54
Persoalan Mazhab 1 _________________________________________________________________________________________________________________________________ PERSOALAN MAZHAB Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

1

_________________________________________________________________________________________________________________________________

PERSOALAN

MAZHAB

Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

Page 2: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

2

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Tajuk

PERSOALAN MAZHAB

Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

Haji Jainal Sakiban al-Jauhari\

Cetakan Pertama: 2009M/1430H

Cetakan Kedua: 2010M / 1431H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-43884-5-4

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini

dalam apa bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak

penerbit iaitu

Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,

Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disungint oleh

Ustaz Mohd. Hafiz Bin Mansor

Disemak oleh

Lujnah Pemyemak Dan Pentashih Penerbitan Agama Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:

Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,

Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Pusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar,

Karung Berkunci 725,

80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:

Master Gifts Sdn Bhd

019-7777662

Page 3: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

3

_________________________________________________________________________________________________________________________________

PERSOALAN

MAZHAB

Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

Haji Jainal Sakiban AlHaji Jainal Sakiban AlHaji Jainal Sakiban AlHaji Jainal Sakiban Al----JauhariJauhariJauhariJauhari

Page 4: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

4

_________________________________________________________________________________________________________________________________

INTISARIINTISARIINTISARIINTISARI

Kandungan Halaman

Keperluan mazhab

- Kenapa perlu mengikut mazhab? .................................................

5

Pengertian mazhab .............................................................................. 6

Sejarah Mazhab

- Di Madinah .....................................................................................

- Makkah dan Kufah ........................................................................

9

10

Imam mujtahid

- Mazhab Hanafi ............................................................................

- Dasar mazhab Hanafi ..................................................................

13

14

- Kawasan penganut mazhab Hanafi ............................................ -

Mazhab Maliki

- Dasar-dasar mazhab Maliki ........................................................

15

- Sahabat Imam Malik dan pengembang mazhabnya .................. 16

- Kawasan yang menganut mazhab Maliki ................................... 17

Mazhab Syafi’e

- Dasar-dasar mazhab Syafi’e .......................................................

18

- Sahabatnya di Irak .......................................................................

- Sahabatnya di Mesir ...................................................................

- Sejarah perkembangan mazhabnya ...........................................

19

20

-

- Qaul qadim dan qaul jadid .......................................................... 21

- Penyebaran ................................................................................ -

- Keistimewaan .............................................................................

- Kawasan yang menganut mazhab Syafi’e .................................

22

23

Mazhab Hambali

- Dasar-dasar mazhabnya .............................................................

- Pengembang mazhabnya ...........................................................

24

-

- Kawasan yang menganut mazhab Hanbali ................................ 25

Persoalan Mazhab: Kenapa perlu mengikut mazhab ........................ 26

Golongan menolak mazhab ................................................................ 30

Golongan mengharuskan mazhab ...................................................... 35

Berpegang kepada satu mazhab ........................................................ 39

Orang awam wajib mengikut mazhab ................................................. 42

Pentingnya bermazhab ....................................................................... 48

Bolehkan membuat mazhab sendiri .................................................... 50

Bahan rujukan ...................................................................................... 53

Page 5: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

5

_________________________________________________________________________________________________________________________________

�âïđyş‹Üa@�æŽáĆyş‹Üa@đê�ÝÜa@�âĆ�đi�âïđyş‹Üa@�æŽáĆyş‹Üa@đê�ÝÜa@�âĆ�đi�âïđyş‹Üa@�æŽáĆyş‹Üa@đê�ÝÜa@�âĆ�đi�âïđyş‹Üa@�æŽáĆyş‹Üa@đê�ÝÜa@�âĆ�đi@ @@ @@ @@ @

KEPERLUAN MAZHAB

erdapat setengah golongan yang kononnya terlalu progresif

dalam ilmu agama berpendapat bahawa masyarakat awam

hari ini tidak perlu mengikut mana-mana mazhab dan ulama,

cuma perlu mengikut al-Quran dan sunah secara terus.

Ada setengah golongan yang menganggap segulung ijazah sarjana

atau PhD yang dimiliki oleh seseorang individu itu sudah cukup

untuk melayakkan mereka tidak mengikuti mana-mana mazhab.

Tidak cukup dengan itu, ada juga setengah golongan yang

mendakwa mazhab adalah rekaan ulama silam yang mempunyai

pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan

Sunnah sebagaimana dakwaan Scacht, seorang orientalis

Jerman yang terkenal sebagai seorang yang amat anti Islam.

Makai a tidak perlu dijadikan sebagai satu ikutan, kerana Allah

SWT dan RasulNya tidak mewajibkan berbuat demikian.

Sesiapa saja yang mengikut mazhab termasuk di kalangan

pelaku bidaah mungkar, bahkan ada yang lebih dangkal

mengatakan seseorang itu sesat dan kafir. Adakah kenyataan ini

benar-benar ilmiah?

Apabila kenyataan seperti itu keluar daripada mulut

seseorang, maka terbukti kecetekannya dalam memahami

perbahasan ulama muktabar. Mereka membayangkan ulama

T

Page 6: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

6

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mazhab terdahulu mengeluarkan fatwa tanpa sandaran atau

semberono sahaja terhadap nas al-Quran dan sunah.

Penyakit seperti itu berpunca daripada pemikiran al-

Lamazhabiyyah (antimazhab) yang menggesa masyarakat awam

supaya tidak bermazhab, sedangkan mengikuti kefahaman dan

penjelasan dengan bertanyakan sesuatu masalah tidak diketahui

kepada ulama digalakkan agama Islam.

Persoalannya, adakah mengikut mazhab seperti mengikut

mazhab Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hambali sebagaimana yang

diamalkan oleh umat Islam hingga ke hari ini dihukumkan syirik-

kafir seperti dakwan setengah golongan yang mendakwa dirinya

tidak bermazhab dan kita perlu menolak mazhab.

Dalam masa yang sama, persoalan sebaliknya pula

dikemukan, kenapa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

mengamalkan mazhab Syafi’e perlu dijadikan pegangan dan

dipertahankan di Malaysia dan di rantau ini secara umum?

Sebelum kita menjawab persoalan di atas, ada baiknya

dijelaskan terlebih dahulu pengertian mazhab, sejarah dan imam

mujtahid yang menjadi ikutan mazhab supaya kita dapat

memahami apakahkah perkara-perkara yang dipertikaikan itu.

Pengertian Mazhab

Kata-kata mazhab (��������) adalah merupakan sighah isim

makandari kata/fi’il madhi zahaba (�����). Zahaba ertinya pergi; oleh

kerana itu mazhab ertinnya: tempat pergi atau jalan. Kata-kata

lain yang semakna dengan mazhab ialah: maslak (� �����) , thariqah

Page 7: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

7

_________________________________________________________________________________________________________________________________

��������) ( dan sabil (��������) yang kesemuanya bererti jalan atau cara.

Demikian pengertian mazhab dari segi bahasa.1

Adapun pengertian mazhab menurut K.H. Sirajuddin

Abbas, mazhab adalah fatwa atau pendapat seorang imam

mujtahid.2

Manakala Menurut Kamus Dewan3 mazhab ialah:

1. Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam (iaitu

mazhab Syafi’e, Hanafi, Hambali dan Maliki): Di Mesir

umpamanya pada masa dahulu, mahkamah Syariah

semata-mata berpegang pada – Hanafi;

2. Aliran fahaman, atau ajaran (seperti dalam bidang

ekonomi dan lain-lain);

3. Ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli:

- Protestan.

Dalam buku Alla Mazhabiyyah Akhtar Bid’ah Tuhaddid al-

Syari’atal al-Islamiyyah disebutkan: Adapun pengertian mazhab

menurut istilah ialah: jalam fikiran (faham / pendapat) yang

ditempuh oleh seorang imam mujtahid ddi dalam menetapkan

sesuatu hukum Islam dari Al-Quran dan hadis.4

Pngertian mazhab menurut Huzaimah dalam Pengantar

Perbandingan Mazhab, ialah asas pemikiran atau dasar yang

1 Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Alaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidus

Syari’atal Islamiyyata (H. Anas Thahir Syamsuddin), P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1981, hal. 17.

2 Sirajuddin Abbas, Sejarah dan keagungan Imam Syafi’I, Pustaka Tarbiyah, Jakarta,

1972, hal. 52. 3 Kamus Dewan edisi ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hal.

871. 4 Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Loc. sit.

Page 8: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

8

_________________________________________________________________________________________________________________________________

digunakan oleh imam Mujtahid dalam memecahkan masalah, atau

mengistinbatkan (mengeluarkan sesuatu) hukum Islam.

Selanjutnya Imam Mazhab dan mazhab itu berkembang

pengertiannya menjadi kelompok umat Islam yang mengikuti cara

istinbath Imam Mujtahid tertentu atau mengikuti pendapat Imam

Mujtahid tentang masalah hukum Islam.5

Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa yang

dimaksud dengan mazhab itu meliputi dua pengertian, iaitu:

a. Mazhab adalah cara berfikir atau metode ilmiah yang

digunakan oleh seseorang Imam Mujtahid dalam

mengambil kesimpulan hukum mengenai sesuatu peristiwa

berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis.

b. Mazhab adalah fatwa atau pendapat seseorang Imam

Mujtahid tentang hukum sesuatu peristiwa yang diambil

dari Al-Quran dan hadis.

Jadi, kalau dikatakan mazhab Syafi’e maka ertinya ialah

jalan pemikiran atau cara berijtihad atau metode ilmiah yang

digunakan oleh Imam Syafi’e dalam menetapkan hukum sesuatu

perkara; atau fatwa / pendapat beliau tentang hukum sesuatu

masalah yang diambil dari Al-Quran dan sunnah. Demikian juga

halnya, jika dikatakan mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan mazhab

Hanbali dan sebagainya.

5 Huzaemah, Pengantar Perbandingan Mazhab, Jakarta: Logos, Cet. III, 2003, hal. 71.

Page 9: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

9

_________________________________________________________________________________________________________________________________

MAZHAB

Soal:

Bagaimana timbulnya mazhab dalam

Islam?

Jawab:

Setelah Rasulullah SAW wafat ramai para sahabat yang

berpindah dari satu negeri ke negeri lain, terutama pada masa

pemerintahan Bani Umaiyah.

Di setiap negeri yang mereka diami, mereka mengajarkan

apa yang mereka peroleh dari Rasulullah SAW kepada penduduk

di mana mereka tinggal. Di antara kota-kota tempat tinggal para

sahabat tersebut akhirnya ada yang berkembang menjadi pusat

perkembangan ilmu-ilmu keislaman yang di antaranya adalah ilmu

fikah Islam. Kota-kota tersebut antara lain ialah:

Di kota ini menetapnya semua khalifah yang

empat (khulafa al-Rasyidin) dan sejumlah

besar ulama dari kalangan para sahabat.

Di antaranya ialah Abdullah bin Abbas (wafat 68H), Abdullah bin

Umar (wafat 73H) sebelum keduanya pindah ke Makkah, Zaid Bin

Thabit (wafat 45H), dan lain-lain. Dari merekalah para ulama

tabi’in (generasi sesudah sahabat) - seperti Said bin Musayyab,

Sejarah Sejarah Sejarah Sejarah MazhabMazhabMazhabMazhab

MADINAHMADINAHMADINAHMADINAH

Page 10: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

10

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Urwah bin Zubair, Abu Bakar bin Abdulrahman, Sulaiman bin

Yasar dan lain-lain - yang tinggal di Madinah menimba ilmu.

Imam Malik adalah seorang ulama Madinah yang hidup

setelah generasi tabi’in tersebut. Beliau adalah seorang mujtahid

dan ulama besar yang diikuti oleh ramai orang, yang kepada

beliaulah mazhab Maliki di nisbahkan. Mazhab Maliki ini juga

dikenal dengan mazhab ahlul hadis. Sebab mereka lebih banyak

mendasarkan ijtihad mereka pada hadis-hadis Nabi yang banyak

mereka terima dari para tabi’in yang meriwayatkannya dari

Rasulullah SAW.

Di antara sahabat besar yang tinggal di

Makkah ialah Abdullah bin Abbas dan

Abdullah bin Umar.

Murid-murid beliau dari kalangan tabi’in di antaranya adalah Atha'

bin Rabah (wafat 114H), Thawus bin Kaisan (wafat 124H), Sufyan

bin Uyainah (wafat 198H), Muslim bin Khalid al-Jauzi dan lain-lain.

Muslim bin Khalid ini adalah guru Imam Syafi’e sebelum beliau

pergi berguru kepada Imam Malik di Madinah. Sedangkan Sufyan

bin Uyainah adalah salah satu guru Imam Ahmad bin Hambal.

Di antara sahabat yang terkenal di kota ini

ialah Abdullah bin Mas'ud (wafat 32H) dan

Ali bin Abi Thalib (wafat 40H).

Di antara para murid mereka adalah: Alqomah bin Qais al-Nakha'i

(wafat 60H) dan Qadhi Syuraih (wafat 78 H).

Kepada merekalah para fuqaha (ahli-ahli fikah) Kufah

seperti Ibrahim al-Nakha'i, Sufyan al-Thauri, Abdullah bin

Syubrumah dan Imam Abu Hanifah belajar ilmu fikah. Namun

KUFAHKUFAHKUFAHKUFAH

MAKKAHMAKKAHMAKKAHMAKKAH

Page 11: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

11

_________________________________________________________________________________________________________________________________

hanya Abu Hanifahlah yang kemudian mempunyai pengikut

hingga sekarang. Mazhab beliau dikenal dengan mazhab Hanafi

atau mazhab ahlu al-ra'yi. Sebab beliau dalam ijtihadnya banyak

menggunakan ra'yu atau qiyas dan mengembangkan

madzhabnya yang sampai sekarang banyak dianuti oleh

kebanyakan bangsa Mesir, Turki dan India. Ulama Kufah terkenal

dengan mazhab qiyasnya kerana mereka dalam memahami fikah

banyak menggunakan qiyas.

Hasil-hasil ijtihad dan pendapat Imam Malik, Imam Abu

Hanifah, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hambal tersebut

akhirnya dikembangkan dan dibukukan oleh pengikut-

pengikutnya. Lantaran itu pengikut-pengikut mereka masih aktif

hingga ke hari ini. Hasil-hasil ijtihad dan pendapat para imam

itulah yang kemudian kita kenal dengan nama mazhab.

Sebenarnya selain daripada mereka (mazhab empat) ada

juga mazhab lain, tapi sayangnya mazhab mereka kurang dikenali

ramai kerana pendapat-pendapatnya tidak dibukukan seperti

mazhab yang empat.

Mazhab yang emapt ini berkembang bukanlah kerana

sumber hukum atau pendapatnya yang agak ringan yang

memang dimiliki oleh semua mazhab. Akan tetapi ketahanannya

adalah disebabkan kehebatan dan keunggulan peribadi pengasas

mazhab itu sendiri, jelasnya penerangan dan metod ilmiah yang

digunakan sehingga mampu menarik ramai peminat, adanya

murid dan pengikut yang bijak dan berinovasi tinggi yang

berusaha membukukan pendapat-pendapat tok gurunya serta

sokongan secara langsung atau tidak langsung dari pemerintah

dalam mendokong mazhab tersebut. Jadi, dapat disimpulkan

Page 12: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

12

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mengenai faktor-faktor berkembangnya mazhhab yang empat

adalah seperti berikut:

1. Pendapat-pendapat imamnya itu dikumpulkan dan

dibukukan. Hal ini tidak terdapat pada mereka atau

mazhab-mazhab lain yang hilang ditelan zaman.

2. Adanya murid-murid mereka yang berusaha menyebar

luaskan pendapat-pendapatnnya, mempertahankan dan

mendokongnya. Dalam organisasi sosial pula mereka

mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga

menyebabkan pendapatnya begitu berharga dan dipatuhi.

3. Adanya kecenderungan jumhur muslimin (pemerintah dan

masyarakat umum) agar keputusan yang diberikan oleh

hakim berasal dari mazhab tertentu, sehingga dalam

berhujjah / menentukan hukuman tidak wujud tanggapan

negatif kerana mengikuti sentimen atau hawa nafsu di

mana hal sedemikian hanya mungkin berlaku bila mana

mazhab itu tidak membukukan pendapat-pendapatnya

mengenai masalah tersebut yang boleh dirujuk.6

6 Khudhairi Bek, op. cit, hal. 229.

Page 13: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

13

_________________________________________________________________________________________________________________________________

IMAM MUJTAHID

Soal:

Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab

Hanafi, dasar-dasar, pengembang mazhab

dan kawasan yang mengamalkan

mazhabnya?

Jawab:

Pengasas mazhab Hanafi ialah: Nu’man bin Thabit bin Zautha.

Dilahirkan pada masa sahabat, iaitu pada tahun 80H bersamaan

tahun 699M.

Beliau wafat pada tahun 150H bertepatan dengan lahirnya

Imam Syafi’e ra. Beliau lebih dikenal dengan sebutan: Abu

Hanifah al-Nu’man. Abu Hanifah adalah seorang mujtahid yang

ahli ibadah. Dalam bidang fikah beliau belajar kepada Hammad

bin Abu Sulaiman pada awal abad kedua hijriah dan banyak

belajar pada ulama-ulama Tabi’in, seperti Atha’ bin Abi Rabah dan

Nafi’ Maula Ibnu Umar.

Mazhab Hanafi dinisbahkan kepada namanya iaitu Abu

Hanifah. Jadi mazhab Hanafi adalah nama dari kumpulan

pendapat-pendapat yang berasal dari Imam Abu Hanifah dan

murid-muridnya serta pendapat-pendapat yang berasal dari para

pengganti mereka sebagai perincian dan perluasan pemikiran

yang telah digariskan oleh mereka yang kesemuanya adalah hasil

MazhabMazhabMazhabMazhab

HanafiHanafiHanafiHanafi

Page 14: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

14

_________________________________________________________________________________________________________________________________

dari pada cara dan metod ijtihad ulama-ulama Irak (Ahlu Ra’yi).

Maka disebut juga mazhab Ahlur Ra’yi semasa Tabi’it Tabi’in.

Dasar-dasar Mazhab Hanafi

Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fikah berpaksikan kepada

tujuh asas, iaitu: Al-Quran, Al-Sunnah, Perkataan para Sahabat,

Al-Qiyas, Al-Istihsan, Ijmak dan Uruf.

Murid-murid Abu Hanifah adalah sebagai berikut:

a. Abu Yusuf bin Ibrahim Al-Anshari (113-183H)

b. Zufar bin Hujail bin Qais al-Kufi (110-158H)

c. Muhammad bin Hasan bin Farqad al-Syaibani (132-189H)

d. Hasan bin Ziyad Al-Lu’lu Al-Kufi Maulana Al-Anshari

(204H).

Kawasan Penganut Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Irak), kemudian tersebar

ke negara-negara Islam bahagian Timur. Buat masa kini mazhab

Hanafi merupakan mazhab rasmi di Mesir, Turki, Syiria dan

Lubnan.

Mazhab ini dianuti oleh sebagian besar penduduk di

Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin India dan China.

Page 15: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

15

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab

Maliki, dasar-dasar, pengembang mazhab

dan kawasan yang mengamalkan

mazhabnya?

Jawab:

Mazhab Maliki adalah merupakan kumpulan pendapat-pendapat

yang berasal dari Imam Malik dan para penerusnya sesudah

beliau meninggal dunia.

Nama pengasas mazhab ini ialah: Malik bin Anas bin Abu

Amir. Lahir pada tahun 93M bersamaan tahun 712M di Madinah.

Di kalangan umat Islam beliau lebih dikenal dengan panggilan

Imam Malik. Imam Malik terkenal dengan imam dalam bidang

hadis Rasulullah SAW.

Imam Malik belajar dangan ulama-ulama Madinah. Guru

yang mula-mula sekali ialah Abdul Rahman bin Hurmuz. Beliau

juga belajar dengan Nafi’ Maula Ibnu Umar dan Ibnu Syihab Az-

Zuhri. Manakala orang yang menjadi gurunya dalam bidang fikah

ialah Rabi’ah bin Abdul Rahman. Imam Malik adalah imam (tokoh)

negeri Hijaz, bahkan ketokohan beliau ialah di dalam semua

bidang fikah dan hadis.

Dasar-dasar Mazhab Maliki

Dasar-dasar mazhab Maliki diperinci dan diperjelas sehingga

sampai tujuh belas pokok (dasar) iaitu:

MAZHABMAZHABMAZHABMAZHAB MALIKIMALIKIMALIKIMALIKI

Page 16: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

16

_________________________________________________________________________________________________________________________________

1. Nashshul Kitab (meraikan ayat-ayat yang dimansuhkan)

2. Dzaahirul Kitab (umum al-Quran)

3. Dalilul Kitab (mafhum mukhalafah)

4. Mafhum muwafaqah

5. Tanbihul Kitab, terhadap illat

6. Nash-nash Sunnah

7. Dzahirus Sunnah

8. Dalilus Sunnah

9. Mafhum Sunnah

10. Tanbihus Sunnah

11. Ijmak (kesepakatan ulama)

12. Qiyas

13. Amalan Penduduk Madinah

14. Qaul Shahabi (Para pendapat sahabat Nabi SAW)

15. Istihsan (kepentingan umum)

16. Muraa’atul Khilaaf (meraikan perbezaan pendapat)

17. Saddud Dzaraa’I (mencegah sebelum berlaku).

Sahabat-sahabat Imam Maliki dan Pengembang Mazhabnya

Di antara ulama-ulama Mesir yang berkunjung ke Madinah dan

belajar daripada Imam Malik ialah:

1. Abu Muhammad Abdullah bin Wahab bin Muslim.

2. Abu Abdillah Abdul Rahman bin Qasim al-Utaqy.

3. Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi.

4. Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam.

5. Asbagh bin Farj al-Umawi.

6. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.

7. Muhammad bin Ibrahim bin Ziyad al-Iskandari.

Page 17: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

17

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Maliki di

Afrika dan Andalus ialah:

1. Abu Abdillah Ziyad bin Abdul Rahman al-Qurthubi.

2. Isa bin Dinar al-Andalusi.

3. Yahya bin Yahya bin Katsir Al-Laithi.

4. Abdul Malik bin Habib bin Sulaiman Al-Sulami.

5. Abdul Hasan Ali bin Ziyad Al-Tunisi.

6. Asad bin Furat.

7. Abdul Salam bin Said Al-Tanukhi.

Sedang ahli-ahli fikah Malikiyah yang terkenal sesudah generasi

tersebut di atas adalah sebagai berikut:

1. Abdul Walid al-Baji

2. Abdul Hasan Al-Lakhami

3. Ibnu Rusyd Al-Kabir

4. Ibnu Rusyd Al-Hafiz

5. Ibnu ‘Arabi

6. Ibnul Qasim bin Jizzi

Kawasan yang Menganut Mazhab Maliki.

Pada mulanya mazhab ini tersebar di daerah Madinah,

kemudian tersebar hingga ke Marokko, Algeria, Tunis, Libia,

Bahrain, dan Kuwait.

Page 18: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

18

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab

Syafi’e, dasar-dasar, pengembang mazhab

dan kawasan yang mengamalkan

mazhabnya?

Jawab:

Mazhab ini dibangun oleh Al-Imam Muhammad bin Idris Asy

Syafi’e, seorang keturunan Hasyim bin Abdul Muthalib bin

Abdi Manaf. Beliau lahir di Gaza (Palestina) tahun 150H

bersamaan dengan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah yang

menjadi Mazhab yang pertama.

Guru Imam Syafi’e yang pertama ialah Muslim bin Khalid,

seorang Mufti di Mekah. Imam Syafi’e telah hafal Al-Quran pada

usia tujuh tahun. Setelah beliau hafal Al-Quran barulah

mempelajari bahasa dan sya’ir; kemudian beliau mempelajari

hadis dan fikah.

Dasar-dasar Mazhab Syafi’e

Dasar-dasar Mazhab Syafi’e dapat dilihat dalam kitab Usul al-

Fikah Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam kitab tersebut

Imam Syafi’e menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta

beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat

cabang). Asas-asas mazhab yang pokok, ialah berpegang

kepada:

MAZHAB MAZHAB MAZHAB MAZHAB

ASYASYASYASY----SYAFI’ISYAFI’ISYAFI’ISYAFI’I

Page 19: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

19

_________________________________________________________________________________________________________________________________

1. Al-Quran, tafsir secara lahiriah, selama tidak ada yang

menegaskan bahwa yang dimaksud bukan erti lahiriahnya.

Imam Syafi’e pertama sekali selalu mencari alasannya dari

Al-Quran dalam menetapkan sesuatu hukum mengenai

Islam.

2. Sunnah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika

tidak ditemukan rujukan dari Al-Quran. Imam Syafi’e

sangat kuat keprihatinannya terhadap sunnah sehingga

digelar sebagai Nashir Al-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).

3. Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada

perselisihan tentang itu. Ijmak yang diterima Imam Syafi’e

sebagai landasan hukum adalah Ijmak para sahabat,

bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu

terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini

tidak mungkin terjadi.

4. Qiyas yang dalam Al-Risalah disebut sebagai ijtihad,

apabila dalam Ijmak tidak juga ditemukan hukumnya. Akan

tetapi Imam Syafi’e menolak dasar istihsan dan istislah

sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.

Sahabat-sahabat beliau berasal dari Irak antara lain:

1. Abu Tsaur Ibrahim bin Khalid bin Yaman al-Kalabi al-

Baghdadi.

2. Ahmad bin Hanbal yang menjadi Imam Mazhab keempat.

3. Hasan bin Muhammad bin Shabah Az-Za’farani al-

Baghdadi.

4. Abu Ali Al-Husain bin Ali Al-Karabisi.

5. Ahmad bin Yahya bin Abdul Aziz al-Baghdadi.

Page 20: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

20

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Adapun sahabat beliau dari Mesir:

1. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi al-Misri.

2. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani al-Misri.

3. Rabi’ bin Abdul Jabbar al-Muradi.

4. Harmalah bin Tahya bin Abdullah Attayibi

5. Yunus bin Abdul A’la Asshodafi al-Misri.

6. Abu Bakar Muhammad bin Ahmad.

Sejarah Perkembangan Mazhabnya

Untuk lebih mendalami mengenai pemikiran fiqah mazhab ini, ia

diterokai oleh Imam Syafi’e, yang hidup di zaman pertentangan

antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis)

dan ahl al-ra'yi (cenderung berpegang pada akal fikiran atau

ijtihad). Imam Syafi’e belajar kepada Imam Malik sebagai tokoh

ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani sebagai

tokoh ahl al-ra'yi yang juga murid Imam Abu Hanifah.

Imam Syafi’e kemudian merumuskan aliran atau

mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua

kelompok tersebut. Imam Syafi’e menolak Istihsan dari Imam Abu

Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Namun

demikian Mazhab Syafi’e menerima penggunaan qiyas secara

lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua

aliran utama tersebut, keunggulan Imam Syafi’e sebagai ulama

fiqah, Usul al-Fikah, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya

memperoleh banyak pengikut; dan kealimannya diakui oleh

berbagai ulama yang hidup sezaman dengannya.

Page 21: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

21

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Qaul Qadim dan Qaul Jadid

Imam Syafi’e pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad.

Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang

biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama).

Kemudian Imam Syafi’e pindah ke Mesir kerana

munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berhasil mempengaruhi

kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza

dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian

mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeza, atau yang biasa

disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru).

Imam Syafi’e berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti

menghapus qaul qadim. Jika terdapat sesuatu keadaan yang

serupa baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka

dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul

tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap releven oleh para

pengikut Mazhab Syafi’e.

Penyebaran

Penyebaran pemikiran Mazhab Syafi’e berbeza dengan Mazhab

Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh

kekuasaan kekhalifahan. Pokok fikiran dan prinsip dasar Mazhab

Syafi’e terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para

muridnya. Murid-murid utama Imam Syafi’e di Mesir, yang

menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafi’e pada

awalnya adalah:

1. Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846H)

2. Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878H)

Page 22: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

22

_________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Al-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884H)

Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama

hadis terkemuka dan pengasas fiqah Mazhab Hanbali, juga

pernah belajar dengan Imam Syafi’e. Selain itu, masih banyak

ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut

menyebarkan Mazhab Syafi’e, antara lain:

1. Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.

2. Imam Bukhari.

3. Imam Muslim.

4. Imam Nasa'i.

5. Imam Baihaqi.

6. Imam Tirmidzi.

7. Imam Ibnu Majah.

8. Imam Thobari.

9. Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani.

10. Imam Abu Daud.

11. Imam Nawawi.

12. Imam Al-Suyuthi.

13. Imam Ibnu Kathir.

14. Imam al-Dhahabi; dan

15. Imam Al-Hakim.

Keistimewaan

Imam Syafi’e terkenal sebagai peletak batu asas atau perumus

pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fikah (atau metodologi

hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat,

melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafi’e menulis

Page 23: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

23

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Al-Risalah. Mazhab Syafi’e umumnya dianggap sebagai mazhab

yang paling konservatif di antara mazhab-mazhab fiqah Sunni

lainnya, di mana berbagai ilmu keislaman telah berkembang

berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung

mazhab ini.

Karana metodologinya yang sistematik dan tingginya

tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafi’e, terdapat

banyak sekali ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi

pendukung setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula

yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli

Sunnah Wal Jamaah di bidang mereka masing-masing. Ketika ini,

Mazhab Syafi’e diikuti oleh 28% umat Islam sedunia, dan

merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut

setelah Mazhab Hanafi.

Kawasan yang Menganut Mazhab Syafi’e

Mazhab Syafi’e sampai sekarang dianuti oleh umat Islam di: Libia,

Mesir, Somalia, Arabia Selatan, Palestina, Jordan, Lubnan, Syiria,

Irak, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan

Yaman, Indonesia, Pilipina dan Malaysia,. 7

7 Drs. Asep Saifuddin Al-Mansur, Kedudukan Mazhab dalam Syari’at Islam, Badan

Bookstore Sdn. Bhd, Johor Bahru1994, hal. 45-66. "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafii" Kategori: Mazhab. Ringkasan aqidah dan manhaj Imam asy-Syafi'i, rencana di Milis-Muslim dan Penjelasan Mazhab, oleh Ustaz. H. Ahmad Sarwat, Lc, Era Muslim.

Page 24: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

24

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab Hanbali, dasar-dasar, pengembang mazhab dan kawasan yang mengamalkan mazhabnya?

Jawab:

Pengasas Mazhab Hambali ialah: Al-Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin Hilal Al-Zahili Al-Syaibani. Beliau lahir di Bagdad pada tahun 164H. dan wafat tahun 241H.

Ahmad bin Hanbal adalah seorang imam yang banyak berkunjung ke berbagai negara untuk mencari ilmu pengetahuan, antara lain: Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrsh. Beliau berjaya menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.

Dasar-dasar Mazhabnya.

Adapun dasar-dasar mazhabnya dalam mengistinbatkan hukum :

1. Nash Al-Quran atau nash hadis. 2. Fatwa sebagian Sahabat. 3. Pendapat sebagian Sahabat. 4. Qiyas.

Pengembang Mazhabnya

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Ahmad bin Hanbal adalah seperti berikut:

1. Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Hani yang terkenal

dengan nama Al-Athram; dia telah mengarang Al-Sunan Fil

Fikahi ‘Alaa Mazhabi Ahamd.

MAZHABMAZHABMAZHABMAZHAB HAHAHAHANNNNBALIBALIBALIBALI

Page 25: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

25

_________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Ahmad bin Muhammad bin Hajjaj al-Marwazi yang

mengarang kitab As Sunan Bisyawaahidil Hadis.

3. Ishaq bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Ibnu

Ruhawaih al-Marwazi dan termasuk ashab Ahmad terbesar

yang mengarang kitab Al-Sunan Fi al-Fikahi.

Ada beberapa ulama yang mengikuti jejak langkah Imam

Ahmad yang menyebarkan mazhab Hambali, di antaranya:

1. Muwaquddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi yang mengarang

kitab Al-Mughni.

2. Syamsuddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi pengarang

Assyarhul Kabiir.

3. Syaikhul Islam Taqiuddin Ahmad Ibnu Taimiyah pengarang

kitab terkenal Al-Fataawa.

4. Ibnul Qaiyim al-Jauziyah pengarang kitab I’laamul

Muwaaqi’in dan Atturuqul Hukmiyyah fis Siyaasatis

Syar’iyyah. Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qaiyim adalah dua

tokoh yang membela dan mengembangkan mazhab

Hambali.

Kawasan yang Menganut Mazhab Hambali.

Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bahdad, Irak dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz Al-Su’ud. Buat masa sekarang ia menjadi mazhab rasmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Syiria dan Irak.8

8 Ibid.

Page 26: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

26

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Kenapa orang awam perlu mengikut

mazhab?

Jawab:

Masalah ini berbangkit kerana di negara kita sekarang sudah

terdapat golongan yang menonjolkan fahaman menolak mazhab

yang dahulu telah menjadi polimik di kalangan ulama-ulama

muktabar.

Mereka menolak tidak mahu berpegang kepada mazhab,

kerana mereka mendakwa ia sebagai sesuatu yang boleh

menjadikan ummah berpecah belah. Walaupun begitu, dalam

masa yang sama di sana terdapat golongan yang mengharuskan

berpegang kepada mazhab.

Dalam hubungan ini, Pegawai Penyelidik di Cawangan

Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim memberikan komentar:

Sekiranya kita melihat negara kita Malaysia, ia adalah sebuah

Negara Islam yang berpandukan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akidah, syariah dan akhlak ummahnya sentiasa dipelihara agar

selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam dasar dan

ajaran tersebut. Di dalam usaha memandu umat Islam supaya

sentiasa berada di landasan yang betul, para ulama Ahli Sunnah

amat mementingkan pegangan terhadap disiplin ilmu. Dalam soal

menjalankan ibadat, umat Islam telah sepakat bahawa Al-Quran

dan al-Sunnah tetap menjadi dua sumber utama syariat yang

Persoalan Perlunya Mengikut Mazhab

Page 27: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

27

_________________________________________________________________________________________________________________________________

wajib ditaati dan diamalkan. Kedua-duanya merupakan

perlembagaan yang seharusnya menjadi pedoman dan rujukan

oleh umat Islam di persada bumi ini. Fakta ini tidak mungkin

dimungkiri oleh sesiapa pun kecuali yang kafir dan munafiq.

Pada asalnya setiap muslim wajib untuk mengambil

hukum-hakam Allah SWT secara langsung daripada kedua

sumber utama itu. Bagaimanapun realiti membuktikan tidak

semua umat Islam mampu untuk mengeluarkan hukum-hakam

secara langsung daripada Al-Quran dan al-Sunnah. Ternyata

hanya segelintir yang berkemampuan dan berkelayakan

melakukannya seperti imam-imam mazhab yang empat. Imam

Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali.

Para ulama Usul bersepakat bahawa orang yang

berkemampuan mengistinbat hukum secara langsung daripada

sumbernya, wajib berpegang dan mengamalkan hasil ijtihadnya.

Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil hasil

ijtihad ulama yang lain. Kewajipan beramal dengan hasil ijtihadnya

itu mutlak sama ada ia menepati hakikat sebenar yang

dikehendaki oleh Allah SWT mahupun tidak. Apa yang penting

seseorang mujtahid itu telah benar-benar memerah segala

keupayaannya untuk memahami nas-nas syarak berlandaskan

metodologi ilmu yang ditetapkan.9

Imam al-Ghazali mengatakan di dalam kitabnya al-

Mustasfa: “Para ulama Usul bersepakat bahawa apabila

seseorang sudah berijtihad dan telah memperoleh hukum

berasaskan dugaannya (zann) yang kuat, maka dia tidak harus

9 Sudut Aqidah Jakim, Mohd Aizam Mas’ud, Bahaya Anti Mazhab, Cawangan Aqidah,

Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Page 28: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

28

_________________________________________________________________________________________________________________________________

lagi bertaqlid kepada mujtahid lain yang menyalahi ijtihadnya. Dan

dia tidak boleh beramal dengan ijtihad yang lain serta

meninggalkan ijtihadnya sendiri”10.

Begitu juga pandangan ahli Usul yang lain seperti Ibn al-

Humam. Beliau menyebut di dalam al-Tahrir: “Seorang mujtahid

apabila telah berijtihad dalam sesuatu hukum, maka ia dilarang

untuk bertaqlid dalam hukum itu menurut kesepakatan ulama

Usul” 11.

Begitulah komentarnya mengenai kedudukan seorang

mujtahid terhadap hukum Allah SWT yang tertera di dalam Al-

Quran dan Sunnah. Tahap seseorang mujtahid sudah pasti tidak

menyamai golongan yang tidak berkemampuan untuk berijtihad

atau dipanggil sebagai golongan awam. Awam bermaksud

berpengetahuan untuk mengamalkan hukum-hakam Islam yang

tersedia namun tidak berkemampuan mengeluarkan sendiri setiap

hukum dari sumbernya. Pengertian ini tidak sesekali bermaksud

menafikan kewajipan beramal bagi orang yang tiada kemampuan

berijtihad. Bagi golongan ini para ulama mewajibkan mereka

mengikuti atau bertaqlid kepada mazhab. Bagaimanapun

pandangan ini disanggah oleh golongan yang mengatakan haram

berbuat demikian. Di sini berlaku perselisihan pandangan di

kalangan umat Islam. Ia terbahagi kepada dua kumpulan besar:-

Pertama: Segolongan ulama Usul yang berpendapat bahawa

bermazhab itu haram. Umat Islam wajib mengikuti apa

yang ada di dalam Al-Quran dan al-Sunnah secara

langsung tanpa perantaraan mazhab. Antara ulama

10

Al-Ghazali (1973), al-Mustasfa, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-Kubra, j.2, hal. 121. 11

Ibn al-Humam, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi, j.4, hal.535.

Page 29: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

29

_________________________________________________________________________________________________________________________________

yang berpendapat sedemikian ialah Khajandi,

Nasiruddin al-Albani dan Ibn Hazm.

Kedua: Majoriti ulama Usul yang berpendapat bahawa

bermazhab bagi orang awam itu harus. Bahkan bagi

orang awam yang benar-benar murni, bermazhab itu

wajib. Cuma mereka berbeza pendapat, apakah

mengikuti mazhab itu dalam erti kata taqlid atau

titiba‘.12

12

Pertal Jakim, Bahaya Anti Mazhab, Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Hal.1-2.

Page 30: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

30

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Adakah betul pendapat golongan yang

mendakwa bahawa mengikut mazhab itu

hukumnya haram dan ada yang

mengatakan kafir dan sesat?

Jawab:

Memang ada golongan yang mengatakan bahawa bermazhab itu

hukumnya haram secara mutlak. Lebeih dahsyat lagi ada

dikalangan mereka yang mendakwa pengikut mazhab empat itu

kafir dan sesat sama dengan Kristian (Nasara) yang mengambil

rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain

Allah. Kenyataan ini disebutkan dalam risalah:

������ ��������� � �!�� "!#��$%� "������� �&'��()'�* +,�-��%� %.����%�� � ����/���$�* ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-

Madzahib al-Arba’ah?’ (Adakah orang Islam itu dimestikan

mengikut mazhab tertentu datipada mazhab yang empat?)

karangan Muhammad Sultan al-Ma‘sum al-Khajandi al-Makki.

Dalam risalah ini beliau mengatakan:

Golongan Menolak Mazhab

Page 31: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

31

_________________________________________________________________________________________________________________________________

01' #2 ���%3 �)��45 (6 ��!� %!* �)����#�� � :�!� 8�9�:�� �)������%6 ����",' ��*��$�;�< =8��%>�>���� �9��?@ =0�>� A@?B ���C ��@���D�E' ���F��+G� �*AH' �I#> � 5�2���J� ? ����K %��L A�!� �M�N�O'�P 4� �%*�L�*#��� .

Ertinya: Kata Syeikh Taqiuddin Ibn Taimiah: Sesiapa yang

mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah

Imam Syafi’e, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia

bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan

(mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-

Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap

Allah dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah

Sifat Rububiah bagi Tuhan).. 13

Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan

bercanggah dengan ijmak Ahli Sunnah tentang wajib mengikut

imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.

Kalau orang itu mujtahid haram ia mengikut orang lain.14

Fahaman ini bercanggah dengan ijmak dalam Ahli

Sunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid,

sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud:

“Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dzikr) kalau

tidak mengetahui”. (Al-Nahl: 43). Dan ahli ilmu yang tertinggi

13

Dr. Uthman al-Muhammady dalam Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang

Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya, hal. 34.

14 Al-Khojandi al-Ma’sumi dalam kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’I Madhhabin

Mu’ayyanin…hal. 55.

Page 32: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

32

_________________________________________________________________________________________________________________________________

dalam umat ini dalam hubungan dengan syariat ialah imam

mujtahid.

Risalah al-Khajandi al-Makki di atas dinukil oleh Dr. Said

Ramadan al-Buthi di dalam kitabnya berjudul “Alla Mazhabiyyah

Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu al-Syariat al-Islamiyyah” yang

menyimpulkan bahawa pendapat al-Khajandi tersebut amat

menyesatkan dan merbahaya. Dr. Said Ramadan al-Buthi,

berpegang kepada pendapat bermazhab itu adalah harus.

Bahkan bagi orang awam hukumnya wajib.

Al-Khajandi mendakwa, “Islam tidak lebih daripada

kumpulan-kumpulan hukum yang dapat dihitung serta sedikit

sekali dan boleh difahami oleh setiap orang Arab atau setiap

muslim... dan sesungguhnya mazhab-mazhab itu tidak lebih

daripada pendapat-pendapat ahli ilmu di dalam memahami

sesuatu masalah. Bagi pendapat-pendapat ini, sama ada Allah

mahupun RasulNya tidak mewajibkan kepada seseorang pun

untuk mengikutinya”15.

Kenyataan al-Khajandi ini mahu memberikan alasan tidak

perlunya bermazhab kerana ajaran Islam itu sangat mudah dan

sederhana sekali sehingga setiap orang mampu untuk

memahaminya secara langsung daripada Al-Quran dan al-

Sunnah. Justeru bermazhab dengan para mujtahid tidak

diperlukan, kerana mereka sendiri boleh mendapatkannya dari Al-

Quran dan al-Sunnah.

Kenyataan di atas pernah diungkapkan oleh Scacht,

seorang orientalis Jerman yang terkenal sebagai seorang yang

15

Al-Buti, Sa‘id Ramadan (1981), Alla mazhabiyyah, Pent. Anas Tahir Syamsudin, Surabaya: Bina Ilmu, hal. 663

Page 33: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

33

_________________________________________________________________________________________________________________________________

amat anti Islam, katanya: “Sesungguhnya fikah Islam yang

disusun oleh para imam mazhab itu adalah karya hukum ciptaan

otak yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan

Sunnah.16” Khajandi juga mengatakan: “Barangsiapa berpegang

dengan semua pendapat Abu Hanifah, Malik, Syafi’e, Ahmad atau

yang lainnnya dan tidak berpegang dengan apa yang ada di

dalam al-Kitab dan al-Sunnah, maka bererti dia telah menyalahi

Ijmak umat dan mengikuti jalan yang tidak ditempuh oleh orang

mukmin”17. Kajandi berkata lagi di tempat lain, “...ikut kepada

mazhab termasuk perbuatan bid’ah, sesat dan kufur, kerana

mengikut orang tersebut bererti menganggap imam-imam dan

tokoh mazhab sebagai Tuhan selain Allah.18”

A. Hassan Bandung, seorang ustaz kelahiran Singapura

berketurunan Tamil/India yang banyak mencetak buku di Malaya

satu ketika dulu, juga di antara mereka yang menolak mazhab

dan menganggapnya sebagai haram, katanya, “Bermazhab sama

maknanya dan maksudnya dengan bertaqlid. Kedua-dua itu

dilarang oleh Allah, Rasul, Sahabat bahkan oleh imam-imam yang

ditaqlidi”19.

Tambahnya lagi, “Keluar dari mazhab itu bukan haram,

tetapi wajib. Masuk sesuatu mazhab itu bukan wajib tapi haram.20”

Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Ibn Hazm. Ini

disebutkan dalam kitabnya al-Muhalla katanya, “Agama Islam

yang wajib diikuti oleh setiap orang tidak boleh diambil kecuali dari

16

Ibid, hal. 68 17

Ibid, hal. 73 18

Ibid, hal. 27 19

A. Hassan Bandung(1980), Risalah al-Mazhab, Bangil: Pustaka Abdul Muis, hal. 12 20

Ibid, hal. 23

Page 34: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

34

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Al-Quran dan al-Sunnah yang sahih”21 “Seseorang muslim tidak

boleh mengikuti (mujtahid) sama ada yang masih hidup mahupun

yang telah meninggal dunia dan setiap orang mesti (wajib)

berijtihad sesuai dengan kemampuannya”22 .

Kenyataannya, mengikut Pegawai Penyelidik Jakim,

pendapat golongan yang menolak mazhab sukar untuk diterima

bahkan amat berbahaya terhadap kemurnian syariat Islam.

Syariat Islam bakal dicemari dan dikotori kiranya ajaran yang

tertera di dalam Al-Quran dan al-Sunnah yang berbahasa Arab itu

diistinbat dan digali oleh orang yang tidak berkeahlian sedikitpun.

Fakta ini tidak boleh dimungkiri.

Perlu diakui, majoriti umat Islam di dunia memiliki ilmu

pengetahuan yang amat minimum dalam soal keagamaan.

Walaupun umumnya berpendidikan tinggi, namun itu bukan pra-

syarat untuk mengizinkan mereka memperlakukan apa sahaja

terhadap nas-nas Al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya

pemahaman dan penelitian ke atas nas-nas syarak memerlukan

penguasaan yang tinggi di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam tertentu

seperti Bahasa Arab, Usul Fikah, Ulum al-Hadis, Usul al-Tafsir

dan lain-lain.

Bayangkan, dengan ketidak mampuan itu, mereka tetap

dipaksakan berijtihad dan diharamkan mengikut mazhab.

Bagaimana mungkin mereka dapat melaksanakan ajaran agama

yang menjadi beban kewajipan ke atas setiap muslim. Dalam hal

ini, al-Amudi berkata, “...orang yang tidak memiliki kemampuan

berijtihad, bila terjadinya sesuatu masalah (hukum) maka baginya

21

Ibn Hazm(1965), al-Muhalla, Beirut: Maktabat Tijariyyah, j.1, hal. 50 22

Ibid, hal. 66

Page 35: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

35

_________________________________________________________________________________________________________________________________

ada dua kemungkinan. Pertama: Dia tidak terkena kewajipan

melakukan apa-apa sama sekali (tidak wajib beribadah), hal ini

menyalahi Ijmak. Kedua: Dia terkena kewajipan melakukan

ibadah, (kalau demikian) bererti dia harus meneliti dalil-dalil yang

menetapkan sesuatu hukum atau dia harus taqlid. Yang pertama

jelas tidak mungkin. Maka tiada kemungkinan lain selain bertaqlid

dan itulah yang menjadi kewajipan dia di kala menemui sesuatu

masalah yang memerlukan istinbat hukum23.

Soal:

Apakah rasional golongan yang

mengharuskan bermazhab?

Jawab:

Manakala golongan kedua pula sepakat

tentang keharusan mengikuti pendapat

dan fatwa para imam mazhab. Mereka

hanya berselisih pendapat dalam hal;

apakah keharusan bermazhab itu dalam

erti taqlid atau ittiba‘.

Majoriti ulama Usul berpendapat bahawa umat Islam yang belum

mencapai tahap mujtahid wajib bermazhab. Mereka mengatakan

antara istilah taqlid dan ittiba‘, kedua-duanya memberi kesimpulan

yang sama iaitu bermazhab. Mereka juga tidak membezakan

antara orang awam yang memang tidak arif tentang persoalan

hukum dengan orang yang berpengetahuan tetapi belum sampai

ke tahap mujtahid, kedua-duanya golongan ini telah dianggap

awam.

23

Al-Amudi(1955), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Qahirah: Muassasat al-Halabi wa Syuraka’uhu, j.5, hal. 198,

Golongan Yang

Mengharuskan Mazhab

Page 36: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

36

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Kewajipan orang awam adalah bertanya kepada ahli ilmu

iaitu mujtahid. Apabila seseorang bertanya atau mengikuti

seseorang mujtahid (mazhab) maka ia disebut bermazhab. Dalam

hal ini Ibn al-Subki dalam kitabnya Jam’ul Jawami’ mengatakan,

“Selain mujtahid mutlak, sama ada dia awam mahupun lainnya,

wajib bertaqlid kepada mujtahid kerana berdasarkan ayat

“Hendaklah kamu bertanya jika kamu tidak mengetahui”24

Al-Amudi pula mengatakan, “Orang awam dan orang yang

tidak memiliki keahlian berijtihad, walaupun dapat menghasilkan

sebahagian ilmu yang mu’tabar dalam berijtihad, dia wajib

mengikuti pendapat para mujtahid dan berpegang dengan fatwa-

fatwanya, demikian menurut ahli tahqiq dari ulama usul”25.

Manakala Ibn al-Humam berkata, “Selain mujtahid mutlak,

wajib bertaqlid walaupun dia sebagai mujtahid sebahagian

(masalah fikah) atau sebahagian ilmu, hal tersebut berdasarkan

pendapat bahawa ijtihad boleh berlaku dalam sebahagian

masalah sahaja.26” Khudhari Bek pula berpandangan, “Wajib atas

orang awam meminta fatwa dan mengikuti para ulama”27.

Dari kenyataan para ulama Usul tersebut, mengikut Mohd

Aizam Mas’od lagi, ternyata bahawa kewajipan bermazhab bagi

selain mujtahid mutlak adalah wajib. Sama ada orang awam yang

tidak arif persoalan hukum mahupun orang awam dalam erti kata

belum sampai ke tahap mujtahid mutlak, walaupun dia mampu

berijtihad dalam sebahagian masalah. Ini berdasarkan pendapat

24

Ibn al-Subki(1965), Jam‘ul Jawami‘, Surabaya: Syarikat Maktabah Said bin Nubhan wa Awladuhu, j.2, hal.

25 Al-Amudi, op.cit., hal. 197

26 Ibn al-Human, op.cit., hal. 549

27 15 Khudhari Bek(1960), Usul al-Fiqh, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-Kubra, hal. 382

Page 37: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

37

_________________________________________________________________________________________________________________________________

berijtihad itu boleh berlaku dalam sebahagian masalah fikah.

Menurut Ibn al-Humam pendapat ini adalah pendapat yang benar.

Bagi pendapat yang mengatakan ijtihad itu mesti pada

keseluruhan masalah fikah, maka kewajipan bermazhab bagi

yang bukan mujtahid itu lebih mutlak lagi, kerana baginya tiada

istilah ijtahid sebahagian, malah ijtihad mesti pada keseluruhan

masalah fikah.

Demikian juga golongan ini tidak mensyaratkan keharusan

mengetahui dalil atau dasar hukum yang menjadi sandaran

pengambilan sesuatu hukum si mujtahid yang diikuti. Sementara

itu golongan lain mewajibkan orang yang bermazhab itu

mengetahui dalil-dalil yang dipakai si mujtahid yang hendak

diikuti. Ia diistilahkan sebagai ittiba‘ dan bukan taqlid (ikutan)

semata-mata.

Ittiba’ bermaksud mengikuti pendapat seseorang mujtahid

(mazhab) dengan mengetahui dasar hukum pendapatnya itu.

Lebih jelas lagi erti ittiba’ dan taqlid yang dimaksudkan ialah,

“Taqlid itu bukan ittiba’. Ittiba’ ialah mengikuti seseorang kerana

jelas dalilnya dan sah mazhabnya. Manakala taqlid ialah

mengikuti seseorang dan mengambil pendapatnya tanpa

mengetahui sumber pengambilannya serta menegah daripada

mengikuti selainnya walaupun telah nyata bahawa yang diikutinya

itu tersilap”28.

Kenyataan di atas menegaskan bahawa taqlid yang

dilarang ialah mengikuti pendapat seseorang mujtahid dengan

cara membabi buta. Iaitu menerima apa sahaja yang datang

28

Hasbi, al-Siddiqi, Pokok-pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum Islam, Jakarta: Bulan

Page 38: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

38

_________________________________________________________________________________________________________________________________

daripada mazhab walaupun dalilnya lemah. Ditambah pula

dengan ketaksuban yang tinggi walaupun ternyata dalil pendapat

yang lain lebih kuat dan kukuh.29

29

Soal Aqidah Jakim, Bahaya Anti Mazhab, Mohd Aizam Mas’ud, Cawangan Aqidah,

Bahagian Penyelidikan JAKIM, hal. 3-5.

Page 39: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

39

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Bolehkah berpegang kepada satu-satu

mazhab sahaja seperti mazhab Imam

Syafi’e umpamanya?

Jawab:

Dalam masalah ini Imam Al-Syaukani mengatakan: “Para ulama

yang mengharuskan taqlid berselisih pendapat, adakah wajib ke

atas orang awam untuk berpegang kepada mazhab tertentu (satu

mazhab sahaja)? Ada golongan yang mengatakan: Wajib, Ilkia al-

Hirasi memilih pendapat ini.

Manakala yang lain pula mengatakan: Tidak wajib, ia

dikuatkan (tarjih) oleh Ibn Burhan dan al-Nawawi, daripada

mazhab Hanbali. Mereka mengambil dalil dengan mengatakan

bahawa Sahabat r.a. tidak memungkiri golongan awam untuk

mengikuti sesetengah mereka pada sebahagian masalah dan

sesetengah yang lain pada masalah yang lain. Golongan Salaf

terdahulu juga bertaqlid kepada sesiapa yang dikehendaki mereka

sebelum lahirnya mazhab-mazhab”30.

Wahbah al-Zuhaili telah membincangkan isu ini dengan

membahagikan pandangan ulama Usul kepada tiga:

• Pendapat pertama mengatakan wajib beriltizam dengan

mazhab tertentu dengan kepercayaan penuh bahawa ia

adalah benar. Oleh itu wajib ia beramal berdasarkan apa

yang ia percayai.

30 Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarat al-Auqaf wa al-

Syu’un al-Islamiyyah, j.13, hal. 164

Berpegang Kepada Satu Mazhab

Page 40: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

40

_________________________________________________________________________________________________________________________________

• Pendapat kedua: Kebanyakan ulama Usul pula

berpandangan tidak wajib bertaqlid kepada mazhab

tertentu dalam kesemua masalah dan peristiwa yang

dihadapi. Bahkan harus untuk mengikuti atau bertaqlid

dengan mana-mana mujtahid mengikut kehendaknya.

Walaupun dia seorang penganut kepada mazhab tertentu

seperti mazhab Abu Hanifah atau Syafi’e dan selain

keduanya, tiada kewajipan untuk terus menerus

mengikutinya. Malah harus baginya untuk berpindah dari

mazhabnya ke mazhab yang lain. Bererti tiada kewajipan

melainkan apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Al-Zuhaili menyifatkan ini adalah pandangan yang paling

rajih di kalangan para ulama Usul.

• Pendapat ketiga yang dipelopori oleh al-Amidi dan al-

Kamal ibn al-Humam pula memperincikan masalah ini

seperti berikut:

o Sekiranya seseorang itu sentiasa melazimi beramal

bagi sesetengah masalah mengikut mazhab

tertentu, maka tidak harus baginya untuk bertaqlid

kepada yang lain dalam masalah tersebut.

o Manakala pada masalah lain yang tidak melibatkan

keiltizaman dengan mazhab anutannya maka ia

harus untuk mengikuti mazhab yang lain.

o Ini bererti, tidak wujud di dalam hukum syarak yang

mewajibkan supaya hanya mengikuti apa yang

telah menjadi kelazimannya. Sebaliknya syarak

Page 41: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

41

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mewajibkan supaya mengikuti para ulama tanpa

perlu mengkhususkan ulama tertentu sahaja.31.

Melalui perbahasan di atas, dapat difahami bahawa bukan

mudah untuk memahami dan mempraktikkan taqlid mazhab. Di

sana ada syarat dan permasalahannya. Persoalannya sejauh

manakah masyarakat awam pada hari ini khususnya di Malaysia,

mampu mengamalkan taqlid kepada mazhab.

31

Al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dimasyq: Dar al-Fikr, j.1, hal. 74

Page 42: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

42

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Apabila pegangan kita selama ini telah

dipersoalkan oleh golongan tertentu,

maka masyarakat awam mula

menimbulkan pertanyaan, adakah orang

awam wajib mengikut mana-mana

mazhab?

Jawab:

Untuk menghuraikan persoalan ini, kita petik pandangan yang

dikemukan oleh Dr. Uthman El-Muhammady menukilkan bahawa

Al-Munawi dalam Syarah al-Jami’ al-Saghir berkata:32

�9���D%� �R����;8 '�B �S�$�>���6 8?B ��T��O#�� �������*�$� �94� ��U���S'���! �9�����9�V�R��W �9�X%9��X ?Y ���'���9 Z�[���\�]' �*�! ������L�<� �9��^�O�� �����O#��� �R�%� 5_6 K

�@9 (> �U�̀ ' � ���! �)a?��. �I���b�. �*��%� '�. �*����=c�LB A�;�%<. �9#N ��\��%d �9Ie0'� '��%D��%b�L�� 8?B ��=f�N���� �IC WU ����& �9�g�+6 �9� ?��< �)�$ '�I 5���� '�ga�. �R����< 8�#���'hi �98?B ��=f�D�>�b�6 j?��k �*�l�m�*'�>�< �98?B %��n�oc%< @ ���p�q%. �*�� %��r�:%� I���! 8�m�E' I�%< 8�:���B� �9���! 8�Mop Ip�:+��S s�$�. �[�B

32

Syarah ’al-Jami’ al-Saghir’ (Jilid 1 hal.209).

Kertas kerja Dr. Uthman El-Muhammady bertajuk: Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya, hal. 34.

OrangOrangOrangOrang AwamAwamAwamAwam WajibWajibWajibWajib Mengikut Mengikut Mengikut Mengikut

MazhabMazhabMazhabMazhab

Page 43: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

43

_________________________________________________________________________________________________________________________________

0%N�� C=f��D�>�b%6 t�q+. ��()U�9 e'0'�R�u 5���� ��=f�D�>�b�6 8�B %��v��6 ������_�' .I�����>�;%J �)������%6 u���� �������*�$�� �I�� W� �w^Ax C�9��@�I�>^Ax A��?B ��f������ �������*�$� ���S�>�2���̀ �9�)�\#����̀ �g#>� 5�by�� �)������%6 %��o����b� '�)9�n�N��%P

�RA(�'�b�* '�nz�{ u�������. A�S@�����|� ���)���R'�b�. . �09�6 �S�� ��A}��%,' #� ��V��� Z�g��%< ~H� �)�$�' �[�:��%&' =f��\v������! �R�5� ���;�J ���$ �L�,� ���!

�)�������6 8�R���B' #N ��\�*'�� �98j�*'�����.s 5b>S� .

~Ertinya: Wajib mengikut imam mazhab bagi orang awam. Waji

atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu

(Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri), Auza’i, Daud Zahiri,

Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam

hidayat (yang benar di jalan Allah) dan jangan pedulikan kepada

orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal

mereka bersih daripada perkara tersebut; yang sohih dan

mengikut jumhur ialah orang yang benar dalam perkara furuk di

satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang

dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama].

Orang mujtahid itu dipertanggungjawabkan berusaha mencari

kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak

berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala,

kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi

syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama mengenainya]; dan orang

yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid tertentu

(seperti Syafi’e, atau lainnya yang ada dalam Ahli Sunnah Wal

Jamaah).

Page 44: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

44

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Daripada huraian ini, maka dilarang mengikut yang lain

daripada mazhab yang empat (Syafi’e, Maliki, Hambali dan

Hanafi) dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa,

kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan

teguhnya (terkenal) sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan

perkara mutlaknya, dan perkara-perkara yang bersifat am

daripada yang khususnya, berbeza halnya dengan [aliran yang]

selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah

tidak ada lagi; Imam Fakhruddin al-Razi (mujaddib abad ke 7

Hijrah) menyebutkan bahawa telah Ijmak ulama muhakkikin

(ulama yang membuat penyelidikan dan kajian ilmiah)

menjelaskan bahawa orang awam dilarang daripada mengikut

peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan sahabat dan para

pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang

perjalanan mereka sebenarnya]. 33

Dalam soal ini, sebenarnya kita dilarang mengikut yang

lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum

dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan

telah tertulis dengan teguhnya (diakui oleh kebanyakan ulama

muktabar tentang kesahihannya) berbeza halnya dengan [aliran

yang] selain daripada [aliran] mereka kerana mazhabnya sudah

tidak ada lagi pengikutnya.

Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab dalam ’Kitab Tauhidnya’,

yang menjadi ikutan bagi al-Khajandi al-Ma’sumi ini menyatakan:

33

Ibid, hal. 33-35.

Page 45: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

45

_________________________________________________________________________________________________________________________________

�)��4�%� �����g�L�1� �[ �� 5���� � �����'���g s#>�m 5��' �R�;�6 �����j�����R���X'i 4� ������B' ���W 8�I�w=� �����R���1'�9 s%)��#��� 5�L @��=��9 s�R���X'=i �����g����' ���W ���$ ��%. �9���U ��%< =q#. �)��#����̀ ��=1' �[ 8 5�B �R#��6 ���! %X�9�B AH� ���! ���� ���! #N �'�\� ���!�9 s�R#��6 �*� '���$�;?� � 5�S'�W ���! %��L ���! �����'�����! .

Ertinya: Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap

jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat

kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai

darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum

agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian

perubahan hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain

daripada Allah oleh mereka yang bukan dalam kalangan solih,

dan disembah dalam erti yang lain ialah mereka dari kalangan

orang-orang yang yang jahil.34

Fahaman inilah yang menyebabkan pengikut al-Khajandi

al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab

imam tertentu adalah mengamalkan syirik. Tidak hairanlah orang

seperti Nasiruddin al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’

menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang

mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’

sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam

mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-

Khajandi al-Ma’sumi.

34

Al-Khajandi al-Ma’sumi dalam kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’i Madhhabin

Mu’ayyanin…hal. 464,

Page 46: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

46

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Mohammad Nuruddin Merbau al-Banjari al-Makki dalam

kitab ‘Rasail Hammah Wa Mabahis Qaiyimah’ menjelaskan:

Mereka yang mendakwa kita tidak perlu mengikut mazhab,

sebenarnya tidak menyedari persoalan ini adalah ditonjolkan oleh

musuh-musuh Islam yang mempunyai tujuan jahat iaitu untuk

menghancurkan masa depan umat Islam dalam persoalan agama

dan kehidupan dunia. Kerana persoalan ini jika dibairkan berlaku

secara berterusan, ia akan membawa kepada perselisihan

pendapat, percakaran dan perseteruan sesama umat Islam yang

akan menghancurkan Islam dan umatnya di mana perpecahan ini

sememangnya berlaku berterusan dari dahulu hingga ke hari ini.

Tambahnya lagi: Orang Islam yang sejati tidak akan

terpengaruh dengan dakwaan sedemikian. Andainya mereka

mendengar dakwaan terhadap pemimpin-pemimpin ummah yang

memelihara dan mempertahankan usuluddin dan syariah Islam

sejak dari zaman tabi’in hingga ke hari ini sebagaimana yang

diwarisi daripada Nabi SAW yang diiktiraf oleh ummah daripada

pegangan ahlul haq, maka kita kena meneliti sumber dakwaan

tersebut dan membongkar dalang disebalik dakwaan tersebut.

Dalam hubungan ini, Abu ‘Ala’ So’id ibn Ahmad ibn Abu

Bakar al-Razi dalam kitabnya: Al-Jam’u Baina al-Taqwa Wal

Fatwa Min Muhimmati al-Din wad-Dunia’ menyebutkan: Bahawa

dalam bab fiqh memang terdapat perkara-perkara yang perlu

difatwakan, dan yang perlu diikuti ialah mengikut pendapat imam

mazhab yang empat secara khusus, ini bukan bererti menjadi pak

Page 47: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

47

_________________________________________________________________________________________________________________________________

turut tetapi itulah sebenar-benarnya bertakwa dan orang yang

warak 35

Kalau kita mengikut mazhab Syafi’e syirik-kafir dilarang

mengikut mazhab, dalam masa yang sama kita diminta mengikut

fahaman yang mereka bawa seperti yang dilakukan oleh

Nasiruddin al-Albani dalam kitabnya ‘Solah al-Nabi’, bukankah ini

mengikut mazhab juga namanya? Cuma kononnya mereka

mengatakan dalam Islam tidak ada mazhab, sedangkan mereka

hanya tidak menamakan fahaman dan ajaranya itu dengan nama

tertentu sahaja. Apa bezanya dakwaan kita dengan dakwaan

mereka? Bermazhablah tu namanya ...

Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijmak

seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di negara kita

Malaysia ini dan di negeri Johor secara khusus. Kalau fahaman ini

diamalkan di negeri lain, itu soal lain tidak ada implikasinya

terhadap masyarakat dan negara kita. Pendek kata, kitalah

golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e yang

berkewajipan untuk mengawal kesejahteraan ummah dan

memastikan keamanan negeri kita ini.

35

Abu ‘Ala’ So’id ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Razi dalam kitab Rasail Hammah Wa

Mabahis Qaiyimah, 2007, hal. hal 437-439

Page 48: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

48

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Kenapa kita perlu mengikut mazhab tertentu

bukan sebaliknya iaitu apa yang diistilahkan

sebagai tidak bermazhab?

Jawab:

Ramai orang salah sangka bahwa adanya mazhab fikah itu berarti

sama dengan perpecahan, sehingga ada setengah umat Islam

yang menjauhkan diri dari bermazhab, bahkan ada yang sampai

anti mazhab.

Gambaran yang berlaku ini berpunca kerana kebanyakan

orang awam tidak mendapat maklummat sebenar tentang hakikat

mahzab fikah. Kenyataannya bukan sedemikian. Mazhab-mazhab

fikah itu bukan menjadi punca kepada perpecahan atau

pereseteruan, apalagi peperangan di dalam tubuh umat Islam.

Sebaliknya, adanya mazhab itu merupakan keperluan

asasi untuk membolehkan kita kembali kepada Al-Quan dan As-

Sunnah. Kalau ada seorang bernama Encik Malik, Encik Wahid,

Encik Othman dan lain-lain bersikap anti mazhab dan

mengatakan hanya akan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah

sahaja, sebenarnya mereka sendiri sudah menciptakan satu

mazhab baru, iaitu mazhab Al-Malikiyah, Al-Wahidiyah, Al-

Othmaniyah dan sebagainya.

Sebab yang namanya mazhab itu adalah satu sikap dan

cara seseorang dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap orang yang berupaya untuk memahami kedua sumber

ajaran Islam itu, pada hakikatnya sedang bermazhab. Kalau dia

Pentingnya Pentingnya Pentingnya Pentingnya

BermazhabBermazhabBermazhabBermazhab

Page 49: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

49

_________________________________________________________________________________________________________________________________

tidak mengikut mazhab orang lain yang sudah ada, maka setidak-

tidaknya dia telah mengikut mazhab yang diciptanya sendiri.

Walhasil, tidak ada di dunia ini orang yang tidak bermazhab.

Semua orang bermazhab, baik disadari atau tidak.

Page 50: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

50

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Bolehkah kita membuat mazhab sendiri

tanpa mengikut mazhab tertentu?

Jawab:

Jawapannya memanglah boleh, asalkan mampu mengistimbath

(mengeluarkan hukum) dari Al-Quran dan Sunnah. Kita boleh

ibaratkan persoalan mazhab ini dengan dunia komputer, IBM dan

Apple merupakan jenis dan perisian atau system yang boleh

disebut sebagai mazhab. Maka adanya mazhab-mazhab itu ibarat

seseorang menggunakan komputer, di mana setiap orang pasti

memerlukan sistem operasi (perisian komputer).

Tidak mungkin seseorang menggunakan komputer tanpa

sistem operasi atau perisian, baik Microsoft, Linux, Macintosh,

Java atau yang lainnya. Adanya pelbagai perisian di dunia

komputer menjadi pilihan kepada pengguna, kerana tanpa

perisian manusia hanya berbicara dengan mesin.

Kalau ada orang yang ingin berlagak sombong dan beria-

ia tidak mahu menggunakan sistem Microsoft, Linux, Macintosh,

Java atau lainnya yang telah tersedia di pasaran, itu hak mereka

berbuat demikian. Tetapi mereka perlu membuat sendiri perisian

yang lain, yang tentunya tidak mudah dan tidak bijaksana

tindakan yang dilakukannya.

Apa lagi buat orang-orang kebanyakan seperti kita,

rasanya terlalu mengada-ngada kalau perlu membuat dulu

Bolehkah Bolehkah Bolehkah Bolehkah Membuat Membuat Membuat Membuat Mazhab Mazhab Mazhab Mazhab

Sendiri?Sendiri?Sendiri?Sendiri?

Page 51: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

51

_________________________________________________________________________________________________________________________________

perisian sendiri. Bahkan seorang programer yang mahir dan pakar

sekalipun belum tentu mahu bersusah payah melakukannya. Buat

apa menyusahkan diri mencipta perisian komputer, sedangkan

banyak sistem yang sudah tersedia di pasaran. Sudah tentu

sistem-sistem tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan

tersendiri. Tapi yang jelas dan lebih praktikal serta bijaksana kalau

kita memanfaatkan apa yang sudah sedia ada. Sebab di sebalik

perisian yang telah sedia di pasaran itu pasti diusahakan oleh

pakar programer dan juru teknik yang bekerja 24 jam untuk

kesempurnaan sistem tersebut.

Demikian juga dengan keempat-empat mazhab yang ada.

Di dalamnya telah berkumpul puluhan, mungkin ratusan dan

ribuan ulama bertaraf pakar yang terlibat dalam mengukuhkan

satu-satu mazhab yang pernah dimiliki umat Islam sejak dahulu

hinggalah ke hari ini. Mereka bekerja siang malam untuk

menghasilakn sistem fikah Islamiah yang siap sedia serta mesra

pengguna sebagaimana yang wujud pada hari ini. Meninggalkan

mazhab-mazhab yang sedia ada itu sama sahaja ertinya dengan

membuat sendiri ciptaan baru, yang hasilnya belum tentu lebih

baik daripada yang sedia ada, dan mungkin cakap sahaja

berdegar-degar tapi ekor bergelomang dengan ….

Akan tetapi apa salahnya kalau ada dikalangan generasi

muda atau siswa siswi Islam yang secara khusus belajar syariah

Islamiah, hafal Al-Quran dan ribuan hadis hingga mencapai tahap

keilmuan paling tinggi dengan mempunyai ijazah Ph.D lebih

daripada satu jurusan dan menjadi pengamal syariat Islam yang

istiqamah dan mapan, lalu suatu masa nanti mampu merumuskan

mazhab baru dalam fikah Islam.

Page 52: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

52

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Imam al-Ghazali sebagai contoh, seorang yang terkenal

dengan tahap keilmuannya yang tinggi dan mendalam pun masih

mengikut salah satu mazhab yang sedia ada, iaitu mazhab

Syafi’e, apa lagi kita yang tidak seberapa. Beliau tetap bermazhab

meskipun sudah pandai mengistimbath (menentukan) hukum

sendiri. Demikian juga dengan ramai ulama besar lainnya seperti

Al-Mawardi, An-Nawawi, Al-’Izz bin Abdissalam dan lain-lain lagi.

Wallahu a’lam.

Page 53: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

53

_________________________________________________________________________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.

2. Sohih Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sohih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan al-Nasa’i Bi Syarh al-Imamain al-Suyuthi wa al-Sindi, Dar

al-hadis al-Qahirah, 1999.

5. Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad ibn Isa ibn Saurah, cetakan

Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman ibn al-Asy’as

al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

7. Musnad Ahmad Ibn Nanbal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul

Turki.

8. Sudut Aqidah Jakim, Mohd Aizam Mas’ud, Bahaya Anti Mazhab,

Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.

9. Al-Ghazali (1973), al-Mustasfa, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-

Kubra.

10. Ibn al-Humam, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Mesir: Mustafa al-Babi

al-Halabi.

11. Al-Khajandi al-Ma’sumi, Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’i

Mazhabin Mu’ayyanin Minal Mazahib al-Arb’ah.

12. Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Alaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin

Tuhaddidus Syari’atal Islamiyyata (H. Anas Thahir Syamsuddin),

P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1981,

13. Ibn Hazm (1965), al-Muhalla, Beirut: Maktabat Tijariyyah.

14. Al-Amudi (1955), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Qahirah: Muassasat

al-Halabi wa Syuraka’uhu.

15. Al-Subki (1965), Jam‘ul Jawami‘, Surabaya: Syarikat Maktabah

Said bin Nubhan wa Awladuhu.

16. Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-

Murahaqah Ila al-Rusyd.

17. Ibn al-Humam, op.

Page 54: albayan 14 mazhab 2015 doc - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14... · pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan Sunnah

Persoalan Mazhab

54

_________________________________________________________________________________________________________________________________

18. Khudhari Bek (1960), Usul al-Fiqh, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-

Kubra.

19. Hasbi, al-Siddiqi, Pokok-pokok Pegangan Imam-imam Mazhab

dalam Membina Hukum Islam, Jakarta: Bulan.

20. Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarat

al-Auqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.

21. Dr. Wahbah Al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dimasyq:

Dar al-Fikr.

22. Fatawa al-Azhar, Mesir: Wizarat al-Auqaf al-Misriyyah.

23. Syarah ’al-Jami’ al-Saghir’.

24. Abu ‘Ala’ So’id ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Razi, Rasail

Hammah Wa Mabahis Qaiyimah, 2007.

25. Al-Syatibi, al-Muafaqat.

26. Al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul.

27. Majmuk Fatawa, Ibn Timiyah.

28. Drs. Asep Saifuddin Al-Mansur, Kedudukan Mazhab dalam

Syari’at Islam, Badan Bookstore Sdn Bhd, Johor Bahru,1994.

29. "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafi’e" Kategori: Mazhab.

30. Ringkasan aqidah dan manhaj Imam al-Syafi’e, rencana di Milis-

Muslim.

31. Penjelasan Mazhab, oleh Ust. H. Ahmad Sarwat, Lc, di Era

Muslim.

32. Abu Syamah, al-Hawasyit wal Bida’.

33. Al-Lu’lui, Syahr al-Sunnah. 34. Khudhairi Bek, op. cit,