3
ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEMBENTUKAN MENTAL YANG SIHAT Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universi Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks :0355443493 hps://careercounselling4u.uitm.edu.my hps://counselling2u.uitm.edu.my hps://www.facebook.com/PKKUiTM/ En Sulaiman Selamat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam 1.0 DEFINISI STRES Menurut Lazarus 1976, stres berasal dari perkataan Greek iaitu stringereyang membawa maksud perasaan atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau ndakbalas terhadap keadaan yang mengugut atau mencabar diri seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), stres adalah tahap keadaan resah, cemas ketegangan diri, dsbnya yang mengakibatkan tekanan mental atau fizikal kepada diri seseorang. Secara ringkasnya, stres merupakan ungkapan yang sering dikaitkan atau sinonim dengan hal-hal negaf atau keadaan dak membina kepada diri manusia walaupun pada hakikat disebaliknya terdapat perkara-perkara posif berkaitan dengannya. 2.0 MEMAHAMI STRES DARI SUDUT PSIKOLOGI Pada hakikatnya, stres adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Kehidupan pada hari ini adalah sangat kompleks, kompetef, amat mencabar, penuh dugaan dan adalah mustahil untuk kebanyakan orang mengelak daripada mengalami stres. Berapa nggi atau rendah tahap seseorang menghadapi stres dan bagaimana ia menanganinya sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan mentalnya. Orang yang sihat kesihatan mental tetap mengalami stress namun kadarnya lebih rendah berbanding orang yang terganggu kesihatan mentalnya. Timbulnya stres pada diri seseorang sering dikaitkan dengan situasi yang terjadi dalam hidupnya. Terdapat sebahagian individu merasa agak sukar atau dak mampu untuk menangani stres walaupun punca terjadinya stres itu adalah daripada perkara yang pernah berlaku kepada dirinya apatah lagi jika ianya sesuatu yang baru dan di luar jangkaan. Stres boleh memberi makna berbeza atau pelbagai kepada diri individu ataupun seseorang sama ada dari perspekf emosi, tanda caragaya kehidupan, kesan fizikal ataupun krisis yang berlaku. Di sudut emosi, ia merangkumi aspek seper kegelisahan, menjadi terlalu sensif, kebimbangan, kerunsingan atau kemurungan. Manakala di sudut tanda caragaya kehidupan, ianya boleh dikaitkan dengan sikap memandu dengan serius, agresif, tergesa-gesa, kurang sabar ataupun rasa bersalah bila dak bekerja. Seterusnya daripada perspekf kesan kepada fizikal pula akan menyebabkan gejala barah, sakit kepala berpanjangan, hipertensi, sakit jantung ataupun lumpuh. Di sudut krisis yang berlaku, stres seringkali dikaitkan dengan isu-isu seper kemaan ahli keluarga, perceraian, perpisahan mahupun kegagalan perniagaan. 3.0 BEBERAPA KAJIAN DARI SUDUT PSIKOLOGI DALAM MANUSIA MEMAHAMI DAN MEMBUAT PENYESUAIAN TERHADAP STRES Antara kajian-kajian stres dari sudut psikologi yang agak popular adalah kajian yang telah dijalankan oleh Hans Selye 1967, Hans Selye 1980, dan Lazarus & Cohen pada tahun 1976. Tumpuan kajian terhadap aspek ngkah laku dan persekitaran secara serius ini melibatkan ga sudut yang berbeza untuk dikaitkan dengan kesan stres dan bagaimana manusia cuba memahami atau menangani stres iaitu :- Sudut rangsangan penyebab stres Hasil kajian Lazarus & Cohen 1976 menunjukkan terdapat pelbagai rangsangan yang boleh menjadi penyebab terhadap stres. Rangsangan-rangsangan yang berbentuk fizikal, fisiologi dan psikologi didapa mudah menimbulkan stres kepada diri kebanyakan manusia. Aspek-aspek seper kebisingan, suhu terlalu panas atau sejuk, kelembapan yang nggi, kesakitan fizikal (spt. demam, kecederaan atau kecacatan) dan gangguan emosi (spt. kebimbangan peperiksaan, perasaan dak selamat, tekanan kerja berlebihan, kesesakan lalulintas) dilihat sangat sinonim dikaitkan dengan terjadinya stres kepada individu. Rangsangan-rangsangan penyebab stress ini menyebabkan manusia atau individu berusaha dengan pelbagai cara untuk menghindari, mengatasi atau meminimakan stres yang berlaku mengikut kemampuan, kebijaksanaan dan kreavi dirinya. Aspek ndakbalas organisma (manusia) terhadap stres dihadapi Hasil kajian oleh Hans Selye 1967 mendapa ndakan tubuh badan seseorang terhadap stres dak spesifik. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab tetapi aturan ndak balasnya hampir sama sekali seap kali hadapi stres. Situasi ini dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am (General Adaptaon Syndrome) di mana tubuh berndak balas untuk menyesuaikan atau meneutralkan diri untuk mengurangkan rangsangan menyebabkan stres. Contohnya, individu yang berulangkali ditahan polis semasa sekatan jalan raya lebih tenang dan kurang stress. Begitu juga orang yang pertama kali ditahan dan dak pernah melanggar kesalahan jalan raya akan cuba merasionalkan dirinya bahawa ia dak perlu takut hadapi pemeriksanan tersebut. Bentuk-bentuk stres dikalangan manusia dikaitkan dengan persekitaran penyebab stres Kajian Hans Seyle 1980 terhadap stres dan kebimbangan dikalangan manusia, akhirnya mendapa wujudnya empat (4) asas tekanan hidup kepada manusia iaitu Tekanan Berlebihan atau Overstressiaitu tekanan dihadapi pertama kali atau dak dijangka sama sekali (cth: Kemaan pasangan hidup dikasihi, tempat bergantung dan sumber ekonomi), Tekanan Memudaratkan atau Distressiaitu kesan tekanan dihadapi menyebabkan diri jadi lebih negaf, rosak atau putus asa (cth: Penceraian yang menyebabkan hilang pergantungan, perpisahan anak- anak dan perpindahan kediaman baru), Stres Baik dan Berguna Eustressiaitu kesan tekanan dihadapi mem- bantu diri jadi lebih posif, membina dan lebih berjaya (cth : kesan kesesakan jalan raya dihadapi, pengguna jalan raya lebih sabar, dapat mengurus masa kerja dengan baik dan lebih hargai masa ) dan Kurang Stres atau Low Stressiaitu lali atau resistencedengan kesan stress sehingga dapat menyesuaikan diri (cth : Ahli bomba berpengalaman dak lagi tertekan dengan situasi kebakaran besar, kemalangan tragis atau tragedi kemaan mangsa yang mengerikan)

ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEM … · atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau ... (2015), stres

  • Upload
    vanmien

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEM … · atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau ... (2015), stres

ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEMBENTUKAN

MENTAL YANG SIHAT

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/

En Sulaiman Selamat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

1.0 DEFINISI STRES

Menurut Lazarus 1976, stres berasal dari perkataan Greek iaitu ‘stringere’ yang membawa maksud ‘perasaan atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau tindakbalas terhadap keadaan yang mengugut atau mencabar diri seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), stres adalah tahap keadaan resah, cemas ketegangan diri, dsbnya yang mengakibatkan tekanan mental atau fizikal kepada diri seseorang. Secara ringkasnya, stres merupakan ungkapan yang sering dikaitkan atau sinonim dengan hal-hal negatif atau keadaan tidak membina kepada diri manusia walaupun pada hakikat disebaliknya terdapat perkara-perkara positif berkaitan dengannya.

2.0 MEMAHAMI STRES DARI SUDUT PSIKOLOGI

Pada hakikatnya, stres adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Kehidupan pada hari ini adalah sangat kompleks, kompetetif, amat mencabar, penuh dugaan dan adalah mustahil untuk kebanyakan orang mengelak daripada mengalami stres. Berapa tinggi atau rendah tahap seseorang menghadapi stres dan bagaimana ia menanganinya sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan mentalnya. Orang yang sihat kesihatan mental tetap mengalami stress namun kadarnya lebih rendah berbanding orang yang terganggu kesihatan mentalnya. Timbulnya stres pada diri seseorang sering dikaitkan dengan situasi yang terjadi dalam hidupnya. Terdapat sebahagian individu merasa agak sukar atau tidak mampu untuk menangani stres walaupun punca terjadinya stres itu adalah daripada perkara yang pernah berlaku kepada dirinya apatah lagi jika ianya sesuatu yang baru dan di luar jangkaan.

Stres boleh memberi makna berbeza atau pelbagai kepada diri individu ataupun seseorang sama ada dari perspektif emosi, tanda caragaya kehidupan, kesan fizikal ataupun krisis yang berlaku. Di sudut emosi, ia merangkumi aspek seperti kegelisahan, menjadi terlalu sensitif, kebimbangan, kerunsingan atau kemurungan. Manakala di sudut tanda caragaya kehidupan, ianya boleh dikaitkan dengan sikap memandu dengan serius, agresif, tergesa-gesa, kurang sabar ataupun rasa bersalah bila tidak bekerja. Seterusnya daripada perspektif kesan kepada fizikal pula akan menyebabkan gejala barah, sakit kepala berpanjangan, hipertensi, sakit jantung ataupun lumpuh. Di sudut krisis yang berlaku, stres seringkali dikaitkan dengan isu-isu seperti kematian ahli keluarga, perceraian, perpisahan mahupun kegagalan perniagaan.

3.0 BEBERAPA KAJIAN DARI SUDUT PSIKOLOGI DALAM MANUSIA MEMAHAMI DAN MEMBUAT PENYESUAIAN TERHADAP STRES

Antara kajian-kajian stres dari sudut psikologi yang agak popular adalah kajian yang telah dijalankan oleh Hans Selye 1967, Hans Selye 1980, dan Lazarus & Cohen pada tahun 1976. Tumpuan kajian terhadap aspek tingkah laku dan persekitaran secara serius ini melibatkan tiga sudut yang berbeza untuk dikaitkan dengan kesan stres dan bagaimana manusia cuba memahami atau menangani stres iaitu :-

Sudut rangsangan penyebab stres Hasil kajian Lazarus & Cohen 1976 menunjukkan terdapat pelbagai rangsangan yang boleh menjadi penyebab terhadap stres. Rangsangan-rangsangan yang berbentuk fizikal, fisiologi dan psikologi didapati mudah menimbulkan stres kepada diri kebanyakan manusia. Aspek-aspek seperti kebisingan, suhu terlalu panas atau sejuk, kelembapan yang tinggi, kesakitan fizikal (spt. demam, kecederaan atau kecacatan) dan gangguan emosi (spt. kebimbangan peperiksaan, perasaan tidak selamat, tekanan kerja berlebihan, kesesakan lalulintas) dilihat sangat sinonim dikaitkan dengan terjadinya stres kepada individu. Rangsangan-rangsangan penyebab stress ini menyebabkan manusia atau individu berusaha dengan pelbagai cara untuk menghindari, mengatasi atau meminimakan stres yang berlaku mengikut kemampuan, kebijaksanaan dan kreativiti dirinya. Aspek tindakbalas organisma (manusia) terhadap stres dihadapi Hasil kajian oleh Hans Selye 1967 mendapati tindakan tubuh badan seseorang terhadap stres tidak spesifik. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab tetapi aturan tindak balasnya hampir sama sekali setiap kali hadapi stres. Situasi ini dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am (General Adaptation Syndrome) di mana tubuh bertindak balas untuk menyesuaikan atau meneutralkan diri untuk mengurangkan rangsangan menyebabkan stres. Contohnya, individu yang berulangkali ditahan polis semasa sekatan jalan raya lebih tenang dan kurang stress. Begitu juga orang yang pertama kali ditahan dan tidak pernah melanggar kesalahan jalan raya akan cuba merasionalkan dirinya bahawa ia tidak perlu takut hadapi pemeriksanan tersebut. Bentuk-bentuk stres dikalangan manusia dikaitkan dengan persekitaran penyebab stres Kajian Hans Seyle 1980 terhadap stres dan kebimbangan dikalangan manusia, akhirnya mendapati wujudnya empat (4) asas tekanan hidup kepada manusia iaitu Tekanan Berlebihan atau ‘Overstress’ iaitu tekanan dihadapi pertama kali atau tidak dijangka sama sekali (cth: Kematian pasangan hidup dikasihi, tempat bergantung dan sumber ekonomi), Tekanan Memudaratkan atau ‘Distress’ iaitu kesan tekanan dihadapi menyebabkan diri jadi lebih negatif, rosak atau putus asa (cth: Penceraian yang menyebabkan hilang pergantungan, perpisahan anak-anak dan perpindahan kediaman baru), Stres Baik dan Berguna ‘Eustress’ iaitu kesan tekanan dihadapi mem-bantu diri jadi lebih positif, membina dan lebih berjaya (cth : kesan kesesakan jalan raya dihadapi, pengguna jalan raya lebih sabar, dapat mengurus masa kerja dengan baik dan lebih hargai masa ) dan Kurang Stres atau ‘Low Stress’ iaitu lali atau ‘resistence’ dengan kesan stress sehingga dapat menyesuaikan diri (cth : Ahli bomba berpengalaman tidak lagi tertekan dengan situasi kebakaran besar, kemalangan tragis atau tragedi kematian mangsa yang mengerikan)

Page 2: ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEM … · atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau ... (2015), stres

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/

4.0 BEBERAPA INDIKATOR SEBAGAI PETUNJUK TAHAP STRES

Secara mudahnya, stres boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda tertentu yang telah berlaku seperti petunjuk tanda – tanda fizikal (spt. sakit kepala, kehilangan nafsu makan, jantung berdebar-debar, berpeluh secara berlebihan,dli.), tanda-tanda emosi (spt. mudah tersinggung, fikiran yang kacau, risau berpanjangan, kebingungan, dll) dan tanda-tanda tingkah laku (spt. berjalan mundar-mandir, lambat membuat tindakan, suka memencilkan diri, perlakuan sosial berubah secara tiba-tiba, dll.).Namun dalam usaha membantu seseorang atau individu berhubung isu stress, adalah lebih baik sekiranya petanda-petanda awal stress ini dapat dikenalpasti. Bak kata pepatah “prevention is better than cure” kerana konsep mengubati memerlukan lebih banyak masa, tenaga, komitmen dan kos bukan sahaja kepada yang ingin dibantu tetapi juga bagi pihak yang membantu. Berhubung perkara ini, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan secara lebih saintifik dalam mengenalpasti tahap stres seseorang atau individu. Antara empat kaedah yang boleh digunakan adalah seperti :-

i) Penggunaan Stress Calculator iaitu pengiraan tahap stres dikaitkan dengan tahap ‘burnt-out’ yang diperkenalkan oleh Dr Ayala Pines dan Elliot Aronson (1989).

Ii) Penggunaan pengujian tahap stress berdasarkan pengukuran Holmes Rathe oleh Thomas H.Holmes dan Richard P. Rahe (1967).

iii) Penggunaan Depression Anxiety Stress Scale (DASS)-42 yang diterbitkan oleh University New South Wales (1995) dan bagi kegunaan tempatan yang telah diterjemah oleh Dr Ramli Musa

iv) Penggunaan Soalan-Soalan Asas Kesihatan Mental yang diperkenalkan oleh Puvaneswari Candiah sebagaimana di dalam bukunya Buku Panduan Kejurawatan Psikiatri terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981).

Penggunaan indikator yang lebih saintifik adalah digalakkan kerana pengesanan awal berkaitan stres dapat membantu selain daripada tanda-tanda fizikal, emosi dan tingkah laku sedia ada yang diperlihatkan. Ia juga dapat membantu dalam sesi kaunseling, rundingcara atau sesi perbualan di antara pihak pakar dan individu yang mengalami stress tersebut.

5.0 PENDEKATAN KONSEP DALAM MEMBUAT PENYESUAIAN DIRI TERHADAP STRES

Secara realitinya, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghindari, menangani atau mencari jalan penyelesaian ke atas stres yang dialami ataupun bakal terjadi kepada dirinya. Ada individu yang mengambil pendekatan penyesuaian atau ‘coping’ seperti pendekatan strategi atau berhadapan (approach strategy) dan ada pula yang melaksanakan pendekatan mengelak (avoidance strategy) dalam menangani stres. Terdapat juga individu yang mengamalkan bentuk-bentuk strategi ‘coping’ yang berorientasikan pada sikap menitikberakan kepada penyelesaian (problem focused coping-PFC) manakala sebahagian yang lain pula lebih selesa mengambil jalan menitikberatkan tanggungan emosi akibat stres dialami (emotion focused coping-EFC)

Kemampuan atau keupayaan diri individu berhubung perkara ini adalah tidak terbatas dan saling berkait dengan faktor-faktor seperti ketinggian daya intelek, tahap pendidikan dimiliki, status ekonomi sosial yang dipunyai, kematangan psikologi atau emosi, kekuatan fizikal dimiliki, sistem kepercayaan yang kukuh, anutan agama atau spiritual yang mantap, adat resam yang jitu, amalan budaya masyarakat yang kuat, dsbnya.

Justeru itu, daripada kajian, penelitian atau pemerhatian yang dibuat, didapati individu atau manusia dari latar belakang agama, bangsa, adat resam, geografi, tahap pendidikan, status ekonomi sosial yang berbeza mempunyai cara yang tersendiri, unik, kreatif dan berbeza dalam mereka menghadapi, menghindari atau menangani stres. Perkara seperti ini tidak dianggap pelik, mustahil atau luar biasa kerana sejarah membuktikan bahawa aspek stres sinonim dengan kehidupan manusia dan kewujudan tamadun manusia itu sendiri.

Namun begitu, menurut Merrill F. Raber dan George Dyck 2005 di dalam bukunya yang agak popular iaitu “Managing Stress For Mental Fitness”, mereka telah menggariskan empat (4) konsep pendekatan asas dalam seseorang atau individu membuat penyesuaian terhadap stres. Empat konsep pendekatan tersebut adalah seperti berikut:

# Mengubah persepsi atau sikap dalaman terhadap stres dihadapi

Apabila individu atau seseorang tidak mampu mengubah faktor atau penyebab terjadinya stres, ia boleh mengubah persepsi atau sikap dalaman terhadap stress dengan lebih positif seperti dengan mewujudkan sistem sokongan social yang dapat mengelakkan rasa bersendirian memikirkan stres yang terjadi, mewujudkan situasi yang berbentuk menyeronokkan atau “sense of humour”, berkongsi masalah yang dihadapi dengan rakan-rakan, mendapatkan khidmat kaunseling dengan kaunselor professional, mengetahui diri sendiri dan tahap kemampuan menghadapi stress dan mewujudkan situasi kehidupan yang seimbang

# Mengubah cara anda berinteraksi atau berhubung dengan persekitaran yang menyebabkan stress

Strategi yang berorientasikan “bekerja dengan bijak bukan semata bekerja bertungkus-lumus” sedikit-sebanyak boleh mengurangkan tahap stres yang diahadapi. Antara kaedah yang boleh dibuat adalah memperbaiki kemahiran dalam menetapkan sesuatu matlamat, pengurusan masa dan penyelesaian konflik. Ia juga mengesyorkan agar individu mempelajari dan mengamalkan kemahiran asertif, bersikap terbuka atau bersedia dalam menerima maklumbalas untuk mengetahui peningkatan kefungsian peranan, mendapat khidmat pakar bila berhadapan dengan situasi yang sukar dan banyak bersabar.

#Mengubah kemampuan atau keupayaan fizikal dalam membuat penyesuaian terhadap stres yang dihadapi

Pendekatan ini dianggap cara umum diambil kebanyakan orang untuk memperbaiki sumber tenaga fizikal tubuh badan dalam menangani stres berkaitan kemampuan fizikal. Antara kaedah yang disyorkan adalah seperti mengambil atau mendapatkan sumber nutrisi yang mencukupi, melaksanakan atau terlibat dalam program-program kecergasan atau menyihatkan tubuh badan, mengurangkan atau mengelakkan daripada bahan-bahan penyebab stres seperti kafein, nikotin, gula berlebihan, dsbnya., mendapatkan rehat secukupnya atau sesekali bersantai, mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti berbentuk rekreasi.

Page 3: ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI STRES UNTUK PEM … · atau jiwa yang tegang dan ketat’. Feldman, 1994 pula mendefinisikan tekanan atau stress sebagai respon atau ... (2015), stres

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/

#Mengubah persekitaran yang menyebabkan stres jika mampu

Pendekatan ini adalah berkaitan diri seseorang atau individu yang ada kemampuan untuk mengubah persekitaran atau situasi yang diketahui menjadi penyebab stres. Namun begitu pendekatan ini perlu langkah berhati-hati, bermatlamat jangka pendek dan dikatakan agak berisiko serta tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya punca stres yang terjadi. Antara aspek yang disentuh adalah cuba hindarkan sebahagian perjumpaan yang boleh menjadikan anda stress, bertukar kerjaya penyebab stress berpanjangan, menyusun atau menstruktur masa untuk “time off” daripada aktiviti menyebabkan stress, tetapkan kepelbagaian penglibatan aktiviti atau bidang kerja dan wujudkan program-program yang boleh meningkatkan pengetahuan diri dalam menangani stress yang dihadapi.

6.0 KESIMPULAN

Untuk mewujudkan minda yang sihat dalam menghadapi stres, individu atau seseorang itu perlu bersedia dari semua kemungkinan. Persediaan ini bukan semata-mata melibatkan mengetahui apa itu stres dan tanda-tanda seseorang itu stres tetapi harus meliputi konsep stres secara lebih holistik iaitu yang menyentuh perspektif stres dari aspek mental, emosi, fizikal, spiritual, pengurusan stres, punca atau faktor pelbagai penyebab stres, kesan-kesan stres, hubungan sesama individu dan persekitaran penyebab stres, bentuk-bentuk pengujian yang boleh memberi indikator kepada stres seseorang, mekanisma untuk menghindari, menangani, meminimakan atau menyelesaikan stres dialami, perubahan atau mobiliti kehidupan masa kini dan sebagainya yang dianggap berkaitan.

Minda yang sihat akhirnya akan mempengaruhi dan membentuk emosi yang sihat, fizikal yang sihat, tingkah laku yang sihat, tindakan yang sihat, interaksi yang sihat, dsbnya. Individu yang mempunyai minda yang sihat bukan sahaja boleh menjadi produktif, efisien tetapi juga boleh bersifat berfungsi sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai “fully functioning propechecy”.

Rujukan

Asmawati Desa 2001. Psikologi Untuk Golongan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Burhanuddin, A. J. dan Ishamudin Ismail 2010. Pengurusan Stres Secara Holistik. Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn. Bhd. Feldman, R.S. 1994. Essentials of understanding psychology. New York: Mc Graw-Hill. Kamus Dewan - Edisi Keempat 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lazarus, R.S. & Cohen, J.B. 1977. Environmental stress. In Altman, & Wonlwill, J.F. (Eds). Human behaviour and the environment: current theory and research (Vol. 2). New York : Plenum. Merrill, F.B dan George, D. 2005. Managing Stress for Mental Fitness. California: Crisp Publications, Incorporation. Puvaneswari Candiah 1981. Buku Panduan Kejururawatan Psikiatri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selye, H. 1974. Stress without distress. Philadelphia: Lippincott. Selye, H. 1980. The Stress Concept Today: Handbook of Stress and Anxiety. San Francisco: Jossey-Bass, Incorporation.