5
Abstrak Masyarakat di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad SAW pernah suatu ketika dahulu disatukan melalui satu piagam yang digelarkan Piagam Madinah. Piagam Madinah yang menghendaki setiap individu menjadikan keamanan dan kesejahteraan negara sebagai keutamaan (Nasir, S., 2009). Selagi mereka mematuhi piagam tersebut, masyarakat bukan Islam akan dilindungi dibawah lembayung pemerintahan Islam daripada segi hak dan perlindungan, serta kebenaran untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Peristiwa penting ini telah dijadikan satu penanda aras negara ini dalam memastikan kestabilan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan keturunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah antara perkara yang boleh mengukuhkan perpaduan masyarakat. Ini seiring dengan pepatah Melayu yang berikut, 'bersatu teguh bercerai roboh', yang juga bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah." (Surah Ali-Imran, ayat 103) Ringkasnya, hanya dengan kesatuan dan kesepaduan masyarakat dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dalam konteks negara ini. Pendahuluan Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan

Abstrak Dan Pendahuluan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

abstrak

Citation preview

Abstrak

Masyarakat di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad SAW pernah suatu ketika dahulu disatukan melalui satu piagam yang digelarkan Piagam Madinah. Piagam Madinah yang menghendaki setiap individu menjadikan keamanan dan kesejahteraan negara sebagai keutamaan (Nasir, S., 2009). Selagi mereka mematuhi piagam tersebut, masyarakat bukan Islam akan dilindungi dibawah lembayung pemerintahan Islam daripada segi hak dan perlindungan, serta kebenaran untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Peristiwa penting ini telah dijadikan satu penanda aras negara ini dalam memastikan kestabilan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan keturunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah antara perkara yang boleh mengukuhkan perpaduan masyarakat. Ini seiring dengan pepatah Melayu yang berikut, 'bersatu teguh bercerai roboh', yang juga bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud;

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Ringkasnya, hanya dengan kesatuan dan kesepaduan masyarakat dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dalam konteks negara ini.

Pendahuluan

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dan kaum membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Kekerapan pergaulan sesama kepelbilangan kaum berfungsi untuk membina satu kesepaduan dalam masyarakat yang membentuk sebagai satu unit sosial. Namun, perlu juga diketahui bahawa setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.

Seterusnya adalah etnik, etnisiti dan etnosentrisme. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi (Hussin, S., 2009). Konsep etnik inilah yang menjadi dasar yang membawakan konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Konsep ini menunjukkan bahawa wujudnya budaya yang berhasil untuk menyatukan anggota etnik dengan faktor tertentu sama ada berkongsi nilai, sikap, tingkah laku, atau sejarah yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain (Hussin, S., 2009). Etnosentrisme juga membawa maksud suatu etnik yang menilai etnik lain menurut sudut perspektif mereka sendiri.

Selain itu, ras dan rasisme merupakan konsep yang berkait rapat antara keduanya. Ras dirujuk dengan kumpulan sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif yang sama berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata seperti warna kulit, warna rambut, warna mata dan lain-lainnya. Sehubungan itu, konsep rasisme terbentuk. Rasisme didefinisikan dengan kepercayaan negatif suatu kumpulan sosial atau anggota rasnya terhadap suatu kumpulan lain berdasarkan perbezaan ras semata-mata. Rasisme dapat dilihat melalui tingkah laku dan tindakan dikhalayak ramai. Rasisme juga merupakan gabungan kuasa dan prejudis yang menghasilkan diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal lain. Menurut perspektif Islam pula, diskriminasi dengan membeza-bezakan ras dan warna kulit adalah dilarang sama sekali. Bahkan Allah berfiman yang bermaksud;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Maka dengan penelitian terperinci, konsep-konsep hubungan etnik juga ada diajarkan dalam ajaran Islam, disertakan bersama seruan bagi kepelbagaian bangsa, suku, puak, keturunan, bahkan perbezaan jantina, untuk saling hidup harmoni sejahtera sesama mereka. Juga ada digariskan dalam ayat tersebut yang menjelaskan tingkah laku (ketakwaan) seseorang adalah lebih mulia berbanding perbezaan ras. Ini menunjukkan betapa Islam menitikberatkan kesatuan masyarakat dengan tidak membeza-bezakan antara satu dengan yang lain, seperti yang dirujuk sebagai konsep rasisme.

Bibliografi

Nasir, S. (2009). Piagam Madinah Model Terbaik Bina Keharmonian. Diterima daripada http://www.idhamlim.com/2009/11/piagam-madinah-model-terbaik-bina.html

Hussin, S. (2009). Hubungan Etnik : Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme. Diterima daripada http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-etnik-etnisiti-dan-etnosentrisme.html

Hussin, S. (2009). Konsep Masyarakat. Diterima daripada http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-masyarakat.html

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka