Upload
muhammad-rasyid
View
184
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BAHAGIAN 1: PENGERTIAN DAN PENGENALAN KEPADA SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH.
A. Pendahuluan
Sukatan pelajaran adalah dokumen yang penting bagi seseorang
guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru yang profesional
harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati isi kandungan
sukatan pelajaran. Selain memperlengkapkan diri dengan persiapan lain
seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau ‘subject matter’ yang
ingin diajarkan, serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan
pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran perlu juga berada dalam
keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan
dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan
dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan. Oleh itu, guru
perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis
perubahan kendungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian
berdasarkan perubahan tersebut. Berasaskan kefahaman dan analisis
tentang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru
merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran
mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran
dan pengurusan sumber dan bahan.
B. Definisi Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran adalah dokumen yang menyatakan kendungan
yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu.
Sukatan pelajaran berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, objektif,
kemahiran dna penerangan tentang cara penilaian.
Amalan kurikulum berbez-beza dari sesebuah negara dengan negara
yang lain. Dalam amalan kurikulum di Malaysia, diselaraskan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
merangkumi pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua
1
dokumen penting yang saling melengkapi yang dibangunkan iaitu sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
C. Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran sebagai dokumen induk, mewakili keperluan
kurikulum bagi suatu peringkat persekolahan. Oleh itu, dua sukatan
pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di Pusat Perkembagan Kurikulum
PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah
menengah. Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkumi Tahap Satu dan
Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan kelas peralihan.
D. Huraian Sukatan Pelajaran
Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang
memperincikan kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran
disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan dibezakan antara Huraian
Sukatan Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
2
BAHAGIAN 2: ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
A. Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah dimuatkan
dalam dokumen sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Organisasi kandungan kurikulum, sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran merujuk kerangka utama dokumen berkenaan, setiap satu,
dengan kerangka yang tertentu. Oraganisasi Kurikulum Bahasa Melayu
sekolah Rendah adalah seperti berikut;
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah diorganisasi
seperti:
1. Matlamat dan objekti Pendidikan Bahas Melayu Sekolah Rendah.
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)
a. Kemahiran bahasa
b. Hasil pembelajaran
c. Sistem bahasa
d. Pengisian kurikulum
3. Hasil pembelajaran (senarai hasil pembelajaran bagi ketiga-tiga
bidang penguasaan bahasa)
4. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
5. Pengisian kurikulum (penerangan lanjut)
B. Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Terdapat enam buah buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah yang disediakan. Iaitu khusus bagi setiap tahun Aatu
hingga tahun Enam. Kesemua Huraian Sukatan Pelajaran ini berbeza dari
beberapa aspek iaitu;
i. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tahun.
ii. Huraian Hasil Pembelajaran.
3
iii. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber (sejajar dengan
pernyataan huriaan sukatan pembelajaran)
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seperti berikut;
1. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah, dan
Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengikut
tingkatan.
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)
a. Kemahiran Bahasa
b. Hasil Pembelajaran
c. Sistem Bahasa
d. Pengisian Kurikulum
3. Penerangan tentang Hasil Pembelajaran
a. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)
b. Huraian Hasil Pembelajaran
c. Cadangan Aktiviti/Nota
4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sistem Bahasa
6. Pengisian Kurikulum
7. Hasil Pembelajaran (kandungan). Bahagian ini dipersembahkan
dalam tiga lajur, iaitu hasil pembelajaran utama dan khusus dalam
lajur 1, Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur 2, dan catatan dan
nota dalam jalur 3.
4
BAHAGIAN 3: MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
A. Matlamat
Matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi
bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan
urusan harian.
B. Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Objektif kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah telah digariskan
daripada matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah adalah seperti berikut, dimana pada akhir
pengajajaran dan pembelajaran murid akan dapat;
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta
menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan
situasi formal.
ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul dalam pelbagai situasi
iii. Berbincang dan berkongsi pandapat untuk menyelesaikan
masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan
tentang sesuatu perkara.
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan arahan berunsurkan
pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang
sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu dan memproses
maklumat secara kritis.
v. Memupuk minat membaca sebagai amalan ke arah membina
budaya pembelajaran berterusan.
vi. Memeperkembangkan kekuatan imiginasi, kreativiti, pemikiran
kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,
membaca dan menulis
5
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif
dan berunsurkan pengetahuan meggunakan kemahiran
menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
viii. Menggunakan bahasa baku dengan betul yang meliputi ejaan,
kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
ix. Menghargai dan mengahyati keindahan bahasa melalui karya
sastera dan karya berunsurkan ilmu; dan menghayati dan
mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patrotisme
dan perasaan cinta akan negara.
6
Organisasi Kandungan
Kemahiran Bahasa
Hasil Pembelajaran
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum
BAHAGIAN 4: ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan
memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kepada Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil
Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan
disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Berikut adalah gambaran
mengenai pengisian di dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
RAJAH 4.1: Unsur-unsur dalam organisasi kandungan
Perincian Organisasai Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah diterangkan seperti dibawah;
7
Kemahiran Bahasa
Kemahiran menulis
1. Kemahiran Bahasa
kemahiran bahasa Melayu sekolah rendah ialah kemahiran asas
berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum memasuki sekolah
menengah. (Marzuki Nyak Abdullah, 1994). Kemahiran ini juga merangkumi
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir yang amat penting untuk
membolehkan murid-murid memperoleh serta menggunakan ilmu
pengetahuan.
Kemahiran ini telah disusun mengikut hirerarki aras kesukaran.
Kemahiran yang mudah didahulikan dan diikuti oleh kemahiran kesukaran
yang lebih sukar. Senarai kemahiran juga boleh digunakan sebagai senarai
semak yang dapat membantu guru-guru mengesan kemajuan murid-
muridnya untuk tindakan susulan yang
sewajarnya
RAJAH 4.2 : Elemen utama kemahiran bahasa
8
Kemahiran mendengar
Kemahiran membaca
Kemahiran bertutur
Lisan
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (LISAN)
1.0 berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. (1.1 – 1.6)
1.1. Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan muid
mendengar dengan teliti memahami perkata yang didengar dalam
pebagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan
maklumbalas.
1.2. Kemahiran bertutur
Merupakan kemahiran keupayaan murid berbual untuk
menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang sesuai.
9
2.0 bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengari, ditonton, dibaca
dan dialami. (2.1 – 2.2)
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehiduan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
RAJAH 4.3 : Komponen utama kemahiran lisan
10
3.0 Menyampaikan maklumat pengucapan yang mudah, betul,
menartik dan berkesan. (3.1 – 3.3)
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang
relevan secara bertatasusila. (4.1 – 4.4)
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya
dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak
formal
1.2 Bertanya dan menjawab tentang
sesuatu pekara secara bertatasusila.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan menyakinkan dengan
menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk
menguatkan permintaan
RAJAH 4.4 : Unsur-unsur kemahiran lisan 1.0
11
1.5 Memberikan pejelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat
yang sesuai.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahiran semasa menjalankan transaksi untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan
2.0 bercerita dan melaporkan sesuatu
perkara yang didengari, ditonton, dibaca dan
dialami.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas
RAJAH 4.5 : Unsur-unsur kemahiran lisan 2.0
12
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan
tepat.
3.0 Menyampaikan maklumat pengucapan
yang mudah, betul, menartik dan berkesan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti terancang
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan
RAJAH 4.6 : Unsur-unsur kemahiran lisan 3.0
13
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkata atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat, dan laras bahasa yang sesuai
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan
secara bertatasusila.
4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat, dan tersusun.
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menerangkan pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai
secara sopan.
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain
4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pendapat dalam perundingan
untuk mencapai kata sepakat.
RAJAH 4.7 : Unsur-unsur kemahiran lisan 4.0
1.3. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid
membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda
yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman
dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca. Antara kemahiran
membaca yang ditekankan ialah;
14
komponen Kemahiran Membaca
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
RAJAH 4.8 : Komponen utama kemahiran membaca
RAJAH 4.9 : Unsur-unsur kemahiran membaca 5.0
15
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang
5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca
16
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termaksuk maklumat daripada intenet.
6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
6.5 Membaca pantas secara imbasan untk mendapatkan maklumat khusus
6.6 Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan.
RAJAH 4.10 : Unsur-unsur kemahiran membaca 6.0
RAJAH 4.11 : Unsur-unsur kemahiran membaca 7.0
17
7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.2 Membaca dan mengenalpasti perkataan pelbagai ayuat, dan gaya
bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera
7.1 Membaca dna menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
dan tersirat
7.3 Membaca dna menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca
KEMAHIRAN MENULIS
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
10.0 Menghasilkan penulisan kreafif dan bukan kreatif.
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengari, ditonton, dan dibaca.
1.4. Kemahiran menulis.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dialui dengan menggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan imaginatif.
18
RAJAH 4.12 : Komponen utama kemahiran lisan
19
RAJAH 4.13 : Unsur-unsur kemahiran lisan 8.0
20
8.0 Menggunakan Pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penandawacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi
sesebuah karangan
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
RAJAH 4.14: Unsur-unsur kemahiran lisan 9.0
21
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan
9.3 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahagian yang didengari atau dibaca.
9.4 Menyusun maklumat secara kohensi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.
RAJAH 4.15 : Unsur-unsur kemahiran lisan 10.0
22
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menari, dan bermakna
10.2 Mengedit dan memeurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengari atau dibaca.
RAJAH 4.16 : Unsur-unsur kemahiran lisan 10.0
23
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengari, ditonton, atau dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan idea, ayat wacana, dan nilai pengajaran.
11.3 Mengulas sastera yang mudah secara umum dari aspek tema, dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan
pengajaran, dan gaya bahasa
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikanoleh pihak lain.
BAHAGIAN 5: HASIL PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran Utama (HPU) dan Hasil Pembelajaran Khusus
(HPK)
Hasil pembelajaran ialah set kemahiran dan kecekapan berbahasa
yang pelru dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa.
Pandangan ini sejajar dengan pandangan Skinner Skinner (1992) bahawa
pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman
pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil
pembelajaran dibina mengikut bidang kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (Zahira Abdul Aziz 2002)
Hasil pembelajaran utama (HPU) bagi setiap bidang penggunaan
bahasa adalah;
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal
2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengari,
ditonton, dibaca dan dialami.
3.0 Menyampaikan maklumat pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan.
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
bertatasusila.
Kemahiran Membaca
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya
pembacaan yang sesuai.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks.
7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang
dibaca.
24
Kemahiran Menulis
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
10.0 Menghasilkan penulisan kreafif dan bukan kreatif.
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengari, ditonton, dan
dibaca.
Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran Kemahiran Berbahasa
Mendengar dan Bertutur
1.0 1.1,1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6 2.0 2.1, 2.23.0 3.1, 3.2, 3.34.0 4.1, 4.2, 4.3, 4.4
Membaca5.0 5.1, 5.26.0 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.67.0 7.1, 7.2, 7.3
Menulis8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.69.0 9.1, 9.2, 9.3, 10.0 10.1, 10.2, 10.311.0 11.1, 11.2, 11.3, 11.4
(Sumber: diambil dari Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)
Jadual 5.1: Pecahan Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Khusus (HPK) pula merupakan hasil
pembelajaran sampingan bagi setiap hasil pembelajaran utama yang perlu
dikuasai oleh pelajar. contonya, terdapat tiga hasil pembelajaran khusus 3.1,
3.2, dan 3.3 perlu dikuasai murid untuk mencapai hasil pembelajaran utama
3.0. berikut merupakan huraian hasil pembelajaran bagi sukatan pelajaran
tahun 5.
3.0 Menyampaikan maklumat pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan.
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkata atau
tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang
tepat, dan laras bahasa yang sesuai.
25
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang
menyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti
terancang.
Berdasarkan taksonomi Bloom. Konsep daripada yang mudah
kepada kepada yang sukar, HPK 3.1 ialah HP yang relatifnya mudah
berbanding 3.2, dan HPK 3.3 ialah HP yang paling sukar bagi HPU 2.0.
Hsil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK),
hinggalah kepada pertanyaan yang lebih spesifik iaitu huraian hasil
pembelajaran (HSP) mempunyai implikasi pedagoginya. Dalam konteks
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran memberi
petunjuk kepada kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai
oleh guru selain membantu guru untuk memilih kandungan, kaedah, sumber
dan tatacara pengajaran serta penilaian yang releven dan berkesan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Huraian hasil pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah lebih
mengutamakan penguasaan murid terhadap sesuatu HPK. Oleh itu, bagi
setiap HPK telah diperincikan kepada tiga pernyataan aras pembelajaran
samada aras asas (Aras 1), aras sederhana (Aras 2), dan aras tinggi (Aras
3). Berikut merupakan contoh bagi huraian hasil pembelajaran dari aras 1,2
dan 3 bagi HPU 3.0 Huraian Sukatan Pelajaran Baahasa Melayu Tahun 6,
dan lihat pertalian antara HPK dan HHP.
26
27
Huraian Hasil PembelajaranAras 1
i. Mengkategorikan isi penting berdasarkan
topik.
ii. Mengemukakan isi yang diperoleh
dengan jelas.
Aras 2
i. Menganalisis data berdasarka sesuatu
perkara.
ii. Menyusun dan menyampaikan maklumat
dengan menggunakan laras bahasa yang
sesuai.
Aras 3
i. Mensintesis data yang diperoleh
berdasarkan sesuatu perkara.
ii. Membentangkan kesimpulan
berdasarkan perkara yang diteliti dengan
menggunakan laras bahasa secara tepat
dan padat.
HPK 3.1
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Menghubungkaitkan sebab dan akibat
dengan member ikan alasan yang
rasional.
Aras 2
i. Mengembangkan idea berdasarkan
dapatan dengan mengemukakan bukti
yang sahih.
Aras 3
i. Mengulas fakta tentang sesuatu topik
dengan mengemukakan bukti yang wajar.
HPK 3.2
RAJAH 5.2 : Aras pembelajaran bagi Hasil Pembelajaran Khusus
28
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Memilih dan membentangkan hujah yang
bernas dengan intonasi, sebutan dan
gaya bersahaja.
ii. Membidas hujah dengan alasan yang
kukuh menggunakan kesantunan
bahasa.
Aras 2
i. Menyampaikan pengucapan umum
tentang sesuatu tajuk dengan
menggunakan diksi, ayat, sebutan,
intonasi dan gaya yang sesuai.
Aras 3
i. Melahirkan perasaan dengan
menggunakan diksi, ayat dan unsur
paralinguistik secara meyakinkan.
HPK 3.3
BAHAGIAN 6 : STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam menjayakan isi pembelajaran guru harus mahir menggunakan
ilmu pedagoginya untuk menyampaikan isi pelajaran. Huraian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu menggariskan strategi pengajaran dan
pembelajaran berikut yang perlu diamalkan dan dilaksanakan;
RAJAH 6.1 : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
29
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan Berpusatkan
Murid
Kepelbagaian Pendekatan, Kaedah
Serta Teknik
Kepelbagaian Sumber dan Bahan
Penggunaan Tatabahasa Yang
Sesuai
Pengajaran Dan Pembelajaran
Bertema
Bacaan Luas
Penggabungjalingan Antara Kemahiran
Penyerapan
Penilaian
Pemulihan
Pengayaan
a. Pendekatan berpusatkan murid menggalakkan interaksi dan
penguasaan kemahiran melalui pengalaman sendiri serta memberi
peluang untuk maju mengikut kadar keupayan mereka sendiri
b. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin
dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan pengolahannya.
c. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majalah, kamus,
bahan dari internet, perisian kursus, bahan sastera dan bukan
sastera, bahan pelbagai disiplin, bacaan luas serta penggunaan
pusat sumber dan komputer.
d. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang,
penggunaan aspek tatabahasa dalam pelbagai konteks dan kegiatan
bahasa yang bermakna.
e. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang ilmu, hal
persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa dirancang
supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa, pembelajaran
tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadukan dan
dikukuhkan.
f. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan ahan ilmiah dan
bahan sastera untuk meningkatkan daya berfikiran minat ingin terus
membaca.
g. Penggabungjalinan antara dua atau lebih kemahiran bahasa, serta
hasil pembelajaran dengan sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus
mengenalpasti sekurang-kurangnya dua hasil pembelajaran bagi
setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus
utama, dan selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan
tatabahasa dan kosa kaata perlu dilaksanakan dalam setiap waktu
pengajaran.
h. Penyerapan pelbagai ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran berfikir perlu diserapkan
dalam setiap waktu pengajaran Bahasa Melayu.
i. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk
menentukan pencapaian hasil pembelajaran dan objektif pengajaran
30
dan pembelajaran, serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu
diambil misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan.
j. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil
pembelajaran yang belum dicapai mengikut kadar kemampuan murid
k. Pengayaan perlu diberikan bagi murid yang menguasai hasil
pembelajaran lebih awal daripada jangka masa yang ditetapkan
melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.
31
BAHAGIAN 7 : SISTEM BAHASA
Sistem bahasa di dalam kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
lebih berfokuskan pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, dan peribahasa.
32
Sistem Bahasa
Tatabahasa
Sistem Ejaan
Sebutan dan Intonasi Kosa Kata
Peribahasa
RAJAH 7.1 : Unsur-unsur sistem bahasa
1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan
diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa.
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
33
RAJAH 7.2 : Elemen dalam tatabahasa
a. Morfologi
Merujuk kepada bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk kata, dan golongan kata. struktur kata ialah susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
34
Tatabahasa
Morfologi
Strukutur kata
Bentuk Kata
Bentuk Kata
Proses Pembentukan
Kata
Sintaksis
Bentuk Ayat
Struktur Ayat
Binaan Ayat
Sistem Ejaan
Pola Keselarasan
Vokal
Ejaan Kata Pinjaman
Ejaan Kata Dasar dan Terbitan
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sanma ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
bedasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:
i. Strukutur kata merujuk kepada suku kata bagi;
- Kata asli bahasa Melayu.
- kata pinjaman bahasa Melayu.
ii. Bentuk kata terdiri daripada;
- Kata tunggal
- Kata terbitan
- Kata ganda
- Kata majmuk
iii. Golongan kata terdiri daripada;
- kata nama
- kata kerja
- kata adjektif
- kata tugas
iv. Proses pembentukan kata meliputi;
- Pengimbuhan
- Penggandaan
- pemajmukan
b. Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan biunaan atau konstruksi ayat. ini bermakna, bidang
sintaksis ialah kajian tentang hukuman atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang
diberi tumpuan adalah;
i. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan
aspek pembinaan serta pembahagian subjek dan predikat
ii. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan
ayat seruan
35
iii. Ragam ayat iaitu ayat aktif, dan ayat pasif
iv. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat;
- ayat dasar
- ayat tunggal
- ayat terbitan atau ayat majmuk
vi. Proses penerbitan ayat;
- konsep ayat terbitan
- proses pengguran
- proses penyusunan semula
- proses peluasan
c. Sistem Ejaan
Perkara yang diberikan tekanan;
i. Pola keselarasan huruf vokal
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
2.0 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.
Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan
36
membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya dapat
menyampaikan maksud dengan tepat.
i. Sebutan
Sebutan diajarkan seupaya murid dapat menyebut sesuatu
kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan
disekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
ii. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu yang betulk hendaklah
diajarkanmengikut pola yang berikut;
- Ayat penyata
- Ayat tanya
- Ayat perintah
- Ayat seruan
- Ayat terbalik atau sonsang
- Ayat aktif
- Ayat pasif
3.0 Kosa Kata
Kosa kata terditri daripada kata umum dan istilkah. penguasaan kosa
kata perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan agar murid dapat
mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan
pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.
4.0 Peribahasa
Peribahasa yang meragkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dala
pendidikan Bahasa Melayu. pemilihan peribahasa hendaklah
mengutamakan falsafah, keperibadian dan bilai murni masyarakat.
Peribahasa boleh dikenali sebagai bahasa idiomatis iaitu bahasa yang
menggunakan idom dalam suatu bahasa. Idom tersebut terdiri daripada
frasa, klausa atau ayat yang mempunyai makna yang tersirat. ( Abd
Aziz, 2000).
37
RAJAH 7.3 : Elemen dalam peribahasa
BAHAGIAN 8 : PENGISIAN KURIKULUM
Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperolehi daripada
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kurikulum semakan
menggariskan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai yang harus
38
Peribahasa
Simpulan Bahasa
Perempumaan
Pepatah
Bidalan
Perbilangan
Kata-kata Hikmat
dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam pengisian
kurikulum. Terdapat beberapa pernyataan hasil pembelajaran secara
tersurat memperlihatkan penekanan elemen pengisian kurikulum yang
khusus. Walaubagaimanapun, sekiranya mana-mana elemen tersebut tidak
dinyatakan dalam huraian pelajaran, penyerapan pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Terdapat lima elemen pengisian kurikulum dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, iaitu;
RAJAH 8.1 : Unsur-unsur pengisian kurikulum
A. ILMU
Pengintegrasian isi atau kemahiran khusus mata pelajaran dan
disiplin lain dalam pendidikan Bahasa Melayu, contohnya ilmu dalam
bidang sains, dan geografi yang dapat digunakan untuk
39
PENGISIAN KURIKULUMIlmu Nilai MurniKewarganegaraanPeraturan SosiobudayaKemahiran Bernilai Tambah
memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu juga
termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.
B. Nilai
Guru perlu menyerapkan unsur nilai-nilai murni dalam pendidikan
bahasa melayu untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak
mulia. Selain itu penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus
dipupuk. Antara nilai murni yang perlu dipupuk dalam diri pelajar (Mohd Isa
bin Abd Razak, 2008);
1. Baik Hati … sikap mengambil berat terhadap perasaan dan
kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan
menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
2. Berdikari … kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu
tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui
rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan
yakin pada diri sendiri.
3. Hemah Tinggi … budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan
lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat
yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan
diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati… menghargai dan memuliakan
seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan
yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu
bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan
pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan
40
negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai
maruah dirI.
5. Kasih Sayang … perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela
terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam
sekitar, negara dan keamanan.
6. Keadilan … perlakuan, pertuturan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.
7. Kebebasan … dapat melakukan sesuatu tanpa batasan
asalkan kebebasan itu tertakluk pada peraturan dan undang-
undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui
kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam
sistem demokrasi.
8. Keberanian … kesanggupan seseorang untuk menghadapi
cabaran dengan yakin dan tabah hati; termasuk berani tanpa
membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan
pendirian, dan berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental … kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan,
pemikiran dan amalan kerohanian.
10.Kejujuran … sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat
baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang
balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.
11.Kerajinan … usaha secara berterusan yang penuh dengan
semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu
perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi,
gigih dan tekun.
41
12.Kerjasama … usaha yang baik dan membina yang dilakukan
secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti,
masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat;
termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-
royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13.Kesederhanaan … sikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan
nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam
mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang
lain.
14.Kesyukuran … perasaan dan perlakuan yang dilahirkan
secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh;
termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai
seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada
Tuhan.
15.Patriotisme … semangat cinta akan negara, taat setia kepada
raja dan sanggup berkorban demi negara.
16.Rasional … dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar
tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat
pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.
17.Semangat Bermasyarakat … kesediaan melakukan sesuatu
berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan
dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.
42
RAJAH 8.2 : Nilai murni dalam pengajaran bahasa Melayu
C. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patrotisme dan kewarganegaraan dalam
pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan oemupukan semangat
cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini
43
Baik Hati Berdikari Hemah Tinggi
Hormat Menghormati Kasih Sayang Keadilan
Kebebasan KeberanianKebersihan Fizikal dan
Mental
Kejujuran Kerajinan Kerjasama
Kesederhanaan Kesyukuran Patriotisme
Rasional Semangat Bermasyarakat
bertujuan untukmelahirkan warganegara yang baik dan meningkakan
komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
D. Peraturan sosiobudaya
Peraturan budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi
kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan
dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini
mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
RAJAH 8.3 : Komponen Peraturan Sosiobudaya
E. Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan
penekan dan gaya pembelajaran berikut;
44
Peraturan Sosiobudaya
Peribahasa
Laras Bahasa
Kesantunan Bahasa
1. Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir di ajarkan kepada murid-murid melalui
soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan
kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi
mengkonsepkan idea, menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan
harian dan kerjaya murid pada masa depan.
2. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu
diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
menghantar dan menerima email. Menggunakan aplikasi
perisian dalam menyiapkan tugasan harian adalah satu
perkara yang perlu di titikberatkan . Mengakses maklumat
menggunakan internet adalah satu cara untuk
menyerapkan budaya celik IT dalam kalangan murid-murid
dan memudahkan murid dalam mencari sebarang
maklumat
3. Kemahiran belajar cara belajar
kemahiran belajar cara belajar merupakan satu
kemahiran yang perlu diajarkan oleh guru kepada murid –
murid. Kemahiran ini penting supaya mereka lebih peka
terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan
kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia
yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran
seumur hidup.
4. Kajian masa depan
Kajian masa depan juga merupakan satu pendekatan
pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa
45
lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid
dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat
manfaat yang semaksimum yang mingkin.
5. Kecerdasan pelbagai
kecerdasan pelbagai merengkumi kecerdasan; verbal -
linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual ruang,
interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. oleh itu, guru
perlu mengembagkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
minat dan kencederungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
6. Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk
belajar sepanjang hayat.
7. Pembelajaran konstektual.
Pembelajaran konstektual ialah kaedah pembelajaran
yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
individu, masyarkat dan alam pekerjaan. Pembelajaran
konstektual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai
secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna
dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.
46
Bagi menyerapkan eleman di atas di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan, pertimbangan pedagogi perlu dibuat bagi
menyesuaikan hasil pembelajaran dengan manan-mana elemen tersebut.
RAJAH 8.4 : Komponen Kemahiran Bernilai Tambah
47
Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Konstektual Kajian Masa Depan
Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Kemahiran Belajar cara Belajar
Kecerdasan Pelbagai Emosi
Pembelajaran Konstruktivisme
Kesimpulan
Guru perlu menganalisis semula kandungan kurikulum, sukatan dan
huraian sukatan pelajaran supaya mereKa dapat melaksanakan tugas
mengajar dengan sebaiknya nmengikut matlamat, objektif an ketetapan
yang dibuat. Setelah memahami kandungan sukatan pelajaran, tugas yang
lebih berat ialah penyediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian,
seterusnya perlaksanaan sebenar projek pengjaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Di sinilah pengetahuan kurikulkum, ilmu tentang bahasa Melayu,
strategi pengajaran berkesan dan kecintaaan kepada tugas mengajar
dipersatukan Bagi memastikan muridlah yang pada akhirnya mendapat
sesuatu yang terbaik daripada pengajaran yang ditawarkan oleh guru serta
pengalaman pendidikan yang dilalui olehnya.
48