3
3.0 Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran) Persediaan rancangan mengajar perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Tujuan persediaan rancangan mengajar adalah untuk memudahkan guru bersedia dan berkeyakinan semasa mengajar. Persediaan rancangan mengajar sebaik-baiknya fleksibel mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan masa. Rancangan Pengajaran Slot merupakan satu slot pengajaran yang dijalankan antara 20 hingga 30 minit serta mengikut komponen tertentu. Dalam setiap rancangan pengajaran slot perlu mempunyai beberapa kriteria iaitu; Komponen: berdasarkan kesesuaian tema dan tajuk yang dipilih. Tema: tema yang dipilih haruslah sesuai dengan minat, kebolehan, pengalaman dan perkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Hasil pembelajaran: perlu merujuk kepada Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Ia perlu berkait rapat dengan komponen yang dipilih. Objektif: adalah objektif yang hendak dicapai di akhir pembelajaran. Pengetahuan sedia ada: pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada atau yang telah dikuasai oleh murid-murid. Kesepaduan: sesuatu komponen perlulah mempunyai kesepaduan atau kesinambungan dengan komponen yang lain. Set induksi: bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid melalui perlakuan guru dan menggunakan persekitaran atau bahan- bahan maujud. Ia dilaksanakan antara 2 hingga 5 minit. Penyampaian: guru menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan aktiviti. Guru menjalankan penilaian terhadap tugasan secara keseluruhan. Penutup: bertujuan sebagai pengukuhan dan rumusan terhadap perkara yang diajar yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran. 16

Awal Matematik [part 3]

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendekatan yang digunakan dalam RP Slot [part 2]

Citation preview

Page 1: Awal Matematik [part 3]

3.0 Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran)

Persediaan rancangan mengajar perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan

sesuatu pengajaran. Tujuan persediaan rancangan mengajar adalah untuk

memudahkan guru bersedia dan berkeyakinan semasa mengajar. Persediaan

rancangan mengajar sebaik-baiknya fleksibel mengikut kesesuaian keadaan dan

keperluan masa.

Rancangan Pengajaran Slot merupakan satu slot pengajaran yang dijalankan

antara 20 hingga 30 minit serta mengikut komponen tertentu. Dalam setiap rancangan

pengajaran slot perlu mempunyai beberapa kriteria iaitu;

Komponen: berdasarkan kesesuaian tema dan tajuk yang dipilih.

Tema: tema yang dipilih haruslah sesuai dengan minat, kebolehan, pengalaman

dan perkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

Hasil pembelajaran: perlu merujuk kepada Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan. Ia perlu berkait rapat dengan komponen yang dipilih.

Objektif: adalah objektif yang hendak dicapai di akhir pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada: pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada atau

yang telah dikuasai oleh murid-murid.

Kesepaduan: sesuatu komponen perlulah mempunyai kesepaduan atau

kesinambungan dengan komponen yang lain.

Set induksi: bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid melalui perlakuan

guru dan menggunakan persekitaran atau bahan-bahan maujud. Ia dilaksanakan

antara 2 hingga 5 minit.

Penyampaian: guru menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan aktiviti.

Guru menjalankan penilaian terhadap tugasan secara keseluruhan.

Penutup: bertujuan sebagai pengukuhan dan rumusan terhadap perkara yang

diajar yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran.

16

Page 2: Awal Matematik [part 3]

3.1 Pendekatan dan Aktiviti

Pendekatan adalah cara untuk melaksanakan kurikulum. Dalam konteks pendidikan

awal kanak-kanak, pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum dengan

menggunakan teknik atau kaedah diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak pula

bermaksud pengukuhan pelajaran sama ada menerusi penerangan, latihan, penyoalan,

penerokaan dan pembinaan pengalaman serta pengetahuan. Menerusi aktiviti

pembelajaran kanak-kanak dapat mengukuhkan kefahaman dan kemahiran tentang

sesuatu konsep. Aktiviti terbahagi kepada dua iaitu aktiviti berpusatkan murid dan

aktiviti berpusatkan guru

Aktiviti berpusatkan murid bermaksud pembelajaran yang digerakkan atas minat

dan dorongan murid. Peranan guru adalah sebagai pemudah cara dan pembimbing.

Manakala aktiviti berpusatkan guru pula adalah pembelajaran yang berlaku atas

rancangan dan arahan guru. Peranan guru dalam aktiviti berpusatkan guru ini pula

adalah sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran 30 Minit)

[lihat muka surat seterusnya]

17