42
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI DAN PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS DALAM SOALAN SAINS BERBENTUK JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “TK, 1, 2, PEACE!” KARMILA SUSANTI BINTI JUMHARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2013

AR KARE

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Action Research

Citation preview

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI DAN PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS DALAM SOALAN SAINS BERBENTUK JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK TK, 1, 2, PEACE!

KARMILA SUSANTI BINTI JUMHARI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI DAN PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS DALAM SOALAN SAINS BERBENTUK JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK TANGAN KANAN 1,2,PEACE!

KARMILA SUSANTI BINTI JUMHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Pemulihan

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TAWAU

SEPTEMBER 2013

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sains Sekolah Rendah

Tandatangan :...............................................................Nama Penyelia : PUAN NORMADIAH BINTI BOKOHTarikh :...............................................................

i

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :...............................................................Nama Penyelia : PUAN NORMADIAH BINTI BOKOHTarikh :...............................................................

DEDIKASI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia, rahmat dan hidayah-Nya pengkaji

ABSTRAKKajian yang saya jalankan ini adalah berdasarkan melalui pengalaman yang pernah dilalui mengenai isu masalah murid dalam menjawab kertas sains bahagian B. Pengkaji menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual dengan menggunakan teknik tangan kanan 1,2,Peace!. Kajian ini akan dijalankan berdasarkan daripada beberapa kriteria iaitu prestasi dan juga tinjauan responden terhadap teknik tangan kanan 1,2,Peace! yang diperkenalkan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga instrumen yang berbeza iaitu pemerhatian, ujian pra dan pasca serta soal selidik. Pengkaji berharap agar kajian ini berjata dan seterusnya dapat diguna pakai daklam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

JadualMuka Surat

6.1Keputusan Skor-T Mengikut Domain (Sebelum Kajian)28

6.2

6.3Keputusan Skor-T Mengikut Domain (Selepas Kajian)

Jadual Rumusan Keputusan Ujian Saringan Membaca LINUS (Saringan 4)29

31

SENARAI RAJAH

RajahMuka Surat

SENARAI GRAF

GrafMuka Surat

SENARAI LAMPIRAN

LampiranMuka surat

1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Pengenalan2.2 Isu dan Penyataan Masalah Kajian2.3 Tinjauan Literature dan Kajian Luar Berkaiatan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN3.1 Pengenalan3.2 Tujuan Kajian3.3 Objektif Kajian3.4 Persoalan Kajian

4.0 METODOLOGI KAJIAN4.1 Pengenalan4.2 Kumpulan Sasaran Kajian4.3 Reka Bentuk Kajian4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

5.0 REFLEKSI5.1Pengenalan5.2Refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan5.3Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam kajian

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN-LAMPIRAN

1.0PENDAHULUAN1.1Pengenalan

Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebutadalah dari segi Keperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan, pembentukan jati diri pelajar dan seterusnya kualiti guru (Hussein (2006). Hal ini seiring dengan hasrat mantan Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Wawasan 2020 iaitu mencapaian taraf negara yang maju menjelang tahun 2020 Shaharom & Norliza (2010)Sebelum negara kita mencapai kehendak tersebut, perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah di dalam bidang pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah bijak menggubal kurikulum pendidikan sains kerana ia merupakan rujukan utama dalam proses menjalankan pengajaran dan pembelajaran di seluruh sekolah di Malaysia. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia akan dapat melahirkan anak-anak bangsa yang merangkumi tiga komponen kecerdasan iaitu komponen analitikal, kreatif dan praktikal Sterberg (2000) dalam Mok (2009). Komponen analitikal merujuk keupayaan menganalisis, membanding dan membeza menginterpretasi dan menilai. Manakala kecerdasan kreatif meliputi keupayaan menggunakan imaginasi dan mereka-bentuk seterusnya kecerdasan praktikal merangkumi keupayaan mengguna, mengaplikasi dan mengamalkan hukum, teori, prinsip dan generalisasi.Berdasarkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012), aspek yang ditekankan adalah bahagian kemahiran saintifik yang merangkumi dua komponen iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains. Komponen ini diutamakan kerana ia meliputi seluruh kemahiran yang diperlukan dalam bidang sains disamping memenuhi kriteria-kriteria yang terdapat di dalam soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Berdasarkan data perbandingan keputusan UPSR bagi tiga tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2010 hingga tahun 2012, pencapaian mata pelajaran Sains adalah menurun. Gred mata GPMP menunjukkan penurunan yang ketara. Perbezaan mata GPMP tahun 2011 dengan tahun 2010 adalah 0.03 manakala perbezaan diantara tahun 2012 dengan tahun 2011 adalah 0.08 (Sumber : Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (2012).

Nyata sekali, keputusan UPSR yang diperolehi adalah membimbangkan dan merisaukan kehendak mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dalam mencapai matlamat negara iaitu menuju Wawasan 2020. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa kemahiran proses sains adalah penting kerana ia merupakan salah satu komponen utama yang terkandung di dalam UPSR. Penguasaan kemahiran proses sains sangat penting dan perlu diambil berat berbanding dengan aktiviti pengajaran dan pembelajran sains kerana kemahiran proses sains yang dipelajari akan kekal walaupun fakta-faktanya telah menjadi lapuk atau dilupai Wellington (1989) dalam Tang & Peng (2006).

Kemahiran proses sains meembolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Antara kemahiran proses sains ialah memerhati, mengklasifikasi, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens. Meramal, berkomunikasi, menggunakan hubungan ruang dan masa, mendefinisi secara operasi, mentafsir data, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2012).

Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin meningkatkan kemahiran mengawal pemboleh ubah dengan memberi fokus kepada kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan teknik TK 1, 2, Peace! yang boleh diaplikasi khusus dalam soalan sains berjadual.

1.2Refleksi Pengajaran dan PembelajaranMelalui pengalaman menjalankan Praktikum Fasa I dan II, pengkaji telah melalui pelbagai situasi baharu yang dialami sepanjang menjalankan peranan sebagai seorang bakal pendidik di sekolah kelak. Kemahiran dalam mengurus bilik darjah sangat penting dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Secara umunya, pengurusan bilik darjah merujuk kepada kebolehan guru mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar Keow (2009). Pengalaman berhadapan dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza-beza dan memerlukan pelbagai kaedah, cara, teknik ataupun pendekatan yang telah digunakan dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Dalam praktikum Fasa I dan II, secara kebetulan pengkaji telah diberi peluang mengajar kelas yang pertama dan kelas yang kedua dimana hanya ada dua kelas sahaja untuk setiap tahun dalam sekolah tersebut sewaktu berada di kedua-dua praktikum tersebut. Pengkaji melalui cabaran dan rintangan sepanjang mengajar kedua-dua kelas tersebut sebagai satu kenangan manis dan pahit yang menjadikan pengalaman tersebut sebagai pembakar semangat untuk pengkaji menjadi guru yang dapat melahirkan modal insan yang berjaya dan berminda kelas pertama.

dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi petunjuk seluruh alam.(Surah Anbiya : 107)

Seterusnya, pengkaji merasakan bahawa murid menganggap mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang susah. Mereka telah meletakkan mind set sedemikian yang membawa kesan ke arah wujudnya perasaan inkuiri yang kurang dan menjadikan mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran yang membebankan mereka. Dalam kelas Inkuiri, murid terlibat secara aktif dalam membina kefahaman berkaitan pengetahuan saintifik. Inkuiri murid termasuklah mengemukakan soalan, meneroka dan menyiasat, membuat penjelasan yang munasabah, merancang penyiasatan, mencadang jawapan dan menginterpretssi data Zurida, Syarifah, Mohd. Ali (2007).

Selain daripada itu, pengkaji mendapati bahawa ramai dalam kalangan murid yang masih sukar menjawab soalan yang berbentuk jadual bagi pernyataan soalan pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Berdasarkan pemerhatian tersebut, sebilangan besar murid masih keliru, kurang jelas dan kurang faham untuk menjawab soalan pemboleh ubah dimanipulasi dan juga pembolehubah bergerak balas dengan betul dan tepat. Pengkaji juga mendapati murid merasa ragu-ragu untuk menjawab soalan diantara pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas melalui ekspresi muka mereka. Hal ini dikukuhkan lagi apabila terdapat murid yang pernah mengutarakan soalan kepada pengkaji seperti ini.Cikgu, apakah pemboleh ubah dimanipulasi dan apa pula pemboleh ubah bergerak balas?Murid X

Selain daripada itu, pengkaji sedikit sebanyak telah membuat sesi perbincangan bersama dengan guru-guru sains yang berpengalaman mengenai masalah ini. Mereka menyatakan bahawa kedua-dua soalan pemboleh ubah tersebut sememangnya sudah menjadi salah satu masalah yang dialami dalam kalangan murid untuk memahami dan mengenalpasti jawapan yang betul dan tepat. Murid masih sukar untuk membanding dan membeza pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

Berdasarkan masalah tersebut, masalah mengawal pemboleh ubah dalam kalangan murid masih tahap yang kurang memuaskan dan perdipertimbangkan. Oleh itu, rawatan ataupun penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji ingin membantu menghasilkan satu kajian baharu yang dapat meningkatkan kemahiran mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual dengan menggunakan teknik TK 1,2,Peace! dengan lebih mudah.

1.3Refleksi Nilai Pendidikan

Peranan guru sains sangat penting dalam kemahiran proses sains seperti yang terkandung di dalam kurikulum pendidikan sains. Guru sains perlu menyedari bahawa kemahiran proses sains amat penting dikuasai oleh semua murid agar dapat memenuhi kemahiran yang menyeluruh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran seperti yang dilalui dalam pembelajaran perspektif konstruktivisme. Pendekatan pengajaran sains yang sesuai dengan perspektif ini perlu melibatkan murid dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan minds-on melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan murid mencari penyelesaian kepada masalah,mencadangkan eksperimen sekaligus merangsang aktiviti penstrukturan skema kognitif Zurida, syarifah & Mohd. Ali (2007).

Seterusnya, melalui kemahiran proses sains ia juga dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif disamping menggalakkan murid untuk berfikir di luar kotak ataupun think out of box. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berperanan melahirkan generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina idea-idea yang bernas.Kemahiran ini perlu dilatih untuk membolehkan murid mengaplikasikan pengalaman yang sedia ada dalam kehidupan seharian mereka Umi Kalsum & Seth (2009).

Penggunaan mekanisme termasuklah cara, kaedah, teknik, penggunaan alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar mahupun dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya memberikan kesan yang memberangsangkan di mana murid memperlihatkan rasa minat dan melahirkan inkuiri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan. Bukan itu sahaja, murid juga akan lebih cenderung untuk menyiapkan diri mereka dengan pembelajaran yang diajalankan disamping dapat mengetengahkan pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini dinyatakan oleh Johnson & Johnson (1994) dalam Seng (2008), Selain itu, pembelajaran dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar yang aktif dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian serta memupuk sikap yang positif terhadap pembelajarannya.

Melalui penciptaan teknik baharu seperti teknik tangan kanan 1,2,Peace!, pengkaji berharap agar teknik ini dapat diguna pakai dalam meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas bagi soalan sains berjadual dengan lebih mudah, ringkas dan tepat. Dalam pada masa yang sama, pengkaji berharap agar teknik seperti ini dapat digunakan secara menyeluruh bukan sahaja untuk mengenalpasti sesuatu kemahiran, namun ianya juga dapat diaplikasikan dan digunakan dalam mengenalpasti pelbagai lagi kemahiran-kemahiran yang lain mahupun topik-topik yang bersesuaian dalam meningkatkan martabat mata pelajaran sains di negara kita.

2.0FOKUS KAJIAN

2.1Isu dan Pernyataan Masalah Kajian

Berdasarkan pengumpulan data keputusan UPSR mata pelajaran Sains bagi tahun 2010 sehingga tahun 2012, keputusan menunjukkan prestasi murid menurun dari tahun 2010 sehingga tahun 2012. Perbandingan antara tahun 2011 dengan tahun 2010, peratus gred A & ABC menurun daripada tahun yang sebelumnya, masing-masing 2.0 % dan dan 0.8 %. Peratus gred D & E masing-masing 1.0 % dan 0.2 %. Nilai GPMP sebanyak 0.03. Perbandingan antara tahun 2012 dengan tahun 2011 pula, peratus gred A & ABC meningkat sedikit iaitu 3.67 % dan 1.0 %. Namun begitu, peratus gred markah D & E meningkat iaitu sebanyak 0.37 % dan 0.62 %. Nilai GPMP 0.08. Secara keseluruhannya keputusan gred purata mata pelajaran Sains yang terkini pada UPSR tahun 2012 menunjukkan nilai perbezaan penurunan yan paling ketara berbanding tahun yang sebelumnya sebanyak 0.05 (Sumber maklumat : Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (2012).

Berdasarkan keputusan tersebut, jelas bahawa pencapaian mata pelajaran Sains amat membimbangkan. Dalam UPSR, matapelajaran Sains mengandungi dua bahagian. Antaranya, bahagian A iaitu objektif dan bahagian B iaitu berstruktur. Melalui tinjauan guru-guru, mereka menyatakan bahawa murid mengalami masalah dalam menjawab soalan bahagian B. Soalan bahagian B merangkumi kemahiran proses sains. Oleh itu, murid-murid perlu menguasai kemahiran proses sains agar memudahkan mereka menjawab soalan-soalan peperiksaan khususnya peperiksaan UPSR Junainah (2006).

Fokus kajian pengkaji adalah memilih isu dalam kemahiran proses sains. Penguasaan kemahiran proses sains yang lemah dalam kalangan pelajar menyebabkan minat pelajar untuk belajar mata pelajaran ini berkurang. Ini kerana semasa aktiviti eksperimen dijalankan, pelajar hanya menjalankan eksperimen tersebut mengikut arahan dalam buku amali sahaja, tetapi kemahiran proses sains bagi eksperimen tersebut tidak diterapkan Rose, Rashid, Rahaya (2005). Oleh itu, pengkaji akan mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam mengawal pemboleh ubah khususnya pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains yang berbentuk jadual. Pengkaji tidak memilih pemboleh ubah yang dimalar kerana ianya tidak dapat diaplikasikan dengan teknik yang betul dan tepat dalam soalan yang berbentuk jadual berbanding dengan pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas yang saling berkait antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu,pengkaji menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace!, dalam meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual dengan mudah, cepat dan tepat. Teknik ini ialah teknik menggunakan tangan kanan dengan membilang nombor bermula dari jari telunjuk sebagai nombor 1 yang mewakili pemboleh ubah dimanipulasi dan diikuti dengan jari tengah sebagai nombor 2 yang mewakili pemboleh ubah bergerak balas. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanan teknik TK, 1, 2, Peace! dalam meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual. Seterusnya, pengkaji juga ingin mengenalpasti minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran sains dalam menggalakkan murid mempunyai sikap saintifik dan nilai murni.22.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan isu kajian

2.2.1Konsep dan DefinisiMenurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), halaman 199, pemboleh ubah bermaksud sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan), variable. Seterusnya, maksud manipulasi pada halaman 995, maksud yang pertama ialah perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan dll) dengan cekap. Maksud yang kedua pula ialah segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu. Manakala maksud bergerak balas pada halaman 462 ialah bertindak balas secara positif.

Secara umumnya, pemboleh ubah dimanipulasi ialah pemboleh ubah yang diubah-ubah oleh pengkaji manakala pemboleh ubah bergerak balas pula ialah pemboleh ubah yang turut berubah apabila pemboleh ubah dimanipulasi telah berubah Ummee & Rohani (2011). Kata kunci bagi pemboleh ubah dimanipulasi adalah seperti diubah, berbeza dan berlainan. Sekiranya soalan berbentuk jadual, pemboleh ubah dimanipulasi berada di bahagian kiri kotak jadual. Kata kunci bagi pemboleh ubah dimanipulasi adalah seperti dicatat, dikumpul dan direkod. Sekiranya soalan berbentuk jadual, pemboleh ubah dimanipulasi berada di bahagian kanan kotak jadual.

Teknik TK, 1,2, Peace! adalah teknik yang diguna pakai dalam menentukan jenis pemboleh ubah dalam soalan yang berbentuk jadual. Pengkaji mendapati bahawa banyak soalan yang berbentuk jadual dalam soalan bahagian B menunjukkan pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Tenik TK, 1, 2, Peace! selaras dengan pendekatan inkuiri penemuan yang didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan Herank (2000) dalam Zurida, Syarifah, Ali (2007).

2.2.2 Kajian Berkaitan Menurut Awelni (2002) dalam Fatin & Athurah (2011), penguasaan kemahiran proses sains adalah asas kepada perkembangan ilmu sains dan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar. Pelbagai kemahiran dikenalpasti sebagai Kemahiran Proses Sains dan bagi penyelidik pendidikan yang berbeza, mereka mempunyai set Kemahiran Proses Sains yang berlainan. Friedl & Koontz (2005) mencadangkan enam jenis kemahiran proses, iaitu memerhati, membuat inferens, berkomunikasi, mengelas, mengukur dan mengeksperimen.

Seterusnya, terdapat ahli sains tidak menggunakan kaedah yang berupa step-by-step untuk menjalankan eksperimen mereka tetapi menggunakan beberapa cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kajian saintifik (Martin et al., 2009). Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace! dalam meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan berbentuk jadual. Kompilasi semua cara atau kemahiran yang berbeza ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik dikenali sebagai Kemahiran Proses Sains yang sering dikaitkan dengan inquiri sains (Chiappetta & Koballa, 2006).

Selain itu, melalui teknik TK, 1, 2, Peace! yang dierkenalkan oleh pengkaji, kaedah ini diadaptasi daripada kaedah Think-Aloud yang digunakan untuk mengesahkan atau membina teori proses kognitif di dalam penyelesaian masalah. Menurut Sexton (2005), Think Aloud merupakan satu aktiviti di mana murid mengungkapkan pemikiran dalaman (internal thoughts) secara lisan (verbalize) dan pada masa yang sama membina kefahaman terhadap apa yang dibaca atau dilihat. Menurut Odward (2007), kaedah Think Aloud membantu murid untuk memahami kehendak soalan secara spesifik.

Melalui teknik TK, 1, 2, Pecae! pembelajaran sains adalah melalui pendekatan inkuiri penemuan di mana sains dianggap sebagai satu pembelajaran yang menggalakkan pemikiran kritis, kreatif, analitik dan sistematik Seth & Ezah (2008). Selain itu, pembelajaran secara inkuiri juga menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran saintifik dalam proses pembelajarannya Sakima (2008). Abruscato (2005) menyatakan bahawa mendefinisi secara operasi adalah untuk menerangkan apa yang boleh dibuat, bagaimana pembolehubah dapat diukur dalam sesuatu eksperimen. PPK (2002) menjelaskan bahawa mendefinisi secara operasi adalah memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Selain itu, pengkaji berharap dapat melaksanakan kajian ini agar murid mempunyai kemahiran proses sains yang mantap disamping dapat menguasai bidang sains sepenuhnya. Oleh itu, pengkaji perlulah bekerja keras dalam melahirkan murid yang sedemikian. Kebolehan guru menguasai kemahiran proses sains akan menjadikan guru tersebut lebih berkeyakinan dalam menerap dan menilai kemahiran dengan baik Downing (1997) dalam Sakima (2008).

Selain itu, Noriati et. Al, (2010) menyatakan bahawa kualiti sesuatu pengajaran itu bergantung kepada kaedah pengajaran yang di jalankan beserta dengan penggunaan teknik ataupun bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut peringkat kognitif murid. Menurut Briggs (1994) dalam Nizam (2007), menyatakan bahawa gaya pembelajaran seseorang individu, sekiranya disesuaikan, boleh mengakibatkan sikap terhadap pembelajaran bertambah baik dan meningkatkan pencapaian serta kreativiti. Dalam kajian ini, pengkaji berharap agar murid akan lebih seronok, menunjukkan minat, dan perasaan ingin tahu yang tinggi melalui teknik TK, 1,2,Peace!

Menurut teori otak Roger Sperry (1998) dalam Mok (2006), kedua-dua hemisfera otak bertindak secara berselaras untuk menjalankan aktiviti harian meskipun ianya mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza.Justeru, bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengawal pembolehubah, murid dilatih untuk menggunakan kedua-dua hemisfera otak mereka bagi menghasilkan satu pemikiran yang kreatif dan logik. Teknik TK, 1, 2, Peace! ini turut menggunakan kedua-dua hemisfera otak dalam proses untuk memahami soalan pemboleh ubah seterusnya dapat menjalankan eksperimen dengan baik.Menurut Zurida (2008), kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah rangsangan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan terutamanya dalam menjana pemikiran kreatif. Kaedah baru yang berbeza dengan pengajaran tradisional dapat menimbulkan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Melalui teknik TK, 1, 2, Peace!, murid dirangsang untuk meluahkan buah fikiran disamping berfikir tentang cara mengatasi masalah yang dialami.

As students think out loud with teachers and with one another, they gradually internalize this dialogue; it becomes their inner speech, the means by which they direct their own behaviors and problem-solving processes.(Tinzmann 1990)Selain itu, apabila murid meluahkan dan berkongsi buah fikiran mereka secara tidak langsung mereka belajar cara untuk belajar (Learn How To Learn). Pendapat Tinzmann (1990) dalam Kamariah (2005) yang menyatakan bahawa murid berubah menjadi seorang yang reflektif, metakognitif, berdikari dan memahami bahawa proses pembelajaran memerlukan usaha meskipun ianya sukar. Hal ini menyokong dapatan kajian dalam meningkatkan kemahiran pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berjadual menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace!.

Atan Long (1978) dalam Noor Azah (2005) pula menyatakan bahawa pendidikan ialah proses aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang. Seterusnya, pembelajaran wujud dengan adanya kesediaan belajar. Teori Bruner menyokong penyataan tersebut dengan merumuskan bahawa murid-murid mestilah diyakinkan bahawa mereka berupaya untuk mempelajari apa sahaja, pada bila-bila masa, asalkan mereka mempunyai kesediaan untuk melaksanakannya. Kesediaan belajar juga bergantung kepada motivasi. Mok (2008) menyatakan bahawa motivasi adalah proses dalaman yang menimbulkan perubahan tingkahlaku seseorang. Seterusnya, motivasi seseorang terhadap sesuatu boleh dipengaruhi oleh minat, naluri dan aspirasi. Motivasi yang berpusatkan kepada sesuatu aktiviti disebut sebagai minat (Mok, 2008).

3.0OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1Pengenalan

Secara amnya, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid. Mengenalpasti pemboleh ubah adalah salah satu daripada kemahiran proses sains yang terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran sains. Pengkaji hanya memberi fokus kepada pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

3.2Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berjadual dengan menggunakan teknik tangan kanan 1,2,Peace!

3.3Objektif KajianAntara objektif kajian ini ialah :i. Mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual.ii. Meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual dengan teknik TK, 1,2,Peace!.iii. Menarik minat murid menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace! dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual.

3.4Persoalan KajianAntara persoalan kajian ini ialah :i. Apakah tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balasdalam soalan sains berbentuk jadual?ii. Adakah kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual dengan teknik TK, 1,2,Peace! dapat ditingkatkan?iii. Adakah penggunaan teknik TK, 1,2,Peace! dapat menarik minat murid dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas?4.0METODOLOGI KAJIAN

4.1PengenalanDalam perkara ini, pengkaji akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang kumpulan sasaran kajian, reka bentuk kajian, pelan tindakan dan pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data kajian seterusnya cara menganalisis data kajian dengan lebih lanjut dan terperinci.

4.2Kumpula SasaranDalam kajian ini, pengkaji akan memilih murid sekolah praktikum yang akan datang. Pengkaji meilih murid tahun 4 daripada kelas baik atau sederhana. Bilangan murid yang dipilih adalah bergantung kepada jumlah murid yang terdapat di dalam kelas tersebut. Pengkaji memilih murid daripada satu kelas sahaja kerana pengkaji mendapati tahap pencapaian akademik murid dalam dalam kelas tersebut adalah setara. Hal ini kerana mereka telah dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan sebelum ini. Selain itu, pengkaji juga dapat menjimatkan kos dan tenaga disamping mudah untuk membuat sebarang rujukan sepanjang menjalankan tempoh praktikum di sekolah tersebut.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian tindaan merujuk kepada model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang terkandung di dalam buku Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan yang dihasilkan oleh Rosinah Edinin (2011). Reka bentuk kajian ini, adalah berbentuk deskriptif kuantitatif.. Pengkaji akan menjalankan kaedah deskriptif kuantitatif dimana data akan ditunjukkan dalam bentuk yang mudah difahami.

Rajah 1 : Model Kurt Lewin

(Adaptasi daripada Lewin, 1946)

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan carta Gantt untuk pelaksanaan pelan tindakan . Carta gantt ini diguana pakai bagi memudahkanpengkaji menyemak prosedur kajian tindakan yang perlu dilaksanakan sepanjang kajian dijalankan. Rujuk Lampiran A.

4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah yang terdiri daripada tiga instrumen yang berbeza-beza bagi setiap pengumpulan data kajian berdasarkan objektif yang telah dinyatakan. Pengkaji menggunakan instrumen senarai semak bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains berbentuk jadual. Seterusnya, pengkaji menggunakan instrumen ujian pencapaian bagi mengkaji sejauh mana teknik TK,1,2,Peace! dapat meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan berbentuk jadual. Instrumen yang terakhir digunakan adalah soal selidik untuk mengetahui minat murid menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace! dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan berbentuk jadual.

4.6 Cara Menganalisis Data KajianPengkaji telah memilih 3 kaedah pengumpulan data kajian. Antaranya, senarai semak, ujian pencapaian dan soal selidik. Oleh itu, cara untuk menganalisis data kajian tersebut adalah berbeza-beza..Senarai semak akan dianalisis menggunakan statistik kekerapan dan peratus kekerapan. Ujian pencapaian dianalisis menggunakan statistik peratus. Soal selidik dianalisis menggunakan statistik kekerapan dan peratus kekerapan.

4.6.1 Senarai semak

Instrumen senarai semak akan dianalisis melalui statistik kekerapan dan peratus kekerapan. Pengkaji akan mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan yang berbentuk jadual sebelum intervensi dijalankan.

4.6.2 Ujian Pencapaian

Instrumen ujian pencapaian akan dianalisis melalui statistik peratusan. Pengkaji akan mengkaji sejauh mana teknik TK, 1, 2, Peace! dapat meningkatkan kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan yang berbentuk jadual.

4.6.3 Soal SelidikInstrumen borang soal selidik akan dinilai berdasarkan statistik kekerapan peratus kekerapan. Pengkaji akan mengenalpasti minat murid dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam soalan sains benrbentuk jadual menggunakan teknik TK, 1, 2, Peace!.

5.0REFLEKSI

5.1 Pengenalan

Berdasarkan kepada pengalaman yang dihadapai semasa penyediaan kertas cadangan penyelidikan ini, pengkaji telah mengenalpasti, melihat, mendapati dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi secara menyeluruh. Dugaan, cabaran serta kenangan pahit dan manis sepanjang menyediakan kertas cadangan penyelidikan ini tidak akan dilupakan dan akan sentiasa tersemat di dalam hati pengkaji. Seterusnya, pengkaji akan membuat refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam menyediakan kertas cadangan penyelidikan dan refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam kajian secara lebih terperinci lagi.

5.2 Refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan.

Melalui pengalaman yang dihadapi semasa penyediaan kertas cadangan penyelidikan ini, pengkaji telah mengenalpasti tahap kebolehan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pengkaji merasa amat susah dan payah untuk menyiapkan kertas cadangan penyelidikan ini dalam masa yang singkat. Namun begitu, pengkaji berusaha sehabis yang mungkin untuk menyiapkan mengikut waktu dan tarikh yang telah ditetapkan. Pengkaji menyeru diri agar sentiasa fokus dengan setiap perkara yang dihadapi sepanjang tempoh menghasilkan kertas cadangan penyelidikan ini.

Selain itu, pengkaji juga telah mendidik diri untuk menjadi seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi. Hal ini kerana, sekiranya tiada motivasi dalam diri pengkaji sudah tentu kertas cadangan penyelidikan ini tidak akan siap dan lengkap sepenuhnya. Motivasi dalam diri sangat penting kerana ia memainkan peranan yang dapat meningkatkan semangat yang kuat agar sentiasa tenang, sabar dan tabah dalam diri pengkaji.

Seterusnya, pengkaji juga telah melatih diri untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan tinggi disamping menjadi insan yang rajin berusaha. Melalui kajian tindakan yang akan dilakukan, ia memerlukan bahan ilmiah serta rujukan yang banyak. Oleh itu, pengkaji perlu mencari bahan-bahan ilmiah tersebut seperti buku dan juga jurnal untuk diguna pakai sebagai salah satu bahan dan input yang dapat memberikan ilmu yang diperlukan serta mengukuhkan kajian yang akan dijalankan kelak. Oleh hal demikian, pengkaji telah terdidik membawa diri untuk selalu berkunjung ke gedung ilmu yang sebelum ini kurang kesedaran diri tentang pentingnya berkunjung ke perpustakaan yang juga dikenali sebagai gedung ilmu.

Pengalaman semasa dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan ini, pengkaji melatih diri untuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan jujur. Sifat ini lahir dalam diri pengkaji sepanjang menjalankan penyediaan kertas cadangan penyelidikan agar segala perkara, maklumat mahupun data yang diperolehi adalah daripada hasil titik peluh pengkaji sendiri. Keadaan ini juga melahirkan rasa kepuasan dalam diri pengkaji apabila sesuatu perkara yang dihasilkan itu adalah atas usaha sendiri.

Seterusnya, melalui kajian tindakan ini, pengkaji juga telah banyak memperoleh ilmu, dapatan mahupun perkara baharu yang belum pernah dipelajari dan dilalui sebelum ini. Ini adalah merupakan pengalaman baharu yang dapat merangsang pemikiran, nilai kendiri serta sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri pendidik untuk menjadi insan yang dapat menyumbangkan dan menyalurkan khidmat kepada negara khususnya dalam bidang pendidikan pada suatu hari kelak..

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan semasa menyediakan kertas cadangan penyelidikan ini. Antaranya, kekangan masa yang diberikan kepada pengkaji adalah sangat terhad dan tidak mencukupi. Tempoh masa yang singkat ini melahirkan rasa ragu-ragu serta ketidakpastian serta ketidak puasan yang tinggi dalam diri pengkaji untuk membuat kertas cadangan penyelidikan dengan lebih baik lagi, lebih terperinci dan lebih teratur.Selain itu, pengetahuan pengkaji tentang penyelidikan kajian tindakan ini juga kurang memuaskan. Hal ini demikian kerana, tiada satu taklimat yang spesifik mengenai maklumat yang perlu diisi dalam setiap perkara yang diinginkan. Oleh hal yang demikian, pengkaji keliru, kurang faham tentang perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kertas cadangan penyelidikan ini.

Sebagai cadangan penambahbaikan, pengkaji berharap agar di masa akan datang, tempoh masa kertas cadangan penyelidikan diberikan dalam tempoh masa yang sesuai mengikut kehendak perkara yang terkandung di dalam kertas cadangan penyelidikan. Selain itu, pengkaji juga berharap agar sebuah taklimat khusus mengenai perkara-perkara yang diperlukan di dalam kertas cadangan penyelidikan dilaksanakan secara spesifik dan lebih terperinci.

5.3 Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam kajian

1