37
LATAR BELAKANG PERTUMBUHAN TEORI-TEORI SOSIAL

2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

LATAR BELAKANG PERTUMBUHAN

TEORI-TEORI SOSIAL

Page 2: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Pada umumnya, teori-teori sosial kelasik berkembang selaras dengan perkembangan sosiologi sebagai satu disiplin keilmuan.

• Mengikut George Ritzer (1996) terdapat dua gerakuasa (forces) utama yang mempengaruhi perkembangan teori-teori sosial klasik iaitu: gerakuasa sosial dan gerakuasa intelektual

Page 3: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

GERAKUASA SOSIAL

Page 4: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

GERAKUASA SOSIAL • Tumpuan perbincangan ialah ke atas beberapa

keadaan sosial penting yang berlaku pada abad 19 dan awal abad 20 di Eropah yang mempunyai kesan utama ke atas perkembangan teori-teori sosial.

• Ritzer mengemukakan 6 gerakuasa sosial yang dimaksudkan iaitu:

Page 5: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Revolusi Politik• Revolusi Perindustrian & Kebangkitan

Kapitalisma • Kebangkitan Sosialisma• Perbandaran• Perubahan dalam bidang Keagamaan • Pertumbuhan Sains.

Page 6: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Revolusi Politik

Beberapa siri revolusi politik yang berlaku di sepanjang abad 19 di Eropah, bermula dengan Revolusi Perancis (1789), merupakan faktor utama atau faktor immediate (segera) bagi kemunculan teori-teori sosial.

Kesan revolusi politik ini besar sekali, dan banyak perubahan positif lahir daripadanya.

Akan tetapi perkara yang menarik minat pengkaji-pengkaji masyarakat pada ketika itu bukan ke atas kesan-kesan positif, tetapi sebaliknya ke atas kesan-kesan negatif perubahan tersebut.

Page 7: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Penulis/pengkaji masyarakat pada ketika itu merasai terganggu dengan keadaan kucar-kacir yang berlaku, terutamanya di Perancis.

• Mereka sepakat untuk mencari jalan supaya keamanan dapat dipulihkan semula dalam masyarakat.

• Sesetengah daripada mereka mengambil sikap yang agak ekstrim untuk kembali kepada keadaan ketenteraman dan keamanan Zaman Pertengahan (Middle Ages).

Page 8: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Akan tetapi, para pemikir yang lebih sofistikated mengakui bahawa perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Eropah pada abad 19 tidak memungkinkan mereka berjaya membawa kembali ketenteraman masa lampau.

• Sebaliknya, mereka cuba mencari asas-asas baru yang boleh membawa ketenteraman dalam masyarakat.

• Keinginan dalam isu ketenteraman sosial ini merupakan satu daripada keperihatinan (concern) yang ditunjukkan oleh ahli-ahli teori klasik seperti Auguste Comte dan Emile Durkheim.

Page 9: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Revolusi Perindustrian & Kebangkitan Kapitalisma

• Revolusi perindustrian melanda kebanyakan masyarakat barat pada abad 19 dan awal abad 20.

• Revolusi perindustrian ini bukanlah satu-satunya peristiwa tetapi rangkaian perkembangan yang membawa transformasi dunia barat daripada sistem sosial yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan perindustrian.

Page 10: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Akibat revolusi perindustrian, ramai penduduk desa meninggalkan ladang dan kegiatan pertanian untuk menjalankan pekerjaan di sektor perindustrian.

• Jadi untuk menyedia dan menampung perkhidmatan yang diperlukan oleh sektor industri dan sistem ekonomi kapitalis, pelbagai birokrasi ekonomi besar-besaran muncul.

Page 11: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Dalam ekonomi berasaskan perindustrian ini, sesuatu yang unggul ialah pasaran bebas (free market system atau sistem ekonomi laissez faire)

• Sistem pasaran bebas ini membolehkan berlakunya pertukaran hasil-hasil keluaran industri.

Page 12: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Dalam sistem ekonomi yang baru ini hanya sebilangan kecil penduduk mengaut keuntungan sedangkan majoriti berkerja dalam jangka waktu panjang dengan upah yang kecil atau rendah.

• Akibatnya timbul reaksi atau tindak balas terhadap sistem perindustrian dan terhadap sistem kapitalis pada umumnya, yang membawa kepada wujudnya gerakan-gerakan buruh dan gerakan radikal lain, misalnya revolusi bagi menggulingkan sistem kapitalis.

Page 13: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Revolusi perindustrian, kapitalisma, dan reaksi terhadap kedua-duanya menyebabkan berlakunya perubahan besar, malah perubahan struktural kepada masyarakat barat.

• Perkembangan-perkembangan ini memberi kesan penting kepada pengkaji masyarakat pada ketika itu.

Page 14: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Empat tokoh terkemuka dalam sejarah teori sosial, iaitu Karl Marx, Max Weber, Emile Durkheim, dan George Simmel menumpukan perhatian ke atas perubahan-perubahan ini dan juga ke atas masalah-masalah yang timbul daripadanya.

• Mereka menghabiskan masa meneliti serta mengkaji masalah-masalah ini, dan dalam banyak kes cuba menggubal program bagi membantu menyelesaikannya.

Page 15: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Kebangkitan Sosialisma

• Satu rangkap perubahan yang bertujuan untuk menghadapi kesan-kesan negatif sistem perindustrian dan sistem kapitalisma boleh disatukan di bawah tajuk 'sosialisma'.

• Walau pun sesetengah pengkaji masyarakat bersetuju atau mondokong sosialisma sebagai satu penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul daripada sistem perindustrian dan kapitalisma, tetapi ramai juga yang menentangnya, baik secara peribadi maupun secara intelektual.

Page 16: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Di satu pihak, Karl Marx merupakan seorang penyokong aktif gerakan atau idea untuk menghapuskan sistem kapitalis dan menggantikannya dengan sistem sosialis.

• Beliau menggunakan sebahagian besar daripada masanya menulis serta mengkritik masyarakat kapitalis.

• Penulisan beliau yang terkenal antaranya adalah Das Kapital dan Communist Manifesto.

Page 17: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Sebaliknya, di satu pihak lain pengkaji-pengkaji seperti Max Weber dan Emile Durkheim cuba mencari penyelesaian dalam lingkungan sistem kapitalis itu sendiri dan bukan menggerakkan revolusi bagi menghapuskan sistem berkenaan seperti yang dicadangkan oleh Marx.

Page 18: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Mereka sebenarnya lebih takut kepada sistem sosialis daripada sistem kapitalis itu sendiri.

• Perasaan takut dan bimbang terhadap sistem sosialis ini memberi kesan ke atas pembentukan teori-teori sosial, hingga didapati dalam banyak keadaan, teori-teori sosial ini berkembang sebagai reaksi terhadap aliran Marxisma dan teori-teori sosialis yang lain.

Page 19: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Perbandaran

• Sebahagian daripada kesan revolusi perindustrian pada abad 19 & 20 ialah ramai penduduk luarbandar meninggalkan kampung halaman mereka berhijrah ke bandar.

• Migrasi secara besar-besaran ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai pekerjaan di sektor bandar yang diwujudkan oleh kegiatan perindustrian.

Page 20: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Namun demikian, migrasi desa-kota ini menimbulkan pelbagai masalah khususnya berkaitan dengan penyesuaian dengan kehidupan bandar.

• Selain itu, perkembangan bandar yang berterusan membawa kepada wujudnya masalah perbandaran seperti kesesakan, jenayah, kebisingan, masalah lalulintas dsb.

Page 21: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Keadaan masyarakat bandar dan masalah-masalah berkaitan, menarik minat pengkaji-pengkaji seperti Max Weber dan George Simmel untuk mengkaji atau menelitinya.

• Pada hakikatnya Aliran Chicago (Chicago School), iaitu aliran pertama yang muncul dalam bidang sosiologi di Amerika sebahagian besarnya menumpukan perhatian ke atas masyarakat bandar dan masalah-masalah perbandaran.

Page 22: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Perubahan Dalam Bidang Agama

• Perubahan sosial yang berlaku akibat revolusi politik, revolusi industri dan perbandaran, mempunyai kesan penting ke atas bidang keagamaan.

• Oleh kerana ramai daripada para sosiologis awal mempunyai latar belakang agama, maka mereka ingin merubah atau mempertingkatkan kehidupan manusia atas landasan-landasan keagamaan.

Page 23: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Teori-teori yang mereka kemukakan juga mempunyai kaitan dengan agama.

• Penulisan Max Weber misalnya banyak menyentuh dengan soal-soal agama.

• Dalam penulisan beliau yang terkenal iaitu "Protestant Ethics and the Spirit of Capitalism“, beliau cuba menghubungkan proses ekonomi kapitalis dengan ajaran agama Protestant.

Page 24: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Pertumbuhan Sains

• Selaras dengan perkembangan teori-teori sosial, terdapat peningkatan tumpuan ke atas ilmu sains, bukan sahaja di kolej/universiti tetapi dalam masyarakat keseluruhannya.

• Hasil kemajuan sains dan teknologi memberi manfaat besar kepada masyarakat, lantas meletakkan sains pada mertabat yang tinggi.

Page 25: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Sesiapa yang mempunyai kaitan rapat dengan sains juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

• Ahli-ahli sosiologis seperti Comte dan Durkheim cuba mengambil model sains (terutama sains fizikal dan sains hayat) untuk dijadikan model dalam bidang sosiologi.

Page 26: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Gerakuasa Intelektual

• Perbincangan tentang gerakuasa intelektual ini dihubungkan dengan zaman Enlightenment (Abad 18), dan dengan penulisan/idea/pemikiran intelektual tokoh-tokoh terkenal seperti Comte, Durkheim, Marx, Weber, George Simmel, Herbert Spencer dll.

• Penulisan tokoh-tokoh di atas dizahirkan dalam pelbagai teori yang akan dibincangkan.

Page 27: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

Zaman Enlightenment

• Zaman Enlightenment ialah zaman di mana berlakunya perkembangan intelektual dan perubahan falsafah serta pemikiran.

• Kebanyakan daripada pemikir di zaman Enlightenment (termasuk Charles Montesquieu, Jean Rousseau, Rene Discartes, Thomas Hobbes, John Locke) dipengaruhi oleh dua arus perkembangan intelektual, iaitu Falsafah abad 17 dan Sains.

Page 28: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Penulisan-penulisan oleh Discartes, Thomas Hobbes, dan John Locke misalnya menumpukan perhatian untuk menghasilkan sistem idea yang munasabah tetapi bersifat umum dan abstrak.

• Para pemikir terkemudian (khususnya mereka yang dipengaruhi oleh sains) tidak menolak aliran pemikiran seperti ini, tetapi pada masa yang sama mengambil tindakan susulan dan usaha untuk memperolehi idea/ pemikiran daripada keadaan sebenar yang boleh diuji kesahihannya.

Page 29: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Dengan kata lain, mereka cuba menghubungkan penelitian atau kajian empirikal dengan penghujahan (reason).

• Pada peringkat ini didapati munculnya penggunaan kaedah saintifik dalam penghuraian isu-isu sosial.

Page 30: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Perkembangan selanjutnya pada zaman Enlightenment ini ialah para pemikir bukan sahaja ingin memperolehi idea daripada keadaan sebenar (real world), tapi mereka inginkan juga agar idea tadi menjadi sesuatu yang berguna kepada kehidupan masyarakat.

• Pada keseluruhannya zaman Enlightenment ini dihubungkan dengan kepercayaan bahawa manusia boleh menyesuaikan diri dan mengawal alam semesta (universe) dengan cara/kuasa penghujahan dan penyelidikan empirikal.

Page 31: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Pemikiran seperti ini lahir daripada hakikat bahawa jika dunia fizikal (physical world) boleh ditentukan oleh hukum-hukum semula jadi, maka dipercayai dunia sosial (social world) juga boleh ditentukan sedemikian.

• Ini bergantung pada falsafah untuk mencari hukum-hukum sosial dengan menggunakan kaedah penghujahan dan penyelidikan empirikal bagi menerangkan pelbagai fenomina sosial yang wujud dan berlaku dalam masyarakat.

Page 32: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Dengan berpegang kepada faktor penghujahan (reason), para pemikir zaman Enlightenment cuba menolak kepercayaan terhadap autoriti tradisi - yang dikatakan tidak rasional dan bertentangan dengan sifat semula jadi manusia serta menyekat kemajuan.

• Matlamat mereka ialah untuk menolak/ menghapuskan sistem-sistem kehidupan yang dianggap tidak rasional ini.

Page 33: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Walau pun idea/pemikiran Enlightenment ini mempunyai asas-asas kebenarannya, tetapi banyak juga yang menentang, terutama dari golongan agama (Katolik).

• Orang-orang seperti De Bonald merasai terganggu dengan aliran pemikiran zaman Enlightenment dan ingin membawa masyarakat kembali kepada suasana/ keadaan ketenteraman di zaman Pertengahan.

Page 34: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• De Bonald mendokong idea bahawa Tuhan adalah sumber bagi segala-galanya, termasuk keadaan yang wujud dalam masyarakat manusia sendiri.

• Bagi beliau, tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripada kepercayaan terhadap agama dan aspek-aspek keagamaan.

Page 35: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Beliau mengatakan Tuhan mencipta masyarakat, dan adalah salah bagi manusia menukar ciptaan tersebut.

• Golongan konservatif seperti De Bonald ini bukan sahaja mengakui aspek-aspek kehidupan sosial yang dianggap tidak rasional oleh para pemikir Enlightenment, tetapi turut memberi nilai positif terhadap aspek-aspek tersebut.

Page 36: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

• Mereka terus mengakui fenomina-fenomina seperti tradisi, khayalan, emosi dan agama sebagai komponen yang berguna dan perlu dalam kehidupan sosial.

• Mereka cuba mengekalkan ketenteraman yang sedia ada, dan pada masa yang sama mencemuh perkembangan seperti revolusi industri, perbandaran dsb serta menganggap perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang disruptive atau meruntuhkan.

Page 37: 2. sejarah pertumbuhan teori sosial

SOALAN PERBINCANGAN

• Nyata dan huraikan gerakuasa-gerakuasa sosial yang membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan teori-teori sosial di Eropah pada abad ke 19 dan 20.

• Sejauhmanakah gerakuasa sosial yang berlaku di Eropah pada abad ke 19 dan 20 dapat dikesan berlaku dalam masyarakat Malaysia pada masa ini.