of 11 /11
1 TENTERA DARAT MALAYSIA KHUTBAH KHAS JUMAAT SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-85 “SEHATI SEJIWA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA” اَ انَ ـدَ هَ , وْ مَ عْ نً أَ وَ م لَ ذهي عّ ه أل هُ دْ مَ حْ لَ اْ مَ وْ قَ اَ هىى ه ته هل لٍ آنْ رُ قْ ال ه ب ى :َ الَ عَ تـَ الَ قَ ٱ ن ه إَ أَ ا ك ّ فَ هۦ ص يله ه بَ فهي سَ ونُ تهل َ قُ يَ ذهين ٱلّ حهبُ ي ن َ ي ي نُ م بُ ن وصُ ص ي ر م: ً اَ ضْ أيَ الَ قَ و ه لْ بَ ح ه وا بُ صه مَ تْ اعَ وه أ اً عْ مه يَ ج واُ ق رَ فَ تَ َ وُ ٱنفهر ه وَ أٍ اتَ بُ ثْ واُ ٱنفهرَ مي فُ كَ ر ي حهذْ واُ ذُ خْ واُ نَ امَ ءَ ذهين ا ٱلَ ّ يَ أ َ : يَ الَ ق مُ ثْ وا ا مهيعَ ج هُ لْ ــوُ سَ رَ وُ هُ دْ بَ عً دا مَ حُ م أنُ دَ ْ شَ أَ و أ إَ هَ إل ْ نَ أُ دَ َ شَ أ ه ى آلَ لَ عَ وٍ د مَ حُ ا مَ ده نْ ــيَ ى سَ لَ عْ مْ لَ سَ وْ لَ ص مُ ل أل هَ نْ عه يَ مْ جَ ه أ ه ابَ حْ أصَ و إت أَ ادَ ــا عهبَ يَ , فُ دْ عَ ا ب مَ أه أتهَ قُ ت قَ حَ وا أُ ق َ و ه إ نُ تْ وُ مَ تْ مُ تْ نَ أَ وَ ـونُ لهمْ سُ م

TENTERA DARAT MALAYSIA KHUTBAH KHAS JUMAAT …jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Sehati Sejiwa... · 1 tentera darat malaysia khutbah khas jumaat sempena hari tentera

Embed Size (px)

Text of TENTERA DARAT MALAYSIA KHUTBAH KHAS JUMAAT …jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah...

  • 1

    TENTERA DARAT MALAYSIA

    KHUTBAH KHAS JUMAAT SEMPENA

    HARI TENTERA DARAT KE-85

    SEHATI SEJIWA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

    ,

    :

    :

    :

    ,

  • 2

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT PARA TETAMU ALLAH YANG DIRAHMATI SEKALIAN.

    1. KHATIB MENGINGATKAN DIRI KHATIB SENDIRI JUGA TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT

    SEKALIAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN TAQWA KITA KEPADA ALLAH DALAM ERTI KATA

    BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN SEPENUH JIWA RAGA MELAKSANAKAN SURUHANNYA

    DAN DALAM MASA YANG SAMA MENINGGALKAN LARANGANNYA.

    2. BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI TENTERA DARAT KE-85 YANG DISAMBUT

    PADA 1 MAC SETIAP TAHUN, KHUTBAH KHAS PADA HARI INI MENGAJAK SELURUH

    SIDANG JUMAAT UNTUK SAMA-SAMA MENELUSURI TAJUK SEHATI SEJIWA

    MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

    3. MENGIMBAS KEMBALI SEJARAH PENUBUHAN TENTERA DARAT MALAYSIA PADA 1

    MAC 1933 DENGAN ANGGOTA PERINTIS SERAMAI 25 ORANG, TERNYATA MERUPAKAN

    SATU FAKTA PENTING SEJARAH PERJUANGAN ANAK WATAN DALAM MEMPERTAHANKAN

    KEDAULATAN WATAN WARISAN SERTA AGAMA ANUTAN. COGAN KATA GAGAH SETIA,

    TELAH DIREALISASIKAN OLEH GENERASI TENTERA DARAT TERDAHULU DENGAN SEPENUH

    JIWA RAGA MEREKA. HUTAN RIMBA, LEMBAH DESA TETAP DIREDAH, PANTANG UNDUR

    TETAP MARA DALAM MEMBURU MUSUH DURJANA, TIDAK GENTAR MARA BAHAYA. RELA

  • 3

    BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK AGAMA, NUSA DAN BANGSA. PERISTIWA BUKIT

    CHANDU YANG BERLAKU PADA 14 FEBRUARI 1942 ADALAH MANIFESTASI KEBERANIAN,

    KEKUATAN, KESUNGGUHAN, KESABARAN, KESETIAAN, KEIKHLASAN YANG TERHASIL DARI

    SEMANGAT JUANG DAN PENGORBANAN YANG MENJADI KEBANGGAAN ANAK BANGSA,

    YANG DIWAKILI OLEH LEFTENAN ADNAN BERSAMA 42 ORANG ANGGOTA PLATUNNYA

    YANG TELAH BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR. KATA-KATA KERAMATNYA

    BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA TERUS MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT

    KEPADA PEJUANG DAN PAHLAWAN KHUSUSNYA WARGA TENTERA DARAT SEHINGGA

    SEKARANG. KECEMERLANGAN TENTERA DARAT INI DITERUSKAN DALAM ERA

    KONFRANTASI, PEPERANGAN MELAWAN INSURGENSI SEHINGGA INSIDEN

    PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU. FAKTA SEJARAH YANG DINYATAKAN INI ADALAH BUKTI

    YANG TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN LAGI BAHAWA TENTERA DARAT SEMENJAK

    PENUBUHANNYA SEHINGGA SEKARANG TERUS BERFUNGSI SEBAGAI BENTENG UTAMA

    PERTAHANAN NEGARA TERCINTA.

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

    4. SAMA-SAMALAH KITA SEMUA INGATI, INSAFI SERTA FAHAMI BAHAWA, DALAM

    SUASANA KESELESAAN, KEDAMAIAN SERTA KEAMANAN KEHIDUPAN YANG SEDANG

    DINIKMATI KINI, NUN DI SANA SEKELOMPOK WARGA NEGARA INI, MEREKA MUNGKIN

    BAPA-BAPA KITA, ANAK-ANAK KITA, SAUDARA MARA KITA, RAKAN TAULAN, ORANG

    SEKAMPUNG, SEDANG BERSENGKANG MATA, BERMANDI PELUH, MALAH BERLUMURAN

  • 4

    DARAH, DI HUTAN BELANTARA, DI DALAM BELUKAR, BERTEMANKAN NYAMUK DAN

    AGAS, MALAM DAN SIANG SAMA SAHAJA BAGI MEREKA. MEREKALAH ANGGOTA

    TENTERA DARAT MALAYSIA YANG GAGAH SETIA, SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA.

    RAMAI DI KALANGAN MEREKA TELAH GUGUR SEBAGAI PAHLAWAN DAN PEJUANG, TIDAK

    KURANG JUGA MEREKA YANG MENGALAMI KECEDERAAN DAN KECACATAN. KESUSAHAN,

    KEPERITAN SERTA KEPAYAHAN PARA ISTERI, BALU, ANAK-ANAK SERTA AHLI KELUARGA

    YANG DITINGGALKAN BUKAN KEPALANG. MEREKA TIDAK MENUNTUT APA-APA DARI

    KITA, MEREKA TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA KERANA MEREKA TELAH MERELAKAN DIRI

    MEREKA SEBAGAI GALANG GANTI UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA INI.

    SEWAJARNYALAH KITA SEBAGAI MASYARAKAT DAN RAKYAT YANG BERMARUAH LAGI

    PRIHATIN MERAKAMKAN KALIMAH KESYUKURAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK

    BERTEPIAN UNTUK PARA PAHLAWAN DAN PEJUANG BERKENAAN, DI ATAS SEGALA

    KEBAKTIAN DAN PENGORBANAN YANG DICURAHKAN. BENARLAH FIRMAN ALLAH

    MELALUI SURAH AL-AHZAB AYAT 23:

    MAKSUDNYA: DI ANTARA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU, ADA YANG BERSIKAP

    BENAR MENUNAIKAN APA YANG DIJANJIKANNYA KEPADA ALLAH (UNTUK BERJUANG

    MEMBELA ISLAM); MAKA DI ANTARA MEREKA ADA YANG TELAH SELESAI MENJALANKAN

    JANJINYA ITU (LALU GUGUR SYAHID), DAN DI ANTARANYA ADA YANG MENUNGGU GILIRAN;

    DAN MEREKA PULA TIDAK MENGUBAH (APA YANG MEREKA JANJIKAN ITU) SEDIKIT PUN.

  • 5

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

    5. SEJARAH DUNIA TELAH MENYAKSIKAN PELBAGAI JENIS PERANG IAITU PERANG

    ANTARA KABILAH, PERANG ANTARA NEGARA, PERANG DUNIA, PERANG EKONOMI,

    PERANG PEMIKIRAN, PERANG BUDAYA DAN KINI PERANG SIBER. SITUASI INI MENUNTUT

    SESEBUAH NEGARA BERDAULAT UNTUK MEMILIKI KEKUATAN PERTAHANAN YANG

    KUKUH. MENYEDARI HAKIKAT TERSEBUT TENTERA DARAT MALAYSIA SEBAGAI TONGGAK

    UTAMA PERTAHANAN NEGARA SENTIASA MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TIDAK

    BERBELAH BAGI DALAM ASPEK KETAHANAN DAN PERTAHANAN INI. SEMUA GERAK KERJA

    PERSIAPAN PERANG, LATIHAN PEPERANGAN, PENGAWASAN DI KAWASAN

    TANGGUNGJAWAB DAN SEMUA ASPEK BERKAITAN MEDAN PERANG SEBILANG MASA

    DIBERIKAN KEUTAMAAN PERTAMA. TINDAKAN INI MELETAKKAN KETUMBUKAN TENTERA

    DARAT SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIAPSIAGA UNTUK DIATUR GERAK BILA-BILA

    MASA APABILA DIPERLUKAN SERTA DISOKONG PULA OLEH ASET TERBARUNYA IAITU

    KERETA PERISAI MOBILITI TINGGI 4 X 4 , HELIKOPTER KATEGORI LIGHT ATTACK, DI

    SAMPING ASET YANG TELAH SEDIA ADA, MEMBUKTIKAN KOMITMEN TINGGI TENTERA

    DARAT UNTUK MEMBERI KEYAKINAN KEPADA MASYARAKAT AKAN KEWIBAWAAN

    TENTERA DARAT DALAM MELINDUNGI KESELAMATAN MASYARAKAT DAN MENJAGA

    KEDAULATAN NEGARA.

  • 6

    6. SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI CABARAN MENDATANG YANG LEBIH

    KOMPLEKS DAN SUKAR DIRAMAL, TENTERA DARAT TERUS MEMPERKASA DAN

    MENJITUKAN KESIAGAAN, MEMPERKUKUHKAN KESEPADUAN, MEMPERTEGUHKAN

    PROFESIONALISME, MEMANTAPKAN PENGURUSAN SERTA MEMPERTINGKATKAN KUALITI

    HIDUP WARGANYA BAGI MEMASTIKAN VISI DAN MISI TENTERA DARAT TERUS RELEVAN.

    PEMUSATAN KEPADA PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN TENTERA DARAT SECARA

    TERSUSUN, SEIMBANG, KONSISTEN DAN BERKESINAMBUNGAN BERSAMA

    PENGUBAHSUAIAN DOKTRIN, KONSEP OPERASI DAN PEPERANGAN, TEKNOLOGI

    PERTAHANAN DAN INTEGRASI TEKNOLOGI DENGAN MANUSIA TERUS DIBERI

    KEUTAMAAN. BAGI MEMPERKASAKAN LATIHAN PULA, TENTERA DARAT MEMBERIKAN

    TUMPUAN KEPADA KEMAMPUAN DALAM OPERASI KONVENTIONAL, OPERASI BERSAMA

    DAN LATIHAN BERSAMA DENGAN TENTERA DARI LUAR NEGARA. PADA MASA YANG

    SAMA TENTERA DARAT TERUS TERLIBAT DENGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

    NEGARA, BANTUAN PENANGANAN BENCANA SERTA SUMBANGAN DALAM MISI LUAR

    NEGARA YANG SENTIASA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MASYARAKAT DUNIA. PENDEKNYA

    TENTERA DARAT DENGAN KEUPAYAAN YANG ADA TELAH, SEDANG DAN AKAN TERUS

    MEMASTIKAN KEDAULATAN NEGARA INI TIDAK TERGUGAT KEHIDUPAN MASYARAKAT

    DAN RAKYATNYA AMAN SENTOSA. JAMINAN INI BERTEPATAN DENGAN SERUAN ALLAH

    MELALUI SURAH AL-ANFAL AYAT 60:

  • 7

    MAKSUDNYA: DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG

    MENCEROBOH) DARI SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN JUGA

    PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP SEDIA UNTUK MENGGERUNKAN DENGAN

    PERSEDIAAN ITU MUSUH ALLAH DAN MUSUH KAMU.

    TUAN-TUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

    7. BERSEMPENA KITA MEMPERINGATI HARI TENTERA DARAT KE 85, KHATIB

    MENGAJAK SELURUH AHLI JAMAAH UNTUK MEMAHAMI BAHAWA TUGAS

    MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEUTUHAN NEGARA ADALAH SATU TUGAS

    KEAGAMAAN YANG MESTI DIPIKUL OLEH SEMUA PIHAK SAMA ADA AGENSI KERAJAAN,

    SEKTOR SWASTA, BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN SERTA SELURUH RAKYAT JELATA. INI

    BERMAKNA SEKIRANYA NEGARA INI DISERANG, MUSUH BUKAN SAHAJA BERDEPAN

    DENGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA TETAPI IA AKAN BERDEPAN DENGAN 32 JUTA

    PENDUDUK NEGARA INI. MENYEDARI HAKIKAT TERSEBUT MARILAH KITA DENGAN

    SEPENUH JIWA RAGA SEHATI SEJIWA BERGANDING BAHU DENGAN ANGGOTA TENTERA

    UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA INI. BAGI MELAYAKKAN KITA

    MELAKSANAKAN TUGAS YANG AMAT MENCABAR DAN BERAT INI KITA PERLU SAMA-

    SAMA BERTINDAK SECARA KOLEKTIF DAN PROAKTIF DALAM MENINGKATKAN NILAI DIRI

    MASING-MASING DENGAN PENGHAYATAN AJARAN SUCI ISLAM MELALUI TIGA PRAKTIS

    UTAMA IAITU PERTAMA: KESEMPURNAAN AKIDAH ATAU IMAN (SALIMUL AQIDAH).

    KEDUA: IBADAH YANG BETUL (SHOHIHUL IBADAH) DAN KETIGA: TINGKAH LAKU YANG

  • 8

    BAIK (MATINUL KHULUQ). KETIGA-TIGA PERKARA INI ADALAH MEWAKILI SIGMEN

    PENTING SEORANG INSAN IAITU, SPRITUAL, FIZIKAL DAN MENTAL DI MANA APABILA

    DIINTEGRASIKAN IANYA MENEPATI CIRI-CIRI MAQASID AL-SYARIYYAH YANG SELARAS

    DENGAN KEHENDAK ISLAM SERTA MAMPU MEMENUHI KEPENTINGAN YANG LIMA ATAU

    AL-DHORURIYYAT AL-KHAMS IAITU MENJAGA AGAMA (HIFZ AL-DIN), MENJAGA NYAWA

    (HIFZ AL-NAFS), MENJAGA AKAL (HIFZ AL-AQL), MENJAGA KETURUNAN (HIFZ AL-NASB)

    DAN MENJAGA HARTA (HIFZ AL- MAL) . KELIMA-LIMA PERKARA INI PERLU DIJAGA DAN

    SANGAT DIPERLUKAN OLEH SETIAP INSAN BAGI MENJAMIN KELANGSUNGAN HIDUP DI

    DUNIA DAN DI AKHIRAT. KECACATAN SALAH SATU DARIPADA LIMA PERKARA INI ATAU

    KESEMUANYA AKAN MENGAKIBATKAN KEHIDUPAN MANUSIA MENJADI KACAU BILAU

    DAN PORAK PERANDA. LANTARAN ITU ISLAM AMAT MENITIK BERATKAN KEJITUAN

    PEGANGAN AGAMA, KEDAULATAN DAN KEKUASAAN BAGI MEMASTIKAN AL-

    DHORURIYYAT AL-KHAMS UMMAH SENTIASA TERPELIHARA. IMAM AL-GHAZALI MELALUI

    KITABNYA AL-IQTISHAD FI AL-ITIQAD PERNAH MENGINGATKAN KITA BERKENAAN

    PERKARA INI MELALUI KATA-KATANYA AGAMA DAN KEKUASAAN ADALAH DUA SAUDARA

    KEMBAR. AGAMA ADALAH ASAS DAN KEKUASAAN ADALAH PENJAGA. SESUATU TANPA ASAS

    PASTI AKAN RUNTUH DAN SESUATU TANPA PENJAGA PASTI AKAN HILANG.

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

    8. DALAM KEGHAIRAHAN KITA PARA PENCINTA AGAMA ALLAH MENUNAIKAN

    AMANAH DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DITAKLIFKAN HENDAKLAH KITA

  • 9

    SENTIASA MERUJUK KEPADA AL-QURAN KERANA IA ADALAH SUMBER INSPIRASI

    PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH LUNTUR. BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DALAM

    MENGHADAPI MUSUH CONTOHNYA, MELALUI SURAH AL-ANFAL AYAT 45, ALLAH SWT

    MENYEBUTKAN :

    .

    MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN APABILA KAMU BERTEMU DENGAN

    SESUATU PASUKAN (MUSUH) MAKA HENDAKLAH KAMU TETAP TEGUH MENGHADAPINYA,

    DAN SEBUTLAH SERTA INGATILAH ALLAH DENGAN DOA SEBANYAK-BANYAKNYA, SUPAYA

    KAMU BERJAYA MENCAPAI KEMENANGAN.

    TUAN-TUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

    MENURUT IBNU KATHIR MELALUI AYAT INI, ALLAH SWT TELAH MEMERINTAHKAN LIMA

    PERKARA KEPADA PARA PEJUANG ISLAM YANG PERTAMANYA ADALAH BERKENAAN

    DENGAN KETEGUHAN HATI KETIKA BERJUANG DAN ALLAH AKAN MEMBENTUK SIFAT

    KEBERANIAN. YANG KEDUA ADALAH DENGAN BANYAK MENGINGATI ALLAH SWT

    MELALUI BERZIKIR DAN BERIBADAH. YANG KETIGANYA PULA ADALAH KETAATAN KEPADA

    ALLAH DAN RASULNYA. KEEMPAT, BERSATU DAN SALING TIDAK BERPECAH DAN YANG

    KELIMA KEUPAYAAN UNTUK MENGEKALKAN KEEMPAT-EMPAT PERKARA YANG TELAH

    DISEBUTKAN. SEKIRANYA PERKARA INI DAPAT DIHAYATI OLEH KITA SEMUA YAKINLAH

  • 10

    BAHAWA ALLAH AKAN SENTIASA MEMBERIKAN RAHMATNYA DAN MEMPERMUDAHKAN

    SEGALA GERAK KERJA KITA DALAM MELAKSANAKAN APA SAHAJA AMANAH YANG

    DITAKLIFKAN .

    TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT RAHIMAKUMULLAH

    9. SELAIN DARIPADA ISU-ISU DOMESTIK YANG SEDANG UMAT ISLAM NEGARA KITA

    HADAPI SEPERTI SERANGAN LIBERALISASI, GLOBALISASI, HUMANISME, FEMINISME,

    KHILAF FAHAM AGAMA, SENARIO POLITIK KEPARTIAN DAN SEUMPAMANYA, ISU-ISU

    SERANTAU SEPERTI TUNTUTAN BERTINDIH WILAYAH, KEGIATAN PENGGANAS, ISU

    PENDATANG JUGA PERLU DIBERI PERHATIAN. BAGI MENANGANI ISU IS, ISIS ATAU DAESH

    UMPAMANYA, KITA PERLULAH MENJITUKAN KEFAHAMAN MASING-MASING BAHAWA

    SETIAP KHIDMAT DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DENGAN MENYERAHKAN

    SELURUH TENAGA, MINDA, MASA, RUH SERTA JASAD KITA BAGI MEMASTIKAN

    KEDAULATAN NEGARA KITA TERPELIHARA, KESELAMATAN RAKYAT JELATA TERJAGA

    ADALAH JIHAD. OLEH ITU SUKA KHATIB INGATKAN KEPADA SELURUH AHLI JAMAAH

    JANGAN SEKALI KALI TERPENGARUH DENGAN PERJUANGAN MILITAN DAESH INI SERTA

    SEGALA JARINGANNYA. JANGAN TERUJA DENGAN PANGGILAN JIHAD MEREKA. JANGAN

    TERPERANGKAP DAN TERTIPU SEMATA-MATA MAHU MENCARI JALAN PINTAS KE

    JANNAH. SEBALIKNYA MARILAH KITA MENGEMBELINGKAN SEGALA KEPAKARAN,

    KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN YANG KITA MILIKI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN DAN

    SUMBANGAN TERBAIK DEMI KESUCIAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI,

  • 11

    KETAHANAN KEDAULATAN NEGARA SERTA KELANGSUNGAN MARUAH BANGSA. SEMOGA

    ALLAH SWT TERUS MERAHMATI DAN MELINDUNGI TENTERA DARAT MALAYSIA UNTUK

    BERKHIDMAT DENGAN PENUH KEGAGAHAN DAN KESETIAAN.

    MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERSEDIALAH DAN BERJAGA-

    JAGALAH (SEBELUM KAMU MENGHADAPI MUSUH), KEMUDIAN (BILA DIKEHENDAKI)

    MARALAH (KE MEDAN PERANG) SEPUAK DEMI SEPUAK, ATAU (JIKA PERLU) MARALAH

    SERENTAK BERAMAI-RAMAI.