18
1 Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri Selangor Abd Ganing Laengkang e-mel: [email protected] Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Lakuan bahasa ialah kajian tindakan-tindakan dalam komunikasi. Setiap ayat yang dituturkan mengandungi tindakan, seperti berjanji, menggesa, menasihati, menegaskan, melaporkan, menyimpulkan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis lakuan bahasa terhadap teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan kerangka teori yang diperkenalkan oleh Bach dan Harnihs. Walau bagaimanapun, pengkaji akan menyesuaikan kerangka teori tersebut dengan data kajian yang berbahasa Melayu. Enam teks khutbah Jumaat yang dibacakan pada tahun 2018 dipilih untuk dianalisis, iaitu dua teks pada bulan Februari, dua teks pada bulan Mac dan dua teks pada bulan April. Berdasarkan analisis, kajian ini mendapati tiga kategori lakuan dan 13 subkategori lakuan. Jumlah keseluruhan kekerapan adalah sebanyak 341 kali. Antara lakuan bahasa yang paling kerap ialah lakuan bahasa nasihat (83), lakuan deskriptif (61), lakuan makluman (42) dan lakuan penegasan (41). Lakuan bahasa yang lain tidak dominan kerana kekerapannya hanya antara 3 hingga19. Kajian ini menunjukkan bahawa khutbah Jummat bersifat nasihat dan deskriptif. Walau bagaimanapun, pengkaji mencadangkan agar lakuan persoalan retorik perlu diperbanyak agar dapat meningkatkan daya interaksi antara khatib dengan jemaah. Hal ini penting selain memberi nasihat, khutbah Jummat juga perlu mengajak jemaah berfikir melalui persoalan retorik yang dibangkitkan oleh khatib. Kata kunci: lakuan bahasa, khutbah Jumaat, nasihat, Jais, Selangor. Speech Act Analysis toward the Friday Sermon of Selangor State Government ABSTRACT Speech act is study of action in language communication. Each sentence uttered contains action, such as promise, urge, advise, firm, report, conclude, and etc. Therefore, this research will analyse speech act in the Friday sermon text, published by Selangor Islamic Religion Department (JAIS). This research will use theoretical framework of Bach and Harnish that was introduced in 1979. However, this theoretical framework is adapted with data, where the data is in Malay language. Six Friday sermon texts have been chosen to be analysed and they have been delivered in 2018, two texts in every month, from February to April. Based on the analysis, this research found that there are three category of speech act and thirteen subcategory

Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

  • Upload
    tranque

  • View
    274

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

1

Analisis Lakuan Bahasa Terhadap

Teks Khutbah Jumaat Negeri Selangor

Abd Ganing Laengkang

e-mel: [email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Lakuan bahasa ialah kajian tindakan-tindakan dalam komunikasi. Setiap ayat yang dituturkan

mengandungi tindakan, seperti berjanji, menggesa, menasihati, menegaskan, melaporkan,

menyimpulkan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis lakuan bahasa terhadap

teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Kajian ini

menggunakan kerangka teori yang diperkenalkan oleh Bach dan Harnihs. Walau

bagaimanapun, pengkaji akan menyesuaikan kerangka teori tersebut dengan data kajian yang

berbahasa Melayu. Enam teks khutbah Jumaat yang dibacakan pada tahun 2018 dipilih untuk

dianalisis, iaitu dua teks pada bulan Februari, dua teks pada bulan Mac dan dua teks pada bulan

April. Berdasarkan analisis, kajian ini mendapati tiga kategori lakuan dan 13 subkategori

lakuan. Jumlah keseluruhan kekerapan adalah sebanyak 341 kali. Antara lakuan bahasa yang

paling kerap ialah lakuan bahasa nasihat (83), lakuan deskriptif (61), lakuan makluman (42)

dan lakuan penegasan (41). Lakuan bahasa yang lain tidak dominan kerana kekerapannya

hanya antara 3 hingga19. Kajian ini menunjukkan bahawa khutbah Jummat bersifat nasihat

dan deskriptif. Walau bagaimanapun, pengkaji mencadangkan agar lakuan persoalan retorik

perlu diperbanyak agar dapat meningkatkan daya interaksi antara khatib dengan jemaah. Hal

ini penting selain memberi nasihat, khutbah Jummat juga perlu mengajak jemaah berfikir

melalui persoalan retorik yang dibangkitkan oleh khatib.

Kata kunci: lakuan bahasa, khutbah Jumaat, nasihat, Jais, Selangor.

Speech Act Analysis toward the

Friday Sermon of Selangor State Government

ABSTRACT

Speech act is study of action in language communication. Each sentence uttered contains

action, such as promise, urge, advise, firm, report, conclude, and etc. Therefore, this research

will analyse speech act in the Friday sermon text, published by Selangor Islamic Religion

Department (JAIS). This research will use theoretical framework of Bach and Harnish that was

introduced in 1979. However, this theoretical framework is adapted with data, where the data

is in Malay language. Six Friday sermon texts have been chosen to be analysed and they have

been delivered in 2018, two texts in every month, from February to April. Based on the

analysis, this research found that there are three category of speech act and thirteen subcategory

Page 2: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

2

of speech act in the texts. The total number of frequency of speech act are 341. Among the

highest frequency is advise speech act (83), follow by descriptive (61), notifiy (42), and firm

(41). Other speech act is not dominant as its frequency is ranging from 3 to 19. This research

shows that Friday sermon advise and descriptive in nature. However, this research recommends

that rhetorical question should be duplicate to increase the degree of interaction between the

speaker and listener. This is very important, other than giving advise, Friday sermon will attract

the listener to think through the rhetorical question given by khatib.

Keyword: Speech act, Friday sermon, advise, Jais, Selangor.

Received: 10 Jun 2018 Accepted: 10 Jun 2018 Online Published: 30 Jun 2018

PENGENALAN

Setiap pertuturan yang diucapkan dalam komunikasi mengandungi tindakan-tindakan tertentu.

Austin (1962) merupakan orang pertama yang melihat ayat yang dituturkan bukan sekadar

mengatakan sesuatu, sebaliknya setiap ayat yang dipertuturkan mengandungi pelbagai

tindakan. Melalui buku beliau How To Do Things With Word, Austin (1962) berpendapat setiap

kali menuturkan sesuatu, kita melakukan tiga tindakan secara serentak, iaitu lakuan lokusi,

lakuan ilokusi, dan lakuan perlokusi. Lakuan lokusi ialah melakukan sesuatu pernyataan (act

of saying something), ilokusi pula merujuk kepada lakuan niat pengucapan, manakala

perlokusi merujuk kepada kesan daripada lakuan niat pengucapan. Sebagai contoh, ayat

janganlah kamu memberi rasuah, kerana sesusungguhnya rasuah adalah haram di sisi Islam.

Secara umumnya, ayat ini mengandungi dua lakuan bahasa, iaitu lakuan larangan dan lakuan

justifikasi. Contoh lain ialah Sesungguhnya, kematian adalah pasti. Contoh ini menunjukkan

lakuan penegasan. Berdasarkan contoh tersebut, kajian ini akan mengenal pasti bentuk-bentuk

dan kekerapan lakuan bahasa yang wujud dalam teks khutbah Jumaat. Analisis lakuan bahasa

dalam khutbah Jumaat amat penting untuk dilakukan kerana ia dapat memperlihatkan bentuk-

bentuk lakuan bahasa yang mendominasi teks khutbah Jumaat.

Austin mengkategorikan lakuan bahasa kepada lima kategori, iaitu keputusan (verdictives),

penguasaan (exercitives), perjanjian (commissives), tabiat kebiasaan (behabitives) dan

tanggapan (expositives). Selepas Asutin, Searle (1969) pula tampil memperincikan dan

mengemas kini kerangka Austin, dan memperkenalkan lima kategori lakuan bahasa, iaitu

pernyataan (representatives/assertives), arahan (directives), perjanjian (commisives), ekspresif

(expressives) dan pengisytiharan (declarations). Bach dan Harnish (1979) turut membahaskan

persoalan lakuan bahasa dan memperincikan lakuan bahasa kepada empat lakuan bahasa, iaitu

pengumuman (constatives), arahan (directives), perjanjian (commisives) dan pengakuan

(acknowledgements). Walaupun ketiga-tiga kerangka teori ini berlainan dari sudut jumlah

kategori lakuan bahasa, namun perincian mereka bermula daripada lakuan ilokusi.

Page 3: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

3

Analisis lakuan bahasa di Malaysia mula mendapat perhatian oleh ahli bahasa tempatan. Di

sini pengkaji senaraikan beberapa ahli bahasa tempatan yang telah melakukan kajian lakuan

bahasa. Berdasarkan tinjauan, Ahmad Mahmud Musanif (1998) ialah ahli bahasa pertama yang

membahaskan lakuan bahasa. Namun demikian, beliau memberi tumpuan pada lakuan ayat

tanya. Menurut beliau, lakuan ayat tanya bukan sekadar bertanya, sebaliknya mempunyai

pelbagai tujuan lain, seperti melakuan permintaan. Selain itu, Zaiton Ismail (2003), Wong Shin

Shin (2007), Marlyna Maros (2008), Wan Robiah Meor Osman et.al (2010), Marlyna Maros

(2011), Zaidatul Nornis Hj Mahali (2012), Amir Juhari & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2015),

Haslinda Saad (2012), Maslida Yusof dan Karim Harun (2015), Haslinda Saad dan Ahmad

Mahmood Musanif (2014), dan kajian terkini ialah Sharifah Farah Adila Bt Syed Faizal Badrul

(2016). Mereka membahaskan pelbagai situasi atau peristiwa bahasa, seperti lakuan bahasa

dalam mesyuarat, lakuan bahasa dalam facebook, lakuan bahasa dalam karya kreatif,

wawancara dan sebagainya. Mereka juga menggunakan pelbagai kerangka teori, sama ada

kerangka teori Austin, Searle, atau Bach dan Harnish. Berdasarkan tinjauan awal ini, pengkaji

mendapati bahawa pengkaji bahasa terdahulu tidak memberi tumpuan terhadap khutbah

Jumaat. Khutbah Jumaat merupakan satu bentuk komunikasi dakwah berkala yang sangat

penting kerana ia menjadi platfom pengembangan Islam. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis

bentuk-bentuk lakuan bahasa yang wujud dalam khutbah Jumaat.

Di Malaysia, agama Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, segala

pengurusan tentang hal ehwal agama Islam adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri. Salah

satu aspek kelolaan kerajaan negeri ialah pengurusan masjid, termasuklah penyediaan teks

khutbah Jumaat. Dalam konteks kerajaan negeri Selangor, teks khutbah Jumaat dikeluarkan

oleh JAIS. Setiap masjid di seluruh negeri Selagor hendaklah membaca khutbah Jumaat

berdasarkan teks yang dikeluarkan oleh JAIS. Khutbah Jumaat adalah wajib disampaikan oleh

khatib sebelum mendirikan solat Jumaat. Lazimnya, khutbah Jumaat adalah seruan nasihat

kepada umat Islam agar sentiasa bertakwa dan beriman kepada Allah SWT. Seperti yang

disebutkan sebelum ini, pertuturan dalam komunikasi mengandungi pelbagai tindakan atau

lakuan bahasa. Persoalan yang dibangkitkan ialah apakah bentuk-bentuk lakuan bahasa yang

wujud dalam teks kutbah Jumaat. Adakah lakuan bahasa yang mendominasi teks khutbah

Jumaat adalah selari dengan konsep khutbah tersebut, iaitu syarahan yang mengadungi ajaran

Islam.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk

1. Mengenal pasti lakuan bahasa yang wujud dalam enam siri teks khutbah Jumaat negeri

Selangor.

2. Menganalisis teks khutbah Jumaat negeri Selangor menggunakan teori Bach dan Harnish

(1979).

SKOP KAJIAN DAN BAHAN KAJIAN

Page 4: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

4

Kajian ini menggunakan kerangka teori Bach dan Harnish (1979) untuk menganalisis lakuan

bahasa dalam teks khutbah Jumaat, terbitan Jabatan Agama Islam Selangor. Analisis kajian

akan tertumpu pada teks atau isi kandungan berbahasa Melayu sahaja. Dengan perkataan lain,

kajian ini tidak meneliti petikan al-Quran dan hadis dan terjemahannya yang ada dalam teks

tersebut. Petikan al-Quran dan Hadis yang wujud dalam teks tersebut hanya dianalisis sebagai

satu bentuk “tindakan memetik al-Quran dan Hadis sebagai dalil”. Kajian ini juga tidak

menganalisis format khutbah tersebut. Bahan yang dikaji juga hanya tertumpu pada tiga bulan

pada 2018, iaitu pada bulan Februari hingga April. Sebanyak enam teks khutbah Jumaat telah

dipilih untuk dianalisis, iaitu dua teks pada bulan Februari, dua teks pada bulan Mac dan dua

teks pada bulan April. Data kajian ini diakses pada 28 April 2018, dengan alamat URL http://e-

masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah. Jadual 1 berikut ialah enam teks khutbah Jumaat yang

akan dianalisis dalam kajian ini.

Jadual 1: Senarai teks khutbah Jumaat

NO TAJUK KHUTBAH TARIKH DIBACA

1 Perpaduan Menjamin Kesejahteraan 27 April 2018

2 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pegangan Kita 07 April 2018

3 Pesanan Buat Suami 23 Mac 2018

4 Teruskan Berdakwah 16 Mac 2018

5 Tuntutan Solat Berjamaah 16 Februari 2018

6 Menjauhi Fitnah Media Sosial 02 Februari 2018

KAEDAH ANALISIS DAN KERANGKA TEORI

Kajian ini bersifat kualittatif dan bersifat analisis teks. Penyelidikan ini tidak melibatkan kajian

lapangan, sebaliknya kajian kepustakaan. Data hanya diperoleh melalui kaedah muat turun

dalam laman web rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, kemudian data dianalisis

menggunakan teori Bach dan Harnish. Bach dan Harnish memperkenalkan empat kategori

lakuan bahasa, dan setiap kategori mengandungi beberapa subkategori. Dalam kajian ini,

pengkaji akan mengadaptasi dan menyesuaikan istilah-istilah yang diperkenalkan oleh Bach

dan Harnish, seperti yang dilakukan oleh Wan Robiah Meor Osman et. al (2016). Wan Robiah

et.al (2016) telah mengalisis lakuan bahasa dalam sesi kaunseling. Mereka menggunakan

kerangkan teori Bach dan Harnish dengan melakukan penyesuaian istilah-istilah berdasarkan

nilai-nilai bahasa Melayu. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa kata-kata kerja dalam

bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu mempunyai nilai dan makna yang belainan. Pengkaji

sependapat dengan mereka bahawa nilai dan makna sesuatu perkataan antara dua bahasa adalah

berlainan antara satu sama lain. Contohnya, nilai ethic dalam bahasa Inggeris dan adab dalam

bahasa Melayu mempunyai nilai dan makna yang berlainan. Oleh itu, kajian ini menggunakan

kerangka Bach dan Harnish yang telah diadaptasi oleh Robiah et.al.

Page 5: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

5

Jadual 2 berikut ialah kerangka teori yang telah diterjemahkan dan disesuaikan oleh Robiah

et.al (2016) daripada kerangka teori Bach dan Harnish. Dengan perkataan lain, pengkaji

mengaplikasi terjemahan kerangka Bach dan Harnish yang telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Melayu oleh Robiah dan kawan-kawan. Hal ini dilakukan kerana data yang dikaji

Robiah et.al dan data dalam kajian ini menggunakan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.

Jadual 2: Kategori dan Subkategori Lakuan Bahasa Bach dan Harnish

Kategori Lakuan Subkategori lakuan

Pengumuman pernyataan, ramalan, laporan, deskriftif, penyebab, makluman, pengesahan,

pengakuan, pembetulan, penerimaan, bantahan, perdebatan, maklum balas,

cadangan, dan andaian.

Arahan permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif, menyeru, dan nasihat.

Perjanjian berjanji, dan menawarkan.

Pengakuan minta maaf, bersimpati, ucapan tahniah, menyapa, berterima kasih, menerima, dan

menolak.

Oleh itu, kata-kata kerja yang menjadi tumpuan analisis mempunyai nilai dan makna yang

sama antara kedua-dua data. Secara umumnya, Robiah menggunakan empat kategori lakuan,

iaitu (i) pengumuman, (ii) arahan, (iii) perjanjian dan (iv) pengakuan. Berikut ialah kerangka

umum lakuan Bach dan Harnish. Kerangka model ini merupakan kerangka yang amat

terperinci, sehinga terdapat beberapa kata kerja berada di dua kategori lakuan bahasa. Namun

demikian, Bach dan Harnihs menerima sekiranya sarjana lain menambah atau mengurangkan

jenis-jani lakuan tersebut.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh Siti Hajar dalam mengemas kini semula konsep lakuan

bahasa Searle. Menurut beliau, perincian lakuan bahasa yang dilakukan oleh Searle terlalu

bersifat konseptual, dan oleh sebab itu penjenisan subkategori lakuan sukar dilakukan.

Perincian lakuan Serale secara konseptual turut dilakukan oleh Bach dan Harnish. Tidak ada

contoh konkrit yang dikemukakan atau contoh-contoh daripada peristiwa bahasa sebenar.

Robiah et.al melakukan kajian dengan menggunakan nilai dan maksud kata kerja dalam bahasa

Melayu, seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan. Namun demikian,

kajian ini akan menghuraikan kerangka teori Bach dan Harnish lakuan yang wujud dalam

khutbah Jumaat. Secara umumnya, kajian ini telah mengenal pasti 3 kategori dan 13

subkategori lakuan bahasa. Rajah berikut ialah kerangka teori yang digunakan untuk

menganalisis lakuan bahasa khutbah Jumaat yang ditertbitkan oleh Jais.

Kerangka Teoritis

PENGUMUMAN ARAHAN PENGAKUAN

1. Makluman 1. Nasihat 1. Sapaan

2. Laporan 2. Doa 2. Syukur

3. Deskriptif 3. Retorik

4. Justifikasi

5. Kesimpulan

Page 6: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

6

6. Penegasan

7. Hadis

8. Al-Quran

Rajah 1: Kerangka Teoritis dalam Analisis Lakuan Bahasa Khutbah Jumaat

Kerangka ini akan dibahaskan dan diperincikan mengikut nilai dan konsep bahasa Melayu.

Dengan perkataan lain, istilah-istilah yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan

dikemas kini berdasarkan maksud dalam bahasa Melayu. Dua ayat berikut menunjukkan dua

kata kerja ajakan yang sama. Namun demikian, nilai sebenar lakuan ajakan tersebut berlainan

antara satu sama lain.

1. Marilah makan kuih sebelum beredar.

2. Marilah kita memperbaiki sikap kita.

Kedua-dua ayat di atas bersifat ajakan dengan menggunakan perkataan yang sama, iaitu

marilah. Namun demikian, nilai ajakan itu berlainan. Ayat 1 di atas menjukkan lakuan yang

mengajak seseorang untuk makan sebelum pergi. Ayat 2 pula mengajak seseorang untuk

memperbaik sikap. Pada pendapat pengkaji, kedua-dua ayat di atas menunjukkan nilai lakuan

yang berlainan. Ayat 1 menunjukkan lakuan ajakan, ayat 2 pula menujukkan lakuan nasihat

kerana ia mengajak seseorang ke arah kebaikan mengajak seseorang untuk melakukan

kebaikan. Hal ini juga menunjukkan bahawa penggunaaan kata kerja yang sama tidak

semestinya melambangkan lakuan bahasa yang sama.

KATEGORI LAKUAN PENGUMUMAN

Bach dan Harnish (1979) memperkenalkan istilah constative untuk menunjukkan lakuan

menyatakan pendapat atau kepercayaan. Istilah ini dipadankan ke dalam bahasa Melayu

sebagai pengumuman. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan pengumuman

sebagai perbuatan mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, mengistiharkan. Dalam

kategori ini, kajian ini mendapati lapan subkategori lakuan pengumuman, iaitu makluman,

deskriptif, justifikasi, kesimpulan, penegasan, hadis, al-Quran, dan laporan. Bahagian ini akan

memperincikan konsep setiap subkategori lakuan beserta dengan contohnya sekali.

Lakuan Deskriptif, Makluman dan Laporan

Pengkaji akan menghuraikan subkategori lakuan deskriptif, makluman, dan laporan secara

serentak. Hal ini dilakukan untuk memperlihatkan perbezaan ketiga-tiga lakuan tersebut

berdasarkan teks khutbah Jumaat. Pengkaji berpendapat bahawa lakuan deskriptif besifat

menghuraikan dan menerangkan sesuatu. Lakuan makluman bersifat pemberitahuan, manakala

lakuan laporan pula lebih bersifat menyampaikan sesuatu berita atau perkara yang telah

berlaku. Label yang diletakkan di bahagian hujung setiap contoh di bawah menunjukkan

nombor siri khubath dan kedudukan petikan semasa analisis dilakuan. Contoh label (K1:2)

menandakan khutbah 1 dan kolum 2. Berikut ialah perbezaan utama ketiga-tiga lakuan di atas.

Page 7: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

7

1. ...marilah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dengan mematuhi segala

perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya ... (K1:2).

2. Negara kita adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja

berperlembagaan. Dalam tempoh lima tahun sekali, satu pilihanraya umum mesti

diadakan untuk memilih wakil-wakil rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

(K1:6)

Deskriptif boleh wujud sebagai unsur keterangan bagi ayat induk, atau menjadi ayat deskriptif

bagi ayat sebelumnya. Dengan perkataan lain, lakuan deskriptif menunjukkan bahawa

pembaca khutbah memberikan penjelasan atau keterangan lanjut tentang sesuatu perkara.

Unsur deskriptif ini boleh wujud di peringkat ayat atau antara ayat. Contoh 1 di atas merupakan

lakuan deskriptif di peringkat ayat, manakala contoh 2 pula ialah deskriptif antara ayat. Unsur

keterangan dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya

merupakan lakuan deskriptif bagi ayat induk marilah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah

SWT. Contoh 2 pula menunjukkan bahawa ayat keterangan Dalam tempoh lima tahun sekali,

satu pilihanraya umum mesti diadakan untuk memilih wakil-wakil rakyat bagi membentuk

kerajaan baru merupakan lakuan deskriptif bagi ayat sebelumnya, iaitu Negara kita adalah

sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Hal ini berbeza dengan

lakuan makluman. Lakuan makluman merupakan ayat penyata, lazimnya ayat tunggal.

Contohnya adalah seperti berikut:

3. Negara kita adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja

berperlembagaan. (K1:6)

4. Islam mengangkat suami sebagai ketua keluarga kerana fungsi dan

tanggungjawabnya yang besar untuk memimpin mereka hingga ke syurga. (K3:4).

5. Saban hari gejala ini semakin merisaukan apabila semakin ramai yang ketagih

melayari media sosial tidak kira masa dan tempat termasuk di dalam masjid dan ketika

khatib berkhutbah Jumaat. (K6:8)

Contoh 3 merupakan satu pernyataan untuk memaklumkan sesuatu. Lazimnya, ia hanya ayat

induk, dan boleh diikuti oleh lakuan deskriptif. Contoh 4, lakuan makluman bermula dengan

Islam mengangkat suami sebagai ketua keluarga manakala klausa kerana fungsi dan

tanggungjawabnya yang besar untuk memimpin mereka hingga ke syurga ialah lakuan

deskriptif. Hal ini munjukkan bahawa dalam satu ayat boleh terdiri daripada beberapa lakuan

atau tindakan. Namun demikian, lakuan makluman ini berbeza dengan lakuan laporan. Dalam

kajian ini, lakuan laporan lebih bersifat menyampaikan sesuatu pendapat, tindakan atau

pesanan oleh orang ketiga. Contohnya adalah seperti berikut:

6. Malah seruan pertama ketika Baginda sampai ke Madinah sebagai pemimpin

penyelamat manusia ialah ... (K1:4).

7. Sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14, Baginda D.Y.M.M.

Sultan Selangor telah bertitah dalam perutusannya yang bertarikh 20 April

2018 bahawa D.Y.M.M ingin mengingatkan ... (K1:6).

Page 8: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

8

8. Dr Yusof Al-Qardawi menyatakan bahawa dakwah adalah satu usaha untuk

membawa orang lain kepada agama Islam, melaksanakan ... (K4:4)

Contoh 6 di atas menunjukkan laporan tentang tindakan Rasulullah ketika sampai di Madinah.

Contoh 7 pula melaporkan titah D.Y.M.M Sultan Selangor, manakala contoh 8 pula

melaporkan pendapat al-Qardawi. Berdasarkan contoh-contoh di atas, pengkaji menyimpulkan

bahawa lakuan deskriptif, lakuan makluman dan lakuan laporan adalah bebeza antara satu

dengan lain.

Lakuan Justifikasi

Lakuan justifikasi ialah tindakan yang memberikan kewajaran terhadap pernyataan. Ayat

lakuan justifikasi ialah tindakan memberikan alasan untuk menyokong atau menolak sesuatu

pendapat. Lazimnya, ia ditandai oleh kata hubung keterangan kerana. Beriku ialah lima contoh

yang menunjukkan lakuan yang memberikan kewajaran sesuatu.

1. ... dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana taqwalah merupakan satu-

satunya kunci untuk mencapai kejayaan kehidupan kita di dunia dan ... (K1:2).

2. Tidak menyamakan Allah dengan makhluk seperti beranggota dan bertempat. Ini

kerana Allah berlainan dan tidak sama dengan semua makhluk ... (K2:8)

3. Islam mengangkat suami sebagai ketua keluarga kerana fungsi dan

tanggungjawabnya yang besar untuk ... (K:4)

4. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kerana sesungguhnya taqwa itu adalah

sebaik-baik bekalan untuk hari akhirat. (K4:2)

Berdasarkan contoh di atas, lakuan justifikasi ini boleh dilakukan sama ada dalam ayat atau

antara ayat. Lakuan justifikasi dalam contoh 1 dan 3 di atas dilakukan dalam ayat yang sama,

manakala contoh 2 dan contoh 4 pula menunjukkan lakuan justifikasi dilakukan antara ayat.

Lakuan Kesimpulan

Lakuan kesimpulan ialah lakuan yang bertujuan untuk merumuskan sesuatu idea atau

keseluruhan teks yang disampaikan. Lazimnya, lakuan ini ditandai oleh penanda wacana

seperti oleh itu, bagi mengakhiri khutbah ini, jesteru, kesimpulan khutbah ini dan sebagainya.

Lakuan kesimpulan ialah merumuskan sesuatu huraian. Lima contoh berikut menunjukan

lakuan kesimpulan.

1. Bagi mengakhiri khutbah ini, marilah sama-sama kita mengambil (K2:10)

2. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan pegangan kami

kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, terimalah amalan soleh kami (K2:14)

3. Oleh itu mari kita memperbanyakkan salawat dan salam ke atas junjungan besar

nabi kita Muhammad SAW, kerana perintah Allah SWT ... (K3:15)

4. Oleh itu, setiap muslim tidak boleh mengelak daripada tugas dakwah untuk

mengajak masyarakat ke arah kebaikan, terutamanya kepada ahli keluarga atau

yang dibawah tanggungjawabnya. (K4:6)

Page 9: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

9

5. Kesimpulan khutbah yang dapat kita ambil pengajarannya pada hari ini adalah:

(K5:12)

Contoh 1 dan contoh 3 di atas menunjukkan lakuan kesimpulan, yang diikuti lakuan nasihat.

Contoh 2 pula disimpulkan menggunakan perkataan justeru kemudian diikuti oleh lakuan doa.

Contoh 4 pula menunjukkan lakuan kesimpulan dan diikuti oleh makluman, manakala contoh

5 melakukan kesimpulan terhadap teks keseluruhan.

Lakuan Penegasan

Penegasan dalam kajian ini merujuk kepada penegasan leksikal atau frasa. Dengan perkataan

lain, kajian ini tidak memberikan tumpuan terhadap penegasan intonasi. Dalam khutbah

Jumaat, penegasan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian jemaah. Senarai

berikut ialah lima contoh ayat yang menunjukkan penegasan secara leksikal atau frasa.

1. Hadis ini jelas menyebut bahawa kaedah pembentukan perpaduan adalah

berdasarkan empat perkara (k1:4)

2. Cabaran utama yang dihadapi umatnya ialah penyelewengan dan kesesatan,

kejahilan dan ketaksuban serta perpecahan ... (K2:4).

3. tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa

dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan ... (K3:2)

4. Agama Islam sama sekali tidak menghalang kemajuan atau pemodenan, namun

tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kemudahan ... (K6:4)

5. Sebahagian umat Islam hari ini menghabiskan masa yang sangat banyak

melayari media sosial jika dibandingkan dengan membaca ... (K6:4)

Lazimnya, lakuan penegasan ditandai oleh perkataan-perkataan, seperti jelas sekali,

sesungguhnya, sebenar-benar dan sebagainya. Contoh 1 di atas menggunakan kata adjektif

jelas sebagai unsur penegasan. Jika perkataan jelas tidak digunakan, ayat tersebut tidak ada

unsur penegasan. Contoh dalam ayat 2 menggunakan perkataan utama sebagai unsur penegas,

manakala ayat 3 pula menggunakan frasa dengan sebenar-benar. Ayat 4 menggunakan

penegas sama sekali manakala ayat 5 pula menggunakan frasa yang sangat banyak. Unsur-

unsur penegas ini bergungsi untuk menekankan sesuatu perkara penting dan sekali gus dapat

menarik perhatian pendengar. Pengkaji berpandangan bahawa unsur penegasan lakuan bahasa

amat penting dalam khutbah Jumaat.

Lakuan Petikan al-Quran

Pengkaji menjadikan petikan al-Quran sebagai jenis lakuan bahasa dalam khutbah Jumaat.

Lakuan jenis ini tidak wujud dalam kerangka Bach dan Harnish. Kajian ini mengetengahkan

lakuan memetik dalil al-Quran kerana ia merupakan sumber ilmu utama bagi umat Islam.

Pelbagai penanda petikan al-Quran yang terdapat dalam teks khutbah Jumaat. Contohnya

adalah seperti berikut:

Page 10: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

10

1. Sedangkan semua ini dilarang oleh Allah SWT sebagaimana ditegaskan-Nya

melalui firman-Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 12 ...” (K1:9)

2. Ini kerana Allah berlainan dan tidak sama dengan semua makhluk sebagaimana

firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 11 ...

3. Tanggungjawabnya dalam mendidik isteri dan anak-anaknya ke arah yang

diredhai oleh Allah. Firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 ... (K3:6)

4. prinsip asas yang cukup jelas yang mesti dipatuhi. Sebagaimana firman Allah

SWT dalam surah Al-Nahl ayat 125 yang bermaksud ... (K4:6)

5. Tidak takutkah kita dengan amaran Allah SWT seperti firman Allah dalam

surah Al-Anfaal ayat 22: “Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk ...” (K6:6)

Terdapat pelbagai kaedah dan cara memetik ayat al-Quran dalam khutbah Jumaat. Ia ditandai

oleh pelbagai penanda linguistik, seperti sebagaimana ditegaskan-Nya melalui firman-Nya;

sebagaimana firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 11; Firman Allah dalam surah

al-Tahrim ayat 6; amaran Allah SWT seperti firman Allah dalam surah; dan sebagainya.

Lakuan Petikan Hadis

Pengkaji turut menjadikan petikan hadis sebagai jenis lakuan bahasa kerana ia menunjukkan

satu tindakan memetik hadis. Hadis yang dipetik menandakan wujud tindakan memetik hadis

untuk dimuatkan dalam teks khutbah. Hal ini penting diketengahkan kerana hadis merupakan

satu sumber rujukan penting dalam Islam. Hadis merupakan dalil kedua terpenting selepas al-

Quran. Oleh itu, lakuan memetik hadis merupakan satu bentuk tindakan yang sangat penting

dalam teks khutbah Jumaat. Pelbagai penanda petikan hadis yang terdapat dalam teks ucapan.

Contohnya adalah seperti berikut:

1. Sebuah hadis diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam Radiallahu Anhu

bahawa seruan pertama yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW ketika

tibanya baginda di Kota Madinah, sabdanya: Maksudnya (K1:4)

2. Hadis daripada Abdullah Bin Amru Radiallahu Anhuma bahawa Rasulullah

SAW bersabda: “Kaum Yahudi telah berpecah kepada 72 golongan ... (K2:4)

3. Inilah akidah yang soheh lagi benar serta mendapat jaminan selamat oleh Nabi

SAW, sepertimana dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada

al-Irbad bin Sariah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW ... (K2:6)

4. ... akan mendapat kelebihan dan keutamaan apabila dakwahnya diikut dan

diamalkan oleh orang lain. Hadis daripada Jarir Bin Abdullah Radiallahu Anhu

bahawa Rasulullah SAW bersabda: (K4:6)

5. Ingatlah ancaman daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah mengancam untuk

membakar rumah orang-orang ... (K5:4).

6. Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu bahawa

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba apabila menuturkan satu

perkataan yang ... (Muttafaqun Alaih) (K6:11)

Page 11: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

11

Tindakan memetik hadis ini dilakukan untuk memberikan dalil, membuktikan atau

mengukuhkan sesautu hujah yang disampaikan. Pelbagai kaedah digunakan untuk memetik

hadis, seperti yang ditunjukan dalam contoh 1-6 di atas. Antara penanda tindakan memetik

hadis ialah sebuah hadis diriwayatkan daripada; hadis daripada Abdullah; seperti mana

dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan; ingatlah ancaman daripada Nabi SAW

sebagaimana; dalam hadis yang lain; dan sebagainya.

KATEGORI LAKUAN ARAHAN

Arahan membawa maksud meminta seseorang untuk melakukan sesuatu. Terdapat beberapa

jenis arahan, seperti yang dikemukan oleh Bach dan Harnish. Antaranya ialah lakuan

permintaan, lakuan pertanyaan, lakuan keperluan, lakuan larangan, lakuan permisif, dan lakuan

nasihat. Pengkaji menggunakan konsep yang sama, namun demikian kajian ini akan memberi

tumpuan kepada tiga jenis lakuan, iaitu lakuan nasihat, lakuan doa, dan lakuan persoalan

retorik. Lakuan doa dan lakuan persoalan retorik ini dibina untuk disesuaikan dengan data

kajian.

Lakuan Nasihat

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan nasihat sebagai ajaran atau petunjuk

yang baik. Dalam konteks penyampaian khutbah, lakuan nasihat adalah untuk mengajak

pendengar melakukan kebaikan atau membawa ke arah kebaikan. Kajian ini membezakan

perkataan nasihat dengan ajakan. Perkataan nasihat lebih kepada maksud mengajak ke arah

kebaikan, atau mengajak seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang baik, manakala

lakuan ajakan bersifat umum. Lihat dua contoh berikut:

1. Marilah makan nasi dahulu sebelum pergi.

2. para jemaah sekalian, marilah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dengan

mematuhi segala perintah-Nya (K1:2)

3. Khatib mengajak hadirin Jumaat sekalian untuk sama-sama menghayati khutbah

hari ini yang bertajuk “Teruskan Berdakwah.” (K4:2)

Secara umumnya, tiga ayat di atas menunjukkan tindakan mengajak seseorang. Namum

demikian, dari segi nilai, pengkaji membezakan ketiga-tiga ayat tersebut dari sudut lakuan.

Ayat pertama lebih bersifat tindakan ajakan, makanala ayat 2 dan ayat 3 pula bersifat nasihat.

Hal ini kerana ayat 1 hanya mengajak untuk memenuhi keperluan jasmani, manakala ayat 2

dan ayat 3 pula mengajak orang ke arah kebaikan. Walaupaun ayat 1 dan ayat 2 menggunakan

kata kerja yang sama, iaitu perkataan marilah, namun demikian ia berbeza dari sudut niat dan

perkara yang diajak. Contoh 3 di atas pula dengan jelas menggunakan perkataan mengajak,

namun demikian, ia mengajak ke arah kebaikan. Oleh itu, ia merupakan lakuan nasihat. Empat

contoh di bawah menunjukkan lakuan nasihat dengan menggunakan kata kerja dan cara yang

berlainan.

1. Marilah kita sama-sama menghayati khutbah pada hari ini yang bertajuk

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pegangan Kita. (K2:2).

Page 12: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

12

2. Suamilah yang sepatutnya menentukan hala tuju sesebuah keluarga untuk

mendapat keredaan Allah SWT. (K3:12)

3. Adalah dinasihatkan dan diingatkan kepada pendakwah supaya mematuhi dan

mengikuti peraturan yang telah ditetapkan pihak-pihak berkuasa Agama seperti

memiliki tauliah. (K4:12)

4. mari kita awasi dan ingatkan diri kita dan anak-anak kita serta rakan sekeliling

kita dengan pesanan Allah SWT dalam surah al-Isra’ (K6:10)

Lakuan nasihat ini juga boleh disampaikan secara langsung atau secara tidak langsung. Lakuan

nasihat secara langsung dapat dilihat dalam ayat 3 di atas kerana menggunakan perkataan

nasihat, iaitu adalah dinasihatkan dan diingatkan. Contoh lain pula tidak ditandai oleh

perkataan nasihat, sebaliknya ia ditandai oleh niat dan perkara yang diucapkan.

Lakuan Doa

Lakuan doa merupakan satu bentuk permintaan atau permohonan untuk memperoleh kebaikan

daripada Allah SWT. Lakuan ini diletakkan dalam lakuan arahan dan ia tidak bermakna

mengarahkan Tuhan secara literal. Sebaliknya lakuan ini merupakan permohonan agar Allah

mengurniakan kebaikan kepada pihak yang berdoa. Doa dalam konteks ini juga bersifat

harapan untuk diberikan kebaikan oleh Allah SWT. Contohnya adalah seperti berikut:

1. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberi kebahagiaan hidup di dunia serta

mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat ... (K2:2)

2. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan pegangan kami

kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, terimalah amalan soleh kami ... (K2:14)

3. Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu,

menunaikan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor ... (K2:15).

4. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang

mendapat rahmat dan kasih sayang serta perlindungan Allah SWT. (K6:2)

Doa atau permohonan kebaikan ini dilakukan secara langsung dan tegas. Doa secara langsung

dan tegas ini ditandai oleh kami memohon, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami,

dan sebagainya. Dalam khutbah Jumaat, lakuan doa sangat penting bagi mendapatkan

keberkatan, kebaikan dunia dan akhirat, dan tempat memohon keampunan daripada Allah

SWT.

Lakuan Persoalan Retorik

Pengkaji meletakkan persoalan retorik dalam kategori lakuan Arahan kerana persoalan retorik

merupakan ayat yang mengajak pendengar untuk berfikir. Persoalan retorik ialah ayat tanya

yang tidak memerlukan jawapan, sebalikanya membiarkan pendegar menjawab sendiri di

dalam hati. Nilai interaksi ini tinggi berbanding dengan lakuan lain. Contohnya adalah seperti

berikut:

1. Tidak takutkah kita amalan kebaikan kita hilang begitu sahaja akibat tersalah

“share” atau berkongsi perkara tidak baik dan tidak tepat ... (K6:6)

Page 13: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

13

2. Atau (tidak takutkah kita) menyebarkan sesuatu fatwa sedangkan ianya tidak

pernah difatwakan. (K6:6)

3. Tidak takutkah kita dengan amaran Allah SWT seperti firman Allah dalam

surah Al-Anfaal ...” (K6:6)

Kajian ini mendapati tiga lakuan daripada enam teks khutbah Jumaat. Tiga contoh di atas

menunjukkan lakuan persoalan retorik yang menggunakan ayat tanya Tidak takutkah kita.

Persoalan yang ditimbulkan di atas menyebabkan pendengar berinterasi dengan persoalan

tersebut. Namun demikian interaksi tersebut berlaku di dalam hati

KATEGORI LAKUAN PENGAKUAN

Bacn dan Harnish memperlenalkan tujuh subkategori lakuan dalam kategori lakuan pengakuan.

Antaranya ialah lakuan minta maaf, bersimpati, ucapan tahniah, menyapa, berterima kasih,

menerima, dan menolak. Namun demikian, kajian ini menemui dua subkategori lakuan dalam

khutbah Jumaat, iaitu lakuan menyapa dan terima kasih. Oleh sebab data kajian yang berlainan,

maka kajian ini menggunakan istilah lakuan sapaan dan lakuan syukur.

Lakuan Sapaan

Lakuan sapaan merupakan lakuan menegur sapa pendengar. Lakuan ini penting agar wujud

interaksi yang tinggi antara pembaca khutbah dengan pendengar. Sapaan ini diikuti oleh

pelbagai bentuk unsur keterangan dan pujian. Berikut ialah contoh lakuan sapaan dalam

khutbah Jumaat.

1. Muslimin yang dirahmati Allah sekalian. (K1:1)

2. Hadirin yang dirahmati Allah. (K1:3)

3. Muslimin sidang Jumaat sekalian. (K1:5)

4. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT. (K1:13)

5. Hadirin tetamu Allah sekalian. (K2:7)

6. Muslimin yang dikasihi Allah SWT. (K3:3)

Pelbagai sapaan yang digunakan untuk menyapa para jemaah. Antaranya ialah muslimin,

hadirin, sidang Jumaat, dan tetamu Allah. Sapaan ini diikuti oleh unsur keterangan yang

bersifat pujian, iaitu seperti yang dimuliakan Allah SWT, yang dikasihi Allah, yang dirahmati

Allah, dan sebagainya. Hal ini menunjukkan lakuan sapaan yang sopan.

Lakuan Syukur

Lakuan syukur ialah unsur lakuan berterima kasih kepada Allah SWT. Dalam khutbah Jummat,

lakuan syukur ini telah menjadi satu format khas, iaitu wajib ada dalam khutbah Jumaat. Oleh

sebab itu, ayat digunakan adalah sama daripada teks 1 hingga teks 6. Lakuan syukur ini

diletakkan di bahagian akhir teks. Di sini pengkaji senaraikan tiga lakuan syukur bagi teks 2

hingga teks 4.

Page 14: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

14

1. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-

Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, ... (K2.13)

2. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-

Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat ... (K3.15)

3. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-

Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat .... (K4.14)

4. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-

Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat ... (K5.14)

Berdasarkan struktur ayat yang digunakan, kajian mendapati bahawa wujud lakuan pengakuan

tentang kekuasaan Allah SWT sebelum mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Lakuan

syukur ini dilakukan secara langsung dan jelas, iaitu dengan frasa kami bersyukur. Lakuan

syukur ini merupakan amalan mulia dalam Islam. Oleh sebab itu, ia dimasukkan sebagai satu

yang wajib ada dalam teks khutbah.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan hasil analisis yang dilakukan terhadap tiga kategori lakuan

bahasa. Jadual berikut ialah hasil analisis lakuan bahasa terhadap enam teks khutbah Jumaat

negeri Selangor.

Jadual 3: Hasil Analisis Kategori Lakuan Bahasa dalam Teks Khutbah Jumaat

KATEGORI LAKUAN BAHASA KEKERAPAN PERATUS

Pengumuman 204 60.00%

Arahan 92 26.70%

Pengakuan 45 13.20

Jumlah 341 100%

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti tiga kategori lakuan bahasa yang wujud dalam

khutbah Jumaat. Jadual di atas menunjukkan kategori lakuan pengumuman mencatatkan

kekerapan tertinggi, iaitu sebanyak 60% (204). Jumlah tertinggi ini berlaku disebabkan oleh

jumlah subkategori lakuan yang banyak, iaitu sebanyak lapan subkategori lakuan. Keadaan ini

menggambarkan pelbagai subkategori lakuan, iaitu makluman, laporan, deskriptif, justifikasi,

kesimpulan, penegasan, hadis, dan al-Quran. Kategori arahan pula berada di tempat kedua

tertinggi, iaitu sebanyak 26.7% (92). Jumlah ini disebabkan tiga subkategori lakuan, iaitu

lakuan nasihat, lakuan doa, dan lakuan persoalan retorik. Kategori Pengakuan memperlihatkan

peratus terendah, iaitu 13 % (45). Keadaan ini menunjukkan kategori pengakuan tidak

mendominasi khutbah Jumaat.

Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap perbincangan dan analisis tentang 13 subkategori

lakuan bahasa, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut. Untuk memudahkan

perbincangan, pengkaji akan membahaskan mengikut lakuan bahasa yang mencatatkan

Page 15: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

15

kekerapan tertinggi hingga kekerapan terendah. Hal ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan

bahasa yang paling dominan dan yang kurang dominan dalam khutbah Jumaat.

Jadual 4: Dapat kajian mengikut subkategori lakuan bahasa

Kategori Lakuan

Bahasa

Subkategori Kekerapan Peratus

Pengumuman

(204)

Deskriptif 61 17.88

Makluman 42 12.31

Justifikasi 12 03.51

Penegasan 41 12.02

Kesimpulan 9 02.63

Al-Quran 19 05.57

Hadis 14 04.10

Laporan 6 01.75

Arahan

(92)

Nasihat 83 24.34

Doa 6 01.75

Retorik 3 00.87

Pengakuan

(45)

Lakuan Sapaan 39 11.43

Syukur 6 01.75

Jumlah 13 341 100%

Berdasarkan jadual 4 di atas, kajian mendapati bahawa lakuan nasihat mencatatkan kekerapan

tertinggi, iaitu sebanyak 83 kali atau 24.34 %. Jumlah ini menunjukkan bahawa 83 kali nasihat

dilakukan bagi enam teks khutbah yang dikaji. Secara purata, dapatan ini menunjukkan

sebanyak 13 kali lakuan nasihat dilakukan bagi setiap teks khutbah. Hasil analisis tersebut juga

menggambarkan bahawa khutbah Jumaat bersifat “memberi nasihat kepada pendengar”. Hal

ini selari dengan definisi khutbah oleh Kamus Dewan Edisi Keempat – khutbah ialah syarahan

yang berisi ajaran atau nasihat mengenai agama dan lain-lain. Dengan perkataan lain, khutbah

bermaksud syarahan nasihat tentang agama kepada para pendengar. Lakuan deskriptif pula

mencatatkan kekerapan kedua tertinggi, iaitu sebanyak 61 kali. Hal ini menunjukkan bahawa

khutbah Jummat juga memberikan penerangan tentang nasihat yang disampaikan. Deskriptif

atau penghuraian adalah dan dominan dan ia amat penting agar pendengar dapat memahami

pengajaran yang disampaikan. Jumlah ini kurang 22 berbanding dengan kekerapan lakuan

nasihat. Hal ini kerana lakuan nasihat mengalami pengulangan, khususnya pengulangan di

bahagian akhir teks. Secara purata, sebanyak 10 lakuan deskriptif bagi setiap teks khutbah.

Bilangan kekerapan ketiga tertinggi ialah lakuan makluman, iaitu sebanyak 42 kali atau 12%

daripada jumlah keseluruhan. Makluman adalah pemberitahuan tentang sesuatu fakta atau

perkara yang berlaku di persekitaran. Pemakluman perkara semasa ini dalam khutbah Jumaat

adalah sangat penting agar apa yang disampaikan segar dan relevan. Selain lakuan makluman,

terdapat lakuan penegasan dalam penyampaian khutbah Jumaat. Lazimnya, terdapat dua jenis

penegasan, iaitu penegasan intonasi, dan penegasan leksikal. Kajian ini hanya memberi

tumpuan terhadap unsur penegasan leksikal. Dari segi kekerapan, lakuan penegasan leksikal

mencatatkan kekerapan sebanyak 41 kali dan menjadikannya di tempat keempat tertinggi.

Pengesan leksikal ini memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pendengar. Kajian

ini mencadangkan agar kajian lanjut tentang penegasan intonasi dilakukan pada masa akan

Page 16: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

16

datang. Lakuan sapaan dalam khutbah Jumaat juga penting agar wujud komunikasi yang lebih

berkesan. Walaupun khutbah ialah komunikasi sehala, namun demikian, lakuan sapaan

berupaya menarik perhatian penuh daripada pendengar. Lakuan sapaan yang bersifat pujian,

seperti Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT, Hadirin tetamu Allah sekalian dan Muslimin

yang dikasihi Allah SWT dapat meraikan kehadiran dan memberikan penghargaan kepada

jemaah. Sapaan sedemikian bersifat mendoakan agar para jemaah sentiasa diberkati dan

dikasihi Allah SWT. Dari segi kekerapan, lakuan sapaan mencatatkan bilangan sebanyak 39

kali, iaitu dengan purata sebanyak 6.5 kali bagi setiap ktubah. Jumlah ini memadai dengan

tempoh 15-25 minit bagi setiap khutbah Jumaat.

Pengkaji membahaskan secara serentak terhadap lakuan bahasa, iaitu lakuan justifikasi, lakuan

petikan al-Quran, dan lakuan petikan hadis. Hal ini kerana ketiga-tiga lakuan ini mempunyai

konsep yang sama, iaitu ketiga-tiga lakuan ini memberikan kewajaran bagi setiap isi atau

nasihat yang disampaikan. Berdasarkan analisis kajian, jadual 4 di atas menunjukkan lakuan

petikan al-Quran mencatatkan kekerapan sebanyak 19 kali, lakuan petikan hadis sebanyak 12

dan lakuan justifikasi sebanyak 14 kali. Jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga lakuan ini ialah

sebanyak 45 kali. Lakuan petikan al-Quran menunjukkan bahawa khutbah Jummat

mengutamakan al-Quran sebagai dalil utama dalam menyampaikan sesuatu. Lakuan justifikasi

turut memberikan dalil berdasarkan ajaran Islam. Hal ini dapat dilihat melalui contoh lakuan

justifikasi yang diberikan di bahagian awal kajian ini. Antaranya ialah “...kerana taqwalah

merupakan satu-satunya kunci untuk mencapai kejayaan...”, “Ini kerana Allah berlainan dan

tidak sama dengan semua makhluk”, “Kerana sesungguhnya taqwa itu adalah sebaik-baik

bekalan untuk hari akhirat” dan sebagainya. Contoh ini jelas menunjukkan bahawa lakuan

justifikasi turut memberikan kewajaran berdasarkan ajaran Islam. Lakuan petikan hadis turut

wujud dalam khutbah Jumaat. Secara ringkasnya, ketiga-tiga lakuan ini merupakan lakuan

bahasa yang penting kerana memberikan dalil yang kukuh dalam menyampaikan khutbah

Jummat. Dengan perkataan lain, lakuan justifikasi, petikan al-Quran, petikan hadis dijadikan

sumber ilmu dalam menyampaikan khutbah Jumaat.

Lakuan kesimpulan merujuk kepada tindakan merumuskan keseluruhan teks. Lazimnya lakuan

ini wujud di bahagian akhir setiap khutbah jumaat. Terdapat juga kesimpulan dibuat di

peringkat paragraf, atau selepas menghuraikan sesuatu. Kajian ini mendapati lakuan

kesimpulan mencatatkan kekerapan sebanyak 9 kali. Lakuan laporan dalam khutbah tidak

dominan kerana khutbah lebih bersifat nasihat berbanding memetik sesuatu peristiwa atau

berita. Lakuan doa dan lakuan syukur telah menjadi format wajib bagi khutbah Jumaat. Setiap

khutbah mesti ada doa dan syukur. Lakuan persoalan retorik ialah lakuan bertanya tanpa

mengharapkan jawapan. Lakuan ini bertujuan untuk mengajak para jemaah memikirkan

persoalan yang ditimbulkan. Analisis mendapati bahawa lakuan ini amat kurang dilakukan,

iaitu hanya 3 kali. Lakuan ini hanya wujud dalam khutbah keenam. Pada pendapat pengkaji,

lakuan persoalan retorik ini sangat penting untuk meningkatkan nilai komunikasi sehala.

Dengan perkataan lain, persoalan retorik ini berupaya mengajak pendengar untuk berfikir dan

hal ini sekali gus dapat meningkatkan interaksi. Persoalan yang ditimbulkan oleh khatib akan

dijawab dalam hati oleh jemaah dan ini menggambarkan wujud komunikasi antara khatib

dengan jemaah.

Page 17: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

17

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini menyimpulkan bahawa lakuan bahasa yang dominan dalam khutbah Jumaat ialah

lakuan nasihat. Hal ini selari dengan konsep khutbah itu sendiri, iaitu syarahan yang berisi

ajaran atau nasihat mengenai agama dan lain-lain. Dengan perkataan lain, cara penyampaian

kandungan khutbah jumaat adalah selari sengan tujuan dan konsep khutbah itu sendiri. Lakuan

deskriptif yang dominan juga menggambarkan bahawa khutbah jumaat bersifat memberikan

penerangan. Lakuan justifikasi, lakuan petikan al-Quran dan hadis menggambarkan bahawa

apa yang dismapaikan dalam khutbah mempunyai sumber rujukan yang berautoriti tinggi.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mengemukakan tiga cadangan. Pertama, kajian lanjut

tentang penegasan, khususnya penegasan intonasi perlu dilakuan. Lakuan penegasan

memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penuh daripada jemaah. Melalui

pemerhatian pengkaji, intonasi yang tidak tegas dan senada menyebabkan khutbah itu hambar

dan tidak dapat menarik perhatian pendengar. Kedua, pengkaji mencadangkan agar

memperbanyak lagi lakuan persoalan retorik dalam penulisan khutbah Jumaat. Lakuan

persoalan retorik berupaya meningkatkan darjah komunikasi antara khatib dengan jemaah.

Ketiga, lakuan seruhan atau ajakan juga penting didadakan dalam penulisan dalam khutbah

Jummat. Lakuan seruhan atau ajakan ini lazimnya ditandai oleh perkataan, seperti

bayangkanlah sendaianya, cuba fikirkan sekiranya, dan sebagainya. Lakuan ini boleh

meningkatkan daya interaktif.

RUJUKAN

Ahmad Mahmud Musanif, (1998). Tanya-Jawab Dalam Novel ‘Salina’ Karangan A. Samad

Said: Satu Kajian Berdasarkan Analisis Teori Lakuan Pertuturan. Tesis Ph.D.

Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Amir Juhari & Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2015). Penggunaan Lakuan Pertuturan dalam

Mesyuarat . Jurnal Linguistik Vol. 19(1) Jun.2015 (048-057)

Austin, J.L. (1962). How To Do Things With Words. Oxford: Clavendon Press.

Bach, K., dan Harnish, R.M., 1979. Linguistic Communication and Speech Acts. Cambridge &

London: The MIT Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Haslinda Saad dan Ahmad Mahmood Musanif, (2014). Lakuan Pernyataan dalam Wacana

Wawancara. Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu (Mahawangsa) Vol. 1 (1)

Jun 2014.

Haslinda Saad, (2012). Lakuan Pertuturan dalam Wacana Wawancara. Tesis Ph.D. Universiti

Putera Malaysia: Serdang.

Marlyna Maros, (2008). Lakuan Bahasa Kompelin: Manifestasi dan Istilah-istilahnya dalam

Komuniti Bahasa. Jurnal Melayu. Bil hlm, 31-56.

Marlyna Maros, (2011). Strategi Kesantunan Melayu Dalam Membuat Teguran. Jurnal

Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu. Jilid 3 (2011) 7-20. UKM.

Page 18: Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri ... · teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri ... Sebagai contoh, ... Khutbah Jumaat merupakan satu

18

Maslida Yusof dan Karim Harun, (2015). Analisis Lakuan Tutur Dalam Ruangan Status

Facebook. Jurnal Komunikasi. Jilid 31 (2) Hlmn 151-168.

Maslida Yusof Marlyna Maros Muhammad Fadzeli Jaafar, (2011). Ooops..Maaf: Strategi

Kesopanan dan Penebus Kesalahan. Jurnal Melayu (8) 2011: 27 – 50

Searle, J. (1997). Speech Act: An Essay in the Philosophy of Language. London: Cambridge

University Press. (Terbitan asal tahun 1969).

Sharifah Farah Adila Bt Syed Faizal Badrul, (2016). Lakuan Bahasa Menolak Dalam Filem

Labu Dan Labi. Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa (Sarjana Muda

Pengajian Bahasa Gunaan).

Wan Robiah Meor Osman et.al, (2010). Sesi Kaunseling Dari Sudut Lakuan Bahasa. Jurnal

Bahasa. Jilid 10 Bil. 1 2010.

Wong Shin Shin, (2007). Analisis Teks Ucapan Rmk-9: Pendekatan Pragmatik. Disertasi.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zaidatul Nornis Hj Mahali, (2012). Situasi, Peristiwa dan Lakuan Bahasa dalam Kalang Sama.

Akademia 82. [1] 2012: 3-14

Zaiton Ismail, “Bahasa Berirama dari Sudut Pandangan Teori Lakuan Bahasa, Teori Grice

dan Teori Relevans” dlm. Dewan Bahasa Januari 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

http://e-masjid.jais.gov.my/ index.php/ekhutbah_diakses pada 28 April 2018.

TENTANG PENULIS

Abd Ganing Laengkang merupakan seorang pensyarah Bahasa Melayu di Pusat Pengajian

Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Graduan Ijazah Sarjana (2010) dan Ijazah

Sarjana Muda (2006) di Akademi Pengajian Melayu (pengkhususan Bahasa Melayu),

Universiti Malaya. Kini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di universitiyang sama.