17
Disediakan oleh: Amjad Radhi Hakim Sham Amir Aminuddin Ariff Nordin Afiq Saat Qisty Mohd

20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psk tingkatan 2

Citation preview

Page 1: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Disediakan oleh:Amjad Radhi

Hakim Sham

Amir Aminuddin

Ariff Nordin

Afiq Saat

Qisty Mohd

Page 2: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 3: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sistem ini diamalkan sejak tahun 1957. Raja dikekalkan sebagai pemerintah tertinggi negara yang disebut Yang

di-Pertuan Agong dan timbalannya, Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua- dua jawatan ini diisi secara bergilir- gilir melalui pemilihan

daripada kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan negeri Melayu.

Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri

Page 4: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 5: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Majlis Raja- raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. Majlis Raja- raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri- negeri Melayu,

Yang Dipertua bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Majlis Raja- raja bersidang 3 atau 4 kali setahun. Mesyuarat ini dipengerusi oleh salah seorang raja Melayu secara bergilir-

gilir. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-

Pertuan Agong diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing- masing. Dalam mesyuarat tentang hal yang lain, Perdana Menteri, Menteri- menteri Besar dan Ketua- ketua Menteri tidak perlu hadir.

Page 6: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian Menimbangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan dasar negara,

contohnya perubahan dalam dasar imigresen. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan

dengan adat istiadat Melayu serta agama Islam. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang- undang yang menurut

Perlembagaan memerlukan persetujuannya, misalnya yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri, kedudukan Raja- raja, pindaan perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Page 7: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Majlis Raja- raja harus juga dibawa berunding tentang hal yang berkaitan dengan pelantikan Ketua Hakim Negara, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya- suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pilihan Raya, Pendidikan dan kereta api.

Majlis Raja- raja mempunyai seorang setiausaha yang dikenal sebagai Penyimpan Mohor besar Raja- raja. Pelantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja- raja.

Setiausaha ini merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja- raja.

Page 8: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 9: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 10: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Melantik Perdana Menteri Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri

atas nasihat Perdana Menteri Mengampunkan, meringankan dan menangguhkan hukuman atas

nasihat Jemaah Pengampunan Negara Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera di

Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan Memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen atas

nasihat Perdana Menteri Melantik Ketua Hakim dan semua Hakim Memperkenankankan undang- undang yang diluluskan oleh

parlimen Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran

Page 11: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Ketua NegaraPanglima Tertinggi Angkatan TenteraKetua Agama Islam bagi negeri yang tidak

bersultan atau tidak beraja.

Page 12: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 13: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Tiupan Nafiri menandakan keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke balairung seri.

Keberangkatan Duli- duli Yang Maha Mulia didahului oleh Seri Maharaja Lela. Duli- duli Yang Maha Mulia diapit oleh pegawai- pegawai yang membawa Cogan Agama dan Cogan Alam dan di belakang mereka ialah pegawai- pegawai yang membawa cokmar dan pedang. Di belakang Duli- duli Yang Maha Mulia ialah Juruiring dan Dang Perwara.

Selawat dilafazkan sebaik sahaja tiupan nafiri berakhir dan seterusnya nobat “Raja berangkat” dipalu. Duli- duli Yang Maha Mulia bersemayam di singgahsana.

Seri Maharaja Lela memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memulukan istiadat.

Pegawai- pegawai meletakkan alatan pertabalan mengikut tertib di atas meja khas di hadapan astaka.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri melafazkan ayat- ayat Al- Quran. Menteri Besar membaca surat Pengisytiharan Pertabalan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan membaca surat Titah Diraja. Seri Maharaja Lela mengangkat sembah dan mempersembahkan keris

kebesaran negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Page 14: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Duli Yang Maha Mulia Sultan menerima keris kebesaran negeri yang menghunusnya, kemudian menyarungkannya semula.

Sekalian hadirin berdiri dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut “Daulat Tuanku” tiga kali berturut- turut, diikuti oleh para hadirin.

Nobat “Raja Bertabal” dipalu dan diikuti tembakan meriam 21 das sesudah seruan “Daulat Tuanku” yang pertama dan payung obor- obor dikembangkan.

Lagu “Allah Selamatkan Sultan” dinyanyikan oleh kumpulan koir. Menteri Besar membawa surat Ucapan Taat Setia dan mengucapkan

tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri diapit oleh Kadi Besar dan

Imam Besar Masjid Zahir melafazkan doa selamat. Seri Maharaja Lela menghadap memohon limpah perkenan Duli Yang

Maha Mulia Tuanku Sultan untuk menamatkan istiadat. Nobat “Raja Berangkat” dan Duli- duli Yang Maha Mulia berangkat turun

dari singgahsana meninggalkan majlis dengan diiringi pengiring- pengiring diraja mengikut tertib dan disusuli oleh Wakil Raja- Raja dan Ketua – ketua Negeri yang lain.

Page 15: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 16: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan
Page 17: 20612946 2RK1 Raja Berperlembagaan

Jawatan Yang Di- Pertuan Agong akan digilirkan dalam kalangan sultan

dan raja negeri- negeri melayu. Penggiliran jawatan Yang di- Pertuan

Agong ini dibuat menurut urutan yang berikut: Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan Pahang Johor Perak

Apabila seseorang sultan atau raja sesebuah negeri dilantik menjawat

jawatan Yang di- pertuan Agong, seorang kerabat baginda akan dilantik

sebagai pemangku sultan atau pemangku raja di negeri berkenaan.