23
1401 - Hadis Abdullah bin Jaafar r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Mulaikah katanya: Abdullah bin Jaafar telah berkata kepada Ibnu az- Zubair r.a: Adakah kamu masih ingat semasa kita bertemu Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku, kamu dan Ibnu Abbas bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ibnu az-Zubair menjawab: Ya, baginda mengambil kami dan meninggalkan kamu 1402 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: Kebiasaannya Rasulullah s.a.w apabila pulang dari musafir akan disambut oleh kanak-kanak dari kalangan anggota keluarga baginda. Satu hari baginda kembali dari musafir aku mendahului menyambut baginda, lalu aku dikendong oleh baginda. Setelah itu salah seorang dari anak baginda iaitu Fatimah datang lalu membongceng di belakang baginda. Kemudian kami bertiga menunggang binatang memasuki Kota Madinah 1403 - Diriwayatkan daripada Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik- baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid 1404 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Jibril datang menemui Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ini Khadijah yang membawa kepada kamu satu bekas yang terdapat di dalamnya lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari tuhannya. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan 1405 - Hadis Abdullah bin Abu Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Ismail r.a katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah mengenai sebuah rumah di dalam Syurga. Beliau menjawab: Ya, baginda menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan 1406 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam Syurga 1407 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya?

1401 to 1500

  • Upload
    muh-sin

  • View
    27

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KK

Citation preview

1401 - Hadis Abdullah bin Jaafar r

1401 - Hadis Abdullah bin Jaafar r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Mulaikah katanya: Abdullah bin Jaafar telah berkata kepada Ibnu az-Zubair r.a: Adakah kamu masih ingat semasa kita bertemu Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku, kamu dan Ibnu Abbas bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ibnu az-Zubair menjawab: Ya, baginda mengambil kami dan meninggalkan kamu

1402 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: Kebiasaannya Rasulullah s.a.w apabila pulang dari musafir akan disambut oleh kanak-kanak dari kalangan anggota keluarga baginda. Satu hari baginda kembali dari musafir aku mendahului menyambut baginda, lalu aku dikendong oleh baginda. Setelah itu salah seorang dari anak baginda iaitu Fatimah datang lalu membongceng di belakang baginda. Kemudian kami bertiga menunggang binatang memasuki Kota Madinah

1403 - Diriwayatkan daripada Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik-baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid

1404 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Jibril datang menemui Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ini Khadijah yang membawa kepada kamu satu bekas yang terdapat di dalamnya lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari tuhannya. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan

1405 - Hadis Abdullah bin Abu Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Ismail r.a katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah mengenai sebuah rumah di dalam Syurga. Beliau menjawab: Ya, baginda menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan

1406 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam Syurga

1407 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya?

1408 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam selembar kain sutera serta berkata: Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata: Sekiranya perkara itu datangnya dari Allah, pasti ia terlaksana

1409 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Sesungguhnya aku mengetahui ketika kamu suka dan marah padaku. Maka aku bertanya: Bagaimana kamu mengetahuinya? Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya kamu suka padaku, kamu berkata tidak, demi tuhan Muhammad, tetapi sekiranya kamu marah, maka kamu akan berkata, tidak demi tuhan Ibrahim. Aku berkata: Benar, Wahai Rasulullah! Demi Allah, aku tidak akan melupai namamu

1410 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Ketika aku bermain dengan anak pantung di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba kawan-kawanku datang kepadaku, tetapi mereka merasa malu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menemuiku

1411 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya orang ramai berusaha untuk memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w berada di rumah Aisyah. Mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w

1412 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Beberapa orang isteri Nabi s.a.w meminta Fatimah anak Rasulullah s.a.w supaya menemui baginda s.a.w. Ketika Fatimah meminta izin untuk masuk, Rasulullah s.a.w sedang tidur bersamaku di dalam sehelai kain. Setelah diizinkan masuk Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isteri kamu meminta aku datang menemui kamu supaya bertanya tentang keadilan yang diberikan kepada anak Abu Kohafah. Ketika itu aku tidak berkata apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Wahai anakku, tidakkah kamu suka apa yang aku suka? Fatimah menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w bersabda: Maka sayangilah isteriku ini. Setelah Fatimah mendengar sabda Rasulullah s.a.w, maka beliau pun pulang dan menemui isteri-isteri Nabi s.a.w. Fatimah menceritakan kepada mereka apa yang telah beliau perkatakan dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Maka isteri-isteri Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu tidak pernah memenuhi keinginan kami, pergilah lagi menemui Rasulullah s.a.w dan katakan kepadanya sesungguhnya isteri-isteri kamu bertanyakan tentang keadilan yang diberikan kepada anak Abu Kohafah. Fatimah menjawab demi Allah, aku tidak akan bercakap mengenainya lagi. Aisyah berkata: Maka isteri-isteri Nabi s.a.w menghantar Zainab binti Jahshi isteri Rasulullah s.a.w. Beliau juga sepertiku, mendapat tempat di hati Rasulullah s.a.w. Aku tidak pernah menemui perempuan selain dari Zainab yang amat mengetahui tantang agama, yang amat takut kepada Allah, yang bercakap benar, suka menghubungkan silaturrahim, suka bersedekah, tekun melakukan kerja yang di yakini betul serta mendapat keredaan dari Allah. Cuma beliau cepat marah tetapi beliau cepat mengawal diri. Beliau meminta izin untuk menemui Rasulullah s.a.w dan ketika itu Rasulullah s.a.w berada bersama Aisyah di dalam satu kain, iaitu sama seperti ketika Fatimah menemui baginda. Rasulullah s.a.w mengizinkannya, lalu Zainab berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isteri kamu meminta aku menemui kamu. Mereka bertanya tentang keadilan yang kamu berikan kepada anak Abu Kohafah, kemudian beliau mula berkata tentang diriku secara panjang lebar. Aku menunggu di sisi Rasulullah s.a.w, adakah baginda merestui untuk aku berkata-kata, aku melihat Zainab terus berkata-kata sehinggalah aku mengetahui Rasulullah s.a.w membenarkan untuk aku membela diri. Aku menghadapi Zainab dengan cara yang sama dan tidak memberi kesempatan padanya, sehinggalah aku menguasainya. Rasulullah s.a.w tersenyum dan berkata: Ya, memang benar anak Abu Bakar

1413 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w merasa kehilanganku, baginda s.a.w berkata: Di manakah aku sekarang? Di manakah aku esok? Baginda s.a.w merasa lama menunggu giliran bersama Aisyah. Beliau r.a berkata: Ketika Allah mengambil nyawa baginda, baginda berada di dalam pangkuanku

1414 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w hendak musafir, baginda s.a.w akan membuat undian di antara isteri-isteri baginda. Suatu hari, undi terjatuh kepada Aisyah dan Hafshah, lalu kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. Di waktu malam Rasulullah s.a.w berjalan serta bercerita dengan Aisyah. Satu ketika Hafshah berkata kepada Aisyah: Malam nanti, bolehkah aku menaiki unta kamu dan kamu menaiki untaku? Aku pun setuju, maka Aisyah menunggang unta Hafshah dan Hafshah menunggang unta Aisyah. Ketika Rasulullah s.a.w menuju ke arah unta Aisyah yang ditunggang oleh Hafshah. Rasulullah s.a.w mengucapkan salam dan berjalan bersamanya sehinggalah mereka berhenti dan Aisyah yang kehilangan baginda merasa cemburu. Ketika itulah beliau menjatuhkan kakinya di atas rumput tebal sambil berkata: Ya Tuhanku, datanglah padaku kala atau ular, sesungguhnya RasulMu telah menyakitiku dan aku tidak berkuasa untuk berkata sesuatu kepadanya

1415 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelebihan Aisyah dari wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tharid iaitu sejenis makanan Arab dari makanan-makanan lain

1416 - Diriwayat dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Jibril mengucap salam kepada kamu. Aku pun berkata: Selamat ke atasnya dan semoga dia mendapat rahmat dari Allah

1417 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sebelas orang wanita telah bersepakat untuk menceritakan perihal suami mereka. Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak. Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya. Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan dicerai dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi. Wanita ke empat berkata: Suamiku seperti cuaca di Negeri Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan. Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya. Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya. Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya. Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab. Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan. Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih. Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar'in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang. Selepas itu bagaimana pula Ummu Abu Zar'in. Tahukah kamu siapa Ummu Abu Zar'in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas. Maka bagaimana pula Ibnu Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah Ibnu Abu Zar'in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing. Maka bagaimana pula Anak perempuan Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar'in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menasihati jirannya. Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar'in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar'in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau Tidak pernah membiarkan rumahku kotor. Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar'in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau mencerai aku dan mengahwini wanita itu. Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar'in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar'in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar'in yang paling sedikit. Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar'in dengan Ummu Zar'in

1418 - Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah r.a katanya: Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya dengan mengulanginya tiga kali, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa gembira sekiranya beliau gembira dan aku merasa susah sekiranya beliau derita

1419 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda

1420 - Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Aku diberitahu, sesungguhnya Jibril telah datang menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berada bersama Ummu Salamah. Setelah bercakap-cakap, Nabi s.a.w berdiri dan berkata kepada Ummu Salamah: Siapakah beliau? Mungkin juga Nabi s.a.w bertanya dengan maksud yang sama. Ummu Salamah menjawab: Ini adalah Dihyah. Ummu Salamah berkata: Demi Allah aku tidak mengetahui siapakah orang itu sehinggalah aku mendengar khutbah Rasulullah s.a.w dan baginda menceritakan peristiwa kami atau mungkin juga maksudnya begitu

1421 - Diriwayatkan daripada Aisyah Ummu Mukmini r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang paling cepat menyusuli aku di kalangan kamu, adalah orang yang paling panjang tangannya. Setelah mendengar sabda baginda, mereka pun mengukur tangan di antara mereka. Ternyata yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab, kerana beliau bekerja dengan tangannya sendiri dan suka bersedekah

1422 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w tidak pernah menemui seseorang wanita pun selain dari isteri-isterinya kecuali Ummu Sulaim. Ketika Nabi s.a.w ditanya, baginda s.a.w menjawab: Aku menghormatinya, lantaran saudaranya terkorban ketika bersamaku

1423 - Diriwayat dari Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talahah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal

1424 - Diriwayat dari Abu Hurairah r.a katanya: Selepas sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal: Wahai Bilal ceritakan padaku tentang amalan (besar pahalanya) kamu yang kamu lakukan setelah berada dalam Islam, kerana semalam aku mendengar suara hentakan seliparmu di dalam Syurga. Bilal berkata: Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (besar pahalanya) pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentakdirkan aku mengerjakan sembahyang, maka aku akan berwuduk dengan sempurna samada malam ataupun siang hari

1425 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Pada suatu hari aku tiba di Yaman bersama saudaraku. Aku tinggal di sana buat beberapa waktu. Setahuku, Ibnu Mas'ud dan ibunya adalah termasuk anggota keluarga Rasulullah s.a.w kerana mereka berdua sering bersama baginda s.a.w

1426 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Berdasarkan bacaan siapakah kamu menyuruhku membaca? Sesungguhnya aku pernah membaca di hadapan Rasulullah s.a.w lebih dari tujuh puluh surah. Para Sahabat Rasulullah s.a.w telah mengetahui bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka tentang kitab Allah. Seandainya aku tahu ada orang lain yang lebih tahu daripada aku tentu aku akan pergi menemuinya. Syaqiq berkata: Kemudian aku duduk bersama para Sahabat Muhammad s.a.w dan aku tidak mendengar walaupun seorang yang membangkang pengakuannya itu

1427 - Hadis Abdullah bin Amru r.a: Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Kami mengunjungi Abdullah bin Amru dan kami berbincang dengannya, Ibnu Numair berkata: Suatu hari ketika kami berada di sisinya, kami telah berkata tentang Abdullah bin Mas'ud. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kamu bercakap mengenai lelaki yang aku sayangi, iaitu setelah aku mendengar sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ambillah Quran dari empat orang; iaitu dari Ibnu Ummu Abdu yang dimulai dengannya, dari Mu'az bin Jabal, dari Ubai bin Ka'ab dan dari Salim iaitu orang suruhan Abu Huzaifah

1428 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Empat orang yang menghimpun al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w semuanya dari golongan Ansar iaitu Muaz bin Jabal, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Abu Zaid

1429 - Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika jenazah Saad bin Muaz masih berada di sisi mereka: Arasy Tuhan Yang Maha Pengasih tergoncang kerananya

1430 - Diriwayatkan daripada al-Bara' r.a katanya: Rasulullah s.a.w diberi hadiah pakaian sutera. Para Sahabat memegangnya dan mereka merasa kagum akan kehalusannya. Baginda s.a.w bersabda: Adakah kamu merasa hairan akan kehalusan pakaian sutera ini? Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di dalam Syurga lebih baik dan lebih halus dari sutera ini

1431 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah diberi hadiah sepasang jubah yang diperbuat dari kain sutera tipis. Sedangkan baginda melarang orang ramai dari memakai sutera. Para Sahabat merasa hairan. Baginda s.a.w bersabda: Demi zat Muhammad yang berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di Syurga adalah lebih baik dari jubah ini

1432 - Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika perang Uhud ayahku telah dibawa kepadaku dalam keadaan tertutup seluruh tubuhnya, beliau telah terkorban. Semasa aku ingin membuka pakaiannya, orang ramai melarangku. Aku mencuba sekali lagi tetapi mereka tetap melarangku. Akhirnya Rasulullah s.a.w membukanya atau baginda menyuruh orang membukanya. Tiba-tiba terdengar suara tangisan atau jeritan. Baginda s.a.w bertanya: Siapakah yang menangis? Para Sahabat menjawab: Anak perempuan Amru atau saudara perempuan Amru. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa kamu menangis? Sesungguhnya Malaikat masih menutupi beliau dengan sayap-sayapnya sehinggalah beliau di bawa naik ke langit

1433 - Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Kami keluar dari kaum kami Ghifar. Mereka telah menghalalkan bulan haram. Aku keluar bersama saudaraku Unais serta ibuku. Kami berhenti di rumah bapa saudara kami. Beliau menghormati dan berbuat baik kepada kami, tetapi kaumnya dengki kepada kami dan mereka menghasutnya. Kaumnya berkata: Sekiranya kamu meninggalkan keluargamu, maka Unais akan menentang mereka. Bapa saudaraku datang dan menceritakan apa yang telah dikatakan kepadanya. Aku berkata: Segala kebaikan kamu dahulu telah kamu rosakkannya sendiri dan kami tidak akan menemui kamu lagi. Kami terus menuju ke tempat unta dan melihat bapa saudara kami menangis sambil menutup wajahnya dan kemudian kami berangkat sehingga sampai ke Mekah. Setelah itu Unais mendahului kami dan beliau pergi menemui pendita. Selepas itu Unais datang menemui kami lagi dengan unta kami dan seekor unta lain seperti untanya. Beliau berkata: Wahai saudaraku, aku telah sembahyang selama tiga tahun sebelum aku menemui Rasulullah s.a.w. Aku bertanya: Kamu sembahyang untuk siapa? Beliau menjawab: Untuk Allah. Aku bertanya lagi: Ke arah manakah kamu menghadap? Beliau menjawab: Aku menghadap ke arah Tuhanku, pernah aku sembahyang Isyak sehingga berakhirnya malam, aku terdampar seolah-olah aku tersembunyi, sehinggalah matahari memancariku. Unais berkata: Aku ada urusan di Mekah, oleh itu biarkan aku pergi. Maka berangkatlah Unais sehinggalah beliau sampai di Mekah. Setelah aku menunggunya agak lama, beliau kembali lagi kepadaku. Aku bertanya: Apakah yang kamu lakukan di sana? Beliau menjawab: Di Mekah aku berjumpa dengan seorang lelaki seagama denganmu yang mengaku bahawa beliau diutuskan oleh Allah. Aku bertanya: Apakah pandangan orang ramai tentangnya? Beliau menjawab: Mereka mengatakan bahawa lelaki itu adalah penyair, nujum dan ada juga yang mengatakan bahawa beliau seorang ahli sihir. Manakala saudaraku Unais merupakan seorang penyair. Unais berkata: Sesungguhnya aku pernah mendengar kata-kata nujum. Aku dapati beliau tidak seperti yang mereka tuduh dan aku belum pernah mendengar syair seperti itu. Demi Allah, beliau seorang yang benar dan merekalah yang dusta. Maka aku berkata padanya: Tolong bawa aku ke sana, aku ingin melihatnya. Setibanya aku di Mekah, aku menemui lelaki yang paling lemah di kalangan mereka dan aku bertanya padanya: Di manakah orang yang kamu katakan kepadanya sebagai Shaabi iaitu yang keluar dari agama dan memeluk agama lain? Lelaki itu terus memberi isyarat padaku, dan berkata Shaabi. Setelah itu beliau dan penduduk di situ membaling aku dengan tanah dan tulang sehinggakan aku jatuh dan pingsan. Beberapa ketika kemudian aku sedar kembali dan aku dapati tubuhku berlumuran darah, lalu aku diberi air Zamzam, dengan air itulah aku minum dan membasuh lukaku. Aku tinggal di situ selama sebulan, selama itu tiada makanan untuk aku selain dari air Zamzam, tetapi aku tidak merasa lapar malahan tubuhku bertambah sihat. Pada suatu malam purnama, aku dapati penduduk di lembah itu semuanya tidur. Tidak ada seorang pun dari penduduk Mekah yang tawaf di Kaabah. Tiba-tiba aku terlihat dua orang wanita yang dikenali dengan Isaf dan Nailah sambil melakukan tawaf, lalu aku menghampiri keduanya dan menggoda mereka dengan kata-kata yang kesat. Mereka kelihatan marah, ketika hendak meninggalkan tempat tersebut, Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar pun tiba. Rasulullah s.a.w pun bertanya: Apa yang terjadi pada kamu? Mereka menjawab: Seorang yang beragama Shaabi berada di sekitar Kaabah itu. Rasulullah s.a.w bertanya: Apa yang beliau katakan pada kamu? Mereka menjawab: Beliau mengucapkan kata-kata kesat kepada kami. Selepas itu Rasulullah s.a.w dan Sahabatnya iaitu Abu Bakar mengucup Hajar Aswad dan mereka melakukan tawaf di Kaabah kemudian mereka sembahyang. Setelah baginda selesai sembahyang, aku pun menemui baginda. Abu Zar berkata: Aku mengucapkan salam kepada baginda dan baginda menjawab salamku. Setelah itu baginda s.a.w bertanya: Siapa kamu? Aku jawab: Aku dari kaum Ghifar, Semasa baginda mengusap tangan baginda s.a.w ke mukanya. Aku berkata sendirian, sebaiknya aku tidak mengaku bahawa aku dari kaum Ghifar. Aku cuba untuk menghampiri baginda dan memegang tangannya tapi dihalangi oleh Sahabatnya iaitu Abu Bakar, sambil mengangkat kepalanya. Baginda bertanya: Semenjak bilakah kamu berada di sini? Aku menjawab: Semenjak sebulan yang lalu. Baginda bertanya: Siapakah yang memberikan makan kepada kamu? Aku menjawab: Tidak ada makanan bagiku melainkan air Zamzam, tetapi aku menjadi sihat dan perutku kelihatan buncit. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya air Zamzam itu penuh keberkatan dan memberikan kekuatan seperti makanan. Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! izinkan aku untuk memberinya makan pada malam ini. Setelah itu aku, Rasulullah dan Abu Bakar meninggalkan tempat tersebut. Abu Bakar membuka pintu rumah, kemudian membawa segenggam anggur kering dari Taif untukku dan itulah makanan pertama semenjak aku di situ. Kemudian aku menemui Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda kepadaku: Aku tahu ada sebuah daerah yang banyak menghasilkan kurma, iaitu Yathrib. Bolehkah kamu menyampaikan berita kepada kaum kamu mengenai diriku? Mudah-mudahan Allah menolong mereka dan memberi ganjaran padamu. Setelah itu aku pergi menemui Unais. Beliau bertanya padaku: Apakah yang kamu lakukan di sana? Aku menjawab: Aku telah memeluk Islam dan aku telah membenarkannya, setelah itu Unais juga memeluk Islam. Kami kemudiannya menemui ibu kami dan mengajaknya memeluk Islam dan beliau akhirnya memeluk Islam. Begitu juga dengan kaum Ghifar, di mana sebahagian daripada mereka telah memeluk Islam. Mereka diketuai oleh Aima' bin Rahadah al-Ghifari. Manakala sebahagian yang lain berkata: Sekiranya Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, kami akan memeluk Islam. Setelah baginda s.a.w sampai di Madinah, mereka pun memeluk Islam. Setelah itu datang Kabilah Aslam dan mereka berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah saudara-saudara kami, maka kami juga mesti memeluk Islam bersama mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Kaum Ghifar, Allah mengampuni mereka dan kepada Kaum Aslam Allah memberikan keselamatan kepada mereka.

1434 - Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya: Semenjak aku memeluk Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah melarangku untuk menemui baginda. Setiap kali baginda melihatku, baginda pasti tersenyum

1435 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah pergi ke tandas aku meletakkan air untuk baginda berwuduk. Setelah keluar baginda s.a.w bertanya: Siapakah yang menyediakan air ini? Dalam setengah riwayat Zuhair dan dalam setengah riwayat lagi Abu Bakar. Aku menjawab: Ibnu Abbas. Baginda s.a.w berdoa: Ya Allah, pandaikanlah beliau dalam ilmu agama

1436 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: Aku bermimpi melihat tanganku menggenggam sehelai kain sutera. Tidak ada tempat yang aku inginkan di Syurga dapat aku sampai kecuali sutera tersebut terbang ke sana (ke tempat tersebut membawaku). Aku ceritakan perkara itu kepada Hafsah. Manakala Hafsah menceritakannya kepada Nabi s.a.w. Maka baginda bersabda: Aku yakin Abdullah adalah seorang lelaki yang soleh

1437 - Diriwayatkan daripada Anas r.a daripada Ummu Sulaim katanya: Wahai Rasulullah! Aku menjadikan Anas sebagai khadammu, tolonglah berdoa untuknya. Rasulullah s.a.w pun berdoa: Ya Allah, banyakkanlah harta dan anaknya dan berkatilah apa yang diberikan kepadanya

1438 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w datang menemuiku semasa aku bermain-main dengan kawan-kawan. Baginda memberi salam kepada kami, kemudian baginda mengutusi aku untuk sesuatu perkara, oleh kerana itu aku terlewat pulang ke rumah. Setelah aku pulang ibuku bertanya: Kenapa kamu pulang lewat? Aku menjawab: Rasulullah s.a.w menyuruhku untuk sesuatu perkara. Ibuku bertanya: Apakah dia perkara tersebut? Aku menjawab: Itu adalah rahsia. Ibuku berkata: Jangan kamu ceritakan tentang rahsia Rasulullah s.a.w kepada sesiapa pun. Anas berkata: Demi Allah, sekiranya aku menceritakannya kepada seseorang tentu aku menceritakan rahsia tersebut padamu, wahai Thabit

1439 - Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Aku tidak pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang pun bahawa baginda akan berada di dalam Syurga kecuali kepada Abdullah bin Salam

1440 - Hadis Abdullah bin Salam r.a: Diriwayatkan daripada Qais bin Ubad katanya: Ketika aku bersama orang ramai di Madinah. Di antara mereka, terdapat beberapa orang Sahabat Nabi s.a.w. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang dari mirip wajahnya menandakan beliau seorang yang khusyuk. Beberapa orang di antara kami berkata: Lelaki ini adalah ahli Syurga. Lelaki itu sembahyang dua rakaat dan memanjangkan sembahyangnya, setelah itu aku mengikuti beliau keluar dari situ dan masuk ke dalam rumahnya. Ketika di dalam rumahnya kami bercakap-cakap dan aku berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai telah berkata kepadamu begini, begini. Lelaki itu berkata: Maha Suci Allah, seseorang itu tidak boleh berkata tentang sesuatu perkara yang belum diketahui. Aku akan ceritakan kepadamu tentang perkara itu. Pada masa Rasulullah s.a.w aku bermimpi berada di dalam taman yang luas yang dipenuhi dengan rumput yang hijau. Ditengah-tengah taman tersebut, terdapat tiang besi yang terpacak di bumi, di mana hujungnya menjulang tinggi ke langit, manakala di bahagian atas tiang itu terdapat tali. Ada suara berkata kepadaku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak berkuasa untuk naik. Tiba-tiba datang seseorang, Ibnu Auni berkata seseorang itu adalah khadam. Khadam itu memegang pakaianku dari belakang untuk membantuku, sehingga aku berupaya naik ke atas tiang itu dan aku berpegangan pada tali. Beliau berkata padaku: Berpeganglah padanya. Aku terjaga dari tidur dan aku dapati tali itu berada dalam genggaman ku. Setelah itu aku ceritakan kepada Rasulullah s.a.w dan baginda pun bersabda: Taman itu adalah Islam, tiang itu adalah tiang Islam dan tali itu adalah tali yang kuat. Sesungguhnya kamu akan mati di dalam Islam. Dikatakan juga: Lelaki itu ialah Abdullah bin Salam r.a

1441 - Hadis Hassan bin Thabit r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Musayyib katanya: Ketika Umar berjalan di dalam masjid, Hassan sedang mengalunkan syair. Beliau berkata (Hassan): Aku bersyair di dalamnya (masjid) dan di dalamnya terdapat orang yang lebih baik darimu (Rasulullah s.a.w), kemudian beliau berpaling ke arah Abu Hurairah dan berkata: Demi Allah, adakah kamu pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Peliharalah aku. Ya Allah, kuatkanlah beliau dengan Rohulqudus. Abu Hurairah menjawab: Ya

1442 - Diriwayatkan daripada al-Bara' bin Azib r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada Hassan bin Thabit: Perangilah mereka (berperang dengan berbalas syair), sesungguhnya Jibril ada bersamamu

1443 - Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah r.a katanya: Hassan bin Thabit salah seorang yang berlebih-lebihan terhadap Aisyah maka aku pun mencacinya, lalu beliau (Aisyah) berkata: Biarkan beliau, sesungguhnya beliau adalah pembela Rasulullah s.a.w

1444 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Hassan berkata: Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk menghadapi Abu Sufian. Baginda s.a.w bersabda: Bagaimanakah perhubungan kekeluargaan aku dengannya? Beliau berkata: Demi Zat yang memuliakan kamu, akan aku ambil kamu seperti aku mencabut rambut dalam roti. Seterusnya Hassan berkata: Yang bermaksud: Sesungguhnya keturunan keluarga Hasyim Ialah dari Bani Anak Perempuan Makhzum manakala ayah kamu adalah Abdullah. Inilah Qasidahnya

1445 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah s.a.w dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika Orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan Orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku dan baginda memberikan kesemua Hadis baginda sehingga selesai. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda

1446 - Hadis Saidatina Aisyah r.a: Aisyah pernah berkata kepada Urwah bin az-Zubair: Apakah kamu tidak merasa kagum terhadap Abu Hurairah r.a? Dia datang lalu duduk di sebelah bilikku lantas menceritakan Hadis dari Nabi s.a.w. Dia sengaja memperdengarkan cerita tersebut kepadaku. Saat itu aku sedang menunaikan sembahyang sunat. Dia berdiri meninggalkan tempat itu sebelum aku selesai sembahyang sunat tersebut. Seandainya aku sempat mendapatinya pada waktu itu nescaya aku akan katakan kepadanya berulang-kali: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah bersabda secara tergesa-gesa seperti yang kamu lakukan

1447 - Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a katanya: Rasulullah s.a.w menghantar aku, Zubair dan Miqdad. Baginda s.a.w bersabda: Pergilah kamu ke Raudah Khah. Di sana terdapat seorang perempuan yang menunggang Unta, bersamanya ada sepucuk surat dan kamu hendaklah mengambil surat itu darinya. Kami berangkat dengan kuda dan ketika kami bertemu dengan perempuan itu kami berkata: Berikan surat kepada kami. Perempuan itu berkata: Aku tidak membawa surat. Kami berkata: Keluarkan surat atau kami periksa pakaian kamu. Setelah itu beliau mengeluarkan surat dari sanggul rambutnya dan surat itu kami serahkan kepada Rasulullah s.a.w. Isi kandungan surat berbunyi: Dari Hatib bin Abu Balta'ah kepada Musyrikin Mekah. Beliau memberitahu kepada orang-orang Musyrikin sebahagian dari urusan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Wahai Hatib! Apakah ini? Beliau berkata: Wahai Rasulullah! Jangan menuduh aku walaupun aku ada hubungan baik dengan orang-orang Quraisy. Abu Sufian berkata: beliau sememangnya berkawan baik dengan mereka tetapi bukan dari keturunan mereka. Aku tahu bahawa orang-orang Muhajirin yang tinggal bersama kamu mempunyai keluarga yang berada di bawah pengawasan mereka iaitu Quraisy. Sesungguhnya aku lakukan itu supaya mereka melindungi keluargaku dan aku lakukan itu bukanlah kerana aku kafir atau murtad dari agamaku. Aku juga tidak reda dengan kekufuran setelah aku memeluk Islam. Nabi s.a.w bersabda: Beliau benar. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Biarkanlah aku membunuh orang munafik ini. Nabi s.a.w bersabda: Tidakkah kamu ketahui bahawa beliau dari tentera Badar? Mudah-mudahan Allah memberi keistimewaan kepada tentera Badar. Baginda bersabda: Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya aku telah memberi kemaafan kepada kamu. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat: Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mangambil musuhku dan musuh kamu menjadi teman rapat

1448 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Aku bersama Nabi s.a.w, iaitu semasa baginda berada di Ja'ranah yang terletak antara Mekah dan Madinah. Baginda ditemani oleh Bilal. Ketika itu seorang arab desa datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad! Adakah kamu laksanakan apa yang telah kamu janjikan padaku. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Bergembiralah. Lelaki itu berkata: Kamu sudah berapa kali meminta supaya aku bergembira. Dengan nada marah Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Musa dan Bilal: Orang itu menolak kegembiraan, kamu berdua sahajalah yang menerimanya. Keduanya berkata: Wahai Rasulullah! Kami menerimanya. Kemudian Rasulullah s.a.w meminta bekas yang berisi air. Rasulullah s.a.w membasuh tangan dan mukanya serta meludah ke dalam bekas itu dan baginda s.a.w bersabda: Kamu berdua minumlah air ini serta membasuh muka dan tengkok kamu serta bergembiralah. Keduanya melakukan apa yang di perintahkan oleh Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Ummu Sulaim berkata kepada mereka dari balik tabir: Simpanlah sedikit air itu untuk ibu kamu, maka mereka pun menyimpannya untuk ibu mereka

1449 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Setelah peperangan Hunain tamat Nabi s.a.w mengutuskan Abu Amir mengetuai tentera ke Autas. Di pertengahan jalan mereka bertembung dengan Duraid bin Sim'mah. Beliau berjaya membunuh Duraid dan Allah memberi kemenangan kepada para Sahabat. Abu Musa berkata: Rasulullah s.a.w telah mengutus aku dan Abu Amir, ketika itu lutut Abu Amir dipanah oleh lelaki dari Bani Jusam dan beliau merasa sakit di tempat yang terkena panah itu. Aku menghampiri beliau dan berkata: Wahai bapa saudaraku! Siapakah yang memanahmu? Abu Amir memberi isyarat kepada Abu Musa dan berkata: Orang itulah iaitu Bani Jusam, yang hendak membunuhku. Kamu lihat beliaulah orang yang memanahku. Abu Musa berkata: Aku pun menuju ke arahnya dan apabila beliau iaitu Bani Jusam melihatku, beliau berpaling dan melarikan diri dariku, tetapi aku terus mengikutinya. Aku mendekati beliau dan berkata: Adakah kamu tidak merasa malu? Bukankah kamu orang arab dan kenapakah kamu tidak berhenti? Akhirnya kami pun bertembung, berkelahi dan saling pukul-memukul. Akhirnya aku berjaya membunuhnya dengan pedangku. Setelah itu aku kembali kepada Abu Amir. Aku berkata padanya: Allah telah membunuh kawanmu itu. Beliau iaitu Abu Amir berkata: Cabutlah anak panah ini. Aku pun mencabutnya dan terkeluar air (yang dimaksudkan ialah darah). Beliau iaitu Abu Amir berkata: Wahai anak saudaraku! Pergilah kamu menemui Rasulullah s.a.w dan sampaikan salamku kepada baginda dan beritahu kepada baginda, bahawa Abu Amir meminta supaya Rasulullah s.a.w memohon ampun untuk beliau. Abu Amir memujukku supaya memimpin tentera. Tidak berapa lama beliau pun terkorban. Setelah selesai dari peperangan, aku pun pulang dan menemui Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda s.a.w sedang tidur di atas katil dari jalinan pelepah tamar dan di atas katil tersebut terdapt sebidang tikar. Kesan jalinan pelepah tamar itu terdapat di belakang dan rusuk Rasulullah s.a.w. Aku pun menceritakan kepada baginda s.a.w tentang kami dan juga mengenai Abu Amir dan aku sampaikan pesan beliau (Abu Amir), iaitu supaya baginda s.a.w memohon ampun kepada Allah untuk beliau. Setelah itu Rasulullah s.a.w meminta air untuk berwuduk, setelah selesai berwuduk, baginda s.a.w mengangkat kedua tangannya dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah Abu Amir. Ketika itulah aku melihat kedua ketiak baginda s.a.w yang berwarna putih. Kemudian baginda meneruskan doanya: Ya Allah, tinggikanlah kedudukan beliau dari makhlukmu atau dari manusia di Hari Kiamat. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Pohonkanlah keampunan untukku. Maka Rasulullah s.a.w berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa Abdullah bin Qais dan masukkanlah beliau ke dalam sebuah tempat yang mulia pada Hari Kiamat

1450 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengenali suara Golongan Asy'ari membaca al-Quran ketika masuk waktu malam. Aku juga mengetahui rumah mereka berdasarkan arah datangnya suara bacaan al-Quran pada waktu malam walaupun aku tidak mengetahui rumah mereka ketika pada siang hari. Di antara mereka ialah Hakim, apabila bertemu kuda atau dikatakan juga musuh, Hakim akan berkata kepada mereka: Sesungguhnya kawan-kawanku menyuruh kamu menunggu mereka

1451 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang-orang Asy'ari kehabisan makanan di dalam sesuatu peperangan atau bekalan makanan keluarga mereka di Madinah berkurangan. Mereka akan mengumpulkan apa yang masih ada pada mereka di dalam sehelai kain. Kemudian mereka membahagikannya sama rata di antara mereka, sesungguhnya aku dari kalangan mereka dan mereka dari kalangan aku

1452 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Telah sampai kepada kami berita keberangkatan Rasulullah s.a.w dan pada ketika itu kami berada di Yaman. Aku dan dua orang saudaraku iaitu Abu Burdah dan Abu Ruhmi bersama dengan orang-orang Muhajirin berangkat menemui Rasulullah s.a.w dan aku merupakan saudara yang terkecil. Abi Musa berkata samada beberapa orang, lima puluh tiga atau lima puluh dua orang dari kaumku menaiki kapal laut. Kami menghalakan kapal kami ke arah pasukan an-Najasyi di Habsyah. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan Jaafar bin Abu Talib berserta sahabatnya. Jaafar berkata: Rasulullah s.a.w mengutus dan memerintahkan supaya kami tinggal di sini, maka kamu tinggalah bersama-sama kami. Abu musa berkata: Kami tinggal bersama beliau sehinggalah kami pulang bersama-sama. Kami menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berjaya membuka Khaibar. Baginda telah membahagikan harta rampasan kepada kami atau dikatakan juga Rasulullah s.a.w memberikan kepada kami sebahagiannya dan Rasulullah s.a.w tidak memberikan harta rampasan tersebut kepada sesiapa pun kecuali kepada tentera yang menyertai pembukaan Khaibar dan kepada pasukan kami yang yang bersama dengan Jaafar serta sahabat-sahabatnya. Mereka telah membahaginya sesama mereka. Abu Musa berkata: Orang ramai berkata kepada kami iaitu pasukan laut: Kami berhijrah lebih dahulu daripada kamu. Abu Musa berkata: Asma' binti Umais iaitu salah seorang yang menyertai kami menemui Hafsah isteri Nabi s.a.w. Beliau juga telah berhijrah ke Najasyi. Ketika Umar masuk untuk menemui Hafsah, Asma' ada bersamanya. Setelah melihat Asma', Umar berkata: Siapakah ini? Beliau menjawab: Asma' binti Umais. Umar berkata: Adakah ini orang Habsyah yang menyertai angkatan laut? Asma' menjawab: Benar. Umar berkata: Kami lebih dahulu berhijrah daripada kamu, maka kami lebih berhak ke atas Rasulullah s.a.w. Asma' menjawab dengan marah: Wahai Umar! Sesungguhnya kamu berbohong. Aku tahu kamu bersama Rasulullah s.a.w, memberikan makan kepada orang kelaparan dan mengajar orang-orang bodoh, manakala kami yang berada jauh di Habsyah juga adalah kerana Allah dan RasulNya. Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehinggalah aku memberitahu apa yang kamu katakan kepada Rasulullah s.a.w. Kami juga disiksa dan ditakuti. Aku akan ceritakan kepada Rasulullah s.a.w akan semua itu dan meminta pendapat baginda. Demi Allah, aku tidak akan berdusta, tidak menyeleweng dan tidak menambahi tentang perkara itu. Setelah Rasulullah s.a.w datang, Asma' pun berkata: Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya Umar telah berkata begini dan begini. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada yang lebih berhak terhadapku selain daripada kamu. Umar dan sahabat-sahabatnya hanyalah berhijrah satu kali sedangkan pasukan laut berhijrah sebanyak dua kali. Asma' berkata: Aku melihat Abu Musa dan pasukan laut datang untuk bertanya kepadaku mengenai Hadis tersebut. Tidak ada sesuatu yang lebih gembira dan agong di dunia ini melainkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka. Abu Burdah berkata: Asma' telah berkata: Aku telah bertemu dengan Abu Musa, beliau meminta semula Hadis ini dariku

1453 - Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ayat yang bermaksud: (Ketika dua golongan daripadamu ingin (lari) kerana takut, sedangkan Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu) diturunkan tentang kami. Dua golongan yang dimaksudkan itu ialah Bani Salimah dan Bani Harithah. Kami tidak menyukai ayat ini kerana ayat yang bermaksud: (Sedangkan Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu) masih belum diturunkan

1454 - Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdoa: Wahai tuhanku! Ampunilah Orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan keturunan Ansar

1455 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdiri dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. Iaitu Kaum Ansar

1456 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Seorang wanita Ansar menemui Rasulullah s.a.w serta Rasulullah s.a.w melayaninya dan bersabda: Demi Zat ku yang berada di dalam kekuasaanNya, Sesungguhnya kamu adalah manusia yang sangat aku cintai. Baginda s.a.w bersabda sedemikian sebanyak tiga kali

1457 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka

1458 - Diriwayatkan daripada Abu Usaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, selepas itu Bani Abdul Asyhal, selepas itu Bani al-Haris bin Khazraj, selepas itu Bani Saidah. Sementara itu, pada setiap kabilah Ansar ada kebaikan. Saad berkata: Setahu aku, Rasulullah s.a.w mengutamakan kami. Ada yang berkata: Baginda s.a.w mengutamakan kamu dari kaum lain

1459 - Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku telah keluar musafir bersama Jarir bin Abdullah al-Bajali. Beliau ingin melayani aku, tetapi aku berkata kepadanya: Kamu jangan melayaniku. Maka beliau berkata: Sesungguhnya aku melihat orang Ansar melakukan sesuatu untuk Rasulullah s.a.w, semenjak itulah aku bersumpah akan melayani setiap orang Ansar yang berada bersamaku

1460 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kaum Aslam semoga Allah memberi keselamatan kepada mereka dan Kaum Ghifar semoga Allah memberikan keampunan kepada mereka. Bukan aku yang berkata tetapi Allah yang berfirman begitu

1461 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kaum Ghiffar Allah mengampuni mereka dan Kaum Aslam Allah memberikan keselamatan kepada mereka. Manakala Kaum Usayyat telah durhaka kepada Allah dan RasulNya

1462 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kaum-kaum Quraisy, Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghiffar dan Asyja' merupakan para penolong dan penolong mereka ialah Allah dan RasulNya

1463 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Kaum-kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah serta sebahagian dari Kaum Juhainah atau dari Juhainah, adalah lebih baik daripada Bani Tamim dan Bani Amir, begitu juga dari Kaum Asad dan Kaum Ghatafan

1464 - Diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a katanya: al-Aqra' bin Habis telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan beliau berkata: Sesungguhnya Surraq al-Hajij yang memberi bai'ah kepada kamu adalah dari suku kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah, kemudian termasuk juga Kaum Juhainah, cuma Muhammad yang masih ragu-ragu. Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu lihat kaum-kaum Aslam, Ghiffar dan Muzainah, manakala Juhainah itu lebih baik daripada Bani Tamim, Amir, Asad dan Ghatafan, maka mereka merasa kecewa dan rugi? Beliau berkata: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya, bahawa mereka iaitu kaum-kaum Aslam, Ghiffar dan Muzainah, adalah lebih baik daripada mereka iaitu Bani Tamin, Amir, Asad dan Ghatafan

1465 - Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Sedekah pertama yang membuatkan Rasulullah s.a.w dan Sahabatnya menjadi gembira ialah sedekah Kaum Tayyi' yang dibawa kepada Rasulullah s.a.w

1466 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: At-Tufail serta sahabatnya menemui Rasulullah s.a.w dan mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kaum Daus telah kufur dan menentang, maka berdoalah kepada Allah supaya mereka susah. (Dikatakan): Celakalah Daus. Rasulullah s.a.w pun berdoa: Ya Allah, berikan petunjuk kepada kaum Daus dan bawalah aku kepada mereka

1467 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku menyukai Bani Tamim kerana tiga perkara yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w, di mana baginda s.a.w bersabda: Mereka iaitu Bani Tamim adalah umatku yang paling kuat menghadapi Dajjal. Dikatakan: Ketika sedekah-sedekah mereka sampai atau diterima, Nabi s.a.w bersabda: Ini adalah sedekah kaumku. Ketika orang-orang tawanan dari kalangan mereka berada bersama Aisyah. Rasulullah s.a.w bersabda: Merdekakanlah mereka kerana mereka adalah keturunan Nabi Ismail

1468 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang soleh dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya

1469 - Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Asim r.a katanya: Aku bertanya Anas: Adakah telah sampai kepada kamu sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Tidak ada sumpah di dalam Islam? Anas menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersumpah di antara kaum Quraisy dan golongan Ansar di rumah baginda s.a.w

1470 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Akan tiba suatu zaman di mana segolongan manusia akan berperang dan mereka ditanya: Adakah di antara kamu orang yang pernah melihat Rasulullah? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka diberi kemenangan, kemudian datang lagi segolongan manusia yang berperang dan mereka ditanya: Adakah di antara kamu orang yang pernah melihat Sahabat Rasulullah s.a.w? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka di beri kemenangan. Setelah itu datang lagi segolongan manusia yang berperang, lalu ditanya kepada mereka: Adakah di antara kamu yang melihat Sahabat Rasulullah? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka di beri kemenangan

1471 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik umatku ialah mereka yang hidup sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman dengan Sahabatku, selepas itu mereka yang hidup selepas mereka (sahabat r.a.) Selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya

1472 - Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksiaan tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan suka akan kemewahaan

1473 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Suatu malam Rasulullah s.a.w bersembahyang Isyak bersama kami (di akhir hayatnya). Setelah memberi salam, baginda s.a.w berdiri dan bersabda: Tahukah kamu akan malam ini? Sesungguhnya seratus tahun akan datang tidak akan ada lagi seorang pun manusia di atas muka bumi ini. Ibnu Umar berkata: Orang ramai salah faham mengenai sabda Rasulullah s.a.w itu, mereka bercakap-cakap tentang Hadis tersebut terutamanya mengenai Kiamat seratus tahun akan datang. Sedangkan maksud Rasulullah ialah, tidak ada seorang pun manusia yang hidup sekarang ini (zaman Rasulullah) akan hidup pada seratus tahun yang akan datang, dengan kata lain kurun itu sudah berlalu

1474 - Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Di antara Khalid bin al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid mencaci beliau. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci Sahabatku walaupun salah seorang dari kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, dia tidak dapat menandingi salah seorang ataupun separuh dari mereka

1475 - Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a: Daripada Abu Naufal daripada al-Hajjaj katanya: Aku berkata kepada Asma' binti Abu Bakar: Bagaimanakah kamu melihat apa yang aku lakukan terhadap musuh. Asma' menjawab: Aku melihat kamu merosakkan dunia mereka dan mereka telah merosakkan akhirat kamu. Sesungguhnya telah sampai kepada aku bahawa kamu memanggilnya dengan pangilan Zatu an-Nitaqain, demi Allah akulah Zatu an-Nitaqain. Pertamanya kerana aku menghantar makanan untuk Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar dari ternakan. Manakala yang keduanya ialah pakaian wanita yang tidak perlu kamu mengetahuinya. Apa yang Rasulullah s.a.w ceritakan kepada kami mengenai kaum Thaqif, bahawa di situ ada seorang pendusta dan seorang perosak. Pendusta tersebut kami pernah melihatnya, manakala tukang perosak itu aku rasa adalah kamu. Setelah itu beliau pun pergi dan tidak kembali lagi

1476 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya

1477 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan didapati manusia seperti seratus ekor unta, tetapi tidak terdapat seorangpun daripada mereka yang dapat dibawa untuk musafir

1478 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu

1479 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w memohon izin kepada baginda agar diperkenankan untuk turut berperang. Nabi s.a.w bersabda: Adakah kedua orang tuamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: Ya, masih hidup. Nabi s.a.w bersabda: Berbuat baiklah kepada mereka, maka keluarlah berperang

1480 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Seorang yang bernama Juraij sedang mengerjakan ibadat di sebuah gereja. Lalu ibunya datang memanggilnya. Humaid berkata: Abu Rafi' pernah menerangkan kepadaku mengenai bagaimana Abu Hurairah meniru gaya ibu Juraij ketika memanggil anaknya, sebagaimana beliau mendapatkannya daripada Rasulullah s.a.w iaitu dengan meletakkan tangannya di bahagian kepala antara dahi dan telinga serta mengangkat kepalanya: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Ketika itu perempuan tersebut mendapati anaknya memulakan sembahyang. Dengan keraguan Juraij berkata kepada diri sendiri: Ya Tuhan, ibuku atau sembahyangku. Tetapi Juraij telah memilih untuk meneruskan sembahyangnya. Tidak berapa lama selepas itu, perempuan tersebut pergi untuk yang kedua kalinya. Beliau memanggil: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Juraij bertanya lagi kepada diri sendiri: Ya tuhan, ibuku atau sembahyangku. Tetapi beliau masih lagi memilih untuk meneruskan sembahyangnya. Oleh kerana terlalu kecewa akhirnya perempuan itu berkata: Ya tuhan, sesungguhnya Juraij adalah anakku. Aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata beliau enggan menjawabnya. Ya tuhan, janganlah Engkau matikan beliau sebelum beliau mendapat fitnah yang disebabkan oleh perempuan pelacur. Pada suatu hari seorang pengembala kambing sedang berteduh di gereja Juraij yang letaknya jauh terpencil dari orang ramai. Tiba-tiba datang seorang perempuan dari sebuah dusun yang juga sedang berteduh di tempat tersebut. Kemudian keduanya melakukan perbuatan zina, sehingga melahirkan seorang anak. Ketika ditanya oleh orang ramai: Anak dari siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak dari penghuni gereja ini. Lalu orang ramai berduyun-duyun datang kepada Juraij. Mereka membawa besi perejang. Mereka berteriak memanggil Juraij, yang mana pada waktu itu sedang bersembahyang. Maka sudah tentu Juraij tidak melayani panggilan mereka, akhirnya mereka merobohkan bagunan gerejanya. Tatakala melihat keadaan itu, Juraij keluar menemui mereka. Mereka berkata kepada Juraij: Tanyalah anak ini. Juraij tersenyum, kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya: Siapakah bapamu? Anak itu tiba-tiba menjawab: Bapaku adalah seorang pengembala kambing. Setelah mendengar jawapan jujur dari anak tersebut, mereka kelihatan menyesal, lalu berkata: Kami akan memdirikan gerejamu yang kami robohkan ini dengan emas dan perak. Juraij berkata: Tidak payahlah, biarkan ia menjadi debu seperti asalnya. Kemudian Juraij meninggalkannya

1481 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk. Apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah sebuah tempat (rahim) dan berkata: Inilah tempat orang yang menjaga dari terputusnya hubungan kekeluargaan. Allah berfirman: Baiklah. Apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu? Beliau berkata: Sudah tentu. Allah berfirman: Itulah milikmu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah ayat Yang bermaksud: Maka apakah sekiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya serta dibutakan matanya, maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran atau apakah hati mereka sudah terkunci?

1482 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya

1483 - Diriwayatkan daripada Jubair bin Mut'im r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturrahim)

1484 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim

1485 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya

1486 - Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam

1487 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara

1488 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling tahan menderita sakit melebihi Rasulullah s.a.w

1489 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya

1490 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang muslim yang tersusuk duri atau lebih dari itu misalnya, maka kerananya dicatatkan satu darjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan

1491 - Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya

1492 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Ketika diturunkan ayat: Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tersusuk duri

1493 - Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya: Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku perlihatkan seorang wanita yang menjadi calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu. Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku. Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu. Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh, jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya

1494 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan kegelapan pada Hari Kiamat kelak

1495 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Barangsiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Barangsiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat

1496 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca firman Allah: Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras

1497 - Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak. Wahai orang Muhajirin! Manakala kaum Ansar berteriak. Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahilyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa, wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyebunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya

1498 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain

1499 - Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit

1500 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki meminta untuk masuk berjumpa Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Persilakanlah beliau masuk. Beliau adalah putera yang paling buruk dari sebuah keluarga atau lelaki yang paling buruk dari sebuah keluarga. Tatakala lelaki itu masuk berjumpa Nabi s.a.w, maka Nabi s.a.w menyambutnya dengan kata-kata yang lemah lembut. Aisyah berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa anda (iaitu baginda) bercakap dan bersikap seramah itu. Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya orang yang kedudukannya paling buruk di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak ialah orang yang di jauhi atau orang yang ditinggalkan oleh orang ramai kerana mereka takut akan kejahatannya (orang yang buruk perkataan dan perbuatannya)