriman mendongakkan kepalanya. Dia cuba memuat turun segala data kolektifdari Daevas yang patut difahaminya. Beberapa detik sahaja kemudian dia menyeringaimarah.

“Kenapa kau mengkhianati aku, Lilith?” wajahnya bengis. Dia terusmengeluarkan pedang yang tersisip di penggangnya lalu mengayunkan pedangnya itu. Diamemandang ke arah Damak, Rashid, Aliya dan Awang. Dia menggelengkan kepalanyasambil ketawa kecil.

“Nampaknya darah Tiresias mengalir pekat di dalam diri kamu semua.” Suaranyacukup angkuh. Tidak ada makhluk lain di dalam dunia ini yang lebih dibencinya dariTiresias yang telah memenjarakannya di dalam kotak Babylon ini lalu tertanam denganbegitu lama di tengah-tengah sebuah kawasan padang pasir yang tandus. “Kau tahubukan... Kau semua perlu mati malam ini juga?”

Tanpa amaran, Ahriman melepaskan satu panahan petir tari tangan kirinya ke arahAliya. Lilith cepat-cepat bergerak lalu menghalang panahan petir itu dari terkena kepadaAliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 326

Aliya menjerit sekuat hati memanggil nama Lilith apabila panahan petirmenyambar tubuh Lilith. Tubuh Lilith rebah ke atas lantai. Lilith kini berubah kepadakeadaan asalnya – seorang makhluk yang menyerupai seekor serangga humanoid gergasi.

Aliya terus mendapatkan Lilith. Aliya dapat melihat bahagian tengah tubuh Lilithberasap. Mulutnya tersedak lantas memuntahkan darah.

“Jahanam kau, Ahriman!” jerit Aliya yang sememangnya mempunyai hubunganyang rapat dengan Lilith. Kini tubuh Lilith kaku di dalam dakapannya.

Ahriman tersenyum lalu terus berjalan menembusi tembok di hadapannya.

“Rashid, ratu-ratu Daevas yang lain sedang berada di sini. Kau perlu melakukansesuatu agar mereka tidak dapat membawa Ahriman keluar dari bangunan ini!” perintahAliya. Rashid mengangguk cepat. Dia memandang ke arah skrin di lengannya. Dia dapatmelihat kedudukan ratu-ratu Daevas yang sedang menceroboh masuk ke dalam muzium.

“Mereka sedang berada di galeri Mesir purba.” Ujar Rashid kepada Awang danDamak.

Awang mengangguk. Dia memberi isyarat kepada Damak dan Aliya supayamengikutnya, lalu menggunakan jalan pintas terdekat untuk ke galeri tersebut.

Aliya dan Awang terus terapung laju ke arah timur, ke galeri yang menghadap ke5th Avenue itu. Damak berlari menembusi beberapa buah tembok. Rashid yang sehinggakini masih belum mampu terbang, terus berlari dengan laju untuk berhadapan denganseteru-seterunya.

Mereka kini tiba di bahagian galeri yang menempatkan kuil Dendur yang telahdibina di Nubia pada tahun 15 Sebelum Masehi. Kuil tersebut nampak cukup-cukup gahdi dalam bahagian yang di kenali dengan nama ‘The Sackler Wing’ itu.

Rashid termengah-mengah apabila dia tiba di bahagian ini. Dia dapat melihatenam orang wanita yang sedang berjalan masuk dewan Sackler dari arah galeri MesirPurba. Rashid berhenti lalu menumpukan perhatiannya untuk membuat mereka semuakeliru lantas berfikir mereka benar-benar berada di Nubia, Mesir lebih dua ribu tahunyang lalu.

Sementara itu, Ahriman tiba-tiba muncul di hadapan pintu gerbang kuil Dendur.Dia dapat melihat keenam-enam ratunya berdiri dengan satu pandangan yang kosong.Fikiran mereka kini di tempat lain. Ahriman mendengus marah.

Ahriman memandang ke arah Rashid. Di dalam keadaan marahnya, dia terusmengarahkan panahan petir yang dikeluarkan dari tangan kanannya ke arah Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 327

Belum sempat panahan petir itu terkena kepada tubuh Rahsid, Aliya telah terlebihdahulu melindungi Rashid dengan mengadakan sebuah medan tenaga mengelilingiRashid dan dirinya.

“Kau fikir kau boleh melawan aku?” tanya Ahriman kepada Aliya, walaupun diatahu, kuasa yang ada di dalam diri Aliya pernah ada di dalam diri Tiresias yang telahberjaya menumpasnya dahulu. Sengihan terukir di wajah Ahriman apabila diamengeluarkan kalimah-kalimah ini dari mulutnya. Satu sengihan yang teliti menghitungnasibnya.

“Jangan bergerak, Ahriman!” Awang mendekatkan dirinya kepada musuhnya itu,diikuti oleh Damak di sisinya.

“Jadi apa yang kau fikir kau dapat lakukan kepadaku nanti?” Ahriman bertanyatanpa memandang ke arah Awang. Dia menggunakan tangannya lalu menggunakankuasanya untuk mencampakkan tubuh Awang dan Damak sehingga tubuh merekaterpelanting terkena tembok pintu gerbang di hadapan kuil Dendur sehingga pecah.

Ahriman kini memandang tepat ke arah Aliya. Dia ingin mengukur sejauh manakuasa yang ada di dalam vampiro orakel ini. Hanya dengan cara ini dia dapat melihatlantas memanipulasi kelemahan yang ada di dalam diri Aliya.

“Jangan pandang ke arahnya Aliya!” dengus Awang yang dapat mengagak apayang akan dilakukan oleh Ahriman. Aliya tidak sempat berpaling ke arah lain. Diaterpukau melihat biji mata Ahriman berubah merah tatkala merenung ke arahnya.

Ahriman terus memandang ke dalam mata Aliya. Aliya mula dapat merasakantenaganya semakin lemah. Medan tenaga yang melindungi dirinya dan Rashid kini terushilang.

Ahriman menggunakan kuasanya untuk mengangkat kedua-dua tubuh vampiromuda ini ke udara. Di dalam masa yang sama, keenam-enam ratu Daevas di hadapannyatersedar dari terus dipukau Rashid.

Damak dan Awang dapat melihat bahawa Kira mengetuai misi ratu-ratu Daevasini untuk menyelamatkan Ahriman. Sebelum bertolak ke Kota New York, mereka berduatelah diberitahu oleh Lilith bahawa kuasa luar biasa yang ada di dalam diri ratu-ratuDaevas ini semakin berkurangan sekarang. Mereka kini sedang menumpukan segalatenaga mereka di dalam proses metamorfosis agar diri mereka dapat disenyawakan dandapat bertelur lantas memulakan koloni-koloni Daevas di enam buah lokasi rahsia yangtelah ditentukan mereka.

Rashid dan Aliya kini menjerit kesakitan diseksa Ahriman. Awang menggunakankuasanya untuk cuba menangkis serangan Ahriman terhadap Aliya dan Rashid. Awangcuba membakar tubuh Ahriman, tetapi tidak berjaya. Ahrimah terlalu kebal. Kuasa yangada di dalam diri Awang langsung tidak dapat menangkis kuasa yang ada pada diriAhriman.

http://nizamzakaria.blogspot.com 328

Awang mendapati setiap perkara yang dilakukannya kepada Ahriman akanmembuatkan Ahriman semakin bertenaga. Awang juga mula mendapati seterunya itutelah menggunakan kuasanya untuk menyerap tenaga kehidupan yang ada pada dirinyasehingga membuat dirinya menjadi semakin lemah.

“Seperti yang aku katakan, kau semua akan mati pada malam in juga!” tempelakAhriman terus menyeksa Rashid dan Aliya. Keadaan dirinya kini semakin bertenaga,lebih-lebih lagi setelah dia menyerap tenaga kehidupan Awang dan kini pula, dua orangpengawal muzium yang sedang mengacukan senjata mereka ke arahnya. Tubuh merekaberdua bergelimpangan di atas lantai.

“Lepaskan mereka!” perintah Damak yang sejak tadi hanya mendiamkan dirinya,mengukur segala kekuatan yang ada di dalam makhluk yang mempunyai kuasa di luarjangkauannya ini.

Ahriman mengarahkan panahan petir kepada Damak. Tubuh Damak berpecahseribu sebelum dia bercantum semula di hadapan Ahriman.

“Ahriman hanya akan melepaskan kedua vampiro muda kesayanganmu ini jikakau sanggup membunuh Damak!” beritahu Kira kepada Awang. Kira tahu bahawa hanyaAwang yang dapat membunuh Damak. Dia juga tahu bahawa hanya Damak sahaja yangmampu membunuh Ahriman dengan menggunakan kuasa yang ada di dalam dirinya.

Awang perlu membuat keputusan dengan cepat. Tubuh Rashid dan Aliyakelihatan terkulai terapung di udara. Mereka akan mati bila-bila masa sahaja apabilasegala tenaga kehidupan mereka dapat diserap oleh Ahriman.

Beberapa detik kemudian, Damak menoleh ke belakang. Dia dapat melihatsenario ini berlaku kepada dirinya sebelum ini. Awang bergerak pantas dengan segalatenaga yang masih terdapat di dalam dirinya untuk menikam ke bahagian perut Damakdengan menggunakan pisau secespitanya.

“Maafkan aku, Damak,” ucap Awang dengan perlahan ke dalam telinganya.Wajahnya jelas sedih. Pisau secespita terus dibiarkan tertusuk di perut Damak.

Damak merasa satu kesakitan yang pernah dirasainya ketika tubuhnya disiathidup-hidup oleh Cassius dahulu. Semua ini datang semula kepadanya. Di dalam masayang sama, dia dapat melihat seluruh kehidupannya berlalu pantas di dalam mata hatinya.

Tubuh Aliya dan Rashid yang terapung sejak tadi kini terjatuh di atas lantai.Mereka berdua membuka mata mereka dengan lemah lantas mereka dapat melihat Kiraberjalan ke arah tubuh Awang yang lemah itu sambil mengeluarkan pedangnya. Sepantaskilat Kira mengayunkan pedangnya lalu memenggal kepala Awang.

Kepala Awang jatuh ke atas lantai. Tubuh Awang tanpa kepala itu jatuh di ataslantai dengan darah merah pekat terpancut deras keluar dari bahagian lehernya. Kira

http://nizamzakaria.blogspot.com 329

mengambil kepala Awang dengan menggenggam rambut Awang lalu mengangkatnyauntuk menunjukkan kepala Awang ke arah Ahriman.

Mata Damak berpinar-pinar tatkala menahan kesakitan yang amat sangat. Diasedar nyawanya sudah sampai ke penghujungnya. Di dalam perhitungan itu, dia tidakfaham mengapa Awang membiarkan dirinya dibunuh dengan begitu mudah.

Damak menoleh ke arah Aliya. Gadis vampiro itu sedang memandang ke arah luardinding kaca di sebelah kuil Dendur seolah sedang menunggu sesuatu yang akan berlakudi situ...

http://nizamzakaria.blogspot.com 330

Buku IV. Bab 6

Aliya memegang tangan Rashid dengan erat. Dia berpaling ke arah Rashid, lalu Rashidmengangguk mengerti – bersedia melakukan satu perkara yang telah mereka rancangsebelum ini yang akan dilakukan beberapa detik lagi.

Aliya sekali lagi memandang ke arah dinding kaca di hadapannya. Kini dia pastisesuatu akan berlaku di sana, tepat pada saat yang dijangkakannya.

“Sekarang!” perintah Aliya kepada Rashid. Bersama-sama mereka menumpukanperhatian mereka untuk menggabungkan kuasa yang mereka ada lalu ditujukan kepadaAhriman. Buat beberapa ketika itu, fikiran Ahriman dikawal mereka, selagi tenagamereka masih ada.

Dengan tiba-tiba, dinding kaca di hadapan mereka pecah seribu. Denganmenggunakan mata vampironya, Aliya dapat melihat beribu-ribu serpihan kaca seakan-akan terapung di udara, perlahan-lahan terbang ke dalam muzium.

Lembaga dua orang wanita dan seorang lelaki bergerak pantas di antara deraiankaca yang sedang kelihatan terapung di udara. Mereka melangkah segak seolah sudahbersedia untuk menggempur dan melawan seteru mereka.

Lelaki tersebut memandang ke arah Aliya. Dia tersenyum, lalu bergerak ke arahDamak.

Aliya dapat melihat Rashid terus menumpukan perhatiannya untuk mengaburimata Ahriman. Rancangan mereka kali ini pasti akan membawa kejayaan – atau itulahyang diharapkan mereka. Mungkin peluang mereka untuk mengalahkan Ahriman akanakhirnya terbuka buat kali ini.

*

Teksi yang kunaiki berhenti betul-betul di hadapan Perpustakaan Awam New York yangterletak di 42nd Street. Aku menyerahkan sejumlah wang kepada pemandu teksi yangtelah membawanya dari Lapangan Terbang Newark ke destinasinya ini.

“Keep the change!” kataku dalam loghat New York yang pekat. Kota ini bukansebuah kota yang asing bagiku. Aku telah bermastautin di kota ini sejak awal tahun 70-ansehinggalah ke pertengahan tahun 80-an. Banyak rahsia yang tersimpan di dalam kota inisudah kufahami. Setiap ceruk di kota ini juga puas aku jelajahi.

Aku menutup pintu teksi lalu mataku terus tertancap ke hadapan. BangunanPerpustakaan Awam New York dengan seni bina rekaan Beaux-Arts yang berdiri megahdi Fifth Avenue dan 42nd Street. Buat pertama kalinya, aku dapat melihat keindahanbangunan ini di siang hari – ternyata, bangunan ini nampak lebih indah apabila cahayamatahari senja melimpah menerangi setiap ukiran halus yang menghiasi bahagian luarbangunan perpustakaan tersohor di dunia ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 331

Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku mendapati masih terdapat ramaipelancong yang datang ke kawasan ini walaupun keadaan semakin gelap danperpustakaan ini baru sahaja ditutup sebentar tadi. Aku berjalan ke arah salah sebuah daridua arca singa yang di letakkan di sisi sebelah kanan dan kiri perpustakaan ini.

Seorang pelancong muda dari Jepun menegurku dari belakang, lalu memintakusupaya mengambil gambarnya bersama dua orang rakannya yang lain di hadapan arcasinga yang menjadi ikon kepada perpustakaan ini. Aku melemparkan sekuntumsenyuman, lalu mencapai kamera digital kepunyaan gadis Jepun yang menegurku tadi.

Dengan pantas aku mengambil gambar ketiga-tiga gadis Jepun berkulit gelapdengan memakai pakaian yang menjadi ikutan gadis-gadis ganguro di Shibuya.Sememangnya fesyen yang diperagakan mereka nampak aneh di tengah-tengah Kota NewYork ini.

“Domo...” Mereka bertiga menunduk hormat sambil mengucapkan terima kasihkepadaku. Aku lantas menyahut dengan bahasa Jepun yang lancar - memberitahu kepadamereka bahawa aku sesungguhnya mahu meminta maaf jika aku tidak mampu mengambilgambar yang cantik untuk mereka.

Gadis yang menegur aku tadi cuba berbual denganku sebaik sahaja dia mendapattahu aku mampu bertutur dalam bahasa Jepun dengan fasih. Gadis itu bertanyakankepadaku jika aku tidak keberatan mengikut mereka bersiar-siar. Aku terpaksa menolakpermintaan gadis tersebut dengan baik seraya mengatakan bahawa aku perlumenyelesaikan sesuatu perkara yang penting di sini terlebih dahulu. Gadis itu nampakkecewa. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu meminta aku senyum. Aku menurutsahaja permintaannya itu. Gadis itu mengambil gambarku dengan menggunakan telefonbimbitnya sebelum dia melambaikan tangannya lalu bersama kedua orang kawannya,berjalan ke arah Times Square.

Aku menarik nafasku. Nasib gadis Jepun yang manja itu cukup baik. Jika di masalain, pasti aku akan mengekorinya lalu menjadikannya mangsaku. Tapi perkara ini sudahlama tidak kulakukan sejak terciptanya darah sintetik yang dapat menghilangkandahagaku kepada darah manusia...

“Sejak dahulu lagi kau menjadi tarikan budak-budak muda seperti mereka... Takkira lelaki atau perempuan ke mana sahaja kau pergi!” ujar seorang gadis remaja yangkelihatan ranggi dengan pakaian terbaru yang pernah diperagakan Lindsay Lohan dalammalam anugerah MTV Movie Awards. “Macam Eva inilah... Dia gilakan kau bilapertama kali dia bertentang mata dengan kau!”

Eva yang sedang berdiri di sebelah Ivana mencubitnya. Dia kelihatan ranggidengan pakaian yang pernah dipakai oleh Paris Hilton - yang telah dilihatnya di dalamsebuah majalah yang baru dibelinya semalam.

http://nizamzakaria.blogspot.com 332

Kedua-dua vampiro kembar ini mendakap tubuhku dengan erat. Rindu benarmereka kepadaku.

“Selama sebulan kau berada di kota ini, apa yang telah kamu berdua lakukan?”tanyaku ingin tahu. Aku benar-benar berharap mereka tidak akan menghabiskan masamereka dengan bersiar semata-mata, kerana kota ini memang banyak tarikannya.

“Shopping!” jawab mereka serentak, lalu mereka ketawa berdekah-dekah.

Aku mengesotkan bibirku ke tepi. Aku tahu kembar ini sengaja mahumengusikku. Kemudian aku dapat melihat perubahan yang jelas di wajah mereka. Sedih.Mereka tahu aku sedang meniti saat-saat terakhir kehidupanku...

Untuk menghilangkan rasa sedih di hati mereka, aku terus membawa merekaberjalan ke arah Bryant Park yang letaknya di bahagian belakang perpustakaan ini.

“Kami berjaya menemui subjek kita tu. Dia mempunyai sebuah apartmen di SanRemo, Central Park West. Sukar juga untuk kami menjejakinya... Ye lah, kota inibukannya kecil. Tetapi seperti yang kau katakan, kota ini dihuni oleh ramai vampiro...”Eva menjelaskan kepadaku. Aku dapati perasaannya kembali tenang sebaik sahaja diamelangkah masuk ke kawasan Bryant Park yang dikelilingi bangunan-bangunan tinggiini.

Seperti biasa, di sini, aku dapat melihat beberapa pasangan yang sedang dudukberehat di atas bangku yang disediakan. Mungkin mereka adalah pelancong yangkepenatan setelah sehari suntuk berjalan menjelajah kota ini, fikirku di dalam hati.

“Kami akhirnya menemui seorang vampiro yang mengenalinya—“ Jelas Ivanapula sebelum kata-katanya aku pintasi:

“Vampiro Kevin...”

“Ya, kami telah menemuinya baru seminggu yang lepas, lalu dia memberitahukami di mana kami boleh pergi menemui subjek kami itu.” Mata Ivana meleretmemandang ke wajah Eva.

“Bagaimana kau tahu kami telah menemui vampiro Kevin?” tanya Eva kepadaku.Matanya menyinggahi ke arah ‘Le Carrousel’ yang telah pun ditutup. Dari jauh dia dapatmendengar kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang masih kecil bahawa dia tidakboleh menaiki patung kuda yang berpusing di dalam satu bulatan ini kerana hari sudahlewat. Mereka perlu pulang ke rumah mereka yang terletak di Bronx.

“Siapa lagi jika bukan dia?” Aku menjawab sambil menarik nafasku. “Subjek kitaitu mahu dirinya ditemui kau berdua. Sebab itulah kau akhirnya diketemukan denganvampiro Kevin.”

“Jadi subjek kita itu tahu tentang kehadiran kami di sini?” tanya Eva, kepalanyamendongak memandang ke arah bangunan Bryant Park Hotel yang berwarna hitam itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 333

Ingin sahaja aku memberitahu kepada mereka aku suka bertenggek di bahagian atasbangunan tersebut di malam hari sambil memerhatikan kesibukan kota New York yangtidak pernah tidur ini.

“Sudah tentu... Kau berdua adalah vampiro. Kau mencarinya. Apabila kaumencarinya, kau seolah menyerunya. Subjek kita itu merupakan seorang vampiro yangakan menyahut panggilan sesiapapun yang menyerunya.” Jelasku yang serba mengetahuitentang subjek yang dicari-cari itu.

Eva tersenyum mendengar penjelasan dariku tadi lalu berpaling ke arah Ivana.Eva memegang lengan kananku dengan manja, diikuti oleh Ivana di sebelah kiri.

“Jadi ke mana arah tuju kita pada malam ini?” tanyaku kepada kedua kembar Evadan Ivana.

“Ke kelab malam Avalon yang terletak di 47 West, 20th Street.” Jawab Evadengan bersungguh-sungguh.

Aku membiarkan kedua-dua kembar ini memegang lenganku dengan erat laluberjalan dengan perlahan menikmati suasana hari lewat petang musim luruh itu. Kamiterus berjalan merentasi Bryant Park dengan membiarkan sepi menyelubungi diri kami didalam suasana kota New York sentiasa sibuk tidak kira waktu itu.

*

Kami tiba di daerah 47 West, 20th Street pada pukul 11 malam. Dari sana, kami terusmencari kelab malam Avalon. Kami akhirnya menemui kelab malam yang tersohor dikota New York, ini. Dengan melihat seni bina kelab malam ini dari luar, aku dapatmerumuskan bahawa Avalon pada asalnya adalah gereja yang telah diubah menjadisebuah kelab malam.

Di hadapan kelab malam itu, aku dapat melihat ramai pengunjung yang terpaksaberatur dalam kesejukan agar mereka dapat masuk ke dalam. Mereka menjenguk-jengukke dalam kelab, mengharapkan diri mereka akan dipilih untuk dipilih masuk ke dalamkelab oleh petugas-petugas yang menjaga pintu masuk.

Sebuah kereta limosine berhenti di hadapan kelab malam Avalon. Seorangpelakon filem aksi Hollywood terkenal keluar dari dalam limosine tersebut denganpasangannya, seorang supermodel yang berasal dari London. Beberapa orang paparazitidak melepaskan peluang ini lantas mengambil gambar mereka berdua.

Kehadiran diriku yang sedang diapit kedua-dua kembar Evna dan Ivana langsungtidak disedari oleh petugas-petugas berwajah bengis yang sedang bertugas di bahagianpintu masuk kelab Avalon. Mereka tidak dapat melihat kelibat kami kerana pergerakankami begitu pantas sehingga mengabui mata mereka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 334

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kelab malam ini, mataku terus kepadapengunjung-pengunjung yang sedang menari di dalam gereja berbentuk gothic ini.Suasana di dalam kelab hingar-bingar dengan dentuman muzik tekno yang sedangdimainkan oleh DJ yang sedang bertugas. Keadaan di dalam Avalon mengingatkankukepada keadaan di dalam Studio 54 yang sering aku kunjungi dahulu pada lewat tahun70-an dahulu. Apa yang membezakan Studio 54 dengan Avalon adalah muzik yangdimainkan serta saiz kelab ini yang kelihatannya lebih besar. Tahap hedonisme tetapsama seperti dahulu, malah aku ada juga terserempak dengan beberapa orang vampiroyang pernah mengunjungi Studio 54 – dan kini, mereka berada pula di dalam kelab ini,menari dan bercampur gaul dengan manusia di sini.

Kami bertiga terus berjalan ke sebuah sudut di tingkat dua kelab ini. Bahagian inimenempatkan sudut khas untuk pengunjung-pengunjung VIP kelab Avalon dudukberehat. Bahagian ini tidak sesesak bahagian bawah yang dipenuhi dengan penari.

Aku memandang ke arah seorang lelaki yang sederhana tingginya, yang jelasnampak segak. Dia mempunyai raut wajah yang luar biasa ketampanannya, rambutnyahitam dan beralun, matanya gelap, bibirnya cantik dan cukup mengghairahkan, danterdapat satu kerlipan di matanya yang menunjukkan bagaimana segala kedangkalanmanusia yang telah dilihatnya selama ini adalah sesuatu yang tidak mampu lagi membuatdia terkesima.

Tak salah lagi, aku sedang memandang kepada versi diriku sendiri yang wujud didalam dunia ini.

Aku menoleh ke arah refleksi dirinya melalui hiasan cermin sembung dihadapanku. Aku dapat melihat diriku yang kelihatan seperti seorang pemuda berbangsaEropah. Aku terpaksa telah menukar rupa parasku dengan menggunakan fungsi medanhologram agar tidak akan berlaku sebarang kekeliruan apabila aku pergi menemui versidiriku yang satu lagi di sini.

“Apa khabar Awang,” ujar diriku yang satu lagi itu sambil tersenyum. Diaternyata telah dapat melihat keadaan sebenar diriku melalui mata hatinya.

“Baik...” Jawabku perlahan. Aku bersalaman dengan versi diriku yang satu lagiitu. Serta-merta, perasaan pelik terus mengimbau diriku.

Aku merenung ke arah diriku yang satu lagi itu. Aku tidak pernah melihat keadaandiriku seperti ini. Aku merasakan seolah-olah aku sedang memandang kepada sebuahrakaman yang telah dilakukan terhadap diriku lalu dimainkan semula kepadaku. Pelikjuga rasanya apabila aku berpeluang untuk berbual dengan diriku sendiri.

Aku kemudian memandang ke arah vampiro Kevin. Vampiro Kevin sedangmembisikkan sesuatu ke dalam telinga versi dirinya yang satu lagi. Versi diriku itumengangguk, lantas dia meminta rakan-rakan vampironya yang lain supaya beredar darisitu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 335

Kini hanya tinggal Awang yang satu lagi ini duduk di atas sofa di dalam sudutyang gelap ini. Dia lantas menjemputku berserta kembar Eva dan Ivana supaya duduk disisinya.

“Duduk Awang... Jangan malu-malu. Macam lah kita saling tak mengenali.”Katanya kepadaku. Sempat juga dia berjenaka kepadaku dalam masa-masa yang terdesakseperti sekarang. Kemudian dia menambah lagi sebaik sahaja kami bertiga melabuhkanpunggung kami di sisinya: “Aku rasa, misi kau untuk mengelakkan sejarah dari diubahkurang berkesan. Sebab itulah kau mencari aku di sini... Bukan begitu?”

“Ya,” jawabku pendek. Selama ini aku tidak pernah menyangka bahawa akumempunyai sifat yang sedikit sinis. Setelah aku melihatnya berkata-kata, barulah akusedar tentang hal ini.

“Berapa lama agaknya kau sedar dirimu ini akan mati tidak lama lagi?” tanyadiriku yang satu lagi - kali ini dengan suara yang lebih perlahan. Dia ternyata dapatmembaca bahawa ajalku akan tiba tak berapa lama lagi.

“Sejak perjalanan sejarah diubah mereka sehingga semua ini berlaku,” jawabkutanpa merasa sesal ataupun takut.

“Diubah seperti apa?”

“Jika perjalanan sejarah tidak diubah... Kau sepatutnya berada di Jepun pada saatini.”

“Di Jepun?”

“Ya, kau akan menghabiskan masamu di Tokyo dari tahun 2000 sehingga ketahun 2006, sebelum kau mengambil keputusan untuk berpindah ke Malaya.”

“Malaya? Maksud kamu Malaysia?”

“Bukan... Memang maksud aku Malaya. Di dalam dunia aku, Malaysia tidakpernah wujud.” Beritahu Awang bersungguh-sungguh. “Kau akan menetap di WilayahPersekutuan Singapura selama lima tahun sebelum kau berpindah ke London...”

Awang yang satu lagi ini mengeluh. Kemudian aku dapat merasakan fikirannyaterlintas memikirkan tentang Cassius. Awang ini kemudian bertanya kepadaku:

“Bagaimana dengan Cassius?”

“Kami belum menyelamatkan lagi... Sebab itulah aku masih memerlukanpertolongan kau.” Jawabku dengan sedikit penyesalan yang jelas terbayang di riakwajahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 336

Awang yang satu lagi ini termenung panjang. Wajahnya jelas kecewa. Kemudiandia mendengar penjelasanku kepadanya:

“Kau tahu aku akan mati, kerana masaku sudah tiba untuk mati. Aku perlu matiagar kau dapat melakukan tugasmu dengan sebaik-baiknya nanti. Itu sahaja caranya untukkita melawan Ahriman nanti... Dia semangnya sukar untuk dikalahkan. Dia terlalu kuat.Kita tak mungkin dapat mengalahkannya tanpa melakukan sesuatu untuk membuatkanleka buat seketika. Satu-satunya cara untuk kita dapat melakukan perkara ini adalah untukmembuatkan dia berfikir aku telah pun mati... Setelah Damak aku bunuh di hadapannya

“Selepas Ahriman dikalahkan nanti, kau pergilah selamatkan Cassius. Ini akuamanahkan untuk kau.”

“Damak dibunuh?” dia bertanya dengan dahinya terkerut seribu.

“Ya... Hanya Damak sahaja mempunyai kuasa untuk membunuhnya. Dirinyaadalah satu mutasi. Jika tubuhnya itu berjaya masuk ke dalam tubuh Ahriman, dia akanmenjadi seperti virus yang akan menyerang lantas membunuh mesin-mesin mikroskopikyang hidup dalam tubuh Ahriman selama ini lantas mengawalnya seperti boneka.”

“Jadi Damak sedang berada di sini?”

“Ya, Damak telah pun berjaya kami cari di dunianya, lantas kami bawa ke titikruang dan waktu ini.” jelasku sambil memandang ke arah Eva dan Ivana.

Mata Awang yang satu lagi ini mula kelihatan redup. Dia faham dengantanggungjawab yang perlu dilakukannya sekarang. Satu perkara yang tetap akandilakukannya walaupun tidak disuruh.

“Ada satu lagi permintaan yang perlu kau tunaikan untuk aku.” Kataku kepadanyakemudian dengan suara yang rendah, hampir-hampir berbisik.

“Apa dia? Sebutkan sahaja...” Kata Awang yang satu lagi ini lantas mendekatkandirinya kepadaku yang sememangnya diketahuinya akan mati tidak lama lagi.

“Beritahu kepada Hanim... Cinta Damak kepadanya adalah cinta mati.”

Awang yang satu lagi ini mengangguk perlahan. Lidahnya kini terkunci. Dia terusmendiamkan dirinya untuk mendengar rancangan yang dibentangkanku dengan teliti.Satu perkara yang perlu dilakukannya sama ada dia suka atau tidak...

*

Dengan pantas Awang dari versi dunia ini masuk ke dalam muzium sebaik sahaja Evadan Ivana menggunakan kuasa mereka untuk memecahkan dinding kaca di hadapanmereka dengan menggabungkan kuasa api dan air. Dinding kaca pecah seribu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 337

Apabila Awang terbang masuk ke dalam muzium, dia dapat melihat sekujur tubuhyang menyerupai dirinya terkulai di atas lantai tanpa kepala. Pemandangan inisememangnya terlalu aneh buat dirinya, tetapi dia tidak mempunyai masa untuk berhentimemikirkan tentang ini semua. Misinya perlu diselesaikan dahulu.

Awang berpaling kepada Kira yang sedang memegang kepala versinya yang satulagi yang telah mati, lalu ditunjukkan kepalanya itu kepada seorang lelaki yang tidakdikenalinya. Awang pasti bahawa lelaki ini adalah Ahriman.

Awang terus bergerak pantas seraya mengeluarkan pisau secespitanya. Dia terusmendapatkan Damak yang kini perlahan-lahan rebah ke atas lantai untuk menikamnyasekali lagi, setelah dirinya yang satu lagi telah pun menikam Damak sebelum ini.

"Namamu Kasturi, dengan tikaman kedua ini, kau akan hidup kembali!" bisikAwang ke dalam telinga Damak yang telah pun mati tak sampai sesaat lamanya. Awangmembaca satu mantera yang hanya akan difahami Damak.

Mata Damak terbeliak apabila dirinya ditikam buat kali kedua. Tikaman kedua inimenyebabkan mesin-mesin nanobot di dalam tubuhnya seperti diprogramkan untuk hidupsemula. Dia kini berdiri dengan dua bilah pisau secespita yang tertusuk di tubuhnya.Awang kini pasti apa yang dilakukannya betul kerana Cassius sendiri pernah memberiamaran kepadanya jangan menikam Damak sebanyak dua kali. Tikaman kedua akanmembuatkan Damak dua kali lebih berkuasa dari sebelumnya.

Akhirnya Awang mengerti mengapa Cassius mengeluarkan amaran ini. Cassiusmungkin sudah dapat melihat perkara ini akan lambat laun dilakukannya juga.

Awang terus merenung ke dalam mata Damak yang sudah lama tidak ditatapnya.Awang melangkah beberapa tapak ke belakang. Damak mencabut kedua-dua belah pisauyang tertancap di tubuhnya. Wajahnya kini berubah bengis.

Apabila Awang menoleh ke belakang, dia dapat melihat perubahan pada wajahKira. Kira mengayunkan pedangnya itu ke arahnya sambil mencampak kepala versiAwang yang telah dibunuhnya itu ke tepi.

Awang melompat tinggi ke udara lalu memusingkan tubuhnya seperti seorang ahligimnastik. Kira terus mengejarnya. Kira bersungguh-sungguh mahu membunuh Awangversi dunia ini pula, gamaknya.

Damak dapat melihat keadaan di sekelilingnya kelam kabut. Eva dan Ivana sedangmelakukan sesuatu untuk bersiap sedia melawan ratu-ratu Daevas di hadapan mereka.Tubuh Awang pula dilihatnya berpusing di udara dengan sebilah pedang yang pernahdigunakan Tiresias untuk menyerang Kira.

Eva telah menggunakan kuasanya untuk mencipta sebuah bebola api berwarnabiru lalu menyerang seorang ratu Daevas yang mempunyai rupa seperti seorang wanita

http://nizamzakaria.blogspot.com 338

Jepun. Ratu Daevas itu terlalu pantas buat dirinya. Dengan cepat dia dapat mengelakkanserangan Eva.

Eva perlu memikirkan sesuatu. Dia mendongak ke atas. Dia membaling sebuahbebola api ke arah alat pengesan kebakaran yang dipasang di bahagian siling. Dalammasa beberapa saat kemudian, air turun mencurah-curah ke dewan Sackler.

Ivana menggunakan kuasanya untuk mengawal setiap titik air yang jatuh, lantasmembuat titik-titik air yang dikawalnya ini seperti butir-butir peluru yang menyerangmusuh-musuhnya.

Di dalam saat-saat yang genting itu, Damak dapat merasakan satu tenaga yanghebat menyusup masuk ke dalam tubuhnya. Di dalam pada itu, tercetus satu huraian didalam dirinya yang sebelum ini dia sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Dia pastimaklumat ini telah ditanam oleh Tiresias ke dalam fikirannya – untuk membuatkan diaakhirnya faham mengapa dia perlu berada di sini pada saat ini.

Dia perlu memusnahkan Ahriman dengan menggunakan kuasa yang ada di dalamdirinya sekarang. Dia perlu menyelamatkan manusia dari menjadi korban Daevas.

Damak bergerak ke arah Ahriman yang kelihatan kaku dengan satu pandanganyang kosong ke hadapan. Rashid dan Aliya bertungkus-lumus memastikan agar dia terusbegini buat beberapa ketika.

Sambil berjalan ke arah Ahriman, mulut Damak terkumat-kamit membacamantera berikut:

“Om! Raja segala Jin!Kilat membelah batu itu adalah suaraku!Aku menggunakan mantera ini,Untuk mengunci dan menghancurkan!Ahriman nama seteruku,Aku mengunci hatinya,Aku membisukan lidahnya,Aku menjahit mulutnya,Aku mengikat tangannya,Aku merantai kakinya,Aku memusnahkan jiwanya,Aku menghancurkan dirinya!”

Tubuh Damak kemudian berubah menjadi beribu-ribu ekor lalat yang berpecah.Lalat-lalat ini terbang, lalu menyelubungi tubuh Ahriman. Rashid dan Aliya pula berhentidari terus membuatkan fikiran Ahriman kosong buat beberapa saat itu. Wajah merekakini jelas nampak lega.

http://nizamzakaria.blogspot.com 339

Apabila Ahriman tersedar, dia mendapati tubuhnya diselubungi beribu ekor lalat.Lalat-lalat ini kemudian masuk ke dalam tubuhnya melalui kulitnya. Ahriman membukamulut untuk menjerit. Beratus-ratus ekor lalat masuk ke dalam tubuhnya melaluimulutnya itu apabila dia mahu menjerit meminta tolong.

Kesemua lalat-lalat itu kini berjaya masuk ke dalam tubuh Ahriman. WajahAhriman kemudian berubah seperti dia menahan kesakitan yang amat sangat. Beberapadetik kemudian, tubuhnya berkecai seribu ke semua arah.

Lalat-lalat yang telah membuatkan tubuh Ahriman berkecai kini bercantumsemula di tempat di mana berdirinya Ahriman tadi untuk membentuk lembaga seorangmanusia. Perlahan-lahan lembaga ini berubah menyerupai Damak.

Ahriman telah berjaya Damak musnahkan. Dua orang Daevas yang masih belumdibunuh oleh Eva dan Aliya menjerit sekuat hati. Dunia mereka kini musnah dengansekelip mata.

Awang menggunakan peluang ini untuk mengayunkan pedangnya, lantas menetakleher Kira yang pada ketika itu terkejut melihat Ahriman dibunuh Damak dengan kejam.Buat sekelip mata, pedangnya yang tajam itu memenggal leher Kira. Beberapa detikkemudian, kepala Kira jatuh ke atas lantai, tergolek masuk ke dalam kuil Dendur.

Eva dan Ivana seterusnya menyelesaikan tugas mereka dengan pantas. Kedua-duaratu Daevas di hadapan mereka berjaya dibunuh tanpa sebarang halangan. Seorang RatuDaevas dibakar hidup-hidup dan seorang lagi tubuhnya ditikam dengan air batu yangtajam.

Suasana menjadi senyap sunyi buat seketika. Bunyi siren polis kedengaran sayup-sayup dari jauh.

Damak memandang ke arah Awang. Dia keliru buat seketika. Kemudian barulahdia sedar bahawa Awang yang sedang berdiri di hadapannya adalah Awang dari dunia ini,dan Awang yang telah mati adalah Awang dari dunia alternatif yang satu lagi.

Rashid dan Aliya kelihatan sedih, walaupun mereka sudah dapat mengagak apayang akan berlaku. Sukar untuk mereka menerima hakikat kematian dua orang yang dekatkepada jiwa mereka.

Eva dan Ivana pula berjalan mendapatkan kepala Awang yang telah dipenggal.Wajah mereka jelas sedih. Eva tidak dapat menahan rasa pilunya, terus dia memeluktubuh Ivana sambil menangis.

“Jadi kau tahu semua ini akan berlaku?” tanya Damak kenapa Aliya. Aliyamengesat air matanya yang mula berderai jatuh sambil mengangguk perlahan.

“Kau semua harus pergi... NYPD akan sampai di sini bila-bila masa sahaja lagi.”Ujar Awang menasihati. Bunyi siren polis semakin kuat kedengarannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 340

Eva dan Ivana mendekati Awang. Mereka memandang ke kiri dan ke kanan untukmelihat keadaan dewan Sackler yang porak peranda ini. Eva dan Ivana tak tahu apa yangakan difikirkan oleh pihak penyiasat apabila mereka menjumpai mayat-mayat yangbergelimpangan ini apabila mereka tiba ke sini kelak. Tapi itu semua tidak penting bagikembar ini. Apa yang penting, dunia kini selamat dari ancaman Daevas.

Aliya memandang ke arah skrin di lengannya. Dia memberitahu kepada Eva danIvana bahawa mesin Geiger menunjukkan bahawa perjalanan sejarah di masa hadapanstabil. Mereka boleh pulang.

Eva membuka vorteks wormhole setelah dia mengucapkan terima kasih danselamat tinggal kepada Awang. Ivana dilihatnya sedang mendakap tubuh Awang denganerat, seolah dia telah lama mengenali Awang versi ini seperti mana dia mengenali Awangversi satu lagi yang telah mati. Mungkin inilah caranya untuk dia menerima hakikatbahawa Awang yang dikenali dari dunianya sudah tidak ada lagi...

Mereka tidak mempunyai banyak masa lagi di dunia ini. Mereka perlu pergi.

“Aku akan menemuimu di Paris nanti.” Ujar Awang kepada Damak. Awangberjalan beberapa tapak ke belakang. Tubuhnya melayang ke udara.

Damak mengangguk. Dilihatnya Rashid dan Aliya sudah melangkah masuk kedalam wormhole. Ivana melangkah masuk sambil memandang ke arah kembarnya Evayang terus merenungi wajah Awang.

“Kita perlu pergi, Damak...” ujar Eva dengan perlahan. Damak mengangguklemah. Dia memikirkan tentang keadaan dirinya yang jelas telah berubah setelah ditikamdua kali itu. Dia memikirkan tentang Awang yang telah mengorbankan nyawanya agar diadapat mengalahkan Ahriman. Akhir sekali dia memikirkan tentang Hanim. Diamengharapkan, Hanim akan terus wujud ke dunia di sebalik vorteks wormhole yang akandilalui ini.

Tubuh Awang yang terkulai di atas lantai kini perlahan-lahan hancur bersamapakaian khas yang dipakainya. Damak hanya mampu mengeluh. Apabila dia memandangke arah Awang yang satu lagi, didapatinya kelibat Awang telah lama menghilang entah kemana.

Dengan perasaan sebak, Damak melangkah masuk ke dalam wormhole...

http://nizamzakaria.blogspot.com 341

Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005.

Pada hari esok, Aliya akan menyambut hari jadinya yang ke-18. Tak ada orang yangmenyambut hari jadinya ini. Mereka semua lupa. Pada hari-hari seperti inilah Aliyamerasa begitu sepi.

Pada sepanjang malam itu dia menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedangbekerja di kedai 7Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. Aliya sebenarnya tidakmempunyai semangat untuk bekerja. Kepalanya berserabut memikirkan tentangkehidupannya yang penuh membosankan.

Aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua orang tua dan adikberadiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakaknya yang palingtua sekali yang telah mengikut suaminya menetap di Singapura.

Aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu dan kini dia menumpang dirumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar.Di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur sebilik dengan empat orang anak saudaranyayang semuanya masih bersekolah – bersesak-sesak di dalam bilik tidur yang sama.Walaupun dia telah lama menetap di rumah kak longnya itu, dia masih merasa tidakselesa di sana. Dia masih merasakan dia orang luar yang datang menumpang, tidak lebihdari itu.

Sejurus selepas dia selesai melakukan shif kerjanya di 7Eleven, dia terus keluar lalumelintasi jalan untuk tempat tinggalnya di blok 116, yang letaknya betul-betul di hadapanblok 111. Ketika berjalan, Aliya mendapati malam itu bulan mengambang cerah. Anginpula bertiup kencang. Aliya kesejukan. Dia memeluk tubuhnya sendiri ketika berjalan.

Aliya memikirkan kembali mimpinya semalam. Mimpinya yang telah berulang-ulangsejak beberapa minggu yang lepas. Mimpi yang sama tentang seorang lelaki yangdilihatnya sedang terjun dari bumbung bangunan tempat tinggalnya. Di dalam mimpinyaitu, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Dia dapat melihat lelaki itumemandang kepadanya lalu dia terjun tanpa berkata-kata di dalam malam bulanmengambang seperti malam ini. Mimpinya itu membuatnya merasa resah tak sudah...

Aliya merenung ke arah muka pintu lif di blok 116, sehinggalah pintu lif terbuka untukmembawanya ke tingkat atas. Entah mengapa, untuk melayani rasa bosan, dia menekanbutang untuk ke tingkat 20 dan bukan ke tingkat 14. Di dalam lif, dia termenungmemandang ke arah siling lif. Kemudian dia memandang ke arah jam tangannya.Beberapa minit lagi dia akan menyambut hari jadinya.

Apabila pintu lif terbuka, Aliya keluar dari perut lif, lalu menarik nafasnya dalam-dalam.Suasana di blok 116 agak sunyi pada malam itu – yang kedengaran cuma bunyi sayup-sayup rancangan TV berbahasa Cina yang sedang ditonton oleh seorang penduduktingkat 20 yang belum masuk tidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 342

Aliya berjalan menaiki tangga yang menuju ke arah bumbung flat. Dia memandang keatas. Aliya dapat melihat terdapat sebuah tangga besi di sana. Tangga besi itu mengarahkepada sebuah pintu kecil yang nampaknya tidak terkunci seperti kebiasaannya. Diamemberanikan dirinya untuk meniti tangga besi untuk naik ke bumbung flat.

Setibanya Aliya di bahagian teratas tangga besi itu, dia membuka pintu kecil tersebut laludia memanjat sehingga dia dapat naik sehingga ke bumbung.

Aliya tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk meneroka kawasan bumbungflatnya pada malam-malam buta seperti ini. Di dalam masa yang sama, juga dapatmerasakan seolah-olah suara hatinya terpanggil agar dia pergi ke sini. Pada malam ini.Pada saat ini.

Aliya berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung yang berangin itu. Tangannyamemegang dinding batu yang menutupi tangki air agar dia tidak terjatuh. Kawasanbumbung itu dilimpahi dengan cahaya bulan yang menerangi bumi pada malam itu.Keadaan hening di atas bumbung ditambah lagi dengan panorama kota Singapuramembuatkan perasaan Aliya tenang ketika dia sedang berada di situ.

Aliya menarik nafasnya panjang-panjang. Dia duduk di situ. Dia memandang ke arahlangit yang tidak berawan pada malam itu. Dia mengeluarkan coklat Sneakers yangdicurinya dari tempat kerjanya tadi. Dia mengeluarkan coklat Sneakers dari bungkusanlalu mula mengunyah.

Ketika itu Aliya memandang ke arah hujung bumbung. Dia terkejut dapat melihat seoranglelaki dengan pakaian serba hitam sedang berdiri di situ. Lelaki tersebut memandang kearahnya tanpa berkata apa-apa. Aliya yakin dia pernah melihat kelibat lelaki itu sebelumini. Ya, Aliya pasti dia telah mengenali lelaki itu dari mimpinya sebelum ini!

Aliya memberanikan dirinya untuk mendekati lelaki tersebut. Apa yang sedang lelakimisteri itu lakukan di situ pada malam hari seperti ini, tanya Aliya kepada dirinya sendiri.Tetapi, dia juga sedang berada di situ. Mungkin mereka mempunyai tujuan yang sama –mencari ketenangan.

“Excuse me...” Aliya memulakan bicara. “You buat apa di sini?”

Lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Dia tersenyum nakal. Kemudian katanyaperlahan:

“Aku tunggu kau.”

“Apa?”

“Bukan kau ke sini kerana kau terpanggil untuk ke sini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 343

“Sorrylah... Wrong number. I nak balik. Dah lewat sangat ni.” Kata Aliya cepat-cepat. Dia mahu pergi. Dia tak ada masa nak melayan perkara yang bukan-bukan dimalam hari seperti ini di atas bumbung blok 116 yang sepi itu.

“Aliya...”

“Huh?” Aliya terkejut lelaki tersebut memanggil namanya.

“Nama aku Awang... Kita pernah bertemu.”

“Apa?”

“Kau pernah melihat aku di dalam mimpi kau... Di sini.”

“Mana kau tahu tentang ini semua?” tanya Aliya kehairanan. Tetapi dia tidaktakut. Dia dapat merasakan dia tidak perlu takut kepada Awang.

“Aliya... Segala-galanya tentang diri kau aku tahu.” Awang berjalan semakinhampir ke bahagian tebing bumbung. “Aku tahu tentang diri kau lebih dari kau mengenalisiapa diri kau itu sendiri—”

“Siapa kau sebenarnya?” cahaya bulan menyimbah ke wajah Awang yang pucat.Wajah Awang menampakkan ketenangan. Dia mempunyai raut wajah yang tampan tetapijelas kelihatan seperti dia pernah menanggung musibah yang tidak terkira beratnya.

“Sudah aku jelaskan... Nama aku Awang.” Jawabnya lalu berjalan meniti tebing ditepi bumbung. Jika dia tidak berhati-hati dia akan jatuh ke bawah. Aliya kelihatan cemasapabila Awang berjalan seperti itu, langsung tidak mengendahkan keselamatannya.

“Apa yang kau mahu dari aku?” tanya Aliya. Kemudian dia mahu memekikapabila dia melihat Awang memusingkan tubuhnya ke hadapan lalu terjun dari bangunanflatnya itu di hadapan mata kepalanya sendiri.

Aliya mahu memekik tetapi lidahnya kelu. Dia terlalu terkejut. Awang telah terjunmembunuh diri. Kini dia menjadi saksi kepada kes bunuh diri!

“Aku mahu kau sedar bahawa kau adalah seorang manusia istimewa, Aliya.” UjarAwang di belakang Aliya. Mulut Aliya ternganga apabila dia mendapati Awang sedangterapung beberapa meter dari permukaan bumbung sebelum dia turun menghadapnya.

“Aku sedang bermimpi!” tingkah Aliya di dalam hati sambil menepuk pipinyasendiri. Dia mahu bangun dari mimpinya.

“Kau bukan bermimpi, Aliya!” ujar Awang yang telah membaca isi hatinya.Perbuatan Awang telah membuatkan Aliya mahu panik. Degupan jantungnya semakinkencang. Lebih-lebih lagi apabila Awang semakin mendekatinya. Awang memegang

http://nizamzakaria.blogspot.com 344

rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia memerhatikan rambut Aliya dengan penuhminat. Aliya menepis tangan Awang. Dia mendapati tangan Awang sejuk. Terlalu sejuk.

“Kau tentu selalu tertanya-tanya... Mengapa kau perlu hidup, sedangkan hidup inimembosankan. Orang-orang yang kau kenali tak faham dengan perangai kau yang sukamenyendiri dan lebih-lebih lagi keistimewaan semula jadi yang kau ada. Mereka takfaham kau mampu melihat benda-benda yang kau sendiri tidak fahami... Jika kaudilahirkan di masa yang lampau, kau akan dianggap sebagai seorang orakel...” Awangmasih terapung di hadapannya dengan kakinya masih tidak menjejak lantai.

Buat sedetik Aliya memikirkan tentang kata-kata Awang tadi. Sememangnyabetul kata-katanya. Sejak kecil lagi dia dapat melihat imej yang bukan-bukan di dalamkepalanya. Imej-imej tempat dan wajah yang tidak dikenalinya yang tiba-tiba sahajadatang meresap ke dalam fikirannya. Sehingga kini dia tidak mampu untuk memahamisebahagian besar dari apa yang dilihatnya. Tatkala dia masih kecil dia seringmenceritakan kepada anggota keluarganya yang lebih tua tentang apa yang dapatdilihatnya - seperti berita kematian orang kampungnya serta musibah yang bakalmenimpa mereka. Ahli keluarganya akhirnya memaksa dia jangan memberitahu kepadaorang lain tentang apa yang dapat dilihatnya. Mereka tidak mahu orang kampungmemikirkan yang dia menjadi pembawa kecelakaan kepada penduduk kampungnya.

Apa yang membuat Aliya lebih gusar adalah dia dapat merasakan seperti adasesuatu yang tidak kena di dalam hidupnya. Aliya juga dapat merasakan seolah-olah diahanya menunggu masa untuk diseru untuk melakukan sesuatu yang bermakna buatdirinya.

Selama ini Aliya hidup dalam keadaan penuh keliru. Dia keliru dengan dirinyadan dengan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak mampu memahami dirinya dan kuasa luarbiasa yang dipunyainya.

“Jadi apa kau mahu dari aku?” tanya Aliya dengan gugup setelah lamadilumangkan sepi.

“Aku mahu kau ikut aku pergi dari sini... Ke tempat di mana keistimewaan kau inidapat digunakan untuk menyelamatkan umat manusia.”

“Okay... Benda ni dah tak masuk akal lagi. Aku nak balik!” Aliya menggelengkankepalanya lalu berjalan kembali ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkatbawah.

“Adakah itu yang kau mahu?” tanya Awang dengan suara yang lantang. Aliyaberhenti melangkah. Kalimah-kalimah Awang berdengung di dalam kepalanya. “Kaumahu terus menerus hidup begini tanpa mengetahui siapa diri kau ini sebenarnya?”

Aliya menoleh lalu memandang kepada Awang. Dia tidak tahu siapa Awang inisebenarnya dan dia masih tidak dapat mempercayai dia sedang mendengar kata-kataseorang lelaki yang mampu terapung di udara. Mungkin dia sedang bermimpi, gamaknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 345

“Siapa sebenarnya aku?”

“Kau manusia istimewa dengan salasilah yang cukup istimewa. Keturunan kausejak turun temurun telah banyak membantu manusia dengan kebolehan luar biasa yangtelah diturunkan kepada kamu semua--”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Kau anak angkat...”

“Aku tahu, jadi kenapa?” jerkah Aliya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tahudia adalah anak angkat keluarganya. Dia jelas mempunyai wajah kacukan Melayu-Eropah. Wajahnya juga manis dan terserlah cantik jika dibandingkan dengan wajahkeluarga angkatnya.

Tidak banyak yang Aliya tahu tentang latar belakangnya sendiri. Apa yang diatahu, ketika dia masih bayi, dia telah ditinggalkan di hadapan rumah keluarga angkatnya.Sejak dia kecil dia telah menganggap keluarga angkatnya itu sebagai keluarganya sendiri.

“Kau tidak kenal siapa keluarga kau sebenarnya kerana kau perlu dilindungi... Jikakau tidak disembunyikan, pihak musuh akan cuba mencari kau dan membunuh kau.”Awang memulakan cerita.

“Ada orang mahu mencari aku dan membunuh aku?”

“Ya... Tidak lama lagi kau akan tahu sendiri tentang mereka ini.” jelas Awangsebelum dia menambah lagi. “Ibu dan bapa kau tahu bahawa kau manusia yang istimewa.Sebab mereka terpaksa telah menyembunyikan kau dari musuh-musuh mereka. Keduaorang tua kau tahu kami akan datang untuk mendapatkan kau ketika usia kau tepat 18tahun. Dan masanya kini telah tiba—“

“Apa yang telah terjadi kepada keluarga kandung aku?”

“Mereka telah lama dibunuh... Bila kita ada masa nanti, akan aku ceritakantentang mereka kepada kau—“

“Benda kau cakap ni semua tak masuk akal lah!”

“Kau sendiri tahu bahawa kehidupan kau akan akhirnya menuju ke arah ini. Jauhdi dalam hati kau... Kau tahu kau istimewa dan keistimewaan kau ini akan kau gunakandengan sebaiknya.” Kata-kata Awang bergema di dalam kepalanya tanpa Awang perlumembuka mulutnya. Awang menggunakan kuasanya untuk masuk ke dalam kepala Aliyalagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 346

Awang kini berjalan menghampirinya. Awang merenung ke dalam mata Aliya.Buat sepintas lalu Aliya dapat melihat apa yang mahu diperlihatkan oleh Awangkepadanya.

Wajah Aliya pucat. Kini dia lebih memahami. Di dalam sekelip mata, Awangtelah membuatkan Aliya melihat apa yang perlu dilihatnya. Aliya telah diperlihatkansuasana apokalips yang menakutkan apabila umat manusia diperhambai oleh satu kuasajahat yang mahu menguasai bumi. Pada waktu itu ramai manusia yang terkorban. Yanghidup pula, hidup dalam keadaan kegelapan yang penuh terseksa keadaannya. Bumi inigelap, kontang, gersang!

Aliya mula merasakan perlu melakukan sesuatu dan nalurinya memberitahu diamemang boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat manusia.

“Tapi mengapa aku?”

"Kerana tanpa kau, kami tak mungkin dapat mengalahkan mereka." Jelas Awangwalaupun dia tidak memberitahu kepada Aliya identiti 'kami' yang telah disebutkan dalamkalimah-kalimahnya.

“Aku tak faham...”

“Kuasa istimewa kau diperlukan oleh kami untuk cuba menghalang mereka daricuba memusnahkan manusia dengan menukar perjalanan sejarah.”

“Apa?”

“Dunia kau ini... Adalah dunia yang telah mereka ubah perjalanan sejarahnya...Jika kita tidak melakukan sesuatu, dunia kau ini akan berubah di luar jangkauanpemahaman kau!”

“Maksud kau?”

“Dengan menukar perjalanan sejarah... Mereka dapat memastikan penguasaanmutlak mereka terhadap manusia.”

“Kau dari mana sebenarnya ni?” tanya Aliya kebingungan.

“Kau akan tahu kelak.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan lagi. “Kau perluaku bawa ke dunia aku.”

“Tidak. Maafkan aku. This is too weird!”

“Kau tak ada pilihan lain, Aliya.” Awang mengeluarkan sebilah pisau tajam daridalam kotnya. Dia menoreh telapak tangannya. Dia memastikan darah pekatnya melekatpada pisau itu sebelum dia menghunus pisau tersebut ke dalam perut Aliya. Perkara ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 347

dilakukan Awang dengan cekap dan cepat sehingga tidak sempat Aliya dapat mengelak.Bajunya terus dibasahi dengan darahnya yang mengalir deras dari perutnya.

Aliya dapat merasakan kesakitan yang amat sangat. Bisa tusukan pisau Awangterasa sehingga ke tulang sum-sum. Dalam sepantas kilat, Awang menolaknya ke tebingbumbung sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan 20 tingkat itu. Dengan sertamerta Aliya mula sedar dia sedang berhadapan dengan kematiannya sendiri.

Aliya dapat melihat dirinya terjatuh bersama Awang di hadapannya. Semuanyaberlaku seperti sebuah filem yang telah dilambatkan. Aliya dapat melihat wajah Awangyang kelihatan puas ketika tubuhnya berhenti dari terus terjatuh lalu terapung di tingkat 6.

Tatkala itu, Awang menarik kembali pisau yang tertusuk di perut Aliya. BajuAliya yang lencun dibasahi darah kini hilang seperti diserap masuk kembali ke dalamtubuhnya.

Sedetik kemudian, tubuh Aliya rebah ke atas lantai simen di hadapan sebuahkedai foto di blok 116 . Awang yang sedang terapung di tingkat 6 itu pula denganselamba masuk ke dalam koridor lalu berjalan ke arah lif terdekat.

Tubuh Aliya terkulai kaku di atas lantai simen yang dingin dengan kepalanyaterpusing ke belakang.

Seminit kemudian, seorang wanita menjerit apabila dia terserempak dengan tubuhAliya yang terkulai di hadapannya. Awang berjalan menghampiri tubuh Aliya. Diatersenyum puas. Walaupun begitu dia tahu kerjanya belum selesai lagi...

*

Aliya bermimpi. Di dalam mimpinya ngerinya itu dia dapat melihat kembali kemusnahankepada umat manusia yang telah ditunjukkan oleh Awang kepadanya sebelum ini. Mimpingerinya itu berulang-ulang - dia langsung tidak dapat melarikan dirinya dari terusdigamit mimpi ngeri itu. Dia merasa dirinya terperangkap di dalam mimpi ngerinyasendiri...

Apabila Aliya membuka matanya, dia mendapati Awang sedang berdiri di hadapannya.Bayu dingin malam menyapu wajahnya ketika dia sedang berada di dalam keadaanterbaring di sebelah kubur yang baru sahaja digali. Aliya cuba menggeliat, tetapi diamendapati tubuhnya telah dikapankan. Dua orang gadis kembar berbangsa Eropahberambut perang membuka kain kapan yang melitupi tubuhnya.

Tubuh Aliya diselimuti dengan sehelai kain berwarna hitam sebaik sahaja kainkapannya selesai dibuka. Pasangan kembar itu kemudian memandang ke arah Awanguntuk menunggu arahan seterusnya dari Awang.

Tatkala itu Aliya menghirup udara malam dalam-dalam. Dia merasa begitu segarsekali. Dirinya merasa begitu bertenaga. Dia tidak perlu lagi mengenakan cermin mata

http://nizamzakaria.blogspot.com 348

atau kanta pelekapnya untuk melihat dengan jelas. Dia merasa pelik seolah dia sedangberada di dalam tubuh yang lain.

“Di mana aku sekarang?” tanya Aliya dengan wajah penuh kerisauan. Bingung.Lapar. Dahaga...

“Kau di tanah perkuburan Bidadari.” Jawab Awang dengan selamba.

“Apa?” Aliya memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Sememangnya dia sedangberada di kawasan perkuburan.

“Mereka telah tanam kau petang tadi.” Awang menjelaskan. Dia memegang bahuAliya. Dielusnya bahu Aliya perlahan-lahan seolah dia telah lama mesra dengannya.

“Apa ni? Is this a joke?” Aliya menepis tangan Awang.

“Aku telah uruskan agar kematian kau kelihatan seperti kejadian bunuh diri.”Awang memandang kepada skrin kecil di lengannya yang mula berkelip-kelip. “Sekarangdengan rasminya kau dianggap telah mati. Jadi tidak ada sesiapapun yang akan mencarikau lagi. Kau boleh bergerak bebas untuk ke mana-mana yang kau suka.”

“Kematian aku? Apa pulak ni? Aku masih hidup!” Aliya menyerigai dalamkekeliruannya. Walaupun begitu, dia masih dapat mengingati perbuatan Awangmembunuhnya dengan menusukkan pisau ke dalam tubuhnya lalu menolaknya jatuh dariflat tempat tinggalnya. Aliya memandang ke perutnya. Dia mendapati tidak terdapat apa-apa kesan tusukan di situ.

“Kau pastinya haus.” Awang menukar corak perbualan dengan mencampakkansebiji botol logam berwarna merah kepada Aliya. Dengan pantas Aliya dapat menangkapbotol tersebut. Dia sendiri tidak mempercayai ketangkasan tangannya.

Aliya membuka penutup botol tersebut. Dia meneguk isi botol tersebut. Dia tidakpernah merasakan air sesedap itu di dalam hidupnya. Setiap tegukan cecair di dalam botolyang masuk ke dalam perutnya terasa seperti membuatkan dirinya semakin segar danbertenaga. Rasa lapar dan dahaga yang amat sangat yang telah dirasakannya tadi hilangdengan serta-merta.

"Air apa ini?" tanya Aliya kepada Awang. Tubuhnya yang tadi terasa dingin kinidihangati haba tenaga luar biasa.

“Darah...” jawab Awang tenang. “Bukan dari jenis sintetik. Aku fikir kau layakmerasai darah asli manusia buat kali pertama kau menghilangkan rasa lapar di dalam dirikau...

“Mulai sekarang, tubuh kau hanya boleh menerima darah untuk kau minum agarkau dapat terus hidup. Kau tidak boleh makan seperti manusia biasa. Tubuh kau tidakakan menerima apa yang kau makan. Kau perlu ingat, kau bukan bergelar manusia lagi...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 349

Wajah Aliya berubah pucat. Botol yang dipegangnya tadi terjatuh ke atas tanah.Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Awang tadi hatta nalurinya memberitahu Awangberkata benar kepadanya.

Di dalam pada itu, Aliya mula sedar kini pandangan matanya menjadi semakinterang dan pendengarannya juga bertambah jelas. Aliya memandang ke arah beberapalembaga aneh yang muncul di hadapannya berjalan mundar-mandir di kawasanperkuburan.

“Siapa mereka?” tanya Aliya ketakutan. Bulu romanya naik menegak melihatkelibat lembaga-lembaga ini yang kelihatan begitu menyeramkan baginya.

“Tak usah pedulikan siapa mereka... Mereka tak akan ganggu kau selagi kau takmengganggu mereka.” Ujar Awang. Aliya ketakutan. Sukar untuk dia mencernapenjelasan dari Awang tadi inikan pula menerima apa yang sedang berlaku kepadanyasekarang. Dia masih bingung. Dia masih yakin dia sedang bermimpi.

“Jadi apa yang telah kau lakukan kepada aku?” Sekonyong-konyongnya Aliyabertanyakan soalan ini kepada Awang apabila dia semakin sedar perubahan yang berlakuterhadap dirinya. Fikirannya masih bingung. Otaknya masih cacamarba.

“Kau telah dilahirkan semula sebagai makhluk seperti aku.”

“Apa maksud kau?”

“Kau sekarang seorang vampiro, Aliya... Seorang orakel yang telah dijadikanseorang vampiro.... Kau bakal menjadi antara vampiro yang paling berkuasa yang pernahwujud di dunia ini.” Awang menekan skin lebar di lengannya. Sarung tangan hitamnyamengeluarkan cahaya terang pada bahagian hujung jari telunjuknya. Kemudian diamenuding jari telunjuknya itu ke hadapan seolah ingin menyentuh sesuatu. Ruang kosongdi hadapannya kelihatan seperti air yang terpercik kemudian bergelombang. Perlahan-lahan gelombang itu semakin membesar sebelum berubah menjadi sebuah pusarandengan diameter 2 meter lebar.

Awang memegang tangan Aliya. Serta merta Aliya dapat merasakan dia perlumemberikan sepenuh kepercayaan kepada Awang. Dia berjalan mengikut Awang masukke dalam pusaran misteri itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 350

http://nizamzakaria.blogspot.com 351