of 80 /80
Bil. 28 Khamis 18 Disember 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Naskhah belum semak - Portal Rasmi Parlimen Malaysia · melengkapkan persenjataan helikopter Angkatan Tentera Malaysia di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan tanggungjawab ESSCOM

  • Author
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Naskhah belum semak - Portal Rasmi Parlimen Malaysia · melengkapkan persenjataan helikopter...

  • Bil. 28 Khamis 18 Disember 2014

    MALAYSIA

    PENYATA RASMI PARLIMEN

    DEWAN NEGARA

    PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA

    MESYUARAT KETIGA

  • Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2014

    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL:

    Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 22) RANG UNDANG-UNDANG:

    Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 (Halaman 23) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 (Halaman 27) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 (Halaman 41) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014 (Halaman 45)

  • DN 18.12.2014 i

    AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

    1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

    2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

    3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

    4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

    5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

    6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

    7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

    8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah – Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

    Kepenggunaan

    9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

    10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

    11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

    12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

    13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

    14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

    15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

    16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

    17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

    18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

    19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

    20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

    21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

    22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

    23. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

    24. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

    25. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

    26. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

    27. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

    28. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan)

    29. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

    30. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

    31. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

    32. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka)

    33. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

    34. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

    35. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

  • ii DN 18.12.2014

    36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

    37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

    38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

    39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

    40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

    41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

    42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

    43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

    44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

    45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

    46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

    47. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

    48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

    49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

    50. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

    51. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

    52. “ Datuk Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

    53. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

    54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

    55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

    54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

    56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

    57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

    58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

    59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

    60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

    61. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

    62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

    63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

    64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

    65. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

    66. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

  • DN 18.12.2014 iii

    DEWAN NEGARA

    Ketua Pentadbir Parlimen

    Dato’ Lamien bin Sawiyo

    Setiausaha Dewan Negara

    Encik Riduan bin Rahmat

    Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

    Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

    PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

    Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

    Rosna binti Bujairomi

    Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

    Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

    Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

    Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

    Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

    Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

    Nor Hamizah binti Haji Hassan

    Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

    Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

    Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

    Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

    Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

    Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

    Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

    Hazliyana binti Yahaya

    http://www.parlimen.gov.my/staff-details.html?uweb=p&id=205

  • DN 18.12.2014 1

    MALAYSIA

    DEWAN NEGARA

    PARLIMEN KETIGA BELAS

    PENGGAL KEDUA

    MESYUARAT KETIGA

    Khamis, 18 Disember 2014

    Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

    DOA

    [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

    1. Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman minta Menteri Pertahanan

    menyatakan, adakah Kementerian merancang untuk membeli pesawat helikopter tempur dalam masa terdekat bagi mengatasi ancaman keselamatan yang semakin serius, khususnya bagi keperluan di ESSZONE.

    Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-

    Pertua, kerajaan sememangnya amat menyedari cabaran besar yang perlu dilalui bagi menentukan kawasan Pantai Timur Sabah termasuk kawasan ESSZONE sentiasa terpelihara keselamatannya. Ini adalah kerana faktor geografi yang merangkumi 10 buah daerah pesisiran Pantai Timur Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau yang merangkumi panjang pantai sejauh 1,733 kilometer melibatkan 361 buah pulau dan keluasan daratan seluas 31,158 kilometer persegi iaitu merangkumi 42 peratus daripada keluasan negeri Sabah.

    Berdasarkan faktor ini, Angkatan Tentera Malaysia sememangnya memperakui akan keupayaan helikopter tempur dalam melaksanakan operasi secara berkesan di kawasan berkenaan. Bagi memenuhi hasrat itu, Tentera Darat Malaysia melalui Pasukan Udara Tentera Darat telah merancang memperoleh sebanyak enam buah helikopter tempur dengan mendaftarkannya sebagai projek dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan datang.

    Sebagai langkah awalan, Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah berlangsung pada 3 Disember 2014 juga telah memutuskan bahawa perolehan gatling gun untuk melengkapkan persenjataan helikopter Angkatan Tentera Malaysia di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan tanggungjawab ESSCOM. Lanjutan itu, Tentera Darat dalam proses perolehan sebanyak 10 buah laras sistem persenjataan gatling gun M134D Hybrid bersama weapon mounting system untuk dipasang kepada pesawat Agusta LOH A109 dan keperluan untuk melengkapkan sistem persenjataan pesawat udara tentera darat dan TUDM telah pun diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan pada 15 Disember 2014. Terima kasih.

    Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

    Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi penjelasan. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah komprehensif yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan agensi yang lain untuk memastikan tahap siap siaga kita sentiasa berada di tahap yang tinggi dan berkesan sama ada daripada non state actor ataupun state actor. Terima kasih.

    Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih kepada rakan saya Senator Datuk

    Jamilah yang juga dari Sabah, sudah tentulah beliau amat prihatin tentang keselamatan khususnya di kawasan ESSZONE.

  • 2 DN 18.12.2014

    Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya seperti mana yang telah

    diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2015 yang telah dibentangkan baru-baru ini, kerajaan sememangnya mempunyai perancangan yang begitu komprehensif dalam usaha untuk memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara. Di antara inisiatif-inisiatif tersebut iaitu:

    (i) mewujudkan dua batalion yang melibatkan satu batalion Tentera Darat dan satu batalion Pasukan Gerakan Am PDRM dengan jumlah anggota seramai 1,280 anggota yang telah diluluskan;

    (ii) selain daripada itu kita juga akan membina dua buah kem. Satu di FELDA Sahabat Lahad Datu yang menempatkan kem Tentera Darat dan sebuah kem PGA di Beluran,

    (iii) kelengkapan operasi pertahanan Pantai Timur Sabah yang akan sentiasa ditambah baik dengan perolehan radar dan pengawasan yang berkeupayaan tinggi;

    (iv) selain daripada itu kita juga ada beberapa inisiatif lain iaitu memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu bagi membolehkan pesawat TUDM seperti C130 mendarat bagi penghantaran bantuan logistik dan ketenteraan;

    (v) menempatkan pesawat pejuang jenis Hawk dari Pangkalan Udara Butterworth ke Pangkalan Udara Labuan bagi memantapkan lagi keselamatan dan pertahanan kawasan Pantai Timur Sabah; dan

    (vi) membuat penempatan semula perkampungan-perkampungan air secara berperingkat terutamanya kawasan Semporna dan Sandakan.

    Selain daripada itu, untuk melengkapkan Ops Sanggah yang telah kita laksanakan dan juga Ops Pasir yang dilaksanakan di kawasan Pantai Timur Sabah, kita juga bercadang untuk mewujudkan sea basin.

    ■1010

    Pada ketika ini kita telah menyediakan mobile sea basin menggunakan Bunga Mas Lima yang telah ditempatkan bagi membolehkan kita menempatkan troop quick action forces di kawasan perairan tersebut yang sentiasa bergolak. Kedua ialah dengan mengadakan satu lagi permanent sea basing yang akan disediakan oleh Petronas melalui inisiatif yang dilakukan untuk mewujudkan platform di kawasan-kawasan strategik tertentu untuk memastikan bahawa kita mempunyai sekurang-kurangnya anggota-anggota keselamatan yang berada di pangkalan hadapan yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan seperti helikopter tempur dan juga bot pemintas dan juga anggota-anggota komando yang berkeupayaan. Terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

    Soalan tambahan, dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon.

    Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini

    peristiwa pengganas di Sydney menggerunkan dunia dan Malaysia juga ada insiden di Lahad Datu. Seperti mana yang menjadi amaran kepada dunia, New Zealand telah mengadakan antiterrorism.

    Soalan saya ialah adakah kerajaan ataupun kementerian mempunyai pasukan khas antipengganas yang boleh bekerjasama dengan PDRM. Adakah kita ada cadangan untuk mengadakan latihan antiterrorism di Malaysia khususnya di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti di Bukit Bintang dan KLCC. Sekian, terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang

    Berhormat Menteri.

    Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa ancaman terrorism akhir-akhir ini memanglah merupakan satu ancaman yang real.

  • DN 18.12.2014 3

    Oleh sebab itu kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat baru-baru ini berkenaan ancaman baru-baru ini khususnya daripada golongan yang menamakan diri mereka IS yang mempunyai rangkaian global yang begitu besar dan tidak terkecuali mungkin di rantau ini kerana apabila kita melihat pada keadaan yang berlaku sedekad yang lalu berkenaan dengan aktiviti Jemaah Islamiah sudah tentulah ada di kalangan mereka yang masih aktif khususnya di Selatan Filipina di mana mereka mempunyai rangkaian-rangkaian keganasan yang kita harus hadapi.

    Oleh sebab itu, sememangnya kerajaan sentiasa berwaspada dalam soal menghadapi ancaman ini apa lagi apabila kalau kita lihat beberapa kejadian yang berlaku seperti berlaku di Australia beberapa hari yang lalu. Ini merupakan satu wake up call kepada kita semua dan Angkatan Tentera Malaysia bersama dengan PDRM dan agensi-agensi yang lain seperti APMM dan juga jabatan-jabatan yang lain akan sentiasa berusaha untuk mempersiapsiagakan diri untuk menghadapi kumpulan ini dengan menajamkan lagi intelligent dan juga yang penting sekali ialah kita mempunyai kemampuan untuk menghadapi militan mereka.

    Latihan-latihan berkaitan dengan terrorism ini telah pun dilakukan dan kita ada center of terrorism di Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sendiri mempunyai

    keupayaan untuk menghadapinya. Begitu juga pihak polis yang saya percaya mempunyai keupayaan yang sangat tinggi bagi menghadapi ini. Yang penting sekali kita mestilah mempunyai adequate law untuk menghadapi mereka. Oleh sebab itu dalam soal menghadapi non state actor ini ia merupakan satu ancaman yang lebih spesifik dan memerlukan keupayaan yang lebih spesifik berbanding dengan state actor yang jarang-

    jarang kita hadapi pada masa ini.

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beralih

    kepada soalan seterusnya. Dipersilakan Yang Berhormat Datin Rahimah.

    2. Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta Menteri Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

    (a) langkah-langkah membendung kes-kes kematian bayi di pusat asuhan kanak-kanak (taska); dan

    (b) bagaimana Kementerian memantau pengasuh-pengasuh yang digaji oleh majikan daripada segi kemahiran dan pengalaman penjagaan bayi agar kes-kes seumpama ini dapat diatasi.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab untuk memastikan taman asuhan kanak-kanak atau taska hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya setiap pengusaha taska mematuhi peraturan-peraturan dan standard minimum yang digariskan supaya perkhidmatan yang diberikan mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan.

    Bagi membendung kes-kes kematian bayi di pusat asuhan kanak-kanak KPWKM melalui JKM telah menguatkuasakan Akta Taska 1984 dan Peraturan-Peraturan Taska 2012 untuk memastikan sesebuah taska yang berdaftar hendaklah mematuhi syarat-syarat dan standard yang telah ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan menjamin kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan kanak-kanak. Antara usaha-usaha untuk membendung kes kematian kanak-kanak berlaku di TASKA, peraturan-peraturan taska memperuntukkan antara lain ialah satu nisbah pengasuh ialah wajib dipatuhi adalah seperti berikut:

    (i) mengikut kanak-kanak normal tahun bawah satu tahun satu pengasuh ke tiga kanak-kanak;

    (ii) satu tahun ke tiga tahun satu pengasuh ke lima kanak-kanak; dan

    (iii) tiga tahun ke atas ke-empat tahun seorang pengasuh kepada sepuluh kanak-kanak.

  • 4 DN 18.12.2014

    Manakala untuk kanak-kanak OKU pula:

    (i) bawah satu tahun dua pengasuh untuk tiga orang kanak-kanak;

    (ii) satu tahun ke tiga tahun dua pengasuh untuk lima orang kanak-kanak; dan

    (iii) tiga tahun ke atas ke-empat tahun iaitu dua orang pengasuh sepuluh orang kanak-kanak.

    Di samping itu pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang bekerja di taska diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) iaitu Kursus Asuhan PERMATA. Kursus ini menitik berat, perkembangan dan pertubuhan serta keselamatan kanak-kanak. Kursus Asuhan PERMATA juga menyentuh aspek pertolongan cemas bagi menyelamatkan kanak-kanak.

    Cara penyusunan dan sebagainya yang dibimbing oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketiga, peraturan 9(1)(b) di bawah akta yang sama adalah menjadi kewajipan pengusaha jika terdapat suatu wabak atau penyakit berjangkit yang boleh mengancam kesihatan kanak-kanak. Pengusaha hendaklah segera membawa kanak-kanak mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan yang berkenaan. Manakala kewajipan ibu bapa menurut peraturan 23(c) supaya tidak membawa kanak-kanak itu ke taska jika disahkan menghidapi penyakit berjangkit.

    Bagi memantau pengasuh-pengasuh yang digaji oleh majikan daripada segi kemahiran dan pengalaman penjagaan bayi, Peraturan-peraturan Taska 2012 di perkara golongan 3, dan golongan 54 telah mensyaratkan mereka ini wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam masa 12 bulan selepas diambil bekerja atau dilantik sebagai pengasuh kanak-kanak.

    Sekiranya didapati selepas tempoh 12 bulan, pengasuh tersebut tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

    Kementerian melalui JKM telah melantik pegawai yang diberi kuasa untuk melakukan pemeriksaan berkala sebanyak empat bulan sekali ke atas TASKA yang berdaftar bagi memastikan semua warga kerja yang terlibat dengan kanak-kanak mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan dalam pengasuhan dan didikan kanak-kanak di TASKA. Kementerian juga turut melaksanakan pemantauan kepada pengasuh-pengasuh yang digaji oleh majikan daripada segi kemahiran dan pengalaman penjagaan bayi agar kes-kes kematian bayi boleh dapat diatasi.

    Di bawah penstrukturan baru JKM juga telah mewujudkan bahagian penguatkuasaan dan perundangan. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan warga kerja yang terlibat dengan kanak-kanak di taska mematuhi syarat yang ditetapkan di dalam Akta Taska 1984 serta Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. Sekiranya terdapat aduan, bahagian ini juga akan bertindak untuk membuat penyiasatan serta mengelak taska tersebut mengikut peruntukan yang dijelaskan atas dalam Akta Taska 1984. Sekian, terima kasih.

    ■1020

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan soalan

    tambahan daripada Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim bagi pihak Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

    Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

    kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab dengan baik dan juga tahniah atas langkah-langkah yang telah diambil. Walau bagaimanapun saya ingin menarik perhatian pihak kementerian adakah pihak kementerian ingat Pusat Asuhan Permata Bonda di Presint 11 Putrajaya. Pada tahun 2014 dilaporkan dua kes, iaitu satu kes penderaan bayi 10 bulan dilempang dan satu kes kematian bayi berumur tiga bulan tidak diberi susu dan dibiarkan tanpa perhatian dan meninggal.

    Seterusnya, daripada statistik kita mendapati ada 3,000 taska tetapi yang didaftarkan hanya sekitar jumlah 1,000 sahaja.

  • DN 18.12.2014 5

    Statistik JKM juga mendapati seramai enam orang bayi meninggal dalam taska pada tahun 2013 dan sehingga Julai 2014 seramai tujuh orang bayi yang dilaporkan meninggal. Jadi saya rasa ini satu fenomena yang agak serius dan harus diberi satu perhatian dan tindakan yang lebih drastik.

    Soalan saya kepada pihak kementerian, betul kita ada nisbah, kita ada kuota dan latihan, apakah berlaku kepada taska-taska yang tidak didaftar?Jadi saya rasa taska yang tidak didaftar ini, tidak ada pemantauan yang dibuat. Jadi saya harap pihak kementerian dapat lebih proaktif untuk mengenal pasti taska-taska yang tidak didaftar dan tindakan harus diambil dengan lebih tegas. Oleh yang demikian, pemantauan daripada pihak kementerian sepatutnya diberi perhatian yang lebih serius.

    Persoalan saya yang kedua, adakah pihak kementerian dapat memainkan peranan supaya di pejabat-pejabat kerajaan dan juga swasta dimestikan mewujudkan taska bagi memastikan bahawa kaum wanita, ibu-ibu dapat bekerja dan pada masa yang sama dapat juga melihat keadaan anak mereka. Jadi sekiranya Kementerian Wanita dapat memainkan peranan memastikan benda ini bersama dengan jabatan-jabatan yang terlibat, saya rasa ia satu langkah yang baik. Terima kasih.

    Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan

    tambahan tadi. Kementerian ambil berat mengenai kes-kes penderaan dan kematian yang berlaku di taska. Oleh itu, kementerian telah pun memastikan kekerapan penguat kuasa itu akan dijalankan pemantauan di dalam sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bagi pemantauan taska berdaftar ialah setiap empat bulan sekali.

    Untuk kita memastikan semua taska yang beroperasi ini mereka buat permohonan dan juga berdaftar dengan JKM, tiga kaedah JKM perlukan bantuan dan kerjasama dan sokongan dari orang awam, iaitu kita minta sekiranya kita dapati ada taska yang tidak berdaftar dalam komuniti kediaman kita, sila beritahu kepada JKM supaya JKM boleh menjalankan pemantauan dan siasatan supaya kita beri bantuan kepada mereka dan memastikan mereka buat pendaftaran.

    Untuk kita bersama-sama mengatasi masalah ini kita juga perlukan kerjasama daripada pihak ibu bapa. Kempen kesedaran atau tindakan kesedaran yang kita perlu sampaikan dan untuk kepada ibu bapa ialah kita meminta supaya semua ibu bapa sebelum hantar anak mereka ke taska itu, mereka perlu:

    (i) merujuk senarai taska berdaftar dalam website JKM;

    (ii) memeriksa sijil perakuan pendaftaran di taska tersebut; dan

    (iii) semakan terus di pejabat kebajikan masyarakat daerah.

    Untuk kita memperbanyakkan lagi dan untuk memastikan tempat bekerja, kita menubuhkan taska. Baru-baru ini kementerian telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa di bawah arahan Yang Berhormat Menteri dan dipengerusikan oleh saya sendiri, dan kita telah pun mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi teknikal termasuk jabatan kesihatan, bomba dan juga PBT. Kita telah pun melihat balik dan mengkaji semula apakah masalah yang dihadapi oleh pengusaha, mengapa mereka menghadapi masalah untuk mendaftarkan mereka dan kita akan ambil bersama-sama berbincang dengan agensi teknikal dan juga pengusaha-pengusaha taska supaya kita dapat mencari satu pendekatan yang lebih holistik dan untuk kita meningkatkan lagi dan memudahkan supaya mereka dapat buat pendaftaran.

    Kita juga akan ambil satu langkah yang mana kita akan berbincang dengan PBT yang berkenaan supaya mereka beri kelonggaran, sokongan dan bantuan untuk mengurangkan kadar-kadar yang terlibat iaitu untuk penukaran penggunaan bangunan yang begitu tinggi seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Di samping itu, kita juga telah pun bermesyuarat dengan pihak pengurus tempat pekerja di bawah kerajaan dan kita akan berbincang terus dengan KSU atau melalui berbincang dengan KSN supaya kita mengenal pasti manakah agensi-agensi kerajaan yang belum ada lagi taska tempat bekerja dan untuk kita memastikan dan dapatkan sokongan mereka supaya dapat mewujudkan.

    Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan

    Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan taska ini.

  • 6 DN 18.12.2014

    Di dalam hati saya teringat bahawa bak kata orang tua, melentur buluh dari

    rebungnya kita mencorakkan kain putih. Indah kita buat, cantiklah pulangannya. Jadi saya hendak tanya, adakah guru-guru ini diberi latihan secukup-cukupnya, sekurang-kurangnya juga tahu tentang psikologi kanak-kanak. Selain itu juga, kita juga mengetahui bahawa yang penting juga bukan sahaja menjaga keselamatan, tempatnya dan rumahnya, termasuk gurunya. Adakah kita beri cukup latihan guru-guru ini bahawa yang datang itu hartanya, aku nak jaga amanah ini sebaik-baiknya. Jadi yang penting sekali. Itu yang saya kata tadi, cantik kita latih, maka eloklah pulangannya. Terima kasih.

    Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya

    seperti apa yang tadi saya telah pun sebut, kita ada syarat supaya semua pengasuh mereka mesti menyertai kursus asuhan Permata di dalam tempoh tidak melebihi dari 12 bulan. Sekiranya mereka tidak ambil atau menyertai kursus ini, mereka akan didenda RM1,000 atau dengan hukuman yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, Kursus Asuhan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA, kita telah pun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013, wajib untuk pengusaha dan pengasuh di taska.

    Kursus ini adalah untuk menggantikan KAAK (Kursus Asuhan Awal Kanak-kanak) yang telah dilaksanakan oleh JKM selama lebih kurang 27 tahun. Untuk menyediakan latihan dan kemahiran kepada setiap pengusaha dan pengasuh di taska yang berdaftar, agar mereka berupaya menawarkan perkhidmatan berkualiti dan memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Expectation ibu bapa dan bagi menangani berlakunya insiden kemalangan, kecederaan atau kematian kanak-kanak di taska.

    ■1030

    Untuk tahun ini, usaha yang diambil oleh KPWKM melalui JKM untuk memastikan pengasuh mendapat latihan adalah dengan memberi incentive fee bagi pembayaran yuran khusus asuhan PERMATA sebanyak RM500 setiap seorang kepada agensi latihan yang diiktiraf. Peraturan taska menetapkan bahawa sekiranya dalam tempoh setahun mereka gagal menghadiri kursus ini, mereka akan didenda tidak lebih sebanyak RM1,000 atau di penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya. Tajuk yang di dalam kursus ini termasuk:

    (i) kurikulum PERMATA Negara;

    (ii) perundangan dan advokasi;

    (iii) bidang pengasuhan bayi dan kanak-kanak;

    (iv) bidang pembelajaran untuk perkembangan kanak-kanak;

    (v) perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengasuhan dan pembelajaran di taska;

    (vi) pemerhatian dan pentaksiran kanak-kanak;

    (vii) pengurusan dan pentadbiran taska;

    (viii) kolaborasi ibu bapa dan komuniti;

    (ix) etika dan profesionalisme pengasuh;

    (x) kesihatan, pencegahan kebakaran;

    (xi) PBT; dan

    (xii) praktikum di taska lima hari 10 jam setiap hari.

    Kalau kita jumlahkan semua, jam yang terlibat dalam latihan ini 196. Sekian, terima kasih.

  • DN 18.12.2014 7

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita

    beralih ke soalan seterusnya. Soalan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah. Saya difahamkan bahawa Timbalan Menteri Perusahaan kurang sihat. Ada Menteri lain yang diamanahkan. Okey.

    3. Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta Menteri Perusahaan Perladangan dan

    Komoditi menyatakan, apa bentuk kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada peladang kecil kelapa sawit atau syarikat-syarikat persendirian untuk projek tanam semula.

    Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-

    Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu peladang dan syarikat-syarikat persendirian untuk menanam semula sawit, kerajaan telah menyediakan insentif dan juga bantuan bagi meringankan beban kewangan mereka. Bantuan ini juga bertujuan untuk menggalakkan mereka menanam semula pokok-pokok sawit yang berusia melebihi 25 tahun dan tidak produktif dengan bahan tanaman berkualiti dan berproduktiviti tinggi.

    Bagi syarikat-syarikat persendirian yang mengusahakan tanaman sawit, bantuan berupa insentif sebanyak RM1,001 sehektar telah diberikan kepada syarikat yang telah melaksanakan tanam semula sawit dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun 2013. Insentif ini adalah terhad kepada 500 ekar atau 202 hektar bagi setiap syarikat. Memandangkan objektif insentif ini telah tercapai dan kesemua peruntukan telah pun digunakan, insentif ini telah diberhentikan pada tahun 2013.

    Walau bagaimanapun, bantuan untuk peladang ataupun pekebun-pekebun kecil diteruskan yang mana di bawah Program Transformasi Ekonomi, kerajaan telah melaksanakan skim tanaman semula sawit pekebun kecil. Di bawah skim ini, bantuan dalam bentuk input pertanian seperti benih sawit, baja dan racun serta pembiayaan kos penyediaan kawasan tanaman disediakan untuk peladang atau pekebun kecil bagi yang mempunyai keluasan tanah tidak melebihi 100 ekar atau 40.46 hektar. Nilai bantuan yang disediakan pada kadar RM7,500 sehektar bagi pekebun kecil di Semenanjung dan RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak. Bantuan ini terhad kepada keluasan lima hektar bagi setiap peladang dan pekebun kecil. Bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2015 yang mana peruntukan telah disediakan sebanyak RM41 juta untuk tujuan ini.

    Kementerian sememangnya sentiasa berusaha untuk membantu pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit untuk memperkukuhkan lagi industri ini dan selain daripada bantuan dan kemudahan untuk menanam semula sawit. Kementerian ini melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan terus membantu pengusaha-pengusaha sawit terutamanya syarikat persendirian yang melaksanakan tanaman semula melalui khidmat nasihat dan perkongsian pakar. Terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh

    sebab Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ini kurang sihat, saya rasa Timbalan Menteri Pertahanan ini membantu untuk menjawab soalan pertamalah ataupun soalan induk. Jadi, tidak payahlah ada soalan tambahan ya.

    4. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, tentang

    sebuah sindiket yang mengeluarkan kad pengenalan palsu di Malaysia dan langkah-langkah yang telah diambil untuk memberkas mereka yang terlibat.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tersangkut sekejap.

    Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat.

    Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Soalan nombor 4.

    Timbalan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin.

    Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Ya, terima kasih Tuan Yang di-

    Pertua. Kementerian Dalam Negeri memandang serius kes pengeluaran, pengedaran dan penggunaan kad pengenalan palsu yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

  • 8 DN 18.12.2014

    Ini kerana hal ini bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerimanya ataupun

    pihak-pihak yang berurusan dengan penerima tetapi juga menjejaskan nama baik Jabatan Pendaftaran Negara. Jabatan Pendaftaran Negara dari semasa ke semasa ada menerima dakwaan mengenai wujudnya sindiket kad pengenalan palsu. Walau bagaimanapun, daripada siasatan yang dilakukan oleh jabatan tersebut atau pihak berkuasa yang lain, didapati tidak ada maklumat yang tepat mengenai wujudnya sindiket pemalsuan kad pengenalan.

    Berdasarkan jumlah tangkapan yang dilakukan ke atas pemegang kad pengenalan palsu juga, mereka hanya memaklumkan bahawa ia telah diperoleh daripada pihak ketiga yang tidak dapat dikenal pasti. Jabatan Pendaftaran Negara telah menjalankan operasi penguatkuasaan atas pemalsuan kad pengenalan sejak tahun 1971 lagi. Dalam hal ini, dari tahun 2010 hingga bulan November 2014, sebanyak 1,423 operasi penguatkuasaan telah dijalankan. Melalui operasi penguatkuasaan tersebut, seramai 729 orang telah ditangkap kerana menggunakan kad pengenalan palsu, kad pengenalan orang lain yang didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Perincian operasi berjumlah tangkapan serta pendakwaan adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Operasi Jumlah Tangkapan

    2010 252 200

    2011 192 249

    2012 278 51

    2013 392 133

    2014 309 9

    Jumlah tadi sebagaimana yang saya telah sebutkan. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didakwa dan dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

    Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan kepada Majlis dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berhubung dengan kewajipan untuk membuat ataupun menukar kad pengenalan, di bawah Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memperuntukkan agar orang yang tinggal di Malaysia untuk mendaftar kad pengenalan bagi kali pertama pada umur 12 tahun. Kad pengenalan ini perlu diganti semasa berumur 18 tahun hingga 25 tahun. Jangka masa usia dari 18 tahun hingga 25 tahun, kad pengenalan lama yang dia buat pada umur 12 tahun itu perlu ditukar kepada kad pengenalan yang baru oleh sebab wajahnya muka telah bertukar. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

    ■1040

    Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

    kepada Yang Berhormat Menteri atas keterangan yang diberi. Kami di Dewan yang mulia ini memang sedarlah tentang peraturan-peraturan macam mana hendak memohon untuk dapat kad pengenalan. Akan tetapi satu perkara yang kita harus tekankan di sini ialah isu kad pengenalan palsu telah menjadi satu isu yang paling serius di negara ini, khususnya dalam kes Sabah.

    Dalam Laporan RCI yang baru-baru ini dikeluarkan, kita diberitahu bahawa hanya 67,675 buah kad pengenalan palsu diberi kepada pendatang tanpa izin. Akan tetapi kalau kita pergi ke Sabah dan tengok dengan mata kepala sendiri dan bincang dengan orang Sabah sendiri, jelas bagi kita bahawa jumlah yang dapat kad pengenalan jauh lebih ramai daripada apa yang telah diterangkan dalam RCI. Maka jelaslah bagi kita bahawa adalah satu kelompok- walaupun tidak mahu diberi nama sindiket atau satu kumpulan yang beroperasi bertahun-tahun untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang-pendatang haram.

    Semasa RCI ini menjalankan tugasnya beberapa orang individu yang penting termasuk juga mantan Perdana Menteri serta mantan Menteri-Menteri Sabah dipanggil untuk memberi keterangan.

  • DN 18.12.2014 9

    Saya hairanlah apa sebabnya dalam laporan RCI keterangan-keterangan yang diberi itu tidak dibawa masuk. Ini kerana soal kad pengenalan yang palsu ini bukan satu soal yang hanya berkait dengan Sabah. Ini kerana akan menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara ini. Kita mesti ingatlah bahawa kekecewaan dan kegelisahan yang...

    Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa soalan itu sudah...

    Dr. Ariffin bin S.M. Omar: ...Dirasai oleh orang Sabah. Maka saya hendak

    tanyalah dalam laporan RCI, adakah mereka yang menjalankan siasatan ini ditekan daripada segi politik untuk mengeluarkan satu laporan yang tidak mencerminkan keadaan yang sebenarnya? Terima kasih.

    Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua saya

    memahami perasaan rakyat Sabah dan juga wakil-wakil rakyat dari Sabah termasuk Ahli Yang Berhormat Senator di Dewan yang mulia ini.

    Akan tetapi apa yang jelas Tuan Yang di-Pertua, yang 67,000 buah kad pengenalan didapati menerusi penyelidikan oleh pihak RCI di Sabah itu tidak boleh diistilahkan sebagai kad palsu. Oleh sebabnya kad itu didapati kad sebetulnya, kad palsu adalah kad perbuatan yang tidak mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak agensi kerajaan ataupun Jabatan Pendaftaran Negara. Kad palsu juga diistilahkan kalau ada perubahan kepada butiran dalam kad itu menggunakan kad-kad lain selain daripada kad yang dikeluarkan oleh jabatan itu sendiri. Akan tetapi dalam keadaan ini, kad yang 67,675 bagai yang dilaporkan dalam RCI itu bukanlah boleh di istilah sebagai mana itu.

    Walau bagaimanapun, sekarang kita telah menubuhkan jawatankuasa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak RCI. Supaya jawatankuasa ini membantu pihak polis, pihak Jabatan Pendaftaran supaya mengesan dan mencari orang ini. Saya telah memberi jawapan kepada pihak media apabila ditanya oleh pihak media. Saya tahu implikasinya. Kalau implikasinya dilihat sedemikian rupa 67,000 yang berlaku pada tahun 80an, 60an dahulu sehingga 70an umpamanya, ia sekarang sudah mencapai satu peringkat generasi yang ketiga. Maknanya ada berkemungkinan generasi yang ketiga ini telah juga menerima kad pengenalan-kad pengenalan yang mengiktiraf mereka daripada menjadikan warganegara Malaysia.

    Jadi dalam keadaan sedemikian, semua mereka yang terkena ini perlu diambil sebuah dasar ataupun satu keputusan yang tertentu. Ini diletakkan sepenuhnya kepada jawatankuasa tetap yang bakal di tubuh atau telah di tubuh di bawah pengerusi oleh Ketua Menteri bersama dengan Menteri Dalam Negeri. Juga dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Pairin Kitingan di bawah menteri operasinya.

    Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua dibangkitkan oleh Yang Berhormat berhubung dengan sama ada RCI ini ataupun ahli-ahli apa pun keseluruhannya lembaga penyelidik ini- RCI ini, suruhanjaya ini ada tekanan daripada kerajaan. Saya melihat perkara ini adalah tidak benar Yang Berhormat. Satu andaian ataupun pandangan yang mungkin tidak wajar disebut di sini. Ini kerana kenapa suruhanjaya ini ditubuhkan dahulu memberi kebebasan kepada pihak ini. Lagipun saya mengetahui sendiri sekurang-kurangnya pengerusinya Yang Berhormat Tan Sri Steve Shim bekas Ketua Hakim Sarawak dan Sabah dahulu. Beliau adalah seorang yang berwibawa tinggi dan mempunyai integriti yang tinggi.

    Saya cukup yakin kalau dilihat daripada kesan-kesan keputusan yang telah beliau buat dalam penghakiman dahulu, saya cukup yakin beliau tidak pernah mendapat tekanan daripada mana-mana pihak untuk membuat keputusan. Akan tetapi sebagai seorang hakim, masa penyelidik membuat penyelidikan beliau juga wajar mengetahui dan melihat dari sudut bukti-bukti yang jelas dan nyata yang diterima di hadapan beliau sebelum membuat keputusan dalam keputusan yang telah ditulis dalam laporan RCI itu sendiri.

    Jadi dalam keadaan sedemikian, saya menafikanlah kalau ada penekanan daripada pihak kerajaan ataupun pihak-pihak lain kepada RCI ini. Memang saya cukup yakin tidak berlaku penekanan, kalau tidak mereka telah meletak jawatan ataupun melaporkan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

    Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang

    kita maklum, kita telah menghapuskan ISA. Dahulu sindiket yang memalsukan kad pengenalan ini boleh kita tahan di bawah ISA.

  • 10 DN 18.12.2014

    Sekarang tidak boleh lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan tadi

    kalau ada berlaku pemalsuan, dendanya ialah RM20,000 dan tiga tahun penjara. Saya ingin bertanya, tidakkah ini sesuatu yang memungkinkan bahawa sindiket ini tidak takut kepada hukuman? Adakah kementerian bercadang untuk meminda undang-undang yang sedia ada supaya sindiket yang melakukan pemalsuan mestilah dihukum sebat dan siapa-siapa juga yang memiliki kad pengenalan palsu juga ditangkap dan disebat dan di penjara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

    Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

    Pertua. Saya menerima hakikat Tuan Yang di-Pertua apabila saya memasuki kementerian ini pada bulan Mei tahun 2013, saya telah diminta oleh Yang Berhormat Menteri untuk melihat semua perundangan di bawah kementerian ini. Ini kerana kebanyakan undang-undang yang kita gunakan dalam kementerian undang-undang yang telah digubal pada tahun 60an, 70an dahulu.

    Jadi kalau dilihat dari sudut nilai hukuman dan keadaan semasa bahawa banyak perkara yang perlu kita pinda. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya pun tadi apabila melihat soalan ini dan melihat hukuman yang telah ditetapkan di bawah perundangan tersebut bahawa hukuman ini adalah maksimum yang saya sebut itu, yang tiga tahun itu maksimum, yang RM20,000 itu pun juga maksimum Tuan Yang di-Pertua. Jadi maknanya tidak pernah pun kita dengar Hakim- jarang sekali kalau berlaku meletakkan hukuman yang maksimum kepada mana-mana pihak.

    ■1050

    Jadi, saya amat bersetuju Yang Berhormat, perkara ini kita lihat pula. Saya berharap pegawai-pegawai di belakang sana- bahkan saya ada membawa penasihat undang-undang daripada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil nota cadangan ataupun rintihan daripada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Supaya kita melihat keseluruhan hukuman yang terlibat dengan ini. Akan tetapi kena kita bezakan juga sebab mereka yang menggunakan kad palsu, kalau dia tidak mengetahui bahawa dia penerima kad palsu. Inilah yang kita kena bezakan jika berlaku sindiket yang saya ketahui hanya satu sindiket sahaja yang berlaku. Apabila kita menggunakan ISA pada suatu ketika dahulu, menangkap hampir 100 lebih orang termasuk pegawai-pegawai daripada jabatan pendaftaran itu sendiri pada suatu ketika dahulu di Sabah.

    Jadi, ini sahaja yang kita tahu. Selepas itu terdapat juga berlaku di Sarawak baru-baru ini. Akhir tahun lepas, penangkapan di Miri di mana beberapa orang yang terlibat dalam pemalsuan. Akan tetapi belum dapat dikesan sama ada mereka tiga orang yang terlibat ini boleh dikatakan sindiket. Lagi pula kita juga belum dapat mengesan berapakah jumlah kad pengenalan yang mereka telah palsukan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

    5. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta Menteri Sumber Asli dan Alam

    Sekitar menyatakan:

    (a) adakah benar pembalakan dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan dan Hutan Simpanan Kekal; dan

    (b) apakah perbezaan di antara dua jenis hutan ini kerana kesemua Hutan Simpanan sama ada kekal atau tidak, jika ia dicerobohi akan membinasakan ekosistem sedia ada yang telah menjangkau usia ribuan tahun.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator

    Datuk Raja Ropiaah atas pertanyaan ini.

    Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jumlah keluasan hutan asli di negara kita 20.31 juta hektar ataupun 61.04 peratus daripada keluasan negara kita. Hutan asli ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu hutan simpan kekal dan hutan di tanah kerajaan. Hutan simpan kekal diwartakan di bawah Akta Perhutanan 1984 dan keluasannya ialah 12.74 juta hektar ataupun 38.61 peratus daripada keluasan tanah negara kita. Hutan Simpan Kekal (HSK) dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, HSK pengeluaran ataupun production forest. Kedua, HSK perlindungan ataupun totally protected forest.

  • DN 18.12.2014 11

    Totally protected forest ini ataupun HSK perlindungan adalah seperti taman-taman

    negara, taman-taman negeri dan juga rizab binatang-binatang liar. Pembalakan di HSK memang dijalankan. Ia tertakluk kepada:

    (i) lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh jabatan perhutanan negeri,

    (ii) mematuhi catuan tebangan tahunan (CTT) ataupun annual quota;

    (iii) mematuhi jenis ataupun spesies yang boleh ditebang kerana ada spesies ataupun jenis pokok-pokok yang dilindungi dan tidak boleh ditebang mengikut akta perhutanan;

    (iv) mematuhi paras perempangan iaitu minimum diameter limit, paras perempangan minimum di HSK iaitu 45 sentimeter; dan

    (v) mengikut cutting cycle 30 tahun.

    Oleh itu, pembalakan di hutan simpan kekal memang dijalankan. Amalan pembalakan ataupun logging practices berpandukan kepada piawaian dan kriteria sustainable forest management ataupun pengurusan hutan berterusan. Supaya hutan simpan kekal sentiasa ada mengikut cycle yang telah pun ditetapkan 30 tahun. Jadi, syarat-

    syarat ini adalah untuk mengelakkan kerosakan ekosistem menjadi lebih teruk. Saya tidak menafikan bahawa memang ada kerosakan tetapi sedikit sahaja. Hutan tropika di negara kita- kita amat bertuah disebabkan natural regeneration ataupun pemulihan semula jadi berlaku dan ia berlaku dengan cepat. Oleh itu, syarat-syarat yang ditetapkan juga adalah untuk menjaga kerosakan ekosistem. Sekian, terima kasih.

    Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

    terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan dan jawapan yang begitu baik. Sekali-skala kita mendengar ada tangkapan yang dibuat terhadap penyeludup binatang-binatang eksotika yang diseludupkan untuk dijual di pasaran luar mahupun dalam negara, terutama di sempadan Malaysia-Thailand. Binatang-binatang eksotika ini seperti tenggiling, honey bear, ular-ular, burung-burung hutan, harimau, gajah dan kehidupan liar yang lain-lain yang mungkin makin lama akan pupus sekiranya aktiviti-aktiviti ini tidak dikekang.

    Jadi, saya ingin tahu bagaimanakah animal trade ini, trading, dengan izin, binatang eksotika ini dikawal? Adakah terdapat bajet dan kakitangan yang mencukupi untuk aktiviti pencegahan dan pengawasan yang terperinci? Ini kerana kalau kita lihat kawasan yang hendak dijaga sangat luas. Seterusnya, adakah Jabatan PERHILITAN mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti dalam mahupun dari luar negara untuk mengetahui dengan secara terperinci mengenai angka-angka dan pergerakan binatang-binatang liar ini yang harus dijaga sebagai khazanah negara yang tidak ternilai. Sama ada adakah perancangan untuk mengadakan program seperti National Geographic Discovery Channel

    supaya rakyat Malaysia lebih mengenali khazanah negara mereka. Itu soalan saya.

    Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Raja Ropiaah atas pertanyaan ini. Ini adalah berkaitan dengan yang pertama, illegal trade of wildlife species daripada negara kita untuk jualan di luar negara. Pertama, Jabatan

    PERHILITAN sememangnya meneliti dan yang kedua, menjalankan penguatkuasaan untuk memastikan agar hidupan liar daripada negara kita tidak pupus, tidak dipasarkan tanpa permit dan sebagainya.

    ■1100

    Jadi ini, walaupun ia satu permasalahan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana cadangan supaya bajet yang mencukupi, kakitangan yang mencukupi untuk meneliti dan membuat penguatkuasaan ini.

    Masalah yang kita ada adalah bukan hanya rakyat atau pun orang di negara kita yang membuat illegal trade ini tetapi orang daripada negara lain juga. Sebagai contoh di Taman Negeri Royal Belum di Perak. Taman ini berhampiran dengan negara jiran iaitu negara Thai. Jadi mereka masuk ke taman ini, mereka mencuri bukan hanya tangkap hidupan liar di situ dan jual di luar negara ataupun di dalam negara mereka sendiri tetapi mereka juga mencuri kayu gaharu.

  • 12 DN 18.12.2014

    Jadi inilah permasalahan kita. Walaupun kita mengadakan penguatkuasaan, kita

    membawa juga pihak tentera untuk membantu kita tetapi kalau mereka tahu kita berada di situ untuk membuat penguatkuasaan, mereka pun lari. Kita tidak boleh kejar mereka hingga ke negara mereka sendiri. Ini berlaku.

    Bagi kerjasama dengan pihak luar negara, ada badan yang namanya CITES iaitu Convention on International Trade in Endangered Species. CITES ada senarai hidupan liar yang dilindungi di mana-mana negara ahli-ahli CITES. Jadi Jabatan PERHILITAN juga bekerjasama ataupun kerajaan kita bekerjasama dengan CITES supaya kita boleh memantau dari sudut antarabangsa sama ada binatang-binatang yang dijual di luar negara datang dari negara kita ataupun tidak. Jadi ini kita teruskan dengan organisasi ini, selain kita juga bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan yang lain yang mana juga melindungi hidupan liar di negara mereka sendiri. Jadi kita juga bekerjasama dengan mereka agar rakyat negara kita tidak membuat sedemikian, menjual binatang ataupun hidupan liar dari negara mereka.

    Jadi hubungan kita dengan mereka adalah baik kerana kita ramai juga yang sudah menandatangani MoU, memorandum of standing, dengan negara-negara lain untuk bekerjasama dalam pemantauan penyeludupan ini. Sekian, terima kasih.

    Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Kita dapati orang menanam pokok di Amazon River. Orang tanam pokok di atas bukit yang mana rumput pun tidak senang hendak hidup di China. Jadi di negara kita keadaan terbalik. Hutan simpan kita dicerobohi dan keadaan ini berterusan sampai menyebabkan insiden, tragedi berlaku di Cameron Highlands. Jadi, apakah tindakan? Sebab, kita tak nak fokus dialihkan. Katakanlah permit pembalakan atau hak tanah itu, kuasa di bawah negeri. Kenapa tidak kita bekerjasama dengan negeri masing-masing untuk menghapuskan jenayahlah kita kata ini, daripada diteruskan? Terima kasih.

    Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator kerana

    amat prihatin dengan, Yang Berhormat Senator katakan jenayah ataupun mencerobohi hutan simpan kekal. Sememangnya ada pun berlaku pencerobohan hutan simpan kekal tetapi tidak begitu banyak seperti yang kita ingatkan.

    Di Cameron Highlands, pencerobohan hutan simpan kekal 114 ekar, bukan hektar. Seluas 114 ekar. Hutan simpan kekal di Cameron Highlands 38,000 hektar. Jadi kalau dibandingkan dengan keluasan keseluruhan ini, kecil. Akan tetapi walaupun kecil, disebabkan kementerian melalui Jabatan Perhutanan Negeri dan juga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia membuat penguatkuasaan yang rapi, maka ia tidak berterusan.

    Menanam pokok juga, kita teruskan menanam pokok. Ini mengikut keadaan dan mengikut ekosistem yang sedia ada. Ada ekosistem pemulihan semula jadi tidak berlaku dengan begitu baik. Jika ia tidak berlaku dengan begitu baik, maka tanam jenis ataupun spesies pokok yang sesuai dengan keadaan dan dengan tanah yang ada di situ. Ini kerana di dalam bidang perhutanan, kita tanam jenis pokok bersesuaian dengan tanah. Kalau kita tanam jenis pokok yang lain, ia tidak akan tumbuh dengan cepat. Ini juga kita buat. Memang di Amazon kononnya mereka buat tetapi lagi teruk di Amazon daripada kita sebab negara itu tidak kategorikan hutan mereka sebagai hutan simpan kekal ataupun tidak semuanya hutan di tanah kerajaan.

    Jadi kita sudah pun buat perkara seperti ini dan pengalaman kita pun sudah ada untuk memastikan bahawa hutan simpan kekal kita akan terus ada untuk anak cucu kita melihat di masa-masa hadapan iaitu sustainable development. Terima kasih.

    [Soalan No. 6 – Y.B. Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian tidak hadir]

    7. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, peranan, kuasa dan tanggungjawab Centralised Enforcement Team (CET) seperti yang diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun lepas untuk menangani masalah pembangunan tak terkawal di kawasan Tanah Tinggi di Cameron Highlands dan apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini oleh CET.

  • DN 18.12.2014 13

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya ini Yang

    Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan pasukan penguat kuasa berpusat ataupun Centralised Enforcement Team digelari sebagai CET adalah berdasarkan

    kepada keputusan Jemaah Menteri pada 22 Julai 2013.

    ■1110

    Penubuhan pasukan secara redeployment ini adalah bertujuan untuk membendung aktiviti pencerobohan hutan sama ada kawasan hutan simpan kekal (HSK). Saya baru sebut HSK tadi mahupun tanah kerajaan di Cameron Highlands. Menerusi inisiatif ini, aktiviti penguatkuasaan diselaraskan dan dilaksanakan menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy). Ini bermakna inisiatif CET tidak melibatkan penubuhan agensi baru. Tiada peruntukan tambahan baru serta tiada pewujudan jawatan baru. Inisiatif ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi sama ada di bawah kerajaan negeri ataupun di bawah Kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan PERHILITAN serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

    Menerusi CET aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dicerobohi ataupun hotspot melibatkan tanah kerajaan dan hutan simpan kekal. Agensi-agensi yang menyertai aktiviti ini menguatkuasakan peruntukan undang-undang masing-masing seperti Kanun Tanah Negara, Akta Perhutanan Negara dan Akta Imigresen. Sehubungan ini CET telah menyelaraskan sebanyak enam aktiviti pemantauan ataupun monitoring dan penguatkuasaan di beberapa buah lokasi di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley, Hutan Simpan Kekal Gunung Siku, Hutan Simpan Kekal Batu Gangan, Sungai Ikan, Terisu dan Hutan Simpan Kekal Bertam yang melibatkan kawasan seluas 114.9 ekar.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan kawasan-kawasan yang bergantung kepada keperluan. Di antara tindakan yang telah dilaksanakan semasa aktiviti penguatkuasaan dibuat termasuklah:

    (i) pemusnahan tanaman dan sayur dimusnahkan;

    (ii) pemeriksaan dan tangkapan ke atas pendatang tanpa izin (PATI); dan

    (iii) penyitaan peralatan dan jentera pertanian.

    Sepanjang operasi Set dijalankan seramai 17 orang pendatang tanpa izin iaitu warga asing yang ditangkap ini berbangsa Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang telah ditangkap dan diambil tindakan oleh Jabatan Imigresen negeri Pahang. Selain itu, lima buah jentera berat telah pun disita dan pemiliknya telah membayar kompaun dengan serta-merta sebanyak RM25,000 manakala siasatan masih lagi dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang terhadap sistem peralatan pertanian seperti pam air dan penyembur racun. Sekian, terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya

    memberi ruang untuk Yang Berhormat mengemukakan soalan tambahan, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa ada bersama kita di Dewan yang mulia ini sekarang ialah rombongan seramai 10 orang Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak Bahagian Senadin di Miri [Tepuk]

    Maka saya bersama Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ingin mengalu-alukan kehadiran mereka. Silakan soalan tambahan Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Silakan Yang Berhormat.

    Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

    terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma saya agak terkilan sedikit dalam senarai CET yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tidak terdapat SPRM.

  • 14 DN 18.12.2014

    Sedangkan menurut satu kenyataan akhbar pada 7 November yang lalu, SPRM

    telah melakukan langkah yang proaktif melakukan penyiasatan dakwaan terhadap seseorang tertentu yang terlibat dalam kes di Cameron Highlands yang ada kaitannya dengan rasuah.

    Jadi soalan atau cadangan saya Yang Berhormat ialah tidakkah wajar supaya CET ini juga ikut sertakan wakil daripada SPRM. Ini kerana seperti kita ketahui aspek korupsi terlalu banyak di sini. Jadi rasanya kalau CET ini turut dianggotai oleh seorang wakil daripada SPRM mungkin akan memberikan kesan yang lebih baik terhadap keberkesanan usahanya. Terima kasih.

    Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Dr.

    Firdaus, sahabat saya. SPRM memang terlibat secara berasingan. Mereka tidak datang bersama kerana apa yang kita tidak mahu ialah kalau mereka datang bersama nanti mereka boleh dikenal pasti oleh orang-orang yang membuat pencerobohan di situ. Mereka sememangnya terlibat. Jadi CET pun sekarang ada membawa SPRM tetapi kita kadangkala tidak mahu mengumumkan bahawa mereka terlibat bersama dalam penguatkuasaan ataupun di dalam satu operasi yang sebegitu. Yang Berhormat rakan saya memang mereka terlibat juga.

    Dato' Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-

    Pertua. Saya hendak membangkitkan pertanyaan di mana perbuatan menceroboh tanah kerajaan secara haram merupakan satu kesalahan undang-undang mengikut seksyen 425(1), 426(1), 426(1A).

    ■1120

    Apa yang kita lihat hari ini undang-undang ada, soal pelaksanaan tindakan selalunya kita mengalami kegagalan. Apa punca sebenarnya setelah Blue Ocean Strategy setelah denda yang dikenakan terlalu kecil. Tidak takut RM25,000 curi balak RM20 juta [Ketawa] Tidak ada apa. Jadi tidak ada satu undang-undang yang saya lihat yang benar-

    benar memberi kesan, kesedaran, keinsafan pada penceroboh. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

    Dato' Dr. James Dawos Mamit: Saya amat setuju dengan Yang Berhormat

    Senator tentang denda ini ataupun hukuman yang terlalu rendah di pelbagai permasalahan seperti pencerobohan tanah, pencuri balak. Betul kata Yang Berhormat. Nilai balak yang mereka curi sampailah berjuta-juta ringgit tetapi apa salahnya kalau kita pinda semuanya itu untuk memberi denda yang lebih tinggi lagi. Ini kerana ada kemungkinan denda yang lebih tinggi mereka ketakutan untuk melakukan aktiviti-aktiviti haram ini. Seperti aktiviti-aktiviti haram yang lain, yang kalau ditangkap sehinggalah kena hukum gantung sampai mati seperti pengedar dadah dan sebagainya. Ini cadangan yang baik Yang Berhormat. Terima kasih atas cadangan itu.

    6. Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

    Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian dalam menangani situasi kenaikan kos sara hidup terutama daripada segi saranan menyeimbangkan harga barang keperluan asas antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2015.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Assalamualaikum warahmatullahi

    wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian atas soalan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

    Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melaksanakan pelbagai program dan juga inisiatif agar dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah dengan melaksanakan Program Penyeragaman Harga bagi memastikan barangan subsidi boleh diperoleh pada harga kawalan kerajaan.

  • DN 18.12.2014 15

    Menerusi Bajet 2015, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM229 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan juga di Sarawak. Menerusi program ini, kerajaan menanggung kos pengangkutan untuk membawa barangan keperluan asas bersubsidi ke kawasan luar bandar dan pedalaman bagi membolehkan rakyat di sana menikmati barangan tersebut pada harga subsidi.

    Program ini merangkumi barangan keperluan asas bersubsidi seperti beras ST15, tepung gandum, minyak masak, gula, gas LPG, petrol RON95 dan juga diesel. Selain daripada itu Yang Berhormat, kerajaan juga melaksanakan Program Mobile KR1M di Sabah dan juga Sarawak yang bertujuan bagi menyeragamkan harga barangan KR1M, FAMA dan juga Coop1Malaysia.

    Sehingga kini sebanyak 152 buah kedai KR1M telah beroperasi di seluruh negara. Di Semenanjung ada 110 buah, di Sabah ada 15 buah dan di Sarawak ada 27 buah. Menerusi Bajet 2015 juga kerajaan telah menambah lagi dua buah KR1M di Sabah dan tiga buah lagi di Sarawak untuk tahun 2015. Menerusi pelaksanaan program ini harga barangan bagi tiga jenama yang saya sebutkan tadi dapat dijual pada harga yang sama di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

    Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

    Menteri atas jawapan yang jelas dan penuh. Saya tiada soalan tambahan.

    Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

    Satu tuduhan yang sering kali kita dengar kenapa berlakunya ketidakseimbangan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak ialah kerana terdapatnya Cabotage Policy. Satu polisi yang diperkenalkan pada tahun 80-an pada tahun 1980 untuk mempromosi domestic shipping industry tetapi sebaliknya telah menyumbang kepada ketidakseimbangan harga.

    Jadi soalan saya, sama ada kementerian akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya dapat menghapuskan Cabotage Policy ini sebagai satu langkah untuk mengurangkan ketidakseimbangan harga barang keperluan asas. Terima kasih.

    Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, Cabotage Policy ini

    dilaksanakan di bawah Kementerian Pengangkutan. Cadangan daripada Yang Berhormat untuk kita panjangkan perkara ini kepada kementerian berkenaan kita akan bawa. Terima kasih banyak.

    8. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta Menteri Perusahaan Perladangan

    dan Komoditi menyatakan, apakah mekanisme kawalan selia harga getah yang dilaksanakan di peringkat ladang bermula November 2014 boleh menyokong penepatan harga getah yang lebih munasabah dan apakah langkah susulan yang lebih proaktif bagi membantu pekebun kecil getah masa ini.

    Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Terima kasih

    Senator Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan nombor 14 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit yang dijadualkan pada 18 Disember 2014 memandangkan kedua-dua pertanyaan ini adalah berkaitan dengan isu yang sama iaitu isu harga getah dan bantuan kepada pekebun kecil getah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

    Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memahami kesan penurunan harga getah kepada pendapatan pekebun kecil. Oleh itu kementerian bersama Lembaga Getah Malaysia telah melaksanakan mekanisme kawalan selia harga getah di peringkat ladang bermula 1 November 2014.

    Melalui mekanisme kawalan selia harga ini, ia akan membolehkan LGM menetapkan margin perniagaan harga di antara harga rasmi SMR20 FOB, harga di peringkat ladang bagi memastikan pekebun kecil mendapat harga yang lebih berpatutan di peringkat ladang. Harga getah di peringkat ladang ini akan disebarkan oleh LGM melalui media untuk membolehkan pekebun kecil mengetahui dan merujuk harga jualan hasil mereka.

  • 16 DN 18.12.2014

    Melalui mekanisme ini juga kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak

    RM6.4 juta kepada Koperasi Pekebun Kecil sebagai modal pusingan secara pinjaman untuk menjalankan urus niaga getah. Melalui penglibatan Koperasi Pekebun Kecil rantaian pemasaran getah dapat dipendekkan.

    Tuan Yang di-Pertua, untuk jangka panjang, kerajaan dalam Bajet 2015 telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta sebagai modal awalan untuk membolehkan Lembaga Getah Malaysia melaksanakan insentif pengeluaran getah ataupun IPG. IPG ini diaktifkan dengan harga purata bulanan sebelum jatuh ke bawah paras RM4.60 sekilogram. Pelaksanaan IPG melibatkan pemberian insentif pengeluaran seperti berikut:

    (i) 30 sen bagi setiap kilogram cup lumps ataupun 50 peratus kandungan getah kering (KGK);

    (ii) Maksimum 90 sen bagi setiap kilogram lateks berdasarkan peratus KGK;

    (iii) maksimum RM0.60 bagi setiap kilogram getah unsmoke sheet berdasarkan KGK.

    ■1130

    Melalui pelaksanaan IP ini juga, pekebun kecil akan mendapat harga dari ladang atas paras harga kos pengeluaran sewaktu harga getah jatuh.

    Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah iaitu bantuan sebanyak RM500 secara one-off pada tahun 2013 dan 2014. Ini langkah segera untuk meringankan beban pekebun kecil di seluruh negara kesan daripada kejatuhan harga getah.

    Pada tahun 2013, kerajaan telah menyalurkan RM127.3 juta untuk 254,672 orang pekebun kecil. Manakala pada tahun 2014, sebanyak RM130 juta telah disalurkan kepada kira-kira 260 ribu orang pekebun kecil termasuk penoreh melalui pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah iaitu RISDA. Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui RISDA juga telah memainkan peranan dalam membantu pekebun menghadapi kesan kejatuhan harga. Di antara usaha-usaha yang telah diambil dan dilakukan oleh RISDA untuk membantu menjaga kebajikan pekebun kecil adalah seperti berikut:

    (i) mengurangkan harga benih dan baja getah;

    (ii) memberi bantuan alat torehan seperti Program Pengekalan Getah ataupun PPG dan Skim Insentif Produktiviti Getah;

    (iii) memendekkan rantaian pemasaran melalui program Pembangunan Infrastruktur Pemasaran atau PIP;

    (iv) meluaskan prasarana asas pertanian;

    (v) mengamalkan good agriculture practices;

    (vi) memperkenalkan Low Intensity Tapping System atau Sistem Torehan Kekerapan Rendah;

    (vii) menggalakkan program tanaman semula getah, tanaman lain atau TSGL;

    (viii) melatih usahawan baru melalui program keusahawanan;

    (ix) menggiatkan aktiviti ekonomi tambahan;

    (x) meningkatkan agihan dividen melalui syarikat milikan RISDA; dan

    (xi) melaksanakan Program Bantuan Sara Hidup Pekebun Kecil (SHPK).

    Terima kasih.

  • DN 18.12.2014 17

    Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh

    sebab Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tidak sihat, saya harap tidak payahlah ada soalan kepada mana-mana pihak.

    9. Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta Perdana Menteri menyatakan, adakah

    kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

    Yang di-Pertua, persembahan tersebut diterima. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) merupakan bantuan untuk menampung kos sewa rumah. ITP yang diberikan kepada pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan. Kadar ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai. Semakan terakhir kadar ITP berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005 di mana kadar ITP bagi kumpulan pelaksana telah dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan. Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan dari semasa ke semasa membuat semakan ke atas gaji penjawat awam serta elaun-elaun supaya sejajar dengan kos sara hidup.

    Sehubungan dengan itu, pada tahun hadapan kerajaan akan mempertimbangkan semula semakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan. Ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.

    Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas

    jawapan tersebut. Soalan tambahan saya, walaupun kerajaan memberi Imbuhan Tetap Perumahan kepada kakitangan awam, saya kira amat rendah iaitu lebih kurang RM180 sebulan, itu pun mengikut gred kakitangan awam tersebut dan tidak dikaji. Keadaannya saya kira macam ini. Kalau kita hendak bandingkan dengan kehidupan kita di Kuala Lumpur khususnya di bandar-bandar besar Yang Berhormat Menteri, RM180 di bandar besar, sewa rumah, sewa bilik pun lebih kurang dalam RM500 ke RM700 sebulan. Ia amat kecil kalau kita bandingkan dan saya harap kajian yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi akan dibuat mulai tahun depan dan kita ucap terima kasih banyak-banyak. Saya kira ini amat perlu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri dalam soal ini. Saya hendak tanya, apa mekanisme yang dapat diberi, dicari untuk menyelesaikan masalah ini?

    Keduanya soalan saya, dalam kes Cameron Highlands, saya kira banyak kakitangan awam, kerajaan yang terlibat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap kakitangan kerajaan yang berada di situ, yang mungkin secara langsung ataupun secara tidak langsung terlibat dalam hal ini. Terima kasih.

    Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada

    soalan Yang Berhormat yang sentiasa mencabar. Yang Berhormat, ini ialah gred 41 ke bawah iaitu kita bagi RM180 tetapi saya sedar, kita sedar bahawa kalau dia menyewa rumah paling murah ialah RM700 sebulan sehingga ke RM950.

    Jadi, kalau dia hendak menyewa memang berat. Akan tetapi kalau dia dapat rumah kerajaan, sudah pasti kadar sewa rumah kerajaan itu menguntungkan dia balik. Makna kata kalau dia dapat rumah kuarters kerajaan, bezanya agak besar. Kerajaan subsidize amat besar. Kalau untuk paling rendah ialah RM645 dan gred maksimum sebelum 41 ialah RM1,070, kerajaan subsidize kalau sekiranya dia ambil kuarters kerajaan berbanding dengan harga pasaran rumah. Akan tetapi kita belum lagi dapat menyediakan kuarters kepada semua anggota kerajaan. Jadi mereka yang tidak duduk di kuarters, dia dapat RM180 dan ini ialah berbeza mengikut pangkat masing-masing daripada M41 sampai M54, dengan izin, lain kalau dibandingkan dengan JUSA ‘C’, ‘B’ dan ‘A’.

    Jadi di samping ITP, untuk mengurangkan tekanan hidup, jadi mereka mendapat bantuan sara hidup yang dipanggil COLA. COLA ini telah pun kita tentukan iaitu kawasan ‘A’ RM300, kawasan B RM250 dan kawasan lain-lain ialah RM150. Ini dibagi kepada mereka yang tidak menyewa rumah dan mereka yang tidak menyewa rumah ini sering kali sudah mempunyai rumah.

    Walau bagaimanapun Yang Berhormat, benda ini dibawa kepada kerajaan tiap-tiap tahun dan tarikh yang terakhir dikaji ini pada tahun 2005, sudah pasti agak jauh ke belakang.

  • 18 DN 18.12.2014

    Sekarang 2014 dan tahun depan 2015, kita akan bawa sekali lagi kepada kerajaan

    untuk mempertimbangkan kadar ITP ini supaya dikaji semula mengikut keadaan semasa. Dalam masa yang sama, kerajaan terus memperkenalkan pelbagai program Yang Berhormat iaitu termasuklah rumah PR1MA yang saya sebutkan baru-baru ini yang juga diperkenalkan di kawasan bandar dan juga pinggir bandar. Jadi, ini semua dapat membantu pegawai-pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana ataupun di peringkat bawah dalam menyelesaikan banyak perkara. Akan tetapi persoalan sekarang ini ialah tentang sewa rumah dan sewa rumah ini kita kaji dari semasa ke semasa dan ia akan dikaji semula ataupun dipohon semula kepada kerajaan supaya dipertimbangkan ITP agar sesuai dengan kos semasa.

    ■1140

    Walau bagaimanapun, kalau mereka mendapat kuarters kerajaan, itu adalah yang terbaik. Yang keduanya ialah Cameron Highlands. Cameron Highlands, sekejap lagi saya akan pergi Cameron Highlands. Kita tahu bahawa ramai anggota kerajaan di sana termasuklah di antaranya ialah yang penting pejabat daerah, pejabat tanah, anggota polis dan juga anggota keselamatan lain dan kita lihat pencerobohan tanah ini dibuat dengan dua cara.

    Yang pertama, orang yang dapat TOL katakan dia dapat dua ekar, ditambah lagi lapan ekar. Lebih kurang macam itu. Kemudian setelah mereka mungkin tak mampu untuk mengerjakannya, mereka ambil pekerja asing. Jadi pekerja asing ini melihat bahawa inilah peluang keemasan. Mereka juga curi untuk buka tanah yang sama. Mungkin mereka ubah sedikit tetapi sekarang ini lebih besar lagi ada sindiket yang lebih besar yang orang asing mengupah orang asing dan akhirnya mereka menambah parah kepada Cameron Highlands.

    Tindakan yang tegas diambil dalam pasukan penguat kuasa yang ada sekarang. Kita masukkan SPRM dan kita telah mengenal pasti mereka yang boleh disabitkan dan kita akan umumkan daripada semasa ke semasa. Walaupun kita tidak umumkan di peringkat awal tentang apa yang berlaku di sana kerana beberapa masalah yang juga kita report kepada SPRM iaitu kenapakah pengusaha-pengusaha yang ada jentolak tidak mahu menyewa jentolak mereka kepada kita. Kita hanya dapat dua biji.

    Akhirnya operasi kita tertangguh dekat dua minggu, sekarang kita dapatkan bantuan dari bawah, dari kawasan lain dan sekarang ini kita ada enam buah jentera yang bergerak untuk meruntuh dan juga merosakkan kawasan yang telah diparahkan oleh peneroka-peneroka dan kalau sekiranya pegawai kerajaan terlibat, saya tidak dapat mengumumkannya sekarang. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya mengikut pekeliling dan sekiranya mereka terlibat dengan rasuah, SPRM akan ambil tindakan.

    Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada siapa-siapa nak tanya

    soalan tambahan yang kedua? Kalau tidak ada, seterusnya saya pergi kepada pertanyaan nombor 10.

    10. Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif minta Menteri Sumber Asli dan

    Alam Sekitar menyatakan, apa langkah pencegahan awal yang dilaksanakan oleh Kementerian dalam menangani isu peneroka-peneroka tanah persekutuan dan hutan simpan.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Haji

    Mohd Salim, tanah Kerajaan Persekutuan diperoleh melalui kaedah pengambilan balik tanah, pembelian daripada individu dan pembelian oleh pihak berkuasa negeri. Tanah-tanah ini dibuat perolehan untuk tujuan yang tertentu seperti tujuan pembangunan, seperti pembinaan sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

    Setakat ini, tidak berlaku isu penerokaan tanah Kerajaan Persekutuan memandangkan tanah yang dihakmilikkan kepada Kerajaan Persekutuan telah dikenal pasti lebih awal dan bebas daripada isu penerokaan. Pihak Kerajaan Persekutuan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mencegah pencerobohan ke atas tanah Kerajaan Persekutuan.

  • DN 18.12.2014 19

    Antara lainnya adalah dengan membuat pemagaran ke atas tanah-tanah yang masih belum dibangunkan selaras dengan arahan Jemaah Menteri. Dalam perkara ini, setiap kementerian melalui pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan terdapat peruntukan yang mencukupi bagi memagar tanah-tanah kerajaan terutama tanah yang berisiko tinggi untuk dicerobohi.

    Selain itu, kerajaan juga turut menawarkan sewaan untuk tanah yang belum diguna pakai itu bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sementara menunggu pembangunan dilaksanakan di atas tanah kosong tersebut. Tawaran sewaan diberikan kepada individu, organisasi dan juga syarikat yang berkelayakan dapat berniaga di tanah tersebut dan dalam masa yang sama dapat memberikan pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan.

    Bagi mencegah berlakunya penerokaan tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) pula, kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri dalam membuat pemantauan dan penguatkuasaan dan di antaranya adalah:

    (i) program kesedaran awam;

    (ii) mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot dalam HSK yang

    berisiko tinggi;

    (iii) menjalankan rondaan bermotosikal seperti visible enforcement;

    (iv) pemantauan berterusan melalui Sistem Forest Monitoring menggunakan remote sensing;

    (v) mengukur, menandakan dan mencuci sempadan Hutan Simpan Kekal;

    (vi) melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu; dan

    (vii) mewujudkan command centre di hotspot mengikut keperluan dengan memastikan agensi-agensi yang lain juga bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan.

    Sekian, terima kasih.

    Tuan Yang di-Pertua: Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Dato’ Haji

    Mohd Salim.

    Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Menteri yang

    menjawab. Dia punya huruf pada kertas yang dijawab pun, saya dari sini pun boleh nampak, besar. Tuan Yang di-Pertua.

    Tuan Yang di-Pertua: Tanya Yang Berhormat, tanya.

    Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Saya melihat bahawa

    tindakan yang dibuat selalunya berlaku setelah benda itu berlalu begitu lama. Undang-undang pemantauan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi amat jelas tetapi Yang Berhormat Menteri rasa tak bahawa tindakan yang disebut, apa yang dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 September 1997 menyatakan bahawa boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri, penguat kuasa yang terlibat dalam bekerjasama dengan kegiatan haram di peringkat negeri ini.

    ■1150

    Jadi saya hendak tahu berapa banyak atas pemantauan tindakan ini, berapa banyak tindakan yang telah dibuat kepada pegawai-pegawai penguat kuasa yang bersekongkol, yang bersubahat dengan penceroboh-penceroboh haram ini? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

    Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas

    soalan tambahan itu. Pegawai-pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka yang membuat kerja-kerja haram ini. Ini satu statistik yang tidak ada pada saya pada hari ini tetapi saya boleh beri statistik dengan bertulis nanti kepada Yang Berhormat.

  • 20 DN 18.12.2014

    Saya memang tahu, sebagai bekas pegawai kerajaan di negeri Sarawak dahulu

    memang penguatkuasaan ini kadangkala lebih-lebih lagi mereka yang di bawah, mereka selalu bersekongkol dengan sesiapa sahaja yang membuat kerja haram seperti ini. Akan tetapi, sekarang SPRM kita sudah lebih aktif lagi. Maka, tugasan SPRM ini sememangnya diteruskan sampai mereka sendiri turun ke padang, turun ke lapangan dan tidak dikenal pasti oleh pegawai-pegawai yang membuat penguatkuasaan. Jadi, ini satu langkah yang terbaik untuk negara kita membuat tugasan seperti ini. Terima kasih.

    Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

    amat tertarik tentang pencerobohan hutan. Ini kerana ia melibatkan negeri saya lah negeri Pahang yang merupakan memang menjadi satu perkara biasa kita lihat pencerobohan sama ada ke arah pertanian untuk bercucuk tanam. Ada juga pencerobohan sama ada daripada segi pembakalan. Kalau katakan sebuah kawasan pembakalan diluluskan untuk 1,000 ekar tetapi diterokai sampai 3,000 ekar. Itu punca menyebabkan hutan-hutan gondol.

    Seterusnya juga sekarang ini di Pahang juga banyak mineral, kawasan-kawasan perlombongan bijih besi, emas dan sebagainya. Kawasan diluluskan tidak seberapa tetapi diteroka tetapi benda-benda ini saya ucapkan syabas juga lah kepada kerajaan di mana ada gerakan SPRM sekarang ini dan juga penguatkuasaan daripada badan-badan kerajaan untuk membanteras gejala ini.

    Namun, apa yang saya hendak bagi pendapat di sini hendak bertanya adalah kadang-kadang itu kita lihat pencerobohan ini ada berlaku kekeliruan di mana tanah rizab kerajaan didakwa bukan rizab kerajaan. Tanah Orang Asli ada pegawai kerajaan berkata ia terkeluar daripada rizab Orang Asli. Maka, dengan itu untuk memastikan bahawa ini tidak ada kekeliruan, saya memohon supaya kementerian dapat menggazetkan secara GPS digital supaya semua yang boleh kita akses sistem ini mengetahui betul-betul atau tidak kawasan tersebut merupakan kawasan simpanan kerana supaya kekeliruan ini dapat diselesaikan. Dalam jangka masa yang sama menghindari manipulasi maklumat daripada pegawai-pegawai berkenaan yang tidak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih. Minta bagi pihak Yang Berhormat Menteri komen.

    Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan

    tambahan. Tuan Yang di-Pertua, memang negeri Pahang memang kaya dengan sumber asli termasuk mineral. Itulah sebabnya banyak perlombongan atau pun aktiviti perlombongan berlaku di negeri Pahang. Selain daripada itu, hutan juga dengan keluasan hutan yang amat luas di negeri Pahang.

    Kerajaan atau pun Jabatan Perhutanan sememangnya meneruskan untuk mewartakan hutan-hutan bukan sahaja di negeri Pahang tetapi di negeri-negeri yang lain juga sebagai hutan simpan kekal (HSK). Walaupun demikian, kadangkala kalaulah bukannya mereka tidak tahu pencerobohan ini. Mereka yang menceroboh mereka memang tahu. Jadi, mereka buat sahaja disebabkan nilai-nilai kayu balak yang tinggi.

    Jadi, mereka buat. Kakitangan kita, kakitangan Jabatan Perhutanan bukannya ramai sangat tetapi mereka ada membuat penguatkuasaan tetapi apabila dilaporkan tiga, empat hari mereka itu pun, penceroboh itu pun sudah lari. Jadi, macam mana pegawai di Jabatan Perhutanan hendak menangkap mereka on the spot. Inilah kesulitan kita,

    kesusahan kita. Oleh itu Jabatan Perhutanan dan kementerian menyarankan agar orang awam untuk membuat laporan dengan jabatan dan kementerian dengan serta-merta supaya kita boleh menangkap mereka.

    Selain daripada itu, kementerian sekarang sudah pun mewujudkan satu unit yang dinamakan Geospatial Unit. Ini menggunakan gambar-gambar satelit, menggunakan gambar-gambar remote sensing dan menggunakan GPS untuk mengenal pasti hot spot yang selalunya di mana pencerobohan berlaku. Oleh itu, saya memanglah mengharapkan bahawa kementerian dan Jabatan Perhutanan akan mempercepatkan mendapat maklumat supaya penguatkuasaan terus dibuat supaya mereka yang bertanggungjawab ini terus ditangkap, dibawa masuk ke mahkamah. Terima kasih.

    11. Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman minta Perdana Menteri menyatakan, apa

    langkah tindakan yang diambil bagi menyekat khidmat teksi haram yang dilakukan oleh sindiket Uber Teksi Service.

  • DN 18.12.2014 21

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Terima

    kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Uber telah ditubuhkan pada Jun 2010 di San Francisco. Aplikasi ini telah berkembang di hampir 42 buah negara dan mula menembusi pasaran Asia pada bulan Februari 2013. Uber mula diperkenalkan di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2013.

    Uber aplikasi mudah alih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dan tatacara bayaran melalui kad kredit. Secara umumnya aplikasi Uber ini tidak menyalahi undang-undang di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Namun menjadi kesalahan sekiranya kenderaan yang digunakan tidak mempunyai lesen pengendali atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.

    Wakil Syarikat Uber semasa sesi pertemuan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada bulan Oktober 2014 telah menyatakan akan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam menjalankan operasi mereka. Pihak SPAD akan sentiasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dipatuhi. Melalui pemantauan dan penguatkuasaan pihak SPAD sehingga kini, sebanyak sembilan kes telah direkodkan atas pelbagai kesalahan membabitkan kenderaan yang memberikan perkhidmatan melalui aplikasi Uber ini.

    Dalam pada masa yang sama, kerajaan sedia mendengar pandangan orang ramai berhubung dengan aspek keselamatan dalam menggunakan aplikasi ini. Sebagai contoh, SPAD juga sedang meneliti cadangan untuk semua kenderaan yang boleh menggunakan aplikasi Uber ini dengan sah agar mempunyai elemen-elemen yang membuktikan bahawa kenderaan dan pemandu tersebut mereka yang dibenarkan untuk memberi perkhidmatan ini seperti sticker, dan sebagainya. Terima kasih.

    Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

    dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah akhir-akhir ini banyak dibangkitkan isu pemandu teksi warga asing yang bukan sahaja tidak boleh menjadi pemandu teksi, malah tidak dibenarkan memiliki permit teksi. Pertambahan bilangan pemandu teksi warga asing ini telah memberi pelbagai masalah sehingga menjejaskan pendapatan pemandu teksi warga tempatan. Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah benar bahawa terdapat syarikat pengusaha teksi dan pemilik teksi persendirian yang telah menyewakan teksi mereka kepada warga asing.

    ■1200

    Jika benar, setakat mana tindakan yang telah diambil kepada syarikat-syarikat ini atau pemilik teksi persendirian tersebut? Saya juga ingin tahu setakat ini sudah berapa ramai kah pemandu teksi warga asing yang telah ditangkap dan telah dihukum. Terima kasih.

    Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Soalan yang baik. Yang Berhormat, pertama

    sekali warga asing tidak dibenarkan untuk memandu teksi di Malaysia, tidak dibenarkan dan hukumannya haram. Tidak dibenarkan langsung untuk beroperasi. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, untuk situasi kes Uber ini, sebelum 1 Oktober kita ada 50 permit dan kita tahu bahawa yang 30 ada permit dan 20 tidak ada permit.

    Akan tetapi selepas 1 Oktober cuma tinggal sahaja yang tidak ada permit yang lain-lain ada permit. Syarikat yang mengendalikan Uber ini, kita ada lapan buah syarikat yang mengendalikan Uber ini yang melibatkan 1,068 buah kenderaan termasuk Hook Rent Car dan yang mempunyai 319 buah kenderaan untuk sewa pandu pelancong Yang

    Berhormat Dewan yang mulia ini juga lain-lain syarikat yang telah diadakan di sini.

    Sehingga kini, kita hanya dengar cerita tetapi kita belum dapat menangkap mana-mana warga asing yang memandu teksi di bawah aplikasi Uber ini. Di bawah e-Teksi saya tidak dapat bagi jawapan. Saya akan jawab secara bertulis tetapi saya bercakap fasal Uber ini, tidak ada lagi setakat ini pemandu asing yang memandu teksi. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat perkara ini kerajaan telah cukup prihatin dan sedang memberi perhatian yang serius. Semua Menteri akan bagi perhatian serius bahawa kita tidak akan bertolak ansur langsung kepada warga asing yang datang untuk bekerja tetapi buat kerja lain, tidak!

  • 22 DN 18.12.2014

    Oleh sebab itu selepas habis soal jawab ini saya akan bergegas ke Cameron

    Highlands kita hendak pastikan bahawa tidak ada lagi mana-mana pihak yang menggunakan orang asing ataupun orang tempatan yang mencuri tanah di Cameron Highlands ataupun di tempat-tempat lain. Kita akan buat operasi satu demi satu dan saya hendak beritahu kepada mereka walaupun apa ugutan yang mereka hendak beri, saya hendak beritahu kepada mereka bahawa ‘tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia’. Tidak lama lagi nampaklah, kami akan datang kepada mereka.

    Jadi kalau sekiranya ada warga asing Yang Berhormat dapat maklumat, Yang Berhormat beritahu. Pihak SPAD akan mengambil tindakan serta-merta. Malah sekarang ini pun kalau ada maklumat kita akan ambil tindakan. Oleh sebab kita tidak mahu bertolak ansur dan orang asing yang datang ke Malaysia, kita hendak beritahu bahawa orang yang simpan warga asing tanpa permit dan sebagainya mereka harus ingat ada undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka. Kepada warga asing yang cuba berleluasa untuk buat sesuka hati mereka, kita hendak beritahu bahawa tidak lari gunung dikejar untuk mereka. Kita akan buat gerakan besar-besaran termasuk di beberapa buah pekan dan juga bandar-bandar yang mereka anggap bahawa mereka boleh bermaharajalela di negara ini. Negara ini ada undang-undang, negara ini ialah negara yang berdaulat. Terima kasih.

    Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab masa tidak

    mengizinkan cukuplah setakat itu. Sekian sahajalah soalan-soalan pertanyaan lisan buat hari ini.

    [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab lisan tamat.]

    USUL

    WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

    12.04 pg.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

    Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin- sebab inilah ruang untuk saya habis bercakap.

    Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan kepada semua Senator yang telah berprestasi cukup cemerlang dengan bahasa-bahasa yang cukup indah, yang juga penuh dengan fakta disampaikan dalam Dewan yang mulia ini. Saya hendak memaklumkan bahawa saya telah maklumkan kepada Kabinet semalam tentang prestasi cemerlang Senator-Senator terkini pada hari ini. Terima kasih banyak-ban