7
 MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU Dasar ekonomi baru (DEB) adalah merupakan program 20 tahun sosioekonomi yang diasaskan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein pada tahun 1971. Matlamat utama mengapa Dasar Ekonomi Baru diasaskan adalah untuk :  mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dengan cara membasmi kemiskinan agar dapat meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.  mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia agar dapat memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi di Malaysia. Unsur-unsur utama matlamat dan dasar DEB boleh dihuraikan dan dijelaskan kepada  beberapa bahagian : 1. Kerajaan hendak mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum di Malaysia daripada beberapa aspek iaitu pendapatan, pekerjaan dan kekayaan. Segala aspek ini boleh dijalankan melalui rancangan-rancangan dan projek-projek yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak. Kerajaan ingin membawa perubahan dalam sistem ekonomi yang telah sedia ada. Mengimbau kisah silam di mana Tanah Melayu masih di bawah pengaruh dan peguasaan British, British telah mengamalkan sistem Aparteid di kalangan masyarakat-masyarakat di Tan ah Melayu. Sistem Aparteid ini pada mulany a telah dilaksanakan oleh Hendrik Frensch Verwoerd iaitu Perdana Menteri ke-7 di Afrika Selatan secara meluas sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit p utih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka k e atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam. Pihak British turut menggunakan dasar ini untuk membezakan taraf ekonomi kaum Melayu, Cina dan India. Akibatnya orang Melayu telah dibezakan dan disekat dari mengambil bahagian secara giat dan menyeluruh dalam semua jenis sektor ekonomi yang wujud pada ketika itu. Penyekatan secara langsung atau tidak langsung ini dilaksanakan pada semua tahap bersama kaum lain. Disebabkan penindasan ini, DEB diwujudkan supaya dapat menghapuskan sistem Aparteid agar dapat mengadakan penglibatan secara aktif dan perkongsian setaraf dalam

6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 1/7

 

MATLAMAT

DASAR EKONOMI BARU

Dasar ekonomi baru (DEB) adalah merupakan program 20 tahun sosioekonomi yang

diasaskan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein pada tahun

1971. Matlamat utama mengapa Dasar Ekonomi Baru diasaskan adalah untuk :

  mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dengan cara membasmi kemiskinan agar dapat

meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum.

  mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia agar dapat

memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi di Malaysia.

Unsur-unsur utama matlamat dan dasar DEB boleh dihuraikan dan dijelaskan kepada

 beberapa bahagian :

1.  Kerajaan hendak mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum di Malaysia

daripada beberapa aspek iaitu pendapatan, pekerjaan dan kekayaan.

Segala aspek ini boleh dijalankan melalui rancangan-rancangan dan projek-projek yang telah

dipersetujui oleh pelbagai pihak.

Kerajaan ingin membawa perubahan dalam sistem ekonomi yang telah sedia ada.Mengimbau kisah silam di mana Tanah Melayu masih di bawah pengaruh dan peguasaan British,

British telah mengamalkan sistem Aparteid di kalangan masyarakat-masyarakat di Tanah

Melayu. Sistem Aparteid ini pada mulanya telah dilaksanakan oleh Hendrik Frensch Verwoerd

iaitu Perdana Menteri ke-7 di Afrika Selatan secara meluas sewaktu pemerintahannya. Dalam

dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih

rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan

kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan

undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan

kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam. Pihak British

turut menggunakan dasar ini untuk membezakan taraf ekonomi kaum Melayu, Cina dan India.

Akibatnya orang Melayu telah dibezakan dan disekat dari mengambil bahagian secara giat dan

menyeluruh dalam semua jenis sektor ekonomi yang wujud pada ketika itu. Penyekatan secara

langsung atau tidak langsung ini dilaksanakan pada semua tahap bersama kaum lain.

Disebabkan penindasan ini, DEB diwujudkan supaya dapat menghapuskan sistem

Aparteid agar dapat mengadakan penglibatan secara aktif dan perkongsian setaraf dalam

Page 2: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 2/7

 

kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini berlaku di mana tidak lagi hanya membahagi dan

menyerahkan sektor ekonomi tertentu kepada orang Melayu. Justeru, orang Melayu hendaklah

 bekerja keras dan meningkatkan pengeluaran sektor ekonomi mereka seperti kaum-kaum yang

lain. Sistem ini dibentuk agar dapat membantu dan tidak menghindar masyarakat orang Melayu

daripada mencapai persamaan taraf supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, kerajaan juga telah membentuk beberapa institusi baru dan mengubah apa

yang ada dalam usaha untuk menjayakan DEB. Program ini dilaksanakan agar permindahan

antara sektor akan dimudahkan khususnya kepada orang Melayu. Institusi-institusi ini

diharapkan agar dapat mengubah sektor ekonomi daripada pengeluaran tinggi kepada

 pengeluaran rendah.

Pelaksanaan dasar pecah dan perintah semasa pemerintahan British adalah antara punca

mengapa orang Melayu berada pada taraf yang rendah dalam sektor ekonomi. . Melalui dasar ini

orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar iaitu kampong dan bekerja

sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombonganserta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya

tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Semenjak negara mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi

 penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu

tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang

 perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan

menguasai kawasan perlombongan.

Oleh itu kerajaan mengambil langkah menubuhkan beberapa institusi dan agensi agar

dapat mengubah taraf ekonomi Melayu. Antaranya adalah :

Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)

   berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah

hasil pengeluaran mereka.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

 

 berperanan memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakanteknologi moden.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

  ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil

getah.

Page 3: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 3/7

 

Agensi-agensi ini turut membantu menjamin orang Melayu akan mendapat peluang sebenar

untuk berkongsi dengan saksama jika dibandingkan dengan masa-masa lalu dalam pembentukan

kekayaan baru apabila pembangunan negara berjalan seiring dengan kemajuan era globalisasi.

Tambahan lagi, pelbagai langkah diambil untuk memperkembang dan memperkasakan

kebolehan orang Melayu. Antara langkah tersebut adalah dengan mengadakan rancangan-

rancangan pendidikan dan latihan kukuh untuk membolehkan meraka menceburi bidang masing-

masing dengan giatnya dalam proses pembangunan ekonomi negara.

Antara langkah yang diambil kerajaan adalah pada tahun 1970, bahasa Melayu telah

dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi, menggantikan sistem

 pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang sedia ada sejak pengusaan British di Tanah Melayu.

Hal ini bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan penglibatan orang Melayu dalam sektor pendidikan dalam pengajian tinggi mahupun rendah malah dapat meningkat nilai bahasa Melayu

dalam kalangan kaum lain di Malaysia terutamanya India dan Cina. Bagi semua orang Malaysia,

 pendidikan dijadiakn tunggak penting iaitu sebagai asas mencipta satu sistem nilai baru di

kalangan generasi-generasi baru untuk mencapai perpaduan negara dan penyatuan kaum.

Bagi menangani masalah kepincangan tahap pembangunan wilayah-wilayah di Malaysia

kerajaan telah mempertingkatkan rancangan-rancangan pembangunan wilayah. Antara negeri-

negeri yang akan dibangunkan adalah Kelantan,Terengganu,Pahang dan lain-lain. Negeri-negeri

mundur ini mesti dibangunkan kerana memegang majoriti penduduk Melayu di Malaysia. Antara

rancangan yang dijalankan adalah :

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) :

  telah meluaskan saiz program pembangunan mereka untuk membantu meningkatkan

 penglibatan orang Melayu.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) :

  mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil dan menetapkan satu sasaran untuk

membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar (610 km²).

Selain itu, kerajaan juga telah melancarkan Rancangan Buku Hijau tahun 1974. Di samping

mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan, ia juga dapat menggalakkan

 petani-petani yang majoritinya dari kalangan orang Melayu menternak haiwan dan menanam

Page 4: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 4/7

 

sayur-sayuran seperti kacang panjang, cili dan sebagainya. Keperluan aktiviti pertanian lain

seperti baja, benih dan racun perosak pula diberi subsidi untuk meringankan beban petani.

Pembaharuan dan pembentukan semula sector tani ini dapat meningkatkan pengeluaran kaum

tani dan pemasaran hasil mereka. Hal ini supaya pendapatan dan hal ehwal penduduk luar bandar

dan orang Melayu akan dipertingkatkan juga agar dapat menyaingi taraf ekonomi kaum lain diMalaysia.

2.  Pihak kerajaan bertegas mengurangkan kadar kemiskinan di bandar dan luar bandar

untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa.

Jadual 1.0 : Kadar Kemiskinan di Malaysia

Kemiskinan Sebelum DEB

(Peratus)

Matlamat DEB

(Peratus)Semenanjung 49.3 16.7

Bandar 21.3 9.1

Luar bandar 58.7 23.0

Melayu 64.8 Berkurangan

Cina 26.0 Berkurangan

India 39.2 Berkurangan

Jelas sekali kepada pemerhati yang serius dan juga kepada kerajaan bahawa kemiskinan masih

tinggi di banyak kawasan luar bandar dan di banyak bidang pekerjaan yang kebanyakannya,

teteapi bukan keseluruhannya diduduki oleh orang Melayu. Manakala di bandar pula taraf hidup penduduk kawasan itu kebanyakan terdiri daripada orang bukan Melayu berbanding orang

Melayu yang jumlahnya terlalu rendah.

3.  Kerajaan akan melaksanakan satu dasar giat untuk penggunaan tenaga sepenuhnya.

Dasar ini akan diamalkan supaya tenaga kerja yang menganggur pada hujung dekad 1960-an

akan diberi peluang sama rata dalm mendapatkan pekerjaan. Sementara tenaga kerja baru pula

diberi peluang mendapat pekerjaan hasil daripada pertumbuhan penduduk yang pesat pada waktu

itu. Ini memberi peluang kepada golongan yang ingin mendapatkan kerja baru dalam bidang

sektor moden ekonomi. Langkah-langkah kea rah pertumbuhan ekonomi perlu digalakkan dan

dan dipandukan supaya menuju kea rah penggunaan tenaga tinggi dalam apa jua sektor ekonomi

di Malaysia. Oleh itu, dasar penggunaan tenaga kerja sepenuhnya seperti dassr pertumbuhan

 pesat ekonomi ialah satu unsur DEB yang perlu dan strategik bagi meningkatkan taraf ekonomi

Malaysia menjelang tahun 1990.

Page 5: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 5/7

 

4.  Kerajaan telah menetapkan matlamat pertumbuhan tahunan Keluaran Negara Kasar

(KNK) pada tahap 6.4 peratus mengikut perkiraan yang sebenarnya.

Pihak kerajaan menganggap dengan melaksanan tegas objektif kemiskinan dan pembentukansemula dapat mencapai matlamat ini secara serentak. Hal ini demikian kerana ianya akan

memberi kadar petumbuhan ekonomi keseluruhannya lebih daripada prestasi yang dicapai

 berbanding Rancangan Malaysia Pertama (RMK1). Walhal, pertumbuhan yang begitu pesat telah

dianggap sebagai satu syarat yang perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat-matlamat am.

Perlaksanaan pertumbuhan tinggi perlu agar dapat mengurangkan kemiskinan amnya dalam

negara dengan meningkatkan tahap pendapatan amnya dengan syarat pertumbuhan itu dibahagi

sama rata pada keseluruhannya. Hal ini membolehkan orang bukan Melayu berkembang tanpa

sekatan sementara kemasukan orang-orang Melayu ke dalam sektor-sektor moden perlu

dipercepatkan.

Pertumbuhan ekonomi juga perlu untuk mencipta sumber-sumber tambahan yang perlu

untuk melakukan perbaharuan ekonomi dan sosial seperti yang di bayangkan itu tanpa

menjejaskan keadaan sistem yang sedia ada dengan teruknya.sektor swasta akan diberi galakan

yang perlu untuk mencapai prestasi yang tinggi khususnya dalam perindustrian dan peningkatan

eksport.

Ini terbukti apabila pakar-pakar kajian mendapati bahawa pertumbuhan yang cepat dan

keseimbangan ekonomi kaum dapat dicapai dengan lebih baik.tetapi mereka juga memberi

amaran bahawa pengejaran objektif-objektif ini akan menjadikan satu persaingan yang tidak lagi

membawa faedah pada satu tahap nanti.oleh sebab itu,pihak kerajaan hendaklah menanganidengan bijak sekiranya terjadi pertikaian yang sengit antara kedua-dua belah pihak. Justeru,

matlamat perpaduan negara menerusi pembaikan kedudukan ekonomi kaum dengan cara

seimbang mestilah mendahului matlamat pertumbuhan sekiranya ini berlaku.

5.  Peranan campur tangan kerajaan-kerajaan Negeri,Persekutuan,agensi-agensi,institusi-

institusi mereka harus dititikberatkan.

Hal ini supaya orang Melayu berpeluang secara saksama untuk mendapat peluang masuk yang

lebih dan juga persamaan taraf dalam pelbagai sektor moden yanag terdapat dalam Malaysia.hal

ini demikian agar institusi-intitusi baru dapat ditubuhkan dan institusi-intitusi yang lama diberi

kecekapan baru untuk membantu orang Melayu.

Page 6: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 6/7

 

6.  Kerajaan melaksanakan dasar-dasar sosial tambahan.

Pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut kerana kerajaan tidak menginginkan

 berlakunya pertikaian kaum yang pernah terjadi dalam Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. 

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah

 perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda danmempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam

dalam sejarah negara Malaysia.

Oleh itu,kerajaan perlu melaksanakan dasar-dasar sosial tambahan ini sebagai satu cara

untuk mencari cara untuk mencapai satu identiti bersama dan menyedarkan masyarakat berbilang

kaum yang terdapat di Malaysia erti perpaduan negara.Bak kata pepatah, "Bersatu kita teguh,

 bercerai kita runtuh" yang bermaksud suatu kelompok,kaum mahupun bangsa akan menjadi kuat

dan maju apabila tidak terpecah belah.

Dengan ini,Malaysia akan menjadi negara yang bersatu padu dalam apa jua aspek.Dasar-dasar sosial tambahan ini akan diasaskan untuk mencari satu pengertian yang dalam tentang

 perhubungan sosial dan dijadikan sebagai satu keazaman,khusunya dari segi kepelbagaian kaum

yang terdapat di negara Malaysia ini.

7.  Kerajaan seterusnya menghuraikan satu pakej dasar unsur-unsur tersebut yang mantap

dan pelaksanaan satu system yang merangkumi semua.

Hal ini demikian untuk pemungutan dan analisis data ekonomi dan sosial supaya semua

rancangan dan projek-projek yang terdapat di Malaysia ini dapat diawasi dengan betul danselaras dengan matlamat-matlamat yang telah disebut.Jika berlaku masalah-masalah yang

tertentu yang tidak dapat dielakkan ,ia boleh diarahkan semula dan disesuaikan.

Kesimpulannya,unsur-unsur terpenting strategi ini adalah untuk membasni kemiskinan

dan pembetulan keadaan ekonomi kaum yang tidak seimbang.Setiap unsur lainnya itu

mempunyai kepentingannya sendir,tetapi dalam strategi DEB ini mereka lebih dilihat sebagai

unsur-unsur sampingan atau cara untuk mencapai dua matlamat keseluruhan itu.

Keadaan yang ada sekarang kemiskinan melata di kalangan segelintir yang kaya.ini amat

terang dan nyata iaitu perbezaan taraf hidup yang nyata di antara kaum dan penglibatan yang

tidak sama dalam kemajuan ekonomi ini tidak lagi boleh diterima.Hal ini demikian kerana

keadaan ini boleh meletus dan ini dapat dibuktikan dalam Peristiwa 13 Mei pada tahun

1969.Peristiwa itu sangat bercanggah dengan martabat manusia,lebih-lebih lagi di dalam sebuah

negara yang kaya dengan sumber iaitu negara Malaysia.oleh itu,kedudukan yang lebih saksama

dalam pertimbangan ekonom antara kaum dan penghapusan perkaitan kaum dengan tugas-tugas

ekonomi adalah dianggap sangat penting demi kebaikan antara kaum.

Page 7: 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

8/11/2019 6matlamat Dasar Ekonomi Baru 1971

http://slidepdf.com/reader/full/6matlamat-dasar-ekonomi-baru-1971 7/7

 

Jika dilihat secara logiknya,strategi ini bukan hanya rancangan biasa lima tahun tetapi ia

 juga untuk mencapai pengubahn sosial dan ekonomi secara keseluruhan dan untuk meletakkan

asas dan rangka untuk golongan baru Malaysia.hal ini bertujuan bagi mewujudkan agama dan

ekonomi dan menyediakan peluang untuk semua orang Malaysia.Selepas Peristiwa 13 Mei pada

tahun 1969,kerajaan tiada lagi pilihan lain,jika tidak negara Malaysia ini akan kembali kepada

keadaan anarki dan huru-hara yang pernah terjadi sebelum ini.

Sejajar dengan, dan tentunya sebagai sebahagian daripada usaha bagi mmngecapi strategi

ini,Malaysia telah memperkenaljan dan membangunkan satu set dasar-dasar yang bercirikan

DEB.Jelaslah sifat dasar-dasar ekonomi dalam bidang ini menimbulkan kontrovesi dan

 perbahasan.Dan memang sepatutnya.Penghuraian dan pelaksanaan yang lebih lanjut memerlukan

kemahuan politik.Lagipun,DEB ini harus diawasi dengan lebih dekat supaya orang awam boleh

mengadili sama ada negara sudah mencapai matlamat-matlamatnya.Apa yang mesti diterima

ialah kesamaan akan mengambil masa untuk dicapai dan tidak boleh dicapai dalam masa

 beberapa tahun sahaja.Selama 30 tahun yang lepas,ada kemajuan dalam mengurangkan

ketidaksamaan ras dan asas-asas sudah ada untuk kemajuan selanjutnya,tetapi apa yang

diperlukan ialah lebih banyak masa dan usaha yang tinggi dan juga kerjasama yang kukuh bagi

melengkapkan proses tersebut.