Upload
ejan-yan-gp
View
68
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan
manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di tahap kanak-
kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai
nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk
memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras
dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya.Persekitaran sekolah
memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses
pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak
hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap
pencapaian,bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang
diperlukan dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan
pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja
apabila kewujudannya disalahgunakan.
OBJEKTIF
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang
disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan
aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai
institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.
KONSEP & RASIONAL
Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan
untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam
sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses
pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan
wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan
Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan
Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI
Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu
bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan selamat adalah
salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan
makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu
ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di
sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan
mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh
kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan.
Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan
selamat ialah:
(a) Kebersihan bahan mentah.
(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c) Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.
Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah
Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak,
dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang
bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik penyimpanan
bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan
mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti sejuk.Pengambilan makanan
dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan.Gunakan
penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan dari lalat,
tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan
mangkuk.Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam
pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing
untuk menghidang makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya
makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan
di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan
peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan
makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.
Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik
Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan
sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan
sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas.
berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul.Jangan
meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok
semasa menyediakan makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika
menyediakan makanan.Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong
sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem
pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk
mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan
bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang
mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering
tangan bagi pelanggan dan pekerja.
Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai
Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan
menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak menyimpan
makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai mestilah mudah
dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih,
mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi.
Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.Peti
sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan
berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah
mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya
dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa
mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara
pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan
dijamin.
Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan
Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan
kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang sakit
perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.Melatih
pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan
Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan
dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh makanan
rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi tingkatkan
kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan
tempat kerja.
Pemeriksaan Kantin
Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran suhu
memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.
PENGURUSAN & PELAKSANAAN
1. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga
sekolah adalah sangat penting.
2. Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi
sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta
menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
3. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti
yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka
dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.
4. Amalan Kesihatan :
(a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai
dan ahli PIBG di setiap sekolah.
(b) Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.
(c) Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.
(d) Mengamalkan Cara Hidup Sihat
POLISI KESIHATAN SEKOLAH
1. Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi
mempromosikan kesihatan.
2. Sebagai ‘piagam pelanggan’ bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.
3. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta
pelawat tahu tentangnya.
4. Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
polisi yang dipilih.
5. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran
keberkesanannya.
6. Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut
kemampuan mereka.
7. Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.
PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT
1. Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, selamat dan sihat.
2. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah
seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama,
parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih,
berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah.
3. Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.
PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT
1. Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah
membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.
2. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih
kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di
kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk
perkembangan murid yang seimbang dari segi JERI.
3. Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan
program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan
tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng,
mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan
lain-lain.
PENGLIBATAN KOMUNITI
1. Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan
NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah
seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang
boleh digunakan oleh pihak sekolah.
1. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-
model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
2. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti
yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka
dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.
KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI
1. Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke
arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.
2. Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak
formal.
3. Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta
memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.
4. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke
atas kebersihan diri sendiri.
5. Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut
diajar dan diamalkan.
6. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan
secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi
dan fisiologi tubuh badan.
PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH
1. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan
kebersihan di sekolah.
2. Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru,
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga
badan-badan bukan kerajaan.
3. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga
sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan
persekitaran yang selamat.
4. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk
menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.
5. Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat.
6. Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta
mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
7. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.
8. Penglibatan badan bukan kerajaan.
PERANAN GURU
1. Memahami komponen-komponen.
2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang
dirancang oleh Jawatankuasa.
3. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada
jawatankuasa.
4. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya
Hidup Sihat.
5. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan
aktif.
6. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.
PERANAN MURID/PELAJAR
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.
2. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.
3. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai
aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah
PERANAN IBU BAPA
1. Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.
2. Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.
3. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.
PERKHIDMATAN DI SEKOLAH
Program-program tersebut adalah seperti berikut:
a) Pendidikan Kesihatan
b) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
c) Program Kesihatan Pergigian Sekolah
d) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
e) Program Susu Sekolah
f) Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah
(Program 3K)
g) Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah
h) Program Anti Denggi Di Sekolah
i) Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok
j) Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan
sebagainya.
Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti
Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.
PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
1. PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah bersepadu dengan
disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK.
2. Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih
terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,Pendidikan Moral,
Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna nilai-nilai kesihatan telah
diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada.
3. Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolah-
sekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti Kuiz, ceramah,
pameran dan kempen.
4. Selain usaha-usaha sekolah, Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai
usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.
PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH
Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil adalah
seperti berikut:
Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri
setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik
seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas
PERANAN SEKOLAH
Pihak sekolah juga diminta untuk:
Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak
makanan di dalam kawasan sekolah.
Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga
semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.
Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan
mengadakan pemeriksaan harian.
Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan
premis makanan.
Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan
penggalakan kebersihan dan kesihatan.
Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan
makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:
Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran.
Laporkan ke PPD/JPN.
Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.
Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke
JPN dan Kementerian Pendidikan.
Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS
Usaha sekolah dalam mewujudkan kamar Selesa (tandas selesa).
Tandas sentiasa dijaga bersih dan dalam keadaan baik. Terdapat tong khas
sanitari ditandas pelajar perempuan dan tandas guru perempuan/ pengetua
untuk membuang tuala wanita.
Sinki dan mangkuk tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat .
Melukis mural serta meletakkan bunga-bunga hiasan yang bersesuaian
disetiap kamar selesa.
Menampal arahan-arahan serta kata-kata nasihat termasuk bacaan doa masuk
dan keluar tandas.
Menyediakan jadual tugasan pembersihan yang perlu dilaksanakan sebanyak
tiga kali sehari .
Pewangi tandas diletakkan bagi memastikan kamar selesa khususnya
tandas berbau segar.
Bagi mengekalkan kebersihan kamar selesa, pihak sekolah mewajibkan pelajar
menggunakan selipar khas untuk memasuki tandas.
Pihak sekolah juga telah menyediakan bekas tissue dan sabun disetiap kamar
selesa.
Jawatan kuasa keceriaan tandas sentiasa Memastikan tiada unsur-unsur
vandalism dalam kamar selesa.
Program kesedaran yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pelajar.
Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas dengan motto
“Tandas Bersih, pakaian bersih, solat sah”.
Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan.
Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru.
Menghafaz doa masuk dan keluar tandas. Melaksanakan adab sebelum, sedang
dan selepas qada’ hajat.
CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar
kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan
menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan
keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya
bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh
itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga
sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat
bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan
dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-
royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan
longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program
Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran
sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh
membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap
sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok
atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut
ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”
Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat
dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau
persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam
konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui
aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan
kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan
meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas
setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan
mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor
perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas
dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga
kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak
sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan
selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan
dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran
akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan
semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai
impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.
Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama
menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
Pelan Tindakan Jangka Panjang Program Pembangunan 3K
PELAN TINDAKAN JANGKA PANJANG 5 TAHUN ( 2009 - 2013 )
PROGRAM PEMBUDAYAAN 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN )
BIDANG PROGRAM SASARAN OBJEKTIF AktivitiPETUJUK
PENCAPAIANKEBERSIHAN
(A) Kebersihan Bilik Kelas
Murid-murid sekolah dapat di bilik kelas yang bersih dan ceria
1. Memastikan bilik kelas sentiasa bersih dan ceria bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Kerja Pembersihan Bilik Kelas
- Pelajar membersihkan dan mengemaskan bilik darjah masing-masing mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
- Guru bertugas harian memeriksa kebersihan semua bilik darjah setiap hari persekolahan.
- Kebersihan bilik kelas digredkan mengikut markah yang tertinggi.
- Kebersihan kelas dipertandingakn. Sijil dan hadiah galakan diberi kepada para pemenang pada akhir tahun.
1. Jadual pembersihan kelas disediakan di setiap kelas.
2. Pemantauan oleh guru bertugas harian dijalankan.
3. Pengredan kebersihan setiap kelas dijalankan.
(B) Kebersihan Bilik Guru , Pejabat Am dan Bilik- Bilik Khas
Guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menjalankan tugas dalam keadaan serta suasana yang bersih dan ceria.
1. Memastikan bilik-bilik khas, bilik guru dan pejabat am dalam keadaan bersih dan ceria..
Kerja Pembersihan Bilik Guru, Pejabat Am dan Bilik-Bilik Khas
- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan kerja-kerja pembersihan di bilik-bilik tersebut
1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.
mengikut jadual bertugas.
(C) Kebersihan Tandas Staf dan Tandas Pelajar
Kebersihan tandas sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
1. Memastikan tandas staf dan tandas pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada bau-bau yang tidak menyenangkan.
Kerja Pembersihan Tandas Sekolah
- Pekerja-pekerja Am yang dikontrak menjalankan tugas pembersihan setiap hari ( dua kali sehari ).
- Jadual pembersihan dipamerkan. - Panduan Penggunaan tandas dipamerkan.
- Pemantauan dijalankan dari semasa ke
1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.
2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.
(D) Kebersihan Kawasan Sekolah
Sekolah berada dalam keadaan bersih.
1. Memastikan kawasan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan sifar sampah.
Kerja Pembersihan Kawasan Sekolah
- Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan harian mengikut lokasi yang ditetapkan.
- Menjalankan tugas kerja pembersihan mengikut jadual bertugas yang disediakan.
1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.
2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.
- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih longkang- longkang, pintu-pintu dan tingkap mengikut jadual yang ditetapkan.
- Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.
(E) Kebersihan Kawasan Pembuangan Sampah
Kawasan pembuangan sampah bersih serta pengurusan pembuangan sampah terutus
1. Memastikan kawasan pembuangan sampah diurus dengan sistematik.
Kerja Pengurusan Kawasan Pembuangan Sampah
- Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan kawasan pembuangan sampah mengikut jadual bertugas yang disediakan.
- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih kawasan pembuangan sampah pada sebelah petang.
- Mengutip sampah-sampah di kawasan sekolah.
- Pemantauan
1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.
2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.
dijalankan dari semasa ke semasa.
(E) Kebersihan di Kantin
Kawasan kantin berada dalam keadaan bersih dan bebas LILATI ( Lipas, lalat, tikus )
1. Memastikan kawasan di kantin bersih dan bebas LILATI ( lipas, lalat, tikus )
Kerja Penjagaan Kebersihan Kantin
- Pihak pengusaha kantin menjaga kebersihan kantin dan mematuhi peraturan / polisi pengurusan kantin yang ditetapkan.
- Pihak pengusaha kantin menjalankan langkah- langkah pencegahan LILATI (lipas, lalat dan tikus ) dengan alatan pencegahan.
- Pemantauan dijalankan dari semasa ke
1. Kawasan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas LILATI 2
. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.