35033141 Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

  • Upload
    udasara

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep dan definisi PJ

Citation preview

KONSEP, TEORI & FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM *Konsep & definisi P. Jasmani *Falsafah Pendidikan Kebangsaan & hubungannya dengan P. Jasmani

KONSEP, TEORI & FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

*Konsep & definisi P. Jasmani*Falsafah Pendidikan Kebangsaan & hubungannya dengan P. Jasmani

4 PISMP MATEMATIKKONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. (Pettifor, 2005)

Roddick (1982). PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.

KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

(Cholik Mutohir, 1992). Pendidikan jasmani adalah suatu proses pendidikan seseorang sebagai perorangan atau anggota masyarakat yang dilakukan secara sadar dan sistematik melalui berbagai kegiatan jasmani untuk memperoleh pertumbuhan jasmani, kesehatan dan kesegaran jasmani, kemampuan dan keterampilan, kecerdasan dan perkembangan watak serta kepribadian yang harmonis dalam rangka pembentukan manusia Indonesia berkualitas berdasarkan Pancasila.

KesimpulanPendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal

FPK & HUBUNGANNYA DENGAN P. JASMANIFPK"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."Unsur JasmaniSifat luaran/fizikal diri manusiaBerkaitan dengan anggota tubuh badan manusiaKecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mentalFizikal penting untuk kemahiran teknikal, manipulatif dan sosialMempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran1) Memperkembangkan lagi potensi individuSejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diriTeori kecerdasan pelbagai iaitu kinestetikKebolehan dan potensi dalam sukan merupakan salah satu platform untuk melonjakkan diri dan mencapai kejayaan2) Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniKecergasan fizikal penting untuk menjamin kecerdasan mentalAktiviti senaman misalnya dapat mengurangkan stress dan menenangkan jiwa, misalnya TaichiAktiviti senaman atau aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara untuk kita menyalurkan kemarahanPendidikan jasmani perlu seiring bagi membentuk manusia yang pintar dan pandai menguruskan emosi3) Berilmu pengetahuanPendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan3 tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan perlu dikuasaiSetiap aktiviti perlu bermula dengan kemahiran asas yang betulPelbagai penyerapan dalam pendidikan jasmani yang menjadi ilmu yang berguna, contohnya anatomi dan fisiologi4) Berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriPendidikan jasmani melahirkan manusia yang bergunaAktiviti kesukanan merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak bermoralPendidikan jasmani melahirkan individu yang bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam kumpulanPendidikan jasmani juga mampu meningkatkan keyakinan diri Pendidikan jasmani membolehkan seseorang menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimisIndividu yang cergas dan cerdas mempunyai ketrampilan dan peribadi yang baik dan menonjolKemungkinan individu yang banyak memberi alasan adalah kurang diberi pendidikan jasmani dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

5) Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Pendidikan jasmani mampu melahirkan pakar-pakar, sebagai contoh pakar dalam sukan dan pakar dalam bidang perubatanKesedaran tentang pendidikan jasmani menjamin kehidupan yang sihat, misalnya diet seimbang dan tidak merokokUnit paling asas iaitu keluarga yang sihat membentuk masyarakat yang sihat