2
ANTARA KUALITI DAN KUANTITI Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Selaku khalifah atau pengurus kepada urusan di atas dunia ini, manusia akan berhadapan dengan pelbagai tugas seharian yang diamanahkan kepadanya. Tugas yang dipertanggungjawabkan itu pula tidak sama di antara satu sama lain. Ada yang berat dan ada yang ringan namun ia hanya pada mata pandangan sesama manusia sebaliknya pada mata pandangan Allah ianya sesuai dengan kemampuan seseorang secara fizikal dan spritual. Walau apa pun tugas yang dipikul, semuanya mengandungi satu tujuan yang sama iaitu untuk dinilai oleh Sang Pencipta siapakah yang melaksanakan sesuatu tugas itu dengan lebih terbaik dan sempurna. Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: “Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2) TUGAS MANUSIA Ulama menyebutkan bahawa tugas kita selaku manusia di atas muka bumi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama tugas kita adalah selaku hamba Allah s.w.t yang mana terpikul di belakang bahu kita untuk tunduk patuh kepada setiap apa yang diperintahkan oleh Nya. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t sebagaimana berikut: Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Surah adz-Zariyat: 56) Tugas yang kedua pula adalah selaku khalifah atau pengurus kepada urusan-urusan di dunia ini yang mana tidak layak dipikul oleh makhluk lain melainkan hanya manusia. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t: Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah: 30) Perlu difahami bahawa kedua-dua tugas ini telah dan sedang kita pikul saat ini oleh kerana ianya tiada berpisah di antara satu sama lain dan tidak dapat ditolak oleh sesiapa yang bergelar manusia. Bagaimana mungkin untuk kita menyangkalnya sedangkan ia telah termaktub di dalam perlembagaan al-Quran yang mulia selama-lamanya. Oleh yang demikian, persoalan yang lebih relevan untuk kita ajukan adalah bagaimana kedua- dua tugas ini dapat kita pikul dengan sebaiknya sebelum kita dijemput menghadap Yang Maha Esa? KONFLIK YANG BERGELAR MANUSIA Sering kali kita terdengar, bahawa dalam melaksanakan tugas ibadah atau pun khalifah, perlu kita memaksimumkan aktiviti yang dilakukan. Jika tidak kita akan ketinggalan daripada orang lain dan akan menjadi generasi yang tiada wawan dalam nilai pekerjaan. Sebagai contoh jika mahu dinobat sebagai pekerja cemerlang dalam sesebuah jabatan atau persatuan maka perlu berkejar ke sana sini mencari kerja yang kadang-kadang diluar skop kerja demi semata-mata meraih perhatian dan sokongan pihak yang berkenaan. Akhirnya, ada yang mendapat apa yang diidamkan namun tiada ketenangan dan yang lebih malang hanya penat berpanjangan tanpa berbalas penghargaan. BIL. 27/ 20 September 2013 - 14 Zulkaedah 1434

ANTARA KUALITI DAN KUANTITI Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim …masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 27.pdfTugas yang kedua pula adalah selaku khalifah atau pengurus kepada urusan-urusan

Embed Size (px)

Citation preview

ANTARA KUALITI DAN KUANTITI

Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam),

Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Selaku khalifah atau pengurus kepada urusan di atas dunia ini, manusia akan berhadapan dengan pelbagai tugas seharian yang diamanahkan kepadanya. Tugas yang dipertanggungjawabkan itu pula tidak sama di antara satu sama lain. Ada yang berat dan ada yang ringan namun ia hanya pada mata pandangan sesama manusia

sebaliknya pada mata pandangan Allah ianya sesuai dengan kemampuan seseorang secara fizikal dan spritual. Walau apa pun tugas yang dipikul, semuanya mengandungi satu tujuan yang sama iaitu untuk dinilai oleh Sang Pencipta siapakah yang melaksanakan sesuatu tugas itu dengan lebih terbaik dan sempurna. Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: “Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2) TUGAS MANUSIA Ulama menyebutkan bahawa tugas kita selaku manusia di atas muka bumi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama tugas kita adalah selaku hamba Allah s.w.t yang mana terpikul di belakang bahu kita untuk tunduk patuh kepada setiap apa yang diperintahkan oleh Nya. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t sebagaimana berikut: Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Surah adz-Zariyat: 56) Tugas yang kedua pula adalah selaku khalifah atau pengurus kepada urusan-urusan di dunia ini yang mana tidak layak dipikul oleh makhluk lain melainkan hanya manusia. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t: Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah: 30) Perlu difahami bahawa kedua-dua tugas ini telah dan sedang kita pikul saat ini oleh kerana ianya tiada berpisah di antara satu sama lain dan tidak dapat ditolak oleh sesiapa yang bergelar manusia. Bagaimana mungkin untuk kita menyangkalnya sedangkan ia telah termaktub di dalam perlembagaan al-Quran yang mulia selama-lamanya. Oleh yang demikian, persoalan yang lebih relevan untuk kita ajukan adalah bagaimana kedua-dua tugas ini dapat kita pikul dengan sebaiknya sebelum kita dijemput menghadap Yang Maha Esa? KONFLIK YANG BERGELAR MANUSIA Sering kali kita terdengar, bahawa dalam melaksanakan tugas ibadah atau pun khalifah, perlu kita memaksimumkan aktiviti yang dilakukan. Jika tidak kita akan ketinggalan daripada orang lain dan akan menjadi generasi yang tiada wawan dalam nilai pekerjaan. Sebagai contoh jika mahu dinobat sebagai pekerja cemerlang dalam sesebuah jabatan atau persatuan maka perlu berkejar ke sana sini mencari kerja yang kadang-kadang diluar skop kerja demi semata-mata meraih perhatian dan sokongan pihak yang berkenaan. Akhirnya, ada yang mendapat apa yang diidamkan namun tiada ketenangan dan yang lebih malang hanya penat berpanjangan tanpa berbalas penghargaan.

BIL. 27/ 20 September 2013 - 14 Zulkaedah 1434

Begitu juga dalam soal ibadah, untuk mendekatkan diri kepada yang Esa perlu perbanyakkan zikir setiap masa, solat sunat berpuluh rakaat di malam harinya dan i’tikaf di dalam masjid berjam-jam lamanya. Natijahnya, ada yang mengakui sudah mencapai maqam sehingga meninggalkan kefarduan dan tidak kurang juga ada yang menjadi pembawa imej songsang kepada sebuah agama yang lurus bernama Islam. KUALITI SEBAGAI PRIORITI Sebenarnya, di dalam Islam kuantiti sesuatu pekerjaan atau ibadah bukanlah sebagai satu kemestian bahkan ianya hanyalah penambah kekuatan kepada asas kekuatan yang sedia ada. Apakah asas kekuatan yang dimaksudkan? Ianya terletak kepada sejauh mana ketekunan, keikhlasan dan juga istiqamahnya kita dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan. Ringkas kata ianya adalah terangkum dalam satu perkataan yang disebut sebagai KUALITI. Menurut ulama tafsir, prinsip ini jelas sebagaimana ayat Allah s.w.t yang dinyatakan di awal tadi di dalam surah al-Mulk bahawa Allah ingin melihat siapakah di antara manusia yang diberikan amanah tanggungjawab di dunia ini dapat melaksanakannya dengan “ أحسن عمال ” iaitu dengan penuh ikhlas dan betul sebagaimana yang dikehendaki agama Islam. Sabda Nabi s.a.w:

إن هللا یحب إذا عمل أحدكم عمال أن یتقنھMaksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan penuh ketekunan.” (Riwayat Tabrani) Para ulama hadis menafsirkan perkataan “ أن یتقنھ ” adalah bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sesempurna yang mungkin dengan menurut peraturan dan batasan yang telah ditetapkan agama Islam. Nabi s.a.w selanjutnya menerangkan bahawa sesuatu pekerjaan atau ibadah juga diukur tahap kecemerlangannya berdasarkan konsisten atau berterusan pelaksanaannya dibuat walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit. Sabda Nabi s.a.w:

أحب األعمال إلى هللا تعالى أدومھا وإن قلMaksudnya: “ Amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t adalah yang berterusan (konsisten) walaupun ianya sedikit.” (Riwayat Muslim) BETULKAN MINDSET KITA Demikianlah ukuran nilai yang sepatutnya diutamakan dalam setiap pekerjaan atau ibadah menurut Islam. Jika kita hanya menumpukan kepada kuantiti semata-mata tanpa menghiraukan kualiti kerja yang dipersembahkan ianya tidak bermakna. Ianya seumpama kita hendak memenuhkan satu bekas air yang kebocoran. Mana mungkin air akan memenuhi bekas tersebut jika tempat yang bocor itu tidak ditampal terlebih dahulu. Justeru pastikan tampalan kualiti kita pada setiap amalan benar-benar kemas, insya-Allah berapa banyak kuantiti air hendak diisi kemudian tiada masalah.

Terbitan : Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

MAKLUMAN! Makalah Dakwah adalah suatu penulisan ringkas berbentuk ilmiah yang diterbitkan dua minggu sekali di bawah Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman. Makalah Dakwah boleh didapati pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengikut kalendar Masehi di dewan solat muslimin dan muslimat. Sebarang teguran daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan bagi menambah baik pengurusan pengimarahan masjid.

MAKALAH DAKWAH دعوة ة ال مقال