27
1 ERICA TIPONG MADANG(940419-13-6178) EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspekaspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Pengertian teori Maksud teori pembelajaran Manakala menurut William & Anandam(1973) mereka berpendapat bahawa “Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.” Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran, • Menurut Stanovich (1992), telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu : “ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” . • Manakala Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru. • Dalam erti kata lain pula kita boleh mendefiniskan teori sebagai andaian- andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kepada sesuatu kajian.

Assignment Edu en.rosman Bin Salubin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

c

Citation preview

ERICA TIPONG MADANG(940419-13-6178) EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR26

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspekaspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar.Pengertian teori Menurut Stanovich (1992), telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu : set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang .

Manakala Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru.

Dalam erti kata lain pula kita boleh mendefiniskan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kepada sesuatu kajian.

Maksud teori pembelajaranHipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran,

bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Manakala menurut William & Anandam(1973) mereka berpendapat bahawa Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.Manakala keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh didefinisikan sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti dimana proses mengembangkan potensi model insan dari segi psikomotor, kognitif, dan afektif ke tahap yang optimum. Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses mental yang agak kekal, hasil daripada pengalaman dan latihan yang diperolehi apabila seseorang berinteraksi dengan persekitarannya (Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula, pembelajaran adalah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol, kepenatan dan kematangan tidak boleh dianggap sebagai pembelajaran.Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran itu bermula dari seorang guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajarannya dan berupaya untuk membentuk sikap dan keperibadian murid dengan pelbagai kaedah nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.Guru memainkan peranan utama dlaam mengajar dan memdidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

Bertitik tolak dari penyataan ini, guru perlu meningkatkan kemahiran dan kebolehannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru perlu memiliki kemahiran dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pembelajaran dengan agenda nasional negara. Oleh yang demikian terdapat beberapa kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran ini dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.

Antara kepentingan teori-teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah membantu guru dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan diri seseorang murid tersebut. Di samping itu juga, teori-teori pembelajaran juga dapat membantu guru dalam meningkatkan kemampuan seorang dalam membantu murid-murid untuk memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi mereka.

Selain itu, kepentingan teori pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah menitikberatkan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran. Melalui teori pembelajaran yang banyak memberi cara dan kaedah yang sesuai akan membantu guru dalam melibatkan kesemua anak muridnya untuk melaksanakan aktiviti di dlaam bilik darjah khususnya. Melalui aktiviti seperti bermain, melaksanakan latihan di dalam kumpulan akan lebih memantapkan minat murid-murid untuk belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman murid-murid itu sendiri.

Di samping itu, kepentingan yang boleh diambil melalui teori-teori pembelajaran ialah dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana pengaplikasian teori yang berkesan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik akan menarik minat murid-murid untuk belajar. Kemahiran sedia ada dan keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran melalui teknik yang betul dan terkini juga akan memberangsangan otak dan diri pelajar untuk menggunakan kaedah pembelajaran yang betul. Sebagai contoh ialah memberi tunjuk ajar yang betul dalam mendeklamasikan sajak di dalam kelasnya dan murid mendapat kaedah yang betul dalam mendeklamasikan sajak dan ini akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih tekun lagi bagi mencapai satu kejayaan yang cemerlang.

Bukan itu sahaja, kepentingan yang boleh diambil melalui teori pembelajaran ini juga ialah guru mampu mengurus bilik darjah dengan baik dan membentuk suasana yang lebih kondusif. Satu perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana guru atau pendidik dalam melahirkan modal insan yang berkualiti iaitu melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif dan tenang. Murid mampu belajar dengan penuh selesa dan meletakkan bilik darjah tersebut seumpama tempat tinggalnya dan tempat dia menuntut ilmu. Dengan suasana yang baik itu tadi maka mampu menyeronokkan murid-murid. Sebagai contoh, guru menghias dan membuat pelan yang sangat menarik dan selesa bagi meningkatkan semangat murid-muridnya untuk belajar dan sanggup untuk mengeluarkan dana sendiri bagi mencantikkan bilik darjah muridnya kerana seorang guru adalah insan yang sangat prihatin terhadap kebajikan dan keperluan anak muridnya. Dengan keadaan seperti itu nanti akan mampu memudahkan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.

Seiringan dengan kepentingan di atas tadi, salah satu lagi kepentingan teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru dapat memantau kemajuan dan prestasi murid-muridnya. Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap murid-murid termasuklah catatan maklumat dan latar belakang peribadi murid. Selain itu juga, bagi meningkatkan perasaan saying dan cinta kepada murid guru seharusnya menyayangi murid-muridnya dan tidak bersikap berat sebelah dalam setiap tindakannya. Hal ini kerana perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugasan dengan persaan gembira, ikhlas dan menyeronokkan.

Teori perkembangan (konstruktivisme) ini pula adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.Antara kepentingan yang boleh diambil melalui teori ini ialah proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif. Selain itu, kepentingan teori ini diaplikasikan ialah semasa proses pembelajaran berlaku ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan Bahasa sesama murid. Sebagai contoh, aktiviti bermain galah panjang yang dijalankan secara berkumpulan akan meningkatkan perkembangan sosial di antara murid-murid.Di samping itu juga, kepentingan lain yang boleh dikenalpasti ialah murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar berlangsung. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembagan minda, pergerakkan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid. Penglibatan aktiviti secara berkumpulan dan penglibatan semua murid akan meningkatkan lagi daya pengetahuan murid untuk memperoleh input yang positif dan peningkatan perkembangan sosialnya. Di samping itu juga, kepentingan lain ialah guru hanya sebagai fesilitator sahaja dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid yang akan mengerakkan aktiviti tersebut dengan bimbingan gurunya. Tambahan lagi, pengetahuan dan idea setiap murid akan diguna pakai dalam proses pembelajaran.

Teori pembelajaran (kognitif) juga adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.Kepentingan daripada teori pembelajaran ini, prinsip utama teori ini ialah bahan-bahan pengajaran yang digunakan untuk sesi pembelajaran disusun dengan cara dari perkara yang mudah kepada yang sukar. Ini dilakukan untuk menguji minda para pelajar. Kepentingan daripada mengaplikasikan teori ini ialah murid dapat memahami pembelajaran dengan lebih baik, cepat daripada menghafal. Ia juga mampu menambah pengetahuan sedia ada murid untuk diguna pakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru. Di samping itu juga, isi pelajaran juga perlu disusun engikut pola-pola yang tertentu agar murid mudah mengingati. Hal ini kerana setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

Beralih kepada implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ia dapat dilihat daripada pelbagai teori dan aspek. Melalui teori konstruktivisme, ia menjelaskan bahawa proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan merupakan satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak wujud secara terasing daripada persekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri.Antara implikasi yang dapat diperolehi daripada teori konstruktivisme terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru adalah sebagai penolong, pemudah cara dan perancang kepada muird-muird agar mereka menangkap isi pengajaran dengan mudah sedangkan peranan murid pula ialah memainkan peranan utama dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut. Antara pendekatan yang sesuia digunakan untuk P&P ialah pembelajaran inkuiri, pembelajaran koperatif, pembelajaran masteri dan penyelesaian masalah. Dengan bimbingan dan menjadi pemudah cara kepada murid-murid ini akan dapat menzahirkan pemikiran yang kreatif dan mampu membina keupayaan murid untuk terus belajar dan berusaha sehingga berjaya.

Selain itu, pengalaman dan kesediaan murid itu sendiri yang akan menjadi faktor penting dan mampu mempengaruhi proses pembetukkan ilmu yang jitu. Keutamaan pembelajaran dalam diri murid-murid merupakan satu hasil perolehan khasnya dalam zon perkembangan prokimal. Selain itu, implikasi yang dapat dilihat adalah terhadap murid itu sendiri. Murid-murid atau kanak-kanak adalah pembina teori. Menurut teori ini juga, guru perlu menerima hakikat bahawa murid-murid datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Hal ini kerana, mengikut kefahaman teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan itu memang sudah tersemat pada setiap murid-murid dan guru perlu memainkan peranan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan setiap murid.. Ini kerana seseorang murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman mereka masing-masing.

Selain itu, guru memainkan peranan dengan menggalakkan interaksi di kalangan murid di dalam kelas. Antara implikasi yang sesuai ialah apabila guru membuat aktiviti secara berkumpulan dimana akan melibatkan semua murid-murid untuk berkomunikasi dan mengeluarkan pendapat masing-masing. Dengan adanya interaksi di antara murid ini akan mampu memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka akan lebih memberangsangkan. Di samping itu, guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan dan memberangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi sebenarnya banyak mencabar murid dalam membina pengetahuan dan kreativitinya. Kurikulum yang desediakan juga perlulah fleksibel dan tidak terlalu padat dan ketat kerana murid-murid juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan mereka masing-masing.

Selain itu, guru juga perlulah peka dengan keupayaan murid dengan cara mengenal pasti Zon perkembangan terdekat (ZPD) murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti yang dijalankan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sebenarnya memberi satu impak yang positif bagi setiap murid-murid bagi meningkatkan lagi kemahirannya dalam pelbagai bidang. Bukan hanya itu sahaja, zon perkembangan terdekat (ZPD) yang diperkenalkan oleh Vygotsky juga mampu membantu guru dalam memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku. Kemampuan murid untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan baik dapat memberi jawapan yang tepat pada guru tersebut kerana murid-murid mampu menjalani suatu cabaran yang besar dan mampu menghadapi cabaran tersebut dengan Berjaya. Misalnya seperti aktiviti di dalam kelas Sains dan guru memberi eksperimen berkaitan tentang bahan letupan dan murid mampu menjalankan eksperimen tersebut dengan baik dan mampu memberi respon yang positif dan mencadangkan aktiviti yang lagi baik jika menggunakan bahan tersebut. Murid itu juga mampu memberi contoh yang bagus dan memberi input kepada murid lain tentang kegunaan bahan letupan tersebut.Teori yang seterusnya ialah implikasi teori pembelajaran sosial dan sosial kognitif. Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas merupakan dua perkara yang berbeza. Walaupun pembelajaran telah berlaku, ia hanya akan diperlihatkan dalam keadaan yang berkesesuaian. Bandura menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model.

Pada hemat saya, teori yang diperkenalkan oleh Bandura ini ada benarnya kerana setiap aktiviti seharian kita memang berdasarkan kepada contoh orang lain. Kebanyakkan setiap tingkah laku yang dilakukan oleh kanak-kanak amnya lebih kepada mengikut kepada tindakan yang diperhatikan olehnya. Kanak-kanak tidak akan lari untuk tidak mengikut jejak kita sekiranya tingkah laku yang kita lakukan untuk tidak baik. Hal ini kerana kanak-kanak memang dilahirkan untuk melihat contoh yang baik dan ia akan menjadi keruh sekiranya tingkah laku yang negatif yang diperkenalkan oleh orang yang dewasa daripadanya sejajar dengan teori yang dikatakan oleh Bandura.

Implikasi teori ini kepada P&P ialah pembelajaran itu berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian guru perlulah menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi dan diteladani. Sehubungan itu, guru perlu memberi tunjuk contoh atau demonstrasi yang berkesan agar murid dapat memahami dengan mudah. Rakan sebaya yang cemerlang juga boleh digunakan oleh guru untuk dijadikan contoh model untuk ditiru oleh murid-murid.

Paparan hasil kerja yng menarik dan cemerlang juga membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha untuk menigkatkan pembelajarannya dan dapat merangsang pelajar lain untuk berusaha semaksima yang mungkin seperti yang mereka lakukan. Bukan hanya itu sahaja, guru juga boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi yang menari kdan sesuai bagi menarik minat murid untuk belajar. Dengan simulasi yang menarik dan kreatif itu akan memberi rangsangan kepada murid untuk menjadi contoh kepada dirinya kelak.guru juga perlu memberi peneguhan kepada pelajar yanh menunjukkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah satu cara yang sangat berkesan kerana ia akan menaikkan semangat murid-murid itu untuk belajar.

Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Tokoh ini mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental dan proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Tokoh tersohor dalam teori ini ialah Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat perkembanga kognitif.

Rajah 1Remaja dan dewasa berkembanga ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logic kepada situasi andaian(hypothetical) dan sebenar.

Berdasarkan rajah di atas, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Manakala adaptiasi yang dimaksudkan oleh Piaget pula merupakan proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.Implikasi yang dapat digunakan ialah guru perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. Contohnya, guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah jika mengajar matapelajaran bahasa melayu apabila menerangkan maksud-maksud yang susah difahami oleh murid. Selain itu juga, guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat memberangsangkan minda muird dan sentiasa mengubahsuai cara pembelajaran mengikut keupayaan murid-murid dan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu, penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding dengan aktiviti secara berkumpulan.

Manakala menurut teori behaviorisme pula, implikasi yang dapat dilihat berdasarkan teori ini ialah sebagai seorang pendidik, guru perlu menetapkan objektif yang khusus bagi setiap langkah pengajarannya. Ini kerana bagi membantu guru tersebut dapat mengesan dimana kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dan daripada itu guru dapat membuat kesimpulan dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan membina strategi yang lebih baik lagi. Contoh yang paling jelas boleh dilihat pada dokumen standard yang biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Setiap isi pengajaran mereka akan diperincikan dengan jelas dan mencari pendekatan yang sesuai bagi setiap isi pengajaran tersebut.

Menurut Ivan Pavlov, beliau berpendapat bahawa pembelajaran itu berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima itu pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Menurut teori ini juga, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dipelajari. Latihan yang banyak dan kerap akan dapat diperkukuhkan dengan adanya rangsangan dengan gerak balas yang cukup. Misalnya seperti apabila guru memberi pujian(rangsangan) setiap murid akan membuat hasil kerjayang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut akan menjadi berterusan walaupun tanpa pujian daripada guru.oleh yang demikian, guru perlu untuk memberi rangsangan agar dapat memperkukuhkan gerak balas terlazim daripada murid-murid.

Selain Pavlov, Watson juga merupakan antara tokoh yang menghasilkan teori dengan berpendapat bahawa tingkah laku adalah reflex terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Setiap tingkah laku menurut Watson akan menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Menurut beliau, perasaan takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Contoh yang paling jelas ialah berdasarkan pada kajian beliau terhadap seorang bayi dan seekor tikus putih.

Disamping itu, Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Menurut hipotesis beliau semakin kerap seseorang itu menunjukkan suatu respons terhadap sesuatu rangsangan semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberi respons terhadap rangsangan tersebut. Manakala prinsip kebaruan pula membawa pengertian bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberi repons terhadap sesuatu rangsangan. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap murid memerlukan ulang kaji yang banyak agar dapat sempurna akalnya sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kajikan. Oleh itu, seorang guru perlu memberi latihan yang kerap untuk mengukuhkan ingatan setiap murid.

Selain itu, teori ini juga menggalakkan supaya guru mengaplikasikan peneguhan yang sesuai di dalam pengajarannya. Sebagai seorang guru, peneguhan itu sangat penting bagi membina semangat untuk terus mencuba sehingga berjaya dan sentiasa berusaha untuk mencapai pencapaian yang baik. Guru juga boleh mengaplikasikan hukum latihan kepada anak muridnya. Sebagai contoh guru memberikan banyak latihan yang pelbagai anak murid dan memberi tempoh yang sesuai bagi mereka untuk disiapkan. Amalkan juga teknik hukuman dan ganjaran bagi yang berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan. Contohnya ialah guru memberi pujian kepada Stella kerana berjaya menjawab soalan matematik yang disoal oleh guru di dalam kelas. Dengan pujian seumpama itu akan menarik minat Stella untuk berusaha untuk menyelasaikan masalah matematik lagi dan lebih bersemangat untuk belajar matapelajaran matematik.

Tambahan lagi, menurut fahaman teori humanis, mereka melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan binatang. Humanism percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Selain itu juga, humanis percaya bahawa setiap individu harus dilihat sebagai satu entiti. Pendekatan teori humanis ini adalah mereka melihat bahawa setiap murid-muridnya merupakan insan yang berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.

Menurut Carl Rogers, beliau beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan berpotensi dan mempunyai rmotivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga menyenaraikan seorang inan yang sempurna itu perlulah memiliki kualiti-kualiti yang berikut:

Berfikiran yang terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. Menerima kehidupan ini seadanya dan mengutamakan perkara yang ada pada hari ini. Mempercayai pemikiran dan persaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

Bukan hanya itu sahaja, Rogers juga terlibat dalam bidang pendidikan dan beliau telah mengkategorikan pembelajaran itu kepada dua iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman. Oleh itu, implikasi yang boleh dilihat daripada teori ini ialah guru seharusnya memberi focus utama kepada pelajar bukan kepada subjek yang hendak diajarkan. Sebagai seorang guru menurut teori ini, murid perlu dijadikan focus utama dalam membentuk dan menignkatkan ilmu pengetahuannya. Pelajar perlulah memahami dahulu pengajaran dan pembelajaran yang diajar barulah guru boleh bergerak kepada matapelajaran yang lain. Guru perlu meletakan matapelajaran itu sebagai fokus yang kedua.

Di samping itu, implikasi yang boleh diambil dalam eori humanis ini ialah guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar atau murid-murid. Sebagai seorang guru, kita adalah ibu dan bapa kepada mereka dan sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk melayani mereka seperti melayani anak-anak kita di rumah. Dengan sikap dan nilai kasih sayang yang baik dan murni yang ditunjukkan akan mampu menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Guru juga perlu menerima setiap diri pelajar itu tanpa sebarang syarat mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.guru seharusnya melayani mereka dengan sama rata tanpa ada perasaan berat sebelah.

Bukan hanya itu sahaja, implikasi yang dapat diperolehi ialah guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran yang mereka suka apabila ada peluang untuk berbuat demikian. Keutamaan dalam teori ini hendaklah berfokuskan kepada murid-murid kita. Selain itu juga, membentuk pembelajaran yang berjaya, guru perlulah bijak untuk melibatkan murid-murid dalam gerak kerja berkumpulan terutamanya pembelajaran secara koperatif. Hal ini kerana ia mampu untuk membina hubungan sosial dan kemahiran emosi yang stabil dan baik.

SOALAN BSaya telah memilih teori behaviorisme sebagai panduan dalam mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behaviorisme ini, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. Di dalam teori ini, terkandung beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Contohnya, guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Mengikut teori ini juga, Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman.

Pada amnya, behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat seseorang manusia. Setiap tindakan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Menurut William dan Anandam (1973), mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah sebagai perubahan tingkah laku kekalyang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Bertitik tolak dari penyataan di atas saya dapat simpulkan bahawa pengalaman seseorang sangat penting bagi membentuk satu pembelajaran dan perubahan tingkah laku positif pada seseorang. Ekoran daripada kajian yang dilakukan oleh pelopor-pelopor teori behaviorisme ini, terdapat banyak kaedah-kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Antara salah satu aplikasi teori pembelajaran behavioris yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru perlu menetapkan matlamat yang khusus terhadap sesuatu pembelajarannya. Aplikasi ini boleh kita lihat pada eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike dimana beliau menggunakan makanan sebagai matlamat utama kepada seekor kucing untuk keluar dari sebuah sangkar. Jelaslah disini kita dapat melihat bahawa guru perlu menentukan matlamat yang spesifik kepada setiap pengajaran dan pembelajarannya agar guru lebih mudah untuk mengatur strategi bagi setiap pengajaran yang dirancangkan.

Selain itu, cara bagi guru untuk mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme ini dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara membuat pecahan pada sesuatu tajuk yang padat kepada sub tajuk yang lebih kecil dan mudah mengikut tahap umur murid-murid. Tujuan perkara sebegini dibuat adalah untuk betujuan memudahkan murid-murid memahami dengan jelas sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Dengan menguasai kemahiran dan kaedah yang mudah itu tadi maka murid-murid mudah untuk meneruskan pembelajarannya tanpa rasa kurang faham terhadap pengajaran yang di ajar oleh guru.

Aplikasi yang ketiga ialah pengukuhan. Pengukuhan adalah satu cara untuk mezahirkan murid-murid untuk berani bersuara dan memberikan idea semasa proses pembelajaran berlangsung. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (1979) menyatakan bahawa pengukuhan merupakan sesuatu yang amat penting dalam mengekalkan prestasi murid walau dalam apa bidang sekalipun. Oleh itu, seorang guru perlulah menggunakan pelbagai jenis pengukuhan bagi memastikan keberkesanan setiap pengukuhan tersebut. Contoh yang paling jelas ialah sekiranya murid menjawab dengan betul atau menghasilkan tugasan dengan baik, guru haruslah memberi pujian ataupun hadiah bagi meningkatkan semangat murid tersebut. Bukan hanya itu sahaja, murid lain akan menjadikan pengukuhan itu sebagai satu cabaran untuk dirinya agar dia mampu mendapat hadiah ataupun pujian daripada gurunya. Sejurus dengan itu, dengan adanya pengukuhan seperti ini, murid akan lebih berani untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat serta yakin untuk mencuba menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Tambahan lagi, aplikasi yang sesuai digunakan berdasarkan teori behaviorisme ialah mengaplikasikan hokum kesediaan, hukum latihan, dan juga hukum kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut teori E.L. Thorndike, hukum-hukum yang telah dicipta olehnya adalah sangat berguna bagi proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi pengajaran yang berkesan sehingga sekarang. Jika dilihat pada hukum kesediaan yang dicipta oleh Thorndike, guru itu perlulah merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang kreatif supaya menarik minat pelajar. Contohnya dengan menyediakan bahan bantu mengajar(BBM) yang menarik, seuai dengan topik yang ingin diajar dan mempunyai isi yang tepat serta huraian yang sesuai dengan sesuatu tajuk yang diajar.

Manakala bagi hukum latihan pula, guru perlulah menyediakan latihan yang secukupnya kepada muird-murid. Latihan sebenarnya membantu murid-murid untuk mengingati dengan baik dan mampu menguasai konsep-konsep baru yang diperkenalkan oleh kementerian di sekolah. Hukum kesan dan akibat pula akan mendatangkan kesan kepada kefahaman murid kepada pengajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, guru adalah insan yang perlu sentiasa peka dan kreatif bagi melahirkan modal insan yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu dan tidak mudah lupa dengan segala pengajaran yang diajar.

Di samping itu, sebagai seorang guru juga dia perlulah memastikan maklum balas yang baik dan kerap oleh anak muridnya. Cara yang paling mudah untuk melihat tahap kefahaman murid adalah menyediakan latihan akhir kepada anak muridnya. Daripada latihan akhir yang diberikan guru boleh mengenalpasti anak muridnya yang betul-betul faham ataupun tidak dan dengan cara itu guru boleh mencari jalan supaya mencari jalaan yang lagi mudah bagi membantu untuk memberi kefahaman yang baik kepada murid-murid. Bukan itu sahaja, guru juga perlu membincangkan latihan itu dengan serta merta dan memberi focus kepada perkara yang dipelajari. Disamping itu, guru juga boleh melihat kefahaman murid-muridnya berdasarkan maklum balas yang diberikan berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru.

Akhir sekali, aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru perlulah memastikan pencapaian yang baik dan cemerlang daripada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru perlulah menggunakan peneguhan untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan proses penghapusan iaitu dengan menggunakan ransangan baru bagi membentuk peribadi murid semasa aktiviti pembelajaran berlangsung. Misalnya, jika selama ini guru hanya memberi makanan seperti roti,gula-gula kepada anak muridnya sebagai peneguhan tetapi suatu hari guru menggantikan roti atau gula-gula tersebut kepada buku rujukan ataupun pen sebagai peneguhan. Kita boleh melihat proses penghapusan ini adalah menuju kepada kebaikan kerana buku rujukan ataupun pun adalah lebih baik berbanding dengan gula-gula.

Jelaslah disini bahawa teori behaviorisme ini lebih mengajar kita aktiviti yang mampu membentuk peribadi murid-murid sekaligus memberi motivasi kepada mereka tentang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya sebagai bakal guru perlulah peka terhadap isu berkaitan tentang pengajaran dan pembelajaran kerana itulah tugas yang saya akan pikul sekiranya menjadi guru kelak. Secara kesimpulannya, pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.

REFLEKSISemasa saya mendapat kertas soalan bagi kerja kursus ini, saya telah mula bimbang kerana pengetahuan saya dalam bidang Murid dan Alam Belajar amat cetek selama ini. Saya ingin mengucapkan tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menghasilkan kerja kursus pendek Murid dan Alam Belajar ini dengan jayanya. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam proses menghasilkan kerja kursus ini.Dari aspek kelemahan saya, saya mengalami masalah susah untuk mengolah idea dengan baik dan kreatif. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminjam buku dari perpustakaan dan melayari internet untuk mencari lebih banyak maklumat tentang teori ini. Dengan pembacaan buku dan maklumat daripada laman web tersebut telah membantu saya memahami dengan jelas tentang teori pembelajaran ini. Saya juga mengalami kekangan masa yang sangat kuat. Akibat terlalu banyak tugasan yang perlu dijalankan pada masa yang sama menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat.Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru kelak. Setelah membuat banyak rujukan tentang teori-teori pembelajaran, saya mula memahami dan mengenali serba sedikit tentang teori-teori pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru sebagai rujukan semasa di sekolah. Melalui teori-teori pembelajaran ini juga, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan pada masa kini.Melalui tugasan yang saya laksanakan, saya telah mempelajari tentang matlamat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Saya banyak mengkaji tentang ciri-ciri setiap teori-teori tersebut dan berusaha untuk mengenal kepentingan dan implikasi yang akan berlaku jika mempelajari tentang teori-teori yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh bagi setiap teori dalam teori pembelajaran. Disamping itu, saya mula kenal dan dapat membezakan serba sedikit tentang teori-teori antara teori behaviorisme, teori kognitif, teori humanis dan teori konstruktivisme.Di samping itu juga, berdasarkan apa yang saya faham, kita sebagai guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti yang kreatif dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bukan sahaja untuk meningkatkan semangat pelajar malah untuk mengelak daripada para pelajar mengantuk ataupun bosan apabila belajar. Berdasarkan teori behaviorisme ,tokohnya mengatakan bahawa sebagai seorang guru, kita perlulah menentukan satu matlamat yang sesuai bagi memulakan setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru juga perlu sentiasa peka dengan pencapaian murid dan sentiasa berusaha untuk membentuk modal insan yang cemerlang dan mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang.Beralih kepada kelemahan saya semasa melaksanakan tugasan ini ialah saya mempunyai masalah berkaitan tentang apa yang dimaksudkan dengan kepentingan teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat saya malah saya berusaha sedaya upaya saya dengan mengkaji sendiri dan bertanya kepada rakan senior saya yang lain tentang kepentingan yang dimaksudkan dalam tugasan yang pertama. Setelah dijelaskan lebih lanjut berkaitan tentang kepentingan teori tersebut barulah saya mula faham.Sehubungan itu, saya mendapat pelbagai ilmu dan idea yang baru serta kreatif untuk diaplikasikan di sekolah suatu hari nanti. Saya mendapat tahu bahawa terlalu banyak aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Selain itu, saya juga mempelajari tentang cara penggunaan elemen-elemen penting dalam pengisian kurikulum yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga mula sedar tentang kepentingan subjek murid dan alam belajar ini dan saya akan berusaha untuk memahaminya barulah saya mampu melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.Selain itu, saya mula faham bahawa kita sebagai guru ini perlu banyak meluangkan masa dengan para pelajar dan cuba untuk mendekatkan diri dengan mereka agar mereka merasa disayangi dan diperdulikan.Dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya juga banyak bertanya dan meminta bantuan daripada rakan yang lain kerana saya bimbang saya melakukan kesilapan. Dengan cara ini juga, saya secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara kami. Sikap toleransi dan bekerjasama antara pensyarah dan rakan-rakan lain juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya akan sentiasa berusaha untuk mengkaji dan terus mengkaji tentang cara untuk mengaplikasi teori-teori dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Rujukan

Fatihah, N. H. (2012). Teori Pembelajaran Sosial. Retrieved from http://wadahserumpun.blogspot.com/p/noor-hafiz-fatihah.htmlHasan, A. F. (1994). Pengguna Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai ,Johor: Penerbit UTM.Meng, E. A. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Mohamed, M. N. (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriati A. Rashid, B. P. (n.d.). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Herald Printers Sdn.Bhd.SARIF, N. M. (2012, Ogos 30). Psikologi Pembelajaran. Retrieved from http://cikgutomei.blogspot.com/2012/08/konsep-pembelajaran.htmlTeori Pembelajaran Kognitif (september 2009). (2012, Ogos 29). Retrieved from http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/ teori-pembelajaran-kognitif.html