of 111/111
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 77 AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Peruntokan mengenai perkhidmatan giat. BAHAGIAN II ANGKATAN TETAP MALAYSIA 4. Menubohkan angkatan tetap. 5. Keanggotaan angkatan tetap. BAHAGIAN III MENTAULIAHKAN DAN MELANTEK PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TETAP 6. Mentauliahkan pegawai 7. Jenis-Jenis tauliah 8. Tauliah kehormat 9. Pembatalan tauliah 10. Perlantekan pemangku naib leftenan laut, pegawai muda laut dan kedet. 11. Pembatalan perlantekan. 12. Kenaikan pangkat 13. Pertukaran daripada satu perkhidmatan kepada satu perkhidmatan lain. 14. Pertugasan pegawai-pegawai. 15. Peratoran-peratoran berkenaan dengan pertauliahan dsd. Pegawai. BAHAGIAN IV PENDAFTARAN DAN SHARAT-SHARAT PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP 16. Siapa yang boleh didaftarkan. 17. Pehak berkuasa merekrut 18. Cara pendaftaran dan penyaksian. 19. Jawapan-jawapan falsu dalam kertas penyaksian. 20. Perekrutan yang tidak sah atau penggengguan terhadap perekrutan. 21. Pendaftaran dalam Tentera Darat hendaklah bagi suatu Kor tertentu. 22. Pertukaran dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain. 23. Pertugasan askar laskar 24. Tempoh pendaftaran 25. Perlanjutan dan pengurangan perkhidmatan. 26. Pertugasan samula askar laskar

Akta Angkatan Tentera 1972

  • View
    5.489

  • Download
    33

Embed Size (px)

Text of Akta Angkatan Tentera 1972

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 77 AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. 2. 3. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. Tafsiran. Peruntokan mengenai perkhidmatan giat. BAHAGIAN II ANGKATAN TETAP MALAYSIA 4. 5. Menubohkan angkatan tetap. Keanggotaan angkatan tetap. BAHAGIAN III MENTAULIAHKAN DAN MELANTEK PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TETAP 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Mentauliahkan pegawai Jenis-Jenis tauliah Tauliah kehormat Pembatalan tauliah Perlantekan pemangku naib leftenan laut, pegawai muda laut dan kedet. Pembatalan perlantekan. Kenaikan pangkat Pertukaran daripada satu perkhidmatan kepada satu perkhidmatan lain. Pertugasan pegawai-pegawai. Peratoran-peratoran berkenaan dengan pertauliahan dsd. Pegawai.

BAHAGIAN IV PENDAFTARAN DAN SHARAT-SHARAT PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. Siapa yang boleh didaftarkan. Pehak berkuasa merekrut Cara pendaftaran dan penyaksian. Jawapan-jawapan falsu dalam kertas penyaksian. Perekrutan yang tidak sah atau penggengguan terhadap perekrutan. Pendaftaran dalam Tentera Darat hendaklah bagi suatu Kor tertentu. Pertukaran dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain. Pertugasan askar laskar Tempoh pendaftaran Perlanjutan dan pengurangan perkhidmatan. Pertugasan samula askar laskar

1

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

27. Penanggohan dalam hal-hal tertentu mengenai pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan. 28. Perberhentian kerja. 29. Pertukaran kepada simpanan. 30. Menanggohkan pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan sementara menanti perbicaraan kesalahan. 31. Rekrut boleh membayar untuk pemberhentian kerja. 32. Hak bagi pegawai waren berhenti kerja apabila di-turunkan ke pangkat biasa. 33.Pemberhentian askar-laskar yang tidak sempurna akal. 34. Kaedah-kaedah bagi mengira perkhidmatan. 35. Sahnya penyaksian,pendaftaran dan pertugasan semula. 36. Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran. 37. Tafsiran bagi Bahagian IV. BAHAGIAN V KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN PERKHIDMATAN Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Perkhidmatan Tentera 38. Membantu musoh. 39. Salah-laku oleh pemerintah dalam perjuangan. 40. Salah-laku oleh orang-orang lain dalam gerakan menentang musuh. 41. Membuat perhubungan dengan musuh. 42. Kesalahan-kesalahan terhadap semangat. 43. Menjadi orang tawanan perang kerana tidak patuh atau kecuaian yang di sengajakan; dan tidak masuk semula dalam angkatan. 44. Kesalahan-kesalahan oleh atau berhubung dengan senteri,dsb. 45. Kesalahan berhubung dengan bekalan. 46. Penjarahan. Dahagi dan Engkar Perintah 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. Dahagi. Tidak menghapuskan dahagi. Tingkahlaku engkar perintah. Tidak patuh kepada pegawai atasan. Tidak patuh kepada perintah tetap. Menghalang pegawai polis tentera. Menghalang pegawai polis yang menangkap anggota angkatan tentera.

Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan Tentera 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. Tinggal Tugas. Tidak hadir tanpa cuti. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan tidak hadir cuti. Kenyataan palsu berkenaan dengan cuti. Tidak menghadiri perbarisan atau tidak menjalankan kewajipan. Berpura-pura sakit. Mabuk.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Harta 61. 62. 63. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta awam dan perkhidmatan. Kesalahan berhubung dengan harta anggota angkatan tentera. Kesalahan pelbagai berhubung dengan harta.

Kesalahan Berhubung dengan, dan oleh, Orang-orang dalam Jagaan 64. 65. Penangkapan dan pengurungan luar peraturan. Membenarkan lepas lari, dan melepaskan orangsalah se cara tidak sah.

2

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

66. 67.

Menentang penangkapan. Lepas lari dari jagaan yang sah.

Kesalahan-kesalahan Pelayaran dan Penerbangan 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. Kehilangan atau membahayakan kapal atau kapal udara. Penerbangan dsb. yang merbahaya. Terbang rendah. Penerbangan yang mengusarkan. Perakuan yang tidak tepat. Kesalahan-kesalahan oleh pegawai memerintah mengenai harta rampasan. Lain-lain kesalahan mengenai harta rampasan.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Tribunal Perkhidmatan 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan mahkamah tentera. Keterangan palsu. Memalsukan suratan perkhidmatan. Tuduhan dsb. yang palsu. Menyatakan maklumat dengan tiada kebenaran. Cuba membunuh diri. Menganiaya pegawai atau askar-laskar yang berpangkat rendah. Penahanan gaji yang menyalahi undang. Kelakuan keji. Membawa barang-barang dengan tidak sepatutnya. Kelakuan pegawai-pegawai yang mengaibkan. Percubaan untuk melakukan kesalahan terhadap akta ini. Kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan. Kesalahan-kesalahan awam.

Hukuman 89. 90. 91. 92. Hukuman bagi pegawai. Hukuman bagi askar-laskar. Peruntukan-peruntukan mengenai denda. Hukuman medan.

Penangkapan 93. 94. Penagkapan. Peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan kelengahan selepas penangkapan.

Melaksanakan Terus Pertuduhan 95. Penyiasatan pertuduhan oleh pegawai yang memerintah. 96. Pertuduhan hendaklah dibicarakan terus oleh mahkamah tentera. 97. Pembicaraan-pembicaraan selanjutnya atas pertuduhan terhadap pegawai muda laut, kadet laut, pegawai kadet, kadet udara, askar-laskar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waren. 98. Perbicaraan selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai bertauliah,pemangku naib leftenan laut dan pegawai waren. 99. Penolakn pertuduhan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi. 100. Pengakuan salah kerana tinggal tugas oleh seseorang askar-laskar.

3

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

101. Pegawai-pegawai yang dikehendaki bertindak sebagai pegawai-pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan. 102. Had kuasa bagi membicarakan terus pertuduhan. Mahkamah Tentera: Peruntukan-peruntukan Am 103. Bidangkuasa dan kuasa mahkamah tentera. 104. Pihak berkuasa yang mengadakan mahkamah tentera. 105. Keanggotaan mahkamah tentera. 106. Peruntukan-peruntukkan tambahan berkenaan dengan keanggotaan mahkamah tentera. 107. Tempat bagi persidangan mahkamah-mahkamah tentera dan penangguhan untuk bersidang di tempat lain. Mahkamah-mahkamah tentera peruntukan-peruntukan berhubung dengan perbicaraan 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116. 117. 118. Acara 119. 120. 121. Kaedah Achara. Kaedah-kaedah mengenai pelaksanaan tugas-tugas hakim peguam. Memberi pertimbangan terhadap kesalahan-kesalahan. Cabaran oleh seseorang yang dituduh. Mentadbirkan sumpah. Mahkamah-mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah terbuka. Pembubaran mahkamah-mahkamah tentera. Keputusan mahkamah tentera. Keputusan dan hukuman. Kuasa mentabibkan kesalahan lain daripada kesalahan yang diperuntukan. Kaedah-kaedah mengenai keterangan. Keistimewaan bagi saksi-saksi dan orang-orang lain dalam mahkamah tentera. Kesalahan-kesalahan oleh orang preman berhubung dengan mahkamah tentera. Pengakuan

Mengesah, Menyemak dan Mengkaji semula Pembicaraan-pembicaraan Mahkamah Tentera 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129. Mengesahkan pembicaraan-pembicaraanmahkamah tentera. Rayuan terhadap keputusan atau hukuman. Menyemak keputusan-keputusan mahkamah tentera. Kuasa pegawai pengesah. Pegawai-pegawai pengesah. Kelulusan serta pengesahan dikehendaki bagi hukuman-hukuman bunuh yang tertentu. Mengulangkaji keputusan dan hukuman mahkamah tentera. Menimbangkan semula hukuman-hukuman penjara dan tahanan.

Mengulangkaji Keputusan Terus Award 130. Mengulangkaji keputusan terus dan award. 131. Peruntukan jika yang di tuduh didapati gila.

Kecualian bagi Tugas-Tugas Ketua Hakim Peguam 132. Kecualian bagi tugas-tugas Hakim Peguam.

4

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)Permulaan, Penggantungan dan Tempuh Hukuman 133. 134. 135. Permulaan Hukuman. Tempoh hukuman-hukuman penjara dan tahanan. Penggantungan hukuman-hukuman.

Melaksanakan Hukuman-hukuman Bunuh, Hukuman Penjara dan Tahanan 136. 137. 138. 139. 140. 141. 142. Melaksanakan hukuman-hukuman bunuh. Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan. Peruntukan-peruntukan khas mengenal penjara awam dan Persekutuan. Peruntukan peruntukan khas mengenai penjara awam dan Persekutuan. Negeri di mana hukuman penjara atau tahanan hendak dijalani. Menerima buat sementara orang-orang dalam tangkapan ke dalam jagaan awam. Tugas penguasa penjara dan pegawai-pegawai lain untuk menerima orang salah.

Membicarakan Orang-orang yang Tidak Lagi Tertakluk kepada Undang-undang Perkhidmatan dan Had-had Masa bagi Perbicaraan 143. Pembicaraan dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan walaupun pesalah tidak lagi tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan. 144. Had masa bagi pembicaraan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan. Perhubungan antara Undang-undang Perkhidmatan dan Mahkamah Awam dan Muktamadnya Pembicaraan-pembicaraan 145. 146. Bidangkuasa mahkamah awam. Tidak sasiapa boleh dibicarakan dibawah Akta ini atas kesalahan yang sudah dibicarakan.

Siasatan 147. Lembaga siasatan 148. Siasatan keatas ketiadaan hadiran Peruntukan Pelbagai 149. Pemulehan atau pampas an bagi kesalahan mencuri 150. Perlantekan Ketua Hakim Peguam 151. Perlantekan hakim peguam 152. Perishtiharan 153. Jagaan rekod perbicaraan mahkamah tentera dan hak orang yang dituduh untuk mendapat satu salinannya. 154. Kelepasan tanggongan bagi pegawai penjara 155. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peratoran dibawah Bahagian ini. Tafsiran 156. Tafsiran bagi Bahagian V

5

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)BAHAGIAN VI GAJI, LUCUTAN DAN POTONGAN Seksyen 157. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan Gaji dan Elaun. 158. Lucutan dan potongan, peruntukan am. 159. Lucutan kerana tidak hadirbertugas 160. Potongan bagi membayar penalty awam 161. Pampasan kerana kehilangan yang disebabkan oleh perbuatan salah atau kecuaian 162. Potongan kerana kerosakan barek 163. Peremitan bagi lucutan dan potongan 164. Menguatkuasakan perintah nafkah dan perintah menentukan bapa dengan potongan daripada gaji 165. Potongan daripada gaji bagi nafkah isteri atau anak 166. Had potongan dibawah seksyen 198 dan 199 dan natijah lucutan 167. Penyampaian proses dalam perbicaraan nafkah BAHAGIAN VII PERUNTUKAN AM Kuasa memerintah 168. Kuasa memerintah 169. Kuasa memerintah apabila bahagian daripada perkhidmatan yang berlainan berkhidmat bersama Pemulehan terhadap pengaduan 170. 171. Pengaduan oleh pegawai Pengaduan oleh askar laskar

Peruntukan mengenai kapal dibawah konvoi 172. Kapal dibawah konvoi

Peruntukan mengenai Salvej 173. Salvej oleh kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda

Peruntukan berkenaan dengan Orang Tinggal Tugas dan Anggota yang tidak hadir tanpa cuti 174. Penangkapan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tampa cuti 175. Perbicaraan dihadapan sabuah mahkamah awam jika orang dishak sebagai tidak hadir dengan cara yang menyalahi undang-undang 176. Orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tanpa cuti yang menyerah kepada polis 177. Perakuan penangkapan atau penyerahan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir 178. Kewajipan penguasa penjara dan lain untuk menerima orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tanpa cuti. Kesalahan berkenaan dengan Angkatan Tentera yang boleh dihukum oleh Mahkamah Awam 179. 180. Hukuman kerana berpura sabagai seorang tinggal tugas Hukuman kerana menghalang anggota angkatan tetap dalam menjalankan tugas

6

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)Peruntukan berkenaan dangan keterangan 181. 182. 183. Peruntukan am berkenaan dengan keterangan Bukti bagi keputusan sasuatu perbicaraan awam Keterangan perbicaraan mahkamah tentera

Peruntukan Pelbagai 184. 185. 186. 187. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen BAHAGIAN VIII SIMPANAN ANGKATAN TETAP 188. Simpanan Pegawai 189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap 190. Kerahan dengan perishtiharan 191. Kerahan untuk latihan 192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan 193. Pemberhentian kerja anggota simpanan 194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan bagi anggota simpanan. BAHAGIAN IX ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN 195. 196. 197. 198. 199. 200. 201. 202. 203. 204. 205. 206. 207. 208. Menubukan angkatan sukarela Keanggotaan angkatan sukarela Perantah Mentauliahkan pegawai Penubuhan Simpanan Pegawai Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja Latihan dan petugas Mengerah untuk berkhidmatn Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan Kesalahan Lembaga Penyiasatan Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu BAHAGIAN X PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini 209. 210. 211. 212. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda Pemakaian Akta kepada orang pereman

pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu 213. 214. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil

7

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

215. 216. 217.

Pelaksanaan perintah, surat cara Peruntukan peralehan Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada Jadual Pertama Jadual Kedua Angkatan tentera Undang Malaysia Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan, pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Peruntukan Pelbagai 184. 185. 186. 187. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen BAHAGIAN VIII SIMPANAN ANGKATAN TETAP 188. Simpanan Pegawai 189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap 190. Kerahan dengan perishtiharan 191. Kerahan untuk latihan 192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan 193. Pemberhentian kerja anggota simpanan 194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan bagi anggota simpanan. BAHAGIAN IX ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN 195. 196. 197. 198. 199. 200. 201. 202. 203. 204. 205. 206. 207. 208. Menubukan angkatan sukarela Keanggotaan angkatan sukarela Perantah Mentauliahkan pegawai Penubuhan Simpanan Pegawai Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja Latihan dan petugas Mengerah untuk berkhidmatn Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan Kesalahan Lembaga Penyiasatan Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu

8

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)BAHAGIAN X PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini 209. 210. 211. 212. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda Pemakaian Akta kepada orang pereman

pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu 213. 214. 215. 216. 217. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil Pelaksanaan perintah, surat cara Peruntukan peralehan Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada Jadual Pertama Jadual Kedua Angkatan tentera Undang Malaysia Akta 77 AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan, pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuat Kuasa.

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Tentera, 1972, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong melalui pemberitahu dalam Warta. 2. Tafsiran.

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, perbahasaanperbahasan yang berikut hendaklah mempunyai erti yang dengan ini diberi kepadanya masing-masing:"anggota simpanan" ertinya pegawai-pegawai dan askar-lasykar yang dikehendaki berkhidmat dalam Simpanan Angkatan Tetap di bawah Bahagian VIII apabila ditamatkan atau genap perkhidmatan penuh masa mereka dalam angkatan tetap: "anggota sukarela" ertinya seorang anggota dalam mana-mana angkatan sukarela yang bukan seorang pegawai bertauliah dalam angkatan itu; "angkatan sukarela" termasuklah Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia;

9

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)"angkatan tentera" atau "angkatan tentera Seri Paduka Baginda" termasuklah angkatan tetap dan angkatan sukarela Malaysia dan mana-mana angkatan lain yang diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong dari semasa ke semasa sebagai angkatan tentera; "angkatan tetap" termasuklah Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia: dengan syarat bahawa seseorang pegawai Simpanan Angkatan Tetap atau seseorang pegawai yang telah bersara dalam erti mana-mana undang-undang bertulis tidaklah dikira sebagai seorang anggota angkatan tetap kecuali setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini; "askar-lasykar" ertinya sesiapa jua, kecuali seorang pegawai yang didaftarkan dalam angkatan tetap dan (tertakluk kepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan) mana-mana askar-lasykar tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asing yang dilantik, dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tetap; "bahan-bahan kapal udara" termasuklah:(a) bahagian-bahagian dan komponan-komponan atau alatambah-alatambah kapal udara, sama ada pada masa itu berada dalam kapal udara atau tidak; (b) injin, senjata, peluru, bom dan misail-misail lain dari apa-apa jenis dalam, atau untuk digunakan dalam, kapal udara; (c) apa-apa alat, radas atau perkakas lain dalam, atau untuk digunakan dalam, kapal udara; (d) apa-apa radas yang digunakan berkenaan dengan keberangkatan-naik atau pendaratan kapal udara atau bagi mengesan pergerakan kapal udara; dan (e) apa-apa bahanapi atau benda-benda lain yang digunakan bagi menggerakkan kapal udara dan apa-apa bahan yang digunakan sebagai pelicin atau penyejuk untuk kapal udara atau bahan kapal udara; "berhadapan dengan musuh", berhubung dengan seseorang, ertinya bahawa ia sedang bertempur dengan musuh atau hampir hendak bertempur dengan musuh atau sedang diserang oleh musuh atau diancam oleh serangan musuh yang mungkin berlaku dengan segera; "bintang" termasuklah pingat, reben pingat, pita semat dan lencana kelakuan baik; "darurat" termasuklah peperangan, serangan, rusuhan, penderhakaan dan bencana awam sama ada yang sebenarnya atau yang dikhuatirkan; "gaji pokok" ertinya apa-apa emolumen bagi seseorang pegawai atau askar laskar yang ditetapkan dari semasa ke semasa sebagai gaji pokok bagi maksud Akta ini oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 157; "harta awam" ertinya apa-apa harta sama ada harta aleh atau harta takaleh kepunyaan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau yang dipegang bagi maksud mana-mana jabatan itu; "harta perkhidmatan" termasuklah harta kepunyaan sesuatu unit, institusi atau unit mes atau mana-mana pertubuhan tempatan yang bersamaan dengan Institiut-institiut Tentera Laut, Tentera Darat dan Tentera Udara angkatan British; "Kaedah-kaedah Acara" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 119; "Kaedah-kaedah Lembaga Siasatan" ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan lembaga-lembaga siasatan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 147; "Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan" ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan penjaraan dan tahanan orang-orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 137;6 5

10

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)"Kapal Seri Paduka Baginda" ertinya apa-apa kapal bertauliah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia atau Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan apa-apa kapal yang bertugas dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak; "kapal udara" ertinya apa-apa jentera untuk terbang, sama ada digerakkan dengan cara jentera atau tidak dan termasuklah apa-apa jenis belon; "kapal udara Seri Paduka Baginda" ertinya apa-apa kapal udara dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak; "kerosakan" termasuklah kebinasaan dan sebutan mengenai "merosakkan" hendaklah diertikan sewajarnya: "kesalahan awam" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam seksyen 88; Ketua Perkhidmatan ertinya Ketua Tentera Darat, Ketua Tentera Laut atau Ketua Tentera Udara, mengikut mana-mana yang berkenaan. Pin. A974/96 "mahkamah awam" ertinya sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah biasa tetapi tidak termasuk mana-mana mahkamah di luar Persekutuan kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata; "mahkamah tentera", kecuali selainnya diperuntukkan dengan nyata, ertinya suatu mahkamah tentera di bawah Akta ini; "Majlis Angkatan Tentera" ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 dalam Perlembagaan Persekutuan; "mencuri" ertinya melakukan kesalahan mencuri sebagaimana yang ditaarifkan dalam Kanun Keseksaan; N.M.B. Bab45. Sabah 3/S9. Swk. Bab57. "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggongjawab bagi pertahanan; "musoh" termasuklah semua orang yang mengambil bahagian dalam gerakan bersenjata menentang mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya dan juga termasuklah pendahagi-pendahagi bersenjata, penderhaka-penderhaka bersenjata, perusuh-perusuh bersenjata dan lanun-lanun; "pangkat" ertinya apa-apa jua jenis pangkat dan termasuklah rate; "pangkat memangku'' ertinya apa-apa jenis pangkat (walau apa jua namanya dipanggil) yang penyandangnya boleh diperintah diturunkan kepada pangkat asalnya oleh seseorang pegawai memerintah yang berkuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 155 dan "pemangku pegawai waran", "pemangku ketua pegawai kecil", "pemangku pegawai tidak bertauliah" dan "pemangku pegawai kecil" hendaklah diertikan sewajarnya; "pegawai" ertinya sesiapa jua yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada pegawai muda laut atau pegawai kadet yang telah dilantik kepada atau ditauliahkan dalam angkatan tentera dan (tertakluk kepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undangundang bertulis atau syarat-syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan) mana-mana pegawai tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asing yang telah dilantik, dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tentera; Pin. A974/96 "pegawai atasan", berhubung dengan mana-mana pegawai atau askar laskar lain, ertinya mana-mana pegawai atau askar laskar yang diberi kuasa untuk memberi sesuatu perintah yang sah kepada pegawai atau askar laskar itu menurut Akta ini atau peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya atau menurut kelaziman Perkhidmatan; "pegawai memerintah", berhubung dengan sesiapa jua, ertinya pegawai, walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung memerintah unit, kapal, stesen, atau pasukan di mana ia berkhidmat atau bertugas;

11

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)"pegawai polis tentera" ertinya mashal polis tentera atau pegawai polis tentera yang dilantik untuk menjalankan tugas-tugas yang diberi oleh atau di bawah Akta ini kepada pegawai-pegawai polis tentera; "pihak berkuasa atasan yang berkenaan" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam seksyen 101; "pihak berkuasa yang layak" ertinya Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera bagi maksud itu; "penangkapan" ertinya penangkapan terbuka dan penangkapan oleh pihak berkuasa awam; Perintah Majlis Angkatan Tentera ertinya arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera mengikut Akta ini. Pin. A974/96 "perkhidmatan" jika digunakan sebagai kata sifat, ertinya berada dalam atau berkenaan dengan angkatan tentera atau mana-mana bahagian angkatan tentera tersebut; "salahguna secara tipuan" termasuklah, mengikut mana yang berkenaan, suatu kesalahan pecah amanah jenayah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Kesiksaan dan perkataan-perkataan "menyalahguna secara tipuan" hendaklah diertikan sewajarnya; "semboyan udara" ertinya apa-apa perutusan, semboyan atau tanda yang diberi, dengan apa-apa cara jua, bagi panduan kapal udara atau sesuatu kapal udara tertentu; "simpanan" ertinya Simpanan Angkatan Tetap yang ditubuhkan di bawah seksyen 189; "tahanan gaji" ertinya mendapatkan, melalui potongan-potongan dari gaji pesalah, sesuatu jumlah wang yang tertentu sebagai pampasan bagi apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan disebabkan oleh suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Akta ini; Pin. A974/96 tarikh yang ditetapkan ertinya suatu tarikh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya berbagai-bagai peruntukan dan tarikh-tarikh itu bolehlah lebih awal daripada tarikh Akta ini disiarkan. Pin. A974/96 3. Peruntukan Mengenai Perkhidmatan Giat.

(1) Dalam Akta ini perbahasaan "dalam perkhidmatan giat", berhubung dengan sesuatu angkatan ertinya bahawa angkatan itu sedang bertempur dengan musuh atau berada dalam sesuatu negeri atau wilayah di luar Persekutuan bagi maksud memelihara jiwa atau harta atau sedang menduduki sesuatu negeri asing secara tentera, dan berhubung dengan seseorang ertinya bahawa orang itu sedang berkhidmat dalam atau dengan sesuatu angkatan yang sedang dalam perkhidmatan giat. (2) Jika Menteri berpendapat bahawa, oleh kerana perkhidmatan giat mungkin berlaku dengan segera atau telah wujud baharunya, adalah perlu sesuatu angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat, ia 6 boleh mengisytiharkan supaya angkatan itu disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat bagi sesuatu tempoh, tidak lebih daripada tiga bulan, mulai dari tarikh perisytiharan itu mula berkuat kuasa sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya. (3) Jika Menteri berpendapat adalah perlu supaya tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu perisytiharan di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas itu patut dilanjutkan atau, jika telah dilanjutkan dahulunya di bawah seksyen kecil ini, tempoh itu patut dilanjutkan lagi, maka ia boleh mengisytiharkan dinyata supaya tempoh tersebut dilanjutkan selama sesuatu tempoh, yang tidak lebih daripada tiga bulan, mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah seksyen kecil ini. (4) Jika, pada bila-bila masa mana-mana angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat menurut peruntukan-peruntukan seksyen ini yang di atas, Menteri berpendapat bahawa tiada apa-apa perlunya bagi angkatan itu dianggap sebagai masih dalam perkhidmatan giat, maka ia boleh mengarahkan supaya mulai dari tarikh arahan itu mula berkuat kuasa angkatan itu hendaklah terhenti daripada disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat; tetapi apa-apa arahan di bawah seksyen kecil ini tidak

12

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

akan menyentuh apa-apa yang dilakukan menurut perisytiharan sebelum arahan itu mula berkuat kuasa. (5) Menteri boleh mewakilkan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dan (3) seksyen ini kepada mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang memerintah sesuatu angkatan yang sedang berkhidmat di luar Persekutuan: Pin. A974/96 Dengan syarat bahawa sebelum seseorang pegawai yang telah diwakilkan oleh Menteri segala atau mana-mana kuasanya yang tersebut di atas itu membuat suatu perisytiharan di bawah seksyen ini ia hendaklah, melainkan jika ia berpuas hati bahawa perhubungan tidak mungkin dibuat dengan cukup cepat dengan Menteri, mendapatkan persetujuan Menteri terhadap perisytiharan itu; dan jika dalam apa-apa hal persetujuan itu tidak dapat diperolehi sebelum sesuatu perisytiharan di bawah seksyen ini dibuat pegawai itu hendaklah melaporkan kepada Menteri dengan seberapa segera yang boleh bahawa perisytiharan itu telah dibuat. BAHAGIAN II ANGKATAN TETAP MALAYSIA 4. Menubuhkan Angkatan Tetap.

(1) Maka hendaklah di tubuh dan disenggarakan dalam Persekutuan tiga Perkhidmatan angkatan tetap yang berikut, (a) "Tentera Darat Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Malaysian Army" (kemudian daripada ini disebut "Tentera Darat"); (b) "Tentera Laut Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Navy" (kemudian daripada ini disebut "Tentera Laut"); dan (c)"Tentera Udara Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Air Force" (kemudian daripada ini disebut "Tentera Udara"). (2) Dalam tiap-tip satu tahun perbelanjaan yang dicadang akan dilakukan bagi angkatan tetap hendaklah dimasukkan dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan bagi angkatan tentera. 5. Keanggotaan Angkatan Tetap.

(1) Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan lain-lain komponen sebagaimana yang diwujud dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Tiap-tiap kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen yang diwujud atau ditubuhkan melalui perintah yang dibuat di bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir tersebut di atas hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong dalam perintah itu. (3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen yang diwujud, ditubuh dan dinamakan seperti di atas hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen itu atau, mengikut makna yang dikehendaki oleh kandungan ayatnya, mengenai anggotanya. (4) Sesuatu kor, angkatan atau lain-lain komponen hendaklah terdiri daripada unit-unit sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke semasa. (5) Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong, boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu:(a) membubar mana-mana kor, pasukan atau lain-lain komponen itu pada kesemuanya atau sebahagiannya; atau

13

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain atau mana-mana pasukan dengan manamana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain; atau (c) memotong nama mana-mana kapal dari daftar; atau (d) mengubah atau meminda nama atau gelaran mana-mana kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen. 5A. Perkhidmatan Di Luar Malaysia Pin. A974/96 Majlis Angkatan Tentera boleh menghendaki seseorang pegawai atau askar laskar berkhidmat di luar Malaysia. 5B. Pertugasan Pegawai Atau Askar Laskar Kepada Angkatan Di Dalam Dan Di Luar Malaysia. Akta 432. Pin. A974/96 (1) Majlis Angkatan Tentera boleh mempertugaskan buat sementara mana-mana pegawai atau askar laskar kepada:(a) mana-mana angkatan pelawat yang ada di Malaysia menurut perenggan (b) sub-seksyen (1) seksyen 17 Akta Angkatan Pelawat 1960; atau (b) mana-mana angkatan asing sesuatu negara lain di luar Malaysia. (2) Sesuatu perintah yang dibuat menurut perenggan (b) subseksyen (1) hendaklah mengikat pegawai atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada undang-undang tentera di bawah Akta ini setakat, dan tertakluk kepada apa-apa padanan dan ubahsuaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pertugasan anggota angkatan itu di negara itu. 5C. Peminjaman Pegawai Atau Askar Laskar. Pin. A974/96 Majlis Angkatan Tentera boleh meminjamkan seseorang pegawai atau askar-lasykar ke perkhidmatan:(a) sesuatu jabatan Kerajaan Persekutuan; (b) sesuatu Negeri; (c) sesuatu pihak berkuasa tempatan; (d) sesuatu badan berkanun; atau (e) sesuatu organisasi, di dalam atau di luar Malaysia: Dengan syarat bahawa pegawai atau askar laskar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi anggota angkatan tetap tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan. 5D. Kegunaan Bagi Maksud Operasi.

Seksyen 5A, 5B dan 5C tidaklah terpakai berhubungan dengan kegunaan bagi maksud operasi pegawai atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan. Pin. A974/96

14

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)BAHAGIAN III MENTAULIAHKAN DAN MELANTIK PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TETAP 6. Mentauliahkan Pegawai.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan Tentera mengurnia kepada sesiapa jua sesuatu tauliah dalam Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara mengikut mana yang berkenaan: Dengan syarat bahawa hanya orang-orang Melayu boleh ditauliahkan dalam Askar Melayu Diraja. Pin. A974/96 (2) Jika orang yang dikurniakan sesuatu tauliah di bawah subseksyen (1) adalah seorang pegawai dalam angkatan sukarela, Majlis Angkatan Tentera boleh menerima perkhidmatan yang diambil kira pegawai itu, jika ada, termasuk pangkatnya yang terakhir dan perkara-perkara yang lain berkaitan dengannya, sebagai perkhidmatan yang diambil kira. Pin. A974/96 (3) Bagi maksud subseksyen (2), seksyen 15 hendaklah terpakai. Pin. A974/96 7. Jenis-Jenis Tauliah.

(1) Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah jenis-jenis peruntukan-peruntukan seksyen yang akhir tersebut di atas boleh tauliah dikurniakan sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah dalam salah satu hal itu mengikut bentuk yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor Yang Dipertuan Agong dan dicop dengan Mohor Besar Persekutuan. (2) Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang difikirkan mustahak. 8. Tauliah Kehormat.

Yang Dipertuan Agong boleh mengurniakan tauliah-tauliah kehormat dalam angkatan tetap kepada orang-orang yang difikirkannya patut. 9. Pembatalan Tauliah.

Yang Dipertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan Tentera pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan mana-mana tauliah yang dikurniakan di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian ini. 10. Pelantikan Pegawai Muda Laut Dan Pegawai Kadet. Pin. A974/96 (1) Seseorang boleh dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera sebagai pegawai muda laut atau pegawai kadet bagi sesuatu tempoh perkhidmatan yang tidak ditetapkan atau bagi sesuatu tempoh perkhidmatan yang ditetapkan. Pin. A974/96 (2) Seseorang yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun setengah tidak boleh dilantik sebagai atau pegawai muda laut atau pegawai kadet tanpa persetujuan bertulis ibubapa atau penjaganya. Pin. A974/96 I0A. Pegawai Kadet Boleh Membayar Untuk Pemberhentian Kerja. Pin. A974/96 Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang pegawai kadet, selain daripada askar laskar yang telah dilantik sebagai pegawai kadet, boleh, sebelum habis tempoh tiga bulan mulai dari tarikh pelantikannya, memohon kepada pihak berkuasa kompeten bagi pemberhentian kerja dan dengan keizinan Majlis Angkatan Tentera dan atas pembayaran sejumlah wang yang tidak melebihi enam bulan elaunnya sebagaimana yang ditetapkan dia hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh.

15

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

11.

Pembatalan Pelantikan.

Majlis Angkatan Tentera boleh pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab, membatalkan apaapa pelantikan yang dibuat olehnya di bawah seksyen 10. 12. Kenaikan Pangkat.

(1) Majlis Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya boleh dari semasa ke semasa menaikkan pangkat seseorang kadet laut atau pegawai muda laut hingga dan termasuk pangkat pemangku naib leftenan laut. (2) Majlis Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihak nya boleh dari semasa ke semasa menaikkan pangkat pegawai-pegawai bertauliah hingga dan termasuk pangkat kapten dalam Tentera Darat atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Laut dan Tentera Udara mengikut mana yang berkenaan. Pin. A974/96 (3) Kenaikan pangkat kepada pangkat-pangkat yang lebih tinggi daripada yang dinyatakan dalam seksyen kecil (2) hendaklah dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong atas syor Majlis Angkatan Tentera. 13. Pertukaran Daripada Satu Perkhidmatan Kepada Satu Perkhidmatan Yang Sama. Perkhidmatan Lain Atau Dalam Pin. A974/96 (1) Seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh ditukarkan dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain atau daripada satu kor atau cawangan kepada satu kor atau cawangan lain dalam perkhidmatan yang sama dalam angkatan tetap:(a) dengan persetujuannya sendiri; atau (b) dengan sesuatu perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong; atau (c) dengan sesuatu perintah Majlis Angkatan Tentera atau pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. (2) Jika seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan kor atau cawangan lain ia hendaklah tertakluk kepada segala kaedah, peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan kor atau cawangan itu dan syarat-syarat perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan bagi Perkhidmatan kor atau cawangan ke mana ia ditukarkan itu. Pin. A974/96 (3) Tiada seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan kor atau cawangan lain melainkan jika ia layak ditauliahkan atau dilantik kepada Perkhidmatan kor atau cawangan itu. Pin. A974/96 14. Penugasan Pegawai-Pegawai.

Seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen l0 boleh dipertugaskan buat sementara dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain atau dari satu unit kepada satu unit lain dalam Perkhidmatan itu. 15. Peraturan-Peraturan Berkenaan Dengan Pertauliahan Dsb. Pegawai. Pin. A974/96 Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pentauliahan dan pelantikan pegawai-pegawai, syarat-syarat perkhidmatan mereka, termasuk penyerapan, pertugasan dan peminjaman mana-mana

16

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

pegawai kepada mana-mana badan, angkatan atau perkhidmatan, kenaikan pangkat, persaraan, peletakan jawatan, pembuangan kerja dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu atau mustahak oleh Majlis Angkatan Tentera bagi melaksanakan dengan lebih sempurna peruntukan-peruntukan Bahagian ini. BAHAGIAN IV PENDAFTARAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP 16. Sesiapa Yang Boleh Didaftarkan. Pin. A974 (1) Sesiapa jua boleh didaftarkan dalam angkatan tetap:Dengan syarat bahawa hanya orang-orang Melayu boleh didaftarkan dalam Askar Melayu Diraja. (2) Jika orang yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) adalah seorang anggota sukarela, Majlis Angkatan Tentera boleh menerima perkhidmatan yang diambil kira anggota sukarela itu, jika ada, termasuk pangkatnya yang terakhir dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya, sebagai perkhidmatan yang diambil kira. Pin. A974/96 (3) Bagi maksud subseksyen (2), seksyen 36 hendaklah terpakai. Pin. A974/96 17. Pihak Berkuasa Merekrut.

Mejisteret-mejisteret yang memegang jawatan dalam Persekutuan dan pegawai-pegawai yang tersebut di bawah ini (dalam Akta ini disebut sebagai pegawai merekrut ) boleh mendaftarkan orang-orang dalam angkatan tetap:(a) Pegawai Kanan Pemilihan Personil dan Pegawai-pegawai Pemilihan Personil bagi angkatan tetap; (b) mana-mana pegawai angkatan tetap yang diberi kuasa secara khas oleh Majlis Angkatan Tentera. 18. Cara Pendaftaran Dan Penyaksian.

(1) Seseorang yang menawarkan diri untuk didaftarkan dalam angkatan tetap hendaklah diberi suatu notis pendaftaran dalam borang yang ditetapkan membentangkan soalan-soalan penyaksian untuk dijawab semasa penyaksian dan menyatakan syarat-syarat am pertugasan yang akan dibuat olehnya; dan seseorang Mejisteret atau pegawai merekrut tidak boleh mendaftarkan sesiapa jua dalam angkatan tetap melainkan ia berpuas hati bahawa orang itu telah diberi notis itu, faham akannya dan mahu didaftarkan. (2) Acara bagi mendaftarkan seseorang dalam angkatan tetap hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini. (3) Seseorang pegawai merekrut tidak boleh mendaftarkan sesiapa jua yang berumur kurang daripada tujoh belas tahun setengah tanpa persetujuan bertulis ibu bapa atau penjaganya. (4) Jika pegawai merekrut berpuas hati dengan salinan sesuatu catatan dalam daftar beranak, yang diperakui dan dikemukakan atau dengan apa-apa keterangan yang pada pendapatnya mencukupi bahawa seseorang yang menawarkan diri untuk didaftarkan itu telah mencapai atau belum mencapai umur lapan belas tahun, maka orang itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai telah mencapai atau, mengikut mana yang berkenaan, belum mencapai umur itu. (5) Tarikh bila seseorang menandatangani akuan dan mengangkat sumpah yang ditetapkan dalam kertas penyaksian itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyaksian mengenai orang itu. (6) Seseorang Mejisteret atau pegawai merekrut boleh pada bila-bila masa, jika berpuashati bahawa sesuatu kesilapan dalam kertas penyaksian mengenai seseorang tidak sebagitu matan sehingga boleh menyebabkan patut orang itu diberhentikan kerja, meminda kesilapan dalam kertas penyaksian itu, dan

17

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

kertas yang dipinda itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai sah seolah-olah perkara yang dipinda telah menjadi sebahagian daripada perkara asal dalam kertas itu. (7) Jika ada kertas pendua penyaksian ditandatangani dan disaksikan, seksyen ini hendaklah dipakai bagi pendua-pendua itu, dan jika sekiranya apa-apa pindaan dibuat dalam sesuatu kertas penyaksian maka pindaan-pindaan itu hendaklah dibuat dalam kertas pendua penyaksian itu. 19. Jawapan-Jawapan Palsu Dalam Kertas Penyaksian.

(1) Jika seseorang dengan mengetahui memberi suatu jawapan palsu bagi mana-mana soalan yang terkandung dalam kertas penyaksian yang dikemukakan kepadanya oleh atau dengan arahan Mejisteret atau pegawai merekrut yang dihadapannya ia hadir bagi maksud disaksikan, ia boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit atau kedua-duanya. (2) Jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan ianya telah disaksikan sebagai seorang askar laskar, ia boleh, menurut budi bicara pihak berkuasa yang layak, dibicarakan dihadapan mahkamah Mejisteret atau oleh mahkamah tentera kerana kesalahan itu. 20. Perekrutan Yang Tidak Sah Atau Penggangguan Terhadap Perekrutan. Jika seseorang tanpa kebenaran yang sepatutnya:(i) menyiarkan atau mengarah disiarkan pemberitahu atau iklan bagi maksud mendapatkan rekrut bagi angkatan tetap; atau (ii) membuka atau menyenggara mana-mana rumah, tempat pertemuan atau pejabat bagi maksud merekrut angkatan tersebut; atau (iii) menerima sesiapa jua menurut mana-mana pemberitahu atau iklan seperti yang tersebut diatas; atau (iv) secara langsung atau secara tidak langsung mengganggu kerja merekrut bagi anggota tersebut, ia boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya. 21. Pendaftaran Dalam Tentera Darat Hendaklah Bagi Suatu Kor Tertentu.

(1) Seseorang yang didaftarkan untuk perkhidmatan sebagai seorang soldadu hendaklah didaftarkan dalam suatu kor tertentu dalam Tentera Darat dan hendaklah berkhidmat dalam kor itu selama tempoh perkhidmatan penuh masanya sama ada dalam tempoh pendaftarannya atau dalam mana-mana tempoh pertugasan semula melainkan jika ia ditukarkan kepada suatu kor lain mengikut peruntukanperuntukan seksyen kecil yang berikut:Dengan syarat bahawa seseorang yang didaftarkan untuk berkhidmat sebagai seorang soldadu sebelum ia mencapai umur lapan belas tahun boleh didaftarkan untuk perkhidmatan am dan tidak perlu dilantik kepada sesuatu kor sehingga ia mencapai umur itu. (2) Seseorang soldadu boleh, pada bila-bila masa, dengan persetujuannya ditukarkan daripada satu kor kepada suatu kor lain dengan perintah pihak berkuasa yang layak: Dengan syarat bahawa semasa wujud keadaan berperang di antara Yang Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau dalam masa berkuat kuasanya suatu Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, soldadu itu boleh ditukarkan sedemikian tanpa persetujuannya; dan Pin. A974/96 (3) Jika menurut seksyen kecil yang akhir tersebut di atas seseorang soldadu ditukarkan kepada suatu kor dalam suatu bahagian atau cawangan Tentera Darat yang berlainan daripada bahagian atau cawangan dimana ia dahulunya berkhidmat, pihak berkuasa yang layak boleh dengan perintah mengubah syaratsyarat perkhidmatannya supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan dalam bahagian atau cawangan ke mana ia ditukarkan itu.

18

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(4) Tiada seseorang soldadu boleh ditukarkan kepada mana-mana kor melainkan jika ia telah layak untuk didaftarkan dalam kor itu. (5) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang askar laskar yang didaftarkan dalam Tentera Laut dan Tentera Udara. Pin. A974/96 22. Pertukaran Dari Satu Perkhidmatan Kepada Satu Perkhidmatan Lain.

(l) Seseorang askar laskar boleh ditukarkan daripada satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain dalam angkatan tetap:Pin. A974/96 (a) dengan persetujuannya sendiri; atau (b) dengan perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong; atau (c) dengan perintah Majlis Angkatan Tentera atau seorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. (2) Jika seseorang askar lasykar ditukarkan kepada satu Perkhidmatan lain ia hendaklah tertakluk kepada segala kaedah, peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan itu dan syarat-syarat perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan bagi Perkhidmatan ke mana ia ditukarkan itu. (3) Tiada seseorang askar laskar boleh ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan lain melainkan jika telah didaftarkan dalam Perkhidmatan itu. 23. Pertugasan Askar Laskar.

Seseorang askar laskar boleh dipertugaskan buat sementara dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain atau dari satu unit kepada satu unit lain dalam Perkhidmatan itu. 24. Tempoh Pendaftaran.

(1) Tempoh dalam mana seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap boleh didaftarkan ialah suatu tempoh, mulai dari tarikh penyaksiannya, sebagaimana yang tersebut dalam peruntukan-peruntukan yang berikut dalam seksyen ini. (2) Jika orang yang mendaftar itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah:(a) suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa; atau (b) suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu sesebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai tempoh dalam perkhidmatan simpanan. (3) Jika orang yang mendaftar itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah:(a) suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang tidak lebih daripada dua belas tahun mengikut sebagaimana yang ditetapkan, mulai dari tarikh ia mencapai umur itu, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa; atau (b) suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang tersebut di atas, iaitu sesebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai tempoh dalam perkhidmatan simpanan.

19

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)24A. Seksyen 24, 25 Dan 26 Tidak Terpakai.

Seksyen 24, 25 dan 26 tidaklah terpakai bagi seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap pada atau selepas tarikh yang ditetapkan. Pin. A974/96 24B. Tempoh Pendaftaran Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang Ditetapkan. (1) Tempoh dalam mana seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh didaftarkan ialah suatu tempoh, mulai dari tarikh penyaksiannya, sebagaimana yang tersebut dalam peruntukan yang berikut dalam seksyen ini. (2) Jika orang yang mendaftar itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu tempoh selama dua belas tahun, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa. (3) Jika orang yang mendaftar itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya dua belas tahun, mulai dari tarikh dia mencapai umur itu, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa. Pin. A974/96 25. Pelanjutan Dan Pengurangan Perkhidmatan.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini seseorang dalam perkhidmatan penuh masa boleh, dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan persetujuan pihak berkuasa itu, dibenarkan melakukan mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu:(a) jika pendaftarannya ialah bagi suatu tempoh yang berakhir sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun mulai dari tarikh penyaksiannya atau, jika ia telah didaftarkan sebelum ia mencapai umur lapan belas tahun, tarikh ia telah mencapai umur itu, melanjutkan tempoh pendaftarannya supaya berakhir pada sesuatu masa, tidak lewat daripada tamat tempoh yang tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan supaya menambah tempoh perkhidmatan penuh masanya, perkhidmatannya dalam simpanan, atau kedua-duanya sebagaimana yang ditetapkan; (b) jika tempoh pendaftarannya, atau tempoh yang dilanjutkan di bawah perenggan yang akhir tersebut di atas, adalah termasuk suatu tempoh perkhidmatan dalam simpanan, menambah tempoh perkhidmatan penuh masanya dengan sewajarnya, sebagaimana yang ditentukan dalam permohonan itu, supaya meliputi kesemua atau sesebahagian yang tertentu daripada tempoh itu; (c) ditukarkan kepada simpanan untuk berkhidmat bagi baki tempoh pendaftarannya, atau jika tempoh itu telah dilanjutkan di bawah perenggan (b), bagi baki tempoh yang dilanjutkan sedemikian; (d) mengurangkan tempoh pendaftarannya. (2) Sebagai balasan bagi seseorang yang dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan atau yang diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain yang ditetapkan, orang itu boleh dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak membuat pengakuan, dalam borang yang ditetapkan, supaya tidak menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh bermula pada hari tamatnya kursus latihan itu mengikut sebagaimana yang ditetapkan atau mengikut mana yang berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh mengikut sebagaimana yang ditetapkan berhubung dengan faedah atau kemudahan lain itu. (3) Seseorang yang berada dalam simpanan menurut syarat-syarat pendaftarannya atau peruntukanperuntukan seksyen kecil (1) boleh, dengan permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak, pada bila-bila masa memasuki semula perkhidmatan penuh masa, dan dengan itu, mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, ia boleh sama ada:(a) berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi baki tempoh yang ia kena berkhidmat dalam simpanan itu jika sekiranya ia tidak memasuki semula perkhidmatan penuh masa; atau (b) berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesebahagian tertentu daripada baki tempoh itu dan kemudiannya berkhidmat dalam simpanan bagi tempoh yang selebihnya dari baki tempoh itu.

20

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

25A. Perlanjutan Perkhidmatan Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang Ditetapkan. Pin. A974/96 (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang dalam perkhidmatan penuh masa dan yang mendaftar pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan persetujuan pihak berkuasa itu, dibenarkan melanjutkan tempoh perkhidmatan penuh masanya daripada dua belas tahun kepada lima belas tahun: Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A. (2) Sebagai balasan bagi seseorang yang mendaftar pada atau selepas tarikh yang ditetapkan(a) kerana dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan atau suatu kursus latihan bagi suatu kelas yang ditetapkan; atau (b) kerana diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain sebagimana yang ditetapkan, orang itu boleh dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak membuat pengakuan, dalam borang yang ditetapkan, supaya tidak menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh bermula pada hari tamatnya kursus latihan itu sebagaimana yang ditetapkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh mengikut sebagaimana yang ditetapkan berhubung dengan faedah atau kemudahan lain itu. 26. Pertugasan Semula Askar Laskar.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini sesiapa jua dalam perkhidmatan penuh masa yang telah genap tempoh perkhidmatan sembilan tahun dikira dari tarikh penyaksiannya atau (jika ia telah mendaftar sebelum mencapai, umur itu) tarikh ia mencapai umur lapan belas tahun, boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, dibenarkan bertugas semula bagi suatu tempoh atau beberapa tempoh dalam perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan berjumlah kepada tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa yang terus menerus. (2) Sesiapa jua yang akan genap tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa dalam masa satu tahun boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan penuh masanya belum lagi tamat. 26A. Pertugasan Semula Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang Ditetapkan. Pin. A974/96 (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, sesiapa jua dalam perkhidmatan penuh masa di bawah seksyen 24A atau 25A yang mendaftar pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian, memohon kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak itu, dibenarkan bertugas semula bagi suatu tempoh atau beberapa tempoh dalam perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan berjumlah kepada tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa yang terus menerus: Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamatnya perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A atau 25A. (2) Seseorang yang telah dibenarkan bertugas semula di bawah subseksyen (1) boleh, jika dia berkehendakkan sedemikian memohon kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak itu, terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan penuh masanya belum lagi tamat:-

21

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan penuh masanya selama dua puluh satu tahun. 26B. Tiada Perlanjutan Atau Pertugasan Semula Selepas Lima Puluh Lima Tahun. Pin. A974/96 Tertakluk kepada seksyen 27 dan 30, tiada seorang pun boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan penuh masanya atau dibenarkan, bertugas semula jika kesan perlanjutan atau pertugasan semula itu menghendakinya berkhidmat selepas mencapai umur lima puluh lima tahun. 26C. Perkhidmatan Dalam Simpanan Bagi Askar Laskar. Pin. A974/96 (1) Seseorang, sama ada dalam perkhidmatan penuh masa dalam angkatan tetap atau dalam simpanan menurut seksyen 24 hingga 26A dan 27 hendaklah apabila diberhentikan kerja atau tamat perkhidmatan dalam simpanan, dipindahkan kepada simpanan bagi suatu tempoh selama lima tahun mulai dari hari berikutan hari diberhentikan kerja atau tamat perkhidmatan dalam simpanan: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dikehendaki berkhidmat dalam simpanan setelah dia mencapai umur lima puluh tahun. (2) Majlis Angkatan Tentera boleh atas budi bicaranya mengecualikan mana-mana orang atau kategori orang daripada perkhidmatan simpanan itu. 27. Penangguhan Dalam Hal-Hal Tertentu Mengenai Pemberhentian Kerja Atau Pertukaran Kepada Simpanan. (1) Jika pada masa seseorang askar laskar, berhak, selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, suatu keadaan perang berlaku diantara Yang Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, atau suatu Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa, atau anggota-anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap dikerah untuk berkhidmat, atau ianya berkhidmat di luar Persekutuan ia boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa selama tempoh yang tersebut kemudian daripada ini, dan perkhidmatannya boleh dilanjutkan dengan sewajarnya. (2) Tiada sesiapa boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut seksyen ini selepas habis tempoh dua belas bulan dari tarikh ia berhak selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja. (3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, seseorang yang berhak, selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja, boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak. (4) Tertakluk sebagaimana yang tersebut di atas, seseorang yang, selain daripada seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh, yang berakhir tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh ia, selain daripada seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan itu, sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak atau bagi mana-mana tempoh atau tempoh yang lebih lama dalam mana anggota-anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap masih dikerah untuk berkhidmat. (5) Jika dalam masa seseorang sedang diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut seksyen ini pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa perkhidmatannya tidak diperlukan, maka ia adalah berhak di berhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan mengikut mana yang berkenaan. (6) Jika pada masa seseorang berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan di bawah peruntukan seksyen-seksyen kecil yang tersebut di atas, suatu keadaan perang berlaku diantara Yang Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, ia boleh, dengan akuan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan dihadapan pegawai memerintahnya, bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan penuh masa semasa keadaan perang itu berlaku; dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak itu, ia bolehlah meneruskan perkhidmatan penuh masa dengan sewajarnya seolah-olah tempoh perkhidmatannya yang dilanjutkan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas adalah satu tempoh yang berterusan semasa keadaan perang berlaku:

22

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa jika dinyatakan sedemikian dalam akuan itu, ia adalah berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut mana yang berkenaan, setelah habis tempoh tiga bulan notis yang diberi olehnya kepada pegawai memerintahnya. (7) Berhubung dengan orang-orang yang berkhidmat di luar Persekutuan, sebutan-sebutan dalam seksyen ini mengenai berhak untuk ditukarkan kepada simpanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai berhak untuk dihantar balik ke persekutuan dengan seberapa segara yang boleh bagi maksud ditukarkan kepada simpanan. 28. Pemberhentian Kerja.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini tiap-tiap orang, manakala berhak diberhentikan kerja, hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh, tetapi sehingga diberhentikan kerja ia hendaklah terus tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah akta ini. (2) Jika sesiapa yang didaftarkan dalam Persekutuan berkhidmat di luar Persekutuan manakala berhak di berhentikan kerja. Maka:(a) jika ia menghendaki diberhentikan kerja dalam Persekutuan, ia hendaklah dihantar balik ke Persekutuan dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah diberhentikan kerja apabila ia tiba di Persekutuan, atau jika ia bersetuju supaya pemberhentian kerjanya dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas ia tiba; tetapi (b) jika atas permintaannya ia diberhentikan kerja ditempat ia sedang berkhidmat, ia tidaklah berhak menuntut ia dihantar balik ke Persekutuan atau tempat lain. (3) Kecuali menurut hukuman sesuatu mahkamah tentera di bawah Akta ini, seseorang tidak boleh diberhentikan kerja melainkan jika pemberhentian kerjanya telah dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini. (4) Tiap-tiap orang yang diberhentikan kerja di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah apabila diberhentikan kerja diberi suatu perakuan pemberhentian kerja mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa seseorang yang diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan selepas penyaksian tidaklah berhak menerima suatu perakuan pemberhentian kerja. (5) Seseorang yang diberhentikan kerja dalam Persekutuan adalah berhak dihantar percuma dari tempat dimana ia diberhentikan kerja itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas penyaksiannya sebagai tempat di mana ia telah disaksikan atau ke mana-mana tempat di mana ia bercadang hendak tinggal dan ke mana ia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar. 29. Pertukaran Kepada Simpanan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini tiap-tiap orang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, hendaklah ditukarkan kepada simpanan, tetapi sehingga ditukarkan sedemikian ia hendaklah terus tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini. (2) Jika seseorang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, berkhidmat di luar Persekutuan, ia hendaklah dihantar ke Persekutuan dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah ditukarkan kepada simpanan apabila ia tiba, atau jika ia bersetuju supaya pertukarannya itu dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas ia tiba: Dengan syarat bahawa jika ia meminta sedemikian. ia boleh ditukarkan kepada simpanan tanpa dikehendaki pulang ke Persekutuan. (3) Seseorang yang ditukarkan kepada simpanan dalam Persekutuan adalah berhak dihantar percuma dari tempat di mana ia telah ditukarkan itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas penyaksiannya sebagai tempat di mana ia telah disaksikan atau ke mana-mana tempat di mana ia bercadang hendak tinggal dan ke mana ia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.

23

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

30. Menangguhkan Pemberhentian Kerja Atau Pertukaran Kepada Simpanan Sementara Menanti Pembicaraan Kesalahan. (1) Walau apapun peruntukan Bahagian ini, seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini tidak berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan pada masa pembicaraan kena dibawa terhadapnya kerana kesalahan-kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini: Dengan syarat bahawa jika diputuskan bahawa kesalahan itu tidak akan dibicarakan oleh mahkamah tentera, maka seksyen kecil ini tidaklah dipakai. (2) Walau apapun peruntukan Bahagian ini, seseorang yang berada di luar Persekutuan dan menjalani suatu hukuman penjara atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini tidak berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan dalam masa hukuman itu berjalan. 31. Rekrut Boleh Membayar Untuk Pemberhentian Kerja.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang rekrut boleh memohon untuk diberhentikan kerja sebelum habis tempoh tiga bulan mulai dari tarikh penyaksiannya, dan jika ia membuat permohonan tersebut, ia hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh setelah membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak. (2) Dalam seksyen ini perbahasaan "rekrut" ertinya seseorang yang didaftarkan mengikut peruntukanperuntukan Bahagian ini, yang belum didaftarkan dahulunya dalam mana-mana angkatan tetap. 32.1 Hak Bagi Pegawai Waran Berhenti Kerja Apabila Diturunkan Ke Pangkat Biasa.

Seseorang pegawai waran dalam angkatan tetap yang telah diturunkan ke pangkat biasa boleh, apabila berlaku sedemikian, meminta supaya diberhentikan kerja melainkan jika keadaan perang berlaku diantara Yang Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau anggota-anggota simpanan dipanggil untuk berkhidmat. 33. Pemberhentian Askar Laskar Yang Tidak Sempurna Akal.

(1) Jika pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa seseorang askar laskar adalah:(a) seorang tidak sempurna akal yang merbahaya; atau (b) seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital sakit otak, Pihak berkuasa yang layak boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, mengarahkan supaya askar laskar itu diberhentikan kerja, dan apabila diberhentikan kerja supaya dimasukkan dalam hospital sakit otak Kerajaan. (2) Jika pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa seseorang askar laskar itu bukannya seorang tidak sempurna akal yang merbahaya dan juga bukan seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital sakit otak, pihak berkuasa itu boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, mengarahkan supaya askar laskar itu diberhentikan kerja dan dihantar apabila diberhentikan kerja ke mana-mana tempat di Persekutuan di mana ia mempunyai seorang atau beberapa orang saudara atau sahabat yang sudi menjaganya. 34. Kaedah-Kaedah Bagi Mengira Perkhidmatan.

(1) Bagi mengira perkhidmatan sesiapa jua untuk pemberhentian kerja atau pertugasan semula atau pertukaran kepada simpanan, maka hendaklah ditolak dari nya:(a) semua tempoh ia tidak hadir bertugas kerana sesuatu sebab yang berikut:(i) penjaraan; (ii) tinggal tugas; dan

24

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(b) apa-apa tempoh yang diperintah oleh mahkamah tentera supaya dilucuthak. (2) Peraturan-peraturan di bawah Bahagian ini boleh membuat peruntukan bagi memulangkan perkhidmatan yang ditolak menurut peruntukan seksyen kecil (1) sebagai balasan bagi perkhidmatan baik atau atas apa-apa alasan lain yang mematutkan perkhidmatan yang ditolak itu dipulangkan. 35. Sahnya Penyaksian, Pendaftaran Dan Pertugasan Semula.

(1) Jika seseorang telah membuat sesuatu akuan yang ditetapkan pada masa penyaksiannya atau pertugasan semulanya dan kemudiannya telah menerima gaji sebagai seorang askar laskar:(a) sahnya pendaftaran atau pertugasan semulanya itu tidak boleh dipersoalkan atas alasan sesuatu kesilapan atau ketinggalan dalam kertas penyaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula; (b) jika dalam masa tiga bulan dari tarikh ia menandatangani akuan tersebut ia menuntut bahawa pendaftarannya itu adalah tidak sah oleh sebab apa-apa hal tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mengenai pendaftaran atau pertugasan semula atau apa-apa alasan juapun (iaitu bukan suatu kesilapan atau ketinggalan dalam kertas penyaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula), maka tuntutan itu hendaklah dihantar kepada pihak berkuasa yang layak dan jika tuntutan itu berasaskan sebab-sebab yang menasabah pihak berkuasa yang layak itu hendaklah mengarahkan supaya ia diberhentikan kerja atau pertugasan semulanya dibatalkan, mengikut mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang boleh; (c) tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan yang akhir tersebut diatas ia hendaklah disifatkan setelah habis tempoh tiga bulan dari tarikh ia membuat akuan tersebut sebagai telah didaftar atau diambil bertugas semula dengan sahnya, mengikut mana yang berkenaan, walaupun apa-apa hal tidak mematuhi atau alasan-alasan lain seperti yang tersebut di atas; (d) walaupun apa-apa hal tidak mematuhi atau alasan-alasan lain seperti yang tersebut di atas, atas apa-apa tuntutan yang dibuat menurut perenggan (b) seksyen kecil ini, ia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar laskar sehingga ia diberhentikan kerja. (2) Jika sesiapa telah menerima gaji sebagai seorang askar laskar tanpa terlebih dahulu membuat sesuatu akuan seperti yang tersebut di atas, maka:(a) ia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar laskar dalam angkatan tetap sehingga diberhentikan kerja; dan (b) ia boleh menuntut supaya diberhentikan kerja pada bila-bila masa, dan jika ia membuat tuntutan itu, tuntutan itu hendaklah dihantar dengan seberapa segera yang boleh kepada pihak berkuasa yang layak yang akan mengarahkan supaya ia diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh. (3) Tiada apa-apa jua dalam peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas boleh ditafsirkan sebagai menyentuh keputusan mengenai apa-apa soal tentang tempoh seseorang telah didaftarkan atau sebagai menghalang pemberhentian kerja seseorang yang tidak menuntut supaya ia diberhentikan kerja. 36. Peraturan Mengenai Pendaftaran. Pin. A974/96 Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong, boleh membuat peraturanperaturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pendaftaran orang-orang dalam angkatan tetap, syaratsyarat perkhidmatan mereka, termasuk penyerapan, pertugasan dan peminjaman kepada mana-mana badan, angkatan atau perkhidmatan, kenaikan pangkat mereka, pemberhentian kerja mereka, pembuangan kerja mereka dan apa-apa perkara lain mengenai askar laskar sebagaimana yang difikirkan perlu atau mustahak oleh Majlis Angkatan Tentera bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini.

25

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)Tafsiran Bagi Bahagian IV 37. Dalam Bahagian ini:"ditetapkan" ertinya ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini; tarikh penyaksian", berhubung dengan sesiapa jua, ertinya tarikh ia menandatangani akuan dan mengangkat sumpah yang tersebut dalam perenggan 3 Jadual Pertama kepada Akta ini. BAHAGIAN V KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN PERKHIDMATAN Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Perkhidmatan Tentera 38. Membantu Musoh.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan niat hendak membantu musoh:(a) meninggal atau menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang mana adalah menjadi kewajipannya mempertahankan, atau mendorong sesiapa jua supaya meninggal atau menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang mana adalah menjadi kewajipan orang itu mempertahankan; atau (b) menyerahkan mana-mana kapal atau kapal udara kepada musoh apabila kapal atau kapal udara itu boleh dipertahankan dengan jayanya atau dibinasakan; atau (c) menyerahkan mana-mana pengkalan, lapangan terbang atau lain-lain tempat atau pepasangan pertahanan kepada musoh apabila ia boleh dipertahankan dengan jayanya atau manakala adalah menjadi kewajipannya menyebabkannya dibinasakan ; atau (d) melakukan apa-apa perbuatan yang dikira akan menghalang kejayaan gerakan angkatan tentera Seri Paduka Baginda, atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera itu atau mana-mana bahagian daripada angkatan-angkatan tentera itu; atau (e) setelah menjadi seorang tawanan perang berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah-langkah yang dikira akan mempengaruh semangat, atau dengan apa-apa cara jua yang tidak dibenarkan menurut kelaziman antarabangsa; atau (f) memberi kepada musuh senjata atau peluru atau apa-apa jenis bekalan atau apa-apa lain yang mungkin membantu musuh; atau (g) melindungi dan menyelamatkan seseorang musuh yang bukan seorang tawanan perang; atau (h) memberi apa-apa semboyan udara palsu atau mengubah atau mengganggu apa-apa semboyan udara atau apa-apa radas bagi memberi semboyan udara; atau (i) apabila diperintahkan oleh pegawai atasannya, ataupun apabila diberi perintah supaya menjalankan apa-apa gerakan perang di udara ia tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk melaksanakan perintah itu; atau (j) menyebabkan ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera Seri Paduka Baginda; boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan dengan mengetahui dan tanpa sebab yang sah melakukan apa-apa perbuatan yang dinyatakan dalam seksyen

26

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

kecil (1) seksyen ini, jika tidak dibuktikan bahawa ia telah bertindak dengan niat hendak membantu musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. (3) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan cuai menyebabkan ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera Seri Paduka Baginda, boleh apabila disabitkan oleh mahkamah tentera dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. --------------------------------------39. Salah Laku Oleh Pemerintah Dalam Perjuangan.

Tiap-tiap pegawai yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sebagai pegawai memerintah sesuatu unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan atau lain-lain bahagian angkatan tentera:(a) tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengarahkan pegawai-pegawai dan askar laskar di bawah perintahnya atau unit, kapal, kapal udaranya atau lain bahagian supaya berjuang apabila diperintah supaya menjalankan sesuatu gerakan perang atau apabila bertemu dengan musuh yang mana adalah kewajipannya menentang; atau (b) semasa berjuang, tidak, dalam masa berjuang atas sifatnya sendiri dan mengikut pangkatnya, menggalakkan pegawai-pegawai dan askar laskar di bawah perintahnya supaya berjuang dengan beraninya; atau (c) semasa berjuang, undur dengan tidak sepatutnya daripada perjuangan itu; atau (d) dengan tidak sepatutnya tidak memburu musuh atau tidak memperkuatkan mana-mana tempat yang telah ditawan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. --------------------------------------40. Salah Laku Oleh Orang-Orang Lain Dalam Gerakan Menentang Musuh.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sebagai seorang yang bukan memerintah mana-mana unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan, atau lain-lain bahagian angkatan tentera:(a) dengan tidak sepatutnya melengahkan atau menghalang apa-apa perjuangan menentang musuh; atau (b) apabila diperintah menjalankan sesuatu gerakan perang, tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menjalankan perintah itu; atau (c) membuangkan Senjata, peluru atau alat-alatnya dihadapan musuh; atau (d) meninggalkan posnya di hadapan musuh; atau (e) berkelakuan berhadapan dengan musuh secara yang menunjukkan ketakutan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. ---------------------------------------

27

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

41.

Membuat Perhubungan Dengan Musuh.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan 3 niat hendak membantu musuh, membuat perhubungan dengan musuh atau memberi perisikan kepada musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apaapa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat perhubongan dengan musuh atau memberi perisikan kepada musuh tanpa kebenaran boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. (3) Dalam seksyen ini perbahasaan "perisikan" ertinya maklumat yang atau yang berupa sebagai maklumat mengenai apa-apa perkara yang mana maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna kepada musuh secara langsung atau secara tidak langsung, dan khususnya (tetapi dengan tidak menyentuh keluasan makna peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas) mengenai apa-apa perkara yang termasuk di bawah perenggan-perenggan berikut, iaitu sesuatu perkara yang mana maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna saperti yang tersebut di atas, iaitu:(a) bilangan, perihal, senjata, alat kelengkapan, pergerakan atau keadaan mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera itu atau mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama itu; (b) apa-apa gerakan atau gerakan yang dirancang bagi mana-mana angkatan, kapal atau kapal udara itu saperti yang tersebut di atas; (c) apa-apa kod, huruf rahsia, isyarat panggilan, atau kata jodoh; (d) apa-apa langkah bagi mempertahan atau memperkukuhkan mana-mana tempat bagi pihak Seri Paduka Baginda; (e) bilangan, perihal atau tempat mana-mana orang tawanan perang; (f) kelengkapan Perang. --------------------------------------42. Kesalahan-Kesalahan Terhadap Semangat. Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:(a) menyibarkan (sama ada secara lisan, bertulis, dengan semboyan, atau secara lain) laporan berhubung dengan gerakan angkatan tentera Seri Paduka Baginda, mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, atau mana-mana bahagian daripada angkatan itu, iaitu laporan yang dikira akan mewujudkan kegelisahan atau kegemparan-kegemparan yang tidak perlu; atau (b) apabila berhadapan dengan musuh menggunakan perkataan-perkataan yang dikira akan mewujudkan kegelisahan atau kegemparan yang tidak perlu, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. 43. Menjadi Orang Tawanan Perang Kerana Tidak Patuh Atau Kecuaian Yang Disengajakan; Dan Tidak Masuk Semula Dalam Angkatan. (1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, oleh kerana tidak patuh kepada perintah atau kerana bersengaja mencuaikan kewajipannya, ditawan oleh musuh adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah ditawan oleh musuh, tidak mengambil apa-apa langkah, atau melarang atau menawarkan hati sesiapa jua yang lain yang ditawan oleh musuh daripada mengambil apa-apa langkah yang menasabah yang

28

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

boleh diambil olehnya atau, mengikut mana yang berkenaan, oleh orang lain itu, untuk masuk semula dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (3) Tiap-tiap orang yang melakukan sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. --------------------------------------44. Kesalahan-Kesalahan Oleh Atau Berhubung Dengan Senteri, Dsb.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, semasa dalam tugas mengawal: (a) tidor di posnya, (b) dalam masa tidak bertugas di pos, tidor pada masa ia tidak dibenarkan tidor atau (c) mabuk atau (d) meninggalkan posnya tanpa diganti dengan sepatutnya atau tidak berada di mana-mana tempat di mana ia ditugaskan untuk berada, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (2) Bagi maksud seksyen ini seseorang hendaklah disifatkan sebagai mabuk jika, oleh kerana pengaroh alkohol atau apa-apa dadah, sama ada hal itu sahaja atau beserta dengan apa-apa hal keadaan lain, ia tidak layak diamanahkan dengan kewajipan. (3) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul atau secara lain menggunakan kekerasan terhadap sesiapa jua dalam tugas mengawal, iaitu seorang anggota mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, atau dengan mengugut hendak menggunakan kekerasan memaksa sesaorang itu membenarkannya atau sesiapa jua yang lain lalu, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (4) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini: Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan semasa dalam perkhidmatan giat ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun. (5) sebutan dalam seksyen ini mengenai seseorang dalam tugas mengawal adalah sebutan mengenai sseseorang yang:(a) ditempatkan di pos atau diperintahkan meronda, atau (b) menjadi anggota pasukan pengawal atau lain-lain pasukan yang diadakan atau diperintahkan meronda, bagi maksud memperlindungi sesiapa jua, mana-mana premis atau tempat. (6) Peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas hendaklah dipakai berhubung dengan orangorang yang ditempatkan di pos atau diperintahkan meronda, atau anggota-anggota sesuatu pasukan yang diadakan atau diperintahkan meronda, bagi maksud mencegah atau, mengawal jalan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau jalan keluar darinya, atau bagi memperaturkan lalu lintas yang melalui ka-jalan, jalan keretapi atau apa-apa pelayaran pendaratan, sebagaimana peruntukanperuntukan itu dipakai bagi orang-orang dalam tugas mengawal. --------------------------------------5

29

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)45. Kesalahan Berhubung Dengan Bekalan. (1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:(a) melakukan kekerasan terhadap sesiapa jua yang membawa barang atau bekalan kepada manamana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya; (b) dengan cara luar peraturan menahan apa-apa barang atau bekalan yang dibawa kepada manamana unit atau lain-lain bahagian angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya; (c) dengan cara luar peraturan menguntukkan kepada unit atau lain-lain bahagian angkatan tentera dalam mana ia berkhidmat apa-apa barang atau bekalan yang dihantar kepada mana-mana unit lain atau bahagian lain dalam angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. (2) Dalam seksyen ini perbahasaan "apa-apa barang atau bekalan" termasuklah mana-mana kapal, kereta, kapal udara, binatang, misail, senjata, peluru, alat kelengkapan, pakaian dan apa-apa jenis benda yang dimaksudkan untuk kegunaan angkatan tentera. --------------------------------------46. Penjarahan. Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:(a) mencuri dari, atau dengan niat hendak mencuri memeriksa, tubuh seseorang yang terbunuh atau tercedera dalam masa menjalankan gerakan perang; atau (b) memecah masuk ke mana-mana rumah atau tempat lain untuk mencari harta penjarahan; atau (c) tanpa perintah daripada pegawai atasannya bersengaja membinasa atau merosakkan apa-apa harta; atau (d) mencuri apa-apa harta yang telah ditinggalkan terdedah atau tidak dilindungi berikutan dengan gerakan perang; atau (e) mengambil, bagi apa-apa maksud lain daripada maksud perkhidmatan awam, apa-apa kereta, alat kelengkapan atau barang-barang yang ditinggalkan oleh musuh, adalah melakukan penjarahan dan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. --------------------------------------Dahagi Dan Ingkar Perintah 47.2

Dahagi.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:(a) mengambil bahagian dalam dahagi yang melibatkan kekerasan digunakan atau ancaman hendak menggunakan kekerasan; (b) mengambil bahagian dalam dahagi yang tujuannya atau satu daripada tujuannya ialah untuk enggan menjalankan atau untuk menghindar apa-apa kewajipan atau perkhidmatan menentang, atau berhubung dengan gerakan menentang, musoh, atau untuk menghalang mana-mana kewajipan atau perkhidmatan itu daripada dilakukan; atau

30

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(c) mengapi-apikan sesiapa lain yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta inii supaya mengambil bahagian dalam mana-mana dahagi itu, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dalam sesuatu hal yang tidak termasuk di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi atau mengapi-apikan sesiapa jua yang tertakluk kepada undangundang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya mengambi1 bahagian dalam sesuatu dahagi, sama ada yang sebenar atau yang dihadangkan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. (3) Dalam Akta mi, perbahasaan "dahagi" ertinya pergabongan antara dua orang atau lebih yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atau antara orang-orang yang daripadanya sekurang-kurangnya dua orang adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini(a) untuk menggulingkan atau menentang pehak-berkuasa yang sah dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian daripada angkatan tersebut; (b) untuk mengengkari pihak berkuasa itu dalam hal-hal keadaan yang menyebabkan keengkaran itu merosakkan tatatertib, atau dengan tujuan hendak rnenghindari apa-apa kewajipan atau perkhidmatan terhadap, atau berkenaan dengan gerakan menentang, musoh; atau (c) menghalang maksud mana-mana kewajipan atau perkhidmatan dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian angkatan tersebut. --------------------------------------48. Tidak Menghapuskan Dahagi.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan mengetahui bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan:(a) tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menghapuskan atau mencegahnya; atau (b) tidak melaporkan tanpa kelengahan bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah Tentera:(i) jika kesalahan itu telah dilakukan dengan niat hendak membantu musoh, dikenakan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan (ii) dalam mana-mana hal lain, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini. --------------------------------------49. Tingkahlaku Engkar Perintah. Tiap-tiap oran