22
1.0 Pengenalan Kejadian tanah runtuh merupakan satu isu yang hangat serta serius yang sering berlaku di Malaysia. Tanah runtuh merupakan satu fenomena geobencana yang berlaku secara semula jadi atau kegiatan manusia. Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh gelongsoran tanah atau pergerakan tanah di sesebuah kawasan yang tidak stabil. Tanah runtuh boleh berlaku secara pantas atau perlahan akibat daripada tarikan graviti.Namun, ia juga dipengaruhi oleh jenis tanah atau kecerunan tanah. Sebagai contoh, jenis tanah seperti lumpur,debris dan batuan adalah lebih cepat teruntuh berbanding dengan jenis tanih seperti rayapan, glasier dan solifuksi. Selain itu, kawasan yang mempunyai cerun yang curam mempunyai risiko yang tinggi menghadapi tanah runtuh berbanding dengan kawasan rata. Kelajuan pergerakan tanah runtuh boleh dibahagi kepada tiga iaitu pergerakan laju, pergerakan sederhana laju dan pergerakan perlahan. Pergerakan laju boleh berlaku dalam masa beberapa saat hingga beberapa minit manakala pergerakan sederhana laju berlaku dalam lingkungan beberapa minit hingga beberapa jam. Akhir sekali ialah pergerakan perlahan iaitu dalam masa beberapa hari hingga bulan atau tahun. Kejadian tanah runtuh juga merupakan salah satu proses susutan darat yang disebabkan oleh ketidakstabilan jisim tanah misalnya di kawasan tanah tinggi, kawasan yang mempunyai risiko berlakunya gempa bumi dan letupan gunung berapi. 1

kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

1.0 Pengenalan

Kejadian tanah runtuh merupakan satu isu yang hangat serta serius

yang sering berlaku di Malaysia. Tanah runtuh merupakan satu fenomena

geobencana yang berlaku secara semula jadi atau kegiatan manusia.

Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh gelongsoran tanah atau pergerakan

tanah di sesebuah kawasan yang tidak stabil. Tanah runtuh boleh berlaku

secara pantas atau perlahan akibat daripada tarikan graviti.Namun, ia juga

dipengaruhi oleh jenis tanah atau kecerunan tanah. Sebagai contoh, jenis

tanah seperti lumpur,debris dan batuan adalah lebih cepat teruntuh

berbanding dengan jenis tanih seperti rayapan, glasier dan solifuksi. Selain

itu, kawasan yang mempunyai cerun yang curam mempunyai risiko yang

tinggi menghadapi tanah runtuh berbanding dengan kawasan rata. Kelajuan

pergerakan tanah runtuh boleh dibahagi kepada tiga iaitu pergerakan laju,

pergerakan sederhana laju dan pergerakan perlahan. Pergerakan laju boleh

berlaku dalam masa beberapa saat hingga beberapa minit manakala

pergerakan sederhana laju berlaku dalam lingkungan beberapa minit hingga

beberapa jam. Akhir sekali ialah pergerakan perlahan iaitu dalam masa

beberapa hari hingga bulan atau tahun. Kejadian tanah runtuh juga

merupakan salah satu proses susutan darat yang disebabkan oleh

ketidakstabilan jisim tanah misalnya di kawasan tanah tinggi, kawasan yang

mempunyai risiko berlakunya gempa bumi dan letupan gunung berapi.

Konsep asas kejadian tanah runtuh ialah dari kawasan tinggi ke

kawasan rendah akibat tindakan daya tarikan graviti. Selain itu, ia juga boleh

disertai oleh agen pembawa seperti air dan sebagainya. Tanah runtuh yang

berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel

atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang disertai oleh

tanah dikenali sebagai debris atau puing yang mampu mencapai jumlah yang

besar sebanyak 1000000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang

besar. Jenis jenis tanah runtuh boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu

jatuhan batuan dan blok, jatuhan debris, gelongsoran batuan dan sebagainya.

Contoh gambar tanah runtuh adalah seperti berikut,

1

Page 2: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

Jatuhan Batuan dan Blok Jatuhan Debris

Namun, kebanyakan kes tanah runtuh di Malaysia berlaku disebabkan

oleh kandungan air yang banyak dalam tanah, aktiviti manusia dan

sebagainya. Sebagai contoh, satu kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di

flat kos rendah Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2006 adalah

disebabkan oleh saluran paip air di bawah tanah pecah dan kelemahan

penyelenggaran parit serta menyebabkan aliran air tidak dapat disalurkan

dengan baik.

Namun, dalam kajian saya, iaitu terdapat satu kes tanah runtuh yang

berlaku di Hulu Kelang, iaitu sebuah pangsapuri mewah rebah menyembah

bumi pada 11 Disember 1993. Kejadian ini telah menjadi igauan ngeri dalam

kalangan penduduk di situ bah juga untuk seluruh mesyarakat Malaysia.

Kejadian tanah runtuh ini meragut sebanyak 48 nyawa. Menurut kajian yang

dijalankan, faktor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh tersebut berlaku

disebaabkan oleh faktor semula jadi iaitu hujan turun tidak berhenti-henti

selama 10 hari dan juga ditambah dengan perbuatan menusia yang

dijalankan ke atas tanah tersebut. Pelbagai aktiviti pembangunan telah

dijalankan ke atas tanah tersebut yang menyebabkan struktur tanah terjejas

dan apabila hujan lebat turun, air diserap masuk ke bawah tanah yang

menyebabkan muatan tanah menjadi berat. Maka, atas tarikan gravity serta

struktur tanah yang longgar, maka kejadian ngeri itu berlaku dan telah

meragut nyawa( Azlan Abdul Rahman, 2009). Menurut beliau, satu lagi kes

yang berlaku di tempat yang sama beberapa tahun kemudian selepas

kejadian pada tahun 1993 yang membawa kepada implikasi yang amat

serius.Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan pertempatan

2

Page 3: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

mewah( Bukit Antarabangsa) di Hulu Kelang yang berpunca daripada aktiviti

manusia. Kejadian tanah runtuh tersebut telah memusnahkan 14 banglo

mewah, 4 orang terkorban dan 15 orang tercedera. Kes-kes yang berlaku ini

telah menunjukkan bahawa kejadian tanah runtuh merupakan salah satu isu

yang hangat yang sering kita boleh lihat melalui media massa. Maka, terdapat

beberapa faktor sama ada semula jadi ataupun perbuatan menusia yang

boleh mengakibatkan tanah runtuh.

2.0 Faktor Kejadian Tanah Runtuh Secara Semula Jadi

2.1 Hujan

Menurut kes yang berlaku di atas,kejadian tanah runtuh adalah

berpunca daripada keturunan hujan yang lebat yang berturut-turut sebanyak

sepuluh hari. Maka, secara tegasnya boleh menunjukkan bahawa hujan juga

boleh merupakan satu faktor yang mendorong berlakunya tanah runtuh.

Di kawasan tropika lembap iaitu di kawasan khatulistiwa, taburan

hujan tahunan adalah tinggi berbanding dengan kawasan sederhana sejuk.

Hal ini demikian kerana jaraknya antara bumi dengan matahari adalah lebih

dekat berbanding dengan kawasan kutub. Kawasan khatulistiwa yang

menerima gelombang pendek menerima jumlah tenaga matahari yang tinggi.

Maka, suhu di kawasan khatulistiwa adalah lebih tinggi. Keadaan ini akan

menggalakkan proses kitaran hidrologi berlaku seperti sejatan, sejatpeluhan,

kerpasan dan sebagainya. Apabila kadar sejatan tinggi, maka pemeluwapan

akan meningkat dan apabila wap air semakin banyak, ia akan turun sebagai

kerpasan. Maka, di kawasan tropika yang menerima jumlah hujan yang

banyak mudah mengalami kejadian tanah runtuh. Hal ini demikian kerana

hujan yang turun akan diserap ke dalam tanah dan ia akan menambah

muatan tanah. Tanah menjadi tepu dan mudah bergerak. Di samping itu,

kadar hujan yang tinggi yang menggalakkan serapan air ke dalam tanah akan

meningkatkan berlakunya luluhawa kimia. Luluhawa kimia membawa maksud

proses pereputan dan penyepaian batuan secara insitu yang melibatkan agen

atmosfera iaitu air hujan. Air hujan yang bertindak balas apabila bergabung

dengan oksigen atau karbon dioksida di udara akan menghasilkan asid lemah

yang mereputkan batuan dan mengubah saiz batuan dan kandungan

3

Page 4: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

kimianya. Sebagai contoh, dalam proses larutan, biasanya larutan batu kapur

menembusi secara menegak dan digalakkan oleh kehadiran formasi batu

kapur yang banyak rekahannya atau relif tersedia yang tinggi. Apabila hujan

menurun ke kawasan batu kapur, maka air yang terserap masuk ke dalam

rekahan batu kapur akan menyebabkan batu kapur dilarutkan dan menjadi

longgar, maka, tanah mudah terhakis dan runtuh. Skala ROM juga telah

dihasilkan oleh Pusat Kajian Tanah Runtuh Negara, Universiti Teknologi Mara

bagi meramal bulan yang mempunyai intensiti hujan yang tinggi. Pada bulan

yang mempunyai intensiti hujan yang tinggi, maka ia mempunyai skala yang

tinggi mengenai kebarangkalian berlakunya tanah runtuh. Namun, kejadian

tanah runtuh juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti berikut.

2.2 Jenis dan Ketebalan Tanah

Jenis dan ketebalan tanah merupakan salah satu faktor yang penting

dalam mempengaruhi kejadian tanah runtuh. Hal ini demikian kerana apabila

hujan turun sebagai kerpasan, air akan terserap ke dalam tanah. Bagi tanah

yang lembut, ia merupakan agen penyerap air yang baik. Keadaan ini akan

menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Keadaan ini

turut menyebabkan tanah menjadi longgar dan bergerak. Air mudah mengalir

ke dalam tanah dan ini akan menyebabkan penambahan keberatan tanah.

Maka, apabila ia tidak mampu menampung muatan yang berat, ia mudah

terhakis dan runtuh disebabkan oleh tindakan tarikan gravity. Air bawah tanah

juga bertindak menjadikan cerun tidak stabil. Sebagai contoh, agen penyerap

air yang baik adalah seperti pasir, kelodak, tanah liat dan sebagainya.

Menurut Keefer dan Johnson(1978), tanah seperti kelodak dan tanah liat

mudah menyerap air dan menghadapi kecenderungan mengurangkan

kekuatan serta mudah berubah bentuk berbanding dengan batu-batuan yang

keras. Maka, atas tarikan gravity , tanah yang sudah berubah bentuk menjadi

longgar dan akibatnya meyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Selain itu, ketebalan tanah atau sedimen juga akan mengakibatkan

kejadian tanah runtuh. Tanah runtuh boleh berlaku disebabkan

ketidakmampuan dalaman tanah untuk menahan muatan yang lebih berat

4

Page 5: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

daripadanya. Maka, sekiranya ketebalan tanah menambah, muatan juga turut

meningkat. Apabila muatan tersebut telah melebihi kekuatan dalaman tanah,

maka ia akan runtuh akibat ketidakmampuan untuk menahan berat tanah di

bahagian atas. Selain itu, sekiranya muatan tanah menjadi semakin berat,

apabila terdapat gegaran seperti letupan kuari, pergerakan kenderaan berat

atau aktiviti pengerudian, maka ia akan menyebabkan tanah menjadi tidak

stabil. Akibatnnya, tanah tersebut akan menjadi longgar dan mudah bergerak

ke kawasan lain ataupun dikenali sebagai tanah runtuh.

2.3 Kecerunan

Kejadian tanah runtuh juga berkait rapat dengan kecerunan sesuatu

kawasan. Hal ini disebabkan bahawa wujudnya tarikan graviti. Di kawasan

yang cerun, risiko berlakunya tanah runtuh adalah tinggi berbanding dengan

kawasan yang landai. Sebagai contoh, di kawasan yang landai iaitu

kecerunan kurang daripada 5 darjah akan menyebabkan daya gravitinya

kurang. Sebaliknya, kawasan cerun yang bersudut 5 darjah hingga 40 darjah

mempunyai daya tarikan gravity yang lebih kuat. Sekiranya terdapat bahan

tanih yang longgar atau puing di atas cerun, maka kejadian tanah runtuh

mudah berlaku.

3.0 Kejadian Tanah Runtuh Atas Tindakan Manusia

Menurut kajian kes di atas, kejadian tanah runtuh di kawasan Hulu

Kelang juga disebabkan oleh tindakan manusia. Manusia telah menjalankan

aktiviti mereka seperti pertanian, pembalakan dan sebagainya di kawasan

tersebut dan menyebabkan struktur tanah terjejas. Maka, kejadian tanah

runtuh mudah berlaku apatah lagi disertai oleh hujan lebat yang turun

berturut-turut tanpa berhenti dalam tempoh tertentu. Antara aktiviti manusia

yang dijalankan yang boleh menjejaskan struktur tanah adalah seperti berikut,

3.1 Pembalakan

Dalam sesebuah kawasan atau tanah, tumbuh-tumbuhan memainkan

perana yang penting dalam mengawal kestabilan tanah. Hal ini demikian

kerana akar tumbuhan-tumbuhan berfungsi menstabilkan cerun yang

mengikat zarah-zarah tanah. Selain itu, evapotranspirasi oleh tumbuh-

5

Page 6: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

tumbuhan juga boleh mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa

tertentu dengan menyingkir air tanah. Apabila hutan dimusnahkan, ketiadaan

cengkaman akar pokok akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar

dan mudah runtuh. Di samping itu, hutan yang telah digondolkan akan

menyebabkan struktur tanih permukaan cerun meresap lebih banyak air dan

menyebabkan struktur tanah menjadi tidak kukuh dan mudah runtuh.

Tambahan pula, pembalakan yang dijalankan akan meninggalkan banyak

batang kayu, dahan, ranting dan sebagainya yang akan terkumpul

membentuk satu empangan sementara pada awal hujan. Empangan

sementara ini akan memerangkap air dan mengumpul air dengan cepat.

Apabila takat tepunya diatasi oleh curahan hujan yang lebat, maka empangan

sementara tersebut akan pecah. Keadaan ini akan menyebabkan air mengalir

dengan deras dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar

biasa, menghanyutkan sisa-sisa kayu balak yang ditinggalkan bersama

lumpur-lumpur yang dibekalkan oleh siri tanah runtuh yang akhirnya menjadi

banjir lumpur. Maka, aktiviti pembalakan telah dikenal pasti bukan saja akan

mewujudkan empangan senentara tetapi juga akan mendedahkan permukaan

bumi kepada hakisan dan tanah runtuh.

3.2 Pertanian

Pembukaan hutan untuk pertanian cenderung mendedahkan tanih

kepada hakisan titisan air hujan, angin dan juga daya-daya meteorologi yang

lain. Bagi pemburu primitive yang menjalankan aktiviti pertanian secara

kecilan mungkin tidak banyak memusnahkan tanih kerana mereka jarang-

jarang memerlukan pembukaan hutan secara besar-besaran. Sebaliknya.

Petani-petani moden membuka beribu-ribu hektar tanah untuk menanam

berbagai-bagai jenis tanaman. Keadaan ini akan menggalakkan hakisan

berlaku terutamanya di kawasan yang bercerun curam. Penyahutanan akan

dijalankan dan ini akan mengurangkan proses cengkaman akar yang

menyebabkan ketidakstabilan tanah. Pertanian tanpa teres menyebabkan

sistem pengeluaran air menjadi lemah dan menyebabkan air mudah

bertakung. Keadaan ini menyebabkan air meresap ke dalam tanah sehingga

menyebabkan struktur tanah terganggu dan mudah bergerak. Selain itu,

sesetengah petani biasanya akan membina kolam-kolam takungan air di atas

6

Page 7: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

teres atau cerun bukit untuk tujuan pengairan. Keadaan ini akan

meningkatkan kadar resapan air di cerun dan menyebabkan tanah menjadi

basah dan tidak kukuh. Misalnya seperti kegiatan pertanian yang dijalankan di

Cameron Highlands dan di Kundasang Sabah sering menyebabkan

berlakunya fenomena runtuhan cerun. Penggunaan jentera pembajak juga

akan merosakkan struktur tanih dan menjadikannya longgar dan lebih mudah

bergerak ke bawah cerun. Namun, pada masa kini, kebanyakan petani-petani

sering menggunakan racun rampai dalam pertanian. Keadaan ini akan

menghapuskan rumput dan tanaman tutup bumi dan sama sekali akan

melemahkan ikatan tanih dari akar rumput dan tanaman lain.Akibatnya, tanah

mudah dilonggarkan terutamanya di kawasan cerun yang mendorong kepada

berlakunya tanah runtuh.

3.3 Perlombongan

Aktiviti perlombogan adalah salah satu sektor yang penting dala

menyumbang kepada ekonomi negara. Sejak dari penjajahan, aktiviti

perlombongan telah giat dijalankan sampailah pada masa sekarang. Namun,

aktiviti perlombongan telah dijalankan dengan meletupkan kuari dan pecah

batu di cerun-cerun bukit. Tebing bukit diletupkan kerana ingin mengambil

batuan granit yang bermutu tinggi dan batu kapur untuk dibuat menjadi simen.

Selain itu, dikawasan bukit juga kaya dengan sumber mineral seperti bijih

timah, tembaga, emas dan sebagainya. Maka, kawasan cerun bukit menjadi

tumpuan orang ramai untuk melombong. Untuk mamperolehi bijih timah,

penggunaan pancutan air pam hidrolik digunakan kerana lebih menjimatkan

masa. Namun, penggunaan air pam hidrolik akan menyebabkan tanah

menjadi longgar dan berlaku gelongsoran tanah. Lama-kelamaan, atas

tarikan graviti dan ketidakstabilan tanah, maka ia akan runtuh. Selain itu,

letupan kuari yang telah dijalankan mampu membawa gegaran yang kuat

terhadap sekelilingnya. Keadaan ini akan menyebabkan struktur tanah

menjadi tidak stabil atau longgar dan akhirnya mudah runtuh.

3.4 Aktiviti Pembinaan

Pada era globalisasi yang semakin maju ini, pembangunan bandar dan

urbanisasi yang pesat ini telah menyebabkan banyak kawasan telah

7

Page 8: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

dibangunkan. Banyak kawasan telah diganti dengan bangunan-bangunan

seperti kilang, rumah, kedai dan sebagainya. Namun, pertambahan penduduk

yang cepat telah menyebabkan kawasan perumahan semakin terhad. Bagi

memenuhi permintaan terhadap rumah di pasaran, kawasan seperti cerun

bukit atau kaki bukit terpaksa dibangunkan walaupun ia mempunyai risiko

berlakunya tanah runtuh. Lebuh raya dan petempatan yang dibina telah

melibatkan kerja pemotongan susuh bukit, peneresan, penarahan lereng-

lereng bukit dan sebagainya. Keadaan ini telah meningkatkan tegasan pada

jisim batuan atau regolit di atas permukaan cerun. Tegasan ini dikenali

sebagai tegasan ricih. Tegasan ricih ini akan menganggu keseimbangan

cerun dan mengakibatkan berlakunya tanah runtuh. Perkara seperti ini giat

berlaku di Malaysia apabila cerun bukit dipotong dan diteres dalam keadaan

sudut yang curam malah terdapat sesetengah curam yang menghampiri 90

darjah. Selain itu, dalam kerja pembinaan, cerucuk konkrit akan ditanam dan

ini memudahkan air meresap ke dalam tanah. Seterusnya, tanah akan

menjadi longgar kerana banyak digenangi air. Apabila rumah dibangunkan,

berat beban bangunan mungkin tidak mampu ditampung oleh tanih cerun dan

menyebabkan kesotan berlaku secara perlahan-lahan atau runtuh secara

tiba-tiba. Sebagai contoh, tragedi runtuhan kondominium Highland Towers di

Hulu Kelang. Semasa menanam cerucuk konkrit, ia turut akan melahirkan

gegaran yang kuat terhadap sekelilingnya. Gegaran yang kuat juga akan

melonggarkan tanah. Tambahan pula, pengondolan cerun untuk pembinaan

yang menghapuskan semua tanaman akan melemahkan cengkaman tanah

dari akar tumbuh-tumbuhan. Akan tetapi, akar tumbuh-tumbuhan juga

berperanan dalam menentukan kadar kejelekitan ketara tanah. Hal ini

demikian kerana terdapat pellagai jenis akar tumbuhan yang mempunyai

perbezaan dari segi kepadatannya atau ketebalannya. Akar yang tebal dan

padat ataupyun kompleks mempunyai cengkaman kuat terhadap tanah bagi

mengelakkan berlakunya hakisan atau runtuhan oleh gerakan jisim. Maka,

apabila hutan telah dimusnahkan, tanpa lindungan dari tumbuh-tumbuhan, ia

akan mendedahkan cerun kepada mekanisme tanah runtuh.

8

Page 9: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

3.5 Pembuangan Sisa Tanah ke Bawah Cerun

Pembuangan sisa tanah seperti sampah-sarap, lumpur dan

sebagainya ke bawah cerun membawa maksud pembuangan tidak beretika

yang menghasilkan cerun tidak mampat. Hal ini demikian kerana apabila sisa

selalu dibuang ke atas cerun bukit, ia akan menambah muatan. Selain itu,

hujan yang turun akan terserap ke dalam sisa-sisa tersebut. Maka, ia akan

menambah lagi muatan di atas tanah. Dari semasa ke semasa, apabila tanah

menjadi tidak mampat, maka ia akan runtuh.

4.0 Langkah-Langkah untuk Mengatasi Tanah Runtuh

Dalam mengatasi masalah tanah runtuh, pelbagai langkah boleh

digunakan. Namun, langkah-langkah yang digunakan boleh dikategori dalam

langkah sementara atau langkah jangka panjang. Langkah sementara hanya

dapat melindungi sesebuah cerun dalam masa tertentu dan tidak sesuai

digunakan dalam jangka masa panjang.

Langkah Sementara

4.1 Sungkup Plastik

Langkah sementara yang digunakan adalah seperti sungkup plastik.

Sungkup plastik adalah diletak di permukaan tanah untuk menutupinya

daripada mana-mana agen atmosfera seperti sinaran cahaya matahari

ataupin hujan. Apabila sungkup plastic digunakan, ia dapat melindungi tanah

daripada hujan. Keadaan ini dapat mengelakkan hujan daripada mengalir ke

dalam tanah melalui hakisan atau liang-liang tertentu. Maka, proses resapan

dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana sekiranya resapan dikurangkan,

maka kandungan air dalam tanah tidak akan bertambah. Sekiranya

kandungan air dalam tanah tidak bertambah, maka ia juga tidak akan

menambah keberatan tanah. Seterusnya, tarikan graviti juga akan

dikurangkan dan ini dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh. Selain itu,

sungkup plastik yang digunakan juga boleh mengelakkan tanah terlindung

daripada sinaran matahari yang terik. Keadaan ini dapat mengurangkan

9

Page 10: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

proses kembang kecut yang mendorong kepada luluhawa fizikal.Hal ini

demikian kerana apabila tanah menerima sinaran matahari yang terik, ia akan

menyebabkan batuan mengembang. Akan tetapi, pada waktu malam, batuan

akan disejukkan semula. Proses pengembangan dan pengecutan ini akan

menyebabkan batuan mudah rekah dan pecah. Sekiranya batuan pecah,

maka air mudah mengalir ke dalamnya yang akan menyebabkan berlakunya

tanah runtuh kerana muatan yang terlalu berat. Oleh itu, penggunaan

sungkup plastik dapat mengelakkan batuan daripada pecah supaya air tidak

mudah mengalir masuk dan ini juga akan mengelakkan tanah daripada runtuh

atau jatuh ke kaki cerun.

Langkah Jangka Masa Panjang

4.2 Penyimenan

Dalam mengatasi tanah runtuh dalam jangka panjang, cerun yang

curam boleh disimenkan. Hal ini demikian kerana dengan menutupi

permukaan tanah dengan simen, ia dapat menghalang air daripada resap ke

dalam tanah. Namun, sekiranya penyimenan dijalankan, saluran air yang

terlancar perlu dijalankan. Hal ini disebabkan saluran air amat penting kerana

ia mempunyai peranan untuk menyalur keluar air yang bertakung. Dengan

cara ini, air tidak dapat memasuki tanah dan juga tidak akan terperangkap

dalam tanah. Tanah tidak begitu mudah untuk dilonggarkan. Maka, tarikan

graviti juga dapat dikurangkan serta mengelakkan berlakunya tanah runtuh.

Selain itu, bahagian permukaan yang telah disimenkan juga mempu manahan

gegaran berbanding dengan lapisan tanah. Tanah tidak mudah longgar dan

tidak stabil sekiranya berlaku gegaran.

4.3 Pembinaan Tembok

Pembinaan tembok sering dibina di kawasan cerun curam yang

bersudut tegak 90 darjah. Kawasan seperti ini adalah kawasan yang paling

tidak stabil dan mempunyai risiko yang tinggi berlakunya tanah runtuh atau

mendap. Semasa membina tembok, paip perlu dipasang di bahagian tembok.

Hal ini demikian kerana paip tersebut berfungsi untuk mengeluarkan air yang

bertakung di belakang tembok. Selain itu, penggunaan konkrit simen

10

Page 11: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

berbentuk hexagon yang disusun bertingkat-tingkat mampu mengawal

pergerakan jisim ataupun tanah runtuh. Keadaan ini juga memudahkan air

dalam tanih akan keluar melalui sisi konkrit.

4.4 Teres

Kejadian tanah runtuh berlaku disebabkan oleh aktiviti pertanian yang

dijalankan di lereng bukit. Maka, cara yang boleh digunakan semasa

penanaman padi ialah membina teres. Contoh pembinaan teres adalah

seperti berikut.

Penggunaan teres dapat mengurangkan air larian permukaan dari

memasuki bukit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan panjang dan curam

cerun. Dengan adanya teres, apabila hujan, air yang mengalir tidak begitu

deras kerana teres berfungsi untuk menghalang aliran air yang terus mengalir

ke kawasan cerun. Air akan mengalir secara bertingkat-tingkat dan

mengurangkan kadar hakisan. Hal ini demikian kerana cerun bukit dikelar-

kelar menjadi bertangga-tangga yang di atasnya tanaman ditanam. Maka, ia

dapat mengelakkan cerun tersebut daripada mendap. Kawasan tanaman

seperti ini sangat biasa dijumpai di Asia dalam penanaman padi. Selain itu,

sistem peparitan perlu dibina mengikut teres bagi mengurangkan halaju

pergerakan air. Air yang dibebaskan perlu disalurkan ke tangga-tangga batu

11

Page 12: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

sehingga ke kaki cerun. Dengan adanya sistem peparitan ini, air telah

dibebaskan dan ini juga membantu mengurangkan kadar resapan oleh tanah

agar tidak berlakunya tanah runtuh. Teres yang diairmenjadi satu tanda yang

baik yang menunjukkan bahawa teres boleh mencegah daripada berlakunya

hakisan tanah atau tanah runtuh.

4.5 Penanaman Tumbuh-Tumbuhan dan Kempen Kesedaran

Dalam mengatasi masalah tanah runtuh, satu cara yang boleh

digunakan dengan menanam semula. Namun, ia mengambil masa yang agak

lama. Tumbuhan yang ditanam dapat mengekalkan kestabilan tanah. Hal ini

demikian kerana terdapat cengkaman daripada akar-akar tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam ialah tanaman tutup bumi seperti

pokok, rumput, pokok-pokok renek dan sebagainya. Pokok amat penting

kerana ia berperanan mengcengkam tanah melalui akarnya dan silara pokok

pula berupaya menghalang titisan hujan daripada terus jatuh ke permukaan

bumi.

Namun, masalah tanah runtuh berlaku kebanyakannya berpunca

daripada aktiviti manusia. Hal ini demikian kerana manusia kekurangan

kesedaran dalam pembangunan. Mereka sanggup menjalankan

pembangunan di mana-mana kawasan termasuk kewasan cerun kerana ingin

mengaut keuntungan. Mereka langsung tidak berfikir tentang masalah yang

akan timbul selepas pembangunan tersebut dijalankan misalnya

perlombongan. Maka, kempen kesedaran perlu sering dijalankan oleh

kerajaan mahupun pihak swasta agar dapat memupuk kesedaran dalam diri

sendiri mereka. Kesedaran tentang kepentingan mengekalkan kestabilan

kawasan cerun perlu sering dijalankan dari semasa ke semasa melalui media

cetak atau lain-lain. Keadaan ini diharapkan dapat mengurangkan

pembangunan di kawasan cerun agar dapat mengelakkan berlakunya tanah

runtuh.

12

Page 13: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tanah runtuh merupakan satu kejadian yang

bahaya dan merupakan satu bencana geologi yang bukan saja

mendatangkan kerosakkan terhadap harta benda, tetapi ia juga akan

mendatangkan maut. Keadaan ini disebabkan oleh kegiatan manusia ataupun

secara semula jadi. Namun, tanah runtuh yang berpunca daripada aktiviti

manusia sebenarnya boleh dielakkan sekiranya masyarakat mempunyai

kesedaran terhadap pembangunan di kawasan yang cerun. Sekiranya

masyarakat sedar bahawa pembangunan di cerun adalah bahaya, maka

mereka perlu elak daripada membangunkan kawasan cerun agar kejadian

tanah runtuh dapat dikurangkan. Tambahan pula, semua lapisan masyarakat

termasuk pihak kerajaan atau swasta perlu benganding bahu dalam

mengatasi masalah tanah runtuh kerana ia membawa impak yang dasyat

sekiranya kejadian tanah runtuh yang serius berlaku. Semua lapisan

masyarakat perlu bijak dalam mengenalpasti kawasan yang berpotensi

menghadapi kegagalan cerun batuan atau tanah. Namun, peranan ahli

geologi adalah penting kerana mereka dapat membantu mengatasi kejadian

tanah runtuh. Apa-apa projek pembangunan perlu dijalankan perundingan

dengan pakar-pakar tertentu dalam menilai dan mengkaji tanah tersebut

terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini

berlaku. Selain itu, elakkan daripada membangunkan kawasan yang berisiko

tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh demilah keharmonian dan

kesejahteraan hidup masyarakat.

13

Page 14: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

Rujukan

Bunnett,R,B. (1977). Geografi Umum Secara Gambar Rajah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chan, N. W. (1993). Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Rosnah Salleh., Shukri Sulaiman., & Che Zainon Shafie. (2007). Geografi

Fizikal: Teks & Rujukan Lengkap. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Thomas,F.M. (1991). Geomorfologi Tropika: Kajian Mengenai Luluhawa dan

Perkembangan Bentuk Muka Bumi di Kawasan Iklim Panas. ( Ismail

Ahmad, Trans). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Cetakan

Pertama diterbit Pada 1987).

Rujukan Elektronik

Azlan Abdul Rahman. (2009). Tanah Runtuh, Tanah Runtuh, Tanah Runtuh:

Apa Puncanya? Dicetak pada 10 Mac 2011, dari http://lets-

conserve.blogspot.com/2009/01/tanah-runtuh-tanah-runtuh-tanah-

runtuh.html

Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi. (2007). Geologi Sekitaran:

Bencana Geologi. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dicetak pada 6 Mac 2011, dari http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran

/internet_projects/stag3072/Kump%203.Web-faktor.htm

14

Page 15: kaisiong.weebly.com · Web viewTanah runtuh yang berlaku terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Namun, bahan batuan yang

15