27

015/025/035 MATEMATIK - gurubesar.my · operasi bahagi dengan tepat. Matematik 11 KupasanMutuJawapan UPSR 2014 Jawapan yang salah. Calon melakukan kesilapan dengan menukar unit minit

  • Upload
    danganh

  • View
    248

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

015/025/035 MATEMATIK

Matematik 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 40 Masa : 40 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Matematik UPSR ini mengandungi 20 soalan respon terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 40. Konstruk yang diukur ialah: a) Pengetahuan dan Pemahaman b) Kemahiran Mengendalikan Operasi c) Kemahiran Asas d) Kemahiran menyelesaikan masalah harian PRESTASI KESELURUHAN: Pada keseluruhannya calon mencapai prestasi yang baik. Jawapan yang dipersembahkan oleh calon menepati tugasan item dengan tepat. Langkah pengiraan yang kemas, teratur dan mendapat jawapan akhir yang jitu. Walau bagaimanapun terdapat calon yang tidak menyempurnakan kehendak tugasan item sepenuhnya. Calon ini memahami kehendak soalan tetapi cuai dalam langkah pengiraan. Terdapat juga calon yang yang tidak menyelesaikan langkah pengiraan sehingga ke jawapan jitu. Calon ini hanya berupaya menyelesaikan sebahagian kehendak tugasan item, khususnya pada item penyelesaian masalah. Terdapat juga segelintir calon hanya dapat menjawab item bentuk mekanikal yang hanya memerlukan pengolahan operasi asas. Calon ini menghadapi masalah dalam memahami item berbentuk penyelesaian masalah. Kes kecuaian seperti salah menulis simbol, salah menyalin item, salah menulis unit, salah semasa operasi menambah, menolak, mendarab, membahagi dan sebagainya masih berlaku. Penggunaan simbol yang kurang tepat juga telah dilakukan oleh sesetengah calon dan ini telah mengakibatkan pencapaian calon tidak memuaskan. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dapat mempersembahkan jawapan dengan tepat dan jitu mengikut kehendak item. Calon juga dapat menterjemahkan kehendak item pada langkah pengiraan dengan penggunaan simbol, operasi dan unit yang tepat. Kekemasan langkah pengiraan juga dipamerkan. Kumpulan Sederhana Calon kumpulan ini telah menguasai tahap minima operasi asas dengan menjawab mengikut kehendak item tetapi tidak sempurna. Terdapat kesilapan semasa pertukaran unit. Ada yang hanya menyelesaikan sebahagian tugasan item. Kecuaian dalam penggunaan operasi dan

Matematik 2 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

silap menyalin data. Ini menyebabkan calon tidak menepati kehendak item walaupun operasi yang ditunjukkan itu adalah betul. Kumpulan Rendah Mutu jawapan amat rendah. Calon tidak memahami item dan hanya dapat menjawab soalan bentuk mekanikal. Mereka tidak dapat mengaplikasi operasi asas dalam item penyelesaian masalah. Terdapat calon masih keliru dalam pertukaran unit. Ada calon yang salah penggunaan operasi walaupun data yang diambil daripada item adalah betul. Kelemahan mentaksir maklumat dan membaca data daripada jadual dan gambarajah. PRESTASI TERPERINCI SOALAN 1

Item ini memerlukan calon nyatakan nilai digit yang mewakili nilai tempat ratus ribu. Calon perlu mengetahui nilai tempat.

Calon faham kehendak item menguasai nilai tempat dan nilai digit. SOALAN 2

Calon perlu menulis “lapan belas perpuluhan sifar tiga dua” dalam angka.

Matematik 3 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kebanyakkan jawapan calon betul. Calon memahami kehendak item dan menulis dalam angka dengan tepat. Sebahagian calon tidak menguasai konsep nombor perpuluhan. SOALAN 3

Calon dikehendaki melorek kawasan yang mewakili 15% daripada bulatan.

Kebanyakan calon hanya membuat pengiraan yang tepat dan tidak melorekkan bahagian dalam bulatan.

Matematik 4 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 4

Calon perlu membaca waktu yang ditunjukkan dan menyatakan waktu itu dalam sistem 12 jam.

Sebilangan jawapan calon dapat menukarkan pada sistem 12 jam. Masih terdapat jawapan calon yang tidak dapat membezakan waktu dalam sistem 12 jam dengan waktu sistem 24 jam dan menulis waktu yang tepat.

Matematik 5 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 5

Calon dikehendaki menyatakan jisim dalam kilogram berdasarkan bacaan yang ditunjukkan dalam rajah.

Kebanyakan calon memahami kehendak item dan memberi jawapan jitu. Ada segelintir calon silap dalam menentukan nilai setiap senggatan.

Matematik 6 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 6

Item ini memerlukan calon membaca dan menulis isipadu air dalam unit ml pada sebuah silinder penyukat. Calon perlu faham bahawa satu senggatan adalah bernilai 20 ml.

Jawapan yang diberi menunjukkan calon memahami tugasan item dan dapat membaca nilai senggatan pada silinder penyukat dengan tepat. Terdapat calon gagal membaca isipadu dengan tepat seperti contoh di atas:

Matematik 7 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 7

Item ini memerlukan calon menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan tepat.

Kebanyakan calon dapat memahami kehendak item ini dan dapat menjawab dengan betul.:

Walau bagaimanapun ada calon silap menulis jawapan akhir walaupun telah melakukan langkah pengiraan dengan betul seperti jawapan di atas. SOALAN 8

Calon dikehendaki menggunakan kemahiran mendarab dan membahagi. Calon harus menguasai konsep ”BODMAS” untuk menyelesaikan item ini.

Matematik 8 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang ditunjukkan adalah kemas dan teratur. Calon ini dapat menggunakan operasi bahagi dan darab dengan betul. Calon telah menggunakan konsep ”BODMAS” dengan betul.

Calon menjawap menggunakan konsep ”BODMAS” yang salah, iaitu melakukan operasi darab dahulu kemudian operasi bahagi. SOALAN 9

Item ini memerlukan calon melakukan penolakan nombor bulat dan perpuluhan. Calon dikehendaki menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat yang betul.

Jawapan calon menyusun semua tiga nombor dengan betul dan dapat melaksanakan operasi tolak dengan betul dan jawapan yang jitu.

Matematik 9 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang ditunjukkan adalah hasil dari penyusunan nombor perpuluhan mengikut nilai tempat yang tidak betul. SOALAN 10

Calon perlu mencari peratusan daripada nombor bulat yang diberikan dengan melaksanakan operasi darab 45% dengan 680.

Jawapan yang memahami kehendak soalan. Calon menunjukkan langkah pengiraan yang kemas dan tersusun dan jawapan akhir yang tepat.

Jawapan yang salah. Calon meletakkan simbol peratus pada jawapan akhir dan nilai 306% adalah tidak sama dengan 306.

Matematik 10 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 11

Jawapan memerlukan calon menukarkan sen kepada RM atau sebaliknya dengan tepat dan seterusnya mencari jumlah wang tersebut.

Jawapan yang salah. Calon gagal menyusun RM dan sen dengan betul dan ini menyebabkan jawapan akhir yang tidak tepat.

Jawapan calon di atas salah penggunaan simbol dan semasa melakukan operasi menambah. Calon juga cuai semasa proses mengumpul semula. SOALAN 12

Calon dikehendaki membuat penukaran unit masa minit kepada saat dan melaksanakan operasi bahagi dengan tepat.

Matematik 11 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang salah. Calon melakukan kesilapan dengan menukar unit minit ke saat. Calon menukar 3 minit ke 150 saat seterusnya dengan operasi bahagi 4. SOALAN 13

Calon dikehendaki menukar unit ukuran panjang dari km ke meter, calon perlu memahami nombor bercampur dalam unit km.

Matematik 12 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kesilapan calon ketika menukarkan unit kilometre, meter serta meletakkan titik perpuluhan. Calon keliru di antara operasi darab dan bahagi semasa penukaran unit. SOALAN 14

Calon dikehendaki mencari perimeter bagi keseluruhan kawasan berlorek

Matematik 13 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan di atas menujukkan calon dapat menguasai konsep perimeter dan kaedah mencari perimeter. Calon juga dapat menulis unit dengan tepat.

Kaedah mencari jawapan yang betul Calon dapat mengira bilangan sisi pada rajah tetapi cuai semasa menambah kesemua sisi. Ini menyebabkan jawapan akhir yang diberikan itu tidak betul. SOALAN 15

Item ini memerlukan calon mencari panjang riben yang digunakan untuk mengikat sebuah hadiah mengikut data yang diberikan. Panjang riben mengikat sebuah hadiah perlu dicari terlebih dahulu sebelum mencari panjang riben untuk mengikat dua buah hadiah yang sama.

Matematik 14 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kebanyakan jawapan calon menunjukkan kemantapan dalam menguasai konsep bahagi dan darab. Ayat matematik dan langkah pengiraan dalam bentuk lazim juga ditulis dengan kemas. Contoh jawapan calon adalah seperti di atas. Terdapat juga sebahagian jawapan calon mengaplikasikan konsep pecahan dalam menyelesaikan tugasan item ini melalui langkah kerja seperti berikut:

Walau bagaimanapun terdapat jawapan calon yang tersilap menulis ayat matematik yang membawa kepada konsep yang salah seperti berikut:

Matematik 15 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 16

Item ini merupakan item penyelesaian masalah yang menguji calon dalam penguasaan kemahiran operasi mendarab nombor bulat dengan pecahan dan juga kemahiran membahagi. Calon juga dikehendaki mencari ¾ daripada keseluruhan 480 keping coklat. Daripada hasil ini, calon dikehendaki mencari bilangan coklat dalam 8 bungkusan.

Jawapan calon menunjukkan langkah pengiraan dengan kemas dan teratur. Ayat matematik ditulis dengan tepat dalam bentuk lazim dan langkah pengiraan yang kemas.

Matematik 16 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan calon ini tidak dapat menterjemah kehendak item dalam bentuk ayat matematik yang betul. SOALAN 17

Item ini membekalkan maklumat waktu mula dan akhir Kumar bekerja setiap hari. Calon dikehendaki mencari tempoh masa bekerja dalam masa 5 hari. Kebanyakan calon dapat mencari tempoh masa yang dikehendaki dengan langkah pengiraan yang betul. Namun demikian terdapat calon yang dapat mencapai jawapan akhir dengan betul tetapi telah menunjukkan ayat matematik yang tidak tepat. Contoh jawapan yang diperolehi adalah seperti berikut:

Matematik 17 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon ini melakukan kesilapan menulis waktu 5.00 p.m. dalam sistem 24 jam sebagai 17.00 p.m. Ayat matematik 17.00 p.m. – 9.00 a.m. adalah tidak tepat.

Calon ini tidak memahami tempoh masa dari jam 9.00 a.m. hingga 5.00 p.m. ialah 8 jam. Calon ini tidak dapat menulis dalam ayat matematik atau langkah pengiraan yang betul. Calon menolak 5.00 p.m. daripada 9.00 a.m. Ini adalah langkah yang tidak tepat tetapi calon mendapat jawapan melalui 8 x 5 = 40 jam. Terdapat juga calon tidak menguasai konsep tempoh masa dan tidak dapat mengira dengan tepat antara dua waktu. Contoh jawapan yang didapati adalah seperti berikut:

Calon ini menyatakan tempoh masa yang hendak dicari ialah dari 9.00 a.m. hingga 5.00 p.m. tetapi mendapat tempoh masa yang tidak tepat iaitu 7 jam.

Matematik 18 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 18

Calon dikehendaki mencari isi padu sebuah kuboid. Calon mesti mencari panjang AB yang panjangnya adalah dua kali panjang AD.

Kebanyakan calon dapat mencari panjang AB iaitu 3 cm x 2 = 6cm dan seterusnya mencari isi padu dengan tepat seperti contoh di atas Kesilapan calon seperti menulis unit isi padu seperti contoh berikut:

Matematik 19 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Dalam contoh jawapan di atas, calon telah silap menulis unit panjang sisi AB, AD dan AE dalam cm³.

Calon dalam contoh ini telah mengira isi padu dengan betul tetapi unit pada jawapan akhir tidak ditulis dengan betul. Terdapat segelintir calon yang tidak faham konsep isi padu dan memberikan jawapan yang tidak betul.

Matematik 20 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon menulis BAD, DBC dan EFG untuk mewakili isi padu. Ini menunjukkan calon tidak memahami konsep isi padu. SOALAN 19

Dalam item ini calon perlu menghitung jarak lompatan ketiga dengan purata yang telah diberikan. Calon perlu mencari jumlah kesemua tiga lompatan dan menolak dengan lompatan pertama dan kedua. Kebanyakan calon menunjukkan bahawa mereka faham konsep purata dengan mencari jumlah ketiga-tiga lompatan dan menolak keseluruhan lompatan dengan jumlah lompatan pertama dan kedua seperti contoh berikut:

Matematik 21 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Walau bagaimanapun terdapat calon kurang mantap dalam penguasaan konsep purata yang telah menyebabkan jawapan yang kurang tepat seperti contoh berikut:

Matematik 22 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan calon di atas telah menunjukkan langkah yang tidak tepat dengan mengandaikan bahawa lompatan ketiga adalah daripada jumlah lompatan pertama dan kedua. Ini adalah pengiraan yang tidak tepat. SOALAN 20

Matematik 23 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon dikehendaki mencari bilangan murid yang boleh ditempatkan dalam blok A, B dan C di asrama sebuah sekolah. Seterusnya perlu mencari jumlah keseluruhan bilangan murid dalam ketiga-tiga blok tersebut setelah mengambilkira bilik bacaan dan bilik pentadbiran. Secara keseluruhannya, calon dapat mencari bilangan penghuni dalam setiap bilik di blok A, B dan C. Akan tetapi kebanyakan calon tidak mengenalpasti bilangan bilik di setiap blok A, B dan C. Bagi calon dapat menjawab dengan betul jawapan yang dipersembahkan adalah teratur dan jelas langkah pengiraannya. Contoh jawapan adalah seperti berikut:

Calon di atas dapat mencari bilangan murid bagi setiap blok dengan mengambil kira bilik bacaan dan bilik pentadbiran serta bilangan bagi setiap blok. Terdapat calon yang tidak dapat menjawab dengan sepenuhnya samada disebabkan mereka tidak memahami kehendak item ataupun silap mentafsir maklumat dalam item yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan. Contoh jawapan calon ini adalah seperti berikut:

Matematik 24 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Dalam contoh jawapan ini, calon telah menganggap bilangan murid adalah sama di setiap bilik semua blok asrama sekolah itu.

Dalam contoh jawapan di atas, calon menumpukan kepada mencari bilangan murid dalam blok B tetapi tersilap dalam mengenalpasti bilangan bilik di blok A dan C.

Matematik 25 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON

1. Membaca dengan teliti dan memahami kehendak tugasan item sebelum menjawab.

2. Calon harus teliti semasa menyalin angka atau simbol operasi daripada ítem. Calon juga harus teliti dalam memindahkan jawapan yang diperoleh dalam bentuk lazim ke ruang jawapan yang disediakan.

3. Faham kehendak item dan banyak membuat latihan dalam menterjemahkan data dalam item penyelesaian masalah kepada ayat matematik.

4. Persembahan jawapan haruslah menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang teratur, kemas dan tepat.

5. Calon harus meningkatkan kemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan ítem penyelesaian masalah.

6. Bentangkan jawapan mengikut susunan yang teratur. Elakkan daripada memberi jawapan tanpa menunjukkan langkah pengiraan yang diperlukan.

7. Calon harus mantap dalam penukaran unit, misalnya dari minit kepada saat, km ke meter, dari sen ke ringgit dan sebagainya. Pastikan penggunaan simbol ‘x’ atau ‘÷’ adalah betul

dalam proses menukarkan unit.

8. Calon harus mantap hukum “BODMAS” supaya dapat menyelesaikan operasi bergabung dengan betul.

9. Semak jawapan selepas menjawab supaya tidak berlaku kesilapan seperti salah menjumlah, salah memindah angka, tidak meletak titik perpuluhan dan memberi jawapan dalam unit yang tidak menepati kehendak tugasan item.

10. Memahami konsep sesuatu topik dengan mantap dan cuba mengaplikasikan konsep tersebut dalam menyelesaikan masalah harian dalam pelbagai situasi.

11. Memastikan masa diuruskan dengan baik supaya dapat menjawab kesemua item dalam masa yang diperuntukan.

Matematik 26 KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU

1. Perkukuhkan penguasaan murid bagi fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi dan melatih murid menjawab dengan cepat dan tepat. .

2. Memastikan konsep dan kemahiran asas yang diajar dikuasai oleh murid dengan sepenuhnya sebelum kemahiran yang lebih tinggi diajar mengikut hirakinya.

3. Melatih murid dalam mentafsir dan memahami maklumat dari item dan seterusnya menulis ayat matematik yang revelan dengan maklumat itu.

4. Memberi penekanan kepada penggunaan pendekatan penyelesaian yang betul dan pelbagaikan kaedah penyelesaian khususnya operasi bergabung, penukaran unit, luas, perimeter dan peratusan.

5. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberi penekanan kepada penyusunan langkah penyelesaian dengan kemas dan teratur.

6. Memastikan murid memahami perbezaan waktu dengan tempoh masa.

7. Memastikan murid mengetahui dan memahami istilah matematik seperti beza, jumlah, mod, min, nama bentuk tiga matra dan sebagainya.

8. Membiasakan murid membuat semakan pada langkah kerja penyelesaian yang dibuat agar menepati kehendak item.

9. Mengasingkan kerja semakan daripada langkah pengiraan dan tidak ditulis bersambungan dengan jawapan akhir dalam ruang yang sama.

10. Penekanan harus diberi kepada murid agar mereka peka terhadap agihan masa samada ketika menjawab soalan.

11. Mengukuhkan konsep setiap topik yang diajar agar murid dapat mengaplikasikannya dalam item penyelesaian masalah.