Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    1/13

    BIOSFERA TANAH

    BIOSFERA TANAH

    (Isu ketidaksuburan tanah)

    Oleh : Norhafieza binti Awang

    PISMP Sains Januari 2010

    Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu

    komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam

    sekitarnya yang tidak bernyawa. Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama

    iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik merangkumi benda-

    benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi manusia,

    haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma. Komponen ini boleh dipecahkan

    kepada tiga kumpulan utama iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Namun,

    hanya kumpulan pengurai sahaja yang akan dibincangkan dalam artikel pada kali ini.

    Pengurai adalah merupakan agen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat

    dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai

    haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-

    nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan

    kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya

    Berikut adalah agen saprofit yang tinggal di dalam tanah iaitu :

    (a) Cacing tanah (b) Bakteria (c) Kulat

    1

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    2/13

    BIOSFERA TANAH

    Semua bahan organik yang telah mati seperti bangkai haiwan dan tumbuhan

    yang terdedah kepada panas dan dingin, serta proses kimia boleh mereput menjadi

    humus. Ini termasuklah tahi binatang dan daun serta batang kayu. Terdapat banyak

    bakteria dalam tanah yang akan menghancurkan bahan-bahan organik ini.

    Gambar dibawah menunjukkan beberapa contoh bahan yang boleh mereput :

    a) Bangkai burung

    Cacing juga merupakan salah satu pengurai yang baik. Cacing turut

    memberikan sumbangan besar kepada kesuburan tanah. Cacing tanah kebiasaanya

    bewarna merah, merah keperangan, ada yang bewarna pucat, dan kehijauan.

    Struktur cacing tanah berbentuk bulat dan bersegmen. Cacing tanah adalah haiwan

    pengurai paling utama dalam tanah berbanding spesis lain.2

    b) Bangkai anjing

    c) Sisa makanan d) Batang kayu

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    3/13

    BIOSFERA TANAH

    Tambahan itu juga, banyak kebaikkan yang diperolehi dengan kehadiran

    cacing tanah di dalam tanah dimana ia dapat membantu dalam menyuburkan tanah

    pertanian. Tanah pertanian yang di dalamnya banyak terdapat cacing tanah akan

    menjadi lebih subur. Hasil penelitian membuktikan bahawa kotoran cacing tanah

    yang bercampur dengan tanah atau bahan organik lainnya (disebut casting)

    merupakan hasil yang sangat baik.

    Selain itu juga, kehadiran cacing tanah ini juga membantu

    dalam meningkatkan daya penyerapan air permukaan tanah. Cacing tanah mampu

    meningkatkan daya serap air pada permukaan tanah, adapun prosesnya sebagai

    berikut :

    Cacing membuat lubang-lubang dalam tanah, lubang tersebut akan dipenuhi

    casting. Casting akan membantu akar mampu menembus tanah lebih

    dalam, kerana tanah yang awalnya padat telah diubah oleh cacing menjadi

    gembur.

    Permukaan tanah yang gembur akan meningkatkan kemampuan tanah di

    dalam menyerap air pada musim hujan.

    3

    Rajah 3 : Cacing Tanah

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    4/13

    BIOSFERA TANAH

    Penyerapan air yang baik pada tanah akan meningkatkan pertumbuhan

    tanaman menjadi subur.

    Tambahan itu juga, cacing tanah turut membantu dalam memperbaiki dan

    mempertahankan struktur tanah. Lubang-lubang dalam tanah, dan humus secara

    langsung dapat menjadikan tanah menjadi gembur. Tanah yang gembur merupakan

    syarat penting untuk pertumbuhan tanaman. Kegemburan tanah akan menjamin

    kemasukan udara (oksigen) ke dalam tanah. Peredaran udara yang baik di dalam

    tanah memungkinkan pertumbuhan bakteria yang bersimbiosis dengan akar

    tanaman. Dengan demikian keadaan tanah yang rosak dapat diperbaiki dan struktur

    fizikal tanah dapat dipertahankan dengan baik.

    Ekosistem di dalam tanah seperti bakteria banyak membantu dalam

    menjalankan proses kitaran. Salah satu kitar yang berlaku dalam tanah adalah kitar

    nitrogen. Unsur nitrogen diperlukan untuk membentuk protein dalam haiwan dan

    tumbuhan dalam haiwan dan tumbuhan. Walaupun terdapat kira-kira 78% nitrogen

    di atmosfera, gas ini tidak dapat digunakan secara langsung oleh haiwan dan

    tumbuhan. Tumbuhan perlu memperolehi nitrogen daripada tanah dalam

    membentuk ion nitrat yang terlarut dalam air tanah.

    Kitar nitrogen adalah satu kitar yang mengalihkan unsur nitrogen dari

    atmosfera dan kemudian dikembalikan di atmosfera. Nitrogen di atmosfera boleh di

    kitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan

    kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Kitar nitrogen akan berlaku apabila

    tumbuhan dan haiwan mati dan mengalami proses penguraian dan pereputan.

    Proses penguraian dan pereputan oleh mikroorganisma akan menghasilkan

    ammonium nitrat. Sebahagaian daripada nitrat ditukarkan kepada gas nitrogen oleh

    bakteria pendenitratan. Kemudian, gas nitrogen dibebaskan ke atmosfera dan akan

    digunakan kembali oleh tumbuhan.

    4

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    5/13

    BIOSFERA TANAH

    Bakteria di dalam tanah adalah diperlukan bagi menjalankan kitar nitrogen.

    Antara kepentingan kitar nitrogen adalah untuk memastikan simpanan nitrogen

    dalam bentuk nitrat di dalam tanah mencukupi untuk mengekalkan kesuburan tanah.

    Selain itu, kitar ini membolehkan semua unsur biotik berterusan untuk terus hidup

    dan membantu keseimbangan ekosistem dengan memastikan unsur nitrogen yang

    diguna dikembalikan semula ke dalam ekosistem tersebut. Jika tiada kehadiran agen

    saprofit seperti cacing, kulat dan bakteria di dalam tanah, tanah di sesuatu kawasan

    akan menjadi tidak subur.

    5

    Rajah 4 : Kitar nitrogen

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    6/13

    BIOSFERA TANAH

    Oleh itu, isu yang ingin difokuskan pada kali ini adalah mengenai tanah yang

    tidak subur di Malaysia. Tanah yang tidak subur sudah tentu akan menjejaskan

    pengeluaran hasil tanaman pertanian. Pengetahuan asas mengenai tanah amatlah

    penting buat setiap pengusaha tani bagi menjamin hasil pertanian yang lumayan.

    Sekiranya hasil pertanian tidak memberangsangkan, sudah tentu pengusaha akan

    mengalami kerugian saban tahun.

    Rajah 5 : Tanah yang kurang subur

    Tanah yang tidak subur kebiasaannya terjadi di tanah-tanah terbiar seperti

    tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah gambut. Selain itu, kawasan

    sekitar bandaraya dan di kawasan perindustrian juga boleh menyebabkan tanahmenjadi kurang subur. Ini adalah berpunca oleh pembangunan yang kian pesat

    membangun. Dengan pembinaan rumah dan bangunan, tanah akan ditutupi dengan

    lapisan simen dan juga tar bagi pembinaan jalan raya. Ini akan menyebabkan

    ekosistem tanah akan terganggu. Oksigen akan terhalang untuk memasuki ke dalam

    tanah.

    Disamping itu, pencemaran tanah juga boleh menjadi punca yang

    menyebabkan tanah menjadi kurang subur. Pencemaran tanahialah perbuatan yang

    6

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    7/13

    BIOSFERA TANAH

    berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan

    dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau

    pepejal. Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada organik, kimia atau fizik.

    Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran

    menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar

    warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu

    atau mati. Salah satu punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan

    daripada industri seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa dari kilang. Bahan-bahan

    buangan ini menyebabkan tanah hilang kesuburan.

    Kesan buruk yang akan berlaku disebabkan kurangnya kesuburan tanah ialah

    tanah tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia daribahan buangan akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Selain itu, senjata

    nuklear yang diuji oleh negara-negara barat turut mengancam kualiti tanah dunia.

    Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan tanah tidak subur malah, tanah turut

    menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.

    Pelbagai tanda ketidakserasian tanah dengan tanaman akan terbentuk pada

    tumbuhan seperti terdapat tompokan kuning pada daun, pertumbuhan pokok

    menjadi lambat dan tidak mengeluarkan buah, pembentukan bunga terhalang,

    7

    Rajah 6 : Pencemaran tanah yang dilakukan oleh manusia

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    8/13

    BIOSFERA TANAH

    tumbuhan pucuk dan pokok akan terbantut dan menjadi kecil atau pun tidak normal,

    buah menjadi lambat matang dan masak.

    Rajah 7 : Pokok yang terbantut pembesaran dan juga tompokan kuning

    pada daun

    Disamping itu, pembuangan sampah di merata-rata tempat turut mengundang

    kedatangan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti tikus atau lalat. Secara

    tidak langsung, serangga dan haiwan pembawa penyakit boleh memudaratkan

    kesihatan manusia seperti penyakit taun. Banyak pokok yang akan mati apabila

    ditanam di tempat yang kurang kesuburan tanah. Oleh itu, manusia mungkin tidak

    akan berpeluang untuk melihat keindahan alam ini lagi jika masalah ini berlaku

    secara berterusan. Sampah sarap dan sisa-sisa makanan yang dibuang di atas

    tanah akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk.

    Oleh itu, salah satu cara untuk menyuburkan kembali tanah adalah dengan

    memberikan baja kepada tanah tersebut. Selain itu, baja kompos juga dapat

    dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh cacing. Oleh itu, penghasilan baja

    kompos kini semakin mendapat tempat di hati para peladang. Baja kompos terhasil

    apabila bahan organik yang mereput dan memecah kepada bahan yang kaya

    dengan nutrien yang dipanggil sebagai humus melalui haba dan respirasi yang

    dilakukan oleh organisma dalam tanah iaitu cacing, semut, bakteria dan kulat.

    Sebarang bentuk bahan organik seperti daun, sisa makanan dan najis haiwan boleh

    menjadi baja kompos.

    8

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    9/13

    BIOSFERA TANAH

    Pembuatan Baja Kompos Industri baja organik pada masa kini amat

    berkembang pesat adalah di sebabkan pihak kerajaan amat menggalakkan para

    usahawan menceburi sektor pertanian. Pihak kerajaan amat menggalakkan para

    peladang untuk menggunakan baja kompos bagi mengurangkan kos jika

    dibandingkan dengan penggunaan baja kimia.

    Kerajaan Malaysia juga menggalakkan agar rakyat memulakan program

    kompos di rumah bagi mengurangkan sampah sarap yang dihasilkan dari rumah.

    Baja tersebut boleh ditaburkan kepada tanaman yang terdapat di sekitar kawasan

    rumah seperti pokok cili, sayuran hijau dan pokok buah buahan. Oleh itu, bagi

    masyarakat seperti penternak kecil-kecilan pula, mereka juga boleh menggunakan

    sisa ladang mereka seperti najis haiwan yang ada untuk di jadikan pendapatan

    sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos. Di samping itu,

    penternak juga dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang mereka.

    Sehubungan dengan itu, pembuatan baja kompos dapat membantu

    menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah

    komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap

    di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain.

    Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan

    melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatanbaja kompos menggunakan bahan organik ini adalah dengan mengitar semula

    9

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    10/13

    BIOSFERA TANAH

    sampah kepada humus yang kaya dengan nutrient. Ini akan mengurangkan sampah

    sarap di negara kita.

    Dengan penggunaan najis haiwan dan sisa-sisa terbuang yang dijadikan

    sebagai baja untuk tanaman, sememangnya isu halal haram sentiasa menjadi

    keutamaan masyarakat Muslim di negara ini. Apabila menyentuh soal halal dan

    haram, ia tidak sahaja merujuk kepada produk makanan semata-mata. Malah, ada

    yang lebih sensitif daripada itu sehingga menimbulkan kegusaran pengguna Islam

    termasuklah perkara penggunaan baja organik yang mempunyai bahan utama

    berasaskan najis babi.

    Rentetan laporan media tersebut, ternyata terkesan kepada masyarakat

    Muslim kerana menyentuh sensitiviti agama Islam. Oleh itu, merujuk kepada

    keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/1427 pada 6

    Zulhijjah 1427H bersamaan 27hb Disember 2006 menyatakan bahawa harus

    menjual dan memperdagangkan najis (tahi manusia atau haiwan) yang ada manfaat

    iaitu untuk dijadikan baja bagi tanaman.

    10

    Rajah 5 : Tanaman cili yang menggunakan baja kompos

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    11/13

    BIOSFERA TANAH

    Sehubungan itu, tokoh ilmuwan Islam dan juga pendakwah bebas, Datuk

    Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, pengguna Muslim tidak perlu gusar.

    "Bagaimanapun, sekiranya timbul syak wasangka atau waswas terhadap sayur-

    sayuran yang ingin dibeli maka pilihlah kepada yang lebih jelas dan terang sah

    halalnya. "Apa yang perlu difahami adalah, fatwa telah dikeluarkan oleh mereka

    yang ahli dan yang bertanggungjawab di dalam bidang tersebut. Namun, jika masih

    timbul keraguan maka tinggalkan, kerana pengguna di Malaysia masih mempunyai

    pilihan," katanya.

    Indah Water Melaka juga turut menggunakan najis haiwan dan manusia yang

    diproses untuk dijadikan baja. Namun, baja yang dihasilkan ini hanya digunakan

    untuk menyiram pokok-pokok bunga yang terdapat di sekitar kawasan Negeri

    Melaka. Baja ini tidak digunakan bagi tujuan pertanian bagi sayur sayuran dan buahbuahan. Bagi pendapat saya, Ini merupakan satu langkah bijak yang dilakukan oleh

    11

    Rajah 6 : Fatwa mengenai baja daripada najis manusia dan haiwan

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    12/13

    BIOSFERA TANAH

    pihak Indah Water bagi menggunakan kembali bahan buangan daripada najis

    manusia dan sisa-sisa makanan.

    Selain itu, pihak kerajaan juga telah mewujudkan Jabatan Pertanian bagi

    memberi perkhidmatan berkaitan dengan tanah. Pengusaha tani boleh memohon

    untuk menjalankan perkhidmatan penyiasatan tanah yang belum diterokai atau

    tanah ladang pertanian untuk mengenalpasti keadaan dan kesesuaian tanah sama

    ada tanah tersebut subur atau tidak. Perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian

    Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian ini juga menerima

    permohonan bagi menjalankan penyiasatan lain-lain kegunaan seperti pembinaan

    infrastruktur, perancangan Bandar dan desa selain untuk perkhidmatan bagi

    perancangan dan projek pembangunan pertanian dengan mengenakan bayaran

    tertentu.

    12

    Rajah 7 : Indah Water menghasilkan baja daripada najis manusia dan haiwan

  • 7/29/2019 Norhafieza Awang- Biosfera Tanah

    13/13

    BIOSFERA TANAH

    Sebagai manusia yang prihatin terhadap alam sekitar, masyarakat perlu

    menghargai anugerah tanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Kita perlu menjaga

    alam sekitar dan kesuburan tanah bagi membantu pertumbuhan pokok. Tambahan

    itu juga, rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan Bandar digalakkan

    untuk mengadakan aktiviti bergotong royong bagi menanam semula tumbuh

    tumbuhan di kawasan tempat tinggal mereka. Ini bagi memastikan tanah di kawasan

    mereka terus kekal subur di samping dapat menghijaukan kembali bumi kita. Selain

    itu, masyarakat juga perlu menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah

    merata-rata untuk menjaga kesuburan tanah. Hanya sampah organik sahaja yang

    berguna untuk tujuan pereputan dan penguraian yang akan dilakukan oleh agen

    pengurai. Manakala bagi sampah lain seperti plastik hanya akan membuatkan alam

    sekitar menjadi kotor dan kurang kondusif.

    Kesimpulannya, kesuburan tanah amat perlu dititikberatkan oleh setiap

    individu yang hidup di atas muka bumi ini. Masalah ini sering berpunca daripada

    aktiviti manusia yang rakus terhadap alam sekitar. Jika masalah ini tidak dibendung,

    lambat laun semua tanah di bumi akan mengalami ketidaksuburan dan semua

    tumbuhan tidak dapat hidup.

    13