agensi sukan nasional dan antarabangsa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjm 3112

Citation preview

  • 56OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    HASIL PEMBELJARAN:

    Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat:

    x Memahami fungsi badan utama di negara yang bertanggungjawab

    kepada pembangunan sukan

    x Menghuraikan objektif penubuhan badan sukan utama dan persatuan

    sukan di pelbagai peringkat

    x Menjelaskan peranan badan kerajaan dan persatuan sukan dalam

    pembangunan sukan di pelbagai

    peringkat

    x Mengenal pasti badan sukan utama dunia bagi pelbagai disiplin sukan

    x Mencirikan tanggungjawab peranan badan sukan dunia dalam

    pembangunan sukan serantau

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    RINGKASAN BAB

    4.1 Agensi Sukan Nasional

    x Kementerian Belia dan Sukan x Majlis Sukan Negara x Majlis Olimpik Malaysia x MSSM x Persatuan-persatuan Sukan di

    Malaysia

    4.2 Agensi Sukan Antarabangsa

    x FIFA x IAAF x IHF x IBF x ITF x IRB

    4.0 PENGENALAN

    Sukan di negara ini secara tradisinya telah

    diurus dan digerakkan oleh organisasi

    sukarelawan yang hampir kesemuanya

    bernaung dan diiktiraf Majlis Olimpik

    Malaysia. Peranan kerajaan kini banyak

    tertumpu kepada usaha-usaha

    pembangunan, pengembangan dan

    sokongan kepada kemajuan sukan di

    negara. Peranan yang dimainkan oleh

    Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan

    Negara, Majlis Sukan Sekolah-sekolah

    Malaysia dan agensi lain di peringkat

    kebangsaan, negeri dan daerah amat

    penting dalam memastikan objektif yang

    digariskan dalam dasar sukan negara

    tercapai.

    Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

    Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam

    Pendidikan Jasmani dan Sukan

    Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa

    Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani

    Bab 6 : Pengelolaan Pertandingan Sukan

    Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan

    Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini

    Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional

    Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

  • 57OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    4.1 AGENSI SUKAN NASIONAL

    Agensi-agensi sukan di Malaysia merupakan organisasi yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan aktiviti sukan negara. Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang sihat dan cergas. Berdasarkan atas kepentingan ini kerajaan telah mengirakan langkah dengan memperkemas dan mempertingkat kemampuan agensi-agensi sukan nasional agar seiring dengan inspirasi nasional. Bagi memudahkan anda memahami fungsi dan peranan utama agensi sukan nasional yang menjadi tulang belakang pembangunan sukan negara anda akan diperkenalkan dengan agensi-agensi utama yang bertanggungjawab kepada pembangunan sukan di Malaysia.

    4.1.1 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953.

    Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.

    Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972.

    Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

    OBJEKTIF DAN FUNGSI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

    Objektif utama Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk:

    Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.

    Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah:

    x Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

    x Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang

  • 58OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

    x Menyemarakkan penyertaan rakyat mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat melalui konsep "Sukan Untuk Semua" dan pengenalan konsep "Malaysia Cergas"

    x Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

    x Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti di dalam bidang-bidang berkenaan ke arah memenuhi sebahagian keperluan industri negara.

    Aktiviti 4.1

    Untuk menambahkan kefahaman anda terhadap hala tuju sukan negara, anda digalakkan untuk memahami dasar sukan negara. Anda boleh aksessnya melalui laman web Kementerian Belia dan Sukan di www.kbs.gov.my

    4.1.2 Majlis Sukan Negara

    Rajah 4.1: Logo rasmi Majlis Sukan Negara

    Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

    Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu).

    Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah dimulakan dengan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

  • 59OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    MSN mula disusun semula pada tahun 1981 bagi tujuan memperkemas dan mempertingkat fungsinya dengan objektif utama mengembang dan membangunkan sukan khusus bagi sukan berprestasi tinggi.

    Jika diteluskan matlamat utama penubuhan MSN adalah seiring dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi.

    Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:

    (a) Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    (b) Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan.

    (c) Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah.

    (d) Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.

    (e) Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.

    (f) Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

    (g) Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan peringkat kebangsaan.

    (h) Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis.

    (i) Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.

    PIAGAM MSN

    Berikut adalah piagam MSN:

    1. Memastikan program pembangunan sukan kebangsaan berjaya melalui bantuan kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan.

    2. Memastikan atlet-atlet mendapat kemudahan dan khidmat kepakaran yang terbaik dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan.

    3. Memastikan Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek sukan berprestasi tinggi.

    4. Memberi pengesahan secara terus di atas tempahan penggunaan stadium dan gelanggang.

    5. Memberikan khidmat perubatan sukan yang berkualiti kepada atlet-atlet Negara.

    6. Membayar setiap tuntutan yang lengkap dari Persatuan Sukan Kebangsaan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.

    7. Memberi layanan yang mesra, cepat dan saksama kepada semua pelanggan.

  • 60OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN

    MSN telah menggariskan beberapa peranan dan tanggungjawab utamanya dalam memastikan perancangan dan pembangunan sukan negara mencapai hasrat dan visi dan misinya, antaranya adalah:

    1. Program Pembangunan Atlet

    2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan

    3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan

    4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan

    5. Kemudahan Sukan

    6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan

    7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

    4.1.3 Majlis Olimpik Malaysia

    Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

    MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang diiktiraf penglibatan dan penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik.

    Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:

    (a) Association of National Olympic Committee (ANOC)

    (b) Olympic Council of Asia (OCA)

    (c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)

    (d) Commonwealth Games Federation (CGF)

    (e) International Assembly of National Confederation of Sports

    Penyertaan yang diwujudkan ini telah melayakkan MOM untuk menjadi badan utama negara yang membolehkan penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel.

    Senarai Semak

    Apakah fungsi dan tanggungjawab Majlis Sukan Negara?

    Kenal pasti peranan utama MSN dan bincangkan pelaksanaan di peringkat nasional.

  • 61OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan persatuan sukan mewakili setiap jenis sukan di Malaysia dan diiktiraf Oleh IFS. Berikut adalah senarai persatuan sukan yang menjadi ahli kepada MOM.

    4.1.4 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

    MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM:

    (a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.

    (b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

    (c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.

    (d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri.

    (e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu.

    (f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.

    (g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan, melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

    MSSM memberikan peluang kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai disiplin sukan. Antara acara-acara wajib yang dipertandingkan di peringkat kejohanan MSSSM adalah seperti olahraga, badminton, renang, bola sepak, skuasy dan gimnastik.

    Acara yang diperkenalkan oleh MSSM melalui kejohanan yang dianjurkan, telah menjadi semakin popular di kalangan murid sekolah. Melalui program ini bakat-bakat yang berpotensi di peringkat MSSM dapat dikenal pasti dan diberi bimbingan secara khusus untuk menjadi atlet negara. MSSM juga sentiasa memberi penghargaan kepada atlet dengan memberikan pelbagai anugerah sebagai satu penghargaan kepada atletnya, antara anugerah-anugerah tersebut adalah seperti anugerah MSSM/MILO dan JuniorOlympic Award.

    STRUKTUR ORGANISASI MSSM

    Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga Pengurusan MSSM boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri. Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti

    (a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM.

    (b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.

    (c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga Pengurusan.

  • 62OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    (d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri.

    (e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.

    Antara bidang kuasa MSSM ianya berperanan memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara-perkara pembangunan dan pengurusan sukan. MSSM juga mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.

    Rajah 4.2: Carta organisasi Lembaga Pengurusan MSSM

    4.2 PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI MALAYSIA

    Persatuan sukan di Malaysia secara tradisionalnya diurus dan ditadbir secara sukarela sejak sebelum merdeka lagi. Fungsi utama persatuan-persatuan sukan ini adalah bertindak sebagai badan utama bagi setiap disiplin sukan. Persatuan ini bertanggungjawab kepada pentadbiran dan pengembangan sukan ini ke pelbagai peringkat hingga ke akar umbi. Antara contoh tanggungjawab biasa yang dilaksanakan adalah seperti penguatkuasaan undang-undang rasmi permainan, penganjuran kejohanan dan pertandingan, aktiviti pengenalan dan pengembangan permainan dan sebagainya.

  • 63OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    Setiap persatuan sukan ini adalah diwajibkan untuk menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia bagi melayakkan persatuan sukan untuk menghantar pasukan bertanding mewakili negara di pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa.

    Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara (1988) dan Akta Pembangunan Sukan (1997) kini persatuan sukan di Malaysia telah diberikan perhatian dan sokongan yang serius oleh Kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memastikan perkembangan dan kemajuan setiap disiplin sukan di negara terjamin. Untuk menambahkan kefahaman anda, beberapa buah persatuan sukan diketengahkan kepada anda dalam topik ini.

    KONGRESS TENPIN BOWLING MALAYSIA (MTBC)

    Rajah 4.3: Logo Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

    Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ).

    Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan.

    Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program Partner in Sports persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd.

    Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai peringkat, program pembangunan dan penggalakan.

  • 64OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA

    Rajah 4.4: Logo Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia

    Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

    Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia.

    Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya 98 untuk menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan ini diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula dianjurkan pada tahun 1996.

    Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001.

    Pendaftaran semula Pertubuhan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.

  • 65OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)

    Rajah 4.5: Logo Persatuan Badminton Malaysia

    Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997.

    Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah:

    (a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia.

    (b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain.

    (c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.

    (d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

    Semak Kendiri 1.2

    1. Bincangkan persamaan objektif yang ada dalam setiap persatuan sukan.

    2. Fikirkan apakah peranan yang digariskan ini dilaksanakan dengan baik oleh persatuan sukan di Malaysia.

  • 66OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    4.3 AGENSI SUKAN ANTARABANGSA

    Agensi sukan di peringkat antarabangsa adalah merupakan badan induk utama yang menyelaraskan semua pentadbiran dan program pembangunan serantau. Agensi antarabangsa ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.

    FIFA

    Rajah 4.6: Logo rasmi Federation Internationale de Football Association (FIFA)

    Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 Mei 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan FootballAssociation di England sejak tahun 1863. Ketika itu telah banyak kejohanan antarabangsa yang dipertandingkan dirantau yang sama. Idea tidak direalisasikan hinggalah usaha ini dimulakan semula oleh Robert Guerin Setiausaha Jabatan Bola Sepak Union Francaise de Sports Athletiques, dengan kesepakatan dari persatuan bola sepak dari pelbagai negara antaranya seperti

    (a) France - Union des Societes Franaises de Sports Athletiques USFSA

    (b) Belgium - Union Belge des Societes de Sports UBSSA

    (c) Denmark - Dansk Boldspil Union DBU

    (d) Netherlands - Nederlandsche Voetbal Bond NVB

    (e) Spain - Madrid Football Club

    (f) Sweden - Svenska Bollspells Frbundet SBF

    Pentadbiran FIFA diuruskan oleh sebuah sekretariat tetap yang beribu pejabat di Zurich, Switzerland. Kakitangan yang terlibat menguruskan sekretariat ini adalah seramai 280 orang. Sekretariat ini diketuai oleh Setiausaha Agung, beliau bertanggungjawab terhadap melaksana dan menyelaraskan semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA yang dianggotai oleh wakil dari zon kawasan seperti Asia, Amerika, Ocenia dan sebagainya. Setiausaha agung juga bertanggungjawab kepada urusan kewangan, hubungan antarabangsa dan semua kejohanan bola sepak anjuran FIFA.

  • 67OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    Rajah 4.7: Presiden FIFA, Joseph S. Blatter, Switzerland, Sejak 1998

    Presiden terkini FIFA adalah Joseph S. Blatter yang telah mula memegang jawatan sejak 8 Jun 1998. Beliau ketika itu mengambil alih jawatan dari Mantanya Joao Havelange dari Brazil. Joseph S. Blatter adalah seorang yang berpengalaman sebelum memegang jawatan presiden di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam FIFA selama 23 tahun.

    Jawatankuasa paling berpengaruh dan penting dalam FIFA ialah jawatankuasa Kongres yang dianggotai oleh wakil di peringkat antarabangsa, Jawatankuasa ini yang bersidang setiap tahun akan membincang dan menangani isu-isu antarabangsa dalam pembangunan bola sepak antarabangsa. Jawatankuasa Kongres ini merupakan jawatankuasa yang akan membuat keputusan dalam isu dan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan kaedah pelaksanaan yang akan diguna pakai secara seragam di seluruh dunia. Selain daripada itu, ianya juga bertanggungjawab meluluskan laporan tahunan, meluluskan keanggotaan baru ke dalam FIFA dan pengundian dan pemilihan presiden.

    Pentadbiran FIFA kini disokong oleh 25 jawatankuasa kerja tetap dan 2 badan perundangan iaitu Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Rayuan. Kesemua jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pentadbiran dalam pelbagai kejohanan dan pembangunan sukan bola sepak di peringkat dunia. Keputusan yang telah dicapai melalui pelbagai jawatankuasa ini secara rutinnya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai ahli lembaga pengarah FIFA. Jawatankuasa Eksekutif ini dipengerusikan oleh presiden FIFA, 7 naib presiden, 6 ahli jawatankuasa dan seorang pemerhati dan turut disertai oleh Setiausaha Agung FIFA yang bertindak sebagai Ex-Officio dalam setiap mesyuarat jawatankuasa FIFA.

    Konfederasi dalam FIFA adalah organisasi payung kepada persatuan bola sepak nasional dari setiap zon kawasan. Antaranya seperti

    (a) Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) untuk negara sekitar zon Asia

    (b) Football Confederation (CONCACAF) bagi negara Utara dan bahagian tengah Amerika dan Caribbean

    (c) CAF bagi negara-negara Afrika

    (d) CONMEBOL bagi Amerika Selatan

    (e) UEFA bagi Negara Eropah

    (f) OFC bagi negara-negara gabungan Ocenia

  • 68OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    Kesemua badan konfederasi ini bertindak memberikan bantuan dan sokongan serta memainkan peranan membantu FIFA dalam melaksanakan tugas sama seperti FIFA di peringkat zon kawasan. Konfederasi juga kini berfungsi mengembang dan membangunkan bola sepak dengan memberikan latihan dan juga menganjurkan kejohanan dalam peringkat zon kawasan.

    PERSEKUTUAN OLAHRAGA AMATUR ANTARABANGSA (IAAF)

    Rajah 4.8: Logo rasmi Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)

    Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa. IAAF kini diketuai oleh presidennya Lamine Diack, beliau kini mengetuai kesemua 28 Jawatankuasa kerja yang terdapat dalam majlis IAAF.

    Setakat ini ahli gabungan IAAF telah mencecah sebanyak 212 ahli gabungan dari seluruh dunia yang terdiri dari Kesatuan Olahraga Nasional dari seluruh dunia. Persidangan bagi ahli gabungan dalam IAAF dilaksanakan setiap 2 tahun sekali dalam satu persidangan congress. Kongres ini merupakan badan utama yang membuat keputusan terhadap dasar dan kemajuan sukan olahraga di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa Eksekutif pula dianggotai oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh IAAF.

    AHLI PERSEKUTUAN IAAF PERINGKAT NASIONAL

    Bagi keahlian gabungan nasional terdiri daripada Kesatuan Olahraga Kebangsaan dari mana-mana negara yang diiktiraf. Hanya satu keanggotaan bagi sebuah negara dibenarkan dan perlu mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh IAAF. Setakat ini keanggotaan dari pelbagai negara adalah sebanyak 212 dan angka ini meletakkan IAAF sebagai salah satu organisasi sukan yang terbesar di dunia.

    JAWATANKUASA IAAF

    Terdapat 5 buah jawatankuasa tetap dan ahli dilantik oleh Kongres IAAF. Kuasa pemberat yang dimiliki membolehkan jawatankuasa ini membantu dan menasihati Majlis IAAF dalam memberikan cadangan dan pandangan ke Kongres. Keahlian yang dibenarkan sehingga 4 tahun. Berikut adalah senarai jawatankuasa yang terlibat:

    (a) Jawatankuasa Merentas Desa dan Larian Jalan IAAF(Cross Country & Road Running Committee)

    (b) Jawatankuasa IAAF Masters

    (c) Jawatankuasa Jalan Kaki IAAF (Race Walking Committee)

  • 69OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    (d) Jawatankuasa Teknikal IAAF (Technical Committee)

    (e) Jawatankuasa Wanita IAAF (Women's Committee)

    SURUHANJAYA IAAF (COMMISSIONS)

    Suruhanjaya IAAF adalah terdiri dari suruhanjaya atlet, pembangunan, perubatan dan doping, kewangan, grandprix, pemasaran dan promosi, akhbar dan televisyen. Suruhanjaya ini dianggotai oleh anggota yang memiliki kepakaran dalam setiap cabang ini, Jawatankuasa ini bermesyuarat agak kerap dan sering bertindak memberi pandangan kepada Majlis IAAF.

    KONGRES

    Kongres ini dianggotai oleh ahli kehormat dan tidak boleh dianggotai lebih dari tiga orang dari Kesatuan Olahraga Nasional yang sama. Kongres ini bertemu dan berbincang setiap dua tahun sekali dan sering diadakan ketika Kejohanan Olahraga Dunia dilangsungkan. Melalui kongres ini pemilihan dilakukan bagi memilih Presiden, 4 Naib Presiden, Bendahari Kehormat dan ahli jawatankuasa. Kongres ini memiliki kuasa untuk mengubah dan menggubal undang-undang pertandingan dan memperkenalkan acara baru atau kejohanan.

    Semak Kendiri 1.2

    1. Kenal pasti dan bincangkan konsep pentadbiran FIFA dan IAAF

    2. Apakah perbezaan yang anda telah kenal pasti

    PERSEKUTUAN HOKI ANTARBANGSA (FIH )

    Rajah 4.9: Logo rasmi Persekutuan Hoki Antarabangsa

    Kejohanan Hoki Olimpik yang pertama telah dilangsungkan di London pada tahun 1908 yang disertai oleh England, Ireland dan Scotland dan ianya hanya bagi kategori lelaki. Selepas kemunculan antarabangsanya yang pertama sukan ini telah digugurkan pada 1908 di Stockholm dan membuat kemunculan semula di Antwerp pada tahun 1920 dan sekali lagi digugurkan di Paris dalam pada 1924. Alasan digugurkan sekali lagi pada 1924 adalah disebabkan hoki ketika itu tidak ada organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan sukan hoki.

  • 70OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa. Langkah ini seterusnya diikuti oleh Perancis dan dianggap kurang berkesan.

    Langkah proaktif seterusnya digerakkan dengan penubuhan Federasi Hoki Antarabangsa atau International Hockey Federation (FIH) di Paris. Dengan penubuhan FIH ianya menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan hoki di dunia. Usaha ini diinspirasikan oleh Paul Leautey dari Perancis yang juga kemudian menjadi Presiden pertama FIH.

    Perkembangan sukan ini juga telah menularkan kepada penglibatan wanita di serata negara di peringkat antarabangsa sehingga mencetuskan penubuhan Federasi Hoki Antarabangsa Wanita atau International Federation of Women's Hockey Associations(IFWHA) pada tahun 1927. Sejurus selepas sambutan Jubli Emas FIH pada 1974 dan IFWH pada 1980 akhirnya kedua-dua badan ini akhirnya bergabung membentuk hanya satu badan induk utama, FIH.

    Kini FIH dipengerusikan oleh seorang presiden, setiausaha agung dan bendahari yang juga bekerjasama dengan Lembaga Eksekutif, Majlis FIH dan pelbagai jawatankuasa kerja.

    ITF INTERNATIONAL TENNIS FEDERATION

    Rajah 4.10: Logo rasmi Persekutuan Hoki Antarabangsa

    ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan iaitu:

    (a) Federasi Tennis Asia

    (b) Confederacion SudAmericana de Tenis (COSAT)

    (c) Confederation of African Tennis (CAT)

    (d) Oceania Tennis Federation (OTF)

    (e) Tennis Europe

    (f) COTECC

  • 71OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    IRB INTERNATIONAL RUGBY BOARD

    Rajah 4.11: Logo rasmi International Rugby Board (IRB)

    Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan.

    Jawatankuasa eksekutifnya dipengerusikan oleh Dr. Syd Millar. Jawatankuasa ini akan bertemu setiap 2 kali dalam setahun bagi membincangkan isu-isu dan perkembangan mengenai ragbi serantau dan dunia. Antara Negara yang memiliki keahlian dalam jawatankuasa ialah Scotland, Ireland, Wales, England, Australia, New Zealand, South Africa and France dan masing-masing memiliki dua kerusi manakala bagi Argentina, Kanada, Itali dan Jepun hanya satu kerusi.

    Sukan ragbi kini bukan sahaja dimainkan oleh lelaki malah di negara barat ianya dimainkan juga oleh golongan wanita. Dalam siri kejohanan ragbi di peringkat antarabangsa berikut kejohanan ragbi yang di bawah pengurusan dan pengawasan IRB:

    (a) IRB Sevens

    (b) Rugby World Cup Sevens

    (c) Women's Rugby World Cup

    (d) IRB U19 World Championship

    (e) IRB U21 World Championship

    (f) Super Powers Cup

    (g) RWC Sevens

    Semak Kendiri 1.3

    1. Bincangkan peranan dengan mendalam IRB, ITF dan FIH dan rujuk laman web organisasi ini.

    x IRB: www.irb.comx ITF: www.itftennis.comx FIH: www.worldhockey.org/

  • 72OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    RUMUSAN

    x Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953

    x Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

    x Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

    x Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.

    x Kongress Tenpin Bowling Malaysia mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Kongres ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatanya di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs(FIQ).

    x Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan

    x Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997

    x Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 May 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association (FA) di England sejak tahun 1863.

    x Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa

    x Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa

    x ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama

  • 73OUM

    BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

    x Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan

    RUJUKAN

    Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

    Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

    Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

    Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

    Laman Web Majlis Sukan Negara

    Laman Web IAAF

    Laman International Rugby Board

    Laman web FIFA

    Laman web ITF

    Laman web FIH

    Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM : Satu kesinambungan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

    Teng Boon Tong (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

    Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

    Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.